Download - KKP 3083
1. Topik 8 Kemahiran Menulis
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi konsep kemahiran menulis serta jenis-jenisnya;
2. Mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran menulis;
3. Menilai kekuatan dan kelemahan bentuk penulisan berdasarkan jenis-jenisnya;
4. Mengaplikasikan teori pemilihan dan penyesuaian bahan untuk membina bahan
pengajaran karangan.
PENGENALAN
Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai
kemahiranberbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu
telahmenguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan
kemahiranmembaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan
aspekteknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut
melibatkanpenggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan
itusendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk
menghasilkantulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan
konsep,jenis dan pendekatan dan teknik dalam kemahiran menulis.
2. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS
8.1 KEMAHIRAN PENULISAN
Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun
aturmenjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat
yangbermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud
penghasilanwacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran
menulissecara mekanis; iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-
simboltulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini
akanditeruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan
penggemblenganaspek psikologi dan kognitif.
8.1.1 Konsep dan Proses Mengarang Mengarang, khususnya karangan ialah aktiviti
penting dalam kemahiranmenulis. Mengarang ialah proses menyampaikan
maklumat, idea, perasaan, dansebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara
bertulis. ZaÊba (1952) mengatakanbahawa mengarang ialah kemahiran menyusun
dan menggubah kata-kata untukdijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Bagi
Isahak Haron (1979), karanganbukan sekadar hasil kemahiran menggubah dan
menyusun kata-kata, sebaliknyaialah kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan
sebagainya, yang terdapatdalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan
bahasa. Tegasnya,bolehlah disimpulkan bahawa mengarang itu ialah proses
melahirkan idea secaratersusun dan lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses
mengarang ini bolehmerupakan, ayat, petikan, nota ringkas, laporan atau sebuah
buku.Kamarudin Husin (1998) menjelaskan bahawa proses menulis karangan
atauproses mengarang itu sendiri ialah:
(a) Persediaan: menentukan tajuk atau persoalan yang akan ditulis, dan memilih
serta menentukan format penulisan.
(b) Mengingat kembali pengalaman: mengingat atau memilih pengalaman atau
pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan dipilih.
(c) Kreativiti: mencari bahan-bahan penulisan.
(d) Perbincangan: perbincangan tentang bahan-bahan atau isi yang diperoleh.
(e) Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan secara ringkas.
(f) Semakan draf dan perbincangan.
(g) Penulisan karangan.
3. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS
8.1.2 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses, Komunikatif, Pengalaman
Bahasa (LEA), Terkawal, Bebas)
(a) Pendekatan Proses Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan
sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini
penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, meyemak dan
membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek
format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang
tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini
memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping
mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.
(b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah
alat komunikasi yang penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk
fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persolan yang ada
kaitannya dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasi pelajar.
Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi
komunikasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan- bahan berbentuk autentik seperti
dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai
bahan pengajaran & pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis
dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk
formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah proses
menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini
mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar,
khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam
komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan
dalam penguasaan bahasa tersebut.
(c) Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa
(LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-
pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan
konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan
dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna
dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan
karangan.
(d) Pendekatan Terkawal Pendekatan ini mencadangkan pembelajaran kemahiran
menulis mengikut peringkat-peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan
hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara umumnya
terdapat lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu:
(i) Peringkat meniru dan menyalin.
(ii) Peringkat mengingat kembali.
(iii) Peringkat menggabungkan.
(iv) Peringkat penulisan berpandu.
(v) Peringkat penulisan bebas.
(e) Pendekatan Bebas Berdasarkan pendekatan ini guru perlu memberikan banyak
latihan penulisan kepada pelajar. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi
jenis dan format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin
banyak pelajar membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam
sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa,
pemerengganan, dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar tersebut secara
automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah dalam proses menulis.
(i) Langkah 1: Pramenulis
(ii) Langkah 2: Membuat rangka dan draf
(iii) Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali
8.1.3 Peringkat MenulisTerdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis; iaitu:
(a) Peringkat pramenulis Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara
mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis
dengan selesa dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti- aktiviti
pergerakan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasi kedua-dua
anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh dilakukan untuk
membentuk kemahiran ini ialah:
(i) Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus.
(ii) Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.
(iii) Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.
(iv) Latihan membentuk garisan lurus.
(v) Latihan membentuk corak: lurus, bulatan, persegi dan sebagainya.
(vi) Latihan melukis gambar yang ada garis lurus, lengkong, bulat, dan sebagainya.
(b) Peringkat mekanis Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat
seterusnya ialah peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih
membentuk lambang-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf.
Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan,
dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan- latihan yang boleh digunakan pada
peringkat ini ialah:
(i) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.
(ii) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.
(iii) Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.
(c) Peringkat pelahiran Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai
kemahiran membentuk huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih
untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi
pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis
terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh
diguna pakai dalam peringkat ini ialah:
(i) Mengisi silang kata.
(ii) Mengisi tempat kosong dalam ayat.
(iii) Melengkapkan ayat.
(iv) Melengkapkan petikan atau cerita.
(v) Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-gambar.
(vi) Menulis jawapan kefahaman.
(vii) Menulis rencana daripada bahan rangsangan.
(viii) Menulis karangan.
8.1
1. Jelaskan ketiga-tiga langkah dalam proses menulis dalam penulisan bebas.
2. Bincangkan lima aktiviti yang boleh dijalankan dalam penulisan peringkat
pelahiran.
8.2 JENIS PENULISAN
Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh dieksploitasiuntuk
tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuatberdasarkan
bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran &pembelajaran
kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisanini perlu
disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Antara jenispenulisan yang
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialahpenulisan terkawal,
separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu,penulisan bebas dan
penulisan kreatif. Jenis penulisan tersebut dijelaskan sepertiberikut.
(a) Penulisan Terkawal Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya
oleh oleh guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam
penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan
guru. Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru
atau menulis semula petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik.
Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas, kerana latihan-
latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang
tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan
terkawal ialah:
(i) Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar;
(ii) Menulis surat:isi disediakan; dan
(iii) Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.
(b) Penulisan Separa Terkawal Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang
tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya
pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi.
Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar
dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut,
ialah satu contoh bagaimana pelajar diberikan kebebasan dalam penulisan ini.
Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah:
(i) Mengisi tempat kosong dalam petikan;
(ii) Menuliskan cerita daripada gambar;
(iii) Membuat ayat daripada perkataan; dan
(iv) Menjawab soalan berdasarkan tajuk.
(c) Penulisan Berpandu Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan
asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap
atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu.
Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau
latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah:
(i) Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan
(ii) Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.
(d) Penulisan Separa Berpandu Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan
yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit
panduan daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk
membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. Dalam
penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk
atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan
penulisan separa berpandu ialah:
(i) Menyudahkan cerita; dan
(ii) Menulis karangan yang isinya disediakan guru.
(e) Penulisan Bebas Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek
mekanikal, dan tatabasa yang baik. Penulisan jenis ini tidak lagi menitikberatkan
persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan
tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh
mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik
dan bermakna. Dalam penulisan jenis ini, penglibatan guru adalah di peringkat
minimum. Guru hanya akan campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau
kesilapan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk
penulisan yang boleh dilakukan dalam penulisan bebas; iaitu:
(i) Penulisan naratif;
(ii) Penulisan deskriptif;
(iii) Penulisan imaginatif; dan
(iv) Penulisan argumentatif.
(f) Penulisan Kreatif Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang
terdapat dalam penulisan bebas. Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja telah
mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman
atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai
keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas yang lain
kerana penulisan jenis ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis,
tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi
tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang
terdapat dalam penulisan kreatif ialah:
(i) Cerpen;
(ii) Puisi;
(iii) Drama; dan
(iv) Novel.
TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS
8.3 PENDEKATAN DAN TEKNIK SEMAK KENDIRI
8.1 1. Bincangkan perbezaan antara pendekatan penulisan bebas dengan jenis
penulisan bebas.
2. Bincangkan perbezaan antara jenis penulisan berpandu dengan jenis penulisan
terkawal.
3. Jelaskan kaitan antara pendekatan proses dengan teknik pengajaran peta
minda.Dalam konteks pengajaran & pembelajaran, pendekatan & teknik ialah
strategiyang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan tujuan
yangdirancangan dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini, guru
seharusnyamenyedari apakah pendekatan yang sesuai, dan dapat pula memilih
teknikyang terbaik, yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pelajar sasaran.
Dalampengajaran kemahiran penulisan, teknik-teknik yang dihuraikan berikut
sesuaidigunakan di sekolah.
8.3.1 Peta Minda, Penyoalan, dan Pendekatan Proses Peta Minda, dan Penyoalan
ialah teknik yang boleh digunakan untukmempertingkat kemahiran menulis. Kedua-
dua teknik ini boleh dipasangkandengan pendekatan proses; iaitu suatu pendekatan
yang berasaskan prosespenulisan itu sendiri.
(a) Peta Minda
Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang
bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan
isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam
bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan
pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
sesuatu tajuk.
(b) Penyoalan Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam
penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalan- soalan yang
berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang melibatkan
ÂapaÊ, ÂbilaÊ, ÂmengapaÊ, dan ÂbagaimanaÊ boleh digunakan untuk
menggalakkan pelajar befikir k e arah isi-isi penulisan.
(c) Pendekatan Proses Pendekatan proses berasaskan andaian bahawa sesuatu
penulisan yang baik itu bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan.
Oleh itu pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan
cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf ini akan disemak, dikritik, dan
diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. Semakan terhadap tulisan atau draf
akan berlaku secara berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa,
format, atau maklumat dalam draf tersebut. Pendekatan ini memang memakan masa
yang panjang untuk seseorang itu menyiapkan sesuatu penulisan, dan ini
memberikan peluang yang banyak kepada pelajar untuk mempelajari setiap aspek
penulisan tersebut.Secara umumnya penulisan dalam pendekatan proses
beradasarkan kepadaprinsip-prinsip berikut:
(i) Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah
dan menyusun idea.
(ii) Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan prapenulisan, dan
berakhir dengan penulisan semula.
(iii) Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.
8.3.2 Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis
Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil
kiraprinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara
umumnyaprinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah:
(a) Ketepatan maklumat kandungan;
(b) Ketepatan bahasa dan gaya;
(c) Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan pelajar;
(d) Sesuai dengan masyarakat, agama, dan budaya;
(e) Sesuai dengan objektif pengajaran;
(f) Sesuai dengan masa pengajaran; dan
(g) Mudah diguna dan dikendalikan.Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-
bahan rangsangan seperti gambar,petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan,
perbahasan, dan sebagainya),rakaman video, dan filem sangat sesuai dijadikan
bahan pengajaran.8.3.3 Menilai Kemahiran MenulisMenurut Kamarudin Husin
(1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalamkemahiran menulis adalah seperti
berikut:(i) Penggunaan bahasa aspek tatabahasa.(ii) Aspek mekanikal
pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya.(iii) Ketepatan dan kesinambungan isi
Kesesuaian dan huraian isi.(iv) Gaya penulisan penggunaan ungkapan/kosa kata
menarik.(v) Kemahiran mengolah menarik dan sesuai dengan pembaca
sasaran.Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat atau dinilai melalui
aktiviti-aktiviti seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat, mengisi
borang,menulis surat, menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.
8.2
1. Bincangkan bagaimana teknik peta minda dan penyoalan boleh membantu pelajar
memulakan aktiviti penulisan.
2. Rancangkan pembinaan bahan pengajaran kemahiran menulis karangan bentuk
fakta untuk pelajar Tahun 5.
Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan sebagainya
dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. Terdapat tiga peringkat dalam
kemahiran menulis iaitu prapenulisan, penulisan mekanis dan pelahiran. Antara jenis
penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu,
penulisan bebas dan penulisan kreatif.
Pendekatan Bebas Penulisan Kreatif Pendekatan Proses Penulisan Mekanis
Pendekatan Terkawal Penyoalan Penulisan Bebas Peta Minda Penulisan Berpandu
Prapenulisan Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah
dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Kamarudin
Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Kamarudin
Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
13. 112 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULISKamarudin Husin. (1997). Pengajian
Melayu 1, ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran
menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Institut Bahasa. (1994). Strategi
pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Institut
Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR,
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003).
Huraian sukatan pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.