Download - Kae 3013 Tugasan 1
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
1/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TUGASAN INDIVIDU 1
KUMPULAN
UPSI B19 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
ROHANA BINTI MOHAMED D20102043360 012-2979804
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN MOHD NIZAM BIN NASRIFAN
TARIKH SERAH: 3 MEI 2012
PEMARKAHAN
2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH
Bidang Seni Kreatif Dapat Menyumbangkan Kepada Perkembangan Dan Pembelajaran
Kanak-kanak Serta Meningkatkan Kesedaran Terhadap Kepelbagaian Budaya Di
Malaysia
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
2/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1.0
Pendahuluan1.1 Tujuan 1-2
2.0 Sumbangan Drama terhadap Perkembangan Seni kanak-Kanak
2.1 Drama meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak2.2 Drama meningkatkan kreativiti kanak-kanak
2.3 Drama meningkatkan imaginasi kanak-kanak
3-5
3.0
Sumbangan Seni Drama Dalam Pembelajaran
6-9
4.0Seni Drama Meningkatkan kesedaran terhadap Kepelbagaian Budaya diMalaysia. 10-11
5.0
Penutup
12
Rujukan
13
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
3/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
1
1.0 PENDAHULUAN
Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajarmengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas drama yang meniru
dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama , murid-
murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara (body language) dengan
berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan
situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu
pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar belajar dengan lebih bermakna dan
menyeronokkan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual yang
berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat
mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui
peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya.
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan, juga
seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis telah menggabungkan bidang-bidang ilmu
tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Seni Dalam Pendidikan akan
menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain
itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan
intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah dan dapat memotivasikan guru untuk
menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan
professional. Seni dapat membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.
Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka lebih
jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka
dalam pelbagai aspek. Teater dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar
menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni
masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya
imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Antaranya ialah
melalui main peranan, main simbolik atau sosiodrama.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
4/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
2
1.1 TUJUAN
Drama dalam pendidikan merangkumi aktivi improvisasi, pantomin, memos, main
peranan, simulasi, boneka,teater membaca dan teater bercerita,perkembangan imaginasi dan
kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktiviti-
aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru .Semasa kanak-kanak berdrama, mereka perlu
berfikir,menggunakan daya imaginasi yang tinggi dan kreativiti masing-masing untuk melakukan
lakonan dan berinteraksi antara watak dengan watak lain bersama-sama rakan-rakan mereka.
Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak
kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaulan rakan-rakan lain, mengenali dan
mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.
Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalamtentang tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah skrip melalui pendekatan atau kaedah yang
sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti teater pembaca atau
pementasan teater. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu.
Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang mendokumentasikan
kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama pelajar dengan mengaplikasikan
teknik improvisasi atau simulasi.
Drama Pendidikan sering kali disalah ertikan oleh umum. Apabila menyebut Drama
Pendidikan (Drama Education) bermakna melatih kanak-kanak atau pelajar dengan pelbagai
teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama. Dalam hal ini,
pendidikan bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah
proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang
terlibat. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka lebih
jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka
dalam pelbagai aspek dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar menajamkan
sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan
budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi,
kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti drama juga boleh
berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu pelajar mempunyai masalah emosi dan
fizikal.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
5/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
3
2.0 SUMBANGAN DRAMA TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Drama juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membantu perkembangandan pemupukan kemahiran berbahasa dalam kanak-kanak semasa di dalam bilik darjah .
Pengajaran drama dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak terutamanya
perkembangan kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Dalam aktiviti drama
kanak-kanak sering diminta oleh guru untuk berimaginasi dan melakonkan watak-watak dalam
cerita. Selain itu, kanak kanak juga diminta untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam
aktiviti drama. Secara tidak langsung, kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti drama dapat berfikir lebih kreatif. Ini kerana kanak-kanak ini akan selalu memikirkan
perkara yang mereka tahu dan diantaranya peranan drama terhadap perkembangan kanak-kanak
adalah:
2.1 DRAMA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR KANAK-KANAK
Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman
kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog dan pemikiran yang menyeluruh
penting membantu mereka sedar tentang pengetahun mereka sendiri. Aktiviti drama yang
dilaksanakan oleh guru membenarkan kanak-kanak menjelajahi dan mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, aktiviti-aktiviti drama juga memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru.
Seni drama dalam pendidikan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan
Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai
kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam
kurikulum yang ada dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu,guru juga perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai
gaya belajar yang berbeza,keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
6/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
4
dengan persekitaran yang memberikan inspirasi.Antara matlamat seni dalam pendidikan ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif,inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.
2.2 DRAMA MENINGKATKAN KREATIVITI KANAK-KANAK
Aktiviti drama yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif
dan ekspresif. Setiap aktiviti drama kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan
berfikir secara kreatif dalam menghayati sesuatu watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza
dan mencari kepuasan dalam persembahan drama. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti
drama menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti
drama melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak
juga dapat dipupuk.
2.3 DRAMA MENINGKATKAN IMAGINASI KANAK-KANAK
Drama memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berimaginasi. Semasa kanak-kanak
berlakon, mereka dikehendaki berimaginasi. Contohnya mereka berimaginasi dirinya sebagai
kucing yang sedang makan ikan. Situasi ini sekadar khayalan dan berlaku dalam minda bawah
sedar kanak-kanak. Imaginasi kanak kanak luar biasa dan sukar untuk dibuktikan secara
logik.Seperti aktiviti main peranan juga merupakan simbolik memberikan peluang kepada
kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial. Main simbolik
juga termasuk sosiodrama yang melibatkan situasi-situasi tertentu seperti peranan orang dewasa
dan persekitaran yang pernah dilalui atau diperhatikan oleh kanak-kanak. Menurut Christensen
dan Kelly (2003), sebagaimana dipetik oleh Alice Wiggins, University of Virginia, main
simbolik dapat meningkatkan penggunaan bahasa, membantu kanak-kanak mencapai
pemahaman baharu dan seterusnya menghasilkan perkembangan diri serta pembelajaran yang
bermakna. Semasa proses aktiviti main simbolik dilaksanakan kanak-kanak akan berinteraksi
antara satu sama lain dan hal ini akan membawa kepada perkembangan bahasa yang sihat yang
mana kanak-kanak akan melakukan perkongsian kosa kata yang mana mereka akan
memperbetulkan bahasa antara satu sama lain.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
7/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
5
Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih
berkesan dan bermakna. Menurut kajian, pelbagai cara boleh digunakan oleh para guru untuk
mengembangkan dan memupuk kemahiran berbahasa kanak-kanak semasa proses P&P di dalam
kelas. Antaranya ialah melalui main peranan, main simbolik atau sosiodrama. Main peranan atau
pretend play merupakan salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak sejak mereka
berusia 2 atau 3 tahun lagi. Oleh hal itu, tugas guru semasa di dalam bilik darjah adalah
menggunakan aktiviti ini sebagai salah satu instrumen dalam aktiviti pengajaran.
Sebagai contoh, seorang guru subjek Sivik & Ketatanegaraan yang ingin mengajar anak
muridnya tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong menolong dan bekerjasama boleh
menggunakan aktiviti main peranan bagi memberi gambaran kepada nak muridnya tentang apa
itu kasih sayang, apa itu nilai tolong menolong dan apa itu nilai bekerjasama. Melalui aktivitimain peranan juga guru boleh mengembangkan kemahiran berbahasa kanak-kanak melalui
pertambahan perbendaharaan kata kanak-kanak. Semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini,
peranan guru adalah sebagai fasilitator yang akan membantu kanak-kanak dengan kosa kata
kosa kata yang baharu.
3.0 SUMBANGAN SENI DRAMA DALAM PEMBELAJARAN
Drama berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Guru
dapat mengembangkan dan memupuk kemahiran berbahasa melalui sosiodrama. Drama
merentas kurikulum, kerana melalui drama ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau
teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti drama
yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi
secara berkesan serta tepat.Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks,
berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat
yang digambarkan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip
melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
8/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
6
Melalui kefahaman aspek ,guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni drama yang berkaitan
dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat
mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui
peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya.
Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku
manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut.
Aktiviti sebegini boleh menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, di samping
menggalakkan murid memahami permasalahan masyarakat dan cuba menjadikan persoalan di
dalam skrip itu sebagai satu pengajaran yang menambahkan pengalaman mereka tentang ertikehidupan. Dalam hal ini, secara tidak langsung guru telah dapat menerapkan nilai-nilai murni
dan membentuk peribadi pelajar itu sendiri.
Selain daripada itu drama juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan
harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar
belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan.Menurut Vygotsky bahasa merupakan alat
utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak
juga menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak dan keperluan. Oleh hal itu,
perkembangan kemahiran berbahasa kanak-kanak haruslah dijadikan salah satu objektif
pembelajaran oleh guru-guru dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Menurut kajian,
pelbagai cara boleh digunakan oleh para guru untuk mengembangkan dan memupuk kemahiran
berbahasa kanak-kanak semasa proses P&P di dalam kelas. Antaranya ialah melalui main
peranan, main simbolik atau sosiodrama. Main peranan atau pretend play merupakan salah satu
aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak sejak mereka berusia 2 atau 3 tahun lagi. Oleh
hal itu, tugas guru semasa di dalam bilik darjah adalah menggunakan aktiviti ini sebagai salah
satu instrumen dalam aktiviti pengajaran.
Sebagai contoh, seorang guru subjek Sivik & Ketatanegaraan yang ingin mengajar anak
muridnya tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong menolong dan bekerjasama boleh
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
9/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
7
menggunakan aktiviti main peranan bagi memberi gambaran kepada nak muridnya tentang apa
itu kasih sayang, apa itu nilai tolong menolong dan apa itu nilai bekerjasama. Melalui aktiviti
main peranan juga guru boleh mengembangkan kemahiran berbahasa kanak-kanak melalui
pertambahan perbendaharaan kata kanak-kanak. Semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini,
peranan guru adalah sebagai fasilitator yang akan membantu kanak-kanak dengan kosa kata
kosa kata yang baharu.
Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang
tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah skrip melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai.
Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti teater pembaca atau pementasan
teater.Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya,
untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang mendokumentasikan kisah sejarahyang dipelajari atau membinanya sendiri bersama pelajar dengan mengaplikasikan teknik
improvisasi atau simulasi.
Melalui plot atau konflik yang dikemukakan dalam skrip, guru boleh meminta pelajar
berbincang bagi memikirkan penyelesaian masalah, andaian atau meramalkan penyelesaian
sesuatu cerita/peristiwa. Melalui analisis perwatakan pula, guru boleh meminta pendapat murid
tentang perilaku, tindakan dan cara watak menyelesaikan permasalahan yang
ditimbulkan.Aktiviti sebegini boleh menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, di
samping menggalakkan murid memahami permasalahan masyarakat dan cuba menjadikan
persoalan di dalam skrip itu sebagai satu pengajaran yang menambahkan pengalaman mereka
tentang erti kehidupan.
Dalam hal ini, secara tidak langsung guru telah dapat menerapkan nilai-nilai murni dan
membentuk peribadi pelajar itu sendiri.Dalam hal ini, pendidikan bermakna bukan sahaja
pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah proses pembelajaran dan penguasaan
kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang terlibat. Oleh hal itu, tugas guru semasa di
dalam bilik darjah adalah menggunakan aktiviti ini sebagai salah satu instrumen dalam aktiviti
pengajaran. Sebagai contoh, seorang guru subjek Sivik & Ketatanegaraan yang ingin mengajar
anak muridnya tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong menolong dan bekerjasama
boleh menggunakan aktiviti main peranan bagi memberi gambaran kepada nak muridnya tentang
apa itu kasih sayang, apa itu nilai tolong menolong dan apa itu nilai bekerjasama.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
10/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
8
Melalui aktiviti main peranan juga guru boleh mengembangkan kemahiran berbahasa
kanak-kanak melalui pertambahan perbendaharaan kata kanak-kanak. Semasa kanak-kanak
melakukan aktiviti ini, peranan guru adalah sebagai fasilitator yang akan membantu kanak-kanak
dengan kosa kata kosa kata yang baharu.
Pelajar dapat melakonkan sesuatu peristiwa juga berdasarkan lakonan atau reka cipta
yang dicipta sendiri atau bahan sedia ada. Selain berlakon dengan skrip yang disediakan, pelajar
turut diajar mencipta atau menulis skrip sendiri.Menurut beliau lagi, drama adalah cerita yang
dilakonkan. Cerita ini mungkin peristiwa benar yang dilihat, atau dialami oleh manusia. Ketika
menjalankan aktiviti drama, pelajar dilatih menggunakan kemahiran berfikir, menyusun ayat atau
dialog,dan menyampaikannya dalam lakonan berdasarkan situasi sebenar.
Latihan bermain dengan bahasa ini adalah satu proses yang pembelajaran yang menarik
minat pelajar terhadap pelajaran mereka, di sinilah timbulnya unsur keindahan atau estiteka
ataupun keseronokan dalam diri pelajar.Melalui penggunaan bahan drama dalam aktiviti
pengajaran.Hal ini dapat kita perhatikan melalui penggunaan puisi dan kata-kata indah yang
sering kali digunakan dalam drama. Misalnya penggunaan sajak, syair, nazam,pantun dalam
drama mampu mendedahkan pelajar tentang unsur- unsur keindahan dalam sesebuah karya itu
dan mampu menambahkan lagi penghayatan pelajar dalam sesebuah karya drama.
Zaitul Azma Zainon Hamzah (2004), penggunaan bahan sastera (KOMSAS)dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu merupakan manifestasi kesenian melalui media
bahan yang kreatif dan indah. Melaluinya,pelajar berpeluang menikmati kehalusan dan
keindahan penciptaan hasil karya yang terpilih, seterusnya membantu pelajar meningkatkan
kemahiran berfikir mereka terhadap persoalan kehidupan sejagat.Kenyataan ini amat bersesuaian
dengan penggunaan drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana pelajar
perlu mengalami dan menghayati setiap pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang
melalui penghayatan bahan drama.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan seni drama dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu mampu melahirkan unsur estetika dalam diri pelajar itu sendiri dan ini secara
tidak langsung membuktikan sifat sastera itu sendiri yang mempunyai unsur keindahan yang
mampu dinikmati dan dihayati di samping peranan seni drama itu sendiri sebagai penghibur.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
11/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
9
4.0 DRAMA MENINGKATKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan menyebarkan
ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru
boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan
perbincangan tentang skrip yang dibaca. Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan
ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak
yang dibina dalam skrip tersebut. Menurut Abd. Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab.
Hamid, 2000) Pendidikan Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang
mementingkan pembangunan individu, pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya
dan warisan negara. Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing
sempurna dari segi perkembangan JERIS.
Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang berbilang kaum yang majoritinya
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengeratkan
perpaduan kaum di Malaysia sama da oleh pihak kerajaan ataupun badan-badan bukan kerajaan.
Salah satu cara adalah melalui drama. Dalam mata pelajaran sejarah contohnya, guru boleh
membuat pertandingan drama yang bertemakan sejarah perpaduan , secara tidak langsung ini
akan membantu pelajar memupuk semangat perpaduan diantara kaum kaum yang pelbagai serta
membantu meningkatkan usaha yang ada ke arah mempertingkatkan tahap integrasi kaum di
Malaysia. Ini kerana melalui drama yang mereka pentaskan terutamanya mata pelajaran sejarah
mata pelajaran yang dianggap relevan dalam dalam membentuk sikap toleransi, patriotisme,
kewarganegaraan dan nilai-nilai murni ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu selari
dengan konsep 1 Malaysia
Schiller, (1967) (dalam Abu Talib Putih, 2001) memikirkan seni sebagai penyalur
kesinambungan kemanusian. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi yang
lain. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup dalam usaha
mencari erti tentang diri, penglibatan, halatuju masyarakat. Seni dapat menyediakan benih
cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat sesuatu yang lama dari sudut
pandangan atau perspektif yang baru. Begitu juga dalam soal perpaduan masyarakat di negara
kita, ia perlu satu perubahan paradigma tentang budaya ke Malaysiaan.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
12/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
10
Seni drama sebagai satu disiplin. Melaui drama ia membenarkan manusia berfikir dan
berikhtiar dalam cara yang tersendiri, ia merupakan satu anugerah kepada masyarakat kerana ciri
kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan, menjulang keberanian,
memasyurkan keraian, atau juga membendung tragedi hidup manusia. Dalam menuju ke arah
masyarakat aman damai, sejarah telah mencatatkan bahawa dengan adanya kerjasama dan
keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat diperolehi dan dinikmati bersama.
Selain itu seni drama juga merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Dengan adanya
unsur kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia, sifat benci dan syak wasangka dapat
dielakan, tragedi 13 Mei 1969 menyedari semua warga Malaysia betapa pentingnya sifat
memahami antara satu sama lain.Seni adalah nadi dalam hayat perjalanan ke arah melengkapkan
sifat kemanusiaan kita walaupun sekadar sebagai penghayat seni tetapi perkembangan minda dan
rohaniah turut dibina dengan sempurna.
Pendidikan seni drama juga berfaedah kepada pelajar kerana ia memupuk peribadi yang
lengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi, takulan,
imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar dibimbing pelbagai
cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalah antara rakan sekelas
atau kerja kursus yang diberi.Seni membantu pelajar memahami pengalaman manusia, dari yang
lampau hingga masa kini. Belajar untuk menyesuai dan menghormati orang lain dari segi cara
berfikir, cara berkerja dan berekspresi yang berbeza. Pendekatan kemanusiaan seperti yang
dicadangkan oleh Micheal (1983) dan Feldman (1970) (dalam Iberahim Hassan, 2001)
membolehkan pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
13/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
11
5.0 PENUTUP
Oleh itu amat bertepatanlah, drama menjadi medium unggul untuk menyampaikan
pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa
kini.Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar digalakkan
memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bersesuaian pula dengan
kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam
pendidikan.Seni drama juga begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita.
Sewajarnya seni kreatif sebegini tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada
kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain
peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia.
Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan
teknologinya.Justeru seni drama memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari
ini Berdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas,dapatlah disimpulkan bahawa seni drama
banyak memberi sumbangan yang besar terutamanya dalam perkembangan dan pembelajaran
serta meninggalkan kesan yang positif di kalangan pelajar-pelajar.Di samping itu juga seni
drama mampu mengungkapkan pengalaman seseorang ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan
imaginative untuk dihayati oleh pelajar-pelajar.Oleh yang demikian, hal ini akan mampu
membina modal insane yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani,rohani, emosi
mahupun inteleknya selaras dengan falsafah Pendidikan kebangsaan.Keseluruhannya
dapat kita perhatikan di sini, seni drama sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam
diri pelajar terutama dalam melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan
tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni drama ini akan melahirkan individu yang
berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat
mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat
berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting
dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen
perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga
sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.
-
7/29/2019 Kae 3013 Tugasan 1
14/14
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK D 20102043360
12
RUJUKAN
(2000). Kumpulan esei pilihan: pendidikan seni dan muzik. Perak: Fakulti Sains Sosial dan
Kesenian UPSI.
Pelan Hala Tuju Program Transformasi KerajaanBab 4: Membina satu Malaysia.
Abu Talib Putih (2001). Soal pemikiran dalam pendidikan seni: asas pertimbangan untuk praktis
pengajaran di sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong
Malim, UPSI.
Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab
& Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (1990). Falsafah pendidikan negara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Rod Taylor. (1986).Educating for art: critical response and development. UK Limited England:
Longman Group.
Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni dan pendidikan insan madani. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010: Memperkayakan budaya, warisan dan
kebudayaan.