Download - Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
1/11
KONSEP KAEDAH
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Berlainan
dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru sistematik dengan
tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Dengan
perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan
Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan
untuk mencapai tujuan. Jadi, apa sahaja cara yang guru lakukan untuk memberi faham
kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Salleh
(1988) pula mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar
bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi merupakan wasilah iaitu satu jalan untuk
mencapai objektif pengajaran.
Kaedah merupakan sesuatu yang bersifat prosedur yang terdiri daripada
langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti secara
saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Sebagai contoh, seorang guru bahasa
menganuti pendekatan kognitif yang telah didasarkan oleh Gestalt. Teori Gestalt
menyatakan bahawa kita bekerja daripada keseluruhan sesuatu benda kemudian
bergerak kepada bahagian-bahagiannya. Berdasarkan teori ini, seseorang guru itu
bolehlah mencipta satu kaedah pengajaran bahasa sendiri selaras dengan pendekatan
yang dianuti. Kaedah ini mungkin memulakan prosedurnya daripada wacana,
kemudian kepada ayat-ayat, terus kepada frasa, kata dan mungkin kepada bahagianyang lebih kecil seperti morfem. Kaedah juga faktor utama yang berkait rapat dengan
kejayaan atau kegagalan murid-murid dalam pelajaran dan pendidikan mereka.
Antara kaedah-kaedah yang boleh dipraktikkan oleh guru untuk membantu
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah:
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
2/11
1. Kaedah main peranan
Melalui teknik ini murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara
spontan. Biasanya main peranan melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap
sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang
skrip . Main peranan juga dikenali sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang
mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam
situasi kumpulan. Proses main peranan ini biasanya bermula dengan memilih masalah
yang sesuai dan dikemukakan kepada murid-murid dengan membacakan, atau
memperlihatkan melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Setelah itu, meminta mereka melakonkannya. Teknik main peranan menekankan
beberapa perkara-perkara.
Antaranya main peranan hendaklah dirancangkan oleh guru dengan teliti.
Tentukan peranan yang diperlukan, pelakon-pelakon yang sesuai dan kelengkapan
yang diperlukan. Setelah itu, sebelum peranan itu dilakonkan, terangkan terlebih dahulu
kepada kelas situasi dan masalahnya. Sewaktu kaedah main peranan itu dijalankan,
murid-murid lain diminta memerhati. Apabila sampai pada penghujung masa yang
sesuai, guru harus memberhentikan kaedah ini. Seterusnya, bincangkan dengan murid-
murid terhadap kekuatan dan kelemahan peranan terutama dari segi perkara yang
dituturkan dan menilai sama ada main peranan itu dapat menyelesaikan masalah asal.
2.Kaedah bercerita
Seterusnya, kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah bercerita yang
merupakan salah satu kaedah yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya
melalui teknik bercerita. Melalui kaedah bercerita, guru dapat menjalankan sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kaedah ini sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat
menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan
kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
3/11
Seterusnya, dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi
perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian
perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara
guru memainkan peranan yang penting di mana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah memilih cerita yang
sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan
aspek-aspek bahasa. Guru haruslah memberi penekanan kepada frasa atau ayat-ayat
penting. Guru haruslah berlatih berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnyasekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain bahan bantu
mengajar seperti menyediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang
berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya
memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat
bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai
dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan
alam cerita itu. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi
cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara
sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi
bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut
perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
3. Kaedah inkuiri
Kaedah ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Kaedah ini merangkumi aspek-
aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan
masalah yang mampu menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar. Merupakan satu
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
4/11
kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti
di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu,
ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. yang mengandungi lima
prosedur yang disusun seperti bermula daripada mengenal pasti masalah, merancang
penyelesaian, mengumpul maklumat, membuat tafsiran dan membuat kesimpulan.
Dengan ini sesi pengajaran dan pembelajaran itu akan lebih difahami oleh murid
kerana prosedurnya yang mudah dan teratur mengikut tahap pemikiran murid-murid.
Melalui kaedah inkuiri ini juga guru akan mencipta situasi di mana murid dapat
menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan mengaitkan dengan pengetahuan
lepas mereka. Kaedah ini berkesan dalam melahirkan murid-murid yang berfikiran
kreatif dengan mencipta soalan dan idea-idea mereka sendiri.
4. Kaedah bersyarah
Kaedah ini juga dikenali sebagai teknik kuliah dan melibatkan pengajaran fakta-
fakta atau prinsip-prinsip oleh guru-guru secara lisan. Teknik ini banyak menerima
tentangan kerana dikatakan murid-murid selalunya pasif, dan tidak mengambil
bahagian yang cergas. Interaksi satu hala seperti yang biasanya berlaku, tidak banyak
melibatkan aktiviti murid. Guru mestilah menerangkan, memberikan interpretasi dan
menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep dalam teks. Ini akan memudahkan murid
memahami prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Teknik ini kurang
sesuai untuk sekolah rendah. Untuk memudahkan pengajaran, guru menyediakan
rangka kuliah, dicetak dan diedarkan kepada kelas. Guru juga banyak menggunakan
bahan rangsangan seperti peta, bahan pengajaran sebenar, papan tulis dan
sebagainya. Ini adalah antara beberapa langkah untuk mempertingkatkan mutu teknik
bersyarah:
Sediakan nota-nota yang mencukupi
Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkara-perkara
yang telah dikaji terdahulu daripada itu.
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
5/11
Kaitkan masalah yang dikemukakan dengan isi pelajaran
Jangan baca sahaja tetapi menerangkan dan menghuraikan idea-idea dan
sebagainya.
Yakin dan hidupkan syarahan dengan menyemai minat dan semangat
untuk pelajaran tersebut.
Soalan-soalan boleh digunakan untuk mendorong pemikiran murid-murid
dan guru membuat kesimpulan di akhir syarahannya.
5.Kaedah kuiz
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British(B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-
sekolah Melayu. Tujuannya ialah guru dapat mengukuhkan pengajaran dan
memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
Melalui kaedah ini juga pelajar dapat mengulang kaji sambil bergembira. Pelajar
dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara
teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru contohnya pelajar dapat
memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan
bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui
teknik ini iaitu dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan
dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi
pertandingan antara pelajar. Penggunaan kaedah kuiz ini juga akan menjadikan prose
pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu kelas itu lebih ceria dan mampumeningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.
6.Kaedah sumbang saran (brainstorming)
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
6/11
Kaedah ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan murid-murid dalam
sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif aktif. Otak murid-murid diperah untuk berfikir
tanpa batasan dalam proses ini, idea-idea, pendapat, dan pandangan yang
dikemukakan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi didapati kurang memuaskan
dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Perkara
yang disampaikan oleh murid dikembangkan oleh murid lain sehingga idea atau
pendapat tadi berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Guru boleh melaksanakan
kaedah ini dengan menggunakan beberapa langkah berikut. Antaranya:
Semua murid harus melibatkan diri untuk mencari penyelesaian sesuatu
masalah.
Ahli-ahli kumpulan boleh mencadangkan apa saja yang terfikir olehnya
berhubung dengan masalah tersebut.
Kata-kata yang memperkecilkan sesuatu idea atau pendapat tidak
dibenarkan.
Idea-idea tambahan atau pengubahsuaian boleh dilakukan.
7.Kaedah Soal Jawab
Kaedah ini adalah paling popular di setiap sekolah. Kaedah ini paling mudah
dilaksanakan dan berupaya membentuk serta mewujudkan interaksi guru dan murid
secara berkesan. Kaedah ini menjadi teras kepada pembinaan konsep-konsep,
kesanggupan murid memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan
percaya diri di kalangan murid-murid. Kaedah ini bukan sahaja bertujuan menguji dan
menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal murid supaya
mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip yang baru dipelajari. Kaedah
bersoal jawab mementingkan beberapa perkara iaitu:
Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan keruan. Soalan itu
harus disebut dengan cara yang tenang, ringkas dan tepat, dan ditujukan
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
7/11
khusus kepada orang-orang tertentu dalam kelas. Soalan tidak menimbulkan
jawapan yang bertentangan dan tidak mengelirukan murid.
Guru berhenti seketika selepas memberi soalan dan memerhati seluruh
kelas sebarang isyarat daripada murid sama ada secara lisan atau isyarat
angkat tangan.
Guru patut memberi panduan kepada murid untuk mengeluarkan jawapan
yang betul serta galakan untuk mereka berfikir.
Kaedah soal jawab merupakan kaedah paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan kerana ia mudah
dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru
dengan murid secara berkesan. Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan
memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Tujuan utama kaedah soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa
murid. Kaedah ini menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Dengan ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkualiti kerana
melibatkan interaksi murid dengan guru dan percambahan fikiran di kalangan murid itu
sendiri.
8. Kaedah Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting.
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
8/11
Dalam proses ini pelajar di galakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan dan memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi
dan masalah. Melalui kaedah ini pelbagai kemahiran dapat digabung jalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Di samping
itu, pelbagai aktiviti menarik dapat diwujudkan untuk dijadikan sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti.
9. Kaedah Drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskanpendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audio-lingual. Tujuan utama adalah
untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan
intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat
mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata
pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan,
memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu
sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat
menyuburkan sahsiah pelajar.
10.Kaedah Perbincangan
Kaedah ini berbentuk berbualan dan ini dilakukan dalam kalangan murid-murid di
bawah penyeliaan dan kawalan guru. Semasa aktiviti ini, murid di beri peranan aktif
untuk menyatakan pandangan atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil
guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke saru prinsip atau
mendapat menyeluruh. Murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial
mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan
pendapat di samping bekerjasama dengan murid lain untuk mencapai matlamat atau
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
9/11
menyelesaikan masalah perbincangan. Mereka kelihatan cergas, berani dan tegas. Ada
beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu menjalankan aktiviti
perbincangan. Antaranya
Guru harus memilih tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar
belakang murid-murid dan kebolehan dan kecerdasan mereka diambil kira.
Bahan-bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan dianggap penting
murid.
Bahan-bahan juga terdiri daripada isu-isu terbaharu dan ini mungkin dapat
menarik minat ketika perbincangan dijalankan.
Bahan juga mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang
diperuntukkan.
11. Kaedah Forum
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia
dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang
sesuai, di mana murid akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,
kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah
mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat
umur pelajar. Guru haruslah membuat persediaan yang rapi sama ada sebelum,semasa dan selepas aktiviti bagi menjadikan kaedah ini menarik dan seterusnya
menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu berkualiti.
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
10/11
12. Kaedah Perbahasan
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini
sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat
teknik ini ialah :
Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat
dan teratur
Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat
yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan
berbahas di kalangan pelajar.
Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan
ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
KESIMPULAN
Guru adalah berperanan penting dalam memilih kaedah dan pendekatan yang
sesuai yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Hal ini
supaya pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih berkualiti iaitu objektif yang
hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran itu berjaya.
Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik yang dalam situasi pengajaran ialah
menarik minat murid, mengekalkan pemerhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu
murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik mengajar yang dipilih
haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dalam
hal ini, pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik
-
8/2/2019 Esement-Kaedah Dan Teknik Pengajaran
11/11
mengajar. Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-
kanak yang berumur 6-11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk
menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan
pelbagai bahan konkrit. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan
aras kemahiran objektif pelajaran.
BIBLIOGRAFI
Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988).Asasiyat fi turiq at-tadris al-ammah. Riyadh :Dar al-Huda
Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur:Pustaka Antara.
Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur:Heneimann. Ctk.4.
http://www.educ.upm.edu.my/~rj/home.html
http://www.docstoc.com/docs/8741453/Kaedah-pengajaran-Dan-Pembelajaran/
http://www.educ.upm.edu.my/~rj/home.htmlhttp://www.docstoc.com/docs/8741453/Kaedah-pengajaran-Dan-Pembelajaran/http://www.educ.upm.edu.my/~rj/home.htmlhttp://www.docstoc.com/docs/8741453/Kaedah-pengajaran-Dan-Pembelajaran/