Download - Edu 3109
1. Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru Oleh:Muhammad Syahir Bin Abdul Halim
Muhamad Faiz Osman Amirul Hafidzi Mohamad Zin Muhammad Khairul Anwar Ishak
2. Stres• Sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu. ( Hatta Sidi dan
Mohamed Hatta Shaharom, 2002)• Ia amat berkait rapat dengan gaya hidup,
perwatakan seseorang, faktor keluarga, urbanisasi dan kejutan budaya terhadap
perkembangan pemodenan yang mendadak.
3. Definisi “Stres”• Menurut WHO, Stres ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang
harmonis dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti
kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat.•
Berasal daripada “eustres” bermaksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang
membina.
4. • Dari sudut bahasa,stres bermaksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah
kehidupan. (Harunssani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006)• Stres adalah
fenomena pelbagai dimensi yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan
manusia (Hatta dan Mohamed Hatta,2005)
5. • Stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat sesuatu situasi yang
menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup. (Mohd Salleh,1994)•
Stres diertikan sebagai sebarang jenis desakan yang memberi kesan kepada
kehidupan seharian seseorang (Mohd Azhar,2004)
6. • Selain itu, stres terjadi akibat perubahan yang berlaku dalam tubuh dan mempunyai
kaitan dengan alam sekeliling.• Stres merangkumi tekanan,beban,konflik, keletihan,
ketegangan , panik, perasaan gemuruh,enxieti,kemurungan dan hilang daya. (Nor
Hanani,2007)
7. Mahood Nazar (1990)• Stress dari 3 sudut1. Rangsangan yang menyebabkan stress
(rangsangan fizikal,fisiologi dan psikologi yang menyebabkan stres, boleh dihadapi jika
punca rangsangan yang menyebabkan tekanan dihapuskan)2. Tindak balas seseorang
terhadap stres yang dihadapi (tindak balas fisiologi)
8. 3. Kebolehan seseorang untuk berinteraksi dengan alam sekitar yang menyebabkan
tekanan serta menyesuaikan diri terhadap stres yang dihadapi.• Cox (1978), stres suatu
keadaan di mana persepsi terhadap seseorang itu dan kemampunannya untuk
mengatasi permintaan tersebut.Ia bergantung kepada daya tindak seseorang dalam
bentuk psikologikal.
9. • Profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi stres yang tinggi.
(Cooper 1995, Hart et al,1995) dalam Mokhtar (1998)• Tenaga pengajar dan pengurus
pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan,
pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan. (Ibrahim
Ahmad Bajunid,1995)
10. • Sapora Sipon (2007), stres terhadap guru berkecenderungan menyebabkan guru
berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan
kebimbangan.• Ia akan memberi kesan kepada perhubungan murid dan mutu
pengajaran dan pembelajaran.• Ia boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan profesion
perguruan yang seterusnya membantukan usaha mewujudkan sebuah masyarakat.
11. Punca Stres• Ketidak upayaan menghadapi situasi• Permintaan terlalu tinggi.•
Pelaksanaan pelbagai reformasi• Hubungan antara individu.
12. Perubahan dunia pendidikan• Masalah murid• Bebanan kerja• Isu SSB• Perubahan
dasar
13. Isu berkaitan• Berita Harian 23 Julai 2007• 200 murid perempuan SMK Bawang
Assan dekat Sibu.• 7 April 2007 di Sik, Kedah• 6 Mac 2007, Banting
14. Boyle, Bor g, Falzon Bebanan dan Kerja Baglioni Sumber Karenah pengajaran
Murid Tekanan Stres Perhubungan kurang baik Pengiktirafan dengan rakan Profesional
sekerja
15. • Kamarudin (1989) – kekurangan kecekapan seseorang guru menimbulkan
masalah antaranya:1. Kecekapan Pentadbiran (Perancangan, pengelolaan,
pengarahan, pen yelarasan, pelaporan, perbelanjaan dan sebagainya2. Kecekapan
sosial (sokongan semua sektor)3. Kecekapan pengajaran (kelas-kelas besar pelbagai
kaum)
16. • Mohd Azhar (2004) setiap manusia yang mempunyai emosi yang tenang mereka
tidak cepat marah, dengki, sedih, iti hati dan sebagainya.• 3 elemen tekanan dalam
kehidupan manusia:a) Faktor stresb) Pembentukan tingkah laku dan emosi orang yang
mengalami.c) Reaksi individu dan makna hubungannya dengan faktor stres.
17. Tahap stres bergantung kepada:• Jumlah birokrasi• Perubahan dalam organisasi•
Teknologi tinggi• Tuntutan pelanggan.
18. 5 PETANDA STRESS.. FIZIKALTINGKAH EMOSI LAKU PERSONALITI MENTAL
19. • Insomnia, sakit otot, loya, tekanan darahFIZIKAL tinggi. • Kurang berat badan,
sakit dada, tidur terganggu. • Gementar, bimbang, murung, kecewa.EMOSI • Cepat
marah, hilang pertimbangan, gangguan jiwa. • Pelupa, hilang tumpuan, keliru,
lemahMENTAL pertimbangan • Berfikiran negatif, tidak dapat berfikir dengan baik, tidak
terurus.
20. • Bimbang.PERSONALITI • Perubahan ketara dari asalnya. • Panas baran, pendiam
TINGKAH • Tidak berpegang pada prinsip asal LAKU hidupnya.
21. PUNCA-PUNCA STRES DARI SUDUT PSIKOLOGIKAL.. Perubahan Kehilangan
tempat sesuatu kerja Berasa Penyesuaian terancam/ diri tercabar
22. 4 PUNCA STRES DALAM KALANGAN WARGA PENDIDIK.. Kuasa yang terhad
Bebanan tugas yang banyak Terpaksa bekerja Berasa tiada kelayakan
23. 3 TAHAP STRES.. Tenat/ kelesuan PenentanganAmaran/berjaga-jaga
24. AMARAN/ BERJAGA-JAGA: -Masih dapat menyelami aktiviti hidupyang dilakukan
tetapi sukar menumpukan perhatian pada tingkah lakunya. PENENTANGAN : -
Memerlukan bantuan luar. -Kekuatan dalaman bagi menghadapi kekangan stres
semakin terhakis. PENAT/ KELESUAN :-Tidak lagi berpegang pada realiti hidup.-
Sentiasa dipengaruhi kemurungan, hilang kepercayaan kepada orang lain.
25. CARA MENANGANI STRESS
26. Hargai kebolehan diri• -perlu punyai sikap yakin diri• - yakin kita mampu melakukan
kerja
27. Amalkan diet dengan disiplin yang kuat• - pengambilan makanan berlebihan
menyebabkan tekanan emosi
28. Senyum• - Sunnah• - hilangkan kerunsingan diri dan kerunsingan orang lain• -
jadikan amalan dan tabiat
29. Lakukan kegiatan Luar• Tekanan bekerja dapat dihilangkan ketika bersukan- Lebih
menggembirakan jika keluar beriadahbersama keluarga.
30. Bersangka Baik Dengan Allah• Semuanya adalah daripada Alah untuk menguji
keimanan manusia• Ada hikmah disebalik setiap yg berlaku.
31. BURN OUT Sinonim dengan bidang psikologi. Mula digunakan pada tahun 1960
merujuk kepada kesan penyalahgunaan dadah yang kronik. Burn out = perasaan
kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu
membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang. Pilihan terakhir
apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai
matlamatnya.
32. JENIS BURN OUT Menurut Maslach & Jackson: 1) Kelesuan emosi 2)
Depersonalisasi 3) Pencapaian peribadi Burn out merupakan satu proses beransur-
ansur dari seseorang yang komited hingga hilang daya minat terhadap kerjaya melalui
kesan jangka panjang.
33. CIRI-CIRI BURN OUT
34. BURN OUT BAGI GURU
35. TANDA-TANDA BURN OUT
36. KESAN BURN OUT
37. KESIMPULAN Kemahiran menangani fenomena stres yang membawa kepada
burn out harus dipelajari. Tindakan awal perlu diambil agar sistem pendidikan negara
terus berkembang pesat mencapai aspirasinya. Guru perlu sentiasa menyediakan
dirinya dengan ilmu semasa & bersikap positif dengan cabaran yang mendatang.
38. Perbaiki Persekitaran Am• Hilangkan atau hapuskan – Kebisingan – Bau –
Pencahayaan – Suhu kelembapan – pengalihudaraan
39. Runding Cara• Harus dilakukan secara berkala• Memberi ruang kepada guru untuk
meluahkan dan berkongsi masalah dengan orang lain
40. Kemahiran Menyelesaikan Masalah• Sumbangsaran dengan menyenarai kesemua
penyelesaian.• Pilih penyelesaian yang paling boleh dilaksanakan, paling rasional dan
paling bijak.
41. Pengurusan Masa• Jangan habiskan masa untuk tugasan yang kurang penting•
Tumpukan kepada kerja penting terlebih dahulu• Merangkumi kemahiran, memberikan
tugas kepada orang lain, mengurangkan gangguan dan menetapkan masa.• Rancang
jadual kerja
42. Komunikasi Berkesan• Lembut tetapi tegas• Asertif• Hormati pandangan orang lain•
Luahkan pendapat dengan sopan.
43. Realistik terhadap pekerjaan• Akui kekuatan &* kelemahan diri• Berfikiran positif•
Terbuka terhadap perubahan
44. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk• Jiwa kita akan menjadi tenang jika
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.• Kerja yang susah
akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.• Para pelajar misalnya, disarankan agar
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang
dibaca akan mudah dingati.
45. Perbanyakkan membaca Al-Quran• Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi
sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.• Waktu yang sesuai bagi kita
untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur.• Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling
akrab pada sepanjang waktu.
46. Banyakkan Solat Sunat• Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh
membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.• Antaranya, dengan mendirikan solat
sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam.• Kita bangun pada sepertiga malam dan
mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada
Allah.
47. Selalu berdoa kepada Allah• Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain
daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan
dilakukan secara berterusan.• Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam
Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-
benar ikhlas.•
48. Bersangka Baik Dengan Allah• Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas
daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada
Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah
bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke
atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
49. Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan• Orang ramai selalu berkata bahawa
badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.• Segala tekanan sewaktu
bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti- aktiviti luar yang dapat
menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.• Situasi akan menjadi lebih
menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan
kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Tips mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dengan bijak :
1. Bawa-bawalah bertenang
Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih
dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-
cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan bila saya
mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas dalam-
dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat.
Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan
nafas, sebutkan “astagfirullah hal ‘aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul
qayyum wa atuubu ilaik” dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon
ampun daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali,
anda akan kembali tenang.
2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang
dibaca akan mudah diingati.
3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-
Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-
Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika
berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman
paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah
penenang jiwa yang paling mujarab.
Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang
lain seperti buku-buku berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk
menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen baca buku
“Jangan Bersedih”,
Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan
berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin
bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah
SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas
kepayahan pasti ada kesenangan.
4. Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain.” Jelas
daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita
yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
5. Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan
amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih,
solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada
Allah.
6. Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan
dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada
malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya,
ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa
setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar
bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha
yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai
sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
7. Bersangka baik dengan Allah SWT
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah
bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah
bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika
terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada
hikmah di sebalik kejadian itu.
8. Mengurus masa dengan baik
Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa.
Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa
kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan. Belajarlah cara
kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.
9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan
bersendirian
Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis
daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah.
Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan
akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada
kumpulannya.” . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang
memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari
Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana
sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah,
orang ramai dan masjid.
Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi
sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak
kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda
dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya.
Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.
10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan
dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat
menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk
diam dan berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang
menyayatkan jiwa hati, ini hanya menambahkan sebak di dada.
Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon
yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih
menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi
beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya
Allah.
11. Aktiviti bersama alam
Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah
SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia.
Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja
menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga
menikmati ‘bird watching’, ‘nature walk’, berjalan di tepi pantai sambil
mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan
dengan aktiviti alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama
ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan deria untuk merasai kehadiran
Allah SWT.
12. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang
kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan
menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi,
kencing manis.
Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera
badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan makanan yang
tidak berkhasiat.
13. Jangan malu untuk ketawa
Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati? Anda
boleh cubalah baca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang
mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.
14. Menangis dengan sepuas hati
Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa sebab ‘terputus wayar’, maka
cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh
perasaan yang gundah gelana.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam
hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis
dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi.
15. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah
dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih
ceria.
16. Fokus kepada warna yang menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita.
Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi
warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan
suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan.
Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk
mengubah perasaan yang anda mahukan.
17. Cuba hidu aroma yang menenangkan
Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma
menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender atau
dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.
18. Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan
perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh
memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah,
mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain.
Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik
contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan
diri kita.
Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak
mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga
boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa
tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu
mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Tanda-tanda Psikologi
Individu yang mengalami stress juga akan mengalami perubahan kepada
psikologi. Apabila seseorang itu stress, selalunya seseorang itu akan
mengalami kegelisahan perasaan. Kegelisahan itu dialami tanpa punca
atau erti kata lain secara tiba-tiba akan mengalami gelisah. Kegelisahan
sering memberi kesan yang tidak baik kepada seseorang.
Seterusnya, individu yang mengalami stress juga turut merasa dirinya
sangat bosan. Perkara ini selalunya berlaku apabila mereka yang stress
duduk bersendirian di tempat yang senyap dan tiada orang. Stress
semakin bertambah dan tahap bosan juga boleh menyebabkan emosi
seseorang itu semakin meningkat.
Kemurungan atau dalam Bahasa Inggerisnya “moody” seringkali berlaku
apabila seseorang itu mengalami stress. Individu yang mengalami
kemurungan boleh diketahui oleh rakan-rakan atau ahli keluarga yang
terdekat. Sifat murung akan terserlah apabila seseorang itu seringa
mengalami stress. Stress yang tinggi menyebabkan semakin tinggi tahap
kemurungan seseorang itu.
Tanda yang berikutnya kepada psikologi seseorang yang mengalami stress
adalah mudah marah. Seseorang yang mengalami stress akan mudah
marah kepada seseorang walaupun seseorang itu tidak bersalah. Marah
akan hadir secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah. Seeloknya
individu yang mengalami stress tidak perlu berhadapan dengan orang
ramai kerana itu mungkin akan menambahkan lagi tahap stress yang
dialaminya. Individu yang mengalami stress tidak boleh bersesak-sesak
dengan orang ramai sebagai contoh menaiki tren dengan dipenuhi ramai
orang. Emosi seseorang yang mengalami stress itu akan semakin
terganggu dan hal ini menyebabkan mereka cepat marah.
Perkara yang sangat membimbangkan pada seseorang yang mengalami
stress adalah mudah lupa. Individu yang mengalami stress cenderung
untuk mudah lupa dengan ilmu atau ingatan yang disimpan di kotak
fikirannya selama ini. Oleh itu, banyak kes yang berlaku pelajar yang
mengalami stress yang terlalu banyak mendapat keputusan yang kurang
cemerlang di dalam peperiksaan.