Download - BINA INSAN GURU DI TELUK GOREK
1. PENGAKUAN
Kami mengaku bahawa hasil kerja kursus pendek ini adalah hasil kerja
berkumpulan kami berempat. Kami juga mengaku bahawa kami telah sertakan
lampiran berkenaan aktiviti yang dijalankan .
Tandatangan : ……………………………
Nama : Nur Shahirah Zafirah Binti Zainun
No. kad pengenalan : 930228-06-5478
Tandatangan : ……………………………
Nama : AMALINA BINTI ROSLI
No. kad pengenalan : 930912-06-5028
Tandatangan : ……………………………
Nama : SITI NOR AISHA BINTI ROSDY
No. kad pengenalan : 930908-01-5546
Tandatangan : ……………………………
Nama : MUHAMMAD AIMAN HAZIQ BIN AR AZMI
No. kad pengenalan : 930929-02-638
1
2. PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga
kami berempat berganding bahu menyiapkan kerja kursus Bina Insan Guru ini
dalam masa yang telah ditetapkan secara berkumpulan.
Ribuan penghargaan diucapkan kepada En Nordin Tormadi Bin Jono diatas
tunjuk ajar yang diberikan kepada kami sepanjang menjalankan aktiviti Bina Insan
Guru dijalankan selama empat hari di Teluk Gorek,Mersing .Tanpa beliau,tidak
mungkin kami dapat menjalankan aktiviti kerja kursus lan laporan ini dengan
sempurna dan lengkap.Kami amat menghargai jasa beliau yang sudi membantu
memberi tunjuk ajar tanpa mengira masa dan tempat. Di samping itu,beliau dan
pensyarah-pensyarah lain termasuk mentor kami juga turut sedia memberikan
bimbingan kepada kami sekiranya kami menghadapi masalah.
Akhir kata, saya ingin merakamkan seribu tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada semua individu yang terlibat memberi tunjuk ajar dalam proses
menjayakan aktiviti bina insan guru ini serta proses menyiapkan laporan kerja
kursus ini.
2
3. PENGENALAN
Bagi melengkapkan keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
semua guru pelatih diwajibkan menyertai Program Bina Insan Guru. Program ini
telah dijalankan untuk membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan
nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses
pembinaan insan guru. Melalui pelaksanaan program ini Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) berhasrat dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan
mental serta cemerlang dalam semua aspek, selari dengan cabaran profession
perguruan masa kini.
Program Bina Insan Guru ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri dalam
membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan
kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru.
Beberapa matlamat telah digariskan agar para peserta dapat menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman praktikal asas tentang persediaan dan pelaksanaan
aktiviti luar bilik darjah. Kami telah mengikuti Program Bina Insan Guru buat kali
yang pertama pada semester ini. Program ini telah berlangsung selama 4 hari 3
malam bermula pada tarikh 12 Mac sehingga 15 Mac 2013 di Teluk Gorek, Mersing,
Johor. Banyak pengalaman dan penilaian yang kami telah milki untuk memenuhi
tuntutan profesyen keguruan pada zaman kini.
Program ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mahu melahirkan individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan
kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Oleh itu,
program ini juga diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mantap dari aspek
kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan yang selaras dengan norma- norma
kehidupan.
3
4. OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU
Melalui Program Bina Insan Guru ini guru pelatih dapat :
Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
Membina kemahiran mengurus perubahan.
Mengenali dan menilai potensi insan guru.
Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya
keguruan.
Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.
Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama, dan
bertanggungjawab.
Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
Berakauntabiliti kepada profesion keguruan.
Memahami realiti persekitaran respinsif secara positif kepada
keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan.
Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi,
rohani dan social.
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan berupaya menjana
pemikiran baru.
Membuat refleksi secraa kritikal ke atas pengalaman, kekuatan
dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.
4
5. LAPORAN REFLEKTIF
Hari pertama – Selasa (12 Mac 2013)
Tepat pukul 8 pagi hari selasa, kami dikehendaki berkumpul didepan HEP
untuk menunggu bas. Untuk membawa kesemua pelajar, sebanyak dua buah bas
diperlukan. Perjalanan kami ke Teluk Gorek bermula pada pukul 8.30 pagi. Namun
begitu, kami telah berhenti sebentar di Kota Tinggi untuk bersarapan dan perjalanan
telah diteruskan kembali pada pukul 9.30. setelah 3 jam perjalanan, kami akhirnya
tiba di teluk gorek pada pukul 12 tengahari. Setibanya kami disana, kami telah
memunggah barang keluar dari bas ke Dewan Pak Malau dan seterusnya berkumpul
dihadapan dapur untuk memastikan semua kelengkapan kami sepanjang empat hari
berada di Teluk Gorek berada dalam keadaan yang sempurna dan
lengkap.seterusnya, pensyarah yang bertugas, iaitu En Mohd Jasa telah
menunjukkan kaedah untuk memasang khemah dengan betul. Setelah semua
khemah siap dipasang, kami berkumpul dan dipecahkan kepada dua kumpulan
besar iaitu kumpulan A dan B manakala saudara Fidauddin bin Rosli pula telah
dilantik sebagai penghulu kem.bagi memastikan aktiviti memasak berjalan lancer,
ketua bagi aktiviti ini telah dipilih. Nur Nazatul Nisha telah dilantik dan pembahagian
tugas memasak telah dijalankan. Sementara menunggu untuk minum petang, para
peserta telah diberi taklimat mengenai pendahuluan tentang B.I.G , taklimat
keselamatan semasa berlaku kecemasan dan taklimat asas bantu mula.
Setelah minum petang, para peserta telah dikehendaki untuk berkumpul di
tebing pantai untuk aktiviti memasang rakit dengan dipantau oleh pensyarah yang
bertugas iaitu En Hisyam dan En Mohd Jasa.pada mulanya, kami menghadapi
sedikit kesukaran kerana bagi kebanyakan pelajar, ini merupakan kali pertama
mereka memasang rakit. Namun begitu, para peserta cepat belajar dan mereka
telah menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk belajar memasang rakit
dengan betul.
5
Selesai sahaja pengurusan diri dan solat berjemaah, peserta dihidangkan
dengan makan malam dan aktiviti diteruskan dengan latihan dalam kumpulan oleh
Puan Zaiton Sharif. Ceramah yang diberikan adalah berkenaan mengenali potensi
kendiri dan kepentingannya.dari apa yang dapat kami simpulkan,isi adalah
mengenai mengenali kekuatan dan kelemahan diri dan sejauh mana kita mampu
mengembangkan bakat dan potensi diri.sesi tamat pada pukul 10.30 dan peserta
telah dihidangkan dengan minum malam oleh ahli yang bertugas.aktiviti yang
terakhir pada hari berkenaan adalah pembahagian sentri dimana setiap jam bermula
pukul 12 hingga 5, terdapat 4 orang peserta yang ditugaskan untuk menjaga
kawasan.sentri berjalan lancar.
Pelajar berkumpul di hadapan HEP menunggu bas
Berhenti makan di Kota Tinggi
6
Setibanya di Teluk Gorek, Mmemeriksa dan membuat catatan
kam mengangkat beg turun bilangan peralatan yang ada
dari bas
En. Mohd Jasa menunjukkan kaedah memasang khemah dengan betul
7
Proses mendirikan khemah
Taklimat mengenai keselamatan sekiranya berlaku kecemasa
Aktiviti membina rakit
8
Aktiviti LDK mengenali potensi kendiri
Hari kedua – Rabu (13 Mac 2013)
Keesokan harinya, setelah selesai pengurusan diri dan solat subuh, terdapat
slot tazkirah yang disampaikan oleh saudara Hafiz Azree dengan seliaan ustaz yang
bertugas. bagi memupuk semangat patriotism dalam diri peserta, kami dikehendaki
untuk menyanyikan 3 buah lagu rasmi iaitu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu
IPGM pada setiap pagi. Aktiviti pagi kami bermula dengan jogging disekitar
pantai,sedikit stretching dan yang lebih menarik,permainan kecil seperti bola
beracun, baling selipar dan bola berduri turut dijalankan.tamat sahaja sesi senaman
ringkas pada pagi itu, para peserta bergegas untuk sarapan pagi . sarapan pada
pagi berkenaan telah dihidangkan oleh saudari nur atiqah,nihayatul,azura dan
Brenda.kemudian, kami berkumpul dan bersiap untuk aktiviti utama pada hari itu,
dan aktiviti telah dipecahkan kepada dua bahagian dimana satu kumpulan
ditugaskan untuk aktiviti darat manakala satu kumpulan lagi ditugaskan untuk aktiviti
air.
Untuk hari kedua, kami telah dikehendaki untuk menjalani aktiviti darat dan
daripada satu kumpulan besar A, kami telah dipecahkan lagi kepada 3 kumpulan
kecil supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan
9
kemas.setiap kumpulan diberikan kompas dan dikehendaki untuk mencatat bearing
disetiap checkpoint yang ada. Disamping itu, kami turut dikehendaki untuk melakar
peta disepanjang perjalanan. Perjalanan menjadi sedikit sukar apabila kami terpaksa
melalui laluan yang licin dan berbatu tajam.Namun demikian, segalanya berbaloi
apabila kami dihidangkan dengan pemandangan yang menakjubkan dipersisiran
pantai dengan pelbagai jenis flora dan fauna.
Sampai sahaja kami disebuah titi, peserta diberikan masa 5 minit untuk
berehat dan minum pagi.perjalanan diteruskan selama lebih kurang 2 jam lagi.keluar
sahaja dari kawasan hutan, kami masuk pula ke kawasan perkampungan di Gunung
Arung.sesampainya kami di tapak memasak, para peserta diberi tugasan untuk
mencari tempat yang sesuai untuk menyalakan api dan memasak. Kumpulan kami
menghadapi masalah kecil pada mulanya apabila berlaku perebutan tapak
memasak.namun begitu, kami telah mengambil inisiatif untuk mengalah dan
berpindah ketempat yang baru. Pada mulanya, kami menghadapi kesukaran untuk
menghidupkan api ekoran kayu api yang masih basah, namun begitu,berkat usaha
yang gigih,api berjaya dihidupkan. Menu makan tengahari kami pada hari itu,
merupakan nasi putih, sardine,timun sebagai ulaman dan buah epal sebagai pencuci
mulut. Selesai sahaja makan tengahari,kami bergegas untuk membersihkan
perkakas memasak dan tapak memasak.kami mula bergerak pulang pada pukul 1
lebih dan sementara menunggu kumpulan lain siap berkemas, kumpulan kami telah
mengadakan gotong-royong secara kecilan.
Di penghujung perjalanan pulang kami, peserta telah ditugaskan untuk
membina pengusung daripada bahan semulajadi yang ditemui didalam hutan. Aiman
dan Furqan telah ditugaskan untuk menebang pokok dan kami telah bersama-sama
membina pengusung. Tamat sahaja aktiviti pada hari tiu, aktiviti refleksi secara
berkumpulan telah dilaksanakan dengan seliaan oleh En. Latiff bagi
membentangkan dapatan masing-masing.Aktiviti terakhir pada hari itu adalah latihan
dalam kumpulan oleh Pn Zaiton Shariff dan tamat pada pukul 10.30.
10
Aktiviti Malaysia cergas dan patriotik iaitu menyanyikan lagu rasmi Negaraku, Lagu
Negeri Johor dan lagu IPGM
Selepas senaman pagi, aktiviti berjogging sekitar tepi pantai
11
Aktiviti senaman pagi yang diketuai oleh pelajar pendidikan jasmani
Salah satu aktiviti mencabar semasa aktiviti kembara
12
Memasak untuk makan tengah hari semasa aktiviti kembara
Proses menghidupkan dan mengawal kayu api
13
Aiman dan Furqan mendirikan ponco untuk
menghidangkan menu makan tengah hari
Proses membina pengusung
14
Hari Ketiga : Rabu (27.02.2013)
Seawal jam 5.30 pagi, kami melakukan pengurusan diri untuk menunaikan
solat subuh secara berjemaah yang diimami oleh saudara Muhammad Faris Bin
Hashim. Selepas melaksanakan solat subuh, kami mendengar tazkirah subuh yang
bertajuk ‘mencari hidayah’ yang disampaikan oleh saudara Hamiduddin bin
Shuhaimi. Selesai sahaja sesi tazkirah subuh, kami semua terus bersiap untuk sesi
nyanyian lagu Negaraku, Negeri Johor dan IPG. Kami semua berkumpul di dataran
dan beratur mengikut kumpulan masing.
Sesi nyanyian diketuai oleh penghulu, Muhammad Fidauddin Bin Rosli
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor dan lagu rasmi IPG.
Sesi senaman pagi didahulukan dengan jogging di sepanjang pantai. Selepas itu
sesi senaman aerobik bermula dan diketuai oleh Nur Akma Haleeda Binti Abdullah
Sani. Seperti biasa, aktiviti diteruskan dengan permainan kecil yang dikendalikan
pelajar 1PISMP PJ. Tamat sahaja sesi senaman pagi, sesi taklimat diteruskan oleh
Kem Komanden kami Tn. Hj Tormadi bin Jono. Beliau memberi taklimat tentang
perjalanan aktiviti pada hari tersebut dan sedikit nasihat kepada kami. Kemudian,
kami semua bersarapan sambil bersiap siap untuk melakukan aktiviti bagi kumpulan
masing masing.
Pada hari tersebut, kumpulan 1 akan menjalankan aktiviti darat manakala
kumpulan 2 akan melakukan aktiviti air. Kami semua diminta berkumpul semula
untuk sesi taklimat ringkas sebelum berangkat menjalani aktiviti masing masing.
Taklimat ringkas bagi kumpulan kami telah diberikan oleh En. Hishamuddin bin
Hassan dan beliau menasihati kami agar sentiasa berhati-hati dalam menjalani
setiap aktiviti di sini. Tamat sahaja sesi taklimat ringkas kami semua terus berangkat
untuk menjalani aktiviti. Pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, aktiviti air dimulakan
dengan water confident. Dalam aktiviti ini, kami diajar tentang cara dan perkara perlu
dilakukan ketika berada di dalam air. Contohnya, merumpai, cara apungan dan cara
memakai boyouncy aid (alat bantuan apungan). Pada jam 10.30 pagi, selepas
15
minum pagi, kami dikehendaki berakit ke destinasi yang ditetapkan. Dari situ kami
belajar bahawa untuk mengendalikan sebuah rakit bukanlah satu perkara yang
senang. Kami perlu bekerjasama dan semangat tidak mudah berputus asa. Setelah
sampai ke destinasi yang ditetapkan, kami dikehendaki menyediakan makanan
tengahari. Kami mengagihkan tugas untuk memasak, mencari kayu api dan khemah.
Selesai makan tengahari, kami bersiap untuk berakit pulang ke kawasan
perkhemahan. Setelah sampai di pantai, kami mengadakan sesi refleksi bersama
En. Hisham. Daripada aktiviti air ini, kami dapati bahawa sikap bekerjasama,
mematuhi arahan dan berdisiplin merupakan perkara yang amat penting dalam
menjalankan sesuatu aktiviti. Sekitar jam 2.30 petang, aktivit air tamat. Kami
bergotong-royong membersihkan alat bantuan apungan (BA), tiub, paip, pendayung
dan tali. Selepas mengemas, segelintir daripada kami yang bertugas untuk
menyediakan makanan menuju ke dapur untuk menyediakan juadah minum petang
dan yang lain melakukan pengurusan diri.
Aktiviti seterusnya iaitu LDK disambung pada tepat jam 4 petang. Semua
peserta berkumpul di dalam dewan untuk menjalani aktiviti tersebut. Aktiviti LDK
ketika itu meminta para peserta berfikir secara kritikal dan kreatif dalam
membentang dan memberi hujah mengenai perkataan yang diberi oleh Tn Hj.
Othman Bin Mustaffa. Antara perkataan tersebut adalah pembimbing, model,
fasilitator dan motivate. Sesi LDK tamat jam 5 petang dan selepas itu kami diberi
masa untuk berlatih dan membuat persediaan untuk membuat persembahan untuk
malam kebudayaan.
Selepas itu, para peserta bersiap siap untuk solat maghrib dan tazkirah
selepas solat maghrib. Solat maghrib diimami oleh saudara Muhammad Aiman
Haziq Bin Ar Azmi dan tazkirah disampaikan oleh saudara Mohammad Fidauddin
Bin Rosli. Selepas tamat sahaja tazkirah maghrib, para peserta semua berkumpul
semula ke dewan untuk menjayakan malam kebudayaan yang bakal
mempersembahkan bakat-bakat kami semua bakal guru. Kesemua kumpulan
mempersembahkan persembahan yang sangat memberangsangkan kepada para
tetamu dan pensyarah yang hadir. Antara persembahan pada tersebut adalah dikir
16
barat, tarian, sketsa, pantomen, boria dan lakonan. Gelak tawa riang ria para hadirin
yang hadir telah memeriahkan suasana pada malam itu. Dalam pukul 10.30 malam,
selepas malam kebudayaan, kami menikmati minum malam. Kami melakukan
pengurusan diri dan berehat. Jadual kawalan malam berjalan seperti biasa.
Tazkirah subuh bertajuk Mencari Hidayah
Para peserta sedang joging di sepanjang pantai Teluk Gorek ketika sesi
senaman pagi
17
Para peserta sedang menjalani aktiviti water confident
Para peserta sedang membentang dan menghuraikan perkataan yang diberi
ketika sesi LDK bersama Tuan Haji Othman bin Mustaffa
18
Para peserta sedang melakukan persembahan ketika malam kebudayaan
19
Hari Keempat - Jumaat (15 Mac 2013)
Pada hari terakhir iaitu 15 Mac, selepas melakukan pengurusan diri kami
menunaikan solat subuh yang diimamkan oleh Muhammad Furqan dan sesi tazkirah
telah diberikan oleh Muhammad Haziq yang dibimbing oleh ustaz yang bertugas.
Aktiviti nyanyian lagu Negaraku, Negeri Johor dan IPG serta senaman pagi tidak
dapat dijalankan kerana hujan lebat turun pada pagi itu. Selepas itu, kami telah
diarahkan oleh ketua peserta program untuk mengambil sarapan pagi terlebih
dahulu.
Setelah selesai sarapan pagi, kem komandan telah memberikan taklimat
yang ringkas tentang perjalanan hari terakhir program sebelum berangkat pulang ke
kampus. Para peserta diarahkan untuk mengemas barang-barang peribadi,
membersihkan dan menyimpan semula khemah yang telah kami dirikan. Kami juga
dikehendaki untuk membersihkan tapak perkhemahan. Setelah selesai
membersihkan tapak perkhemahan, kami diminta mengemas dan mengumpulkan
semua peralatan yang digunakan sepanjang program ini dijalankan. Hal ini bertujuan
untuk membuat senarai semak dan memastikan tiada sebarang peralatan yang
hilang. Kesemua peralatan ini disimpan semula di dalam bekas yang disediakan dan
dimasukkan di dalam stor.
20
Aktiviti mengemas khemah dan peralatan
Peserta membuat senarai semak peralatan
Selepas itu, kami kemudiannya diminta untuk masuk ke dalam dewan Pak
Malau bagi majlis penutupan program yang bermula jam 10.00 pagi. Majlis
penutupan program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 2 telah dipengerusikan oleh Nur
Akma Haleeda dan Luk Teck Ung. Sebelum memulakan majlis, kami telah
menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Johor dan IPG. Untuk memberkati majlis
tersebut, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhamad Asyraf.
Selesai sahaja bacaan doa, ucapan ketua peserta telah disampaikan oleh saudara
Mohammad Fidauddin. Menyusul kemudian, kem komandan telah memberi ucapan
seterusnya merasmikan majlis penutupan program Bina Insan Guru ini. Walaupun
kami berada dalam keadaan keletihan disebabkan aktiviti di air dan darat, namun
kami berasa bangga kerana dapat menghabiskan aktiviti tersebut tanpa mendapat
sebarang kecederaan. Kem komandan juga telah memberi kata-kata semangat
dalam ucapannya kepada kami. Upacara penyampaian hadiah diadakan sebaik
selesai ucapan kem komandan dan hadiah tersebut telah disampaikan oleh kem
komandan. Sebanyak enam hadiah telah diberikan kepada enam kumpulan
persembahan yang bertemakan 1 Malaysia.
21
Para peserta diberi peluang untuk mengadakan sesi fotografi sebagai
kenang-kenangan. Selepas itu, para peserta bergerak menuju ke kenderaan yang
telah disediakan untuk bergerak pulang. Peserta bergerak pulang ke kampus pada
jam 11.00 pagi dan tiba di bumi IPTI kira-kira jam 3.00 petang.
22
Majlis penyampaian hadiah oleh kem komandan
Sesi fotografi
6. ANALISIS SWOT
KEKUATAN
1. Tapak perkhemahan yang luas, strategik, selamat dan selesa member kesenangan
kepada para peserta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perkhemahan di sana.
2. Lokasi perkhemahan ini juga sesuai untuk para peserta kerana lokasinya yang
berdekatan dengan pantai dan dikelilingi hutan sesuai untuk aktiviti seperti
water confidence, berakit dan jungle trekking.
3. Aktiviti yang dijalankan disana kebanyakannya mencabar dan lasak.peserta juga
sentiasa bersemangat untuk menjalankan aktiviti disana..
4. Bahan mentah dan makanan sering mencukupi dan para peserta tidak menghadapi
sebarang masalah kekurangan makanan..
KELEMAHAN
1. Jadual pembahagian sentry yang kurang sistematik menyebabkan wujud kekeliruan
dalam kalangan pelajar.
2. Kurang kerjasama antara peserta akibat kurangnya persefahaman disebabkan latar
belakang kelas yang berbeza.
3. Jadual aktiviti yang terlalu padat menyebabkan pelajar kekurangan masa untuk
23
aktiviti pengurusan diri.
PELUANG
1. Para peserta berpeluang untuk menikmati persekitaran pembelajaran yang baru
selain dari di dalam bilik kuliah.
2. Peserta juga dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi. Kami diajar untuk
tidak mementingkan diri dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
ANCAMAN
1. Antara ancaman terbesar yang dihadapi adalah cuaca yang tidak menentu. Pada
hari terakhir, hujan telah turun dengan lebatnya dan terdapat khemah peserta yang
dimasuki air dan telah menyebabkan keseluruhan barang didalam khemah basah.
7. REFLEKSI KENDIRI
24
7.1
NAMA: AMALINA BT ROSLI
IC NO : 930912-06-5028
Seperti yang telah termaktub didalam silibus setiap guru pelatih, aktiviti Bina
insan guru merupakan suatu perkara wajib dan perlu disempurnakan oleh setiap
bakal-bakal guru..terdapat banyak kelebihan yang dapat diperolehi daripada aktiviti
seperti ini. Banyak ilmu dan perkara yang dapat ditimba dari aktiviti seperti ini. Pada
pendapat saya, aktiviti yang dilaksanakan seperti jungle trekking dan water
confidence banyak mengajar saya erti keyakinan dan kerjasama apabila berada
dalam kumpulan yang besar.
Kami telah pergi ke teluk gorek selama empat hari bermula daripada 12 Mac
2013 hingga 15 Mac 2013. Sepanjang saya berada disana, saya banyak belajar
nilai-nilai yang positif dan banyak pengajaran yang dapat diambil. Para pensyarah
dan rakan- rakan pula sangat membantu dan ini memudahkan saya untuk
menyesuaikan diri dan menangani masalah ketika berada dalam situasi yang sukar.
Aktiviti seperti latihan dalam kumpulan banyak mengajar saya untuk saling
bantu membantu dan bertolak ansur. Ketika berada didalam kumpulan, sifat
kerjasama sangat penting kerana sebagai manusia,kita saling memerlukan antara
satu sama lain. Kami juga diperlukan untuk bercakap dihadapan orang ramai dan
sedikit sebanyak,Ia membantu saya meningkatkan keyakinan dan mengurangkan
rasa gemuruh. Ahli kumpulan kami juga terdiri daripada peserta yang terdiri daripada
berbilang kaum seperti cina,india dan iban. Ini membuka mata saya mengenai
betapa pentingnya sifat perpaduan sesama kaum. Kesukaran untuk berkomunikasi
kerana slanga yang berlainan tidak menjadi penghalang kepada kami untuk
bekerjasama dan berbual sepanjang tempoh aktiviti.
25
Pada hari kedua, kami telah mengadakan aktiviti jungle trekking dan antara
perkara yang saya perolehi daripada aktiviti tersebut adalah bahawa kesabaran
merupakan sesuatu yang paling diperlukan sewaktu kita berada dalam
kesusahan.terdapat beberapa situasi yang saya boleh simpulkan sebagai menguji
kesabaran. Antaranya adalah sewaktu melalui melalui titi. Sebagai seorang yang
kurang berkeyakinan dan gayat, melalui titi tersebut merupakan cabaran yang besar
buat saya. Namun begitu, berkat kegigihan rakan-rakan member sokongan kepada
saya, saya berjaya menempuh halangan tersebut dengan jayanya.
Aktiviti seterusnya yang menarik perhatian saya adalah water confidence..
kami telah diajar kaedah berenang yang betul oleh En Hisyam.. tempoh masa yang
diperuntukkan selama 2 jam ini telah digunakan dengan baik untuk belajar kaedah
asas berenang. Walaupun aktiviti ini sangat menguji ketahanan mental, tetapi saya
berasa gembira kerana dapat didehkan dengan pelbagai teknik. Tidak ketinggalan,
aktiviti berakit yang turut lasak.setiap ahli kumpulan saya begitu bersungguh-
sungguh bersaing dengan ahli kumpulan yang lain bagi memastikan kami sampai
terdahulu ke persisiran pantai.
Kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli dalam kumpulan saya adalah
sangat memberangsangkan dan kami begitu bersungguh-sungguh memberikan
semangat kepada satu sama lain. Setiap titik peluh kami berbaloi apabila kumpulan
saya telah mendahului kumpulan lain dan kami sampai terlebih dahulu untuk memilih
tempat memasak.sebagai seorang pelatih guru, semangat sukakan persaingan yang
sihat adalah penting kerana ia dapat membantu kita untuk sama-sama
meningkatkan potensi diri .
Kesimpulannya, terdapat beberapa kekurangan sepanjang program ini
berlangsung, namun para peserta tidak lemah semangat malah bertambah
semangat untuk meneruskan aktiviti. Saya berasa begitu bersyukur mendapat
26
peluang sebegini kerana banyak perkara dan ilmu yang telah dapat ditimba.saya
berharap agar program sebegini dapat diteruskan dan segala kelemahan dapat
diperbaiki untuk manfaat kita pada masa akan datang.
7.2
Siti Nor Aisha Binti Rosdy
930908-01-5546
Bina Insan Guru merupakan sebuah program yang sangat berkesan untuk
para pelatih guru melatih diri untuk lebih berkeyakinan diri dan mempunyai tahap
kecergasan fizikal dan mental yang tinggi.Oleh hal yang demikian,sebagai pelatih
guru di Institut Perguruan kampus Temenggung Ibrahim,kami telah dikehendaki
untuk menyertai program ini yang telah diadakan pada 12 Mac 2013 sehingga 15
mac 2013 di Teluk Gorek,Mersing.Sepanjang menjalani program B.I.G (Bina Insan
Guru ) ini,saya mendapati pelbagai ilmu dan input baru yang telah saya pelajari yang
mana perkara tersebut sukar didapatkan daripada program-program jati diri yang
lain.Program B.I.G tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelatih
guru daripada opsyen Pendidikan Jasmani,Sains dan Bahasa Cina, dan Bahasa
Inggeris SJKC 4 pengambilan Jun 2011 Institut Perguruan Kampus temenggung
Ibrahim.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program B.I.G
ini.Antaranya,aktiviti kembara merentasi kampung,keyakinan dalam air (water
confidence) dan berakit menggunakan pelampung dan pvc.Semua aktiviti ini telah
memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada setiap para pelatih
guru.Sebagai contoh,untuk aktiviti kembara merentasi kampung,kami semua telah
didedahkan dengan keindahan alam semulajadi yang terdapat di kawasan Teluk
Gorek.Pensyarah iringan kami iaitu Encik Latif telah banyak memberikan input
tentang flora dan fauna yang kami jumpa sepanjang perjalanan tersebut.Pelbagai
jenis flora yang kami dapati seperti periuk kera,pokok gelenggang dan daun
27
senduduk manakala untuk fauna pula,kami telah mnjumpai kambing biri-biri,kerbau
dan lembu yang terdapat di kawasan kampung para penduduk berdekatan.
Seterusnya,aktiviti keyakinan dalam air pula,kami telah diajar cara-cara untuk
berenang dan teknik pengapungan dalam air menggunakan ‘buoyancy
aids’.Walaupun pada mulanya saya berasa sangat gementar kerana sebelum ini
pernah mempunyai pengalaman yang mencemaskan di dalam air,tetapi apabila
saya mempelajari teknik berenang yang betul,saya dapat mengawal rasa gementar
tersebut dan berasa sangat teruja untuk berenang lebih jauh.Sesudah selesai aktiviti
keyakinan dalam air,pada hari yang sama,kami melakukan aktiviti berakit
menggunakan pelampung yang telah kami siapkan sehari lebih awal.Rakit tersebut
telah kami bina bersama-sama rakan guru-guru pelatih yang lain dengan bantuan
tunjuk ajar daripada pensyarah kami.Sedikit sebanyak,saya belajar cara-cara untuk
membina rakit dengan kukuh dan ia akan menjadi ilmu yang berguna bagi saya
pada suatu hari nanti.
Pada pengamatan saya,aktiviti berakit merupakan aktiviti yang mencabar
kesabaran dan memerlukan tahap kerjasama yang tinggi daripada seluruh ahli
kumpulan.Untuk menggerakkan rakit tersebut,persefahaman yang tinggi untuk
mendayung rakit tersebut dengan kadar yang sama oleh semua pendayung amat
diperlukan.Oleh sebab itu,dalam kumpulan saya,kami telah melantik seorang ketua
untuk memberi arahan kepada semua ahli kumpulan semasa mengendalikan rakit
agar rakit tersebut dapat bergerak dengan lancar.Berkat kerjasama dan kesabaran
yang tinggi,akhirnya kumpulan saya berjaya menghabiskan aktiviti rakit tersebut dan
kami merupakan kumpulan yang pertama sampai di pulau tersebut.Walaupun penat
tetapi kami berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh semua ahli kumpulan
yang saling membantu antara satu sama lain.
Konklusinya,program B.I.G ini memberikan banyak pengalaman baru kepada
para pelatih guru.Program ini sewajarnya perlu diteruskan untuk semua pelatih guru
pada masa akan datang agar mereka berasa lebih berkeyakinan dan mempunyai
semangat jati diri yang kuat serta berani menempuh pelbagai cabaran lebih-lebih
lagi apabila mereka ditempatkan di kawasan pedalaman untuk mengajar apabila
tamat pengajian nanti.Bagi saya,program ini telah berjaya meninggalkan kenangan
yang sangat manis buat kami semua kerana sepanjang aktiviti perkhemahan
28
ini,kami berasa sangat seronok dan teruja untuk merasai pelbagai pengalaman
baru.Akhir sekali,saya harap segala ilmu yang dipelajari di B.I.G dapat saya
praktikkan di kampus dan dalam kehidupan seharian saya.
7.3
MUHAMAD AIMAN HAZIQ BIN AR AZMI
930929-02-6383
1 PISMP PJ/PK/BM
Pada 12 hingga 15 Mac yang lalu, saya telah menyertai program
perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) yang telah diadakan dengan jayanya di Telok
Gorek Chalet And Camp Site Tg. Resang, Mersing selama 4 hari 3 malam. Program
perkhemahan ini merupakan perkhemahan yang pertama saya sertai sepanjang
belajar di IPG Kampus Temenggong Ibrahim ini sejak 2011. Program BIG ini
bertujuan sebagai usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat tinggi, bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat serta negara
selaras dengan nilai-nilai keguruan. Terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu
yang dapat saya peroleh sepanjang menjalani aktiviti BIG ini. Pelbagai aktiviti
menarik telah dijalankan sepanjang program ini dilaksanakan antaranya ialah
kembara di hutan, keyakinan di air, berakit dan banyak lagi. Melalui aktiviti seperti
inilah yang akan memberikan seribu pengalaman yang berharga dan bermanfaat
untuk digunakan ketika menjadi guru pada masa hadapan.
Selain itu, saya dan rakan sekelas telah diberi tanggungjawab untuk
mengendalikan beberapa permainan kecil yang dimainkan selepas senaman pagi.
Permainan kecil ini dijalankan untuk pelajar-pelajar dari kelas yang lain. Kami
berjaya menjalankan permainan kecil ini dengan baik dan kami dapat melihat wajah
keseronokan yang terpancar dari pelajar kelas lain tatkala bermain permainan kecil
ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah ditegur oleh
pensyarah yang bertugas. Ini kerana permainan kecil itu tidak begitu melibatkan
semua pelajar dan tidak menunjukkan sesuatu yang memberangsangkan.
29
Kelemahan ini telah kami ambilkira sebagai sesuatu yang positif dan
penambahbaikan pada masa hadapan ketika menjadi guru.
Di samping itu, program BIG ini juga telah banyak menguji ketahanan mental
dan fizikal saya. Ketika melakukan aktiviti meredah hutan, ketahanan mental dan
fizikal saya diuji kerana melalui laluan yang sukar, cuaca yang sangat panas dan
banyak lagi cabaran yang telah saya tempuhi. Sebelum memulakan aktiviti, saya
telah diajar cara untuk membaca kompas. Pensyarah pengiring juga telah memberi
beberapa tugasan yang perlu diselesaikan seperti mencari 5 jenis flora dan fauna
serta mengetahui kebaikan tumbuhan tersebut. Saya juga perlu memasak di dalam
hutan dengan menggunakan kayu api. Pengalaman ini sedikit sebanyak telah
memberi pendedahan kepada saya untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya
dari segi fizikal dan mental. Ketahanan fizikal dan mental penting sebagai seorang
bakal pendidik kerana bakal pendidik belum tentu akan ditempatkan di kawasan
bandar ataupun pedalaman yang mempunyai persekitaran yang tidak mencukupi.
Pengalaman ini yang dapat ditimba dari program BIG ini akan membuatkan saya
untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang akan mendatang ketika menjadi
guru kelak.
Disamping itu, saya juga dapat memperoleh pengalaman baru berdasarkan
aktiviti di air. Ketika aktiviti pemasangan rakit, saya dapat mempelajari tentang jenis-
jenis ikatan tali contohnya ikatan balak, ikatan buku sila dan banyak lagi. Ikatan ini
penting bagi memastikan rakit yang dipasang itu berada dalam keadaan yang kukuh
dan selamat. Ketika aktiviti keyakinan di air, saya terpaksa menyelam dengan
membuka mata didalam air, mengapungkan diri serta belajar berenang dengan cara
yang betul. Aktiviti seperti ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keyakinan dan
potensi saya ketika berada bermain dengan aktiviti air. Saya juga telah bersemangat
dan berani mencuba sesuatu yang baru kerana dengan berbekalkan keyakinan yang
tinggi, sesuatu aktiviti yang dilihat sukar untuk dilakukan pasti akan boleh dilakukan.
Selepas selesai melakukan aktiviti keyakinan di air, saya dan kumpulan saya perlu
melakukan aktiviti berakit. Ketika melakukan aktiviti berakit inilah memberi
pengajaran dan ilmu yang berguna kepada saya. Sebagai seorang yang bekerja
dalam satu kumpulan, semangat kerjasama adalah penting kerana dengan adanya
semangat ini sesuatu aktiviti itu dapat dilakukan dengan mudah. Aktiviti ini dapat
meningkatkan semangat kerjasama, tolong-menolong dan sifat bertoleransi antara
30
saya dan kumpulan. Saya juga dapat meningkatkan tahap kesabaran dan ketabahan
saya kerana perlu berakit dalam jarak yang agak jauh dan terpaksa melawan
ombak. Sikap-sikap seperti ini perlu dididik dalam jiwa seorang bakal pendidik
kerana sudah pasti diberi dengan pelbagai tugasan yang mencabar sama ada di
sekolah mahupun di luar sekolah.
Melalui aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) yang dijalankan, saya juga telah
banyak mempelajari sesuatu yang berguna seperti memperkukuhkan kemahiran
berkomunikasi saya dengan orang lain. Ini dapat meningkatkan keyakinan saya
ketika berucap atau berkomunikasi di hadapan orang ramai. LDK ini juga dapat
memupuk sifat kepimpinan dalam diri saya dan membuatkan saya lebih berani untuk
memberi sebarang idea atau pandangan. Aktiviti seperti ini mengajar saya untuk
berfikiran lebih kreatif dan kritis ketika memberi idea dalam perbincangan kumpulan.
Dengan adanya aktiviti LDK ini, saya juga dapat bergaul dengan semua pelajar-
pelajar dari kelas lain tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Sebagai
seorang bakal pendidik, kehidupan bermasyarakat adalah penting kerana seorang
guru akan bergaul dan berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai bangsa.
Program seperti ini sedikit sebanyak dapat memupuk bakal pendidik yang menjalani
kehidupan bermasyarakat secara normal dan harmoni.
Sepanjang aktiviti program BIG ini berjalan, saya mendapati terdapat
beberapa kelemahan dan kekurangan sepanjang perjalanan program dan
kelemahan diri saya sendiri. Kawasan tapak perkhemahan adalah tidak sesuai
kerana terlindung daripada laluan angin. Ini menyebabkan beberapa orang guru
pelatih terutama yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
tidak dapat tidur di dalam khemah kerana panas. Keadaan khemah yang patah dan
bocor ketika hujan telah menyebabkan beberapa khemah terpaksa ditukar.
Perjalanan aktiviti yang disusun juga terlalu santai dan kurang mencabar. Selain itu,
saya juga mempunyai beberapa kelemahan diri yang perlu diatasi. Antaranya ialah
pengurusan masa yang tidak betul. Dalam menjalani aktiviti yang telah diatur, saya
kurang menepati masa yang telah ditetapkan dalam jadual aktiviti. Bagi mengatasi
masalah ini, saya perlulah mempunyai sikap sentiasa bersemangat dalam
melakukan apa jua aktiviti supaya saya dapat menepati masa.
31
Untuk cara-cara penambahbaikan, saya mencadangkan supaya jadual aktiviti
program dapat diberikan lebih awal kepada pelajar supaya pelajar dapat bersedia
lebih awal. Selain itu, pembahagian tugas-tugas ahli jawatankuasa perlu disusun
dengan lebih rapid an tersusun supaya semua ahli jawatankuasa memainkan
peranan. Aktiviti program juga perlu lebih mencabar supaya guru pelatih lebih
terdedah dengan cabaran ketika menjadi seorang pendidik kelak.
Kesimpulannya, saya percaya bahawa program Bina Insan Guru ini adalah
satu program yang sangat menarik dan banyak memberi pengalaman yang berguna
kepada guru pelatih untuk diaplikasikan ketika berada di sekolah. Profesion
perguruan bukanlah satu cabang kerjaya yang mudah. Justeru itu, melalui program
seperti inilah guru pelatih dapat membina atau memupuk semangat dan sikap jati diri
yang unggul. Saya berharap supaya program-program seperti ini dapat didedahkan
lagi kepada guru pelatih supaya akan terlahirnya guru yang berkualiti dari semua
aspek dalam mendidik anak-anak bangsa.
7.4
NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN
930228065478
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya
melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) sesi kedua bagi tahun 2013 ini. Bersyukur
kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan
Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Teluk Gorek Chalet And Camp Site Tg.
Resang, Mersing pada 12 Mac hingga 15 Mac yang lalu. Kursus BIG ini
sebenarnya merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan dan tidak dapat
dilupakan sama sekali bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti
kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji
ketahanan mental dan fizikal saya dimana saya amat gemar akan aktiviti fizikal yang
agak lasak. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan
dengan semua kaativiti yang diadakan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3
32
malam kerana faktor kesihatan . Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang
telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini..
BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu
pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak
dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah
kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri
saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan
berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah
berakit, “water confident”, “jungle trecking”, latihan dalam kumpulan(LDK),memasak,
masakan rimba,dan persembahan malam persembahan. Pada mata kasar, boleh
dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk
berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif
tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.
BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih
yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika
aktiviti “water confident”, saya terpaksa menyelam didalam air dan berenang.
Walaupun saya tidak pandai berenang dan takut pada mulanya,namun begitu
dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga semangat yang diberikan oleh rakan-rakan
saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk
melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara
yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri
mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama
adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat
itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi
yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti
akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi
dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih
yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan
tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya.
33
Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu
sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah
bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam
sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya
dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan dua orang lagi rakan
yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 1 pagi telah berkawal di sekitar
khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin
boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli
kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba
giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh
pihak atasan bersama guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang
memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai.
Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua
perkara itu.
Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang
insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk
menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara.
Ketika melakukan persiapan bagi malam persembahan, kami semua telah berjaya
mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan dengan malam
persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan persiapan itu
menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan
suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi
yang dilakukan menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi
perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya
lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara
ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk
mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang baik dan
alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal
yang hebat pasti saya dapat mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari
item-item yang berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan
membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.
34
Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya perasan dan
sedar sepanjang saya menjalankan BIG ini. Antaranya termasuklah saya tidak
mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya,
sebelum menjalankan BIG ini, saya dimaklumkan bahawa kami perlu terlibat dengan
aktiviti air seperti berenang. Semasa aktiviti air dan aktiviti water confident,
sebenarnya saya takut untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut kerana saya fobia
akan air dan tidak pandai berenang. Namun dengan bantuan rakan yang sama
kumpulan dan sekelas,saya telah berjaya menjalankan semua aktiviti yang
dirancang oleh pihak institut dengan lancar dan berjaya. Jadi, selepas BIG ini, saya
dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa berasa berkeyakinan diri dalam
melakukan semua perkara.
Selain itu, saya sedar bahawa saya mempunyai kelemahan yang sangat
ketara dalam bidang memasak. Hal ini demikian kerana pada asasnya saya tidak
mempunyai kemahiran memasak kerana persekitaran di rumah yang tidak
mendorong saya untuk melakukan aktiviti memasak dimana saya merupakan anak
bongsu . Namun begitu, tanggungjawab disini perlu dijalankan juga apabila saya
perlu memasak pada suatu hari , ianya merupakan pengalaman dan kali pertama
saya melakukannya sepenuh hati . Nescaya, selepas menjalani aktiviti BIG ini saya
berasa bertuah dan beruntung kerana dapat merasai pengalaman tersebut setelah
dibantu oleh rakan-rakan sepasukan.
Bagi cara-cara penambahbaikan pula, pada pendapat saya, program BIG ini
akan menjadi lebih menarik jika sesetengah slot dan sesi diisi dengan aktiviti-aktiviti
IQ yang mencabar, seperti stesen games, dilemma konflik, main peranan, dan
sebagainya. Permainan berbentuk stesen games merupakan salah satu cadangan
yang sangat digalakkan. Dalam stesen games, setiap kumpulan haruslah
menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam setiap stesen, sama ada berbentuk
fizikal atau mental. Setiap kumpulan hanya boleh pergi ke stesen yang seterusnya
sekiranya mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Dengan ini,
barulah semangat bekerjasama antara kumpulan dapat dipraktikkan dengan baik,
lantas ia dapat menguji ketabahan seseorang peserta menyelesaikan masalah
dalam situasi yang begitu meruncingkan.
35
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini
yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya
dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang
pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya
akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya
untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.
8. PENUTUP
Alhamdulillah , akhirnya kami selesai juga menyiapkan tugasan Bina Insan Guru
ini. Segala pengalaman dan pengajaran yang telah diberikan akan kami semat dihati
dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar kami mampu untuk menjadi
guru yang cemerlang kelak. Kami berharap para pelatih guru mendapat sesuatu
pelajaran yang sangat bernilai daripada kem tersebut selama ianya dijalankan.
Pengalaman yang dimiliki akan menjadikan bakal guru menjadi lebih matang dan
lebih berpengetahuan di dalam segala aspek seperti kokurikulum dan kokorikulum.
Sesungguhnya bukanlah kerja yang mudah untuk melaksanakan kesemua aktiviti
sebagai satu kumpulan tetapi berkat didikan dan ajaran yang diberikan oleh para
pensyarah, akhirnya para pelatih guru dapat menempuh segala dugaan dan
rintangan dengan baik sepanjang aktiviti ini.Semoga para pelatih guru yang telah
menyertai kem ini akan menggunakan sebaiknya pengalaman dan keyakinan yang
telah dibina serta menerapkan ilmu yang berguna dalam diri mereka daripada aktiviti
perkhemahan ini. Diharapkan kem Bina Insan Guru yang akan datang akan lebih
memberi inspirasi kepada para pelatih guru untuk berasa lebih tercabar untuk
bersaing menjadi yang lebih baik. Sekian , terima kasih.
36
9. LAMPIRAN
9.1 SENARAI NAMA JURULATIH/PNSYARAH PENGIRING
Kem Komandan/
Quarter Master Alatan : En. Tormadi Bin Jono
Jurulatih Air (ketua) : En. Hishamuddin Bin Hassan
Jurulatih Air/Senaman Pagi/
Kebajikan : En. Mustafa B. Othman
Jurulatih Darat/Makanan : Pn. Ruziyah Bt. Zainol Abidin
Jurulatih Moral/ Darat : Tn. Hj. Abdullah Zhidi Omar
Jurulatih Darat /
Keselamatan : En. Mohd. Jasa bin Hj. Siraj
Jurulatih LDK : Pn. Zaiton Binti Sharif
Tn. Hj. Othman b. Mustaffa
Mentor Tesl 4 : Pn. Kamsiah Binti Omar
Mentor PJ : Cik Shaireena Binti Jaafar
Mentor Sains : Pn. Halina binti Kasmani
Keagamaan : En. Sirajudin Bin Sapuan
37
9.2 SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KERJA
Penghulu : Mohd Fidauddin Bin Rosli
Penghuluwati : Siti Nadhirah Bt Zuraidhi
Alatan : Razian Bin Rashid
Makanan : Nur Nazhatul Nisha Binti Muhamad Baharin
Moral dan Rohani : Muhd Hamiduddin Bin Suhaimi
Dokumentasi : Vincent Andam
38
9.3 SENARAI AJK MEMASAK
SELASA
* minum petang. hafzhan & amy
* makan malam. amalina, nisha, adah, mary
* supper. aiman & furqan
RABU
* breakfast. zura, brenda, niha, atiqah
* minum pagi. hamid & razian
* lunch. wawa, eyrah, ana, akma
* minum petang. tan, anas
* makan malam. afiqah, madi dan 2 org dari SCIENCE.
* supper. wong, zul
KHAMIS
* breakfast. atiqah nohara, athirah dan 2 org dari SCIENCE
* minum pagi. hafiz & hawari
* lunch. nisha, suhana, adah dan 1 org dari SCIENCE
* minum petang. vince & asyraf
* makan malam. shira, dayah, adibah, amy
* supper. stefaenus & haziq.
JUMAAT
* breakfast. amalina, zura, ezza dan 1 org dari SCIENCE
* minum pagi. fairuz & niha
* lunch. pejan, akma, wawa, iqah
39
9.4 JADUAL GILIRAN KAWALAN SENTRI
Hari/Tarikh Masa NamaRabu (13 Mac 2013) 12.00am – 1.00am 1. ANASUHANA
BINTI MOHD YUSOF
2. BRENDA JUDE3. MARYLYNE
PERIDOH4. MOHAMAD
HAWARI BIN ISMAIL
1.00am – 2.00am 1. NOR AMIRAH BINTI MOHMAD SABERE
2. NUR AKMA HALEEDA BINTI ABDULLAH SANI
3. NUR AZURA BINTI GHALIB
4. MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI
2.00am – 3.00am 1. NUR HAFZHAN BINTI SAMSURI
2. NURSHUADAH BINTI ARIPIN
3. EE WEI YING4. MUHAMAD AIMAN
HAZIQ B AR AZMI3.00am – 4.00am 1. KOH LI PING
2. LEE YI QI3. LIM AI CHEN4. MUHAMAD
ASYRAF BIN YUNUS
4.00am – 5.00am 1. LOW CHIE KEE2. LOW WEI HWEE3. LUK TECK UNG4. MUHAMAD HAZIQ
BIN OTHMAN
40
9.5 JADUAL GILIRAN IMAM,BILAL DAN TAZKIRAH
Selasa (12 Mac 2013)
Subuh Maghrib
Imam : MUHAMAD ASYRAF BIN YUNUS
Bilal : MUHAMAD AIMAN HAZIQ B AR AZMI
Tazkirah : MUHAMMAD HAFIZ AZREE BIN BADRUL HISHAM
Rabu (13 Mac 2013)
Subuh MaghribImam: MUHAMMAD ANAS BIN ABD
RAHAMANBilal: MOHAMAD HAWARI BIN ISMAILTazkirah: MUHAMMAD ZULHILMI BIN
RAHAZAT
Imam: MUHAMMAD FURQAN BIN ABD MANAN
Bilal: MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI
Tazkirah: MOHAMAD HAWARI BIN ISMAIL
Khamis (14 Mac 2013)
Subuh MaghribImam: MUHAMMAD FARIS BIN
HASHIMBilal: MUHAMAD HAZIQ BIN OTHMANTazkirah: MUHAMMAD HAMIDUDDIN
BIN SHUHAIMI
Imam: MUHAMAD AIMAN HAZIQ B AR AZMI
Bilal: MUHAMAD ASYRAF BIN YUNUSTazkirah: MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN
ROSLI
Jumaat (15 Mac 2013)
Subuh MaghribImam: MUHAMMAD FURQAN BIN ABD
MANANBilal: MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN
ROSLITazkirah: MUHAMAD HAZIQ BIN
OTHMAN
I
41
9.6 GAMBAR-GAMBAR SEMASA AKTIVITI PERKHEMAHAN
42
43
44
45