Download - Bahan resepi

Transcript

RESEPI AYAM MASAK TOMATOMINGGU 1 DAN 3 (ISNIN)

Bahan-Bahan1 ekor ayam - dipotong kecil6 sudu besar sos tomato5 sudu besar cili boh2 sudu besar sos tiram2 biji bawang besar - dimayang1 biji cili hijau/merah - dimayang6 biji tomato - dibelah 4minyak untuk menggorengsedikit serbuk kunyitbahan perasa secukupnyaair secukupnyaBAHAN DITUMBUK :6-8 ulas bawang putih10-12 ulas bawang merah2 inci haliaKaedah PenyediaanGaul ayam dengan serbuk kunyit serta sedikit garam dan goreng hingga separuh masak. Ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.Kemudian,masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.Masukkan ayam serta sos tomato dan sos tiram. Gaul sehingga sebati.Masukkan bawang besar yang dimayang, cili hijau, tomato dan kacau sebati.Siap untuk dihidang.

RESEPI MEE GORENG DAGINGMINGGU 1 DAN 3 (SELASA)

Bahan-Bahan2 bungkus mi basah200 gm is daging atau ayam dihiris halus2 biji tomato dicincang kasar4 sudu besar sos tiram2 sudu kecil garam (garam tidak letak banyak disebabkan mee sememangnya telah masin)kicap manis atau masin secukupnyaGaram dan serbuk perasa (sekiranya suka)2 ikat sawi50 sen taugeh4 sudu besar minyak untuk menumisBAHAN DIKISAR :2 labu bawang besar 4-6 biji bawang merah4-6 ulas bawang putih 4-6 tangkai cili hidup(yang besar)Kaedah Penyediaan1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.2. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak cili sehingga garing dan pecah minyak.3. Masukkan 1-2 cawan air dan kacau rata. Kemudian masukkan cincangan buah tomato dan sos tiram, gula dan serbuk perasa, dan garam. Biarkan kuah mendidih di atas dapur agar semuanya sebati.4. Selepas itu masukkan daging. Sekiranya air kering, boleh tambahkan air dan masak sehingga daging empuk.5. Sekiranya kering boleh tambah air lagi.6. Akhir sekali masukkan mee dan kaupbalikkan sehingga semua bahan sebati dan mee masak.7. Tutup api dan semasa menghidang, bolehlah dihiaskan dengan daun salad, timun, telur goreng cincang dan cili merah.

RESEPI IKAN MASAK KICAPMINGGU 1 DAN 3 (RABU)

Bahan-Bahan8-10 ekor ikan kembong (dibersihkan)sedikit serbuk kunyit. Sedikit garamGaul-gaulkan ikan bersama semua bahan di atas dan perapkan 15 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Toskan.4-6 sudu besar cili giling/blender1 labu bawang besar (dhiris bulat)sedikit kicap manissedikit sos tiramsedikit sos tomatosedikit sos cilihirisan cili merahrempah ratus jika perlu1-2 batang serai BAHAN DIKISAR ::1-2 labu bawang besar (dikisar)6-8 biji bawang merah (dikisar)4-6 ulas bawang putih (dikisar) 1-2 inci halia (dikisar)Ditumis sehingga keluar minyakKaedah Penyediaan1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali atau tinggalkan sedikit minyak lebihan menggoreng ikan tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar, rempah ratus, serai dan cili giling hingga garing dan pecah minyak.2. Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.3. Masukkan pula cili merah dan kacau lagi.4. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi beserta bawang besar. Kacau mesra.5. Apabila kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api, angkat dan hidangkan.

RESEPI BIHUN SUP AYAMMINGGU 1 DAN 3 (KHAMIS)

Bahan-Bahan ekor ayam (bahagian berisi) paket bebola ayam2 bungkus bihun(di rendam sehingga lembut)2 ikat sawi50 sen taugehDaun bawang dipotong halusDaun sup dipotong halusSegenggam bawang gorengRempah ratusRempah supGaram6 biji cili padi atau lada sulah3-4 biji limau nipis (diambil jusnya)Minyak untuk menumisBAHAN DITUMBUK::8-10 ulas bawang merah6-8 ulas bawang putih2 inci halia.Kaedah Penyediaan1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang di tumbuk sedikit halus atau di blender sekejap. Tumis bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga bawang keperangan dan wangi.2. Masukkan air, rempah sup dan sup bunjut.3. Masukkan ayam dan tutup periuk biarkan ia mendidih. Masak sehingga ayam empuk.4. Bila ayam hampir empuk..masukkan daun sup dan perasakan dengan garam serta perasa secukupnya..biar mereneh & ayam benar2 empuk.5. Letak sawi, taugeh lada sulah atau cili padi. tutup api.

RESEPI NASI GORENG SEAFOODMINGGU 1 DAN 3 (JUMAAT)

Bahan-Bahan1 periuk besar nasi putih2 ikat sawi (dipotong)1 paket isi udang10-12 ekor udang (sederhana besar)4 sudu besar sos tiramSedikit minyak masakKicap jika perluGaram dan secukup rasa5 biji telurDaun sup dan timun (untuk hiasan)Sedikit minyak masak untuk menumisBAHAN DIKISAR::6-8 biji bawang merah 4-6 ulas bawang putih 5-6 tangkai cili besar1 sudu besar sambal belacan (jika perlu)1 biji bawang besarKaedah Penyediaan1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang dikisar sehingga naik bau.2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.3. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.4. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya kicap jika perlu. 5. Akhir sekali, masukkan nasi dan sayur gaul sekata. Boleh padamkan api.6. Hiaskan dengan daun sup, telur goreng cincang dan timun.


Top Related