Download - Asigment pembangunan sahsiah betul
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KKD 2063 ; PEMBANGUNAN SAHSIAH
TAJUK
KUMPULAN
EL- B03 (A121PJJ).
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SITI JAHARAH BT MUHAMAD D2012061352 01232879011
NAMA TUTOR E-LEARNING : CIK EMILIA BINTI MOHD NOOR.
TARIKH SERAH : 25 NOVEMBER 2012
~ 1 ~
Sejauh mana teori dalam pembangunan sahsiah yang anda pelajari boleh membantu dalam memahami sahsiah pelajar dan bagaimana anda boleh memperkembangkan dan membangunkan sahsiah pelajar berdasarkan teori yang anda pelajari. Huraikan berserta contoh.
KANDUNGAN HALAMAN
PENGENALAN
Sahsiah 1
Defini Pembangunan Sahsiah 1
Maksud Teori 4
Teori Berkaitan Pembangunan Sahsiah 7
Aplikasi Teori Pembangunan Sahsiah dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Teori Maslow 9
Teori Psikonalitik 12
Teori Frued 14
Teori Pilihan 15
Kesimpulan 17
Bibliografi 18
~ 2 ~
MAKSUD SAHSIAH
Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini
bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih
kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan
sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Selain itu,
sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini
merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.
Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem
psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.
Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan . Pembangunan sahsiah merujuk
kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau
negatif. Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai
positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan
tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya
maju .
DEFINISI PEMBANGUNAN SAHSIAH
Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,
perasaan, sosial dan rohani individu. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina
akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun,
intelek, murni dan berdaya maju. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh
dinilai sahsiahnya. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek
jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Menurut
~ 3 ~
Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlak terbahagi kepada dua
bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekanan penting kepada
kedua-dua akhlak tersebut. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah atau akhlak yang baik
menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang
boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul
mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang
dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin,
tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang
bercanggah dengan norma masyarakat.
Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam
konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan
sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya
dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan
negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek
rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid
serta menjadi role model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak
mulia. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik
sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Sebelum membentuk sahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah
yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid. Guru mempunyai peranan paling penting,
khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid, bertanggungjawab dalam mengawasi
disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang
~ 4 ~
begitu pesat pada masa ini. Guru dituntut untuk menghormati harga diri manusia, termasuk
anak-anak. Dengan kata lain, guru tidak boleh melayan anak-anak seperti barang yang tidak
bernilai seperti sampah atau menyumpah menyeranah mereka. Layanan yang buruk akan
menjejaskan maruah, kebanggaan, kehormatan dan harga diri. Justeru mereka akan merasa
tersinggung, marah dan terhina yang mengakibatkan fitrah murninya diselubungi oleh dendam
dan benci.
Sesungguhnya sekolah akan menjadi rumah kedua, dan mungkin bagi sesetengah murid
rumah pertama, iaitu tempat yang membahagiakan diri dan kehidupan mereka (Wan Mohd.
Zahid Mohd. Noordin, 1993). Saranan Imam al Ghazali dalam karyanya Ihya Ulumuddin (t.t)
mengenai peranan guru dalam pendidikan amat bertepatan dengan matlamat Wawasan 2020
yang ketujuh, iaitu untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Ia
merupakan sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat kebajikan insan dan tidak
akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi pembentukan sebuah keluarga yang kukuh.
Imam al Ghazali (t t) menegaskan bahawa guru perlu menanamkan rasa kasih sayang dalam
kalangan murid dan mewujudkan rasa kasih sayang mereka terhadap murid-murid. Dari sinilah
murid-murid akan terdidik agar bersifat sayang menyayangi dalam kehidupan bermasyarakat dan
tidak mementingkan dirinya sahaja. Apa yang jelas dalam saranan Imam al Ghazali ialah kanak-
kanak sejak daripada kecil lagi diasuh dengan didikan yang berbentuk keduniaan dan
keakhiratan. Mereka perlu diasuh dengan didikan yang dapat membentuk sebuah masyarakat
yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan tidak mudah patah semangat serta tidak
mementingkan diri sendiri.
Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang
tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan
~ 5 ~
seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang
ditunjukkannya. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap
murid sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan
negara. Sebelum membentuk sahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai
sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi
melaksanakan program pembangunan sahsiah pelajar bagi mencegah masalah-masalah sosial
yang berlaku pada masa kini. Pembangunan sahsiah ini perlu bagi pelajar khususnya pelajar-
pelajar di peringkat rendah lagi kerana ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan
mereka. Ia mengisi seluruh aspek bagi setiap pelajar sama ada dalam aspek rohani, jasmani,
intelek dan emosi pelajar. Pembangunan sahsiah amatlah penting dalam membina satu generasi
pelapis yang bakal memimpin negara di masa akan datang.
MAKSUD TEORI
Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud
pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsepsi seseorang
yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan (view). Definisi ini juga
memahamkan kepada kita sifat teori yang relatif kepada pelbagai pendapat. Justeru, tidak hairan,
hingga ke hari ini, definisi teori berbeza-beza berdasarkan pandangan yang berbeza-beza dalam
kalangan ahli teori. Teori adalah perkara asas dalam pembentukan bidang ilmu. Teori
pembelajaran pula ialah memberi fokus kepada pembelajaran. Ia adalah seperti bagaimana ia
berlaku dan faktor yang mempengaruhi pembelajaran itu sendiri. Pendekatan pembelajaran pula
ialah cara bagaimana pembelajaran itu diajar untuk mencapai objektif atau tujuan. Belajar ialah
kegiatan yang melibatkan jiwa dan raga. Proses belajar ialah proses usaha untuk individu dapat
~ 6 ~
perubahan tingkah laku. Proses belajar adalah jiwa yang, mengubah tingkah laku. Tujuan
pendekatan psikologi adalah untuk mengawal tingkah laku yang tidak diingini dan pembentukan
tingkah laku yang baik. Di sinilah peranan guru diperlukan selaku perancang aktiviti yang dapat
membentuk tingkah laku yang diingini. Konsep teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar
pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada
pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan
mendapatkan maklumat baru.
TEORI BERKAITAN PEMBENTUKAN SAHSIAH
Dalam memperkembangkan sahsiah pelajar saya telah di ajar tentang beberapa jenis teori
yang sesuai digunakan untuk saya menerapkan sahsiah yang unggul di kalangan anak didik saya.
Antara teori yang telah saya pelajari dan ketahui ialah Pendekatan Psikoanalitik, Teori Maslow
dan Teori Frued. Kesemua teori menekankan keperluan semula jadi yang diingini manusia,
akan tetapi jenis dan bentuk adalah berbeza. Dari konteks Teori Psikoanalitik , ia lebih berbentuk
keinginan psikologi , manakala bagi Teori oleh Maslow pula asas keinginan manusia kepada
fisiologi bagi pertumbuhan tubuh badan. Dalam Pendekatan Psikoanalitik , keinginan psikologi
seperti mendapatkan kepuasan nafsu. Naluri inilah mendorong manusia untuk bertingkah laku
dan menentukan arahnya. Teori Psikoanalitik menekankan kepada proses sedar dan proses tidak
sedar. Terdapat kemahuan dan motif yang kita sendiri tidak sedar
Menurut Maslow, asas keinginan pertumbuhan tubuh badan yang bersifat biologikal
seperti keperluan makan, minum, keperluan rehat dan seks .Ini adalah keperluan asas yang
penting kepada semua manusia. Keperluan kepada pakaian dan tempat tinggal juga dimasukkan
kepada keperluan asas setiap orang manusia. Setiap manusia berusaha untuk mencapai keperluan
~ 7 ~
asas ini dan keinginan psikologi ini. Kekeliruan akan terjadi dan membentuk individu
bermasalah jika, keinginan ini dan keperluan asas ini tidak dapat dipenuhi. Tindakan individu
dipengaruhi oleh keinginan untuk memenuhi keperluan paling dominan dalam manusia.
Keperluan inilah yang mengarahkan tingkah laku manusia . Individu mestilah bertanggungjawab
dan sedar akan tingkah lakunya. Walau pun begitu, tingkah laku untuk memenuhi keinginan
boleh dipelajari dan ini menyebabkan tingkah laku itu berbeza dari seorang ke seorang yang lain.
William Glasser telah mengemukakan Model Terapi Realiti pada tahun 1956. Model ini
menerima bahawa tingkah laku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Ia dibina
berdasarkan tiga prinsip iaitu individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku nya sendiri.
Tingkah laku tidak dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampau nya.
Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan. Individu
berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya sesuai seperti mana yang ia
kehendaki.
Teori Pilihan mengatakan bahawa apa yang kita lakukan semuanya dikawal. Tingkah
laku yang dibuat pula adalah dipilih oleh diri sendiri. Diri kita pula dipandu oleh gen atau baka
kita yang cuba memenuhi lima keperluan asas iaitu kelangsungan hidup, kasih sayang dan rasa
memiliki, kuasa, kebebasan dan kegembiraan.
Menurut William Glesser lagi, keperluan yang paling penting ialah kasih sayang dan rasa
memiliki kerana kita akan menggunakannya untuk mengukuhkan ikatan hubungan antara orang-
orang di samping kita agar dapat memuaskan kehendak mereka. Terdapat sepuluh tunjang
dalam Teori Pilihan iaitu satu-satunya orang yang boleh mengawal tingkah laku kita ialah diri
kita sendiri. Apa yang kita boleh berikan kepada orang lain ialah maklumat. Masalah psikologi
~ 8 ~
jangka panjang adalah masalah hubungan. Masalah hubungan adalah sebahagian daripada
kehidupan kita. Apa yang berlaku pada masa lepas harus dilakukan dengan apa yang dilakukan
pada hari ini, tetapi kita hanya dapat memenuhi keperluan asas kita sekarang dan bercadang
untuk memuaskan kehendak mereka pada masa hadapan. Kita hanya dapat memuaskan
keperluan kita dengan cara memuaskan gambaran dalam Dunia Kualiti kita. Apa yang kita
lakukan adalah bagaimana kita bertingkah laku. Tingkah laku kita adalah keseluruhan tingkah
laku yang terbina dari empat komponen iaitu tindakan, pemikiran, perasaan dan fisiologi.
Keseluruhan tingkah laku kita adalah dipilih tetapi kita hanya memberi arahan secara langsung
terhadap komponen tindakan dan pemikiran. Kita hanya mengawal perasaan, dan fisiologi secara
tidak langsung melalui bagaimana kita memilih untuk bertindak dan berfikir. Keseluruhan
tingkah laku direka bentuk oleh perbuatan dan dinamakan sebagai sebahagian daripada perkara
yang dikenal pasti.
APLIKASI DALAM PENDIDIKAN
TEORI MASLOW
Berdasarkan teori oleh Maslow di atas , sebagai seorang guru saya perlu menentukan
‘kesediaan pelajar’ dipenuhi dulu sebelum pengajaran dimulakan. Antara kesediaan tersebut
adalah sarapan pagi murid, pakaian yang bersih dan selesa. Selain daripada itu , saya juga akan
memastikan keperluan asas murid telah dapat dipenuhi sebelum murid belajar. Contohnya setiap
murid hendaklah mendapat cukup makan, pakai dan tempat tinggal . Saya akan mengenal pasti
murid yang kurang mampu dan memastikan mereka mendapat bantuan makanan seperti Skim
Makanan Percuma (RMT) , Skim Susu Percuma atau bantuan duit (KWAPM). Di dalam Skim
Rancangan Makanan Tambahan setiap pelajar akan dibekalkan makanan sebelum pengajaran dan
~ 9 ~
pembelajaran bermula. Dengan cara itu murid akan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya
dalam pembelajaran. Untuk mendapat zat yang mencukupi murid-murid juga dibekalkan dengan
Skim Susu Sekolah. Susu yang diberi ialah susu rendah lemak yang mempunyai zat untuk
proses tumbesaran mereka. Melalui bantuan KWAPM pula setiap pelajar yang layak akan
diberikan bantuan sebanyak RM250.00 seorang. Wang tersebut boleh digunakan untuk membeli
kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam, beg sekolah, kasut dan alatan menulis yang
lain.
Selain daripada itu dalam pendekatan ini, sebagai guru saya akan memastikan keadaan
kelas adalah kondusif iaitu selesa dan bersih supaya murid berasa tidak tertekan di dalamnya.
Memandangkan sekarang dengan kepadatan murid yang rata-rata empat puluh orang sekelas,
saya perlu menggunakan kebijaksanaan menyusun atur kerusi dan meja supaya murid mudah
berinteraksi antara satu sama lain. Jadual Tugasan harian murid untuk membersihkan kelas juga
perlu disediakan supaya semua murid ada tanggungjawab untuk memastikan kelas mereka
bersih. Keadaan persekitaran kelas juga harus diberikan perhatian iaitu dari segi hiasan dan
kekemasan. Kelas yang kemas dan bersih menyebabkan murid lebih gembira, selesa dan tidak
tertekan.
Manakala melalui pendekatan oleh Maslow pula saya gunakan kerana mengikut
pendekatan ini manusia sentiasa aktif bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain . Ia lebih
kepada proses belajar daripada hasil belajar. Melalui pendekatan ini saya harus memberitahu
pelajar apa tujuan belajar, mengembangkan motivasi pelajar dan seterusnya mendorong pelajar
untuk berfikiran kritis. Semua aktiviti tersebut boleh dijalankan melalui program Motivasi Diri
yang perlu di kenalkan sejak pelajar berada pada tahun 4. Di dalam Program tersebut pelajar
akan didedahkan apa tujuan pelajar hadir ke sekolah dan seterusnya dibimbing untuk
~ 10 ~
memotivasikan diri mereka untuk mencapai kejayaan mereka. Di samping itu pelajar boleh
didorong untuk bebas mengemukakan pendapat serta melakukan apa yang diinginkan serta
bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Walaupun bebas mengemukakan pendapat tetapi
masih di dalam kawalan guru. Pendekatan ini juga akan memberi kesempatan kepada pelajar
untuk belajar mengikut kebolehannya. Dengan ini pelajar yang saya hasilkan diharapkan
menjadi manusia yang bebas, berani, tidak terikat oleh pendapat orang lain. Mengikut
pendekatan ini manusia sentiasa aktif bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain . Ia lebih
kepada proses belajar daripada hasil belajar. Pelajar harus diberitahu tujuan belajar,
mengembangkan motivasi pelajar dan seterusnya mendorong pelajar untuk berfikiran kritis.
Pelajar boleh didorong untuk bebas mengemukakan pendapat serta melakukan apa yang
diinginkan serta bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Pendekatan jenis ini memberi
pelajar kesempatan belajar mengikut kebolehannya. Dengan ini pelajar yang terhasil diharapkan
menjadi manusia yang bebas, berani, tidak terikat oleh pendapat orang lain dan mengatur
perbuatannya sendiri secara bertanggungjawab. Sebagai guru yang memahami teori oleh Maslow
pula , guru jangan menimbulkan ‘ketakutan’ dalam diri kanak –kanak . Terdapat guru yang
terlalu garang hinggakan kanak-kanak takut untuk ke sekolah. Guru seharusnya bersifat
penyayang dan keibuan , oleh itu murid akan hilang rasa bimbang untuk datang ke sekolah.
Setiap murid perlukan belaian dan kasih sayang daripada guru kerana sekolah adalah rumah
kedua untuk mereka. Kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan di sekolah berbanding
dengan ibu bapa. Oleh itu adalah wajar bagi seorang guru mencurahkan kasih sayang yang tidak
berbelah bagi kepada anak-anak didik mereka
TEORI PSIKOANALITIK
~ 11 ~
Dengan memahami teori psikoanalitik sebagai guru saya boleh menggunakan proses
minda murid iaitu murid sedar bahawa ada banyak rangsangan. Murid boleh digalakkan memilih
hanya satu rangsangan sahaja dan membuang rangsangan yang lain. Murid –murid perlu diajar
fokus kepada satu rangsangan sahaja. Contohnya murid di peringkat sekolah rendah apa yang
perlu mereka capai apabila sampai ke tahun 6. Matlamat utama mereka ialah untuk mendapat
5A di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Melalui pendekatan ini saya lebih kepada
mencungkil bakat murid mereka melalui pengajaran lakon watak , drama atau pun tarian. Bakat
ini kadang- kadang tidak disedari oleh ibu bapa mahupun pelajar sendiri. Bakat ini juga perlu
dicungkil dan digilap untuk dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Di dalam
pendekatan psikoanalitik, tugas guru ialah memahami murid, memperkembangkan murid serta
membantu murid untuk menyempurnakan kehidupannya. Bimbingan guru perlu untuk murid
faham diri mereka dan membantu mereka memecah masalah supaya tindakan yang diambil tidak
salah dari segi agama dan moral. Selain daripada itu, guru boleh menggunakan pengalaman
murid sebagai pengetahuan sedia ada dalam pelajaran. Selepas itu boleh dikembangkan menjadi
pengetahuan. Selain daripada itu, guru boleh membenarkan murid menampal gambar mereka,
keluarga mereka atau gambar mereka pergi melancong di dinding kelas mereka. Dengan ini
proses belajar digabungkan dengan pengalaman murid. Keseluruhannya teori psikoanalitik ini
banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun
dalam kehidupan seharian. Guru dalam pendekatan ini mestilah mengenal pasti segala
keistimewaan dan kebolehan pelajar untuk dikembangkan secara optimum. Murid perlu diajar
memahami dan menerima diri sendiri tetapi boleh berusaha untuk memajukan diri. Tugas guru
dalam pendekatan inilah untuk memotivasikan mereka melalui bimbingan. Mereka juga harus
digalakkan oleh guru supaya terlibat dalam aktiviti sosial.
~ 12 ~
Berdasarkan Pendekatan Psikoanalitik sebagai guru, kita harus faham tingkah laku
bermasalah dalam kalangan remaja wujud. Terdapat peranan naluri dalaman yang berkait rapat
dengan pembentukan tingkah laku bermasalah. Ini ditambah lagi dengan peranan kewujudan
aspek dalam mekaniksme bela diri, guru dapat menyelami fikiran remaja yang bertindak secara
bermasalah. Sebagai guru aspek ‘tidak sedar’ perlu diberi perhatian dalam menangani masalah
tingkah laku remaja. Mereka tidak dapat melihat secara signifikan, cara tindakan mereka selari
dengan kehendak masyarakat ataupun sekolah. Sekiranya dengan ‘unsur tidak sedar’ itu
bertepatan dengan tuntutan moral ,ianya perlu dipupuk tetapi jika ia bertentangan maka ibu bapa,
guru harus memperbetulkan agar tidak berterusan dan menjadi sebahagian daripada nilai
hidupnya. Selain memahami peranan ego, id dan superego murid-murid harus diajar menukarkan
tingkah laku negatif kepada tindakan positif. Teori ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah
secara tidak langsung. Guru harus mengetahui perwatakan murid dan mengubah suai keadaan
pembelajaran supaya ia dapat mengambil kira sikap, persepsi dan tingkah laku pelajar secara
keseluruhannya serta mengimbanginya. Murid yang bermasalah mengalami ‘ keliru’ dalam
memotivasikan diri mereka. Guru harus memotivasikan murid. Guru harus tahu potensi dan
keupayaan murid. Ini adalah penting untuk menentukan tugas atau latihan yang sesuai kepada
mereka. Murid yang lemah perlu diberi pemulihan manakala murid yang cerdik diberi
pengayaan. Jika latihan yang diberikan kepada mereka sesuai dengan mereka , kepuasan akan
tercapai. Penerapan nilai agama dan moral yang baik mempengaruhi sahsiah dan watak
seseorang. Pendekatan psikoanalitik lebih banyak membetulkan sikap pelajar kerana ada naluri
kematian. Guru akan selalu cuba membetulkan tindakan agresif pelajar supaya tidak melanggar
peraturan sekolah atau melanggar moral dan agama. Guru juga akan selalu mengingatkan dan
~ 13 ~
memberi teguran yang membina tentang kesalahan yang tidak seharusnya dilakukan sebagai
seorang pelajar.
TEORI FRUED
Teori oleh Frued menyatakan peristiwa yang dialami semasa kecil juga memberi kesan
apabila individu berada di alam dewasa. Zaman awal individu sangat penting kerana ia memberi
kesan sepanjang hayat kepada keadaan psikologi individu. Menurut Pendekatan oleh Freud ,
pada peringkat pendaman iaitu umur 6 tahun hingga 12 tahun murid –murid berada di sekolah
rendah. Kepuasan diperolehi melalui aktiviti padanan jantina. Pendekatan yang sesuai ialah
belajar sambil bermain. Contohnya watak perempuan dimainkan oleh murid perempuan
manakala murid lelaki membawa watak ayah. Dengan ini mereka tidak keliru dengan peranan
yang sepadan dengan jantina. Kaedah ‘Main sosial’ ialah guru menggalakkan murid bermain di
dalam kumpulan atau secara sendirian dengan berinteraksi dengan bahan di lingkungan kawasan
permainan. Dengan ini murid – murid boleh mengekalkan perhatian dan rasa ingin tahu mereka.
Keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat penting pada peringkat kanak –kanak.
Kanak –kanak perlu mendapat makan, pakai, rehat yang secukupnya. Keperluan ini bersifat
biologikal. Keperluan keselamatan perlu pada kanak –kanak kerana mereka menunjukkan
ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan
ibunya. Pada tahun perkembangan kanak –kanak memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran
yang aman. Tetapi menurut Freud pula, zaman kanak –kanak peringkat perkembangan
psikoseksual ( dari lahir hingga satu tahun) sangat penting . Kanak –kanak seharusnya dibelai
dan disusui oleh ibunya . Untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun pula, kanak –kanak
memperolehi kepuasan melalui alat jantinanya. Pada peringkat 6 hingga 12tahun kepuasan
~ 14 ~
diperolehi melalui aktiviti padanan jantina . Mereka perlu diajarkan permainan yang sesuai
dengan jantinanya.
TEORI PILIHAN
Teori pilihan pula berpendapat rangsangan adalah matlamat pilihan. Pilihan dibuat berdasarkan
faktor rangsangan atau keinginan dalam diri sendiri. Individu bebas memilih apa yang wajar
untuk dirinya. Oleh itu individu cenderung membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu
dalam hidup ini. Manakala Teori Terapi Realiti pula mengatakan apabila suasana mesra
diwujudkan antara guru dan murid , ini merupakan rangsangan yang membolehkan murid
berminat untuk berkongsi cerita. Kehendak individu merupakan rangsangan dalam
menyelesaikan masalah murid. Manusia ada kebebasan, boleh membuat pelajar
bertanggungjawab terhadap pilihan mereka guru banyak memberi rangsangan kepada murid .Ia
akan memberi kesan yang lebih terhadap pembelajaran nanti. Latihan boleh diulang –ulang .
Guru juga perlu meningkatkan kesediaan belajar murid . Guru juga harus menggunakan motivasi
yang sesuai sebagai rangsangan . Guru mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak
balas dengan memperbanyakkan latihan , ulang kaji , aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan
yang menyeronokkan . Guru boleh memberi ganjaran atau peneguhan positif untuk respons atau
gerak balas yang betul daripada pelajar. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar memiliki
kejayaan dalam pembelajaran. Manakala pendekatan kognitif pula, murid menjadi aktif sebab
murid menyelidiki ilmu. Ilmu yang didapati adalah berkembang. Guru tidak lagi sebagai sumber
ilmu tetapi fasilitator atau pemudah cara dalam pencarian ilmu pengetahuan. Setiap individu
mempunyai persepsi yang berlainan terhadap apa yang guru ajarkan berdasarkan pengalaman
masing –masing. Guru boleh melibatkan murid dalam pengalaman pembelajaran kompleks dan
~ 15 ~
intraktif yang sebenar dan pelbagai. Pembelajaran akan lebih berkesan apabila masalah
diselesaikan secara realistik. Dengan cara ini dapat guru mengadakan hubungan yang mesra
dengan murid. Guru tidak memaksa murid dan menghargai murid.
Guru yang mengamalkan pendekatan pembelajaran percaya bahawa murid boleh dibentuk
mengikut kemahuan guru. Contohnya murid boleh dilatih menjadi pembahas yang baik melalui
kaedah ‘drill’. Murid boleh dilatih berkawad dengan baik melalui latihan yang berulang kali.
Manakala guru yang percaya kepada pendekatan kognitif beranggapan bahawa guru hanya
menolong mengembangkan potensi murid. Murid itu sendiri bertanggungjawab membuat pilihan
untuk menjadi murid yang berjaya. Guru hanya menyatakan isi-isi penting, dan murid- murid
membuat penyelidikan yang lebih untuk mendapat ilmu yang lebih. Murid banyak berusaha
kerana guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja.
Di dalam teori pilihan , selepas individu membuat pilihan, tingkah laku terhasil. Di dalam
Teori Terapi Realiti tingkah laku yang lebih positif terbentuk apabila selesai sesi terapi. Apabila
tingkah laku berubah maka perasaan akan juga berubah. Guru yang berpengetahuan mengenai
kedua –dua pendekatan ini akan dapat mengesan perubahan tingkah laku murid apabila
pembelajaran telah berlaku. Bila pembelajaran telah berlaku, perubahan tingkah laku yang positif
diharapkan akan berlaku. Dengan ini murid dapat membina matlamat hidup yang realistik. Guru
boleh menggalakkan menilai tingkah laku sendiri sama ada positif atau negatif. Tingkah laku
murid akan berubah setelah mengenal pasti tingkah laku itu .Ini akan menyedarkan individu
tentang punca kegagalan mereka pada masa kini.
~ 16 ~
KESIMPUlAN
Pada pendapat saya, kesemua pendekatan di atas berguna kepada guru. Guru boleh
menggabungkan kesemua pendekatan atau memilih mengikut keadaan dan keperluan murid. Di
sinilah perbezaan guru yang bijak , memilih dan mengatur strategi berkesan dalam menangani
masalah . Matlamat utama murid mesti dikembangkan dirinya untuk berjaya bukan sahaja dalam
pelajaran tetapi juga dalam kehidupan. Tugas guru mencuba berbagai cara untuk menolong
murid mengembangkan potensi diri mereka. Setiap pendekatan atau teori menekankan setiap
manusia perlukan sesuatu kerana ia sebahagian dari fitrah. Namun dari konteks teori
psikoanalitik, dinamakan sebagai ‘ sexulity’ di mana manusia berhajat untuk mencapai apa
sahaja yang mendatangkan keseronokan.
Manakala dari segi teori oleh Maslow , semua manusia akan cuba mendapatkan dan
memenuhi keperluan asas yang merangkumi makan, minum air, perlindungan , keperluan tidur ,
rehat ,seks dan pakaian. Melalui teori oleh Maslow , semua manusia akan cuba mendapatkan dan
memenuhi keperluan asas yang merangkumi makan, minum air, perlindungan , keperluan tidur ,
rehat ,seks dan pakaian. Pada pendekatan Maslow juga menekankan pentingnya pembentukan
insan yang cemerlang apabila memenuhi kesempurnaan kendiri. Ciri- ciri insan yang telah
mencapai tahap ini ialah memiliki keyakinan kendiri yang tinggi, kepuasan dalam hidup ,
ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Ahli – ahli psikologi telah menggunakan beberapa
pendekatan bagi menghuraikan konsep –konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku
manusia. Pendekatan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan kadangkala berkesinambungan
antara satu pendekatan dengan pendekatan yang lain. Adalah penting masalah murid dikenal
pasti awal supaya bantuan dan bimbingan dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru dan ibu
bapa adalah perlu dalam membimbing murid –murid. Tugas utama guru dalam hal ini adalah
~ 17 ~
mengkoordinasikan murid –murid dalam mengenal pasti, memberi pengajaran dan perhatian
seterusnya mengambil langkah –langkah perlu menggunakan pendekatan –pendekatan yang
disarankan oleh ahli –ahli psikologi.
BIBLIOGRAFI.
Amirul Amin . (2008). Kenali jiwa kanak-kanak. Petaling Jaya: Perpustakaan Negara Malaysia
Atan Long ( 1976) , Psikologi Pendidikan .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Hasnah Kasan, Azizan Ahmad. (2006), Sahsiah Pelajar Cemerlang. Bina Ummah Publication.
Rahmatullah Khan.(2011) .Modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ,Modul PJJ UPSI:
TanjungMalim
~ 18 ~