BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 4 Teori Pemerolehan Bahasa Behavioris Kognitif Mentalis Interaksionalis
Sinopsis
Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui cara kanak-kanak
mempelajari bahasa. Tajuk ini penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang
selaras dengan teori pemerolehan bahasa.
Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:
Teori Behavioris
Teori Kognitif
Teori Mentalis
Teori Interaksionalis
Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan bahawa proses pembelajaran
bahasa memerlukan penekanan pada latihan dan pengulangan yang banyak untuk
membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana teori ini
cuba menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis
pula merujuk pada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori
Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi
pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam
bilik darjah.
1
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kerangka konsep
Teori Pemerolehan Bahasa
Nota ringkas:
4.1 Teori Behavioris
2
Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Anda perlu memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan tatacara kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa.
Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis FungsionalisStrategi,
Pendekatan, Kaedah
dan Teknik
Pengajaran dan
Pembelajaran
Bahasa Melayu
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas, dan Brooks
Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak
untuk membentuk kebiasaan.
Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta
Latih tubi amat digalakkan
Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta
suasana dalam bilik darjah.
4.2 Teori Kognitif
4.3 Teori Mentalis
Dipelopori oleh Chomsky
Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran
Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis
Pengajaran tatabahasa diajar secara formal
4.4 Teori Interaksionalis
Mementingkan aktiviti komunikasi
Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa
Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa
Arahan:
3
Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaran merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan deria kanak-kanak.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan
bahasa.
Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tugasan
Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda adalah supaya murid menguasai
pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Teori Behavioris.
Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan
mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran “memberi teguran secara
bertatasusila.” Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan
oleh murid-murid.
Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan
perkembangan mental.
4
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 5 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Definisi Membanding beza Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Membuat Rumusan
Sinopsis
Tajuk ini merangkumi empat konsep penting. Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang
mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Strategi merujuk cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran. Pendekatan pula merupakan satu set andaian yang membentuk sifat
bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa kaedah yang
diperkenalkan dalam tajuk ini, iaitu Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah
Terus dan sebagainya memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik
bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama untuk
mencapai sesuatu objektif.
Hasil Pembelajaran
2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan
konsep : strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dengan tepat
Kerangka konsep
5
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik
sebagaimana yang berikut:
6
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa sudah difahami sebaik-baiknya. Sekarang bolehlah saya memilih strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk membantu murid-murid saya mempelajari bahasa dengan berkesan!
Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis FungsionalisStrategi,
Pendekatan,
Kaedah, dan
TeknikPengajaran dan
Pembelajaran
Bahasa Melayu
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
STRATEGI
5.1 Strategi
Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan
tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud
cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,
strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.
5.2 Pendekatan
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran
dan pengajaran yang dijalankan.
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Komunikatif
5.3 Kaedah
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-
langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti
dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang
dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti
yang berikut:
7
Pendekatan
Kaedah
Teknik
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kaedah Natural
Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah Terus
Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah Linguistik
Kaedah Kod – Kognitif
Kaedah Bahasa Komuniti
Kaedah Oral – Aural
5.4 Teknik
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang
dicadangkan adalah seperti yang berikut:
Teknik Drama
Teknik Permainan Bahasa
Teknik Perbincangan
Teknik Bercerita
Teknik Latih Tubi
8
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 6 6.1 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif
Sinopsis
Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan
yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan
yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk
mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan
tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu
pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi
kandungan.
Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik.
Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
1.1 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro
9
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kerangka konsep
10
Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi,
Pendekatan, Kaedah
dan Teknik
Pengajaran dan
Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Pendekatan
Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif!
Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu – murid bertutur sesama sendiri, mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan pengetahuan sedia ada mengenainya.
6.1.1 Pendekatan induktif
Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan
seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses
penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek
berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri.
Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian
yang telah dilakukan oleh mereka.
Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu
daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi
membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya
pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan
proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada
11
Mana boleh! pendekatan deduktif tentu lebih baik kerana murid digalakkan berfikir untuk membuktikan teori/fakta tertentu!
Pendekatan induktif tentu lebih baik kerana murid tidak diajar secara langsung! Murid diajar menaakul /berfikir tinggi.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada
data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki:
a. memberi definisi kepada sesuatu konsep
b. menerangkan peraturan-peraturan
c. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan
d. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran
Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,
mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan
tertentu mengenainya.
Prosedur pengajaran induktif
Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran
yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.
Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:
Peringkat pendedahan
Pada peringkat ini, guru:
a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada
murid-murid secara tidak langsung;
b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;
c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi
pada bahagian permulaan pengajaran;
d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran
tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan
objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya;
dan
e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.
12
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Peringkat pembentukan konsep
Pada peringkat ini, guru
a. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;
b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;
c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;
d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;
e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.
Peringkat membuat generalisasi
a. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;
b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.
Peringkat penutup
a. Guru menutup pengajarannya;
b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;
c. Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.
6.1.2 Pendekatan Deduktif
13
Pendekatan deduktif memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih khusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang murid menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:
Peringkat awal generalisasi
Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan,
menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar
seluruh idea.
Peringkat mengemukakan generalisasi
Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan
cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa
dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh
menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh
membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.
Peringkat menganalisis konsep
Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran
dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru
perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang
dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan
meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
Peringkat membuat generalisasi
Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan
sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan
penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.
Peringkat penutup
Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan
hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan
sebagai aktiviti pengukuhan.
14
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
6.1.3 Pendekatan Eklektik
Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain:
merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak
terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;
guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;
guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.
Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan
kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;
murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir
secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;
pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang
mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.
6.1.4 Pendekatan komunikatif
Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana
manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal
bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia
berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,
memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan
menyampaikan maklumat.
15
Barulah saya faham, pendekatan emenggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan pendekatan ini. membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan
melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran
bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.
Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:
makna sangat dipentingkan;
dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan
hafalan;
konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;
pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;
latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;
pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;
bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-
murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid
untuk belajar;
murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);
terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat
daripadanya;
kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,
kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.
16
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 6 6.2 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah
Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang
berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:
Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendekatan Berpusatkan Bahan
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti
pembelajaran mereka.
Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran
menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru
atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu
guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran
berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan
murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid
dalam menyelesaikan masalah.
Hasil Pembelajaran
1.2 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif
3.4 Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro
17
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kerangka konsep
Nota Ringkas:
6.2.1 Pendekatan berpusatkan murid
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid
memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan
mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.
18
Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi,
Pendekatan, Kaedah
dan Teknik
Pengajaran dan
Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
6.2.2 Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.
Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran
untuk mencapai objektif pelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas.
6.2.3 Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Arahan:
Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid
anda.
Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan).
Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu
kumpulan.
Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk
tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk
brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.
Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam folio
anda.
19
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
6.2.4 Pendekatan berasaskan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru
secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh
mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran
berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan
tugasan untuk menyelesaikan masalah.
a. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh
Encik Kamal?
b. Apakah puncanya?
c. Apakah kesan masalah itu kepada:
Encik Kamal?
Tugasnya?
Keluarga?
d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?
Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan
pendekatan pengajaran berasaskan masalah:
i. Kenal pasti masalah
Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu
menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya
murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.
ii. Penentuan masalah
Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah.
Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu
diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan
mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru
20
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
iii. Cadangan penyelesaian
Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan
bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai
rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak
hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.
iv. Penelitian penyelesaian
Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian
masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk
membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai
proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.
v. Pemeriksaan kesimpulan
Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji
sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah
tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian
masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu
hendaklah diusahakn.
Tugasan:
1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai
penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.
2. Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk
projek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai
keberkesanannya.
21