20190505 ub tahap pencapaian pendidikan di sabah agak...

2
Headline Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak mendukacitakan Language BM Media Title Utusan Borneo Online Secon/ Page No Sabah Date 05 Julai 2018 Journalist Source hps://www.utusanborneo.com.my/2018/07/05/tahap- pencapaian-pendidikan-di-sabah-agak-mendukacitakan Remarks Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproducons or copyrighted materials. You may use the digized materials for private study, scholarship or research. Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak mendukacitakan SIDANG DUN: Shafie Apdal (kanan) bersalaman bersama timbalannya yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Jaujan Sambakong pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam. — Gambar Bernama KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tahap dan pencapaian pendidikan di Sabah masih pada takuk yang agak mendukacitakan. Mohd Shafie berkata berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diadakan saban tahun, prestasi Sabah kurang memberangsangkan berbanding dengan negeri-negeri lain. Justeru kata Mohd Shafie, di bawah jentera pentadbiran negeri Sabah yang baharu, beliau mahu melihat ada momentum perubahan bagi memastikan tahap kecemerlangan pendidikan di negeri ini dapat dipertingkatkan. “Atas keperluan untuk meningkatkan prestasi pendidikan di negeri ini, kerajaan negeri buat julung kalinya telah mewujudkan jawatan Menteri Pelajaran dan Inovasi yang akan memastikan bahawa bidang pendidikan di negeri ini mendapat tumpuan sewajarnya. “Inisiatif ini membuktikan bahawa teraju kerajaan Sabah yang baharu ini sangat komited dan mengutamakan tahap kecemerlangan dan pencapaian bidang pendidikan di negeri ini,” katanya dalam ucapannya sempena Sambutan Ulang Tahun Zamrud Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya di sini semalam.

Upload: others

Post on 21-Jan-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20190505 UB Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak ...digital.ptar.uitm.edu.my/newspaper/2019/April/PTAR...mengutamakan tahap kecemerlangan dan pencapaian bidang pendidikan di negeri

Headline Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak mendukacitakan

Language BM

Media Title Utusan Borneo Online Sec�on/ Page No Sabah Date 05 Julai 2018 Journalist Source h�ps://www.utusanborneo.com.my/2018/07/05/tahap-

pencapaian-pendidikan-di-sabah-agak-mendukacitakan Remarks

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for private study, scholarship or research.

Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak mendukacitakan

SIDANG DUN: Shafie Apdal (kanan) bersalaman bersama timbalannya yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Jaujan Sambakong pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam. — Gambar Bernama KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tahap dan pencapaian pendidikan di Sabah masih pada takuk yang agak mendukacitakan.

Mohd Shafie berkata berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diadakan saban tahun, prestasi Sabah kurang memberangsangkan berbanding dengan negeri-negeri lain.

Justeru kata Mohd Shafie, di bawah jentera pentadbiran negeri Sabah yang baharu, beliau mahu melihat ada momentum perubahan bagi memastikan tahap kecemerlangan pendidikan di negeri ini dapat dipertingkatkan.

“Atas keperluan untuk meningkatkan prestasi pendidikan di negeri ini, kerajaan negeri buat julung kalinya telah mewujudkan jawatan Menteri Pelajaran dan Inovasi yang akan memastikan bahawa bidang pendidikan di negeri ini mendapat tumpuan sewajarnya.

“Inisiatif ini membuktikan bahawa teraju kerajaan Sabah yang baharu ini sangat komited dan mengutamakan tahap kecemerlangan dan pencapaian bidang pendidikan di negeri ini,” katanya dalam ucapannya sempena Sambutan Ulang Tahun Zamrud Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya di sini semalam.

Page 2: 20190505 UB Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak ...digital.ptar.uitm.edu.my/newspaper/2019/April/PTAR...mengutamakan tahap kecemerlangan dan pencapaian bidang pendidikan di negeri

Headline Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak mendukacitakan

Language BM

Media Title Utusan Borneo Online Sec�on/ Page No Sabah Date 05 Julai 2018 Journalist Source h�ps://www.utusanborneo.com.my/2018/07/05/tahap-

pencapaian-pendidikan-di-sabah-agak-mendukacitakan Remarks

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for private study, scholarship or research.

Teks ucapan Mohd Shafie pada majlis yang diadakan di IPG Kampus Gaya itu dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Mohammad Mohamarin. Turut hadir ialah Pengarah IPG Kampus Gaya Gerturude Jock.

Mengenai IPG Kampus Gaya yang merupakan IPG kedua tertua di Sabah, Mohd Shafie yakin institusi pendidikan guru itu akan terus berkembang dan berinovasi dalam memainkan peranannya melahirkan tenaga-tenaga pengajar berkualiti selaras dengan tuntutan dan peredaran zaman.

Katanya sebagai sebuah institusi latihan guru dan telah melahirkan ribuan guru terlatih yang telah dan sedang menabur jasa di seluruh negara, IPG Kampus Gaya perlu memanfaatkan segala kemudahan teknologi terkini untuk memajukan bidang pendidikan terutama di Sabah.

Mohd Shafie juga berharap pelajar di institusi itu mengambil peluang menuntut ilmu dengan optimum dan bersungguh-sungguh kerana seseorang pelajar perlu mempunyai daya intelek yang tinggi dan mampu berfikir di luar kotak bagi mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu dan masalah.

“Lebih daripada itu, pelajar harus berani menyahut cabaran dengan menceburi bidang penyelidikan, inovasi dan teknologi terkini dalam dunia pendidikan,” katanya. — Bernama