Download - 2 Pernyataan Profesional (Autosaved)
PENGENALAN
Saya GOH LING KIANG (951231-13-6217) dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim akan menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) bagi semester 3 pada 14 September 2015 hingga 18
September 2015 di SJKC Chung Hua Bintulu No.2. Pelaksanaan program
ini memberi peluang kepada saya sebagai pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan untuk memahami sistem pengurusan sekolah dan memberi
kefahaman awal kepada saya tentang alam persekolahan daripada perspektif
seorang guru.
Melalui PBS, diharapkan saya dapat
(i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
(ii) menghayati kerjaya seorang guru;
(iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;
(iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid;
(v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran;
(vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan
kakitangan sekolah;
(vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim
pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;
(viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir
secara kritis dan analitikal;
(ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
(x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan
(xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.
Untuk mencapai objektif-objektif di atas, terdapat beberapa aktiviti
yang perlu saya laksanakan dalam tempoh PBS. Antara fokus aktiviti yang
perlu diberi perhatian ialah
a) Mengumpulkan hasil karya Pendidikan Seni Visual murid-murid
Tahun 5;
b) Memperoleh maklumat umum tentang sekolah berkenaan; dan
c) Membuat pemerhatian pengurusan bilik darjah di kelas arus
perdana dan kelas pemulihan semasa menjalani PBS
Kesimpulannya, saya berharap dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang disenaraikan di atas dengan sempurna untuk mencapai objektif yang
diharapkan. Di samping itu, saya juga berazam untuk menjadi guru yang
mampu menjamin pembangunan individu seiring dengan Falsafah Pendidikan
Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PERNYATAAN SEBELUM PBS
1) Kenal pasti fokus utama aktiviti
Menjalankan pemerhatian terhadap PdP
Mengenali persekitaran sekolah termasuk iklim dan budaya sekolah
Menjalankan temu bual dengan guru besar, guru-guru penolong
kanan, mentor, guru-guru lain dan kakitangan sekolah
Mengenali sumber PdP yang digunakan
Mempelajari strategi PdP atau kemahiran mengajar yang berkesan
2) Tujuan aktiviti
Memahami alam persekolahan daripada perspektif seorang guru
Memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
Mengetahui tugas sebenar seorang guru
Memahami sistem pengurusan sekolah
Membina sikap positif terhadap profesion keguruan
Mengetahui pelaksanaan kurikulum Pendidikan Seni Visual di
sekolah
Mengenali tentang pengurusan bilik darjah secara mendalam
3) Merancang strategi pelaksanaan
Mengumpul maklumat umum sekolah
Memerhati persekitaran dan iklim bilik darjah dan merekodkannya
Membuat pemerhatian terhadap kelengkapan sekolah
Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan
di sekolah
Memerhati pengajaran guru serta pengurusan bilik darjah
Mengumpulkan hasil karya Pendidikan Seni Visual murid
Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara
berterusan dalam portfolio
4) Instrumen penilaian kendiri
Pemerhatian
Senarai semak
Temu bual
Soal selidik
PERNYATAAN SEMASA PBS
Tarikh Aktiviti yang Dijalankan
14 September
2015
(Isnin)
Melapor diri kepada guru besar
Menghadiri perhimpunan sekolah
Melapor diri kepada guru penolong kanan HEM
Memerhati kawasan sekolah
Berjumpa dengan mentor dan meminta kebenaran
untuk membuat pemerhatian PdP
Menemu bual mentor
Menemu bual guru besar
Interaksi dengan pengawas
Membuat pemerhatian PdP mentor
Menemu bual guru penolong kanan 1
Menemu bual guru-guru lain
Memerhati aktiviti yang berdasarkan FPK
Interaksi dengan pelajar
Menemu bual pengawal keselamatan
Menemu bual guru penolong kanan HEM
Menjalankan soal selidik dalam kalangan guru
Memerhati aktiviti kokurikulum
Menjalankan perbincangan dengan rakan-rakan yang
menjalankan PBS bersama-sama
Menjalankan soal selidik dalam kalangan pelajar
Membuat pemerhatian PdP guru Bahasa Inggeris
Menghadiri ceramah
Mengemas kini maklumat yang telah dikumpul
Mendapatkan tandatangan pengesahan kehadiran
Mendapatkan borang Penilaian Perkembangan Pelajar
Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah
PERNYATAAN SELEPAS PBS
Setelah menjalankan program PBS di SJKC Soon Cheng, saya telah
memperoleh banyak pengetahuan baharu yang tidak pernah dipelajari.
Selama seminggu di sini, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru telah banyak
memberi bantuan kepada saya untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.
Melalui PBS, saya telah memahami dengan lebih mendalam tentang
tugas seorang guru. Para guru sudi meluangkan masa lapang untuk
berkongsi pengalaman mengajar dengan saya. Mereka banyak berkongsi
tentang masalah yang telah dihadapi dalam PdP, cara mengawal kelas dan
cara menjalankan PdP dengan berkesan. Maklumat tersebut telah banyak
membantu saya untuk mengendalikan kelas pada suatu masa nanti.
Selain itu, saya juga menjalankan pemerhatian terhadap PdP mentor
saya. Beliau sering mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan tujuan
menarik perhatain murid-murid. Para pelajar juga diberi peluang untuk
menggunakan bahan maujud serta bahan bahan yang berasaskan ICT di
dalam kelas. Antara 29 kelas, hanya terdapat beberapa kelas yang telah
dipasang LCD. Walau bagaimanapun, murid-murid daripada kelas tanpa LCD
boleh menjalankan PdP berasaskan ICT di bilik komputer. Sebagai seorang
bakal guru, saya akan berusaha menguasai kemahiran ICT dan
mengaplikasikannya dalam PdP apabila ditempatkan di sekolah nanti.
Bukan itu sahaja, saya telah dapat membezakan perangai murid-murid
dari kelas cemerlang dan dari kelas yang agak lemah. Dalam konteks ini,
guru-guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza apabila
berhadapan dengan pelajar yang berbeza perangainya. Rancangan
pengajaran harian juga harus mengambil kira tahap murid yang diajar itu.
Pada hakikatnya, kebanyakan guru di SJKC Soon Cheng telah menerapkan
elemen-elemen dalam FPK dalam PdP. Usaha tersebut harus dilaksanakan
oleh semua guru untuk merealisasikan matlamat yang tertera dalam FPK.
Lebih-lebih lagi, saya telah menilai dan menganalisis data yang telah
dikumpul sepanjang seminggu di SJKC Soon Cheng. Borang soal selidik
yang telah diisi oleh guru-guru dan murid-murid telah dikutip dan dibuat
analisis. Rentetan itu, saya juga mengemaskan maklumat dan dokumen yang
telah saya kumpulkan melalui sesi temu bual. Kemudian, saya telah
mendokumentasikan maklumat tersebut untuk kelihatan kemas.
Kesimpulannya, portfolio PBS yang lengkap dengan maklumat yang
harus diperoleh telah saya hasilkan. Saya berasa bersyukur kerana berjaya
mencapai objektif PBS dengan baik. Setelah menghadiri program PBS, saya
yakin bahawa saya akan menjadi seorang guru cemerlang yang mendidik
anak murid sehingga menjadi insan yang boleh menyumbang kepada
keluarga, masyarakat dan negara.
PENILAIAN KENDIRI TERHADAP PERNYATAAN PROFESIONAL
Semasa menjalakan PBS di SJKC Soon Cheng, saya mendapati
bahawa kebanyakan guru dapat menggunakan teknik menyoal yang
berkesan dalam proses PdP. Apabila saya menjalankan pemerharian PdP
terhadap Puan Yau Poh Ngun, beliau sering menggunakan ayat dan
perkataan yang mudah difahami semasa mengemukakan soalan kepada
muridnya. Selepas beliau mengajukan soalan kepada pelajar, beliau akan
memberi masa kepada pelajar untuk berfikir dahulu sebelum meminta
jawapan daripada mereka. Hal ini akan saya aplikasikan apabila saya menjadi
seorang guru pada suatu masa nanti.
Sepanjang menjalankan PBS, saya bukan sahaja memerhati cara
mengajar para guru, tetapi juga memerhati iklim dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Sudut pembelajaran harus disediakan di semua bilik darjah untuk
membantu pelajar mengulang kaji pada setuap masa. Selain sudut bacaan,
sudut paparan bahan pembelajaran juga harus disediakan di dalam bilik
darjah. Biasanya, pelajar suka akan sesuatu yang menarik. Oleh itu, guru-
guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan dan sumber PdP untuk menarik
perhatian pelajar. Adalah lebih baik dan berkesan jika bahan tersebut
berwarna-warni. Bahan maujud juga digalakkan untuk meningkatkan
keberkesanan PdP. Setelah memerhati usaha yang telah dilaksanakan oleh
para guru di dalam bilik darjah, saya akan mengambil contoh daripada
mereka dengan menghias bilik darjah saya dengan menarik. Saya berharap
agar saya dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada
anak murid saya. Dengan ini, mereka dapat mencapai keputusan akademik
yang lebih cemerlang kerana dirangsang oleh suasana pemelajaran yang
selesa.
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS
Hari Pertama: 3 Ogos 2014 (Ahad)
Sebaik sahaja tiba di SJKC Soon Cheng, saya melaporkan diri kepada
guru besar. Saya bertemu dengan tiga orang guru pelatih yang berasal dari
IPG Kampus Perlis. Kami memperkenalkan diri kepada satu sama lain dan
menghadirkan diri ke perhimpunan sekolah bersama-sama. Kemudian, kami
melaporkan diri kepada guru penolong kanan (GPK) hal ehwal murid kerana
GPK 1 sedang bermesyuarat di Johor Bahru. Kemudian, saya membuat
pemerhatian di sekeliling kawasan sekolah dan mengambil gambar sebagai
bahan bukti. Selepas itu, saya berjumpa dengan mentor saya iaitu Puan Yau
Poh Ngun dan meminta kebenaran daripada beliau untuk membuat
pemerhatian pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selepas itu, kami
berempat menemu bual pengusaha kantin sekolah dan GPK kokurikulum dan
mencatat isi penting yang dikongsi oleh mereka.
Hari Kedua: 4 Ogos 2014 (Isnin)
Kami menemu bual mentor dan guru besar pada sebelah pagi. Pada
waktu rehat pula, saya mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan
seorang pengawas yang sedang bertugas. Kemudian, saya mengadakan
pemerhatian PdP mentor saya di kelas 2B. Saya telah mempelajari cara
mengajar Bahasa Melayu dengan berkesan daripada beliau. Selepas itu,
kami menemu bual GPK 1 dan seorang guru Sejarah yang berpengalaman.
Kami banyak mendapat manfaat daripada perkongsian mereka.
Hari Ketiga: 5 Ogos 2014 (Selasa)
Sepanjang pagi hari ini saya membuat pemerhatian di sekeliling
sekolah untuk mengambil gambar tentang aktiviti-aktiviti sekolah yang
dijalankan berdasarkan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Selepas itu, saya mengambil peluang untuk berinteraksi
dengan para pelajar. Walaupun mereka segan tetapi masih memberi
kerjasama yang baik kepada saya dengan menjawab soalan saya dengan
sopan. Kemudian, kami menemu bual GPK hal ehwal murid dan menjalankan
soal selidik dalam kalangan guru. Pada waktu petang selepas waktu
persekolahan, kami tinggal di sekolah untuk memerhati perjalanan aktiviti
kokurikulum sukan dan permainan. Semua aktiviti yang dilaksanakan berjalan
dengan lancar sekali.
Hari Keempat: 6 Ogos 2014 (Rabu)
Pagi-pagi, saya menjalankan perbincangan dengan rakan-rakan yang
menjalankan PBS bersama-sama. Kami berbincang tentang maklumat yang
diperoleh tiga hari sebelum ini dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.
Selepas itu, kami membuat pemerhatian PdP guru Inggeris yang
berpengalaman. Pada sebelah petang pula, kami menghadiri ceramah bulan
kemerdekaan di dewan kuliah. Ceremah tersebut memupuk sifat patriotik
dalam kalangan pelajar agar menyayangi negara Malaysia yang tercinta
Hari Kelima: 7 Ogos 2014 (Khamis)
Pada hari terakhir, saya dan rakan-rakan yang menjalankan PBS
bersama-sama mengemas kini semua data dan maklumat yang telah
dikumpul sepanjang seminggu di SJKC Soon Cheng. Kemudian, saya
mendapatkan tandatangan guru besar untuk pengesahan kehadiran
sepanjang PBS. Selepas itu, kami mendapatkan borang Penilaian
Perkembangan Pelajar dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah
atas kerjasama yang diberikan. Akhir sekali, kami mengambil gambar
bersama-sama sebagai kenangan. Dengan ini, tamatlah PBS saya untuk kali
pertama semester 1 PISMP.