Download - 174108075-pendidikan-kesihatan.doc
PENGENALAN
Program kesihatan pergigian merupakan salah satu program kesihatan umum.
Program kesihatan pergigian bertujuan untuk mengatasi masalah kesihatan
yang dihidapi oleh pesakit dan masyarakat, dalam hal ini khususnya yang
berhubungan dengan kesihatan pergigian.
Menurut definisi Organisasi Kesihatan Sedunia:
“SIHAT dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan kesihatan yang menyeluruh
baik daripada aspek jasmani, rohani mahupun social dan tidak hanya terbatas
kepada ketiaadaan penyakit.”
Oleh itu, untuk mencapai taraf kesihatan yang diharapkan terdapat banyak
factor yang mempengaruhi individu tersebut. Persekitaran juga memainkan
peranan dalam membentuk taraf kesihatan yang diharapkan.
Maksud program pendidikan kesihatan :
Menurut Jawatankuasa Keahlian tentang Pendidikan Kesihatan untuk
Organisasi Kesihatan Sedunia, laporan teknikal nombor 89, 1954 : Tujuan
umum sesuatu Program Pendidikan Kesihatan adalah :
Untuk menjadikan kesihatan masyarakat sebagai suatu harta yang paling
berharga.
Menolong orang ramai menjadi lebih cekap untuk menjalankan aktiviti
pendidikan yang terpaksa mereka lakukan baik secara perseorangan
mahupun sebagai suatu kelompok. Untuk menyedarkan orang ramai
1
tentang definisi keadaan SIHAT seperti yang tercatat dalam
perlembangaan Organisasi Kesihatan Sedunia.
Untuk meningkatkan perkembangan dan penggunaan yang betul
daripada perkhidmatan kesihatan yang baik dan betul.
Pendekatan pendidikan kesihatan pergigian ini telah mengambil tempat di
sebuah sekolah rendah Pekan Keningau,sabah dan lokasi aktiviti bertempat
adalah di kantin sekolah tersebut. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah
ceramah, pameran, dan demonstrasi.
Perlaksanaan program ini memerlukan perancangan yang teliti dan
memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Program seperti ini hendaklah dilakukan
bagi menyampaikan info tentang kesihatan pergigian kepada kanak-kanak dan
meningkatkan kesedaran mereka tentang kesihatan pergigian.
2
BAHAGIAN 1
PERSONEL KESIHATAN PERGIGIAN SEBAGAI PENDIDIK KESIHATAN
Pendidikan kesihatan pergigian bukanlah sesuatu yang mudah untuk
dilaksanakan. Peranan seorang pendidik kesihatan pergigian juga tidak jauh
bezanya dengan seorang guru. Yang berbeza hanyalah pendengarnya, tempat
penyelengaraanya dan tujuan pendidikan yang diberikan. Jika tugas guru
adalah sebagai penyampai ilmu kepada muridnya, tugas seorang pendidik
kesihatan adalah untuk memastikan bahawa individu atau masyarakat yang
sihat akan tetap mempertahankan aras kesihatannya, sementara yang sakit
atau cacat pula akan berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatannya kepada
tahap optimum agar mereka dapat hidup dengan selesa dan sihat. Dengan erti
kata lain,seorang pendidik kesihatan tidak hanya membatasi tugasnya kepada
pesakit tetapi juga perlu menumpukan tenaga dan usahanya kepada yang sihat
dan segar.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, melalui laporan teknikalnya nombor
siri 89,1954 ; “…tidak kira dalam bentuk bagaimana sesuatu program
pendidikan itu dilakukan, tujuan sesuatu pendidikan kesihatan itu mestilah
diarahkan kepada usaha-usaha berikut; iaitu :
Menyedarkan individu atau masyarakat bahawa kesihatan mereka ialah
suatu harta yang tidak ternilai harganya.
3
Menggalakkan individu atau masyarakat untuk mengamalkan dan
mempertahankan amalan-amalan yang akan menjamin keselesaan
kehidupan sehari-harinya.
Menggalakkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan
yang sedia ada dengan betul dan sebaik mungkin, dan
Memberikan dorongan kepada individu atau masyarakat itu untuk belajar
berdikari dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan status
kesihatan dan lingkungan persekitaran mereka “.
Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi, dalam melaksanakan sesuatu program
pendidikan kesihatan, intergrasi antara berbagai-bagai bidang perubatan
dengan alam sekitar merupakan factor yang penting. Ia penting agar tujuan
yang ingin kita sampaikan itu adalah sekata.
Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi
tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut meraka, dalam
melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha
untuk mencapai tujuan-tujuan berikut :
Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah
kesihatan yang sedang dihadapinya.
Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang
segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang
dihadapi oleh individu atau masyarakat itu.
4
Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar
penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran
ini, diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk
mengubah nasibnya.
Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang
lebih positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian
perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu
sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.
Dalam menyampaikan maklumat terdapat halangan-halangan yang dikatakan
menjadi penyebab kegagalan penyampaian Pendidikan Kesihatan Pergigian.
Diantara halangan-halangan yang dikenalapsti adalah Perbezaan pendapat
diantara profesion kesihatan dan orang biasa tentang kepentingan penjagaan
kesihatan pergigian disebabkan tidak cukup informasi atau pengetahuan
dikalangan mereka, Kesukaran pesakit menepati temujanji rawatan pergigian,
Masalah ekonomi- kekurangan pendapatan menjadikan penjagaan pergigian
sebagai pilihan yang kurang penting, Konflik budaya, Kebiasaan yang jauh
berbeza dengan kehendak kesihatan pergigian, Kurang kesabaran dalam
menerima dan member rawatan pegigian, Halangan bahasa, Tingkahlaku
samada dipihak pesakit mahupun perawat, Takut sakit semasa diberi rawatan,
Pentadbiran yang kurang baik,kurang memberi perhatian kepada kebajikan
pesakit, Personality personel kesihatan sendiri
5
Selain itu juga, dalam menjalankan tugas kita sebagai seorang pendidik
terdapat berbagai cara yang digunakan untuk mendidik individu bagi pendidikan
yang berkesan dapat dilakukan. Terdapat 4 gaya pendidik iaitu gaya
memerintah, sifat kebapaan, gaya permisif dan gaya bertolak ansur. Gaya
memerintah adalah bertujuan untuk mendapatkan perhatian yang sepenuhnya.
Pendidik bertutur manakala pesakit hanya akan mendengar. Gaya ini sesuai
digunakan untuk pesakit yang sedia menerima pendapat atau pendangan
daripada personel pergigian dan tidak sesuai untuk mengendalikan pesakit
yang agresif dan berpendirian sendiri. Sifat kebapaan pula adalah bertujuan
untuk melindungi pesakit. Pesakit akan bertutur manakala pendidik akan
mendengar sambil mengambil kesempatan untuk mendorong esakit dalam
perubahan sikap pesakit itu sendiri. Gaya permisif pula ialah gaya yang
mengikut kehendak pesakit supaya tidak timbulnya percanggahan emosi. Gaya
ini mempunyai kebaikannya iaitu pesakit akan merasa senang hati namun
keburukannya ialah pendidik akan kurang memberikan penjelasan dan akhirnya
pesakit akan terbiar. Gaya yang terakhir ialah gaya bertolak ansur di mana gaya
ini menimbulkan komunikasi dua hala. Ia akan mewujudkan suasana saling
faham memahami, hormat menghormati dan saling percaya antara pendidik
dan pesakit.
Faktor-faktor penggalak dalam memberi kesihatan pergigian ialah individu,
perawat (doktor dan jururawat), bahagian pendidikan, organisasi dan
6
masyarakat. Individu merupakan salah satu jalan yang paling baik untuk
memperbaiki kehidupan supaya menjadi lebih sihat. Perawat pula
bertanggungjawab untuk melaksanakan program mereka dengan sebaiknya.
Bahagian pendidikan berperanan untuk menggunakan cara dan kemudahan
yang ada sebaik mungkin untuk mencapai hasil yang maksima. Masyarakat
juga perlu bekerjasama untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Melalui
organisasi, Pendidikan Kesihatan Pergigian merupakan satu cara untuk
mendapatkan kesan maksimum daripada perkhidmatan kesihatan yang telah
diberi atau disediakan.
7
BAHAGIAN 2
KETERANGAN MENGENAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIRANCANG.
Memberi pendidikan kesihatan merupakan satu proses perhubungan yang
melibatkan penyaluran maklumat yang berupa pengetahuan kepada pesakit
samada secara individu mahupun secara berkumpulan. Ia merupakan
sebahagian dari proses pendidikan. Oleh itu cara atau pendekatan mengajar
untuk berinteraksi dengan pelajar iaitu kumpulan sasar atau subjek perlu
dirangka agar dapat mencapai objektif yang diharapkan. Proses penerimaan
pengetahuan baru penting untuk memastikan ilmu atau mesej disampaikan
dengan betul dan berkekalan. Ilmu atau mesej lebih mudah diterima dan
diserap apabila mesej disampaikan menggunakan alat bantuan mengajar atau
kaedah yang dipelbagaikan. Pendidik juga perlu bijak memilih kaedah yang
bersesuaian dengan kumpulan sasarnya dan perlu tahu menggunakan alat
bantuan mengajar yang dipilih dengan betul dan berkesan malah penyampaian
mesej perlulah menarik.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang untuk menarik gologan sasar.
Diantaranya ialah :
a) CERAMAH
8
Ceramah merupakan penyampaian maklumat secara pertuturan di antara
pendidik kepada kumpulan sasarnya. Aktiviti ini merupakan langkah pertama
dalam mempromosikan pendidikan kesihatan pergigian kepada masyarakat
umum khususnya kepada kumpulan sasaran. Melalui ceramah, mesej dan ilmu
pengetahuan pendidikan kesihatan pergigian dapat disampaikan melalui teori-
teori mengenai kejadian karies serta pencegahan sesuatu penyakit pergigian.
Persiapannya merangkumi penyediaan isi kandungan bagi ceramah serta
penggunaan peralatan bantuan mengajar yang akan digunakan. Isi kandungan
dan mesej ceramah yang disediakan adalah ringkas, mudah difahami dan
sesuai bagi tahap pemikiran serta kefahaman kumpulan sasar.
Tajuk yang dipilih untuk disampaikan kepada kumpulan ini adalah ringkas dan
mudah difahami. Antaranya adalah makanan seimbang. Pemilihan alatan
bantuan mengajar juga penting untuk mewujudkan suasana penyampaian
ceramah yang menyeronokkan bukan leteran semata-mata. Penggunaan
komputer riba, LCD, pembesar suara, mikrofon dan skrin sangat berkesan
kerana gambar dan tulisan boleh dibuat dengan berwarna-warni,dapat
ditayangkan dengan jelas serta menarik.
9
Contoh pelan yang dibuat :
PERANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN
NAMA JURURAWAT : AZLIFAH BINTI ALI
TARIKH : 27.FEBRUARI 2009
SEKOLAH : PRA SEKOLAH KAMPUNG BUKIT
BIL.MURID : 20 MURID
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : KANTIN
TAJUK : CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN
OBJEKTIF UMUM : MENERANGKAN CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN
OBJEKTIF SPESIFIK
MENERANGKAN KEPENTINGAN MEMBERUS GIGI
MENERANGKAN KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG DALAM KESIHATAN PERGIGIAN
MENERANGKAN MAKANAN YANG BAIK DAN TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN PERGIGIAN
MENERANGKAN KEPERLUAN MELAKUKAN PEMERIKSAAN SECARA BERKALA
10
Masa Isi Kandungan
Metadologi
ABM PenilaianAktiviti Pengajar
Aktiviti Murid
11
3
minit
Set induksi Memperkenalkan diri
Mengemukakan tajuk ceramah
Mendengar
Mikrofon
Pemerhatian
3
minit
Objektif 1
Menerangkan kepentingan memberus gigi
Menunjukkan gambar memberus gigi
Memberi ceramah
Melihat gambar
Mendengar ceramah
Mikrofon
Slide show
Pemerhatian
3
minit
Objektif 2
Menerangkan kepentingan makanan seimbang dalam kesihatan pergigian
Menunjukkan gambarajah piramid makan
Memberi ceramah
Memberi soalan
Melihat gambar
Mendengar ceramah
Menjawab soalan
Mikrofon
Slide show
Pemerhatian
2 minit
Objektif 3
Menerangkan makanan yang baik dan tidak baik
Memberi ceramah
Menunjukkan gambar makanan manis dan buah-buahan
Mendengar ceramah
Melihat gambar
Mikrofon
Slide show
Pemerhatian
4
minit
Objektif 4
Menerangkan keperluan
Memberi ceramah
Menunjukkan gambar
Mendengar ceramah
Melihat
Mikrofon
Slide show
Pemerhatian
12
melakukan pemeriksaan
pergigian secara berkala
gambar
2 minit
rumusan Soal jawab
Memdengar
menjawab
mikrofon
pemerhatian
OBJEKTIF ISI KANDUNGAN ABM
Set induksi Assalamualaikum dan selamat pagi adik- adik semua. Adik-adik sihat tak hari ini? Kakak harap adik semua sihat-sihat belaka. Kalau ada yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat ye. Ok, kakak hendak perkenalkan diri, nama kakak Azlifah Binti Ali. Hari ini,
Mikrofon
13
kakak nak member ceramah yang bertajuk “ cara-cara menjaga kesihatan pergigian”. Adik-adik tahu tak macam mane nak jaga kesihatan gigi adik-adik? Kakak nak tanya antara dua gambar ini, yang mana lagi cantik?mestilah gambar yang kedua kan? Ada tak diantara adik-adik yang ada gigi macam gambar yang pertama?
i) Menerangkan kepentingan memberus gigi
Ok, mula-mula kakak nak tanya macam mana kita nak jaga gigi kita supaya sentiasa nampak cantik dan sihat? Pertama kita mestilah mengosok gigi kita dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam sebelum kita tidur. Kenapa kita perlu gosok gigi kita pada waktu pagi? Kita perlu gosok gigi kita pada waktu pagi bagi mengelakkan nafas kita berbau dan gigi kita bersih selepas kita bersarapan. Kalau kita malas mengosok gigi pada waktu pagi, mesti rakan-rakan kita tidak mahu berkawan dengan kita kerana mulut kita berbau busuk. Kita dah tahu kenapa kita perlu mengosok gigi pada waktu pagi, sekarang kenapa pula kita perlu mengosok gigi pada waktu malam? Pandai, kita perlu mengosok gigi pada waktu malam kerana
Mikrofon
14
kita tidak mahu makanan yang tertinggal dalam mulut kita menjadi makanan kepada bacteria didalam mulut dan menyebabkan gigi kita berlubang. Ada tak diantara adik-adik yang ada gigi yang berlubang?
ii) meneranakan kepentingan makanan seimbang dalam kesihatan pergigian
Sekarang cuba adik-adik tengok gambar nie. Adik-adik tahu tak gambar apa? Betul, ini adalah gambar piramid makanan. Piramid makanan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Paling bawah didalam piramid makanan adalah air, kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari,kita juga perlu mengambil banyak karbohidrat seperti nasi, bijirin dan roti untuk memebekalkan tenaga kepada kita. Selain itu juga, kita perlu makan banyak buah-buahan untuk menjaga kesihatan gigi kita. Vitamin C didalam buah-buahan adalah baik untuk kesihatan gusi kita.
Mikrofon
iii) Menerangkan makanan yang baik dan tidak baik untuk gigi
Adik-adik tahu tak apa makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi kita? Ok, pandai adik-adik. Sekarang kakak nak bagitau adik-adik makanan seperti
Mikrofon
15
gula-gula, coklat, aiskrim dan kek adalah makanan yang tidak bagus untuk kesihatan pergigian kita. Makanan yang manis ini akan merosakkan gigi kita dan menyebabkan adik-adik sakit gigi. adik-adik hendaklah mengurangkan pengambilan makanan tersebut. Adik-adik boleh makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menjaga kesihatan gigi kita. Oren sepertimana yang adik-adik tahu mengandungi banyak vitamin C yang amat abgus untuk gusi kita.
IV)menerangkan keperluan melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala
Ok adik-adik, cara yang terakhir sekali untuk kita mengekalkan kesihatan pergigian kita adalah dengan melakukan pemeriksaan secara berkala di klinik pergigian yang berdekatan dengan adik-adik. Adik-adik perlu melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan gigi adik-adik sentiasa sihat dan cantik.
Mikrofon
Rumusan Untuk menjaga kesihatan gigi kita, kita hendaklah selalu memberus gigi, menjaga pemakanan kita dan melakukan pemeriksaan gigi secara berkala. Adik-adik ada soalan untuk tanya pada kakak? Ok. Kakak harap
16
adik-adik semua akan sentiasa berusaha untuk menjaga kesihatan gigi adik-adik. Sentiasa senyum kerana senyuman kita akan buat orang lain bahagia. Tapi untuk senyuman yang cantik, mestilah mempunyai gigi yang cantik. Terima kasih
a) PAMERAN
Pameran bertujuan menyampaikan mesej untuk kumpulan masyarakat dan
memerlukan kerjasama kumpulan dalam organisasi. Ia juga adalah bertujuan
untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai teori-teori dan isi
kandungan yang telah dibentangkan dalam sesi ceramah yang diterima.
Melalui pameran juga, mesej-mesej pendidikan kesihatan pergigian dapat
disampaikan. Penggunaan poster-poster dan gambar-gambar serta peralatan
pergigian yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan pergigian, dipamerkan
untuk memberi gambaran sebenar tentang penjagaan kesihatan pergigian.
17
Pengedaran risalah-risalah mengenai pendidikan kesihatan pergigian kepada
masyarakat juga, secara tidak langsung memuatkan mesej pendidikan
kesihatan pergigian. Papan-papan pameran juga diperlukan dalam meletakkan
poster-poster berkaitan.
Bahan-bahan pameran seperti jenis-jenis makanan yang tidak sihat dan yang
baik untuk kesihatan dipilih untuk dipamerkan dalam program ini. Dalam hal
kata lain, pameran adalah maklumat tambahan dalam mempromosikan
pendidikan kesihatan pergigian.
b) DEMONSTRASI
Demonstrasi dilakukan adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej secara
pemerhatian yang dibuat oleh murid-murid. Ia juga merupakan cara pengajaran
yang paling sesuai untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dan cara
terbaik untuk mengaplikasikan pelajaran teori ke praktikal.Pemerhatian ini
mendorong murid-murid untuk berfikiran secara logik dan cuba untuk
mengingati langkah-langkah yang ditunjukkan oleh jururawat pergigian semasa
memberikan demonstrasi.
Demonstrasi yang biasa dibuat adalah latihan memberus gigi dan penggunaan
flos pergigian. Melalui aktiviti demostrasi ini juga dapat menarik minat mereka
untuk cuba mengikuti cara-cara yang betul untuk membersihkan gigi.
18
BAHAGIAN 3
PERLAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DISUSUN DAN PENILAIAN
AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu dilaksanakan dengan sistematik dan
berperingkat-peringkat. Aktiviti PKP perlu dilihat melalui 3 peringkat iaitu
19
sebelum aktiviti, semasa perlaksanaan dan penilaian. Sebelum menjalankan
mana-mana aktiviti yang telah dirancang, adalah penting untuk memastikan
semua bahan yang diperlukan dalam setiap aktiviti tersedia dan berfungsi
dengan baik.
Sebelum memberikan ceramah, peralatan elektronik seperti komputer,
pembesar suara, mikrofon, LCD serta skrin haruslah disediakan dengan lebih
awal. seboleh-bolehnya sehari sebelum hari perlaksanaan program dilancarkan.
Bahan-bahan dalam aktiviti pameran juga perlu disediakan sehari sebelum hari
perlaksanaan program. Persiapannya merangkumi, penempatan poster-poster
dan papan-papan pameran di tempat yang sesuai dengan lokasi pameran.
Walaubagaimanapun adalah penting untuk bersiap sedia menghadapi segala
kemungkinan yang boleh timbul pada hari perlaksanaan program. Keadaan
cuaca yang tidak menentu juga boleh mengugat pelancaran perlaksanaan
program nanti. Oleh yang demikian, persiapan awal mesti dilakukan untuk
menghadapi sebarang kemungkinan. Penyediaan sumber elektrik seperti
generator juga perlu sebagai pengganti sumber tenaga elektrik jika masalah
berkaitan sumber ini timbul.
Kawalan juga harus dirancang untuk mengawal keadaan yang mungkin menjadi
masalah pada hari perlaksanaan nanti kerana program ini melibatkan ibu bapa
20
dan murid-murid. Keadaan akan menjadi sesak dan tidak terkawal jika
pengawalan tidak dilakukan.
Perlaksanaan program ini mengambil tempat di kantin sekolah. Kawasan kantin
ini dapat menampung murid-murid seramai 20 orang. Kedudukan stesen-stesen
aktiviti seperti lokasi pameran, ceramah,dan demostrasi ditempatkan di suatu
lokasi yang strategik untuk mengelakkan sebarang kesesakan berlaku.
Sesuatu program itu sebenarnya dinilai untuk melihat sejauh mana si pelaksana
telah dapat mencapai objektifnya setelah menjalankan program tersebut
dengan sumber kewangan dan tenaga serta alat yang diperuntukkan. Hasil
penilaian akan banyak membantu seseorang pentadbir dalam meninjau kembali
hasil usaha yang dijalankan dan memberi pentadbir tersebut ruang untuk
membuat sebarang perubahan yang perlu. Antara beberapa persoalan yang
21
PENTAS
CERAMA
TEMPAT DUDUK MURI
PAMERAN
DEMONSTRASI
mungkin timbul ataupun terjawab dengan adanya proses penilaian ini
dinyatakan dibawah:
Patutkah program yang sedia ada dikekalkan
Penggunaan sumber
Aspek etika
Penilaian kaedah atau tatacara penyampaian
Penerimaan ikhtisas
Penilaian dilakukan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa program
berlangsung. Disini yang dilihat adalah kesan aktiviti yang ditinggalkan.
Penilaian dapat dibuat dengan menyediakan borang kuiz selepas ceramah
diadakan.
Murid-murid akan menjawab salan-soalan dalam borang tersebut berpandukan
pengetahuan yang mereka dapat melalui ceramah yang telah diterima. Melalui
jawapan- jawapan yang diberikan, maka tahap penerimaan murid-murid
kumpulan ini dapat dikesan dan keberkesanan perlaksanaan program ini dapat
dinilai.
Pemilihan aktiviti ini amatlah sesuai untuk kumpulan sasar kerana ianya boleh
melibatkan kumpulan yang besar serta penerimaan pengetahuan yang sama
rata. Ianya mudah untuk dilakukan tanpa memerlukan tenaga yang banyak.
22
Kelemahan dalam perlaksanaan program promosi pendidikan kesihatan
pergigian adalah tiada bentuk dorongan seperti hadiah-hadiah yang menarik
untuk dimenangi. Ini adalah disebabkan, program ini bertujuan untuk
mempromosikan pendidikan kesihatn pergigian. Oleh itu ganjaran yang cukup
besar diterima adalah ilmu pengetahuan mengenai pendidikan kesihatan
pergigian.
KESIMPULAN
Umumnya bagi merencanakan atau melaksanakan sesuatu program kesihatan ,
focus seringkali hanya diarahkan kepada program itu sendiri dan seringkali juga
memencilkan peranan masyarakat atau orang perseorangan yang merupakan
23
pengguna utama program itu. Hal ini sebenarnya salah dan akan mencapai
kegagalan .
Program pendidikan kesihatan umum dan pergigian adalah suatu proses
pendidikan yang bertujuan untuk menolong masyarakat atau orang
perseorangan bagi mengubah pengertian dan sikap serta tindakan dan tingkah
laku mereka secara sukarela,iaitu kerana kemahuan mereka sendiri. Program
ini malah dapat merupakan alat yang sangat penting dan membantu kakitangan
kesihatan bagi menjayakan program kesihatan mereka untuk mencapai
matlamat rakyat sihat hidup sempurna.
RUJUKAN
1. Rahimah Adbul kadir, Ilmu pergigian pecegahan, panduan untuk
penuntut dan pengamal pergigian. Dewan bahasa dan pustaka,
199I:207-214
24
2. Rahimah Abdul kadir, Pendidikan Kesihatan, Teori dan amalan. Dewan
bahasa dan pustaka,1995.
3. Dental services ministry of health Malaysia, dental division ministry of
health Malaysia 1986.
4. Oral healthcare for school children in Malaysia, September 2006
5. The dental public health specialist, dental services division ministry of
health Malaysia, 1997
LAMPIRAN
25
26