dokumentasi taman herba panitia sains

5
 LAPORAN DOKUMENTASI PROJEK TA MAN HERBA  SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 1 Pendahuluan Taman Herba Sekolah Kebangsaan Petaling 1 merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh  pemantau kualiti sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Petaling 1 juga telah mewujudkan T aman Herbanya sendiri . Ta man Herba SK Petaling 1 adalah di bawah pengawasan Panitia Sains. Projek Taman Herba juga merupakan suatu langkah penting dan st ra tegi k, yang ber tujua n untuk menyedi aka n suasana pembel aj aran yang kondusi  terutamanya bagi mata pelajaran Sains. !anya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses  pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di d alam ruang kelas, tetapi meli bat kan per seki tara n sekolah yang "eria dan berupaya me rangsang dan me mbina ke"emerlangan intelek dan sahsiah murid. Program ini juga dilaksanakan untuk melibatkan  pelajar se"ara langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.  Rasional Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan#ubatan yang  berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkat kan penget ahuan tenta ng tanaman#tanaman herba dan kegunaan#kegunaanny a yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Selain memperkenalkan tanaman herba, projek ini juga bol eh mel atih mur id dal am men gamalkan pemaka nan yang baik unt uk kes iha tan terutama dalam menggunakan tumbuh#tumbuhan herba. Obe!"i#$ Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk$ 1. %emelihara war isa n ubatan#ubata n ya ng berasaskan her ba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. &. %ening katkan pengeta huan tenta ng t anaman #tanaman her ba dan ke gunaan# kegunaa nnya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

Upload: kak-ana

Post on 10-Oct-2015

147 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hghhh

TRANSCRIPT

LAPORAN DOKUMENTASI PROJEK TAMAN HERBASEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 1 Pendahuluan Taman Herba Sekolah Kebangsaan Petaling 1 merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Petaling 1 juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SK Petaling 1 adalah di bawah pengawasan Panitia Sains. Projek Taman Herba juga merupakan suatu langkah penting dan strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid. Program ini juga dilaksanakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Rasional

Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Selain memperkenalkan tanaman herba, projek ini juga boleh melatih murid dalam mengamalkan pemakanan yang baik untuk kesihatan terutama dalam menggunakan tumbuh-tumbuhan herba.

Objektif:

Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk:

1. Memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. 2. Meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. 3. Memperkenalkan tanaman herba serta melatih murid dalam mengamalkan pemakanan yang baik untuk kesihatan terutama dalam menggunakan tumbuh-tumbuhan herba.4. Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SK Petaling 1. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai nilai perubatan . Ahli jawatankuasa Taman Herba Penasihat :

Pengerusi :Penyelaras i :Penyelaras iiSetiausaha 1 :

AJK guru dan kakitangan :AJK pelajar :

Strategi PelaksanaanProgram Taman Herba dilaksanakan sepanjang tahun. Status projek masih dalam proses penanaman dan taman ini akan dijadikan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lai . Taman masih lagi di peringkat fasa kedua iaitu menambahkan lagi tanaman dan mungkin kawasan akan dibesarkan lagi. Semua guru terlibat bagi menjayakan program taman lestari ini.Status Kemajuan Pelaksanaan ProjekProjekTempoh / TarikhKos (RM)PelaksanaStatus Kemajuan Pelaksanaan Projek

Panitia Sains-Taman HerbaBermula tahun

-Sepanjang tahun-Panitia Sains dan Murid tahap 2Pembinaan Taman Herba.Penanaman pokok pokok herba.Merumput dan menghijaukan kawasan taman.Gotong royong dan pembersihan kawasanMelabelkan herba-herba yang di tanam.

Taman Kokurikulum (Semua unit Beruniform)Mulai Jun 2014Sepanjang tahun-Semua badan beruniform, kelab dan persatuan.Sedang dalam perancangan. Akan dilaksanakan pada bulan Jun. Semua Unit Beruniform akan bergilir-gilir untuk menjaga Taman Kokurikulum tersebut.

PencapaianObjektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap program yang dijalankan. Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari warga sekolah dan AJK pelaksana Taman Herba.Masalah dan Kekangan Yang Di HadapiKekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah. Kawasan sekolah yang terhad menyebabkan pertambahan projek berkaitan pembinaan taman tidak dapat dilaksanakan.Perancangan Seterusnya

Meneruskan program ini dengan memantau keadaan taman dari masa ke semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengekalkan keindahan persekitaran sekolah. Menaik taraf taman-taman tersebut dari masa ke semasa dengan menambahkan bilangan pokok dan dijadikan tempat penyampaian P&P untuk mata pelajaran tertentu.Aktiviti yang dijalankan: Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh pihak jawatankuasa Taman Herba. Pihak jawatankuasa telah meletakkan 3 fasa dalam proses penanaman herba, iaitu fasa pertama ialah fasa penyelidikan . Fasa kedua ialah fasa penanaman dan fasa ketiga ialah fasa penuaian . Taman herba ini telah menjalani fasa pertama pada.. untuk fasa penyelidikan dan latihan penanaman herba yang boleh dikomersialkan. Oleh itu, pada tahun 2014 ini, perancangannya adalah bertumpu kepada penanaman herba-herba kormersial yang boleh dijual terus kepada pengguna seperti serai makan, kunyit, lengkuas, cekur , cili padi dan tanaman ulam-ulaman seperti kacang botor, ulam raja dan pegaga. Manakala untuk herba-herba eksotik yang lain seperti lempoyang, temu lawak, halia bara, patawali , manjakani ,kacip fatimah , Mas Cotek , Misai Kucing dan sebagainya, tumpuan akan diberikan kepada pembiakan anak-anak pokok untuk dijual kepada peminat-peminat tanaman herba dan nurseri-nurseri di kawasan sekitar.Fasa ketiga dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2015. Mengikut perancangan tanaman-tanaman herba ini sudah mula membiak dan mengeluarkan hasil. Hasil jualan ini nanti diharapkan dapat menampung sebahagian kos penyelengaraan taman herba dan dapat mencatat keuntungan seawalnya pada tahun 2014 atau 2015.

Perlu dingatkan setengah-setengah tanaman herba ini agak sukar untuk dibiakkan dan memerlukan masa untuk membiak dan mengeluarkan hasil . Oleh itu,perancangan yang teliti dan komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan Projek Keusahawanan Tanaman Herba ini. Justeru, Projek Tanaman Herba ini perlu dijalankan sepanjang tahun dan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang, bukan hanya sekadar mempamer tumbuhan-tumbuhan herba untuk pertandingan Kualiti Taman Herba semata-mata tetapi juga mewujudkan satu peluang perniagaan berasaskan tanaman herba.

Penilaian:

Impak program:Cadangan Penambahbaikan:10.Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

............................................

.................................................

( )

11.Tarikh: 12.Lampiran Bergambar / Dokumen yang berkaitan (surat/brosur dll)14. CD Lengkap (Laporan & Gambar

15. 4 keping gambar 4R SENARAI SEMAK DOKUMENTASIBil Perkara Butiran Lengkap(/) jika ada

A Muka depan laporanNama aktiviti & tarikh

B Laporan lengkap 1. Tajuk laporan

2..Nama program

3. Masa/ tempat/tarikh

4. Rasional

5. Objektif

6. Aktivti-aktiviti yang dijalankan

7. Penilaian

8. Impak Program

9. Cadangan Penambahbaikan

10. Catatan disediakan oleh pelapor dan disahkan oleh Pengetua

C Lampiran 1.Lampiran Bergambar dan label

2.Contoh dokumen berkaitan

i. kertas kerja

ii. surat-menyurat

iii. surat kebenaran/kelulusan program(jika ada)

iv. brosur

v. perbelanjaan/resitvi. senarai nama pelajar yang terlibat (jika ada)

vii senarai nama pemenang utk pertandingan (jika ada)viii. CD lengkap dan berlabel

x. gambar saiz 4R ( 4 keping)

Disahkan oleh

: ___________________ (AJK Dokumentasi)Tarikh hantar laporan : ___________________