Download - Dokumen standard dunia muzik tahun 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
MUZIK
TAHUN SATU
2010
DRAF
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU
MUZIK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2010
K A N D U N G A N
RUKUNEGARA i
FALSAFAH PENDIDIKAN i
PENDAHULUAN ii
M A T L A M A T ii
O B J E K T I F iii
F O K U S M A T A P E L A J A R A N iii
O R G A N I S A S I K A N D U N G A N iv
S T A N D A R D (Kandungan dan Pembelajaran)
Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun 1 1
Glosari
8
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
iv
PENDAHULUAN
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan
program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan.
Kurikulum ini digubal dengan memberikan tumpuan kepada
perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang
muzik. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk
meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi
terhadap estetika muzik. Untuk mencapai tujuan ini,
kurikulum ini dibina dengan bertumpu kepada empat modul
kurikulum utama iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan
Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi
Muzik.
MATLAMAT
Kurikulum Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk
membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif
yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual
menerusi aktiviti muzikal.
v
OBJEKTIF
Kurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untuk
membolehkan murid mencapai standard pembelajaran
berikut;
i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,
ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,
iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,
iv. membaca dan menulis notasi muzik,
v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan
vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
FOKUS MATA PELAJARAN
Kurikulum Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum berikut;
Modul Pengalaman Muzikal Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Modul Penghasilan Muzik Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran. Modul Apresiasi Muzik Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya. Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.
vi
ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Muzik Sekolah Rendah merupakan program
pembelajaran untuk enam tahun persekolahan dari tahun
satu hingga tahun enam. Kandungan ini disusun
berasaskan modul kurikulum berikut:
i. Pengalaman Muzikal
ii. Penghasilan Muzik
iii. Apresiasi Muzik
iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik
Susunan keempat-empat modul kurikulum ini bukanlah
hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan
kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap modul
kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard
Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu
dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran
menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid.
Pada tahun satu hingga tiga, Muzik diajar dengan
pendekatan bertema yang menitikberatkan elemen-elemen
kreativiti. Antara tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik,
Mulanya Di Sini dan Alunan Muzik Ku. Tema-tema ini
dirancang sebagai paltform awal kepada murid untuk
meningkatkan kemahiran muzikal dan berkarya secara
kreatif seterusnya lebih menghargai muzik. Pada tahun tiga
hingga enam, fokus pengajaran dan pembelajaran murid
akan diperluas kepada permainan alat muzik berpic iaitu
rekorder dan xylofon serta pengenalan kepada penggunaan
perisian notasi muzik.
KURIKULUM MUZIK
TAHUN 1
1
KURIKULUM MUZIK TAHUN 1
MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL
Murid menyanyi lagu dengan ton suara, dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo.
Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo.
Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi gerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek,
mud serta lirik.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo
atau berkumpulan.
1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul.
- suara bercakap
- suara menyanyi
- suara memanggil
- suara berbisik
- suara lelaki dan perempuan
2
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul.
- postur duduk
- postur berdiri
1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat.
- pic tinggi
- pic rendah
1.1.4 Menyanyi mengikut tempo.
- cepat
- lambat
1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.
- lembut ( p )
- kuat ( f )
3
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.
1.2 Memainkan perkusi secara solo atau
berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik.
- postur
- cara memainkan
1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo.
- cepat
- Lambat
1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik.
- lembut ( p )
- kuat ( f )
4
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Membuat gerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.
- dinamik kuat/ lembut
- pic tinggi/ rendah
- tempo cepat/ lambat
- bunyi panjang/ pendek
1.3.2 Membuat gerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.
- lagu aksi (action song)
- permainan nyanyian (singing games)
5
MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK
Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan
dan perkusi mulut.
Aktiviti penerokaan suara:
- meniru suara haiwan
- meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi
Aktiviti perkusi badan:
- bertepuk tangan
- menepuk peha
- memetik jari
Aktiviti perkusi mulut:
- klik lidah
6
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.2 Mencipta corak irama mudah.
- mengajuk corak irama
- mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan
2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa.
- mengajuk melodi
- mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan
7
MODUL 3 : APRESIASI MUZIK
Murid mengenal pasti warna ton suara manusia.
Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai
repertoir.
3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar.
- suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.
- Muzik Popular
-
-
Muzik Tradisional Malaysia
Muzik Klasik Barat
3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang
didengar.
- Muzik Asia - mud (riang, sedih, marah dan takut)
- tempo (cepat-lambat)
- tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal)
- dinamik (kuat-lembut)
GLOSARI
11
GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1
PERKATAAN PENERANGAN
Dinamik (Dynamic)
Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah
yang digunakan ialah :
Istilah Simbol Makna
Piano p Bunyi lembut
Forte f Bunyi kuat
Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.
Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.
Contoh Melodi:
12
PERKATAAN PENERANGAN
Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.
Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:
a. Ghazal dari Malaysia
b. Gamelan Bali dari Indonesia.
Muzik instrumental
(Music Instrumental )
Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental
boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.
Muzik Klasik Barat
(Western Classical Music)
Muzik yang berasal dari negara Barat.
Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven.
Muzik Popular (Music Popular) Muzik semasa yang dikenali ramai.
Muzik Tradisional Malaysia
(Malaysian Traditional Music)
Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.
Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.
13
PERKATAAN PENERANGAN
Muzik Vokal (Music Vocal) Muzik yang mengandungi nyanyian.
Permainan Nyanyian (Singing
Games)
Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga”
Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.
Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat
muzik.
Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.
Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.
Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.
Contoh: Tempo cepat atau lambat.
14
PERKATAAN PENERANGAN
Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.
Warna ton (Tone Colour) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan.
Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.