dsk dunia muzik thn 1

28
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN SATU 2010

Upload: rosli-jamiran

Post on 11-Apr-2017

204 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dsk dunia muzik thn 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DUNIA MUZIK

TAHUN SATU

2010

Page 2: Dsk dunia muzik thn 1
Page 3: Dsk dunia muzik thn 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU

DUNIA MUZIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2010

Page 4: Dsk dunia muzik thn 1
Page 5: Dsk dunia muzik thn 1

K A N D U N G A N

RUKUNEGARA iii

FALSAFAH PENDIDIKAN iii

PENDAHULUAN iv

MATLAMAT iv

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH v

FOKUS MATA PELAJARAN v

ORGANISASI KANDUNGAN vi

KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1

Objektif Dunia Muzik Tahun 1 2

Modul 1 : Pengalaman Muzikal 3

Modul 2 : Penghasilan Muzik 7

Modul 3 : Apresiasi Muzik 9

Glosari 13

Page 6: Dsk dunia muzik thn 1
Page 7: Dsk dunia muzik thn 1

iii

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita

hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana

kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara

adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap

tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai

corak; membina satu masyarakat progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-

prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.

Page 8: Dsk dunia muzik thn 1

iv

PENDAHULUAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan

program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan.

Kurikulum ini digubal dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang

muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea

kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika

muzik. Bagi mencapai tujuan tersebut, kurikulum ini dibina

dengan memberi tumpuan kepada empat modul utama iaitu

Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik

serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.

MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat

untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan

kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara

intelektual menerusi aktiviti muzikal.

Page 9: Dsk dunia muzik thn 1

v

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;

i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,

ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,

iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,

iv. membaca dan menulis notasi muzik,

v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan

menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya

muzik yang didengar; dan

vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut;

Modul Pengalaman Muzikal (60%) Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Modul Penghasilan Muzik (20%) Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran. Modul Apresiasi Muzik (10%) Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya. Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10% - bermula di Tahun 4) Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.

Page 10: Dsk dunia muzik thn 1

vi

ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan

program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu

dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan dokumen

ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut:

i. Pengalaman Muzikal

ii. Penghasilan Muzik

iii. Apresiasi Muzik

iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap.

Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum

diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam

dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi

ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur

Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang

harus dikuasai murid.

Dari tahun satu hingga tiga, Muzik diajar dengan

pendekatan bertema yang menitik beratkan elemen-elemen

kreativiti. Tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik, Mulanya

Di Sini dan Alunan Muzik Ku. Tema-tema ini dirancang

sebagai platform awal kepada murid untuk mengenali dan

menguasai kemahiran muzikal. Murid berpeluang berkarya

secara kreatif dan seterusnya menghargai nilai estetik

muzik. Dari tahun tiga hingga enam, fokus pengajaran dan

pembelajaran murid akan diperluas kepada permainan alat

muzik berpic iaitu rekorder dan xylofon serta pengenalan

kepada penggunaan perisian notasi muzik.

Page 11: Dsk dunia muzik thn 1

KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1

Page 12: Dsk dunia muzik thn 1

2

OBJEKTIF DUNIA MUZIK TAHUN 1

Kurikulum Dunia Muzik Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;

i. menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo,

ii. memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo,

iii. memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik,

iv. menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal,

v. mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar; dan

vi. mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

Page 13: Dsk dunia muzik thn 1

3

KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo.

Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo.

Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan

pendek, mud serta lirik.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo

atau berkumpulan.

1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul.

- suara bercakap

- suara menyanyi

- suara memanggil

- suara berbisik

- suara lelaki dan perempuan

Page 14: Dsk dunia muzik thn 1

4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul.

- postur duduk

- postur berdiri

1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat.

- pic tinggi

- pic rendah

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo.

- cepat

- lambat

1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.

- lembut ( p )

- kuat ( f )

Page 15: Dsk dunia muzik thn 1

5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.

1.2 Memainkan perkusi secara solo atau

berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik.

- postur

- cara memainkan

1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo.

- cepat

- lambat

1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik.

- lembut ( p )

- kuat ( f )

Page 16: Dsk dunia muzik thn 1

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.

- dinamik kuat/ lembut

- pic tinggi/ rendah

- tempo cepat/ lambat

- bunyi panjang/ pendek

1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.

- lagu aksi (action song)

- permainan nyanyian (singing games)

Page 17: Dsk dunia muzik thn 1

7

MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan

dan perkusi mulut.

Aktiviti penerokaan suara:

- meniru suara haiwan

- meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi

Aktiviti perkusi badan:

- bertepuk tangan

- menepuk peha

- memetik jari

Aktiviti perkusi mulut:

- klik lidah

Page 18: Dsk dunia muzik thn 1

8

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 Mencipta corak irama mudah.

- mengajuk corak irama

- mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan

2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa.

- mengajuk melodi

- mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan

Page 19: Dsk dunia muzik thn 1

9

MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar.

Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai

repertoir.

3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar.

- suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.

- Muzik Popular

-

-

Muzik Tradisional Malaysia

Muzik Klasik Barat

3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang

didengar.

- Muzik Asia - mud (riang, sedih, marah dan takut)

- tempo (cepat-lambat)

- tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal)

- dinamik (kuat-lembut)

Page 20: Dsk dunia muzik thn 1
Page 21: Dsk dunia muzik thn 1

GLOSARI

Page 22: Dsk dunia muzik thn 1
Page 23: Dsk dunia muzik thn 1

13

GLOSARI KURIKULUM DUNIA MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1

PERKATAAN PENERANGAN

Dinamik (Dynamic)

Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah

yang digunakan ialah :

Istilah Simbol Makna

Piano p Bunyi lembut

Forte f Bunyi kuat

Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.

Contoh Melodi:

Page 24: Dsk dunia muzik thn 1

14

PERKATAAN PENERANGAN

Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:

a. Ghazal dari Malaysia

b. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik instrumental

(Instrumental Music )

Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental

boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

Muzik Klasik Barat

(Western Classical Music)

Muzik klasik yang berasal dari negara Barat.

Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven.

Muzik Popular (Popular Music ) Muzik semasa yang dikenali ramai.

Muzik Tradisional Malaysia

(Malaysian Traditional Music)

Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.

Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.

Page 25: Dsk dunia muzik thn 1

15

PERKATAAN PENERANGAN

Muzik Vokal (Vocal Music ) Muzik yang mengandungi nyanyian.

Permainan Nyanyian

(Singing Games)

Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga”

Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat

muzik.

Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.

Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.

Contoh: Tempo cepat atau lambat.

Page 26: Dsk dunia muzik thn 1

16

PERKATAAN PENERANGAN

Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.

Warna ton (Colour Tone ) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan.

Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.

Page 27: Dsk dunia muzik thn 1
Page 28: Dsk dunia muzik thn 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUUM

ARAS 4 – 8, BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Tel 03 8884 2000 Fax 03 8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk