dokumen sebut harga · web viewperkhidmatan membekal dan memasang distribution box dan outlet...

39
DOKUMEN SEBUT HARGA KERJA PEMASANGAN DISTRIBUTION BOX DAN OUTLET POWER SOCKET SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK BILIK LATIHAN ICT JPA NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)06/2018

Upload: duonglien

Post on 26-Jul-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DOKUMEN SEBUT HARGAKERJA PEMASANGAN DISTRIBUTION BOX

DAN OUTLET POWER SOCKET SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK BILIK LATIHAN ICT

JPA

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)06/2018

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (2009)

7. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA

KERJA PEMASANGAN DISTRIBUTION BOX DAN OUTLET POWER SOCKET SERTA KERJA-KERJA

BERKAITAN UNTUK BILIK LATIHAN ICT JPA

MUSTAHAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN

PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Penyebutharga bagi Sebut Harga Kerja Pemasangan Distribution Box dan Outlet Power Socket Serta Kerja-Kerja Berkaitan Untuk bIlik ICT JPA arahan Penyebut Harga seperti di Lampiran 1.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUT HARGA

2.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan gred kategori dan pengkhususan yang berkaitan dengan kerja Sebut Harga ini iaitu GRED G1, Kategori ME : KOD E04, E11 dan E14 di Wilayah Persekutuan Putrajaya / Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

2.2 Penyebutharga perlu mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran yang masih sah laku syarikat yang telah dilantik kepada JPA bagi tujuan pengesahan dan rekod.

2

2.3 Pendaftaran dengan CIDB adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung/membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:

2.3.1  Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

2.3.2  Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

2.3.3  Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

2.4 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.5  Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEBUT HARGA

3.1  Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 4 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau perkhidmatan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain di dalam Lampiran 2. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut Harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam

3

apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut Harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

Penyebutharga yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut :-

4.1 Kerja pemasangan Distribution Box dan Outlet Power Socket untuk Bilik Latihan ICT, Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti di Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal.

4.2 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki memulakan pelaksanaan kerja-kerja yang dicadangkan dalam tempoh enam puluh hari (60) bermula dari tarikh Surat Setuju Terima yang dikembalikan, kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

4.3 Kontraktor hendaklah sentiasa membuat penyelarasan dan khidmat nasihat dari kontraktor Perkhidmatan Penyelenggaraan Kompleks C sedia ada (THP Sinar Sdn. Bhd).

4.4 Skop kerja ini juga adalah termasuk kerja-kerja mengalih mobile rack ke lokasi baru di bangunan JPA Putrajaya.

5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1 Spesifikasi Teknikal adalah seperti di Lampiran 3 (Perihal Kerja) adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

4

5.2 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of  ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6. ARAHAN KEPADA KONTRAKTOR YANG BERJAYA

6.1 Sentiasa mematuhi arahan penyelia di tapak kerja terutamanya dalam perkara kebersihan dan keselamatan.

6.2 Memastikan segala perkakas dan peralatan pasangsiap (fixtures) Kerajaan sedia ada di dalam bangunan dan persekitrannya sentiasa dijaga keselamatan dan kebersihannya.

6.3 Hendaklah menanggung rugi terhadap apa-apa tuntutan sekiranya ianya berlaku disebabkan atas kecuaian kontraktor semasa melaksanakan kerja-kerja berkenaan seperti kecederaan atau kematian mana-mana orang atau kerosakan terhadap apa-apa harta yang dipunyai oleh sesiapa pun.

6.4 Kontraktor yang berjaya hendaklah memberi jaminan Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period) untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan (6) selepas kerja siap dan diserahkan kepada pihak Kerajaan.

6.5 Kontraktor hendaklah membersih sisa-sisa bahan binaan, kotoran, sampah dan sebagainya di lokasi dan persekitaran pembinaan pada setiap hari selepas kerja harian ditamatkan.

6.6 Kontraktor hendaklah memastikan semua pekerjanya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan disiplin serta hanya berada/ memasuki ruang kerja yang berkaitan sahaja.

6.7 Untuk tempat-tempat yang sensitif, kontraktor hanya akan dibenarkan menjalankan kerja-kerja selepas waktu pejabat atau pada hari cuti hujung minggu (Sabtu & Ahad) dan juga pada cuti umum. Bagaimanapun untuk kerja-kerja ringan yang tidak melibatkan bunyi bising dan berhabuk, kerja-kerja boleh dijalankan dengan kebenaran Pegawai Penyelia JPA.

7. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

7.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau  ditulis dengan kemas dan terang.  Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat . Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut Harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

5

7.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut Harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

8.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri.Dokumen sebut harga yang dihantar hendaklah mengandungi:

a. Kategori Teknikal yang mengandungi Lampiran 2 b. Kategori Kewangan yang mengandungi Lampiran 3 dan Lampiran

3Ac. Kategori Maklumat Tambahan yang mengandungi Lampiran 5,

Lampiran 6, Lampiran 7, Lampiran 9; dan d. Sesalinan Sijil Pendaftaran yang sah laku (CIDB, PKK dan SPKK)

Maklumat Tambahan yang berkaitan dengan Tawaran Spesifikasi Teknikal seperti Curriculum Vitae (CV), sijil-sijil yang berkaitan bagi menyokong pengalaman dan qualification kakitangan teknikal yang terlibat dalam projek ini, brosur, katalog dan Technical Specification Manuals hendaklah disertakan sebagai rujukan kepada jawatankuasa penilaian sebut harga.

8.3 Sampul tersebut dimasukkan dalam satu sampul dan dituliskan:

a. Perkhidmatan Membekal dan Memasang Distribution Box dan Outlet Socket Serta Kerja-kerja Berkaitan Untuk Bilik Latihan ICT Jabatan Perkhidmatan Awam; dan

b. No. Sebut Harga Bil. JPA(SII)06/2018

di atas sampul surat berkenaan. (Maklumat ini wajib diisi. Jika tidak, markah penilaian tawaran tuan akan terjejas).

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan pada para 8.2 dan 8.3.  Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

6

62510 Putrajaya.

8.5 Dokumen tersebut  hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.

8.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.  Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

8.7 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan harga tawaran, pengalaman dalam bidang kerja yang serupa dan lain-lain faktor yang difikirkan sesuai. Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebutharga yang menawarkan harga terendah.

8.8 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menyiapkan kerja mengikut spesifikasi, skop, arahan Pegawai Inden JPA dan dalam tempoh inginan jabatan iaitu LAPAN (8) minggu. Ganti Rugi Tertentu dan juga Ganti Rugi Ditetapkan mengikut kadar yang akan ditentukan akan di kenakan kepada Penyebutharga yang gagal mematuhi perkara-perkara di atas

9.  TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh Tutup   : 02 Julai 2018 (Isnin)Masa   : 12.00 tengah hariNo. Sebut Harga : JPA(SII)06/2018

10. KEHADIRAN TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK

Hanya penama di sijil pendaftaran syarikat sahaja yang boleh menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak. Syarikat tidak dibenarkan menghantar wakil selain dari penama disijil. Sila bawa salinan sijil pendaftaran syarikat semasa menghadiri taklimat / lawatan tapak. Sesi taklimat / lawatan tapak akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 26 Jun 2018 (Selasa)Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Rafflesia,Aras 3, Blok C1, Kompleks C, Persint 1, Putrajaya

11.  JADUAL TAWARAN HARGA – Lampiran 3

7

11.1 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

12.  TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

13.  PEMBATALAN KERJA DALAM SEBUT HARGA

13.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu kerja yang telah dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

13.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut Harga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebut Harga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

14.  SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

14.1  JPA adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

14.2  JPA tidak terikat mempersetujui sebut harga yang rendah sekali atau mana-mana sebut harga jua pun.

14.3  JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga  yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

14.4  Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

14.5  Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

15. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD

15.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebut Harga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

8

16. BANTAHAN

16.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga. 

16.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Jabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan Dan AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: Encik Safuan Bin Saleh)

17.  URUS SETIA SEBUT HARGA17.1  Penyebutharga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah

menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 16.2 (Untuk perhatian : Encik Safuan Bin Saleh).

17.2  Sebarang pertanyaan berhubung dengan masalah pengendalian sistem ePerolehan hendaklah menghubungi khidmat bantuan ePerolehan di talian 03-79857777 / 03-79857888 atau e-mel [email protected].

18.  PERTANYAAN

18.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi :

- En. Arizan bin Jahidsapian 03 – 8885 5017- En. Muhamad Sarizan bin Jamaludin 03 – 8885 5040- Cik Nordahlia binti Abdul Jalal 03 – 8885 5091

Urus Setia

- En. Safuan Bin Saleh 03 - 8885 3035

9

- En. Azhar Bin Seman 03 - 8885 3246- Pn. Zainorshila Bt Khalid 03 - 8885 3256

19. KESIMPULAN

Penyebutharga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2), dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

20. PENUTUP

Penyebutharga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

10

GARIS PANDUAN KERJA-KERJA UBAHSUAI

1. Kontraktor tidak dibenarkan mengubah/menganggu struktur binaan sedia ada. Sebarang binaan luar biasa (seperti dinding batu bata/konkrit, bilik kebal, tandas dan lain-lain) adalah tidak dibenarkan. Dilarang membuat kerja-kerja penebukan pada lantai/rasuk/tiang. Sekiranya perlu juga dijalankan, dikehendaki merujuk kepada pejabat ini atau khidmat Jurutera Profesional agar khidmat nasihat teknikal yang bersesuaian dapat diberi.

2. Kualiti semua bahan peralatan/binaan (seperti dinding, pintu, sesalur elektrik dan lain-lain) serta peralatan (seperti “Work Station”, kerusi, meja dan lain-lain) yang akan digunapakai mestilah setaraf dengan yang sedia ada. Maklumat lanjut kelulusan barangan elektrik boleh diperolehi melalui laman web http://ict01.jkr.gov.my/emal

3. Kontraktor dinasihatkan tidak menganggu/mengubah sistem Mekanikal dan Elektrikal yang sedia ada (seperti Sistem Hawa Dingin, Sistem Pencegahan Kebakaran, Floor Trunking System). Sebarang kerja elektrik yang dijalankan hendaklah mematuhi “IEE Regulation”, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Garis Panduan Pendawaian Elektrik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga serta dilaksanakan oleh Orang Kompetan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Sekiranya perlu/berlaku perubahan kepada sesuatu sistem, tuan dikehendaki merujuk kepada pejabat ini agar khidmat nasihat teknikal yang bersesuaian dapat diberikan.

4. Sebarang pertambahan beban kepada siling sedia ada hendaklah disemak semula dan diperkukuhkan selaras dengan pertambahan beban tersebut.

5. Sebanyak tiga (3) salinan pelan-pelan terbina bagi keseluruhan ruang pejabat (yang terlibat dan tidak terlibat) dalam bentuk softcopy dan hardcopy bagi kerja-kerja ubahsuai dalaman (ID Fit-Out), Mekanikal dan Elektrikal perlu dikemukakan ke pejabat JPA untuk simpanan/rujukan dan tujuan penyelenggaraan.

6. Semua kerja-kerja yang telah disiapkan hendaklah disahkan oleh kontraktor yang dilantik dan diperakukan oleh Pegawai Penguasa.

7. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan di atas cadangan asal, pihak tuan dinasihatkan untuk mengemukakan semula lukisan terperinci yang baru untuk kelulusan semula jabatan ini.

11

LAMPIRAN 2

12

LAMPIRAN 2

JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK ADALAH ENAM PULUH HARI (60) DARI TARIKH SURAT SETUJU TERIMA DITANDATANGANI.

Bil Items Deskripsi Mandatori Pematuhan Kepada Mandatori (Ya/ Tidak)

PENERANGAN KEPADA PEMATUHAN(SILA BERIKAN KETERANGAN SETIAP ITEM YANG DISYORKAN)

Syarat-syarat AmPenyebutharga hendaklah berdaftar dengan Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan gred kategori dan pengkhususan yang berkaitan dengan kerja Sebut Harga ini iaitu GRED G1, Kategori ME : KOD E04, E11 dan E14 di Wilayah Persekutuan Putrajaya / Kuala Lumpur dan Selangor sahajaPenyebutharga perlu mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran yang masih sah laku syarikat yang telah dilantik kepada JPA bagi tujuan pengesahan dan rekod.

Penyebutharga perlu melengkapkan Lampiran

13

Senarai Jenama Bahan Pengilang seperti di LAMPIRAN 2A

Skop KerjaDistribution Box 3 Phase

a) 8 hala bersama 32A MCB.

b) 3 bilangan 63A (100mA sen) RCCB.

c) 50A TPN MCCB.

d) Submain kabel dari busduct electrical riser 4 x 16mm2 pvc c/w CPC.

e) Perlu menggunakan kabel bersaiz 4mm bagi litar mempunyai 4-6 bilangan soket.

f) Kuantiti : 1 unit

Umum :i) Perlu majukan lukisan

terbina yang diluluskan oleh Jurutera Profesional.

ii) Pengkhususan CIDB - E04 & E14.

iii) Semua bahan yang digunakan perlu rujuk https://jmal.jkr.gov.my/emalv3/

YA

Outlet Power Socket (120)

a) 40 set 13Amp (3 SSO/set)

Unshielded Twisted Pair (UTP) Cable – Cat6

a) Membekal, memasang dan menguji kabel UTP dan network port dari Bilik Telco ke Bilik Latihan

b) Kuantiti : 40 port

Panel Cermin a) Max. size : 93” x 45”

b) Kerja-kerja membuka daun pintu sedia ada dan memasang panel cermin frosted bersaiz 93” x 45” berserta bingkai.

14

Switch Rack With 48 Port Patch Panel

a) Kuantiti : 1

b) 4 RU Computer Rack-Enclosure Cabinet (Black)

c) Front Door with Clear Glass

d) Key Lock Security on Door

e) 32" Maximum Equipment Depth

Pemindahan Mobile Rack

a) Kuantiti Rak : 4 unit

b) Membuka dan memasang semula 4 unit mobile rack dari Bilik Latihan di Aras 6 ke Bilik Fail di Aras 5

15

LAMPIRAN 2ALAMPIRAN SENARAI JENAMA BAHAN PENGILANG

Refer to JMAL - JKR Material Approved List at http://jmal.jkr.gov.my

Section A 

ITEM MATERIALS BRAND COUNTRY OF MANUFACTURE MODEL

1 Distribution Board (DB)      

2 MCCBs } *      

3 MCBs } *      

4 RCCB      

5 13A 3 Pin Switch Socket Outlet } *      

6 Boxes for Switch and Socket Outlet (To be same/brand for switches & socket } *      

7 PVC Cable      

8 Konduit      

Note : 1. Tenderer is required to submit Catalogues for the item marked } *

2. All fittings, equipments and materials supplied must be of JKR approved type.

Signature : …………………………………..

Name : ………………………………………

Designation : ……………………………….. Date : ……………………………

16

LAMPIRAN 3

17

JADUAL TAWARAN HARGASEBUTHARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MEMASANG DISTRIBUTION

BOX DAN OUTLET POWER SOCKET SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK BILIK LATIHAN ICT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Bil. Item Jumlah Tawaran (RM)

1 Distribution Box 3 Phase2 Outlet Power Socket (120)3 Unshielded Twisted Pair (UTP) Cable – Cat64 Panel Cermin5 Switch Rack With 48 Port Patch Panel6 Pemindahan Mobile Rack

HARGA TAWARAN KESELURUHAN (RM)

Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ......... hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani)

TANDATANGAN :

NAMA :

JAWATAN :

COP SYARIKAT :

18

RINGKASAN SEBUT HARGA

LAMPIRAN 4

19

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P Putrajaya.

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)06/2018

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MEMASANG DISTRIBUTION BOX DAN OUTLET POWER SOCKET SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK BILIK LATIHAN ICT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga adalah muktamad;

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

20

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut harga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

21

LAMPIRAN 5

22

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA

Bagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili…………………………………................................................................ nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalahmenawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untukdipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetujutindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya ataumana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalamSebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkanperbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

23

(Nama Wakil Syarikat) (Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………...... (Nama dan No.KP)

Cop Syarikat :Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

24

(Tandatangan)

LAMPIRAN 6

25

KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

26

LAMPIRAN 7

27

(Kew. 284-Pin. 2/94)Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan

oleh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam

No. Pendaftaran dengan Kementerian Jabatan Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Bahagian Khidmat Pengurusan

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

pembelian ini GRED G1, Kategori ME : Blok C1 Kompleks C, PutrajayaGRED G1, Kategori ME : KOD E04, E11 dan E14 No. Telefon. 03-8885 3256

Tarikh:

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di

bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan

sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan

bertanda

”No. Sebutharga JPA(SII)06/2018

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di

alamat di atas

28

No. Sebutharga Bil. JPA(SII)06/2018

tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 02 Julai 2018

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh

tutup.

Tarikh:

Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

Bil Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas

UnitUkuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar Seunit(RM)

HargaKeseluruhan(RM)

Untuk diisi oleh JabatanUntuk disi oleh

Penyebutharga

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MEMASANG DISTRIBUTION BOX DAN OUTLET POWER SOCKET SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK BILIK LATIHAN ICT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

1 Lot

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas

dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat

di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................

29

30