perkembangan terkini projek pertanian ladang gaharu - gcsb

9
GUNUNG CIPTA SDN. BHD No.3258, Tingkat 1, Depan Hospital Daerah Besut, 22000, Jerteh, Besut, Terengganu Darul Iman. Tel: 09-6978747/09-6978748 Tel:09- 6978749 Tuan/Puan. Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa dan berkat hasil daripada sokongan dan kerjasama daripada Tuan/Puan, Projek Pertanian Ladang Gaharu kami sudah beroperasi hampir 3 tahun. Nama Gunung Cipta Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak tahun 2007 bukan lagi baru dalam industri pertanian Gaharu di Malaysia, malah sudah sebati dalam kalangan pelabur-pelabur tanah di seluruh Malaysia. GCSB sudah mampu berdiri bersama beberapa pengusaha-pengusaha tanaman Gaharu yang lain dan menjadi aspirasi dan rujukan bagi syarikat-syarikat yang baru berjinak-jinak dengan industri ini. Setelah beroperasi sejak tahun 2007, banyak perkembangan dan pencapaian yang telah kita kecapi. Empayar perniagaan kami telah berkembang pesat, kami mempunyai pembeli-pembeli lot dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang bukan sahaja dalam kalangan pembelian peribadi, malah mendapat sambutan daripada koperasi dan badan-badan karporat yang mula mempertimbangkan belian secara besar-besaran.

Upload: rahimin

Post on 24-Jul-2015

2.912 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Blog ini bertujuan memberi maklumat kepada pemilik lot tentang perkembangan lot gaharu di ladang milik mereka.Sebarang Pertanyaan Hubungi Pejabat Syarikat. gunung cipta sdn bhd

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Terkini Projek Pertanian Ladang Gaharu - GCSB

GUNUNG CIPTA SDN. BHD No.3258, Tingkat 1, Depan Hospital Daerah Besut,

22000, Jerteh, Besut, Terengganu Darul Iman. Tel: 09-6978747/09-6978748 Tel:09-6978749

Tuan/Puan.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa dan berkat hasil daripada sokongan

dan kerjasama daripada Tuan/Puan, Projek Pertanian Ladang Gaharu kami sudah

beroperasi hampir 3 tahun. Nama Gunung Cipta Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak tahun

2007 bukan lagi baru dalam industri pertanian Gaharu di Malaysia, malah sudah sebati

dalam kalangan pelabur-pelabur tanah di seluruh Malaysia. GCSB sudah mampu berdiri

bersama beberapa pengusaha-pengusaha tanaman Gaharu yang lain dan menjadi aspirasi

dan rujukan bagi syarikat-syarikat yang baru berjinak-jinak dengan industri ini.

Setelah beroperasi sejak tahun 2007, banyak perkembangan dan pencapaian yang

telah kita kecapi. Empayar perniagaan kami telah berkembang pesat, kami mempunyai

pembeli-pembeli lot dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang bukan sahaja

dalam kalangan pembelian peribadi, malah mendapat sambutan daripada koperasi dan

badan-badan karporat yang mula mempertimbangkan belian secara besar-besaran.

Ladang Gaharu kami telah

berkembang luas dari kawasan-kawasan

di Besut, Setiu sehingga ke Hulu

Terengganu, Kuala Terengganu dan

Kemaman. Kami juga mempunyai lot-lot

Gaharu di beberapa kawasan di Pasir Putih

seperti di Kandis dan Seligi. Pekerja-

pekerja kami diberi latihan yang intensif

untuk menguruskan tanaman-tanaman

kami bagi memastikan ia mencapai kualiti

yang diingini.

Page 2: Perkembangan Terkini Projek Pertanian Ladang Gaharu - GCSB

Selain itu, kami merancang untuk mengorak langkah yang lebih aktif dengan

meneroka tanah-tanah yang berpotensi di beberapa daerah lain di Kelantan untuk

diusahakan dan kami mensasarkan untuk meneroka sehingga ke Perak, Pahang dan Johor

dalam beberapa tahun akan datang. Insya-Allah semoga kerjasama dan berkat doa dari

Tuan/ Puan dapat merealisasikan misi dan impian kami ini.

Untuk pengetahuan Tuan/ Puan, perkembangan tanaman gaharu di ladang kami

membesar dengan baik. Tanaman gaharu kami di

Seligi dan Padang bual membesar dengan baik

dan sudah hampir mencecah 3 tahun, dan

tanaman di Belao, Pelong 5 dan pelong 11 sudah

mencecah 2 tahun tampa sebarang masalah yang

besar. Manakala pokok-pokok di Padang Buloh 1,

Padang Buloh 2, Pelong 8, Guntung, Kemiyung 1

dan Kemiyung 2 berumur dalam lingkungan 5

bulan hingga 1 tahun. Pokok-pokok di kawasan

Tebak Kemaman, Tong lama dan Lata Tembakah

baru ditanam dan dijaga elok manakala kawasan

baru seperti di Alor Gelenggang dan Tanggul

sudah dibersihkan dan dalam proses untuk

penanaman setelah mendapat bekalan anak

pokok.

Walaubagaimanapun, bak kata pepatah

melayu “Bumi mana yang tidak ditimpa hujan”.

Terdapat berapa masalah persekitaran timbul

di beberapa kawasan ladang kami seperti

gangguan lembu liar dan serangan ulat perosak

pada tanaman. Terdapat juga sebilangan kecil

pokok yang terbantut pembesaran di sebabkan

masalah cuaca dan bentuk muka bumi.

Walaubagaimanapun, ia tidak memudaratkan ladang secara keseluruhan.

Page 3: Perkembangan Terkini Projek Pertanian Ladang Gaharu - GCSB

Namun, segala masalah telah ditangani dengan baik. Kami telah dan sedang

membina pagar-pagar yang lebih kukuh bagi mengelakkan kemusnahan pokok-pokok dan

memastikan pengawalan rapi bagi tempat-tempat tertentu yang terdedah kepada ancaman

lembu liar. Selain itu, semburan racun perosak dan penyeliaan ladang dengan kadar yang

optimum juga diambil untuk memastikan serangan ulat tidak berulang. Bagi pokok-pokok

yang bermasalah, kami telah menggantikan dengan pokok baru bagi memastikan pokok di

keseluruhan kawasan mempunyai pertumbuhan yang lancar, sekata dan sempurna.

Bukan berhenti setakat itu sahaja, operasi syarikat kami menjangkaui kemampanan.

Kami telah memulakan projek sokongan gaharu iaitu kami berjaya memperolehi kontrak

pengelolaan ladang sawit. Seluas 5000 ekar ladang sawit telah kami kelolakan yang mana

memperolehi pulangan yang agak lumayan bagi menampung kos pembiayaan projek

ladang gaharu.

Selain itu, hasil daripada kepakaran dan peralatan moden yang kami miliki serta

inisiatif pentadbiran dan sokongan kerajaan, kami juga sedang memulakan projek kilang

baja dengan mengeluarkan baja bio-organik yang memiliki jenama kami sendiri. Ia

mengandungi mikrob baik untuk tanaman yang dihasilkan daripada herba terpilih dan

terbukti berkesan untuk pelbagai jenis tanaman sayuran. Penjualan baja kami mendapat

sambutan ramai dan juga digunapakai dalam operasi ladang kami bagi mengurangkan kos

dan meningkatkan keuntungan dalam masa yang sama.

Page 4: Perkembangan Terkini Projek Pertanian Ladang Gaharu - GCSB

Sampai di sini sahaja laporan kami, kami akan terus memberikan laporan-laporan

terkini di masa-masa akan datang. Di sini, kami kepilkan beberapa gambar yang di ambil

dari ladang-ladang gaharu kami.

Sekian, Terima Kasih

“Bersama Makmurkan Bumi”

Yang Benar,

Pembantu Tadbir, GCSB

Page 5: Perkembangan Terkini Projek Pertanian Ladang Gaharu - GCSB
Page 6: Perkembangan Terkini Projek Pertanian Ladang Gaharu - GCSB
Page 7: Perkembangan Terkini Projek Pertanian Ladang Gaharu - GCSB
Page 8: Perkembangan Terkini Projek Pertanian Ladang Gaharu - GCSB