garis panduan pelaksanaan projek tahun …csnotes.upm.edu.my/kelasmaya/projek.nsf... · web...

7
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR SSK / SIM / SKR / SKM 4999 BACELOR SAINS KOMPUTER 1.0 PENGENALAN Pengurusan dan penyelarasan aktiviti projek ilmiah tahun akhir akan melibatkan penyelaras, penyelia, penilai dan pelajar. Sehubungan dengan itu, aktiviti pengurusan dan penyelarasan projek tahun akhir perlu dilaksanakan dengan baik. Pengurusan yang baik akan memberikan impak yang baik kepada hasil kualiti projek ilmiah tahun akhir pelajar. Dalam hal ini, tugas dan tanggungjawab masing-masing perlulah diperincikan supaya aktiviti pengurusan projek tahun akhir dapat diselaraskan antara jabatan. Antara tugas dan tanggungjawab penyelaras adalah menyelaraskan semua aktiviti perancangan dan perlaksanaan projek ilmiah pelajar tahun akhir seperti ditunjukkan dalam Lampiran A: Senarai Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras Projek Ilmiah Tahun Akhir. Tugas dan tanggungjawab penilai dan penyelia dapat dilihat dalam Lampiran B: Senarai Tugas & Tanggungjawab Penilai Projek Ilmiah Tahun Akhir dan Lampiran C: Senarai Tugas & Tanggungjawab Penyelia Projek Ilmiah Tahun Akhir. Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing supaya mengikut perancangan yang betul, satu garis panduan telah diwujudkan yang merangkumi tiga fasa iaitu fasa pra perlaksanaan, fasa perlaksanaan dan fasa pasca perlaksanaan projek ilmiah tahun akhir. . Objektif utama kursus projek ilmiah tahun akhir adalah untuk memberi pemahaman dan kemahiran kepada pelajar tahun akhir program peingkat Bacelor Sains Komputer di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat tentang proses merancang dan melaksanakan projek ilmiah. Objektif projek ilmiah adalah untuk memberi pengetahuan, latihan dan kemahiran pelajar untuk: 1. menentukan dan menghuraikan kaedah yang diperlukan semasa menjalankan projek, 2. membina projek berdasarkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari samada secara teori ataupun praktikal, 1

Upload: phungtuong

Post on 07-Mar-2018

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN …csnotes.upm.edu.my/kelasmaya/projek.nsf... · Web viewSatu bengkel berkaitan pengurusan projek akan diberikan kepada pelajar untuk mendedahkan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

GARIS PANDUANPERLAKSANAAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR

SSK / SIM / SKR / SKM 4999BACELOR SAINS KOMPUTER

1.0 PENGENALAN

Pengurusan dan penyelarasan aktiviti projek ilmiah tahun akhir akan melibatkan penyelaras, penyelia, penilai dan pelajar. Sehubungan dengan itu, aktiviti pengurusan dan penyelarasan projek tahun akhir perlu dilaksanakan dengan baik. Pengurusan yang baik akan memberikan impak yang baik kepada hasil kualiti projek ilmiah tahun akhir pelajar. Dalam hal ini, tugas dan tanggungjawab masing-masing perlulah diperincikan supaya aktiviti pengurusan projek tahun akhir dapat diselaraskan antara jabatan. Antara tugas dan tanggungjawab penyelaras adalah menyelaraskan semua aktiviti perancangan dan perlaksanaan projek ilmiah pelajar tahun akhir seperti ditunjukkan dalam Lampiran A: Senarai Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras Projek Ilmiah Tahun Akhir. Tugas dan tanggungjawab penilai dan penyelia dapat dilihat dalam Lampiran B: Senarai Tugas & Tanggungjawab Penilai Projek Ilmiah Tahun Akhir dan Lampiran C: Senarai Tugas & Tanggungjawab Penyelia Projek Ilmiah Tahun Akhir.

Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing supaya mengikut perancangan yang betul, satu garis panduan telah diwujudkan yang merangkumi tiga fasa iaitu fasa pra perlaksanaan, fasa perlaksanaan dan fasa pasca perlaksanaan projek ilmiah tahun akhir. .

Objektif utama kursus projek ilmiah tahun akhir adalah untuk memberi pemahaman dan kemahiran kepada pelajar tahun akhir program peingkat Bacelor Sains Komputer di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat tentang proses merancang dan melaksanakan projek ilmiah. Objektif projek ilmiah adalah untuk memberi pengetahuan, latihan dan kemahiran pelajar untuk:1. menentukan dan menghuraikan kaedah yang diperlukan semasa menjalankan projek, 2. membina projek berdasarkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari samada secara

teori ataupun praktikal, 3. menunjukkan keupayaan mengurus dan merancang untuk melaksanakan sesuatu

projek, 4. membuat keputusan dalam penyelesaian masalah secara beretika, dan5. mencari dan menguruskan maklumat serta mengembangkan minda ingin tahu.

Pelajar akan diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai akademik. Setiap pelajar berpeluang memilih tajuk selepas berbincang dan mendapat persetujuan penyelia yang telah ditetapkan. Tajuk projek mestilah berkaitan dengan bidang pengajian yang diikuti di Fakulti. Projek ilmiah bagi pelajar peringkat Bacelor, klasifikasi Sulung berjumlah enam jam kredit akan berjalan selama dua semester di mana akhir semester pertama (semester 6) akan diadakan taklimat pertama dan pendedahan kepada penulisan cadangan projek/proposal. Kemudiannya pelajar akan menjalani Latihan Industri pada semester berikutnya (semester 7). Pelajar akan bermula (semester 8) melaksanakan projek masing-masing setelah pulang daripada menjalani Latihan Industri.

1

Page 2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN …csnotes.upm.edu.my/kelasmaya/projek.nsf... · Web viewSatu bengkel berkaitan pengurusan projek akan diberikan kepada pelajar untuk mendedahkan

2.0 FASA PRA PERLAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

2.1 Sesi Taklimat Pemberitahuan tentang beberapa maklumat kepada pelajar tahun akhir semasa sesi taklimat yang akan diadakan pada minggu ke-9 semester sebelum pelajar menjalani Latihan Industri. Maklumat yang berkaitan seperti berikut:a. Proses Pemilihan Penyelia

Pemilihan penyelia adalah ditentukan berdasarkan kepakaran penyelia bagi setiap jabatan. Bidang kepakaran penyelia akan dikenalpasti untuk dihebahkan kepada para pelajar. (rujuk Lampiran D: Bidang Kepakaran Pensyarah)

b. Pendaftaran ProjekPelajar dikehendaki mengisi borang pendaftaran penyelia setelah memilih penyelia yang terbabit. Borang Pendaftaran Penyelia akan digunakan untuk tujuan pendaftaran projek. (rujuk Lampiran E: Borang Pendaftaran Penyelia-Pelajar)

c. Pengagihan pelajar mengikut penyelia Pelajar hanya dibenarkan diselia oleh pensyarah dari jabatan berkenaan sahaja. Bilangan pelajar yang perlu diselia oleh seseorang penyelia akan ditentukan

berdasarkan jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar projek bagi semester terlibat. Senarai pensyarah akan sentiasa dikemaskini mengikut pertambahan bilangan pensyarah.

Sekiranya terdapat pelajar yang masih tidak mempunyai penyelia, penyelaras perlu menempatkan pelajar berkaitan kepada mana-mana pensyarah yang sesuai.

d. Penulisan Kertas Cadangan Bengkel 1 berkaitan cara penulisan cadangan projek/proposal akan dijalankan

semasa sesi taklimat. Bengkel cara penulisan kertas cadangan projek/proposal diadakan untuk

menyediakan pelajar tentang teknik penulisan yang betul dan lengkap. Penyelaras akan menyediakan tarikh dan tempat bengkel yang akan diadakan.

Pelajar perlu berbincang dengan pensyarah tentang cadangan projek yang hendak dijalankan.

Penyelaras perlu mendapatkan dan mengumpulkan tajuk cadangan projek dan membuat analisis supaya tidak ada pertindihan tajuk antara pelajar.

Setelah mendapat persetujuan, pelajar dikehendaki menyediakan kertas cadangan berdasarkan tajuk yang telah dipersetujui.

Penyelaras akan mengedarkan format penulisan kertas cadangan semasa bengkel dilaksanakan. (rujuk Lampiran F: Panduan Penulisan Kertas Cadangan)

e. Pembahagian markahPelajar akan diberitahu tentang pembahagian markah yang akan menyumbang kepada keseluruhan markah projek. (rujuk Lampiran G: Penilaian dan Pengagihan Peratusan Projek Pelajar)

2.2 Pembahagian Pelajar mengikut Penyeliaan

2

Page 3: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN …csnotes.upm.edu.my/kelasmaya/projek.nsf... · Web viewSatu bengkel berkaitan pengurusan projek akan diberikan kepada pelajar untuk mendedahkan

Beberapa langkah perlu diikuti untuk menentukan pembahagian pelajar mengikut penyelia. Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:

2.2.1 Kenalpasti pelajar Kenalpasti pelajar yang wajib dan memenuhi syarat untuk menjalani projek tahun

akhir bagi memenuhi keperluan program pengajian. Sediakan maklumat awal yang diperlukan bagi membuat perancangan tajuk yang

hendak dibuat.

2.2.2 Kenalpasti penyelia yang terlibat Senarai nama pensyarah yang terlibat dan boleh menjadi penyelia projek tahun

akhir akan diberikan kepada pelajar. Maklumat berkaitan bidang pensyarah juga disediakan.

2.2.3 Mengurus pengagihan dan perlantikan penyelia mengikut jabatan masing-masing.

(rujuk Lampiran H: Senarai Pelajar Mengikut Penyelia Setiap Jabatan dan Lampiran I: Surat Perlantikan Penyelia dan Penilai)

2.3 Sesi Bengkel 2: Pengurusan Projek Satu bengkel berkaitan pengurusan projek akan diberikan kepada pelajar untuk

mendedahkan pelajar kepada senario sebenar alam kerja nanti. Pelajar juga akan didedahkan dengan langkah-langkah dalam pengurusan projek serta menepati bajet dan masa yang telah ditentukan.

Bengkel 2 ini akan diadakan pada minggu ke-13 semester sebelum pelajar menjalani Latihan Industri.. Penyelaras akan menentukan calon penceramah serta bilik dan masa yang sesuai.

Ringkasan proses pra perlaksanaan projek pelajar tahun akhir boleh dilihat dalam Carta Alir 1.

3.0 FASA PERLAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

3.1 Taklimat Perlaksanaan Projek Satu taklimat perlaksanaan kepada pelajar diadakan pada minggu pertama pada

semester pelaksanaan projek Penyelaras akan mengedarkan garis panduan perlaksanaan projek, perancangan

pelaksanaan projek, buku log, sinopsis dan sebarang maklumat yang berkaitan kepada pelajar. (rujuk Lampiran J: Buku log, Lampiran K: Perancangan projek dan Lampiran L: format penulisan tesis)

3.2 Sesi Bengkel Pengukuhan Beberapa bengkel telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan bagi mengukuhkan pengetahuan pelajar berkaitan dengan penghasilan projek yang berkualiti. Penyelaras akan mengenalpasti bidang dan penceramah yang bersesuaian untuk memberikan bengkel tersebut. Maklumat terperinci bengkel seperti berikut :-

Bengkel 3 (metodologi): minggu pertama Bengkel 4 (rekabentuk sistem): minggu ke-3 Bengkel 5 (pendedahan penggunaan alatan pembangunan projek): minggu ke-4

3

Page 4: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN …csnotes.upm.edu.my/kelasmaya/projek.nsf... · Web viewSatu bengkel berkaitan pengurusan projek akan diberikan kepada pelajar untuk mendedahkan

Bengkel 6 (penulisan hasil, etika dalam membuat projek dan manual pengguna): minggu ke-9

Bengkel 7 (penyediaan persembahan projek): minggu ke-12 Bengkel 8 (penyediaan poster untuk pameran): minggu ke:13

Bengkel tersebut akan dilaksanakan di sepanjang semester pengajian mengikut minggu yang ditentukan. Kehadiran pelajar adalah diwajibkan dan akan diambilkira dalam pengagihan peratusan markah keseluruhan projek. (rujuk Lampiran M: Borang Penilaian Penyelaras)

3.3 Perlaksanaan Projek Pelajar akan melaksanakan projek masing-masing sepanjang semester tersebut. Pelajar diwajibkan mengamalkan dan menanamkan sikap beretika semasa

melaksanakan projek masing-masing. Ini termasuklah isu plagiarism, outsourcing, cetak rompak dan sebagainya.

Pelajar dikehendaki menyiapkan projek masing-masing dalam masa yang ditentukan. Pelajar akan membentangkan hasil projek pada minggu ke-15 dan menghantar tesis lengkap kepada penyelia pada minggu ke-19. Sekiranya pelajar gagal menepati masa yang dtentukan ini, iaitu pelajar yang lewat membentangkan hasil kerja dan menghantar tesis lengkap, pelajar tersebut tidak akan mendapat gred “A”. (kecuali kes-kes kesihatan)

3.3.1 Plagiat Satu fenomena yang kian menular di kalangan pelajar ialah amalan plagiat. Pelajar

yang dikesan melakukan plagiat, sama ada separa atau penuh, akan diberi gred “F” (atau gagal).

Plagiat bermaksud amalan membuat petikan sesuatu bahan daripada sumber tertentu tanpa memberikan penghargaan (acknowledgement) kepada penulis asalnya. Bahan tersebut mungkin merupakan satu ayat/ perenggan/ bahagian ataupun hanya beberapa bahagian ayat yang dicantum.

Apabila dibuat petikan sepenuhnya atau terjemahan secara langsung, maka petikan tersebut hendaklah dinyatakan dalam “…” yang kemudiannya diikuti dengan nama penulis, tahun dan muka surat di dalam kurungan.

Contoh : “ xxxxxxx” (Ali, 2010, ms28)

3.3.2 Outsourcing Pelajar yang dikesan melantik orang luar untuk melaksanakan dan menyiapkan

projeknya akan dikenakan penalti.

3.3.3 Cetak rompak Pelajar yang dikesan meniru dan mengambil kod sumber, kod objek dan kod

laksana daripada orang lain akan dikenakan penalti.

3.4 Sesi Pembentangan Hasil Projek/ Seminar dan Poster Satu pembentangan hasil projek akan diadakan. Penilai dari setiap jabatan akan

dilantik untuk menilai pembentangan seminar pelajar berkaitan. Borang penilaian pembentangan seminar disediakan. Pemilihan tempat dan masa yang sesuai akan ditentukan oleh penyelaras. (rujuk Lampiran N: Borang Penilaian Penilai dan Lampiran O: Borang Penilaian Penyelia)

Pelajar dikehendaki menyediakan dan menghantar poster masing-masing kepada penyelaras jabatan seminggu sebelum pembentangan hasil projek dijalankan. Poster

4

Page 5: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN …csnotes.upm.edu.my/kelasmaya/projek.nsf... · Web viewSatu bengkel berkaitan pengurusan projek akan diberikan kepada pelajar untuk mendedahkan

tersebut akan dipamerkan kepada umum sepanjang minggu pembentangan hasil projek.(rujuk Lampiran P: Templat Poster)

Ringkasan proses perlaksanaan projek pelajar tahun akhir boleh dilihat dalam Carta Alir 2.

4.0 FASA PASCA PERLAKSANAAN PROJEK

4.1 Permarkahan dan pengredanPenyelaras akan mengumpulkan markah daripada setiap penyelia dan penilai projek ilmiah tahun akhir. Penyelaras akan mengirakan kesemua markah yang diperolehi oleh pelajar mengikut jabatan masing-masing untuk dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) dari masa ke semasa. (rujuk Lampiran Q: Borang Markah Keseluruhan)

4.2 Pengagihan peratusan markah:Penyelia: 80% (cadangan projek, penulisan tesis, hasil projek dan buku log)Penilai: 15% (pembentangan hasil projek)Penyelaras: 5% (kehadiran bengkel dan poster)

4.3 Pemilihan projek terbaik Penyelaras akan memilih projek yang terbaik di peringkat jabatan masing-masing. Beberapa kriteria akan diambilkira semasa pemilihan tersebut dilakukan. (rujuk Lampiran R: Borang Pemilihan Projek Terbaik)

5