doc to be uploaded

24

Click here to load reader

Upload: izwanismail

Post on 16-Jan-2015

2.102 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penggunaan ICT dalam Pengajaran Matematik dan Sains

TRANSCRIPT

Page 1: Doc to be uploaded

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

TAJUK:

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P MATEMATIK DAN SAINS

KUMPULAN 11 (B)

NAMA NO. MATRIK

AUNI BT AMIN D20091034745

PATRICIA KONNY ANAK HO KOK SUNTING

D20091034803

MALYANAH SHAMIMI BT MOHD NASIR

D20091034763

NUR HANANI BT MAT GHANI D20091034750

MUHAMMAD IZWAN BIN ISMAIL D20091034799

NAMA PENSYARAH: PROF. MARZITA PUTEH

Page 2: Doc to be uploaded

ISI KANDUNGAN

Senarai Kandungan Halaman

1.0 Pengenalan 1

2.0 Isu penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains

2.1 Kerajaan 1

2.1.1 Projek ICT oleh kerajaan 5

2.2 Sekolah 9

2.3 Guru

2.3.1 Kemahiran 12

2.3.2 Minat 13

2.3.3 Persepsi 13

2.3.4 Kekangan masa 15

3.0 Langkah mengatasi

3.1 Juruteknik di setiap sekolah 16

3.2 Tambahan makmal komputer 17

3.3 Penyediaan kemudahan 17

4.0 Kesimpulan 19

1.0 PENGENALAN ICT

Page 3: Doc to be uploaded

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan

komunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based

Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.

Criswell (1989) pula mendefinikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran

dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan

Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran

kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang

lain sebelum zaman komputer.

2.0 ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK DAN SAINS

2.1 Kerajaan

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dalam pembelajaran matematik dan sains adalah

serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih

dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem

pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan,

seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21

atau dengan kata lain cabaran era teknologi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dunia kini

berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakang

kepada kejayaan sesebuah bangsa.

Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan ini ialah teknologi

maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT. Menurut Hansen V.P dan Zweng

M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan

sains sesuatu yang lebih efektif, dua konsep penting perlu ditekankan. Antaranya ialah

menitikberatkan konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep

P&P yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi yang relevan

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mempertingkatkan kefahaman

pelajar dari segi pencapaian akademik, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kajian

Burton L. dan Jaworski B. (1995). Contohnya, teknologi komputer dapat mempengaruhi

Page 4: Doc to be uploaded

kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana dapat memperkembangkan minda

pelajar supaya menjadi lebih kritis, kreatif, serta inovatif.

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang

baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah

sejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menikmati arus

pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya

mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi juga berpotensi sebagai

alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua

mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang

mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia

(Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha

ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu iaitu berdasarkan

memori kepada yang lebih berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan

menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui

kementerian pendidikan berhasrat untuk mewujudkan sekolah bestari yang sekali gus

bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan koridor raya multimedia (

Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan sekolah bestari akan membuka ruang

seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti

dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan

perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan

memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Terdapat pelbagai teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh para pendidik.

Antaranya termasuklah ICT, penggunaan LCD, kalkulator grafik, The Geometers’s

Sketchpad, MS-EXCEL, dan juga The World Wide Web atau WWW. Terdapat banyak kajian

tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajian yang telah dijalankan

menyatakan bahawa berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam matematik. Malah kini,

penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan penggunaan

spreadsheet. Multimedia juga adalah teknologi maklumat yang membenarkan integrasi dan

manipulasi video sama ada secara audio, teks, dan animasi. Multimedia berasaskan komputer

Page 5: Doc to be uploaded

boleh menjadikan proses pendidikan sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan di

samping dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah.

Kaedah ini juga membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, di mana

ianya merupakan persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya

mengikut apa yang dikaji. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam

pendidikan matematik. Antaranya ialah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri

berdasarkan kemampuan masing-masing, juga dapat memudahkan dan mempercepatkan

kefahaman dan pengetahuan matematik yang menarik dan menyeronokkan, membekalkan

lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar, serta membantu pelajar mengulangi

sesuatu isi pelajaran berulang kali.

Antara kaedah lain yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik ini adalah WWW dalam pendidikan. WWW (World Wide Web) adalah jaringan

yang boleh digunakan untuk menghubungkan badan-badan korporat, institusi-institusi

kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan para individu. WWW juga adalah

sebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Banyak maklumat yang

boleh diperolehi daripada WWW yang meliputi pelbagai bidang dan topik. WWW ini dapat

membantu guru untuk mencari maklumat, menggunakan aktiviti interaktif yang terdapat

dalam WWW dan juga mampu menerbitkan bahan pengajaran.

Di samping itu, terdapat dua kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik dengan

menggunakan WWW iaitu pembelajaran interaktif dan strategi penyelesaian masalah. Dalam

pembelajaran interaktif, pelajar diberi peluang berinteraksi dengan aktiviti dalam

pembelajaran matematik. Pelajar boleh belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehan

sendiri. Guru juga boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuan

merancang tindakan seterusnya. Antara ciri-ciri menarik dalam pembelajaran ini ialah mereka

diberi peluang menjawab soalan secara ‘online’, dapat menyemak terus jawapan yang

diberikan, serta pelajar diberi skor pencapaiannya beserta komen dan saranan.

Kebaikan cara pembelajaran ini ialah pelajar diberi peluang belajar secara individu,

dapat mengikuti kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri, boleh melihat dan merekod

kemajuan pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya serta sumber yang terdapat

dalam laman web ini boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar. Kaedah

yang kedua adalah strategi penyelesaian masalah. Ia merupakan tujuan utama dalam P&P

Page 6: Doc to be uploaded

matematik. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seseorang pelajar perlu memahami

konsep, menguasai kemahiran matematik dan berfikir secara kritis dan kreatif. Pemupukan

minat dan  pembinaan penguasaan kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah cabaran

besar bagi guru matematik. Seseorang guru matematik memerlukan banyak idea untuk

mengatasi cabaran ini.

Selain itu, pihak kerajaan juga sering melakukan pelbagai program dan projek bagi

meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar. Program-program

yang dijalankan ini berpusatkan kepada guru dan pelajar yang melibatkan subjek matematik.

Antara yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah melalui program latihan dalam

perkhidmatan (LDP), di mana guru-guru telah diberi taklimat khas dan hands-on tentang

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang

terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft

Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini

memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru

mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia

dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar

bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini

menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus

digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini

tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut untuk menggunakan gajet-gajet

ICT.

Kerajaan juga telah mengambil langkah dengan menambah makmal-makmal

komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak

usia muda, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan

memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen

yang tinggi. Dalam pada itu, beberapa tahun yang lepas kerajaan telah memulakan suatu

projek yang baru iaitu memberikan ‘notebook’ yang percuma kepada pelajar-pelajar sekolah

rendah dan menengah. Contohnya, pada tahun 2010, kerajaan telah menyediakan sebanyak

1.2 juta komputer riba secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar dengan syarat mereka

haruslah melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Page 7: Doc to be uploaded

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim

berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jalur lebar negara (NBI) yang

bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. Dengan pengagihan

‘notebook’ secara percuma ini secara tidak langsung dapat membantu usaha pelajar dan guru

dalam meningkatkan lagi penggunaan teknologi, terutamanya ICT dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Pelajar boleh mengakses sendiri laman web yang sesuai untuk

meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Mereka juga boleh menyelesaikan

latihan-latihan yang telah tersedia di laman-laman web yang sesuai.

Namun, terdapat juga beberapa implikasi buruk sekiranya pelajar diberikan

‘notebook’ ini terlalu awal. Antaranya adalah penyalahgunaan ‘notebook’ ini sendiri.

Kerajaan perlu lebih peka dengan golongan sasaran yang akan diberikan sumbangan ini

kerana terdapat sebilangan pelajar yang menyalahgunakannya dengan bermain ‘game’ dan

aktif dalam laman sosial yang tidak berfaedah. Perkara-perkara ini boleh menjejaskan prestasi

mereka dalam pembelajaran matematik dan subjek yang lain kerana banyak masa mereka

diabaikan untuk perkara yang sedemikian. Oleh itu, pihak guru perlu lebih memantau

kegiatan pelajar-pelajar mereka yang menggunakan ‘notebook’ percuma ini. Kerajaan juga

perlu lebih telus dalam pembahagian komputer riba secara percuma ini.

2.1.1 Projek ICT oleh Kerajaan

Penggunaan ICT dalam pendidikan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) bagi mencapai status Negara maju seperti Negara-negara maju yang lain. Mutimedia

Super Corridor (MSC) telah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan aspirasi menjadi hab global

bagi ICT dan inovasi multimedia, operasi dan perkhidmatan untuk mengubah Malaysia

menjadi sebuah Negara maju bagi mencapai status selaras dengan wawasan 2020. Bagi

mencapai status tersebut, Perdana Menteri Malayysia telah mengumumkan aplikasi perdana

MSC yang berfokus kepada bidang pendidikan iaitu sekolah bestari. Dalam Multimedia

Development Corporation (2006) menyatakan bahawa secara umumnya, MSC mempunyai

tujuh aplikasi perdana yang terdiri daripada sekolah bestari, kerajaan elektronik, kad

pelbagaiguna, telekesihatan, kelompok R&D, E-Dagang dan pembagunan usahawan

teknologi. Kesemua aplikasi ini diwjdkan bagi memberi kemudahan dan mempermudahkan

lagi urusan melalui penggunaan internet sejajar dengan perkembangan era teknologi pada

masa kini.

Page 8: Doc to be uploaded

Salah satu aplikasi perdana yang bekaitan dengan pendidikan iaalah sekolah bestari.

Sekolah bestari direka untuk menggalakkan individu yang celik ICT dan menggalakkan

kreativiti dan pembalajaran kendiri. Wlau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran utama

dalam pelaksanaan projek sekolah bestari ini seperti kurikulum berorientasikan peperiksaan,

kekurangan sokongan teknikal dan perubahan pengurusan guru. Dalam MSC (2008) telah

menyatakan antara objektif pelaksanaan projek sekolah bestari ini adalah untuk menghasilkan

pemikran dan tenaga kerja yang celik dalam teknologi serta mendemokrasikan pendidikan

menggunakan ICT. Ini bermakna, dalam melaksanakan sekolah bestari ini, pihak

Kementerian mengjarapkan semua tenaga kerja dalam pendidikan dapat memanfaatkan

penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka

jalani dan seterusnya menjadikan penggunaan ICT sebagai teras dalam menyampaikan

pelajaran. Selain itu, objektif pelaksanaan projek ini adalah meningkatkan penyertaan pihak

berkepentingan dan dapat menyediakan pusingan pembangunan individu. Malah, ia juga

dilaksanakan supaya dapat menyediakan peluang untuk meningkatkan kekuatan dan

kebolehan individu.

Dalam pelaksanaan projek ini, MSC (2008) juga menerangkan bahawa sekolah bestari

mempunyai beberapa komponen terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran,

infrastruktur teknologi, sistem taksiran sekolah bestari, guru professional yang terlatih, sistem

integrasi, khidmat sokongan serta sistem pengurusan sekolah bestari. Kesemua komponen ini

seharusnya dimiliki oleh kesemua sekolah yang ingin bergelar sekolah bestari bagi mencapai

matlamat ICT secara menyeluruh dalm pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik dan

berjalan lancar. Kesemua komponen ini diambil kira kerana sekolah bestari merupakan

sekolah contoh kepada sekolah-sekolah lain yang menjadikan ICT teras dalam pelaksanaan

baik dari segi pengajaran dan pembelajaran atau pentadbiran sekolah tersebut.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) telah menerangkan bahawa pelaksanaan

sekolah bestari ini adalah berdasarkan empat fasa yang telah dimulakan sejak tahun 1999 lagi

sehingga tahun 2020 bagi mencapai target yang telah dirancang. Fasa yang pertama ialah

pada tahun 1999 sehingga tahun 2002 yang mana projek rintis Sekolah Bestari telah

dijalankan dengan target mendapatkan 88 Sekolah Bestari. 88 buah sekolah ini akan

dijadikan contoh kepada sekolah lain yang mana kesemua 88 buah sekolah ini menepati

keempat-empat komponen yang digariskan untuk menjadi sekolah bestari. Pada fasa kedua

pula, pemantapan 88 Sekolah Bestari sebagai asas penanda dan tempoh waktu pelaksanaan

ialah selama 3 tahun iaitu dari tahun 2003 sehingga 2005. Fasa 3 pula berlaku pada tahun

Page 9: Doc to be uploaded

2006-2010 yang mana pembestarian sekolah giat dilakukan. Fasa terakhir iaitu fasa keempat

dilaksanakan pada tahun 2011 sehinggalah ke tahun 2020 bagi melaksanakan konsolidasi dan

kelestarian terhadap semua sekolah di seluruh negara. Ini bermaksud kesemua sekolah di

dalam negara disasarkan akan menjadi sekolah bestari menjelang tahun 2020. Bagi mencapai

taraf sekolah bestari, setiap sekolah haruslah berusaha untuk memenuhi komponen-

komponen yang telah digariskan dalam meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam

pendidikan.

Sebelum ini, semua sekolah bestari telah dikenalpasti sebagai pusat konsep sekolah

bestari, bahan, kemahiran dan teknologi yang dibangunkan oleh KPM. Dalam Multimedia

Development Corporation (2008), kajian impak pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa

infrastruktur yang disediakan oleh KPM perlu diselenggara dan digunakan seoptima yang

mungkin. Key Performance Indicators (KPI) telah dibina untuk memantau penggunaan

teknologi dalam sistem pendidikan. Penggunaan ICT di Sekolah Bestari juga dinilai oleh

pemantau yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri bagi

menggalakkan penglibatan secara aktif dalam pendidikan. Penilaian ini akan diukur dengan

menggunakan sistem ranking bintang. Dalam Smart School Qualification Standards (2007)

telah menerangkan berkaitan ranking bintang yang mana sekolah yang mendapat satu bintang

adalah pada tahap asas manakala dua bintang pula adalah pada tahap yang mana sekolah

tersebut berada pada asas tambahan. Tiga bintang pula menunjukkan bahawa sekolah tersebut

berada pada taraf sederhana dan sekolah yang berada pada tahap ketiga dikelaskan sebagai

sekolah yang telah mencapai tahap maju. Taraf yang terakhir adalah maju tambahan jika

sesebuah sekolah itu mendapat lima bintang. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, sekolah

tersebut seharusnya mendapat 5 bintang dan jika tidak, sekolah tersebut akan sentiasa dibuat

pemantauan bagi menambahbaik kekurangan yang dihadapi sehingga dapat mencapai taraf

sekolah bestari dan taraf tersebut akan dikekalkan.

Bagi mencapai taraf sekolah bestari, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) sebagai instrument dan

indikator untuk mengukur tahap bestari sesebuah sekolah. SSQS ini pada dasarnya telah

dibina oleh Multimedia Development Corporation(MDeC) dengan kerjasama KPM. SSQS ini

dibina bagi membangunkan satu sistem yang digunakan sebagai untuk mengukur penggunaan

ICT dalam pendidikan. SSQS juga menjadi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan

program serta dapat meningkatkan standard dalam pendidikan. Selain itu, SSQS juga telah

digunakan sebagai pemangkin untuk memberi perubahan dalam pendidikan disamping dapat

Page 10: Doc to be uploaded

memperkasakan guru dan murid di semua sekolah bagi mencapai taraf sekolah bestari yang

dikehendaki.

Dalam KPM (2010) menerangkan bahawa penilaian SSQS diambil kira dari beberapa

aspek iaitu dari segi infrastruktur, aplikasi, modal insan dan penggunaan ICT dalam sekolah.

Jika dari segi infrastruktur misalnya, penilaian SSQS adalah dari segi nisbah komputer

dengan murid dan juga nisbah komputer dengan guru, rangkaian LAN dan WAN di sekolah

dan bilangan lokasi capaian internet serta bilangan peralatan ICT yang berfungsi.

Infrastruktur yang baik dalam ICT adalah penting agar penggunakan ICT dalam pendidikan

dapat dijalankan dengan menyeluruh selaras dengan objektif yang ingin dicapai. Contoh yang

dapat dilihat dalam aplikasi pula adalah seperti SSQS menilai bilangan sistem pengurusan

sekolah dan pengurusan pembelajaran yang digunakan di sekolah manakala dalam modal

insan pula contohnya, diukur dari segi kekerapan penyebaran maklumat melalui ICT oleh

pentadbir dan guru penyelaras ICT dan bilangan kursus dalaman yang dilaksanakan serta

bilangan program inovasi yang dijalankan di sekolah. Aspek yang terakhir iaitu penggunaan

dinilai misalnya dinilai berdasarkan jadual waktu pengintegrasian ICT oleh pentadbir dalam

pengurusan dan guru serta murid dalam P&P bagi mengintegrasikan pendidikan di sekolah.

Pembestarian sesebuah sekolah itu adalah melalui pemantuan yang akan dilakukan

oleh pemantau yang telah dilantik oleh KPM. Dalam MSC (2008) telah menerangkan

berkaitan dengan proses pemantauan yang mana setiap pemantau yang telah dipilih akan

memantau sekolah dan melakukan penilaian terhadap sekolah tersebut dengan menggunakan

SSQS sebagai instrumen pengukur untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah

bestari. Semasa menjalankan pemantauan, setiap komponen dalam SSQS akan diambil kira

dan diisikan dengan segala maklumat yang diperlukan dan kemudian akan dikumpul.

Berdasarkan kepada maklumat yang telah perolehi, pemantau akan menentukan tahap

pencapaian sekolah tersebut dengan menggunakan ranking bintang dalam penilaian SSQS.

Jika sekolah tersebut mendapat lima bintang, sekolah tersebut akan menjadi sekolah bestari.

Dan kemudian, pemantau akan sentiasa memastikan tahap lima bintang sekolah tersebut akan

dikekalkan untuk menjadi sekolah bestari pada masa hadapan. Jika sekolah itu tidak

mencapai lima bintang, sekolah tersebut bukanlah sebuah sekolah bestari dan kemudian,

pemantau akan sentiasa melakukan pemantauan bagi mengenalpasti jurang kelemahan dalam

komponen SSQS berkenaan. Pemantau juga akan membantu, membangun dan membimbing

sekolah tersebut dalam aktiviti ataupun program. Ini adalah penting bagi menaikkan ranking

bintang yang bakal diperolehi sekolah tersebut pada pemantauan yang seterusnya supaya

Page 11: Doc to be uploaded

dapat mencapai ranking bintang yang disasarkan iaitu mencapai taraf lima bintang bagi

mendapat gelaran sekolah bestari. Berikut merupakan carta alir pemantauan.

Sumber: MSC Malaysia

Penggunaan ICT dalam pendidikan pada masa kini adalah amat dititikberatkan kerana

ianya selaras dengan penggunaan teknologi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat

sekarang. Segala usaha yang telah dijalankan oleh MSC bersama dengan KPM seperti

sekolah bestari ini adalah berdasarkan kepada matlamat untuk menjadikan ICT sebagai teras

dan digunakan secara menyeluruh dalam pendidikan masa kini. Guru-guru dan pihak

pentadbiran disekolah seharusnya memberikan kerjasama yang jitu dalam membantu

menjayakan usaha ini dan memberi cadangan penambahbaikan bagi mencapai taraf sekolah

bestari. Guru yang boleh menggunakan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran

adalah amat diperlukan serta digalakkan agar segala maklumat dan pengajaran yang

disampaikan menggunakan ICT dengan lebih menyeluruh dalam kelas. Pihak pentadbir

sekolah pula harus memastikan kesemua keperluan ICT adalah mencukupi dan boleh

berfungsi dengan baik bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah agar dapat

menggunakan ICT dengan lebih berkesan. Usaha yang berterusan telah dilakukan oleh KPM

agar semua sekolah dalam negara akan mencapai taraf sekolah bestari menjelang tahun 2020.

2.2 Sekolah

Sepertimana yang kita ketahui, pada era globalisasi yang semakin mencabar ini, sudah

menjadi trend dimana peajar pada masa kini mengalami proses pengajaran dan pembelajaran

mereka dengan berbantukan komputer atau ICT. Sekolah merupakan salah satu faktor yang

Page 12: Doc to be uploaded

menyebabkan isu penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi

pendidikan matematik dan sains pada masa kini. Hal ini demikian kerana sekolah melibatkan

banyak pihak. Antara pihak yang terlibat adalah seperti kemudahan komputer yang

disediakan, pihak pentadbir sekolah dan juga pelajar.

Punca utama yang menyebabkan sekolah mejadi isu yang hangat dan sering

diperkatakan pada masa kini ialah kemudahan komputer yang dibekalkan oleh pihak kerajaan

kepada sekolah untuk diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga

menyebabkan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar

bandar. Hal yang demikian sepatutnya tidak seharusnya berlaku kerana semua sekolah

seharusnya mendapat kemudahan yang sama.

Selain itu, perisisan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. Hal ini jelas jika

kita membuat perbandingan antara sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar. Sudah

menjadi kebiasaan bahawa, sekolah di luar bandar sukar mendapat perisian komputer untuk

proses pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan sekolah di bandar yang serba

lengkap dengan kemudahan. Hal ini sepatutnya sudah lama dibaik pulih oleh pihak kerajaan

supaya semua sekolah mendapat kemudahan yang sama dan sepatutnya.

Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah juga akan

mengakibatkan terdapatnya komputer yang rosak. Sekiranya jumlah komputer tidak

mencukupi dengan jumlah pelajar, ianya juga menjadi masalah untuk menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada guru untuk

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer kerana ianya

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.

Tidak hanya kemudahan komputer, bahkan pihak pentadbir sekolah juga menjadi

salah satu punca timbulnya isu di sekolah. Hal ini mungkin pengendalian sistem komputer di

sekolah yang kurang berkesan. Pihak pentadbir juga kurang peka terhadap bilangan guru

terlatih di dalam ICT yang belum mencukupi. Hal ini terjadi kerana pihak pentadbir itu

sendiri tidak mengambil kira sama ada guru yang mengajar itu mengikut opsyennya ataupun

tidak. Hal yang sebeginilah mendatangkan isu yang tidak sepatutnya berlaku.

Seterusnya, di sekolah juga mestilah melibatkan pelajar. Seandainya tiada pelajar,

maka tiadalah sekolah. Isu pelajar nakal semakin berleluasa pada masa kini. Oleh disebabkan

nakal, mereka tidak dibenarkan menggunakan ICT kerana dibimbangkan akan merosakkan

Page 13: Doc to be uploaded

komputer yang digunakan. Hal ini seharusnya tidak berlaku. Semua pelajar boleh

menggunakan komputer dan guru haruslah berlaku adil kepada semua pelajar. Jika terjadinya

perkara yang sedemikian, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan

dengan berkesan.

Sesetengah pelajar tidak tahu cara menggunakan komputer dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, maka tidak hairanlah sekiranya pelajar banyak bertanya kepada guru

sekiranya tidak faham akan tetapi, pertanyaan pelajar itu sendiri tidak diendahkan oleh guru.

Hal ini terjadi mungkin guru tersebut berpura-pura tidak mendengar pertanyaan pelajar

kerana guru itu sendiri pun tidak tahu cara penggunaan ICT yang betul. Di situlah timbulnya,

guru yang mengajar tidak mengikut opsyen.

Antara faktor lain yang menyebabkan timbulnya isu ini ialah kekurangan latihan

memfokus kepada integrasi teknologi dalam P&P di bilik darjah berbanding penggunaan

kaedah pengajaran yang biasa diamalkan. (VanFossen, 1999) dan perisian dan perkakasan

yang sudah ketinggalan zaman. (Preston at. al, 2000). Selain itu, kekurangan kakitangan

teknikal yang membantu dalam aplikasi teknologi bagi tujuan P&P.(Preston et. al, 2000 ; Cox

et. al, 1999) serta kekurangan kemudahan untuk akses pada prasarana ICT yang merujuk

kepada penempatan alat seperti komputer di biik darjah.(Cuban et. al, 2001).

Kebanyakan punca penggunaan ICT masih kurang di sekolah ialah kesukaran untuk

mendapatkan hardware dan software. Kesukaran inilah yang mengganggu proses pengajaran

dan pembelajaran. Penyediaan bahan pengajaran juga memakan masa yang lama kerana guru

tiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi.

Antara kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

meningkatkan minat pelajar dan pelajar akan lebih gembira. Selain itu, ianya dapat

meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar

sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran akan menjadi lebih

menarik.bahan juga boleh disimpan dan digunakan semula.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kekurangan bagi penggunaan ICT. Antaranya

seperti masalah teknikal dimana pendidik itu sendiri tidak pakar dalam mengendalikan

masalah teknikal, sumber yang kurang, peralatan yang mahal dan guru juga memerlukan

lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 14: Doc to be uploaded

2.3 Guru

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa

penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik

seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula

dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur

ianya bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan

elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah

(Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim, 2010). Namun, adalah menjadi satu

persoalan jika guru-guru yang mengajar subjek ini lebih gemar menggunakan kaedah

tradisional daripada menggunakan teknologi baru yang diperkenalkan.

Kajian Badrul (2003), tentang kesediaan guru dalam pembelajaran Matematik

berbantukan komputer di sekolah menengah menunjukkan guru jarang menggunakan

komputer dalam pengajaran mereka. Hasil kajiannya mendapati bahawa terdapat 66.7% tidak

pernah menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia,

pengetahuan dan penggunaan komputer dalam kalangan rakyat semakin berkembang. Jadi,

untuk memastikan corak pengajaran mengikut peredaran zaman, guru haruslah memainkan

peranan dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Sesuatu perkara akan bermasalah apabila guru lebih gemar menggunakan kapur dan papan

putih dalam proses P&P. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang mengekang mereka

daripada menggunakan teknologi terutamanya ICT dalam P&P. Hal ini adalah disebabkan

oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya ialah guru kurang berkemahiran,

persepsi negatif guru terhadap ICT dan juga kekangan masa. Kemudahan ICT yang tidak

sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia menyuitkan lagi perkara ini.

2.3.1 Kemahiran

Umumnya, masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang boleh

membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga, ianya diajar sebagai

sebahagian sebahagian daripada matapelajaran. Selain itu, kemudahan ICT ini dilihat banyak

membantu proses pengurusan dan dapat meningkatkan produktiviti serta keberkesanan

sesuatu sistem pengurusan. Perkembangan yang menggalakkan keberkesanan ini telah

mendorong ke arah peningkatan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru dan

pelajar sekolah. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan terdapat sebahagian

guru masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Page 15: Doc to be uploaded

mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan ini berpunca daripada ketidakmahiran

guru (Norizan, 2003) dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakin

meningkat keupayaannya.

Untuk menggunakan teknologi yang lain, guru perlu menguasai kemahiran asas iaitu

ibu kepada ilmu teknologi lain iaitu komputer. Menurut Chao (2003) et. al, seseorang yang

menggunakan komputer harus mempunyai kemahiran asas mengenai komputer. Antaranya,

kemahiran berkomunikasi menggunakan komputerm kemahiran menggunakan perisian

pemproses kata, perisian bibliografi, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik,

perisian berkaitan statistik, grafk, menggunakan teknologi internet, laman web serta

pengetahuan mengenai bagaimana komputer berfungsi. Kemahiran ICT merupakan satu

bentuk kemahiran yang memerlukan penggunaan yang senantiasa berubah mengikut

peredaran semasa.

Latihan dan amalan yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan kemahiran ICT

ini dapat terus diguna. Dalam program kursus Diploma Perguruan Malaysia di Malaysia,

sebanyak 60 jam telah diperuntukkan bagi pelajar-pelajar mempelajari ICT. Sukatan ini

merupakan satu asas penting kepada guru-guru pelatih apabila ditempatkan mengajar di

sekolah kelak. Hal ini seterusnya akan menjadi asas kepada inisiatif untuk mempelajari lain-

lain kemahiran yang berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dalam kajian yang lain, Wan Mohamad Wan Ibrahim et. al. (2002) telah mendapati bahwa

lebih 80% guru-guru sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT

dalam profesion mereka. Majoriti daripada mereka berminat untuk belajar ICT dan

merasakan bahawa ICT dapat membantu mereka mendapatkan meklumat dan pengetahuan

yang lebih luas. Namun begitu, tiga perempat daripada responden mengakui bahawa mereka

masih belum cekap atau tidak tahu dalam menggunakan ICT di dalam bilik darjah. Reinen &

Plomp (1993) mengakui bahawa terdapat perhubungan antara latihan yang diikuti dengan

kemahiran yang dimiliki. Oleh itu, sama ada kursus dalam perkhidmatan ataupun kursus

semasa dalam program pendidikan, kedua-duanya amatlah berguna untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

2.3.2 Minat

Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan

satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam

Page 16: Doc to be uploaded

pengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadah

teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internet

adalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks

hubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi. Sebaliknya pula, mungkin

terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik

tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan informasi perlu seimbang

dengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan juga tidak mustahil

bahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasi dalam kalangan

pelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidak pelik

sekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologi

komunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru.

2.3.3 Persepsi

Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point, LCD,

CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsi negatif

kepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam

pengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga

(Fullam, 1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar boleh

menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan

pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakan

ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak

gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang

boleh menarik minat pelajar. Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P

kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebih

bersemangat untuk belajar. Namun, guru memberi alasan tentang kelemahan CD yang

disediakan oleh pihak kementerian. Hal ini disebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar,

guru hanya ingin mencapai dua objektif pengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CD

berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai

dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. Terdapat sesetengah guru menganggap

penggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi,

Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dan sebagainya. ICT boleh meningkatkan

keberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diaplikasikan ICT

dalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlu menggunakan kapur dan papan

Page 17: Doc to be uploaded

putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaian masalah dan bukannya untuk

memantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar.

Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahu

mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untuk

mengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini

seperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru

biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan

apa yang selama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan

inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran da

pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka.

Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999),

fobia bagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengan

komputer atau takut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak

mampu menyaingi perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu

tentang penggunaan komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut Mohd

Sobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak

akan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadap

sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan

sepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi

perbezaan antara individu dalam aplikasi pendidikan, pembelajaran dan pencapaian.

2.3.4 Kekangan Masa

Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD akan

mengambil masa. Hal ini demikian kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik

persediaan ke dalam kelas disebabkan peralatan-peralatan sebegini tidak disediakan di setiap

kelas. Hal ini menyebabkan guru terpaksa memasang sendiri peralatan yang disediakan dan

guru akan mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan

semasa P&P yang menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk mengajar dihabiskan untuk

memasang peralatan sebegini. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer

pula, pergerakan pelajar dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima

hingga sepuluh minit. Hal ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurangan.

Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Masalah ini

menjdi lebih sukar kerana ketiadaan juruteknik ataupun staf yang mahir yang ditempatkan di

Page 18: Doc to be uploaded

sekolah untuk memantau dan menyelenggara kemudahan-kemudahan ICT ini. Bilangan bilik

komputer yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan

menyebabkan guru jarang menggunakan kemudahan ICT ini kerana terlalu banyak peraturan.

3.0 LANGKAH MENGATASI

3.1 Juruteknik di Setiap Sekolah

Kadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurang

mempunyai kemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan

pada komputer perlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja

yang besar dan proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas

guru dan menjimatkan perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan

perlulah menempatkan juruteknik di setiap sekolah.

Di antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugas

pengurusan aset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besar

ataupun juga Guru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan

& perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD

serta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan

ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.

Tugas lain juruteknik pula adalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan

WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi

School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahan

pula, mereka juga bertugas untuk menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugas

sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau

kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.

Mereka juga bertugas dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan

sekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan

dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah

ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta mampu melaksanakan tugas-tugas lain

berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun,

bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh

Malaysia. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak

Page 19: Doc to be uploaded

peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai.

Diharapkan kerajaan dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di

setiap sekolah di negara kita supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan

diselenggarakan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita

di seluruh negara dan ini dapat merealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya

celik IT.

3.2 Tambahan Makmal Komputer

Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi

program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan

(LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran

dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini

diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan

sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang

tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk

membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia

dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar

bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini

menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus

digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini

tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan

telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negara

untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang

pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal

komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.

3.3 Penyediaan Kemudahan

Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah

mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan

kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk

memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada

Page 20: Doc to be uploaded

paraguru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah

dilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000).

Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang

mengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan

memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di

beberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahandan

Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka

yang berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka

yang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antara

komuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre

tersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses

Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya

menggunakan inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar

(Chandran,2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber

kewangan bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang

bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor

swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana

sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan

kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadar

bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun,

malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk

menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web

yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk

membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan

pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada

pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna.

Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau

fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar

melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk

menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat

Page 21: Doc to be uploaded

daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan

mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu

memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya

mengajar kelak.

Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai

maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai

fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru

bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran

formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan

adanya teknologi maklumat dan komunikasi.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan

penggunaan ICT di sekolah dalam pendidikan matematik ini. Penggunaan ICT ini dapat

meningkatkan minat murid untuk belajar kerana dengan meggunakan ICT dalam P&P,

suasana kelas atau P&P itu sendiri akan menjadi lebih menarik. Selain itu, pelajar akan

belajar dengan lebih gembira.

Tahap pembelajaran pelajar pula akan meningkat. Dengan penggunaan ICT dalam

P&P, pelajar akan lebih faham. Seterusnya, belajar berbantukan ICT juga dapat melatih peajr

supaya belajar sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran juga

akan menjadi lebih menarik. Guru juga boleh menyimpan dan menggunakan semula bahan

pengajaran yang telah digunakan.

Tetapi, apa yang kerajaan ingin lakukan tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana sikap

guru itu sendiri dan kekangan-kekangan yang lain. Oleh itu, guru-guru perlu mengambil

inisiatif sendiri agar proses P&P di bilik darjah dapat dijalankan dengan menggunakan ICT

dan dapat mencapai matlamat kerajaan.

Page 22: Doc to be uploaded

5.0 RUJUKAN

Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Binti Kassim@Aziz (2008). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Tesis Sarjana, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College Press.

Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran DalamKalangan Guru Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia.

Ting K, S. (2005). Sikap Guru Guru, Peranan ICT Dan Kekangan/Cabaran Penggunaan ICT.Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah TeknikDan Vokasional.Universiti Tekonologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.