be insight august 2019 eng v1 - be international

14
BE Insight 天然抗炎食品 The Natural Food to Fight Inflammation Makanan Semula Jadi untuk Melawan Keradangan

Upload: others

Post on 05-Nov-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

BE ���� ������Insight

天然抗炎食品

The Natural Food to Fight Inflammation

Makanan Semula Jadi untuk Melawan Keradangan

Page 2: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

Keradangan KronikBadan

���� ������BE Insight

Apabila anda mengalami sakit tekak, demam dan sakit kepala, adakah anda akan menganggap bahawa kesemua ini merupakan gejala keradangan? Apabila anda cedera atau dijangkiti virus, badan anda akan menghasilkan suatu tindak balas fisiologi pertahanan diri. Kemerahan,bengkak, panas dan sakit ialah tanda-tanda keradangan klasik.

Keradangan merupakan mekanisme pertahanan diri badan yang memberikan amaran bahawa badan anda diserangagar anda dapat mengambil langkah-langkah yangsewajarnya untuk menyembuhkan badan anda. Keradangan boleh diklasifikasikan sebagai akut atau kronik. Jika keradangan akut, badan anda akan segera mengaktifkan sistem imun untuk mengumpul sejumlah besar sel imun untuk memerangi jangkitan dan membaiki tisu yang rosak. Kemudian, gejala seperti kemerahan, bengkak, panas dan sakit akan muncul.

Keradangan yang berterusan dan berjangka panjang dikenali sebagai keradangan kronik. Sel-sel imun menjalankan tugas-tugas pemulihan secara berterusan disebabkan pendedahan kepada rangsangan yang berpanjangan dan melibatkan sel-sel yang lebih luas dari masa ke masa. Apabila sel-sel normal berada di bawah rangsangan berterusan, adalah agak mudah untuk menyebabkan gangguan ekspresi gen. Sekiranya sel-sel tidak dapat mengawal selia ekspresi gen, ia akan mempercepatkan mekanisme pemusnahan sel, mempercepat proses penuaan badan, malah akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Page 3: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

Majalah Amerika yang terkenal, TIME Magazine telah mengenal pasti keradangan kronik sebagai “Pembunuh Rahsia”. Ia juga menyatakan bahawa keradangan, dengan tidak disangka-sangka, berkait rapat dengan penyakit jantung, kanser dan penyakit lain. Baru-baru ini, lebih banyak kajian telah menunjukkan bahawa penyakit peradaban seperti penginfarkan miokardium, kanser, diabetes, penyakit alergi dan autoimun adalah berkaitan dengan keradangan kronikdi dalam badan.

Keradangan kronik umpama api dalam sekam.Sekiranya anda tidak memadamkannya pada masa yang sewajarnya dan biarkan ia membakar dalam badan anda, ia hanya akan membawa lebih banyak kerosakan pada badan anda.

KeradanganKronikDiabetes Jenis IITerlalu banyak lemak di dalam badan akan menyebabkan keradangan kronik, yang seterusnya akan mempengaruhi fungsi insulin dan mengakibatkan rintangan insulin. Apabila keradangan bertambah banyak, semakin banyak rintangan insulin terjadi dan paras gula darah akan menjadi semakin tinggi dan akhirnya akan mengakibatkan diabetes jenis II.

Apabila keradangan arteri koronari terjadi secara kronik untuk jangka masa panjang, ia akan merengsakan saluran darah. Keradangan akan menyebabkan kolesterol buruk melekat pada dinding dalaman saluran darah lalu membentuk plak. Apabila plak menjadi terlalu besar, mereka akan mula mengelupas, yang akan menyebabkan embolisme saluran darah dan akhirnya menyebabkan penyakit jantung akut.

Penyakit Jantung

Jika keradangan kronik tidak dapat dikawal dengan berkesan, sel-sel perlu senantiasa membahagikan diri untuk proses penyembuhan. Gangguan mungkin terjadi semasa proses penyembuhan ini, maka mutasi genetik pada sel boleh berubah menjadi sel kanser.

Kanser

Page 4: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

Senaman secara tetap dapat membantu meningkatkan kesensitifan insulin, kecergasan kardiovaskular dan keberfungsian organ anda. Kualiti tidur yang baik juga membantu mengurangkan isyarat keradangan badan; kekurangan tidur akan merendahkan imuniti anda, menyebabkan patogen untuk menyerang badan. Minum air yang banyak setiap hari! Air berkesan membuang sisa dari badan. Pada masa yang sama, jauhi tembakau, keranamerokok boleh menyebabkan keradanganpada saluran pernafasan dan peparu.

Pemikiran yang tenang membantu mengawal atur kestabilan sistem imun anda. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif dan optimis, elakkan terjejas oleh emosi negatif. Libatkan diri anda dalam aktiviti kegemaran atau hobi untuk melepaskan tekanan harian adalah amat penting!

Adalah disyorkan untuk menerapkan peraturan 0128 untuk memperbaiki tabiat makan anda. 0 merujuk kepada mengurangkan pengambilan lemak, minyak, gula dan garam setiap hari; 1 merujuk kepada 1 hidangan susu atau produk tenusu, ikan, daging dan kekacang; 2 merujuk kepada 2 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran; 8 merujuk kepada 8 hidangan nasi, mi, roti, oat dan bijirin. Air adalah penting untuk penyingkiran toksin dari badan, dan adalah disyorkan untuk minum kira-kira 2 liter air dalam sehari.

1. Mengubah Gaya Hidup Anda

2. Mengubah Tabiat Makan Anda 3. Mengubah Pemikiran Anda

���� ������BE Insight

Menurut pakar, untuk memerangi keradangan, anda memerlukansatu gaya hidup yang sihat. Banyak keradangan kronik berlaku disebabkan

gaya hidup dan tabiat makan yang tidak sihat. Oleh itu, makan makananyang melawan keradangan dan mengamalkan rutin

harian yang lebih sihat adalah CARA TERBAIKuntuk mencegah dan memperbaik

keradangan kronik.

Kehidupan AndaBermula dari

MemerangiKeradangan

Page 5: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

BEFIL dirumuskan di bawah rundingan Pemenang Nobel, Dr. Ferid Murad dan ia diperkaya dengan ekstrak ubi bit dan delima yang menawarkan kesan antioksidan yang amat kuat untuk memerangi radikal bebas. Ia membantu menghalang Nitrik Oksida daripada kemusnahan oksidatif dan boleh merencatkan pengoksidaan kolesterol buruk!

SHIRUTO mengandungi IP-PA1 yang membantu untuk meningkatkan sistem imun di samping mengaktifkan makrofaj untuk melawan patogen dan menghalangnya daripada memasuki badan anda. Ia juga membantu mengawal atur sistem imun, menyingkirkan sel tua dan abnormal serta memperbaiki tisu yang rosak.

Menyokong Perjalanan Anti-Keradangan Andadengan 3 Penjaga Keradangan Terhebat Kami!

Melawan Radikal BebasMeningkatkan ImunitiSecara Menyeluruh

Tahukah anda bahawa terdapat Produk BE yang boleh membantu andamemerangi keradangan dengan lebih mudah dan baik?

BEFIL

Lindungi Kulit Anda dari Penuaan-FotoMAQNIFIQ mengandungi Ekstrak Rosemari dan Limau Gedang yang kaya

dengan antioksidan dan membekalkan kesan Anti-Keradangan yang luar biasa. Ia terbukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan

selaran matahari!

Page 6: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

Seminar Be Health���� ������BE Insight

Seminar Kesihatan BE yang pertama berjaya dijalankan pada 1 dan 2 Jun! Maklum balas terlampau hangat kerana 1,300 peserta menghadiri seminar tersebut. Pengasas dan Presiden BE International, Ir Lee Suet Sen berkongsi mengenai topik “Dedahkan dan Kuasai Rahsia Badan untuk Mendapatkan Kesihatan Optimum” sebagai pembukaan yang indah untuk seminar berkenaan. Selain itu, ramai peserta menikmati dan memanfaatkan pengetahuan yang dikongsi oleh RCCA dan Pakar Pemakanan yang berpengalaman. Terdapat ramai individu yang berkongsikan testimonial mereka di atas pentas. Perubahan dan peningkatan yang dialami oleh mereka amat menakjubkan. Semua hadirin memberikan tepukan gemuruh untuk para pekongsi masing-masing.

Suasana seminar amat meriah dan bertenaga. Semua orang memberikan sepenuh perhatian kepada perkongsian-perkongsian demi meningkatkan pemahaman tentang pengetahuan pemakanan dan kesihatan. Seminar tersebut diakhiri dengan perbincangan yang meriah dan menggembirakan.

1,300 Orang

Berkumpul Untuk

Mengecapi Kehidupan

Yang Lebih Sihat!

Page 7: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International
Page 8: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

���� ������BE Insight

Dalam pelancongan, yang penting bukannya destinasi yang akan anda lawati, tetapi teman

yang menemani anda.

Tiada apa-apa yang dapat menandingi pelancongan

bersama keluarga tersayang, terutamanya dengan

keluarga BESAR BE!

Sesungguhnya amat mengharukan

untuk menikmati bandar yang

menakjubkan - Melbourne bersama

ahli keluarga kita sendiri.Di BE, kami bekerja keras dan nikmati

sepenuhnya hasil perjuangan.

Inilah kehidupan!

St Patrick’s Cathedral

The Melbourne Star

Shrine of Remembrance

BE Lifestyle Travel -

Rombongan Melbourne

Page 9: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

Hosier LaneBrighton Bathing Box

Semua orang terpesona dengan pemandangan indah Menzies Creek.Stesen Kereta Api Tertua Di Australia

Stesen Flinders Street sememangnya tanda ikonik bandar. Federal Square

Salah satu tarikan paling menarik di Melbourne.

Page 10: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

Masing-masing seronok bermain di atas pentas.

Menikmati saat gembira di makan malam Gala.

Puffing Billy merupakan kereta api stim ulung yang dipulihara di Australia.

Page 11: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

BEYOND YOUR LIMIT!

���� ������BE Insight

Apabila anda berlari di sekitar bandar, anda dapat menikmati pemandangan yang anda terlepas sewaktu hari sibuk anda!

Kita semua sedia maklum bahawa berlari ialah sejenis senaman yang baik untuk membakar kalori dengan

berkesan! Ayuh menjadi sihat bersama!

Memandangkan BE RUN 2019 pertama bakal menjelang tiba, kami ingin berkongsi dengan anda mengapa BERLARI adalah amat MENYERONOKKAN!

Berlari berseorangan mungkin agak membosankan, tetapi berlari bersama keluarga dan sahabat tersayang ialah nikmat yang jauh berbeza! Anda akan berasa bertenaga kerana rakan-rakan anda

akan mendorong dan menyokong anda sepanjang perjalanan!

Pakailah seluar AULORA anda ke BE RUN 2019! Ini adalah kerana setiap peserta yang memakai seluar AULORA ke BE RUN 2019, BE International akan mendermakan RM10 kepada Generasi Gemilang untuk kanak-kanak yang memerlukannya. Kita boleh menyumbang kepada masyarakat bersama-sama!

Cara yang SERONOK untukbersenam!

Cara yang SERONOK untukmeneroka bandar!

Aktiviti yang SERONOK untuk dijalankanbersama keluarga dan rakan-rakan!

Cara yang SERONOK untuk

melakukan kebajikan!

Page 12: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

Berasa lapar selepas berlari? Pemakanan seimbang yang sempurna - SlendezMeal sememangnya pilihan

berkhasiat terbaik untuk menghilangkan rasa lapar.

Minum BEFIL sebelum berlari. Ramuan keberkesanan tingginya membantu menjadikan anda bertenaga dan kuat ketika anda berlari.

Pakai SELUAR AULORA anda dan tingkatkan metabolisme serta membakar kalori dengan lebih cepat! Jauhi keletihan dan berlari secara sihat lagi bergaya!

BE RUN 2019 – 5KM TARIKH: 8 SEPTEMBER 2019, AHAD MASA: 6.00 PAGI – 10.00 PAGI TEMPAT: BUKIT JALIL RECREATIONAL PARK

Bagaimana untuk menyerlah di BE RUN 2019? Berikut adalahbeberapa petua dengan produk BEkegemaran kita!

Ia mungkin hari yang sangat cerah! Pakai pelindung Matahari BEYUL anda dan minum segelas MAQNIFIQ untuk meningkatkan kolagen anda sebelum anda tiba di acara tersebut; Minum segelas MAQNIFIQ lagi selepas acara itu untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV.

SlendezMeal

Page 13: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

Pada abad ke-19, gaya pakaian Queen Victoria dari United Kingdom sememangnya amat elegan dan anggun. Anda boleh merujuk kepada ciri-ciri pakaian zaman Victoria berikut untuk memilih pakaian untuk menghadiri 2019 BE Convention

yang akan datang!

Gaya Victoria ModenBritish

7 SEPTEMBER

RendaWanita zaman Victoria amat menggemari renda di bahagian leher, lengan, atau skirt, serta bergabung dengan bahan lain untuk menghasilkan kesan yang kompleks namun menawan.

Butang BerbalutJangan memandang rendah terhadap deretan butang kecil. Ia merupakan elemen utama pakaian zaman Victoria. Butang berbalut yang halus sangat popular pada zaman Victoria, dan pilihan kain sutera atau satin yang sama dengan pakaian berkenaan untuk membaluti butang menunjukkan rasa keserasian dan keteraturan yang menawan.

Pinggang Tinggi Di zaman Victoria, pakaian berpinggang tinggi ialah trend dalam dunia fesyen semasa. Reka bentuk pinggang tinggi menekankan garis ramping secara keseluruhan.

TopiSangat jarang lelaki dan wanita tidak memakai topi dalam zaman ini. Jejaka lazimnya akan memakai pakaian rasmi bersama topi sutera tinggi, manakala wanita pula akan memakai topi lembut dan besar sebagai tumpuan ramai.

Sut Lelaki Tiga KepingKot, rompi dan seluar tiga keping merupakan pakaian lelaki pada zaman itu. Panjang kot biasanya sehingga aras betis, berbutang sebaris.

Page 14: BE Insight August 2019 Eng v1 - BE International

LO HUI FONG (ELVA) &HAN JEA KWONG (KIT)01

ROYALE CROWN COUNCIL AMBASSADOR (RCCA) 皇家皇冠委员大使 *as at SV6, 2019

���� ������BE Insight HALL OF FAME 名人榜

SUSANTI (SANZ) & TEY LENG KIONG (ERIC)

JJEEANNE THAM &NG TIAN LEONG

LOH AI LIN (IRENE)

CROWN COUNCIL AMBASSADOR (CCA) 皇冠委员大使 *as at SV6, 2019

FFONG TAT YIN & CHEN CHING NIIFOO YEE SIN & CHAI WOEI SHIN (WILSON)

GGAN YEE YAN

HHERLIANY BOEN

JJESSICA WONG YEE HAN & VOO VUI KIONG

LLAU WING LAMLEOW PEI CHIEN & CHENG THUANG MENG

OONG WAI CHUEN & WOON KWAN WEI

TTAN YIK THING & GAN KOCK SIONGTEOH LEE SIANG

DIAMOND COUNCIL AMBASSADOR (DCA) 钻石委员大使 *as at SV6, 2019