doa majlis sambutan hari raya aidilfitri

2
Doa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Doa pembukaan : Pujian kepada Allah dan rasulullah Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh ‘alam, sebagaimana selayaknya Engkau dipuji. Ya Allah Ya Rahman, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia dan barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa,yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Ya Allah Ya Rahim, Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Ayer Papan Kali Ini, kami memohon keampunan atas segala dosa- dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat –Mu sempena majlis ini, Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini. Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim…pemudahkanlah urusan anak-anak didik kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti ,terangkanlah hati- hati mereka, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada mereka,dan titipkanlah berita kejayaan 5A buat mereka nanti. Ya Allah Ya Ghaffar, Kami pohonkan juga keselamatan dan kesejahteraan ,keamanan ,kemakmuran dan keberkatan kepada semua saudara-saudara islam yang kami kasihi, khususnya saudara islam kami di Palestin, di Rohingya, di Syira serta saudara islam kami diserata dunia yang ditindas. Berilah kekuatan kepada mereka demi menegakkan Islam yang kami cintai ini agar terus terpelihara, supaya memperoleh sejahtera sentosa dan maju jaya.

Upload: raduan-b-abdullah

Post on 28-Dec-2015

4.078 views

Category:

Documents


117 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Doa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Doa pembukaan : Pujian kepada Allah dan rasulullah

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh ‘alam, sebagaimana selayaknya Engkau dipuji.

Ya Allah Ya Rahman, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia dan barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa,yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Rahim, Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Ayer Papan Kali Ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat –Mu sempena majlis ini, Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini.Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim…pemudahkanlah urusan anak-anak didik kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti ,terangkanlah hati-hati mereka, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada mereka,dan titipkanlah berita kejayaan 5A buat mereka nanti.

Ya Allah Ya Ghaffar, Kami pohonkan juga keselamatan dan kesejahteraan ,keamanan ,kemakmuran dan keberkatan kepada semua saudara-saudara islam yang kami kasihi, khususnya saudara islam kami di Palestin, di Rohingya, di Syira serta saudara islam kami diserata dunia yang ditindas. Berilah kekuatan kepada mereka demi menegakkan Islam yang kami cintai ini agar terus terpelihara, supaya memperoleh sejahtera sentosa dan maju jaya.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmatmu. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan.

Ya Allah, Ya Sami’un A’lim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa’ kami ini. 

doa penutup : selawat Nabi