lembaga kemajuan kelantan selatan … kemajuan kelantan selatan ... kita tidak mudah berpuas hati...

20
LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 3 / 2011 • JULAI-SEPTEMBER EDARAN PERCUMA www.KESEDAR.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 24 berita selanjutnya di muka surat 3

Upload: hanguyet

Post on 18-Mar-2018

279 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BIL. 3 / 2011 • JULAI-SEPTEMBEREDARAN PERCUMA

w w w. K E S E DA R . g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 24berita selanjutnyadi muka surat 3

Page 2: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

Penaung

HAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

Penasihat

HAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua Editor

MD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor

AHMAD ABDULLAH

NURHAYATI MAT RUSOK

Editor Bersekutu

NORLIDASAIDI AWANG TEH

KAMARUZAMAN AHMAD

KAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED

MASKHARIAH SAMSUDIN

ABD. AZIZ AHMAD

MOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI HAMZAH

FAUDZI AB RAHMAN

HAJI OTHMAN SETAPA

NIK JOHAN NIK ABDULLAH

Pembaca Pruf

MASKHARIAH SAMSUDIN

KAMARUZAMAN AHMAD

Pereka Grafik

ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

Jurufoto

MUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIM

MOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

Pengedaran

ILYANI ISKANDAR

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

(KESEDAR)Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang18300 Gua Musang, KELANTAN

Tel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211www.KESEDAR.gov.my

editorial

Perutusan Pengurus Besar KESEDAR

BERSATU DAN MENCABAR DIRI

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah di atas segala kelimpahan

nikmatNya yang sentiasa memenuhi ruang kehidupan kita. Selamat

berjumpa lagi di ruangan pada edisi ini.

Kali ini saya terpanggil untuk memperkatakan tentang hubungan baik

dan kekuatan ukhuwah di kalangan kita serta lontaran kepada saudara/

saudari untuk mencabar diri masing-masing.

Dalam apa jua keadaan hubungan baik dan ikatan ukhuwah yang jitu

adalah senjata yang paling ampuh bagi sesebuah kelompok untuk

membentuk pasukan yang jitu. Kita tidak akan berjaya membangunkan

organisasi KESEDAR ini tanpa bantuan atau pertolongan orang lain

samada mereka satu pejabat dengan kita atau berlainan tempat kerja.

Sedikit sebanyak kita memerlukan bantuan daripada orang lain kerana

mustahil untuk kita melakukan sesuatu perkara secara bersendirian.

Justeru itu, hubungan baik di kalangan kita adalah unsur yang paling

kritikal untuk membentuk pasukan dalam penghasilan output kerja

yang berkualiti. Sebab itu dalam sesuatu organisasi terbentuk lapisan

terdiri daripada ketua sampai orang bawahan yang perlu memainkan

peranan masing-masing, kerana setiap seorang daripada kita mempunyai

kelebihan dan kepakaran tersendiri.

Kedua, kita perlu mencabar diri untuk menjadi lebih baik daripada apa

yang kita hasilkan selama ini. Mencabar diri bagi maksud ini bermakna

kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama

ini kerana dengan berbuat demikian kita mampu mempertingkatkan

produktiviti dan kualiti kerja kita. Apabila ia bertambah dari aspek

tersebut, bermakna kita berjaya memainkan peranan kita sebagai

kakitangan awam untuk memakmurkan negara. Oleh yang demikian,

dua elemen di atas (kerjasama dan kekuatan pasukan serta mencabar

diri untuk tonjolkan produktiviti) harus menjadi ‘pakaian’ kepada kita.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Tinta Editor

Sidang editor mengucapkan tahniah di atas perlantikan Tuan Haji Fazam

bin Mat Lazim sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR

mulai 15 September 2011.

Semoga kesepaduan pasukan yang terbentuk mampu memacu KESEDAR

ke mercu yang lebih gemilang.

Selamat membaca.18Tel : 0

Page 3: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

APC dan hari INOVASIKESEDAR 2O11

3

BULETIN

KESEDA

R

Tanggal 18 September 2011 bertempat di Dewan

Pusat Sivik, Gua Musang telah berlangsung

penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

(APC) Dan Hari Inovasi Kesedar 2011. Seluruh warga

KESEDAR telah hadir untuk meraikan majlis tahunan

ini yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta

mutu kerja dikalangan warga KESEDAR.

Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Datuk

Yusof bin Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW). Turut hadir ialah Dato’ Ramzi bin Ab. Rahman,

Pengerusi KESEDAR, Ahli-ahli Lembaga KESEDAR dan

Tuan Haji Mohd Arshad Bin Ismail, Pengurus Besar

KESEDAR. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah di

anugerahkan kepada dua orang Pegawai Pengurusan

& Profesional, lima orang dari Kumpulan Sokongan 1

dan 36 orang dari Kumpulan Sokongan 2. Sementara

Anugerah Inovasi KESEDAR telah dibahagikan kepada

dua kategori iaitu Anugerah Inovasi dan Anugerah

Khas Pengurus Besar.

Anugerah Inovasi telah diberikan kepada empat

penerima iaitu Tuan Haji Abdul Ghani bin Mahmud

(Pendidikan), Puan Zawari binti Mohamad

(Sukarelawan), Pasukan Futsal Lelaki Veteran dan

Pasukan Tenis (Sukan). Manakala Anugerah Khas

Pengurus Besar telah dianugerahkan kepada Encik

Nik Soh bin Yaakob dan Encik Wan Mohd Nadzir bin

Wan Yusoff.

TKSU dalam ucapannya,menyeru agar semua penjawat

awam KESEDAR perlu bekerja dengan bersungguh-

sungguh dan mengekalkan semangat setiakawan

yang telah lama wujud. Sidang editor mengucapkan

setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima

anugerah sebagai simbol pengiktirafan di atas

kecemerlangan dan inovasi 2011.

Oleh: Nurhayati Mat Rusok

Dari muka surat 1

Page 4: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana

telah memberi peluang kepada saya untuk berada

diperingkat Pengurusan Tertinggi KESEDAR dan

terima kasih kepada Pengerusi, Ahli Lembaga

Pengarah, Pengurus Besar dan semua kakitangan

KESEDAR kerana memberi kepercayaan kepada

saya untuk memikul tanggungjawab ini.

Insyallah saya akan memberi komitmen yang terbaik

demi mencapai kecemerlangan KESEDAR pada masa

hadapan dan akan mengadakan transformasi dalam

pentadbiran KESEDAR secara keseluruhan.

Timbalan Pengurus Besar(Pengurusan) KESEDAR

TTTTTiiiiiimmbbbbaallllllaann PPPPPeenngguurruuss BBBBBeessaarr

Tuan Haji Fazambin Mat Lazim

Tuan Haji Fazambin Mat Lazim

Transformasi utama akan diberi perhatian meliputi

perkara-perkara / bidang berikut :

Berusaha ke arah membudayakan ilmu kepada semua

kakitangan bagi melahirkan pekerja yang positif,

berdikari, berpengetahuan dan mengamalkan nilai-

nilai murni.

Menyediakan persekitaran (tempat) kerja yang

kondusif, selamat dan mesra insan.

Penambahbaikkan kepada sistem penyampaian dan

infrastruktur sokongan supaya impak maksima dapat

di capai oleh kumpulan sasar.

Penyusunan semula struktur organisasi yang mantap

di semua peringkat bagi merealisasikan pelaksanaan

strategi pembangunan KESEDAR.

Resepi utama yang saya selalu amalkan adalah

“KASIH DAN SAYANG”. Jangan ada rasa benci dan

syak wasangka di antara kita. Saya merayu semua

kakitangan KESEDAR supaya menanam rasa kasih

dan sayang diantara kita. Kerjasama sebagai satu

pasukan pasti akan melahirkan satu generasi

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 5: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

5

BULETIN

KESEDA

R

dalam memastikan KESEDAR sebagai agensi yang

cemerlang.

Keutamaan dalam melaksanakan program

pengurusan dan pembangunan akan meliputi

kepentingan stakeholder, pelanggan dan penjawat.

Kepuasan maksima setiap pihak di atas akan diberi

perhatian utama demi kesejahteraan bersama.

Harapan dan matlamat saya adalah ingin menjadikan

KESEDAR sebuah organisasi cemerlang demi

kesejahteraan semua pihak. Matlamat ini hanya dapat

dicapai melalui kerjasama di antara semua pihak

termasuk stakeholder, pelanggan dan penjawat.

Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa “KASIH DAN

SAYANG” adalah resepi kepada kejayaan tersebut.

Insyallah.

Page 6: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

6

BULE

TIN

KES

EDA

R

Sambutan MALAYSIA

Gua Musang,16 September 2011 - Lembaga Kemajuan

Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan

Program Sambutan Hari Malaysia Tahun 2011 bertempat

di Dataran KESEDAR Putra, Gua Musang bagi peringkat

Kelantan Selatan. Program tersebut bermatlamat

meningkatkan kesedaran dan memperingati masyarakat

tentang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun

1963. Selain itu, Program Menyambut Ulang Tahun

Kemerdekaan Negara Ke-54 juga dijayakan serentak

yang mana kedua-dua perayaan tersebut mempunyai

sigfinikasi begitu besar kepada Negara.

Program ini telah berjaya menarik lebih 5,000 orang

dari pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Gua Musang.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik

antaranya nyanyian lagu Kebangsaan oleh Kumpulan

koir KESEDAR yang diiringi dengan perarakan menaikkan

Jalur Gemilang oleh pelatih PLKN dan barisan tentera.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan

oleh pasukan dikir barat dan persembahan deklamasi

sajak kemerdekaan oleh Cikgu Abdul Razak bin

Mohamad serta adik Muhammad Uwais bin Abdul Razak

yang berusia 9 tahun dengan diiringi gemersik petikan

gitar yang menyentuh perasaan penonton.

Program ini diceriakan lagi dengan percikan bunga

api sebagai kemuncak acara. Perasmian program telah

disempurnakan oleh ADUN Galas, YB. Encik Ab. Aziz bin

Yusoff yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar KESEDAR,

Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail.

Sambutan yang serupa juga diadakan di Renok Baru dan

Paloh 2 bagi kawasan Rancangan Kemajuan Tanah serta

dikedua-dua Wilayah Pentadbiran KESEDAR iaitu di Jeli

dan Kuala Krai.

Dengan pengisian program-program tersebut diharap

dapat mengukuhkan perpaduan dan silaturahim di

kalangan masyarakat setempat yang mempunyai

pelbagai etnik, agama, budaya dan sosioekonomi

sebagai tanda kesyukuran dan cintakan negara.

oleh: KAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED

Page 7: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

BULETIN

KESEDA

R

7

di KESEDAR

Pada 18 September 2011 bertempat di Pusat Sivik, Gua

Musang. Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan Anak-

anak Syarikat telah diadakan dengan penuh gilang

gemilang.

Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 2000 orang

tetamu yang terdiri daripada para pegawai dan

kakitangan KESEDAR, pelanggan-pelanggan KESEDAR

dan masyarakat setempat yang berbilang kaum dan

agama. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Dato’

Ramzi bin Ab. Rahman, Pengerusi KESEDAR. Dato’ Ramzi

dalam ucapannya berharap agar ikatan yang terjalin

ini akan terus erat dan kukuh. Turut menyerikan majlis

Datuk Yusof bin Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Dalam bergembira menyambut kedatangan Aidilfitri,

KESEDAR tidak lupa meraikan warga tua dan masyarakat

yang kurang bernasib baik dengan menyampaikan

sumbangan bantuan serta menyediakan pelbagai

juadah tradisional dan moden. Melalui penglibatan

seperti ini, KESEDAR dapat memupuk silaturahim yang

akrab dengan masyarakat setempat.

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 8: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

8

BULE

TIN

KES

EDA

R

Pada 23 Mei 2011, Tuan Haji Ramli Bin Mat Zain

Timbalan Pengurus Besar (TPB) Pengurusan

telah mengadakan pertemuan dengan semua

kakitangan pentadbiran yang diterajui oleh Puan

Norlida Saidi binti Awang Teh. Pertemuan singkat

yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Operasi

KESEDAR pada jam10.00 pagi.

TPB Pengurusan dalam mesejnya berharap agar

kakitangan pentadbiran dapat bekerjasama dengan

baik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan

dan sentiasa positif dan berdaya saing.

TPB Pengurusan Bertemu Kakitangan PentadbiranTPB Pengurusan Bertemu

Kakitangan Pentadbiranoleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 9: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

BULETIN

KESEDA

R

9

Majlis Berbuka PuasaKESEDAR bersama Media

Majlis berbuka puasa KESEDAR dan media telah

diadakan pada 24 Ogos 2011 bertempat di

Chantique Restoran, Kota Bharu Kelantan. Majlis

ini bertujuan menzahirkan penghargaan dan

tanda terima kasih KESEDAR kepada pihak media

di atas sumbangan serta kerjasama erat yang

telah dijalinkan.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Dato’ Ramzi

bin Ab Rahman, Pengerusi KESEDAR, Tuan Haji

Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR,

Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, TPB Pengurusan

serta pegawai-pegawai kanan KESEDAR.

Pihak Pengurusan berharap agar kerjasama

erat di antara KESEDAR dan media mampu

dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang.

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 10: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

KESEDAR di Karnival Usahawan DesaPada 21 hingga 25 September, Karnival Usahawan Desa (KUD KKLW) telah berlangsung di Presint 2 Putrajaya. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah mengambil bahagian dalam pameran ini. Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan majlis yang bertemakan ‘Produk Desa, Citarasa Malaysia’.

Gerai pameran KESEDAR turut mendapat perhatian daripada YAB Perdana Menteri yang tertarik dengan keunikan akar ‘Tongkat Ali’ gergasi yang dipamerkan. Gerai KESEDAR juga menerima banyak kunjungan daripada golongan kenamaan dan orang ramai.

KUD juga turut menghidangkan pelbagai aktiviti menarik disepanjang KUD berlangsung termasuk pertandingan gerai tercantik, memasak, karaoke, persembahan kebudayaan, forum perdana dan banyak lagi. Tahniah diucapkan kepada penganjur yang telah berusaha keras untuk memastikan KUD KKLW 2011 berjaya.

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 11: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

BULETIN

KESEDA

R

11

Page 12: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

12

BULE

TIN

KES

EDA

R

Majlis Berbuka Puasa RKT

Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR telah

menganjurkan majlis berbuka puasa pada 10

Ogos 2011 bagi meraikan masyarakat peneroka

yang banyak menyumbang dalam kejayaan

Pembangunan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)

di Kelantan Selatan.

Majlis yang diadakan di KESEDAR Inn ini dimulakan

dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Wan Omar

bin Wan Isa. Majlis diserikan dengan kehadiran YB

Dato’ Paduka Norzula bin Mat Diah (ADUN Paloh),

Tuan Haji Ramli Bin Mat Zain (TPB Pengurusan)

dan Haji Othman bin Ismail (Pengurus Bahagian

Pembangunan Pertanian). Sebelum majlis berbuka

puasa berlangsung, para tetamu dibekalkan sedikit

sumbangan hari raya oleh YB Dato’ Paduka Norzula

bin Mat Diah.

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 13: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

Majlis Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri WGM

BULETIN

KESEDA

R

13

Sempena dengan bulan Ramadhan dan ketibaan

Aidil Fitri 2011 Pejabat Wilayah Gua Musang telah

mengadakan majlis sumbangan untuk golongan

Warga Emas, Ibu Tunggal dan OKU peringkat

DUN Galas, Paloh dan Nenggiri. Setiap penerima

menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM

100.00, beras dan kain pelikat/sarung. Ia diadakan

di tiga tempat berbeza pada tarikh yang berlainan.

Program pertama pada 22 Ogos 2011 bertempat

di Dewan Terbuka, Taman Etnobotani bagi

peringkat DUN Galas. Majlis penyampaian telah

disempurnakan oleh YB Encik Ab Aziz bin Yusoff,

ADUN Galas yang melibatkan penerima seramai

oleh: HAJI OTHMAN SETAPA

180 orang (75 orang Warga Emas, 75 orang Ibu

Tunggal dan 30 Orang Kurang Upaya).

Bagi DUN Paloh iaitu program kedua telah

berlangsung pada 23 Ogos 2011 di Dewan GDW

Kg. Limau Kasturi yang juga telah disempurnakan

oleh YB Encik Ab Aziz bin Yusoff, ADUN Galas yang

mewakili ADUN Paloh. Penerima bantuan bagi

DUN Paloh adalah seramai 100 orang (40 orang

Warga Emas, 40 orang Ibu Tunggal dan 20 Orang

Kurang Upaya).

Manakala program terakhir pada 24 Ogos 2011

bertempat di Balairaya Kg. Baru Jerek, YB Encik

Mat Yusof bin Ab Ghani ADUN Nenggiri telah

menyampaikan sumbangan kepada seramai 150

orang penerima bagi DUN Nenggiri (40 orang

Warga Emas, 40 orang Ibu Tunggal dan 20 Orang

Kurang Upaya).

Dengan sumbangan dari KESEDAR ini diharap

akan membantu meringan beban hidup dan

menggembirakan golongan Warga Emas, Ibu

Tunggal dan golongan OKU menyambut Hari

Raya tahun ini yang kesemuanya seramai 430

orang dengan nilaian sumbangan sebanyak RM

42,780.00.

Page 14: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

Rumah TERBUKA Aidil Fitri WGM 2011Rumah TERBUKA Aidil Fitri WGM 2011

14

BULE

TIN

KES

EDA

R

Aidilfitri datang lagi. Pengurusan Wilayah Gua

Musang yang diterajui oleh Encik Mohd Asri bin

Jusoh telah mengadakan rumah terbuka aidilfitri

bertempat di Taman Etnobotani, Gua Musang.

Majlis ini dihadiri kira-kira 500 orang tetamu. Pelbagai

juadah seperti lemang, ketupat, satey, kuih muih

dan buah-buahan disediakan. Majlis ini juga telah

membuka ruang kepada setiap kakitangan untuk

lebih mengenali antara satu sama lain disamping

dapat mengeratkan silaturrahim antara kakitangan

dengan penduduk tempatan.

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Gua Musang – Pada 18 September 2011 sempena dengan majlis Sambutan Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Inovasi KESEDAR 2011, Dato’ Yusof Dohab TKSU KKLW telah mengadakan lawatan kerja ke PPMS KESEDAR Sejahtera.

Dalam lawatan tersebut Dato’ TKSU telah diberi taklimat ringkas oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR mengenai pelaksanaan program pembangunan di PPMS KESEDAR Sejahtera. Dato’ TKSU juga telah melawat kawasan persekitaran perkampungan, beramah mesra serta berdialog dengan peserta dan berkesempatan singgah di sebuah rumah peserta yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) untuk menyampaikan sumbangan berupa hamper.

Mengakhiri program lawatan tersebut, Dato’ TKSU telah berjanji untuk mendapatkan peruntukan bagi membangunkan premis bangunan rumah kedai yang menjadi keperluan masyarakat di PPMS KESEDAR Sejahtera serta sebagai pusat aktiviti ekonomi setempat.

Turut mengiringi lawatan ini ialah Timbalan-Timbalan Pengurus Besar, Pengurus Bahagian, Pengurus Wilayah dan pegawai-pegawai kanan KESEDAR.

oleh: HAJI OTHMAN SETAPA

f

Lawatan TKSU Ke PPMS KESEDAR Sejahtera

Page 15: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

Jasamu Dikenang

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

BULETIN

KESEDA

R

15

Yang patahkan tumbuh, yang hilang pastikan

berganti. Namun yang pergi tetap akan dikenang

dan tersemat kukuh dalam ingatan. Tanggal 31

Julai 2011 bertempat di Dewan Rahmat KESEDAR,

Gua Musang, majlis ‘Jasamu Dikenang’ telah

diadakan untuk meraikan para penjawat KESEDAR

yang telah dan akan bersara wajib atau pilihan

pada tahun 2011.

Majlis ini begitu memberi makna kerana telah

dihadiri oleh Dato’ Ramzi bin Ab. Rahman,

Pengerusi KESEDAR, Tuan Haji Mohd Arshad bin

Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan Tuan Haji

Ramli bin Mat Zain, TPB Pengurusan. Dato’ Ramzi

dalam ucapannya merakamkan penghargaan

dan ucapan selamat menempuh alam persaraan

kepada semua pesara yang diketuai oleh Tuan Haji

Abdul Ghani bin Mahmod, TPB Pembangunan.

Jasa dan sumbangan para pesara akan sentiasa

diingati. YBhg Dato’ Pengerusi juga berharap

para pesara akan terus sihat dan menjalani hidup

yang tenang bersama keluarga. Majlis ini turut

diserikan dengan nyanyian koir oleh kumpulan koir

KESEDAR dan bacaan sajak yang bertajuk “Setelah

Kau Pergi” oleh Nurhayati binti Mat Rusok, Pegawai

Perhubungan Awam KESEDAR.

Page 16: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

INDUKSI

UMUM

16

BULE

TIN

KES

EDA

R

Pada 17 hingga 28 Julai 2011 seramai 9 orang penjawat KESEDAR telah menghadiri Kursus Induksi Umum Pegawai Kumpulan 1, anjuran KKLW bertempat di Pusat Latihan Woodvalley, Sungai Congkak. Kursus Induksi ini adalah merupakan salah satu prasyarat dalam proses pengesahan dalam jawatan.Kursus ini juga melibatkan agensi-agensi lain seperti KETENGAH, KEJORA, Pejabat Tanah dan Galian, MARA, JAKOA, KEMAS dan kakitangan KKLW.

Kursus selama 12 hari ini, banyak memberi ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Peraturan dan Tatacara Kerja sebagai penjawat Awam. Sepanjang kursus ini diadakan, peserta kursus telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa dan berpengalaman. Kursus ini berjalan dengan lancar dan peserta-peserta kursus dapat mengikuti kursus seperti yang telah dijadualkan. Modul kursus ini adalah terbahagi kepada 4 bahagian penilaian iaitu penilaian tugasan individu, penilaian tugasan berkumpulan, peperiksaan dan penglibatan semasa kursus. Semua peserta menaruh harapan yang tinggi agar dapat lulus cemerlang dalam semua penilaian yang telah ditetapkan dan dapat disahkan dalam jawatan masing-masing.

oleh: MOHD RAMADHAN SULAIMAN

Page 17: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

KENAF

BULETIN

KESEDA

R

17

Pada 11 Julai 2011 bertempat di Paloh 2 telah

diadakan Majlis Perasmian Tuaian Ladang Kenaf

yang dibangunkan bersama KESEDAR dan

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Majlis ini dihadiri oleh Encik Ahmad bin Loman,

wakil Ketua Pengarah LKTN, Dato’ Paduka Norzula

bin Mat Diah, ADUN Paloh dan Tuan Haji Ramli bin

Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)

KESEDAR.

Tuan Haji Ramli Bin Mat Zain, Timbalan Pengurus

Besar (Pengurusan) dalam ucapan aluannya

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada LKTN kerana meneroka kerjasama dengan

KESEDAR.

Majlis ini turut diserikan dengan pameran oleh

LKTN tentang potensi dan aktiviti menjana ekonomi

melalui tanaman kenaf secara komersial.

Dataran Astaka Paloh - pada 2 hingga 16 Julai 2011 telah berlangsung Sukan Peneroka Paloh 2 yang menghimpunkan hampir 500 orang keluarga peneroka. Antara acara menarik yang disediakan ialah perlawanan bola sepak, bola jaring, lari dalam guni, pertandingan untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Sukan peneroka ini telah menyatukan ikatan kekeluargaan di antara masyarakat setempat dan menggalakkan orang ramai menjalani hidup sihat dengan bersukan.

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 18: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

18

BULE

TIN

KES

EDA

R

ProgramBantuan Rumah(PBR) KESEDAR

Prestasi Pelaksanaan PBR Bagi Kawasan KESEDAR Ta

BIL.

NEGERI/ DAERAH/

DAERAH KECIL

BILANGAN

PROJEKPERATUS PELAKSANAAN

BINA BARU 100 90-99 75-89 50-74 25-49 0-24 BE

1 GUA MUSANG

a) Galas 4 4

b) Paloh 4 4

c) Nenggiri 4 4

JUMLAH KECIL 12 12

2 KUALA KRAI

a) Dabong 1 1

b) Guchil 1 1

c) Manik Urai 1 1

d) Mengkebang 1 1

JUMLAH KECIL 4 4

3 JELI

a) Bukit Bunga 4 4

b) Air Lanas 1 1

c) Kuala Balah 4 4

JUMLAH KECIL 9 9

4 TANAH MERAH

a) Gual Ipoh 1 1

b) Kemahang 1 1

JUMLAH KECIL 2 2

JUMLAH KESELURUHAN 27 27

oleh: SARUNI AZIZ

Page 19: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

19

BULETIN

KESEDA

R

R Tahun 2011 Sehingga 10 November 2011 (Fasa 1)

ANBILANGAN

PROJEKPERATUS PELAKSANAAN

0-24 BELUM MULA BAIK PULIH 100 90-99 75-89 50-74 25-49 0-24 BELUM MULA

206 206

206 206

206 206

618 618

44 38

44 40

44 50

44 48

176 176

206 206

44 44

206 206

456 456

44 44

44 44

88 88

1338 1338

Page 20: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN ... kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama ... Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan

TAHNIAHKepada Bahagian

Teknologi Maklumat

Dari Meja PengerusiMajlis Bersama Jabatan (MBJ)

Pengerusi & AJK MBJ (pihak pekerja) merakamkan jutaan terima kasih kepada

Pengurusan KESEDAR kerana melaksanakan “Successor’s Plan” melantik kedua-dua

Timbalan Pengurus Besar, Kenaikan Pangkat Gred 44 serta Pengesahan Pelbagai Gred/

Kumpulan Jawatan penjawat-penjawat KESEDAR. MBJ mengharapkan Transformasi

ini akan memperkasakan lagi suasana “Kasih & Sayang” demi menghasilkan suasana

ditempat kerja (environment) yang lebih “Harmoni”. Mereka juga diharap akan menjadi

Role Model kepada rakan sejawat disamping terus meneroka ruang-ruang baru sebagai

Value Added kepada Atitut, Kemahiran & Pengetahuan (Attitude, Skill & Knowledge) modal

insan penjawat awam dalam merealisasikan visi dan wawasan selari dengan hasrat

Kerajaan. Penjawat-penjawat yang telah Berjaya membuktikan kompetensi mereka

terdiri daripada perkhidmatan N44 (3), N41 (2), N27 (1), S27 (1), G27 (1), F27 (1), N17

(4), S17 (2).