penjawat awam gembira harga 27 barangan diego maradona ... · sempena sambutan aidilfitri awal jun...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 23 - 29 Mei 2019, 18 - 24 Ramadan 1440 Diego Maradona boikot filem kisah hidup Budaya malam tujuh likur semakin ditelan zaman Harga 27 barangan dikawal sempena Aidilfitri Penjawat awam gembira terima bonus tiga bulan OLEH NADIAH ZAMLUS & NORHAYATI UMOR GOMBAK - Selangor menyediakan peruntukan khas RM400 seorang bagi penggerak masjid dan RM300 seorang bagi petugas surau ber- sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat bayaran khas itu dikenali Insentif Mahabbah Ramadan yang diumumkan 17 Mei lalu. Untuk surau, kerajaan negeri me- nyediakan bayaran khas kepada pe- ngerusi surau, dua imam, bilal dan siak. Dato Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, insentif yang me- rangkumi 12,995 penerima itu membabitkan 2,053 surau dan 390 masjid di serata Selangor. Kerajaan Negeri memperuntuk- kan RM4.17 juta untuk tujuan ini, se- lain bayaran khas sebulan gaji untuk kakitangan awam dan agensi-agen- si terpilih bawah kerajaan negeri. “Kerajaan Negeri sentiasa mema- hami bebanan tugas yang dihadapi pihak pengurusan masjid dan surau, sepanjang Ramadan. Ada di antara petugas termasuk nazir, imam, bilal dan siak yang bekerja 24 jam. “Jika ada program sahur, awal- awal lagi mereka sudah bersedia dan sebelum waktu berbuka pua- sa, mereka inilah di antara indivi- du yang paling awal datang untuk melakukan persiapan,” katanya. Beliau menyatakan penghargaan Kerajaan Negeri ketika Program Iftar Bersama Jemaah Masjid At- Taqwa Selayang Baru, baru-baru ini, selepas pengumuman insen- tif tersebut. Selain penggerak institusi Islam, Insentif Mahabbah Se- langor juga dihulurkan kepada 19,244 penjawat awam negeri membabitkan peruntukan RM RM33.84 juta. Bercakap kepada penjawat awam Selangor, Amirudin men- jelaskan jumlah itu membabit- kan bantuan khas RM1,000 se- orang kepada 739 kakitangan jabatan Persekutuan yang ber- khidmat di negeri ini. Bayaran berkenaan akan di- buat sejurus selepas sambutan Aidilfitri, pada 7 Jun ini. Dalam pengumuman itu juga, beliau berkata insentif sebulan gaji termasuk dalam bantuan khas sebanyak tiga bulan gaji untuk tahun ini. “Ini bermakna, bantuan khas kewangan pada akhir tahun ini adalah penambahan dua bulan gaji berasaskan mata pencapai- an prestasi yang diperolehi ke- tua jabatan,” katanya. SHAH ALAM - Beberapa naib canselor universiti utama menyo- kong usaha kerajaan mengekal- kan kuota kemasukan 90 peratus pelajar Bumiputera bagi program matrikulasi. Keputusan kerajaan itu me- nyaksikan penambahan bilangan kemasukan mahasiswa kepada 40,000 tempat berbanding 25,000 sebelum ini. Universiti Putra Malaysia (UPM) berhujah, sistem kuota bukanlah bersifat perkauman dan menyo- kong penuh kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Naib Canselornya, Prof Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris berkata, isu sistem kuota tidak wajar dibang- kitkan kerana kemasukan melalui program matrikulasi, ASASI atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membabitkan semua kaum. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Ba- shawir Abdul Ghani berkata, kepu- tusan jemaah menteri itu amat adil kerana ia selari dengan matlamat asal program matrikulasi. Beliau berkata, UUM berdiri te- guh di belakang Dr Maszlee dalam isu pengekalan kuota kemasukan pelajar bagi program tersebut. Membela kenyataan Dr Masz- lee berhubung diskriminasi da- lam sektor swasta, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Asma Ismail berkata, pendidikan dan peluang peker- jaan sentiasa berkaitan. “Pendidikan menjadi mekanis- me penting dalam meningkatkan kebolehpasaran bakat masa ha- dapan yang perlu juga seimbang dan merapatkan jurang ketidak- samarataan yang ada. “Kenapa kita tidak pernah pun berani menyentuh keseluruhan sis- tem pendidikan yang ada secara telus dan holistik? Yang lebih pen- ting sekarang ialah reformasi terha- dap keseluruhan sistem pendidi- kan yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya. Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim pula berpandangan langkah mening- katkan bilangan pelajar ke matri- kulasi mengikut nisbah itu tidak wajar dipertikaikan. Katanya, golongan yang mem- persoalkan kewajaran nisbah pe- lajar perlu melihat agenda negara yang lebih besar, bukan menja- dikannya sebagai isu perkauman sempit. Selain mereka, media turut melaporkan sokongan penuh pe- mimpin-pemimpin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Uni- versiti Sultan Zainal Abidin (UniS- Za), Universiti Malaysia Terengga- nu (UMT) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Naib canselor bersuara, pertahan matrikulasi Bayaran khas Aidilfitri penggerak masjid, surau Dato' Menteri Besar bersama pemimpin Kerajaan Negeri dan penjawat awam menunjukkan simbol ' bonus tiga bulan' selepas mengumumkan Insentif Mahabbah Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 17 Mei. Foto oleh Asri Sapfie EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: vanthuy

Post on 22-Jun-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 23 - 29 Mei 2019, 18 - 24 Ramadan 1440

Diego Maradona boikot filem kisah hidup

Budaya malam tujuh likur semakin ditelan zaman

Harga 27 barangan dikawal sempena Aidilfitri

Penjawat awam gembira terima bonus tiga bulan

OLEH NADIAH ZAMLUS & NORHAYATI UMOR

GOMBAK - Selangor menyediakan peruntukan khas RM400 seorang bagi penggerak masjid dan RM300 seorang bagi petugas surau ber-sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini.

Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat bayaran khas itu dikenali Insentif Mahabbah Ramadan yang diumumkan 17 Mei lalu.

Untuk surau, kerajaan negeri me-nyediakan bayaran khas kepada pe-ngerusi surau, dua imam, bilal dan siak.

Dato Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, insentif yang me-rangkumi 12,995 penerima itu membabitkan 2,053 surau dan 390 masjid di serata Selangor.

Kerajaan Negeri memperuntuk-kan RM4.17 juta untuk tujuan ini, se-lain bayaran khas sebulan gaji untuk kakitangan awam dan agensi-agen-si terpilih bawah kerajaan negeri.

“Kerajaan Negeri sentiasa mema-hami bebanan tugas yang dihadapi pihak pengurusan masjid dan surau, sepanjang Ramadan. Ada di antara petugas termasuk nazir, imam, bilal dan siak yang bekerja 24 jam.

“Jika ada program sahur, awal- awal lagi mereka sudah bersedia dan sebelum waktu berbuka pua-sa, mereka inilah di antara indivi-du yang paling awal datang untuk melakukan persiapan,” katanya.

Beliau menyatakan penghargaan

Kerajaan Negeri ketika Program Iftar Bersama Jemaah Masjid At-Taqwa Selayang Baru, baru-baru ini, selepas pengumuman insen-tif tersebut.

Selain penggerak institusi Islam, Insentif Mahabbah Se-langor juga dihulurkan kepada

19,244 penjawat awam negeri membabitkan peruntukan RM RM33.84 juta.

Bercakap kepada penjawat awam Selangor, Amirudin men-jelaskan jumlah itu membabit-kan bantuan khas RM1,000 se- orang kepada 739 kakitangan

jabatan Persekutuan yang ber-khidmat di negeri ini.

Bayaran berkenaan akan di-buat sejurus selepas sambutan Aidilfitri, pada 7 Jun ini.

Dalam pengumuman itu juga, beliau berkata insentif sebulan gaji termasuk dalam bantuan

khas sebanyak tiga bulan gaji untuk tahun ini.

“Ini bermakna, bantuan khas kewangan pada akhir tahun ini adalah penambahan dua bulan gaji berasaskan mata pencapai-an prestasi yang diperolehi ke-tua jabatan,” katanya.

SHAH ALAM - Beberapa naib canselor universiti utama menyo-kong usaha kerajaan mengekal-kan kuota kemasukan 90 peratus pelajar Bumiputera bagi program matrikulasi.

Keputusan kerajaan itu me-nyaksikan penambahan bilangan kemasukan mahasiswa kepada 40,000 tempat berbanding 25,000 sebelum ini.

Universiti Putra Malaysia (UPM) berhujah, sistem kuota bukanlah bersifat perkauman dan menyo-kong penuh kenyataan Menteri

Pendidikan, Dr Maszlee Malik.Naib Canselornya, Prof Datin

Paduka Datuk Dr Aini Ideris berkata, isu sistem kuota tidak wajar dibang-kitkan kerana kemasukan melalui program matrikulasi, ASASI atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membabitkan semua kaum.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Ba-shawir Abdul Ghani berkata, kepu-tusan jemaah menteri itu amat adil kerana ia selari dengan matlamat asal program matrikulasi.

Beliau berkata, UUM berdiri te-

guh di belakang Dr Maszlee dalam isu pengekalan kuota kemasukan pelajar bagi program tersebut.

Membela kenyataan Dr Masz- lee berhubung diskriminasi da-lam sektor swasta, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Asma Ismail berkata, pendidikan dan peluang peker-jaan sentiasa berkaitan.

“Pendidikan menjadi mekanis-me penting dalam meningkatkan kebolehpasaran bakat masa ha-dapan yang perlu juga seimbang dan merapatkan jurang ketidak-

samarataan yang ada.“Kenapa kita tidak pernah pun

berani menyentuh keseluruhan sis- tem pendidikan yang ada secara telus dan holistik? Yang lebih pen-ting sekarang ialah reformasi terha- dap keseluruhan sistem pendidi-kan yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim pula berpandangan langkah mening-katkan bilangan pelajar ke matri-kulasi mengikut nisbah itu tidak

wajar dipertikaikan.Katanya, golongan yang mem-

persoalkan kewajaran nisbah pe-lajar perlu melihat agenda negara yang lebih besar, bukan menja-dikannya sebagai isu perkauman sempit.

Selain mereka, media turut melaporkan sokongan penuh pe-mimpin-pemimpin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Uni- versiti Sultan Zainal Abidin (UniS-Za), Universiti Malaysia Terengga-nu (UMT) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Naib canselor bersuara, pertahan matrikulasi

Bayaran khas Aidilfitri penggerak masjid, surau

Dato' Menteri Besar bersama pemimpin Kerajaan Negeri dan penjawat awam menunjukkan simbol ' bonus tiga bulan' selepas mengumumkan Insentif Mahabbah Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 17 Mei. Foto oleh Asri SapfieEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

2Utama

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Episod baru ternakan negara

Selangor bantu stabil harga ayamOLEH NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR - Selangor me-ngorak langkah bagi memimpin perusahaan ternakan negara apabila berjaya mengeluarkan makanan ternakan khasnya ayam berasaskan jagung bijirin yang dinamakan Jagungnaut Selangor Premier 1 (JSP1).

EXCO Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, kejayaan tanaman JSP1 dalam skala besar-besaran itu memberi impak besar kepada perusahaan penternakan ayam negara apabila tidak lagi ter-lalu bergantung kepada makanan ternakan import, sekali gus mem-beri kestabilan harga ayam di pas-aran.

“Di Sabak Bernam sahaja kita ada kira-kira enam juta ayam yang

diternak tidak termasuk tempat lain di Selangor dan negeri lain. Ini menyebabkan kita mengim-port banyak jagung bijirin bagi memenuhi keperluan makanan ayam ini.

“Bagaimanapun, dengan ke-jayaan projek penanaman ja-gung bijirin ini saya yakin kita mampu mencapai sasaran untuk menampung kira-kira satu perti-ga daripada bekalan jagung biji-rin ini kepada penternak seluruh negara, sekali gus mengurangkan risikojika berlaku harga pasaran makanan ternakan import tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Hala Tuju dan Rancangan Strategik Makanan Ternakan Se-langor di Ladang Perbadanan Ke-majuan Pertanian Selangor (PKPS) Sungai Tengi Selatan, di sini, pada 20 Mei lalu.

Ir Izham berkata, pada masa ini harga ayam di pasaran ba- nyak dipengaruhi harga makanan ternakan yang diimport ekoran kos bahan terbabit menelan ki-ra-kira 85 peratus daripada kos keseluruhan penternakan ayam.

Katanya, projek yang dijalan-kan Green World Genetic Sdn Bhd (GWG) dengan kerjasama PKPS itu diusahakan di atas tanah se-luas 54 hektar.

“Ini adalah kali pertama pro-jek penanaman jagung bijirin dibuat secara besar-besaran dan bersistematik yang secara pura-tanya kita memperoleh lima tan bagi setiap hektar.

“Selepas berbincang dengan GWG, saya berkeyakinan hasil-nya mampu dinaikkan ke 10 tan setiap hektar menjadikan pena-naman ini sangat ekonomik,” ka-tanya.

Buat apa ke Pavilion jika ada PKNSSHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menggunakan pe-luang hujung minggunya dengan menjenguk suasana Festival Ra-madan Selangor 2019 (FESTIRA’19) bertempat di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, pada 18 Mei lalu.

Katanya, beliau yang ditemani anak sulungnya, Amirul Haziq, sempat membeli beberapa ba-rangan persiapan sempena Aid-ilfitri tidak lama lagi.

“Kalau sudah ada kompleks PKNS, kenapa perlu ke Pavilion, tapi jika bawa isteri bersama, anda mungkin perlu bersedia un-tuk berjalan kira-kira dua jam dan tambahan masa satu jam lagi seki-ranya diseret ke SACC Mall.

“Tetapi orang ramai tidak perlu risau sekiranya terlajak waktu ber-buka, di luar kompleks PKNS ada bazar Ramadan yang menawar-kan pelbagai juadah berbuka yang

lazat,” tulisnya di Instagram peri-badi miliknya.

FESTIRA’19 edisi ke-7 anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) berlangsung di tiga lokasi iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Kompleks PKNS Bangi.

Menyasarkan seramai 2.5 juta pengunjung kali ini, FESTIRA’19 turut menyediakan pembayaran transaksi tanpa tunai dan aplikasi e-dompet.

Menariknya, karnival itu turutmenyediakan pengisian aktiviti pentas antaranya pertandingan pencarian bilal muda, pertan-dingan mencanting batik, per-sembahan buskers dan aktiviti memasang pelita yang bermula dari 11 Mei hingga 2 Jun ini.

Pengunjung juga berpeluang merebut hadiah duit raya berjumlah RM22,000 bagi pembelian melebihi RM200 bagi mereka yang membe-li belah di semua bangunan PKNS.

Jom solat Jumaat di bumbung KLIASHAH ALAM - Penumpang dan pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini boleh menunaikan solat Jumaat di kawasan atas bumbung apabila musolla di ka-wasan parkir blok B beroperasi secara rasmi, sejak 10 Mei lalu.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkongsi de-tik kali pertama solat Jumaat dilangsungkan di situ selepas mendapat persetujuan daripada Pejabat Agama Daerah Sepang.

“Kami amat gembira dengan sambutan menggalakkan sem-pena pembukaan musolla untuk solat Jumaat di kawasan parkir blok B, Lapangan Terbang KL tengah hari semalam (10 Mei).

“Pembukaan musolla ini salah satu inisiatif Malaysia Airports untuk memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat teru-tama warga kerja dan penum-pang.

“Haa, musolla pun dah dekat, jangan sia-siakan peluang untuk

mengumpul saham akhirat kita di bulan yang mulia ini ya!” ka-tanya di Facebook rasmi MAHB.

Musolla yang mampu memuat-kan hampir 1,000 jemaah dalam satu-satu masa itu menyediakan lebih 50 unit paip bagi pengambi-lan wuduk, pendingin hawa, kipas gergasi dan kipas berwap sejuk di

semua sudut.SelangorKini sebelum ini me-

laporkan MAHB menafikan ruang solat itu sedia digunakan untuk umat Islam menunaikan solat Ju-maat bermula 5 April lalu susu-lan penyebaran beberapa keping gambar menerusi aplikasi Whats-App, pada 3 April lalu.

Foto

: Fac

eboo

k Mal

aysia

Airp

ort

Manfaat Ramadan dengan bacaan al-QuranSHAH ALAM - Manfaatkan Ra-madan dengan membaca dan menghayati al-Quran, itu pesan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari sempena Sambutan Nu-zul Al-Quran, pada 22 Mei lalu.

Katanya, pada masa sama umat Islam perlu mengambil pengajaran dari perintah dan fir-man Allah SWT di dalam al-Quran.

“Bulan Ramadan yang mulia adalah di mana diturunkan al-Quran sebagai panduan kepada umat Islam.

“Peristiwa penurunan ayat al-Quran seperti dalam firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 menjadi iktibar kepada kita semua agar sentiasa berpegang kepada al-Quran dan

Sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan sepanjang zaman,” tu-lisnya di laman twitter.

Nuzul al-Quran merujuk ke-pada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripa-da keputeraan baginda.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Insentif Mahabbah

Bonus tiga bulan tahun ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Sela-ngor mengumumkan pembe-rian bantuan khas kewangan, Insentif Mahabbah Selangor satu bulan gaji kepada 19,244 penjawat awam di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari turut mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada 739 kakitangan jabatan Perse-kutuan yang berkhidmat di Se-langor membabitkan implikasi kewangan RM33.84 juta.

Kerajaan Negeri turut mem-buat keputusan memukta-madkan jumlah bantuan khas kewangan untuk tahun ini se-banyak tiga bulan gaji.

“Ini bermakna, bantuan khas kewangan pada akhir tahun ini adalah penambahan dua bulan gaji berasaskan mata pencapa-ian prestasi yang diperolehi ke-tua jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat

Awam Kerajaan Selangor, di Au-ditorium Dewan Jubli Perak, SUK, baru-baru ini.

Menurut beliau, semua pem-berian itu akan dibayar pada 7 Jun membabitkan implikasi ke-wangan sebanyak RM 33.84 juta.

“Tarikh pembayaran dipilih selepas Hari Raya kerana ia ber-manfaat kepada penjawat awam yang menerima gaji pada 24 atau 24 Mei ini. Jadi ia boleh di-gunakan selepas Hari Raya.

“Bantuan Khas Kewangan Hari Raya itu juga akan diberi-kan kepada 1,521 kakitangan beberapa syarikat berkaitan ke-rajaan negeri (GLC) serta organi-sasi strategik negeri,” katanya.

Antaranya UNISEL, Yayasan Hijrah Selangor, Tourism Sela-ngor, Invest Selangor, Commu-nication Corporation Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor, Inspens dan Landasan Lumayan.

Turut diberikan kepada SSDU Inovations, SmartSel Sdn Bhd, Bukit Beruntung Golf & Coun-try Resort Berhad, Institut Darul

Ehsan dan Pusat Jagaan Rumah Puteri Arafiah yang melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM 5, 621, 200.75 (RM 5.621 juta).

Sementara itu, Amirudin turut mengumumkan bantuan khas kewangan Insentif Mahabbah Ramadan yang melibatkan 2053 surau dan 390 masjid di Sela-ngor membabitkan sejumlah RM 4.1715 juta.

“Petugas masjid kariah terdiri daripada nazir, imam satu dan imam dua, bilal satu dan dua serta siak satu dan siak akan menerima setiap seorang RM 400.

“Manakala petugas surau pula yang terdiri daripada pengeru-si surau, imam satu dan imam dua, seorang bilal dan seorang siak surau akan menerima setiap seorang RM 300.

“Bayaran ini merangkumi se-ramai 12, 995 petugas masjid dan surau seluruh Selangor dan bayaran ini akan diberikan kepa-da Pejabat Agama setiap daerah sebelum Aidilfitri,” katanya.

Cari jalan elak kenaikan tarif airSHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan mencari jalan terbaik untuk mengelakkan kemungkinan ke-naikan tarif air, di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya sedang membuat pengiraan berhubung isu itu dan dijangka akan men-gumumkan selewat-lewatnya Julai ini.

Bagaimanapun, katanya, ke-naikan tarif itu tidak berkaitan dengan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang dijangka berope-

rasi Ogos ini.“Tiada kaitan dengan Langat

2, ia hanya berkaitan dengan berapa lama kita tidak naikkan tarif air dan kestabilan kedudu-kan kewangan negeri.

“Saya sedang membuat pe-ngiraan, apa yang penting kita cuba meminimumkan tekanan jika ada kenaikan tarif,” katanya ketika ditemui selepas program Rapat Ramadan Bersama Pen-jawat awam, baru-baru ini.

Amirudin berkata, Kerajaan

Negeri juga akan mengurang-kan kesan sampingan sebanyak mungkin jika mempunyai lebi-han pendapatan.

“Kita akan mencari jalan se-baik mungkin untuk mengelak-kan kenaikan, bergantung kepada model perniagaan Air Selangor.

“Saya lebih suka untuk me-ngurangkan sebanyak mungkin kesan sampingan kerana kita li-hat tahun ini ekonomi masih be-lum pulih,” katanya.

Tanda percaya, hargai penjawat awam

Bonus ini juga adalah bukti Kerajaan Ne-geri memberi kepercayaan penuh kepa-da penjawat awam dalam menjalankan dasar kerajaan tanpa prejudis.

“Alhamdulillah, dari segi masa pemberian sangat bersesuaian, biasa kita belanja persediaan raya dengan duit gaji, jadi beri pada hari ketiga raya boleh tampung perbelanjaan selepas raya

- Sulaiman Azhar Halpi, Pegawai Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK

Pada saya Dato’ Menteri Besar tahu bagaimana hendak menjadikan penjawat

awam yang selama ini ‘penumpang menjadi pemandu’, pada saya itu se-suatu yang sangat hebat.

“Ucapan tahniah kepada Dato’ Men-teri Besar kerana keluar dengan sesuatu

yang lain, ia bukan sekadar berapa jumlah dibayar tetapi konsepnya. Bila semua bekerja

bersungguh, yang dapat manfaat adalah rakyat

- Mastura Muhamad,Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Saya ucap terima kasih banyak kepada kepimpinan Selangor kerana masih menjaga kebajikan penjawat awam

- Raihana Jamilla Jamaluddin, Penolong Pegawai Tanah Pejabat Tanah dan Galian Selangor

Penjawat awam menyifatkan Insentif Mahabbah Selangor satu bulan gaji sempena sambutan Aidilfitri sebagai tanda penghargaan daripada Kerajaan Negeri.

RM��� juta hasil premium tanah setakat AprilSHAH ALAM - Selangor berjaya mengutip hasil premium tanah se-banyak RM456 juta iaitu pada ka-dar 42.5 peratus setakat 30 April tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah itu mening-kat berbanding RM185 juta iai-tu 17 peratus bagi tempoh sama pada 2018.

Katanya, ia menunjukkan per-bezaan peningkatan 25.5 peratus dalam tempoh itu.

“Manakala, kutipan cukai ta-nah semasa termasuk tunggakan sehingga 30 April ini berjumlah RM245 juta dan kutipan cukai petak dan tunggakan berjumlah RM8.1 juta.

“Jumlah keseluruhan yang di-kutip adalah sebanyak RM 253.4 juta berbanding RM250.5 juta dalam tempoh yang sama pada ta-hun 2018,” katanya pada program Rapat Ramadan bersama penjawat awam di Dewan Jubli Perak, SUK, baru-baru ini.

Amirudin berkata, hasil daripa-da urusan tanah adalah penyum-bang terbesar pendapatan kepada Negeri ini.

Justeru, beliau mahu, seluruh warga Perkhidmatan Awam Sela-

Kutipan cukai tanah semasa termasuk tunggakan sehingga 30 April ini berjumlah RM245 juta dan kutipan cukai petak dan tunggakan berjumlah RM8.1 juta. Jumlah keseluruhan yang dikutip adalah sebanyak RM253.4 jutaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

ngor berganding bahu membantu Kerajaan Negeri dalam mereali-sasikan strategi yang dirancang menerusi Belanjawan 2019.

“Ini termasuk usaha penjajaran serta peningkatan keberkesanan program- program peduli rakyat berpaksikan agenda Merancakkan Ekonomi, Memberdayakan Rak- yat dan Mensejahterakan Negeri,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

4Utama

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

PENASIHAT Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN Fathi Aris Omar

PENGARANG Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan Taib

WARTAWAN: Nazli Ibrahim [email protected], Afix Redzuan [email protected],

Norhayati Umor [email protected], Sheeda Fathil [email protected]

Nadiah Zamlus [email protected] Muzammil [email protected]

JURUGAMBAR Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofREKA LETAK Mohd Azwa, Nor Azarina, Farah Azila, Zul Albani

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANANNadhrah Azlan [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Simbah cat merah, lempar molotov cocktail

Tindakan pengecut

OLEH AFIX REDZUAN

RAWANG - Dua kejadian ancaman dan ugutan terhadap Pengarah Ja-batan Penguatkuasaan dan Kesela-matan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Norhayati Ahmad, disifatkan perbuatan pengecut serta tidak ber-tanggungjawab.

Setiausaha Politik kepada Men-teri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham berkata, pihaknya menzahirkan rasa simpati atas ke-jadian yang berlaku dan akan terus menyokong serta mempertahan- kan penjawat awam baik di pering-kat Kerajaan Negeri juga Persekutuan.

“Kehadiran kami memberikan sokongan moral dan solidariti ke-pada kejadian yang berlaku seba-nyak dua kali.

“Kita sama sekali beranggapan bahawa ini satu tindakan penge-cut dan tidak bertanggungjawab,

berkemungkinan dilakukan untuk menggugat keselamatan atau me-ngurangkan tindakan tegas diambil MPS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meluangkan masa lebih setengah jam menziarahi ke-luarga Norhayati, 40 dan suami, Muhamad Norsam Md Arof, 42, di Taman Muhibbah, Rawang, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Gombak Se-tia itu juga memaklumkan Parlimen Gombak sedang meneliti beberapa isu yang perlu diselesaikan dengan kerjasama MPS dan pasukannya tetap bersemangat serta bersedia untuk bertindak.

Pada 28 April lalu, kawasan an-jung kediaman Norhayati dilempar cat merah sehingga mengakibat-kan kerosakan dua kenderaan yang diparkir di dalam rumah.

Perkara itu disedari suami-

nya sekitar jam 7 pagi selepas ter-hidu bau cat yang kuat, manaka-la Norhayati ketika itu berada di Shanghai, China atas urusan kerja.

Tidak terhenti di situ, ancaman kedua dilakukan pada awal pagi 13 Mei lalu apabila molotov cock-tail dilemparkan ke atas bumbung rumahnya yang mengakibatkan ke-bakaran kecil.

Dentuman kuat yang turut didengari jiran menyebabkan me-reka keluar untuk melihat keadaan serta membantu memadamkan ke-bakaran.

Kesan daripada kejadian itu me-nyebabkan enam kereta rosak ter-kena percikan cat dan laporan polis turut dibuat.

Difahamkan, kes terbabit masih disiasat polis dan pihak MPS turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kawasan rumah serta kejiranan Norhayati.

Norhayati menunjukkan kawasan luar rumahnya yang disimbah cat merah kepada Hilman

MB jumpa Ketua Polis NegeriGOMBAK - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari memaklumkan sudah bertemu Ketua Polis Ne- geri, Datuk Noor Azam Jamaludin, bagi membincangkan isu pega-wai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang didakwa diugut gang-ster, baru-baru ini.

Beliau berkata, beliau meman-dang serius isu terbabit dan ber-harap supaya kes disiasat dengan teliti.

Katanya, ia ekoran kes yang membabitkan ugutan hampir sama berlaku terhadap penguat kuasa di seluruh Selangor.

“Saya juga akan bawa perkara ini ke dalam Majlis Keselamatan Negeri dan akan mencadangkan kepada pihak Persekutuan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Kerajaan Negeri mahu mena-ngani masalah gangsterisme ala mafia yang dilihat cuba mena-kutkan pegawai. Ia juga perkem-bangan tidak sihat dan jika tidak ditangani dengan baik kemungki-nan undang-undang negeri juga negara akan terganggu,” katanya kepada SelangorKini selepas mela-wat Bazar Ramadan Selayang Baru, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian

bagi mengulas kejadian ugutan membabitkan rumah milik Pe-ngarah Penguatkuasa MPS di Ta-man Muhibbah, Rawang yang diserang menggunakan cat ber-warna merah hingga menye-babkan dua kenderaan milik mangsa rosak.

Sementara itu, mangsa, Norhayati Ahmad, 40, berkata ancaman diterimanya itu tidak menghilangkan semangatnya yang baharu dua bulan mengam-bil alih jawatan itu.

Katanya, dua laporan polis dibuat di Balai Polis Rawang dan menganggap ancaman diteriman serius dengan motif tertentu, na-mun tidak tahu siapa yang ber-tanggungjawab melakukannya.

“Saya tidak pernah terima se-barang ugutan sebelum ini. Sudah tentu apa yang berlaku membuat-kan saya berasa takut kerana ia turut memberi kesan kepada jiran yang bimbang dengan keselamatan diri masing-masing,” katanya.

Ekoran kejadian itu, kawalan keselamatan di kediamannya di-pertingkat melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) selain rondaan anggota polis dan pe- nguat kuasa MPS.

Polis buru ‘Man Puchong’KUALA LUMPUR - Polis memburu individu Jafni Abdullah atau dike-nali sebagai ‘Man Puchong’ bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap seorang pengarah pe-nguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS), baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pi-haknya sebelum ini sudah menge-luarkan arahan supaya individu berkenaan tampil menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

“Tiada sebarang tangkapan ter-baru dibuat setakat ini, manakala individu lain yang ditahan sudah diambil keterangan. Setakat ini,

Man Puchong masih belum tampil untuk membantu siasatan,” kata-nya ketika dihubungi BERNAMA.

Sebelum ini, pihak polis ber-jaya menahan lapan lelaki dan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kes ugutan terbabit.

Pada 28 April lalu, rumah dan kereta Pengarah Penguat Kua-sa MPS di Taman Muhibbah, Ra-wang, itu diserang oleh beberapa lelaki.

Dua kenderaan milik mang-sa turut disimbah cat berwarna merah selain tong cat berisi paku, besi dan serpihan kertas telah dibakar dengan mercun.

Kes disiasat di bawah Seksyen

435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat de-ngan api. – BERNAMA

Tiada sebarang tangkapan terbaru dibuat setakat ini, manakala individu lain yang ditahan sudah diambil keterangan. Setakat ini, Man Puchong masih belum tampil untuk membantu siasatanNOOR AZAMKetua Polis Selangor

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional5SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Elak lihat melalui kacamata perkauman

Matrikulasi penting kekal keharmonianSHAH ALAM - Program matrikulasi yang memberi peluang kepada pe-lajar Bumiputera tidak wajar dilihat melalui kacamata perkauman kera-na peranan besarnya adalah untuk mengekalkan keharmonian negara melalui penglibatan saksama anta-ra semua kaum dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, jurang nisbah mengikut kaum yang terlibat dalam bidang sains, teknologi dan profesional masih ketara di mana Bumiputera masih

ketinggalan.“Seperti contohnya, dalam bi-

dang perubatan, mengikut sum-ber Majlis Perubatan Malaysia pada 2018, terdapat 24,891 golongan bumiputera berbanding 48,228 kaum lain, mengikut sumber Lem-baga Jurutera Malaysia pada 2017, terdapat hanya 36,024 bumiputera berbanding dengan 101,478 kaum lain yang terlibat dalam bidang profesional itu.

“Jarak jurang ini perlu dirapat-kan demi untuk mewujudkan ke-harmonian agar keresahan dan kesangsian dalam masyarakat

dapat dibendung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Az-raii berkata sensitiviti perkauman perlu dijaga agar ia tidak diperalat-kan demi kepentingan sempit yang hanya akan menimbulkan keresa-han dalam kalangan masyarakat.

Katanya lagi, golongan yang mempersoalkan tindakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang mempertahankan kuota matrikula-si untuk bumiputera perlu melihat agenda negara yang lebih besar dari hanya menjadikan ia sebagai isu perkauman yang sempit.

“UiTM menggesa semua pihak agar lebih berhati-hati dan tidak mempolemikkan pendidikan nega-ra dan mengikut panduan kehar-monian dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” ka-tanya.

Katanya, jika hal ini berlanjutan, kita akan hanya menghabiskan us-aha dan tenaga berbalah dengan prejudis sehingga menjejaskan usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan ke-adilan sosial demi Malaysia baharu. – BERNAMA

Tidak jejas lepasan STPM ke UAPUTRAJAYA - Pertambahan seba-nyak 15,000 tempat untuk program Matrikulasi yang diputuskan Kabi-net baru-baru ini tidak akan men-jejaskan pengambilan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, kemen-terian mengamalkan prinsip meri-tokrasi dalam pengambilan pelajar.

“Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA (institusi pen-

didikan tinggi awam),” katanya.Menjelas lanjut, KPM berka-

ta calon-calon yang layak dan memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian serta krite-ria pemilihan yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan berdasar-kan kepada pilihan program pen-gajian yang dipohon.

Katanya proses pemilihan pe-lajar bergantung kepada pengi-raan markah merit iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Menurut KPM, markah aka-demik bagi kedua-dua lepasan STPM dan Matrikulasi adalah ber-dasarkan Purata Nilai Gred Keselu-ruhan (PNGK) yang diperoleh calon

yang memohon.“Kejayaan mendapat tempat di

UA bergantung sepenuhnya ke-pada markah merit, tempat yang disediakan serta kelayakan calon dan bukannya bergantung kepada kategori calon tersebut,” katanya.

Selain itu, KPM berkata bilang-an tempat yang boleh ditawarkan juga bergantung kepada prasarana dan kapasiti UA.

KPM berkata dalam tempoh dua tahun sejak 2017, tawaran untuk lepasan STPM telah menunjuk-kan pertambahan sebanyak 4,242 (21.07 peratus), manakala lepas-an Matrikulasi meningkat seban-yak 1,981 tawaran (10.83 peratus) pada sesi 2018/2019. – BERNAMA

Wajib selesai sisa buangan walaupun berpindah KUANTAN - Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) wajib menyelesaikan masalah sisa buangannya di Ge-beng di sini, walaupun memin-dahkan operasinya ke negara lain.

Pengerusi Pakatan Harapan Pa-hang, Fuziah Salleh berkata, Lynas juga perlu bertanggungjawab ke-pada nasib pekerja mereka dan me-matuhi hak yang dijamin di bawah Undang-Undang Buruh jika mereka menamatkan operasi di sini.

“Lynas wajib menyelesaikan masalah sisa buangan di Gebeng walaupun sekiranya mereka ber-pindah. Itu adalah tanggungjawab mereka. Keluar dari Malaysia tidak bermakna (mereka) tidak perlu menyelesaikan masalah sisa bua-ngan yang banyak di sini.

“Mereka boleh keluar (dari Ma-laysia) tetapi mesti bertanggung-

jawab ke atas pekerja dan sisa buangan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fuziah yang juga Anggota Par-limen Kuantan berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita, yang melapork-an Lynas Corp telah menandata- ngani memorandum persefaha-man dengan Blue Line Corp yang

berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat untuk membina kilang baharu di negara itu.

Tindakan itu didakwa dibuat berdasarkan perkembangan di Malaysia yang mengarahkan Lynas untuk mengeluarkan sisa buangan-nya sebelum lesen operasinya yang dijadual tamat pada 2 September ini dapat diperbaharui. -BERNAMA

Dr Mohd Azraai

�� barangan dikawal sempena AidilfitriKUALA LUMPUR - Sebanyak 27 jenis barang disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) ber-sempena Hari Raya Aidilfitri 2019.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, SHMMP dilaksana bermula 21 Mei sehing-ga 19 Jun.

“Tempoh kuat kuasa skim ini selama 30 hari…15 hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan 14 hari selepas hari perayaan ber-banding 15 hari pelaksanaannya sebelum ini.

“Terdapat perubahan barang-an dalam SHMMP berbanding ta-hun lepas melibatkan ikan segar beku kembung, ikan segar beku selar, ikan segar beku selayang, kacang panjang, kacang tanah dan cili kering dimasukkan pada pelaksanaan skim tahun ini,” kat-anya dalam kenyataan.

Beliau berkata, peniaga turut diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentu-kan kerajaan dan meletakkan tan-da harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan de-ngan barangan lain.

Beliau berkata tindakan tegas termasuk denda dan tindakan mahkamah akan diambil terha-dap mereka yang gagal mema-tuhi peraturan di bawah skim itu.

“Dalam usaha untuk melin-dungi pengguna, kementerian turut meningkatkan keberadaan pegawai penguatkuasa di tempat terpilih yang menjadi tumpuan orang ramai melalui tindakan

‘omnipresence’.“Ini bertujuan mewujudkan

ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika me-lalui kehadiran pegawai penguat-kuasa,” katanya.

Selain itu, KPDNHEP turut memperkukuh pemantauan harga dengan kerjasama pel- bagai pihak iaitu pegawai peman-tau harga, Friends Of KPDNHEP dan kerajaan negeri serta agensi kerajaan termasuk penglibatan penghulu dalam usaha peman-tauan dan penyaluran maklumat kenaikan harga barang, katanya.

Beliau berkata, kementerian turut mewujudkan Skuad Tinda-kan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha untuk menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan.

“Pengguna boleh salurkan seba-rang aduan melalui portal [email protected], WhatsApp ke 0192794317, talian pusat panggilan 1800 886 800, dan aplikasi telefon pintar Ez ADU jika terdapat peniaga yang tidak mematuhi undang-un-dang berkenaan skim ini,” katanya. - BERNAMA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

6Rencana

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Tangan rakyat tentukan aspirasi PAKATAN

Pelajari pancaroba setahunOleh ZIN MAHMUD

Pada 9 Mei lalu, gena-plah setahun usia kera-jaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan

Malaysia dan negeri-negeri Ke-dah, Pulau Pinang, Perak, Selan-gor, Negeri Sembilan dan Johor. Di Sabah, kerajaan campuran pimpinan Parti Warisan adalah sekutu pada PAKATAN.

Semuanya serba baharu. PA-KATAN bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 buat per-tama kalinya dengan menggu-nakan lambang Parti Keadilan Rakyat di Semenanjung Malaysia dan meraih kemenangan. Ia juga serba baharu bagi Pulau Pinang, dan Selangor, kerana kerajaan negeri sebelum itu adalah Pa- katan Rakyat, bukannya Pakatan Harapan.

Terdapat perbezaan besar an-tara Pakatan Harapan dan Paka-tan Rakyat. Pakatan Harapan ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara teta-pi tiada PAS. Pakatan Rakyat ada PAS tetapi tiada Bersatu. Tetapi bukan itu sahaja.

Pakatan Harapan ada Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pakatan Rakyat ada Nik Aziz teta-pi tiada Dr Mahathir.

Pakatan Rakyat pertama kali bertanding PRU pada tahun 2013 kerana dalam pilihan raya tahun 2008, Pakatan Rakyat belum di-tubuhkan. Parti-partinya bertan-ding sebagai Barisan Alternatif yang bekerjasama dengan DAP.

Turut bekerjasama ialah Par-ti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding menggunakan lam-bang PKR. Bukan saja Pakatan Rakyat gagal mendapatkan kera- jaan persekutuan tetapi juga ke-hilangan negeri Kedah dan Perak. Ia juga merupakan suatu kema-juan bagi Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi pada 9 Mei 2018, BN bukan saja kehilangan kerajaan persekutuan tetapi juga negeri-negeri Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah. Memang wajar Najib melepaskan jawatan Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Era Reformasi

Untuk menyebut istilah "ke-rajaan Pakatan Harapan" adalah tidak tepat. Begitu juga untuk menyebut kerajaan BN. Apabi-la sesebuah parti, atau kumpu-lan parti membentuk kerajaan, ia adalah kerajaan rakyat Malaysia. Kerajaan pilihan rakyat. Mereka mewakili rakyat untuk mentad-bir negara.

Parti politik hanyalah wadah dan jentera dalam proses de-mokrasi berparlimen. Ketua ke-rajaan adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Perdana Menteri Pakatan Harapan. Ahli

parlimen pula mewakili keselu-ruhan rakyat kawasan parlimen-nya, dan bukan wakil partinya semata-mata.

Jadi apakah kedudukan kera-jaan Malaysia yang dipilih pada PRU ke-14 berbanding dengan kerajaan Malaysia yang dipilih pada PRU sebelumnya?

Daripada reaksi orang ramai yang terakam melalui media so-sial, terdapat tiga reaksi: Penyo-kong kerajaan, pembangkang dan tidak mengambil sikap.

Istilah yang dilontarkan oleh sebahagian penyokong PAKA-TAN ketika mula kerajaan ini di-tubuhkan ialah Malaysia Baharu dengan slogan Membina Semula Negara. Maka kerajaan baharu ini wajar dipanggil kerajaan Malay-sia Baharu.

Tentu akhirnya ia akan menjadi lama dan kalau tidak memenuhi kehendak majoriti pengundi, maka Malaysia Baharu ini akan ditolak. Istilah Malaysia Baharu ini adalah untuk membezakan-nya dengan keadaan sebelum itu, iaitu Malaysia Lama. Malaysia Lama bermula dari 16 September 1963 sampailah 9 Mei 2018. Ber-mula 10 Mei 2018, yang ada ia-lah Malaysia Baharu. Maka tarikh 10 Mei lalu adalah tahun kedua Malaysia Baharu.

Cuba lihat Indonesia ketika Presiden Sukarno dijatuhkan. Pemerintah baharu Presiden Suharto dinamakan Order Baru. Maka dengan sendirinya peme-rintahan Sukarno dipandang se-bagai Order Lama. Maka Order Lama dikira bermula dari 17 Ogos 1945 hinggalah Sukarno tum-bang dan digantikan oleh Suhar-to. Order Baru berakhir dengan tumbangnya Suharto. Selepas itu ia disebut sebagai Era Reformasi.

Sebab lain

Setiap warga negara mempu-nyai keutamaan yang berbeza walaupun secara umumnya, ke-pentingan rakyat adalah kehidu-pan yang lebih baik, makmur dan selesa, dari segi ekonomi dan perkara-perkara lain seperti ke-amanan dan keselamatan.

Tetapi sebahagian warga negara pula meletakkan soal ekonomi dan material sebagai peringkat kedua. Yang pertama adalah soal jati diri atau identiti mereka, iaitu agama, kaum dan sensitiviti emosi mereka. Bila- ngan mereka juga besar dan ber-pengaruh.

Sementara sebahagian ke-cil termasuk penulis menguta-makan idealisme, lebih daripada ekonomi dan identiti. Idealisme yang dimaksudkan adalah perka-ra-perkara yang menjadi ciri-ciri demokrasi. Umpamanya kebe-basan berfikiran, berpendapat, berhujah, bersuara dan menulis, di samping keadilan dan nilai-ni-lai murni seperti bersih daripada rasuah dan penyelewengan.

Dengan perbezaan keuta-maan ini, tentulah penilaian seseorang terhadap Malaysia Baharu dan Membina Semula Negara membawa penekanan dan pendekatan berbeza. Bagi penulis, yang cenderung pada idealisme, tentunya mengharap-kan Malaysia Baharu membawa perubahan dari segi percamba- han kegiatan fikiran dan berkarya.

Perkara utama bagi penulis ialah tiada lagi amalan peng-haraman buku, sebarang buku. Buku yang diharamkan oleh kerajaan BN pula perlu dibatal-kan. Langkah ini diikuti dengan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang selama ini menyekat kebebasan bersuara. Ia juga diikuti dengan peman-suhan Akta Hasutan bagi kebe-basan perbincangan.

Tetapi perkara itu tidaklah ber-laku sepanjang tahun PAKATAN berkuasa. Banyak isu lain yang perlu ditangani dahulu. Banta-han sebahagian rakyat terhadap Konvensyen Pembasmian Seba-rang Bentuk Diskriminasi (ICERD) dan Statut Rom memperlihatkan terdapat banyak rakyat tidak ber-sedia atau tidak mahu reformasi ke arah pembentukan negara de-mokratik penuh.

Maknanya pada 9 Mei tahun lalu itu rakyat memilih PAKATAN

kerana sebab-sebab lain. Umpa-manya soal ekonomi yang ter-serlah dengan penolakan rakyat terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Begitu juga dengan isu 1Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB) adalah juga berkaitan dengan ekonomi.

Belum ketara

Terdapat banyak perkara yang telah kerajaan PH lakukan ter- hadap ekonomi. Perkara itu jelas terpapar daripada tindakan-tin-dakan Perdana Menteri, tetapi kesannya belum ketara. Harga barangan tetap melambung. Kos sara hidup tetap tinggi kerana dasar-dasar itu memakan masa

untuk berkesan.Bukan itu saja, perkemba-

ngan peringkat global juga ber-laku, yang tidak disangka-sangka dan berada di luar kawalan dan pengaruh kerajaan. Hing-gakan penasihat kerajaan Tun Daim Zainuddin meminta rak-yat menunggu enam bulan lagi untuk menyaksikan perubahan dalam ekonomi.

Gelagat sebahagian menteri-menteri dan ahli-ahli politik PA-KATAN juga menimbulkan rasa tidak senang rakyat, termasuk penyokong mereka sendiri. Ini diapi-apikan lagi oleh pihak BN.

Melihat perkembangan ini, maka dapat dirasakan kerapuhan wibawa PAKATAN. Lebih-lebih lagi UMNO dan PAS menggu-nakan strategi yang berlaraskan perkauman.

Kemudian, jentera kerajaan dan lembaga-lembagai berkai-tannya tidak menunjukkan keke-masan dalam melaksanakan aspirasi PAKATAN. Bukan saja mereka bekerja cara lama yang sudah biasa tetapi semangat pun tidak kelihatan untuk mencetus-kan pembaharuan.

Namun kuasa tetap ada pada kerajaan PAKATAN. Banyak pen-capaian juga telah diperoleh. Kerajaan tetap berjaya apabila sampai pada waktu genap seta-hunnya. Ada empat tahun lagi. Dalam keadaan ini, tidak ada jalan lain selain daripada akti- vis PAKATAN terus bergerak dan pelajari apa yang berlaku sepan-jang tahun ini, dan mengorak langkah untuk berjaya bagi si-sa-sisa tempoh penggal ini.

Sementara rakyat perlu juga ikut serta untuk menjayakan as-pirasi kerajaan. Tetapi jika keba-nyakan rakyat mengambil sikap tidak bekerjasama, lebih-lebih lagi turut melemahkan kerajaan, maka aspirasi PAKATAN pasti gagal.

Akhirnya, ia terpulang pada rakyat untuk menyambung perkhidmatan PAKATAN. Walau-pun mungkin akhirnya kerajaan PAKATAN melakukan sesuatu yang terbaik menurut fahaman-nya, tetapi kalau rakyat menolak, maka sistem demokrasi memberi ruang pada aspirasi yang ber- lainan pula.

Zin Mahmud bekas pengarang kanan Utusan Malaysia dengan pengalaman lebih tiga dekad se-bagai wartawan, termasuk de-ngan penerbitan alternatif.

Banyak pencapaian juga telah diperoleh.

Kerajaan tetap berjaya apabila

sampai pada waktu genap setahunnya.

Ada empat tahun lagi. Dalam keadaan

ini, tidak ada jalan lain selain daripada

aktivis PAKATAN terus bergerak dan pelajari

apa yang berlaku sepanjang tahun

ini, dan mengorak langkah untuk

berjaya bagi sisa-sisa tempoh penggal ini

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Global7SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Rusuhan sambut Jokowi menang

Maradona boikot filem kisah hidupBUENOS AIRES - Legenda bola sepak Diego Maradona kecewa dengan filem baru mengenai kehidupannya, lalu menyaran orang ramai memboikot tayang-annya bulan depan.

Bekas penyerang Argentina itu tidak senang dengan label "hustler" pada judul dokumentari "Diego Maradona: Rebel. Hero. Hustler. God." yang akan dita- yang 14 Jun ini.

"Jika mereka meletakkannya untuk menarik orang pergi dan menontonnya, maka saya fikir

mereka melakukannya dengan cara yang salah.

"Saya tidak suka judul itu, dan jika saya tidak suka tajuk, saya tidak akan menyukai filem itu. Jangan pergi dan menontonnya," katanya kepada Univision.

Dokumentari dua jam itu ha-sil kerja pengarah Asif Kapa-dia, yang pernah memenangi anugerah dua filem, Amy dan Senna.

"Kami menggali arkib-arkib lama, banyak imej yang beliau sendiri tidak pernah melihatnya,

tentang keluarganya dan zaman kanak-kanaknya," kata pengarah itu kepada Reuters.

Maradona, 58, kini jurulatih di Mexico, mencetuskan kon-troversi apabila menggunakan tangannya untuk menjaringkan gol pada perlawanan Piala Du-nia 1986.

Selain negaranya, beliau juga pernah mewakili kelab-kelab terkenal seperti Barcelona dan Napoli. Pemain nombor 10 itu melatih pasukan Dorados de Sinaloa di Culiacán, Mexico.

JAKARTA - Rusuhan yang tercetus di sini bagi membantah kemenangan Presiden Joko Widodo mengakibatkan enam maut dan lebih 200 orang cedera.

“Menjelang jam 9 pagi (22 Mei), 200 yang cedera dibawa ke lima hospital. Sementara enam lagi terbunuh,” kata Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, seperti dilapor Reuters.

Ahli politik itu, popular dengan sing-katan nama Jokowi, meraih 55.5 peratus undi berbanding pencabarnya Prabowo Subianto yang berjaya mengumpul 44.5 peratus sahaja.

Tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan 21 Mei lalu, bekas jeneral itu juga berhasrat mencabarnya di Mahka-mah Perlembagaan.

Menantu bekas Presiden Soeharto itu mendakwa pilihan raya presiden pada April lalu diselubungi penipuan dan sering mengumumkan kemenangannya sebelum keputusan rasmi.

Ketika tewas di tangan Jokowi pada pili-han raya 2014, Prabowo juga menyeret isu ini ke mahkamah yang sama tetapi gagal.

Beberapa jam selepas keputusan di-umum, penyokong Prabowo bertembung dengan polis sehingga gas pemedih mata dilepaskan untuk menyuraikan perhimpu-nan itu.

Beberapa puluh penunjuk perasaan di-tahan polis, menurut portal Straits Times Singapura, sementara 14 buah kenderaan dibakar.

“Kejadian pagi (22 Mei) bukannya tiba-

tiba tetapi ia sudah dirancang,” kata juru-cakap polis republik itu Mohammad Iqbal.

Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan keputusan lebih awal selepas pengiraan di 813,350 tempat mem-buang undi selesai pada 11.30 malam pada 20 Mei lalu.

Jokowi, 57, bersama pasangannya Ma’ruf Amin memperolehi 85.6 juta undi, manaka-la Prabowo dan Sandiaga Uno mengumpul 68.6 juta undi dalam pilihan raya yang di-adakan 17 April lalu.

Majoriti dua pasangan itu, 16.95 juta undi, lebih tinggi berbanding pilihan raya presiden penggal lalu sebanyak 6.4 juta undi yang menunjukkan Jokowi makin diterima ramai.

Susulan itu, para pengikut Prabowo merancang mengadakan bantahan besar di Jakarta. Polis mengetatkan kawalan ke-selamatan menjelang keputusan rasmi.

Lima tahun lepas, Jokowi dan pasangan-nya Jusuf Kalla mengalahkan Prabowo yang bergandingan dengan Hatta Rajasa.

KPU sebelum ini menjangkakan pengi-raan undi di 34 wilayah di republik itu se-lesai pada 22 Mei.

Ketua suruhanjaya tersebut Arief Budi-man meminta calon yang tidak berpuas hati agar memfailkan petisyen mencabar keputusan itu di Mahkamah Perlembagaan.

"Perlu difailkan dalam tempoh tiga hari selepas pengumuman ini, jika tiada, kami akan mengumumkan kemenangan mutlak kepada calon yang menang ini,” katanya.

Foto

© T

empo

.co

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

Assalamualaikum warahmatul-lahiwabarakatuh dan salam se-jahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan

limpah rahmat dan kurniaNya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Rapat Ramadan bagi tahun 2019 yang kini menjadi tradisi bagi Kerajaan Negeri. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor selaku tuan rumah kerana berjaya menyelaras penganjuran Perhimpu-nan Rapat Ramadan Penjawat Awam Negeri Selangor, pada kali ini.

Kita sudah menghampiri pertengahan bulan Ramadan yang penuh rahmat ini. Selepas mengharungi 12 hari berpuasa, saya berharap semoga Allah SWT mem-berkati ibadah kita dan melimpahkan se- gala kebaikan yang ada di bulan ini kepada kita semua. Bulan ini adalah bulan penyu-cian jiwa yang menawarkan pengampunan dosa olehNya. Pengisian Ramadan wajar dipenuhi dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, setiap individu akan mendapat taqwa dan kembali kepada keadaan fitrah yang suci jiwanya. Setiap insan yang ber-taqwa akan membina benteng bagi me- ngawal cabaran nafsu.

Menurut sarjana Islam tersohor yang mengajar di Cambridge, Syeikh Abdul Ha-kim Murad atau nama Inggerisnya, Timothy Winter, Ramadan adalah suatu disruption dan continuation. Ianya satu disruption kepa-da kebiasaan kita sebagai hamba Allah SWT.

Kebiasaan kita yang penuh leka dan la-lai terhadap perintah serta laranganNya diganggu, disrupted oleh keberkatan Ra-madan. Manakala selepas melalui tarbiyah sepanjang Ramadan adalah menjadi cita-cita kita supaya amal itu kekal berterusan pula sehingga kita menemui Ramadan seka-li lagi. Setiap hari kita terbiasa makan dan

DARI KACA MATA MB8 SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Disruption pada bulan Ramadan juga menuntut kita melakukan perubahan besar kepada pemikiran kita.

Madrasah Ramadan yang sudah menyusun semula rutin harian, turut melakukan suatu proses reformat terhadap

roh atau jiwa kita. Seluruh kehidupan kita pada waktu Ramadan ini sedang melalui proses penjajaran semula

untuk kita kembali kepada fitrah.

minum, kita terbiasa dengan mengumpat, kita terbiasa dengan perkara yang tidak dis-ukai Allah SWT. Namun sebulan berpuasa, kita bukan sekadar berlapar, bukan seka-dar menahan dahaga di tengah teriknya matahari global warming, kita juga dianjur-kan meningkatkan amal ibadat kita, selain ibadat wajib, ditambah pula dengan solat tarawih, zikir yang membasahi lidah dan bangun pada waktu malam merayu-rayu keampunan Yang Maha Esa.

Disruption pada bulan Ramadan juga menuntut kita melakukan perubahan besar kepada pemikiran kita. Madrasah Ramadan yang sudah menyusun semula rutin harian, turut melakukan suatu proses reformat ter-hadap roh atau jiwa kita. Seluruh kehidupan kita pada waktu Ramadan ini sedang me-lalui proses penjajaran semula untuk kita kembali kepada fitrah.

Oleh itu, Ramadan juga sewajarnya adalah tempoh terbaik untuk kita meng-hisab kembali atau menginsafi bagaima-na kita berinteraksi dengan manusia dan alam sekitar.

Marilah kita mengambil peluang ketika Ramadan ini, suatu tempoh yang Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu keampunan

dan rahmatNya, untuk bertafakur serta me-nilai semula segala pembaziran yang ber-laku di sekeliling kita. Ia tidak mudah, tidak juga mudah bagi saya dan keluarga, namun kita berusaha perlahan-lahan, bermula de- ngan mereka yang dekat dengan kita untuk tidak terjerumus dalam pembaziran serta pencemaran alam sekitar. Janganlah mem-bazir ketika membeli juadah berbuka.

Cubalah sebaik mungkin untuk tidak menggunakan bag plastik. Bawalah bekas atau beg dari rumah. Darat dan laut di-penuhi jutaan tan plastik yang kemudian-nya dimakan pula ikan yang kemudiannya kita pula memakan ikan itu. Bahan kimia yang terkandung dalam plastik itu akhirnya merebak dalam badan kita. Tidak hairanlah kita sering mendengar ramai yang men- derita penyakit barah atau kanser.

Justeru sempena bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama berusaha me-nolak amalan pembaziran dan mengisafi peranan kita sebagai khalifah di muka bumi. Peranan sebagai khalifatullahi fil ard ini bukan bermakna kita boleh melakukan kerosakan sewenang-wenangnya. Bahkan kitalah bertanggungjawab menghentikan kerosakan tersebut. Al Quran surah Baqarah

ayat 30 mengingatkan kita bahawa: Dan (in-gatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak men-jadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya: “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh- bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesung-guhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Bertepatan dengan peranan kita sebagai makhluk Allah SWT yang dipertanggung-jawabkan untuk melakukan kebaikan dan menghentikan kemudaratan, makanya be-sarlah pengharapan saya supaya kita dapat melipatgandakan lagi azam serta tekad un-tuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Marilah kita bersama menginsafi dan mensyukuri nikmat keamanan dan kehar-monian yang masih dikecapi. Direnung kembali, masih ada lagi saudara kita yang hidup dalam keadaan bergolak dan serba kedaifan. Negara kita adalah sebuah negara yang prihatin dan sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada yang memer-lukan, Marilah kita sama-sama mendoakan agar kita sentiasa dilindungi dan diberi ke-mudahan dalam segala urusan.

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian sampai dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik)

Sebagai penjawat awam, kita dipertang-gungjawabkan dengan amanah yang akan dipersoalkan kelak. Justeru, setiap daripa-da kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri, keluarga dan organisasi. Kita harus

Rapat Ramadan tradisi Kerajaan Negeri

Insentif Mahabbah Selangor sempena Aidilfitri

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB9SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Saya yakin ketekunan penjawat awam Selangor bukan hanya kerana mengejar imbuhan. Keikhlasan dan komitmen warga perkhidmatan awam Selangor

adalah berdasarkan tanggungjawab untuk meneruskan kecemerlangan dan melaksanakan tuntutan perubahan yang diingini oleh rakyat selari dengan ikhtiar kerajaan untuk “Merancakkan Ekonomi, Memberdayakan Rakyat

dan Mensejahterakan Negeri”.

bertanggungjawab atas setiap tindakan kita lakukan kerana setiap keputusan dan per-buatan akan mendatangkan kesan.

Bagi maksud ini, saya yakin dan percaya bahawa penjawat awam di Selangor mem-punyai integriti yang tinggi dalam mentad-bir urus negeri yang kita sayangi ini.

Saya menyeru, seluruh warga perkhi-damatan awam Selangor menjalankan tanggungjawab diberikan dengan penuh amanah.

Sektor perkhidmatan awam adalah tu-lang belakang pelaksanaan dasar negara dan negeri. Kita tahu bahawa negara maju mempunyai sektor perkhidmatan awam yang disegani, berfungsi secara profesio- nal demi kepentingan rakyat. Jadi, saya yakin dengan kebolehan dan komitmen penjawat awam negeri ini kita dapat mel-onjakkan lagi tahap penyampaian perkhid-matan awam ke satu tahap yang lebih tinggi atau sehingga ke world class level.

Saya yakin ketekunan penjawat awam Selangor bukan hanya kerana mengejar im-buhan. Keikhlasan dan komitmen warga perkhidmatan awam Selangor adalah ber-dasarkan tanggungjawab untuk menerus-kan kecemerlangan dan melaksanakan tuntutan perubahan yang diingini oleh rakyat selari dengan ikhtiar kerajaan un-tuk “Merancakkan Ekonomi, Memberda- yakan Rakyat dan Mensejahterakan Ne- geri”. Beruntunglah rakyat Selangor kerana hasil kekayaan negeri turut diagih bersama rakyat dalam menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan infrastruktur terbaik.

Hasil daripada urusan tanah adalah pe-nyumbang terbesar pendapatan kepada negeri ini. Pencapaian kutipan premium sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak RM455,663,264.66 (42.5%) berbanding RM185,385,939.31 (17%) pada tahun 2018.

Terdapat perbezaan peningkatan sebanyak 25.5 peratus dalam tempoh sama.

Manakala kutipan cukai tanah sema-sa termasuk tunggakan sehingga 30 April 2019 berjumlah RM245,323,997.98 dan kutipan cukai petak dan tunggakan berjumlah RM8,079,881.10. Jumlah ke- seluruhan yang sudah dikutip adalah se-banyak RM253,403,879.08 berbanding RM250,595,101.63 dalam tempoh sama pada tahun 2018.

Berpaksikan agenda “Merancakkan Eko-nomi, Memberdayakan Rakyat dan Mense-jahterakan Negeri”, Kerajaan Negeri sudah menggariskan beberapa strategi di dalam menguruskan belanjawan negeri melalui strategi berikut iaitu pertama, Memacu Pembangunan Ekonomi Negeri, kedua pula Penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat: Dari Pemberian Kepada Pemberdayaan, ketiga membabitkan Agenda Pencerahan Selangor dan Pembangunan Seni-Budaya, keempat adalah Melestarikan Alam Sekitar dan yang kelima Rakyat Bahagia Negeri Sejahtera.

Demi mencapai hasrat terbabit, saya me-nyeru seluruh warga perkhidmatan awam Selangor berganding bahu membantu Ke- rajaan Negeri dalam merealisasikan strate-

gi yang dirancang dalam usaha penjajaran serta peningkatan keberkesanan program peduli rakyat.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, bantuan khas kewangan yang dipanggil Insentif Mahabbah Selangor sebanyak satu bulan gaji kepada 19,244 penjawat awam Selangor dan kepada 739 kakitangan Perse-kutuan yang berkhidmat di Selangor akan menerima RM1,000 akan dibayar pada 7 Jun 2019. Ini akan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM33.84 juta.

Kerajaan Negeri juga sudah membuat keputusan memuktamadkan jumlah ban-tuan khas kewangan untuk tahun ini adalah sebanyak tiga bulan gaji. Ini bermakna ban-tuan khas kewangan pada akhir tahun ini adalah penambahan dua bulan gaji ber-asaskan mata pencapaian prestasi yang di-perolehi oleh ketua jabatan.

Bantuan Khas Kewangan satu bulan gaji juga akan diberikan kepada kakitangan beberapa GLC serta organisasi strategik negeri seperti UNISEL, Yayasan Hijrah Se-langor, Tourism Selangor, Invest Selangor, CCSB Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Se-langor, Inspens, Landasan Lumayan,SSDU Inovations, SmartSel Sdn Bhd, Bukit Berun-

tung Golf & Country Resort Berhad, Insti-tut Darul Ehsan dan Pusat Jagaan Rumah Puteri Arafiah yang membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM5, 621,200.75 (RM 5.621 juta). Jumlah kakitangan yang menerima pemberian ini adalah seramai 1,521 anggota kerja.

Bagi penggerak masjid dan surau, suatu bantuan khas kewangan Insentif Mahabbah Ramadan yang membabitkan 2,053 surau dan 390 masjid di Selangor Darul Ehsan membabitkan sejumlah RM4.1715 juta. Petugas masjid kariah terdiri daripada na-zir, imam satu dan imam dua, bilal satu dan dua serta siak satu dan siak akan menerima setiap seorang RM400. Manakala petugas surau pula yang terdiri daripada pengerusi surau, imam satu dan imam dua, seorang bilal dan seorang siak surau akan menerima setiap seorang RM300. Bayaran ini merang-kumi seramai 12,995 petugas masjid dan surau seluruh Selangor.

Bersempena perayaan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, saya ingin berpesan kepada seluruh warga per- khidmatan awam Selangor supaya sen-tiasa menjaga kesihatan dan keselamatan khususnya di jalan raya. Saya mendoakan saudara-saudari pulang ke pangkuan ke-luarga dengan selamat untuk berhari raya dalam suasana penuh gembira serta ba-hagia.

Di samping itu, besarlah harapan saya su-paya ketika kita saling mengunjungi rumah sanak saudara, kesempatan ini diambil un-tuk menyebar luas dasar kerajaan dan keja- yaan program Kerajaan Selangor yang su-dah dilaksanakan.

Ucapan Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Bersama YAB Dato’ Menteri Besar Se-langor pada 17 Mei 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

10Khas Ramadan

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM - Dalam usaha mengimarahkan lagi keberkatan bulan Ramadan, masjid negeri Selangor, Masjid Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah, menjemput pengunjung berbuka puasa di masjid berkenaan bagi meng-imarahkan masjid berkenaan.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islamnya, Luqman Hakkim Rizuan berkata, program itu diadakan setiap tahun menjelang Rama-dan bagi menggalakkan lebih ra-mai pengunjung yang hadir ke masjid

“Makanan disediakan pihak kami mampu menampung se-jumlah 2,000 pengunjung yang hadir ke masjid ini. Ini adalah dana yang kami perolehi ini dari-pada Kerajaan Negeri dan tabung sumbangan jemaah,” katanya.

Pada masa sama, Luqman Hak-kim berkata, masjid negeri akan dibuka 24 jam seminggu kepa-da semua jemaah yang ingin ber- ibadah sepanjang bulan mulia itu.

“Pelbagai aktiviti menarik dan program keagamaan yang disediakan pihak masjid kepada pengunjung bagi menghayati bulan Ramadan dan mengerat-kan hubungan silaturahim.

“Program ini tidak terhad ke-pada jemaah dewasa sahaja, malahan golongan remaja tu-rut digalakkan hadir ke masjid ini bagi mengimarahkan rumah Allah SWT ini,”katanya.

SHAH ALAM - Pada Ramadan kali ini, Masjid Tengku Ampuan Je-maah Bukit Jelutong menyediakan moreh berkonsepkan kendera saji bagi pengunjung yang hadir un-tuk solat tarawih.

Pengurus Masjid Tengku Am-puan Jemaah, Luqman Alhakkim Mohd Tamyes berkata, antara kelainan masjid itu pada Rama-dan kali ini adalah menyediakan makanan berkonsepkan kendera saji (food truck) setiap Sabtu dan Ahad selepas selesai solat tarawih.

“Terdapat beberapa jenis menu yang disediakan antara-nya makanan barat, Arab, masakan tempatan dan pelbagai jenis minuman.

“Peruntukan yang disediakan pada hari Isnin hingga Jumaat di-gunakan untuk membayar kepa-da penyedia hidangan pada Sabtu dan Ahad”, katanya.

Pada masa sama, Luqman Al-hakkim berkata, Masjid Tengku Ampuan Jemaah juga terkenal dengan kesejukan penghawa di-nginnya yang menjanjikan kesele-saan kepada jemaah.

“Keselesaan pengunjung men-jadi keutamaan kepada kami kerana mahu mereka sentiasa be-rada dalam keadaan terbaik un-tuk beribadah sepanjang bulan mulia ini.

“Selain itu, keadaan kawasan masjid yang luas dikelilingi tum-buhan hijau menarik lagi pe- ngunjung kerana ia memberi ke-selesaan dan ketenangan pengun-jung hadir”, katanya.

Sementara itu, anak kepada Mufti Selangor itu berkata, antara kelainan dan pembaharuan yang

Raih keberkatan Ramadan

Masjid negeri jemput iftar

Beliau berkata, pi-haknya menyusun beberapa pro-gram dan aktivi-ti khusus buat pengunjung bagi meng-i m a r a h k a n masjid nege-ri antaranya kuliah dhuha, tazkirah zohor, daurah kitab ser ta pondok masjid.

Katanya, pengisian itu diatur bagi memenuhi keperluan umat Islam menger-jakan ibadah di bulan mulia itu.

Antara imam dan penceramah yang bakal hadir dalam program yang disusun termasuk imam juga penceramah jemputan Ah-mad Dusuki Abdul Rani, Tarmi-zi Ali, Radhi Idris, Lutfi Muharam dan Asma Harun.

Luqman Hakkim berkata, se-lain daripada program tazkirah yang disediakan, pihak masjid mengadakan program qiamul-lail bermula jam 4 pagi sehingga 5 pagi setiap hari sepanjang Ra-madan itu.

“Jemaah boleh hadir ke mas-jid sepanjang sebulan untuk qia- mullail kerana kebanyakan mas-jid hanya melakukan program seumpama itu pada 10 malam terakhir sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Luqman Hakkim berkata, antara pengi-

sian menarik sepanjang Rama-dan adalah kuliah Nuzul Quran yang diadakan pada hari Nuzul Quran setiap tahun serentak di seluruh Malaysia.

Beliau berkata, program agi-han bubur lambuk juga diberikan kepada pengunjung yang hadir di masjid berkenaan selepas solat asar bermula 1 Ramadan hingga 28 Ramadan.

Justeru, beliau berharap pe-ngunjung dapat menghadirkan diri ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi mengima-rahkan suasana Ramadan bagi mendapat keberkatan lipat gan-da seperti dijanjikan oleh Allah SWT.

Sebarang maklumat lanjut, pengunjung boleh merujuk me-lalui laman sesawang www.ms-saas.gov.my.

Perkenal konsep moreh food truck

diwujudkan ketika Ramadan ta-hun ini adalah tazkirah lima minit (KULLIM) yang disampaikan imam masjid berkenaan.

“Kita membuat tazkirah pendek ini adalah atas arahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana baginda tidak mahu tazkirah yang panjang dan mengganggu sepanjang tempoh tarawih.

“Selain itu, pendekatan ilmu yang disampaikan atau dakwah dapat diberikan semangat moti-vasi kepada pengunjung dalam tempoh lima minit untuk kita sam-paikan pengisian ilmu juga apa sahaja makluman daripada pen-tadbiran masjid,” katanya.

Terdapat beberapa jenis menu yang disediakan antaranya makanan barat, Arab, masakan tempatan dan pelbagai jenis minuman. Peruntukan yang disediakan pada hari Isnin hingga Jumaat digunakan untuk membayar kepada penyedia hidangan pada Sabtu dan Ahad

LUQMAN ALHAKKIM Pengurus Masjid Tengku Ampuan Jemaah

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

11SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Khas Ramadan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

APABILA tibanya musim perayaan pastinya orang ramai mengam-bil keputusan pulang

ke kampung halaman atau mel-ancong.

Justeru, baik tragedi jalan raya atau kebakaran mahupun kecu-rian di rumah, semua pihak wajar memainkan peranan mengelak-kan kejadian tidak diingini ber-laku.

Sebagai contoh kemalangan jalan raya, pastinya jalan utama di seluruh negara akan dibanjiri kenderaan yang bertali arus un-tuk pulang ke kampung.

Dengan statistik yang dikelu-arkan oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Ja-lan secara kolektif mengeluar-kan data kemalangan sebanyak 22,411 ketika ops sikap dan sela-mat yang dilaksanakan Hari Raya dari 8 Jun hingga 22 Jun 2018.

Jumlah itu merekodkan kema-langan maut 235 kes, kematian

Jalan raya dan kediaman

Elak tragedi Syawal

248 kes dan 1.10 peratus kema-tian dengan purata kematian 16.5 sehari.

Analisis terhadap Opera-si Selamat 13 (Ops Selamat) itu menunjukkan faktor terbabas sendiri menjadi punca utama ke-malangan maut, dengan catatan sebanyak 142 kes.

Faktor lain yang menjadi pe-nyumbang kemalangan maut adalah melawan aliran trafik, cuba memotong kenderaan, cuai

Sempena musim perayaan ini,

pesanan mesra saya kepada mereka yang

akan pulang ke kampung, pastikan

rehat cukup dan periksa kenderaan

anda sebelum mulakan

perjalanan dan maklumkan

kepada jiran. Pastikan rumah dikunci dengan baik. Semoga

perjalanan pergi dan pulang

selamat serta gembira

NG SZE HAN EXCO Kerajaan

Tempatan, Pengangkutan Awam

dan Pembangunan Kampung Baru

ketika keluar atau masuk sim-pang, mengekori terlalu rapat dan membuat pusingan U.

Ketua Pengarah Jabatan Ke-selamatan Jalan Raya (JKJR) Da-tuk Rosli Isa berkata, pihaknya memfokuskan tiga perkara utama dalam mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya membabitkan semua kenderaan di negara ini.

Tiga perkara itu termasuk menguatkuasakan penggunaan tempat duduk kanak-kanak dalam kereta, menggalakkan penggunaan tali pinggang ke-selamatan kerusi belakang dan pelaksanaan tali pinggang dalam bas ekspres.

“Perkara ini menjadi fokus uta-ma JKJR pada 2019 sebelum di-kuatkuasakan tahun hadapan. Kita akan gunakan pendekatan sama seperti larangan merokok di premis makanan untuk me-mastikan pelaksanaannya berte-rusan,” katanya.

Sementara itu, bagi mereka yang akan meninggalkan rumah masing-masing perlu mengambil beberapa langkah supaya kedia-man mereka bebas daripada ke-jadian tidak diingini.

Pada 2016, sebanyak 2,400 kes kebakaran direkodkan di se-luruh negara sepanjang musim perayaan.

Daripada jumlah itu, Selangor

l Rancang perjalanan anda. l Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.l Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong.l Berhenti apabila lampu isyarat merah.l Elakkan daripada mengekori kenderaan lain.l Periksa cermin dan berikan isyarat sebelum melakukan pertukaran lorong.l Ikut lorong anda. Jangan memotong barisan.l Sentiasa beri keutamaan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal.l Yang paling utama, sabar ketika memandu.

Tips Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

07

0 8

01

02

03

0 6

0 9

0 4

0 5

Pastikan tingkap dan pintu dikunci

Pastikan suis peralatan elektrik ditutup dan soket dicabut

Simpan barangan berharga dengan baik atau dibawa bersama

Pastikan paip air dan punca gas memasak ditutup kemas

Simpan semua peralatan di luar rumah supaya tidak digunakan oleh penjenayah untuk memecah rumah anda

Hidupkan alat penggera keselamatan

Hentikan langganan surat khabar bagi mengelak penjen-ayah mengetahui rumah kosong

Maklumkan kepada bilik gerakan polis sepanjang tempoh ketiadaan anda di rumah

Maklumkan kepada jiran atau komuniti terdekat

mencatatkan kes kemalangan paling tinggi iaitu 25 kes diikuti Kedah (19), Pahang (17) dan Jo-hor (13).

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat membenarkan 20 peratus daripada lebih 14,000 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara bercuti pada Ai-dilfitri ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya akan menga-dakan rondaan di lokasi terten-tu selain mempergiatkan lebih banyak kempen berhubung ke-selamatan terutama sekali berke-naan kebakaran sempena musim perayaan ini.

“Pegawai kanan yang pulang bercuti di kawasan kampung ha-laman masing-masing juga perlu singgah ke balai bomba terdekat bagi memberikan motivasi buat anggota yang bertugas selain menyemarakkan suasana pe-rayaan,” katanya.

Tidak ketinggalan, pasukan polis turut mempertingkatkan rondaan pencegahan jenayah membabitkan kereta peronda polis dan unit rondaan bermo-tosikal di kawasan perumahan.

Pegawai dan anggota terbabit bertindak sebagai elemen utama untuk memantau rumah dan pre-mis yang ditinggalkan ketika cuti perayaan.

Keselamatan kediaman

musim cuti atau perayaan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

Album Album13SelangorKini 23 - 29 Mei 201912 SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

SELANGOR MUAFAKAT RAMADAN BERKAT

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

14Khas Ramadan

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SEIRING perubahan gaya hidup yang semakin moden selain perkemba- ngan teknologi pesat pada alaf baru, kae-

dah membeli-belah secara dalam talian (online) terutama ketika musim perayaan kian mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, berbekalkan peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba, segala-galanya menjadi mudah di hujung jari pengguna.

Tanpa memerlukan banyak pergerakan, kaedah jualan lang-sung ini membolehkan pengguna membeli hampir kesemua bara- ngan yang mereka mahu. Ting-gal pilih, pesan dan buat transak-si pembayaran seterusnya tunggu barang sampai di depan pintu dalam tempoh singkat sahaja. Sungguh hebat dan menakjub-kan teknologi masa kini!

Benarlah bak kata cendeki-awan, dunia tanpa sempadan ini mampu meningkatkan kuasa beli pengguna dengan hanya mengakses bermacam-macam maklumat di pelantar media sosial Instagram mahu-pun Facebook secara mudah

dan pantas.Apatah lagi melalui medium

maya seumpama ini berupa-ya mengurangkan beban peng-guna tanpa perlu berpusu-pusu dan membuang masa sehingga berjam-jam memilih barang serta beratur panjang di kaunter pusat membeli-belah.

Menjelang Aidilfitri, tidak ke- terlaluan jika penulis katakan peng-guna daripa-da segenap lapisan umur akan me- ngunjungi h a m p i r kesemua b u t i k dalam tal ian b a g i

ding harga di kedai fizikal, selain mendapatkan barangan edisi ter-had atau tidak dijual di pasaran negara. Namun, itu bergantung pada kualiti dan material dihasil-kan pengusaha. Walaupun banyak kelebihan dan kebaikan, namun pengguna perlu mengambil kira daripada sisi keburukannya juga seperti peniaga yang memiliki sistem jualan dalam talian tidak baik atau mungkin kredibiliti ser-ta reputasi peniaga kurang mem-berangsangkan.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sentiasa mengi- ngatkan pengguna berhati-hati membeli barangan melalui medi-um berkenaan kerana dikhuatiri terdapat segelintir individu atau pihak mengambil kesempatan ter-hadap jualan orang lain demi men-gaut keuntungan.

Sementara itu, tinjauan Sela- ngorKini mendapati kebanyakan orang ramai sudah mula mem-buat persiapan membeli bara- ngan keperluan dan kelengkapan menyambut lebaran dengan kae-dah pilihan masing-masing.

Model Fesyen Sambilan, Nur Irdawatie @ Eyka Nazree, 20, berkata, butik dalam talian seperti Shawlpublika dan Lilypetuna anta-ra yang sering menjadi tumpuan-nya mendapatkan koleksi raya.

Katanya, koleksi keluaran ke- dua-dua butik terbabit boleh membuatkan semua orang ter-pegun bukan sahaja pada rekaan-nya yang cukup meletup, malahan material kain ditonjolkan sangat eksklusif, ‘trending’ dan terkini.

“Berdasarkan harga, walaupun harga pakaian dijual mencecah lebih RM300, tetapi sangat ber- baloi kerana rekaan dihasilkan bu-kan yang biasa-biasa dan murah, bahkan material juga diimport khas dari luar negara.

Sentiasa mengingatkan

pengguna berhati-hati membeli barangan melalui medium berkenaan kerana dikhuatiri terdapat segelintir individu atau pihak mengambil kesempatan terhadap jualan orang lain demi mengaut keuntungan. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

mendapatkan perkakas raya se- perti baju Melayu, baju kurung, ba-tik, sampin, songket, kerongsang atau tudung dengan rekaan ter-kini, sekali gus tampil elegan dan eksklusif di pagi lebaran.

Syarikat e-dagang terkenal jadi tumpuan

Syarikat e-dagang terkenal terma-suk Zalora, Lazada dan Shopee se-

mestinya mengambil peluang sama mempromosi pelb-agai variasi produk mereka dengan menawarkan dis-kaun besar-besaran demi memenuhi citarasa serta kepuasan pelanggan.

Malah, mungkin terdapat segelintir yang bernasib baik

berpeluang membeli bara- ngan pada harga lebih

murah berban-

Mudah, jimatkan masa pengguna

Belian dalam talian

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

15SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Khas Ramadan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

“Tema pakaian yang dikete- ngahkan Shawlpublika pula adalah simbolik kepada saree dan kese-mua produk mereka mementing-kan material yang bagus untuk pelanggan,” katanya yang mula berjinak-jinak dalam dunia pe- ragaan fesyen sejak berusia 17 ta-hun.

Bagaimanapun, gadis comel kelahiran Kota Bharu Kelantan itu berpandangan, membeli ke-lengkapan raya sama ada secara dalam talian atau ke kedai bergan-tung kepada diri individu itu sen- diri asalkan menepati citarasa dan pilihan diinginkan.

Katanya, majoriti pengguna hari ini juga lebih berminat mem-beli sesuatu barangan dengan mengunjungi kedai dalam talian, terutama bagi mereka yang sibuk bekerja sehingga tiada masa un-tuk ke kedai.

“Hampir setiap tahun men- jelang Aidilfitri, saya kerap mem-beli keperluan raya secara dalam talian, tetapi hanya pakaian kasual sahaja kerana kalau pakaian un-tuk digayakan di pagi Syawal, saya akan ke butik itu sendiri.

“Saya boleh cuba baju di bi-lik persalinan sahaja dan melihat sendiri sama ada sesuai atau tidak saiz baju berkenaan. Malah, boleh juga tengok warna serta rekaan dengan lebih jelas.

“Kalau kita beli ‘online’ pun kadang-kadang warna tidak sama dengan apa kita nampak dalam gambar seperti dipaparkan oleh penjual. Mereka (penjual) me- rakam gambar baju dan memuat naik barang berkenaan di halaman masing-masing selepas disunting warna serta pencahayaannya,” ka-tanya yang turut mengusahakan perniagaan tudung.

“Kami juga ada selitkan baju yang sesuai untuk dipakai pada acara perkahwinan dan pertuna- ngan dengan rekaan sama, tetapi kita tampilkan warna putih saha-ja,” katanya yang kini menetap di Karak, Pahang.

Bertapak di Tanah Merah, Ke- lantan, butik pakaian dalam talian yang mempunyai jumlah pengi-kut lebih 100,000 di Instagram itu membekalkan koleksi fesyen pa- kaian kepada beberapa vendor di Modvier Bangsar dan Ombre Ka-jang.

Selain pakaian siap dipakai, Myrrakarim Exclusive turut mene- rima tempahan khas pakaian raya kanak-kanak dan pelanggan bo-leh menghantar tempahan ke-pada pihaknya memandangkan permintaan baju kanak-kanak ti-dak setanding tempahan pakaian orang dewasa.

Menongkah arus menceburi bidang perniagaan fesyen sejak 2013, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel Univer-siti Teknologi Mara Shah Alam itu

Sebagai pengguna, kita boleh pilih dengan bijak. Kita kena ada ilmu dan pengalaman kalau mahu beli dalam talian asalkan produk diterima sama seperti keterangan diberi penjual, sebaliknya kalau tidak berani, lebih baik cuba elakkanMuhammad Nabil Ashraf Suhaimi, 23 Pekerja swasta

Walaupun masih di

peringkat percubaan dan pertama kali menembusi pasaran dalam talian menjelang musim perayaan, namun penerimaan terhadap produk dihasilkan itu cukup menggalakkan setakat ini.Richard TsenPengasas Butik sandal Projet1826

Membeli kelengkapan

raya sama ada secara dalam talian atau ke kedai bergantung kepada diri individu itu sendiri asalkan menepati citarasa dan pilihan diinginkan. Nur Irdawatie @ Eyka Nazree, 20 Model Fesyen Sambilan

Bila dapat respons baik

daripada pelanggan, kita sebagai peniaga boleh paparkan produk berkenaan di halaman jualan untuk meyakinkan minat pembeli.Nur’ Amira Abdul Karim,30 Pemilik Butik Myrrakarim Exclusive

Banyak pilihan, mata ganjaran

Pekerja swasta, Muhammad Nabil Ashraf Suhaimi, 23, menyifat-kan tidak hanya mempunyai ba- nyak pilihan, pembelian baju raya dalam talian memberi peluang ke-pada pembeli mendapatkan lebih banyak mata ganjaran dan baucar.

Bagaimanapun katanya, bukan semua keperluan raya perlu dibeli melalui medium itu kerana ia se-benarnya bergantung kepada ke-hendak individu sendiri.

“Kadang-kadang, baju raya ada yang tempah di kedai biasa saha-ja supaya lebih selesa dipakai, na-mun kalau di saat-saat akhir tiada baju raya, saya beli sahaja asalkan ada saiz yang sesuai. Tetapi, ka-lau terasa ragu-ragu dengan saiz, maka saya akan cuba dapatkan ukuran daripada peniaga.

“Sesetengah orang kalau mate-rial panas membuatkan tak selesa dipakai, sekadar pakai sekali saha-ja memang tidak berbaloi. Sebab itu kena ada keterangan produk yang jelas daripada peniaga ke-dai dalam talian untuk meyakin- kan pengguna.

“Sebagai pengguna, kita boleh pilih dengan bijak. Kita kena ada

ilmu dan pengalaman kalau mahu beli dalam talian asalkan produk diterima sama seperti keterangan diberi penjual, sebaliknya kalau ti-dak berani, lebih baik cuba elak-kan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial Instagram turut mendapati kebanyakan peniaga mula rancak mempromosikan produk mereka dengan pelbagai koleksi dan je- nama yang membuatkan peng-guna rambang mata.

Rekaan unik, trend terkini pilihan pembeli

Pemilik Butik Myrrakarim Exclu-sive, Nur’ Amira Abdul Karim,30, berkata pihaknya menawarkan 10 rekaan fesyen terbaharu siap dipakai dengan 23 warna eksklu-sif, khas kepada pelanggan untuk musim perayaan tahun ini.

Katanya, material digunakan pada fesyen berkenaan pula le- bih kepada como crepe berkuali-ti tinggi yang selesa digayakan si pemakai sepanjang hari lebaran.

“Setakat ini, kita menerima permintaan agak tinggi daripada pelanggan sejak tempahan mula dibuka pada awal April lalu sebab sekarang orang ramai lebih suka memakai baju ready-to-wear.

“Harga yang ditawarkan ber-beza mengikut rekaan dan mate-rial iaitu bermula serendah RM299 hingga RM499 dan diskaun seba- nyak RM50 diberi kepada pelang-gan bagi setiap pembelian.

mengakui, minat mendalam ter-hadap dunia fesyen mendorong-nya membuka butik persendirian di rumah dengan menghasilkan baju siap dipakai.

“Pada masa itu jualan dalam talian masih belum berkembang, lagipun untuk dapat kepercayaan pembeli kita kena jual secara de-pan-depan dulu. Bila pelanggan percaya dan suka dengan rekaan, material atau jahitan, mereka akan cadangkan kepada kawan-kawan lain.

“Bila dapat respon baik dari-pada pelanggan, kita sebagai peniaga boleh paparkan produk berkenaan di halaman jualan un-tuk meyakinkan minat pembeli,” katanya.

Produk jadi pilihan negara seberang tambak

Bagi Richard Tsen, 27, yang meng asaskan butik Sandal Projet1826 sejak Januari lalu berkata, walau-pun masih di peringkat percu-baan dan pertama kali menembusi pasaran dalam talian menjelang musim perayaan, namun peneri-maan terhadap produk dihasilkan itu cukup menggalakkan setakat ini.

Katanya, sebanyak 15 jenis san-dal didatangkan khas bersama aneka warna, khusus buat jejaka yang gemar bergaya.

“Buat masa ini harga pasaran bagi setiap sandal adalah dari RM169 hingga RM269 dan me- nariknya kami menawarkan po-tongan harga sebanyak 20 peratus bermula 13 sehingga 31 Mei ini ke-pada mereka yang membuat pem-belian di laman sesawang www.projectwear.global.

“Kami juga memiliki tiga jenis sandal yang dikhususkan sempena sambutan hari raya pada harga is-timewa dan penghantaran adalah percuma di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak serta Singapura,” katanya.

Butik yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan operasi kilang di Ipoh itu turut melebarkan sayap perniagaan secara fizikal di Private Stitch, Evenodd Singapura.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

16Khas Ramadan

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

Debaran menjelang Ai-dilfitri semakin terasa, selain juadah menarik, persalinan atau busa-

na baharu juga salah satu perkara wajib dalam perancangan mereka yang menyambutnya.

Tidak dinafikan bulan Ramadan dan Syawal mempunyai nostal-gia bagi setiap individu tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Juste-ru, pemilihan busana ‘baju raya’ adalah salah satu elemen penting.

Walaupun ia bersifat tradisio-nal, namun fesyen baju raya tidak lari daripada mendapat olahan pereka fesyen mengikut trend dari semasa ke semasa dan kesesuaian sambutan.

Walaupun dunia fesyen hari ini semakin sarat dengan pelbagai rekaan, namun bagi mereka yang cerewet dengan penampilan, ia agak sukar untuk membuat pili-han kerana kebanyakan busana yang dipamerkan di pasaran ke-lihatan sama.

Pada tahun lalu, potongan le-ngan besar ala Saloma serta war-na kontra kembali menjadi ‘trend’ dan diminati pereka fesyen tem-patan, sehingga ia diabadikan ke-banyakan selebriti tempatan. Jadi, apa pula trend terhangat untuk Ai-dilfitri tahun ini?

Setiap tahun, fesyen berubah

seperti roda apa sahaja jenis pa-kaian dan potongan yang pernah menjadi ikutan satu ketika dahulu tidak mustahil turut diminati ge-nerasi sekarang.

Menjelang lebaran, fesyen se-dondon semakin menjadi pili-

han khususnya yang sudah berkeluarga bagi menyer-lahkan penampilan mena-rik dan penuh gaya pada hari raya.

Batik klasik potongan ke-baya muncul kembali pada musim lebaran kali ini dan menjadi pilihan kebanyakan pereka. Bersesuaian mengi-kut tahun, rekaan kebaya di-olah bagi tampak lebih ayu dan anggun oleh si pemakai.

Ramai pereka mengekal-kan corak floral sebagai pili-han fabrikasi utama. Namun, bagi pereka yang lebih bijak, mereka mencuba kelainan un-tuk mewujudkan suasana Ai-dilfitri dengan penggunaan material klasik yang lebih kon-temporari seperti batik.

Menyedari hakikat itu, butik Asikinahmad terus mengekalkan tradisi itu de-ngan menyediakan pelbagai busana tradisional yang bukan saja klasik, cantik dan anggun, malahan sopan juga manis apabila digayakan.

Ditambah pula, rekaan ini dikomersialkan lagi bersama kain sarung atau ‘pario’ yang mempunyai rona sama.

Saban tahun menjelang leba-ran, fesyen baju sedondon masih

tetap diteruskan dalam kalangan ke-luarga, suami isteri dan rakan taulan bagi menyerlah-kan penampilan menarik dengan penuh gaya.

Jika kita me-makai baju raya dengan corak dan rona yang sama, sudah pasti gam-bar raya juga tam-pak bergaya.

Nampaknya ra-mai pereka fesyen negara tahun ini li-gat menampilkan busana Aidilfitri yang diinspirasikan dari kurung Pahang.

Dari sisi ke sisi, ia terlihat seperti potongan kurung moden yang akan mencekak bahagian pinggang secara jelas sebelum potongan

kainnya terus kembang sehingga ke hujung.

Justeru, Myrrakarim_exclu-sive tampil dengan koleksi Aidil-fitri 2019 bagi mengetengahkan baju kurung Pahang yang berpo-tongan longgar supaya ia nam-pak lebih artistik daripada kebaya pendek.

Ini kerana, material yang digu-nakan membuatkan si pemakai tampak lebih elegan. Lebih-lebih lagi saat pakaian itu ditiup angin, helaian kebarung itu pasti berter-bangan memancarkan aura keayu-an si pemakainya.

Busana bercorak ringkas

dengan tona pastel atau dikenali sebagai warna lem-but dilihat menjadi pilihan wanita untuk digayakan lebaran tahun ini.

Kebanyakan busana yang dipasarkan pere-ka fesyen tanah air ta-hun ini menampilkan pakaian tradisional se- perti baju kurung, baju kurung Kedah dengan suntikan ele-men moden.

Sempena lebaran ini, warna

Sebagai seorang wanita yang mementingkan keterampilan, su-dah pasti kaum wanita semakin

ghairah mencari pakaian Aidil-fitri bagaimana yang hendak digayakan di pagi lebaran.

Potongan peplum adalah ke- gilaan segenap pereka busa-na dan fesyenista. Fesyen se-demikian menampilkan kain kembang yang disusun kemas dan beralun cantik seakan-akan skirt mini di pinggang.

Malah, ia juga boleh digu-nakan di semua majlis kerana membentangkan reka bentuk tahan lama. Potongan peplum kini menjadi sebahagian dari-pada busana Aidilfitri 2019 dan ia tidak terhad setakat hiasan di bahagian pinggang sahaja.

Gabungan rekaan antara kebaya klasik di bahagian atas baju dan peplum juga mem-berikan kelainan. Koleksi ter-diri daripada rona gelap dan terang bersesuai untuk wanita yang sukakan kelainan seperti elemen moden, namun masih mahu mengekalkan nilai tradi-si dalam diri.

Koleksi busana tahun ini berjaya membuktikan keka-yaan dunia busana tradisio-nal Melayu yang terus popular dan terpelihara sehingga hari ini.

pastel dan bercorak ringkas tu-rut sesuai sedondon bersama in-san yang tersayang. Koleksi baju raya daripada Clasa_rtw dan My-ravallyn menawarkan rekaan khas untuk semua golongan lapisan masyarakat.

Berwarna dusty pink, dusty blue dan light blue dengan gaya rekaan peplum yang dihiasi ma-nik atau lace di bahagian atas

baju me-nampak-k an s i pemakai lebih ber-

gaya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

17SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Khas Ramadan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

Di era 1990-an dan sebelum-nya, malam 27 likur atau le-bih dikenali sebagai malam tujuh likur disambut meriah

terutama di desa-desa.Kemeriahan malam tujuh likur yang

disambut pada malam ke-27 Rama-dan iaitu dua atau tiga hari sebelum menjelang hari raya itu akan diterangi dengan pelbagai pelita panjut sama ada diperbuat daripada buluh atau pelita yang boleh dibeli di kedai-kedai.

Selain itu di sesetengah kampung, di lokasi strategik seperti simpang jalan turut dibina pelbagai replika seperti masjid atau ketupat dengan berlatar belakang tulisan ‘selamat hari raya’ dengan diterangi pelita-pelita panjut.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Yusmilayati Yunos berkata, perbuatan memasang pelita pada malam tujuh likur di jalan menu-ju ke masjid atau surau bertujuan menerangi jalan bagi kemuda-han penduduk kampung.

“Kampung dahulu bukan macam sekarang kerana pada masa itu gelap gelita dengan keadaan jalan yang hanyalah lorong atau jalan kecil sahaja, ditambah ba- nyak binatang bahaya

wa bagi umat Islam yang dalam al-Quran turut disebutkan sebagai malam lebih baik daripada 1,000 bulan dan juga malam turunnya al-Quran.

Sementara di sesetengah kampung pula, turut diadakan kenduri dengan juadah istimewa seperti nasi minyak di masjid atau surau yang dihadiri selu-ruh penduduk kampung untuk berbu-ka puasa dan bersembahyang terawih bersama.

Amalan mengadakan kenduri ini juga berkait rapat dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya berse-dekah makanan khasnya kepada orang yang berpuasa.

Aktiviti gotong-royong

Yusmilayati berkata, selain dikaitkan dengan aktiviti keagamaan, malam tu-juh likur turut diisi dengan beberapa aktiviti lain bagi menambahkan lagi kemeriahan malam itu.

“Orang kampung dulu-dulu amat mementingkan semangat bermua- fakat dengan mengadakan gotong-ro-yong dalam banyak hal termasuk mem-buat persiapan hari raya.

“Selain bergotong-royong menye-diakan juadah kenduri di masjid mereka juga memasak juadah raya seperti dodol, bahulu dan wajik sehingga larut malam

pada malam tujuh likur yang hasilnya mereka bahagikan sesama mereka,” ka-tanya.

Selain golongan dewasa, golongan kanak-kanak adalah golongan paling tidak sabar untuk menyambut malam tujuh likur.

Ini kerana pada malam terbabit, mere- ka berpeluang bermain meriam buluh, bunga api dan mercun yang masih lagi belum diharamkan kerajaan ketika itu.

Pada malam itu, mereka berlawan sesama sendiri dengan dentuman me-riam buluh, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan malam tujuh likur.

Tujuh likur era kini

Bagaimanapun pada masa kini, malam tujuh likur tidak lagi disambut meriah seperti dahulu.

Yusmilayati berkata, arus kemode-nan antara faktor yang menyebab-kan malam tujuh likur hari ini semakin kurang meriah.

“Di kampung-kampung sekarang, kebanyakannya sudah ada lampu ja-lan, ditambah lagi dengan kebanyakan anak muda sudah berhijrah ke bandar dan yang tinggal hanyalah orang-orang tua yang tidak berapa berdaya mem-buat persiapan memasang pelita.

“Jika ada yang memasang pelita pan-jut pun hanya sekadar isyarat sahaja yang dipasang di halaman rumah ma-sing-masing oleh beberapa anak muda yang masih menetap di kampung,” ka-tanya.

Selain itu, kepesatan teknolo-gi moden seperti televisyen, peranti moden seperti telefon bimbit dan gajet lain turut memainkan peranan kepada malapnya sambutan malam tujuh likur.

Beliau berkata, tanpa disedari ama-lan sambutan malam tujuh likur sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu yang semakin di-lupakan.

“Pada pandangan saya, ini salah satu cara untuk kita mengingati kembali za-man datuk nenek dahulu yang patut dikekalkan kerana mengandungi ba-nyak nilai positif.

“Ini salah satu warisan yang boleh di-ketengah atau diteruskan, cuma boleh disesuaikan dengan keadaan sekarang sekurang-kurangnya ketika anak cucu balik dan paling penting selagi tidak me-langgar syariat Islam,” katanya.

Pelita panjut yang dipasang pada masa

itu memudahkanorang kampung mahu meningkatkan ibadah

di masjid pada tiga malam terakhir lailatul qadar, yang dipercayai

asal usul wujudnyasambutan malam

tujuh likur

tetapi sekarang kebanyakannya ada lampu jalan.

“Pelita panjut yang dipasang pada masa itu memudahkan orang kampung mahu meningkatkan ibadah di masjid

pada tiga malam terakhir lailatul qa-dar, yang dipercayai asal usul wu-judnya sambutan malam tujuh

likur.“Selain itu, ia dapat

memudahkan anak-anak di perantauan yang bakal tiba pada malam hari un-tuk pulang berhari raya di kampung,” katanya ketika ditemui SelangorKini, ba-ru-baru ini.

Katanya, ini ekoran menurut Islam, malam lailatul qadar jatuh pada

salah satu malam antara malam ke-20 hingga malam ter-

akhir Ramadan. Lailatul qadar adalah malam istime-EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

18Agama

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

OLEH AFIX REDZUAN

AMPANG - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat mencemar duli untuk menyempurnakan perasmian Mas-jid Taman Kosas serta menyampai-kan bantuan Aidilfitri kepada asnaf di Ampang, daerah Hulu Langat.

Baginda yang segak mengena-kan baju Melayu berwarna ungu tiba sekitar jam 6.30 petang disam-but Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekono-mi merangkap Ahli Parlimen Gom-bak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Masjid Taman Kosas mula dibi-na pada 18 April 2007 lalu dengan pembiayaan sepenuhnya RM4 juta daripada Kerajaan Negeri dan siap pada 12 Februari 2008.

Nama Kosas yang digunakan masjid ini adalah singkatan dari-pada nama Koperasi Anak-Anak Se-

langor yang diterima pakai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Solat Jumaat pertama dimu-lakan pada 23 Mei 2008 bersamaan 18 Jamadil Awal 1429H dengan persetujuan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Masjid yang dipengerusikan Raja Saharullhana Raja Othman ini bersaiz kecil dan terbuka di dewan solat utama, mampu me-nampung sehingga 2,000 jemaah dalam satu masa.

Dalam majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan me-nyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 254 asnaf fakir dan 148 as-naf muallaf bagi daerah Hulu La-ngat.

Secara keseluruhan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengenal pasti 2,612 asnaf fakir, 5,572 asnaf miskin serta 687 asnaf mualaf di daerah Hulu Langat bagi tahun ini.

Rasmi Masjid Taman Kosas

Sultan Sharafuddin serah sumbangan Aidilfitiri

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pem-bayaran zakat perniagaan daripa-da enam syarikat korporat bernilai RM10,835,939.03 juta pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, pada 20 Mei lalu.

Enam syarikat korporat berke-naan adalah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang diwakili Pengurus Besar Ke-wangan, Ahmad Rizal Omar, menunaikan zakat perniagaan se- banyak RM4,414,826, diiku-ti Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) diwakili Ketua Pegawai Ekse-kutif, Raja Shahreen Raja Othman yang mengeluarkan zakat seba-nyak RM1,761,293.03.

Kumpulan Syarikat Rafu-lin Holdings Sdn Bhd yang me-wakilkan Pengarah Urusan, Dato’ Mohamed Raffe Chekku menu- naikan zakat perniagaan ber-jumlah RM1,339,820, manakala Universiti MAHSA yang diwakili Pengerusinya, Prof Tan Sri Datuk Dr Mohamed Haniffa Abdullah menunaikan zakat berjumlah RM1,320,000.

Sementara itu, Sime Darby Property diwakili Pemangku Ke-tua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wan Hashimi Al Bakri menge-luarkan zakat perniagaan ber-

Enam syarikat serah zakat perniagaan RM��.� juta

jumlah RM1,000,000 dan Perbadanan Kemajuan Perta-nian Selangor (PKPS) mewakil-kan Pengurus Besar Kumpulan, Tamby Omar Mohamed menun-aikan zakat perniagaan berjum-lah RM1,000,000.

Pada majlis yang sama, Sul-tan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 70 asnaf fakir, 211 asnaf miskin dan 53 asnaf mualaf sebanyak RM500 setiap seorang membabitkan jumlah zakat RM219,500.

Baginda juga berkenan me-nyampaikan insentif berjumlah RM10,000 kepada Johan Qari Pe-ringkat Antarabangsa 2019, Ab-dul Khair Jalil.

Sultan Sharafuddin kemu- diannya bersama hadirin berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isyak serta tarawih.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda diiringi isteri, Tengku Per-maisuri Selangor, Tengku Nora-shikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari

Hadir sama, Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid; Pengerusi Majlis Agama Islam Se-langor, Dato’ Mohammed Khus-rin Munawi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Ha-ris Kasim dan Ketua Pegawai Pe-nyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid.

KUALA LUMPUR - Cadangan Po-lis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan seorang pegawai polis di 72 masjid melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif daripada pentadbir Masjid Wilayah Perse-kutan.

Imam Besarnya, Ehsan Mohd Hosni berkata, program itu adalah salah satu daya usaha un-tuk mengekang kejadian jenayah terutama di masjid supaya jemaah merasa tenteram dan selamat ke-tika beribadah.

“Sudah sampai masanya ini- siatif itu dilaksanakan ekoran berlaku kejadian seperti kecurian pada waktu puncak seperti solat

Jumaat dan solat Tarawih pada bulan Ramadan,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel, baru-baru ini.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan La-zim berkata, program itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan anggota jawatankua-sa masjid bertujuan meningkat-kan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah de-ngan menyalurkan maklumat ke-pada polis.

Beliau berkata, ini bagi me-ngurangkan jenayah seperti curi motosikal, pecah kenderaan, curi tabung masjid dan curi kasut. -BERNAMA

Sambut baik cadangan � Masjid � Pegawai Polis

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

19SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

SABAK BERNAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Id-ris Shah berkenan menyalurkan sum-bangan Aidilfitri berjumlah RM54,400 kepada anak yatim di daerah ini, pada 18 Mei lalu.

Baginda yang tiba pada jam 12 tengahari berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 544 anak yatim berjumlah RM100 setiap seorang, yang diperuntukkan MAIS melalui YIDE.

Pada majlis sama, baginda turut me-luangkan masa mendengar tazkirah ihya Ramadan dari Pencetus Ummah Muhammad Hafiz Muhamad Haneefa

Al-Hafiz yang juga Pengerusi Persatu-an Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor.

Tengku Amir Shah juga berkesem-patan menunaikan solat Zohor bersa-ma hampir 100 jemaah lain.

Keberangkatan tiba baginda di Mas-jid Taman Padu Permai Sungai Besar disambut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Nur Mohd Razali Abdullah dan Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Dato’ Ba-harin Mat Akhir.

Hadir sama, Timbalan Mufti Sela-ngor, Dato’ Dr Anhar Opir; Yang Diper-tua Majlis Daerah Sabak Bernam, Mohd Faizul Fitri Muslil; Pegawai Tadbir Aga-ma Sabak Bernam, Mohamad Nazri So-birin dan Pemangku Setiausaha Majlis

Agama Islam Selangor (MAIS), Nurhani Salwa Jamaluddin.

Pada masa sama, Nur Mohd Razali berkata, MAIS melalui Baitulmal mem-peruntukkan geran tetap sebanyak RM500,000 bagi menyalurkan sum-bangan kepada anak yatim di seluruh Selangor, tahun ini.

“Manakala baki selebihnya YIDE mendapatkan daripada syarikat berkai-tan kerajaan di negeri ini.

“Setakat ini pihak kami sudah menya-lurkan sumbangan ke dua daerah iaitu Klang dan Petaling, pada minggu lalu dan hari ini di Sabak Bernam,” katanya.

YIDE adalah organisasi penuh milik MAIS yang dipertanggungjawab men-jaga hal ehwal kebajikan anak yatim di seluruh Selangor.

RMS berkenan serah sumbangan Aidilfitri

SHAH ALAM - Lebih 2,000 orang me-meriahkan Program Berbuka Puasa ‘If-tar Ala Madinah’ dan Sembang Sahur 2019 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diadakan di Dataran Ke-merdekaan Shah Alam, pada 18 Mei lalu.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, program julung kali diadakan itu meletakkan MBSA sebagai pihak berkuasa tempa-tan (PBT) pertama menganjurkan acara sedemikian.

Katanya, MBSA turut bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Sela-ngor (JAIS) bagi menjayakan program

terbabit.“Kita turut menyediakan 1,200

bungkus juadah iftar manakala JAIS menyumbang 800 bungkusan secara percuma antaranya nasi arab, kurma, kuih-muih dan buah-buahan kepada pengunjung yang hadir.

“Kita optimis menerusi program se-begini ia dapat meningkatkan peng-hayatan ibadah di bulan mulia ini iaitu Ramadan kepada masyarakat khusus-nya generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dite-mui media selepas solat Maghrib Ber-jemaah bersempena Program Berbuka Puasa ‘Iftar Ala Madinah’ dan Sembang

Sahur 2019.Pada masa sama, katanya, sambu-

tan amat memberangsangkan dan pi-haknya bercadang akan menjadikan ia sebagai acara tahunan pada masa akan datang.

“Program ini juga antara sebahagian aktiviti daripada Hari Tanpa Kenderaan MBSA yang kita sering anjurkan setiap bulan dan ada beberapa komponen aktiviti acara itu turut diselitkan.

“Namun, bersempena ‘Iftar Ala Ma-dinah’ ini kita menyelitkan sedikit unsur dakwah seperti Tazkirah Santai daripa-da PU Azman, solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah,” katanya.

�,��� sertai Iftar Ala Madinah

RM��,��� untuk anak yatim

CHERAS - Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) komited meneruskan kolaborasi bersama Angkatan Belia Is-lam Malaysia (ABIM) dalam usaha membantu dan menaikta-raf ekonomi masyarakat kurang berkemampuan, khususnya miskin bandar.

Pemangku Pengarah Eksekutifnya, Ratna Sha’erah Kamaludin berkata, pihaknya akan berbincang lebih mendalam bagi mem-bolehkan institusi kewangan Islam seperti mereka bukan sahaja diletakkan sebagai pemberi sumbangan kewangan, malahan mampu memacu kemajuan terhadap golongan terbabit.

“Perbankan Islam di Malaysia berkembang pesat dan sudah menjadi tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi kami untuk memberi sumbangan serta meringankan segala beban ditang-gung pihak kurang berkemampuan.

“Institusi perbankan Islam selama ini bersama rakyat, cuma kali ini kami mahu membuat lebih lagi supaya rakyat sedar ke-pentingan kewangan Islam di Malaysia. Jadi ini adalah salah satu cara kami untuk mendekati golongan ini dengan mem-beri balik kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ta-man Mulia Bandar Tun Razak, pada 19 Mei lalu.

Terdahulu, seramai 270 keluarga terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima sumbangan sekampit beras, barangan keperluan termasuk wang tunai.

Pada masa sama, Ratna berkata, pihaknya berjaya mengu-tip lebih RM280,000 sumbangan yang diagihkan di empat kawasan meliputi daerah Rembau, Negeri Sembilan terma-suk PPR Seksyen 8 Kota Damansara, PPR Desa Mentari serta PPR Taman Mulia.

Katanya, lebih 800 keluarga asnaf disasarkan layak mendapat sumbangan berbentuk sekampit beras.

“Setiap tahun kami menerima peningkatan daripada segi sumbangan iaitu bermula 2017 hanya mampu mengutip RM93,000, manakala 2018 hampir RM250,000 dan tahun ini meningkat kepada RM280,000,” katanya.

Bank, ABIM bantu miskin bandar

23 - 29 Mei 201918 - 24 RAMADAN1440

23 Khamis 5:31 5:41 7:01 1:13 4:36 7:21 8:3524 Jumaat 5:31 5:41 7:01 1:13 4:36 7:21 8:3525 Sabtu 5:31 5:41 7:01 1:13 4:37 7:21 8:3526 Ahad 5:31 5:41 7:01 1:13 4:37 7:21 8:3627 Isnin 5:31 5:41 7:01 1:13 4:37 7:21 8:3628 Selasa 5:30 5:40 7:01 1:13 4:38 7:22 8:3629 Rabu 5:30 5:40 7:01 1:13 4:38 7:22 8:36

23 Khamis 5:32 5:42 7:02 1:15 4:39 7:24 8:3824 Jumaat 5:32 5:42 7:02 1:16 4:39 7:24 8:3825 Sabtu 5:32 5:42 7:02 1:16 4:39 7:24 8:3826 Ahad 5:32 5:42 7:02 1:16 4:40 7:24 8:3927 Isnin 5:32 5:42 7:02 1:16 4:40 7:25 8:3928 Selasa 5:32 5:42 7:02 1:16 4:40 7:25 8:3929 Rabu 5:32 5:42 7:02 1:16 4:41 7:25 8:40

23 Khamis 5:32 5:42 7:02 1:13 4:37 7:21 8:3524 Jumaat 5:31 5:41 7:02 1:13 4:37 7:21 8:3525 Sabtu 5:31 5:41 7:02 1:13 4:37 7:21 8:3526 Ahad 5:31 5:41 7:02 1:14 4:38 7:21 8:3627 Isnin 5:31 5:41 7:02 1:14 4:38 7:21 8:3628 Selasa 5:31 5:41 7:02 1:14 4:38 7:22 8:3629 Rabu 5:31 5:41 7:02 1:14 4:38 7:22 8:36

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

20Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

OLEH ROSLAN JOMEL

Di The Coffee Bean & Tea Leaf dalam Sunway Pu-tra Mall, 30 Mac 2019, saya menunggu Azman

Hussin. Pesta Buku Antarabang-sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 sudah dua hari berlangsung. Se-hari sebelumnya, saya terserem-pak dengan Abdullah Hussaini dan seorang lelaki tidak dikenali ber-jalan seringan dengannya, juga dalam Sunway Putra Mall. Selepas itu, dia memaklumkan bahawa ada seseorang ingin mengopi bersa-ma-sama saya.

Rupa-rupanya teman di sebelah Abdullah Hussaini kelmarin ialah Azman Hussin. Itulah kali pertama saya bersemuka dengannya. Wa-jahnya lebih kompleks daripada Raskolnikov.

Siapa Azman Hussin? Dari mana dia muncul dalam ranah penu-lisan sastera? Di Kuala Lumpur, Azman Hussin hidup seperti no-mad, tidur menumpang di rumah kawan, melakukan pelbagai peker-jaan untuk terus bertahan. Dia me-nyusuri bau hancing setiap lorong dan melewati sudut kumuh yang dihuni komuniti marginal. Di situ-lah dia dipertonton bahagian inti sebuah kek besar yang diiklankan oleh Kuala Lumpur. Pada matanya, hanya yang kuat dan berani sahaja mampu bernafas di tengah hutan kejam itu. Kuala Lumpur bukan oa-sis untuk menunggu hujan emas. Demikian, pengalaman di jalan-an, diserap mentah-mentah dalam naratif-naratifnya. Itulah univer- siti tempatnya merenung algorit-ma kehidupan. Dia bagaikan Jack Kerouac yang diselaputi debu dan sensual bandar raya.

Azman Hussin mengasingkan diri daripada komuniti penulis.

Gambar terkininya tidak ditemui dalam carian Google. Latar be-lakangnya misteri dan tertutup. Berbanding dengan gelagat para penulis muda masa kini yang ad-vance mempromo karya dan diri. Sehingga kini, saya tidak pernah mendengar dia membimbing peserta dalam mana-mana beng-kel penulisan atau bercakap di de-pan audien dalam diskusi sastera. Penulis eksentrik dari Kelantan itu mencipta fenomena dalam genre cerpen penghujung tahun 1990-an dengan menyorot permasalahan rakyat kemacar atau marhaen Kuala Lumpur. Nama dan cerpen-cerpen-nya meletuskan bom atom dalam lapangan penulisan tempatan.

Pada era transisi gaya penulisan cerpen Malaysia, beberapa penu-lis seperti Zaen Kasturi, SM Zakir, Daeng Ramli Akil, Marsli NO, se-bagai misal, ghairah bereksperi-men sehingga karya mereka agak terlalu esotrik. Tidak merakyat. Ber-belit dengan jargon dan falsafah rumit. Bertentangan dengan pe-

nulisan Azman Hussin. Dia me-mecah tembok batasan antara pengarang dan pembaca. Maka, naratifnya di-tulis dengan pendekatan lu-rus. Dia mahu-kan fikiran dan ideanya sampai kepada pembaca semua peringkat lapisan masyara-kat semudah mendapatkan air pili di rumah. Bahasa digu-nakannya ko-munikatif, telus dan kelebihan itu mengemba-likan sastera ke-pada pangkuan pembaca umum.

Itulah menyebabkan saya meng-gelengkan kepala dengan pan-dangan Sapardi Djoko Damono yang mengatakan “puisi itu untuk dihayati dan bukan untuk difaha-mi.” Ironik. Bagaimana menghar-gai sesuatu yang tidak difahami?

Dalam pembukaan buku Apa Yang Kau Cari? sesudah Dongeng PascaMerdeka yang meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia ta-hun 1998-1999, ketika umurnya baharu 24 tahun, Azman Hus-sin merungkai wawasan utama-nya sebagai penulis. “Saya bukan sasterawan dalam maksud difa-hami umum. Sasterawan sering digambarkan aneh, suka berkha-yal, berpakaian selekeh, penyendi-ri atau sukar difahami. Saya tidak. Saya lebih suka dipanggil pemikir, thinker. Semua manusia adalah pe-mikir. Bezanya, saya adalah pemikir yang cuba merakyatkan fikirannya dalam tulisan.” Daripada kenyataan itu, ditegaskan kehadiran karya-karyanya di media massa bukan berpaut kepada cerita-cerita yang menjadi instrumen asas kepada pengarang fiksyen. Maknanya, cer-pen-cerpen ditulis adalah medi-um kepada Azman Hussin untuk mengesyorkan teguran dan pe-mikiran sebagaimana demagog mempengaruhi pengikut-pengi-kutnya.

Sepanjang saya mengikuti cer-pen-cerpen Azman Hussin, prin-sip penulisan yang dipegang telah memisahkan posisinya daripada kelaziman penulis-penulis ketika itu. Dia tidak cenderung mendan-dan naratif dengan hiasan-hiasan seperti simbolisme, surealisme dan apa-apa sahaja kosmetik ke-susasteraan yang mengaburkan kanta pemahaman. Pada usia semuda itu, dia telah menemui destinasi dalam penulisan ketika pengarang-pengarang muda, ma-sih dibayangi oleh nama-nama be-sar. Menurut Rahman Shaari dalam kata penghantar untuk buku Do-ngeng PascaMerdeka, ia pencapai-

an yang hebat. Keajaiban yang dikecapinya pada usia semuda itu mengingatkan kita kepada novel Salina yang ditulis oleh SN A. Samad Said. Adakah kejayaan mendadak ini berkat daripada kerajinannya menelaah buku-bu-ku falsafah, sosiologi dan agama selain daripada bacaan sastera?

Setiap cerpen disertakan pe-tikan dan kenyataan daripada tokoh-tokoh intelektual yang ter-akam daripada halaman buku-bu-ku. Ia seolah gabungan esei dan anekdot. Dalam cerpen Tahun Depan di Jerusalem, dia meme-tik nama Karl Marx, Harold J Las-ki, Theodor Herzl dan novelis dari Ghana iaitu Ayi Kwei Armah, penga- rang novel The Beautiful Ones are Not yet Born. Cerpen yang mem-persenda sifat hipokrit tokoh re-formis muda itu dipilih sebagai penerima pelbagai hadiah sas-tera utama kerana menampilkan keupayaan pengarangnya me-nyatukan cerita, pemikiran dan mesej dengan begitu sempurna. Saya fikir, pembaca umum tidak

bermasalah untuk mengerti teras persoalan yang disampaikan oleh Azman Hussin dalam cerpen mo-numental itu.

Sebagai anak muda ketika itu, Azman Hussin mempersoal mengapa tiadanya penerokaan psikologi golongan muda dalam sastera. Sastera dilihat terla-lu elit. Dalam salah satu cerpen terkuatnya, Eskapis, dari buku Dongeng PascaMerdeka, Azman Hussin menelanjangi kegelisahan seorang anak muda yang bergelut dalam dunia dalamannya. Kegela-pan dan keterasingan bakal meng-heret jiwa yang kosong menjadi sisipus. Watak utama dalam cer-pen itu laksana tersangkut pada perangkap labah-labah. Secara cerdas, Azman Hussin melerai-kan kekacauan batin protagonis dengan menyerahkannya kepa-da Tuhan. Politikus dan kapitalis barangkali berhala yang perlu di-sembah untuk segenggam duit. Tetapi akhirnya manusia berpaling kepada Tuhan demi kebahagiaan rohani yang kekal. Ia berlawanan dengan sastera barat.

Di restoran Hyderabad Recipes, Azman Hussin mengatakan popu-laritinya sudah berlalu. Kini dia le- bih menumpukan penulisan po- litik dan hal itu tentu memeran-jatkan pengikut-pengikut cer-pennya. Ke mana menghilangnya Azman Hussin yang rebellious da-hulu? Adakah penderitaan rakyat kemacar sudah berakhir? Azman Hussin menjelaskan perubahan itu berlaku seiring dengan usia dan kematangan. Adakah karya sas-tera hanya obsesi pengkhayal? Dari buku Pemikiran Sosial, tulisan Nidzam Sulaiman, terbitan DBPKL tahun 2018, saya teringat kepada sebuah perenggan dalam bab dua yang melihat dari perspektif Max Weber bahawa aktiviti penulisan berkaitan dengan latar budaya se-seorang, sama ada sekadar mengi-si masa lapang atau menenangkan perasaan marahnya ketika itu. Ke-nyataan itu empirikal.

Saya bertemu lagi dengan Azman Hussin. Memasuki kedai buku Fajar Ilmu di tingkat dua Wis-ma Yakin. Di situlah sumber mata air kepada kerja penulisannya. Dia membeli dua buku tebal. Di kerusi depan kaunter, saya berfikir, ada-kah memang dia yang ditemui dua tahun lepas dalam kedai buku ini? Kemudiannya kami menapak ke Se-langor Mansion. Sambil menunggu Maggi goreng, saya memaklum-kan hendak menulis artikel ten-tangnya. Dia penulis, pemikir dan penerbit serta penjual buku seka-ligus. Benar-benar seorang inde-pendent. Semangat yang diraikan generasi masa kini. Katanya, “benda boleh terbit sendiri, mengapa suruh orang terbitkan?”

Tiada lagi derita rakyat kemacar?

Tidak merakyat. Berbelit dengan jargon dan falsafah rumit. Bertentangan dengan penulisan Azman Hussin. Dia memecah tembok batasan antara pengarang dan pembaca. Maka, naratif-nya ditulis dengan pendekatan lurus. Dia mahukan fikiran dan ideanya sampai kepada pembaca semua peringkat lapisan masyarakat semudah mendapatkan air pili di rumah. Bahasa digunakannya komunikatif, telus dan kelebihan itu mengembalikan sastera kepada pangkuan pembaca umum.

Ramadan yang memutih dalam rumahmu

Jemari runcing kelaparanmemadamkan kandil kecilmu.Dalam kamar matamu, tulang cencaru dan cebisan mentah sayurditadah ibu.

Ramadan seperti kuning rembulanyang tergantung di atap rumah,Ramadan menyalakan cahaya putihnyadalam genang isi rumah.

Seperti tahun-tahun yang telah kautunggangikau pun mengajak ibu ke tong sampah, memenuhkan mangkuk hidupmu dengan keberkahan yang selaludibuang dan dilupakan orang.

Wardah PutehSepang, Selangor

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

21SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

KLANG - Projek Photo Wall dan 3DX kini di-angkat sebagai identiti baharu di Selangor yang memaparkan gambar tempat berse-jarah, kebudayaan serta gaya hidup di ban-dar Klang.

Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, Dato’ Lim Seng Kok berkata, penam-bahan koleksi galeri gambar serta studio 3D di pusat pemborong itu berkisarkan dua des-tinasi menarik di Klang iaitu Pandamaran dan Pulau Ketam.

“Ini adalah usaha kami memperkenalkan Bandar Diraja Klang kepada pelancong ke-rana kita menerima kunjungan yang meng-galakkan daripada pelancong Sumatera, Thailand, Brunei, Sabah, Sarawak dan Si- ngapura.

“Saya yakin GM Klang mampu mengang-kat bandar Klang sebagai salah satu destinasi perlancongan terkenal di Malaysia dan wari-san di bandar ini akan sentiasa terpelihara serta dihargai oleh generasi akan datang.” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Projek Tambahan Kempen GM Love Klang dan Majlis Berbuka

Puasa di Function Room, Tingkat Enam Blok B Pusat Pemborong GM Klang, baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago dan Ahli Dewan Negeri Pandamaran, Leong Tuck Chee.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pem-bangunan Pakej Tourism Malaysia; Syed Yahya Syed Othman, Pengarah Tourism Malaysia (Wilayah Tengah); Mohd Akbal Setia dan Pengurus Besar Tourism Sela-ngor; Noorul Ashikin Mohd Din dan Pe-ngarah Jabatan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Seng Kok berkata, perkembangan GM Klang sejak 10 tahun lalu berjaya melonjak-kan ekonomi setempat khususnya di Klang serta membantu lebih ramai usahawan ke-cil untuk berjaya.

“Ini kerana pihak kami sentiasa mendapat sokongan daripada MPK dan setiap penceri-taan yang terdapat di gambar dalam setiap galeri ini mendapat pengesahan daripada mereka.

“Justeru, GM Klang merangka pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini untuk meraikan komuniti dan pengunjung pada masa akan datang,” katanya.

SHAH ALAM - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang baharu, berkuat kuasa 10 Mei lalu.

Manakala, Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Adi Faizal Ah-mad Tarmizi pula akan bertugas sebagai Pengarah Eksekutif Maj-lis Sukan Negeri Selangor berkuat kuasa tarikh sama.

Perkara itu dimaklumkan Se-tiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya pada

Majlis Penyampaian Amanat dan Surat Pelantikan kepada pega-wai-pegawai kanan di Pentadbi-ran Kerajaan Negeri Selangor.

Haris dilantik bagi meng-gantikan Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad yang ditugaskan ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian sebagai Ketua Pe-ngarah atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, berkuat kuasa 7 Januari lalu.

Adi Faizal dilantik mengganti-kan Mohd Zubir Idrus.

Haris kini Datuk Bandar Shah Alam

SHAH ALAM - Penduduk Ampang Jaya berpeluang menikmati pelbagai hidangan juadah berbuka puasa apabila 22 tapak ba-zar disediakan di kawasan itu sepanjang Ra-madan ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Per-bandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, bazar Ramadan terbesar adalah di Taman Melawati dengan 240 lot peniaga, diikuti Padang Perbandaran MPAJ dengan 186 lot.

“MPAJ menyediakan 1,420 lot bagi tu-juan itu dengan 1,358 lot sudah diambil. Se-takat ini, bazar paling kecil berada di Lembah Maju, dengan hanya empat lot bazar diisi,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengge-sa supaya peniaga patuh kepada larangan penggunaan beg plastik dan polistirena.

Photo Wall dan 3DX

Identiti baharu bandar Klang

Bazar Ramadan Ampang Jaya meriahSejak 2017, MPAJ menggunakan kaedah pengundian untuk lebih adil kepada semua pemohon tapak bazar Ramadan bagi tidak menimbulkan masalah

Katanya, tindakan akan diambil jika ada di antara peniaga yang didapati menggu-nakan bahan larangan terbabit.

“Peraturan lain juga diperluaskan terma-suk kebersihan gerai, kebersihan makanan dan menggunakan pekerja asing.

“Sejak 2017, MPAJ menggunakan kaedah pengundian untuk lebih adil kepada semua pemohon tapak bazar Ramadan bagi tidak menimbulkan masalah,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

GOMBAK - Amalan membawa mangkuk tingkat pengganti ke-pada penggunaan beg plastik wa-jar dijadikan tabiat harian dalam kalangan masyarakat di Selangor.

Yang DiPertua Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWA-NIS), Masdiana Muhamad berkata, amalan sama dipraktikkan beliau ketika membeli juadah di bazar Ramadan bagi memastikan misi Selangor menjadi negeri bebas plastik menjelang 2025 berjaya.

“Sepanjang Ramadan kali ini

memang saya gunakan mangkuk tingkat, selain lebih mudah untuk dibawa, makanan yang panas juga lebih selamat dari terkena plastik yang mungkin akan cair.

“Sebenarnya bukan sahaja pada bulan Ramadan, saya turut gunakan mangkuk tingkat apabila membeli lauk pauk tengah hari di kedai makan,” katanya.

Beliau ditemui ketika berkun-jung ke Bazar Ramadan Selayang Baru bersama suami, Dato’ Men-teri Besar, Amirudin Shari, pada 19

Mei lalu.Masdiana kelihatan membawa

beberapa mangkuk tingkat ber-sama ketika membeli pelbagai juadah berbuka puasa di situ.

Mengulas lanjut, Masdiana berkata, penggunaan mangkuk tingkat hampir sama dengan kon-sep membawa beg sendiri ketika membeli belah di pasaraya.

“Bayangkan jika lebih ramai yang mengamalkan budaya sebe-gini, sudah tentu misi kita untuk kurangkan plastik berjaya,” katanya.

Bawa mangkuk tingkat jayakan misi bebas plastik

AMPANG - Kira-kira 200 anak ya-tim, pelajar tahfiz dan ibu tunggal diraikan Persatuan Semarak Cinta Kasih (SPREAD LOVE) pada majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Aidilfitri di 9 Kedondong, Ampang Hilir, baru-baru ini.

Pengasasnya, Datin Dr Has-norliza Abu Hassan berkata, maj-lis itu bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik pada Rama-dan.

Katanya, selain merapatkan sila-turahim, program itu juga menjadi landasan perjuangan persatuan berkenaan bagi membantu golo-ngan yang tidak berkemampuan.

“Acara tahunan ini membentuk satu persepsi baharu kepada pro-

SPREAD LOVE rai golongan kurang bernasib baik

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Keceriaan jelas ter-pancar pada wajah 120 anak yatim termasuk remaja puteri apabila di-raikan dalam Program Santunan Mahabbah dan Majlis Berbuka Puasa, di Rumah Puteri Arafiah (RPA), baru-baru ini.

Semua mereka yang berusia lingkungan tujuh hingga 21 ta-hun itu adalah dari Rumah Darul Wadah, Rumah Jagaan Al-Fikrah dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS) yang diun-dang khas sempena majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Pengerusi RPA, Masdiana Muha-mad berkata, program itu bertu-juan menghimpunkan penghuni di ketiga-tiga rumah kebajikan terbabit untuk lebih mengenali an-tara satu sama lain di bawah satu bumbung sama.

Katanya, selain berkongsi ke-gembiraan bersama golongan ku-rang bernasib baik, inisiatif itu bagi memperkukuh hubungan silatura-him antara ketiga-tiga pengurusan rumah kebajikan terbabit.

Santunan Mahabbah

Penghuni RPA, anak yatim dirai

“Anak-anak di RPA selalunya bergaul sesama mereka sahaja, te- tapi apabila menerima kunjungan hari ini, mereka gembira dapat menyantuni tetamu berkenaan.

“Pada masa sama, tetamu boleh melihat sendiri bagaimana suasa-na di rumah perlindungan ini dan

boleh bandingkan suasana bela-jar di sini.

“Malah, mereka turut ber-peluang berkongsi pandangan daripada segi pengurusan dan keperluan yang masih kurang,” katanya kepada SelangorKini.

Turut hadir, Penasihat PEKAWA-

NIS & RPA merangkap Timbalan Pengerusi KASIH Malaysia, Datin Seri Shamshida Taharin; Setiausa-ha Kehormat PEKAWANIS, Mazura Mokhtar dan Pengurus Kanan QSR Brands (M) Holding Bhd, Hayuzi Darus.

Selain dijamu juadah berbuka

yang enak, semua mereka turut menerima duit raya sumbangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM100 setiap seorang yang disampaikan Mas-diana dan Shamshida.

Sementara itu, syarikat korpo- rat, QSR Brands turut menye-rahkan replika cek sumbangan makanan sebanyak 200 pek ke-pada wakil RPA.

Majlis juga diisi dengan aktivi-ti kerohanian seperti tazkirah Ra-madan dan permainan santunan kasih serta persembahan selain disusuli dengan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berje-maah.

Pada masa sama, isteri Dato’ Menteri Besar itu berharap, pro-gram sedemikian dapat memberi manfaat kepada semua pihak se-laras matlamat untuk terus me- nyantuni tetamu yang mengun-jungi rumah perlindungan ber-kenaan.

“Kita mahu mereka diraikan ini gembira dan sedar betapa ramai pihak yang prihatin dengan nasib mereka misalnya pemberi sum-bangan,” katanya.

ses menghayati amalan sepanjang Ramadan ini.

“Pihak persatuan ikhlas mem-bantu golongan ini supaya mere-ka juga dapat meraikan Ramadan dan kedatangan Aidilfitri dengan

penuh bermakna,” katanya pada program itu.

Dr Hasnorliza atau lebih dike-nali sebagai Dr Leez berkata, pro-gram itu akan menjadi usaha berterusan SPREAD LOVE dalam

melaksanakan tanggungjawab so-sialnya kepada masyarakat.

“Arwah bapa sering berpesan, jika hendak berjaya perlu ingat asal usul dan sentiasa bersyukur serta berkongsi nikmat bersama

orang lain serta tidak lupa kepa-da pencipta.

“Pesanan itu membuatkan saya tidak pernah lupa akan tang-gungjawab membantu masyara-kat khususnya golongan kurang berkemampuan,” katanya yang merupakan anak kedua kepada Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hasan Omar.

Terdahulu, SPREAD LOVE diras-mikan oleh Isteri Dato’ Menteri Be-sar, Masdiana Mohamad.

Pada majlis itu, selain sumba-ngan duit raya, pihak pengurusan rumah anak yatim, tahfiz dan ibu tunggal turut menerima barang keperluan harian bagi meringan-kan beban menyediakan juadah ketika Ramadan ini.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

23SelangorKini 23 - 29 Mei 2019

Pendidikan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

BESTARI JAYA - Kesi-bukan rutin harian ti-dak menghalang Dato’ Menteri Besar meng-hadiri program qiam-ullail bersama pelajar Universiti Selangor (UNISEL), baru-baru ini.

Dalam program sama, Amirudin Shari yang diiringi Presiden dan Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Moham-mad Redzuan Oth-man turut menikmati hidangan sahur dalam talam bersama pelajar di Masjid UNISEL.

Kesempatan ini turut membo-lehkan Amirudin, yang juga bekas aktivis pelajar semasa menun-tut di Universiti Putra Malaysia, mendekati pelajar.

Aktiviti diteruskan dengan solat Subuh berjemaah sebelum

Kesibukan bukan halangan

MB qiamullail, sahur bersama mahasiswa

disusuli kuliah Subuh yang di-sampaikan sendiri oleh pemimpin politik itu kepada mahasiswa.

“Marilah kita bersama-sama melakukan Ramadan dengan penuh keimanan dan penghara-pan.

“Jadikan Ramadan sebagai peluang untuk kita memperku-kuh ukhwah dan menuntut ilmu

di samping meningkatkan amal pada penghujung 10 malam ter-akhir,” katanya.

Dalam majlis sama, Amirudin turut menyampaikan sumba-ngan Aidilfitri daripada Unit Za-kat dan Sedekah UNISEL kepada pelajar serta melawat Pusat Su-kan dan Pusat Tahfiz yang telah siap dibina.

SEKINCHAN - Peperiksaan Pe-nilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang mengguna pakai standard peperiksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan dilaksana di Kemboja, bermula 26 hingga 28 Ogos ini.

Pengarahnya, Dato’ Haris Ka-sim berkata, ia adalah peperiksaan agama pertama dan bertaraf pe-ringkat kebangsaan di Kemboja untuk pelajar di sana.

“JAIS membantu membangun-kan sistem pendidikan Islam di Kemboja, sejak 2013.

“Kerjasama dijalin bersama dengan Majlis Mufti dan Kemen-terian Pendidikan Kemboja.

“Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS diterima dan dibena-rkan dilaksana di semua sekolah rendah agama di sana,” katanya.

Haris berkata, enam buku teks JAIS berjaya diterjemah dan dice-tak ke Bahasa Cham serta Khmer juga diguna pakai oleh guru selain murid di Kemboja.

“Kejayaan ini adalah hasil ker-jasama JAIS bersama beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri dan badan bukan kerajaan serta orang perseorangan di Selangor,” katanya.

SERDANG - Penduduk Selangor tidak lagi perlu ke utara tanah air semata-mata untuk merasai keenakan buah mangga harumanis apabila Universiti Putra Ma-laysia (UPM) membawanya ke sini, ber-mula bulan depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Pu-tra Jamalullail berkata, buah itu ber-sama benih aslinya akan dibawa dari Perlis bagi memastikan keasliannya ter-pelihara.

“Tujuan utama kami menjual haruma-nis di Selangor kerana kerap berlakunya kes penipuan. Tidak dinafikan, ada lori yang membawa berkotak-kotak mang-ga dan mengatakan ia adalah haruma-nis yang asli, bahkan meletakkan harga begitu murah.

“Sebenarnya, harumanis tidak mem-punyai serat yang banyak seperti buah mangga lain. Ia cair di dalam mulut dan disebabkan itu kami cuba membawa har-umanis asli ke negeri ini supaya penduduk Selangor dapat menikmati buah sebenar.

“Pada masa sama, kita mahu usaha-wan yang menjalankan perniagaan har-umanis di Perlis mendapat pasaran luar,” katanya kepada SelangorKini ketika dite-mui pada Majlis Berbuka Puasa UPM ber-sama media di Restoran L’Apprenti, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris dan hampir 30 pengamal media termasuk SelangorKini, MalaysiaGazette, Utusan,

SHAH ALAM - Maahad Tahfiz Al Iman Wal Ma-hani Jalan Kebun, di sini, memerlukan sumba-ngan orang ramai RM3,000 setiap bulan bagi menyara pelajar dan melengkapkan keperlu-an hariannya.

Mudir Maahad Tah-fiz Al Iman Wal Mahani, Muhammad Akmal Asri berkata, pihaknya menghadapi kepa-datan pelajar atas per-mintaan terlalu ramai untuk pelajar mema-suki ke pusat tahfiz itu.

“Disebabkan itu, kami tidak mampu menampung kos ke-seluruhan pelajar dan terpaksa mengehadkan pengambilan pelajar.

“Kami amat berharap kepada orang ramai menyalurkan dana kepada kami supaya dapat memenuhi keperluan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Musolla Al-Khauthar di Kompleks PKNS Shah Alam, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis sama, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menyalurkan sumbangan RM5,000 ke-pada tahfiz berkenaan.

“Kami sudah diberikan kelulusan sementa-ra bagi pendaftaran maahad ini kerana untuk mendapatkan status lengkap tidak boleh ada sebarang kerja pembinaan yang dijalankan.

“Dengan sumbangan yang diberikan kepada kami, sedikit sebanyak dapat membantu me-nambah fasiliti kepada pelajar,” katanya.

Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Pu-tra Jamalullail, menunjukkan antara benih pokok harumanis setinggi dua kaki pada Majlis Berbuka Puasa UPM bersama media di Restoran L’Apprenti

UPM bawa mangga harumanis ke Selangor

Astro Awani dan BH.Syed Razlan berkata, terdapat dua

jenis benih yang akan dijual kepada orang ramai iaitu benih harumanis dalam polibeg dan benih yang dita-nam dalam pasu.

Namun, kali ini ia lebih menarik apabila benih pokok setinggi dua kaki itu didatangkan dengan pakej buah

harumanis.“Matlamat kami juga seiring dasar

universiti yang terkenal dengan perta-nian, tambahan lagi UPM adalah lokasi paling strategik untuk didatangi pen-duduk dari seluruh Selangor.

“Jadi jangan lepaskan peluang un-tuk membeli buah ikonik Perlis ini tidak lama lagi,” katanya.

PSRA lebar sayap ke Kemboja

JAIS membantu membangunkan sistem pendidikan Islam di Kemboja, sejak 2013. Kerjasama dijalin bersama dengan Majlis Mufti dan Kementerian Pendidikan Kemboja.

Sebelum ini, JAIS turut menge-darkan buku teks JAIS sebanyak 12,000 naskhah bagi mata pelaja-ran hafazan al-Quran kepada pe-lajar Islam di Kemboja.

Mohon sumbangan orang ramai

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: Penjawat awam gembira Harga 27 barangan Diego Maradona ... · sempena sambutan Aidilfitri awal Jun ini. Nazir, dua imam, dua bilal, dan dua siak masjid di seluruh negeri mendapat

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Presiden Per-satuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melakukan lawatan rasmi ke akademi sukan ser-ba canggih dan terkenal di dunia, Aspire Academy di Doha, Qatar, baru-baru ini.

Ketibaan beliau disambut Pengarah Prestasi dan Sains Bola Sepak Aspire Academy, Prof.Valter Di Salvo; Koordina-tor Prestasi Bola Sepak Aspire Academy, Daniele Bonanno dan Pegawai Perhubungan Awam Aspire Academy, Es-peranza Campuzano.

Valter Di Salvo yang juga bekas jurulatih kecergasan Lazio, Real Madrid dan Man-chester United adalah indi-vidu penting dalam mem-bangunkan Aspire Football, salah satu komponen di As-pire Zone.

Hamidin dibawa mela-wat kemudahan di Aspire Football yang siap dibina sepenuhnya pada 2017 merangkumi 15 padang bola sepak dan dua padang rum-

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri berhasrat mengetengahkan pel-bagai acara sukan kepada ma-syarakat, khususnya belia sempe-na meraikan Hari Sukan Negara, pada Oktober ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangu-nan Modal Insan, Mohd Khairud-din Othman berkata, Hari Sukan Negara adalah program di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang diwujudkan sebagai usaha memajukan sukan di semua pe-ringkat lapisan umur.

Di Selangor, katanya, selain daripada acara sukan yang biasa dianjurkan, pihaknya juga akan mengambil pendekatan berbeza dengan mengadakan himpunan khas buat penggemar kereta dan motosikal.

“Jadi, apa yang kita buat ada-lah dengan cara sendiri seperti program sukan luar bandar yang dijalankan baru-baru ini meliputi pelbagai acara sukan.

“Kita mahu mendekati rakyat dan memberi peluang kepada mereka untuk bersukan. Tidak

Kerjasama dua hala Malaysia-Qatar

Hamidin tinjau Aspire Academy

semestinya sukan berprestasi tinggi sahaja, tetapi sukan rakyat lain seperti lari dalam guni.

“Malah, Menteri Belia dan Su-kan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyasarkan golongan belia untuk hadir bersama men-jayakannya kerana kita mahu melaksanakan aktiviti disukai mereka. Paling penting tidak ‘syok’ sendiri, apatah lagi di za-

man milenial ini,” katanya.Beliau berkata demikian keti-

ka ditemui media pada Program Semarak Ramadan Generasi Muda Selangor 2019, di Hotel De’Palma, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pemangku Penga-rah Eksekutif Sukan Negeri Sela-ngor, Mohamad Nizam Marjugi; Ahli Dewan Negeri (ADN) Ban-dar Utama, Jamaliah Jamaluddin;

ADN Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof, wakil Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan wakil ma-hasiswa termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia.

Mohd Khairuddin yang juga ADN Paya Jaras berkata, program seperti itu bertujuan memperku-kuh hubungan ukhuwah dan semangat muhibbah antara pe-mimpin, anak muda, mahasiswa

serta NGO generasi muda.Katanya, ia juga dianggap se-

bagai medan terbaik untuk mem-bina jaringan selain bertukar-tu-kar buah fikiran, terutama dalam mencari idea menyemarakkan lagi aktiviti generasi muda, di Se-langor.

“Program ini bukan hanya se-mata-mata memberi impak sig-nifikan kepada generasi muda, tetapi perlu dilihat sebagai satu pendekatan menyemai benih kasih sayang dan memupuk ni-lai murni dengan meraikan anak yatim di bulan mulia ini,” katanya.

Terdahulu, beliau menyerah-kan sumbangan duit raya kepada beberapa anak yatim dari Rumah Aman dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Saujana Utama termasuk pelajar Maahad Tahfiz Darul A’raf, Klang serta Maahad Tahfiz Sulaimaniyah, Bukit Kapar, Meru.

Dalam majlis sama, replika cek berjumlah masing-masing RM1,000 juga diberikan kepada kedua-dua wakil pengurusan maahad tahfiz berkenaan.

Anjur pelbagai acara sempena Hari Sukan Negara

put tiruan termasuk padang tertutup.

“Sebelum lawatan ini, saya sudah bertemu dengan Saoud Al-Mohannadi iaitu Naib Pres-iden Persatuan Bolasepak Qa-tar (QFA) yang juga Ahli Majlis FIFA untuk membincangkan kerjasama dengan Aspire Academy ini dalam memban-tu FAM menghantar pasukan remaja B-13 hingga B-18 kita terutama pasukan elit remaja negara di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang un-

tuk datang menjalani kem lati-han di akademi ini secara lebih kerap.

“Aspire Academy ini seme-mangnya diakui mempunyai kelengkapan latihan, peru-batan dan kemudahan moden yang lengkap juga terkini. Su-dah tentu kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak kita,” katanya.

Lawatan ke Aspire Acade-my itu adalah sebahagian program kunjungan hormat

Hamidin selaku Presiden FAM dan Exco AFC yang menerima jemputan peribadi daripada Presiden QFA, Sheikh Hamad Khalifa Al Thani.

Aspire Academy ditubuh-kan pada 2004 untuk men-cari dan membangunkan at-let muda terbaik Qatar dengan program bola sepaknya sudah membawa negara itu memenangi Kejuara-an B-19 AFC 2014 dan layak ke Piala Dunia B-20 2015.

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Ma-laysia (RTM) merayakan demam kejohan-an bola sepak berprestij Copa America 2019 dengan menyiarkan 80 perlawanan, termasuk secara langsung.

Bermula 15 Jun, penyokong bola sepak di negara ini disajikan dengan perlawan-an antara tuan rumah, Brazil bertemu Bo-livia secara langsung di TV2 dan RTM HD Sports pada jam 8 pagi.

Bagi edisi ke-46 selama tiga minggu, RTM turut menyajikan siaran tertunda dan ulangan menerusi TV1, TV2 dan RTM HD Sports, selain laman web dan aplikasi RTM

Mobile.Copa America 2019,

yang menampilkan 10 pasukan dari Amerika Selatan termasuk Ve-nezuela, Peru, Argen-tina, Paraguay, Colom-

bia, Uruguay, Ecuador dan Chile, mengundang

pasukan jem-putan Asia iai-tu Jepun dan Qatar.

Copa America di RTM mulai �� Jun

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI