doa majlis rasmi tuanku.doc

4
Doa Majlis Tuanku Daerah Kampung Gajah ِ مْ يِ حَ ّ ر ل اِ ن مْ حَ ّ ر ل اِ له ل اِ مْ سِ بُ هَ دْ يِ زَ مُ " ِ فَ كاُ يَ وُ هَ مَ عِ ن ِ ف اَ وُ ي اً دْ مَ حَ نْ يِ مَ ل اَ عْ ل اِ ّ بَ رِ له لِ ُ دْ مَ حْ لَ اَ ا نَ ّ بَ ا رَ ي ِ غَ بْ A نَ ي اَ مَ كُ دْ مَ حْ ل اَ E كَ لَ ّ مُ هَ ّ ل لَ اَ E كِ ي اَ طْ لُ سِ مْ يِ L ظَ عَ وِ مْ يِ رَ كْ ل اَ E كِ هْ جَ وِ لَ لاَ جِ لَ نْ يِ عَ مْ حَ " اِ هِ بْ حَ صَ وِ هِ الَ ءَ لَ عَ وٍ دَ ّ مَ حُ مَ ا يِ دِ ّ نَ سَ لَ عْ مِ ّ لَ سَ وِ ّ لَ ص. Ya Allah Ya Rahim , Satukanlah hati-hati kami sebagai insan yang bersaudara, eratkanlah perhubungan di antara kami untuk bekerjasama. Jadikanlah kami, hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa, mematuhi segala perintah-Mu dan Rasul-Mu yang mulia, agar kami menjalani kehidupan sebagai manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. ُ ن مْ حَ ا رَ يُ له لَ ا اَ يُ مْ يِ حَ ا رَ يSempena keberangkatan uli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan

Upload: hafizzuddin-anuar

Post on 05-Sep-2015

270 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Doa

TRANSCRIPT

DOA KETIBAAN Y

Doa Majlis Tuanku

Daerah Kampung Gajah

.

Ya Allah Ya Rahim ,

Satukanlah hati-hati kami sebagai insan yang bersaudara,

eratkanlah perhubungan di antara kami untuk bekerjasama. Jadikanlah kami, hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa, mematuhi segala perintah-Mu dan Rasul-Mu yang mulia, agar kami menjalani kehidupan sebagai manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Sempena keberangkatan uli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarulahu lah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun mencemar duli bersama rakyat jelata ke majlis . Kami jua memohon kepada-MU agar Engkau peliharakanlah serta lindungilah kedua-dua hamba-Mu ini, lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan iman dan taat, selamat dan sihat walafiat. Engkau kekalkanlah pemerintahan ini dengan adil dan saksama, berdaulat dan mulia, agar seluruh rakyat jelata dapat hidup aman damai, diberkati dan bahagia.

Ya Qahar Ya Jabar

Kami memohon jua kepada Mu keselamatan dan kesejahteraan putera-putera dan puteri-puteri baginda serta kerabat diraja sekaliannya. Begitu juga kami pohon pada-Mu ya Allah, agar segala keturunan baginda diberi taifiq dan hidayah yang berkekalan bagi meneruskan pemerintahan beraja ke akhir zaman.

Allah Ya Muhaimin Ya Zal Jalalli Wal Ikram

Kami pohonkan juga keselamatan dan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran serta keberkatan negeri kami yang tercinta, rakyatnya hidup sejahtera, aman sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya di bawah pemerintahan pemimpin kami.

Ya Khabir Ya Rashid

Kami juga memohon kepada-Mu agar diberi peliharaan keselamatan dan kesihatan ke atas seluruh pemimpin kami, semoga dijauhkan dari segala kesulitan mahupun kesusahan walau di mana jua mereka berada. Bekalkanlah mereka dengan rahmat kebijaksanaan, semoga mereka dapat melaksanakan tugas dengan penuh cemerlang untuk agama, bangsa dan negeri Perak Darul Ridzuan.

.