doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

308
DAFTAR ISI DAFTAR ISI 1 PRAKATA 3 MANHAJ SALAF 7 DEFINISI MANHAJ 11 APA ITU SALAF? 14 SALAF TIDAK DISANDARKAN KEPADA MASA ATAU TARIKH 18 PENGERTIAN SALAF MENURUT TERMINOLOGI 20 PARA SAHABAT ADALAH PARA SALAF YANG UTAMA 27 MUHAJIRIN DAN ANSAR 38 WAJIB BERITTIBA’ KEPADA MANHAJ SALAF 42 JALAN ATAU MANHAJ YANG DIBENARKAN OLEH SYARA 50 JALAN-JALAN YANG SYUBHAT 53 HIZBULLAH HANYA YANG MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH 57 KEMULIAAN PARA TABI’IN 61 KEMULIAAN TABI’UT AT-TABI’IN 62 MAKSUD DAN MAKNA ITTIBA’ 64 PENDAPAT YANG PALING BENAR (RAJIH) 72 SEBUTAN SALAF DAN MANHAJ SALAF 74

Upload: mohamad-salleh-hossain-baharun

Post on 07-Jun-2015

504 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

DAFTAR ISI

DAFTAR ISI 1 PRAKATA 3 MANHAJ SALAF 7 DEFINISI MANHAJ 11 APA ITU SALAF? 14 SALAF TIDAK DISANDARKAN KEPADA MASA ATAU TARIKH 18 PENGERTIAN SALAF MENURUT TERMINOLOGI 20 PARA SAHABAT ADALAH PARA SALAF YANG UTAMA 27 MUHAJIRIN DAN ANSAR 38 WAJIB BERITTIBA’ KEPADA MANHAJ SALAF 42 JALAN ATAU MANHAJ YANG DIBENARKAN OLEH SYARA 50 JALAN-JALAN YANG SYUBHAT 53 HIZBULLAH HANYA YANG MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH 57 KEMULIAAN PARA TABI’IN 61 KEMULIAAN TABI’UT AT-TABI’IN 62 MAKSUD DAN MAKNA ITTIBA’ 64 PENDAPAT YANG PALING BENAR (RAJIH) 72 SEBUTAN SALAF DAN MANHAJ SALAF 74

Page 2: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

2

BAGAIMANA AGAMA TERPELIHARA 81 SIAPA SALAF? 82 APA ITU SALAFIYAH? 88 LAQAB SALAFI DIMULAI DARI KALANGAN SAHABAT 92 MANHAJ SALAF 94 MANHAJ RABBANI 99 PENGGUNAAN KALIMAH SALAF 106 MENGENAL MANHAJ SALAF 109 AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH 114 ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH 119 PENGERTIAN SUNNAH 121 PENGERTIAN JAMAAH 127 SUNNAH LAWANNYA BID’AH 145 BAHAYANYA BID’AH 150 PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH 152

Page 3: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

3

PRAKATA

ان الحمد هللا ، نحمده ، ونستعینھ ، ونستغفره ، ونع وذ ب اهللا م ن ش رور انفس نا ، وس یئات اعمالن ا ، م ن یھ ده

ل لھ ، ومن یضلل فال ھادي لھ ، واشھد ان اهللا فال مضال ال ھ اال اهللا وح ده ال ش ریك ل ھ ، واش ھد ان محم دا

یا ایھا الذین : قال اهللا سبحانھ وتعالى . عبده ورسولھ ق تقاتھ وال تم وتن اال وان تم مس لمون آمنوا اتقو اهللا ح

یاایھا الناس اتق وا ربك م ال ذي خلقك م م ن نف س واح دة وخل ق منھازوجھ ا وب ث منھمارج اال كثیراونس آء ا

ء ل ون ب ھ واألرح ام ان اهللا ك ان واتق وا اهللا ال ذي تس آ علیكم رقیبا یا ایھ ا ال ذین آمن وا اتق وا اهللا وقول وا ق وال سدیدا یصلح لكم اعم الكم ویغف رلكم ذن وبكم وم ن یط ع

.وزا عظیمااهللا ورسولھ فقد فاز ف

Mengapakah masyarakat Islam di seluruh dunia kini dihinggapi penyakit pada akidah, ibadah, akhlak serta berbagai-bagai penyakit lain, sama ada disegi sosial, siasah, budaya dan yang lainnya sehingga ada yang amat kronik? Masalah bid’ah, syirik, khurafat, tahayul dan pelbagai krisis keyakinan juga sudah berpanjangan sehingga tidak kurang seriusnya. Di samping itu mereka

Page 4: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

4

ditimpa penghinaan, penindasan, penderitaan dan kerosakan sosiobudaya yang memalukan. Ke mana dan di manakah para ulama sebagai golongan terhormat, bagaimana mereka berperanan menangani semua persoalan berat ini dan mengapa mereka tidak berfungsi? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan jika para ulama menjadi syaitan bisu dan tuli? Memang tiada daya yang dapat memulihkan berbagai-bagai penyakit tersebut kecuali kuasa yang paling agung iaitu kuasa Allah sebagai Rabbul ‘Alamin kerana Dia Yang Mahapencipta, Mahapengatur dan Yang Mahaberkuasa. Namun Allah Azza wa-Jalla tidak akan menolong sesiapapun dari hambaNya jika hamba tersebut tidak menolongNya. Sebagaimana Allah berfirman:

.ان تنصر اهللا ینصركم ویثبت اقدامكم “Jika kamu menolong (agama) Allah, Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu”.1

Allah Subhanahu wa-Ta’ala tidak akan mungkir

janji maka salah satu dari janji Allah untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada hambanya ialah 1 . Muhammad. 47:7.

Page 5: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

5

apabila para hamba tersebut kembali kepada manhaj yang telah disediakan olehNya iaitu Manhaj Rabbani yang lebih dikenali sebagai Manhaj Salaf. Untuk kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh, hendaklah terlebih dahulu ada golongan ulama yang benar-benar ikhlas untuk mentarbiyah dan mentasfiyah akidah, kemudian ibadah dan akhlak sebagaimana yang telah ditunjukajar, dicontohkan dan diwariskan kepada generasi sahabat oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Oleh itu para ulama perlu memahami pengertian, definisi dan maksud sebenar “Manhaj Salaf as-Soleh” demi menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam agar berbahagia di dunia dan di akhirat.

Tulisan ini diusahakan untuk mengajak para pencinta kebenaran meninggalkan semua penyimpangan agama untuk menuju ke jalan yang paling benar dan paling selamat iaitu kembali ke manhaj (mazhab) Salaf as-Soleh dengan pemahaman dan pengamalan yang sebenar.

RASUL BIN DAHRI

Page 6: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

6

BAHAGIAN PERTAMA

(1)

MANHAJ

SALAF

Page 7: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

7

MANHAJ AS-SALAF

Manhaj salaf bukanlah suatu rekaan (dongengan) yang diada-adakan oleh pendahulu umat ini. Ia tertulis dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan di dalam syair -syair Arab. Manhaj Salaf adalah metodologi yang benar-benar dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam sejak zaman awal sahabat sehinggalah keakhir zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi geraham oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta mereka-mereka yang mengikut jalan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Manhaj ini adalah manhaj yang paling selamat. Oleh itu ia wajib dipelajari, diketahui, difahami, dibela (disokong) dan menjadi mazhab setiap orang-orang yang beriman kepada agama Islam.

Dengan memahami manhaj ini, seseorang dapat melaksanakan segala kewajipan yang disyariatkan dengan sempurna. Manhaj Salaf mengajar umat bagaimana meninggalkan segala larangan, mengamalkan segala suruhan, mengikut contoh tauladan serta memahami pemahaman sebaik-baik insan dan umat yang telah dilahirkan ke dunia. Hanya manhaj ini yang dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak seseorang dari

Page 8: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

8

segala jenis bid’ah., khurafat, tahayul dan kesyirikan yang menyesatkan.

Tiada jalan dan cara yang paling selamat dan

efisien untuk menyelamatkan umat, kecuali setelah mereka menyedari akan kebenaran dan selamatnya manhaj ini dan seterusnya menyandarkan pendisiplinan ilmu, akidah, ibadah dan akhlak mereka melalui manhaj yang telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai sebaik-baik manhaj. Ini telah dikhabarkan dalam firmanNya dan juga di dalam hadis-hadis Nabi-Nya sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Manhaj Salaf telah dipelihara oleh wahyu dengan

terpeliharanya al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Telah diamalkan dan dijaga dengan rapi terutamanya oleh generasi sahabat yang telah diredai dan dimuliakan oleh Allah Azza wa-Jalla. Manhaj Salaf adalah warisan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam kepada generasi yang termulia di kalangan umat manusia yang ada di dunia ini. Oleh yang demikian sewajarnya diingat bahawa setiap muslim perlu ada tiga dasar pada diri mereka agar menjadi Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf yang sebenar iaitu:

Page 9: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

9

Pertama: Berpegang kepada kitab suci al-Quran sebagai Kitabullah yang berisi dalil-dalil qati’i dan hujjah-hujjah tauqifi.

Kedua: Berpegang teguh kepada al-Hadis yang sahih

setelah al-Quran kerana ia adalah sunnah Rasulullah. Iaitu menyerah dan berpegang secara mutlak kepada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Sama sekali tidak menolaknya. Tidak melaga-lagakan antara satu dengan yang lain. Tidak menyangkal dengan akal sebagaimana perbuatan Mu’tazilah, dengan perasaan sebagaimana Ahli Ahwa (Ahli Hawa Nafsu atau Ahli Bid’ah), dengan mimpi sebagaimana ahli sufi dan tarikat atau dengan ilham sebagaimana Ahli Falsafah. Dan tidak ada yang diutama dan didahulukan setelah adanya nas al-Quran dan as-Sunnah.

Ketiga: Berjalan (mengikut) atau bermanhaj Salaf as-

Soleh dengan cara menyandarkan pemahamannya sama ada dalam persoalan akidah, ibadah, muamalah dan akhlak secara berdisiplin dan utuh. Dan semuanya ini diperolehi melalui bertalaqi (belajar dengan berguru, bukan semata-mata melalui buku atau mentala’ah kitab-kitab semata).

Page 10: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

10

Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi ia hanya benar-benar meniti jalan yang hak dan sempurna apabila berpegang kepada bahagian yang ketiga iaitu kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh. Kerana manhaj ini selain dapat menyelamatkan iktiqad, amalan dan akhlak maka ia juga yang mampu menyatu- padukan umat dalam satu ikatan “Al-Jamaah”.

Manhaj Salaf akan menyelamatkan pengikutnya

dari perpecahan yang berpunca berintima’ (menasabkan diri) kepada individu, kumpulan, golongan atau berbagai-bagi hizbi (kelompok perpecahan).

Page 11: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

11

DEFINISI MANHAJ

Manhaj ) الم نھج( , nahaj ) ال نھج( atau minhaaj ) المنھ اج( dari madah: نھج ا yang semuanya mempunyai نھ ج – ی نھج –satu makna. Dari segi bahasa manhaj ialah:2 الطریق البین الواضح ، ویطلق على الطریق المستقیم

.اوالسنة “Jalan yang jelas, terang dan dikatakan juga (mengikut) jalan yang lurus3 atau mengikut sunnah”.

Kalimah manhaj/minhaj bermakna jalan yang

terang atau mengikut sunnah. Ia disebut di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

كم شرعة ومنھاجالكل جعلنا من

2. Lihat: Lisanul Arab 2/383. Abi Fadzil Jamaluddin Muhammad al- Afriki al-Misri. Lihat: Kamus al-Muhit. 1/209. Fairus Abadi. 3. Lihat: منھج االستدالل على مسائل االعتق اد عن د اھ ل الس نة والجماع ة 1/19. Uthman bin Ali Hasan.

Page 12: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

12

“Untuk tiap-tiap umat (antara kamu), Kami berikan aturan dan jalan yang terang (atau sunnah)”.4

Berkata Abu Ja’far, bahawa manhaj ialah: “Jalan yang terang atau jelas” ) البی ان الواض ح( .5 Dan apabila dikatakan )طریق نھج( bererti “Jalan Yang Terang” atau ) ب ین( “Jelas”.

Menurut Ibn Kathir rahimahullah manhaj ialah:

فھو الطریق الواضح السھل

“Maka manhaj ialah jalan yang terang dan mudah”.6

Manhaj juga dapat difahami menurut sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abbas radiallahu ‘anhu yang diriwayatkan dari Mujahid, Ekrimah, Hasan al-Basri dan selain mereka:

سبیال او سنة: قال ابن عباس رضي اهللا عنھ “Berkata Ibnu Abbas Radiallahu ‘anhu bahawa manhaj ialah: Jalan atau sunnah”.7

4 . Al-Maidah, 5:48. 5 . Lihat: At-Tabari, 4/609. 6. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 2/26. Dan Fathul Qadir 2/48 As-Syaukani.

Page 13: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

13

ة النبي ، او البین الواضحسن

“Manhaj ialah: Sunnah Nabi. Atau yang terang dan yang jelas”. 8

Manhaj atau minhaj dimaksudkan juga sebagai

mazhab (aliran atau jalan). Walaupun mazhab sering digunakan untuk aliran fikah tetapi ia sering juga digunakan atau dimaksudkan dengan maksud yang sama dengan manhaj. Seperti disebut: “Manhaj as-Salaf as-Soleh atau Mazhab as-Salaf as-Soleh”.

7. Lihat: Sahih Bukhari. 1/46 Fathul Bari (Kitab al-Iman). Diriwayatkan oleh Al-Lalakaii hlm. 66. At-Tabari 6/271. Lihat Ibn Kathir. 3/120. Lihat: Manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, 1/50. Khalid bin Abdullatif. 8. Lihat: At-Tabari, 6/609.

Page 14: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

14

APA ITU SALAF? Sesungguhnya kalimah (perkataan) salaf )س لف(

telah dikenali sama ada dalam Bahasa Arab atau melalui pengertian syara.9 Perkataan salaf telah dikenal sejak sekian lama oleh masyarakat Arab antaranya melalui syair-syair Arab yang terkenal.

Salaf menurut bahasa (etimologi) ialah: “Orang-

orang yang awal ) تق دم( iaitu yang mula-mula atau ) س بق( orang-orang yang terdahulu (yang telah berlalu).10 Dimaksudkan juga pendahulu bagi suatu generasi.11 Atau:

من تقدمك من آبائك وذوي قرابیك الذین ھم فوق ك

.فى السن والفضل"Salaf: Sesiapa yang mendahului kamu seperti ibu bapa, kerabat yang lebih tua pada umur atau kedudukan".12

9 . Lihat: Penjelasan Nasruddin Al-Albani dalam Majalah as-Solah No. 9 Syaban 1414. 10. Lihat: 3/95 معجم مقایس اللغة Ibnu Faris. Lihat: Al-Mufradat Fi Gharibil Quran, hlm. 244. 11. Lihat: القاموس المحیط Al-Fairuz Abadi. 12. Lihat: Lisan 9/159. Ibnu Manzur. 3/2069, Pengertian dinukil oleh Ibn Mansur dari Ibnu Atsir dalam Gharibil Hadis. Lihat: المفسرون

للمغراوى 1/18. Lihat: القاموس المحیط Al-Fairuz Abadi.

Page 15: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

15

Antara yang paling benar (tepat dan rajih)

pengertian salaf ialah: “Orang-orang yang terawal (yang terdahulu) terutama dari para Nabi, para sahabat Nabi, para tabi’in dan mereka yang mengikut jejak (meniti manhaj) mereka-mereka yang telah lalu terutama para imam mujtahid yang empat”.13 Yang dimaksudkan dengan salaf ialah: Sahabat, yang mengikut sahabat (tabi’in), yang mengikut tabi’ut at-tabi’in dan a’immatul Islam yang adil, yang disepakati oleh umat tentang keimaman mereka dalam agama, yang hebat peranan mereka pada menegakkan agama, orang-orang Islam menerima kata-kata mereka sama ada dari kalangan salaf atau khalaf, meredai dan menerima mereka. Seperti dua orang Syufiyan, Laith bin Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim Nakhi, al-Bukhari, Muslim dan keseluruhan ashabus sunnan rahimahumullah. Dan tidak termasuk mereka yang tertuduh sebagai golongan ahli bid’ah dan menerima gelaran yang tidak diredai seperti Khawarij, Rawafidh, Mu’tazilah, Jabariyah dan

13 . Lihat: تحفة المرید على جوھر التوحید hlm. 231. Ibrahim Baijuri.

Page 16: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

16

semua firqah yang sesat. Maka mazhab Salaf ialah: Sesiapa yang berpegang kepada iktikad yang disandarkan kepada para Salaf as-Soleh.14

Telah dinukil dari as-Safarini dari kitab “Al-Lawami’ اللوامع” dari Ibnu Rejab. Ia telah menentukan had zaman yang dinamakan zaman salaf, yang mana beliau berkata:

“Pada ketika ini, penentuan zaman salaf menurut kitab yang termuat kata-kata para a’immah as-Salaf yang menjadi contoh iaitu hanya sampai ke zaman as-Syafie, Ahmad, Ishak dan Abi Ubaid. Namun manusia telah diperingatkan tentang bid’ah selepas mereka kerana akan berlaku selepas mereka bid’ah yang amat banyak”.15

Mereka yang ditunjukkan di atas adalah para salaf yang dinasabkan kebaikan dan digelar sebagai Ahli al-Hak. Diikuti (ditaati) athar mereka kerana mereka hidup dikurun yang terbaik sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di beberapa hadis yang sahih. 14 . Lihat: ش رح ال درة الس نیة ف ى (الغقائ د الس لفیة بادلتھ ا النقلی ة والعقلی ة عقیدة اھل السنة .Ahmad bin Hajar Ali Butami .1/11 المرضیة 15 . Lihat: 1/26 لوامع األنوار البھیة.

Page 17: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

17

SALAF TIDAK DISANDARKAN KEPADA MASA ATAU TARIKH

Kalau maksud salaf disandarkan kepada masa atau tarikh maka marhalah salaf telah berlalu dengan kematian mereka iaitu mereka yang hidup dikurun generasi pertama (sahabat) dikurun kedua (tabi’in) dan dikurun ketiga (dizaman para tabi’ut at-tabi’in). Namun jika disandarkan

Page 18: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

18

kepada manhaj maka salaf, salafi atau salafiyah kekal berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

Tetap sah, diterima dan dianggap sebagai salafi setiap individu apabila menasabkan (menyandarkan) susur galur akidah, ibadah, akhlak atau amal mereka kepada para salaf yang telah berlalu setelah memenuhi syarat-syarat, tuntutan dan komited kepada prinsip manhaj salafi. Hakikat ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: ال ت زال طائف ة م ن امت ي ظ اھرین عل ى الح ق ، ال

.یضرھم من خذلھم ، حتى یاتي امر اهللا وھم كذلك “Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari umat ini, yang terang-terangan di atas kebenaran, tidak akan membahayakan mereka sesiapa yang menentang mereka sehinggalah datang urusan Allah sedangkan mereka masih tetap seperti itu (meniti di atas manhaj salaf yang benar)”.16

Hadis di atas ini adalah khabar dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Melalui sabdanya inilah baginda memberi khabar dan keyakinan kepada orang-orang yang beriman bahawa golongan Salaf 16 . H/R Muslim 3/1523. Kitab al-Imarah.

Page 19: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

19

as-Soleh akan sentiasa ada disetiap generasi dan zaman sehinggalah ke Hari Kiamat.

PENGERTIAN SALAF MENURUT TERMINOLOGI

Adapun kalimah salaf menurut terminologi: Ia

adalah sifat (sikap) yang dikhususkan kepada para sahabat Nabi radiallahu ‘anhum dan sesiapa yang mengikut jejak (mengikut manhaj) mereka dengan baik sehingga ke Hari Kiamat atau yang berittiba’ dengan mereka.17 Penjelasan

17 . Lihat: 20-1/19 المفسرون بین التاویل واالثبات.

Page 20: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

20

atau definisi seperti ini termaktub dalam kitab-kitab turath yang muktabar.

Kalimah salaf adalah kalimah Arab tulin (asli)

kerana ia tercatit dalam al-Quran al-Karim. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa-Jalla:

.فجعلناھم سلفا ومثال لالخرین

"Maka Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian".18

Kalimah salaf atau salafi telah tercatit juga di dalam hadis-hadis dan athar-athar yang sahih, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

وال ارى : ق ال رس ول اهللا ص لى اهللا علی ھ وس لم

االج ل اال ق د اقت رب ، ف اتقي واص بري ، فان ھ نع م .السلف انا لك

“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Dan tidaklah ada yang sedang aku rasakan pada usiaku kecuali sudah menghampiri (kewafatan) maka bertakwa dan bersabarlah (wahai

18. Az-Zukhruf, 43:56.

Page 21: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

21

Fatimah!), sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku bagimu”.19

Dari hadis sahih di atas ini, adalah sangat mulia dan terhormat seseorang yang mengatakan: “Aku adalah seorang salafi”. Pengakuan seperti ini bukanlah suatu yang salah atau bid’ah. Kerana itulah pengakuan yang paling benar dan mulia yang keluarnya dari mulut Rasulullah yang tercinta. Itulah pengakuan Rasulullah yang seluruh umat Islam disuruh mensifati dan mencontohinya.

Tidak boleh merasa aib (malu atau kekurangan)

menggelar dirinya sebagai seorang salafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.20 Kerana Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri telah mengatakan dan mengakui: “Sebaik-baik atau semulia-mulia salaf adalah aku”.

Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam

mengaku diri baginda sebagai seorang salafi yang terbaik, maka bagindalah sebagai contoh yang paling benar dan baik untuk diikuti oleh sekalian umatnya. 19. H/R Bukhari, Kitab al-Isti’zan/Fadail Sahabah. Muslim. 2450. Fadail Sahabah. 20. Lihat penjelasan lebih lanjut dalam: Manjmu’ah al-Fatawa. 14/149. Ibnu Taimiyah.

Page 22: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

22

Oleh itu tidak boleh dipertikaikan hakikat dan

kenyataan ini bahawa sesiapa sahaja yang kembali kepada manhaj Rabbani, manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, manhaj para sahabat, para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dan orang-orang yang mengikut manhaj mereka maka dia dinamakan seorang salafi berdasarkan manhajnya bukan zaman atau marhalahnya.

Terdapat sebuah lagi sabda baginda yang

menerangkan tentang kesalafan sahabat, baginda bersabda: فلم ا مات ت زین ب ابن ة رس ول اهللا ص لى اهللا علی ھ

الحق ي بس لفنا الخی ر عثم ان ب ن : وس لم ق ال .مظعون

“Maka setelah Zainab Binti Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam meninggal, baginda bersabda: Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin Madz’oun”.21

Dari sabda Rasulullah: ) فان ھ نع م الس لف ان ا ل ك( “Sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku 21 . H/R Ahmad dalam Musnad. 1/237-238. Ibnu Sa’ad dalam At- Tabaqat. 8/37. Hadis ini disahihkan oleh Abul Asybal Ahmad Syakir. Lihat: Syarah al-Musnad 3103.

Page 23: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

23

bagimu”. Dan sabdanya: الحق ي بس لفنا الخی ر عثم ان ب ن مظع ون( ) “Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin Madz’oun”. Maka hadis-hadis ini sebagai dalil (hujjah) bahawa gelaran salafi bukan sahaja dikhususkan kepada para nabi dan para sahabat semata, malah sesiapa sahaja yang berittiba’ (mengikut manhaj) mereka sehingga ke Hari Kiamat juga dinamakan salafi. Atau setiap orang Islam yang mengikut pemahaman mereka dinamakan sebagai salafi.22 Ini menjadi hujjah untuk membuktikan bahawa semua para Nabi, para Rasul dan para sahabat adalah para salaf kita. Ini dapat difahami juga dari pengertian dan definisi salaf dari para ulama kita yang telah menjelaskan:

“Salaf ialah orang-orang terdahulu, mereka terdiri dari para Nabi (dan juga para Rasul), para sahabat, tabi’in dan mereka yang berittiba’ kepada mereka-mereka khasnya para a’immah mujtahid yang empat”.23

Adapun salaf menurut syara ialah dikenali juga

dengan sebutan Salaf as-Soleh, iaitu:

22 . Lihat: Majalah as-Solah. No.9. hlm 86-89. Penjelasan al-Albani. 23. Lihat: Tuhfatul Murid ‘Ala Jauharah at-Tauhid. Hlm. 231. Ibrahim al-Baijiri. Tahqiq: Abdullah Muhammad Khalil.

Page 24: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

24

“Dimaksudkan salaf as-Soleh ialah mereka yang terdiri dari: Para sahabat (radiallahu ‘anhum), tabi’in dan sesiapa yang mengikuti mereka yang terdiri dari a’immatul Islam yang adil, yang disepakati oleh ummah tentang keimaman mereka dalam agama, diagungkan pendapat mereka dalam agama, orang-orang Islam bertalaqi ilmu dengan kata-kata mereka, semua yang terdahulu atau yang sesudahnya dengan penuh reda dan menerima mereka. Seperti a’immah yang empat (Hambali, Syafie, Maliki dan Hanafi. Pent.), dua orang Sufiyan, Laith bin Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim an-Nakhii, al-Bukhari, Muslim dan semua ashabu as-sunnan selain yang telah dilontarkan kepadanya gelaran bid’ah atau masyhur dengan gelaran yang tidak diredai seperti Khawarij, Rafidah, Mu’tazilah, Jabariyah dan semua golongan yang sesat. Dan mazhab Salaf ialah sesiapa sahaja yang berjalan di atasnya dan menasabkan i’tiqad (akidah)nya kepada mereka”.24

Melalui beberapa definisi, hujjah dari ayat al-

Quran dan hadis-hadis sahih di atas, jelaslah bahawa pengertian salaf ialah: Yang mula-mula, yang awal dan 24. Lihat: م نھج االس تدالل عل ى مس ائل االعتق اد عن د اھ ل الس نة والجماع ة 1/34-35. Uthman bin Ali Hasan.

Page 25: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

25

yang terdahulu (generasi pertama dari kalangan sahabat). Istilah ini dikuatkan lagi oleh firman Allah Ta’ala:

والس ابقون االول ون م ن المھ اجرین واالنص ار والذین اتبعواھم باحسان رضي اهللا ع نھم ورض وا عنھ واعـد لھم جنات تجري تحتھا االنھ ار خال دین

.ذلك الفوز العظیمفیھا ابدا "Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar".25

Salaf di ayat ini ialah: "Orang yang mula-mula

atau orang-orang awal-awal (terdahulu)” iaitu para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang beriman dengannya.

25 . At-Taubah, 9:100.

Page 26: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

26

PARA SAHABAT ADALAH PARA SALAF AS-SOLEH YANG UTAMA

Sahabat: Definisi sahabat menurut ulama hadis

ialah: Orang yang bertemu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, dia beriman dengannya serta mati dalam keadaan Islam.26

Para Salaf as-Soleh yang paling utama diketuai

oleh Muhajirin dan Ansar. Mereka adalah golongan sahabat dan telah sepakat sekalian Ahli Sunnah wal-Jamaah tentang keadilan mereka. Tidak ada yang khilaf tentang kemuliaan dan keutamaan mereka kecuali 26 . Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 24. Dr. Muhammad Adib Soleh.

Page 27: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

27

golongan Ahli Bid’ah. Allah telah menjamin kebenaran Muhajirin dan Ansar dalam berkorban jiwa dan raga. Mereka sangat meredai Allah dan Allah meredai mereka. Mereka menjadi pembantu dan pengikut Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang paling setia. Mereka paling percaya (beriman), paling benar ketakwaannya dan sebaik-baik umat yang paling suci hatinya yang ada di dunia ini. Mereka berada dalam koridor keIslaman, keimanan yang jernih. Akidah dan ibadah mereka sentiasa disaring oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Allah telah berfirman menjelaskan keadaan para sahabat yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar:

للفق رآء المھ اجرین ال ذین أخرج وا م ن دی ارھم وام والھم یبتغ ون فض ال م ن اهللا ورض وانا

.وینصرون اهللا ورسولھ اولئك ھم الصادقون “(Juga) bagi para fuqara yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar”.27

كنتم خیر امة اخرجت للناس 27 . Al-Hasyr, 59:8.

Page 28: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

28

“Kamu (para sahabat) sebaik-baik umat dikeluarkan untuk manusia”.28

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: ان اهللا اختاراص حابي عل ى الثقل ین س وى النب ین

والمرسلین “Sesungguhnya Allah telah memilih (memuliakan) para sahabatku atas semua jin dan manusia, kecuali para nabi dan para rasul”.29

اكرموا اصحابي ، فانھم خیاركم “Muliakanlah para sahabatku kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang (yang menjadi contoh) terbaik bagi kamu”. 30

28 . Ali Imran, 3:110. 29. H/R Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibn Hajar dalam Al-Isabah. 1/21-22. Beliau berkata para perawinya dipercayai. Disebut oleh Al-Haitami dalam Majma’ al-Zawaid 10/16. 30. Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam Al-I’tiqad. 320. Al-Khatib dalam Tarikh Bagdad. 6/57. Dikeluarkan oleh Ibnu Manduh dalam Kitab al-Iman. 1/961-962. Disebut oleh Al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah. 3/109-110 dan dalam Sahih al-Jami’ 2/345.

Page 29: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

29

Selain dijelaskan oleh Allah sebagai orang-orang mulia yang benar dan sebaik-baik ummah maka mereka juga dianggap oleh Allah Azza wa-Jalla sebagai umat yang paling adil dan umat pilihan Allah sebagaimana firmanNya:

وكذلك جعلناكم امة وسطا“Dan demikianlah Kami menjadikan kamu (umat Islam terutamanya para sahabat) umat yang adil dan pilihan”.31 یا ایھا النبي حسبك اهللا ومن اتبعك من المؤمنین “Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu!”.32

Kata-kata sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah hujjah yang wajib diamalkan (diterima pakai). Begitulah menurut qaul Imam Malik, Syafie, Ahmad, kebanyakan ulama usul, ulama fikah Hanafiyah, Ibnu Uqail, Al-Bagdadi, Ibnu Qaiyim juga memilihnya sebagai hujjah sebagaimana terdapat dalam

31 . Al-Baqarah. 2:143. 32 . Al-Anfal. 8:64.

Page 30: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

30

I’lamul Muwaqqi’in, dituruti oleh Syatibi dalam Al-Muwafaqat serta IbnuTaimiyah.33

Ingatlah, bahawa para sahabat adalah pembela

Rasulullah dengan jiwa dan raga mereka, memelihara sunnah baginda, menolong menyebar agama dan mengangkat martabatnya, mengambil contoh agama dari baginda, mengikut (ittiba’) pada semua yang didatangkan kepada mereka, menyampaikan dan menyalin antara satu dengan yang lain, tiada yang mereka ketahui melainkan disampaikan kepada yang lain!. Rasulullah mengakui tentang kenyataan ini dengan bersabda:

مامن نبي بعثھ اهللا ع ز وج ل اال ك ان ل ھ ف ى امت ھ حواری ون واص حابھ یاخ ذون بس نتھ ویقت دون

.بامره “Tiada seorang nabipun kecuali dibangkitkan oleh Allah Azza wa-Jalla ada bersamanya umat yang menjadi penolongnya, para sahabatnya yang mengambil agama melalui sunnahnya dan

33 . Lihat: اعالم الموقعین Ibnul Qaiyim. 3/120. Lihat: 4/74 الموافقات. Syatibi. Lihat: 5/413 مجموع فتاوى. Lihat: اقتض اء الص راط المس تقیم 2/687.

Page 31: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

31

mencontohinya dalam melaksanakan semua perintahnya”.34

Antara dalil-dalil bahawa kata-kata sahabat itu

adalah hujjah ialah firman Allah di dalam al-Quran, sunnah dan athar:

س ابقون االول ون م ن المھ اجرین واالنص ار وال

والذین اتبعوھم باحسان رضي اهللا ع نھم ورض وا عنھ

“Orang-orang yang mula-mula lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari kalangan muhajirin dan ansar dan mereka yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun reda kepada Allah”.35

Imam Malik rahimahullah berhujjah dengan ayat ini dan menerangkan:

“Sesungguhnya ayat ini mengandungi pujian terhadap para sahabat dan sanjungan ke atas mereka. Mereka berhak menjadi a’immah, apa

34 . H/R Muslim. Dalam Kitab al-Iman. 1/69. Ahmad dalam Musnadnya. 1/458. 35 . At-Taubah. 9:100.

Page 32: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

32

yang ada pada mereka menjadi contoh ikutan, diambil kata-katanya dan layak menerima sanjungan (dan pujian) bagi sesiapa yang mengikuti keseluruhan mereka atau mengikuti setiap perbuatan mereka selagi mereka tidak menyalahi nas”.36 كنتم خیر امة اخرج ت للن اس ت امرون ب المعروف

.وتنھون عن المنكر وتؤمنون باهللا “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”.37

Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Dhahak berkata: Mereka itu adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam secara khusus. (Beliau menambah): Yang mana mereka (para sahabat) kalangan perawi-perawi yang diseru agar kaum muslimin mentaati mereka”. Berkata Ibnu Qaiyim: Berdasarkan ayat ini, jelaslah tentang wajibnya mengikut para sahabat .38 Berkata as-Syatibi: Apabila dibacakan ayat tersebut, ia menunjukkan 36 . Lihat: 4/129 اعالم الموقعین. 37 . Ali Imran. 3:110. 38 . Lihat: 4/131 اعالم الموقعین.

Page 33: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

33

sunnah para sahabat radiallahu ‘anhum. Segala sunnah yang telah mereka amalkan hanya dirujukkan kepada mereka39 oleh sekalian ummat sesudah mereka, kerana mereka adalah para salaf yang terbilang.

Diriwayatkan oleh al-Khatib dengan sanad dari

‘Umir as-Sya’bi, beliau berkata:

محم د ص لى اهللا علی ھ ماح دثوك ع ن اص حاب وسلم فخذه

“Tentang apa saja (berkaitan agama) yang diucapkan oleh para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam,maka ambillah dia”.40

Adapun dalil dari hadis Rasulullah sallallahu

‘alaihi wa-sallam:

ناس الذي انا فیھ ، ثم الثاني ثم الثالثخیر ال “Sebaik-baik kurun adala kurun yang aku berada di dalamnya, kemudian kurun yang kedua (kurun

39 . Lihat: 4/74 الموافقات. As-Syatibi. 40 . Lihat: 74 شرف اصحاب الحدیث. Al-Khatib

Page 34: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

34

tabi’in) dan kemudian kurun ketiga (kurun tabi’ut at-tabi’in).41

Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah:

“Pasti akan menjadi kenyataan bagi sesiapa yang menumpukan perhatiannya kepada al-Kitab dan as-Sunnah, malah telah disepakati oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah dari semua golongan, bahawa sebaik-baik kurun bagi ummah ini dari segi amal, perkataan, iktiqad dan merangkumi juga perkara-perkara selainnya maka yang terbaik ialah dikurun pertama (kurun sahabat), kemudian kedua (kurun tabi’in) dan seterusnya ketiga (dikurun tabi’ut at-tabi’in) sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis-hadis yang berbagai jalurnya. Mereka lebih baik dari orang-orang yang sesudah mereka (zaman khalaf) dalam semua kebaikan. Sama ada ilmu, iman, akal, agama, bayan dan ibadah. Mereka lebih utama dalam menjelaskan agama dalam semua persoalan. Semuanya ini tidak dapat ditolak kecuali oleh orang yang memandai dalam agama iaitu agama

41 . H/R Muslim. Pada kita Fadhail Sahabat. 2/1960. Abu Daud dalam kitab As-Sunnah 5/44.

Page 35: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

35

Islam dan ia telah disesatkan oleh Allah atas (nama) ilmu”.42

Hadis ini menunjukkan bahawa selepas apa yang dari Rasulullah ialah athar dari para sahabat. Sufyan ath-Thauri berkata:

انماالدین باآلثارلیس بالراي انما الدین

باآلثارلیس بالراي “Sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan pandangan, sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan pandangan (pendapat)”.43

Berkata al-Auzaii rahimahullah: علیك بآثار من س لف وان رفض ك الن اس ، وای اك

وراي الرجال ، وان زخرفوه لك بالقول “Hendaklah engkau kembali (berpegang) kepada athar para salaf walaupun engkau disingkir oleh manusia. Berjaga-jagalah engkau dari pendapat

42 . Lihat: 4/185 مجموع الفتاوى. Ibnu Taimiyah. 43 . Lihat: شرف اصحاب الحدیث hlm. 6.

Page 36: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

36

(buah fikiran) seseorang, sekalipun ia merupakan kata-kata yang indah (yang mempersonakan)”.44

Berkata Abdullah bin Daud rahimahullah:

لیس الدین بالكالم ، انما الدین باآلثار “Bukanlah agama itu yang mengikut perkataan seseorang tetapi agama itu ialah dengan berpegang (mengikut) kepada athar”. 45

Terlalu banyak hadis dan athar yang sahih memerintahkan agar kita sentiasa berpegang atau kembali dengan athar-athar para sahabat yang sahih kerana mereka adalah para Salaf kita dan mereka telah dimuliakan Allah Azza wa-Jalla.

44 . Ibid. 45 . Ibid.

Page 37: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

37

MUHAJIRIN DAN ANSAR

Para Muhajirin dan Ansar adalah golongan sahabat

yang pertama (mula-mula dan paling awal) menerima Islam dan iman secara langsung dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Sikap, jiwa dan hati mereka adalah yang terbaik kerana tidak dicemari oleh berbagai-bagai pengaruh jahiliyah seperti khurafat, tahayul atau karut-marut. Mereka berada di atas fitrah (agama) yang selamat dan bersih. Mereka menyandarkan akidah mereka hanya kepada wahyu Allah yang suci. Pemikiran mereka tidak ternoda oleh fahaman falsafah metafizik (falsafah-falsafah dari Yahudi, Nasrani dan Majusi terutamanya Falsafah Yunan atau Greek). Pola laku dan pola hidup mereka tidak dikotori oleh kesyirikan, bid’ah atau hawa nafsu. Akidah mereka sentiasa terpelihara.

Page 38: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

38

Allah telah melihat jiwa dan hati para sahabat.

Allah menjelaskan bahawa hati mereka adalah sebaik-baik hati setelah hati Rasulullah. Abdullah bin Masoud radiallahu ‘anhu meriwayatkan:

ان اهللا نظ ر ف ى قل وب العب اد ، فوج د قل ب محم د خی ر قل وب العب اد ، فاص طفاه لنفس ھ ، وابتعث ھ برسالتھ ، ثم نظر في قل وب العب اد بع د قل ب محم د

ج دقلوب اص حابھ ص لى اهللا علی ھ وس لم ، فو خیرقلوب العباد ، فجعلھم وزراء نبیھ

“Sesungguhnya Allah telah melihat hati-hati para hamba-hambaNya maka Allah dapati hati Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah hati yang terbaik antara hamba-hambaNya. Maka Dia memilihnya dan diutusnya dengan risalah, kemudian Dia melihat kepada hati-hati para hambaNya setelah hati NabiNya. Maka Dia dapati hati-hati para sahabat adalah hati yang terbaik antara para hamba-hambaNya. Maka Dia jadikan mereka sebaik-baik pendamping NabiNya yang mereka berperang di atas agamaNya”.46

46 . Hadis dikeluarkan oleh Ahmad 1/379. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Az-Zahabi.

Page 39: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

39

Wajib mengikuti (ittiba’) kepada para Salaf as-Soleh terutamanya yang diketuai oleh para sahabat kerana mereka sentiasa mencari keredaan Allah dan mereka telah diredai oleh Allah sebagaimana dijelaskan dalam firmanNya:

رضي اهللا عنھم“Allah reda terhadap mereka (para sahabat)”.47

یبتغون فضال من اهللا ورضوانا “Mereka mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya”.48

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa para Salaf

as-Soleh terawal (para sahabat), mereka dicintai oleh Allah Azza wa-Jalla dan mereka pula sangat mencintai Allah. Mereka telah diberi balasan dengan kekuatan iman, anugerah ilmu serta ketenangan jiwa dan hati oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Allah berfirman:

47 . At-Taubah, 9:100. 48 . Al-Hasyr, 59:8.

Page 40: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

40

د رض ي اهللا ع ن الم ؤمنین اذ یبایعون ك تح ت لق الشجرة فعل م م ا فىقل وبھم ف انزل الس كینة عل یھم

واثابھم فتحا قریبا “Sesungguhnya Allah telah reda terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”.49

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda tentang ayat di atas:

.ال یدخل النار احد بایع تحت الشجرة

“Tidak akan masuk neraka seorangpun yang telah berbai’at di bawah pohon”.50

Hujjah-hujjah di atas membuktikan bahawa para salaf kita yang pertama iaitu yang terdiri dari para sahabat radiallahu ‘anhum adalah golongan ahli syurga. Oleh itu 49 . Al-Fath, 48:18. 50 . H/R Bukhari dan Muslim.

Page 41: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

41

merekalah yang paling layak dan benar untuk diikuti dan dicontohi dalam berakidah dan beramal.

WAJIB BERITTIBA’ KEPADA MANHAJ SALAF

Wajib berittiba’ kepada manhaj salaf terutamanya

dari kalangan para sahabat kerana mereka golongan yang sangat berwibawa. Terkenal dengan kehebatan sahsiah, kebaikan budi-pekerti, kemuliaan akhlak dan Allah menganugerahkan mereka dengan kesempurnaan iman yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian manusia.

Mereka telah berjaya memperjuangkan syariat,

menghidupkan, mempertahankan dan menjaganya dari dicabuli oleh bid’ah atau kerosakan hawa nafsu. Mereka mengetahui sebab-sebab turunnya wahyu dan melaksanakan semua dalil-dalil mengikut kenyataan. Ayat-ayat turun pada asalnya tertuju kepada mereka sebelum ditujukan kepada orang-orang lain yang lahir kemudian sesudah mereka. Mereka asas (untuk merujuk) kefasihan (kesahihan Bahasa Arab) dan penjelasannya kerana wahyu turun menggunakan bahasa (lisan) mereka.

Page 42: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

42

Rasulullah secara langsung terus menjelaskan segala masalah atau kemusykilan yang menimpa mereka. Allah Azza wa-Jalla berkali-kali memuji di dalam firmanNya dan merahmati mereka serta orang-orang yang berittiba’ (mengikut jalan) manhaj mereka. Ditinggikan darjat sesiapa yang mengikut mereka lantaran ketinggian darjat mereka51. Dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

ق ال : عن ابي س عید الخ دري رض ي اهللا عن ھ ق ال

ال تس بوا : رس ول اهللا ص لى اهللا علی ھ وس لم اص حابي ، فل و ان اح دكم انف ق مث ل اح د ذھب ا م ا

.بلغ مد احدھم وال نصیفھ “Janganlah kamu mencerca para sahabat, seandainya salah seorang dari kamu berinfaq sebesar gunung Uhud, tidaklah ia mencapai ganjarannya satu mud (ukuran gandum sebanyak dua telapak tangan) makanan yang disedekahkan oleh salah seorang dari mereka dan bahkan tidak pula mencapai setengah mudnya”.52

51 . Lihat: العقیدة السلفیة فى كالم رب البریة hlm. 25. Al-Jadi’. 52 . H/R Bukhari dan Muslim.

Page 43: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

43

Sebagaimana yang telah dijelaskan, manhaj bermakna “Jalan” atau ص راط maka jalan yang wajib diikuti oleh setiap orang beriman ialah yang telah ditunjuk dan disediakan oleh Allah dan RasulNya agar kita tidak tergelincir dari mengikutinya. Itulah yang diperintahkan oleh al-Quran dan as-Sunnah:

س تقیما ف اتبعوه وال تتبع وا وان ھ ذا ص راطي م

السبل فتفرق بكم عن سبیلھ ذلكم وصاكم بھ لعلك م .تتقون

“Dan sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalannya”.53

Maksud “Jalan Ku yang lurus” ialah: “Al-Quran, Islam dan fitrah yang Allah fitrahkan kepada manusia”. Dan maksud: “Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)” ialah: “Hawa nafsu, perpecahan, bid’ah dan setiap yang baru yang diada-adakan”. Mujahid pula menafsirkan sebagai: “Bid’ah, syubahat-syubahat dan segala kesesatan”.54 Di dalam sebuah hadis, setelah

53 . Al-An’am. 153. 54 . Lihat: Tafsir Mujahid. Hlm. 227.

Page 44: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

44

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam membacakan ayat tersebut lalu baginda membuat garisan:

وھو یمر باصبعھ على الخ ط المس تقیم ھ ذا ص راط اهللا ثم اشار الى الخطوط القص یرة م ن حول ھ فق ال

ھ ذه ط رق وعل ى راس ك ل طری ق منھاش یطان : .ھیدعو الناس الی

“Baginda membuat satu garis lurus dengan tangannya lalu baginda bersabda: Ini jalan Allah, kemudian menunjukkan ke beberapa garisan pendek di sekitar garisan tersebut maka baginda bersabda: Inilah jalan-jalan yang di setiap atas jalan tersebut terdapat syaitan yang mengajak manusia kepadanya (kepada syaitan)”.

Adapun garisan lurus yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah jalan yang ditafsirkan oleh baginda sebagai:

ھي ما انا علیھ واصحابي

Page 45: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

45

“Itulah (jalan) yang aku dan para sahabatku berada di atasnya (atau dimaksudkan juga: itulah jalanku dan jalan para sahabatku)”.55 من كان على مثل ما انا علیھ الیوم واصحابي

“Sesiapa yang di atas contoh mengikut apa yang aku berada pada hari ini berserta para sahabatku”.56

Maka garisan yang digaris oleh Rasulullah itulah jalan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat yang dinamakan sebagai “Manhaj Salaf”. Sesiapapun tidak akan keluar dari jalan tersebut kecuali orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya. Allah berfirman: وم ن یش اقق الرس ول م ن بع د م اتبین ل ھ الھ دى ویتب ع غی ر س بیل الم ؤمنین نول ھ م ا ت ول ونص لھ

.جھنم وشآء ت مصیرا “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang

55 . Lihat: Mustadrak oleh Hakim. 1/128. Turmizi 5/26. No. 2641. Al-Ajiri dalam As-Syariah Hlm. 15-16. Disahihkan oleh Al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah. 1/213. Ibnul Jauzi dalam Talbisul Iblis. Hlm. 7. Ad-Dailamy dalam Al-Faidaus 3/439. No. 5347. 56 . H/R Turmizi dalam Kitab Al-Iman. 2641. 5/25-26.

Page 46: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

46

bukan jalan orang-orang beriman, Kami biarkan dia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahanam dan jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”.57

Pastinya jalan orang-orang yang beriman yang dimaksudkan oleh ayat di atas ini ialah jalan Rasulullah dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jalan mereka. Malah penjelasan ini dikuatkan lagi dengan sabda baginda: تركت فیكم امرین لن تضلوا ما ان تمس كتم بھم ا ، كت اب اهللا وس نتي ، ول ن یتفرق ا حت ى ی ردا عل ي

.الحوض “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan disesatkan iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah RasulNya (hadis-hadis sahih) sampai keduanya datang kepadaku di Huudh”.58

57 . An-Nisa, 4:115. 58 . H/R Malik dalam Muwata’. Hakim dalam Mustadrak. Dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami’. No. 2937.

Page 47: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

47

Orang-orang yang mengikuti jalan atau berpegang teguh dengan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah, mereka tidak akan sesat ke jalan yang menuju neraka iaitu jalan-jalan yang melencung ke sebelah kanan atau kiri. Kerana di atas setiap jalan-jalan yang bukan jalannya Rasulullah dan para sahabat, terdapat syaitan yang mengajak ke neraka. Maka jalan yang selamat itu hanyalah satu iaitu jalan Rasulullah yang dinamakan sebagai manhaj Salaf as-Soleh.

Berkata Abu Hanifah rahimahullah:

علی ك باألث ار ، وطریق ة الس لف ، وای اك وك ل .محدثة ، فانھا بدعة

“Hendaklah kamu berpegang dengan athar dan jalan salaf. Berjaga-jagalah kamu dari setiap yang diada-adakan kerana sesungguhnya ia adalah bid’ah”.59

Para Salaf as-Soleh yang terdiri dari para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta para aimmatul huda (imam-imam salaf), semua mereka mengikut manhaj Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan jalan para sahabat. Mereka tidak merubah dan menggantinya dengan yang 59 . Lihat: السنن والمبتدعات hlm. 6. Muhammad Abdussalam.

Page 48: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

48

lain. Oleh kerana mereka mempertahankan manhaj ini, maka sunnah dan athar para sahabat masih terjaga sehingga sekarang. Sewajarnya kita mengikut jejak mereka untuk memelihara sunnah dari dicemari dan dicabuli oleh Ahli Bid’ah atau Ahli Ahwa.

Sesungguhnya jumhur Salaf as-Soleh membenci

bid’ah, mereka lari dari semua pembuat bid’ah (Ahli Bid’ah) kerana semata-mata untuk memelihara yang asal iaitu berittiba’ kepada sunnah.60

60 . Lihat: االم ر باالتب اع والنھ ي ع ن االبت داع Hlm. 81. Jalalluddin as-Suyuti. Tahqiq Masyhur Hasan Salman.

Page 49: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

49

JALAN ATAU MANHAJ YANG DIBENARKAN OLEH SYARA

Sesungguhnya hanya ada satu jalan sahaja yang

dibenarkan oleh syara iaitu jalan yang dimaksudkan berupa manhaj sebagaimana yang tertera dalam ayat yang lalu iaitu manhaj yang telah dilalui dan ditunjukkan oleh Rasulullah kepada para Salaf as-Soleh yang disebut di dalam ayat sebagai: ) س بیل الم ؤمنین( “Jalan orang-orang yang beriman”.61

Dengan jaminan Allah dan RasulNya, bahawa para

salaf adalah manusia yang paling sempurna sehingga diredai, dicintai dan telah ditentukan sebagai penghuni syurga, mengapa kita tidak mahu mengikut manhaj mereka yang selamat yang disebut oleh Rasulullah sebagai manhaj Salaf as-Soleh?

61 . Lihat: ع غی ر س بیل ومن یشاقق الرس ول م ن بع د م ا تب ین ل ھ الھ دى ویتب -An المؤمنین Nisa. 4:115.

Page 50: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

50

Berittiba’ atau mengikut jalan-jalan selain jalannya orang beriman (selain manhaj para Salaf as-Soleh) maka semua jalan-jalan tersebut akan menjauhkannya manusia dari manhaj Rasulullah. Akibatnya ia akan mengikut jalan yang syubhat, hawa nafsu, perpecahan dan jalan-jalan yang di atasnya ada syaitan yang mengajak kepadanya. Sedangkan perbuatan seperti itu telah diharamkan oleh Allah. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

.وال تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبیلھ

“Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (syubhat) maka nescaya ia akan memecah-belahkan kamu dari jalan Allah”.62

Berhati-hatilah dari mengikut ucapan orang-orang yang tidak mengikut manhaj Salaf as-Soleh walaupun menggelar dirinya sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana mereka gemar mengatakan dan beranggapan baiknya bid’ah (dianggap bid’ah hasanah) dalam agama atau membahagi-bahagikan bid’ah kepada beberapa bahagian. Mereka cuba mencantikkan bid’ah dengan hiasan kata-kata yang disusun indah dan mempersonakan. Mereka sebenar adalah musuh Allah, musuh nabi dan musuh orang-orang beriman. Allah berfirman: 62 . Al-An’am, 6:153.

Page 51: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

51

وكذلك جعلنا لكل نبي عدوا شیاطین االنس والجن

.زخرف القول غرورا یوحى بعضھم الى بعض “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu”.63

Sesungguhnya mereka telah dimisalkan dengan

firman Allah dan perkataan RasulNya:64

ل اسفارا بئس مثل القومكمثل الحمار یحم “Seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum tersebut”.65

63 . Al-An’am. 6:112. 64 . Lihat: السنن والمبتدعات hlm. 7. Muhammad Abdussalam. 65 . Al-Jumaah. 62:5.

Page 52: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

52

JALAN-JALAN YANG SYUBHAT

Orang-orang yang mengikuti jalan syubhat, mereka

telah menyimpang dari jalan Allah. Tidak secara langsung telah meninggalkan jalan kebenaran atau hidayah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, malah telah terkeluar dari manhaj Salaf. Dan orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah yang dikenali sebagai jalan (manhaj) Salaf maka orang seperti ini telah menentang baginda. Perbuatan seperti ini telah diberi peringatan oleh Allah Ta’ala:

وم ن یش اقق الرس ول م ن بع د م ا تب ین ل ھ الھ دى ویتب ع غی ر س بیل الم ؤمنین نول ھ ماتولىونص لھ

جھنم وسآء ت مصیرا “Dan orang-orang yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”.66

66 . An-Nisaa’, 4:115.

Page 53: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

53

Menentang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam

ialah dengan mengikut jalan selain jalan (manhaj) orang-orang beriman. Ia termasuk amalan bid’ah dan perkara yang diada-adakan. Ia jalan yang tidak pernah diizinkan oleh Allah, RasulNya dan agamaNya. Dan ia tidak ada kenamengena dengan agama Allah.67

Maksud: “Jalan orang-orang yang beriman”

adalah jalan (manhaj) orang-orang yang utama, orang-orang yang digelar sebaik-baik ummah yang berada di kurun yang terbaik. Mereka itulah yang dikenali sebagai Salaf as-Soleh. Oleh itu diwajibkan mengikut manhaj Salaf (salafiyah) kerana mereka adalah manusia yang paling utama. Mereka bertemu dan bersahabat dengan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, hidup dizaman turunnya wahyu, mereka sangat memahami dan menjiwai wahyu, mereka manusia yang paling tahu dan berilmu tentang Islam sehingga keilmuan mereka mengatasi seluruh ilmu manusia. Mereka anak murid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan mereka adalah manusia yang paling kukuh imannya sebagaimana dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

.مآ أنزل الیھ من ربھ والمؤمنونآمن الرسول ب

67 . Lihat: السنن والمبتدعات Hlm. ب– ج Muhammad Abdulssalam.

Page 54: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

54

“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman”.68

Dengan ini amat jelas bahawa salaf, salafi atau salafiyah ialah:

“(Setiap orang yang beriman, pent.) yang meniti di atas jalan (manhaj) generasi awal dan sesiapa yang mencontohi mereka dalam mendapatkan ilmu, cara memahaminya dan cara naluri dakwahnya kepada manhaj ini. Ia tidak terhenti pada batas tarikh tertentu, malah wajib difahami bahawasanya ia (kekal berjalan) berterusan (tanpa henti-henti) melalui dalil-dalil yang kekal disepanjang hayat”.69

Berkata Imam al-Barbahari rahimahullah:

“Terkeluarnya seseorang dari manhaj Salaf as-Soleh pada mulanya bermain-main dengan bid’ah. Ingatlah, perbuatan bid’ah bermula dari bid’ah-bid’ah yang kecil, kemudian ia berterusan sehingga menjadi bid’ah yang besar! Begitulah

68 . Al-Baqarah, 2:285. 69 . Lihat: الصفات االلھیة Hlm. 64. Muhammad Aman al-Jami.

Page 55: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

55

setiap bid’ah yang telah berlaku dalam umat ini, pada mulanya ia diawali dengan yang kecil, ia kelihatan seperti kebenaran, maka dicantik-cantikkanya hal tersebut, yang terperangkap tidak berdaya keluar darinya sehingga dibesar-besarkannya. Akhirnya menjadi agama yang dianutinya”.70

HIZBULLAH HANYA YANG MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH

70 . Ibid.

Page 56: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

56

Di setiap Negara Islam, di setiap tempat yang

terdapat orang-orang Islam, di kalangan masyarakat Islam dan di mana sahaja wujudnya orang-orang Islam maka di situ pasti wujud kelompok (hizibi) yang mengatas-namakan golongan (hizbi) mereka sebagai hizbi Islami (hizbullah) atau parti Allah. Allah Azza wa-Jalla telah menjelaskan tentang adanya kelompok (hizbi) yang dibungkus atau diselimut dengan nama Islam tetapi tidak mengikut manhaj Salaf as-Soleh. Allah berfirman:

.كل حزب بما لدیھم فرحون

“Setiap kelompok (hizbi/parti) bangga dengan yang ada pada kelompoknya sendiri”.71

Oleh kerana dalam Islam hanya mengizinkan satu hizbi, maka hanya hizbi yang mengikut manhaj Salaf sahaja yang beruntung, selamat dan diredai oleh Allah. Orang-orang yang beruntung, diberi nikmat dan diredai Allah bermula dari kalangan para sahabat, kemudian dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat.72 Allah benar-benar telah meredai

71 . Al-Mukminun. 57:23. 72. Di surah al-Fatihah ayat 7 Allah berfirman: ص راط ال ذین انعم ت عل یھم “Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat

Page 57: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

57

manhaj mereka. Malah sesiapa yang mengikut manhaj yang selamat ini telah dijamin masuk syurga dan dijamin juga sebagai kelompok (hizbullah) yang beruntung sebagaimana firmanNya:

رضي اهللا ع نھم ورض وا عن ھ اولئ ك ح زب اهللا اآل

ان حزب اهللا ھم المفلحون “Allah reda terhadap mereka dan mereka merasa puas terhadap (limpahan rahmat)Nya. Mereka itulah golongan (hizbi) Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan (hizbi) Allah itu golongan (hizbi) yang beruntung!”.73

Ayat di atas ini menjelaskan bahawa Allah meredai golongan (hizbullah) iaitu para sahabat dengan limpahan rahmat dan nikmat, begitu juga sesiapa yang berittiba’ kepada mereka. Untuk mengenal siapakah yang berada bersama golongan Allah dan dianggap hizbullah (hizbi Allah), lihatlah manhajnya, jika terkeluar dari manhaj Salaf as-Soleh (manhaj para sahabat yang telah diredai oleh Allah) kemudian mengikuti manhaj-manhaj yang lain maka

kepada mereka”. Dimaksudkan: Orang-orang ialah para sahabat dan sesiapa yang mengikuti manhaj mereka yang dinamakan “Manhaj Salaf”. 73 . Al-Mujadalah. 58:22.

Page 58: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

58

mereka itu adalah hizbu as-syaitan yang merugi di akhirat kelak.

Allah telah mengkhabarkan tentang penghinaan

Allah kepada berbagi-bagai hizbi yang telah diperangkap oleh syaitan (ditalbis oleh syaitan), sehingga lupa pada Allah dan menghina Rasulullah dengan cara meninggalkan manhaj yang telah dibina oleh baginda (manhaj Salaf as-Soleh). Sedangkan manhaj yang lurus ini telah diperjuangkan, dipelihara dan diteruskan oleh para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in setelah kewafatan baginda. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

اس تحوذ عل یھم الش یطان فانس اھم ذك ر اهللا اولئ ك ح زب الش یطان اآل ان ح زب الش یطان ھ م

ان الذین یحآدون اهللا ورس ولھ اولئ ك . الخاسرون .فى األذلین

“Syaitan telah menguasai mereka lalu mejadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan (hizbi) syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan (hizbi) syaitan itulah golongan yang merugi!. Sesungguhnya orang-

Page 59: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

59

orang yang menentang Allah dan RasulNya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina”.74

Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia sentiasa terkeluar dari Manhaj Salaf as-Soleh, agar sentiasa berada dalam golongan Ahli Bid’ah dan sentiasa dalam keadaan sesat. Namun, Allah akan menyelamatkan sesiapa yang berada di atas Manhaj Salaf as-Soleh. Allah telah mengkhabarkan tentang hal ini:

ق ال رب بم آ اغ ویتني ألزی نن لھ م ف ى األرض

وألغوینھم اجمعین اال عبادك منھم المخلصین“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya! Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis antara mereka”. 75

KEMULIAAN PARA TABI’IN

74 . Al-Mujadalah. 58:19-20. 75 . Al-Hijr. 15:39-40.

Page 60: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

60

Tabi’in: Tabi’in ) ت ابعین( berupa jama’. Mufradnya

ialah tabi’i ) ت ابعي( atau tabi’ ) ت ابع( . Menurut takrif dan kesepakatan Ulama Muslimin bahawa tabi’in ialah: Mereka yang bertemu dan bersahabat (berdamping) dengan sahabat yang lahir dan hidup dikurun yang mulia

)ةقرن مفضل( atau kurun yang terbaik )خیر قرن( . Juga dikatakan tabi’in: Sesiapa yang bertemu dan

meriwayatkan hadis. Atau pernah meriwayatkan hadis yang datang dari sahabat walaupun tidak pernah berdamping dengan mereka (para sahabat). Tetapi Abu Amru ibnu as-Solah dan Imam an-Nawawi serta selain mereka berdua hanya menerima pendapat yang pertama.76 Ahli Sunnah wal-Jamaah diwajibkan berittiba’ (mengikuti) manhaj tabi’in kerana ia juga merupakan manhaj para sahabat radiallahu ‘anhum (manhaj Salaf as-Soleh).

KEMULIAAN TABI’ UT AT-TABI’IN

76 . Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 62. Dr. Muhammad Adim Soleh. Dan lihat: At-Taqrib wat-Taisir. Hlm. 94. An-Nawawi.

Page 61: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

61

Setelah beritttiba’ kepada manhaj para sahabat

maka diikuti pula oleh yang kemudiannya iaitu manhaj para tabi’in ) ت ابعین( dan seterusnya berittiba’ kepada tabi’i at-tabi’in ) ت ابع الت ابعین( . Tabi’i at-tabi’in adalah: Mereka yang berada dizaman selepas tabi’in.

Mereka menerima tarbiyah dan tasfiyah Islamiyah

dari para tabi’in. Mereka pewaris ilmu dari tabi’in. Dan sesiapa sahaja dinamakan orang-orang salaf (salafi atau salafiyun) apabila berittiba’ kepada manhaj Salaf as-Soleh (sahabat, tabi’in dan tabi’iut at-Tabi’in dengan baik sehinggalah ke Hari Kiamat).

Syeikh Muhammad Nasruddin al-Albani

rahimahullah mengatakan:

“Orang-orang yang hidup pada tiga generasi (para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in) itulah yang dinamakan salaf. Mereka merupakan sebaik-baik umat dan mereka juga merupakan umat terbaik dari seluruh umat yang ada. Mereka insan terbaik setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para nabi serta para rasul lainnya”.77

77 . Lihat: Al-Hawi. 2/266.

Page 62: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

62

Walau bagaimanapun sewajarnya diambil perhatian, bahawa sesiapa sahaja yang menggabungkan diri mereka ke dalam manhaj salaf, yang terdiri dari Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah manusia biasa, mereka tidak maksum. Namun kalangan mereka lebih dikenali sebagai siddiqin (terpercaya) dan syuhada”.78 Mereka adalah ahli nikmat kerana Allah telah menjanjikan syurga kepada mereka.

MAKSUD DAN

78 . Lihat: واقعنا المعاصر hlm. 21. Soleh bin Abdullah al-‘Uthaimin.

Page 63: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

63

MAKNA ITTIBA’ Adapun makna atau maksud ittiba’ ialah:

ان یتب ع الرج ل م ا ج اء ع ن النب ي ص لى : االتب اع اهللا علی ھ وس لم واص حابھ ث م م ن بع د الت ابعین

.مخیر “Ittiba’: Ialah apabila seseorang mengikuti apa yang datangnya dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dari para sahabat baginda. Kemudian dari sesudah tabi’in adalah perkara yang pilihan”.79

Setiap orang yang beriman adalah wajib bermanhaj (berittiba’) atau mengikut jalannya para Salaf as-Soleh. Ia adalah manhaj al-Quran, di atas manhaj inilah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beramal yang diikuti oleh para sahabat dan semua para a’immah Salaf as-Soleh kemudiannya. Manhaj inilah menjadikan para sahabat golongan yang terpuji, paling sempurna dan terbaik.

Imam Al-Barbahari80 rahimahullah berkata:

79 . Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Masail Imam Ahmad, 2/149. Lihat: Sifat Solat Nabi hlm. 35. 80 . Nama Penuh beliau ialah: Al-Barbahari al-Hasan bin Ali bin Khalaf.

Page 64: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

64

ال ت تم الس المة لعب د حت ى یك ون متبع ا ومص دقا ومس لما ، فم ن زع م ان ھ بق ي ش يء م ن ام ر االس الم ل م ی ذكرناه اص حاب رس ول اهللا ص لى اهللا

.قد كذبھمعلیھ وسلم ف “Tidak akan selamat seseorang hamba sehinggalah dia berittiba’ kemudian percaya dan (menjadi) seorang muslim. Sesiapa yang menyangka bahawa sesungguhnya masih terbaki sesuatu dari urusan Islam yang tidak dijelaskan kepada kita oleh para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam maka ia telah membohongi mereka”.81

Berittiba’ kepada Salaf as-Soleh adalah jalan yang

boleh memudahkan seseorang untuk memahami Islam dengan sempurna. Ahli ilmu bersepakat bahawa asas segala kefaqihan dalam hukum ahkam, segala yang berkait dengan akidah, penyelesaian seluruh perkara (permasalahan agama) semuanya diambil dari pemahaman manhaj al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah yang dikenali sekarang sebagai manhaj Salaf. Semuanya ini menjadi Wafat pada 329H. 81 . Lihat: 28-2/27 المنھج األحمد.

Page 65: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

65

kenyataan berpunca dari berittiba’ (mentaati) firman Allah Azza wa-Jalla yang memerintahkan:82

اتبعوا ما انزل الیكم من ربك م وال تتبع وا م ن دون ھ

اولیاء “Ikutlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya”.83

Segala perintah dan larangan wahyu telah

diimplementasikan oleh para Salaf. Oleh itu mereka terpilih sebagai umat terbaik untuk dicontohi sebagaimana difirmankan oleh Allah Ta’ala:

ن اس ت امرون ب المعروف كنتم خیر امة اخرج ت لل .وتنھون عن المنكر وتؤمنون باهللا

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan menegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah".84

82 . Lihat: الدعوة السلفیة Hlm. 17. Al-Abbasi. 83 . Al-A’raf. 7:3. 84 . Ali-Imran, 3:110.

Page 66: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

66

Maksud "Kamu adalah umat yang terbaik" ialah para salaf terutamanya para sahabat kerana mereka dijamin oleh al-Quran sebagai ummah yang sentiasa berpegang kepada manhaj al-Quran dan dijamin oleh Rasulullah kerana bersahabat dengan baginda. Mereka paling tahu dan mengerti tentang perkataan (sabda), perbuatan (amalan) taqrir (persetujuan) dan kehendak Rasulullah, sama ada yang wajib dilakukan atau yang wajib ditinggalkan, sama ada dari jenis ucapan atau amalan, yang zahir atau yang batin. Dan baginda bersabda: ال تزالون بخیر ما دام فیكم من رآني واص احبني ، واهللا ال تزال ون بخی ر م ا دام ف یكم م ن رآن ي ، م ن

.رآني وصاحبني “Kamu akan sentiasa dalam kebaikan selama di kalangan kamu ada orang yang pernah melihat aku dan bersahabat denganku. Demi Allah kamu sentiasa dalam kebaikan selama di kalangan kamu ada orang yang melihat orang yang pernah melihat aku dan bersahabat denganku.85

85 . H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanadnya yang hasan. Lihat: Fathul Bari. 7/5. Ibnu Hajar al-Asqalani.

Page 67: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

67

Sekali lagi dijelaskan bahawa menurut hadis-hadis sahih, salaf yang paling mulia setelah para sahabat ialah para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in dan kemudian barulah orang-orang yang mengikut (berittiba’) dan berpegang kepada athar-athar mereka. Buktinya ialah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: انا ومن معي ، ثم الذین على االثر ، ثم الذین على

.االثر “Aku dan orang-orang yang bersamaku, kemudian orang-orang yang berdiri di atas athar, kemudian orang-orang yang berdiri di atas athar”.86

Seterusnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam

bersabda:

ق ال رس ول : ع ن ب ن مس عود رض ي اهللا عن ھ ق ال خی ر الن اس قرن ي ، ث م : اهللا صلى اهللا علیھ وسلم

.الذین یلونھم ، ثم الذین یلونھم "Dari Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

86 . H/R Imam Ahmad 2/297. Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 2/78.

Page 68: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

68

Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut at-tabi’in)".87

Menurut Ibnu Hajar rahimahullah: Perkataan salaf adalah orang-orang dari kalangan para sahabat serta orang-orang yang mengikuti mereka iaitu tabi’in.88 Dan para sahabat digelar sebagai sebaik-baik generasi kerana lahir dikurun mufadhalah )مفضلة( “Kurun Terbaik”. Maka dengan penjelasan yang dipadatkan dengan hujjah ini, nyatalah bahawa sesiapa yang meragui manhaj Salaf as-Soleh, dia telah meragui manhaj rabbani. Sesiapa yang menentang manhaj Salaf maka dia telah menentang manhaj Rasullullah dan dia telah mengikut manhajnya orang-orang yang tidak beriman, sedangkan orang-orang yang paling beriman adalah para sahabat, tabi’in dan para tabi’ut at-tabi’in yang telah menyeru agar kita mengikuti manhajnya. Allah telah mengancam orang-orang yang menentang manhaj yang menjadi manhajnya Rasulullah kerana ia juga adalah menjadi manhaj atau jalannya orang-orang beriman سبیل المؤمنین. Allah berfirman:

87. Mutaffaqun ‘alaihi. Bukhari No 2652. Muslim No 2533 (211). 88. Lihat: Fathul Bari, 6/51.

Page 69: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

69

وم ن یش اقق الرس ول م ن بع د م ا تب ین ل ھ الھ دى ویتبع غیر س بیل الم ؤمنین نول ھ م ا ت ولى ونص لھ

جھنم وسآء ت مصیرا “Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan (manhaj) yang bukan jalan (manhaj) orang-orang beriman, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam. Dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”.89

Ayat ini dengan jelas menekankan bahawa orang-orang yang mengikut jalan yang bukan jalannya orang-orang beriman, maka dia dianggap sebagai menentang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Menurut Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah apabila menjelaskan tentang salaf:

“Apabila kami menyebut lafaz salaf maka yang dimaksudkan ialah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kemudian para tabi’in (generasi kedua) dan kemudian para tabi’ut at-

89 . An-Nisaa’, 115.

Page 70: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

70

tabi’in. Orang-orang yang hidup pada tiga generasi itulah yang digelar sebagai salaf”.90

PENDAPAT YANG PALING RAJIH (BENAR)

Namun yang paling rajih (benar), salafi adalah

sesiapa sahaja yang berittiba’ kepada manhaj Salaf as-Soleh disepanjang hayat mereka. Maka penentuan siapa salafi adalah ittiba’nya kepada para Salaf as-Soleh. Atau

90 . Lihat: Al-Hawi 2/266.

Page 71: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

71

dapat diertikan bahawa salafi adalah sesiapa sahaja yang taat kepada Allah Azza wa-Jalla dengan cara berpegang teguh kepada manhaj salaf. Dengan prinsip ini barulah mereka digolongkan sebagai sebaik-baik ummah.

Salafi merupakan ummah terbaik dari seluruh umat

yang ada di dunia. Mereka adalah orang-orang yang paling selamat kerana menasabkan keseluruhan tata-cara agama mereka kepada manusia yang maksum iaitu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Mereka paling benar kerana menyandarkan akidah, perbuatan, akhlak dan diri mereka kepada generasi yang paling utama sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih, athar dan pengakuan para ulama muktabar yang keseluruhannya adalah sahih nilainya.

Ibnu Qaiyim rahimahullah berkata:

“Adapun cara terbaik mengambil dalil dari makna-makna al-Quran ialah melalui perawi yang terpercaya, yang langsung diambil dari Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, yang mana mereka sebagai pewaris para nabi. Kemudian diikuti dengan berittiba’ dengan apa yang dikatakan tentangnya oleh para sahabat dan (beritiba’) kepada tabi’un yang menjadi para ketua penunjuk jalan”.91

91 . Lihat: 2/335 مختصر الصواعق المرسلة. Ibnu Qaiyim.

Page 72: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

72

SEBUTAN SALAF DAN MANHAJ SALAF

Kalimah salaf berkali-kali disebut oleh para ulama

muktabar sehingga tidak dapat dihitung dengan angka yang tepat lantaran terlalu sering dan banyaknya disebut. Berittiba’ kepada Salaf as-Soleh adalah syiar Ahli Sunnah

Page 73: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

73

wal-Jamaah dan sewajarnya mereka yang berittiba’ sentiasa bersabar menempuh ujian dan cemuhan kerana mereka sedang mengikuti atau berjalan di atas manhaj yang hak dan benar:

كان من شعار اھل الس نة اتب اعھم الس لف الص الح

.، وتركھم كل ما ھو مبتدع ومحدث “Antara syiar Ahli Sunnah ialah mereka berittiba’ kepada Salaf as-Soleh, mereka meninggalkan apa saja yang dianggap bid’ah dan yang direkacipta (ciptaan yang baru dalam persoalan yang berkaitan dengan agama)”.92

Ini bermakna bahawa ciri-ciri Salafi ialah meninggalkan bid’ah dan mempertahankan sunnah. Tabah dalam mengikuti sunnah dan memeliharanya pada semua hal dan keadaan serta sentiasa komitmen berjalan mengikut manhaj Salaf as-Soleh.

Berkata Imam Al-Auza’i rahimahullah:

92 . Lihat: 1/364 الحجة فى بیان المحجة. Al-Asbahani.

Page 74: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

74

اصبر نفسك على السنة ، وقف حیث وقف القوم ، وق ل بم ا ق الوا ، وك ف عم ا كف وا عن ھ ، واس لك

.سبیل سلفك الصالح ، فانھ یسعك ما وسعھم “Sabarkanlah jiwamu dalam mengikuti sunnah, berhentilah (dari melakukan sesuatu perbuatan) sebagaimana para Salaf berhenti (dari melakukannya). Berkatalah sesuai sebagaimana mereka katakan, berhentilah dari sesuatu yang mereka telah menghentikannya. Berjalanlah mengikut jalan (manhaj) salaf kamu yang soleh kerana sesungguhnya ia akan memberi kelapangan kepada kamu sebagaimana telah memberi kelapangan kepada mereka”.93

Penjelasan di atas menguatkan keyakinan bahawa salaf atau salafiyah ialah: Jika dikaitkan dengan waktu, zaman atau marhalah tarikh ia telah berlalu dengan kewafatan mereka. Tetapi jika dinasabkan kepada ilmu yang mereka tinggalkan, fahaman, sikap atau kepada ikutan (berittiba’) kepada manhaj mereka yang hak maka manhaj mereka akan berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

93 . Riwayat Al-Lalikaii, Baihaqi dan al-Ajurri dengan sanad sahih. Lihat: Al-Qutubiyah. Hlm. 2-3. Abu Ibrahim bin Sultan al-Adnani. Lihat: Ilmu Usul al-bid’. Hlm. 137. Ali Hasan Abdul Hamid al-Athari.

Page 75: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

75

Hakikat dan kenyataan ini dapat difahami dari hadis-hadis yang lalu dan hadis-hadis yang seterusnya sebagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjelaskan:

الت زال طائف ة م ن امت ي ظ اھرین عل ى الح ق ،

.الیضرھم من خذلھم حتى یاتي امر اهللا وھم كذالك “Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari umatku yang muncul terang-terangan di atas kebenaran, tidak membahayakan orang-orang yang bermusuhan kepada mereka sehingga tiba urusan Allah dan mereka dalam keadaan demikian”. 94

ال ت زال طائف ة م ن امت ي منص ورین عل ى الح ق ال .یضرھم من خالفھم وال من حذلھم

“Akan terus ada sekelompok dari umatku mendapat pertolongan atas yang hak. Tidak akan membahayakan mereka siapa sahaja yang menentang mereka dan merendahkan mereka”.

Di hadis yang lain Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam menegaskan bahawa akan ada sehingga 94 . H/R Bukhari, 6/632. Muslim, 3/1523.

Page 76: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

76

Hari Kiamat orang-orang (orang-orang yang berpegang dengan manhaj salaf) yang menegakkan kebenaran ) الح ق( , mempertahankan kebenaran dan berdiri (iltizam) di atas kebenaran walaupun dihina, dicela, dikeji dan ditimpakan dengan berbagai-bagai fitnah sebagaimana sabda baginda:

س معت النب ي : ع ن معاوی ة رض ي اهللا عن ھ ق ال

ال یزال من امت ي ام ة : لیھ وسلم یقول صلى اهللا عقائم ة ب امر اهللا ، ال یض رھم م ن ح ذلھم ، وال م ن

.خالفھم حتى یاتي امر اهللا وھم على ذلك “Dari Muawiyah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Akan sentiasa ada dari umatku ummah yang berdiri tegak di atas perintah Allah, tidak menjejaskan mereka orang-orang yang menghinakan mereka, juga orang yang menentang mereka sehingga tiba urusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian (tidak berubah)”.95

Berkata Imam Bukhari rahimahullah:

“Mereka (yang dimaksudkan dalam hadis ini) ialah Ahli Hadis”.

95 . Dikeluarkan oleh Syaikhain Bukhari dan Muslim.

Page 77: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

77

Ini dikuatkan lagi oleh Imam Ahmad bin Hambal

rahimahullah yang menjelaskan:

“Jika yang dimaksudkan (oleh hadis di atas) bukan Ahli Hadis maka aku tidak tahu siapa lagi mereka”.

Hadis-hadis di atas ini menggambarkan daya tahan

para salaf mempertahankan kebenaran, prinsip, keunggulan iman, ilmu dan keutamaan manhaj mereka walaupun manusia dalam keadaan fasad, kerosakan, dipenuhi bid’ah, khurafat, syirik dan menentang mereka yang mempertahan dan memperjuangkan manhaj Salaf as-Soleh. Semuanya ini telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam hadis ghuraba’ (asing). Baginda bersabda:

ق ال رس ول : عن ب ن مس عود رض ي اهللا عن ھ ق ال

ب دا االس الم غریب ا ، : اهللا ص لى اهللا علی ھ وس لم : وس یعود غریب ا كم ا ب دا ، فطوبىللغرب اء ، قی ل

یص لحون اذا ال ذین : من ھم یارس ول اهللا ؟ ق ال . الن زاع م ن القبائ ل : وفى لفظ آخر . فسد الناس

Page 78: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

78

ان اس ص الحون قلی ل ف ى ان اس : وف ى لف ظ آخ ر .سوء كثیر ، من یعصیھم اكثر ممن یطیعھم

“Dari Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Islam itu bermula dengan aneh, akan berulang dalam keadaan aneh sebagaimana ia bermula. Maka berjayalah orang-orang yang aneh. Baginda ditanya, siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Orang-orang yang membetulkan manusia apabila manusia telah fasad (rosak).96

Dilafaz yang lain: “Orang-orang yang memperbaiki pertelingkahan golongan yang bertelagah. 97

Dilafaz yang lain: “Manusia-manusia yang soleh yang sedikit, di tengah-tengah manusia-manusia yang keji yang

96. Hadis Sahih. Lihat dalam: اربعى الدعوة والدعاة No. 10. 97. H/R Al-Ajuri dalam Al-Ghuraba’. No. 2. Al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah No. 64. Ibn Majah 3988. Darimi 2/220.

Page 79: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

79

banyak. Orang-orang yang bermaksiat (menentang) lebih banyak dari yang mentaati mereka”.98

BAGAIMANA AGAMA TERPELIHARA

Agama Islam dan kesuciannya, keimanan dan

keutuhannya, pelaksanaan dan segala ilmu-ilmu syara hanya mampu dijaga, dipelihara dan dipertahankan oleh golongan Ahli sunnah Wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Kenyataan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

یحم ل ھ ذا العل م ، م ن ك ل خل ف عدول ھ ، ینف ون عنھ تحریف الغالین ، وانتحال المبطلین ، وتأوی ل

. الجاھلین 98. H/R Ahmad. 2/177 dan 222. Ibnu Mubarak 775. Al-Ajuri dalam Al- Ghuraba’. No. 6. Dari Abdullah bin Amru bin al-‘As.

Page 80: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

80

“(Dihari-hari kemudian) akan sentiasa dipelihara ilmu ini (agama Islam) oleh orang-orang yang adil. Mereka memeliharanya dari dirosakkan oleh orang-orang yang ghalu/ghulu (melampau terhadap agama/ahli bid’ah), memeliharanya dari pembohongan ahli-ahli batil dan memeliharanya dari pentakwilan orang-orang jahil”.99

SIAPA SALAFI?

Setelah kita menyedari bahawa Allah Ta’ala dan NabiNya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mengkhabarkan, malah menetapkan bahawa para salaf terutamanya mereka yang terdiri dari para sahabat, tabi’in dan para tabi’i at-tabi’in adalah merupakan umat yang termulia kerana mereka semua berada dikurun yang terbaik. Maka sewajarnya kita semua kembali kepada manhaj mereka (manhaj salaf) yang selamat lagi terjamin. Kerana hanya layak dikatakan seseorang itu salafi setelah 99. Hadis Hasan. Lihat: Al-Hittah Fi Zikri Shiti as-Sittah. Siddiq Hasan Khan. H/R. Al-Baihaqi dalam As-Sunnan al-Kubra 10/209. Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam ش رف اص حاب الح دیث Hlm. 11, 28 dan 29. Ibn Wadhah dalam الب دع والنھ ي عنھ ا hlm. 1-2. Ibn ‘Adi dalam Al-Kamal. 1/152-153.

Page 81: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

81

ia faham dan berittiba’ atau berada di atas manhaj (mazhab) Salaf as-Soleh.

Al-Hafiz Az-Zahabi rahimahullah berkata: Abu Bakar Abdurrahman as-Sarkhasi meriwayatkan dari Abil Fityan ar-Rawasi bahawa:

“As-Salafi adalah orang-orang yang berada di atas mazhab (manhaj) salaf”.100

As-San’ani rahimahullah berkata:

“Salafi adalah penyandaran (penisbatan) kepada salaf dan menganut manhaj (mazhab) mereka”.101

Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah apabila ditanya siapakah hakikat Salafiyah? Beliau menjawab:

“Apabila kamu membincangkan lafaz salaf maka yang kami maksudkan ialah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kemudian para tabi’in dan kemudian para tabi’ut at-tabi’in. Dan orang yang hidup pada tiga generasi itulah yang disebut sebagai salaf”.102

100 . Lihat: Syi’ar A’lam Nubala. 6/21. 101 . Lihat: Al-Ansab 3/273. 102 . Lihat: Al-Hawi 2/226.

Page 82: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

82

Dengan ini dikatakan salafi sesiapa sahaja yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh, atau dia dinamakan salafi ) س لفي( jamaknya Salafiyun ) س لفیون( atau Salafiyin

)س لفین ( berdasarkan manhaj yang diikutinya. Namun laqab (gelaran) ini bukanlah seruan untuk ta’sub (fanatik) kepada individu-individu tertentu dari kalangan mereka kecuali hanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.103

Manhaj salaf adalah manhaj orang-orang Salafi yang berpegang kepada al-Kitab dan as-Sunnah serta meninggalkan bid’ah. Setiap salafi yang benar-benar faham dan kenal akan manhajnya, dia tidak akan terpengaruh dengan bid’ah, aktiviti bid’ah dan ahli bid’ah walaupun ahli bid’ah tersebut kelihatan hebat, berkarisma, gayanya seperti ulama yang memiliki berbagai-bagai ilmu dan berlagak seperti seorang tokoh.

Sebenarnya Allah membiarkan para ahli bid’ah

sesat berdasarkan bid’ahnya yang mereka balut dengan nama agama, ilmu dan karisma berpidato. Allah berfirman tentang penipuan mereka:

.واضلھ اهللا على علم

103 . Lihat: Fatawa. 3/346. Ibnu Taimiyah.

Page 83: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

83

“Dan Allah membiarkan dia sesat atas ilmuNya”.104 “Maksud dia sesat berdasarkan ilmuNya iaitu: Ilmu (bid’ah) yang telah disesatkan oleh Allah”.105

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam

telah berwasiat kepada umatnya agar berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah agar tidak sesat, tidak syirik atau tidak berlaku bid’ah. Baginda bersabda:

ترك ت ف یكم ش یئین ل ن تض لوا بع دھما كت اب اهللا

وسنتي “Aku tinggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang sama sekali tidak akan sesat (selepas bepegang) kepadanya iaitu: Kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku (al-Hadis yang sahih)”.106

Dalam hadis yang lain Rasulullah sallallahu

‘alaihi wa-sallam berwasiat agar (berittiba’) mengikuti manhaj salaf. Baginda melarang bertaqlid buta dengan

104 . Al-Jasiyah. 23. 105 . Lihat: اض واء عل ى كت ب الس لف ف ى العقی دة Dr. Rabin bin Hadi Umair al- Madkhali. 106 . Lihat: Hadis disahihkan oleh al-Albani dalam Al-Jami’.

Page 84: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

84

manhajnya ahli bid’ah. Semasa berwasiat, kesungguhan tergambar di wajah baginda sehingga merubah suasana, menggegarkan hati dan mengalirkan air mata para sahabat. Ini menunjukkan peri-pentingnya kembali kepada sunnah yang menjadi dasar manhaj salaf yang diwasiatkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

اوصیكم بتقوى اهللا عز وجل ، والسمع والطاعة ، وان ولى علیكم عبد حبشي ، وانھ من یع ش م نكم من بعدي فسیرى اختالف ا كثی را ، فعل یكم بس نتى ،

ن المھ دیین م ن بع دي ، وس نة الخلف اء الراش دی تمس كوا بھ ا ، وعض وا علیھ ا بالنواج ذ ، وای اكم ومح دثات االم ور، ف ان ك ل محدث ة بدع ة ، وك ل

وك ل ض اللة ف ى : وف ى روای ة (بدع ة ض اللة ، ).النار

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan. Kami berkata: Wahai Rasulullah, seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami! Baginda bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat

Page 85: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

85

walaupun yang memimpin adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat. (Dan dalam riwayat: Setiap yang sesat di neraka".107

Antara contoh seorang ulama salafi yang terbilang ialah penamaan (jolokan) yang diberikan oleh al-Hafiz az-Zahabi rahimahullah terhadap Imam Daruqutni rahimahullah. Beliau berkata:

“Orang ini (Daruqutni) tidak pernah melibatkan dari dalam ilmu kalam dan perdebatan selama-lamanya, tidak pernah mendalaminya walaupun dia seorang Salafi”.108

107. H/R Ahmad 4/126-127. Abu Daud 5/13. Turmizi dalam syarah Tuhfatul Ahwazi 7/438. Ibn Majah 1/15 dalam Muqadimah. Al-Hakim dalam Kitabul Ilmi 1/95-97. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah As-Sahihah 2/647. 108. Syi’ar A’lam Nubala 16/457.

Page 86: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

86

APA ITU SALAFIYAH?

Pengertian salafiyah ialah: Manhaj (metodologi), mazhab atau jalan iaitu: “Manhaj yang diikuti atau dipegang oleh orang-orang salaf”. Atau “Metodologi pemahaman Salaf as-Soleh terhadap al-Quran dan as-Sunnah”.109 Sama ada di segi akidah (keimanan), ibadah, fikah (pemahaman), tarbiyah (pendidikan), tasfiyah (pembersihan akidah dari kesyirikan dan ibadah dari bid’ah), akhlak, muamalah, siyasah (politik), hukum-ahkam dan sebagainya.

Salafiyah bukan hizbiyah (kelompok atau golongan yang menyimpang dari dasar al-Quran, as-Sunnah, athar dan ijmak ulama muktabar). Salafiyah adalah golongan yang mengharamkan orang-orang dari berpecah-belah. Hizbiyah pula adalah golongan yang diancam keras oleh

109 . Lihat: Majalah as-Solah. No. 9. Hlm. 86. Penjelasan al-Albani.

Page 87: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

87

Allah kerana mereka penyebab perpecahan dan fitnah. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

كل حزب بما لدیھم فرحون “Tiap-tiap hizib (golongan) merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”.110

Tambahan pula Islam hanya mengizinkan satu hizbiyah iaitu hizib yang berdasarkan kepada berbagai penamaan jamaah yang dinamakan oleh Rasulullah di dalam hadis-hadis baginda. Ia dikenal dengan nama As-Sawadul A’zam, Al-Guraba, Ahli Ittiba’, Firqatun-Najiyah atau At-Taifah Al-Mansurah. Penisbatan seseorang kepada nama-nama ini sama seperti penisbatan kepada Salaf as-Soleh. Kesemua nama-nama ini penentuannya datang dari Rasulullah yang bermakna satu hizbiyah tetapi berlainan nama kerana tidak ada berbilang hizbiyah di dalam Islam berdasarkan firman Allah:

اال ان حزب اهللا ھم المفلحون

“Ketahuilah! bahawa sesungguhnya hizib (golongan) Allah itulah golongan yang beruntung”.111

110 . Ar-Rum, 30:32. 111 . Al-Mujadalah, 58:22.

Page 88: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

88

Penisbatan kepada selain Salaf as-Soleh hanya ada dua kemungkinan iaitu nisbah kepada peribadi yang tidak maksum atau nisbah kepada kumpulan (firqah) yang membawa kepada salah satu daripada 72 firqah perpecahan. Ia digambarkan oleh hadis-hadis sahih bahawa kesemua firqah perpecahan tersebut akan ke neraka. Baginda bersabda:

ترقن امتي على ث الث والذي نفس محمد بیده ، لتفوسبعین فرقة واحدة فى الجنة ، وثنت ان وس بعون

.الجماعة: من ھم ؟ قال : فى النار قیل “Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka! Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Al-Jamaah”.112

Al-Jamaah yang dimaksudkan oleh hadis ini adalah para Salaf as-Soleh dan mereka-mereka yang kembali mengikut manhaj para Salaf. Inilah maksud dan hakikat yang termuat di dalam sabda baginda:

112 . H/R Ibn Majah 2/1322. Disahihkan oleh al-Haitami dalam Az- Zawaid. Disahihkan juga oleh al-Iraqi dalam Talkhis al-Ihya.

Page 89: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

89

ما انا علیھ واصحابي

“Bermaksud: Yang (mengikut manhaj) aku dan para sahabatku (Atau sesiapa yang seperti aku dan para sahabatku)”.113

Kitab Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah memberi peringatan agar menjauhi manhaj golongan orang-orang yang syirik, kufur, sesat, bid’ah, yang terdedah dengan syubhat, fasad dan kefasikan. Mereka itu adalah orang-orang yang telah terkeluar dari manhaj Salaf as-Soleh kerana melewati batas. Allah berfirman:

ب ع ھ واه وال تط ع م ن اغفلن ا قلب ھ ع ن ذكرن ا وات

.وكان امره فرطا “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”.114

113 . Lihat: Tuhfatul Ahwazi. 7/399-340. Berkata Tirmizi: Hadis hasan dan gharib. 114 . Al-Kahfi. 18:28.

Page 90: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

90

LAQAB SALAF DIMULAI DARI KALANGAN SAHABAT

Menurut penjelasan dari hadis-hadis yang lalu,

bahawa laqab (penamaan atau gelaran) Salaf as-Soleh ia dimulai dari para sahabat, kemudian barulah dilaqabkan kepada para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in dan seterusnya setiap muslim yang berittiba’ kepada mereka.

Oleh yang demikian sesiapa yang menyerupai dan

berada di dalam manhaj para sahabat maka dia adalah tergolong sebagai salafi tanpa khilaf. Atau Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Yang lebih jelas dan ketara, as-Salafiyah ialah

dinasabkan kepada as-Salaf. Iaitu penasaban yang sama sekali tidak akan pernah terputus walau seketika dari umat Islam, sejak terbentuknya manhaj Nabawiyah maka ia berterusan dan dikembangkan oleh Rasulullah sehinggalah meliputi keseluruhan kaum muslimin yang mengikut generasi pertama, termasuklah sesiapa yang mencontohi mereka dalam bertalaqi (berguru) untuk memperolehi ilmu menuju jalan memahaminya, melaksanakan dakwah

Page 91: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

91

kepadanya, malah wajib memahami bahawa mengikuti jalannya adalah sewajarnya berterusan sepanjang hayat.115

Cara untuk berterusan di atas manhaj Salaf ialah

dengan memberi perhatian kepada athar-athar Salaf yang dipelihara oleh para a’immah (para imam-imam besar dan ulama Salaf as-Soleh) yang masyhur, sama ada kalangan ulama hadis, akidah atau tafsir, seperti athar Khalifa ar-Rasyidin, Ibn Abbas, Ibn Masoud, Abu Hurairah, Abu Musa al-Asy’ari, Aisyah, Ibnu Umar dan selain mereka dari kalangan para sahabat. Kemudian selepas mereka seperti Abul ‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Al-Hasan al-Basri, Umar bin Abdulaziz, al-Auzaii dan selain mereka seperti Imam syafie, Maliki, Hanafi, Hambali, Ibn Taimiyah, Ibn Qaiyim, Muhammad bin Abdul Wahab dan yang lain-lain-lainnya. Mereka semuanya itu, amat menentang manhaj Ahli Ahwa dan Ahli Bid’ah.

115 . Lihat: حكم االنتماء hlm. 31.

Page 92: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

92

MANHAJ SALAF

Para salafi (salafiyun) adalah orang yang mengikut manhaj salaf (salafiyah) sebagimana yang telah dijelaskan. Manhaj salaf hanyalah berpandukan kepada al-Quran, al-Hadis (as-Sunnah), athar dan mengikut kesepakatan (ijmak) para ulama muktabar. Iaitu mengikut cara memahami perkara-perkara tersebut menurut sebagaimana pemahaman para sahabat dan mereka-mereka yang berpegang dengan manhaj para sahabat hinggalah ke Hari Kiamat. Ciri mereka yang jelas ialah mereka sentiasa mentaati Allah dan RasulNya dalam berittiba' kepada wahyu sebagaimana firman Allah:

واتبعوا احسن ما انزل الیكم من ربك م م ن قب ل ان .یاتیكم العذاب بغتة وانتم التشعرون

"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya".116

116 . Az-Zumar, 39:55.

Page 93: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

93

Maksud ) احسن ما ان زل( : “Sebaik-baik apa yang telah diturunkan” ialah “al-Quran”. Al-Quran hanya dipenuhi oleh perkara-perkara yang terbaik.117 Wajib mengikut manhaj para sahabat lantaran mereka “mengikut sebaik-baik apa yang telah diturunkan” kepada mereka dan mereka adalah sebenar-benar Salaf as-Soleh, manusia yang paling baik, mulia dan sempurna kerana berittiba’ kepada al-Quran sebagaimana yang juga telah dijelaskan di surah Ali Imran 3:110.

Banyak dalil dan fatwa para ulama muktabar mewajibkan agar bermanhaj salaf kerana ia landasan

)ص راط ( yang dilalui oleh para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in. Firman Allah:

وان ھ ذا ص راطي مس تقیما ف اتبعوه وال تتبع وا السبل فتفرق بكم عن سبیلھ ذلكم وصاكم بھ لعلكم

.تتقون "Bahawasanya ini adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia, jangan kamu mengikuti jalan-jalan kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu

117. Lihat: Tafsir al-Qurtubi,15/270. Tafsir at-Tabari, 13/23.

Page 94: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

94

diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa". 118

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menggariskan untuk menggambarkan dan memperjelas maksud firman Allah di atas:

خ ط لن ا رس ول اهللا : ع ن عب د اهللا ب ن مس عود ق ال

ھذا سبیل : صلى اهللا علیھ وسلم یوما خطا ثم قال اهللا ، وخط خطوطا عن یمینھ وعن ش مالھ ث م ق ال

وان : ا الیھ ، ثم تال ھذه سبل منھا شیطان یدعو: ھ ذا ص راطي مس تقیما ف اتبعوه وال تتبع وا الس بل فتف رق بك م ع ن س بیلھ ذلك م وص اكم ب ھ لعلك م

.تتقون "Pada suatu ketika Rasulullah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut. Kemudian membacakan ayat: Sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka

118. Al-An’am, 6:153.

Page 95: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

95

ikutilah jalan tersebut dan janganlah ikuti jalan-jalan kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa".119

Berkata Mujahid rahimahullah: Subul س بل“Jalan-Jalan” bermaksud: “Bid’ah-bid’ah dan Syubhat-syubahat”.120

Para Salaf as-Soleh meyakini bahawa:

لیس لھم متبوع یتعصبون لھ اال رس ول اهللا ص لى

.اهللا علیھ وسلم “Tidak ada bagi mereka ikutan (ittiba’) yang diikuti dengan sungguh-sungguh kecuali (berittiba’) kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.121

Segala hujjah dan definisi di atas ini menjelaskan bahawa tidak boleh ta’sub, taqlid dan berittiba’ (taat, ikut, patuh dan berpegang kuat) kecuali kepada wahyu yang 119. H/R Ahmad "Musnad" 1/ 435. Al-Hakim "al-Mustadrak" 2/318. Ibn Abi 'Asim (17) As-Sunnah" Hlm. 13. 120 . Lihat: السنن والمبتدعات Hlm. 5. Muhammad Abdussalam. 121 . Lihat: Majmu’ al-Fatawa. 3/347. Ibnu Taimiyah.

Page 96: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

96

telah disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

MANHAJ RABBANI

Manhaj Salaf as-Soleh adalah manhaj Rabbani. Ini amat jelas kerana para Salaf as-Soleh sentiasa merujuk dan berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis sahih yang berupa wahyu dari Rabb pencipta sekalian alam. Antara

Page 97: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

97

bukti yang jelas ialah para Salaf as-Soleh apabila berikhtilaf atau berselisih agar tidak berpecah-belah maka mereka segera kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Amalan ini memenuhi tuntutan al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

وماختلفتم فیھ من شيء فحكمھ الى اهللا

“Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah”.122

Setiap orang beriman yang sedar dan berilmu, ia akan sentiasa meminta kepada Allah Ta’ala agar menjadi golongan salafi. Ini dilakukan juga secara tidak langsung setiap kali bersolat kerana setiap insan yang bersolat sentiasa berdoa (meminta) agar ditunjukki jalan yang hak, atau ص راط المس تقیم “jalan yang lurus” iaitu jalan, mazhab atau lebih dikenali sebagai manhaj Salaf as-Soleh sebagaimana firman Allah:

اھدناالصراط المستقیم صراط الذین انعمت

علیھم

122 . Asy-Syura, 42:10.

Page 98: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

98

“Tunjukkilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka”.123

Maksud: “Jalan orang-orang yang telah Engkau

anugerahkan nikmat” ialah jalan (manhaj) para syuhada, siddiqin dan solehin yang terhindar dari jalan-jalan yang disesatkan oleh syaitan. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

صلى اهللا علیھ وسلم خطا مس تقیما خط رسول اهللا

، وخ ط خطوط ا ع ن الیم ین وع ن الش مال ث م ت ال ثم وضع ی ده ) وان ھذا صراطي مستقیما(قول اهللا

بیل اهللا ھ ذا س : على الخط األوسط المستقیم وق ال ، وھ ذه س بل عل ى ك ل س بیل منھ ا ش یطان ی دعو

. الیھ “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menggaris garisan lurus dengan tangannya lalu menggaris garis-garis di sebelah kanan dan kiri kemudian membaca ayat: (Inilah jalanKu yang lurus)124 kemudian meletakkan tangannya di atas jalan yang

123. Al-Fatihah, 1:6-7. 124 . Al-An’am, 153.

Page 99: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

99

lurus dan bersabda: Inilah jalan Allah. Dan yang ini adalah jalan-jalan, tiada satu jalanpun melainkan di atasnya ada syaitan yang menyeru kepadanya”.125

Sedarkah kita bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi

wa-sallam hanya menggariskan satu garisan yang diwajibkan kita mengikutinya. Itulah satu-satunya jalan yang wajib kita titi sehingga tidak boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Titian tersebut dijelaskan oleh para ulama tafsir sebagi jalan, mazhab atau manhaj para sahabat yang menjadi salaf kita sekalian. Ingatlah, pada ayat yang juga merangkumi hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam di atas, terdapat perintah Allah yang memerintahkan agar kita hanya mengikuti satu jalan yang lurus iaitu masuk ke dalam golongan (manhaj) siddiqin kerana para salaf terutamanya para sahabat keseluruhannya adalah golongan orang-orang yang siddiqin! Allah memerintahkan di dalam firmanNya:

وكنوا مع الصادقین “Dan hendaklah kamu berserta (menjadi) orang-orang yang benar (siddiq)”.126

125 . H/R Nasaii, Darimi. Al-Albani mengatakan: Sanadnya Hasan. 126 . At-Taubah, 9:119.

Page 100: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

100

Yang termasuk dalam golongan syuhada, solehin dan siddiqin ini terutamanya ialah para sahabat yang menjadi salaf kita dalam menempuh jalan yang lurus. Dengan ini menurut Ibn Taimiyah, bermanhaj Salaf adalah wajib kerana telah diwajibkan oleh Allah dan diisyaratkan juga oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam sabda baginda:

"Yang sepertiku (yang seperti manhaj baginda) dan para sahabatku (manhaj para sahabat baginda)".

Ibn Taimiyah juga menjelaskan:

ال عیب على من اظھر مذھب السلف ، وانتسب الیھ ، واعتزى الیھ ، بل یج ب قب ول ذل ك من ھ باالتف اق ،

فان مذھب السلف الیكون االحقا "Tidak akan menjadi aib (kekurangan) bagi seseorang mengakui sebagai bermazhab (bermanhaj) salaf, menasabkan dirinya kepada salaf dan berbangga dengan salaf. Malah wajib menerima mazhab (manhaj) salaf sebagaimana yang telah disepakati. Sesungguhnya mahzab salaf

Page 101: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

101

tidak lain hanyalah mazhab yang sebenarnya (manhaj yang hak)".127

Ibnu Hajar al-Qatari rahimahullah pula berkata:

ماك ان علی ھ الص حابة : ف المراد بم ذھب الس لف الك رام رض وان اهللا عل یھم ، والت ابعون لھ م

.باحسان الى یوم الدین واتباعھم "Apa yang dimaksudkan sebagai mazhab (manhaj) salaf ialah sebagaimana yang telah diikuti oleh para sahabat yang mulia, yang mana mereka sekalian telah diredai oleh Allah. Begitu juga para tabi’in yang mengikuti mereka dengan baik yang mengikuti mereka sekalian sehinggalah ke Hari ad-Din".128

Mahmud Muhammad Khufaji telah menjelaskan tentang penentuan manhaj Salaf as-Soleh dan siapa dia yang digelar salafi:

ولیس ھذا التحدید الزمني كافیا فى ذلك ، ب ل الب د ان یضاف ال ى ھ ذا الس بق الزمن ي موافق ة ال راي

127. Lihat: مجموعة الفتاوى Jld. 4. Hlm. 149. Ibn Taimiyah. 128 . Lihat: العقائد السلفیة Ibnu Hajar al-Qatari.

Page 102: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

102

للكتاب والس نة ، نص ا وروح ا ، فم ن خ الف رای ھ ان ع اش ب ین الكت اب والس نة فل یس بس لفى ، و

.اظھر الصحابة والتابعي التابعین "Bukanlah penentuan zaman sudah memadai dalam perkara ini (menentukan seseorang itu salafi) tetapi di samping penentuan zaman (para sahabat) yang berlalu zamannya maka perlulah ada kesepakatan pandangan mereka dengan al-Kitab dan as-Sunnah jika tidak maka dia tidak boleh dinamakan salafi sekalipun ia hidup di tengah-tengah para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in".129

Nasruddin al-Albani rahimahullah berkata: “Manhaj Salaf adalah ajaran yang suci dan bersih dari segala kesan tradisi (jahiliyah pent.) masa lalu dan bersih dari peninggalan-peninggalan berbagai-bagai fahaman. Segala kesempurnaan dan kesyumulannya berdasarkan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah”.130

129. Lihat: العقیدة االسالمیة بین السلفیة والمعتزلة تحلیل ونقد Juz. 1/20-21. Mahmud al-Khufaji. 130 . Limaza Khartu al-Manhaj as-Salaf. Hlm.34.

Page 103: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

103

PENGGUNAAN

KALIMAH SALAF

Terdapat beratus-ratus kitab yang dihasilkan oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dalam berbagai-bagai bidang keilmuan. Di dalam kitab-kitab tersebut didapati amat banyak sebutan menggunakan istilah atau kalimah seperti: Salaf, Salaf as-Soleh, Generasi salaf atau Salaful Ummah. Sama ada di dalam kitab-kitab tafsir, syarah hadis, fikah (termasuk dalam fikah Hanafi, Maliki, Syafie dan hambali), malah paling banyak disebut sehingga beratus-ratus kali di dalam kitab-kitab akidah. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan bagi sesiapa yang mampu mengkaji kalimah ini di kitab-kitab turath (kitab-kitab hasil tulisan para ulama terdahulu).

Page 104: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

104

Malah para ulama terdahulu telah menggunakan

kalimah salaf atau istilah ini untuk memerangi bid’ah, ahli bid’ah dan para aktivisnya. Ia diungkapkan dalam kata-kata yang masyhur:

#وكل خیر فى اتباع من سلف وك ل ش ر ف ى اتب اع م ن

خلف “Dan setiap kebaikan adalah dalam mengikuti orang-orang salaf. Dan setiap kekejian adalah dalam bid’ahnya orang-orang khalaf (orang-orang setelah zaman salaf)”.

Imam al-Auza’i rahimahullah secara tegas

memerintahkan kepada kita sekalian agar kembali kepada pegangan para Salaf as-Soleh. Beliau berkata:

علیك باث ار م ن س لف وان رفض ك الن اس ، وای اك .جال وان زخرفوھا لك باالقوالواراء الر

“Hendaklah kamu berpegang dengan athar-athar orang-orang salaf walaupun semua manusia mengusir (menolak) kamu. Dan jauhilah oleh kamu pendapat-pendapat orang walaupun mereka

Page 105: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

105

menghiasinya dengan ucapan-ucapan (yang indah)”. 131

اصبر نفسك على السنة ، وقف حیث وقف القوم ، وق ل بم ا ق الوا ، وك ف عم ا كف وا عن ھ ، واس لك

.سبیل سلفك الصالح فانھ یسعك ما وسعھم “Bersabarlah kamu dalam mengikuti sunnah. Berhentilah dari (melakukan suatu perbuatan) sebagaimana kaum (Salaf as-Soleh) berhenti dari melakukannya. Berkatalah sesuai dengan apa yang mereka (para Salaf as-Soleh) katakan. Tahanlah dirimu daripadanya. Berjalanlah di atas jalan Salaf as-Soleh kerana sesungguhnya ia akan memberi kelapangan kepada kamu”.132

131 . Lihat: ذم التأوی ل Tahqiq Badr al-Abdr. Hlm. 277. Hadis Sahih, Dikeluarkan oleh al-Khatib dalanm Syarah Ashabul Hadis hlm. 70. Al-Ajurr dalam Syariah 57. Dan Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ul Bayanil Ilm wa-Fadhlihi. 2/114. Lihat: Syarah Lum’atul Iktiqad. Hlm. 42. Syeikh Uthaimin. Tahqiq Asyraf bin Abdul Maqsud. 132. Dikeluarkan: Al-Lalikaii, Baihaqi dan al-Ajuri dengan sanad sahih.

Page 106: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

106

MENGENALI MANHAJ SALAF

Untuk mengenal manhaj Salaf as-Soleh secara mudah, ia dapat diringkaskan kepada beberapa bahagian:

Pertama: Manhaj Salaf dikenali juga sebagai manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Salafiyah. Manhaj salaf hanya memberi penumpuan kepada al-Quran dan as-Sunnah kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh al-Kitab ini. Firman Allah:

ما فرطنا فى الكتاب من شيء “Tidaklah Kami lupa (tertinggal) suatu apapun di dalam al-Kitab (al-Quran)”.133

133 . Al-An’am, 6:38.

Page 107: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

107

Manhaj ini berbeza dengan aliran bid’ah seperti Tariqat Sufi, Mu’tazilah, Ahli Kalam, Asy’ariyah dan yang seumpamanya. Salafi dan salafiyah hanya mementingkan al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat. Golongan bid’ah pula mencampur-adukkan al-Quran dan as-Sunnah melalui pertimbangan akal atau hawa nafsu. Jika terdapat dalil yang bertentangan dengan akal, mereka menolak dalil tersebut untuk mempertahankan akal. Mereka digelar ‘Aklaniyun “Penyembah Atau Pemuja Akal” , Ahlu al-Ahwa “Penyembah Atau Pemuja Hawa Nafsu dan Mubtadi’ “Ahli Bid’ah”. Kedua: Manhaj Salaf as-Soleh hanya menggunakan istilah-istilah dari syara ) الش رعیة ( apabila menjelaskan persoalan akidah dan syariat sama ada untuk menerangkan atau membantah. Ketiga: Manhaj Salaf tidak menggunakan pentakfiran (menghukum kafir), tabdi’ (menghukum bid’ah), tadhlil (menghukum sesat) dan tafsik (menghukum fasik) menangani persoalan akidah namun memberi ruang luas di segi fikhiyah.

Page 108: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

108

Keempat: Membentangkan persoalan akidah dengan uslub (metode) dan bahasa yang mudah sehingga tidak ada perkara yang tersembunyi. Kelima: Menyelesaikan setiap persoalan dengan contoh yang sederhana, kalimah yang ringkas dan mudah yang dirujukkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Keenam: Mematuhi setiap nas al-Quran atau as-Sunnah, tidak keluar dari makna al-Quran melalui Bangsa Arab. Hanya Bangsa Arab yang benar-benar memahami bahasa mereka dan dalil-dalil qat’ie dari al-Quran dan hadis yang semuanya berbahasa Arab tulin. Oleh kerana kefasihan dan tidak terdapat kesalahan mereka berbahasa Arab maka tidak ditemui ilmu nahu, saraf, balagah dan ilmu-ilmu alat dimasa mereka.

Ibn Taimiyah menekankan kepada setiap orang yang beriman agar bermanhaj salaf dan mempertahankan manhaj Salaf. Beliau menjelaskan siapa sebenarnya Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh:

ان اھ ل الس نة ھ م ال ذین المتمس كون بكت اب اهللا ، وم ا اتف ق وسنة رسول اهللا صلى اهللا علیھ وس لم

Page 109: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

109

علیھ السابقون االول ون م ن المھ اجرین واالنص ار والذین اتبعوھم باحسان

"Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan apa yang disepakati oleh orang-orang pendahulu yang awal (salaf), terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik".134

Seterusnya beliau berkata:

ھ ل فمن قال بالكت اب والس نة واالجم اع ك ان م ن ا

السنة والجماعة"Maka sesiapa yang berkata-kata berdasarkan al-Kitab, as-Sunnah serta ijmak, ia adalah tergolong dalam golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah".135

Telah berkata Ibnu Abbas sebagaimana yang

diucapkan juga oleh Imam Malik dinukil dari Mujahid:

134. Lihat: وىمجموعة الفتا 3/375. Ibn Taimiyah. 135. Ibid. Hlm. 346.

Page 110: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

110

كل الناس یؤخ ذ من ھ ویؤخ ذ علی ھ اال ص احب ھ ذا القبر

“Setiap manusia boleh diambil perkataannya dan boleh ditolak kecuali penghuni kubur ini (seraya menunjukkan kubur Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam)”.136

BAHAGIAN KEDUA

136. Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Masail Imam Ahmad hlm. 276. Disebut oleh Taqiyuddin as-Subky dalam Al-Fatawiy 1/148. Ibnu Abdil Baar. Lihat Jami’ul Bayanil Ilmu wa-Fadhlihi. 1/145

Page 111: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

111

(2)

AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

Pengistilahan atau laqab “Ahli Sunnah wal-

Jamaah” bermula pada akhir zaman sahabat. Ada yang menyatakan ia bermula apabila timbulnya zaman fitnah terutama fitnah yang berlaku antara Ali dan Mu’awiyah radiallahu ‘anhuma. Dimana setelah munculnya golongan ahli bid’ah seperti Khawarij, Rafidhah137 atau

137. Berkata Imam Syafie: Aku tidak pernah mendapati seseorangpun dari Ahli Bid’ah yang sangat pembohong di dalam pengakuannya dan dalam saksi palsunya selain dari Rafidhah. Lihat: Al-Ibanatul Kubra 2/545.

Page 112: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

112

Syiah,138 Jahmiyah,139 Qadariyah dan sebagainya, yang mana mereka terkenal dengan bid’ah-bid’ahnya dan banyak perselisihannya dalam persoalan hadis dan makna-makna al-Quran. Untuk membezakan antara golongan yang sunnah dan bid’ah maka para ulama hadis menentukan siapa Ahli Sunnah dan siapa Ahli Bid’ah agar mudah dan hanya diambil sanad atau matan sesebuah hadis dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sahaja.

Berkata Ibn Hazam rahimahullah:

“Ahli Sunnah yang kami nyatakan, mereka adalah Ahli Hak dan selain mereka adalah Ahli Bid’ah. (Ahli Hak) adalah para sahabat radiallahu ‘anhum serta sesiapa yang mengikut jalan mereka, terutamanya para tabi’in rahmatullah ‘alaihim. Kemudian Ashabul Hadis dan sesiapa yang

138. Adapun golongan Syiah dianggap ahli bid’ah kerana mereka ghulu (keterlaluan fanatiknya) kepada mereka yang dianggap imam oleh mereka. (1). Berkata Alqamah: Sesungguhnya Syiah ghulu terhadap Ali sebagaimana Nasrani ghulu terhadap Isa bin Maryam. Lihat: As-Sunnah 2/548. (2). Amir Asy-Sya’bi berkata: Aku tidak pernah mendapati suatu kaum yang sangat dungu (bebal) dari Syiah. Lihat: Minhajus Sunnah. 1/22. Ibn Taimiyah. 139. Qadhi Abi Yusuf berkata: Aku tidak sudi solat di belakang Jahmiyu, Rafidhi dan Qadari. Lihat: Syarah Usul Iktiqad Ahlu Sunnah 4/733. Al-Lalikaii. Berkata: Muhammad bin Yusuf al-Firaby: Aku tidak melihat Rafidhah dan Jahmiyah melainkan mereka adalah orang-orang zindiq. Lihat: Syarah Usul Iktiqad Ahlus Sunah. Al-Lalikaii.

Page 113: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

113

mengikut mereka dari kalangan fukaha (Ahli Fikah) dari satu generasi ke satu generasi berikutnya sehinggalah ke hari ini. Begitu juga sesiapa yang mencontohi mereka dari kalangan orang-orang awam sama ada di timur atau di barat”.140 Imam Ahmad rahimahullah berkata:

من یعتقد مذھب اھل : اھل السنة والجماعة .الحدیث

“Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Sesiapa sahaja yang berpegang dengan mazhab Ahli Hadis”.141

Imam al-Bukhari rahimahullah mengkhususkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah Ahli Ilmu.142

Berkata pula Imam Ahmad rahimahullah:

ان لم یكونوا اھل الحدیث فال ادري من ھم

140 . Lihat: Al-Fasl. 2/113. Ibnu Hazam. 141 . Lihat: Syarah Muslim. 13/66. An-Nawawi. 142 . Ibid.

Page 114: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

114

“Jika sekiranya mereka (Ahli Sunnah wal-Jamaah) bukan kalangan Ahli Hadis, aku tidak tahu siapa mereka?”.

Ada yang menyatakan bahawa mula munculnya

istilah Ahli Sunnah wal-Jamaah apabila lahir golongan ahli bid’ah. Dengan bersandar kepada hadis-hadis dan athar maka bermula seruan agar bersatu dalam satu jamaah dengan berpegang kepada sunnah, diperingat dari pertelingkahan dalam agama dan sama sekali tidak melakukan bid’ah dalam agama.143 Seruan ini diperkuat dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

فانھ من فارق الجماعة شبرا فمات اال مات میتة

.جاھلیة “Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jamaah kadar sejengkal maka ia mati, tidaklah kematiannya itu kecuali ia mati secara jahiliyah”.144

Akhirnya julukan Ahli Sunnah wal-Jamaah

diberikan kepada sesiapa sahaja yang kembali kepada al- 143 . Lihat Ibn Taimiyah wa-Tasawuf. Hlm. 8. Dr. Mustafa Helmi. Catakan 1982. Mesir. 144 . H/R Bukhari 5/12. Kitab al-Fitan. No. 7054.

Page 115: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

115

Quran, Sunnah dan ijmak ulama yang dikenali kebenaran pegangan dan pendiriannya. Terutama mereka yang jelas berpegang dengan akidah yang dinukil dari para Salaf as-Soleh rahimahumullah yang diterima langsung dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dari para sahabat radiallahu ‘anhum.145 Kerana kita diperintah untuk mencontohi athar mereka (para sahabat) dan berittiba’ kepada sunnah mereka.146

Namun gelaran ini diutamakan kepada sesiapa sahaja yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh secara umum, yang sentiasa menentang ahli bid’ah di manapun mereka berada, pada bila-bila masa dan ketika sehinggalah keakhir zaman.

145 . Lihat: الرد على من انكر الحرف والصوت hlm. 99. Abi Nasr. 146 . Ibid.

Page 116: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

116

ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

Istilah “Ahli Sunnah wal-Jamaah” terdiri dari tiga

kalimah iaitu: Ahli, Sunnah dan Al-Jamaah.

“Ahli” mengikut bahasa bermaksud: 1. "Pakar, Yang Berilmu, Yang Ahli atau Yang

Pandai" sebagaimana firman Allah:

.فسئلوا اھل الذكر ان كنتم ال تعلمون

Page 117: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

117

"Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui".147

2. "Pengikut, Anggota Satu-Satu Fahaman Atau

Kumpulan”, sebagaimana firman Allah:

لم تكفرون بایات اهللا یا اھل الكتاب "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya!". 148

وامر اھلك بالصالة واصطبر علیھا

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya".149

Antara contoh yang lain ialah:

147 . Al-Anbiya, 21:7. 148 . Ali-Imran, 3:70. 149 . Taha, 20:132

Page 118: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

118

“Ahli Pertubuhan, Ahli Parlimen, Ahli Mazhab, Ahli Sukan” dan sebagainya.

PENGERTIAN SUNNAH

1. Menurut istilah, kalimah sunnah ialah berasal dari: “Sanna - 150.”س ن Sunnah menurut bahasa ialah: At-Tariqah )الطریقة( “Jalan atau cara” 151

Disebut juga نھجھ: سننھ - سننھ – iaitu manhajnya.152 س ننھ Atau sunnah bermaksud sirah )السیرة( "Sirah".153 Disebut dalam kamus “Lisanul Arab” sebagai berikut:

150 . Lihat: 3/60 معجم مقاییس اللغة. 151. Lihat: سنن(مادة -لسان العرب( 13/226. 152 . Ibid. 153. Lihat: (1). مختار الصحاح Hlm. 133. ar-Razi. (2). Inilah takrif yang diberikan oleh Ibn Athir dalam النھایة

) سنن: (فى غریب الحدیث قى مادة Jld. 2. Hlm. 409.

Page 119: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

119

.یقھ ، محمودة كانت ام مذمومةالسنة ھي الطر “As-Sunnah: Jalan, sama ada yang terpuji (baik) atau yang keji (buruk)”.154

2. Sunnah menurut syara:

"Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda tentang akidah dan amal". 155 Atau: "Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang dibina (diambil) dari kitab Allah Ta'ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh mereka".156 Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:

154. Lihat: سنن(مادة -لسان العرب( 155. Lihat: لمعة االعتقاد الى سبیل الرشاد Hlm. 40. Al-Uthaimin. 156. Lihat: االش اعرة ف ى توحی د اهللا تع الى اھ ل الس نة والجماع ة وم نھج Juz. 1/21. Khalid Abdul Latif.

Page 120: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

120

السنة ھي ما قام الدلیل الشرعي علیھ

“As-Sunnah ialah: Apa yang telah ditegakkan dalil syari di atasnya”.157

3. Menurut ulama usuluddin (akidah): “Sunnah ialah hidayah (petunjuk) yang telah ditunjuk ajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda, sama ada yang berupa ilmu, iktiqad (kepercayaan), perkataan atau perbuatan yang wajib kita ikuti. Diberi pahala orang yang mengikutinya dan berdosa orang yang menentangnya”.158

4. Sunnah secara khusus dimaksudkan apa dan siapa sahaja yang bertentangan dengan bid’ah dan Ahli

Bid’ah. Seperti Syiah, Khawarij, Jahmiyah, Mu’tazilah, Murjiah, Asya’irah dan yang seiring

dengan mereka dari kalangan Ahli Bid’ah. Mereka sama sekali tidak termasuk dalam kalangan Ahli

Sunnah.

157 . Lihat: 12/317 مجموع الفتاوى. Ibnu Taimiyah. 158 . Lihat: مباحث فى عقیدة اھل السنة hlm. 13. Dr. Nasir bin Abdulkarim al-‘Aql.

Page 121: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

121

5. Sunnah secara umum pula bermaksud: Mengikut (para pengikut) athar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-

sallam batin dan zahir. Mengikut (pengikut) jalan orang-orang yang mula-mula dan awal-awal dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Pengikut wasiat

Rasulullah yang mana baginda bersabda:

“Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat

petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda

yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”.

Dengan maksud umum dari hadis di atas ini,

bermakna bahawa al-Quran, hadis Nabi, athar-athar salaf termasuk apa yang dinamakan sunnah.

6. Yang paling penting dan utama ialah pengertian

sunnah mengikut Salaf as-Soleh. Ia dimaksudkan:

ھ ي ماك ان علی ھ النب ي ص لىاهللا علی ھ وس لم .واصحابھ اعتقادا واقتصادا ، قوال ، وعمال

“Sunnah ialah apa yang seperti Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda, sama

Page 122: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

122

ada iktiqad (akidah), iktisad, ucapan dan perbuatan (amalan)”.159 Ibnu Taimiyah rahimahullah juga berkata: “Lafaz sunnah, dimaksudkan darinya ialah sesiapa yang telah menthabitkan (menetapkan) kekhalifahan tiga Khalifah, termasuk dalam perkara tersebut ialah semua golongan kecuali ar-Rafidhah”.160 Berkata Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah:

التمسك بما كان علی ھ اص حاب : اصول السنة عندنا ث م ذك ر جمل ة . رس ول اهللا ص لى اهللا علی ھ وس لم

.عقائد السلف “Asas Sunnah menurut kami: Berpegang seperti mana yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian beliau menyebut sejumlah pegangan-pegangan Salaf”.161

159 . Lihat: جامع العلوم والحكم Hlm. 230. Abi Faraj Abdulrrahman ibnu Syahibuddin bin Ahmad bin Rejab al-Hambali al-Bagdadi. Lihat: 19/306 مجموع الفتاوى. Ibnu Taimiyah. 160 . Lihat: 2/221 منھاج السنة النبویة. Ibnu Taimiyah. 161 . Lihat: شرح اصول اعتقاد اھل السنة Hlm. 1/156 Al-Lalikaii.

Page 123: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

123

Berkata Imam Syafie rahimahullah: الق ول ف ى الس نة الت ي ان ا علیھ ا ، ورای ت اص حابنا

م ، مث ل س فیان ، علیھ ا اھ ل الح دیث ال ذین رای تھ االقرار بشھادة ان ال ال ھ اال اهللا ، : ومالك وعیرھما

وان محمدا رسول اهللا ، وان اهللا علىعرشھ وان اهللا ینزل الىالسمآء الدنیاكیف یشآء

“Perkataan sunnah yang kami di atasnya dan juga aku lihat para sahabat kami di atasnya ialah ahli hadis yang mana kami telah temui mereka dan saya ambil hadis dari mereka. Seperti Sufyan, Malik dan selain keduanya yang mana mereka berikrar dengan persaksian: Tiada tuhan yang wajib diibadahi kecuali Allah dan sesungguhnya bahawa Muhammad Rasulullah. Berikrar bahawa Allah bersemayam di atas arasyNya dan Allah turun ke langit dunia sebagaimana yang Ia kehendakinya”.162

162 . Lihat: اجتماع الجیوش االسالمیة على غزو المعطل ة والجھمی ة Hlm 59. Ibnu Qaiyim al-Jauziyah. Darul Ma’rifah.

Page 124: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

124

PENGERTIAN AL-JAMAAH

Al-Jamaah sebagai yang warid menurut pengistilahan Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Makna Jamaah di segi bahasa: Dari kata جم ع. Dikatakan: جم عالجماعة ضد Menyatukan yang berpecah-belah”. Dan“ المتفرقة Jamaah lawannya berpecah-belah”.163“ الفرقة Lafaz jamaah terdapat di beberapa hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ید اهللا مع الجماعة“Tangan Allah bersama Jamaah”.164

كلھا فى النار اال الجماعة

“Semuanya di neraka kecuali satu iaitu jamaah”.165 163. Lihat: (1). Lisan al-Arabi 8/53 )مادة جمع( . Lihat: (2). 3/157 مجموع فتاوى Ibn Taimiyah. 164. H/R Turmizi dalam Sunannya 6/334. ب اب ف ى ل زوم –كت اب الف تن الجماعة Diriwayatkan oleh Hakim dalam Mustadrak 1/115, 116 كتاب العلم

Page 125: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

125

.الجماعةكلھا فى النار اال واحدة وھي “Semuanya di neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah”.166

Al-Jamaah juga secara bahasa diambil dari kalimah

)الجمع( al-Jam’u iaitu:

Pertama: Al-Jamaah bermaksud:

(1). Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai).167 (2). Bersatu dan lawannya berpecah-belah. (3). Perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama".168

165 . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitabul Ilm. Disahihkan oleh Ibn Majah sebagaimana menurut al-Albani 2/364. Kitab al- Fitn. 166 . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm. 167. Lihat: (1). 1/20 منھج اھل السنة والجماعة. Khalid bin Abdul Latif. )حم ع : (م ادة . الق اموس المح یط .(2) Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi.

Page 126: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

126

Kedua: Golongan yang terbesar atau yang paling ramai ) الس واد االعظ م( dari kalangan umat Islam.169 Termasuk juga para ahli ilmu, imam-imam mujtahid170 dan para awliya.

Ketiga: Golongan para ulama yang mujtahid.171 Keempat: Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah satu amir (pemerintah Islam).172 Kelima: Secara khususnya ialah para sahabat Nabi Muhammad.173 Pengertian ini diambil dari sabdanya:

168. Lihat: (1) مجموعة فتاوى Jld. 3. Hlm. 157. )جمع: (مادة . المعجم الوسیط .(2) Jld. 1. Hlm. 135. 169. Lihat: H/R At-Tabari dalam "Al-Kabir" (1/320). 170 . Inilah yang diutamakan oleh Imam Bukhari, lihat dalam Sahihul Bukhari 13/316. Fathul Bari bab: وكذالك جعلناكم امة وسطا Dan lihat: Sunan at-Turmizi. 6/335. 171. (1). Ini kata-kata 'Amru bin Qais dalam 2/492 .االبانة. Ibn Battah (2). Perkataan Bukhari di dalam kitab sahihnya (13/328). (3). Turmizi dalam sunnannya (4/467). 172. Lihat: االعتصام Jld. 2. Hlm. 263. As-Syatibi. Fathul Bari 13/38. 173. Inilah yang dijelaskan oleh al-Barbahari dalam شرح السنة Hlm. 22.

Page 127: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

127

لیكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین فع المھدیین

"Hendaklah kamu kembali kepada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk".174

Keenam: Setiap mukmin yang mengikut kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad175 walaupun seorang diri sebagaimana athar sahih di bawah ini:

ھي التي ما انا علیھ واصحابي: الجماعة

“Al-Jamaah: Iaitu yang serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku”.176

Berkata Imam Syatibi rahimahullah berkaitan hadis di atas:

174. H/R Ahmad 4/162. Abu Daud 5/13. Turmizi 7/437 dan Ibn Majah 1/15. 175. Lihat: شرح السنة Hlm. 22. Al-Barbahari. 176. Lihat: 340-7/399 تحفة االحوذى. Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan gharib. Lihat: سلسلة االحادیث الصحیحة No. 203 atau 1192. Syeikh Al-Albani.

Page 128: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

128

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak menjelaskan firqah (golongan) yang berjaya kecuali menunjukkan sifat mereka. Tidak dikatakan misalnya: “Aku dan sahabat ku”. Tetapi disebut sifatnya (manhajnya), iaitu: “Apa yang ada pada aku (seperti manhaj aku) dan para sahabatku”. Tidak diragukan lagi bahawa para sahabat termasuk apa yang disifatkan oleh baginda (tentang kesempurnaan manhajnya. Pent)”. 177

Beliau meneruskan lagi: “Ini bermakna kemenangan tidak dikhususkan kepada sesiapa yang telah berlalu sebaliknya meliputi setiap yang mendatangkan (mengikut/mencontohi) sifat-sifat golongan yang berjaya sehinggalah ke Hari Kiamat”.178

177 . Lihat: 289-2/287 االعتصام. As-Syatibi. 178 . Ibid.

Page 129: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

129

Contoh Jamaah yang berjaya tentulah Jamaah Nabi dan para sahabat baginda sebagaimana disebut:

ھ ي الت ي عل ى مث ل م ا ان ا علی ھ الی وم : اع ة الجم

واصحابي “Al-Jamaah: Ia adalah yang berada di atas contoh (seperti) apa-apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya pada hari ini”.179

Berkata Abu Syamah rahimahullah:

“Setelah datang perintah agar sentiasa dalam jamaah maka yang dimaksudkan dengan jamaah ialah sentiasa komitmen (iltizam) mengikut kebenaran dan berjamaah, sekalipun yang berpegang dengan kebenaran itu sedikit dan yang menentangnya ramai. Kerana kebenaran yang sebagaimana pada jamaah pertama dari golongan para nabi dan para sahabat tidak pernah terkesan walaupun melihat kepada banyaknya ahli batil semasa atau selepas mereka”.180

179 . As-Sahihah No. 203 dan 1492. 180 . Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 22. Abu Syamah. Tahqiq Uthman Ahmad ‘Ambar. Cetakan pertama Mesir.

Page 130: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

130

Kenyataan Abu Syamah amat bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh Ibn Masoud radiallahu ‘anhu:

ان جمھور الناس فارقوا الجماعة ،وان الجماع ة

.ما وافق الحق وان كنت وحدك "Sesungguhnya kebanyakan manusia akan meninggalkan Jamaah, sesungguhnya Al-Jamaah ialah apabila mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan)."181

Berkata Abu Syamah rahimahullah:

“Apabila telah datang perintah agar komitmen kepada al-Jamaah, yang dimaksudkan dengannya ialah beriltizam pada al-Hak (kebenaran) dan mengikutinya, walaupun yang berpegang kepada kebenaran amat sedikit, yang meninggalkannya amat banyak. Kerana kebenaran yang berada bersama pada Jamaah yang pertama bersama Nabi

181. Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali. الحوادث والبدع Hlm. 22. Abu Syamah. Disahihkan oleh Nasruddin al-Albani. Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 91-92. Tahqiq Masyhur bin Hasan Salman. Lihat: Syarah Usul iktiqad. No. 160. Al-Lalikaii.

Page 131: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

131

sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta para sahabat radiallahu ‘anhum tidak pernah melihat kepada ramainya ahli batil sesudah mereka”.182

Berkata juga Naim bin Hammad:

اي اذا فس دت الجماع ة ، فعلی ك بم ا كان ت علی ھ الجماع ة قب ل ان تفس د ، وان كن ت وح دك ، فان ك

.انت الجماعة حینئذ “Iaitu apabila telah rosak sekalian jamaah maka bagimu mengikut sebagaimana jamaah yang belum rosak sekalipun engkau seorang diri kerana bahawasanya engkau dikala itu dalam jamaah”.183 Oleh yang demikian Ibnu Qaiyim berkata: “Keseluruhan manusia dizaman Imam Ahmad bin Hambal telah tergelincir hatinya (ش ذ) kecuali sedikit yang masih di atas kebenaran maka yang sedikit itulah yang dalam Jamaah. Yang diketika itu para kadi (gabenor/pembesar), para mufti dan

182 . Lihat: باعث علىابكارالبدع والحوادث ال Hlm. 22 Abu Syamah Ditahqiq: Uthman Ahmad ‘Anbar. Cetakan Pertama 1978 Mesir. 183 . Lihat: 3/397 اعالم الموقعین. Ibnu Qaiyim.

Page 132: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

132

Khalifah mereka semua telah tergelincir (akidah mereka) hanya Imam Ahmad seorang sahaja dalam Jamaah”.184

Imam Ahmad, pada zamannya dianggap dalam Jamaah walaupun keseorangan dalam menegakkan kebenaran, yang mana beliau mempertahankan kebenaran bahawa “Al-Quran itu adalah Kalamullah bukan makhluk”. Beliau ditentang oleh seluruh kadi, mufti dan Khalifah yang sudah rosak pemahamannya kerana meyakini bahawa al-Quran itu makhluk. Menurut pengertian dan hakikat Jamaah maka Imam Ahmad tetap dalam Jamaah kerana beliau berada di dalam kebenaran dan mempertahankannya. Dengan ini jelaslah bahawa kebenaran itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Al-Jamaah adalah sesiapa yang kembali kepada kebenaran (al-Quran dan as-Sunnah) mengikut manhaj para sahabat kerana para sahabat sentiasa memelihara dan mengikut kebenaran yang diturunkan kepada Rasullullah yang berupa al-Quran dan as-Sunnah. Allah berfirman:

.الحق من ربك فال تكونن من الممترین

184 . Ibid.

Page 133: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

133

"Kebenaran itu dari Tuhanmu sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu".185

Dari ayat inilah Ibn Qaiyim rahimahullah berpendirian bahawa Imam Ahmad rahimahullah adalah contoh ketabahan ulama yang mempertahankan Jamaah walaupun kebanyakan dari mereka telah menyeleweng. Ini ditegaskan oleh beliau dalam ucapannya:

“Telah menyimpang manusia semuanya pada zaman Imam Ahmad bin Hambal kecuali beberapa orang sahaja yang masih dalam Jamaah. Dimana para kadi dimasa itu dan para mufti serta khalifah dan pengikut mereka semuanya telah menyimpang namun Imam Ahmad bersedirian dalam Jamaah”.186

Antara penafsiran yang paling tepat (rajih) tentang "Jamaah" ialah:

"Mereka yang tergolong dari kalangan sahabat kerana sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan

185. Al-Baqarah, 2:147. 186 . Lihat: 3/397 اعالم الموقعین. Ibnul Qaiyim.

Page 134: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

134

golongan yang teramai )الس واد االعظ م( mengikut fahaman salaf yang paling hak".187

Dengan ini sesiapa yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik maka ia digolongkan sebagai al-Jamaah. Ada pun antara nama-nama jamaah yang diberikan namanya oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah:

1- Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar.188

Digelar Ahli Hadis kerana beramal dan menyibukkan diri mereka dengan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dan digelar Ahli Athar kerana mereka para sahabat Nabi yang paling memahami hadis, mengamalkan, paling mengetahui untuk membezakan antara yang hak dengan yang batil dan sentiasa berhujjah dengan hadis.

Berkata Ibn Qaiyim rahimahullah:

"Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadis,

187. Lihat: 23 /1 .اھل السنة والجماعة ومنھج االشاعرة فى توحید اهللا تعالى. 188. Lihat: 1/290 مقاالت االسالمیین Abu al-Hasan Ali Bin Ismail al-Asy’ari

Page 135: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

135

percekcokan pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidhah dan banyak berhelah pada Ahli ar-Rakii".189 Berkata Abdul Qadir Jailani rahimahullah: “Sesungguhnya Ahli Sunnah, mereka tidak mempunyai nama kecuali nama yang satu iaitu Ashabul Hadis”.190

2. Firqah an-Najiyah, Firqah al-Mansurah atau At-Taifah an-Najiyah, at-Taifah al-Mansurah. Berkata Ibn Taimiyah:

"Apa yang dikatakan Firqah an-Najiyah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ia adalah syiar (Ahli sunnah). Dinamakan Firqah an-Najiyah kerana mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah".191

189. Lihat: Bahaya Taqlid Buta & Ta'sub Mazhab. Hlm. 81. Rasul Dahri. 190. Lihat: ط البي طری ق الح ق الغنی ة ل 1/71 Abdulqadir Jailani. Darul Ma’rifah. Bairut. Cetakan kedua. 191. Lihat: منھاج السنة Jld. 3. Hlm. 457. Ibn Taimiyah.

Page 136: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

136

3. Ahli Ittiba'. Dinamakan Ahli Ittiba' kerana berittiba' (mentaati) al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat.

3. Al Guraba' )الغرب اء( bermaksud: "Golongan yang

aneh, asing, luar biasa, dagang atau sedikit":

بدا االسالم غریبا سیعود غریبا كما بدأ فطوبى .للغرباء

"Islam itu bermula dengan aneh maka akan kembali menjadi aneh maka berbahagialah orang yang aneh".192

استوص وا باھ ل : ع ن س فیان الث وري ان ھ ق ال

السنة خیرا فانھم غرباء "Sufyan ath-Thauri berkata: Berwasiatlah kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana mereka ghuraba".

Paling tepat dinamakan al-Jamaah ialah: “Mereka yang termasuk dalam nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah yang mengikuti manhaj para sahabat, 192. H/R Muslim.

Page 137: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

137

tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dengan baik, terutama para ulama mujtahid yang berpegang kepada al-Kitab dan as-Sunnah”.193 Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul diakhir zaman sahabat.

Imam Malik rahimahullah ketika ditanyakan kepada beliau siapa Ahli Sunnah, beliau menjawab: اھ ل الس نة ال ذین ل یس لھ م لق ب یعرف ون ب ھ ، ال

.جھمي وال قدري والرافضي “Ahlu Sunnah adalah mereka yang tidak memiliki gelaran tertentu yang mereka dikenali dengan gelaran tersebut. Mereka bukan Jahmiyah, bukan Qadariyah dan bukan Rafidhah”.194

Selain yang bermanhaj Salaf, mereka adalah Ahli

Bid’ah. Keterangan ini diambil dari athar Ibn Abbas apabila menafsirkan Firman Allah:195

.یوم تبیض وجوه وتسود وجوه 193. Lihat: م نھج اھ ل الس نة والجماع ة وم نھج االش اعرة ف ى توحی د اهللا تع الى Juz 1 Hlm.23. 194 . Lihat: االنتقاء hlm. 35. Ibn Abdil Barr. 195. Lihat: منھج اھل السنة والجماعة ومنھج االشاعرة فى توحید اهللا تعالى 1/23.

Page 138: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

138

"Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram".196

Menurut Ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

"Orang yang putih berseri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah ahli bid'ah atau orang yang sesat".197

Dan sesiapa yang meninggalkan manhaj Salaf as-Soleh adalah firqah yang terkeluar dari Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana Rasulullah bersabda:

لتفترقن امتي على ثالث وسبعین فرقة واحدة ف ى م ن ھ م ؟ : قی ل . الجنة وثنتان وسبعون فى النار

.الجماعة: قال “Akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Al-Jamaah".198

196 . Ali-Imran, 3:106. 197. Ibid. 198. H/R Ibn Majah (2/1322). Hadis ini disahihkan oleh al-Haitimi

Page 139: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

139

Dalil yang menjelaskan hanya yang berpegang kepada al-Quran, as-Sunnah, athar dan bermanhaj Salaf as-Soleh berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berdasarkan hadis:

.یوم واصحابيما انا علیھ ال "(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku hari ini dan para sahabatku".199

Diperintahkan agar bermanhaj akidah dan amal seperti manhajnya para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in kerana mereka para salaf yang wajib diikuti manhajnya. Firman Allah:

وكونوا مع الصادقین "Hendaklah kamu bersama orang-orang siddiqin".200

Yang dimaksudkan syuhada, solehin dan siddiqin

adalah para sahabat kerana mereka adalah golongan Salaf dalam )زوائدال( . Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam kitab ) تلخیص االحیاء( . 199. Lihat: H/R Turmizi. )تحفة االحوذى( (7/399-240). 200. Taha, 20:119.

Page 140: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

140

sebenar. Dan bermanhaj Salaf adalah suruhan al-Quran. Firman Allah:

واتبع سبیل من اناب "Ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu".201

Mereka yang kembali ke jalan Allah tentulah Rasulullah dan para sahabat kerana mereka mematuhi firman Allah:

من ربك م وال تتبع وا م ن دون ھ اتبعوا ما انزل الیكم .اولیاء قلیال ما تذكرون

"Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikit dari kamu mengambil pelajaran".202

"Mengikut apa yang telah diturunkan" ialah kembali kepada wahyu. Wahyu ialah Al-Quran dan sunnah Rasulullah berdasarkan firman Allah:

201 . Luqman, 31:15. 202 . Al-Araf, 7:3.

Page 141: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

141

وما ینطق عن الھوى ان ھو اال وحي یوحى "Tiadalah yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu wahyu yang diwahyukan".203 “Adapun syiar Ahli Sunnah wal-Jamaah itu ialah mengikuti (manhaj) Salaf as-Soleh dan meninggalkan segala bentuk bid’ah serta perkara-perkara baru yang dimasukkan ke dalam agama”.204

SUNNAH LAWANNYA BID'AH

Pencinta bid'ah )مبت دع( tidak dinamakan Ahli Sunnah kerana sunnah berlawanan dengan bid’ah. Ahli Sunnah sentiasa menjauhi perbuatan bid'ah. Syeikh Abdul Rahman As-Su'di berkata: 203 . An-Najm. 54:3-4. 204 . Lihat: 1/364 الحجة فى البیان المحجة. Al-Asbahani.

Page 142: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

142

فاھ ل الس نة الس المون م ن البدع ة ال ذین

علی ھ النب ي ص لى اهللا علی ھ وس لم تمس كوابماكان واصحابھ فى االصول كلھا

"Ahli Sunnah ialah mereka yang menyelamatkan diri mereka dari bid'ah, mereka benar-benar bepegang dengan apa yang ada (dicontohkan) pada Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat dalam keseluruhan perkara pokok".205

تركت فیكم ام رین م ا ل ن تض ل بع ده ان اعتص متم

بھ ، كتاب اهللا وسنة رسولھ"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah RasulNya".206

Menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, sunnah

sentiasa berlawanan dengan bid’ah dan memerangi ahli bid’ah adalah jihad:

205. Lihat: الفتاوى السعدیة hlm. 63. Abdul Rahman an-Nasr as-Su'di. 206. H/R Muslim 2137 Al-Haj. Abu Daud 1628 Al-Manasik. Ibn Majah 3060 al-Manasik.

Page 143: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

143

.ان الراد على اھل البدع مجاھد “Sesungguhnya menentang Ahli Bid’ah adalah suatu jihad”.207

Berkata salah seorang dari imam Salaf Yahya bin

Yahya rahimahullah:

الذب عن السنة افضل من الجھاد “Membela (mempertahankan) sunnah lebih mulia dari berjihad”.208

Menurut ahli ilmu, sunnah lawannya bid'ah dan jamaah lawannya firqah (perpecahan). Lahirnya gelaran ahli Sunnah wal-Jamaah lantaran munculnya ahli Ahwa209. Mereka dikenali sebagai ahli bid'ah (mubtadi’), “Pembuat Bid’ah” . Penentangan ahli sunnah terhadap ahli bid'ah bermula sejak kelahiran ahli bid'ah dan tidak pernah berkesudahan sehinggalah ke hari ini. Ahli bid’ah

207. Lihat: 4/13 مجموع الفت اوي. Dan rujuk: ال رد عل ى ال رد المخل ف Hlm. 39. Syeikh Bakr. 208 . Ibid. 209. Lihat: اھل الس نة والجماع ة وم نھج االش اعرة ف ى توحی د اهللا تع الى 1/24. Khalid Abdul Latif.

Page 144: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

144

adalah firqah yang berpecah. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah:

ان اھ ل الكت اب افترق وا ف ى دی نھم عل ى ثنت ین وس بعین مل ة وان ھ ذه االم ة س تفترق عل ى ث الث وس بعین مل ة كلھ ا ف ى الن ار اال واح دة وھ ي

.الجماعة "Sesungguhnya Ahli Kitab berpecah dalam agama mereka kepada 72 millah. Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 millah semuanya ke neraka kecuali yang satu iaitu al-Jamaah.210

وتفت رق امت ي عل ى ث الث : عن عبد اهللا بن عمرو ما انا : لنار اال ملة واحدة وسبعین ملة ، كلھا فى ا

.علیھ واصحابي "Dari Abdullah bin 'Amr: Berpecah umatku kepada 73 perpecahan semuanya ke neraka kecuali millah yang satu iaitu sesiapa yang sepertiku dan para sahabatku".211

210. H/R Ibn Majah (2/1322). Ibn Abi 'Asim dalam Sunnah hlm. 32. 211. Lihat: (340-7/399) تحفة االحوذى.

Page 145: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

145

.اال بموافقتھ السنة الیستقم قول وعمل "Tidak akan lurus (betul) perkataan dan amalan kecuali setelah perkataan dan amal tersebut menepati as-Sunnah".212

Adalah wajib mengikut manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam berakidah dan ibadah. Allah berfirman:

لقد كان لكم فى رسول اهللا اس وة حس نة لم ن ك ان

.یرجوا اهللا والیوم االخر وذكر اهللا كثیرا "Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah".213

Maka sunnah hanyalah apa yang disunnah oleh Allah Azza wa-Jalla dan yang disunnahkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Terimalah apa

212. Lihat: لبیس ابلیست hlm 9. Ibn Qaiyim. Az-Zahabi مقدمة الجرح

والتعدیل (1/122). 213 . Al-Ahzab, 33:21.

Page 146: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

146

yang telah dikatakan oleh Umar Ibn al-Khattab radiallahu ‘anhu:

السنة ما سنھ اهللا ورسولھ ال تجعلوا حظ الراي

سنة لألمة “Sunnah itu, apa saja yang disunnah oleh Allah dan RasulNya, janganlah kamu menjadikan buah fikiran sebagai sunnah untuk ummah”. 214

BAHAYANYA AHLI BID’AH

Para ulama Salaf as-Soleh sentiasa menasihati dan

mengingatkan agar orang-orang yang beriman menjauhi Ahli bid’ah. Para a’immah (imam-imam) Salaf as-Soleh seperti para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Ibnu Masoud, Abi Musa al-Asy’ari, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Aisyah, Asma binti Abi Bakr dan selain mereka. Kemudian selepas mereka seperti Abul

214 . Lihat: 1/102 االعتصام. Asy-Syatibi.

Page 147: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

147

‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Hasan al-Basri, Umar bin Abdulaziz, Auzaii, Ayub as-Sakhtiani, Thabin al-Banani, Ibnu ‘Aun, Ibrahim bin Adham, Ibnul Mubarak, Malik, Abi Hanifah, Syafie, Az-Zuhri, As-Syabii dan selain mereka. Diikuti juga oleh Imam Ibnu Taimiyah serta anak muridnya yang semua mereka telah mengharamkan orang-orang beriman dari mempercayai Ahli Bid’ah, memujinya, menyanjungnya dan diharamkan dari bermajlis dengan mereka kerana ada sebuah athar yang mereka gigit dan pegang dengan kuat:

م ن جل س ص احب بدع ة نزع ت من ھ العص مة ، ووكل ال ى نفس ھ ، وم ن مش ى ال ى ص احب بدع ة

.مشى الى ھدم االسالم “Barangsiapa yang bermajlis dengan ahli bid’ah, tercabut dari dirinya keamanan dan diserahkan pada dirinya sendiri dan barangsiapa yang berjalan menemani ahli bid’ah bererti berjalan untuk menghancurkan Islam”.215 لیس فى الدنیا مبتدع اال وھو یبغض اھل الح دیث

.ھ، فاذا ابتدع الرجل نزع حالوة الحدیث من قلب 215 . Lihat: Al-I’tisam. 1/107. Asy-Syatibi.

Page 148: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

148

“Tiada di dunia seorang pelaku bid’ah kecuali membenci Ahli Hadis maka apabila seorang lelaki melakukan bid’ah (dengan membenci Ahli Hadis), dicabut kemanisan hadis dari hatinya”.216

PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH

Sesungguhnya para Nabi dan para Rasul

memulakan dan menyebukkan diri mereka dengan mengajak manusia kepada tauhid. Menyeru mereka untuk beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan semua jenis bid’ah dan kesyirikan. Allah berfirman:

اال نوحي الیھ ان ھ وما ارسلنا من قبلك من رسول

.الالھ اال انا فاعبدوني “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan

216. Lihat: ش رف اص حاب الح دیث Ini adalah perkataan al-Hafiz Ahmad bin Sanan al-Qattan Abu Ja’far al-Wasiti. Dia seorang Ahli Hadis, melahirkan pakar hadis yang enam orang kecuali at-Turmizi. Wafat pada tahun 258H.

Page 149: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

149

kepadanya bahawa tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku maka sembahlah olehmu akan Aku”.217

Para Nabi dan para Rasul sentiasa menyebukkan

diri mereka untuk mengenalkan umat tentang nama-nama, sifat-sifat serta kekuasaan Allah. Mereka berusaha supaya manusia menuju ke jalan tauhid yang sebenar iaitu hanya menyembah Allah, supaya sekalian manusia tahu bahawa mereka dijadikan adalah untuk beribadah hanya kepada Allah Azza wa-Jalla semata yang tidak boleh disekutukan dengan makhlukNya. Allah berfirman:

.وما خلقت الجن واالنس اال لیعبدون

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”.218

Seterusnya, matlamat dan tugas para Nabi dan Rasul ialah memberi khabar gembira kepada sesiapa yang mengimani tauhid uluhiyah, tauhid rububiyah dan tauhid asma’ wa-sifat. Hanya para Nabi dan Rasul yang paling benar dalam menyampaikan khabar yang menakutkan kepada manusia iaitu berita tentang azab api neraka yang

217 . Al-Anbiya. 21:25. 218 . Az-Zariyat. 51:56.

Page 150: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

150

amat pedih jika mereka mengingkari nama-nama, sifat-sifat dan tidak mentauhidkan Allah Azza wa-Jalla. Para Nabi dan Rasul membimbing (mentarbiyah) dan membersihkan akidah (mentasfiyah) dengan membawa mereka untuk mengibadahi hanya Allah dan mentaati Rasulullah yang membawa utusan dari Allah.

Sumber bertalaqi (mendapat ilmu) akidah yang benar bagi para Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh ialah: Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak Salaf kerana hanya dari sini sahaja sumber pengambilan ilmu agama Islam yang paling selamat.

Apabila mereka berikhtilaf, para Salaf akan

memahamkan dan menyelesaikannya dengan membawakan hujjah. Sama ada dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak dan selainnya.

Bagi para Salaf as-Soleh, persoalan akidah dan

ibadah adalah persoalan tauqifiyah, tidak dibenarkan mengambilnya dari sumber yang bukan wahyu, terutamanya akidah kerana akidah adalah persoalan wahyu yang tidak boleh dicabuli oleh akal dan pendapat.

Sesiapa yang cuba menyelesaikan persoalan syara

melalaui jalan yang bukan dari wahyu maka ia telah melakukan pembohongan atau penipuan kerana ia

Page 151: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

151

memperkatakan tentang Allah tanpa ilmu dariNya. Tambahan pula terdapat sebuah hadis yang menjelaskan:

وعلى الرسول اهللا صلى اهللا علی ھ وس لم ال بالغ ،

.وعلینا التسلیم“Kewajipan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyampaikan dan atas kita menerima”.219

Para sahabat, imam-imam tabi’in dan orang-orang yang mengikut jejak mereka daripada ulama hadis, mereka semua sentiasa dalam petunjuk iktiqad yang selamat lantaran mereka hanya menerima (mengambil) akidah dari Rasulullah, itulah yang dikatakan سبیل المؤمنین “Jalan atau manhajnya orang-orang Salaf yang paling beriman” sehingga Al-Auzaii rahimahullah berkata:

علیك بآثار من س لف وان رفض ك الن اس ، وای اك

.وراي الرجال وان زخرفوه لك بالقول“Hendaklah kamu mengikut athar Salaf sekalipun engkau disingkir oleh manusia. Tinggalkanlah pendapat seseorang sekalipun membawa kata-kata yang mempersonakan”.220

219 . H/R Bukhari. Kitab at-Tauhid. Bab 46. Fathul Bari. 13/508. 220 . Lihat: Tarikh al-Islam. Hlm. 141 Oleh Az-Zahabi.

Page 152: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

152

Hanya Allah pemberi hidayah. Dan semoga selawat dan salam terlimpah ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Penekanan dan pengakuan sebagai Ahli Sunnah

wal-Jamaah amat diambil kira oleh majoriti umat Islam sekarang. Namun memahamkan peri pentingnya bermanhaj Salaf as-Soleh amat sedikit diperkatakan. Apakah ini berlaku bersebab dari terkeluarnya mereka dari manhaj Salaf atau perbuatan, akidah, ibadah dan akhlak

Page 153: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

153

mereka tidak menepati piawaiyan Salaf, malah bertentangan dengan kehendak Salaf? Atau juga mereka tidak mengetahui apa itu manhaj Salaf dari segi bahasa dan syara.

Buku ini mengupas, membincang dan menjelaskan pengertian apa itu manhaj Salaf secara ilmiyah. Semoga ianya menjadi panduan kepada pembaca budiman demi memahami persoalan “Manhaj Salaf” yang sebenarnya.

Page 154: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

154

MANHAJ SALAF

AKIDAH SALAF

OLEH:

RASUL BIN DAHRI

Page 155: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

DAFTAR ISI

DAFTAR ISI 1 PRAKATA 3 MANHAJ SALAF 7 DEFINISI MANHAJ 11 APA ITU SALAF? 14 SALAF TIDAK DISANDARKAN KEPADA MASA ATAU TARIKH 18 PENGERTIAN SALAF MENURUT TERMINOLOGI 20 PARA SAHABAT ADALAH PARA SALAF YANG UTAMA 27 MUHAJIRIN DAN ANSAR 38 WAJIB BERITTIBA’ KEPADA MANHAJ SALAF 42 JALAN ATAU MANHAJ YANG DIBENARKAN OLEH SYARA 50 JALAN-JALAN YANG SYUBHAT 53 HIZBULLAH HANYA YANG MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH 57 KEMULIAAN PARA TABI’IN 61 KEMULIAAN TABI’UT AT-TABI’IN 62 MAKSUD DAN MAKNA ITTIBA’ 64 PENDAPAT YANG PALING BENAR (RAJIH) 72 SEBUTAN SALAF DAN MANHAJ SALAF 74

Page 156: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

2

BAGAIMANA AGAMA TERPELIHARA 81 SIAPA SALAF? 82 APA ITU SALAFIYAH? 88 LAQAB SALAFI DIMULAI DARI KALANGAN SAHABAT 92 MANHAJ SALAF 94 MANHAJ RABBANI 99 PENGGUNAAN KALIMAH SALAF 106 MENGENAL MANHAJ SALAF 109 AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH 114 ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH 119 PENGERTIAN SUNNAH 121 PENGERTIAN JAMAAH 127 SUNNAH LAWANNYA BID’AH 145 BAHAYANYA BID’AH 150 PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH 152

Page 157: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

3

PRAKATA

ان الحمد هللا ، نحمده ، ونستعینھ ، ونستغفره ، ونع وذ ب اهللا م ن ش رور انفس نا ، وس یئات اعمالن ا ، م ن یھ ده

ل لھ ، ومن یضلل فال ھادي لھ ، واشھد ان اهللا فال مضال ال ھ اال اهللا وح ده ال ش ریك ل ھ ، واش ھد ان محم دا

یا ایھا الذین : قال اهللا سبحانھ وتعالى . عبده ورسولھ ق تقاتھ وال تم وتن اال وان تم مس لمون آمنوا اتقو اهللا ح

یاایھا الناس اتق وا ربك م ال ذي خلقك م م ن نف س واح دة وخل ق منھازوجھ ا وب ث منھمارج اال كثیراونس آء ا

ء ل ون ب ھ واألرح ام ان اهللا ك ان واتق وا اهللا ال ذي تس آ علیكم رقیبا یا ایھ ا ال ذین آمن وا اتق وا اهللا وقول وا ق وال سدیدا یصلح لكم اعم الكم ویغف رلكم ذن وبكم وم ن یط ع

.وزا عظیمااهللا ورسولھ فقد فاز ف

Mengapakah masyarakat Islam di seluruh dunia kini dihinggapi penyakit pada akidah, ibadah, akhlak serta berbagai-bagai penyakit lain, sama ada disegi sosial, siasah, budaya dan yang lainnya sehingga ada yang amat kronik? Masalah bid’ah, syirik, khurafat, tahayul dan pelbagai krisis keyakinan juga sudah berpanjangan sehingga tidak kurang seriusnya. Di samping itu mereka

Page 158: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

4

ditimpa penghinaan, penindasan, penderitaan dan kerosakan sosiobudaya yang memalukan. Ke mana dan di manakah para ulama sebagai golongan terhormat, bagaimana mereka berperanan menangani semua persoalan berat ini dan mengapa mereka tidak berfungsi? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan jika para ulama menjadi syaitan bisu dan tuli? Memang tiada daya yang dapat memulihkan berbagai-bagai penyakit tersebut kecuali kuasa yang paling agung iaitu kuasa Allah sebagai Rabbul ‘Alamin kerana Dia Yang Mahapencipta, Mahapengatur dan Yang Mahaberkuasa. Namun Allah Azza wa-Jalla tidak akan menolong sesiapapun dari hambaNya jika hamba tersebut tidak menolongNya. Sebagaimana Allah berfirman:

.ان تنصر اهللا ینصركم ویثبت اقدامكم “Jika kamu menolong (agama) Allah, Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu”.1

Allah Subhanahu wa-Ta’ala tidak akan mungkir

janji maka salah satu dari janji Allah untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada hambanya ialah 1 . Muhammad. 47:7.

Page 159: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

5

apabila para hamba tersebut kembali kepada manhaj yang telah disediakan olehNya iaitu Manhaj Rabbani yang lebih dikenali sebagai Manhaj Salaf. Untuk kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh, hendaklah terlebih dahulu ada golongan ulama yang benar-benar ikhlas untuk mentarbiyah dan mentasfiyah akidah, kemudian ibadah dan akhlak sebagaimana yang telah ditunjukajar, dicontohkan dan diwariskan kepada generasi sahabat oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Oleh itu para ulama perlu memahami pengertian, definisi dan maksud sebenar “Manhaj Salaf as-Soleh” demi menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam agar berbahagia di dunia dan di akhirat.

Tulisan ini diusahakan untuk mengajak para pencinta kebenaran meninggalkan semua penyimpangan agama untuk menuju ke jalan yang paling benar dan paling selamat iaitu kembali ke manhaj (mazhab) Salaf as-Soleh dengan pemahaman dan pengamalan yang sebenar.

RASUL BIN DAHRI

Page 160: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

6

BAHAGIAN PERTAMA

(1)

MANHAJ

SALAF

Page 161: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

7

MANHAJ AS-SALAF

Manhaj salaf bukanlah suatu rekaan (dongengan) yang diada-adakan oleh pendahulu umat ini. Ia tertulis dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan di dalam syair -syair Arab. Manhaj Salaf adalah metodologi yang benar-benar dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam sejak zaman awal sahabat sehinggalah keakhir zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi geraham oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta mereka-mereka yang mengikut jalan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Manhaj ini adalah manhaj yang paling selamat. Oleh itu ia wajib dipelajari, diketahui, difahami, dibela (disokong) dan menjadi mazhab setiap orang-orang yang beriman kepada agama Islam.

Dengan memahami manhaj ini, seseorang dapat melaksanakan segala kewajipan yang disyariatkan dengan sempurna. Manhaj Salaf mengajar umat bagaimana meninggalkan segala larangan, mengamalkan segala suruhan, mengikut contoh tauladan serta memahami pemahaman sebaik-baik insan dan umat yang telah dilahirkan ke dunia. Hanya manhaj ini yang dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak seseorang dari

Page 162: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

8

segala jenis bid’ah., khurafat, tahayul dan kesyirikan yang menyesatkan.

Tiada jalan dan cara yang paling selamat dan

efisien untuk menyelamatkan umat, kecuali setelah mereka menyedari akan kebenaran dan selamatnya manhaj ini dan seterusnya menyandarkan pendisiplinan ilmu, akidah, ibadah dan akhlak mereka melalui manhaj yang telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai sebaik-baik manhaj. Ini telah dikhabarkan dalam firmanNya dan juga di dalam hadis-hadis Nabi-Nya sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Manhaj Salaf telah dipelihara oleh wahyu dengan

terpeliharanya al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Telah diamalkan dan dijaga dengan rapi terutamanya oleh generasi sahabat yang telah diredai dan dimuliakan oleh Allah Azza wa-Jalla. Manhaj Salaf adalah warisan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam kepada generasi yang termulia di kalangan umat manusia yang ada di dunia ini. Oleh yang demikian sewajarnya diingat bahawa setiap muslim perlu ada tiga dasar pada diri mereka agar menjadi Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf yang sebenar iaitu:

Page 163: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

9

Pertama: Berpegang kepada kitab suci al-Quran sebagai Kitabullah yang berisi dalil-dalil qati’i dan hujjah-hujjah tauqifi.

Kedua: Berpegang teguh kepada al-Hadis yang sahih

setelah al-Quran kerana ia adalah sunnah Rasulullah. Iaitu menyerah dan berpegang secara mutlak kepada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Sama sekali tidak menolaknya. Tidak melaga-lagakan antara satu dengan yang lain. Tidak menyangkal dengan akal sebagaimana perbuatan Mu’tazilah, dengan perasaan sebagaimana Ahli Ahwa (Ahli Hawa Nafsu atau Ahli Bid’ah), dengan mimpi sebagaimana ahli sufi dan tarikat atau dengan ilham sebagaimana Ahli Falsafah. Dan tidak ada yang diutama dan didahulukan setelah adanya nas al-Quran dan as-Sunnah.

Ketiga: Berjalan (mengikut) atau bermanhaj Salaf as-

Soleh dengan cara menyandarkan pemahamannya sama ada dalam persoalan akidah, ibadah, muamalah dan akhlak secara berdisiplin dan utuh. Dan semuanya ini diperolehi melalui bertalaqi (belajar dengan berguru, bukan semata-mata melalui buku atau mentala’ah kitab-kitab semata).

Page 164: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

10

Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi ia hanya benar-benar meniti jalan yang hak dan sempurna apabila berpegang kepada bahagian yang ketiga iaitu kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh. Kerana manhaj ini selain dapat menyelamatkan iktiqad, amalan dan akhlak maka ia juga yang mampu menyatu- padukan umat dalam satu ikatan “Al-Jamaah”.

Manhaj Salaf akan menyelamatkan pengikutnya

dari perpecahan yang berpunca berintima’ (menasabkan diri) kepada individu, kumpulan, golongan atau berbagai-bagi hizbi (kelompok perpecahan).

Page 165: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

11

DEFINISI MANHAJ

Manhaj ) الم نھج( , nahaj ) ال نھج( atau minhaaj ) المنھ اج( dari madah: نھج ا yang semuanya mempunyai نھ ج – ی نھج –satu makna. Dari segi bahasa manhaj ialah:2 الطریق البین الواضح ، ویطلق على الطریق المستقیم

.اوالسنة “Jalan yang jelas, terang dan dikatakan juga (mengikut) jalan yang lurus3 atau mengikut sunnah”.

Kalimah manhaj/minhaj bermakna jalan yang

terang atau mengikut sunnah. Ia disebut di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

كم شرعة ومنھاجالكل جعلنا من

2. Lihat: Lisanul Arab 2/383. Abi Fadzil Jamaluddin Muhammad al- Afriki al-Misri. Lihat: Kamus al-Muhit. 1/209. Fairus Abadi. 3. Lihat: منھج االستدالل على مسائل االعتق اد عن د اھ ل الس نة والجماع ة 1/19. Uthman bin Ali Hasan.

Page 166: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

12

“Untuk tiap-tiap umat (antara kamu), Kami berikan aturan dan jalan yang terang (atau sunnah)”.4

Berkata Abu Ja’far, bahawa manhaj ialah: “Jalan yang terang atau jelas” ) البی ان الواض ح( .5 Dan apabila dikatakan )طریق نھج( bererti “Jalan Yang Terang” atau ) ب ین( “Jelas”.

Menurut Ibn Kathir rahimahullah manhaj ialah:

فھو الطریق الواضح السھل

“Maka manhaj ialah jalan yang terang dan mudah”.6

Manhaj juga dapat difahami menurut sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abbas radiallahu ‘anhu yang diriwayatkan dari Mujahid, Ekrimah, Hasan al-Basri dan selain mereka:

سبیال او سنة: قال ابن عباس رضي اهللا عنھ “Berkata Ibnu Abbas Radiallahu ‘anhu bahawa manhaj ialah: Jalan atau sunnah”.7

4 . Al-Maidah, 5:48. 5 . Lihat: At-Tabari, 4/609. 6. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 2/26. Dan Fathul Qadir 2/48 As-Syaukani.

Page 167: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

13

ة النبي ، او البین الواضحسن

“Manhaj ialah: Sunnah Nabi. Atau yang terang dan yang jelas”. 8

Manhaj atau minhaj dimaksudkan juga sebagai

mazhab (aliran atau jalan). Walaupun mazhab sering digunakan untuk aliran fikah tetapi ia sering juga digunakan atau dimaksudkan dengan maksud yang sama dengan manhaj. Seperti disebut: “Manhaj as-Salaf as-Soleh atau Mazhab as-Salaf as-Soleh”.

7. Lihat: Sahih Bukhari. 1/46 Fathul Bari (Kitab al-Iman). Diriwayatkan oleh Al-Lalakaii hlm. 66. At-Tabari 6/271. Lihat Ibn Kathir. 3/120. Lihat: Manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, 1/50. Khalid bin Abdullatif. 8. Lihat: At-Tabari, 6/609.

Page 168: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

14

APA ITU SALAF? Sesungguhnya kalimah (perkataan) salaf )س لف(

telah dikenali sama ada dalam Bahasa Arab atau melalui pengertian syara.9 Perkataan salaf telah dikenal sejak sekian lama oleh masyarakat Arab antaranya melalui syair-syair Arab yang terkenal.

Salaf menurut bahasa (etimologi) ialah: “Orang-

orang yang awal ) تق دم( iaitu yang mula-mula atau ) س بق( orang-orang yang terdahulu (yang telah berlalu).10 Dimaksudkan juga pendahulu bagi suatu generasi.11 Atau:

من تقدمك من آبائك وذوي قرابیك الذین ھم فوق ك

.فى السن والفضل"Salaf: Sesiapa yang mendahului kamu seperti ibu bapa, kerabat yang lebih tua pada umur atau kedudukan".12

9 . Lihat: Penjelasan Nasruddin Al-Albani dalam Majalah as-Solah No. 9 Syaban 1414. 10. Lihat: 3/95 معجم مقایس اللغة Ibnu Faris. Lihat: Al-Mufradat Fi Gharibil Quran, hlm. 244. 11. Lihat: القاموس المحیط Al-Fairuz Abadi. 12. Lihat: Lisan 9/159. Ibnu Manzur. 3/2069, Pengertian dinukil oleh Ibn Mansur dari Ibnu Atsir dalam Gharibil Hadis. Lihat: المفسرون

للمغراوى 1/18. Lihat: القاموس المحیط Al-Fairuz Abadi.

Page 169: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

15

Antara yang paling benar (tepat dan rajih)

pengertian salaf ialah: “Orang-orang yang terawal (yang terdahulu) terutama dari para Nabi, para sahabat Nabi, para tabi’in dan mereka yang mengikut jejak (meniti manhaj) mereka-mereka yang telah lalu terutama para imam mujtahid yang empat”.13 Yang dimaksudkan dengan salaf ialah: Sahabat, yang mengikut sahabat (tabi’in), yang mengikut tabi’ut at-tabi’in dan a’immatul Islam yang adil, yang disepakati oleh umat tentang keimaman mereka dalam agama, yang hebat peranan mereka pada menegakkan agama, orang-orang Islam menerima kata-kata mereka sama ada dari kalangan salaf atau khalaf, meredai dan menerima mereka. Seperti dua orang Syufiyan, Laith bin Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim Nakhi, al-Bukhari, Muslim dan keseluruhan ashabus sunnan rahimahumullah. Dan tidak termasuk mereka yang tertuduh sebagai golongan ahli bid’ah dan menerima gelaran yang tidak diredai seperti Khawarij, Rawafidh, Mu’tazilah, Jabariyah dan

13 . Lihat: تحفة المرید على جوھر التوحید hlm. 231. Ibrahim Baijuri.

Page 170: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

16

semua firqah yang sesat. Maka mazhab Salaf ialah: Sesiapa yang berpegang kepada iktikad yang disandarkan kepada para Salaf as-Soleh.14

Telah dinukil dari as-Safarini dari kitab “Al-Lawami’ اللوامع” dari Ibnu Rejab. Ia telah menentukan had zaman yang dinamakan zaman salaf, yang mana beliau berkata:

“Pada ketika ini, penentuan zaman salaf menurut kitab yang termuat kata-kata para a’immah as-Salaf yang menjadi contoh iaitu hanya sampai ke zaman as-Syafie, Ahmad, Ishak dan Abi Ubaid. Namun manusia telah diperingatkan tentang bid’ah selepas mereka kerana akan berlaku selepas mereka bid’ah yang amat banyak”.15

Mereka yang ditunjukkan di atas adalah para salaf yang dinasabkan kebaikan dan digelar sebagai Ahli al-Hak. Diikuti (ditaati) athar mereka kerana mereka hidup dikurun yang terbaik sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di beberapa hadis yang sahih. 14 . Lihat: ش رح ال درة الس نیة ف ى (الغقائ د الس لفیة بادلتھ ا النقلی ة والعقلی ة عقیدة اھل السنة .Ahmad bin Hajar Ali Butami .1/11 المرضیة 15 . Lihat: 1/26 لوامع األنوار البھیة.

Page 171: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

17

SALAF TIDAK DISANDARKAN KEPADA MASA ATAU TARIKH

Kalau maksud salaf disandarkan kepada masa atau tarikh maka marhalah salaf telah berlalu dengan kematian mereka iaitu mereka yang hidup dikurun generasi pertama (sahabat) dikurun kedua (tabi’in) dan dikurun ketiga (dizaman para tabi’ut at-tabi’in). Namun jika disandarkan

Page 172: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

18

kepada manhaj maka salaf, salafi atau salafiyah kekal berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

Tetap sah, diterima dan dianggap sebagai salafi setiap individu apabila menasabkan (menyandarkan) susur galur akidah, ibadah, akhlak atau amal mereka kepada para salaf yang telah berlalu setelah memenuhi syarat-syarat, tuntutan dan komited kepada prinsip manhaj salafi. Hakikat ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: ال ت زال طائف ة م ن امت ي ظ اھرین عل ى الح ق ، ال

.یضرھم من خذلھم ، حتى یاتي امر اهللا وھم كذلك “Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari umat ini, yang terang-terangan di atas kebenaran, tidak akan membahayakan mereka sesiapa yang menentang mereka sehinggalah datang urusan Allah sedangkan mereka masih tetap seperti itu (meniti di atas manhaj salaf yang benar)”.16

Hadis di atas ini adalah khabar dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Melalui sabdanya inilah baginda memberi khabar dan keyakinan kepada orang-orang yang beriman bahawa golongan Salaf 16 . H/R Muslim 3/1523. Kitab al-Imarah.

Page 173: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

19

as-Soleh akan sentiasa ada disetiap generasi dan zaman sehinggalah ke Hari Kiamat.

PENGERTIAN SALAF MENURUT TERMINOLOGI

Adapun kalimah salaf menurut terminologi: Ia

adalah sifat (sikap) yang dikhususkan kepada para sahabat Nabi radiallahu ‘anhum dan sesiapa yang mengikut jejak (mengikut manhaj) mereka dengan baik sehingga ke Hari Kiamat atau yang berittiba’ dengan mereka.17 Penjelasan

17 . Lihat: 20-1/19 المفسرون بین التاویل واالثبات.

Page 174: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

20

atau definisi seperti ini termaktub dalam kitab-kitab turath yang muktabar.

Kalimah salaf adalah kalimah Arab tulin (asli)

kerana ia tercatit dalam al-Quran al-Karim. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa-Jalla:

.فجعلناھم سلفا ومثال لالخرین

"Maka Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian".18

Kalimah salaf atau salafi telah tercatit juga di dalam hadis-hadis dan athar-athar yang sahih, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

وال ارى : ق ال رس ول اهللا ص لى اهللا علی ھ وس لم

االج ل اال ق د اقت رب ، ف اتقي واص بري ، فان ھ نع م .السلف انا لك

“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Dan tidaklah ada yang sedang aku rasakan pada usiaku kecuali sudah menghampiri (kewafatan) maka bertakwa dan bersabarlah (wahai

18. Az-Zukhruf, 43:56.

Page 175: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

21

Fatimah!), sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku bagimu”.19

Dari hadis sahih di atas ini, adalah sangat mulia dan terhormat seseorang yang mengatakan: “Aku adalah seorang salafi”. Pengakuan seperti ini bukanlah suatu yang salah atau bid’ah. Kerana itulah pengakuan yang paling benar dan mulia yang keluarnya dari mulut Rasulullah yang tercinta. Itulah pengakuan Rasulullah yang seluruh umat Islam disuruh mensifati dan mencontohinya.

Tidak boleh merasa aib (malu atau kekurangan)

menggelar dirinya sebagai seorang salafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.20 Kerana Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri telah mengatakan dan mengakui: “Sebaik-baik atau semulia-mulia salaf adalah aku”.

Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam

mengaku diri baginda sebagai seorang salafi yang terbaik, maka bagindalah sebagai contoh yang paling benar dan baik untuk diikuti oleh sekalian umatnya. 19. H/R Bukhari, Kitab al-Isti’zan/Fadail Sahabah. Muslim. 2450. Fadail Sahabah. 20. Lihat penjelasan lebih lanjut dalam: Manjmu’ah al-Fatawa. 14/149. Ibnu Taimiyah.

Page 176: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

22

Oleh itu tidak boleh dipertikaikan hakikat dan

kenyataan ini bahawa sesiapa sahaja yang kembali kepada manhaj Rabbani, manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, manhaj para sahabat, para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dan orang-orang yang mengikut manhaj mereka maka dia dinamakan seorang salafi berdasarkan manhajnya bukan zaman atau marhalahnya.

Terdapat sebuah lagi sabda baginda yang

menerangkan tentang kesalafan sahabat, baginda bersabda: فلم ا مات ت زین ب ابن ة رس ول اهللا ص لى اهللا علی ھ

الحق ي بس لفنا الخی ر عثم ان ب ن : وس لم ق ال .مظعون

“Maka setelah Zainab Binti Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam meninggal, baginda bersabda: Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin Madz’oun”.21

Dari sabda Rasulullah: ) فان ھ نع م الس لف ان ا ل ك( “Sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku 21 . H/R Ahmad dalam Musnad. 1/237-238. Ibnu Sa’ad dalam At- Tabaqat. 8/37. Hadis ini disahihkan oleh Abul Asybal Ahmad Syakir. Lihat: Syarah al-Musnad 3103.

Page 177: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

23

bagimu”. Dan sabdanya: الحق ي بس لفنا الخی ر عثم ان ب ن مظع ون( ) “Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin Madz’oun”. Maka hadis-hadis ini sebagai dalil (hujjah) bahawa gelaran salafi bukan sahaja dikhususkan kepada para nabi dan para sahabat semata, malah sesiapa sahaja yang berittiba’ (mengikut manhaj) mereka sehingga ke Hari Kiamat juga dinamakan salafi. Atau setiap orang Islam yang mengikut pemahaman mereka dinamakan sebagai salafi.22 Ini menjadi hujjah untuk membuktikan bahawa semua para Nabi, para Rasul dan para sahabat adalah para salaf kita. Ini dapat difahami juga dari pengertian dan definisi salaf dari para ulama kita yang telah menjelaskan:

“Salaf ialah orang-orang terdahulu, mereka terdiri dari para Nabi (dan juga para Rasul), para sahabat, tabi’in dan mereka yang berittiba’ kepada mereka-mereka khasnya para a’immah mujtahid yang empat”.23

Adapun salaf menurut syara ialah dikenali juga

dengan sebutan Salaf as-Soleh, iaitu:

22 . Lihat: Majalah as-Solah. No.9. hlm 86-89. Penjelasan al-Albani. 23. Lihat: Tuhfatul Murid ‘Ala Jauharah at-Tauhid. Hlm. 231. Ibrahim al-Baijiri. Tahqiq: Abdullah Muhammad Khalil.

Page 178: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

24

“Dimaksudkan salaf as-Soleh ialah mereka yang terdiri dari: Para sahabat (radiallahu ‘anhum), tabi’in dan sesiapa yang mengikuti mereka yang terdiri dari a’immatul Islam yang adil, yang disepakati oleh ummah tentang keimaman mereka dalam agama, diagungkan pendapat mereka dalam agama, orang-orang Islam bertalaqi ilmu dengan kata-kata mereka, semua yang terdahulu atau yang sesudahnya dengan penuh reda dan menerima mereka. Seperti a’immah yang empat (Hambali, Syafie, Maliki dan Hanafi. Pent.), dua orang Sufiyan, Laith bin Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim an-Nakhii, al-Bukhari, Muslim dan semua ashabu as-sunnan selain yang telah dilontarkan kepadanya gelaran bid’ah atau masyhur dengan gelaran yang tidak diredai seperti Khawarij, Rafidah, Mu’tazilah, Jabariyah dan semua golongan yang sesat. Dan mazhab Salaf ialah sesiapa sahaja yang berjalan di atasnya dan menasabkan i’tiqad (akidah)nya kepada mereka”.24

Melalui beberapa definisi, hujjah dari ayat al-

Quran dan hadis-hadis sahih di atas, jelaslah bahawa pengertian salaf ialah: Yang mula-mula, yang awal dan 24. Lihat: م نھج االس تدالل عل ى مس ائل االعتق اد عن د اھ ل الس نة والجماع ة 1/34-35. Uthman bin Ali Hasan.

Page 179: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

25

yang terdahulu (generasi pertama dari kalangan sahabat). Istilah ini dikuatkan lagi oleh firman Allah Ta’ala:

والس ابقون االول ون م ن المھ اجرین واالنص ار والذین اتبعواھم باحسان رضي اهللا ع نھم ورض وا عنھ واعـد لھم جنات تجري تحتھا االنھ ار خال دین

.ذلك الفوز العظیمفیھا ابدا "Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar".25

Salaf di ayat ini ialah: "Orang yang mula-mula

atau orang-orang awal-awal (terdahulu)” iaitu para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang beriman dengannya.

25 . At-Taubah, 9:100.

Page 180: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

26

PARA SAHABAT ADALAH PARA SALAF AS-SOLEH YANG UTAMA

Sahabat: Definisi sahabat menurut ulama hadis

ialah: Orang yang bertemu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, dia beriman dengannya serta mati dalam keadaan Islam.26

Para Salaf as-Soleh yang paling utama diketuai

oleh Muhajirin dan Ansar. Mereka adalah golongan sahabat dan telah sepakat sekalian Ahli Sunnah wal-Jamaah tentang keadilan mereka. Tidak ada yang khilaf tentang kemuliaan dan keutamaan mereka kecuali 26 . Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 24. Dr. Muhammad Adib Soleh.

Page 181: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

27

golongan Ahli Bid’ah. Allah telah menjamin kebenaran Muhajirin dan Ansar dalam berkorban jiwa dan raga. Mereka sangat meredai Allah dan Allah meredai mereka. Mereka menjadi pembantu dan pengikut Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang paling setia. Mereka paling percaya (beriman), paling benar ketakwaannya dan sebaik-baik umat yang paling suci hatinya yang ada di dunia ini. Mereka berada dalam koridor keIslaman, keimanan yang jernih. Akidah dan ibadah mereka sentiasa disaring oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Allah telah berfirman menjelaskan keadaan para sahabat yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar:

للفق رآء المھ اجرین ال ذین أخرج وا م ن دی ارھم وام والھم یبتغ ون فض ال م ن اهللا ورض وانا

.وینصرون اهللا ورسولھ اولئك ھم الصادقون “(Juga) bagi para fuqara yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar”.27

كنتم خیر امة اخرجت للناس 27 . Al-Hasyr, 59:8.

Page 182: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

28

“Kamu (para sahabat) sebaik-baik umat dikeluarkan untuk manusia”.28

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: ان اهللا اختاراص حابي عل ى الثقل ین س وى النب ین

والمرسلین “Sesungguhnya Allah telah memilih (memuliakan) para sahabatku atas semua jin dan manusia, kecuali para nabi dan para rasul”.29

اكرموا اصحابي ، فانھم خیاركم “Muliakanlah para sahabatku kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang (yang menjadi contoh) terbaik bagi kamu”. 30

28 . Ali Imran, 3:110. 29. H/R Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibn Hajar dalam Al-Isabah. 1/21-22. Beliau berkata para perawinya dipercayai. Disebut oleh Al-Haitami dalam Majma’ al-Zawaid 10/16. 30. Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam Al-I’tiqad. 320. Al-Khatib dalam Tarikh Bagdad. 6/57. Dikeluarkan oleh Ibnu Manduh dalam Kitab al-Iman. 1/961-962. Disebut oleh Al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah. 3/109-110 dan dalam Sahih al-Jami’ 2/345.

Page 183: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

29

Selain dijelaskan oleh Allah sebagai orang-orang mulia yang benar dan sebaik-baik ummah maka mereka juga dianggap oleh Allah Azza wa-Jalla sebagai umat yang paling adil dan umat pilihan Allah sebagaimana firmanNya:

وكذلك جعلناكم امة وسطا“Dan demikianlah Kami menjadikan kamu (umat Islam terutamanya para sahabat) umat yang adil dan pilihan”.31 یا ایھا النبي حسبك اهللا ومن اتبعك من المؤمنین “Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu!”.32

Kata-kata sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah hujjah yang wajib diamalkan (diterima pakai). Begitulah menurut qaul Imam Malik, Syafie, Ahmad, kebanyakan ulama usul, ulama fikah Hanafiyah, Ibnu Uqail, Al-Bagdadi, Ibnu Qaiyim juga memilihnya sebagai hujjah sebagaimana terdapat dalam

31 . Al-Baqarah. 2:143. 32 . Al-Anfal. 8:64.

Page 184: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

30

I’lamul Muwaqqi’in, dituruti oleh Syatibi dalam Al-Muwafaqat serta IbnuTaimiyah.33

Ingatlah, bahawa para sahabat adalah pembela

Rasulullah dengan jiwa dan raga mereka, memelihara sunnah baginda, menolong menyebar agama dan mengangkat martabatnya, mengambil contoh agama dari baginda, mengikut (ittiba’) pada semua yang didatangkan kepada mereka, menyampaikan dan menyalin antara satu dengan yang lain, tiada yang mereka ketahui melainkan disampaikan kepada yang lain!. Rasulullah mengakui tentang kenyataan ini dengan bersabda:

مامن نبي بعثھ اهللا ع ز وج ل اال ك ان ل ھ ف ى امت ھ حواری ون واص حابھ یاخ ذون بس نتھ ویقت دون

.بامره “Tiada seorang nabipun kecuali dibangkitkan oleh Allah Azza wa-Jalla ada bersamanya umat yang menjadi penolongnya, para sahabatnya yang mengambil agama melalui sunnahnya dan

33 . Lihat: اعالم الموقعین Ibnul Qaiyim. 3/120. Lihat: 4/74 الموافقات. Syatibi. Lihat: 5/413 مجموع فتاوى. Lihat: اقتض اء الص راط المس تقیم 2/687.

Page 185: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

31

mencontohinya dalam melaksanakan semua perintahnya”.34

Antara dalil-dalil bahawa kata-kata sahabat itu

adalah hujjah ialah firman Allah di dalam al-Quran, sunnah dan athar:

س ابقون االول ون م ن المھ اجرین واالنص ار وال

والذین اتبعوھم باحسان رضي اهللا ع نھم ورض وا عنھ

“Orang-orang yang mula-mula lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari kalangan muhajirin dan ansar dan mereka yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun reda kepada Allah”.35

Imam Malik rahimahullah berhujjah dengan ayat ini dan menerangkan:

“Sesungguhnya ayat ini mengandungi pujian terhadap para sahabat dan sanjungan ke atas mereka. Mereka berhak menjadi a’immah, apa

34 . H/R Muslim. Dalam Kitab al-Iman. 1/69. Ahmad dalam Musnadnya. 1/458. 35 . At-Taubah. 9:100.

Page 186: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

32

yang ada pada mereka menjadi contoh ikutan, diambil kata-katanya dan layak menerima sanjungan (dan pujian) bagi sesiapa yang mengikuti keseluruhan mereka atau mengikuti setiap perbuatan mereka selagi mereka tidak menyalahi nas”.36 كنتم خیر امة اخرج ت للن اس ت امرون ب المعروف

.وتنھون عن المنكر وتؤمنون باهللا “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”.37

Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Dhahak berkata: Mereka itu adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam secara khusus. (Beliau menambah): Yang mana mereka (para sahabat) kalangan perawi-perawi yang diseru agar kaum muslimin mentaati mereka”. Berkata Ibnu Qaiyim: Berdasarkan ayat ini, jelaslah tentang wajibnya mengikut para sahabat .38 Berkata as-Syatibi: Apabila dibacakan ayat tersebut, ia menunjukkan 36 . Lihat: 4/129 اعالم الموقعین. 37 . Ali Imran. 3:110. 38 . Lihat: 4/131 اعالم الموقعین.

Page 187: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

33

sunnah para sahabat radiallahu ‘anhum. Segala sunnah yang telah mereka amalkan hanya dirujukkan kepada mereka39 oleh sekalian ummat sesudah mereka, kerana mereka adalah para salaf yang terbilang.

Diriwayatkan oleh al-Khatib dengan sanad dari

‘Umir as-Sya’bi, beliau berkata:

محم د ص لى اهللا علی ھ ماح دثوك ع ن اص حاب وسلم فخذه

“Tentang apa saja (berkaitan agama) yang diucapkan oleh para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam,maka ambillah dia”.40

Adapun dalil dari hadis Rasulullah sallallahu

‘alaihi wa-sallam:

ناس الذي انا فیھ ، ثم الثاني ثم الثالثخیر ال “Sebaik-baik kurun adala kurun yang aku berada di dalamnya, kemudian kurun yang kedua (kurun

39 . Lihat: 4/74 الموافقات. As-Syatibi. 40 . Lihat: 74 شرف اصحاب الحدیث. Al-Khatib

Page 188: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

34

tabi’in) dan kemudian kurun ketiga (kurun tabi’ut at-tabi’in).41

Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah:

“Pasti akan menjadi kenyataan bagi sesiapa yang menumpukan perhatiannya kepada al-Kitab dan as-Sunnah, malah telah disepakati oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah dari semua golongan, bahawa sebaik-baik kurun bagi ummah ini dari segi amal, perkataan, iktiqad dan merangkumi juga perkara-perkara selainnya maka yang terbaik ialah dikurun pertama (kurun sahabat), kemudian kedua (kurun tabi’in) dan seterusnya ketiga (dikurun tabi’ut at-tabi’in) sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis-hadis yang berbagai jalurnya. Mereka lebih baik dari orang-orang yang sesudah mereka (zaman khalaf) dalam semua kebaikan. Sama ada ilmu, iman, akal, agama, bayan dan ibadah. Mereka lebih utama dalam menjelaskan agama dalam semua persoalan. Semuanya ini tidak dapat ditolak kecuali oleh orang yang memandai dalam agama iaitu agama

41 . H/R Muslim. Pada kita Fadhail Sahabat. 2/1960. Abu Daud dalam kitab As-Sunnah 5/44.

Page 189: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

35

Islam dan ia telah disesatkan oleh Allah atas (nama) ilmu”.42

Hadis ini menunjukkan bahawa selepas apa yang dari Rasulullah ialah athar dari para sahabat. Sufyan ath-Thauri berkata:

انماالدین باآلثارلیس بالراي انما الدین

باآلثارلیس بالراي “Sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan pandangan, sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan pandangan (pendapat)”.43

Berkata al-Auzaii rahimahullah: علیك بآثار من س لف وان رفض ك الن اس ، وای اك

وراي الرجال ، وان زخرفوه لك بالقول “Hendaklah engkau kembali (berpegang) kepada athar para salaf walaupun engkau disingkir oleh manusia. Berjaga-jagalah engkau dari pendapat

42 . Lihat: 4/185 مجموع الفتاوى. Ibnu Taimiyah. 43 . Lihat: شرف اصحاب الحدیث hlm. 6.

Page 190: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

36

(buah fikiran) seseorang, sekalipun ia merupakan kata-kata yang indah (yang mempersonakan)”.44

Berkata Abdullah bin Daud rahimahullah:

لیس الدین بالكالم ، انما الدین باآلثار “Bukanlah agama itu yang mengikut perkataan seseorang tetapi agama itu ialah dengan berpegang (mengikut) kepada athar”. 45

Terlalu banyak hadis dan athar yang sahih memerintahkan agar kita sentiasa berpegang atau kembali dengan athar-athar para sahabat yang sahih kerana mereka adalah para Salaf kita dan mereka telah dimuliakan Allah Azza wa-Jalla.

44 . Ibid. 45 . Ibid.

Page 191: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

37

MUHAJIRIN DAN ANSAR

Para Muhajirin dan Ansar adalah golongan sahabat

yang pertama (mula-mula dan paling awal) menerima Islam dan iman secara langsung dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Sikap, jiwa dan hati mereka adalah yang terbaik kerana tidak dicemari oleh berbagai-bagai pengaruh jahiliyah seperti khurafat, tahayul atau karut-marut. Mereka berada di atas fitrah (agama) yang selamat dan bersih. Mereka menyandarkan akidah mereka hanya kepada wahyu Allah yang suci. Pemikiran mereka tidak ternoda oleh fahaman falsafah metafizik (falsafah-falsafah dari Yahudi, Nasrani dan Majusi terutamanya Falsafah Yunan atau Greek). Pola laku dan pola hidup mereka tidak dikotori oleh kesyirikan, bid’ah atau hawa nafsu. Akidah mereka sentiasa terpelihara.

Page 192: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

38

Allah telah melihat jiwa dan hati para sahabat.

Allah menjelaskan bahawa hati mereka adalah sebaik-baik hati setelah hati Rasulullah. Abdullah bin Masoud radiallahu ‘anhu meriwayatkan:

ان اهللا نظ ر ف ى قل وب العب اد ، فوج د قل ب محم د خی ر قل وب العب اد ، فاص طفاه لنفس ھ ، وابتعث ھ برسالتھ ، ثم نظر في قل وب العب اد بع د قل ب محم د

ج دقلوب اص حابھ ص لى اهللا علی ھ وس لم ، فو خیرقلوب العباد ، فجعلھم وزراء نبیھ

“Sesungguhnya Allah telah melihat hati-hati para hamba-hambaNya maka Allah dapati hati Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah hati yang terbaik antara hamba-hambaNya. Maka Dia memilihnya dan diutusnya dengan risalah, kemudian Dia melihat kepada hati-hati para hambaNya setelah hati NabiNya. Maka Dia dapati hati-hati para sahabat adalah hati yang terbaik antara para hamba-hambaNya. Maka Dia jadikan mereka sebaik-baik pendamping NabiNya yang mereka berperang di atas agamaNya”.46

46 . Hadis dikeluarkan oleh Ahmad 1/379. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Az-Zahabi.

Page 193: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

39

Wajib mengikuti (ittiba’) kepada para Salaf as-Soleh terutamanya yang diketuai oleh para sahabat kerana mereka sentiasa mencari keredaan Allah dan mereka telah diredai oleh Allah sebagaimana dijelaskan dalam firmanNya:

رضي اهللا عنھم“Allah reda terhadap mereka (para sahabat)”.47

یبتغون فضال من اهللا ورضوانا “Mereka mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya”.48

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa para Salaf

as-Soleh terawal (para sahabat), mereka dicintai oleh Allah Azza wa-Jalla dan mereka pula sangat mencintai Allah. Mereka telah diberi balasan dengan kekuatan iman, anugerah ilmu serta ketenangan jiwa dan hati oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Allah berfirman:

47 . At-Taubah, 9:100. 48 . Al-Hasyr, 59:8.

Page 194: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

40

د رض ي اهللا ع ن الم ؤمنین اذ یبایعون ك تح ت لق الشجرة فعل م م ا فىقل وبھم ف انزل الس كینة عل یھم

واثابھم فتحا قریبا “Sesungguhnya Allah telah reda terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”.49

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda tentang ayat di atas:

.ال یدخل النار احد بایع تحت الشجرة

“Tidak akan masuk neraka seorangpun yang telah berbai’at di bawah pohon”.50

Hujjah-hujjah di atas membuktikan bahawa para salaf kita yang pertama iaitu yang terdiri dari para sahabat radiallahu ‘anhum adalah golongan ahli syurga. Oleh itu 49 . Al-Fath, 48:18. 50 . H/R Bukhari dan Muslim.

Page 195: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

41

merekalah yang paling layak dan benar untuk diikuti dan dicontohi dalam berakidah dan beramal.

WAJIB BERITTIBA’ KEPADA MANHAJ SALAF

Wajib berittiba’ kepada manhaj salaf terutamanya

dari kalangan para sahabat kerana mereka golongan yang sangat berwibawa. Terkenal dengan kehebatan sahsiah, kebaikan budi-pekerti, kemuliaan akhlak dan Allah menganugerahkan mereka dengan kesempurnaan iman yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian manusia.

Mereka telah berjaya memperjuangkan syariat,

menghidupkan, mempertahankan dan menjaganya dari dicabuli oleh bid’ah atau kerosakan hawa nafsu. Mereka mengetahui sebab-sebab turunnya wahyu dan melaksanakan semua dalil-dalil mengikut kenyataan. Ayat-ayat turun pada asalnya tertuju kepada mereka sebelum ditujukan kepada orang-orang lain yang lahir kemudian sesudah mereka. Mereka asas (untuk merujuk) kefasihan (kesahihan Bahasa Arab) dan penjelasannya kerana wahyu turun menggunakan bahasa (lisan) mereka.

Page 196: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

42

Rasulullah secara langsung terus menjelaskan segala masalah atau kemusykilan yang menimpa mereka. Allah Azza wa-Jalla berkali-kali memuji di dalam firmanNya dan merahmati mereka serta orang-orang yang berittiba’ (mengikut jalan) manhaj mereka. Ditinggikan darjat sesiapa yang mengikut mereka lantaran ketinggian darjat mereka51. Dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

ق ال : عن ابي س عید الخ دري رض ي اهللا عن ھ ق ال

ال تس بوا : رس ول اهللا ص لى اهللا علی ھ وس لم اص حابي ، فل و ان اح دكم انف ق مث ل اح د ذھب ا م ا

.بلغ مد احدھم وال نصیفھ “Janganlah kamu mencerca para sahabat, seandainya salah seorang dari kamu berinfaq sebesar gunung Uhud, tidaklah ia mencapai ganjarannya satu mud (ukuran gandum sebanyak dua telapak tangan) makanan yang disedekahkan oleh salah seorang dari mereka dan bahkan tidak pula mencapai setengah mudnya”.52

51 . Lihat: العقیدة السلفیة فى كالم رب البریة hlm. 25. Al-Jadi’. 52 . H/R Bukhari dan Muslim.

Page 197: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

43

Sebagaimana yang telah dijelaskan, manhaj bermakna “Jalan” atau ص راط maka jalan yang wajib diikuti oleh setiap orang beriman ialah yang telah ditunjuk dan disediakan oleh Allah dan RasulNya agar kita tidak tergelincir dari mengikutinya. Itulah yang diperintahkan oleh al-Quran dan as-Sunnah:

س تقیما ف اتبعوه وال تتبع وا وان ھ ذا ص راطي م

السبل فتفرق بكم عن سبیلھ ذلكم وصاكم بھ لعلك م .تتقون

“Dan sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalannya”.53

Maksud “Jalan Ku yang lurus” ialah: “Al-Quran, Islam dan fitrah yang Allah fitrahkan kepada manusia”. Dan maksud: “Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)” ialah: “Hawa nafsu, perpecahan, bid’ah dan setiap yang baru yang diada-adakan”. Mujahid pula menafsirkan sebagai: “Bid’ah, syubahat-syubahat dan segala kesesatan”.54 Di dalam sebuah hadis, setelah

53 . Al-An’am. 153. 54 . Lihat: Tafsir Mujahid. Hlm. 227.

Page 198: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

44

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam membacakan ayat tersebut lalu baginda membuat garisan:

وھو یمر باصبعھ على الخ ط المس تقیم ھ ذا ص راط اهللا ثم اشار الى الخطوط القص یرة م ن حول ھ فق ال

ھ ذه ط رق وعل ى راس ك ل طری ق منھاش یطان : .ھیدعو الناس الی

“Baginda membuat satu garis lurus dengan tangannya lalu baginda bersabda: Ini jalan Allah, kemudian menunjukkan ke beberapa garisan pendek di sekitar garisan tersebut maka baginda bersabda: Inilah jalan-jalan yang di setiap atas jalan tersebut terdapat syaitan yang mengajak manusia kepadanya (kepada syaitan)”.

Adapun garisan lurus yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah jalan yang ditafsirkan oleh baginda sebagai:

ھي ما انا علیھ واصحابي

Page 199: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

45

“Itulah (jalan) yang aku dan para sahabatku berada di atasnya (atau dimaksudkan juga: itulah jalanku dan jalan para sahabatku)”.55 من كان على مثل ما انا علیھ الیوم واصحابي

“Sesiapa yang di atas contoh mengikut apa yang aku berada pada hari ini berserta para sahabatku”.56

Maka garisan yang digaris oleh Rasulullah itulah jalan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat yang dinamakan sebagai “Manhaj Salaf”. Sesiapapun tidak akan keluar dari jalan tersebut kecuali orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya. Allah berfirman: وم ن یش اقق الرس ول م ن بع د م اتبین ل ھ الھ دى ویتب ع غی ر س بیل الم ؤمنین نول ھ م ا ت ول ونص لھ

.جھنم وشآء ت مصیرا “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang

55 . Lihat: Mustadrak oleh Hakim. 1/128. Turmizi 5/26. No. 2641. Al-Ajiri dalam As-Syariah Hlm. 15-16. Disahihkan oleh Al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah. 1/213. Ibnul Jauzi dalam Talbisul Iblis. Hlm. 7. Ad-Dailamy dalam Al-Faidaus 3/439. No. 5347. 56 . H/R Turmizi dalam Kitab Al-Iman. 2641. 5/25-26.

Page 200: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

46

bukan jalan orang-orang beriman, Kami biarkan dia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahanam dan jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”.57

Pastinya jalan orang-orang yang beriman yang dimaksudkan oleh ayat di atas ini ialah jalan Rasulullah dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jalan mereka. Malah penjelasan ini dikuatkan lagi dengan sabda baginda: تركت فیكم امرین لن تضلوا ما ان تمس كتم بھم ا ، كت اب اهللا وس نتي ، ول ن یتفرق ا حت ى ی ردا عل ي

.الحوض “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan disesatkan iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah RasulNya (hadis-hadis sahih) sampai keduanya datang kepadaku di Huudh”.58

57 . An-Nisa, 4:115. 58 . H/R Malik dalam Muwata’. Hakim dalam Mustadrak. Dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami’. No. 2937.

Page 201: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

47

Orang-orang yang mengikuti jalan atau berpegang teguh dengan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah, mereka tidak akan sesat ke jalan yang menuju neraka iaitu jalan-jalan yang melencung ke sebelah kanan atau kiri. Kerana di atas setiap jalan-jalan yang bukan jalannya Rasulullah dan para sahabat, terdapat syaitan yang mengajak ke neraka. Maka jalan yang selamat itu hanyalah satu iaitu jalan Rasulullah yang dinamakan sebagai manhaj Salaf as-Soleh.

Berkata Abu Hanifah rahimahullah:

علی ك باألث ار ، وطریق ة الس لف ، وای اك وك ل .محدثة ، فانھا بدعة

“Hendaklah kamu berpegang dengan athar dan jalan salaf. Berjaga-jagalah kamu dari setiap yang diada-adakan kerana sesungguhnya ia adalah bid’ah”.59

Para Salaf as-Soleh yang terdiri dari para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta para aimmatul huda (imam-imam salaf), semua mereka mengikut manhaj Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan jalan para sahabat. Mereka tidak merubah dan menggantinya dengan yang 59 . Lihat: السنن والمبتدعات hlm. 6. Muhammad Abdussalam.

Page 202: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

48

lain. Oleh kerana mereka mempertahankan manhaj ini, maka sunnah dan athar para sahabat masih terjaga sehingga sekarang. Sewajarnya kita mengikut jejak mereka untuk memelihara sunnah dari dicemari dan dicabuli oleh Ahli Bid’ah atau Ahli Ahwa.

Sesungguhnya jumhur Salaf as-Soleh membenci

bid’ah, mereka lari dari semua pembuat bid’ah (Ahli Bid’ah) kerana semata-mata untuk memelihara yang asal iaitu berittiba’ kepada sunnah.60

60 . Lihat: االم ر باالتب اع والنھ ي ع ن االبت داع Hlm. 81. Jalalluddin as-Suyuti. Tahqiq Masyhur Hasan Salman.

Page 203: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

49

JALAN ATAU MANHAJ YANG DIBENARKAN OLEH SYARA

Sesungguhnya hanya ada satu jalan sahaja yang

dibenarkan oleh syara iaitu jalan yang dimaksudkan berupa manhaj sebagaimana yang tertera dalam ayat yang lalu iaitu manhaj yang telah dilalui dan ditunjukkan oleh Rasulullah kepada para Salaf as-Soleh yang disebut di dalam ayat sebagai: ) س بیل الم ؤمنین( “Jalan orang-orang yang beriman”.61

Dengan jaminan Allah dan RasulNya, bahawa para

salaf adalah manusia yang paling sempurna sehingga diredai, dicintai dan telah ditentukan sebagai penghuni syurga, mengapa kita tidak mahu mengikut manhaj mereka yang selamat yang disebut oleh Rasulullah sebagai manhaj Salaf as-Soleh?

61 . Lihat: ع غی ر س بیل ومن یشاقق الرس ول م ن بع د م ا تب ین ل ھ الھ دى ویتب -An المؤمنین Nisa. 4:115.

Page 204: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

50

Berittiba’ atau mengikut jalan-jalan selain jalannya orang beriman (selain manhaj para Salaf as-Soleh) maka semua jalan-jalan tersebut akan menjauhkannya manusia dari manhaj Rasulullah. Akibatnya ia akan mengikut jalan yang syubhat, hawa nafsu, perpecahan dan jalan-jalan yang di atasnya ada syaitan yang mengajak kepadanya. Sedangkan perbuatan seperti itu telah diharamkan oleh Allah. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

.وال تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبیلھ

“Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (syubhat) maka nescaya ia akan memecah-belahkan kamu dari jalan Allah”.62

Berhati-hatilah dari mengikut ucapan orang-orang yang tidak mengikut manhaj Salaf as-Soleh walaupun menggelar dirinya sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana mereka gemar mengatakan dan beranggapan baiknya bid’ah (dianggap bid’ah hasanah) dalam agama atau membahagi-bahagikan bid’ah kepada beberapa bahagian. Mereka cuba mencantikkan bid’ah dengan hiasan kata-kata yang disusun indah dan mempersonakan. Mereka sebenar adalah musuh Allah, musuh nabi dan musuh orang-orang beriman. Allah berfirman: 62 . Al-An’am, 6:153.

Page 205: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

51

وكذلك جعلنا لكل نبي عدوا شیاطین االنس والجن

.زخرف القول غرورا یوحى بعضھم الى بعض “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu”.63

Sesungguhnya mereka telah dimisalkan dengan

firman Allah dan perkataan RasulNya:64

ل اسفارا بئس مثل القومكمثل الحمار یحم “Seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum tersebut”.65

63 . Al-An’am. 6:112. 64 . Lihat: السنن والمبتدعات hlm. 7. Muhammad Abdussalam. 65 . Al-Jumaah. 62:5.

Page 206: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

52

JALAN-JALAN YANG SYUBHAT

Orang-orang yang mengikuti jalan syubhat, mereka

telah menyimpang dari jalan Allah. Tidak secara langsung telah meninggalkan jalan kebenaran atau hidayah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, malah telah terkeluar dari manhaj Salaf. Dan orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah yang dikenali sebagai jalan (manhaj) Salaf maka orang seperti ini telah menentang baginda. Perbuatan seperti ini telah diberi peringatan oleh Allah Ta’ala:

وم ن یش اقق الرس ول م ن بع د م ا تب ین ل ھ الھ دى ویتب ع غی ر س بیل الم ؤمنین نول ھ ماتولىونص لھ

جھنم وسآء ت مصیرا “Dan orang-orang yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”.66

66 . An-Nisaa’, 4:115.

Page 207: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

53

Menentang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam

ialah dengan mengikut jalan selain jalan (manhaj) orang-orang beriman. Ia termasuk amalan bid’ah dan perkara yang diada-adakan. Ia jalan yang tidak pernah diizinkan oleh Allah, RasulNya dan agamaNya. Dan ia tidak ada kenamengena dengan agama Allah.67

Maksud: “Jalan orang-orang yang beriman”

adalah jalan (manhaj) orang-orang yang utama, orang-orang yang digelar sebaik-baik ummah yang berada di kurun yang terbaik. Mereka itulah yang dikenali sebagai Salaf as-Soleh. Oleh itu diwajibkan mengikut manhaj Salaf (salafiyah) kerana mereka adalah manusia yang paling utama. Mereka bertemu dan bersahabat dengan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, hidup dizaman turunnya wahyu, mereka sangat memahami dan menjiwai wahyu, mereka manusia yang paling tahu dan berilmu tentang Islam sehingga keilmuan mereka mengatasi seluruh ilmu manusia. Mereka anak murid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan mereka adalah manusia yang paling kukuh imannya sebagaimana dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

.مآ أنزل الیھ من ربھ والمؤمنونآمن الرسول ب

67 . Lihat: السنن والمبتدعات Hlm. ب– ج Muhammad Abdulssalam.

Page 208: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

54

“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman”.68

Dengan ini amat jelas bahawa salaf, salafi atau salafiyah ialah:

“(Setiap orang yang beriman, pent.) yang meniti di atas jalan (manhaj) generasi awal dan sesiapa yang mencontohi mereka dalam mendapatkan ilmu, cara memahaminya dan cara naluri dakwahnya kepada manhaj ini. Ia tidak terhenti pada batas tarikh tertentu, malah wajib difahami bahawasanya ia (kekal berjalan) berterusan (tanpa henti-henti) melalui dalil-dalil yang kekal disepanjang hayat”.69

Berkata Imam al-Barbahari rahimahullah:

“Terkeluarnya seseorang dari manhaj Salaf as-Soleh pada mulanya bermain-main dengan bid’ah. Ingatlah, perbuatan bid’ah bermula dari bid’ah-bid’ah yang kecil, kemudian ia berterusan sehingga menjadi bid’ah yang besar! Begitulah

68 . Al-Baqarah, 2:285. 69 . Lihat: الصفات االلھیة Hlm. 64. Muhammad Aman al-Jami.

Page 209: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

55

setiap bid’ah yang telah berlaku dalam umat ini, pada mulanya ia diawali dengan yang kecil, ia kelihatan seperti kebenaran, maka dicantik-cantikkanya hal tersebut, yang terperangkap tidak berdaya keluar darinya sehingga dibesar-besarkannya. Akhirnya menjadi agama yang dianutinya”.70

HIZBULLAH HANYA YANG MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH

70 . Ibid.

Page 210: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

56

Di setiap Negara Islam, di setiap tempat yang

terdapat orang-orang Islam, di kalangan masyarakat Islam dan di mana sahaja wujudnya orang-orang Islam maka di situ pasti wujud kelompok (hizibi) yang mengatas-namakan golongan (hizbi) mereka sebagai hizbi Islami (hizbullah) atau parti Allah. Allah Azza wa-Jalla telah menjelaskan tentang adanya kelompok (hizbi) yang dibungkus atau diselimut dengan nama Islam tetapi tidak mengikut manhaj Salaf as-Soleh. Allah berfirman:

.كل حزب بما لدیھم فرحون

“Setiap kelompok (hizbi/parti) bangga dengan yang ada pada kelompoknya sendiri”.71

Oleh kerana dalam Islam hanya mengizinkan satu hizbi, maka hanya hizbi yang mengikut manhaj Salaf sahaja yang beruntung, selamat dan diredai oleh Allah. Orang-orang yang beruntung, diberi nikmat dan diredai Allah bermula dari kalangan para sahabat, kemudian dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat.72 Allah benar-benar telah meredai

71 . Al-Mukminun. 57:23. 72. Di surah al-Fatihah ayat 7 Allah berfirman: ص راط ال ذین انعم ت عل یھم “Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat

Page 211: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

57

manhaj mereka. Malah sesiapa yang mengikut manhaj yang selamat ini telah dijamin masuk syurga dan dijamin juga sebagai kelompok (hizbullah) yang beruntung sebagaimana firmanNya:

رضي اهللا ع نھم ورض وا عن ھ اولئ ك ح زب اهللا اآل

ان حزب اهللا ھم المفلحون “Allah reda terhadap mereka dan mereka merasa puas terhadap (limpahan rahmat)Nya. Mereka itulah golongan (hizbi) Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan (hizbi) Allah itu golongan (hizbi) yang beruntung!”.73

Ayat di atas ini menjelaskan bahawa Allah meredai golongan (hizbullah) iaitu para sahabat dengan limpahan rahmat dan nikmat, begitu juga sesiapa yang berittiba’ kepada mereka. Untuk mengenal siapakah yang berada bersama golongan Allah dan dianggap hizbullah (hizbi Allah), lihatlah manhajnya, jika terkeluar dari manhaj Salaf as-Soleh (manhaj para sahabat yang telah diredai oleh Allah) kemudian mengikuti manhaj-manhaj yang lain maka

kepada mereka”. Dimaksudkan: Orang-orang ialah para sahabat dan sesiapa yang mengikuti manhaj mereka yang dinamakan “Manhaj Salaf”. 73 . Al-Mujadalah. 58:22.

Page 212: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

58

mereka itu adalah hizbu as-syaitan yang merugi di akhirat kelak.

Allah telah mengkhabarkan tentang penghinaan

Allah kepada berbagi-bagai hizbi yang telah diperangkap oleh syaitan (ditalbis oleh syaitan), sehingga lupa pada Allah dan menghina Rasulullah dengan cara meninggalkan manhaj yang telah dibina oleh baginda (manhaj Salaf as-Soleh). Sedangkan manhaj yang lurus ini telah diperjuangkan, dipelihara dan diteruskan oleh para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in setelah kewafatan baginda. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

اس تحوذ عل یھم الش یطان فانس اھم ذك ر اهللا اولئ ك ح زب الش یطان اآل ان ح زب الش یطان ھ م

ان الذین یحآدون اهللا ورس ولھ اولئ ك . الخاسرون .فى األذلین

“Syaitan telah menguasai mereka lalu mejadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan (hizbi) syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan (hizbi) syaitan itulah golongan yang merugi!. Sesungguhnya orang-

Page 213: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

59

orang yang menentang Allah dan RasulNya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina”.74

Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia sentiasa terkeluar dari Manhaj Salaf as-Soleh, agar sentiasa berada dalam golongan Ahli Bid’ah dan sentiasa dalam keadaan sesat. Namun, Allah akan menyelamatkan sesiapa yang berada di atas Manhaj Salaf as-Soleh. Allah telah mengkhabarkan tentang hal ini:

ق ال رب بم آ اغ ویتني ألزی نن لھ م ف ى األرض

وألغوینھم اجمعین اال عبادك منھم المخلصین“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya! Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis antara mereka”. 75

KEMULIAAN PARA TABI’IN

74 . Al-Mujadalah. 58:19-20. 75 . Al-Hijr. 15:39-40.

Page 214: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

60

Tabi’in: Tabi’in ) ت ابعین( berupa jama’. Mufradnya

ialah tabi’i ) ت ابعي( atau tabi’ ) ت ابع( . Menurut takrif dan kesepakatan Ulama Muslimin bahawa tabi’in ialah: Mereka yang bertemu dan bersahabat (berdamping) dengan sahabat yang lahir dan hidup dikurun yang mulia

)ةقرن مفضل( atau kurun yang terbaik )خیر قرن( . Juga dikatakan tabi’in: Sesiapa yang bertemu dan

meriwayatkan hadis. Atau pernah meriwayatkan hadis yang datang dari sahabat walaupun tidak pernah berdamping dengan mereka (para sahabat). Tetapi Abu Amru ibnu as-Solah dan Imam an-Nawawi serta selain mereka berdua hanya menerima pendapat yang pertama.76 Ahli Sunnah wal-Jamaah diwajibkan berittiba’ (mengikuti) manhaj tabi’in kerana ia juga merupakan manhaj para sahabat radiallahu ‘anhum (manhaj Salaf as-Soleh).

KEMULIAAN TABI’ UT AT-TABI’IN

76 . Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 62. Dr. Muhammad Adim Soleh. Dan lihat: At-Taqrib wat-Taisir. Hlm. 94. An-Nawawi.

Page 215: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

61

Setelah beritttiba’ kepada manhaj para sahabat

maka diikuti pula oleh yang kemudiannya iaitu manhaj para tabi’in ) ت ابعین( dan seterusnya berittiba’ kepada tabi’i at-tabi’in ) ت ابع الت ابعین( . Tabi’i at-tabi’in adalah: Mereka yang berada dizaman selepas tabi’in.

Mereka menerima tarbiyah dan tasfiyah Islamiyah

dari para tabi’in. Mereka pewaris ilmu dari tabi’in. Dan sesiapa sahaja dinamakan orang-orang salaf (salafi atau salafiyun) apabila berittiba’ kepada manhaj Salaf as-Soleh (sahabat, tabi’in dan tabi’iut at-Tabi’in dengan baik sehinggalah ke Hari Kiamat).

Syeikh Muhammad Nasruddin al-Albani

rahimahullah mengatakan:

“Orang-orang yang hidup pada tiga generasi (para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in) itulah yang dinamakan salaf. Mereka merupakan sebaik-baik umat dan mereka juga merupakan umat terbaik dari seluruh umat yang ada. Mereka insan terbaik setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para nabi serta para rasul lainnya”.77

77 . Lihat: Al-Hawi. 2/266.

Page 216: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

62

Walau bagaimanapun sewajarnya diambil perhatian, bahawa sesiapa sahaja yang menggabungkan diri mereka ke dalam manhaj salaf, yang terdiri dari Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah manusia biasa, mereka tidak maksum. Namun kalangan mereka lebih dikenali sebagai siddiqin (terpercaya) dan syuhada”.78 Mereka adalah ahli nikmat kerana Allah telah menjanjikan syurga kepada mereka.

MAKSUD DAN

78 . Lihat: واقعنا المعاصر hlm. 21. Soleh bin Abdullah al-‘Uthaimin.

Page 217: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

63

MAKNA ITTIBA’ Adapun makna atau maksud ittiba’ ialah:

ان یتب ع الرج ل م ا ج اء ع ن النب ي ص لى : االتب اع اهللا علی ھ وس لم واص حابھ ث م م ن بع د الت ابعین

.مخیر “Ittiba’: Ialah apabila seseorang mengikuti apa yang datangnya dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dari para sahabat baginda. Kemudian dari sesudah tabi’in adalah perkara yang pilihan”.79

Setiap orang yang beriman adalah wajib bermanhaj (berittiba’) atau mengikut jalannya para Salaf as-Soleh. Ia adalah manhaj al-Quran, di atas manhaj inilah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beramal yang diikuti oleh para sahabat dan semua para a’immah Salaf as-Soleh kemudiannya. Manhaj inilah menjadikan para sahabat golongan yang terpuji, paling sempurna dan terbaik.

Imam Al-Barbahari80 rahimahullah berkata:

79 . Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Masail Imam Ahmad, 2/149. Lihat: Sifat Solat Nabi hlm. 35. 80 . Nama Penuh beliau ialah: Al-Barbahari al-Hasan bin Ali bin Khalaf.

Page 218: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

64

ال ت تم الس المة لعب د حت ى یك ون متبع ا ومص دقا ومس لما ، فم ن زع م ان ھ بق ي ش يء م ن ام ر االس الم ل م ی ذكرناه اص حاب رس ول اهللا ص لى اهللا

.قد كذبھمعلیھ وسلم ف “Tidak akan selamat seseorang hamba sehinggalah dia berittiba’ kemudian percaya dan (menjadi) seorang muslim. Sesiapa yang menyangka bahawa sesungguhnya masih terbaki sesuatu dari urusan Islam yang tidak dijelaskan kepada kita oleh para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam maka ia telah membohongi mereka”.81

Berittiba’ kepada Salaf as-Soleh adalah jalan yang

boleh memudahkan seseorang untuk memahami Islam dengan sempurna. Ahli ilmu bersepakat bahawa asas segala kefaqihan dalam hukum ahkam, segala yang berkait dengan akidah, penyelesaian seluruh perkara (permasalahan agama) semuanya diambil dari pemahaman manhaj al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah yang dikenali sekarang sebagai manhaj Salaf. Semuanya ini menjadi Wafat pada 329H. 81 . Lihat: 28-2/27 المنھج األحمد.

Page 219: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

65

kenyataan berpunca dari berittiba’ (mentaati) firman Allah Azza wa-Jalla yang memerintahkan:82

اتبعوا ما انزل الیكم من ربك م وال تتبع وا م ن دون ھ

اولیاء “Ikutlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya”.83

Segala perintah dan larangan wahyu telah

diimplementasikan oleh para Salaf. Oleh itu mereka terpilih sebagai umat terbaik untuk dicontohi sebagaimana difirmankan oleh Allah Ta’ala:

ن اس ت امرون ب المعروف كنتم خیر امة اخرج ت لل .وتنھون عن المنكر وتؤمنون باهللا

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan menegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah".84

82 . Lihat: الدعوة السلفیة Hlm. 17. Al-Abbasi. 83 . Al-A’raf. 7:3. 84 . Ali-Imran, 3:110.

Page 220: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

66

Maksud "Kamu adalah umat yang terbaik" ialah para salaf terutamanya para sahabat kerana mereka dijamin oleh al-Quran sebagai ummah yang sentiasa berpegang kepada manhaj al-Quran dan dijamin oleh Rasulullah kerana bersahabat dengan baginda. Mereka paling tahu dan mengerti tentang perkataan (sabda), perbuatan (amalan) taqrir (persetujuan) dan kehendak Rasulullah, sama ada yang wajib dilakukan atau yang wajib ditinggalkan, sama ada dari jenis ucapan atau amalan, yang zahir atau yang batin. Dan baginda bersabda: ال تزالون بخیر ما دام فیكم من رآني واص احبني ، واهللا ال تزال ون بخی ر م ا دام ف یكم م ن رآن ي ، م ن

.رآني وصاحبني “Kamu akan sentiasa dalam kebaikan selama di kalangan kamu ada orang yang pernah melihat aku dan bersahabat denganku. Demi Allah kamu sentiasa dalam kebaikan selama di kalangan kamu ada orang yang melihat orang yang pernah melihat aku dan bersahabat denganku.85

85 . H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanadnya yang hasan. Lihat: Fathul Bari. 7/5. Ibnu Hajar al-Asqalani.

Page 221: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

67

Sekali lagi dijelaskan bahawa menurut hadis-hadis sahih, salaf yang paling mulia setelah para sahabat ialah para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in dan kemudian barulah orang-orang yang mengikut (berittiba’) dan berpegang kepada athar-athar mereka. Buktinya ialah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: انا ومن معي ، ثم الذین على االثر ، ثم الذین على

.االثر “Aku dan orang-orang yang bersamaku, kemudian orang-orang yang berdiri di atas athar, kemudian orang-orang yang berdiri di atas athar”.86

Seterusnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam

bersabda:

ق ال رس ول : ع ن ب ن مس عود رض ي اهللا عن ھ ق ال خی ر الن اس قرن ي ، ث م : اهللا صلى اهللا علیھ وسلم

.الذین یلونھم ، ثم الذین یلونھم "Dari Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

86 . H/R Imam Ahmad 2/297. Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 2/78.

Page 222: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

68

Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut at-tabi’in)".87

Menurut Ibnu Hajar rahimahullah: Perkataan salaf adalah orang-orang dari kalangan para sahabat serta orang-orang yang mengikuti mereka iaitu tabi’in.88 Dan para sahabat digelar sebagai sebaik-baik generasi kerana lahir dikurun mufadhalah )مفضلة( “Kurun Terbaik”. Maka dengan penjelasan yang dipadatkan dengan hujjah ini, nyatalah bahawa sesiapa yang meragui manhaj Salaf as-Soleh, dia telah meragui manhaj rabbani. Sesiapa yang menentang manhaj Salaf maka dia telah menentang manhaj Rasullullah dan dia telah mengikut manhajnya orang-orang yang tidak beriman, sedangkan orang-orang yang paling beriman adalah para sahabat, tabi’in dan para tabi’ut at-tabi’in yang telah menyeru agar kita mengikuti manhajnya. Allah telah mengancam orang-orang yang menentang manhaj yang menjadi manhajnya Rasulullah kerana ia juga adalah menjadi manhaj atau jalannya orang-orang beriman سبیل المؤمنین. Allah berfirman:

87. Mutaffaqun ‘alaihi. Bukhari No 2652. Muslim No 2533 (211). 88. Lihat: Fathul Bari, 6/51.

Page 223: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

69

وم ن یش اقق الرس ول م ن بع د م ا تب ین ل ھ الھ دى ویتبع غیر س بیل الم ؤمنین نول ھ م ا ت ولى ونص لھ

جھنم وسآء ت مصیرا “Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan (manhaj) yang bukan jalan (manhaj) orang-orang beriman, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam. Dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”.89

Ayat ini dengan jelas menekankan bahawa orang-orang yang mengikut jalan yang bukan jalannya orang-orang beriman, maka dia dianggap sebagai menentang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Menurut Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah apabila menjelaskan tentang salaf:

“Apabila kami menyebut lafaz salaf maka yang dimaksudkan ialah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kemudian para tabi’in (generasi kedua) dan kemudian para tabi’ut at-

89 . An-Nisaa’, 115.

Page 224: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

70

tabi’in. Orang-orang yang hidup pada tiga generasi itulah yang digelar sebagai salaf”.90

PENDAPAT YANG PALING RAJIH (BENAR)

Namun yang paling rajih (benar), salafi adalah

sesiapa sahaja yang berittiba’ kepada manhaj Salaf as-Soleh disepanjang hayat mereka. Maka penentuan siapa salafi adalah ittiba’nya kepada para Salaf as-Soleh. Atau

90 . Lihat: Al-Hawi 2/266.

Page 225: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

71

dapat diertikan bahawa salafi adalah sesiapa sahaja yang taat kepada Allah Azza wa-Jalla dengan cara berpegang teguh kepada manhaj salaf. Dengan prinsip ini barulah mereka digolongkan sebagai sebaik-baik ummah.

Salafi merupakan ummah terbaik dari seluruh umat

yang ada di dunia. Mereka adalah orang-orang yang paling selamat kerana menasabkan keseluruhan tata-cara agama mereka kepada manusia yang maksum iaitu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Mereka paling benar kerana menyandarkan akidah, perbuatan, akhlak dan diri mereka kepada generasi yang paling utama sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih, athar dan pengakuan para ulama muktabar yang keseluruhannya adalah sahih nilainya.

Ibnu Qaiyim rahimahullah berkata:

“Adapun cara terbaik mengambil dalil dari makna-makna al-Quran ialah melalui perawi yang terpercaya, yang langsung diambil dari Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, yang mana mereka sebagai pewaris para nabi. Kemudian diikuti dengan berittiba’ dengan apa yang dikatakan tentangnya oleh para sahabat dan (beritiba’) kepada tabi’un yang menjadi para ketua penunjuk jalan”.91

91 . Lihat: 2/335 مختصر الصواعق المرسلة. Ibnu Qaiyim.

Page 226: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

72

SEBUTAN SALAF DAN MANHAJ SALAF

Kalimah salaf berkali-kali disebut oleh para ulama

muktabar sehingga tidak dapat dihitung dengan angka yang tepat lantaran terlalu sering dan banyaknya disebut. Berittiba’ kepada Salaf as-Soleh adalah syiar Ahli Sunnah

Page 227: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

73

wal-Jamaah dan sewajarnya mereka yang berittiba’ sentiasa bersabar menempuh ujian dan cemuhan kerana mereka sedang mengikuti atau berjalan di atas manhaj yang hak dan benar:

كان من شعار اھل الس نة اتب اعھم الس لف الص الح

.، وتركھم كل ما ھو مبتدع ومحدث “Antara syiar Ahli Sunnah ialah mereka berittiba’ kepada Salaf as-Soleh, mereka meninggalkan apa saja yang dianggap bid’ah dan yang direkacipta (ciptaan yang baru dalam persoalan yang berkaitan dengan agama)”.92

Ini bermakna bahawa ciri-ciri Salafi ialah meninggalkan bid’ah dan mempertahankan sunnah. Tabah dalam mengikuti sunnah dan memeliharanya pada semua hal dan keadaan serta sentiasa komitmen berjalan mengikut manhaj Salaf as-Soleh.

Berkata Imam Al-Auza’i rahimahullah:

92 . Lihat: 1/364 الحجة فى بیان المحجة. Al-Asbahani.

Page 228: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

74

اصبر نفسك على السنة ، وقف حیث وقف القوم ، وق ل بم ا ق الوا ، وك ف عم ا كف وا عن ھ ، واس لك

.سبیل سلفك الصالح ، فانھ یسعك ما وسعھم “Sabarkanlah jiwamu dalam mengikuti sunnah, berhentilah (dari melakukan sesuatu perbuatan) sebagaimana para Salaf berhenti (dari melakukannya). Berkatalah sesuai sebagaimana mereka katakan, berhentilah dari sesuatu yang mereka telah menghentikannya. Berjalanlah mengikut jalan (manhaj) salaf kamu yang soleh kerana sesungguhnya ia akan memberi kelapangan kepada kamu sebagaimana telah memberi kelapangan kepada mereka”.93

Penjelasan di atas menguatkan keyakinan bahawa salaf atau salafiyah ialah: Jika dikaitkan dengan waktu, zaman atau marhalah tarikh ia telah berlalu dengan kewafatan mereka. Tetapi jika dinasabkan kepada ilmu yang mereka tinggalkan, fahaman, sikap atau kepada ikutan (berittiba’) kepada manhaj mereka yang hak maka manhaj mereka akan berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

93 . Riwayat Al-Lalikaii, Baihaqi dan al-Ajurri dengan sanad sahih. Lihat: Al-Qutubiyah. Hlm. 2-3. Abu Ibrahim bin Sultan al-Adnani. Lihat: Ilmu Usul al-bid’. Hlm. 137. Ali Hasan Abdul Hamid al-Athari.

Page 229: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

75

Hakikat dan kenyataan ini dapat difahami dari hadis-hadis yang lalu dan hadis-hadis yang seterusnya sebagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjelaskan:

الت زال طائف ة م ن امت ي ظ اھرین عل ى الح ق ،

.الیضرھم من خذلھم حتى یاتي امر اهللا وھم كذالك “Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari umatku yang muncul terang-terangan di atas kebenaran, tidak membahayakan orang-orang yang bermusuhan kepada mereka sehingga tiba urusan Allah dan mereka dalam keadaan demikian”. 94

ال ت زال طائف ة م ن امت ي منص ورین عل ى الح ق ال .یضرھم من خالفھم وال من حذلھم

“Akan terus ada sekelompok dari umatku mendapat pertolongan atas yang hak. Tidak akan membahayakan mereka siapa sahaja yang menentang mereka dan merendahkan mereka”.

Di hadis yang lain Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam menegaskan bahawa akan ada sehingga 94 . H/R Bukhari, 6/632. Muslim, 3/1523.

Page 230: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

76

Hari Kiamat orang-orang (orang-orang yang berpegang dengan manhaj salaf) yang menegakkan kebenaran ) الح ق( , mempertahankan kebenaran dan berdiri (iltizam) di atas kebenaran walaupun dihina, dicela, dikeji dan ditimpakan dengan berbagai-bagai fitnah sebagaimana sabda baginda:

س معت النب ي : ع ن معاوی ة رض ي اهللا عن ھ ق ال

ال یزال من امت ي ام ة : لیھ وسلم یقول صلى اهللا عقائم ة ب امر اهللا ، ال یض رھم م ن ح ذلھم ، وال م ن

.خالفھم حتى یاتي امر اهللا وھم على ذلك “Dari Muawiyah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Akan sentiasa ada dari umatku ummah yang berdiri tegak di atas perintah Allah, tidak menjejaskan mereka orang-orang yang menghinakan mereka, juga orang yang menentang mereka sehingga tiba urusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian (tidak berubah)”.95

Berkata Imam Bukhari rahimahullah:

“Mereka (yang dimaksudkan dalam hadis ini) ialah Ahli Hadis”.

95 . Dikeluarkan oleh Syaikhain Bukhari dan Muslim.

Page 231: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

77

Ini dikuatkan lagi oleh Imam Ahmad bin Hambal

rahimahullah yang menjelaskan:

“Jika yang dimaksudkan (oleh hadis di atas) bukan Ahli Hadis maka aku tidak tahu siapa lagi mereka”.

Hadis-hadis di atas ini menggambarkan daya tahan

para salaf mempertahankan kebenaran, prinsip, keunggulan iman, ilmu dan keutamaan manhaj mereka walaupun manusia dalam keadaan fasad, kerosakan, dipenuhi bid’ah, khurafat, syirik dan menentang mereka yang mempertahan dan memperjuangkan manhaj Salaf as-Soleh. Semuanya ini telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam hadis ghuraba’ (asing). Baginda bersabda:

ق ال رس ول : عن ب ن مس عود رض ي اهللا عن ھ ق ال

ب دا االس الم غریب ا ، : اهللا ص لى اهللا علی ھ وس لم : وس یعود غریب ا كم ا ب دا ، فطوبىللغرب اء ، قی ل

یص لحون اذا ال ذین : من ھم یارس ول اهللا ؟ ق ال . الن زاع م ن القبائ ل : وفى لفظ آخر . فسد الناس

Page 232: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

78

ان اس ص الحون قلی ل ف ى ان اس : وف ى لف ظ آخ ر .سوء كثیر ، من یعصیھم اكثر ممن یطیعھم

“Dari Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Islam itu bermula dengan aneh, akan berulang dalam keadaan aneh sebagaimana ia bermula. Maka berjayalah orang-orang yang aneh. Baginda ditanya, siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Orang-orang yang membetulkan manusia apabila manusia telah fasad (rosak).96

Dilafaz yang lain: “Orang-orang yang memperbaiki pertelingkahan golongan yang bertelagah. 97

Dilafaz yang lain: “Manusia-manusia yang soleh yang sedikit, di tengah-tengah manusia-manusia yang keji yang

96. Hadis Sahih. Lihat dalam: اربعى الدعوة والدعاة No. 10. 97. H/R Al-Ajuri dalam Al-Ghuraba’. No. 2. Al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah No. 64. Ibn Majah 3988. Darimi 2/220.

Page 233: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

79

banyak. Orang-orang yang bermaksiat (menentang) lebih banyak dari yang mentaati mereka”.98

BAGAIMANA AGAMA TERPELIHARA

Agama Islam dan kesuciannya, keimanan dan

keutuhannya, pelaksanaan dan segala ilmu-ilmu syara hanya mampu dijaga, dipelihara dan dipertahankan oleh golongan Ahli sunnah Wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Kenyataan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

یحم ل ھ ذا العل م ، م ن ك ل خل ف عدول ھ ، ینف ون عنھ تحریف الغالین ، وانتحال المبطلین ، وتأوی ل

. الجاھلین 98. H/R Ahmad. 2/177 dan 222. Ibnu Mubarak 775. Al-Ajuri dalam Al- Ghuraba’. No. 6. Dari Abdullah bin Amru bin al-‘As.

Page 234: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

80

“(Dihari-hari kemudian) akan sentiasa dipelihara ilmu ini (agama Islam) oleh orang-orang yang adil. Mereka memeliharanya dari dirosakkan oleh orang-orang yang ghalu/ghulu (melampau terhadap agama/ahli bid’ah), memeliharanya dari pembohongan ahli-ahli batil dan memeliharanya dari pentakwilan orang-orang jahil”.99

SIAPA SALAFI?

Setelah kita menyedari bahawa Allah Ta’ala dan NabiNya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mengkhabarkan, malah menetapkan bahawa para salaf terutamanya mereka yang terdiri dari para sahabat, tabi’in dan para tabi’i at-tabi’in adalah merupakan umat yang termulia kerana mereka semua berada dikurun yang terbaik. Maka sewajarnya kita semua kembali kepada manhaj mereka (manhaj salaf) yang selamat lagi terjamin. Kerana hanya layak dikatakan seseorang itu salafi setelah 99. Hadis Hasan. Lihat: Al-Hittah Fi Zikri Shiti as-Sittah. Siddiq Hasan Khan. H/R. Al-Baihaqi dalam As-Sunnan al-Kubra 10/209. Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam ش رف اص حاب الح دیث Hlm. 11, 28 dan 29. Ibn Wadhah dalam الب دع والنھ ي عنھ ا hlm. 1-2. Ibn ‘Adi dalam Al-Kamal. 1/152-153.

Page 235: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

81

ia faham dan berittiba’ atau berada di atas manhaj (mazhab) Salaf as-Soleh.

Al-Hafiz Az-Zahabi rahimahullah berkata: Abu Bakar Abdurrahman as-Sarkhasi meriwayatkan dari Abil Fityan ar-Rawasi bahawa:

“As-Salafi adalah orang-orang yang berada di atas mazhab (manhaj) salaf”.100

As-San’ani rahimahullah berkata:

“Salafi adalah penyandaran (penisbatan) kepada salaf dan menganut manhaj (mazhab) mereka”.101

Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah apabila ditanya siapakah hakikat Salafiyah? Beliau menjawab:

“Apabila kamu membincangkan lafaz salaf maka yang kami maksudkan ialah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kemudian para tabi’in dan kemudian para tabi’ut at-tabi’in. Dan orang yang hidup pada tiga generasi itulah yang disebut sebagai salaf”.102

100 . Lihat: Syi’ar A’lam Nubala. 6/21. 101 . Lihat: Al-Ansab 3/273. 102 . Lihat: Al-Hawi 2/226.

Page 236: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

82

Dengan ini dikatakan salafi sesiapa sahaja yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh, atau dia dinamakan salafi ) س لفي( jamaknya Salafiyun ) س لفیون( atau Salafiyin

)س لفین ( berdasarkan manhaj yang diikutinya. Namun laqab (gelaran) ini bukanlah seruan untuk ta’sub (fanatik) kepada individu-individu tertentu dari kalangan mereka kecuali hanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.103

Manhaj salaf adalah manhaj orang-orang Salafi yang berpegang kepada al-Kitab dan as-Sunnah serta meninggalkan bid’ah. Setiap salafi yang benar-benar faham dan kenal akan manhajnya, dia tidak akan terpengaruh dengan bid’ah, aktiviti bid’ah dan ahli bid’ah walaupun ahli bid’ah tersebut kelihatan hebat, berkarisma, gayanya seperti ulama yang memiliki berbagai-bagai ilmu dan berlagak seperti seorang tokoh.

Sebenarnya Allah membiarkan para ahli bid’ah

sesat berdasarkan bid’ahnya yang mereka balut dengan nama agama, ilmu dan karisma berpidato. Allah berfirman tentang penipuan mereka:

.واضلھ اهللا على علم

103 . Lihat: Fatawa. 3/346. Ibnu Taimiyah.

Page 237: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

83

“Dan Allah membiarkan dia sesat atas ilmuNya”.104 “Maksud dia sesat berdasarkan ilmuNya iaitu: Ilmu (bid’ah) yang telah disesatkan oleh Allah”.105

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam

telah berwasiat kepada umatnya agar berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah agar tidak sesat, tidak syirik atau tidak berlaku bid’ah. Baginda bersabda:

ترك ت ف یكم ش یئین ل ن تض لوا بع دھما كت اب اهللا

وسنتي “Aku tinggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang sama sekali tidak akan sesat (selepas bepegang) kepadanya iaitu: Kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku (al-Hadis yang sahih)”.106

Dalam hadis yang lain Rasulullah sallallahu

‘alaihi wa-sallam berwasiat agar (berittiba’) mengikuti manhaj salaf. Baginda melarang bertaqlid buta dengan

104 . Al-Jasiyah. 23. 105 . Lihat: اض واء عل ى كت ب الس لف ف ى العقی دة Dr. Rabin bin Hadi Umair al- Madkhali. 106 . Lihat: Hadis disahihkan oleh al-Albani dalam Al-Jami’.

Page 238: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

84

manhajnya ahli bid’ah. Semasa berwasiat, kesungguhan tergambar di wajah baginda sehingga merubah suasana, menggegarkan hati dan mengalirkan air mata para sahabat. Ini menunjukkan peri-pentingnya kembali kepada sunnah yang menjadi dasar manhaj salaf yang diwasiatkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

اوصیكم بتقوى اهللا عز وجل ، والسمع والطاعة ، وان ولى علیكم عبد حبشي ، وانھ من یع ش م نكم من بعدي فسیرى اختالف ا كثی را ، فعل یكم بس نتى ،

ن المھ دیین م ن بع دي ، وس نة الخلف اء الراش دی تمس كوا بھ ا ، وعض وا علیھ ا بالنواج ذ ، وای اكم ومح دثات االم ور، ف ان ك ل محدث ة بدع ة ، وك ل

وك ل ض اللة ف ى : وف ى روای ة (بدع ة ض اللة ، ).النار

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan. Kami berkata: Wahai Rasulullah, seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami! Baginda bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat

Page 239: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

85

walaupun yang memimpin adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat. (Dan dalam riwayat: Setiap yang sesat di neraka".107

Antara contoh seorang ulama salafi yang terbilang ialah penamaan (jolokan) yang diberikan oleh al-Hafiz az-Zahabi rahimahullah terhadap Imam Daruqutni rahimahullah. Beliau berkata:

“Orang ini (Daruqutni) tidak pernah melibatkan dari dalam ilmu kalam dan perdebatan selama-lamanya, tidak pernah mendalaminya walaupun dia seorang Salafi”.108

107. H/R Ahmad 4/126-127. Abu Daud 5/13. Turmizi dalam syarah Tuhfatul Ahwazi 7/438. Ibn Majah 1/15 dalam Muqadimah. Al-Hakim dalam Kitabul Ilmi 1/95-97. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah As-Sahihah 2/647. 108. Syi’ar A’lam Nubala 16/457.

Page 240: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

86

APA ITU SALAFIYAH?

Pengertian salafiyah ialah: Manhaj (metodologi), mazhab atau jalan iaitu: “Manhaj yang diikuti atau dipegang oleh orang-orang salaf”. Atau “Metodologi pemahaman Salaf as-Soleh terhadap al-Quran dan as-Sunnah”.109 Sama ada di segi akidah (keimanan), ibadah, fikah (pemahaman), tarbiyah (pendidikan), tasfiyah (pembersihan akidah dari kesyirikan dan ibadah dari bid’ah), akhlak, muamalah, siyasah (politik), hukum-ahkam dan sebagainya.

Salafiyah bukan hizbiyah (kelompok atau golongan yang menyimpang dari dasar al-Quran, as-Sunnah, athar dan ijmak ulama muktabar). Salafiyah adalah golongan yang mengharamkan orang-orang dari berpecah-belah. Hizbiyah pula adalah golongan yang diancam keras oleh

109 . Lihat: Majalah as-Solah. No. 9. Hlm. 86. Penjelasan al-Albani.

Page 241: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

87

Allah kerana mereka penyebab perpecahan dan fitnah. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

كل حزب بما لدیھم فرحون “Tiap-tiap hizib (golongan) merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”.110

Tambahan pula Islam hanya mengizinkan satu hizbiyah iaitu hizib yang berdasarkan kepada berbagai penamaan jamaah yang dinamakan oleh Rasulullah di dalam hadis-hadis baginda. Ia dikenal dengan nama As-Sawadul A’zam, Al-Guraba, Ahli Ittiba’, Firqatun-Najiyah atau At-Taifah Al-Mansurah. Penisbatan seseorang kepada nama-nama ini sama seperti penisbatan kepada Salaf as-Soleh. Kesemua nama-nama ini penentuannya datang dari Rasulullah yang bermakna satu hizbiyah tetapi berlainan nama kerana tidak ada berbilang hizbiyah di dalam Islam berdasarkan firman Allah:

اال ان حزب اهللا ھم المفلحون

“Ketahuilah! bahawa sesungguhnya hizib (golongan) Allah itulah golongan yang beruntung”.111

110 . Ar-Rum, 30:32. 111 . Al-Mujadalah, 58:22.

Page 242: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

88

Penisbatan kepada selain Salaf as-Soleh hanya ada dua kemungkinan iaitu nisbah kepada peribadi yang tidak maksum atau nisbah kepada kumpulan (firqah) yang membawa kepada salah satu daripada 72 firqah perpecahan. Ia digambarkan oleh hadis-hadis sahih bahawa kesemua firqah perpecahan tersebut akan ke neraka. Baginda bersabda:

ترقن امتي على ث الث والذي نفس محمد بیده ، لتفوسبعین فرقة واحدة فى الجنة ، وثنت ان وس بعون

.الجماعة: من ھم ؟ قال : فى النار قیل “Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka! Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Al-Jamaah”.112

Al-Jamaah yang dimaksudkan oleh hadis ini adalah para Salaf as-Soleh dan mereka-mereka yang kembali mengikut manhaj para Salaf. Inilah maksud dan hakikat yang termuat di dalam sabda baginda:

112 . H/R Ibn Majah 2/1322. Disahihkan oleh al-Haitami dalam Az- Zawaid. Disahihkan juga oleh al-Iraqi dalam Talkhis al-Ihya.

Page 243: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

89

ما انا علیھ واصحابي

“Bermaksud: Yang (mengikut manhaj) aku dan para sahabatku (Atau sesiapa yang seperti aku dan para sahabatku)”.113

Kitab Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah memberi peringatan agar menjauhi manhaj golongan orang-orang yang syirik, kufur, sesat, bid’ah, yang terdedah dengan syubhat, fasad dan kefasikan. Mereka itu adalah orang-orang yang telah terkeluar dari manhaj Salaf as-Soleh kerana melewati batas. Allah berfirman:

ب ع ھ واه وال تط ع م ن اغفلن ا قلب ھ ع ن ذكرن ا وات

.وكان امره فرطا “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”.114

113 . Lihat: Tuhfatul Ahwazi. 7/399-340. Berkata Tirmizi: Hadis hasan dan gharib. 114 . Al-Kahfi. 18:28.

Page 244: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

90

LAQAB SALAF DIMULAI DARI KALANGAN SAHABAT

Menurut penjelasan dari hadis-hadis yang lalu,

bahawa laqab (penamaan atau gelaran) Salaf as-Soleh ia dimulai dari para sahabat, kemudian barulah dilaqabkan kepada para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in dan seterusnya setiap muslim yang berittiba’ kepada mereka.

Oleh yang demikian sesiapa yang menyerupai dan

berada di dalam manhaj para sahabat maka dia adalah tergolong sebagai salafi tanpa khilaf. Atau Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Yang lebih jelas dan ketara, as-Salafiyah ialah

dinasabkan kepada as-Salaf. Iaitu penasaban yang sama sekali tidak akan pernah terputus walau seketika dari umat Islam, sejak terbentuknya manhaj Nabawiyah maka ia berterusan dan dikembangkan oleh Rasulullah sehinggalah meliputi keseluruhan kaum muslimin yang mengikut generasi pertama, termasuklah sesiapa yang mencontohi mereka dalam bertalaqi (berguru) untuk memperolehi ilmu menuju jalan memahaminya, melaksanakan dakwah

Page 245: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

91

kepadanya, malah wajib memahami bahawa mengikuti jalannya adalah sewajarnya berterusan sepanjang hayat.115

Cara untuk berterusan di atas manhaj Salaf ialah

dengan memberi perhatian kepada athar-athar Salaf yang dipelihara oleh para a’immah (para imam-imam besar dan ulama Salaf as-Soleh) yang masyhur, sama ada kalangan ulama hadis, akidah atau tafsir, seperti athar Khalifa ar-Rasyidin, Ibn Abbas, Ibn Masoud, Abu Hurairah, Abu Musa al-Asy’ari, Aisyah, Ibnu Umar dan selain mereka dari kalangan para sahabat. Kemudian selepas mereka seperti Abul ‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Al-Hasan al-Basri, Umar bin Abdulaziz, al-Auzaii dan selain mereka seperti Imam syafie, Maliki, Hanafi, Hambali, Ibn Taimiyah, Ibn Qaiyim, Muhammad bin Abdul Wahab dan yang lain-lain-lainnya. Mereka semuanya itu, amat menentang manhaj Ahli Ahwa dan Ahli Bid’ah.

115 . Lihat: حكم االنتماء hlm. 31.

Page 246: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

92

MANHAJ SALAF

Para salafi (salafiyun) adalah orang yang mengikut manhaj salaf (salafiyah) sebagimana yang telah dijelaskan. Manhaj salaf hanyalah berpandukan kepada al-Quran, al-Hadis (as-Sunnah), athar dan mengikut kesepakatan (ijmak) para ulama muktabar. Iaitu mengikut cara memahami perkara-perkara tersebut menurut sebagaimana pemahaman para sahabat dan mereka-mereka yang berpegang dengan manhaj para sahabat hinggalah ke Hari Kiamat. Ciri mereka yang jelas ialah mereka sentiasa mentaati Allah dan RasulNya dalam berittiba' kepada wahyu sebagaimana firman Allah:

واتبعوا احسن ما انزل الیكم من ربك م م ن قب ل ان .یاتیكم العذاب بغتة وانتم التشعرون

"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya".116

116 . Az-Zumar, 39:55.

Page 247: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

93

Maksud ) احسن ما ان زل( : “Sebaik-baik apa yang telah diturunkan” ialah “al-Quran”. Al-Quran hanya dipenuhi oleh perkara-perkara yang terbaik.117 Wajib mengikut manhaj para sahabat lantaran mereka “mengikut sebaik-baik apa yang telah diturunkan” kepada mereka dan mereka adalah sebenar-benar Salaf as-Soleh, manusia yang paling baik, mulia dan sempurna kerana berittiba’ kepada al-Quran sebagaimana yang juga telah dijelaskan di surah Ali Imran 3:110.

Banyak dalil dan fatwa para ulama muktabar mewajibkan agar bermanhaj salaf kerana ia landasan

)ص راط ( yang dilalui oleh para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in. Firman Allah:

وان ھ ذا ص راطي مس تقیما ف اتبعوه وال تتبع وا السبل فتفرق بكم عن سبیلھ ذلكم وصاكم بھ لعلكم

.تتقون "Bahawasanya ini adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia, jangan kamu mengikuti jalan-jalan kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu

117. Lihat: Tafsir al-Qurtubi,15/270. Tafsir at-Tabari, 13/23.

Page 248: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

94

diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa". 118

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menggariskan untuk menggambarkan dan memperjelas maksud firman Allah di atas:

خ ط لن ا رس ول اهللا : ع ن عب د اهللا ب ن مس عود ق ال

ھذا سبیل : صلى اهللا علیھ وسلم یوما خطا ثم قال اهللا ، وخط خطوطا عن یمینھ وعن ش مالھ ث م ق ال

وان : ا الیھ ، ثم تال ھذه سبل منھا شیطان یدعو: ھ ذا ص راطي مس تقیما ف اتبعوه وال تتبع وا الس بل فتف رق بك م ع ن س بیلھ ذلك م وص اكم ب ھ لعلك م

.تتقون "Pada suatu ketika Rasulullah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut. Kemudian membacakan ayat: Sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka

118. Al-An’am, 6:153.

Page 249: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

95

ikutilah jalan tersebut dan janganlah ikuti jalan-jalan kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa".119

Berkata Mujahid rahimahullah: Subul س بل“Jalan-Jalan” bermaksud: “Bid’ah-bid’ah dan Syubhat-syubahat”.120

Para Salaf as-Soleh meyakini bahawa:

لیس لھم متبوع یتعصبون لھ اال رس ول اهللا ص لى

.اهللا علیھ وسلم “Tidak ada bagi mereka ikutan (ittiba’) yang diikuti dengan sungguh-sungguh kecuali (berittiba’) kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.121

Segala hujjah dan definisi di atas ini menjelaskan bahawa tidak boleh ta’sub, taqlid dan berittiba’ (taat, ikut, patuh dan berpegang kuat) kecuali kepada wahyu yang 119. H/R Ahmad "Musnad" 1/ 435. Al-Hakim "al-Mustadrak" 2/318. Ibn Abi 'Asim (17) As-Sunnah" Hlm. 13. 120 . Lihat: السنن والمبتدعات Hlm. 5. Muhammad Abdussalam. 121 . Lihat: Majmu’ al-Fatawa. 3/347. Ibnu Taimiyah.

Page 250: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

96

telah disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

MANHAJ RABBANI

Manhaj Salaf as-Soleh adalah manhaj Rabbani. Ini amat jelas kerana para Salaf as-Soleh sentiasa merujuk dan berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis sahih yang berupa wahyu dari Rabb pencipta sekalian alam. Antara

Page 251: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

97

bukti yang jelas ialah para Salaf as-Soleh apabila berikhtilaf atau berselisih agar tidak berpecah-belah maka mereka segera kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Amalan ini memenuhi tuntutan al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

وماختلفتم فیھ من شيء فحكمھ الى اهللا

“Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah”.122

Setiap orang beriman yang sedar dan berilmu, ia akan sentiasa meminta kepada Allah Ta’ala agar menjadi golongan salafi. Ini dilakukan juga secara tidak langsung setiap kali bersolat kerana setiap insan yang bersolat sentiasa berdoa (meminta) agar ditunjukki jalan yang hak, atau ص راط المس تقیم “jalan yang lurus” iaitu jalan, mazhab atau lebih dikenali sebagai manhaj Salaf as-Soleh sebagaimana firman Allah:

اھدناالصراط المستقیم صراط الذین انعمت

علیھم

122 . Asy-Syura, 42:10.

Page 252: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

98

“Tunjukkilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka”.123

Maksud: “Jalan orang-orang yang telah Engkau

anugerahkan nikmat” ialah jalan (manhaj) para syuhada, siddiqin dan solehin yang terhindar dari jalan-jalan yang disesatkan oleh syaitan. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

صلى اهللا علیھ وسلم خطا مس تقیما خط رسول اهللا

، وخ ط خطوط ا ع ن الیم ین وع ن الش مال ث م ت ال ثم وضع ی ده ) وان ھذا صراطي مستقیما(قول اهللا

بیل اهللا ھ ذا س : على الخط األوسط المستقیم وق ال ، وھ ذه س بل عل ى ك ل س بیل منھ ا ش یطان ی دعو

. الیھ “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menggaris garisan lurus dengan tangannya lalu menggaris garis-garis di sebelah kanan dan kiri kemudian membaca ayat: (Inilah jalanKu yang lurus)124 kemudian meletakkan tangannya di atas jalan yang

123. Al-Fatihah, 1:6-7. 124 . Al-An’am, 153.

Page 253: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

99

lurus dan bersabda: Inilah jalan Allah. Dan yang ini adalah jalan-jalan, tiada satu jalanpun melainkan di atasnya ada syaitan yang menyeru kepadanya”.125

Sedarkah kita bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi

wa-sallam hanya menggariskan satu garisan yang diwajibkan kita mengikutinya. Itulah satu-satunya jalan yang wajib kita titi sehingga tidak boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Titian tersebut dijelaskan oleh para ulama tafsir sebagi jalan, mazhab atau manhaj para sahabat yang menjadi salaf kita sekalian. Ingatlah, pada ayat yang juga merangkumi hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam di atas, terdapat perintah Allah yang memerintahkan agar kita hanya mengikuti satu jalan yang lurus iaitu masuk ke dalam golongan (manhaj) siddiqin kerana para salaf terutamanya para sahabat keseluruhannya adalah golongan orang-orang yang siddiqin! Allah memerintahkan di dalam firmanNya:

وكنوا مع الصادقین “Dan hendaklah kamu berserta (menjadi) orang-orang yang benar (siddiq)”.126

125 . H/R Nasaii, Darimi. Al-Albani mengatakan: Sanadnya Hasan. 126 . At-Taubah, 9:119.

Page 254: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

100

Yang termasuk dalam golongan syuhada, solehin dan siddiqin ini terutamanya ialah para sahabat yang menjadi salaf kita dalam menempuh jalan yang lurus. Dengan ini menurut Ibn Taimiyah, bermanhaj Salaf adalah wajib kerana telah diwajibkan oleh Allah dan diisyaratkan juga oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam sabda baginda:

"Yang sepertiku (yang seperti manhaj baginda) dan para sahabatku (manhaj para sahabat baginda)".

Ibn Taimiyah juga menjelaskan:

ال عیب على من اظھر مذھب السلف ، وانتسب الیھ ، واعتزى الیھ ، بل یج ب قب ول ذل ك من ھ باالتف اق ،

فان مذھب السلف الیكون االحقا "Tidak akan menjadi aib (kekurangan) bagi seseorang mengakui sebagai bermazhab (bermanhaj) salaf, menasabkan dirinya kepada salaf dan berbangga dengan salaf. Malah wajib menerima mazhab (manhaj) salaf sebagaimana yang telah disepakati. Sesungguhnya mahzab salaf

Page 255: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

101

tidak lain hanyalah mazhab yang sebenarnya (manhaj yang hak)".127

Ibnu Hajar al-Qatari rahimahullah pula berkata:

ماك ان علی ھ الص حابة : ف المراد بم ذھب الس لف الك رام رض وان اهللا عل یھم ، والت ابعون لھ م

.باحسان الى یوم الدین واتباعھم "Apa yang dimaksudkan sebagai mazhab (manhaj) salaf ialah sebagaimana yang telah diikuti oleh para sahabat yang mulia, yang mana mereka sekalian telah diredai oleh Allah. Begitu juga para tabi’in yang mengikuti mereka dengan baik yang mengikuti mereka sekalian sehinggalah ke Hari ad-Din".128

Mahmud Muhammad Khufaji telah menjelaskan tentang penentuan manhaj Salaf as-Soleh dan siapa dia yang digelar salafi:

ولیس ھذا التحدید الزمني كافیا فى ذلك ، ب ل الب د ان یضاف ال ى ھ ذا الس بق الزمن ي موافق ة ال راي

127. Lihat: مجموعة الفتاوى Jld. 4. Hlm. 149. Ibn Taimiyah. 128 . Lihat: العقائد السلفیة Ibnu Hajar al-Qatari.

Page 256: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

102

للكتاب والس نة ، نص ا وروح ا ، فم ن خ الف رای ھ ان ع اش ب ین الكت اب والس نة فل یس بس لفى ، و

.اظھر الصحابة والتابعي التابعین "Bukanlah penentuan zaman sudah memadai dalam perkara ini (menentukan seseorang itu salafi) tetapi di samping penentuan zaman (para sahabat) yang berlalu zamannya maka perlulah ada kesepakatan pandangan mereka dengan al-Kitab dan as-Sunnah jika tidak maka dia tidak boleh dinamakan salafi sekalipun ia hidup di tengah-tengah para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in".129

Nasruddin al-Albani rahimahullah berkata: “Manhaj Salaf adalah ajaran yang suci dan bersih dari segala kesan tradisi (jahiliyah pent.) masa lalu dan bersih dari peninggalan-peninggalan berbagai-bagai fahaman. Segala kesempurnaan dan kesyumulannya berdasarkan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah”.130

129. Lihat: العقیدة االسالمیة بین السلفیة والمعتزلة تحلیل ونقد Juz. 1/20-21. Mahmud al-Khufaji. 130 . Limaza Khartu al-Manhaj as-Salaf. Hlm.34.

Page 257: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

103

PENGGUNAAN

KALIMAH SALAF

Terdapat beratus-ratus kitab yang dihasilkan oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dalam berbagai-bagai bidang keilmuan. Di dalam kitab-kitab tersebut didapati amat banyak sebutan menggunakan istilah atau kalimah seperti: Salaf, Salaf as-Soleh, Generasi salaf atau Salaful Ummah. Sama ada di dalam kitab-kitab tafsir, syarah hadis, fikah (termasuk dalam fikah Hanafi, Maliki, Syafie dan hambali), malah paling banyak disebut sehingga beratus-ratus kali di dalam kitab-kitab akidah. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan bagi sesiapa yang mampu mengkaji kalimah ini di kitab-kitab turath (kitab-kitab hasil tulisan para ulama terdahulu).

Page 258: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

104

Malah para ulama terdahulu telah menggunakan

kalimah salaf atau istilah ini untuk memerangi bid’ah, ahli bid’ah dan para aktivisnya. Ia diungkapkan dalam kata-kata yang masyhur:

#وكل خیر فى اتباع من سلف وك ل ش ر ف ى اتب اع م ن

خلف “Dan setiap kebaikan adalah dalam mengikuti orang-orang salaf. Dan setiap kekejian adalah dalam bid’ahnya orang-orang khalaf (orang-orang setelah zaman salaf)”.

Imam al-Auza’i rahimahullah secara tegas

memerintahkan kepada kita sekalian agar kembali kepada pegangan para Salaf as-Soleh. Beliau berkata:

علیك باث ار م ن س لف وان رفض ك الن اس ، وای اك .جال وان زخرفوھا لك باالقوالواراء الر

“Hendaklah kamu berpegang dengan athar-athar orang-orang salaf walaupun semua manusia mengusir (menolak) kamu. Dan jauhilah oleh kamu pendapat-pendapat orang walaupun mereka

Page 259: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

105

menghiasinya dengan ucapan-ucapan (yang indah)”. 131

اصبر نفسك على السنة ، وقف حیث وقف القوم ، وق ل بم ا ق الوا ، وك ف عم ا كف وا عن ھ ، واس لك

.سبیل سلفك الصالح فانھ یسعك ما وسعھم “Bersabarlah kamu dalam mengikuti sunnah. Berhentilah dari (melakukan suatu perbuatan) sebagaimana kaum (Salaf as-Soleh) berhenti dari melakukannya. Berkatalah sesuai dengan apa yang mereka (para Salaf as-Soleh) katakan. Tahanlah dirimu daripadanya. Berjalanlah di atas jalan Salaf as-Soleh kerana sesungguhnya ia akan memberi kelapangan kepada kamu”.132

131 . Lihat: ذم التأوی ل Tahqiq Badr al-Abdr. Hlm. 277. Hadis Sahih, Dikeluarkan oleh al-Khatib dalanm Syarah Ashabul Hadis hlm. 70. Al-Ajurr dalam Syariah 57. Dan Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ul Bayanil Ilm wa-Fadhlihi. 2/114. Lihat: Syarah Lum’atul Iktiqad. Hlm. 42. Syeikh Uthaimin. Tahqiq Asyraf bin Abdul Maqsud. 132. Dikeluarkan: Al-Lalikaii, Baihaqi dan al-Ajuri dengan sanad sahih.

Page 260: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

106

MENGENALI MANHAJ SALAF

Untuk mengenal manhaj Salaf as-Soleh secara mudah, ia dapat diringkaskan kepada beberapa bahagian:

Pertama: Manhaj Salaf dikenali juga sebagai manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Salafiyah. Manhaj salaf hanya memberi penumpuan kepada al-Quran dan as-Sunnah kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh al-Kitab ini. Firman Allah:

ما فرطنا فى الكتاب من شيء “Tidaklah Kami lupa (tertinggal) suatu apapun di dalam al-Kitab (al-Quran)”.133

133 . Al-An’am, 6:38.

Page 261: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

107

Manhaj ini berbeza dengan aliran bid’ah seperti Tariqat Sufi, Mu’tazilah, Ahli Kalam, Asy’ariyah dan yang seumpamanya. Salafi dan salafiyah hanya mementingkan al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat. Golongan bid’ah pula mencampur-adukkan al-Quran dan as-Sunnah melalui pertimbangan akal atau hawa nafsu. Jika terdapat dalil yang bertentangan dengan akal, mereka menolak dalil tersebut untuk mempertahankan akal. Mereka digelar ‘Aklaniyun “Penyembah Atau Pemuja Akal” , Ahlu al-Ahwa “Penyembah Atau Pemuja Hawa Nafsu dan Mubtadi’ “Ahli Bid’ah”. Kedua: Manhaj Salaf as-Soleh hanya menggunakan istilah-istilah dari syara ) الش رعیة ( apabila menjelaskan persoalan akidah dan syariat sama ada untuk menerangkan atau membantah. Ketiga: Manhaj Salaf tidak menggunakan pentakfiran (menghukum kafir), tabdi’ (menghukum bid’ah), tadhlil (menghukum sesat) dan tafsik (menghukum fasik) menangani persoalan akidah namun memberi ruang luas di segi fikhiyah.

Page 262: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

108

Keempat: Membentangkan persoalan akidah dengan uslub (metode) dan bahasa yang mudah sehingga tidak ada perkara yang tersembunyi. Kelima: Menyelesaikan setiap persoalan dengan contoh yang sederhana, kalimah yang ringkas dan mudah yang dirujukkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Keenam: Mematuhi setiap nas al-Quran atau as-Sunnah, tidak keluar dari makna al-Quran melalui Bangsa Arab. Hanya Bangsa Arab yang benar-benar memahami bahasa mereka dan dalil-dalil qat’ie dari al-Quran dan hadis yang semuanya berbahasa Arab tulin. Oleh kerana kefasihan dan tidak terdapat kesalahan mereka berbahasa Arab maka tidak ditemui ilmu nahu, saraf, balagah dan ilmu-ilmu alat dimasa mereka.

Ibn Taimiyah menekankan kepada setiap orang yang beriman agar bermanhaj salaf dan mempertahankan manhaj Salaf. Beliau menjelaskan siapa sebenarnya Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh:

ان اھ ل الس نة ھ م ال ذین المتمس كون بكت اب اهللا ، وم ا اتف ق وسنة رسول اهللا صلى اهللا علیھ وس لم

Page 263: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

109

علیھ السابقون االول ون م ن المھ اجرین واالنص ار والذین اتبعوھم باحسان

"Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan apa yang disepakati oleh orang-orang pendahulu yang awal (salaf), terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik".134

Seterusnya beliau berkata:

ھ ل فمن قال بالكت اب والس نة واالجم اع ك ان م ن ا

السنة والجماعة"Maka sesiapa yang berkata-kata berdasarkan al-Kitab, as-Sunnah serta ijmak, ia adalah tergolong dalam golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah".135

Telah berkata Ibnu Abbas sebagaimana yang

diucapkan juga oleh Imam Malik dinukil dari Mujahid:

134. Lihat: وىمجموعة الفتا 3/375. Ibn Taimiyah. 135. Ibid. Hlm. 346.

Page 264: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

110

كل الناس یؤخ ذ من ھ ویؤخ ذ علی ھ اال ص احب ھ ذا القبر

“Setiap manusia boleh diambil perkataannya dan boleh ditolak kecuali penghuni kubur ini (seraya menunjukkan kubur Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam)”.136

BAHAGIAN KEDUA

136. Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Masail Imam Ahmad hlm. 276. Disebut oleh Taqiyuddin as-Subky dalam Al-Fatawiy 1/148. Ibnu Abdil Baar. Lihat Jami’ul Bayanil Ilmu wa-Fadhlihi. 1/145

Page 265: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

111

(2)

AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

Pengistilahan atau laqab “Ahli Sunnah wal-

Jamaah” bermula pada akhir zaman sahabat. Ada yang menyatakan ia bermula apabila timbulnya zaman fitnah terutama fitnah yang berlaku antara Ali dan Mu’awiyah radiallahu ‘anhuma. Dimana setelah munculnya golongan ahli bid’ah seperti Khawarij, Rafidhah137 atau

137. Berkata Imam Syafie: Aku tidak pernah mendapati seseorangpun dari Ahli Bid’ah yang sangat pembohong di dalam pengakuannya dan dalam saksi palsunya selain dari Rafidhah. Lihat: Al-Ibanatul Kubra 2/545.

Page 266: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

112

Syiah,138 Jahmiyah,139 Qadariyah dan sebagainya, yang mana mereka terkenal dengan bid’ah-bid’ahnya dan banyak perselisihannya dalam persoalan hadis dan makna-makna al-Quran. Untuk membezakan antara golongan yang sunnah dan bid’ah maka para ulama hadis menentukan siapa Ahli Sunnah dan siapa Ahli Bid’ah agar mudah dan hanya diambil sanad atau matan sesebuah hadis dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sahaja.

Berkata Ibn Hazam rahimahullah:

“Ahli Sunnah yang kami nyatakan, mereka adalah Ahli Hak dan selain mereka adalah Ahli Bid’ah. (Ahli Hak) adalah para sahabat radiallahu ‘anhum serta sesiapa yang mengikut jalan mereka, terutamanya para tabi’in rahmatullah ‘alaihim. Kemudian Ashabul Hadis dan sesiapa yang

138. Adapun golongan Syiah dianggap ahli bid’ah kerana mereka ghulu (keterlaluan fanatiknya) kepada mereka yang dianggap imam oleh mereka. (1). Berkata Alqamah: Sesungguhnya Syiah ghulu terhadap Ali sebagaimana Nasrani ghulu terhadap Isa bin Maryam. Lihat: As-Sunnah 2/548. (2). Amir Asy-Sya’bi berkata: Aku tidak pernah mendapati suatu kaum yang sangat dungu (bebal) dari Syiah. Lihat: Minhajus Sunnah. 1/22. Ibn Taimiyah. 139. Qadhi Abi Yusuf berkata: Aku tidak sudi solat di belakang Jahmiyu, Rafidhi dan Qadari. Lihat: Syarah Usul Iktiqad Ahlu Sunnah 4/733. Al-Lalikaii. Berkata: Muhammad bin Yusuf al-Firaby: Aku tidak melihat Rafidhah dan Jahmiyah melainkan mereka adalah orang-orang zindiq. Lihat: Syarah Usul Iktiqad Ahlus Sunah. Al-Lalikaii.

Page 267: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

113

mengikut mereka dari kalangan fukaha (Ahli Fikah) dari satu generasi ke satu generasi berikutnya sehinggalah ke hari ini. Begitu juga sesiapa yang mencontohi mereka dari kalangan orang-orang awam sama ada di timur atau di barat”.140 Imam Ahmad rahimahullah berkata:

من یعتقد مذھب اھل : اھل السنة والجماعة .الحدیث

“Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Sesiapa sahaja yang berpegang dengan mazhab Ahli Hadis”.141

Imam al-Bukhari rahimahullah mengkhususkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah Ahli Ilmu.142

Berkata pula Imam Ahmad rahimahullah:

ان لم یكونوا اھل الحدیث فال ادري من ھم

140 . Lihat: Al-Fasl. 2/113. Ibnu Hazam. 141 . Lihat: Syarah Muslim. 13/66. An-Nawawi. 142 . Ibid.

Page 268: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

114

“Jika sekiranya mereka (Ahli Sunnah wal-Jamaah) bukan kalangan Ahli Hadis, aku tidak tahu siapa mereka?”.

Ada yang menyatakan bahawa mula munculnya

istilah Ahli Sunnah wal-Jamaah apabila lahir golongan ahli bid’ah. Dengan bersandar kepada hadis-hadis dan athar maka bermula seruan agar bersatu dalam satu jamaah dengan berpegang kepada sunnah, diperingat dari pertelingkahan dalam agama dan sama sekali tidak melakukan bid’ah dalam agama.143 Seruan ini diperkuat dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

فانھ من فارق الجماعة شبرا فمات اال مات میتة

.جاھلیة “Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jamaah kadar sejengkal maka ia mati, tidaklah kematiannya itu kecuali ia mati secara jahiliyah”.144

Akhirnya julukan Ahli Sunnah wal-Jamaah

diberikan kepada sesiapa sahaja yang kembali kepada al- 143 . Lihat Ibn Taimiyah wa-Tasawuf. Hlm. 8. Dr. Mustafa Helmi. Catakan 1982. Mesir. 144 . H/R Bukhari 5/12. Kitab al-Fitan. No. 7054.

Page 269: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

115

Quran, Sunnah dan ijmak ulama yang dikenali kebenaran pegangan dan pendiriannya. Terutama mereka yang jelas berpegang dengan akidah yang dinukil dari para Salaf as-Soleh rahimahumullah yang diterima langsung dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dari para sahabat radiallahu ‘anhum.145 Kerana kita diperintah untuk mencontohi athar mereka (para sahabat) dan berittiba’ kepada sunnah mereka.146

Namun gelaran ini diutamakan kepada sesiapa sahaja yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh secara umum, yang sentiasa menentang ahli bid’ah di manapun mereka berada, pada bila-bila masa dan ketika sehinggalah keakhir zaman.

145 . Lihat: الرد على من انكر الحرف والصوت hlm. 99. Abi Nasr. 146 . Ibid.

Page 270: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

116

ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

Istilah “Ahli Sunnah wal-Jamaah” terdiri dari tiga

kalimah iaitu: Ahli, Sunnah dan Al-Jamaah.

“Ahli” mengikut bahasa bermaksud: 1. "Pakar, Yang Berilmu, Yang Ahli atau Yang

Pandai" sebagaimana firman Allah:

.فسئلوا اھل الذكر ان كنتم ال تعلمون

Page 271: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

117

"Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui".147

2. "Pengikut, Anggota Satu-Satu Fahaman Atau

Kumpulan”, sebagaimana firman Allah:

لم تكفرون بایات اهللا یا اھل الكتاب "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya!". 148

وامر اھلك بالصالة واصطبر علیھا

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya".149

Antara contoh yang lain ialah:

147 . Al-Anbiya, 21:7. 148 . Ali-Imran, 3:70. 149 . Taha, 20:132

Page 272: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

118

“Ahli Pertubuhan, Ahli Parlimen, Ahli Mazhab, Ahli Sukan” dan sebagainya.

PENGERTIAN SUNNAH

1. Menurut istilah, kalimah sunnah ialah berasal dari: “Sanna - 150.”س ن Sunnah menurut bahasa ialah: At-Tariqah )الطریقة( “Jalan atau cara” 151

Disebut juga نھجھ: سننھ - سننھ – iaitu manhajnya.152 س ننھ Atau sunnah bermaksud sirah )السیرة( "Sirah".153 Disebut dalam kamus “Lisanul Arab” sebagai berikut:

150 . Lihat: 3/60 معجم مقاییس اللغة. 151. Lihat: سنن(مادة -لسان العرب( 13/226. 152 . Ibid. 153. Lihat: (1). مختار الصحاح Hlm. 133. ar-Razi. (2). Inilah takrif yang diberikan oleh Ibn Athir dalam النھایة

) سنن: (فى غریب الحدیث قى مادة Jld. 2. Hlm. 409.

Page 273: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

119

.یقھ ، محمودة كانت ام مذمومةالسنة ھي الطر “As-Sunnah: Jalan, sama ada yang terpuji (baik) atau yang keji (buruk)”.154

2. Sunnah menurut syara:

"Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda tentang akidah dan amal". 155 Atau: "Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang dibina (diambil) dari kitab Allah Ta'ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh mereka".156 Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:

154. Lihat: سنن(مادة -لسان العرب( 155. Lihat: لمعة االعتقاد الى سبیل الرشاد Hlm. 40. Al-Uthaimin. 156. Lihat: االش اعرة ف ى توحی د اهللا تع الى اھ ل الس نة والجماع ة وم نھج Juz. 1/21. Khalid Abdul Latif.

Page 274: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

120

السنة ھي ما قام الدلیل الشرعي علیھ

“As-Sunnah ialah: Apa yang telah ditegakkan dalil syari di atasnya”.157

3. Menurut ulama usuluddin (akidah): “Sunnah ialah hidayah (petunjuk) yang telah ditunjuk ajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda, sama ada yang berupa ilmu, iktiqad (kepercayaan), perkataan atau perbuatan yang wajib kita ikuti. Diberi pahala orang yang mengikutinya dan berdosa orang yang menentangnya”.158

4. Sunnah secara khusus dimaksudkan apa dan siapa sahaja yang bertentangan dengan bid’ah dan Ahli

Bid’ah. Seperti Syiah, Khawarij, Jahmiyah, Mu’tazilah, Murjiah, Asya’irah dan yang seiring

dengan mereka dari kalangan Ahli Bid’ah. Mereka sama sekali tidak termasuk dalam kalangan Ahli

Sunnah.

157 . Lihat: 12/317 مجموع الفتاوى. Ibnu Taimiyah. 158 . Lihat: مباحث فى عقیدة اھل السنة hlm. 13. Dr. Nasir bin Abdulkarim al-‘Aql.

Page 275: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

121

5. Sunnah secara umum pula bermaksud: Mengikut (para pengikut) athar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-

sallam batin dan zahir. Mengikut (pengikut) jalan orang-orang yang mula-mula dan awal-awal dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Pengikut wasiat

Rasulullah yang mana baginda bersabda:

“Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat

petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda

yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”.

Dengan maksud umum dari hadis di atas ini,

bermakna bahawa al-Quran, hadis Nabi, athar-athar salaf termasuk apa yang dinamakan sunnah.

6. Yang paling penting dan utama ialah pengertian

sunnah mengikut Salaf as-Soleh. Ia dimaksudkan:

ھ ي ماك ان علی ھ النب ي ص لىاهللا علی ھ وس لم .واصحابھ اعتقادا واقتصادا ، قوال ، وعمال

“Sunnah ialah apa yang seperti Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda, sama

Page 276: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

122

ada iktiqad (akidah), iktisad, ucapan dan perbuatan (amalan)”.159 Ibnu Taimiyah rahimahullah juga berkata: “Lafaz sunnah, dimaksudkan darinya ialah sesiapa yang telah menthabitkan (menetapkan) kekhalifahan tiga Khalifah, termasuk dalam perkara tersebut ialah semua golongan kecuali ar-Rafidhah”.160 Berkata Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah:

التمسك بما كان علی ھ اص حاب : اصول السنة عندنا ث م ذك ر جمل ة . رس ول اهللا ص لى اهللا علی ھ وس لم

.عقائد السلف “Asas Sunnah menurut kami: Berpegang seperti mana yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian beliau menyebut sejumlah pegangan-pegangan Salaf”.161

159 . Lihat: جامع العلوم والحكم Hlm. 230. Abi Faraj Abdulrrahman ibnu Syahibuddin bin Ahmad bin Rejab al-Hambali al-Bagdadi. Lihat: 19/306 مجموع الفتاوى. Ibnu Taimiyah. 160 . Lihat: 2/221 منھاج السنة النبویة. Ibnu Taimiyah. 161 . Lihat: شرح اصول اعتقاد اھل السنة Hlm. 1/156 Al-Lalikaii.

Page 277: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

123

Berkata Imam Syafie rahimahullah: الق ول ف ى الس نة الت ي ان ا علیھ ا ، ورای ت اص حابنا

م ، مث ل س فیان ، علیھ ا اھ ل الح دیث ال ذین رای تھ االقرار بشھادة ان ال ال ھ اال اهللا ، : ومالك وعیرھما

وان محمدا رسول اهللا ، وان اهللا علىعرشھ وان اهللا ینزل الىالسمآء الدنیاكیف یشآء

“Perkataan sunnah yang kami di atasnya dan juga aku lihat para sahabat kami di atasnya ialah ahli hadis yang mana kami telah temui mereka dan saya ambil hadis dari mereka. Seperti Sufyan, Malik dan selain keduanya yang mana mereka berikrar dengan persaksian: Tiada tuhan yang wajib diibadahi kecuali Allah dan sesungguhnya bahawa Muhammad Rasulullah. Berikrar bahawa Allah bersemayam di atas arasyNya dan Allah turun ke langit dunia sebagaimana yang Ia kehendakinya”.162

162 . Lihat: اجتماع الجیوش االسالمیة على غزو المعطل ة والجھمی ة Hlm 59. Ibnu Qaiyim al-Jauziyah. Darul Ma’rifah.

Page 278: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

124

PENGERTIAN AL-JAMAAH

Al-Jamaah sebagai yang warid menurut pengistilahan Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Makna Jamaah di segi bahasa: Dari kata جم ع. Dikatakan: جم عالجماعة ضد Menyatukan yang berpecah-belah”. Dan“ المتفرقة Jamaah lawannya berpecah-belah”.163“ الفرقة Lafaz jamaah terdapat di beberapa hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ید اهللا مع الجماعة“Tangan Allah bersama Jamaah”.164

كلھا فى النار اال الجماعة

“Semuanya di neraka kecuali satu iaitu jamaah”.165 163. Lihat: (1). Lisan al-Arabi 8/53 )مادة جمع( . Lihat: (2). 3/157 مجموع فتاوى Ibn Taimiyah. 164. H/R Turmizi dalam Sunannya 6/334. ب اب ف ى ل زوم –كت اب الف تن الجماعة Diriwayatkan oleh Hakim dalam Mustadrak 1/115, 116 كتاب العلم

Page 279: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

125

.الجماعةكلھا فى النار اال واحدة وھي “Semuanya di neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah”.166

Al-Jamaah juga secara bahasa diambil dari kalimah

)الجمع( al-Jam’u iaitu:

Pertama: Al-Jamaah bermaksud:

(1). Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai).167 (2). Bersatu dan lawannya berpecah-belah. (3). Perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama".168

165 . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitabul Ilm. Disahihkan oleh Ibn Majah sebagaimana menurut al-Albani 2/364. Kitab al- Fitn. 166 . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm. 167. Lihat: (1). 1/20 منھج اھل السنة والجماعة. Khalid bin Abdul Latif. )حم ع : (م ادة . الق اموس المح یط .(2) Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi.

Page 280: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

126

Kedua: Golongan yang terbesar atau yang paling ramai ) الس واد االعظ م( dari kalangan umat Islam.169 Termasuk juga para ahli ilmu, imam-imam mujtahid170 dan para awliya.

Ketiga: Golongan para ulama yang mujtahid.171 Keempat: Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah satu amir (pemerintah Islam).172 Kelima: Secara khususnya ialah para sahabat Nabi Muhammad.173 Pengertian ini diambil dari sabdanya:

168. Lihat: (1) مجموعة فتاوى Jld. 3. Hlm. 157. )جمع: (مادة . المعجم الوسیط .(2) Jld. 1. Hlm. 135. 169. Lihat: H/R At-Tabari dalam "Al-Kabir" (1/320). 170 . Inilah yang diutamakan oleh Imam Bukhari, lihat dalam Sahihul Bukhari 13/316. Fathul Bari bab: وكذالك جعلناكم امة وسطا Dan lihat: Sunan at-Turmizi. 6/335. 171. (1). Ini kata-kata 'Amru bin Qais dalam 2/492 .االبانة. Ibn Battah (2). Perkataan Bukhari di dalam kitab sahihnya (13/328). (3). Turmizi dalam sunnannya (4/467). 172. Lihat: االعتصام Jld. 2. Hlm. 263. As-Syatibi. Fathul Bari 13/38. 173. Inilah yang dijelaskan oleh al-Barbahari dalam شرح السنة Hlm. 22.

Page 281: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

127

لیكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین فع المھدیین

"Hendaklah kamu kembali kepada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk".174

Keenam: Setiap mukmin yang mengikut kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad175 walaupun seorang diri sebagaimana athar sahih di bawah ini:

ھي التي ما انا علیھ واصحابي: الجماعة

“Al-Jamaah: Iaitu yang serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku”.176

Berkata Imam Syatibi rahimahullah berkaitan hadis di atas:

174. H/R Ahmad 4/162. Abu Daud 5/13. Turmizi 7/437 dan Ibn Majah 1/15. 175. Lihat: شرح السنة Hlm. 22. Al-Barbahari. 176. Lihat: 340-7/399 تحفة االحوذى. Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan gharib. Lihat: سلسلة االحادیث الصحیحة No. 203 atau 1192. Syeikh Al-Albani.

Page 282: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

128

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak menjelaskan firqah (golongan) yang berjaya kecuali menunjukkan sifat mereka. Tidak dikatakan misalnya: “Aku dan sahabat ku”. Tetapi disebut sifatnya (manhajnya), iaitu: “Apa yang ada pada aku (seperti manhaj aku) dan para sahabatku”. Tidak diragukan lagi bahawa para sahabat termasuk apa yang disifatkan oleh baginda (tentang kesempurnaan manhajnya. Pent)”. 177

Beliau meneruskan lagi: “Ini bermakna kemenangan tidak dikhususkan kepada sesiapa yang telah berlalu sebaliknya meliputi setiap yang mendatangkan (mengikut/mencontohi) sifat-sifat golongan yang berjaya sehinggalah ke Hari Kiamat”.178

177 . Lihat: 289-2/287 االعتصام. As-Syatibi. 178 . Ibid.

Page 283: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

129

Contoh Jamaah yang berjaya tentulah Jamaah Nabi dan para sahabat baginda sebagaimana disebut:

ھ ي الت ي عل ى مث ل م ا ان ا علی ھ الی وم : اع ة الجم

واصحابي “Al-Jamaah: Ia adalah yang berada di atas contoh (seperti) apa-apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya pada hari ini”.179

Berkata Abu Syamah rahimahullah:

“Setelah datang perintah agar sentiasa dalam jamaah maka yang dimaksudkan dengan jamaah ialah sentiasa komitmen (iltizam) mengikut kebenaran dan berjamaah, sekalipun yang berpegang dengan kebenaran itu sedikit dan yang menentangnya ramai. Kerana kebenaran yang sebagaimana pada jamaah pertama dari golongan para nabi dan para sahabat tidak pernah terkesan walaupun melihat kepada banyaknya ahli batil semasa atau selepas mereka”.180

179 . As-Sahihah No. 203 dan 1492. 180 . Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 22. Abu Syamah. Tahqiq Uthman Ahmad ‘Ambar. Cetakan pertama Mesir.

Page 284: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

130

Kenyataan Abu Syamah amat bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh Ibn Masoud radiallahu ‘anhu:

ان جمھور الناس فارقوا الجماعة ،وان الجماع ة

.ما وافق الحق وان كنت وحدك "Sesungguhnya kebanyakan manusia akan meninggalkan Jamaah, sesungguhnya Al-Jamaah ialah apabila mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan)."181

Berkata Abu Syamah rahimahullah:

“Apabila telah datang perintah agar komitmen kepada al-Jamaah, yang dimaksudkan dengannya ialah beriltizam pada al-Hak (kebenaran) dan mengikutinya, walaupun yang berpegang kepada kebenaran amat sedikit, yang meninggalkannya amat banyak. Kerana kebenaran yang berada bersama pada Jamaah yang pertama bersama Nabi

181. Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali. الحوادث والبدع Hlm. 22. Abu Syamah. Disahihkan oleh Nasruddin al-Albani. Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 91-92. Tahqiq Masyhur bin Hasan Salman. Lihat: Syarah Usul iktiqad. No. 160. Al-Lalikaii.

Page 285: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

131

sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta para sahabat radiallahu ‘anhum tidak pernah melihat kepada ramainya ahli batil sesudah mereka”.182

Berkata juga Naim bin Hammad:

اي اذا فس دت الجماع ة ، فعلی ك بم ا كان ت علی ھ الجماع ة قب ل ان تفس د ، وان كن ت وح دك ، فان ك

.انت الجماعة حینئذ “Iaitu apabila telah rosak sekalian jamaah maka bagimu mengikut sebagaimana jamaah yang belum rosak sekalipun engkau seorang diri kerana bahawasanya engkau dikala itu dalam jamaah”.183 Oleh yang demikian Ibnu Qaiyim berkata: “Keseluruhan manusia dizaman Imam Ahmad bin Hambal telah tergelincir hatinya (ش ذ) kecuali sedikit yang masih di atas kebenaran maka yang sedikit itulah yang dalam Jamaah. Yang diketika itu para kadi (gabenor/pembesar), para mufti dan

182 . Lihat: باعث علىابكارالبدع والحوادث ال Hlm. 22 Abu Syamah Ditahqiq: Uthman Ahmad ‘Anbar. Cetakan Pertama 1978 Mesir. 183 . Lihat: 3/397 اعالم الموقعین. Ibnu Qaiyim.

Page 286: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

132

Khalifah mereka semua telah tergelincir (akidah mereka) hanya Imam Ahmad seorang sahaja dalam Jamaah”.184

Imam Ahmad, pada zamannya dianggap dalam Jamaah walaupun keseorangan dalam menegakkan kebenaran, yang mana beliau mempertahankan kebenaran bahawa “Al-Quran itu adalah Kalamullah bukan makhluk”. Beliau ditentang oleh seluruh kadi, mufti dan Khalifah yang sudah rosak pemahamannya kerana meyakini bahawa al-Quran itu makhluk. Menurut pengertian dan hakikat Jamaah maka Imam Ahmad tetap dalam Jamaah kerana beliau berada di dalam kebenaran dan mempertahankannya. Dengan ini jelaslah bahawa kebenaran itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Al-Jamaah adalah sesiapa yang kembali kepada kebenaran (al-Quran dan as-Sunnah) mengikut manhaj para sahabat kerana para sahabat sentiasa memelihara dan mengikut kebenaran yang diturunkan kepada Rasullullah yang berupa al-Quran dan as-Sunnah. Allah berfirman:

.الحق من ربك فال تكونن من الممترین

184 . Ibid.

Page 287: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

133

"Kebenaran itu dari Tuhanmu sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu".185

Dari ayat inilah Ibn Qaiyim rahimahullah berpendirian bahawa Imam Ahmad rahimahullah adalah contoh ketabahan ulama yang mempertahankan Jamaah walaupun kebanyakan dari mereka telah menyeleweng. Ini ditegaskan oleh beliau dalam ucapannya:

“Telah menyimpang manusia semuanya pada zaman Imam Ahmad bin Hambal kecuali beberapa orang sahaja yang masih dalam Jamaah. Dimana para kadi dimasa itu dan para mufti serta khalifah dan pengikut mereka semuanya telah menyimpang namun Imam Ahmad bersedirian dalam Jamaah”.186

Antara penafsiran yang paling tepat (rajih) tentang "Jamaah" ialah:

"Mereka yang tergolong dari kalangan sahabat kerana sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan

185. Al-Baqarah, 2:147. 186 . Lihat: 3/397 اعالم الموقعین. Ibnul Qaiyim.

Page 288: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

134

golongan yang teramai )الس واد االعظ م( mengikut fahaman salaf yang paling hak".187

Dengan ini sesiapa yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik maka ia digolongkan sebagai al-Jamaah. Ada pun antara nama-nama jamaah yang diberikan namanya oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah:

1- Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar.188

Digelar Ahli Hadis kerana beramal dan menyibukkan diri mereka dengan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dan digelar Ahli Athar kerana mereka para sahabat Nabi yang paling memahami hadis, mengamalkan, paling mengetahui untuk membezakan antara yang hak dengan yang batil dan sentiasa berhujjah dengan hadis.

Berkata Ibn Qaiyim rahimahullah:

"Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadis,

187. Lihat: 23 /1 .اھل السنة والجماعة ومنھج االشاعرة فى توحید اهللا تعالى. 188. Lihat: 1/290 مقاالت االسالمیین Abu al-Hasan Ali Bin Ismail al-Asy’ari

Page 289: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

135

percekcokan pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidhah dan banyak berhelah pada Ahli ar-Rakii".189 Berkata Abdul Qadir Jailani rahimahullah: “Sesungguhnya Ahli Sunnah, mereka tidak mempunyai nama kecuali nama yang satu iaitu Ashabul Hadis”.190

2. Firqah an-Najiyah, Firqah al-Mansurah atau At-Taifah an-Najiyah, at-Taifah al-Mansurah. Berkata Ibn Taimiyah:

"Apa yang dikatakan Firqah an-Najiyah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ia adalah syiar (Ahli sunnah). Dinamakan Firqah an-Najiyah kerana mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah".191

189. Lihat: Bahaya Taqlid Buta & Ta'sub Mazhab. Hlm. 81. Rasul Dahri. 190. Lihat: ط البي طری ق الح ق الغنی ة ل 1/71 Abdulqadir Jailani. Darul Ma’rifah. Bairut. Cetakan kedua. 191. Lihat: منھاج السنة Jld. 3. Hlm. 457. Ibn Taimiyah.

Page 290: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

136

3. Ahli Ittiba'. Dinamakan Ahli Ittiba' kerana berittiba' (mentaati) al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat.

3. Al Guraba' )الغرب اء( bermaksud: "Golongan yang

aneh, asing, luar biasa, dagang atau sedikit":

بدا االسالم غریبا سیعود غریبا كما بدأ فطوبى .للغرباء

"Islam itu bermula dengan aneh maka akan kembali menjadi aneh maka berbahagialah orang yang aneh".192

استوص وا باھ ل : ع ن س فیان الث وري ان ھ ق ال

السنة خیرا فانھم غرباء "Sufyan ath-Thauri berkata: Berwasiatlah kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana mereka ghuraba".

Paling tepat dinamakan al-Jamaah ialah: “Mereka yang termasuk dalam nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah yang mengikuti manhaj para sahabat, 192. H/R Muslim.

Page 291: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

137

tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dengan baik, terutama para ulama mujtahid yang berpegang kepada al-Kitab dan as-Sunnah”.193 Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul diakhir zaman sahabat.

Imam Malik rahimahullah ketika ditanyakan kepada beliau siapa Ahli Sunnah, beliau menjawab: اھ ل الس نة ال ذین ل یس لھ م لق ب یعرف ون ب ھ ، ال

.جھمي وال قدري والرافضي “Ahlu Sunnah adalah mereka yang tidak memiliki gelaran tertentu yang mereka dikenali dengan gelaran tersebut. Mereka bukan Jahmiyah, bukan Qadariyah dan bukan Rafidhah”.194

Selain yang bermanhaj Salaf, mereka adalah Ahli

Bid’ah. Keterangan ini diambil dari athar Ibn Abbas apabila menafsirkan Firman Allah:195

.یوم تبیض وجوه وتسود وجوه 193. Lihat: م نھج اھ ل الس نة والجماع ة وم نھج االش اعرة ف ى توحی د اهللا تع الى Juz 1 Hlm.23. 194 . Lihat: االنتقاء hlm. 35. Ibn Abdil Barr. 195. Lihat: منھج اھل السنة والجماعة ومنھج االشاعرة فى توحید اهللا تعالى 1/23.

Page 292: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

138

"Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram".196

Menurut Ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

"Orang yang putih berseri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah ahli bid'ah atau orang yang sesat".197

Dan sesiapa yang meninggalkan manhaj Salaf as-Soleh adalah firqah yang terkeluar dari Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana Rasulullah bersabda:

لتفترقن امتي على ثالث وسبعین فرقة واحدة ف ى م ن ھ م ؟ : قی ل . الجنة وثنتان وسبعون فى النار

.الجماعة: قال “Akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Al-Jamaah".198

196 . Ali-Imran, 3:106. 197. Ibid. 198. H/R Ibn Majah (2/1322). Hadis ini disahihkan oleh al-Haitimi

Page 293: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

139

Dalil yang menjelaskan hanya yang berpegang kepada al-Quran, as-Sunnah, athar dan bermanhaj Salaf as-Soleh berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berdasarkan hadis:

.یوم واصحابيما انا علیھ ال "(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku hari ini dan para sahabatku".199

Diperintahkan agar bermanhaj akidah dan amal seperti manhajnya para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in kerana mereka para salaf yang wajib diikuti manhajnya. Firman Allah:

وكونوا مع الصادقین "Hendaklah kamu bersama orang-orang siddiqin".200

Yang dimaksudkan syuhada, solehin dan siddiqin

adalah para sahabat kerana mereka adalah golongan Salaf dalam )زوائدال( . Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam kitab ) تلخیص االحیاء( . 199. Lihat: H/R Turmizi. )تحفة االحوذى( (7/399-240). 200. Taha, 20:119.

Page 294: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

140

sebenar. Dan bermanhaj Salaf adalah suruhan al-Quran. Firman Allah:

واتبع سبیل من اناب "Ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu".201

Mereka yang kembali ke jalan Allah tentulah Rasulullah dan para sahabat kerana mereka mematuhi firman Allah:

من ربك م وال تتبع وا م ن دون ھ اتبعوا ما انزل الیكم .اولیاء قلیال ما تذكرون

"Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikit dari kamu mengambil pelajaran".202

"Mengikut apa yang telah diturunkan" ialah kembali kepada wahyu. Wahyu ialah Al-Quran dan sunnah Rasulullah berdasarkan firman Allah:

201 . Luqman, 31:15. 202 . Al-Araf, 7:3.

Page 295: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

141

وما ینطق عن الھوى ان ھو اال وحي یوحى "Tiadalah yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu wahyu yang diwahyukan".203 “Adapun syiar Ahli Sunnah wal-Jamaah itu ialah mengikuti (manhaj) Salaf as-Soleh dan meninggalkan segala bentuk bid’ah serta perkara-perkara baru yang dimasukkan ke dalam agama”.204

SUNNAH LAWANNYA BID'AH

Pencinta bid'ah )مبت دع( tidak dinamakan Ahli Sunnah kerana sunnah berlawanan dengan bid’ah. Ahli Sunnah sentiasa menjauhi perbuatan bid'ah. Syeikh Abdul Rahman As-Su'di berkata: 203 . An-Najm. 54:3-4. 204 . Lihat: 1/364 الحجة فى البیان المحجة. Al-Asbahani.

Page 296: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

142

فاھ ل الس نة الس المون م ن البدع ة ال ذین

علی ھ النب ي ص لى اهللا علی ھ وس لم تمس كوابماكان واصحابھ فى االصول كلھا

"Ahli Sunnah ialah mereka yang menyelamatkan diri mereka dari bid'ah, mereka benar-benar bepegang dengan apa yang ada (dicontohkan) pada Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat dalam keseluruhan perkara pokok".205

تركت فیكم ام رین م ا ل ن تض ل بع ده ان اعتص متم

بھ ، كتاب اهللا وسنة رسولھ"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah RasulNya".206

Menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, sunnah

sentiasa berlawanan dengan bid’ah dan memerangi ahli bid’ah adalah jihad:

205. Lihat: الفتاوى السعدیة hlm. 63. Abdul Rahman an-Nasr as-Su'di. 206. H/R Muslim 2137 Al-Haj. Abu Daud 1628 Al-Manasik. Ibn Majah 3060 al-Manasik.

Page 297: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

143

.ان الراد على اھل البدع مجاھد “Sesungguhnya menentang Ahli Bid’ah adalah suatu jihad”.207

Berkata salah seorang dari imam Salaf Yahya bin

Yahya rahimahullah:

الذب عن السنة افضل من الجھاد “Membela (mempertahankan) sunnah lebih mulia dari berjihad”.208

Menurut ahli ilmu, sunnah lawannya bid'ah dan jamaah lawannya firqah (perpecahan). Lahirnya gelaran ahli Sunnah wal-Jamaah lantaran munculnya ahli Ahwa209. Mereka dikenali sebagai ahli bid'ah (mubtadi’), “Pembuat Bid’ah” . Penentangan ahli sunnah terhadap ahli bid'ah bermula sejak kelahiran ahli bid'ah dan tidak pernah berkesudahan sehinggalah ke hari ini. Ahli bid’ah

207. Lihat: 4/13 مجموع الفت اوي. Dan rujuk: ال رد عل ى ال رد المخل ف Hlm. 39. Syeikh Bakr. 208 . Ibid. 209. Lihat: اھل الس نة والجماع ة وم نھج االش اعرة ف ى توحی د اهللا تع الى 1/24. Khalid Abdul Latif.

Page 298: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

144

adalah firqah yang berpecah. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah:

ان اھ ل الكت اب افترق وا ف ى دی نھم عل ى ثنت ین وس بعین مل ة وان ھ ذه االم ة س تفترق عل ى ث الث وس بعین مل ة كلھ ا ف ى الن ار اال واح دة وھ ي

.الجماعة "Sesungguhnya Ahli Kitab berpecah dalam agama mereka kepada 72 millah. Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 millah semuanya ke neraka kecuali yang satu iaitu al-Jamaah.210

وتفت رق امت ي عل ى ث الث : عن عبد اهللا بن عمرو ما انا : لنار اال ملة واحدة وسبعین ملة ، كلھا فى ا

.علیھ واصحابي "Dari Abdullah bin 'Amr: Berpecah umatku kepada 73 perpecahan semuanya ke neraka kecuali millah yang satu iaitu sesiapa yang sepertiku dan para sahabatku".211

210. H/R Ibn Majah (2/1322). Ibn Abi 'Asim dalam Sunnah hlm. 32. 211. Lihat: (340-7/399) تحفة االحوذى.

Page 299: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

145

.اال بموافقتھ السنة الیستقم قول وعمل "Tidak akan lurus (betul) perkataan dan amalan kecuali setelah perkataan dan amal tersebut menepati as-Sunnah".212

Adalah wajib mengikut manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam berakidah dan ibadah. Allah berfirman:

لقد كان لكم فى رسول اهللا اس وة حس نة لم ن ك ان

.یرجوا اهللا والیوم االخر وذكر اهللا كثیرا "Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah".213

Maka sunnah hanyalah apa yang disunnah oleh Allah Azza wa-Jalla dan yang disunnahkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Terimalah apa

212. Lihat: لبیس ابلیست hlm 9. Ibn Qaiyim. Az-Zahabi مقدمة الجرح

والتعدیل (1/122). 213 . Al-Ahzab, 33:21.

Page 300: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

146

yang telah dikatakan oleh Umar Ibn al-Khattab radiallahu ‘anhu:

السنة ما سنھ اهللا ورسولھ ال تجعلوا حظ الراي

سنة لألمة “Sunnah itu, apa saja yang disunnah oleh Allah dan RasulNya, janganlah kamu menjadikan buah fikiran sebagai sunnah untuk ummah”. 214

BAHAYANYA AHLI BID’AH

Para ulama Salaf as-Soleh sentiasa menasihati dan

mengingatkan agar orang-orang yang beriman menjauhi Ahli bid’ah. Para a’immah (imam-imam) Salaf as-Soleh seperti para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Ibnu Masoud, Abi Musa al-Asy’ari, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Aisyah, Asma binti Abi Bakr dan selain mereka. Kemudian selepas mereka seperti Abul

214 . Lihat: 1/102 االعتصام. Asy-Syatibi.

Page 301: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

147

‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Hasan al-Basri, Umar bin Abdulaziz, Auzaii, Ayub as-Sakhtiani, Thabin al-Banani, Ibnu ‘Aun, Ibrahim bin Adham, Ibnul Mubarak, Malik, Abi Hanifah, Syafie, Az-Zuhri, As-Syabii dan selain mereka. Diikuti juga oleh Imam Ibnu Taimiyah serta anak muridnya yang semua mereka telah mengharamkan orang-orang beriman dari mempercayai Ahli Bid’ah, memujinya, menyanjungnya dan diharamkan dari bermajlis dengan mereka kerana ada sebuah athar yang mereka gigit dan pegang dengan kuat:

م ن جل س ص احب بدع ة نزع ت من ھ العص مة ، ووكل ال ى نفس ھ ، وم ن مش ى ال ى ص احب بدع ة

.مشى الى ھدم االسالم “Barangsiapa yang bermajlis dengan ahli bid’ah, tercabut dari dirinya keamanan dan diserahkan pada dirinya sendiri dan barangsiapa yang berjalan menemani ahli bid’ah bererti berjalan untuk menghancurkan Islam”.215 لیس فى الدنیا مبتدع اال وھو یبغض اھل الح دیث

.ھ، فاذا ابتدع الرجل نزع حالوة الحدیث من قلب 215 . Lihat: Al-I’tisam. 1/107. Asy-Syatibi.

Page 302: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

148

“Tiada di dunia seorang pelaku bid’ah kecuali membenci Ahli Hadis maka apabila seorang lelaki melakukan bid’ah (dengan membenci Ahli Hadis), dicabut kemanisan hadis dari hatinya”.216

PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH

Sesungguhnya para Nabi dan para Rasul

memulakan dan menyebukkan diri mereka dengan mengajak manusia kepada tauhid. Menyeru mereka untuk beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan semua jenis bid’ah dan kesyirikan. Allah berfirman:

اال نوحي الیھ ان ھ وما ارسلنا من قبلك من رسول

.الالھ اال انا فاعبدوني “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan

216. Lihat: ش رف اص حاب الح دیث Ini adalah perkataan al-Hafiz Ahmad bin Sanan al-Qattan Abu Ja’far al-Wasiti. Dia seorang Ahli Hadis, melahirkan pakar hadis yang enam orang kecuali at-Turmizi. Wafat pada tahun 258H.

Page 303: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

149

kepadanya bahawa tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku maka sembahlah olehmu akan Aku”.217

Para Nabi dan para Rasul sentiasa menyebukkan

diri mereka untuk mengenalkan umat tentang nama-nama, sifat-sifat serta kekuasaan Allah. Mereka berusaha supaya manusia menuju ke jalan tauhid yang sebenar iaitu hanya menyembah Allah, supaya sekalian manusia tahu bahawa mereka dijadikan adalah untuk beribadah hanya kepada Allah Azza wa-Jalla semata yang tidak boleh disekutukan dengan makhlukNya. Allah berfirman:

.وما خلقت الجن واالنس اال لیعبدون

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”.218

Seterusnya, matlamat dan tugas para Nabi dan Rasul ialah memberi khabar gembira kepada sesiapa yang mengimani tauhid uluhiyah, tauhid rububiyah dan tauhid asma’ wa-sifat. Hanya para Nabi dan Rasul yang paling benar dalam menyampaikan khabar yang menakutkan kepada manusia iaitu berita tentang azab api neraka yang

217 . Al-Anbiya. 21:25. 218 . Az-Zariyat. 51:56.

Page 304: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

150

amat pedih jika mereka mengingkari nama-nama, sifat-sifat dan tidak mentauhidkan Allah Azza wa-Jalla. Para Nabi dan Rasul membimbing (mentarbiyah) dan membersihkan akidah (mentasfiyah) dengan membawa mereka untuk mengibadahi hanya Allah dan mentaati Rasulullah yang membawa utusan dari Allah.

Sumber bertalaqi (mendapat ilmu) akidah yang benar bagi para Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh ialah: Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak Salaf kerana hanya dari sini sahaja sumber pengambilan ilmu agama Islam yang paling selamat.

Apabila mereka berikhtilaf, para Salaf akan

memahamkan dan menyelesaikannya dengan membawakan hujjah. Sama ada dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak dan selainnya.

Bagi para Salaf as-Soleh, persoalan akidah dan

ibadah adalah persoalan tauqifiyah, tidak dibenarkan mengambilnya dari sumber yang bukan wahyu, terutamanya akidah kerana akidah adalah persoalan wahyu yang tidak boleh dicabuli oleh akal dan pendapat.

Sesiapa yang cuba menyelesaikan persoalan syara

melalaui jalan yang bukan dari wahyu maka ia telah melakukan pembohongan atau penipuan kerana ia

Page 305: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

151

memperkatakan tentang Allah tanpa ilmu dariNya. Tambahan pula terdapat sebuah hadis yang menjelaskan:

وعلى الرسول اهللا صلى اهللا علی ھ وس لم ال بالغ ،

.وعلینا التسلیم“Kewajipan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyampaikan dan atas kita menerima”.219

Para sahabat, imam-imam tabi’in dan orang-orang yang mengikut jejak mereka daripada ulama hadis, mereka semua sentiasa dalam petunjuk iktiqad yang selamat lantaran mereka hanya menerima (mengambil) akidah dari Rasulullah, itulah yang dikatakan سبیل المؤمنین “Jalan atau manhajnya orang-orang Salaf yang paling beriman” sehingga Al-Auzaii rahimahullah berkata:

علیك بآثار من س لف وان رفض ك الن اس ، وای اك

.وراي الرجال وان زخرفوه لك بالقول“Hendaklah kamu mengikut athar Salaf sekalipun engkau disingkir oleh manusia. Tinggalkanlah pendapat seseorang sekalipun membawa kata-kata yang mempersonakan”.220

219 . H/R Bukhari. Kitab at-Tauhid. Bab 46. Fathul Bari. 13/508. 220 . Lihat: Tarikh al-Islam. Hlm. 141 Oleh Az-Zahabi.

Page 306: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

152

Hanya Allah pemberi hidayah. Dan semoga selawat dan salam terlimpah ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Penekanan dan pengakuan sebagai Ahli Sunnah

wal-Jamaah amat diambil kira oleh majoriti umat Islam sekarang. Namun memahamkan peri pentingnya bermanhaj Salaf as-Soleh amat sedikit diperkatakan. Apakah ini berlaku bersebab dari terkeluarnya mereka dari manhaj Salaf atau perbuatan, akidah, ibadah dan akhlak

Page 307: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

153

mereka tidak menepati piawaiyan Salaf, malah bertentangan dengan kehendak Salaf? Atau juga mereka tidak mengetahui apa itu manhaj Salaf dari segi bahasa dan syara.

Buku ini mengupas, membincang dan menjelaskan pengertian apa itu manhaj Salaf secara ilmiyah. Semoga ianya menjadi panduan kepada pembaca budiman demi memahami persoalan “Manhaj Salaf” yang sebenarnya.

Page 308: doa dan zikir nabawi - sheikh al-islam ibnu taimiyyah

www.rasuldahri.com

154

MANHAJ SALAF

AKIDAH SALAF

OLEH:

RASUL BIN DAHRI