40 thib nabawi

Upload: akrine-putrajaya

Post on 08-Jul-2015

686 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

40 HADIS PENGUBATAN NABI( ) (Dari Soheh Imam al-Bukhari) Terjemahan dan ulasan; USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL

THIB NABAWIPage 2 KANDUNGAN TAQDIM ...................................................................................................................................................... HADIS 1; NIAT ............................................................................................................................................ HADIS 2; ADAB MAKAN .......................................................................................................................... HADIS 3; KADAR MAKAN ORANG BERIMAN .................................................................................... HADIS 4; MAKAN BERJAMAAH ............................................................................................................. HADIS 5; GANJARAN ALLAH UNTUK ORANG SAKIT ...................................................................... HADIS 6; MENZIARAHI ORANG SAKIT ................................................................................................ HADIS 7; UCAPAN KITA KEPADA PESAKIT ........................................................................................ HADIS 8; ADAB KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT .................................................................... HADIS 9; JANGAN BERPUTUS ASA DAN MENGHARAPKAN KEMATIAN .................................... HADIS 10; DOA NABI KEPADA ORANG SAKIT ................................................................................... HADIS 11; SETIAP PENYAKIT ADA PENYEMBUHNYA ..................................................................... HADIS 12; TIGA PENYEMBUH; MADU, BEKAM DAN KAYY ........................................................... HADIS 13; MANISAN DAN MADU .......................................................................................................... HADIS 14; MADU UNTUK MENGUBATI SAKIT PERUT ..................................................................... HADIS 15; PENYEMBUHAN DENGAN BEKAM ................................................................................... HADIS 16; RASULULLAH BERBEKAM ................................................................................................. HADIS 17; MENGAMBIL UPAH DARI BEKAM ..................................................................................... HADIS 18; BERUBAT DENGAN SUSU DAN AIR KENCING UNTA ................................................... HADIS 19; TAMAR BASAH DAN TIMUN ............................................................................................... HADIS 20; HABBATUS-SAUDA ............................................................................................................. HADIS 21; CARA PENGUBATAN DENGAN HABBATUS-SAUDA ................................................... HADIS 22; TALBINAH ............................................................................................................................... HADIS 23; PENGUBATAN DENGAN UD HINDI (GAHARU) ............................................................. HADIS 24; AL-KAM,AH ............................................................................................................................ HADIS 25; MENGUBATI LUKA DENGAN ABU .................................................................................... HADIS 26; MENGUBATI DEMAM ........................................................................................................... HADIS 27; CARA MENGUBATI DEMAM DENGAN AIR ..................................................................... HADIS 28; WABAK TAUN ........................................................................................................................ HADIS 29; RUQYAH .................................................................................................................................. HADIS 30; RUQYAH DENGAN AL-FATIHAH ....................................................................................... HADIS 31; RUQYAH UNTUK PENYAKIT AIN ..................................................................................... HADIS 32; RUQYAH UNTUK SENGATAN BINATANG ....................................................................... HADIS 33; ANTARA BACAAN RUQYAH NABI .................................................................................... HADIS 34; RUQYAH BERSAMA TANAH ............................................................................................... HADIS 35; CARA TIUPAN KETIKA MERUQYAH ................................................................................. HADIS 36; SAWAN ..................................................................................................................................... HADIS 37; JANGKITAN PENYAKIT & KEPERCAYAAN KARUT-MARUT ...................................... HADIS 38; PAWANG DAN TUKANG TILIK ........................................................................................... HADIS 39; SIHIR ......................................................................................................................................... HADIS 40; TAMAR (KURMA) .................................................................................................................. HADIS 41; NABI DIRACUNI & CARA PENGUBATAN RACUN .......................................................... HADIS 42; LALAT ...................................................................................................................................... SANAD KEPADA IMAM AL-BUKHARI ................................................................................................. IJAZAH ILMIAH .........................................................................................................................................

THIB NABAWIPage 3 TAQDIM Dengan nama Allah, Tuhan maha pemurah lagi maha pengasih. Segala pujian kita hanya untukNya. Selawat dan salam kita pohonkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda. Amma badu; Hadis-hadis dalam buku ini (42 hadis semua) adalah dari buku asal yang memuatkan 100 hadis tentang Pengubatan Nabi dari Soheh al-Imam al-Bukhari. Memandangkan 100 hadis agak banyak bagi orang awam di samping ada yang berulang-ulang, maka saya ringkaskan menjadi 42 hadis sahaja. Apa yang saya lakukan ialah membuang hadis yang berulang-ulang dan bagi sesuatu bab hanya dikemukakan satu atau dua hadis sahaja. Sebagaimana saya jelaskan dalam bukuyang asal (100 hadis), ke semua hadis dalam buku ini dan buku asal telah saya baca di hadapan guru saya (Khadim al-Hadith wa al-Isnad) Syeikh Muhammad bin Abduh bin Sulaiman al-Ahdal (Seorang ulamak dari Yaman. Faqih hadis dan juga fiqh. Belajar dan kemudian mengajar hampir 25 tahun di Madrasah Saulatiyah (Mekah). Kini menjadi pensyarah di Universiti al-Iman di San-a (Yaman)). Dengan murah hati beliau, beliau mengijazahkan secara khusus kepada saya sanadnya kepada Imam al-Bukhari bagi kitab Sohehnya yang melalui 26 orang guru dari beliau kepada Imam al-Bukhari. Kemudian, apabila saya berkesempatan menziarahi beliau di Yaman padaFebruari 2011, beliau mengijazahkan pula kepada saya sanad aliynya (sanad tinggi) kepada Imam al-Bukhari yang hanya melalui 13 guru sahaja. Saya menyedari bahawa sanad kita hari ini kepada Imam-Imam hadis terdahulu tidaklah lagi bernilai dalam menentukan darjah hadis (sama ada soheh, hasan, dhaif atau maudhu) kerana semua hadis telah dibukukan bersama sanad-sanadnya. Namun saya tetap meyakini pentingnya sanad, bukan sahaja untuk keberkatan, tetapi sebagai ikatan ilmu antara kita hari ini dan guru-guru muktabar sebelum kita hinggalah kepada Salafussoleh rahimahumullah- dan seterusnya kepada para Sahabat radhiyallahu anhum- dan berakhir kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam-. Bukan hanya ulamak-ulamak biasa, tokoh-tokoh besar ulamak juga turut menjaga sanad mereka kepada ulamak-ulamak silam. Sebagai contohnya, Imam as-Syaukani yang telah mencatatkan semua sanad-sanadnya kepada ulamak-ulamak silam (merangkumi pelbagai bidang ilmu; tafsir, hadis, fiqh dan sebagainya) dalam Tsabatnya iaitu Ittihaf al-Akabir. Ramai ulamak menyebutkan; al-Asanid Ansab al-Kutub, bermaksud; Sanad adalah nasab bagi kitab-kitab (tulisan ulamak silam).1 Maka ada baiknya apabila kita membaca kitab-kitab ulamak terdahulu, kita mempunyai nasab yang menghubungkan kita dengan mereka. Al-Hamdulillah, nasab-nasab itu masih terjaga hingga ke hari ini melalui sanad-

1 Dicatat oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul-Bari (dinaqalkan dari Tuhfah al-Ahwazi).

THIB NABAWIPage 4 sanad yang ada dalam simpanan ulamak-ulamak kita yang masih hidup ketika ini. Kita hanya perlu memindahkannya dari mereka kepada kita. Sudah tentu pemindahan itu tidak akan berlaku melainkan dengan kita merendah diri kepada mereka. Ini sebagaimana kata hikmah menyebutkan; Air tidak akan mengalir melainkan ke tempat rendah. Wabillahi at-Taufiq wa Bihi Nastaiin. Wa shallallahu ala Nabiyyina Muhammadin wa ala Alihi Wa Shahbih. AHMAD ADNAN BIN FADZIL, Kolej MANHAL-HPA, Setiausaha Panel Syariah HPA.

THIB NABAWIPage 5 :

THIB NABAWIPage 6 HADIS 1 (NIAT) Dari Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Sesungguhnya segala amalan dengan niat-niatnya. Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang ia niatkan. Oleh itu, sesiapa yang hijrahnya untuk tujuan dunia yang ingin dicapainya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah mengikut tujuan hijrahnya. (Soheh al-Bukhari, kitab Bad-I al-Wahyi) Ulasan; 1. Hadis di atas menyentuh tentang niat. Kita hanya diberi pahala apabila apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah. Inilah yang kita fahami dari kata Nabi Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang ia niatkan. 2. Apa niat kita apabila menceburi Thib Nabawi?Pertama, untuk kita beramal kembali dengan sunnah-sunnah Nabi dalam bidang pengubatan dan perawatan yang telah lama ditinggalkan oleh umat Islam. Dengan niat ini, insya Allah kita akan dikurniakan pahala menghidupkan sunnah Nabi. Kedua, untuk kita mengetengahkan amalan pengubatan Nabi kepada masyarakat Islam khususnya dan masyarakat dunia amnya. Dengan niat ini, kita akan dikurniakan pahala dakwah. Ketiga, untuk kita membantu insan yang menderita sakit dengan memberinya ubat atau rawatan mengikut cara Nabi yang ternyata lebih mujarab. Dengan niat ini, kita akan mendapat pahala membantu orang yang dalam kesempitan.

THIB NABAWIPage 7 HADIS 2 (ADAB MAKAN) DariWahabbinKaisanmenceritakanbahawadiamendengarUmarbinAbiSalamah-yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- telah menceritakan; Aku adalahkanak-kanakyangtinggalserumahdenganRasulullahsallallahualaihi wasallam-.(Suatuhariakumakanbersamabeliau)danketikamakanitutanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan). Lalu beliau berkata kepadaku; Wahaianak!MulakanlahmakandenganmenyebutnamaAllah,makanlahdengan tangankanandanmakanlahmakananyanghampirdenganmu.Sejakselepasitu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Atimah) Ulasan; 1. Kebanyakan penyakit datang dari perut, iaitu melalui tabiat makan yang salah. Kerana amalan pemakanan yang betul amat dititik-beratkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam- dalam SunnahNya, antaranya;- Hanya menikmati makanan yang halal sahaja - Memulai makan dengan Bismillah - Mengakhiri makan dengan Al-Hamdulillah - Makan dengan kadar sederhana sahaja (tidak berlebihan) - Makan dengan berjamaah - Tidak bernafas di dalam gelas 2. Berkata Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah rahimahullah-; Membaca Bismillah di permulaan makan dan minum dan mengucapkan al-Hamdulillah di akhirnya memberi kesan yang hebat kepada manfaat makanan dan menolak kemudaratannya. (Zadul-Maad, jil. 4, hlm. 232)

THIB NABAWIPage 8 HADIS 3 (KADAR MAKAN ORANG BERIMAN) Dari Nafi rahimahullah- menceritakan; Ibnu Umar radhiyallahu anhu- tidak makan melainkan setelah dibawa seorang miskin untuk makan bersamanya. Akupun menjemput seorang lelaki untuk makan bersamanya. Akan tetapi lelaki itu makan dengan banyak. Maka Ibnu Umar berkata kepadaku; Wahai Nafi, lain kali jangan kamu jemput lelaki ini untuk makan bersamaku kerana aku telah mendengar Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Orang mukmin makan dalam satu perut, sedang orang kafir makan dalam tujuh perut. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Atimah) Ulasan; 1. Hadis ini menjelaskan kadar makan orang beriman, iaitu makan dengan kadar sedikit atau sederhana sahaja. Ini bersesuaian dengan tabiat orang beriman yang menjaga kesihatan dan suka beribadah. Banyak makan akan mengundang penyakit dan menyebabkan kemalasan beribadah. 2. Menurut ulamak; tahap kenyang ada tujuh; Pertama; Makan sekadar untuk membolehkan hidup, Kedua; Menambahnya supaya dapat berpuasa dan mengerjakan solat dengan berdiri. Ini adalah wajib. Ketiga; Menambahnya lagi hingga berupaya mengerjakan ibadah-ibadah sunat, Keempat; Menambahnya lagi supaya ada kekuatan untuk berkerja memperolehi pendapatan. Ini adalah mustahab (disukai Syarak). Kelima; Menambah lagi hingga memenuhi 1/3 perut. Ini adalah harus. Keenam; Menambah lagi hingga badan menjadi berat dan banyak tidur. Ini adalah makruh. Ketujuh; Menambah lagi hingga menimbulkan mudarat iaitu makan hingga penuh perut yang ditegah oleh Syarak. Kenyang sebegini adalah haram. (Fathul-Bari dan Faidhul-Qadier (hadis no. 2217).

THIB NABAWIPage 9 HADIS 4 (MAKAN BERJAMAAH) Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- telah bersabda; Makanan dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan tiga orang mencukupi untuk empat orang. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Atimah) Ulasan; 1. Makan secara berjamaah menghalang kita dari makan terlalu banyak di samping ia mengikat ukhuwwah sesama saudara muslim. Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda; Makanan yang paling disukai Allah ialah yang banyak tangan (yakni dimakan beramai-ramai). (Riwayat Imam Abu Yala, Ibnu Hibban, dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Menurut al-Hafidz al-Iraqi, sanadnya hasan). 2. Berkata Imam Ahmad; Jika terhimpun pada suatu makanan itu empat perkara, maka sempurnalah makanan itu; a) Disebut nama Allah pada awalnya (yakni ketika mula memakannya) b) Disebut Alhamdulillah di akhirnya (yakni selepas menikmatinya). c) Dinikmati oleh banyak tangan (yakni dinikmati secara berjamaah) d) Dari sumber yang halal. (Zadul-Maad, jil. 4, hlm. 232).

THIB NABAWIPage 10 HADIS 5 (GANJARAN ALLAH UNTUK ORANG SAKIT) Dari Abi Said al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhuma- menceritakan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Tidak menimpa seorang muslim dari suatu kepayahan/kepenatan, kesakitan, kekecewaan, kesedihan, tindakan orang lain yang menyakitinya dan kedukacitaan hatta duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan dengannya sebahagian dari dosa-dosanya. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha). Ulasan; 1. Setiap kesakitan yang menimpa kita akan diganti Allah dengan penghapusan dosa-dosa kita. Malah ditambah lagi dengan pahala sebagaimana disebut dalam hadis yang lain. Kerana itu, kita hendaklah bersabar ketika ditimpa ujian sakit dan berharap kesembuhan dari Allah. 2. Melihat kepada makna umum hadis, dosa-dosa yang akan terhapus dengan kerana musibah yang menimpa itu adalah merangkumi semua jenis dosa. Namun jumhur ulamak rahimahumullah- berpandangan; yang akan terhapus hanyalah dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa-dosa besar, ia tidak akan terhapus melainkan dengan taubat nasuha. (Tuhfah al-Ahwazi, kitab al-Janaiz, bab ).

THIB NABAWIPage 11 HADIS 6 (MENZIARAHI ORANG SAKIT) Dari Abu Musa al-Asyari radhiyallahu anhu- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Berilah makan kepada orang yang kelaparan, ziarahilah orang sakit dan bebaskanlah tawanan. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan; 1. Menziarahi orang sakit adalah salah satu dari hak-hak yang mesti kita tunaikan kepada saudara muslim yang lain sebagaimana ditegaskan oleh hadis yang lain. Ia merupakan Sunnah Nabi. Menziarahi orang sakit banyak faedahnya, antaranya; menginsafkan kita akan kelemahan manusia dan perlu bergantung kepada Allah. Bagi pengamal Thib Nabawi, ia dapat mempraktikanSunnah Nabi ketika menziarahi pesakit dan dapat mengsyorkan ubat dan rawatan mengikut kaedah Thib Nabawi. 2. Dari segi hukum. jika pesakit adalah muslim, menziarahinya adalah sunat muakkad. Adapun jika bukan muslim, harus menziarahinya. (Faidhul-Qadier).

THIB NABAWIPage 12 HADIS 7 (UCAPAN KITA KEPADA PESAKIT & PESAKIT HENDAKLAH OPTIMIS) Dari Ikrimah rahimahullah- yang menceritakan dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- menziarahi seorang Arab pedalaman yang sakit. Nabi apabila sahaja menziarahi orang sakit, baginda akan berkata kepadanya; Tidak mengapa. Kamu akan bersih dengan izin Allah. Namun Arab pedalaman itu menjawab kepada Nabi; Engkau berkata akan bersih. Tidak, sebenarnya penyakit aku ini tidak lain adalah demam yang kepanasannya bila menimpa seorang tua yang lanjut umur, pasti akan mengundangnya ke kubur. Maka Nabi pun membalas; Yalah kalau begitu. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan; 1. Ucapan Nabi Tidak mengapa. Kamu akan bersih, maksudnya ialah janganlah kamu bimbang dengan penyakit kamu ini. Penyakit ini akan membersihkan kamu dari dosa-dosa kamu. Atau mungkin juga bermaksud; kamu akan dibersihkan Allah (yakni disembuhkanNya). Dari ucapan Nabi ini kita dapat mengambil pengajaran bahawa; apabila kita menziarahi orang sakit kita hendaklah bercakap kepadanya ucapan yang dapat meringankan beban sakitnya, memberi semangat kepadanya untuk sembuh dan mengingatkannya bahawa kesakitan yang dialaminya akan menyucikannya dari dosa-dosa dan kesalahan silamnya. (al-Karmani, Tuhfah al-Ahwani (bab at-Tadawi Bi ar-Ramad)). 2. Pesakit pula hendaklah menyambut dengan optimis ucapan perangsang yang diberikan oleh orang yang menziarahinya kerana ucapan itu adalah doa. Janganlah ia melahirkan ucapan kecewa dan penyesalan kerana Allah akan memberi kepada kita mengikut sangkaan kita kepadaNya. Dalam satu hadis Qudsi, Allah berfirman; Aku akan melakukan kepada hambaKu mengikut sangkaanNya kepadaKu. Jika ia bersangka baik kepadaKu, maka baiklah aku lakukan kepadanya. Jika ia bersangka buruk, buruklah aku berikannya (HR Imam at-Tabrani dari Watsilah. Lihat hadis ini dalam al-Jami as-Saghier, hadis no. 1933. Hadis ini menurut as-Suyuti; soheh).

THIB NABAWIPage 13 HADIS 8 (ADAB KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT) Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma- menceritakan; Semasa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- hampir kewafatannya, di rumah baginda hadir beberapa orang sahabat termasuk Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu-. Nabi berkata; Marilah, aku ingin menulis untuk kamu satu wasiat supaya kamu tidak akan sesat selepas kematianku. Lalu Umar berkata; Nabi telah dibelenggu kesakitan, sedang pada kita telahpun ada al-Quran. Cukuplah al-Quran itu untuk kita. Maka berlaku bertikaian antara orang-orang yang hadir di rumah Nabi itu.Sebahagian berkata; Hampirilah kepada Nabi supaya ia menulis untuk kamu satu pesanan yang kamu tidak akan sesat selepas kematiannya. Sebahagian lagi berkata sebagaimana yang dikata oleh Umar. Apabila mereka banyak bercakap sia-sia dan bertikai di hadapan Nabi, baginda pun berkata; Bangunlah kamu sekelian. Ubaidullah2 -rahimahullah- menceritakan; Ibnu Abbas radhiyallahu anhu-

2 Iaitu Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah bin Masud al-Huzali al-Madani, salah seorang dari Fuqahak Madinah yang tujuh iaitu Said bin al-Musayyib, Urwah bin az-Zubair, Abu Bakr bin Abdurrahman bin al-Harith, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr, Sulaiman bin Yasar, Kharijah bin Zaid bin Tsabit dan beliau.Datuknya iaitu Utbah adalah seorang sahabat Nabi dan saudara lelaki kepada Abdullah bin Masud radhiyallahu anhu-. (Lihat; Siyar Alami an-Nubala, Imam az-Zahabi).

THIB NABAWIPage 14 berkata; Satu musibah besar (atau satu kerugian besar) apabila Nabi terhalang dari menulis untuk mereka wasiat tersebut disebabkan pertikaian dan cakap-cakap kosong mereka. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan; 1. Hadis ini menceritakan keadaan Nabi ketika sakit hampir kewafatannya. Apabila sahabat-sahabat bertengkar di hadapannya, beliau mengarahkan mereka semua supaya jauh darinya. Dapat di ambil pengajaran dari hadis ini bahawa di antara adab yang perlu di jaga oleh orang yang menziarahi pesakit ialah jangan berlama-lama duduk di hadapan pesakit sehingga merimaskannya dan jangan bercakap di hadapannya ucapan-ucapan yang menimbulkan tekanan ke atasnya (Fathul-Bari). Kecualilah jika kita mendapati pesakit berasa gembira dan senang hati dengan kehadiran kita atau ia sendiri meminta agar kita terus berada bersamanya, pada ketika itu eloklah kita berlama dengannya. Memenuhi hajat saudara muslim yang lain amat digalakkan oleh Nabi sendiri. 2. Menurut Imam Ibnu Hajar rahimahullah-; Ke semua adab-adab menziarahi pesakit ada 10 semuanya; a) Jangan berdiri mengadap pintu ketika meminta izin untuk masuk ke dalam rumah pesakit. b) Mengetuk pintu dengan lembut c) Jangan menimbulkan kesamaran tentang dirinya seperti menjawab Saya apabila ditanya oleh tuan rumah; Siapa yang datang?. d) Jangan menziarahinya pada waktu yang tidak sesuai seperti ketika pesakit sedang makan ubat. e) Hendaklah memendekkan duduk berama pesakit (yakni tidak berlama-lama). f) Menjaga pandangan mata g) Jangan banyak bertanya h) Hendaklah menzahirkan perasaan simpati dan belas kasihannya i) Hendaklah mengikhlaskan doa kepada pesakit j) Hendaklah memberi harapan sembuh kepadanya k) Memberi nasihat supaya ia bersabar kerana sabar mengundang pahala l) Mengingatkannya agar jangan kecewa dan putus asa kerana ia mengundang dosa. (Fathul-Bari).

THIB NABAWIPage 15 HADIS 9 (JANGAN BERPUTUS ASA DAN MENGHARAPKAN KEMATIAN) Dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu- menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Janganlah sesiapa dari kamu mengharapkan kematian kerana suatu mudarat yang menimpa dirinya. Namun, jika ia tidak dapat mengelak dari mengharapkannya, hendaklah ia berdoa; Ya Allah, ya Tuhanku, hidupkanlah aku jika kehidupan itu yang terbaik untukku dan matikanlah aku jika kematian itu yang terbaik untukku. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan; 1. Hadis di atas melarang kita mengharapkan kematian sekalipun pada ketika sakit yang kita hadapi amat berat dan amat menyakitkan. Hendaklah kita bertahan dan terus mengharap kesembuhan dari Allah di samping berikhtiar apa yang terdaya. Namun jika kita tidak mampu bertahan lagi, berserahlah kepada Allah dengan membaca doa yang diajar Nabi itu. 2. Mudarat yang disebut oleh Nabi dalam hadis di atas, sebahagian ulamak Salaf mengkhususkan mudarat tersebut kepada yang bersifat duniawi. Adapun jika seseorang berhadapan mudarat yang bersifat ukhrawi iaitu ia bimbang berlaku fitnah kepada agamanya, tidak masuk dalam larangan hadis di atas. Maksudnya, jika seseorang bimbang kalau ia terus hidup akan agamanya akan musnah (seperti ia akan dipaksa murtad), haruslah ia meminta kematian dari Allah. Pandangan ini dikukuhkan oleh satu riwayat yang lain dari Ibnu Hibban rahimahullah-; Janganlah sesiapapun dari kamu mengharapkan kematian kerana suatu mudarat yang menimpanya di dunia, dimana huruf jarr ()dalam hadis ini memberi makna sebab (), yakni; dengan sebab sesuatu dari urusan dunia.

THIB NABAWIPage 16 HADIS 10 (DOA NABI KEPADA ORANG SAKIT) Dari Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wasallam- apabila menziarahi orang sakit atau dibawa kepadanya orang sakit, baginda akan membaca doa; Hilangkan penyakit wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah, Engkaulah Tuhan yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak akan membiarkan saki-baki penyakit. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan; 1. Hadis di atas mengadungi doa yang dibaca Nabi kepada pesakit sama ada ketika beliau menziarahi mereka atau di bawa pesakit kepadanya. Di dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa beliau membaca doa tersebut sambil mengusapkan tangan kanannya ke atas badan pesakit. Dari hadis ini dan yang seumpamanya kita dapat simpulkan bahawa menjadi sunnah Nabi mendoakan kesembuhan untuk pesakit. Di depan nanti akan ada tajuk khusus berkenaan ruqyah Nabi iaitu doa-doa Nabi untuk menyembuhkan penyakit atau untuk pelindungan diri dari penyakit.

THIB NABAWIPage 17 HADIS 11 (SETIAP PENYAKIT ADA UBAT DAN PENYEMBUHNYA) DariAbuHurairahradhiyallahuanhu-menceritakandariNabisallallahualaihi wasallam-yangbersabda;Allahtidakmenurunkanpenyakitmelainkaniamenurunkan untuknya ubat/penawar. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib). Ulasan; 1. Hadis atas merupakan jaminan dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- bahawa setiap penyakit yang dijadikan Allah akan ada ubat dan penawar untuknya. Kerana itu, manusia tidak boleh putus asa berikhtiar mencari ubat dan penawar untuk penyakit yang dihadapinya. Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda; Setiap penyakit mempunyai ubat. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir radhiyallahu anhu-). Dalam riwayat kedua ini, Nabi menyebutkan konsep pemadanan antara ubat dan penyakit; Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah. 2. Menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah rahimahullah- dalam kitabnya Zadul Maad; Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam- Setiap penyakit itu ada ubatnya merupakan suatu daya penguat jiwa pesakit dan doktor dan merupakan galakan ke arah mencari ubat tersebut dan membuat kajian untuk tujuan itu. Seseorang pesakit yang merasakan penyakitnya mempunyai ubat akan makin bertambah pergantungan hatinya dengan roh harapan, kehangatan perasaan putus asanya akan sejuk dan akan terbukalah pintu pengharapan. (Zadul Maad, jil. 4, m/s 69).

THIB NABAWIPage 18 HADIS 12 (TIGA PENYEMBUH; MADU, BEKAM DAN KAYY) Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma- bahawa Nabi sallallahu alaihi wa sallam- bersabda; Penyembuh ada pada tiga; 1.Toresan bekam (untuk mengeluarkan darah)3 2.Minum madu 3. al-Kayy (tuaman dengan api) Aku menegah umatku dari tuaman dengan api. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Di dalam hadis di atas ada tiga jenis pengubatan tabiie yang disebut oleh Nabi sallalahu alaihi wasallam-, iaitu; a) Menggunakan madu b) Hijamah (bekam) c) al-Kayy; iaitu membakar dengan besi panas (al-Qamus al-Muhit). 2. Menurut Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Thib an-Nabawi;Cara Nabi sallallahu alaihi wasallam- mengubati penyakit merangkumi tiga jenis pengubatan; a) Dengan ubat-ubatan thabiiyah b) Dengan ubat-ubatan ilahiyah c) Menggabungkan kedua-duanya.(at-Thib an-Nabawi, halaman 50). 2. Dari hadis di atas kita mendapati pengubatan dengan madu dan bekam adalah digalakkan oleh Nabi. Adapun pengubatan dengan kaedah al-kayy adalah dilarang oleh beliau. Namun demikian, terdapat beberapa hadis menceritakan Nabi pernah mengubati sahabatnya dengan al-Kayy sebagaimana dapat kita lihat di depan nanti. Setelah meneliti semua hadis tentang al-Kayy ini, para ulamak menyimpulkan; Pengubatan secara al-kayy tidaklah dilarang secara keseluruhannya. Ia diharuskan pada ketika-ketika tertentu terutamanya pada ketika tidak ada cara pengubatan yang lain yang dapat digunakan. (Fathul-Bari, kitab at-Thib, bab dan ... ).

3 Lihat; huraian dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 2670.

THIB NABAWIPage 19 HADIS 13 (MANISAN DAN MADU) Dari Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- menyukai manisan dan juga madu. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Al-Halwa dari segi bahasa merangkumi semua makanan yang manis atau manisan. Namun menurut as-Tsaalibi; makanan manis yang disukai oleh Nabi itu ialah yang dikenali dengan nama al-Maji iaitu kurma yang diadun dengan susu. (Aunul-Mabud, 8/217, bab Fi Syarab al-Asal) 2. Disebut pula madu walaupun ia ternasuk dalam al-Halwa (makanan yang manis) untuk menunjukkan kelebihan madu dari manisan-manisan yang lain. 3. Hadis di atas juga menunjukkan bahawa diharuskan kita menikmati makanan-makanan yang sedap/lazat dari rezki yang dikurniakan Allah dan ia tidak menyalahi sikap zuhud dan muraqabah. (Syarah Soheh Muslim, kitab at-Thalaq, bab Wujub al-Kaffarah).

THIB NABAWIPage 20 HADIS 14 (MADU UNTUK MENGUBATI SAKIT PERUT) Dari Abi Said al-Khudri radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Seorang lelaki datang bertemu Nabi sallallahu alaihi wasallam- lalu berkata; Saudaraku mengadu perutnya cirit-birit. Nabi berkata; Beri ia minum madu. Lelaki itupun memberi saudaranya minum madu. Namun kemudiannya ia datang kali kedua (mengadu lagi kerana perut saudaranya belum sembuh-pent.). Nabi berkata lagi; Beri ia minum madu. Ia datang lagi kali ketiga. Nabi tetap berkata; Beri ia minum madu. Ia datang lagi dan berkata; Telah aku lakukan, namun walaupun telah banyak kali aku beri ia minum madu, perutnya semakin cirit-birit. Nabi menjawab; Allah adalah benar, namun perut saudaramulah yang berdusta. Beri lagi ia minum madu. Ia pun memberinya lagi, akhirnya sembuhlah saudaranya itu.(Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib, bab ad-Dawa bi al-Asali dan bab Dawa al-Mabtun) Ulasan; 1. Hadis di atas mengajar satu bentuk pengubatan dengan menggunakan madu, iaitu untuk mengubati sakit perut. Mengikut makna yang lebih khusus, istitlaq dalam hadis di atas bermaksud; penyakit cirit-birit yang berpunca dari masalah penghadaman dan usus. (Minhatul-Bari). 2. Ucapan Nabi Allah itu benar adalah merujuk kepada firman Allah di dalam al-Quran; . _l _. _ ,..l _>l`.! _,. ,, l:_`> _. !.L, ',. l.>: ..l ,",!: _!.ll| _ ,l: , ,1l `>., __Keluardaridalambadannya(yaknilebah)minuman(madu)yangberlainanwarnanya, yangmengandungipenyembuhbagimanusia(dariberbagai-bagaipenyakit).

THIB NABAWIPage 21 Sesungguhnya padayang demikian itu ada tanda(yangmembuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah an-Nahl, ayat 69) Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa madu adalah penyembuh. Apabila madu itu tidak berkesan, maka puncanya bukan pada madu, akan tetapi pada perut. Menurut ulamak; Ucapan Nabi perut saudaramu yang berdusta.., maksud dusta di sini ialah berada dalam keadaan salah (yakni ada yang tidak kena). Dalam erti lain; perut berada dalam keadaan tidak baik untuk menerima penyembuhan. Punca keadaan perut yang tidak baik ini ialah banyaknya bahan-bahan yang rosak di dalamnya dan perlu dikeluarkan barulah penyembuhan boleh berlaku. Kerana itulah Nabi menyuruh diulangi meminum madu itu untuk mengosongkan perut dari bahan rosak tersebut. Dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa sebanyak tiga kali Nabi menyuruh lelaki tersebut memberi madu kepada saudaranya. Pada kali yang ketiga barulah sembuh. Lihat; (Fathul-Bari, Tuhfah al-Ahwazi (Bab at-Tadawi bi al-Asl), at-Thib an-Nabawi (Ibnul-Qayyim. Halaman 60)). 3. Dalam hadis di atas, selain pendedahan tentang pengubatan menggunakan madu, Nabi juga mengajar satu konsep dalam Thib Nabawi iaitu Kadar dan kuatiti ubat bergantung kepada keadaan penyakit. Berkata Imam Ibnul-Qayyim; Di antara kaedah utama dalam pengubatan ialah mengambil perkiraan terhadap empat perkara; a) Kadar ubat b) Kaedah pengubatan c) Kadar kekuatan penyakit d) Keadaan pesakit (at-Thib an-Nabawi, halaman 60).

THIB NABAWIPage 22 HADIS 15 (PENYEMBUHAN DENGAN BEKAM) DariAshim rahimahullah- yang menceritakan; Jabir bin Abdullah radhiyallahu anhu- telah menziarahi al-Muqanna. Jabir berkata kepadanya; Aku tidak akan meninggalkanmu hinggalah kamu berbekam. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Sesungguhnya pada berbekam ada penyembuhan. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Hadis di atas menunjukkan bagaimana besarnya keyakinan para sahabat terhadap pengubatan Nabi (Thib Nabawi) khususnya bekam. Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda; Sebaik-baik pengubatan bagi kamu ialah bekam (Sunan at-Tirmizi, dari Anas).

THIB NABAWIPage 23 HADIS 16 (RASULULLAH BERBEKAM) Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- berbekam ketika beliau sedang berpuasa. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam- berbekam ketika sedang berpuasa. Terdapat hadis lain menceritakan Rasulullah berbekam ketika baginda dalam ihram haji. 2. Terdapat hadis menceritakan; Nabi berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 mengikut bulan Islam (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas radhiyallahu anhu- (kitab at-Thib, bab al-Hijamah). Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib). Nabi juga bersabda; Berbekam pada hari ke 17, ke 19 dan ke 21 adalah penyembuh bagi segala penyakit (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu-. Lihat hadis ini dalam; Tuhfah al-Ahwazi, kitab at-Thib, bab al-Hijamah). 3. Menurut ulamak-ulamak Thib Nabawi, antara adab-adab dalam berbekam ialah; a)Jangan terlalu kerap dan jangan jadikan kebiasaan (Imam as-Suyuti, Thib ar-Rahmah). b)Paling baik berbekam sebelum makan dan minum dikecualikan jika seorang itu lemah, eloklah ia makan dulu. Terdapat hadis yang menyebutkan; Berbekam sebelum makan dan minum paling baik untuk penyembuhan di samping menguatkan ingatan (Sunan Ibnu Majah, dari Ibnu Umar). c)Hari terbaik ialah Ahad dan Isnin. Adapun hari Selasa; khilaf. d)Dimakruhkan hari Sabtu dan Rabu. e)Dalam sebulan, hari terbaik ialah lepas tengah bulan (yakni 15 ke atas) dan sebelum habis bulan. f)Sebelum bekam, jangan bersama isteri sehari-semalam. Begitu juga selepas bekam. g)Jika ingin berbekam besok, hendaklah makan malam selepas asar. h)Selepas bekam, jangan makan makanan masin supaya badan tidak terumbang-ambing, jangan makan susu masam dan juga susu itu sendiri (jika minum susu atau susu masam akan menyebabkan sopak), juga jangan makan delima masam (kerana boleh menyebabkan kudis/penyakit kulit () dan lumpuh sebelah badan (). i)Hendaklah mengurangkan minum air selepas bekam.

THIB NABAWIPage 24 j)Hendaklah minum selepasnya cuka, kemudian menghirup sup daging dan manisan. (Rujukan; al-Bustan, Imam as-Samarqandi)4

4 Dinaqalkan dari kitab Bughyatu al-Mustarsyidin Fi Talkhis Fatawa Badhi al-Aimmah Minal-Mutaakhirin, oleh; Syeikh Abdurrahaman bin Muhammad bin Husain al-Masyhur, hlm. 290. Cet. Dar al-Faqih, Abu Dabi dan Tarim (Yaman). Kitab ada di Perpustakaan MANHAL Sp).

THIB NABAWIPage 25 HADIS 17 (MENGAMBIL UPAH DARI BEKAM) Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anu- menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- telah berbekam dan memberikan kepada pembekam upahnya. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Ijarah) Ulasan; 1. Dua hadis di atas menjadi dalil diharuskan mengambil upah dari khidmat bekam, kerana jika tidak harus sudah tentu Nabi tidak akan memberi upah kepada orang yang membekamnya. Inilah yang menjadi pegangan jumhur ulamak.

THIB NABAWIPage 26 HADIS 18 (BERUBAT DENGAN SUSU DAN AIR KENCING UNTA) Anas radhiyallahu anhu- menceritakan; Terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mengalami sakit kerana cuaca di Madinah (yang tidak sesuai dengan tubuh mereka). Nabi lalu menyuruh mereka supaya tinggal bersama pengembala unta milik baginda dan meminum susu dan juga air kencing unta-unta milik baginda. Mereka pun tinggal dengannya dan meminum susu dan air kencing unta hinggalah tubuh-badan mereka kembali pulih/sihat. Namun mereka telah membunuh pengembala Nabi itu dan merampas unta-unta milik baginda. Nabi menghantar sekumpulan sahabat menjejaki mereka dan baginda menghukum mereka dengan dipotong tangan dan kaki mereka serta dibutakan mata mereka. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Mengenai manfaat air kencing unta untuk perubatan, terdapat hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu- menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Hendaklah kamu berubat dengan air kencing unta kerana ia bermanfaat untuk penyakit zaribah (perut yang tidak dapat menghadamkan makanan). (Riwayat Ibnu Munzir. Lihat hadis ini dalam Tuhfah al-Ahwazi dan Fathul-Bari). Zaribah menurut ulamak ialah penyakit yang menimpa perut yang menyebabkan ia tidak dapat menghadamkan makanan. (Fathul-Bari, an-Nihayah) Terdapat riwayat yang menyebutkan kedua-dua sekali (susu dan air kencing);

THIB NABAWIPage 27 Pada susu unta dan air kencing unta terdapat penawar bagi zaribah. (Riwayat Imam Ibnu Sunni dan Ibnu Nuaim dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu-. Lihat hadis ini dalam; Kanzul-Ummal, hadis no. 28286).

THIB NABAWIPage 28 HADIS 19 (TAMAR BASAH DAN TIMUN) Dari Abdullah bin Jaafar radhiyallahu anhu- menceritakan; Aku telah melihat Nabi sallallahu alaihi wasallam- makan buah kurma basah dengan timun. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Atimah). Ulasan; 1. Berkata Imam al-Qurtubi rahumahullah-; Di antara yang dapat disimpulkan dari hadis ini ialah keharusan mengambil kira sifat-sifat makanan dan tabiatnya dan menggunakannya mengikut cara yang sewajarnya berdasarkan prinsip at-thib (pengubatan) kerana pada tamar basah terdapat sifat panas, sementara timun pula bersifat sejuk, lalu apabila dimakan bersama-sama, akan stabil/seimbanglah keduanya. Ini adalah prinsip yang besar dalam pencampuran ubat. Abu Nuaim rahumahullah- dalam kitabnya at-Thibb telah meletakkan tajuk bagi hadis di atas Makanan-makanan yang dimakan bersama tamar basah untuk menghilangkan mudaratnya. (Fathul-Bari).

THIB NABAWIPage 29 HADIS 20 (HABBATUS-SAUDA) Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu- menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah salllahu alaihi wasallam- bersabda; Habbatus-Sauda adalah ubat bagi segala penyakit kecuali as-Sam. Berkata Ibnu Syihab; as-Sam ialah mati, sementara Habbatus-Sauda ialah as-Syuniz. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Menurut ulamak; pengubatan dengan habbatus-sauda paling baik ialah untuk penyakit yang berpunca dari kelembapan dan kesejukan kerana habbatus-sauda sifatnya ialah panas-kering. (Faidhul-Qadier, Imam al-Munawi, hadis no. 3780).

THIB NABAWIPage 30 HADIS 21 (CARA PENGUBATAN DENGAN HABBATUS-SAUDA) Dari Khalid bin Saad menceritakan; kami keluar dan bersama kami Ghalib bin Abhar. Lalu Ghalib ditimpa sakit di perjalanan. Ketika kami tiba di Madinah, ia masih sakit. Maka datang menziarahinya Ibnu Abi Atiq. Lalu ia berkata kepada kami; Hendaklah kamu mengubatinya dengan Habbatus-Sauda. Ambillah lima atau tujuh butir, haluskannya dan kemudian titikkan ia ke dalam kedua-dua belah hidung bersama titikan-titikan minyak. Sesungguhnya Saidatina Aisyah radhiyallahu anha- yang menceritakan kepadaku bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sesungguhnya biji hitam ini adalah ubat bagi segala penyakit kecuali as-sam. Aku bertanya;5 Apa itu as-sam?. Ia menjawab; Mati. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Di dalam hadis di atas, habbatus-sauda digunakan dalam bentuk minyak. Disebut juga dalam riwayat, antara cara pengubatan dengan habbatus-sauda ialah; ditumbuk halus, kemudian dimakan bersama air bercampur madu (al-Jami as-Saghier, hadis no. 5675). Jadi, pengubatan dengan habbatus-sauda ini boleh dalam pelbagai bentuk; di makan, di jadikan minuman, ditumbuk halus, dicampur dengan ubatan lain, ditetes ke dalam hidung dan sebagainya mengikut jenis penyakit. Ia boleh digunakan secara tunggal atau dicampur dengan ubatan lain (Lihat; Fathul-Bari).

5 Menurut penjelasan Ibnu Hajar dalam Fathu al-Bari; tidak jelas siapa yang bertanya dan siapa yang menjawab. Barangkali menurut beliau- yang bertanya ialah Khalid bin Saad dan yang menjawab ialah Ibnu Abi Aqid (*Khalid meriwayatkan dari Ibnu Abi Aqiq dan Ibnu Abi Aqiq dari Aisyah). (Fathul-Bari, al-Maktabah as-Syamilah).

THIB NABAWIPage 31 HADIS 22 (TALBINAH) DariUrwahrahimahullah-menceritakan;SaidatinaAisyahradhiyallahuanha- menyuruhagardijamukantalbinahkepadaorangsakitdanorangyangdalamkesedihan keranakematian/kecelakaan.Iaberkata;AkutelahdengarRasulullahs.a.w.bersabda;Talbinahmententeramkanhatiorangsakitdanmenghilangkansebahagiankedukaan. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib) Ulasan; 1. Talbinah ialah air dari tepung barli yang dikisar. Dipanggil dengan Talbinah kerana ia menyerupai susu pada warnanya yang putih dan keadaannya yang cair. Kadang-kadang dicampur ke dalamnya madu. (Syarah Soheh Muslim (Imam an-Nawawi), at-Thib an-Nabawi (Ibnul-Qayyim, hlm. 128, 254)

THIB NABAWIPage 32 HADIS 23 (PENGUBATAN DENGAN UD HINDI (GAHARU)) Dari Ummu Qais binti Mihsan radhiyallahu anha- menceritakan; Aku telah mendengar Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Hendaklah kamu menggunakan Ud Hindi (kayu wangian India). Padanya ubat/ penyembuhan bagi tujuh penyakit antaranya menitiskannya ke dalam hidung untuk mengubati al-uzrah dan dimasukkan ke dalam mulut (melalui sebelah kanan atau kirinya) untuk mengubati Zatil-Janbi. Aku masuk bertemu Nabi dengan membawa anak lelakiku yang belum makan sebarang makanan. Tiba-tiba anakku itu kencing atas riba baginda. Baginda meminta air dan merenjis ke atas pakaiannya yang terkena air kencing itu.(Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Ud Hindi (kayu gaharu India) dalam hadis di atas sama makna dengan Qustu Hindi ( ) yang disebut dalam riwayat yang lain.6 Nama saintifiknya ialah Aloexyln agappochum. Menurut Imam Ibnu al-Arabi rahimahullah-; al-Qustu ada dua jenis iaitu Hindi dan Bahri. Jenis Hindi berwarna hitam, sedang Bahri berwarna putih. Jenis Hindi lebih panas sifatnya dari Bahri. (Fathul-Bari). Dalam hadis di atas, Nabi menyuruh menggunakan jenis Hindi, namun ada riwayat lain Nabi menyuruh menggunakan jenis Bahri. Sabda Nabi; Sesungguhnya cara pengubatan yang paling sesuai bagi kamu ialah al-hijamah dan al-Qustu al-Bahri (Riwayat Imam al-Bukhari dari Anas radhiyallahi anhu-). Menurut Imam Ibnu Hajar; dapat diandaikan bahawa Nabi mungkin memberi cadangan ubat mengikut kesesuaian pesakit. Bagi pesakit yang memerlukan ubat yang lebih kuat, Nabi menyarankan kepadanya Ud/Qustu dari jenis Hindi. Bagi yang kurang, Nabi

6 Lihat huraian Ibnu Hajar dalam bab al-Uzrah.

THIB NABAWIPage 33 menyarankan Ud/Qustu dari jenis Bahri. Sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu al-Arabi tadi; Ud/Qustu dari jenis Hindi lebih tinggi sifat panasnya dari jenis Bahri. Ibnu Sina menyebutkan; Qustu sifatnya adalah panas yang berada pada tahap ke tiga dan kering yang berada pada tahap kedua. (Fathul-Bari). 2. Di dalam hadis di atas, Nabi menyebutkan dua cara pengubatan dengan menggunakan kayu India; a) Dengan cara as-Suut (untuk mengubati al-Uzrah); as-Suut bermaksud menitis ubat ke dalam hidung. Caranya ialah; membaringkan pesakit dengan melentang di atas belakangnya. Di belakangnya di tengah-tengah antara dua bahu- diletakkan lapik supaya dada terangkat dan kepala jatuh ke bawah. Kemudian dititikkan air atau minyak bercampur ubat ke dalam hidung supaya sampai ke kepala untuk mengeluarkan penyakit darinya dengan cara bersin. (Fathul-Bari). b) Dengan cara al-Ladud (untuk mengubati penyakit zatil-janbi); Al-Ladud ialah pengubatan dengan cara menuangkan ubat ke dalam mulut pesakit melalui salah satu sisi mulutnya (sebelah kanan atau kiri). (Tuhfah al-Ahwazi, an-Nihayah). 3. Penyakit al-Uzrah (Sore Throat) ialah sakit pada halkum (tekak) yang disebabkan oleh darah. Ada juga yang berkata; ia adalah barah atau bisul yang terbit di saluran yang menghubungkan tekak dan hidung (lihat; Syarah Soheh Muslim (Imam an-Nawawi) dan Fathul-Bari (Ibnu Hajar)). Zatil-Janbi(Pleurisy) pula ialah penyakit radang selaput paru-paru dan toreks yang menyebabkan dada dan rusuk terasa sakit. 4. Dalam Sunan at-Tirmizi, terdapat hadis; Ibnu Abbas radhiyallahu anhu- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- telah bersabda; Sebaik-baik cara pengubatan yang kamu lakukan ialah dengan cara as-Suut, al-Hijamah (bekam) dan al-Masyi (pengubatan dengan membersihkan usus).(Riwayat Imam at-Tirmizi, bab Ma Ja-a Fi as-Suut wa Ghairihi) a) As-Suut telah kita terangkan di atas. b) al-Ladud juga telah diterangkan di atas. c) al-Hijamah; bermaksud berbekam iaitulah mengeluarkan darah dari badan dengan cara tertentu. d) al-Masyi ialah ubat yang diberikan untuk mengosongkan usus di mana orang yang memakannya akan kerap berulang alik ke tandas. Kerana itu diberi namanya dengan al-Masyi yang bermaksud kerap berjalan. (Tuhfah al-Ahwazi).

THIB NABAWIPage 34 5. Di dalam hadis di atas Nabi menyebutkan Ud/Qustu Hindi itu dapat menyembuhkan tujuh penyakit, namun yang dijelaskan Nabi hanya dua sahaja. Apa lima penyakit selebihnya? Tidak dijelaskan oleh Nabi. Menurut Imam Ibnu Hajar; mungkin dapat diandaikan bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dengan tujuh itu ialah cara pengubatan. Nabi telah menyebutkan dua cara iaitu as-Suut dan al-Ladud. Adapun lima cara lagi ialah; a) ; menyapu tempat sakit (dijadikan ubat sapu ke tempat luka). b) ; dengan meminumnya (dihaluskan/dikisar dan dicampur dengan air atau madu) c) ; mendemah dengannya d) ; iaitu air dimasak dengan campuran ubat, dimasukan ke dalam jar, kemudian dituang ke atas kepala pesakit sikit demi sedikit (al-Qamus al-Muhit).e) ; mengasapkannya. Setiap satu dari tujuh cara di atas memberi manfaat bagi penyakit yang berbeza. (Fathul-Bari).

THIB NABAWIPage 35 HADIS 24 (AL-KAM,AH) Dari Said bin Zaid radhiyallahu abu- berkata; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- telah bersabda; Al-Kam,ah adalah dari anugerah (Allah) dan airnya adalah penyembuh bagi mata. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Menurut penjelasan ulamak; al-Kam,ah ialah sejenis tumbuhan yang tidak berdaun dan tidak berbatang, tumbuh di atas tanah tanpa ditanam oleh manusia. (Fathul-Bari). Bahasa sintifiknya ialah Black Truffle Tuber Melanosporum. 2. Nabi menyebutkan al-Kam,ah itu sebagai al-mann (anugerah Allah) kerana tumbuhnya di atas bumi tanpa ditanam atau diusahakan oleh manusia, maka ia diumpamakan seperti al-mann yang diturunkan Allah dari langit kepada Bani Israel sebagaimana yang diceritakan Allah dalam al-Quran; Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri (Surah al-Baqarah, ayat 57). Ada juga ulamak berpandangan; sememangnya al-kam,ah itu sendiri adalah al-mann yang diturunkan Allah kepada Bani Israel berdalilkan pengertian umum hadis di atas. (Syarah Soheh Muslim, kitab al-Asyribah, bab ). 3. Cara pengubatan dengan al-Kam,ah ini menurut ulamak; diperah untuk mendapatkan airnya, kemudian dititis ke dalam mata. Imam an-Nawawi menceritakan; pada zamannya terdapat seorang ulamak yang soleh serta periwayat hadis bernama Syeikh Kamal bin Abdullah ad-Dimasyqi yang buta matanya (penglihatannya hilang sepenuhnya), kemudian ia berikhtiar dengan mencelakinya matanya dengan air al-kam,ah kerana yakin

THIB NABAWIPage 36 dengan hadis Nabi dan mengambil berkat dengannya, lalu ia sembuh dan dapat melihat semula. (Syarah Soheh Muslim, kitab al-Asyribah, bab ).

THIB NABAWIPage 37 HADIS 25 (MENGUBATI LUKA DENGAN ABU) Sahl bin Saad as-Saidi radhiyallahu anhu- menceritakan; Tatkala topi perisai Nabi sallallahu alaihi wasallam- pecah (dalam satu peperangan) di mana muka Nabi berdarah dan gigi depannya patah, Saidina Ali radhiyallahu anhu- berulang-alik mengangkut air dengan alat perisainya. Fatimah radhiyallahu anha- datang membasuh darah dari muka baginda. Apabila Fatimah mendapati darah semakin banyak keluar apabila dibasuh dengan air, beliau mengambil tikar, lalu membakarnya dan menempel (abu dari tikar itu) ke luka Nabi dan dengan itu darah berhenti mengalir. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib) Ulasan; 1. Dalam hadis di atas tidak dinyatakan tikar dari bahan apa yang dibakar oleh Fatimah. Berkata Ibnu Battal rahimahullah-; Menurut para ahli pengubatan; semua jenis tikar jika dibakar akan berupaya menghentikan pengaliran darah, malah semua jenis abu. Ini kerana abu sifatnya ialah menghalang pengaliran. Kerana itulah Imam at-Tirmizi rahimahullah- dalam Sunannya meletakkan tajuk bagi hadis tersebut dengan Berubat dengan abu. Berkata Imam al-Mahlab rahimahullah-; Hadis di atas menunjukkan bahawa menghentikan pengaliran darah dengan abu telah sedia diketahui mereka (orang-orang Arab), terutamanya abu dari tikar dari jenis Dais as-Sudi ( ) di mana di samping dapat menahan pengaliran darah baunya juga wangi (dapat menutup bau hanyir darah). (Fathul-Bari, kitab at-Thib, bab )

THIB NABAWIPage 38 HADIS 26 (MENGUBATI DEMAM) Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Demam adalah dari bahang api neraka jahannam. Oleh itu sejukkanlah ia dengan air. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib). Ulasan; 1. Hadis di atas mengajar satu konsep pengubatan Thib Nanawi iaitu suatu penyakit dilawan/dineutralkan dengan suatu yang bertentangan dengannya. Kepanasan demam dineutralkan dengan kedinginan air.

THIB NABAWIPage 39 HADIS 27 (CARA MENGUBATI DEMAM DENGAN AIR) Fathimah binti al-Munzir menceritakan; Asma binti Abu Bakar radhiyallahu anha- apabila dibawa berjumpanya wanita yang demam, ia akan meminta dibawakan air, lalu ia menuang air melalui belahan leher baju wanita tersebut. Ia berkata; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- menyuruh kami agar menyejukkan demam dengan air. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib) Ulasan; 1. Dalam hadis tadi, Nabi hanya menyebutkan secara umum pengubatan demam dengan mereda atau menyejukkan orang yang demam dengan air. Baginda tidak menyebutkan kaedah penyejukan itu secara terperinci sama ada dengan memandikan seluruh badan atau menyapukan badan dengan air sahaja atau menjaramkan kepala dengan air atau sebagainya. Berkata ulamak; perincian tentang kaedah penyejukan itu adalah kembali kepada ahli pengubatan mengikut ilmu dan pengalamannya sebagaimana dapat diambil contoh dari perbuatan Asma dalam hadis di atas. Para tabib atau ahli pengubatan telah mensepakati bahawa penyakit yang sama berbeza cara mengubatinya melihat kepada perbezaan umur, zaman/musim, kebiasaan hidup, makanan yang dimakan dan sebagainya. (Tuhfah al-Ahwazi Syarak Jami at-Tirmizi, bab )

THIB NABAWIPage 40 HADIS 28 (WABAK TAUN) Usamah bin Zaid radhiyallahu anhu- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Taun adalah azab yang dihantar (Allah) kepada satu kaum dari kalangan Bani Israel atau orang-orang sebelum kamu. Jika kamu mendengar taun tersebar di satu negeri, janganlah kamu memasuki negeri itu, dan jika ia telah tersebar di satu negeri sedang kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar dari negeri itu. (Soheh al-Bukhari, kitab Bad,I al-Khalq, Hadis al-Ghar) Ulasan; 1. Taun adalah sejenis wabak iaitu penyakit yang menyerang orang ramai. Menurut Imam Ibnul-Qayyim; Larangan Nabi dari memasuki kawasan yang diserang wabak ialah arahan agar kita mengambil langkah penjagaan dan pemeliharaan diri dari dikenai penyakit. Larangan dari keluar dari kawasan tersebut pula ialah arahan agar kita bertawakkal dan berserah kepada Allah (at-Thib an-Nabawi, halaman 67). Maksudnya; sebelum terkena penyakit, kita hendaklah mengelak darinya sedapat mungkin. Namun apabila telah terkena penyakit, kita hendaklah bersabar, bertawakkal dan berserah kepada Allah di samping berikhtiar untuk menyembuhkannya. 2. Menurut Imam Ibnul-Qayyim; Prinsip pengubatan jasad yang ditunjuki oleh Allah ada tiga; a) Hifzu as-Sihhah (penjagaan kesihatan) b) al-Himyah (Sekatan diri dari perkara yang menimbulkan penyakit/kesakitan kepada tubuh) c) al-Istifragh (Penyahan bahan-bahan yang rosak dari badan). Ke semua prinsip pengubatan ini terdapat di dalam al-Quran. (at-Thib an-Nabawi, halaman 34).

THIB NABAWIPage 41 HADIS 29 (RUQYAH) Dari Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- meniup ke atas dirinya sendiri pada ketika beliau sakit hampir kematiannya dengan membaca al-Muawwizat (iaitu suran al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas). Namun tatkala sakitnya semakin berat, akulah yang meniup dengan membaca al-Muawwizat tersebut, kemudian dengan tangan beliau sendiri aku sapukan ke badannya untuk mengambil keberkatan dengan tangannya. Az-Zuhri ditanya; Bagaimana Nabi meniup?. Beliau menjawab; Beliau meniup ke kedua tangannya, kemudian beliau menyapu kedua tanganya itu ke wajahnya. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Ar-Ruqyah bermaksud; bacaan atau zikir pelindung yang dibaca kepada orang sakit (lihat; an-Nihayah). Menurut Imam Ibnu Hajar rahimahullah-; Telah menjadi ijmak ulamak bahawa keharusan ruqyah adalah terikat dengan tiga syarat; a) Menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifat Allah. b) Menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya. c) Dengan iktikad bahawa bukan ruqyah itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah. (Lihat; Fathul-Bari, kitab at-Thibb, bab ) 2. Dilarang sama sekali meruqyah dengan ruqyah yang mengandungi ucapan syirik. Seorang sahabat Nabi bernama Auf bin Malik al-Asyjaie radhiyallahu anhu- menceritakan; Kami biasa meruqyah pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam) kami bertanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam-; Ya Rasulullah, apa pandangan kamu tentang ruqyah?. Beliau menjawab; Tunjukkan kepadaku ruqyah kamu. Tidak mengapa dengan ruqyah selagi tidak ada syirik padanya (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari Auf bin Malik radhiyallahu anhu-). 3. Apa yang terbaik ialah kita meruqyah dengan ayat-ayat al-Quran atau dengan zikir-zikir dan doa-doa yang maksur dari Nabi sallallahu alaihi wasallam- kerana tidak ada

THIB NABAWIPage 42 sebarang keraguan padanya dan doa dan zikir dari al-Quran atau as-Sunnah sudah pasti lebih mustajab dari dari yang lain sekalipun diharuskan apabila memenuhi tiga syarat tadi. 2. Dari perbuatan Aisyah meruqyah Nabi dalam hadis di atas menjadi dalil bahawa diharuskan wanita meruqyah lelaki. (Fathul-Bari).

THIB NABAWIPage 43 HADIS 30 (RUQYAH DENGAN AL-FATIHAH) Dari Abi Said al-Khudri radhiyallahu anhu- menceritakan; Beberapa orang dari sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam- telah singgah di satu kawasan penempatan Arab. Penduduk di situ enggan menerima mereka sebagai tetamu. Tiba-tiba pemimpin mereka telah disengat/dipatuk ular/kala. Merekapun bertanya rombongan sahabat tadi; Apakah ada bersama kamu ubat atau orang yang boleh meruqyah?. Rombongan sahabat itu menjawab; Tetapi tadinya kamu enggan menerima kami menjadi tetamu. Kami tidak akan mengubati/meruqyahnya melainkan kamu semua memberikan suatu pemberian untuk kami. Penduduk kampong tersebut sudi memberikan mereka potongan dari daging kambing. Lalu Abu Said membacakan surah al-Fatihah dengan menghimpunkan air liurnya dan meniupkan (ke tempat sengatan tadi dengan sedikit air ludah), lalu sembuhlah pempimpin kaum tadi. Penduduk kambung memberikan mereka kambing. Mereka berkata; Kita tidak akan memakannya melainkan setelah kita bertanya Nabi. Mereka pun bertanya Nabi. Nabi ketawa dan berkata; Bagaimana kamu tahu surah Fatihah itu adalah ruqyah? Makanlah dan berikan sebahagian untukku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Pengubatan yang dilakukan oleh Nabi merangkumi dua jenis pengubatan; pengubatan Ilahiyah dan Tabiiyyah. Pengubatan Ilahiyah ialah pengubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir serta doa yang maksur dari Nabi. Al-Quran mempunyai kekuatan penyembuhan sebagaimana dinyatakan sendiri oleh Allah dalam firmanNya;

THIB NABAWIPage 44 Dan Kami menurunkan dari Al-Quran apa yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidak menambah kepada orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (al-Isra, ayat 82) Abdullah bin Masud radhiyallahu anhu- berkata; Hendaklah kamu menggunakan dua penyembuh; al-Quran dan madu (Riwayat Imam al-Baihaqi dalam Syuabil-Iman). 2. Imam Ibnul-Qayyim menceritakan; Ketika aku berada di Mekah, aku telah ditimpa sakit. Tidak ada doktor dan tidak ubat. Maka aku bertekad mengubati kesakitanku dengan al-Fatihah. Aku mengambil air zamzam, aku bacakan al-Fatihah berulang-ulang kali, kemudian aku meminumnya. Dengannya aku mendapat kesembuhan yang sempurna. Setelah itu bagi kebanyakan sakitku cara itulah yang aku amalkan dan aku mendapat manfaat yang maksima dengannya. (al-Thib an-Nabawi, halaman 171). 3. Pengubatan Ilahiyah bergantung kepada dua kekuatan; (Pertama); Dari pihak orang sakit; iaitu sejauhmana keyakinan dan ketulusan hatinya kepada Allah.(Kedua); Dari pihak orang yang mengubati; sejauhmana kekuatan tawajjuhnya kepada Allah dan sejauhmana kekuatan hatinya dalam bertakwa dan bertawakkal kepada Allah. (at-Thib an-Nabawi, Ibnul-Qayyim, halaman 84)

THIB NABAWIPage 45 HADIS 31 (RUQYAH UNTUK PENYAKIT AIN) Dari Aisyah rafdhiyallahu anha- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam- menyuruhku atau baginda menyuruh untuk diruqyahkan dari al-ain. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Al-Ain bermaksud; a) Renungan mata dari musuh atau dari orang berhasad yang menyebabkan orang yang dipandang mendapat sakit. (an-Nihayah). b) Atau, seorang memandang kepada sesuatu dan berasa takjub melihatnya,lalu pandangan takjubnya itu menimbulkan mudarat kepada benda yang dipandang itu. (Minhatul-Bari). 2. Cara mengubati al-Ain ialah; a) Orang yang mengakibatkan al-Ain (yakni mudarat al-Ain itu datang dari matanya) hendaklah membasuh anggota-anggotanya (iaitu wajahnya, dua tangan, dua siku, dua lutut dan jari-jari dua kakinya) serta bahagian dalam kain izarnya (kain sarungnya) iaitu bahagian yang mengenai kulit; dibasuh dan airnya ditadah ke dalam bekas, kemudian disiramkan ke atas orang yang terkena al-ain. Akan sembuh dengan izin Allah. (Soheh at-Thib an-Nabawi, halaman 135-138). b) Dibacakan ar-Ruqyah untuk mengubat al-Ain. Antaranya ayat 51 dari surah al-Qalam. (Soheh at-Thib an-Nabawi, halaman 135-138). c) Orang yang mengakibat al-Ain mengambil wudhuk, kemudian air wudhuknya disiramkan ke atas mangsa yang terkena al-ain. (Soheh at-Thib an-Nabawi, halaman 135-138).

THIB NABAWIPage 46 HADIS 32 (RUQYAH UNTUK SENGATAN) Dari al-Aswad rahimahullah- yang menceritakan; Aku bertanya Aisyah radhiyallahu anha- berkenaan hukum melakukan ruqyah terhadap sengatan binatang berbisa. Maka ia menjawab; Nabi sallallahu alaihi wa sallam- telah memberi kelonggaran untuk melakukan ruqyah terhadap semua jenis sengatan binatang berbisa/beracun. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Hadis di atas menyebutkan keharusan meruqyah bagi menyembuhkan sengatan binatang berbisa. Dalam hadis sebelum ini (hadis ke 30), diceritakan bahawa para sahabat menyembuhkan sengatan ruqyah surah al-Fatihah. 2. Selain surah al-Fatihah, ruqyah lain yang warid dari Nabi untuk menyembuhkan sengatan binatang surah al-Ikhlas, al-Alaq dan an-Nas. Abdullah bin Masud menceritakan; Nabi mengerjakan solat. Sedang beliau sujud, seekor kala jengking menyengat satu jari tangannya. Bila selesai solat, beliau berkata; Semoga Allah melaknat kala jengking. Dia tidak pernah menghirau Nabi atau orang lain melainkan disengatnya. Kemudian Nabi minta dibawa satu bekas berisi air dan garam. Beliau mencelupkan jari tangannya yang disengat tadi ke dalam bekas berisi air dan garam itu sambil membacakan (iaitu surah al-Ikhlas) dan al-Mauzatain (iiatu surah al-Falaq dan an-Naas) sehingga reda kesakitan akibat sengatan itu.(Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan at-Tirmizi) Dalam hadis ini Nabi menggabungkan dua pengubatan iaitu pengubatan Thabiiyyah dan pengubatan ilahiyah, iaitu mengubati sengatan dengan air garam dan juga ruqyah al-Quran. Menurut Imam Ibnul-Qayyim; Garam berupaya menyembuhkan banyak dari bisa-bisa terutamanya bisa sengatan kala. Ia mempunyai dua kekuatan iaitu; kekuatan menyedut dan kekuatan mengurai/membuang, iaitu ia dapat menyedut bisa dan kemudian menguraikannya. Air pula mendinginkan. Oleh kerana bisa menimbulkan rasa panas, ia didinginkan dengan air. Maka gabungan air dan garam menghimpunkan tiga kekuatan bagi mengatasi bisa sengatan; kekuatan sedutan, kekuatan mengurai dan kekuatan meredakan kepanasan. (al-Thib an-Nabawi, halaman 174).

THIB NABAWIPage 47 HADIS 33 (ANTARA RUQYAH NABI) Dari Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wasallam- membaca doa perlindungan untuk ahli keluarganya apabila ia menziarahi mereka yang sedang sakit iaitu baginda menyapu dengan tangan kanannya dan membaca; Ya Allah, wahai Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah, Engkaulah Tuhan yang menyembuhkan, di tanganMulah penyembuhan, tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak akan membiarkan saki-baki penyakit. (Riwayat Imam al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Hadis di atas mengandungi salah satu Ruqyah yang dibaca Nabi untuk pesakit; Ya Allah, wahai Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah, Engkaulah Tuhan yang menyembuhkan, di tanganMulah penyembuhan, tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak akan membiarkan saki-baki penyakit.

THIB NABAWIPage 48 HADIS 34 (RUQYAH BERSAMA TANAH) Dari Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- membaca kepada pesakit ketika meruqyahnya; Dengan nama Allah, dengan berkat tanah kami, dengan air liur sebahagian kami, moga disembuhkan penyakit kami, dengan izin Tuhan kami (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah-; Nabi sallallahu alaihi wasallam- mengambil dari air liurnya dengan jari telunjuknya, kemudian ia meletakkan jari telunjuknya itu ke atas tanah hingga melekat sedikit tanah meletak di jarinya, seterusnya baginda menyapukannya ke tempat sakit atau ke luka sambil mengucapkan ruqyah di atas. (Fathul-Bari) 2. Dalam riwayat Imam Muslim; dari Ibnu Umar radhiyallahu anhu- yang meriwayatkan dari Sufyan radhiyallahu anu- terdapat tambahan di awal hadith dengan lafaz; Bila ada seseorang mengadu sakit atau mengalami luka, Nabi sallallahu alaihi wasallam- akan melakukan dengan jarinya sebegini sambil Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah, kemudian mengangkatnya- dan membaca ruqyah di atas. (Lihat; Fathul-Bari, bab ).

THIB NABAWIPage 49 HADIS 35 (CARA MENIUP KETIKA MERUQYAH) Dari Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- apabila hendak tidur, baginda akan meniup/menghembus kepada dua tapak tangannya sambil membaca Qul-Huwallahu-Ahad dan dua muawwizah (iaitu surah al-Falaq dan an-Nas), kemudian baginda akan menyapu dengan tangannya itu mukanya dan kawasan tubuh yang dapat dijangkau oleh dua tangannya. Aisyah berkata lagi; Tatkala Nabi sakit, beliau telah menyuruhku untuk melakukan sedemikian kepadanya. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib). Ulasan; 1. an-Nafath () dalam hadis di atas bermaksud menghembus/meniup dengan sedikit air ludah. Dalam hadis Abi Said radhiyallahu anhu- yang menceritakan para sahabat meruqyah ketua kaum yang disengat binatang, kalimah yang digunakan ialah at-Tufl () (sila lihat kembali bab Meruqyah dengan al-Fatihah).7 At-Tufl ialah menghembus dengan sedikit air liur juga tetapi lebih banyak dari an-Nafath. Urutannya adalah seperti berikut; a) an-Nafakh (); menghembus/meniup tanpa air liur lansung b) an-Nafath; menghembus dengan sedikit air liur c) at-Tufl; iaitu menghembus dengan sedikit air liur tapi lebih banyak dari an-Nafath. d) al-Bazq (); meludah. (Mukhtar as-Sihah) 2. Hadis di atas menunjukkan bahawa ketika membaca Ruqyah kita disunatkan meniup ke tangan (kemudian menyapunya ke tempat sakit) atau meniup terus ke tempat sakit. Cara tiupan ialah secara an-nafath atau at-tufl di atas.

7 Fathul-Bari (Kitab at-Thib, bab bab ).

THIB NABAWIPage 50 HADIS 36 (SAWAN) Dari Atho bin Abi Rabah rahimahullah- menceritakan; Ibnu Abbas radhiyallahu anhu- bertanyaku; Mahukah kamu aku tunjukkan seorang wanita dari ahli syurga?. Aku berkata; Ya. Ia menjawab; Itulah dia perempuan berkulit hitam yang pernah datang kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam- lalu berkata; Sesungguhnya aku telah ditimpa shara (sawan) dan auratku terdedah (setiap kali sawan itu menyerang-pent.), maka berdoalah kepada Allah untukku. Maka Nabi berkata kepadanya; Jika kamu mahu, bersabarlah dan untukmu syurga. Namun jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Ia menyembuhkanmu. Perempuan itu menjawab; Aku pilih untuk bersabar. Ia berkata lagi; Namun auratku terdedah (bila sawan itu datang-pent.), maka berdoalah kepada Allah untukku agar auratku tidak terdedah. Maka Nabipun mendoakan untuknya. Atho menceritakan; ia telah melihat Ummu Zufar iaitu wanita tinggi berkulit hitam tersebut sedang bergantung di tirai Kaabah. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan; 1. Shara (Epilepsy) ialah sejenis penyakit yang menghalang anggota-anggota utama dari menjalankan fungsinya namun tidaklah menghalang sepenuhnya. Sebabnya ialah sumbatan yang menyekat di beberapa bahagian dalaman otak, begitu juga sumbatan pada saluran-saluran saraf yang menggerakkan anggota-anggota disebabkan dari campuran yang pekat atau pekatan yang banyak, lalu ia menghalang ruh untuk mengalir ke anggota mengikut perjalanan normalnya. Akibatnya anggota-anggota menjadi cramp8 (al-Qamus al-Muhit. At-Thib an-Nabawi, halaman 87). Menurut penjelasan dalam Fathul-Bari, penyakit Shara itu ada dua sebab;

8 Kerana anggota menjadi cramp itulah orang yang menghadapinya tidak dapat berdiri stabil, lalu jatuh dan tersungkur (Fathul-Bari).

THIB NABAWIPage 51 a) Kerana sumbatan yang dijelaskan tadi. b) Kerana Jin. 2. Shara yang datang dari sebab pertama banyak dibincangkan oleh para tabib (doctor)sama ada dari segi penyakitnya atau cara pengubatannya. Shara jenis pertama ini ada di antaranya yang sukar diubati dan ia akan kekal di badan pesakit hingga akhir hayatnya. Mungkin Shara jenis inilah yang dihidapi oleh wanita dalam hadis di atas. Kerana kesukaran mengubatinya Nabi memberi pilihan kepadanya antara bersabar menanggung penyakit itu (dengan diberi Syurga oleh Allah) atau disembuhkan oleh Nabi. Jika ia ingin kesembuhan, Nabi akan menyembuhkannya dengan berdoa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan kepada kita; penyembuhan dengan doa dan tawajjuh kepada Allah (yakni pengubatan Ilahiyah) lebih memberi kesan dari pengubatan Thabiiyyah terutama bagi penyakit-penyakit yang sukar diubati oleh tabib (doctor) biasa. (at-Thib an-Nabawi, halaman 87-88) 3. Adapun Shara yang datang kerana sebab kedua (iaitu yang datang dari Jin), ia hanya boleh diubati dengan pengubatan Ilahiyah iaitu dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa serta zikir yang maksur dari Nabi. Sebagaimana dinyatakan tadi, keberkesanan pengubatan Ilahiyah bergantung kepada dua kekuatan; (Pertama); Dari pihak orang sakit; iaitu sejauhmana keyakinan dan ketulusan hatinya kepada Allah.(Kedua); Dari pihak orang yang mengubati; sejauhmana kekuatan tawajjuhnya kepada Allah dan sejauhmana kekuatan hatinya dalam bertakwa dan bertawakkal kepada Allah. (at-Thib an-Nabawi, Ibnul-Qayyim, halaman 84) 2. Dari hadis di atas juga dapat diambil pengajaran; harus kita mengambil pendirian untuk tidak berubat, iaitu dengan bersabar menghadapi ujian Allah dan berserah kepadaNya. Kesabaran kita ada dibalas dengan Syurga oleh Allah. (Fathul-Bari)

THIB NABAWIPage 52 HADIS 37 (JANGKITAN PENYAKIT & KEPERCAYAAN KARUT-MARUT) Dari Abi Salamah rahimahullah- yang menceritakan dari Abu Hurairah radhiyallahu- yang menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- telah bersabda; Tidak ada jangkitan penyakit (tanpa takdir Allah-pent.), tiada alamat sial sesuatu, tiada sial burung terbang malam (atau tiada ruh orang mati dibunuh yang menuntut bela) dan tiada Safar. Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa. Lalu seorang Arabi berkata; Ya Rasulullah, bagaimana pandangan kamu dengan sekumpulan unta yang yang berada di padang pasir, tangkas seumpama kijang, lalu mereka didatangi oleh seekor unta yang berpenyakit kulit, unta itu masuk bersama mereka dan mencampuri mereka, lantas ia menyebabkan semua mereka berpenyakit kulit. Baginda menjawab; Siapa pula yang mengenakan penyakit kepada unta yang pertama itu?. Berkata Abu Salamah; Aku mendengar pula Abu Hurairah berkata pada kesempatan lainnya; Rasulullah bersabda; Janganlah orang yang mempunyai unta sakit membawa datang untanya kepada orang yang mempunyai unta sihat. Abu Hurairah mengingkari hadis yang ia ucapkan pertama tadi. Lalu kami berkata; Bukankah kamu juga yang menyampaikan (hadis); Tiada jangkitan)?. Lantas Abu Hurairah bercakap dengan bahasa yang tidak difahami dalam bahasa Habsyah (kerana marahkan dirinya sendiri yag melupai hadis Nabi). Abu Salamah berkata; Aku tidak pernah melihat Abu Hurairah melupai hadis melainkan hadis itu sahaja. (Mukhtasar Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib(

THIB NABAWIPage 53 Ulasan; 1. Adwa; Adwa bermaksud jangkitan, yakni penyakit yang boleh berpindah dari pengidapnya kepada orang lain seperti penyakit kulit atau lainnya. Orang-orang Arab dahulu mempercayai bahawa penyakit itu sendiri mempunyai kuasa untuk berpindah atau berjangkit kepada orang lain lain atau kepada binatang lain (jika sesama binatang). Maka Nabi ingin membentulkan tanggapan mereka dengan menegaskan Tidak ada jangkitan penyakit, yakni tidak ada penyakit yang boleh berjangkit dengan sendiri melainkan Allah yang mentakdirkan. (Tuhfah al-Ahwazi, juz. 5, bab ma ja-a fi adwa wa haamah wa shafar). 2. Thiyarah; At-thiyarah () bermaksud mempercayai sial sesuatu (yakni malang yang akan menimpa kerananya) seperti mempercayai sial burung, biawak dan sebagainya. Contohnya, seseorang keluar dari rumahnya untuk suatu urusan, tiba-tiba seekor biawak melintas di hadapannya, lalu ia berpatah balik (kerana menganggap hari itu adalah hari sial berdasarkan kepercayaan dirinya atau masyarakatnya), maka perbuatannya itu tergolong dalam syirik kerana bergantung hati kepada selain Allah dan tidak bertawakkal kepadaNya. Orang Arab Jahiliyah dahulu apabila keluar untuk suatu urusan, jika ia melihat burung terbang di sebelah kanannya, ia akan bersangka baik dan meneruskan urusannya. Jika ia melihat burung terbang di sebelah kirinya, maka ia akan bersangka buruk dan akan berpatah balik (yakni membatalkan urusannya kerana menganggap hari itu adalah hari sial). 3. Haamah; Al-Haamah bermaksud sejenis burung di mana orang-orang Arab dahulu menganggap alamat buruk atau sial dengan kemunculannya. Ia termasuk dalam burung yang muncul di waktu malam (seperti burung hantu). Dikatakan juga; orang-orang Arab mempercayai bahawa orang yang mati dibunuh jika tidak dituntut bela ia akan menyerupai burung Haamah ini dan merayu Berilah aku minum! Berilah aku minum! sehinggalah apabila mendapat pembelaan barulah ia menghilang. Apabila Islam datang, Islam telah menafikan kepercayaan ini dan melarang umat Islam mempercayainya. (Tuhfah al-Ahwazi, juz. 5, bab ma ja-a fi adwa wa haamah wa shafar).

THIB NABAWIPage 54 4. Safar; Ada dua makna bagi kalimah Safar dalam hadis di atas mengikut yang dijelaskan oleh ulamak; a)Ia memberi makna penyakit yang menimpa perut yang disebabkan oleh sejenis cacing yang boleh berjangkit. Menurut orang-orang Arab; ia lebih mudah berjangkit dari penyakit kulit. Berdasarkan makna ini, maka ucapan Nabi Tiada Safar maksudnya ialah tiada penyakit Safar yang dapat berjangkit dengan sendiri melainkan dengan takdir Allah. Tujuan Nabi ialah untuk menafikan kepercayaan orang-orang Arab tentang jangkitan penyakit sebagaimana Adwa tadi. b)Ia memberi makna bulan Safar. Orang-orang Arab mengharamkan bulan Safar dan menghalalkan bulan Muharram (yakni mereka menganjak pengharaman bulan Muharram kepada bulan Safar, atau menukar bulan Haram dari bulan Muharram ke bulan Safar), maka dengan sabdanya itu Nabi ingin menolak perbuatan mereka. (Tuhfah al-Ahwazi (juz. 5, bab ma ja-a fi adwa wa haamah wa shafar), Syarah Soheh Muslim (juz. 7, bab la adwa wala tiyarata.)). 5. Juzam; Juzam adalah penyakit kusta (leprosy). Di dalam hadis di atas, Nabi menyuruh agar kita menjauhi orang berpenyakit juzam sejauh-jauhnya. Namun terdapat hadis yang menceritakan; Nabi makan bersama orang yang berpenyakit juzam. Antaranya; Jabir radhiyallahu anhu- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- memegang tangan seorang yang berpenyakit juzam dan mengajaknya makan bersamanya dalam satu talam. Baginda berkata; Makanlah bersamaku kerana aku percaya kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah) Oleh kerana berlaku pertembungan antara dua hadis di atas, para ulamak berbeza pandangan dalam masalah ini; a)Sebahagian ulamak berpandangan; hadis pertama tadi adalah mansuh. Di antara yang berpandangan sebegini ialah Saidina Umar di mana beliau turut melakukan sebagaimana Rasulullah iaitu makan bersama orang berpenyakit kusta tanpa ragu dan bimbang. b)Jumhur ulamak berpandangan; hadis pertama di atas tidak mansuh, cuma untuk memadankan dengan hadis yang kedua, hendaklah difahami arahan Nabi dalam hadis tertama tadi (iaitu arahan supaya menjauhi orang berpenyakit juzam) sebagai

THIB NABAWIPage 55 arahan sunat dan ihtiyat, yakni digalakkan menjauhinya sebagai langkah berjaga-jaga dari jangkitan, namun jika ingin mendekatinya tidaklah diharamkan berdalilkan hadis yang kedua ini. (Aunul-Mabud, juz. 8, bab Fi at-Thiyarah).

THIB NABAWIPage 56 HADIS 38 (PAWANG/TUKANG TILIK) Dari Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Beberapa orang telah bertanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- berkenaan pawang. Baginda menjawab; Tidak ada yang dapat dipercayai. Mereka bertanya lagi; Ya Rasulullah, mereka (yakni pawang) kadang-kadang memberitahu sesuatu yang kemudian terbukti betul. Rasulullah menjawab; Perkataan yang betul itu adalah yang dicuri oleh jin, kemudian dicampakkan ke telinga pengikutnya, lalu mereka mengadunkan dengannya 100 pembohongan. Ulasan; 1. Hadis di atas mendedahkan pembohongan para pawang atau tukang tilik. Ungkapan Nabi Tidak ada yang dapat dipercayai, memberi erti bahawa perkataan pawang atau tukang tilik itu semuanya adalah batil (Syarah Soheh Muslim, juz. 7, bab Tahrim al-Kahanah wa Ityan al-Kuhhan). 2. Di dalam hadis di atas Nabi menjelaskan bahawa pawang atau tukang tilik adakalanya perkataan mereka betul bukan kerana mereka itu benar, akan tetapi mereka mendapat berita dari jin yang menjadi sahabat mereka di mana jin tersebut mencuri dengar dari Malaikat, kemudian melaporkannya kepada rakan mereka dari kalangan manusia iaitu pawang-pawang atau tukang-tukang tilik. Apa yang dilaporkan ditokok tambah dengan pelbagai pembohongan. Mungkin ada satu dua yang betul/benar, tetapi hampir keseluruhannya adalah bohong dan dusta. Kerana itu Nabi menegaskan di awal hadis Tidak ada yang dapat dipercayai.(Lihat; Fathul-Bari). 3. Dalam hadis yang lain, Nabi memberi ancaman kepada orang Islam yang suka mendatangi tukang tilik atau tukang ramal dengan katanya; Sesiapa mendatangi pawang tukang ramal, lalu ia mempercayai apa yang diberitahu mereka, ia sesungguhnya telah kufur dengan wahyu yang turunkan kepada Muhammad (Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Al-Jami as-Saghier, hadis no. 8285). Dalam hadis lain, Nabi berkata; Sesiapa mendatangi tukang ramal dan

THIB NABAWIPage 57 bertanyakan sesuatu kepadanya, tidakditerima solatnya selama 40 malam (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari isteri-isteri Nabi. Al-Jami as-Saghier, hadis no. 8284).

THIB NABAWIPage 58 HADIS 39 (SIHIR)

THIB NABAWIPage 59 Dari Aisyah radhiyallahu anha- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- telah disihir di mana yang menyihirnya ialah seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang dikenali sebagai Labid bin al-Asham. (Antara kesan sihir itu); terkhayal kepada Nabi ia melakukan sesuatu sedangkan ia tidak melakukannya pun. Ia melihat ia mendatangi isterinya padahal ia tidakpun mendatanginya. Pada satu hari atau pada satu malam ketika Nabi bersamaku ia berdoa kepada Allah dan berdoa. Kemudian ia berkata; Wahai Aisyah, apakah kamu ketahui bahawa Allah telah memberi jawapan kepadaku bagi satu urusan yang aku telah memohon dariNya?. Aku menjawab; Urusan apa wahai Rasul Allah?. Nabi berkata; Dua orang Malaikat telah datang kepadaku. Salah seorang duduk di sebelah kepalaku dan seorang lagi di sebelah kakiku. Lalu salah seorang iaitu yang berada di sebelah kepalaku- berkata kepada sahabatnya seorang lagi; Apa penyakit yang dikenai lelaki ini?. Ia menjawab; Telah disihir. Ia bertanya lagi; Siapa yang menyihirnya?. Ia menjawab; Labid bin al-Asham seorang Yahudi dari Bani Zariq, seorang munafik. Ia bertanya lagi; Kepada bahan apa sihir itu dibacakan?. Ia menjawab; Dibacakan ke sikat, sisa rambut dan selaput mayang kurma jantan9. Ia bertanya lagi; Di mana ia diletakkan?. Ia menjawab; Di bawah batu dalam telaga Zarwan. Zarwan ialah telaga yang berada di kawasan penempatan Bani Zariq. Nabi pun pergi ke telaga itu bersama beberapa orang sahabatnya. Baginda melihat ke dalamnya. Di atasnya tumbuh sepohon tamar. Nabi mengarahkan supaya sihir itu dikeluarkan. Kemudian Nabi pulang ke rumah Aisyah dan menceritakan kepadanya tentang telaga ini; Wahai Aisyah, telaga ini yang aku diperlihatkannya demi Allah airnya seolah-olah seperti air yang dicampur inai.Mayang-mayang pohon kurma (yang tumbuh di atas telaga itu) nampak seperti kepala-kepala Syaitan. Nabi berkata; Ia telahpun dikeluarkan.10 Aku bertanya; Wahai Rasul Allah, kenapa kamu tidak merungkai sihir itu?. Nabi menjawab; Tidak, sesungguhnya Allah telah menyihatkanku. Demi Allah, Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak suka untuk mencetuskan kejahatan kepada sesiapapun dari kalangan manusia. Lalu Nabi memerintahkan supaya telaga itu ditimbus. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib (bab , , ), kitab ad-Daawaat (bab ), kitab badie al-Khalq (bab ) dan kitab al-Adab (bab " "... ). Soheh Muslim, kitab as-Salam (bab )). Ulasan; 1. Hadis di atas menceritakan tentang sihir yang berlaku kepada Nabi. Hadis ini menjadi dalil kewujudan sihir secara realiti. Menurut Qadhi Iyadh; Sihir adalah termasuk dalam jenis penyakit. Kerana itu harus ia menimpa Nabi. (At-Thib an-Nabawi, halaman 131)

9 Yakni bahan-bahan sihir itu dibalut dengan selaput mayang kurma jantan tersebut. 10 Yang dikeluarkan ialah bungkusan sihir (yakni selaput mayang kurma tadi). Adapun bahan-bahan sihir dalam bungkusan itu tidak dikeluarkan oleh Nabi (Fathul-Bari).

THIB NABAWIPage 60 2. Terdapat sebahagian ulamak menafikan kewujudan sihir secara realiti. Antara mereka ialah; Imam Abi Jaafar al-Istirazi rahimahullah- (salah seorang ulamak mazhab Syafiie), Abu Bakar ar-Razi rahimahullah- (dari mazhab Hanafi) dan Imam Ibnu Hazm rahimahullah-. Menurut mereka; Sihir hanya bersifat khayalan sahaja. Pengamal sihir tidak boleh menyebabkan kecederaan fizikal pada badan manusia termasuk yang menggunakan Syaitan. Kemampuan Sihir hanyalah menimbulkan keraguan, was-was, melemahkan semangat serta memberi kesan saikologi kepada manusia. Hanya setakat itu kemampuan sihir. Namun jumhur ulamak berpandangan; Sihir wujud secara realiti berdalilkan hadis di atas dan hadis-hadis yang lain serta juga ayat-ayat al-Quran. (Fathul-Bari) 2. Sihir adalah kesan dari roh-roh jahat, kotor dan rendah. Kita telah nyata sebelum ini bahawa kaedah penyembuhan ialah; suatu penyakit hendaklah dilawan/dineutral dengan perkara yang bertentangan dengannya. Oleh itu, sihir hendaklah dilawan dengan ubat-ubat ilahiyah iaitulah zikir, doa dan ayat-ayat al-Quran untuk menyingkirkan kesan roh-roh jahat dan kotor itu. Orang yang sentiasa ingat Allah dan mempunyai wirid harian dari zikir-zikir, doa-doa dan bacaan-bacaan pelindung, amalan-amalan itu akan menjadi benteng paling kukuh untuknya dari terkena sihir. Jika ia telah terkena sihir, amalan-amalan tersebut merupakan ubat penyembuh yang paling mujarab untuknya. (at-Thib an-Nabawi, halaman 133) 3. Selain itu, terdapat hadis menceritakan bahawa Nabi berbekam apabila beliau terkena sihir. Dari Abdurrahman bin Abi Laila menceritakan; Nabi telah berbekam di kepalanya dengan tanduk tatkala beliau disihir (Riwayat Abu Ubaid. Hadis ini adalah mursal. Lihat hadis ini dalam; at-Thib an-Nabawi (halaman 132) dan Fathul-Bari (16/296, bab as-Sihr)). Menurut Imam Ibnul-Qayyim; Tempat yang terbaik dibekam untuk mengubati sihir- ialah di tempat paling jauh sampainya sihir di badan (*Sihir Nabi sampai ke kepala, kerana itu beliau berbekam di kepala). Berbekam di situ akan menghasilkan penyempubahan yang paling berkesan. Di antara prinsip penyembuhan ialah; Sesuatu yang perlu dinyahkan, hendaklah dinyahkan dari tempat paling hampir ia berada, iaitu dinyahkan dengan menggunakan cara atau kaedah terbaik untuk menyahkannya. (at-Thib an-Nabawi, halaman 132).

THIB NABAWIPage 61 HADIS 40 (TAMAR/KURMA) Dari Saadradhiyallahu anhu- menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Sesiapa berpagi dengan memakan tujuh biji tamar ajwah, tidak akan berupaya memudaratkannya pada hari tersebut sebarang racun dan juga sihir. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib) Ulasan; 1. Hadis di atas menyebutkan manfaat tamar (kurma) iaitu membina ketahanan badan dari racun dan sihir apabila diamalkan memakannya setiap pagi sebanyak 7 biji. Nabi hanya menyebutkan tamar ajwah (iaitu sejenis tamar terbaik dari Madinah). Kerana itu jumhur ulamak berpendapat; kelebihan tersebut hanya ada pada tamar ajwah sahaja, tidak pada tamar-tamar jenis lain (Fathul-Bari). Namun ada juga ulamak berpandangan; ia merangkumi semua jenis tamar (al-Kawakib ad-Darari, Imam al-Karmani). 2. Kelebihan tamar ialah boleh mengambil fungsi makanan, ubat dan juga sebagai buah. Kerana itu ia sesuai dengan kebanyakan tubuh manusia di samping ia menguatkan suhu badan semulajadi. Ia tidak mempunyai kesan-kesan sampingan buruk sebagaimana makanan-makanan dan buah-buah yang lain, sebaliknya ia menegah berlakukanya kerosakan pada kombinasi-kombinasi badan manusia11 bagi yang mengamalkan memakannya (at-Thib an-Nabawi, halaman 110).

11 Menurut pengubatan lama, kombinasi badan manusia terdiri dari empat iaitu; as-safra (hempedu; cairan kuning yang keluar dari hati), al-balgham, ad-dam (darah) dan as-sauda (black bile). (al-mujam as-asasi)

THIB NABAWIPage 62 HADIS 41 (NABI DIRACUNI & CARA PENGUBATAN RACUN) Anas radhiyallahu anhu- menceritakan; Seorang perempuan Yahudi telah menghidangkan kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam- daging kambing yang telah diletakkan racun, lalu Nabi memakannya. Kemudian perempuan itu dihadapkan kepada Nabi. Para sahabat bertanya Nabi; Perlukah kami membunuhnya?. Jawab Nabi; Tidak. Anas berkata; Aku masih dapat melihat kesan racun itu pada langit-langit Rasulullah. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Hibah) Ulasan; 1. Hadis di atas menceritakan tentang Nabi dan para sahabat yang diracun oleh seorang perempuan Yahudi. Kesan racun begitu kuat hingga nampak pada langit-langit Nabi. 2. Dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa Nabi mengubati kesan racun itu dengan berbekam. Diceritakan oleh Abdullah bin Jabir radhiyallahu anhu-; Seorang wanita Yahudi di Khaibar telah meletakkan racun ke dalam daging kambing yang dipanggang. Kemudian ia menghadiahkannya kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam-. Rasulullah pun memakan daging tersebut dengan turut disertai beberapa sahabatnya. Tiba-tiba Nabi berkata kepada sahabat-sahabatnya; Angkat tangan kamu dari daging tersebut?. Rasulullah kemudian menghantar seseorang memanggil perempuan Yahudi tersebut. Nabi bertanya beliau; Adakah kamu telah meracuni daging kambing ini?. Ia bertanya semula; Siapa yang memberitahu kamu?. Nabi menjawab; Daging di tanganku ini. Akhirnya ia mengaku; Ya. Nabi bertanya kepadanya; Apa tujuan kamu ingin meracuniku. Ia menjawab; Aku berkata (pada diriku); Jika Muhammad itu benar seorang Nabi pasti racun itu tidak akan memudaratkannya. Jika ia bukan Nabi (yakni seorang pendusta), kami akan bebas darinya. Nabi memaafkannya dan tidak menghukumnya. Sebahagian sahabat yang makan daging itu ada yang mati. Nabi selepas itu berbekam di belakangnya di bahagian pangkal leher (kahil) untuk mengubati kesan racun dari memakan daging kambing tersebut. Orang yang membekamnya ialah Abu Hindun -Maula Bani Bayadhah- dari puak Ansar. Beliau membekam menggunakan tanduk dan pisau. (Riwayat Imam Abu Daud, bab Fi Man Saqa Rajulan Summan,hadis no. 3911. Menurut Imam al-Munziri; hadis ini munqati).

THIB NABAWIPage 63 HADIS 42 (LALAT) Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu- menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas air sesiapa dari kamu, hendaklah ia merejam lalat itu sepenuhnya ke dalam air, kemudian barulah ia membuangnya. Sesungguhnya pada salah satu dari dua sayapnya terdapat penawar dan di sebelah lagi terdapat penyakit. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thibb) Ulasan; 1. Di dalam hadis ini Rasullah sallalahu alaihi wasallam- mengajar satu konsep pengubatan iaitu suatu penyakit hendaklah dilawan/dineutralkan dengan perkara yang bertentangan dengannya (Syeikh Uthaimin, Syarah Bulughul-Maram). Dalam hadis ini, penyakit yang datang dari sebelah sayap lalat dineutralkan dengan penawar di sebelah lagi. Dalam hadis sebelum ini, kepanasan demam dilawan dengan air yang menyejukkannya. 2. Berkata Imam al-Khattabi rahimahullah-; Ada orang-orang yang tidak memiliki ilmu mempertikai hadis ini, di mana mereka berkata; Bagaimana boleh berkumpul penawar dan penyakit pada kedua-dua sayap lalat? Dan bagaimana lalat itu sendiri mengetahuihal itu pada dirinya hingga (pada ketika ia terjun ke dalam bekas air) ia mendahulakan sayap yang mengandungi penyakit dan mengkemudiankan sayap yang ada penawar? Apa yang mendorongnya untuk berbuat demikian?. Imam al-Khattabi menjawab; Ini adalah pertanyaan orang jahil atau pura-pura jahil. Banyak haiwan yang menggabungkan dua sifat yang bertentangan. Allah telah menggabungkan keduanya dan menjadikannya satu, bahkan menjadikan sebahagiannya sebagai kekuatan haiwan tersebut. Dialah yang mengilhamkan lebah untuk membuat sarang yang menakjubkan untuk menghasilkan madu di dalamnya. Dialah yang mengilhamkan kepada semut untuk mengumpulkan makanan guna memenuhi keperluannya dan membelah bijian supaya tidak tumbuh (dalam simpanan). Tentulah Allah maha berkuasa untuk mengilhamkan kepada lalat untuk mendahulukan satu sayap dan mengkemudiankan yang satu lagi. (Fathul-Bari, kitab at-Thib). ***Wallahu alam Bis-Shawab. Selesai pada Isnin 2 Rabiul-Akhir 1432, bersamaan 7 Mac 2011, jam 11.40 malam. Wal-Hamdulillah Fil-Ula wal-Aakhirah***

THIB NABAWIPage 64 SANAD KEPADA IMAM AL-BUKHARI ( ) 1.Ar-Raji Afwa Rabbihi at-Thalib Ahmad Adnan bin Fadzil, dari; 2.Khadim al-Hadith wa al-Isnad Syaikhuna as-Sayyid Muhammad Abduh Sulaiman al-Ahdal rahimahullah-, dari: 3.Al-Allamah Fakhrul-Islam Abdullah bin Said bin Muhammad Abadi al-Lahji al-Makki rahimahullah- (meninggal 1410H), dari: 4.Al-Allamah Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal rahimahullah- (meninggal 1372H), dari: 5.Al-Allamah Jamaluddin Muhammad bin Abdurrahman bin Hasan al-Ahdal rahimahullah- (meninggal 1352H), dari: 6.Al-Allamah Mufti Diyar al-Yamaniyah as-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin Andul-Bari al-Ahdal rahimahullah- (meninggal 1298H), dari: 7.Al-Allamah al-Hasan bin Abdul-Bari bin Muhammad al-Ahdal rahimahullah- (1293H), dari: 8.Al-Allamah Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal az-Zubaidi rahimahullah- (1250H), dari: 9.Al-Allamah Abu ar-Rabi Sulaiman bin Yahya bin Umar al-Ahdal rahimahullah- (meninggal 1197H), dari: 10. Al-Allamah Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal rahimahullah- (meninggal 1163H), dari; 11. Al-Allamah Imadul-Islam Yahya bin Umar bin Abdul-Qadier al-Maqbul al-Ahdal az-Zubaidi rahimahullah- (meninggal 1147H), dari: 12. Al-Allamah Abu Bakr bin Ali bin Muhammad bin Yusuf al-Battah al-Ahdal rahimahullah- (meninggal 1099H), dari; 13. Al-Allamah Yusuf bin Muhammad bin Yusuf bin Ahmad al-Battah al-Ahdal rahimahullah- (meninggal 1079H) 14. Al-Allamah al-Hafidz at-Thahir bin al-Husain bin Abdurrahman al-Ahdal az-Zubaidi (meninggal 998H), dari: 15. Al-Allamah Abdurrahman bin Ali bin ad-Daiba as-Syaibani az-Zubaidi rahimahullah- (meninggal 944H), dari: 16. Al-Allamah al-Hafidz Zainuddin Ahmad bin Ahmad bin Abdul-Latif as-Syarji rahimahullah- (meninggal 893H), dari;

THIB NABAWIPage 65 17. Al-Allamah al-Hafidz Abu ar-Rabi Sulaiman bin Ibrahim bin bin Umar bin Ali al-Alawi rahimahullah- (meninggal 825H), dari; 18. Al-Allamah al-Hafidz Burhanuddin Ibrahim bin Umar bin Ali al-Alawi rahimahullah- (meninggal 752H), dari; 19. Al-Allamah al-Hafidz Abul-Abbas Ahmad bin Abil-Khair bin Mansur as-Syamakhi as-Sadi az-Zubaidi rahimahullah- (meninggal 729H), dari; 20. Al-Allamah al-Hafidz Abul-Khair bin Mansur as-Syamakhi as-Sadi az-Zubaidi rahimahullah- (meninggal 680H), dari; 21. Al-Allamah al-Imam Abu Bakr bin Ahmad bin Muhammad as-Syarahi az-Zubaidi (meninggal 642H), dan Al-Allamah al-Hafidz Jamaluddin Abi Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ali al-Khadhrami ad-Dhahwi (meninggal 651H) rahimahumullah-, dari; 22. Al-Allamah al-Hafidz al-Imam Taqiyyuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ali bin Abi as-Shaif al-Yamani al-Makki (meninggal 609H), dan al-Allamah al-Hafidz Zi al-Nun Yunus bin Yahya bin Abi al-Barakat al-Hasyimi al-Qassar (meninggal 608H) rahimahumullah-, dari; 23. Al-Allamah Abul-Hasan Ali bin Humaid bin Ammar al-Atrabulsi al-Makki al-Ansari (meninggal 576H) rahimahullah-, dari; 24. Al-Allamah Abu Maktum Isa bin Abi Zar Abd bin Ahmad bin Muhammad al-Harawi rahimahullah- (meninggal 497H), dari; 25. Al