doa banyak kelebihan ringkasan

2
Kelebihan Doa Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Ghaafir ayat 60 tafsirnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." Oleh itu di dalam Islam pada setiap amal dan perbuatan yang dilakukan terdapat doa-doa tertentu yang baik untuk diamalkan sama ada sebelum melakukan sesuatu perbuatan atau selepas melakukannya. Di antara adab tersebut ialah orang yang berdoa hendaklah dalam keadaan berwuduk, mengadap kiblat, memulakan dan mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah Subhanahu Wata'ala serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Waktu jika kita berdoa di dalamnya, doa akan mudah dan cepat dimakbulkan, di antaranya ialah malam Jumaat dan hari Jumaat, waktu di antara azan dan 'iqamah, ketika khatib duduk di antara dua khutbah, ketika sujud di dalam sembahyang, setelah sembahyang fardu, di bulan Ramadan, pada malam Al-Qadar, hari Arafah, ketika minum Air Zam-Zam, ketika membaca Al-Qur'an terutama apabila khatam dan banyak lagi. Doa tidak dimakbulkan Allah Subhanahu Wata'ala, antaranya ialah orang yang berdoa itu tidak dicintai Allah Subhanahu Wata'ala kerana mengabaikan perintah dan larangan-Nya. memastikan makanan, minuman dan pakaian adalah daripada sumber yang halal. Sebagai orang Islam, kita hendaklah memperbanyakkan doa, kerana doa itu menunjukkan kita merendahkan diri, taat dan ingat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sama ada ketika senang mahupun susah. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan yakin bahawa doa tersebut akan diperkenankan dan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Janganlah mudah berputus asa

Upload: kulaan

Post on 23-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kelebihan doa

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Banyak Kelebihan Ringkasan

Kelebihan DoaAllah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Ghaafir ayat 60 tafsirnya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa

permohonan kamu."

Oleh itu di dalam Islam pada setiap amal dan perbuatan yang dilakukan terdapat doa-doa tertentu

yang baik untuk diamalkan sama ada sebelum melakukan sesuatu perbuatan atau selepas

melakukannya.

Di antara adab tersebut ialah orang yang berdoa hendaklah

dalam keadaan berwuduk,

mengadap kiblat,

memulakan dan mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah Subhanahu

Wata'ala

serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Waktu jika kita berdoa di dalamnya, doa akan mudah dan cepat dimakbulkan, di antaranya ialah

malam Jumaat dan hari Jumaat,

waktu di antara azan dan 'iqamah,

ketika khatib duduk di antara dua khutbah,

ketika sujud di dalam sembahyang, setelah sembahyang fardu,

di bulan Ramadan,

pada malam Al-Qadar,

hari Arafah,

ketika minum Air Zam-Zam,

ketika membaca Al-Qur'an terutama apabila khatam dan banyak lagi.

Doa tidak dimakbulkan Allah Subhanahu Wata'ala, antaranya ialah

orang yang berdoa itu tidak dicintai Allah Subhanahu Wata'ala kerana mengabaikan perintah

dan larangan-Nya.

memastikan makanan, minuman dan pakaian adalah daripada sumber yang halal.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah memperbanyakkan doa, kerana doa itu menunjukkan kita

merendahkan diri, taat dan ingat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sama ada ketika senang

mahupun susah. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan yakin bahawa doa tersebut akan

diperkenankan dan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Janganlah mudah berputus asa jika

doa belum dimakbulkan ataupun terburu-buru mengharapkan supaya doanya cepat dimakbulkan.

Tazkirah Jumaat 27 September 2013 (Mohd Zaidi bin Saidin)