prospektus smkdoj 1/2013

36
KATA-KATA ALUAN Tn. Hj. Mohd Esa bin Ahmad Yang DiPertua PIBG SMK Datin Onn Jaafar 1.0 KATA-KATA ALUAN Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya prospektus SMKDOJ ini dapat diterbitkan dalam Halaman Web ini selaras dengan perkembangan teknologi semasa di mana sesuatu maklumat itu dapat disalurkan dengan cara yang lebih pantas dan berkesan. Prospektus ini disediakan untuk memberi ibu bapa/penjaga serta ahli masyarakat maklumat mengenai aspirasi sekolah secara umum, visi dan misi serta bidang kebitaraan sekolah. Di samping itu, prospektus ini menyampaikan idea yang jelas mengenai sekolah kepada ahli masyarakat yang ingin menyumbang ke arah perkembangan dan kejayaan pelajar. Dalam Usaha ke arah memenuhi pencapaian wawasan negara, bidang pendidikan merupakan salah satu aset utama. Generasi pewaris masa depan perlu diberi pendidikan yang sempurna dan menyeluruh supaya segala perancangan yang sedang dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan kelak akan dapat berjalan dengan lancar tanpa halangan. Dalam hal ini SMKDOJ menyediakan peluang pembelajaran yang lengkap mendidik anak bangsa bagi mengisi hasrat dan wawasan negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan individu yang sempurna dari sudut akal, rohani dan jasmani. Oleh itu untuk mencipta kejayaan maka SMKDOJ perlu mendapat sokongan daripada semua pihak supaya bukan sahaja untuk mencapai cita-cita individu bahkan masyarakat dan negara. Akhir kata marilah kita sama-sama berdoa semoga SMKDOJ terus maju dalam semua bidang baik dibidang pengajaran dan pembelajaran, bidang fizikal, bidang akademik, bidang ko-kurikulum dan bidang kerohanian. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua. Tn. Hj. Mohd Esa bin Ahmad Yang DiPertua PIBG SMK Datin Onn Jaafar

Upload: sarpan-abu-bakar

Post on 08-Aug-2015

300 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSS

TRANSCRIPT

Page 1: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

KATA-KATA ALUAN

Tn. Hj. Mohd Esa bin Ahmad Yang DiPertua PIBG

SMK Datin Onn Jaafar

1.0 KATA-KATA ALUAN Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya prospektus SMKDOJ ini dapat diterbitkan dalam Halaman Web ini selaras dengan perkembangan teknologi semasa di mana sesuatu maklumat itu dapat disalurkan dengan cara yang lebih pantas dan berkesan. Prospektus ini disediakan untuk memberi ibu bapa/penjaga serta ahli masyarakat maklumat mengenai aspirasi sekolah secara umum, visi dan misi serta bidang kebitaraan sekolah. Di samping itu, prospektus ini menyampaikan idea yang jelas mengenai sekolah kepada ahli masyarakat yang ingin menyumbang ke arah perkembangan dan kejayaan pelajar. Dalam Usaha ke arah memenuhi pencapaian wawasan negara, bidang pendidikan merupakan salah satu aset utama. Generasi pewaris masa depan perlu diberi pendidikan yang sempurna dan menyeluruh supaya segala perancangan yang sedang dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan kelak akan dapat berjalan dengan lancar tanpa halangan.

Dalam hal ini SMKDOJ menyediakan peluang pembelajaran yang lengkap mendidik anak bangsa bagi mengisi hasrat dan wawasan negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan individu yang sempurna dari sudut akal, rohani dan jasmani.

Oleh itu untuk mencipta kejayaan maka SMKDOJ perlu mendapat sokongan daripada semua pihak supaya bukan sahaja untuk mencapai cita-cita individu bahkan masyarakat dan negara. Akhir kata marilah kita sama-sama berdoa semoga SMKDOJ terus maju dalam semua bidang baik dibidang pengajaran dan pembelajaran, bidang fizikal, bidang akademik, bidang ko-kurikulum dan bidang kerohanian. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua.

Tn. Hj. Mohd Esa bin Ahmad Yang DiPertua PIBG SMK Datin Onn Jaafar

Page 2: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

KATA-KATA ALUAN

Tn. Hj. Mohd Daud bin Tukiman Pengetua

SMK Datin Onn Jaafar

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya prospektus sekolah 2013 dapat diadakan. Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah dan PIBG yang terlibat

Sejajar dengan aspirasi negara ke arah Transformasi Pendidikan secara menyeluruh, semua pihak perlu berganding bahu untuk membina generasi baru khususnya anak didik yang berada di SMKDOJ ini. Keprihatinan guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat untuk meningkatkan kecemerlangan anak didik SMKDOJ yang bakal mewarisi kepimpinan negara adalah amat dihargai dan dialu-alukan.

Penyediaan prospektus ini diharapkan memberi ibu bapa/penjaga serta ahli masyarakat maklumat mengenai aspirasi sekolah secara umum, visi dan misi serta bidang kebitaraan sekolah. Di samping itu, ia membantui menyampaikan idea yang jelas daripadai sekolah kepada ahli masyarakat yang ingin menyumbang ke arah perkembangan dan kejayaan pelajar. Kami menyeru seluruh anggota PIBG, masyarakat dan individu-individu supaya tampil ke hadapan menghulurkan idea atau sumbangan ikhlas untuk bersama-sama kami menjayakan impian menjadikan SMKDOJ salah sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang. Segala idea atau sumbangan ikhlas yang diberikan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Semoga Allah menerima segala pengorbanan dan amalan tuan/puan sekelian sebagai suatu amal jariah dan amal soleh disisiNYa.

Yang Ikhlas,

Tn. Hj. Mohd Daud bin Tukiman Pengetua SMK Datin Onn Jaafar Batu Pahat

Page 3: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

2.0 LENCANA SEKOLAH

3.0 ALAMAT/ NO. TELEFON/ NO. FAKS / EMEL

SMK DATIN ONN JAAFAR JALAN PERAK KG KENANGAN DATO’ ONN JAAFAR 83000 BATU PAHAT JOHOR Telefon: 07-4343497 Fax: 07-4332958 Emel : [email protected]

Page 4: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

4.0 VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

5.0 MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN

BERKUALITI

Page 5: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

6.0 MOTO SEKOLAH

DAYA AMALAN JAYA

7.0 LAGU SEKOLAH

Daya Amalan Jaya Datin Onn Jaafar sekolah yang ku cinta

Ibu kandung tempat ku dididik dan diasuh

Ku berkembang dengan subur dan jaya

Ku junjung tanggungjawab bangsa dan juga

negara

Ayuhlah kita pelajar semua

Tekun dan jitu lipat ganda usaha

Bersatu padu usaha sama

Semoga kejayaan bersama

Rahmat bahagia Allah kurniakan

Pelajar guru daya amalan jaya

Rahmat bahagia Allah kurniakan

Pelajar guru daya amalan daya

Berkat ketekunan dan gigih usaha

Kejayaan dinikmati akhirnya

Sumbang bakti taburkan lah jasa

Ikrar kami untuk kita semua

Page 6: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

8.0 SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar (SMKDOJ ) lebih dikenali

sebagai DOJ atau Pesta oleh sebahagian besar penduduk di Batu Pahat, dan

ditubuhkan pada awal tahun 1977. Sesi pertama persekolahan bermula pada 1

Januari 1978

Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar telah mula ditubuhkan pada awal

tahun 1977 dan telah siap dibina pada tahun itu juga. Sesi persekolahan telah

dimulakan pada 1hb Januari 1978.

Bangunan sekolah ini terletak di Tapak Pesta Pembangunan Negeri Johor 1977 di

Batu Pahat, Johor, dalam kawasan seluas 10 ekar. Sekolah Menengah Kebangsaan

Datin Onn Jaafar pada awalnya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah

Bandar Penggaram. Kemudian dicadangkan nama Sekolah Menengah Rendah

Datin Halimah, sempena nama balu Allahyarham Dato’ Onn Jaafar. Walau

bagaimanapun, nama tersebut tidak dipersetujui oleh Datin Halimah. Beliau meminta

agar diletakkan nama suaminya dan mencadangkan nama Sekolah Menengah

Rendah Datin Onn Jaafar, Batu Pahat. Sekarang dikenali sebagai Sekolah

Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad selaku YAB

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 1hb

November 1977. Turut sama dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Besar Johor,

Tan Sri Othman bin Saat, Pengarah Pelajaran Johor, Datuk Idris bin Tain dan

pengetua sementara iaitu Encik Sulaiman bin Belawi.

Page 7: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

9.0 BARISAN PENTADBIR

FOTO NAMA JAWATAN NO. TELEFON

TN. HJ. MOHD DAUD BIN TUKIMAN

PENGETUA

EN. RAZIB BIN SURADI GPK Pentadbiran

EN. SAHLAL BIN SAKIO GPK Hal Ehwal Murid

EN. YEO KEE HUAT GPK Kokurikulum

EN. JOHAR BIN MARTAM GPK Tingkatan Enam

PN. MARFOAH BT SAARANI GPK Petang

Page 8: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

10.0 GURU DAN STAF SOKONGAN

Pengurusan sekolah diketuai oleh Pengetua diikuti Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran Guru-guru dan staf sokongan. Guru-guru yang mengajar adalah daripada mereka yang berkelayakan dan berkelulusan sama ada dari lepasan pusat-pusat pengajian tinggi dalam atau luar negeri.

Akhlak yang baik, berdedikasi dan berinovasi adalah menjadi ciri-ciri penting guru di SMKDOJ. Guru-guru dan staf sokongan sentiasa diberi peluang dari masa ke semasa untuk mengikuti kursus, seminar dan bengkel yang berkaitan dengan profesion mereka untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di SMKDOJ sesuai dengan perkembangan semasa yang sentiasa mengalami transformasi.

Page 9: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

1. SENARAI NAMA SEMUA GURU DAN JAWATANNYA 2013

BIL NAMA JAWATAN

1 MOHD DAUD BIN TUKIMAN PENGETUA

2 RAZIF BIN SURADI GPK 1

3 SHAHLAL BIN SAKIO GPK HEM

4 YEO KEE HUAT GPK KOKO

5 MARFOAH BINTI SAARANI GPK PETANG

6 JOHAR BIN MARTAM GPK T6

7 GOH YEN SEK GKMP BAHASA

8 WONG SIEW WOON GKMP KEMANUSIAAN

9 RUSNANI BINTI MERHAN GKMP SAINS & MATEMATIK

10 ABDUL AZIZ B. ASMAEL GKMP TEKNIK & VOKASIONAL

11 MOHD MANOOR BIN JEMERAN KAUNSELOR

12 RAGURAMAN A/L RAJA GOPAL KAUNSELOR

13 HOONG WAI LENG KAUNSELOR

14 SITI ROKIAHI BINTI ABDULLAH KAUNSELOR

15 SARPAN BIN ABU BAKAR GURU MEDIA &PERPUSTAKAAN

16 KAMARIAH BINTI SA'DON PENYELARAS BESTARI

17 A MANJA BIN JUKI GURU AKADEMIK BIASA

18 ABU BAKAR BIN BABA GURU KOKURIKULUM T6

19 ADABIAH BINTI MAT NAZRI GURU AKADEMIK BIASA

20 AHMAD BIN TAIA GURU P. KHAS

21 AIDA RIZA BINTI CHUJENOR GURU AKADEMIK T6

22 AI'ZAH BINTI AZIZ GURU AKADEMIK T6

23 AMALINA BINTI ISMAIL GURU AKADEMIK BIASA

24 ANIDAH BINTI ITHNIN GURU AKADEMIK BIASA

25 AZIDIN BIN SA'ADON GURU AKADEMIK BIASA

26 AZMI BIN MOHD SARJAN GURU AKADEMIK BIASA

27 BAINAH BINTI ABDULLAH HASHIM GURU AKADEMIK BIASA

28 BAKHTIAR IZANI BIN ABU BAKAR GURU AKADEMIK BIASA

29 BOO CHEW YEN GURU AKADEMIK BIASA

30 CHANG GIAN YOCK GURU AKADEMIK BIASA

31 JAYALETCHUMEY A/P RAMAN GURU AKADEMIK BIASA

32 CHE WAN NORZIHAN BINTI CHE WAN WAHAB GURU AGAMA

33 CHIN WAN SIM GURU AKADEMIK BIASA

34 CHONG CHAI LIAN GURU AKADEMIK BIASA

35 CHUN KOK CHANG GURU AKADEMIK BIASA

36 EE BOH TAN GURU AKADEMIK BIASA

37 ELI BINTI WAHAB GURU AKADEMIK BIASA

38 FARHA BINTI JAMARI GURU AGAMA

39 FATIMAH BINTI ISMAIL GURU AKADEMIK BIASA

40 FAUZIAH BINTI MOHD SARJAN GURU AKADEMIK BIASA

41 GUNAVALLI A/P ARAPAN GURU AKADEMIK BIASA

Page 10: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

43 HAMZAH BIN HASHIM GURU AKADEMIK BIASA

45 HO GEOK ENG GURU AKADEMIK BIASA

46 HUSIN BIN ABDUL GAPAR GURU AKADEMIK BIASA

47 HUZAIMAH BINTI MOHAMAD JAINI GURU AKADEMIK BIASA

48 JAAFAR BIN AHMAD GURU AKADEMIK BIASA

49 JAMALIAH BINTI KASBI GURU AKADEMIK BIASA

50 JOHARI BIN SAPAWI GURU AKADEMIK BIASA

51 JUAIDAH BINTI RADIN HAMZAH GURU AKADEMIK BIASA

52 JULEYA BINTI DASRI GURU DATA/MAKLUMAT

53 LOW AH HUANG GURU AKADEMIK BIASA

54 MARDHIANA BINTI ABDUL RAZAK GURU AKADEMIK BIASA

55 MARIANA BINTI ESA GURU AKADEMIK BIASA

56 MD SHAHROL BIN SALIM GURU AKADEMIK BIASA

57 MOHD HATTA BIN HOD GURU AKADEMIK BIASA

58 MOHD NAJIB BIN SAHER GURU AKADEMIK BIASA

59 MOHD NOOR RAWI BIN ABDULLAH GURU PENDIDIKAN KHAS

60 MOHD NOOR ZAINI BIN ELIAS GURU AKADEMIK BIASA

61 MOHD RAZIF BIN RUSLI GURU PENDIDIKAN KHAS

62 MUHAMMAD BIN RADZALI GURU AKADEMIK BIASA

63 MURNIHANA BINTI MUSTAPA (MUSTAPHA) GURU PENDIDIKAN KHAS

65 NIK ROSMAWATI BINTI NIK HASSAN GURU AKADEMIK BIASA

68 NOR SAADAH BINTI BADRI GURU PENDIDIKAN KHAS

70 NORHASILAH BINTI MD YUSOF GURU AKADEMIK BIASA

71 NORHIDAYAH BINTI SAID GURU AKADEMIK BIASA

72 NORIZAN BINTI OMAR GURU PENDIDIKAN KHAS

73 NORLAILA BINTI MOHD NORDIN GURU PENDIDIKAN KHAS

74 NORLIHA BINTI ABDUL HAMID GURU AKADEMIK BIASA

75 NORLINA BINTI ABDUL SHUKOR @ MOHAMAD GURU AKADEMIK BIASA

76 NORUL BAHAYAH BINTI BAHARIM GURU AKADEMIK BIASA

77 NURUL HIDAYU BINTI MAT ALIM GURU PENDIDIKAN KHAS

78 NURUL SHARINAZ BINTI AYOP GURU AKADEMIK BIASA

79 QUEK GEOK HONG GURU AKADEMIK BIASA

80 ROHAYA BINTI AB. SAMAT GURU AKADEMIK BIASA

81 ROHAYU BINTI SULAIMAN GURU AKADEMIK BIASA

82 ROSASRIN BINTI AHMAD JAHARI GURU AKADEMIK BIASA

83 ROSMAN BIN MOHD DASUKI GURU AKADEMIK T6

84 ROSSLEY BIN SULAIMAN GURU PENDIDIKAN KHAS

85 ROSZIYANAHARNI BINTI FAIZUL MARID GURU AKADEMIK BIASA

86 SA'DIAH BINTI. MASDAR GURU PENDIDIKAN KHAS

88 SALMIAH BINTI DAUD GURU AKADEMIK BIASA

89 SITI MARDIAH BINTI MOHAMMAD TAHIR GURU AKADEMIK BIASA

90 SITI RAHAYU BINTI ABD.RAHIM GURU AKADEMIK BIASA

92 SITI SALBIAH BINTI AHMAD GURU AKADEMIK BIASA

93 TEO WEI YING GURU AKADEMIK BIASA

94 TOR SANG MOI GURU AKADEMIK BIASA

Page 11: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

96 UMI REFAH BINTI JEMAIN GURU AKADEMIK BIASA

97 WAN SOW KHUAN GURU AKADEMIK BIASA

98 YAP YEE SOON GURU AKADEMIK BIASA

99 YEO BEE YAN GURU AKADEMIK BIASA

100 ZAINON BINTI RAHMAT GURU AKADEMIK BIASA

101

GURU AKADEMIK BIASA

102 ZALINA BINTI MAHMUD GURU PENDIDIKAN KHAS

103 ZAYTI BINTI LIMAN GURU AGAMA

104 ZULKIFLI BIN SUKAR GURU AKADEMIK BIASA

105 ZULRUSHLISYAM BIN MOHAMED GURU AGAMA

106 ZURAIDAH BINTI MUNSARIF GURU AKADEMIK BIASA

107 AZLINAHANI BINTI ITHNIN GURU AKADEMIK BIASA

108 SALWA BINTI KAMISAN GURU AKADEMIK BIASA

109 NORAISHAH BINTI SAMAD GURU AKADEMIK BIASA

110 NOOR HAWANI SYAFFIRA BINTI ANUAR GURU AKADEMIK BIASA

111 SALWA BINTI KAMISAN GURU AKADEMIK BIASA

112 YATI BINTI ABDUL RAZAK GURU AKADEMIK BIASA

113 MOHAMMAD FAUZIE BIN SAHLAN GURU AKADEMIK BIASA

2. GURU CEMERLANG SMKDOJ

1 NORSAIDAH BINTI. HJ. BADRI GURU CEMERLANG

2 RUZIYAH BINTI KAMALUL ARIFFIN GURU CEMERLANG

3 ZAINAL BIN BAHAROM GURU CEMERLANG

3. STATISTIK STAF 2013

STAF LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

GURU 39 77 116

BUKAN GURU 4 16 20

JUMLAH 43 93 136

Page 12: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

11.0 PERSATUAN IBU-BAPA GURU

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SMKDOJ SESSI 2012 / 2013 EX-OFFICIO : TN HJ MOHD DAUD BIN TUKIMAN ( PENGETUA SMK DOJ ) YANG DIPERTUA : TUAN HAJI MOHD ESA BIN AHMAD NAIB YANG DIPERTUA : TUAN MEJAR (B) SULAIMAN BIN AHMAD SAFTANI SETIAUSAHA : EN JOHAR BIN MARTAM PENOLONG SETIAUSAHA: EN ZULKIFLI BIN SUKAR BENDAHARI : CIK HAJAH RUSNANI BT MERHAN AJK (IBU BAPA) TN HJ SHAHDAN BIN SATARI TUAN HAJI HALAJI BIN MAJID EN LIM YONG SING PN HAJAH RUHIMAH BT AHMAD PN NAGAMAH A/P GOVINDRAN AJK (GURU) EN ADI MANJA BIN JUKI PN GUNAVALI A/P ARAPAN CIK CHIN WAN SIM PN HOONG WAI LENG PN HUZAIMAH BT MOHD JAINI PEMERIKSA KIRA-KIRA EN ABDUL AZIZ BIN ASMAEL PN HAJAH AIZAH BT AZIZ SENARAI JAWATANKUASA KECIL PIBG SMKDOJ SESSI 2012 / 2013 1 BIRO PEMBANGUNAN PENGERUSI : MEJAR (B) SULAIMAN BIN AHMAD SAFTANI TIMBALAN : TN HAJI HALAJI BIN MAJID AJK : 1. EN ADI MANJA BIN JUKI 2.EN JOHARI BIN SAPAWI 3. EN ZAINAL B BAHAROM 4. EN MD SHAHRUL B SALIM 2 BIRO PENDIDIKAN PENGERUSI :PUAN HOONG WAI LENG

Page 13: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

TIMBALAN : EN YAP YEE SOON AJK 1. EN ABD AZIZ BIN ASMAEL 2. PN WONG SIEW WOON 3. PN HJH AIZAH BT AZIZ 4. CIK SITI MARDIAH BT 5. PN UMI REFA BT JAMAIN MOHD TAHIR 3 BIRO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN PENGERUSI : EN LIM YONG SING TIMBALAN : PN NAGAMAH A/P GOVINDRAN AJK 1. EN CHUN KOK CHANG 2. EN HAMZAH BIN HASHIM 3. TN HJ MOHD MANOOR BIN JEMERAN 4. PN ANIDA BT ITHNIN 5. PN QUEK GEOK HONG 4 BIRO AGAMA DAN MORAL PENGERUSI : TUAN HAJI SHAHDAN BIN SATARI TIMBALAN : EN ZULKIFLI B SUKAR AJK 1. PN C.W NORZIHAN C.W 2. PN ZALINA MAHMUD 3. CIK MARDHIANA A RAZAK 4. CIK FARHA BT JAMARI 5 BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN PENGERUSI : PUAN NAGAMMAH A/P GOVINDRAN TIMBALAN : CIK CHIN WAN SIM AJK 1. PN GUNAVALI A/P ARAPAN 2. EN HATTA BIN HOD 3. TN HJ HUSSIN BIN GAPAR 4. CIK RUZIHANAHARNI BT FAIZUL MARID 5. EN ROSSLEY BIN SULAIMAN 6. PN SAADIAH BT MASDAR 6 BIRO SUKAN PENGERUSI : PN HUZAIMAH BT MOHAMAD JAINI TIMBALAN : EN MOHD NOOR ZAINI BIN ELIAS AJK 1. EN ROSMAN B MD DASUKI 2. EN MUHAMMAD BIN RADZALI 3. PN CHANG GIAN YOCK 4. CIK TEO WEI YING 5. CIK ZAYTI BT LIMAN

Page 14: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

12.0 WAKTU PERSEKOLAHAN PELAJAR SESI PAGI ISNIN, SELASA DAN KHAMIS: Waktu persekolahan harian sekolah bermula dari pukul 7.15 pagi hingga 1.05 petang. Sesi pengajian dan cuti sekolah adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. RABU: Waktu persekolahan harian sekolah bermula dari pukul 7.15 pagi hingga 3.00 petang (1.05 hingga 3.00 petang aktiviti kokurikulum).Sesi pengajian dan cuti sekolah adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. JUMAAT: Waktu persekolahan harian sekolah bermula dari pukul 7.15 pagi hingga 12.00 tengahari. Sesi pengajian dan cuti sekolah adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PELAJAR SESI PETANG ISNIN, SELASA DAN KHAMIS: Waktu persekolahan harian sekolah bermula dari pukul 12.30 petang hingga 6.45 petang. Sesi pengajian dan cuti sekolah adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. RABU: Waktu persekolahan harian sekolah bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 6.45 petang (10.00 hingga 12.30 petang aktiviti kokurikulum).Sesi pengajian dan cuti sekolah adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. JUMAAT: Waktu persekolahan harian sekolah bermula dari pukul 2.45 petang hingga 6.45 petang. Sesi pengajian dan cuti sekolah adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 15: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

13.0 BAYARAN PERSEKOLAHAN YURAN PERSEKOLAHAN ADALAH PERCUMA YANG DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN MALAYSIA. BAYARAN HANYA DIKENAKAN UNTUK KEPERLUAN PEMBELAJARAN SEPERTI ALAT TULIS DAN SEBAGAINYA (Rujuk Jadual di bawah)

Butiran Per Tg1(B) Tg1(L) Tg2 Tg3 Tg4 Tg5 Tg6A

Peralatan sekolah

120.00 201.00 137.00 137.00 128.00 111.00 111.00 55.00

Page 16: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

14.0 LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

Page 17: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

1. Foto-foto latihan kecemasan dan kawad kebakaran SMKDOJ

Page 18: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

2. Objektif utama mengadakan latihan kecemasan dan kawad kebakaran SMKDOJ adalah seperti berikut:

Untuk memastikan sistem perlindungan dan pencegahan

kebakaran yang terdapat di bangunan masing-masing berfungsi dengan baik.

Untuk mendedahkan dan membiasakan penghuni bangunan terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan.

Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi kakitangan dan penghuni keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.

Untuk membiasakan guru dan pelajar menggunakan peralatan pencegahan dan alat pemadam kebakaran seperti loceng penggera, hos paip air dan alat pemadam api dengan betul.

Untuk memantapkan kerjasama antara guru dan pelajar jika berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.

Aktiviti :

Guru membunyikan loceng amaran kebakaran Pelajar keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi

pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan. Pelajar berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di padang

sekolah. Guru kelas memeriksa senarai nama pelajar. Wakil bomba menerangkan tujuan latihan kebakaran kepada

pelajar. Demo oleh pasukan bomba mengenai cara-cara penggunaan alat

Pemadam Api dengan betul. Pelajar balik ke kelas masing-masing.

Makluman: Latihan ini dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Page 19: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

15.0 AKTIVITI KOKURIKULUM

Page 20: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013
Page 21: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

1. Foto-foto aktiviti kokurikulum SMKDOJ.

Page 22: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

2. MATLAMAT AKTIVITI KOKURIKULUM SMKDOJ Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut: 2.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan; 2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid; 2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah; 2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid- murid dalam aktiviti yang diceburi; 2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid; 2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan; 2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat; 2.8 Mewujudkan sekolah berwatak. 3. OBJEKTIF KOKURIKULUM SMKDOJ

Pengukuhan dan pengayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam kelas dan memperluaskan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.

Pembentukan sahsiah dan membina konsep kendiri dan peningkatan disiplin di kalangan para pelajar.

Peningkatan tahap kesihatan, kesejahteraan diri, kecergasan fizikal, penyemaian nilai murni dan pembentukan insane yang berakhlak.

Penggunaan masa lapang yang berfaedah , bermakna dan pemupukan sikap positif selaras dengan hasrat RUKUN NEGARA.

Melahirkan dan mengembangkan bakat ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang tertentu yang boleh dibanggakan oleh semua WARGA SMKDOJ

Page 23: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SMKDOJ

PENGURUSAN KOKURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH GRED A PENGETUA

GURU PENOLONG KANAN

KOKURIKULUM

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

PENYELARAS

PASUKAN

PAKAIAN

SERAGAM

PENYELARAS

KELAB /

PERSATUAN

PENYELARAS

KELAB SUKAN

/

PERMAINAN

Setiausaha

Sukan

GURU

PENASIHAT

GURU

PENASIHAT

GURU

PENASIHAT

Guru

Ketua

Rumah

Guru

Sukan Dan

Permainan

Guru

Rumah

Sukan

PENGERUSI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM, KELAB/PERSATUAN, KELAB SUKAN/PERMAINAN, KETUA RUMAH DAN KAPTEN PASUKAN SEKOLAH

(MURID-MURID)

JBPS

(JAWATANKUASA

BIMBINGAN PELAJAR SEKOLAH )

Page 24: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

16.0 PANDUAN TINDAKAN KETIDAKHADIRAN PELAJAR

Page 25: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013
Page 26: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

17.0 PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN AM SEKOLAH

1. Kehadiran pelajar 1.1 Pelajar diwajibkan hadir ke sekolah dan mengikuti semua pelajaran yang dijadualkan. Pelajar dianggap ponteng sekolah jika tidak hadir tanpa memberikan sijil sakit (MC) kepada guru tingkatan atau surat kenyataan yang sah. Ibu bapa / Penjaga perlu memberitahu pihak sekolah tentang ketidakhadiran anak ke sekolah. (Telefon sekolah bernombor 07-4343497)

2. Pakaian Pelajar 2.1 Pelajar Lelaki (a) Baju kemeja putih berlengan pendek.Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar dengan kemas dan semua butang baju sentiasa berkancing. (b) Seluar panjang warna hijau tua, potongan biasa, panjang paras buku lali, tidak dikecilkan atau dibesarkan di bahagian bawah. (c) Kasut sekolah bertali hitam standar kanvas (pelajar) /PVC/kulit (pengawas) berwarna hitam (bukan jenis kasut sukan/ berfesyen), stoking putih panjang tanpa jalur berwarna. (d) Lencana sekolah dijahit pada bahagian kocek baju kiri. (e) Tali leher sekolah hendaklah sentiasa dipakai dengan kemas sepanjang waktu berada di kawasan sekolah / memakai uniform sekolah. Butang di bahagian kolar baju hendaklah di kancing dengan kemas. Panjang bucu tali lehar pada paras tali pinggang serta memakai klip tali leher.. (f) Tali pinggang berwarna hijau (ting. 1,2,3,4,5 ) / hitam (ting. 6 ), kepala tidak berhias dan lebarnya tidak lebih 1.5 inci. (g) Tidak dibenarkan memakai gelang, rantai, cincin, subang dan membawa beg sekolah yang berconteng-conteng. (h) Tidak dibenarkan berkuku panjang, berjambang, bermisai, berjanggut dan menyerupai black metal. (i) Tanda nama dijahit di atas kocek baju dan mengikut warna tingkatan seperti di bawah:

Ting.1 Ting.2 Ting.3 Ting.4 Ting.5 Ting.6

Merah Biru Coklat

2.2 Pelajar Perempuan (a) Baju kurung putih, sarung biru laut dan bertudung putih tanpa renda / sulaman labuh melepasi bahu serta memakai anak tudung ( kelas KAA bertudung warna biru ), labuh baju 2 inci paras bawah lutut atau uniform sekolah blouse putih dan pinafore biru laut yang labuhnya 2 inci paras bawah

Page 27: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

lutut beserta tali leher sekolah dengan kemas (butang di kolar baju mesti dikancing) sepanjang waktu berada di kawasan sekolah. (b) Anak baju ( camisole ) berwarna putih perlu dipakai jika pelajar memakai baju yang jarang/ baju kurung. (c) Kasut sekolah bertali hitam standar tidak berfesyen, kanvas (pelajar) dan PVC/kulit (pengawas) dan stoking putih panjang tanpa jalur berwarna. (d) Tanda nama dan lencana sentiasa dipakai di bahagian kiri tudung / pinafore. (e) Tidak dibenarkan memakai barang kemas atau bersolek, berkuku panjang atau mewarnakan kuku. (f) Semasa aktiviti kokurikulum dan pendidikan jasmani, pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah atau t-shirt kokurikulum/ rumah sukan dan track bottom hitam. Pelajar Islam bertudung hitam sarung ( digalakkan membeli dari koperasi sekolah - ukuran mematuhi peraturan). 2.3 Pakaian Unit Beruniform Merujuk Surat Pekeliling Iktisas bil. 8/2007, semua pelajar wajib memakai seragam unit Beruniform (perhimpunan)/ T-shirt (separuh uniform lengkap – latihan kawad sahaja) unit masing-masing pada : 2.3.1. setiap hari Rabu dan 2.3.2. setiap hari Isnin minggu Ketiga setiap bulan.

3. Rambut 3.1 Bagi peiajar lelaki, rambut sentiasa pendek dengan potongan slop biasa iaitu bahagian belakang tidak menyentuh kolar baju, tepi tidak menyentuh telinga, hadapan tidak menutup dahi ( digalakkan memotong rambut fesyen ala-Johor). Rambut ala beatles , ala hippies ataupun dikerintingkan, dibotakkan, diwarnakan atau fesyen yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali. 3.2 Bagi pelajar perempuan, rambut pendek tidak melepasi bahu, jika melepasi bahu hendaklah diikat dengan reben hitam atau biru tua. Rambut bahagian hadapan hendaklah diklip dengap kemas. Rambut perang/ fesyen tidak dibenarkan.

4. Membawa kenderaan ke sekolah 4.1 Pelajar mesti mempunyai lesen memandu yang sah, kenderaan yang berkeadaan baik. Lengkap dengan insurans, cukai jalan dan mematuhi syarat-syarat lain yang dikenakan oleh JPJ dan Polis. 4.2 Pelajar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah. Kenderaan hendaklah diletakkan di bahu kiri jalan di luar kawasan sekolah. Motosikal hendaklah disusun teratur di dataran kiri pintu masuk utama hadapan sekolah. 4.3 Pelajar yang membawa kenderaan ke sekolah hendaklah mengisi Borang Maklumat Pelajar membawa Kenderaan ke Sekolah dan diserahkan kepada PK HEM. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab akan tindakan pihak berkuasa terhadap pelajar.

Page 28: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

4.4 Ibu bapa / Penjaga tidak dibenarkan memandu kenderaan memasuki kawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah.

5. Pelawat 5.1 Semasa pelawat, ibu bapa atau jurujual yang ingin berurusan dengan sekolah, hendaklah melapor di pondok pengawal dan mendapat kebenaran pengetua. Pas Pelawat dan Slip kebenaran masuk ke kawasan sekolah hendaklah diambil di pondok pengawal di pintu pagar utama. Slip ini akan ditandatangani oleh Pengetua/ Guru Berkenaan. Selepas selesai urusan, Pas Pelawat dan slip kebenaran masuk hendaklah diserahkan kepada pengawal di pondok.

6. Hai-hal lain 6.1 Pihak sekolah akan memanggil ibu bapa / penjaga datang ke sekolah jika anak jagaan mereka terus mengulangi pelanggaran mana-mana peraturan sekolah. 6.2 Pelajar yang hadir lewat dikehendaki melapor diri kepada PK HEM / Guru Bertugas untuk mendapatkan slip kebenaran masuk kelas. 6.3 Semua pelajar diingatkan supaya tidak membawa telefon bimbit ( sila rujuk lampiran ) dan barang-barang berharga ke sekolah. 6.4 Pelajar dinasihatkan membawa wang saku tidak melebihi RM 20.00 (maksimum) sehari ke sekolah.

Page 29: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

18.0 DASAR KESIHATAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

OBJEKTIF: a) Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada guru, kakitangan dan juga pelajar sepanjang berada di sekolah. b) Memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah. c) Menyediakan dan menggalakkan pelaksanaan penilaian risiko (risk assessment) serta penyediaan prosedur kerja selamat (safe operating procedure) bagi setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah bagai menangani isu-isu seperti keselamatan bangunan dan padang permainan, keselamatan lalulintas di pintu masuk sekolah, vandalisme, kebersihan (tandas dan kantin) dan keselamatan di makmal. d) Membantu dalam mengintegrasikan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di dalam sistem pengurusan dan pembelajaran di sekolah serta meningkatkan standard KKP. e) Meningkatkan kualiti pembelajaran, pengajaran dan tahap tumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah (guru, kakitangan dan pelajar) f) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi isu keselamatan, kesihatan dan kecemasan. AKTIVITI:

a) Mengadakan Program Kempen Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Sekolah (OSH In School)

b) Membuat garisan kuning di sekitar laluan berisiko di sekitar kawasan sekolah.

c) Memasang papan tanda di kawasan-kawasan berisiko di sekitar kawasan sekolah.

d) Sentiasa memberi peringatan secara lisan kepada semua warga SMKDOJ di perhimpunan sekolah.

Foto-foto keselamatan dan kesihatan.

Page 30: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

19.0 KEMALANGAN DAN KECEMASAN

SMKDOJ menyediakan bilik khas Unit Kecemasan dan Kemalangan yang dikendalikan oleh guru khas bertempat di Blok Sateria Aras 1.

Bilik ini adalah bilik transit / bilik rawatan sementara sebelum pelajar yang menghadapi masalah kesihatan dihantar ke pusat perubatan berdekatan.

Page 31: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

20.0 HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBU BAPA/PENJAGA

Page 32: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

AKTIVITI SEDIA ADA (asa) DAN RANCANGAN MASA DEPAN (rmd) PIBG SMKDOJ 1. Kegiatan Sosial PIBG

pungutan derma untuk sumber kewangan persatuan dan pembiayaan projek sekolah (rmd)

menganjur kursus motivasi (rmd)

memberi sumbangan dalam bentuk peralatan (asa)

menganjur Hari Terbuka di antara ibu-bapa, guru dan pelajar (asa)

menganjur lawatan sambil belajar untuk sekolah (rmd)

menganjur majlis-majlis berkaitan (asa)

menganjur projek gotong-royong bagi tujuan mengerat hubungan ibu-bapa, pelajar dan guru (rmd)

2. Kegiatan Akademik PIBG

menderma buku ilmiah sebagai rujukan tambahan (rmd)

menganjur kelas tambahan bagi tujuan peningkatan prestasi dan pencapaian (rmd)

membantu menjemput pensyarah, pakar guru dan pemeriksa kertas jawapan (asa)

menganjur kelas pemulihan (rmd)

3. Kegiatan Kebajikan PIBG

membantu pelajar miskin menjelaskan bayaran keperluan pembelajaran peperiksaan (asa)

menderma buku latihan dan peralatan kepada murid tidak berkemampuan (asa)

menderma kepada yang ditimpa kemalangan (rmd)

membantu membaiki tempat kerja agar kemas, bersih dan selesa (asa)

membaiki kemudahan dan menghiasi kawasan sekolah agar lebih kondusif (asa)

Page 33: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

21.0 HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN KOMUNITI

Page 34: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

1. Foto aktiviti Bersama Ahli Komuniti.

Page 35: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013

2. Aktiviti timbal balik Lambang kerjasama antara SMKDOJ dan komuniti SMKDOJ ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan berlandaskan

kehendak komuniti. Perkembangan dan kemajuan komuniti pula

bergantung pada sumbangan sekolah yang ditubuhkan.

SMKDOJ sedia memberi perkhidmatan kepada komuniti melalui

pasukan pakaian seragam seperti Persatuan Bulat Sabit Merah,

Pengakap, Pandu Puteri, St John, Pancaragam Sekolah termasuk

tenaga guru dan pengajar apabila menganjur aktiviti perayaan dan

kebudayaan dari masa ke semasa.

Kemudahan dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan.

Komuniti boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan

pembangunan sekolah. Kilang-kilang, stesen radio dan televisyen, kem

latihan serta pusat kajian dan penyelidikan boleh dibuka untuk lawatan

sambil belajar.

Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Madah diungkap santun bitara Pantun dilantun mengusik hati

Salah dan silap pena bicara Pohon diampun seikhlas hati

Tari beradat langkah bertingkah

Kalung suasa menghias dada Tiba saat kita berpisah

Cemerlang ditingkat jemu tiada

sekian terima kasih.

Page 36: PROSPEKTUS SMKDOJ 1/2013