dinul islam

41
A. PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu “Salima” bererti selamat sentosa atau kedamaian. Dari perkataan “Salima” itu ini dibentuk perkataan “Aslama” yang bermaksud memelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia bereti juga menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Perkataan ”Aslama” inilah yang menjadi pokok asas kepada perkataan Islam iaitu “Salima-Aslama-Yuslimu”, yang membawa erti menyerah diri, patuh dan tunduk kepada sesuatu(Muhd. Sulaiman bin Hj. Yasin : 1981). Contohnya dapat dilihat dari Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Ketika Tuhannya berkata kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini”. (Al Baqarah : 131) Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan ”Islam” tidak mempunyai hubung kait sama

Upload: paranse-elsando

Post on 28-Sep-2015

43 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

AL islam kemuhammadiyaan

TRANSCRIPT

A. PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu Salima bererti selamat sentosa atau kedamaian. Dari perkataan Salima itu ini dibentuk perkataan Aslama yang bermaksud memelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia bereti juga menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Perkataan Aslama inilah yang menjadi pokok asas kepada perkataan Islam iaitu Salima-Aslama-Yuslimu, yang membawa erti menyerah diri, patuh dan tunduk kepada sesuatu(Muhd. Sulaiman bin Hj. Yasin : 1981). Contohnya dapat dilihat dari Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:Ketika Tuhannya berkata kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini. (Al Baqarah : 131)

Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau tempat-tempat tertentu. Penurunan Islam kepada umat manusia merupakan hikmah tertinggi dari Allah s.w.t. maka Islam disebut sebagai agama wahyu. Dari segi pemilihan nama, Islam merupakan nama istemewa yang diberikan oleh Allah kepada Dinnya. Al-Quran sebagai kalam Allahs.w.t. menyebut Islam sebagai Al-Islam(makrifah) untuk ditujukan kepada agama suci ini. Di antaranya ayat-ayat tersebut ialah:Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Sesungguhnya agama di sisi Allah hanya Islam. (Ali Imran : 19)Barang siapa mencari agama selain Islam, maka tidaklah akan diterima(agama itu). (Ali Imran : 85)Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redha Islam itu menjadi agamamu(Al Maidah : 3)Dia yang mengutuskan RasulNya(dengan membawa) petunjuk(AL-Quran) dan agamayang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik membenciNya(Al Taubah : 33)

1. Definisi Islam menurut Istilah/syara.a. Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan penuh kesedaran dan kerelaaan tanpa paksaan(Ibid). Penyerahan secara terpaksa bukanlah bidang yang dibicarakan di sini, kerana penyerahan secara itu tidak akan mendatangkan balasan pahala, malah manusia tidak dapat membuta pilihan yang mengakibatkan mereka akan ke syurga atau ke neraka. Sama ada mereka tergolong yang beruntung ataupun yang rugi. Malah penyerahan secara ini tidak sesuai untuk makhluk manusia yang mempunyai akal fikiran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Barang siapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi(Ali Imran : 85)b. Islam adalah peraturan hidup(way of life), peraturan yang bersifat intergral dan mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk seluruh umat manusia. Peraturan hidup ini terkandungdidalam al kitab yang nyata dan telah dihayati oleh pesuruhNya iaitu dalam kehidupan baginda Rasulullah s.a.w. yang menjadi teladan yang baik bagi seluruh manusia.

Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. sendiri yang bermaksud :Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul(Riwayat Bukhari)c. Definisi Islam menurut Hadith Rasulullah s.a.w. Jibril datang bertanya Rasulullah s.a.w. tentang Islam : Ceritakan padaku (Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah s.a.w. menjawab: Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan berhaji ke Baitullah jika engkau kuasa(Riwayat Bukhari) Jibril membenarkan keterangan Rasulullah s.a.w. di atas. Dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w. telah menerangkan beberapa asas penting yang terkandung di dalam Islam(Abdul Karim Zaidan : 1987). Asas Islam itu dapat dihuraikan seperti berikut :

1. Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkan Islam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus, benar dan harmoni.2. Di atas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangan yang luas skopnya, samada dalam konteks individu maupun dalam konteks kolektif. Hal ini tergambar dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan.3. Di atas sistem kerohaniannya yang mantap dan sistem syariatnya yang menyeluruh, suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah perlaksanaan kedua-dua sistem ini secara serentak. Dalam hal ini, Islam telah meletakkan satu garis dasar bagi perlaksanaan kedua-dua sistem ini, iaitu melalui sistem akhlak Islam yang menyeluruh dan mantap. Dengan perlaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak maka lahirlah, apa yang dikatakan ibadah dalam konteks yang menyeluruh. Menjadi seluruh aktiviti kehidupan ini ibadah adalah sasaran Islam dan menjadi fungsi penciptaan manusia itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan kepadaKu(AL-Zariyat : 56) Islam sebagai sistem yang luas mempunyai strukturnya yang tersendiri. Dengan struktur inilah pengabdian yang total dan padu kepada Allah s.w.t. dapat dilaksanakan secara terurus dan terancang, tepat seperti mana yang dikehendaki di dalam itu sendiri.

B. PENGERTIAN AD-DIN

Menurut pendapat Ibn Faris dalam bukunya Maqayis al Luqhah perkataan Ad-Din merupakan perkataan buku yang mempunyai banyak erti diantaranya ialah pasrah, menyerah, tunduk, perhitungan dan lain-lain. Orang-orang Arab mempergunakannya untuk berbagai-bagai maksud dan tujuan. Dalam peristilahan bahasa Melayu perkataan agama boleh diertikan kepada Ad-Din.

Perkataan Din(dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup, sedang Ad-Din(dalam bentuk makrifah) bermaksud, cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ia merupakan suatu yang khusus terdapat di dalam Al Quran. Walau bagaimanapun perkataan Din apabila dirangkaikan dengan perkataan Allah Al haq seperti dinullah, dinulhaq maka ia bereti agama yang datang dari Allah atau agama yang benar.Jadi, perkataan Din apabila dilihat sebagai suatu istilah yang khusus dalam Al Quran ia mencangkupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat, ia merupakan suatu istilah yang terdiri daripada empat bahagian : Kekuasaan yang maha mutlak(Allah s.w.t. ). Penyerahan diri lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetian kepada kekuasaan yang maha mutlak. Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yang maha mutlak kekuasaannya. Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.Keempat-empat bahagian ini sesuai disebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah s.w.t. terhadap Dinulhaq yang mana ia mengandungi tiga ciri terpenting: Iman kepada Allah, sebagai yang mutlak kekuasaanNya, dimana setiap muslim menyerah bulat kepada kekuasaaNya. Iman kepada hari kemudian(akhirat), ia merupakan hari dimana Allah melimpahkan anugerah dan kurniaNya, juga menimpa azab dan derita. Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.Keserasian yang ada di antara pengertian Din sebagai suatu istilah yang khusus di dalam Al Quran dengan peristilahan Dinullah dan Dunulhaq yang mengandungi tiga perkara penting tadi dapat dilihat melalui ayat-ayat Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM(DINULLAH) HIDUP CIPTAAN ALLAH

Islam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah s.w.t. diturunkan untuk seluruh makhluk dan alam semesta. Tidak ada agama lain yang diakui kebenarannya melainkan Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam. (Ali Imran : 19) Islam adalah agama yang diturunkan kepada para rasul sejak Nabi Allah Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. Agama yang benar dan kekal sudah tentu ia bersifat sempurna dan menyeluruh. Sempurna dari segi nilai-nilai dan sistem-sistem yang terkandung di dalamnyadan menyeluruh dari segi konteksruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu mengatur dan mentadbir hidup dan kehidupan seluruh makhluk, samada makhluk yang terdiri dari alam nabat, alam haiwan dan lebih-lebih lagi makhluk yang dikatakan alam manusia.Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan alam semesta mempunyai peraturan-peraturan dan pengajaran yang merupakan asas-asas, prinsip-prinsip dan hukum-hakam. Dasar-dasar ini termaktub di dalam kitab suci Al Quran dan As Sunnah yang sahih. Keseluruhan dasar-dasar itu merupakan perintah-perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraandan kebahagian hidup manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan ini, Islam mengajarkan hal-hal yang berhubung kait dengan duniawi dan juga hal-hal yang bersangkutan dengan unsur ukhrawi. Oleh itu, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentuk hubungan :1. . Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, ia meliputi tentang kepercayaan dan penyembahan. Oleh itu, Islam mengajarkan tentang sistem iman dan sistem ibadah. Kedua-dua ajaran ini bersifat vertikal ataupun menegak.

2. Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Oleh itu, Islam mempunyai ajaran-ajaran yang mencangkupi bidang-bidang politik, undang-undang, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Kedua-dua ajaran ini bersifat horizontalataupun mendatar(Nasaruddin Razak : 1986).

Kedua-dua ajaran ini dilaksanakan secara harmoni tanpa adanya pemisahan diantara satu sama lain. Sebarang pemisahan akan mengakibat kemusnahan dan kerugian yang berkekalan kepada pelakunya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:Ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada melainkan mereka yang membuat hubungandengan Allah danmembuat hubungan dengan manusia(Ali Imran : 112) Islam bukan hanya berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual semata-mata malah ia merupakan sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, dimana ia dikatakan agama universal(Muhd Sulaiman Yasin : 1981).

C. ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM SECARA UMUM DAN KHUSUS

1. Sistem Umum/Hukum Alam SemestaSistem secara umum bermaksud; sistem atau peraturan/hukum umum ciptaan Allah s.w.t. yang bersifat universal. Seluruh alam ini termasuk manusia terikat dengan peraturan ini dan peraturan yang bersifat umum ini dikenal sebagai hukum alam semesta. Hukum ini tidak ada suatu makluk pun dapat mengelak diri daripadanya samaada secara redha maupun terpaksa. Dengan sistem/hukum umum inilah Allah s.w.t. mencipta dan mengatur seluruh alam. Ia bersifat pasti, objektif dan tetap(Nasaruddin Razak : 1986). Firman Allah s.w.t yang bermaksud :Dan(Allah) telah menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu ditetapkan padanya hukum-hukumnya( AL Furqan : 2)Hukum umum ini dikenal juga sebagai Sunnatullah yang sifatnya tidak akan berubah. Allah s.w.t. menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud :Yang demikian itu, adalah Sunnatullah yang telah berlaku sejakdahulu, Dan kamu tidak sekali-kali akan menemukan perubahan pada Sunnatullah itu(Al Fath : 23)Ketundukan dan kepatuhan seluruh alam terhadap sistem ini merupakan suatu yang pasti dan tidak dapat disangkal lagi, Al Quran dengan tegas menjelaskan dengan maksud:. Dan kepadaNyalah menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara suka maupun terpaksa. (Al Rad : 15)Bagi maklukNya yang istimewa, tersusun dari unsur rohani dan jasmani, memiliki daya pilih, Allah menurunkan suatu sistem khusus yang dinamakan dinullah atau dinul Islam sesuai dengan status ebagai Khalifah Allah di bumi.

2. Islam Sebagai Suatu Sistem khususIslam sebagai satu sistem khusus bermaksud Islam sebagai Ad Din yang datang dari Allah s.w.t. merupakan peraturan yang mengatur hidup manusia, agar dapat mengabdikan diri dalam konteks yang sebenar. Mengabdi merupakan fungsi penciptaan manusia yang dilakukan dalam keadaan sedar dan merupakan pilihan yang tepat dan benar berdasarkan persiapan dan unsur-unsur yang sedia ada pada diri manusia sendiri, Allah s.w.t. berfirman degan maksud :Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu(Al Zariyat : 56)

Sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh manusia atau melakukan pilihan yang salah akan mengakibatkan kemurkaan Allah dan di akhirat ia dikategorikan ke dalam golongan orang-orang yang rugi, firman Allah s.w.t yang bermaksud :Barang siapa yang mencari agama selain Islam, Maka tidak akan diterima(agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi(Ali Imran : 85)

Islam merupakan sistem khusus yang mengatur kehidupan manusia dan mampu menangani seluruh persoalan hidup, baik yang menyangkut persoalan rohani maupun jasmani dalam seluruh aspek aktiviti kehidupan.

D. KANDUNGAN ISLAM1. AkidahAkidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah adalah bergantung kepada akidah yang dianutinya, Seluruh aktivitikehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan akidah yang benar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya.

2. Dari segi bahasaPerkataan akidah berasal dari bahasa Arab bermaksud ikatan atau simpulan. Pada kebiasaannya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang bersifat zahir seperti taliatau seumpamanya. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan juga pada sesutu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian. Dari ikatan dan simpulan maknawi ini lahir perkataan akidahiaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan(Muhd. Sulaiman Yasin : 1981).

3. Dari segi istilah/syara.Berpandukan dari diatas, akidah bolehdifahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpulkuat dalamjiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai oleh apa-apa sekalipun(Ibid). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Maka sesiapa yang kafirkan taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang dengan simpulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus, dan Allah Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui(Al Baqarah : 256)

Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berdasarkan keraguan atau dipengaruhi oleh prasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh Al Qurandan dijelaskan oleh Al Hadis.

4. Unsur-unsur Akidah/Rukun Iman.

Berdasarkan keterangan Al Quran dan Al Hadis di atas dapat disimpulkan bahawa unsur-unsur akidah atau terasiman adalah seperti berikut:a. Kepercayaan kepada Allah. Kepercayaan kepada Malaikat. Kepercayaan kepada Kitab-kitabd. Kepercayaan kepada para Rasule. Kepercayaan kepada hari Akhiratf. Kepercayaan kepada Qadar dan Qadak Asa utama yamg mesti ada dalam akidah ini terjelma dalam penyaksian syahadah. Akidah adalah penentu pandangan umat Islam kepada makluk dan khalik, kepada dunia dan akhirat dan kepada alam syahadah dan alam qhaib (Al Qaradhawi : 2000). Oleh itu umat Islam digalakkan supaya menjaga akidah dan membataskan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mencacatkan Islam itu sendiri.SyariahSyariah dari segi bahasaBerasal dari perkataan Arab Syirah. Dalam bahasaMelayu bereti jalan, jalan yang lurus atau sumber air.Syariah mengikut istilah/syaraMengikut perundangan Islam, syariah adalah segala hukum-hukum yang diperundangkan oleh Alalh s.w.t. ke ats hamba-hambaNya supayamereka beriman dan beramal dengannya agar dapat mencapai kebahagiaanhidup di dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud :Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus(syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikut kehendak merekayang tidak mengetahui( Al Jathiah : 18)Semua hukum-hukum yang diperundangkan ini dikeluarkan samada dari Al Quran dan Al hadis, melalui ijtihad sahabat dan para fuqaha yang didasarkan kepada dua sumber utama ini. Oleh itu sumber-sumber perudangan Islam yang masyhur terutama dikalangan jumhur ulamak adalah :a. Al Quran(Kitabullah)b. Al Hadith / As Sunnahc. Al Ijmakd. Al Qias Berdasarkan hukum-hukum ini manusia berpeluang untuk membina kehidupannya dalam pelbagai aspek yang dapat menyumbang kepada kebahagian dan kedamaian. Syariah tidak tandus dalam membicarakan hubungan manusia dan Allah dan hubungan manusia sesama makhluk. Begitu juga syariah telah menyediakan suatu kerangka konkrit tentang persoalan politik, ekonomi, pentadbiran dan seterusnya kepada hubungan antarabangsa.Dalam hal inisyariah memberi luang yang luasbagi manusia membina tamaddunnya. Penjelasan mengenai mertabat ilmu, pengiktirafan terhadap unsur-unsur teknikal dan kesenian merupakan jawapan bagi seluruh hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. itu dapat mengarahkan manusia membina suatu kehidupan yang menjelmakan diri sebagai insan yang bertaqwa(Amin b. Amat : 1989)AkhlakAkhlak dari segi bahasa :Berasal dari bahasa Arab Akhlaq iaitu kata jamak dari khuluq bermaksud tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi.Akhlak dari sudut istilah/syaraAkhlak berasaldari perbendaharaan istilah Islam. Lain istilah yang mirip dengan akhlak adalah moral dan etika. Menuru Iman Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak adalah sifat yang tertanamdalam jiwa seseorangyang dengannya lahir perbuatanhasil dari pancaran hati sanubari dalamanya. Ia bersikap rohani yang melahirkan tingkah laku perbuatan insan terhadap Allah dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia(Riwayat Malik)DiriRasulullah s.a.w. sendiri menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi ikutan ummah. Saidatina Aiyah pernah mengaku bahawa akhlak Rasulullah s.a.w. adalah Al Quran. Akhlak dalam Islam adalah penting, malah sama pentingnya dengan Islam itu sendiri(Abdul Karim Zaidan : 1987)Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan bahawa akhlak dalam Islam adalah menyeluruh, ia menjadidasar kepada tatacara kehidupan insan, baik dalam hubungan dengan Allah s.w.t. , manusia, mahupun alam. Oleh itu akhlak dapat dihuraikan dalam 3 bentuk hububgan iaitu:a. Akhlak manusia terhadap Allahb. Akhlak manusia sesama manusiac. Akhlak manusia terhadap makhluk yang lain.Maka sinilah keistemewaan akhlak Islam yang mana ia dapat mencorakkan kehidupan seseorang individu, masyarakat dan seterusnya umat keseluruhannya.

E. CIRI-CIRI ISLAMIslam sebagai manhaj kehidupan mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia. Di antara ciri-cirinya ialah(Musa bin Fathullah Harun : 1996)

1. Rabbani2. Syamil dan kamil3. Waqie atau praktikal4.Tinggi atau agung5. Alami atau sejagat6. Insani7. Wasati8. Tetap dan anjalSesuai sifatnya sebagai agama akhir zaman yang Allah s.w.t. turunkan untuk alam seluruhnya, Islam mampu menyelesaikan apa juga persoalan yang muncul kerana ia memiliki ciri-ciri istemewa dan praktikal.

1. TUJUAN ISLAMTujuan besar dinul Islam diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup manusia di dunia maupun kemaslahatan hidup manusia di akhirat. Disamping menjaga lima kemaslahatan penting manusia, tujuan utama Islam juga antara lain ialah : Mendidik manusia supaya mengenal penciptanya. Mengajar dan memandu manusia supaya dapat mengerjakan ibadah dengan betul dan sesuai seperti yang diperintahkan. Mendidik dan melahirkan insan berkualiti. Memberikan jaminan dan keselamatan diri dan harta. Memberikan ruang dan tempat pergantungan. Memberikan harapan dan peluang bagi mendapatkan balasan baik dan tempat kembali yang berkekalan.

2. KESIMPULANIslam sebagai ad-din merupakan manhaj kehidupan yang menyeluruh sifatnya. Maka menjadi kewajipan kepada manusia untuk memberikan pengisian yang berkualiti, bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran agar tamadun manusia dapat ditegak di atas dasarnya yang kukuh dan mendapat keredaan dari Allah s.w.t.

F. CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM

Islam sebagai agama Allah mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia.

(1)RABBANI

la bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialah Wahyu Allah swt. Wahyu ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertama wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quraan dan keduanya dalam bentuk maknanya sahaja iaitu al-sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbeza dengan agama lain yang dicipta ataudulhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah.

(2)SYUMUL DAN LENGKAPSyariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segala kepentingan mereka samada dalam bentuk daruruyyat, hajiyyat danjuga tahsiniyyat. lajuga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya samada dengan Allah, sesama manusia atau alam sekeliling mereka. Manakala agama ciptaan manusi tidak memiliki cirri-ciri ini kerana agama tersebut tidak menentukkan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan tidak menghubungkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, social, sains dan teknilogi mereka.

(3)SEPADU DAN SEIMBANG

Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia., bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, serta pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.Kesepaduan dan keseimbangan system Islam ini bukan sahaja dalam aspek huku hakam bahkanjuga dalam semua ciptaan Allah termasuklah penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan, bintang dan matahari, semuanya bersifat sepadau dan seimbang. Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohani danjasmani, dunia dan akhirat. Islam juga menjamin keseimbangan antara kehidupan individu dan masyarakat.

(4)WAQU ATAU PRAKTIKAL

Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusi dalam seluruh bidang kehidupannya.Dalam kontek ini seluruh system Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, sussana dan rupa bentuk kehidupan manusia yang tidak statis tetapi sebaliknya praktis.

(5)TINGGI DAN AGUNG

Islam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud : " Sesungguhnya agama yang (diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam " {al-Imran:19}Ketingian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa islam itu datang dari Zat yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai kedudukan yang tertinggijika dibandingkan dengan agama-agama lain. Malah adalah tidak wajar wajar rnembandingkan Islam dengan agama-agama budaya ciptaan manusia.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya"

(6)ALAMI DAN UNIVERSAL

Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi-semua tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada diplanet Marikh sekalipun.

Firman Allah swt yang bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai sekelian manusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua".{Al-Araf: 158}

Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam mampu menjamin kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka sepanjang masa.

G. SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM

Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori:1.Sumber-sumber asasi iaitu Al-Quran dan As Sunnah.2.Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada; Al-Ijma dan Al-Qias

SUMBER-SUMBER ASASI

AL-QURAN:

Al-Quran ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-a, yaq-ra-u yang bererti bacaan. Selain daripada panggilan Al-Quran iajuga disebut dengan Al-Furqan, Al- Kitab, Az-Zikr.

Makna Al-Quran dari segi istilah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya suatu ibadah.

PENURUNAN AL-QURAN

Al-Quran adalah hidayah Allah s.w.t kepada semua umat manusia. lanyajuga merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari itu Al-Quran juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala- galanya baik secara umum atau khusus.Penuruman Al-Quran telah dilakukan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang agak panjang iaitu selama 23 tahun. la bermula dengan ayat 1-5 Surah Al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3 Surah Al-Maidah.

CIRI-CIRI KELEBIHAN Al-QURAN

Al-Quran mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya dengan kitab-kitab yang lain:

Pertamala diturunkan dalam bahasa Arab. Ini membezakannya dari kitab-kitab Samawi yang lain. Tidak pemah terdengar wujudnya kitab yang lain diturunkan dalam bahasa Arab. Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt dengan firmanNya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami turunkan dia, (sebgai) bacaan yang berbahasa Arab, supaya kamu berfikir" {Yusuf:2}

KeduaAl-Quran turun sebagai wahyu daripada Allah swt kepada Rasulullah s.a.w dengan lafaz dan maknanya sekali.

KetigaAl-Quraan menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Allah telah mencabar orang-orang Arab agar membuat satu kitab yang sama seperti Al Quraan. Tetapi mereka tidak mampu melakukannya. Ini menjadi bukti yang jelas bahawa al-Quraan bukanlah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, sebaiknya datang daipada Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

KeempatA-Quraan disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan penulisan dari sisi Rasullah s.a.w hingga ke hari ini. Ketetapanya adalah diyakini, tidak diresapi oleh pengubahan atau penukaran atau peminda Firman Allah: " Sesungguhnya Kamilah yang menumnkan Al-Quraan dan sesungguhnya Kami benar- benar memeliharanya" {Al-Hijr, 9}

KelimaMembaca Al-Quraan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira ibadah dan diberikan pahala. Allah swt mewajibkan kita membaca surah A-Fatihah dalam sembahyang. Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslim akan diberi ganjaran pahala bacaannya bagi setiap huruf dengan sepuluh kebaikan.

AS-SUNNAH

As-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", baik yang terpuji atau tercela. Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah bererti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk quail (ucapan), Fili (perbuatan), mahupunya taqrir (pengakuan).As-Sunnah adalah sumber asai yang kedua selepas al-Quran. la berperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Quraan secara praktikal dalam melaksanakan tuntutan al-Quraan.Dari pengertian di atas, as-Sunnah boleh dibahagikaa kepada tiga bentuk:

i- Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w dalam pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya Sabda Nabi yang bermaksud "sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat"

ii- Sunnah Filiyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. Umpamanya Nabi melakukan ibadah solat dan haji, kemudaian menyuruh orang ramai melakukan sepertimana yang dilakukannya.

iii- Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang diucap dan dilakukan oleh para sahabat r. a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercangah dengan syaruk. Contohnya Rasulullah tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri.

SUMBER-SUMBER IJTIHADI

(1)Al-Ijma

Ijma dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama bennksud keazaman. Dalilnya ". . . . Dan buatlah leazaman kamu. . . . " {Surah Yunus : 71} Kedua ia bermaksud persepakatan. Oleh itu ijma berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma dengan makna yang kedua tidak mumngkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih. Menurut istilah ulama usul, ijma ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara. . Berdasarkan pengertian di atas makajelas bahawa ijma itu tdak akan berlaku kecuali ia memenuhi syarat-syarat berikut:

i- Hendaklah persepakatan iut berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan dai kalangan mereka, maka tidak dikira ijma.

ii- Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tida sepakat.

iii- Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijma tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya.

iv- Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram, harus dan sebagainya.

v- Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja. Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.

vi- Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut.

AL-QIAS

Qias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan esuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya.

Rukun Qias

Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempumakan emapt rukun berikut;

i- Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas syara

ii- Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari al-Quran atau as-Suimah ataupun ijma.

iii- Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-Quraan atau as-sunnah.

v- Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara perkara asal (al Asl) dengan yang baru (al-Faru).