slide tasawwur islam- pandangan semesta islam- jihad

28
Click to edit Master subtitle style TASAWWUR ISLAM - Pengertian. - Kepentingan. - Ciri-ciri. - Kesimpulan.

Upload: zarul-ashraff

Post on 25-Jul-2015

183 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

Click to edit Master subtitle style

TASAWWUR ISLAM

-Pengertian.-Kepentingan.-Ciri-ciri.-Kesimpulan.

Page 2: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM• 1) Tasawwur: Gambaran atau penjelasan yang

hakiki terhadap sesuatu sehingga dapat difahami.

• 2) Al-Islam: Agama yang di turunkan oleh Allah SWT ke atas junjunganbesar kita Nabi Muhammad SAW bagi mengatur urusan2 kehidupan manusia yangberhubungan dengan Penciptanya, dirinya dan manusia2 lain.

• 3) Tasawwur Islam: Gambaran /penjelasan yang hakiki terhadap Islam sehingga dapat difahami dengan benar dan jelas. Berkaitan dengan semua aspek terhadap Islam sama ada tatacara mendapatkan gambaran tersebut, skop ajarannya dan juga tatacara beramal dengannya.

Page 3: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

KEPENTINGAN TASAWWUR ISLAM

• Tasawwur amat penting dalam kehidupan manusia kerana sikap dan tindakan adalah lahir dari tasawwurnya terhadap kehidupan ini. Tasawwur yang betul akan melahirkan tindakan yang betul. Begitu juga jika sebaliknya. Perbezaan tasawwur adalah berpunca daripada banyak aspek antaranya ialah latarbelakang pendidikan yang mempengaruhi penguasaan ilmu seseorang terhadap Islam.

Oleh yang demikian, Islam telah memberi perhatian yang berat terhadap pendidikan. Ini adalah untuk memastikan setiap insan mempunyai tasawwur dan pengetahuan yang jelas terhadap hakikat kehidupan di atas muka bumi ini.

Page 4: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

CIRI-CIRI ISLAM

• Iaitu keistimewaan dan ciri-ciri khusus yang• tidak terdapat pada mana-mana agama lain.• Rabbani ( ketuhanan )• Thabat wa Murunah ( tetap dan anjal )• Waqi’ah ( realistik )• Tawazun dan wasatiyah ( seimbang dan

sederhana )• Syumul ( menyeluruh )• Alamiyyah ( sejagat )

Page 5: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

KESIMPULAN

• Islam adalah agama pemikiran(kefahaman).Dari itu tasawwur Islam iaitu penjelasan tentang Islam itu mestilah benar.

• Satu2nya cara untuk mendapatkan gambaran Islam yang benar adalah dengan menuntut ilmu (belajar).

• Mengabaikan kewajipan menuntut ilmu akan mengakibatkan kita berdosa. Hidup kita di dunia akan ditimpa kemudharatan dan kesusahan dan yang lebih ditakuti lagi adalah azab yang sedia menanti di hari akhirat yang tidak ada keraguan tentangnya.

Page 6: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

PANDANGAN SEMESTA ISLAM• Ibn Khaldun menyatakan bahawa suasana

persekitaran merupakan unsur terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat.

• Lucien Goldmann mengatakan bahawa unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun ialah pandangan semesta yang mendasarinya.

• Syed Naquibb al-Attas menyatakan bahawa pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat iaitu dunia merupakan persediaan untuk akhirat.

• Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutama dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh nilai tertentu.

Page 7: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

Elemen-Elemen Asas Pandangan Semesta Islam

• 1.Hak Allah S.W.T.• 2.Konsep Manusia & Hak sebagai Hamba Allah• 3.Hak Alam

Page 8: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

HAK ALLAH S.W.T• Allah mempunyai kekuasaan dan kehendak

(Iradah) tanpa paksaan dan arahan daripada sesiapapun untuk mencipta manusia dan alam semesta.

• Semua ciptaan (makhluk) terutamanya manusia dan alam ini tertakluk kepada peraturan Allah

• Allah sebagai pencipta yang mutlak, berhak menentukan sesuatu terhadap kedua-duanya.

• Hak-hak Allah bagi diriNya kepada manusia dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:-

• 1)Mencipta manusia.• 2)Menetapkan peraturan dan perundangan.• 3)Memberi kebebasan memilih kepada

manusia.

• Hak-hak Allah S.W.T. bagi diriNya ke atas alam pula dapat dijelaskan melalui aspek-aspek:-

• 1)Mencipta alam• 2)Mengatur perjalanan alam .

Page 9: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

HAK MANUSIA• 1] Mengenal pencipta• 2] Mengetahui dan mengamalkan

perundangan yang telah digariskan• 3] Melaksanakan ibadah

Page 10: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

UNSUR JASMANI DAN ROHANI DALAM DIRI MANUSIA

• Kejadian manusia berunsurkan tanah dan ruh sebagai mana dinyatakan di dalam al-Quran dan hadith.

• Unsur tanah menandakan ciri fizikal/jasmani manakala unsur ruh menandakan ciri rohani.

• Kedua-dua unsur ini menjadikan struktur diri manusia memiliki sifat yang sempurna di mana sebahagian darinya merujuk pada aspek material, sebahagian yang lain menunjuk pada unsur rohani dan sebahagian yang lain bergabung dalam diri manusia yang dikenali sebagai kecenderungan atau dorongan dan keinginan atau dipanggil sebagai FITRAH (yang merangkumi tiga unsur).

• Contohnya manusia akan merasa putus asa apabila ditimpa kesusahan manakala mereka akan bergembira jika diberikan kebaikan. Contoh ini menunjukkan tindak balas diri manusia secara fitrah apabila ia tidak bersandarkan kepada akidah dan nilai yang mantap.

Page 11: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

HAK ALAM SEMESTA• Manusia perlu menunaikan hak-hak alam yang

telah dipertanggungjawabkan ke atas dirinya. Hak-hak tersebut dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu:-

• 1. Alam sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah al-Ghasyiah:

17 yang bermaksud : “Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan? Dan bagaimana gunung-gunung ia ditegakkan? Dan bagaimanakah bumi dihamparkan.”

• 2. Alam diciptakan untuk kepentingan manusia.

Allah berfirman dalam surah Luqman: 20 yang bermaksud: “Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah s.w.t. telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin”

• 3. Alam perlu dipelihara dan dipulihara. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Rum :

41 yang bermaksud“ telah berlaku kerosakan di muka bumi dan laut akibat tangan-tangan manusia”

Page 12: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

KONSEP ILMU• Definisi dari segi bahasa:• Ilmu berasal daripada perkataan arab “alima” yang bermaksud mengetahui tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya.

• Definisi dari segi istilah:• 1) Al-Ghazali –“suatu kepastian secara

demonstratif (menyeluruh) di mana untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman secara langsung”.

• 2) Plato –“suatu pemindahan roh atau jiwa dari kegelapan kepada cahaya”

• 3) Syed Naquib al-Attas –“ suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia”

• 4) Kamus Mu’jam al-Wasit –“Ilmu merupakan penghasilan yang menyeluruh secara tersusun atau himpunan segala masalah dan prinsip dalam satu kesatuan disiplin ilmu seperti ilmu kalam (theology), ilmu tatabahasa, geologi, astronomi dan arkeologi” dan juga “ pencapaian sesuatu hakikat atau disebut sebagai ilmu yaqin”.

Page 13: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

PENGKELASAN ILMU• Persoalan: Adakah segala jenis ilmu WAJIB

dituntut oleh setiap muslim?• 1) Pendapat Syeikh Zarnuji -“ Sesungguhnya

tidak wajib bagi setiap muslim dan muslimah menuntut segala jenis ilmu tetapi yang diwajibkan adalah menuntut Ilmu perbuatan (ilmu al-’amal) sebagaimana diungkapkan bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu perbuatan dan sebagus-bagus amal adalah menjaga perbuatan” –meliputi ibadah kepada Allah seperti kewajipan solat, puasa, zakat & haji.

Page 14: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

• 2) Pendapat Al-Ghazali –“Ilmu boleh diklasifikasikan kepada ilmu fardhu ‘ain dan juga ilmu fardhu kifayah”.

• Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib seperti ilmu agama dan segala cabangnya sebagai contoh rukun Islam.

• Ilmu fardhu kifayah ialah tiap-tiap ilmu yang tidak dapat dihindarkan dalam menegakkan urusan duniawi. Sebagai contoh: ilmu jual beli, kedoktoran, politik, pertanian dan ilmu bagi urusan yang perlu dan penting untuk pembangunan negara dan masyarakat.

Page 15: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

• 3) Menurut Imam an-Nawawi: Ilmu terbahagi kepada 2, ilmu syariat dan ilmu bukan syariat.

Ilmu syariat terbahagi kepada fardu ‘ain, fardu kifayah dan sunat.

Manakala ilmu bukan syariat terbahagi kepada haram dan harus.

Page 16: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

SUMBER-SUMBER ILMU

• WAHYU.• AKAL DAN PANCAINDERA.• ALAM SEMESTA.

Page 17: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

WAHYU:

• Ia terdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana keduanya adalah sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan paling penting kepada kehidupan manusia.

• Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia sebagai garis panduan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Page 18: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

Di antara ayat2 ciptaan nabi palsu Musailamah laknatullah untuk menandingi Al-Quran..

- 1) Hai katak betina anak dua katak, bersihkanlah berapa banyak kamumembersihkanya, bukan air yg kamu kotori, dan bukan orang minum ygkamu larang.

2) Sesungguhnya Allah telah beri nikmat kepada orang hamil, manakaladia mengeluarkan darinya manusia yg berjalan, dari antara kulit dlmbesar dan isi perut.

3) Gajah, apa yg kamu ketahui tentang gajah, dia memiliki belalai ygpanjang.

4) Demi perempuan2 yg membuat adunan, demi perempuan2 yg membuat roti, demi perempuan2 yg menelan dan menyuapi suapan ihaalah(lemak cair) dan samin(mentega), sesungguhnya org2 quraisy adalahkaum yg melampaui batas.

Page 19: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

AKAL & PANCAINDERA:• Akal merupakan elemen utama yang dapat

memandu manusia kepada kebenaran. Akal adalah neraca pada kebenaran yang bertunjangkan wahyu kerana melalui akal manusia mampu mencapai kebenaran dan mengelakkan daripada keraguan.

• Pancaindera pula merupakan alat yang digunakan akal untuk mendapatkan ilmu kepada sesuatu fakta menerusi fungsi-fungsi akal.

• Menurut Imam al-Ghazali : Ilmu yang menggunakan akal boleh dikategorikan sebagai ilmu matematik, logik, metafizik, politik dan etika.

Page 20: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

ALAM SEJAGAT:• Alam juga dikira sebagai sumber ilmu

sampingan kepada wahyu dan akal.• Plato berpendapat bahawa alam yang nyata

yang dapat dirasai oleh pancaindera merupakan subjek utama kepada ilmu kebenaran. Ini kerana hubungan manusia dan alam maya mencetuskan ilmu sains yang wujud hasil daripada pertembungan dan kesusahan yang dialami oleh pengalaman pancaindera biasa.

Page 21: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

MARTABAT ILMU DALAM ISLAM1) Surah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman bermaksud: “Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan) dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” .- Menjelaskan bahawa orang yang beriman dan berilmu akan mendapat tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimanan yang dimiliki merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu yang bermanfaat akan menyedarkan dirinya tentang hakikat kerdilnya manusia di sisi Allah kerana ilmu Allah yang maha luas.2) Surah Thaha ayat 114 Allah berfirman bermaksud: “ dan berkatalah, Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”. - Menjelaskan bahawa bagaimana Islam meninggikan kedudukan ilmu dengan mendorong umat Islam supaya sentiasa berdoa agar ditambahi ilmu pengetahuan.3) Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban bermaksud, “ para alim ulama adalah pewaris para nabi ”.

Page 22: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

KEPENTINGAN ILMU• Ilmu yang membezakan di antara manusia dan

juga haiwan.• Ilmu adalah asas kebahagiaan dunia dan

akhirat.• Ilmu membezakan darjat kemuliaan seseorang

individu atau masyarakat.• Ilmu adalah asas ketakwaan kepada Allah

s.w.t.• Ilmu akan sentiasa bertambah sekiranya

digunakan dan harta akan habis sekiranya digunakan.

• Ilmu dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama manusia.

• Ilmu dapat membezakan sesuatu yang halal dan haram.

Page 23: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

KONSEP NILAI• Nilai merupakan elemen terpenting dalam

kehidupan manusia. Perbincangan mengenai nilai bukan dalam bentuk betul atau salah tetapi mengenai disenangi atau tidak, berbeza dengan ilmu yang membincangkan mengenai benar atau salah.

• Nilai secara umumnya merupakan satu unsur yang terpancar daripada perlakuan manusia dan yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia itu.

Page 24: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

NILAI DALAM ISLAM• Terdapat 5 nilai yang dipertanggungjawabkan

ke atas manusia iaitu fardhu, sunat, harus, makruh dan haram.

• Nilai-nilai ini mendasari nilai-nilai lain seperti nilai moral dan etika, nilai estetika, nilai sosial dan budaya, nilai tradisi dan lain-lain.

Page 25: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

SUMBER DAN HIERARKI NILAI DALAM ISLAM

- Sumber - 1) Al-Quran 2) Hadis Qudsi 3) Sunnah 4) ‘Uruf dan ‘Adat.

- Hierarki - 1) Mahmudah- baik dan terpuji 2) Makruhah- kurang baik/dibenci 3) Mazmumah- buruk dan tercela.

• Secara terperincinya hierarki nilai dari sudut baik dan buruknya dapat dikategorikan sebagai:-

- nilai-nilai makruf (baik) iaitu: i) Harus, Sunat & Wajib.- nilai-nilai mungkar (buruk) iaitu: i) Makruh & Haram.

Page 26: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

PELAKSANAAN NILAI DALAM KEHIDUPAN

• Ayat-ayat Al-Quran menjelaskan bahawa nilai dalam Islam tidak ditentukan berdasarkan akal manusia tetapi telah ditentukan oleh naqal (wahyu). Islam tidak menerima penetapan nilai oleh majoriti manusia atau kesesuaian berdasarkan keadaan dan masa tetapi nilai yang ditentukan oleh wahyu jauh lebih sesuai dengan fitrah manusia merentasi sempadan masa dan geografi.

• Manusia secara fitrahnya tidak dapat hidup bersendirian. Manusia perlu berhubung dengan manusia atau makhluk lain. Manusia juga secara semula jadi perlu kepada Tuhan. Islam datang dengan perundangan memberikan panduan tentang perjalanan perhubungan yang sepatutnya terjalin antara manusia, alam dan Tuhan. Keseimbangan antara semuanya perlu berlangsung. Kesemuanya tersedia dalam nilai-nilai akhlak Islam.

Page 27: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

KONSEP JIHAD DI DALAM ISLAM• Pengertian Jihad dari segi bahasa: Bersungguh-sungguh.

• Dari segi istilah pula ia diertikan dengan pelbagai pengertian. Antaranya ialah, mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat islam.

• Namun, pengertian jihad mengikut makna asalnya adalah berperang di jalan Allah.. (operasi ketenteraan)

• Secara literalnya, kalimah jihad boleh difahamkan sebagai setiap kesungguhan untuk mencapai sesuatu objektif.

Page 28: Slide Tasawwur Islam- Pandangan Semesta Islam- Jihad

JENIS DAN UNSUR JIHAD

Jenis:1] Jihad memerangi musuh Allah dari golongan syaitan dan orang kafir.2] Jihad Amar Maa’ruf Nahi Mungkar.3] Jihad melawan hawa nafsu dengan membersihkan jiwa dan mensucikan hati.Unsur:1] Hijrah- iaitu perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.2] Perjuangan- berjuang bersungguh-sungguh dengan usaha untuk mencapai matlamat.3] Perngorbanan dari segi diri sendiri, masa, tenaga, harta dan sebagainya.3] Syahid- mati pada jalan Allah.