dinamika ilmu sebagai warisan intelektual ummah

13
DINAMIKA ILMU SEBAGAI WARISAN INTELEKTUAL UMMAH: PANDANGAN ALAM, BUDAYA, DAN KETAMADUNAN 1 Mohammad Fazril Mohd Saleh 2 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kiranya engkau berhajatkan mutiara, maka akan padang pasir itu tinggalkanlah ia, dan berlayarlah engkau di lautan samudera; Dan kira-kira tiada kaujumpa, barang mutiara yang engkau cita-cita, paling tidak mencecah air telah kau berjaya. Muqaddimah Manusia merupakan makhluk Tuhan yang paling sempurna, yang diciptakan-Nya dengan kurniaan-kurniaan istimewa yang membolehkan ia menentukan nasib hidupnya sendiri. Keupayaan manusia membina peradaban sepanjang sejarahnya adalah suatu pencapaian yang selayaknya. Walau bagaimanapun, nasib sejarah manusia ini tidak selamanya cemerlang. Pasang surutnya tetap ada, dan itu juga fitrah ketamadunan yang sewajarnya diterima umat manusia sebagai „ibrah dan pedoman bersama. Justeru, dalam makalah yang sederhana ini, kami cuba mengungkap beberapa idea peradaban khususnya yang terakam dalam sejarah peradaban umat Islam. Tanpa menafikan peranan dan sumbangan tamadun lain, makalah ini memugar beberapa aspek ketamadunan Islam dengan memfokus kepada ciri unggulnya: ilmu. Bertitik-tolak dari sini, pengembangan horizon pemikiran manusia Muslim membentuk bangunan konsep yang terkembang secara gradual seterusnya membina pandangan alam. Pandangan alam, sebagai suatu mental framework membantu manusia mengkonsepsikan dirinya dalam interaksi dengan kewujudan yang terdapat di sekitarnya. Dalam interaksi manusia sesama manusia dan juga interaksi manusia dengan persekitarannya, suatu fenomena pengembangan sosial berlaku, dikenali sebagai budaya. Budaya adalah suatu fenomena yang wujud dalam perkumpulan manusia atau masyarakat. Perkembangan budaya akan mempengaruhi gaya hidup dan keadaan kehidupan sesuatu masyarakat sehinggakan perkembangan budaya yang maju menandai kewujudan sesuatu tamadun. Oleh yang demikian, dalam kondisi semasa, sedar atau tidak kita juga sedang hidup dalam suatu kendera tamadun yang tersendiri. Kami meyakini, bahawa tamadun bukan sekadar 1 Dikepilkan sebagai tambahan kepada pembentangan dalam Simposium Mahasiswa Timur Tengah, 4-5 Februari 2015 2 Penulis merupakan Presiden PKPIM sesi 2013/2014. Boleh dihubungi di [email protected].

Upload: fazril-saleh

Post on 19-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

TRANSCRIPT

  • DINAMIKA ILMU SEBAGAI WARISAN INTELEKTUAL UMMAH:

    PANDANGAN ALAM, BUDAYA, DAN KETAMADUNAN1

    Mohammad Fazril Mohd Saleh

    2

    Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

    Kiranya engkau berhajatkan mutiara,

    maka akan padang pasir itu tinggalkanlah ia,

    dan berlayarlah engkau di lautan samudera;

    Dan kira-kira tiada kaujumpa,

    barang mutiara yang engkau cita-cita,

    paling tidak mencecah air telah kau berjaya.

    Muqaddimah

    Manusia merupakan makhluk Tuhan yang paling sempurna, yang diciptakan-Nya dengan

    kurniaan-kurniaan istimewa yang membolehkan ia menentukan nasib hidupnya sendiri.

    Keupayaan manusia membina peradaban sepanjang sejarahnya adalah suatu pencapaian yang

    selayaknya. Walau bagaimanapun, nasib sejarah manusia ini tidak selamanya cemerlang.

    Pasang surutnya tetap ada, dan itu juga fitrah ketamadunan yang sewajarnya diterima umat

    manusia sebagai ibrah dan pedoman bersama.

    Justeru, dalam makalah yang sederhana ini, kami cuba mengungkap beberapa idea peradaban

    khususnya yang terakam dalam sejarah peradaban umat Islam. Tanpa menafikan peranan dan

    sumbangan tamadun lain, makalah ini memugar beberapa aspek ketamadunan Islam dengan

    memfokus kepada ciri unggulnya: ilmu. Bertitik-tolak dari sini, pengembangan horizon

    pemikiran manusia Muslim membentuk bangunan konsep yang terkembang secara gradual

    seterusnya membina pandangan alam. Pandangan alam, sebagai suatu mental framework

    membantu manusia mengkonsepsikan dirinya dalam interaksi dengan kewujudan yang

    terdapat di sekitarnya. Dalam interaksi manusia sesama manusia dan juga interaksi manusia

    dengan persekitarannya, suatu fenomena pengembangan sosial berlaku, dikenali sebagai

    budaya. Budaya adalah suatu fenomena yang wujud dalam perkumpulan manusia atau

    masyarakat. Perkembangan budaya akan mempengaruhi gaya hidup dan keadaan kehidupan

    sesuatu masyarakat sehinggakan perkembangan budaya yang maju menandai kewujudan

    sesuatu tamadun.

    Oleh yang demikian, dalam kondisi semasa, sedar atau tidak kita juga sedang hidup dalam

    suatu kendera tamadun yang tersendiri. Kami meyakini, bahawa tamadun bukan sekadar

    1 Dikepilkan sebagai tambahan kepada pembentangan dalam Simposium Mahasiswa Timur Tengah, 4-5

    Februari 2015 2 Penulis merupakan Presiden PKPIM sesi 2013/2014. Boleh dihubungi di [email protected].

  • suatu konsep akademik, tetapi juga hakikat dan realiti. Justeru, usaha kita dan masyarakat

    hari ini adalah sewajarnya ditumpukan kepada aspek-aspek positif ketamadunan dan pola-

    pola perkembangan peradaban yang boleh dipelajari daripada tamadun Islam. Malah menjadi

    mesej utama dalam makalah ini bahawa aspek positif tamadun Islam itu adalah bertitik tolak

    daripada kecenderungan terhadap ilmu serta sikap terhadapnya, dan kegiatan ilmiah yang

    aktif, dinamik dan progresif.

    Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya, bagi mereka (balasan) apa

    yang telah diusahakan oleh mereka...

    Surah al-Baqarah (2): 134

    Islam dan Peradaban Manusia

    The Arabs, a semibarbaric race in ancient times, entered into world history

    after their conversion to Islam in the 7th

    century A.D. Muhammad, the

    Prophet of Allah, transformed the heathen Arabs into an Islamic nation.

    Almost immediately after the prophets death, the Islamized Arabs emerged

    as a conquering nation which gradually overran the centres of ancient

    civilizations such as Syria, Egypt, Iraq, Persia as well as Central Asia, Sind,

    North Africa, and Spain within eight decades, and thus established one of the

    greatest medieval empires. They also devised new social, economic, political

    and legal institutions to implement the ideals of Islam. Soon after the first

    century Hijrah, the Arabs began to translate (into Arabic) and master the

    scientific and literary works of ancient civilized Greece, Persia and India. In

    the process of these energetic and creative activities, the Arabs created a

    new civilization.

    M.A.J. Beg

    Sebelum kemunculan tamadun Islam, telahpun wujud pelbagai tamadun dalam lintasan

    sejarah peradaban manusia. Sejarah telah membuktikan wujudnya tamadun-tamadun besar

    seperti Babylon, Assyria, Chaldea, Israel, Sumeria, Mesir Purba, Phoenicia, Carthage, Parsi,

    Sasani, Achaemenia, Arya, Parthia, India, Yunani, Rom, Byzantin, Jepun, China dan lain-lain

    lagi. Banyak tamadun yang hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Oleh sebab yang demikian,

    sesetengh orang menganggap tamadun Islam juga merupakan salah satu peradaban tinggalan

    sejarah. Mungkin kemusykilan ini wajar direnung semula. Perbezaan ketara antara tamadun

    Islam dengan tamadun-tamadun lainnya ialah ia berorientasikan agama dan bersifat universal,

    sedangkan tamadun lain bersifat regional dan berorientasikan perkauman atau kebangsaan.3

    3 Untuk bacaan lanjut, rujuk M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia,

    1980), hal. 18.

  • Malah, boleh dikatakan bahawa Islam adalah suatu civilizing force yang sanggup dan mampu

    membangun peradaban di atas prinsip-prinsip ajarannya. Islam menggariskan tujuan

    kewujudan sesebuah tamadun adalah untuk kepentingan manusia. Justeru, manusia menjadi

    fokus utama dalam ketamadunan, bukannya material, kebendaan mahupun teknologi. Sesuatu

    tamadun yang menitikberatkan pembangunan kebendaan sehingga melupakan pembangunan

    spiritual dan moral manusia merupakan tamadun yang tidak memberi keuntungan kepada

    manusia, sebaliknya mendatangkan derita dan tragedi.

    Tamadun Islam Sebagai Karya Cipta Manusia Muslim

    Islam adalah al-Dn. Ini merupakan istilah yang digunakan oleh al-Quran, yang tidak hanya

    merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan sahaja, atau terbatas dalam aspek ritual

    dan spiritual sahaja, ataupun melibatkan individu atau bersifat peribadi semata. Al-Dn

    mempunyai peranan dan pengaruh yang besar terhadap setiap aspek kehidupan manusia:

    aspek spiritual, moral, ekonomi, sosial, politik, perundangan dan lain-lain.

    Tamadun atau peradaban Islam ialah hasil karya cipta manusia Muslim yang komited kepada

    agamanya. Oleh sebab adanya komitmen keagamaan itu, maka terbinanya tamadun Islam,

    iaitu tamadun yang dibangunkan di atas landasan akidah, tumbuh berkembang dalam acuan

    syariat dan terkawal dalam nilai-nilai akhlak Islamiah. Dalam erti kata lain, tamadun Islam

    adalah penjelmaan semangat ajaran Islam: pandangan sarwanya (worldview),

    epistemologinya (falsafah ilmu) dan aksiologinya (sistem nilai).4

    Suatu hakikat sejarah yang tidak dapat dinafikan: kemunculan Islam sebagai suatu kuasa

    politik dan kekuatan spiritual adalah suatu peristiwa agung dalam sejarah dunia. Dalam

    pengalaman sejarahnya yang panjang, Islam telah membentuk jati diri bangsa Arab, Parsi,

    Barbar, Turki, Sudan, Swahili, Hausa, Bengoli, Sindhi, Melayu, dan banyak lagi kumpulan

    etnik dan linguistik memberikan mereka suatu kematangan spiritual dan kemantapan identiti

    sosio-budaya.

    Kemunculan Islam dan perkembangannya memberikan insentif kepada kaum Muslimin untuk

    membina empayarnya yang tersendiri; membangunkan kerangka politiknya, dan

    menghasilkan teori dan amalan perundangannya, dengan berbasiskan wahyu. Masyarakat

    Muslim menghasilkan makalah-makalah saintifik dan wacana falsafah serta literatur-literatur

    penting merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Mereka juga membina monumen

    dan binaan ketamadunan yang hebat dan menjuarai kegemilangan kesenian halus tersendiri.

    Al-Qurn dan Pengaruh Ketamadunannya

    Asas utama kepada tamadun Islam ialah sumber agungnya: Al-Qurn. Tidak sekadar sebuah

    kitab suci yang menggarispandukan aspek spiritual, ritual dan moral, al-Qurn memberikan

    4 Siddiq Fadzil, Sains dan Teknologi: Isu Penislaman dan Pemeribumiannya dalam Ahmad Mohamad Said et

    al. (ed.), Dinamika Ilmu: Memugar Warisan Intelektual Ummah, (Kajang: Kolej Dar al-Hikmah, 2005), hal. 29.

  • satu suntikan motivasi ketamadunan kepada manusia. Banyak bangsa dunia yang menerima

    Islam, dengan suluhan cahaya al-Quran, ia membentuk keutuhan jati dirinya yang tersendiri,

    seperti yang diungkapkan oleh Zeki Velidi Tongan: The Qurn had given to the Turks the

    courage for mastering over the vast steppe and mountain regions of Asia, a unique thought

    system and a unique literary language.5

    Al-Qurn dan Al-Sunnah sebagai sumber wayu merupakan asas epistemologi yang

    membawa kepada kejayaan pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam. Wahyu (al-

    Qurn dan Al-Sunnah) telah membentuk mental framework manusia Muslim, bersama-sama

    pengalaman kehidupannya yang berteraskan prinsip ajaran Islam akhirnya menyempurnakan

    binaan bangunan konsep dalam pemikiran manusia Muslim sehingga terbentuk suatu

    weltanschauung (worldview) pandangan alam yang lengkap, integral dan komprehensif.

    Pandangan Alam: Mempersepsi Manusia dan Hakikat Dirinya

    The marvellous effect produced by the Holy Qurn on the

    minds of those who first came into contact with it, the

    unparallel revolution brought about in the world, the uplift of

    not one but revolution brought about in the world, the uplift of

    not one but many nations from the depth of degradation to the

    height of civilization is,...

    M. Ali

    Pandangan alam (weltanschauung/ worldview) merupakan suatu bangunan konsep yang

    terbentuk dalam pemikiran manusia, seterusnya membentuk suatu kerangka mental (mental

    framework) yang membantu manusia memahami hakikat-hakikat yang wujud dalam alam ini.

    Pandangan alam membolehkan seseorang menanggapi dan mempersepsikan segala sesuatu,

    yang akhirnya akan membawa kepada natijah tindakan atau perbuatannya, yang berasaskan

    tanggapan dan persepsinya terhadap sesuatu. Perbahasan mengenai pandangan alam terkait

    dengan perbahasan falsafah tentang ontologi, epistemologi dan aksiologi.

    Pandangan alam Islam seseorang manusia terbentuk secara gradual melalui pembelajaran,

    pengalaman dan interaksinya dengan persekitaran. Dalam Islam, pandangan alam seseorang

    Muslim dibentuk oleh pengetahuannya tentang hakikat alam tidak sekadar yang dilalui dan

    dirasai berdasarkan interaksi dan pengalamannya semata-mata, tetapi juga melalui maklumat-

    maklumat yang diperoleh daripada sumber wahyu.

    Manusia, Kebebasan dan Ikhtiyr

    5 M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 45.

  • Insan yang hidup berlandaskan agama yang benar adalah pengabdian diri yang sebenar-

    benarnya. Ia satu bentuk kemuliaan yang tertinggi. Bersandarkan kepada ilmu yang hak,

    insan berikhtiar memilih yang lebih baik dengan membuat pertimbangan yang adil

    menggunakan akal yang sihat dalam menyerah dirinya secara sukarela dalam pengabdian

    kepada Allah swt. Inilah erti kebebasan (freedom) yang sebenar yang terpancar daripada

    pandangan alam Islam ikhtiyr yang sebenar dalam memilih yang terlebih baik untuk

    kesejahteraan diri pertimbangan dan tinjauan akal yang mengarah diri kepada

    mengamalkan perilaku terpuji dan menzahirkan akhlak mulia.6 Dalam mengukuhkan ide

    kebebasan ini, S.M.N. al-Attas menegaskan:

    Freedom is to act as ones real and true nature demands and so

    only the exercise of that which is of what is good can properly be

    called free-choice. A choice for the better is therefore an act of

    freedom Whereas a choice for the worse is not a choice as it is

    grounded in ignorance it is then also not an exercise in freedom

    because freedom means precisely being free from domination by

    the powers of the soul that incites to evil.7

    Bukanlah kebebasan sebenar jika diri dibiarkan liar tanpa pengawasan peraturan yang dapat

    membendung segala naluri dan tabiat haiwaniyah dalam diri: barangsiapa yang terjerumus

    ke jurang kehinaan yang sedemikian maka ia bukanlah insan yang sebenar tetapi hanyalah

    insan dalam rupa bentuk dan adalah terlebih rendah dari segala haiwan yang rendah.8

    Dalam erti kata lain, kebebasan itu bukan sebenarnya bebas, kerana diri yang liar itu

    sebenarnya berada di bawah pengaruh dan bawaan hawa nafsu, dan keadaan diri yang seperti

    itu sebenarnya meletakkan martabat insan itu pada kedudukan yang paling hina dan rendah9

    walaupun asalnya manusia itu mulia dan berada pada darjat yang tinggi.

    Tuntasnya, insan akan bebas dalam erti kata yang sebenar apabila berpegang pada simpulan

    yang kukuh iaitu pandangan alam dan akidah yang benar bertunjangkan al-Tawd:

    Bagaikan pohon yang tegap berdiri, segar, teguh, dan kukuh kerana akarnya mencengkam

    bumi dengan cabang-cabangnya menjulang ke langit biru, begitulah cabang-cabang

    kehidupan insan yang berpandukan akidah dan pandangan alam yang a.

    Dengan pandangan alam yang benar, manusia akan tetap teguh berbekalkan nilai-nilai wahyu

    yang dipegangnya. Jelas, dalam tradisi Islam, tidak berlaku sebarang gejala negatif seperti

    6 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam, (Penang: USM, 2007),

    hal. 66 7 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995),

    hal. 33. 8 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Mana Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam (Kuala Lumpur:

    ISTAC, 2002), hal. 28

    9 Al-Quran al-Karim, Surah al-Tin (95) ayat 5, Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-

    rendahnya (neraka), dan al-Furqan (25) ayat 44, atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)

  • keruntuhan akhlak, krisis identiti dan jurang antara generasi melainkan setelah insan

    mengambil tindakan menjauhi realiti dan hakikat dirinya sendiri.

    Jiwa Manusia Menurut Islam

    Manusia dikurniai kebolehan untuk mencapai ilmu. Tempat letak ilmu dalam diri manusia

    adalah unsur rohaniahnya yang disebut dalam al-Qur`an dalam pelbagai kalimah iaitu sebagai

    hati (al-qalb) jiwa/diri (al-nafs), roh (al-r), dan akal (al-aql), tetapi kesemuanya itu

    merujuk kepada hakikat yang sama iaitu unsur rohaniah manusia.10

    Pada asalnya, manusia

    mengetahui Hakikat Tuhan dan kesatuan Mutlak-Nya (al-tawd) sebagaimana yang disebut

    dalam al-Qurn, surah al-Arf (7), ayat 172 yang bermaksud:

    Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-

    anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian

    terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini

    Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami

    menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari

    kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam)

    adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).

    Ayat di atas merujuk kepada perjanjian (al-mithq/ al-ahd) manusia dengan Tuhan semasa

    di alam roh. Manusia telah mengenali dan mengakui keadaan dan keesaan Tuhan lalu

    mengikat perjanjian yang menentukan tujuan, tindakan dan sikap mereka terhadap diri dan

    Tuhan. Ikatan perjanjian ini merupakan ikatan dan penentuan dalam agama (al-dn) yang

    merupakan pengabdian sebenar (al-Islm). Tujuan kewujudan manusia adalah untuk

    mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya11

    dan tugasnya adalah untuk taat (ah)

    kepada Tuhan sesuai dengan fitrah insaniahnya.12

    Hakikat Jiwa Manusia

    Walau bagaimanapun, manusia juga mempunyai masalah lupa (nisyan). Menurut Abdullah

    Ibn Abbas, merujuk kepada surah h (20), ayat 115: Dan sesungguhnya telah Kami

    perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati

    padanya kemahuan yang kuat, perkataan insan terbit daripada kalimah nasiya kerana kata

    Ibn Abbas, manusia telah melakukan perjanjian dengan Tuhan tetapi mereka lupa (nasiya).

    Kelupaan merupakan penyebab keengkaran, dan kesan penderhakaan ini menjatuhkan

    manusia ke dalam kezaliman (ulm) dan kejahilan (jahl). Namun begitu, Tuhan telah

    10

    Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 2 11

    Al-Quran al-Karim, Surah al-Dzariyat (51) ayat 56, Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. 12

    Al-Quran al-Karim, Surah al-Rum (30) ayat 30, Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

  • melengkapkan manusia dengan akal dan wahyu yang mampu melorongkan mereka ke jalan

    yang benar. Untuk memilih kepada kebaikan (ikhtiyr), terserah kepada manusia itu sendiri.13

    Hakikat diri manusia yang sebenar berasal dari alam tinggi (al-malakut) dan alam perintah

    (al-amr). 14

    Terdapat beberapa peringkat/ martabat (level/ stages) bagi jiwa manusia. Apabila

    manusia cenderung kepada jalan yang benar, ketenangan sebenar yang transenden (al-

    saknah) akan hadir dan mereka akan berada dalam kebebasan dan ketenangan dalam ingatan

    kepada Tuhan. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan keadaan jiwa yang tenang (al-nafs al-

    mutmainnah) dan merupakan peringkat tertinggi jiwa manusia. Kadangkala, jiwa manusia

    bergelora dan berlawanan antara daya akliahnya dan daya kebinatangannya. Apabila jiwa

    berada dalam keadaan yang jahat, kemudian ia sedar lalu berusaha melawan kejahatan

    tersebut dan mengutuk kelakuannya. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan al-nafs al-

    lawwmah iaitu jiwa yang mengutuk diri sendiri. Manakala, keadaan jiwa yang terperangkap

    dalam kejahilan dan kejahatan dinamakan al-nafs al-amarah bi al-s`.

    Unsur-unsur dalam Diri Manusia

    Jiwa manusia juga mengandungi beberapa keadaan upaya (quwwah) yang termanifestasi

    dalam hubungannya dengan aspek jasmani manusia. Keadaan upaya tersebut ialah jenis-

    jenis jiwa iaitu (1) jiwa tumbuhan (al-nafs al-nabtiyah), (2) jiwa haiwan (al-nafs al-

    hayawniyah), dan (3) jiwa rasional (al-nafs al-ntiqah).15

    Tumbuh-tumbuhan mempunyai

    kekuatan untuk membesar, kekuatan kesuburan dan produktif. Kekuatan-kekuatan ini juga

    terdapat pada haiwan dan manusia. Boleh dikatakan, manusia mempunyai jiwa-jiwa yang

    sama dengan haiwan, Cuma yang membezakannya adalah jiwa rasional (al-nafs al-ntiqah)

    yang hanya terdapat pada diri manusia, tidak haiwan mahupun tumbuhan. Keadaan inilah

    yang menjadikan manusia itu sebagai manusia dan sekiranya manusia kehilangan keadaan

    upaya ini, maka manusia tersebut tiada berbeza dengan haiwan.

    Jiwa rasional (al-nafs al-ntiqah) merupakan petanda ciri-ciri unggul bagi manusia. Kalimah

    Natiq (al-ntiqah) bermakna daya akliyah yang merujuk kepada fakulti rasional manusia,

    selari maksudnya dengan perkataan logos (Greek) dan ratio (Latin). Ntiq merupakan fakulti

    dalaman yang menanggap dan memahami realiti-realiti seterusnya memformulasi makna

    berkaitan membuat keputusan, pengelasan dan penjelasan.16

    Al-nafs al-ntiqah juga merujuk

    kepada akal.

    Namun, akal (al-aql) dalam Islam bukan seperti yang difahami dalam kebudayaan Barat.

    Dalam kebudayaan Barat, akal hanya merujuk kepada ratio yang merupakan alat untuk

    memahami dan menguasai alam zahir (aspek saintifik) semata-mata. Ratio dipisahkan

    daripada intellectus yang bermaksud fakulti untuk merenungi hakikat rohaniah. Akal dalam

    13

    Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul, (Kuala

    Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 6 14

    Al-Quran al-Karim, Surah Ya Sin (36) ayat 83; surah al-Mukminun (23): 88 15

    Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 8 16

    Ibid. hal. 39

  • Islam merangkumi sekaligus aspek ratio dan intellektus. Akal, menurut Islam, jika dijaga

    dengan baik, akhirnya akan membawa implikasi akhlak yang penting.

    Kelalaian Punca Keruntuhan Tamadun

    Daripada perbincangan ini, dapatlah kita mengerti keadaan jiwa manusia yang sebenar

    sebagaimana fitrah kejadian Tuhan. Kelupaan manusia dan keengkarannya untuk kembali ke

    jalan kebenaran (al-inabah/ al-taubah) walapun dikurniakan Tuhan dengan keupayaan untuk

    berbuat demikian, telah menenggelamkan manusia dalam lembah kehinaan yang meletakkan

    martabatnya pada kedudukan yang rendah, malah lebih rendah daripada haiwan. Ini juga

    yang menjadi punca kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

    Jelasnya, daripada perbahasan tentang manusia, dan fitrah diri manusia, dapat dibuat suatu

    kesimpulan awal bahawa tamadun bukanlah bersifat organik, tetapi ia adalah suatu yang

    bersyarat. Tamadun akan bertumbuh, berkembang dan maju dengan syarat-syarat yang

    sewajarnya dan secocoknya yang menjadi sebab kepada pertumbuhan, perkembangan dan

    kemajuannya. Sebaliknya, tamadun akan menguncup, merosot dan mati sekiranya ia

    memenuhi syarat penguncupan, kemerosotan dan kematiannya.

    Legasi Ummah: Intelektualisme dan Budaya Ilmu

    Demikianlah hakikatnya, sejarah kegemilangan Islam

    menjadi saksi bahawa ia bermula dengan revolusi keilmuan

    yang tercetus dari ayat mukjizat Iqra bi smi rabbika

    lladhi khalaq..., transformasi kemanusiaan dan revolusi

    kebudayaan yang merubah pengembala unta menjadi

    ilmuwan cendekia, manusia badawi-jahili menjadi Muslim

    haari-madani.

    Siddiq Fadzil

    Budaya Sebagai Manifestasi Pandangan Alam

    Budaya adalah suatu fenomena sosial yang wujud dalam perkumpulan manusia atau

    masyarakat. Budaya terdiri daripada dua patah kata: budi dan daya. Perkataan budi

    menggambarkan suatu konsep yang abstrak tetapi memberi makna yang cukup besar dan kuat

    untuk menjadi faktor pencetus kepada suatu aspek yang lebih konkrit. Budi bermaksud

    pemikiran, kepercayaan, anutan, fahaman, kecerdikan, kecerdasan, dan keluhuran. Manakala,

    perkataan daya pula merujuk kepada suatu aspek luaran yang bersifat konkrit gerak,

    perbuatan, manifestasi, tajalli, penampakan, aksi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, budi

    adalah lambang aspek dalaman diri manusia yang merangkumi idealisme, intelektualisme dan

    spiritualisme, manakala daya adalah manifestasi aspek dalaman tadi dalam perbuatan dan

  • kegiatan (aktivisme).Oleh yang demikian, budaya adalah suatu adunan dua unsur ini

    pemikiran atau worldview yang termanifestasi dalam perbuatan atau kegiatan tertentu.

    Justeru, budaya sebagai penjelmaan nilai-nilai yang dipegang adalah sangat menentukan

    tahap pencapaian sesuatu masyarakat. Budaya yang kami maksudkan di sini bukanlah seperti

    yang difahami umum sebagai seni hiburan heboh-hebohan semata. Budaya yang

    dimaksudkan adalah suatu fenomena sosial penjelmaan nilai-nilai yang tercerna dalam

    pandangan alam sesuatu masyarakat yang membantu masyarakat tersebut menentukan corak

    hidup dan kegiatannya. Budaya seperti inilah yang terkembang menjadi maju dan seterusnya

    membina tamadun. Seperti yang diungkapkan oleh Malik Bennabi bahawa tiada perubahan

    sosial (al-taghyr al-ijtim) akan berlaku tanpa berlakunya perubahan budaya (al-taghyr al-

    thaqf).

    Kecenderungan, Sikap, Rutin dan Pembinaan Budaya

    Kata kunci yang penting untuk difahami dalam membangun ketamadunan Islam ialah

    budaya. Persoalannya, bolehkah budaya dibina? atau ia berlaku secara alami tanpa perlu

    kepada sebarang perancangan? Bagi kami, budaya boleh direncana.

    Budaya hanya akan terbina dalam komuniti. Ini kerana manusia merupakan makhluk sosial

    yang saling memerlukan satu sama lain. Sejarah ketamadunan bangsa-bangsa besar dunia

    membuktikan tamadun berkembang daripada budaya, dan budaya dibangunkan dalam

    masyarakat. Pembinaan watak masyarakat yang berbudaya inilah yang akan membantu

    menjayakan pembinaan budaya dan tamadun.

    Bagaimana kita dapat membina budaya secara praktikal? Di sini terletaknya kepentingan

    kesatuan pemikiran dan idealisme dalam masyarakat. Awal mulanya budaya akan mungkin

    terbina dengan munculnya kecenderungan (tendency) dalam diri individu. Daripada

    kecenderungan ini, maka sikap (attitude) mula dibina dalam diri individu tersebut. Sikap ini

    akan membentuk rutin (routine) yang menjadi pengamalan harian oleh individu tersebut.

    Justeru, apabila setiap individu mempunyai kecenderungan, sikap dan rutin yang sama, maka

    budaya pun terbentuk. Dalam kata lain, budaya adalah manifestasi kesatuan pemikiran

    individu-individu dalam sesuatu masyarakat yang menzahirkan pengamalan-pengamalan

    tertentu dalam bentuk kegiatan dan perbuatan.

    Intelektualisme dalam Tamadun Islam

    Dalam memahami dinamika ilmu sebagai legasi keintelektualan ummah, S.M.N al-Attas

    menegaskan:

    ...rationality in Islam does not merely pertain to minds systematic and

    logical interpretation of the facts of experience or its rendering

    intelligible and manageable to reason the data of experience; or its

    abstraction of facts and data and their relationship; or the grasping of

  • nature by the mind, and the law-giving operation the mind renders

    upon nature. Since reason is a protection of the intellect, which is the

    spiritual organ of cognition known as heart (al-qalb). Hence the

    understanding of spiritual realities is also within the province of reason

    and is not necessaricly divorced from rational understanding of

    them.17

    Sejarah menyaksikan bahawa intelektualisme dalam tamadun Islam merupakan suatu tradisi

    pengkajian ilmiah yang luas, merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Penubuhan sebuah institut

    dan kutub khanah untuk tujuan penterjemahan dan penyelidikan, Bayt al-ikmah pada tahun

    830 M oleh al-Mamn misalnya menggambarkan kesungguhan mereka yang cukup luar

    biasa.

    Keluasan kajian intelektual para ilmuwan Islam dapat dilihat dari jumlah dan sifat karya-

    karya yang dihasilkan oleh mereka. Sebagai contoh, al-Kindi dilaporkan menulis sejumlah

    242 buah karya, Ibn Sina mengarang 220 buah karya, dan Zakaria al-Razi menulis sejumlah

    236 buah tulisan. Tulisan dan karya-karya mereka yang ensiklopedik ini bukan hanya sekadar

    dalam satu bidang, tetapi merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang ada pada zaman mereka.

    Beberapa ciri penting intelektualisme Islam yang dinamik digariskan seperti berikut: 1)

    pendekatan Tawd; 2) wayu sebagai asas pengkajian ilmiah; dan 3) sikap hormat-kritis

    terhadap ilmu asing.18

    1) Pendekatan Tawd

    Tawd merupakan konsep asas dalam akidah Islam yang telah memberi kesan kepada

    kesemua aspek kehidupan seseorang Muslim termasuk kegiatan intelektualnya. Pendekatan

    Tawd ini menjadi asas kepada pengembangan disiplin ilmu dan melandasi perbahasan-

    perbahasan dalam ilmu-ilmu seperti falsafah, sejarah, sains, perubatan, senibina dan lain-lain.

    Kecenderungan ini tidak memisahkan antara aspek-aspek yang bersifat duniawi dengan

    ukhrawi, malah secara sedar mengaitkan segala upaya dan usaha mereka sebagai suatu

    bentuk ibadah dan ketaatan kepada Tuhan. Ini diperakui oleh al-Attas:

    The representative of Islamic thought theologians, philosophers,

    metaphysicians have all and individually applied various methods in

    their investigations without preponderating on any one particular

    method. They combined in their investigations and at the same time

    their persons, the empirical and their rational, the deductive and

    inductive methods and affirmed no dichotomy between the subjective

    17

    Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 8. 18

    Mohd Farid Mohd Shahran, Isu-isu dalam Pemikiran Islam, (KL: Angkatan Belia Islam Malaysia, 2008), hal. 37.

  • and the objective, so that they all affected what I would call the tawhid

    method of knowledge.19

    2) Wayu Sebagai Asas Pengkajian Ilmiah

    Seperti yang telah disentuh sebelum ini, al-Qurn menjadi asas kepada perkembangan

    tamadun Islam. Apabila kita kaitkan asal mula tamadun Islam itu dengan dinamika ilmu dan

    budaya intelektual, maka kita akan dapati, perkembangan intelektual Islam bermula dengan

    al-Qurn. Sebagai sumber rujukan utama, panduan, dan kitab suci, al-Qurn menyuntik

    motivasi dan keghairahan mencari dan menggali ilmu. Keyakinan seperti al-Qurn does not

    provide a detailed science but the principles of all knowledge merupakan suatu keyakinan

    yang bermotivasi tinggi. Sheikh Ahmad Kiftaro menyatakan:

    Whosoever studies the chapter and the verses of the Qurn will be

    struck by the maner how the Qurn combined religion and intellect

    and how Muslim doctrines are compounded to motivate advancement

    in civilization.20

    Intelektualisme sememangnya terkait dengan kegiatan akliyah, aktiviti pemikiran yang

    berasaskan kepada keupayaan akal, walau bagaimanapun wibawa wahyu masih tetap kuat

    dipertahankan. Malah, pengiktirafan wahyu terhadap keupayaan dan kemampuan akal

    disahkan dalam karya-karya para ilmuwan Islam. Sebagai contoh, Ibn Rushd mengarang

    sebuah karya yang menarik berjudul Fal al-maql f m bayn al-ikmah wa al-Syarah min

    al-Ittil, yang mempertahankan keharmonian wahyu dengan akal, malah menjustifikasikan

    akal sebagai salah satu jalan yang sahih untuk mencapai hakikat segala sesuatu.21

    Malah, yang lebih penting dan utama, al-Qurn memberikan panduan dan halatuju yang

    memandu dinamika intelektualisme Islam. Melalui istilah-istilah penting ilm, mn, adb,

    ikmah, adl dan banyak lagi kata-kata kunci penting membangun keutuhan pandangan

    alam seorang ilmuwan Muslim dalam kegiatan ilmiahnya.

    3) Sikap Hormat-Kritis Terhadap Ilmu Asing

    Kebebasan akademik dan keterbukaan ilmiah adalah elemen penting dalam memastikan

    dinamika ilmu terus berlangsung. Ilmuwan Islam mengambil langkah berani memperkaya

    khazanah keilmuwan Islam dengan sumber-sumber luar atas keyakinan bahawa hikmah

    adalah barang yang hilang daripada orang beriman. Sikap ini membawa kepada penekunan

    terhadap karya-karya Yunani kuno, India, dan Parsi. Proses penterjemahan giat dijalankan.

    19

    Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995),

    hal. 3. 20

    M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 45. 21

    Mohd Farid Mohd Shahran, Isu-isu dalam Pemikiran Islam, (KL: Angkatan Belia Islam Malaysia, 2008), hal. 41.

  • Ini jelas ditunjukkan oleh para ilmuwan dalam tamadun Islam dan keterbukaan ini telah

    memberi manfaat kepada tamadun manusia keseluruhannya. S.H. Nasr menyatakan:

    Altogether from the point of view of quality and quantity alike the

    transmission of the learning of the ancient world to Muslims

    through the medium of Arabic is one of the startling phenomena of

    cultural history; for not only was it instrumental in bringing into

    being Muslim sciences and philosophy but also it indirecty played a

    vital role in the creation of medieval and renaissance science and

    philosophy in the West and even influenced China and India.

    Khulasah

    Tamadun merupakan buah hasil atau produk daripada pemikiran manusia. Semestinya

    pemikiran manusia itu pelbagai dan nisbi (relative) sifatnya, walaupun begitu, dalam sejarah

    peradaban manusia, terdapat masyarakat manusia yang disatukan oleh suatu bentuk

    pandangan alam dan budaya yang unik dan tersendiri. Telahan kami, tamadun Islam telah

    menampilkan pola dan trendnya yang tersendiri kerana dibentuk oleh pandangan alam dan

    budaya yang berpaksi kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai asas yang dianut bersama dalam

    masyarakatnya.

    Tidak berniat untuk bernostalgia, kami paparkan objek perbahasan dalam makalah ini dengan

    nada yang positif. Justeru, perbahasan tentang realiti dan cabaran ketamadunan semasa serta

    prospek masa depan tamadun adalah suatu tuntutan mendesak. Makalah yang sederhana ini

    sekadar melontarkan beberapa ide ketamadunan yang bersifat rencam dan umum. Tulisan ini

    umpama sebuah compendium, tetapi perlu kepada penghuraian lanjut dan argumentasi yang

    lebih kukuh. Banyak lagi yang perlu kami lakukan, bukan semata-mata melengkapkan

    makalah ini, tetapi juga berusaha menyelesaikan semangat dan cita-citanya yang tersendiri.

    Orang dagang mahu tundukkan dunia,

    dengan kehendak dan kemahuan dhamirnya;

    Apa yang kita tinggal kini,

    hanya dunia khayalan dan mimpi-mimpi.

    Wallahu alam bi al-sowab

    Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh

    14 Ogos 2014, 06:30 petang

    Sungai Ramal Dalam, Kajang.

    013-2775313 / [email protected] / fb: Peminggir Kota