didaktik dalam teks pengubahsuaian bajet...

11
Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122 Journal of Business and Social Development Volume 5 Number 1, March 2017: 112-122 ISSN: 2289-2915 © Penerbit UMT DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 (DIDACTIC ELEMENTS IN THE TEXT OF RECALIBRATED BUDGET 2016 ) NURUL AFIFAH ADILA MOHD SALLEH* DAN NORMALIZA ABD RAHIM Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor. *Corresponding author: afi[email protected] Abstrak: Pemilihan gaya bahasa yang berbeza akan menentukan kaedah penyampaian sama ada secara lisan mahupun tulisan. Sesuatu pemikiran yang disampaikan dengan menggunakan bahasa yang baik dan tepat akan menentukan penulisan dan pertuturan yang bergaya. Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa yang sering digunakan oleh penulis atau penutur seperti gaya bahasa formal, peotik, retorik, didaktik dan lain-lain. Kajian ini memberi fokus terhadap unsur didaktik dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2016. Objektif kajian adalah untuk menganalisis unsur didaktik yang digunakan oleh Perdana Menteri dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016 dan membincangkan kesan penggunaan unsur didaktik dalam ucapan tersebut. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis kandungan teks, dimana teks ucapan tersebut dijadikan bahan untuk mendapatkan data. Kerangka pemikiran Asmah Haji Omar (1987) yang berkisar tentang gaya bahasa akan dijadikan prinsip dalam menganalisis dan membincangkan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa teks ini berjaya menggunakan unsur didaktik dengan baik dan terdapat kesan positif dari segi nilai moral yang ditinggalkan kepada masyarakat. Kajian ini memberi kepentingan kepada masyarakat umum kerana dapat memperolehi pelbagai pengajaran dan nilai positif dari teks pengubahsuaian bajet tersebut. Selain itu, kajian ini memberi kepentingan kepada seseorang pemimpin agar boleh diterapkan unsur ini dalam teks ucapan yang akan datang. Kata kunci: Didaktik, pengajaran, teks ucapan, masyarakat, bahasa. Abstract: Different language style of delivery either in oral or written needs to convey with good and precise word selection. There are various styles often used by writers or speakers such as formal language style, poetic, rhetorical, didactic and others. This study focuses on didactic elements in the Recalibrated Budget 2016 by the Prime Minister of Malaysia. The objectives are to analyze the didactic element used by the Prime Minister in the Recalibrated Budget 2016 text and to discuss the impact of didactic elements in the speech. This research approach using a qualitative method to analyze content, where the data derived from the text. Asmah Haji Omar framework of Language Style (1987) will be refered to analyze and discuss the principles of this study. This study found that the text were successfully used didactic elements and there is a positive effect in terms of moral values instill to the public. This study is important to the general public whereby good and positive value extracted from the recalibrated budget text. Keywords: Didactic, lesson, speech text, public, language. Pengenalan Teks ucapan dapat ditafsirkan sebagai kandungan tulisan yang mempunyai topik dan keterangannya untuk diucapkan oleh seseorang. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala. Teks ucapan akan disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti pertandingan, perhimpunan dan majlis rasmi. Sebuah teks ucapan mengandungi tiga bahagian utama. Pertama ialah bahagian pendahuluan iaitu salam atau sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan. Kemudian ialah Bahagian isi iaitu berkaitan dengan tema, acara dan kegiatan yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan, hujahan, pemujukan,

Upload: nguyenxuyen

Post on 09-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

Journal of Business and Social Development Volume 5 Number 1, March 2017: 112-122

ISSN: 2289-2915© Penerbit UMT

DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016(DIDACTIC ELEMENTS IN THE TEXT OF RECALIBRATED BUDGET 2016 )

NURUL AFIFAH ADILA MOHD SALLEH* DAN NORMALIZA ABD RAHIM

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor. *Corresponding author: [email protected]

Abstrak: Pemilihan gaya bahasa yang berbeza akan menentukan kaedah penyampaian sama ada secara lisan mahupun tulisan. Sesuatu pemikiran yang disampaikan dengan menggunakan bahasa yang baik dan tepat akan menentukan penulisan dan pertuturan yang bergaya. Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa yang sering digunakan oleh penulis atau penutur seperti gaya bahasa formal, peotik, retorik, didaktik dan lain-lain. Kajian ini memberi fokus terhadap unsur didaktik dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2016. Objektif kajian adalah untuk menganalisis unsur didaktik yang digunakan oleh Perdana Menteri dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016 dan membincangkan kesan penggunaan unsur didaktik dalam ucapan tersebut. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis kandungan teks, dimana teks ucapan tersebut dijadikan bahan untuk mendapatkan data. Kerangka pemikiran Asmah Haji Omar (1987) yang berkisar tentang gaya bahasa akan dijadikan prinsip dalam menganalisis dan membincangkan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa teks ini berjaya menggunakan unsur didaktik dengan baik dan terdapat kesan positif dari segi nilai moral yang ditinggalkan kepada masyarakat. Kajian ini memberi kepentingan kepada masyarakat umum kerana dapat memperolehi pelbagai pengajaran dan nilai positif dari teks pengubahsuaian bajet tersebut. Selain itu, kajian ini memberi kepentingan kepada seseorang pemimpin agar boleh diterapkan unsur ini dalam teks ucapan yang akan datang.

Kata kunci: Didaktik, pengajaran, teks ucapan, masyarakat, bahasa.

Abstract: Different language style of delivery either in oral or written needs to convey with good and precise word selection. There are various styles often used by writers or speakers such as formal language style, poetic, rhetorical, didactic and others. This study focuses on didactic elements in the Recalibrated Budget 2016 by the Prime Minister of Malaysia. The objectives are to analyze the didactic element used by the Prime Minister in the Recalibrated Budget 2016 text and to discuss the impact of didactic elements in the speech. This research approach using a qualitative method to analyze content, where the data derived from the text. Asmah Haji Omar framework of Language Style (1987) will be refered to analyze and discuss the principles of this study. This study found that the text were successfully used didactic elements and there is a positive effect in terms of moral values instill to the public. This study is important to the general public whereby good and positive value extracted from the recalibrated budget text.

Keywords: Didactic, lesson, speech text, public, language.

PengenalanTeks ucapan dapat ditafsirkan sebagai kandungan tulisan yang mempunyai topik dan keterangannya untuk diucapkan oleh seseorang. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala. Teks ucapan akan disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti pertandingan, perhimpunan dan majlis

rasmi. Sebuah teks ucapan mengandungi tiga bahagian utama. Pertama ialah bahagian pendahuluan iaitu salam atau sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan. Kemudian ialah Bahagian isi iaitu berkaitan dengan tema, acara dan kegiatan yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan, hujahan, pemujukan,

Page 2: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 113

laporan, provokasi dan lain-lain. Ketiga ialah bahagian penutup iaitu ulangan ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur, harapan dan kesimpulan (Abdul Mua’ti Ahmad, 2000).

Teks ucapan pembentangan bajet tahunan oleh YAB Perdana Menteri merupakan teks ucapan bagi majlis rasmi yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Malaysia. Pengumuman pembentangan bajet tahunan negara sememangnya merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Hal ini kerana, melalui bajet inilah masyarakat dapat mengetahui intipati keseluruhan perbelanjaan negara selama tempoh setahun. Bajet 2016, telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015 di Parlimen. Tidak lama kemudian, pada 28 Januari 2016, Perdana Menteri tampil sekali lagi untuk membentangkan pengubahsuaian bajet 2016 yang berlangsung di PICC Putrajaya semasa Majlis Perutusan Khas (Harits Asyraf Hasnan, 2016). Perkara ini terjadi kerana melihatkan kembali situasi semasa ekonomi Malaysia yang tidak stabil dan memerlukan tindakan segera untuk menyelesaikannya (Vincent Tan, 2016). Selain itu, Malaysia juga menghadapi tempias faktor luar seperti harga minyak US$98.94 setong pada tahun 2014 telah jatuh kepada US$31.58 setong pada 7 Januari 2016, Pertumbuhan ekonomi di China dan kenaikan kadar faedah untuk Federal Reserveuar (Mahathir Mohamad, 2016).

Justeru, pengubahsuaian bajet ini akan memberi imbangan dan membangunkan ekonomi negara malah dilihat mampu memulihkannya (Mohamad Izat Emir, 2016). Secara kasar, pengubahsuaian bajet ini telah memberi impak kepada peruntukan dana iaitu pengurangan dalam peruntukan sedia ada serta beberapa perubahan yang lain. Justeru, Perdana Menteri pada ketika itu menggalas satu tanggungjawab dan bebanan besar untuk berucap kembali dan menyampaikan perkara tersebut kepada masyarakat. Jika diperhatikan, YAB Perdana Menteri begitu berhati-hati memilih gaya bahasa dalam ucapan pengubahsuaian bajet 2016 tersebut termasuklah penggunaan unsur didaktik.

Didaktik membawa maksud mengajar dan didaktisisme bermaksud unsur pengajaran dalam sesebuah karya yang memberikan pendidikan terutamanya dari segi moral, etika dan soal-soal keagamaan. Menurut Uthaya Shankar S.B (1998), didaktik ialah unsur-unsur moral atau pengajaran yang cuba disampaikan secara kreatif melalui watak, tema, persoalan dan jalan cerita karya tersebut, bukan secara langsung dalam buku teks. Menurut Beckson & Ganz (1960), sastera mengandungi unsur didaktik yang bersifat pengajaran dan doktrin yang boleh memandu pembaca ke arah tujuan, sama ada tujuan itu kepada sosial, pendidikan, politik atau apa jua. Apa yang penting karya itu mempunyai unsur-unsur yang boleh berfikir dan mengikut landasan yang telah ditentukan. Sesungguhnya, moral itu mendidik, mengajar, membimbing dan memandu pembaca serta penulisnya. Dalam teks pengubahsuaian bajet 2016 ini, YAB Perdana Menteri menggunakan unsur didaktik untuk memberikan pengajaran serta nilai moral kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tinjauan LiteraturKajian Normaliza Abd Rahim (2014) berkenaan nilai murni dalam peribahasa Melayu yang dijalankan terhadap pelajar di Hankuk University of Foreign Studies mendapati bahawa, nilai murni yang wujud dalam peribahasa mempunyai fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi kesedaran. Antara nilai murni yang telah dikenal pasti dalam peribahasa melalui kajian ini ialah nilai usaha, perpaduan, nasihat, kehidupan dan lain-lain. Kajian oleh Hamid Awang, Mohd Ra’in Shaari, Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Zaharani Ahmad (2012) yang menganalisis kekerapan penggunaan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat memberikan kesedaran kepada pelajar di sekolah. Hal ini membolehkan pelajar mempelajari dan dapat menggunakan nilai murni itu dengan baik dalam kehidupan mereka.

Seterusnya kajian oleh Rohaizah Abd Karim (2014) bertajuk Analisis Wacana Ucapan Perdana Menteri Malaysia Keenam Sempena Seratus Hari Menakhoda Negara menyatakan bahawa ucapan pemimpin merupakan satu wacana yang dapat memberi impak besar dalam

Page 3: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh dan Normaliza Abd Rahim 114

pemerintahan negara. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan menganalisis bahan kajian dengan menggunakan kerangka Analisis Wacana Fairclough (1992; 1995). Hasil dapatan kajian berdasarkan kerangka Fairclough mendapati bahawa setiap ucapan yang disampaikan berperanan mengukuhkan kuasa, mempertahankan idea, menyampaikan ideologi atau kepentingan lain. Wong Shin Shin (2007) menegaskan bahawa bahasa politik dapat dilihat melalui penggunaan bahasa secara khusus, manakala Wareing (1999) pula menyatakan bahawa kuasa politik wujud di sebalik makna bahasa. Faith Bayram (2010) pula mengkaji ucapan Perdana Menteri Turki, iaitu Recep Tayyip Erdogan. Kajian ini mengkaji komponen ideologi dan latar belakang bahasa dalam ucapan Erdogan semasa perbahasan di Forum Ekonomi Dunia di Davos pada Januari 2009. Hasil kajian mendapati Erdogan berjaya mengekalkan identiti beliau berpolitik dalam kerajaan apabila beliau menggunakan bahasa sebagai alat sosial yang kuat untuk mempamerkan karakter beliau.

Idris Aman (2011) pula mengkaji Wacana Najib Tun Razak bagi melihat cara beliau melakukan tindakan untuk keperluan politiknya. Ucapan sulung Perdana Menteri ke-6 ini telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa selaku pemimpin yang baharu dilantik, beliau melalukan pendekatan yang halus dan baik bagi menggambarkan beliau telah bersedia menakhoda negara pada ketika itu. Justeru dapat dibuktikan bahawa melalui ucapan, Najib Tun Razak berjaya menggunakan kreativiti dan strategi yang tersusun. Idris Aman (2004) menjalankan kajian bertajuk Bahasa dan Kepimpinan: Pengkhalayakan Wacana Perdana Menteri Dato’ Seri Mahathir Mohamad yang menggunakan teori Critical Discourse Analysis bagi mendapatkan hasil kajian. Teks yang dipilih sebagai bahan kajian ialah Teks Perutusan Tahun Baru yang dibaca oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kajian ini menekankan bahawa kepimpinan adalah salah satu proses kehidupan sosial yang penting dan sentiasa mendapat keutamaan manusia. Dalam proses kepimpinan, peranan bahasa sebagai wahana komunikasi dan interaksi memang tidak boleh dinafikan. Justeru, tujuan utama kajian ini ialah memperlihatkan

hubungan dialektikal antara bahasa dengan satu aspek sosial iaitu kepimpinan. Secara khusus, kajian ini membincangkan bagaimana pemimpin negara menggembleng bahasa bagi keberkesanan proses kepimpinannya, serta pada masa yang sama menjelaskan bagaimana bahasa berperawakan dalam proses tersebut. Menurut Idris Aman (2006), proses kepimpinan yang melibatkan pemimpin dan masyarakat memerlukan interaksi dan komunikasi bahasa yang baik dan betul.

Radiman Hj. Junaidi & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2013) menjalankan kajian berkenaan wacana kepimpinan dalam ucapan Abdullah Ahmad Badawi yang memperlihatkan kepimpinan beliau melalui teks ucapan dasar di Perhimpunan Agong UMNO. Kajian ini menggunakan teori Analisis Wacana Kritis bagi mengkaji kemampuan bahasa dalam menyingkap kepimpinan seseorang pemimpin. Kajian ini juga memerihalkan makna kata yang dapat menterjemahkan pendirian dan praktis kepimpinan pewacana. Hasil kajian mendapati Abdullah Ahmad Badawi berfikir dalam bahasa atau budaya melayu untuk membawa perubahan dalam kepimpinannya. Sato (1991) menyatakan bahawa bahasa berfungsi sebagai alat perhubungan sosial. Meskipun sifatnya pasif dan dilahirkan melalui ujaran tetapi bahasa mempunyai kuasa yang luar biasa untuk menyatukan manusia, membangkitkan emosi, melahirkan simpati, menyampaikan ilmu dan keupayaan memujuk seseorang melalukan perkara yang positif dan negatif. Oleh yang demikian, wacana sangat penting dalam aspek politik yang sebahagiannya merupakan proses kepimpinan (Idris Aman 2001). Aminuddin Mohd. Yusof (1990) menyatakan bahawa bahasa dilihat amat penting dalam menyampaikan nilai-nilai sosial yang tinggi kepada masyarakat.

Pelbagai gaya dan cara telah dipilih oleh pemimpin negara ketika menyampaikan ucapan yang ditonton atau didengari oleh ribuan masyarakat. Pada zaman teknologi media yang canggih ini, masyarakat amat gemar memberi maklum balas dengan pantas terhadap apa-apa kenyataan dari pemimpin negara di mana-mana media sosial (Hapizi Bakri, 2015). Hal ini bermakna, setiap apa yang diucapkan oleh

Page 4: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 115

seseorang pemimpin, ia akan terus dinilai oleh masyarakat. Justeru, menjadi bebanan dan tugas besar sebagai seorang pemimpin agar menggunakan gaya bahasa yang baik serta bermoral tinggi ketika menyampaikan sesuatu ucapan kepada masyarakat. Aminuddin Mohd. Yusof (1990) menyatakan bahawa seseorang pemimpin perlulah menggunakan bahasa yang baik ketika berucap di hadapan masyarakat umum dan mahir dalam pengucapan awam. Hal ini akan menyebabkan masyarakat berpuas hati dengan ucapan tersebut.

Selain itu juga, menurut Heywood (2004), menegaskan bahawa pemimpin negara seharusnya menjadi individu yang sentiasa memberi sokongan moral dan memberikan pengajaran nilai murni kepada masyarakat kerana ini merupakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Maka, hal ini dapat disimpulkan bahawa sebagai pemimpin negara, perlulah bijak menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan masyarakat. Oleh sebab itu, unsur didaktik dipilih untuk dijadikan kajian agar unsur ini boleh digunakan oleh para pimpinan negara ketika berucap di hadapan masyarakat kerana unsur ini dilihat mampu memberikan kesan yang positif. Oleh kerana wujud permasalahan kajian di atas, maka kajian ini dijalankan demi mencapai dua objektif iaitu menganalisis unsur didaktik yang digunakan oleh Perdana Menteri dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016 dan membincangkan kesan penggunaan unsur didaktik dalam ucapan Perdana Menteri.

MetodologiTeks Pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibaca oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 28 Januari 2016 dijadikan sebagai bahan kajian. Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis penggunaan unsur didaktik oleh Perdana Menteri dalam teks ucapan tersebut. Unsur didaktik yang dipilih dari teks ucapan ini akan dianalisis dengan membahaskan penggunaan serta kesannya. Teks penuh ucapan ini diperolehi daripada sumber media iaitu Astro Awani bertarikh 28 Januari 2016 dan kajian ini akan mengambil kesemua halaman teks

ini untuk dijadikan kajian. Dari segi prosedur, kajian ini terlebih dahulu mengenal pasti permasalahan kajian dan membentuk objektif yang selari dengan persoalan kajian, kemudian menganalisis teks ucapan tersebut dengan menggunakan kerangka pemikiran yang telah dipilih iaitu Asmah Haji Omar (1987). Setelah selesai kesemua prosedur di atas, kesimpulan kajian dilakukan terhadap penyelidikan ini.

Kajian ini menggunakan kerangka pemikiran Asmah Haji Omar (1987) sebagai prinsip yang dipegang sepanjang kajian dijalankan. Kerangka ini akan mengkategorikan terlebih dahulu jenis didaktik yang digunakan dalam teks ucapan terebut sama ada didaktik jenis ajaran, arahan atau penjelasan. Kemudian, unsur didaktik tersebut akan dibahaskan penggunaannya termasuklah kesan kepada pendengar atau pembaca. Gaya didaktik ialah gaya yang memfokuskan tentang pengajaran. Gaya didaktik sangat jelas kelihatan bertujuan untuk mengajar dan tujuan ini diwujudkan dengan ungkapan-ungkapan tertentu yang menunjukkan kepada ajaran dan arahan (Asmah Hj. Omar, 1987). Selain daripada itu, gaya didaktik tidak hanya terbatas kepada ungkapan arahan, tetapi juga terdapat dalam penjelasan. Terdapat dua cara penjelasan yang digunakan dalam gaya didaktik iaitu penjelasan ada kalanya diletakkan sesudah arahan dan ada kalanya penjelasan itu sebelum arahan. Namun begitu, terdapat juga gaya didaktik yang diungkapkan dengan cara menggabungkan arahan dengan pernyataan. Dalam gaya didaktik, terdapat ciri peribadian atau separuh peribadi. Kebanyakan pengarang buku berusaha mengambil sikap yang formal, tetapi ciri peribadian timbul di merata-rata dengan menggunakan konsep ‘kita’ dan ‘anda’ (Asmah Haji Omar, 1987). Kebiasaannya penggunaan kata ‘kita’ ini digabungkan dengan konsep mengajak yang lebih peribadian sifatnya dari arahan. Jika gaya bahasa tidak peribadian, maka perkataan ‘kita’ dan ‘anda’ tidak digunakan. Sebaliknya akan terdapat banyak penggunaan kata kerja pasif atau bentuk-bentuk lain.

Page 5: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh dan Normaliza Abd Rahim 116

Teori atau kerangka pemikiran digunakan sebagai panduan utama untuk memahami dan menganalisis data. Hal ini disebabkan teori atau kerangka pemikiran merupakan rumusan pendapat atau pandangan yang mengandungi satu set konsep analisis yang dapat ditafsirkan dengan jelas tentang sesuatu fakta yang konkrit dan mempunyai hubungan secara logik (Brown, 1980). Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan ketetapan objektif yang didasari oleh kerangka pemikiran Asmah Haji Omar (1987). Kajian ini akan menganalisis data dan menghuraikan dapatan kajian berdasarkan objektif yang telah digariskan.

Didaktik adalah bahasa yang menunjukkan unsur pengajaran, pendidikan dari segi moral, etika dan soal-soal keagamaan. Berdasarkan pemikiran Asmah Haji Omar (1987), didaktik dapat dikenal pasti melalui beberapa cara. Antaranya ialah melalui ungkapan ajaran atau arahan. Selain itu, didaktik juga dapat dikenal pasti melalui kaedah penjelasan. Terdapat dua cara penjelasan yang digunakan dalam gaya didaktik iaitu penjelasan ada kalanya diletakkan sesudah arahan dan ada kalanya penjelasan itu sebelum arahan.

Keputusan dan PerbincanganBahagian keputusan dan perbincangan ini akan memperlihatkan unsur didaktik yang telah dipilih dalam teks ucapan dan akan dibahaskan dengan rinci berdasarkan kategori didaktik menurut Asmah Haji Omar (1987). Sorotan kajian juga turut dilampirkan pada setiap contoh didaktik yang dipilih bagi mengukuhkan lagi analisis kajian ini.

Contoh 1:“Saya mulakan dengan memetik tafsir oleh para ulamak merujuk firman Allahu-Taala dalam surah Al-Insyirah bahawa, pada setiap kesulitan dan dugaan yang kita hadapi, pasti beriring dengannya kesenangan atau kebahagian yang berhikmah. Maka hendaknya, begitulah keyakinan yang wajib ada dalam diri kita masing-masing dan semestinya yang diletakkan terhadap keadaan pentadbiran dan pengurusan kerajaan”.

Ayat di atas ini merupakan ayat terawal dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016 selepas Perdana Menteri memberi kata aluan pembuka. Justeru, dapat dilihat bahawa unsur didaktik sudah pun digunakan pada awal ucapan tersebut. Unsur didaktik yang didapati dalam ayat di atas adalah jenis didaktik arahan. Hal ini dapat dikenalpasti pada perkataan “wajib”. Menurut Noresah Baharom (2007), perkataan wajib berasal dari Bahasa Arab yang membawa maksud tidak boleh tidak atau mesti. Justeru daripada pemahaman maksud wajib ini, ia boleh dikatakan suatu arahan yang diarahkan oleh Perdana Menteri. Sebelum memberi arahan, beliau membaca terlebih dahulu firman Allahu Taala bahawa sebarang kesulitan akan diiringi dengan kesenangan. Kemudian barulah arahan wajib ke atas diri masing-masing supaya percaya pada firman tersebut. Asmah Haji Omar (1987) melalui kerangka pemikirannya yang telah dipilih dalam kajian ini, menyatakan bahawa terdapat dua cara penjelasan yang digunakan dalam didaktik iaitu penjelasan ada kalanya diletakkan sesudah arahan dan ada kalanya penjelasan itu sebelum arahan. Maka dalam perenggan di atas, penjelasan dikemukakan

Rajah 1: Ringkasan didaktik menurut Kerangka Pemikiran Asmah Haji Omar (1987).

Page 6: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 117

dahulu kemudian barulah disusuli dengan arahan.

Justeru, ayat ini berjaya memberi pengajaran yang jelas dengan menggunakan arahan kepada pendengar. Pengajarannya ialah sebagai seorang rakyat, kita wajib percaya bahawa apa pun ujian yang menimpa terhadap pentadbiran dan pengurusan negara, kita perlu percaya bahawa kesulitan ini sebenarnya diiringi dengan kesenangan dan akan mendatangkan hikmah. Kajian ini mempunyai keputusan kajian yang hampir sama dengan Rohaizah Abd karim (2014) dari segi fungsi pemimpin dalam menyampaikan pesanan kepada masyarakat dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan berkesan. Ucapan merupakan salah satu komunikasi rasmi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ucapan pemimpin negara merupakan satu wacana yang dapat memberi impak besar dalam pemerintahan negara. Pemimpin perlu memanfaatkan bahasa untuk pelbagai tujuan termasuklah menyampaikan nilai murni dan pengajaran kepada rakyat (Junling Wang, 2010). Kajian Rohaizah Abd karim (2014) juga menganalisis bahasa yang digunakan oleh pemimpin sama ada memberi impak kepada masyarakat atau tidak.

Contoh 2:“Terlebih dahulu, mari kita himbau senario keadaan ekonomi negara ketika krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997 hingga 1998, negara telah mengalami apa yang disebut sebagai kegawatan ekonomi. Hinggakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK, direkodkan pada negatif 7.4 peratus. Ketika itu, janganlah kita lupa bahawa, antara kesan kegawatan ekonomi yang berlaku tersebut, telah menatijahkan pemberhentian pekerja secara mendadak, inflasi meningkat, rizab antarabangsa pula menyusut kepada 59 billion ringgit, hatta indeks pasaran saham KLSE jatuh merudum sehingga mencecah paras 260”.

Pada contoh kedua ini, perucap menggunakan jenis didaktik arahan. Hal ini dapat dikesan pada ungkapan “janganlah” yang merupakan kata penegas bebentuk arahan (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008). Melalui

kerangka pemikiran Asmah Haji Omar (1987) menyatakan bahawa, arahan dapat dikenal pasti melalui beberapa perkataan dan ayat, antaranya ialah penggunaan “lah” pada akhir perkataan. Jika dibaca ayat di atas, perkataan “janganlah” dilihat bukan suatu arahan secara kasar, namun ia dilihat sebagai suatu arahan yang memaparkan nilai murni yang akan diperolehi kelak. Sebab itulah perucap menggunakan juga kaedah penceritaan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan arahan. Dalam ayat diatas, pada awalnya Perdana Menteri mengimbau sejarah lama berkisar krisis kewangan pada tahun 1997 hingga 1998 dan kesan-kesannya terhadap ekonomi negara. Kemudian, setelah memberitahu tentang situasi tersebut, beliau memberi arahan bahawa “janganlah” lupa akan peristiwa ini kerana ia telah mengakibatkan beberapa kesan negatif terhadap negara kita dari sudut ekonomi. Beliau membuat penjelasan tentang situasi krisis ekonomi agar setiap daripada kita mengetahui dan mengingatinya, kemudian barulah Perdana Menteri memberi arahan “janganlah kita lupa” supaya rakyat Malaysia sentiasa ingat perkara tersebut sebagai pengajaran.

Contoh di atas ini dilihat berjaya memberikan gambaran pengajaran secara jelas dan terang. Wong Shin Shin (2007) mengkaji teks ucapan RMK-9 yang menekankan aspek pendekatan pragmatik iaitu menganalisis lakuan tutur dan strategi komunikasi yang digunakan oleh Abdullah Badawi. Kajian ini turut memperlihatkan fungsi ucapan sebagai wahana menyampaikan aspek kesopanan. Aspek kesopanan juga merupakan nilai murni yang cuba disampaikan oleh pemimpin kepada pendengar iaitu masyarakat. Maka hal ini jelas membuktikan bahawa, setiap dari ucapan yang ditutur memerlukan bahasa yang baik dan diselitkan nilai moral agar ianya berguna dan bermanfaat. Namun, hasil kajian mendapati bahawa pengucap banyak menggunakan kaedah langsung untuk membentangkan RMK-9 selain daripada penekanan aspek nilai murni. Seharusnya sebagai seorang pemimpin, bahasa perlu dilihat penting dalam menyampaikan pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Justeru, kajian oleh Wong Shin Shin (2007) ini membuat kesimpulan bahawa, ucapan seseorang

Page 7: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh dan Normaliza Abd Rahim 118

pemimpin perlulah menggunakan pendekatan mengajar dan menekankan aspek nilai murni agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Contoh 3:“Sesebuah negara maju bukan sahaja kerana dasar-dasar yang betul dan baik, tetapi juga kerana sumbangan daripada segenap lapisan masyarakat. Kita semua mempunyai peranan masing-masing, tidak kira samaada pihak swasta, kerajaan, NGO, belia atau wanita. Tidak kira CEO, Pengarah, Pegawai Pelaksana, buruh ataupun seorang peniaga kedai”.

Contoh ketiga ini merupakan unsur didaktik ajaran. Ayat di atas mengajar masyarakat tentang peranan kepada negara tidak kiralah apa pun keadaan dan status. Pengucap memberitahu bahawa sesebuah negara yang maju bukan hanya semata-mata kerana dasar-dasar yang betul sahaja tetapi bergantung juga kepada sumbangan dan peranan setiap lapisan masyarakat. Didaktik yang digunakan dalam ayat diatas ini merupakan didaktik peribadian kerana perucap menggunakan perkataan “kita”. Perkataan “kita” merupakan perkataan yang tidak formal. Menurut Asmah Haji Omar (1987), ciri peribadi timbul di merata-rata dengan menggunakan konsep ‘kita’ dan ‘anda’, kebiasaannya penggunaan kata ‘kita’ ini digabungkan dengan konsep mengajak yang lebih peribadian sifatnya.

Maka, dapat disimpulkan bahawa pengajaran dalam contoh ketiga ini lebih dekat dengan masyarakat apabila menggunaan didaktik peribadian dan nilai moral yang cuba disampaikan oleh pengucap begitu jelas melalui cara ajaran. Faith Bayram (2010) yang mengkaji Ucapan Perdana Menteri Turki iaitu Recep Tayyip Erdogan, mendapati bahwa Erdogan berjaya mengekalkan kuasa politiknya kerana pengaruh ucapannya yang begitu kuat. Dalam segenap ucapan, beliau akan memastikan karakternya terserlah dan beliau sering menggunakan perkataan atau ayat yang “mesra” dengan masyarakat. Ucapan Perdana Menteri Turki ini dilihat bersifat peribadian apabila menggunakan perkataan kita semasa ucapan beliau di Forum Ekonomi Dunia di Davos pada Januari 2009.

Contoh 4:“Meminjam kata-kata orang tasawuf, dalam hidup dan kehidupan dan dalam negara serta berkerajaan, setiap orang perlu memainkan peranan, saling ganding berganding, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, pandanglah yang satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang satu, itulah dia sumber kekuatan”.

Contoh keempat ini merupakan didaktik berbentuk arahan. Pada awalnya perucap memberitahu kata-kata orang tasawuf, bahawa dalam kehidupan setiap orang perlu memainkan peranan yang penting untuk negara dan saling bantu-membantu. Kemudian barulah perucap menyebut perkataan “pandanglah”, yang merupakan kata penegas berbentuk arahan (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008). Perkataan “pandanglah” diulang dua kali oleh penutur dalam ayat yang sama. Arahan ini menyuruh masyarakat memandang sesama sendiri kerana melalui inilah akan terbit sumber kekuatan dalam berkerajaan atau bernegara. Pengajaran atau nilai murni yang didapati pada ayat ini ialah setiap masyarakat perlu bersatu padu dalam apa jua keadaan dan memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Jika seseorang individu itu menerima suatu nilai untuk dirinya boleh dianggap sebagai suatu tujuan yang berguna untuk dirinya (Krech D & Crutchfield, R, 1962). Kajian oleh Emilly, Mohd Dahlan Hj. A. Malek (2014) menyatakan bahawa nilai-nilai murni mempunyai hubungan signifikan dengan kesejahteraan hidup dan membantu kehidupan seseorang kearah yang lebih baik. Justeru, dapat disimpulkan bahawa, penerapan nilai murni melalui apa cara sekalipun dilihat sungguh bermanfaat kepada kehidupan seseorang.

Nik Azis Nik Pa (1990), menyatakan bahawa nilai murni sering dikaitkan dengan budi pekerti yang luhur dan akhlak yang mulia. Selain itu, Sufean Hussin (1995) menyatakan bahawa perlakuan baik dapat dipupuk melalui nilai murni yang dipelajari dan diteladani. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang individu itu diterapkan dengan nilai murni hormat menghormati, bertanggungjawab, jujur

Page 8: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 119

dan amanah, secara tidak langsung akhlak mulia dapat dibentuk. Maka kesimpulannya, penerapan nilai murni atau pengajaran tentang sesuatu perkara dianggap penting bagi memandu seseorang agar lebih berakhlak. Dalam kajian ini, Perdana Menteri dilihat berusaha menyampaikan nilai murni dan pengajaran dalam teks ucapannya supaya masyarakat dapat mengambil ikhtibar dan pedoman yang berguna. Arahan “pandanglah” dalam ayat di atas merupakan suatu arahan yang bersifat mengajar masyarakat dan ayat di atas juga meninggalkan nilai murni yang cukup mendalam tentang tanggungjawab sebagai orang yang menghuni sesebuah negara.

Contoh 5:“Pucuk pangkalnya, perlu difaham baik-baik, bahawa apa yang sedang dihadapi, bukanlah kerana kegagalan kerajaan merancang, tetapi kemelut ekonomi global yang terus terusan melanda, sememangnya berada di luar kawalan tangan-tangan kita. Sesungguhnya, setiap keputusan yang kita lakukan hari ini, adalah yang terbaik untuk rakyat dan pastinya akan terakam dalam sejarah. Bahawa, Malaysia bukan sebuah negara yang gagal seperti yang didakwa dan dituduh-tuduhkan, jauh sekali menjadi bankrup”.

Perenggan di atas merupakan unsur didaktik berbentuk ajaran. Perucap memberitahu bahawa apa yang berlaku terhadap ekonomi negara bukanlah kerana kegagalan kerajaan merancang tetapi kerana kemelut ekonomi global dan ia berada di luar kawalan. Kemudian pengucap memberitahu bahawa setiap apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah jalan yang terbaik dan Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal. Perenggan di atas memberi pengajaran yang cukup jelas kepada masyarakat tentang situasi negara dan ia perlu dipandang positif oleh seluruh masyarakat. Nilai murni yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri dalam ayat ini adalah tentang kepercayaan rakyat kepada kerajaan dalam usaha melakukan yang terbaik untuk negara. Menurut Asmah Haji Omar (1987) melalui kerangka pemikirannya, ajaran dapat dijelaskan melalui keterangan. Jika dilihat, perenggan di atas lengkap

keterangannya tentang situasi Malaysia dan soal kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan. Justeru, perkara ini merupakan ajaran yang cukup jelas oleh perucap kepada pembaca atau pendengar. Penyampaian pengajaran atau nilai moral memerlukan pelbagai gaya dan cara oleh seseorang. Justeru, sebagai seorang pemimpin, mereka perlulah kreatif menggunakan bahasa untuk menyampaikan mesej moral berbentuk pengajaran kepada masyarakat.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2014) menyatakan strategi menyampaikan ucapan berpengaruh oleh seseorang pemimpin ialah membuat ucapan yang mampu mengubah dan mengukuhkan sikap serta pemikiran hadirin. Justeru, tidak lain dan tidak bukan, melalui unsur didaktik ia mampu memberikan pengajaran dan nilai moral yang boleh menyebabkan sikap dan pemikiran hadirin diubah dan dikukuhkan. Kajian oleh Emilly, Mohd Dahlan Hj. A. Malek (2014) menyatakan bahawa melalui pembentukan nilai yang dipegang, maka manusia akan bertindak berdasarkan penerapan nilai yang diberikan. Tanpa penerapan nilai dan kebaikan, seseorang akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif melalui perubahan zaman yang semakin berkembang di negara ini.

Kesan Penggunaan Unsur DidaktikPenggunaan unsur didaktik dalam lisan mahupun tulisan sebenarnya mendatangkan kebaikan kerana unsur ini memberikan pengajaran, nilai murni dan moral yang baik kepada pembaca atau pendengar. Ia amat berbeza dengan beberapa gaya bahasa yang lain seperti unsur sindiran, hiperbola, kiasan yang mungkin tidak jelas dan mengalami kekeliruan makna (Nik Safiah Karim, 1981). Unsur didaktik mudah difahami dan jelas memberi pengajaran yang baik kepada pembaca atau pendengar (Asmah haji omar, 1987). Berdasarkan sorotan kajian lepas, sudah terbukti bahawa penggunaan unsur didaktik meninggalkan kesan yang positif kerana unsur ini bersifat mendidik, mengajar dan memberitahu nilai murni yang boleh diikuti dan dicontohi. Jumali Hj. Selamat (2001) menyatakan bahawa penyemaian dan penghayatan nilai-nilai murni ini membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu

Page 9: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh dan Normaliza Abd Rahim 120

pengetahuan, ketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara. Kajian oleh Suyami (2001) berkaitan kajian nilai didaktik dalam Serat Mi’raj menyatakan bahawa nilai-nilai didaktik yang terkandung dalam Serat Mi’raj meliputi nilai moral, nilai sosial dan nilai etik. Nilai-nilai ajaran yang terkandung dalam Serat Mi’raj tersebut sangat relevan apabila diterapkan dalam kehidupan di masa sekarang mahupun di masa akan datang.

Kajian seterusnya adalah berkaitan aspek-aspek moral dalam Sajak-Sajak Rejab F.I 1960 hingga 1980 oleh Ahmad Mahmood Musanif (2000). Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan unsur didaktik dalam sajak-sajak tersebut dilihat penting agar dapat membantu dalam memperjelaskan konsep moral kepada khalayak. Selain itu juga, pengajaran nilai murni yang terkandung dalam sajak tersebut mampu memandu masyarakat menjadi manusia berguna. Justeru, dapat dilihat bahawa unsur didaktik amat sesuai untuk diletakkan dalam teks ucapan seseorang pemimpin yang akan dibaca atau didengari oleh masyarakat. Didaktik terbahagi kepada tiga iaitu ajakan, arahan dan penjelasan. Ketiga-tiga bentuk didaktik ini memberikan kesan yang amat baik kepada pemimpin dan masyarakat. Para pemimpin bolehlah memilih bentuk didaktik yang ingin digunakan oleh mereka. Kajian-kajian lepas berkenaan ucapan teks para pemimpin juga dilihat memberi keputusan yang sama, bahawa pemilihan bahasa merupakan perkara terpenting dalam memastikan ujaran yang disampaikan berkesan dan meninggalkan nilai murni serta pengajaran yang jelas. Rohaizah Abd Karim (2014), menyatakan bahawa bahasa dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa.

KesimpulanSetiap kajian yang dilakukan perlulah mempunyai kepentingan yang dapat diberikan kepada mana-mana pihak supaya kajian tersebut berguna dan tidak sia-sia (Teeuw, A. 1998). Justeru, kajian ini amat penting untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada para perucap, pemimpin dan masyarakat umum. Kajian ini telah membincangkan unsur didaktik yang merupakan salah satu daripada gaya bahasa yang mampu memberikan kesan positif dalam penulisan mahupun lisan. Keseluruhan kajian mendapati bahawa unsur didaktik dalam teks “Pengubahsuaian Bajet 2016” oleh Perdana Menteri amat berguna kepada para pemimpin dan masyarakat. Pemimpin yang merupakan orang terpenting negara perlulah dilihat bijak dan intelektual dalam menjawab soalan atau membuat kenyataan rasmi dan ianya dibaca dan ditonton oleh masyarakat. Teks ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 ini mendapat perhatian yang hebat daripada masyarakat. Justeru, bahasa yang digunakan ini amat memberi kesan dan mempengaruhi orang awam. Perdana menteri menggunakan gaya didaktik iaitu menyampaikan intipati isi ucapan menggunakan kaedah pengajaran dan nilai moral. Perkara ini amat baik untuk digunakan dan disampaikan kepada masyarakat. Sesungguhnya, masyarakat lebih memahami dan mendekati apabila YAB Perdana Menteri menggunakan teknik pengajaran dalam menyampaikan sesuatu perkara. Selain itu juga, kajian ini penting kepada masyarakat, agar mereka mengetahui tentang gaya didaktik, kerana gaya ini juga sesuai digunakan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

RujukanAbdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2014).

Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur: PTS Media.

Abdul Mua’ti Haji Ahmad. (2000). Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mahmood Musanif, & Arbak. (2001). Teori Lingusitik. Kuala Lumpur: Penerbit Saujana.

Page 10: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 121

Ahmad Mahmood Musanif. (2000). Aspek-aspek Moral dalam Sajak-sajak Rejab F.I 1960 hingga 1980. Tesis PhD, Universiti Putra Malaysia.

Aminuddin Mohd. Yusof. (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andrew Heywood. (2004). Political Theory: An Introduction. London: Palgrave Macmillan.

Asmah Haji Omar. (1987). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2006). Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beckson Karl, & Ganz Arthur. (1960). Literary Terms a Dictionary. New York: Farrar, Straus & Giroux.

Brown. (1978). Politeness Theory. Cambridge: CUP.

Emilly Anak Sakai, & Mohd Dahlan Hj. A. Malek. (2014). Konsep Integriti dan Nilai-nilai Murni Terhadap Kesejahteraan Hidup dalam Kalangan Pelajar Universi yang Tinggal di Bandar dan Luar Bandar: Satu Kajian di Universiti Malaysia Sabah. (Atas talian) Muat turun 20 April 2016 dari www.ums.edu.my/conferences/skik2014

Faith Bayram. (2010). Analisis Ucapan Perdana Menteri Turki. (Atas talian) Muat turun 16 April 2016, dari http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/id/eprint/717/contents

Hamid Awang, Mohd Ra’in Shaari, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, & Zaharani Ahmad. (2012). Analisis Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa Brunei. JB, Bil. 25: 91-115.

Hapizi Bakri. (2016). Cabaran Mengurus Persepsi Rakyat. (Atas talian) Muat turun 15 April 2016, dari Http://Www.Jasa.Gov.My/Bm/Gallery/Lang-Bm-Arkib-Lang-Lang-En-Archive-Lang/23-Isu-Terkini/317-Cabaran-Mengurus-Persepsi-Rakyat.Html

Harits Asyraf Hasnan. (2016). Pengubahsuaian Bajet 2016. (Atas talian) Muat turun 25 Februari 2016, dari Http://Www.Astroawani.Com/Berita-Bisnes/Najib-Akui-2016-Tahun-Mencabar-Akan-Umum-Pengubahsuaian-Bajet-2016-88619

Idris Aman. (2001). Analisis Wacana Kritis Perutusan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Idris Aman. (2006). Bahasa dan Kepimpinan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman. (2011). Wacana Najib Tun Razak. (Atas talian) Muat turun pada 28 Mac 2016 dari http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/id/eprint/717/contents

Jumali Hj Selamat. (2001). Cerminan Sosial dan Nilai Murni dalam Novel-novel Remaja. Tesis PhD, Universiti Putra Malaysia. (Atas talian) Muat turun pada 18 April 2016 dari, psasir.upm.edu.my/9931/1/FBMK_2001_2_A.pdf

Junling Wang. (2010). Wacana Barack Obama. (Atas talian) Muat turun 8 Mac 2016 dari http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/id/eprint/717/contents

Krech, D., & Crutchfield, R. (1962). Individual in Society. Tokyo: Mc GrawhilMahathir Mohamad. (2016). Pengubahsuaian Bajet 2016 Wajar. (Atas talian) Muat turun 10 Mac 2016, dari Http://Www.Sinarharian.Com.My/Nasional/Dr-M-Pengubahsuaian-Bajet-2016-Wajar-1.472680

Mohamad Izat Emir. (2016). Ubahsuai Bajet 2016 Memberangsangkan. (Atas talian) Muat turun 21 Februari 2016, dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ubah-suai-bajet-2016-memberangsangkan-1.480047

Muhammad Fadhil Nurdin. (2003). Penilaian Dampak Pembangunan ke arah Kesejahteraan Masyarakat: Penilaian Dampak Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan.

Ngemah Alexander Vincent. (2016). Fahami Intipati Bajet 2016. (Atas talian) Muat turun 9 Mac 2016, dari web http://www.

Page 11: DIDAKTIK DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET …jbsd.umt.edu.my/.../uploads/sites/53/2017/04/11-ARTIKEL-DIDAKTIK-w… · fungsi dalam kehidupan masyarakat dari segi ... beliau menggunakan

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 112-122

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh dan Normaliza Abd Rahim 122

theborneopost.com/2015/11/09/fahami-inti-pati-bajet-2016-tolak-dakyah-putar-belit/

Nik Azis Nik Pa. (1994). Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah. (1981). Bahasa Malaysia Masa Kini: Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya.

Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

Radiman Hj. Junaidi, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Wacana Kepimpinan dalam Ucapan Abdullah Badawi. Jurnal Bahasa, 13(1): 128-150.

Rohaizah Abd Karim. (2014). Analisis Wacana Ucapan Perdana Menteri Malaysia Keenam Sempena 100 Hari Menakhoda Negara. (Atas talian) Muat turun 18 April 2016, dari http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/id/eprint/717/contents

Sato Hirobumi. (1991). Analisis Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sufean Hussin. (1995). Pengajaran Nilai dalam Kurikulum. Selangor: Laser Press Sdn. Bhd.

Suyami. (2001). Nilai Didaktik dalam Serat Mi’raj. (Atas talian) Muat turun 1 Mac 2016, dari http://kebudayaan.kemdikbud.go.id/bpnbyogyakarta/2014/07/23/kajian-nilai-didaktik-dalam-serat-miraj/

Teeuw, A. (1998). Sastra dan Ilmu Sastra: Pengantar Teori Sastra. Jakarta: Pustaka Jaya.

Uthaya Shankar, S. B. (1998). Genius & Maru Malarchi. Kertas Kerja Seminar Kesusasteraan di Malaysia.

Vincent Tan. (2016). Pengubahsuai Bajet 2016 Langkah Positif Kerajaan. (Atas talian) Muat turun 26 Mac 2016, dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pengubahsuai-bajet-2016-langkah-positif-kerajaan-1.480054

Wareing, S. (1999). Language, Society and Power: An Introduction. USA: Routledge.

Wong Shin Shin. (2007). Analisis Teks Ucapan RMK-9: Pendekatan Pragmatik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.