pengubahsuaian terhadap sumber sedia ada untuk memenuhi objektif

29
PENGUBAHSUAIAN TERHADAP SUMBER SEDIA ADA UNTUK MEMENUHI OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ATAU MENGIKUT KEPERLUAN MURID. KHAIRUL RASYID BIN MOHAMMAD 800930086281 PPG SAINS 2 IPG KAMPUS DARULA AMAN.

Upload: khairul-rasyid-mohammad

Post on 24-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

PENGUBAHSUAIAN TERHADAP SUMBER SEDIA ADA UNTUK MEMENUHI OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ATAU MENGIKUT KEPERLUAN MURID.

PENGUBAHSUAIAN TERHADAP SUMBER SEDIA ADA UNTUK MEMENUHI OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ATAU MENGIKUT KEPERLUAN MURID.

KHAIRUL RASYID BIN MOHAMMAD800930086281PPG SAINS 2IPG KAMPUS DARULA AMAN.NAMA SUMBERMODEL SIMULASI KITARAN AIRTAHAP / KELASTAHAP 2TAHUN 5TAJUK / SUBTAJUK PELAJARANTema: Menyiasat Alam BahanTopik: Keadaan Bahan (Jirim)

Objektif Yang Hendak DicapaiObjektif Pemb: 1.3 Memahami Kitaran Air

Hasil Pemb: 1.3.3 Menerangkan Bagaimana Kitaran Air Di DalamPersekitaran

Keperluan Murid Yang Hendak DipenuhiDi dalam tajuk ini, murid perlu difahamkan tentang proses yang terlibat di dalam kitaran air. Guru perlu menerangkan bahawa terdapat dua proses perubahan jirim iaitu proses penyejatan dan proses kondensasi. Guru dicadangkan untuk menggunakan simulasi komputer bagi membantu murid memahami tajuk kitaran air ini. Memandangkan tidak semua sekolah mempunyai kemudahan projektor LCD di bilik sains, maka saya membina model simulasi ini untuk memudahkan guru menerangkan tentang kitaran air dan proses-proses yang terlibat di dalam kitaran air.

Sumber Asal.

Rasional Pengubahsuaian sumber asalLebih realistik dan dapat memudahkan kefahaman murid tentang kitaran air.Proses penyejatan dan kondensasi berlaku di dalam model.Mudah di bawah kemana-mana.Kos pembinaanya yang lebih murah.Menarik minat murid Pengubahsuaian yang perlu dilakukan.Dari sumber asal, pengubahsuaian yang perlu dilakukan ialah dengan mengwujudkan simulasi dalam sebuah model. Proses-proses yang terlibat di dalam simulasi tadi perlu dipastikan berlaku di dalam model. Perlu juga memastikan terdapat aliran/kitaran air di dalam model bagi mengukuhkan berlakunya simulasi di dalam model ini.Situasi pembelajaran yang sesuai untuk penggunaan sumber ini.Pengajaran di dalam kelas adalah situasi yang paling sesuai digunakan kerana ianya adalah sebuah model. Model ini perlu diletakkan di hadapan kelas dan murid diminta memerhatikannya .Ianya juga sesuai digunakan di luar kelas sekiranya perlu. tetapi tidak di bawah panas terik.Sangat sesuai untuk kaedah demonstrasi atau stesyen.

Situasi pembelajaran yang tidak sesuai untuk penggunaan sumber ini.Kurang sesuai digunakan di dalam kelas/bilik sains yang mempunyai pendingin udara kerana ianya akan mempengaruhi kadar penyejatan dan kondensasi model.Juga tidak sesuai di bawah panas yang sangat terik.Tidak sesuai untuk masa pengajaran yang pendek (1 masa) kerana simulasi ini mungkin akan mengambil masa untuk berjaya.Senarai bahan dan kuantiti yang diperlukan.Akuarium plastik besar

Penutup plastik tebal

Mangkuk plastik jernih

Surat khabar lama

Gam putih (kanji)

Gam lateks

Cat sembur dan cat sapu (minyak)

Pokok tiruan

Lampu meja

Langkah-langkah pengubahsuaianSediakan semua bahan-bahan yang disenaraikan.Rendamkan surat khabar lama di dalam air semalaman.Koyak atau kisar surat khabar lama tadi bersama-sama air.

Tapiskan cebisan surat khabar lama tadi dengan penapis

Tambahkan gam putih pada cebisan surat khabar lama tadi.

Bentukkan seperti lembah berbukit dan padatkan campuran tadi di dalam akuarium besar.Sapukan gam lateks di atas campurn tadi. Ini bertujuan untuk mengelakan air diserap oleh campuran selepas kering.Jemur campuran tadi selama 3 hari di bawah panas terik. Ini bagi memastikan tiada air yang tidak disejat oleh cahaya matahari.Warnakan campuran tadi dengan cat sembur Hijau muda mewakili warna rumput.Setelah cat sembut tadi kering, warnakan pula cat sapu secara rambang di kawasan hijau tadi bagi menambah kesan pokok.Sapukan warna biru muda di bahagian rendah mewakili kawasab berair.

Biarkan ianya kering seketika.Seterusnya susun dengan kreatif pokok-pokok tiruan bagi menambahkan lagi realistik kawasan berbukit.

Masukkan air ke dalam model tadi. Pastikan air berada di kawsan rendah di model ini.Tutup dan skrukan model dengan ketat supaya tiada kebocoran semasa berlakunya proses penyejatan.Model sudah sedia digunakan!!!Cara penggunaan sumberLetakkan model simulasi kitaran air di tempat yang rata dan sesuai untuk diperhatikan oleh murid.Masukkan ketulan ais di dalam bekas ais di atas penutup.Pasangkan lampu meja dan halakan kepada kawasan berair di dalam model.Biarkan seketika dan perhatikan proses yang berlaku di dalam model ini.Cara penjagaan sumberPastikan model ini dialihkan dan dibawa dengan cermat supaya tiada kebocoranair berlaku.Buka penutup dan salin air setiap kali selepas menggunakan model.Padam dan jauhkan lampu meja selepas menggunakan model.Cuci dan bersihkan model seminggu sekali.Langkah-langkah keselamatan.Pastikan tangan anda sentiasa kering ketika menggunakan lampu meja.Jauhkan model dari sumber elektrik dan api.Pastikan model tidak jatuh.Periksa penutup bagi mengelak berlakunya kebocoran kerana ianya akan menganggu proses penyejatan dan kondensasi.