dibawa kepada anda oleh ia perlu diperolehi · memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan...

7
Dibawa kepada anda oleh Ia Perlu Diperolehi Kira Kosnya

Upload: vuongthuy

Post on 16-Jul-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dibawa kepada anda oleh Ia Perlu Diperolehi · memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Wang TIDAK tumbuh di atas pokok dan membelanjakan wang

Dibawa kepada anda oleh

Ia Perlu DiperolehiKira Kosnya

Page 2: Dibawa kepada anda oleh Ia Perlu Diperolehi · memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Wang TIDAK tumbuh di atas pokok dan membelanjakan wang

Aktiviti Ini Menjawab Soalan... HALAMAN 2

BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN BARANG YANG SAYA INGINKAN?

KANAK-KANAK MELIHAT DAN tahu yang ibu bapa mereka 'bekerja'. Kadang kala mereka melawat ibu bapa mereka di sana. Bagi anak kecil, kerja membuatkan ibu bapa berjauhan dengan mereka, namun mereka tidak faham kenapa. Bagi anak yang lebih dewasa, pergi bekerja bermakna kurang masa yang diluangkan dengan mereka; walaupun mereka sudah cukup dewasa untuk faham kenapa ibu dan bapa pergi kerja dan apa peker-jaan mereka, mereka mungkin tidak faham KENAPA.

Kenapa ianya penting?Menjadikan proses pemerolehan dan membayar bil yang tidak kelihatan sebagai konkrit adalah penting agar orang memahami untuk mendapatkan benda yang seseorang perlukan atau mahu, seseorang perlu memperoleh wang dan sama ada seseorang perlu mendapatkan wang untuk membelinya. Selain daripada itu, kekangan bagaimana seseorang memperolehinya dan sama ada seseorang memperolehinya memerlukan pendidikan kemahiran penting: kawalan diri! Muzik video ini juga memperkenalkan konsep ini: Apabila kanak-kanak menetap-kan bagaimana mereka mahu mendapatkan wang, mereka perlu cuba untuk memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka.Wang TIDAK tumbuh di atas pokok dan membelanjakan wang hanya berlaku selepas anda memperolehinya!

Bekerja dalam pekerjaan yang membolehkan anda menggunakan minat dan kemahiran anda adalah cara terbaik untuk mendapatkan wang!

Page 3: Dibawa kepada anda oleh Ia Perlu Diperolehi · memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Wang TIDAK tumbuh di atas pokok dan membelanjakan wang

HALAMAN 3Video Muzik: Kisah Ia Perlu Diperolehi

Selepas memikirkan semua ini, dia menyedari jika dia mahukan kereta kawalan jauh itu dia perlu mendapatkan wang tambahan sendiri. Semasa Zul cuba memikirkan apa yang dia patut lakukan, dia mempertimbangkan pilihan yang dia berkemahiran melakukannya dan menikmatinya. Dia tahu dia bagus dengan nombor, namun lebih suka bekerja di luar. Kemudian dia melalui sebuah kedai buah dan mendapat idea untuk menjual buah epal daripada pokok di laman belakangnya.

ZUL MELIHAT SATU iklan di TV dan mahu sebuah kereta kawalan jauh. Dia meminta wang daripada ibu bapa dia dan mereka mengatakan "tidak". Pada mulan-ya Zul berasa sedih dan marah namun semasa dia berjalan di sekeliling rumahnya, dia dihujani dengan tanda harga yang menunjukkan semua barang harian di dalam rumah (sikat, ubat gigi, barang di dalam bega galasnya, makanan dan perabot) menggunakan wang - mungkin itu adalah sebabnya ibu bapa dia berkata "tidak"?! Apabila ibu bapa dia pergi kerja, Zul mula memahami yang mereka berdua mendapat bayaran gaji yang membantu untuk membayar barangan harian serta beberapa barang yang mereka semua mahukan. Dia sedar dia bertuah dengan apa yang diberikan oleh ibu bapanya.

Pertama sekali, dia tanya ibu bapa dia jika dia boleh menjual buah epal daripada pokok mereka untuk wang. Mereka kata "ya". Kemudian rakan-rakan Zul juga mem-bantu. Dengan itu, dia boleh mendapatkan wang untuk membeli kereta kawalan jauh.

Page 4: Dibawa kepada anda oleh Ia Perlu Diperolehi · memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Wang TIDAK tumbuh di atas pokok dan membelanjakan wang

Aktiviti BersamaBekalan Aktiviti: Kertas, gunting, pita, pensel dan kalkulator

PERBINCANGAN CIPTA KAJI SEMULAMulakan aktiviti ini dengan menonton muzik video ini. Kemudian tanya soalan ini dan bincang bersama anak anda:

Adakah kamu tahu pekerjaan ibu dan/atau ayah?

Kenapa ibu dan ayah pergi kerja?Apa yang kamu rasa kami lakukan

dengan wang yang kami perolehi?Bincangkan apa yang anda lakukan

dengan wang yang anda perolehi.

Melabelkan Rumah:Pertama, pilih satu bilik atau beberapa bilik di rumah anda untuk melabelkan item di dalamnya dengan tanda harga.Kemudian, minta semua orang mengambil bahagian di dalam aktiviti ini untuk meneka harga barang di dalam bilik yang dipilih. Tanda anggaran harga ini pada lembaran kerja (lihat Halaman 6).Seterusnya, potong beberapa label teg harga (lihat Halaman 5) atau buat label anda sendiri. Teka harga item yang ada di dalam bilik. Tuliskan harganya pada label anda dan tampal setiap label pada setiap item di dalam bilik. Jika sesiapa tidak tahu harga sebenar satu-satu objek, galakkan untuk meneka. Tujuan aktiviti ini bukanlah untuk mempelajari harga sebenar tapi konsep yang semua menggunakan wang dan oleh itu, perlu ada PEROLEHAN!Jangan lupa untuk menanda item yang dikira agak 'tidak kelihatan'.

Peti sejuk Makanan di dalam peti sejukCermin LampuPendingin hawa/Pemanas ElektrikTelefon KomputerPerkhidmatan Internet

� �� �� �� ��

Gunakan lembaran kerja (lihat Halaman 6) untuk menulis semua item di dalam bilik. Kemudian, gunakan kalkulator untuk menambah. Kira jumlah kos!

Bandingkan anggaran asal dengan Jumlah Kos daripada lembaran kerja anda. Siapa yang meneka paling hampir dengan kiraan kos sebenar menang!!

Sekarang anda sudah mengira kos, jawab soalan berikut bersama:

Apakah yang anda pelajari dengan mengetahui harga barang di rumah?

Dari manakah datangnya wang yang digunakan untuk membayar untuk semua barang itu? (UJI: Apakah yang ibu dan ayah perlu lakukan untuk mendapatkan wang?)

Bincangkan BAYARAN bagi pekerjaan berbeza.

Kemudian tanya: Apa yang kamu rasa kamu mahu lakukan untuk mendapatkan wang bila kamu sudah dewasa?

Kemudian bincangkan mengenai menggunakan minat dan kemahiran sebagai cara untuk memikirkan kaedah untuk mendapatkan wang.

HALAMAN 4

1.

2.

3.

4.

5.

• •

Page 5: Dibawa kepada anda oleh Ia Perlu Diperolehi · memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Wang TIDAK tumbuh di atas pokok dan membelanjakan wang

$ $

$

$

$

$ $

$ $

$ $

HALAMAN 5Label RumahLembaran Pepotong

Page 6: Dibawa kepada anda oleh Ia Perlu Diperolehi · memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Wang TIDAK tumbuh di atas pokok dan membelanjakan wang

$360$390

HALAMAN 6

Tuliskan semua item di dalam bilik. Kemudian gunakan kalkulator untuk menambah.

Kira Kos

ITEM

BILIK: Ruang Makan

KOS ITEM KOS

BILIK:

ANGGARAN ANDA

JUMLAH

ANGGARAN ANDA

JUMLAH

Meja Makan (Teka $180) $150

Kerusi X 4 (Teka $80) $90

Jam (Teka $20) $20

Rug (Teka $80) $130

Page 7: Dibawa kepada anda oleh Ia Perlu Diperolehi · memilih cara untuk memperolehinya yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Wang TIDAK tumbuh di atas pokok dan membelanjakan wang

Seperti yang dilihat di

www.Cha-Ching.com

Kami ingin mendengar maklum balas anda. Lawati laman web kami dan beritahu kami mengenai pengalaman anda dengan aktiviti ini dan/atau apa yang anda dan anak anda pelajari dengan melakukan aktiviti ini.

© 2011 Prudential Corporation Asia. Hak cipta terpelihara.

Dibawakan kepada anda oleh