dialog sesi kaunseling kelompok

Upload: abdul-aziz

Post on 05-Nov-2015

389 views

Category:

Documents


87 download

DESCRIPTION

Dialog Sesi Kaunseling Kelompok

TRANSCRIPT

DIALOG SESI KAUNSELING KELOMPOK

Kaunselor : Assalamualaikum semua, selamat pagi. Nama saya Mohamad Zahier bin Zamahshari. Saya guru kaunseling di sini. Saya mahu kamu perkenalkan diri kamu seorang dari seorang. Nyatakan nama, hobi dan pekerjaan ibu bapa.Klien: .Kaunselor: Adakah kamu tahu tujuan kami semua dipanggil?Klien: (tak tahu)Kaunselor: Cikgu terima laporan daripada pengawas sekolah bahawa kamu semua pernah menghisap rokok dalam kawasan sekolah.Klien : (tunduk diam)Kaunselor: Kalau kamu nak tahu, saya dahulu pun pernah menghisap rokok semasa di sekolah. Kalau nak cerita kepada kamu, banyak punca dan sebab yang mendorong cikgu menghisap rokok. Tetapi bila cikgu sedar tentang kesan negatif rokok ini, cikgu menyesal sebab mula menghisap rokok. Kesan merokok ni antaranya membazirkan duit, merosakkan kesihatan, dan kalau kamu nak tahu perempuan pun tak suka bau busuk rokok ini.Klien: (mula berbisik sesama mereka dengan riak muka yang terkejut)Kaunselor: Baiklah, cikgu dah ceritakan kisah dan pengalaman cikgu kepada kamu semua. Cikgu anggap kamu semua anak- anak cikgu sendiri. Rahsia cikgu kamu sudah ketahui, cikgu harap kamu boleh simpan rahsia cikgu dan cikgu pun tak akan ceritakan pada sesiapa masalah kamu.Sekarang cikgu mahu kamu ceritakan bila dan bagaimana kamu mula menghisap rokok. Klien Rihaz : (punca : ikut kawan)Kaunselor: Jadi kita semua tahu yang rihaz mula hisap rokok disebabkan pengaruh rakan-rakan.Syafiq, apa pandangan kamu tentang situasi rihaz.Klien Syafiq: saya rasa kita patut ikut perbuatan yang elok sahaja, cikgu..Kaunselor: Yang lain-lain setuju tidak dengan pandangan syafiq?Klien lain : setujuKaunselor: Menurut teori pemusatan perorangan, manusia boleh membuat keputusan sendiri.Walaubagaimanapun faktor persekitaran negatif boleh menyebabkan seseorang itu membuat keputusan yang tidak baik terhadap dirinya.Kaunselor : Apa sebab kamu mula menghisap rokok, anwar?Klien Anwar: saya ikut abang saya cikgu. Dia hari-hari hisap rokok. Kalau dia keluar, saya akan curi rokoknya sebatang. Ayah saya pun hisap rokok, cikgu.Kaunselor: Siapa antara kamu ada adik?Klien Husaini dan Rihaz: Saya, cikgu.Kaunselor: Kamu nak tak adik kamu hisap rokok?Klien Husaini dan Rihaz: tak mahu cikgu.Kaunselor: Kalau kamu nak tahu manusia pada asasnya adalah baik dan positif. Manusia juga didorong sifat menuju kesempurnaan kendiri. Maknanya semua orang mahu benda yang baik. Daripada apa yang dikatakan Husaini dan Rihaz tentang mereka tidak mahukan adik mereka menghisap rokok, ini bermakna perbuatan itu salah dan tidak baik terhadap diri adik mereka. Samalah juga dengan abang kamu, Anwar. Klien Anwar: (angguk kepala)Kaunselor: Husaini, bagaimana pula dengan kamu.Klien Husaini: (punca: suka-suka)Kaunselor: Syafiq, bagaimana pula dengan kamu.Klien Syafiq: (punca: rasa megah)Kaunselor: (melihat jam di tangan-masa cukup). Baiklah disebabkan masa tidak mengizinkan, cerita tentang husaini dan syafiq kita akan sambung pada sesi yang akan datang. Sesi seterusnya akan dijalankan pada waktu yang sama di bilik kaunseling ini. Cikgu harap keempat-empat kamu datang tepat pada waktunya.