di sinilah negeri, negara...

1
UTUSAN MALAYSIA MUKA 17 JUMAAT 17 JUN 2011 Dalam Negeri Di sinilah negeri, negara berkebajikan Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB KENYATAAN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah mahu senyapkan perjuangan negara Islam yang dilaungkan sekian lama sebagai teras per- juangan dan menggantikannya dengan konsep negara berkebajikan tentunya mengejut dan menyentak banyak orang. Apatah lagi terpacul dari mulutnya baha- wa istilah negara Islam sebenarnya tidak disebut dalam al-Quran yang selama ini diberikan bayangan sebaliknya - yang dira- tib sepanjang litar ceramah bagi ‘mewajib- kan’ sokongan kepada Pas. Soal negara berkebajikan bukanlah suatu perkara yang tidak pernah didendangkan- nya, cuma beliau membuat penegasan sekali secara terbuka di dalam muktamar, bagaikan benar-benar mahu meyakinkan kerabatnya DAP dan PKR bahawa mereka kini mempunyai persamaan yang jelas. Seolah-olah ia suatu noktah agar hala tuju kepimpinannya dengan saf baru tidak harus terus dicurigai, sebagaimana dalam diam suatu ketika dulu beliau cuba menga- jukan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Agak aneh apabila katanya belum sampai masanya parti itu menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangannya sebaliknya ia mahu memulakan dulu pelak- sanaan negara berkebajikan sejajar dengan tuntutan pakatan pembangkang. Sedangkan UMNO dan Barisan Nasional selama ini dituduh sengaja enggan berbuat demikian dan menafikan peranan UMNO menegakkan syiar Islam biarpun tampuk pemerintahan malah mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam tanpa diper- soalkan oleh mana-mana negara, mana-ma- na parti kecuali Pas dan DAP. Tambahnya, “apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut nega- ra Islam, Dia sebut negara berkebajikan’’. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat, ber- tanyakan, bukankah perjuangan menegak- kan negara Islam yang telah dipahat sekian di telinga penyokong yang membantu men- jarakkannya dengan UMNO dan meretak- kan perpaduan di kalangan umat Islam. Kononnya perbezaan ideologi itulah yang tidak membolehkan Pas dan UMNO duduk semeja kerana bertentangan dengan amalan Pas yang lebih benar cara berpolitik mengi- kut panduan al-Quran. Baginya, parti itu kini cuba bersalin kulit, menghilang- kan identiti dan jati diri supaya ‘warnanya’ sama bagi meraikan kehendak DAP dan PKR agar boleh duduk semeja dengan selesa merencanakan soal mendapatkan kuasa. Untuk menghilangkan banyak soal yang timbul, Abdul Hadi membayangkan bahawa ‘negara berkebajikan’ hampir menyamai maknanya dengan ‘negara Islam’. Namun ia terus menimbulkan persoalan jika ciri-ciri negara berkebajikan Pas itu sama dengan ciri-ciri sebuah negara Islam, mengapa ia perlu bimbang untuk terus memakai istilah itu dan kini cuba berselind- ung daripada menggunakannya. Mengapa Pas mula takut untuk melaung- kan kembali istilah yang dikaitkan dengan seruan dakwahnya itu kerana ini bukan lagi zaman permulaan Islam. Bagi Abdul Hadi, dalam konsep negara berkebajikan, kerajaan mengambil tang- gungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup seperti keperluan asasi, ke- mudahan asas, ma- kanan, tempat ting- gal, pendidikan dan kesihatan. “Apakah Malaysia kini bukan negara berkebajikan? Tidak- kah begitu banyak bantuan dan subsidi disalurkan untuk rakyat dalam pelbagai bidang, malah ada yang tidak pernah dilakukan oleh negara lain di dunia ini,’’ ujar Khazan. Katanya, Abdul Hadi tidak perlu pergi jauh dengan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu, seperti rumah percuma kepada yang benar-benar tidak berkemampuan, pemberian atap bagi rumah yang bocor, pembiayaan rawatan kepada pesakit kronik sehingga lampin dan susu turut dibekalkan. Katanya, usaha berterusan untuk mem- bangunkan taraf hidup rakyat terutama melalui pendidikan supaya perubahan ber- laku lebih pantas termasuk pembangunan taman ilmu, penghantaran lebih ramai pela- jar ke keluar negara dalam pelbagai bidang, pemberian biasiswa, komputer riba sehing- galah ke pakaian sekolah. Tiada halangan bagi mereka yang benar- benar ingin berjaya dan kejayaan demi kejayaan terus diperlihatkan termasuk dalam pencapaian akademik di samping kemunculan taburan sekolah-sekolah kelolaan negeri berprestasi tinggi dan kewujudan pelbagai institusi pengajian tinggi. Konsep baru dalam perniagaan runcit digerakkan supaya rakyat dapat terus bersa- ing dalam cabaran perniagaan moden ter- masuk dalam program T Shoppe dan T Cafe. “Ia juga diimbangi dengan penguasaan pegangan asas agama yang diselami sejak kecil melalui program pengajian dan hafaz al-Quran di peringkat tadika sehinggalah ke penubuhan institut al-Quran agar kitab Allah itu terus subur dan di hati dalam kehidupan. “Kebajikan bukan sekadar pemberian bantuan dan penyediaan prasarana kepada seluruh rakyat yang berhak tetapi juga tera- rah kepada pembentukan persekitaran kehidupan yang lebih baik, lebih sejahtera dan harmoni melalui perpaduan. Di mana lagi perlu ditambah,’’ ujarnya. Beliau menarik perhatian, inilah yang sentiasa menjadi perhatian UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan Terengganu malah sentiasa mengajak Pas. “Namun apa yang Pas lakukan? Di manakah politik dakwahnya, jika pendeka- tan berbaik kerajaan ditanggapi dengan penuh prasangka, permainan politiknya makin mengelirukan umat Islam, apatah lagi bukan Islam, malah makin melebarkan perpecahan,’’ ujarnya. Beliau bersyukur kerana Pas mulai menunjukkan perubahan, menerima realiti bahawa pendekatan UMNO selama ini dalam konteks perjuangan Islam tidak dilaungkan dengan slogan semata-mata. Baginya, ini bukan kejutan pertama Presiden Pas itu mengenai dasar dan asas perjuangan parti pimpinannya. “Sebelum ini Pas pernah mengatakan hudud hanya 0.0001% daripada keseluru- han Islam selepas sekian lama memper- juangkan hudud sehingga UMNO dikafirkan kerana kononnya menolak dan tidak melak- sanakan hukum itu walaupun telah lama memerintah negara. Presiden Pas inilah juga yang suatu masa dahulu dalam amanat tersohornya mengatakan Pas menentang UMNO tidak lain kerana UMNO menge- kalkan perlembagaan kafir yang ditinggal- kan oleh penjajah. Tetapi kemudiannya beliau juga yang mengatakan tiada masalah dengan Perlembagaan Persekutuan, yang penting ia perlu diterapkan dengan roh Islam walau- pun tidak dijelaskan bagaimana cara atau pendekatannya. “Istilah negara Islam dalam bahasa Arab khasnya bukanlah sesuatu yang hakiki, ia hanyalah nisbiyy yang lebih kepada makna majazi atau perbandingan yang diringkas- kan. “Samalah dengan ungkapan ‘kepala telah masak’ yang diungkapkan oleh Hajjaj Yusuf As-Thaqqaafi pemimpin terkenal di era Kerajaan Umaiyyah ketika tiba di Iraq selepas dilantik sebagai gabenor di sana. Kepala tidak masak, yang masak biasanya buah, persamaannya ialah kepala penentang akan dipotong seperti buah yang telah masak akan dipotong semasa menuainya. “Itulah maksud Hajjaj. Begitu juga nega- ra, ia tidak masuk Islam atau kafir, yang Islam atau kafir hanya manusia dan jin. Persamaannya ialah negara yang ditadbir oleh pimpinan Islam berdasarkan syariat Islam sama seperti orang Islam yang sentia- sa membantu dan tidak menzalimi orang lain,’’ ujar beliau lagi. Kerana itu yang utama ialah orang dan pengisiannya, di dalam kitab-kitab feqah disebut, harus orang Islam tinggal di dalam negara orang bukan Islam dengan syarat ia tidak menjejaskan agama Islam yang dianu- tinya dan boleh melakukan dakwah. “Sememangnya apa yang penting adalah pelaksanaan. Ya, apa baiknya kita sebut dan labelkan sesuatu dengan Islam kalau ia tidak menepati tuntutan Islam seperti apa guna kita sebut pasar Islam jika peniaga- peniaganya sering menipu dan tidak jujur. “Ia hanya memburukkan lagi imej Islam. Namun dalam konteks dakwah, jika sesuatu itu menepati tuntutan syariah ada baiknya juga ia dilabelkan dengan Islam, kerana ia akan membantu menyerlahkan kebaikan Islam seperti Bank Islam, insurans Islam dan sebagainya dalam konteks negara kita pada hari ini. “Kita masih menunggu konsep negara kebajikan yang dilaungkan oleh Presiden Pas itu. Apa lagi yang akan ditokok tambah selain pelbagai kemudahan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan hari ini untuk rakyat bagi menjadikan negara ini negara berkebajikan? Janganlah ia hanya menjadi umpan untuk pilihan raya sahaja. “Mungkinkah banyak lagi perubahan akan dilakukan dan pimpinan Pas ini, saya yakin ia akan menjadikan Pas semakin sama dengan UMNO ketika ia masih cuba menge- lak,’’ ujarnya. Ketika itu Pas mungin semakin menam- pakkan ia sudah tidak relevan lagi bagi pengikutnya, apatah lagi pemimpinnya tidak mahu menjadi teraju negara. Justeru perjuangannya untuk siapa dan atas asas apa lagi? BANTUAN untuk rakyat terus disalurkan termasuk elaun sara hidup untuk nelayan. AL-QURAN diterapkan dalam jiwa kanak-kanak di peringkat awal usia. Tidak perlu pergi jauh dengan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu, seperti rumah percuma kepada yang benar-benar tidak berke- mampuan, pemberian atap bagi rumah yang bocor, pembiayaan rawatan kepada pesakit kronik sehingga lampin dan susu turut dibekalkan - KHAZAN CHE MAT Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri MASJID Hadhari (kiri) dan Masjid Kayu Seberang Jerteh, kedua-duanya di Jertih, Besut merupakan antara institusi masjid yang terus ditingkatkan bagi mengangkat syiar Islam dan turut dikembangkan sebagai pusat komuniti.

Upload: vanhanh

Post on 01-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Di sinilah negeri, negara berkebajikanww1.utusan.com.my/utusan/special/T_AnjungIlmu/pg017_110617.pdf · sama dengan ciri-ciri sebuah negara Islam, mengapa ia perlu bimbang untuk terus

RENCANA IKLAN

UTUSAN MALAYSIA • MUKA 17 JUMAAT 17 JUN 2011

Dalam Negeri

Di sinilah negeri, negara berkebajikanOleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KENYATAAN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah mahu senyapkan perjuangan negara Islam yang dilaungkan sekian lama sebagai teras per-juangan dan menggantikannya dengan konsep negara berkebajikan tentunya mengejut dan menyentak banyak orang.

Apatah lagi terpacul dari mulutnya baha-wa istilah negara Islam sebenarnya tidak disebut dalam al-Quran yang selama ini diberikan bayangan sebaliknya - yang dira-tib sepanjang litar ceramah bagi ‘mewajib-kan’ sokongan kepada Pas.

Soal negara berkebajikan bukanlah suatu perkara yang tidak pernah didendangkan-nya, cuma beliau membuat penegasan sekali secara terbuka di dalam muktamar, bagaikan benar-benar mahu meyakinkan kerabatnya DAP dan PKR bahawa mereka kini mempunyai persamaan yang jelas.

Seolah-olah ia suatu noktah agar hala tuju kepimpinannya de ngan saf baru tidak harus terus dicurigai, sebagaimana dalam diam suatu ketika dulu beliau cuba menga-jukan cadangan pembentukan ke rajaan perpa duan bersama UMNO.

Agak aneh apabila katanya belum sampai masanya parti itu menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangannya sebaliknya ia mahu memulakan dulu pelak-sanaan negara berkebajikan sejajar de ngan tuntutan pakatan pembangkang.

Sedangkan UMNO dan Barisan Nasional selama ini dituduh sengaja enggan berbuat demikian dan menafikan peranan UMNO menegakkan syiar Islam biarpun tampuk pemerintahan malah mengisytiharkan ne gara ini sebagai negara Islam tanpa diper-soalkan oleh mana-mana negara, mana-ma-na parti kecuali Pas dan DAP.

Tambahnya, “apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan de ngan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut nega-ra Islam, Dia sebut negara berkeba jikan’’.

Pengerusi Jawa tan kuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat, ber-tanyakan, bukankah perjuangan menegak-kan negara Islam yang telah dipahat sekian di te linga penyokong yang membantu men-jarakkannya dengan UMNO dan meretak-kan perpaduan di kalangan umat Islam.

Kononnya perbezaan ideologi itulah yang tidak membolehkan Pas dan UMNO duduk semeja kerana bertentangan dengan amalan Pas yang lebih benar cara berpolitik mengi-kut panduan al-Quran.

Baginya, parti itu kini cuba bersalin kulit, menghilang-

kan identiti dan jati diri supaya ‘warnanya’ sama bagi meraikan kehendak DAP dan PKR agar boleh duduk semeja dengan selesa merencanakan soal mendapatkan kuasa.

Untuk menghilangkan banyak soal yang timbul, Abdul Hadi membayangkan bahawa ‘negara berkebajikan’ hampir menyamai maknanya dengan ‘negara Islam’.

Namun ia terus menimbulkan persoalan jika ciri-ciri negara berkebajikan Pas itu sama dengan ciri-ciri sebuah negara Islam, mengapa ia perlu bimbang untuk terus memakai istilah itu dan kini cuba berselind-ung daripada menggunakannya.

Mengapa Pas mula takut untuk melaung-kan kembali istilah yang dikaitkan dengan seruan dakwahnya itu kerana ini bukan lagi zaman permulaan Islam.

Bagi Abdul Hadi, dalam konsep negara berkebajikan, kerajaan mengambil tang-

g u n g j a w a b d a l a m perkara yang menjadi rukun hidup seperti keperluan asasi, ke -mudahan asas, ma -kanan, tempat ting-gal, pendidikan dan kesihatan.

“Apakah Malaysia kini bukan negara berkebajikan? Tidak-

kah begitu banyak bantuan dan subsidi disalur kan untuk rakyat dalam pelbagai bidang, malah ada yang tidak pernah dilakukan oleh negara lain di dunia ini,’’ ujar Khazan.

Katanya, Abdul Hadi tidak perlu pergi jauh dengan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu, seperti rumah percuma kepada yang benar-benar tidak berkemampuan, pemberian atap bagi rumah yang bocor, pembiayaan rawatan kepada pesakit kronik sehingga lampin dan susu turut dibekalkan.

Katanya, usaha berterusan untuk mem-bangunkan taraf hidup rakyat terutama melalui pendidikan supaya perubahan ber-laku lebih pantas termasuk pembangunan taman ilmu, penghantaran lebih ramai pela-jar ke keluar negara dalam pelbagai bidang, pemberian biasiswa, komputer riba sehing-galah ke pakaian sekolah.

Tiada halangan bagi mereka yang benar-benar ingin berjaya dan kejayaan demi kejayaan terus diperlihatkan termasuk dalam pencapaian akademik di samping kemunculan taburan sekolah-sekolah kelolaan negeri berprestasi tinggi dan kewujudan pelbagai institusi

pengajian tinggi.Konsep baru dalam perniagaan runcit

di gerakkan supaya rakyat dapat terus bersa-ing dalam cabaran perniagaan moden ter-masuk dalam program T Shoppe dan T Cafe.

“Ia juga diimbangi dengan penguasaan pegangan asas agama yang diselami sejak kecil melalui program pengajian dan hafaz al-Quran di peringkat tadika sehinggalah ke penubuhan institut al-Quran agar kitab Allah itu terus subur dan di hati dalam kehidupan.

“Kebajikan bukan sekadar pemberian bantuan dan penyediaan prasarana kepada seluruh rakyat yang berhak tetapi juga tera-rah kepada pembentukan persekitaran kehidupan yang lebih baik, lebih sejahtera dan harmoni melalui perpaduan. Di mana lagi perlu ditambah,’’ ujarnya.

Beliau menarik perhatian, inilah yang sentiasa menjadi perhatian UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan Terengganu malah sentiasa mengajak Pas.

“Namun apa yang Pas lakukan? Di manakah politik dakwahnya, jika pendeka-tan berbaik kerajaan ditanggapi dengan penuh prasangka, permainan politiknya makin mengelirukan umat Islam, apatah lagi bukan Islam, malah makin melebarkan perpecahan,’’ ujarnya.

Beliau bersyukur kerana Pas mulai menunjukkan peruba han, menerima realiti bahawa pendekatan UMNO selama ini dalam konteks perjuangan Islam tidak dilaungkan dengan slogan semata-mata.

Baginya, ini bukan kejutan pertama Presiden Pas itu mengenai dasar dan asas perjuangan parti pimpinannya.

“Sebelum ini Pas pernah mengatakan hudud hanya 0.0001% daripada keseluru-han Islam selepas sekian lama memper-juangkan hudud sehingga UMNO dikafirkan kerana kononnya menolak dan tidak melak-sanakan hukum itu walaupun telah lama memerintah negara.

Presiden Pas inilah juga yang suatu masa dahulu dalam amanat tersohornya me ngatakan Pas menentang UMNO tidak lain kerana UMNO menge-

kalkan perlembagaan kafir yang ditinggal-kan oleh penjajah.

Tetapi kemudiannya beliau juga yang mengatakan t iada masalah dengan Perlembagaan Persekutuan, yang penting ia perlu diterapkan dengan roh Islam walau-pun tidak dijelaskan bagaimana cara atau pendekatannya.

“Istilah negara Islam dalam bahasa Arab khasnya bukanlah sesuatu yang hakiki, ia hanyalah nisbiyy yang lebih kepada makna majazi atau perbandingan yang diringkas-kan.

“Samalah dengan ungkapan ‘kepala telah masak’ yang diungkapkan oleh Hajjaj Yusuf As-Thaqqaafi pemimpin terkenal di era Ke rajaan Umaiyyah ketika tiba di Iraq selepas dilantik sebagai gabenor di sana. Kepala tidak masak, yang masak biasanya buah, persamaannya ialah kepala pe nentang akan dipotong seperti buah yang telah masak akan dipotong semasa menuainya.

“Itulah maksud Hajjaj. Begitu juga nega-ra, ia tidak masuk Islam atau kafir, yang Islam atau kafir hanya manusia dan jin. Persamaannya ialah negara yang ditadbir oleh pimpinan Islam berdasarkan syariat Islam sama seperti orang Islam yang sentia-sa membantu dan tidak menzalimi orang lain,’’ ujar beliau lagi.

Kerana itu yang utama ialah orang dan pengisiannya, di dalam kitab-kitab feqah di sebut, harus orang Islam tinggal di dalam ne gara orang bukan Islam dengan syarat ia tidak menjejaskan agama Islam yang dianu-tinya dan boleh melakukan dakwah.

“Sememangnya apa yang penting adalah pelaksanaan. Ya, apa baiknya kita sebut dan labelkan sesuatu dengan Islam kalau ia tidak menepati tuntutan Islam seperti apa guna kita sebut pasar Islam jika peniaga-peniaga nya sering menipu dan tidak jujur.

“Ia hanya memburukkan lagi imej Islam. Namun dalam konteks dakwah, jika sesuatu itu menepati tuntu tan syariah ada baiknya juga ia dilabelkan dengan Islam, kerana ia akan membantu menyerlahkan kebaikan Islam seperti Bank Islam, insurans Islam dan sebagainya dalam konteks negara kita pada hari ini.

“Kita masih me nunggu konsep negara kebajikan yang dilaungkan oleh Presiden Pas itu. Apa lagi yang akan ditokok tambah selain pelbagai kemudahan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan hari ini untuk rakyat bagi menjadikan negara ini negara berkebajikan? Janganlah ia hanya menjadi umpan untuk pilihan raya sahaja.

“Mungkinkah banyak lagi perubahan akan dilakukan dan pimpinan Pas ini, saya yakin ia akan menjadikan Pas semakin sama dengan UMNO ketika ia masih cuba menge-lak,’’ ujarnya.

Ketika itu Pas mungin semakin menam-pakkan ia sudah tidak relevan lagi bagi pengikutnya, apatah lagi pemimpinnya tidak mahu menjadi teraju negara. Justeru p e r j u a n g a n n y a untuk siapa dan atas asas apa lagi?

BANTUAN untuk rakyat terus disalurkan termasuk elaun sara hidup untuk nelayan. AL-QURAN diterapkan dalam jiwa kanak-kanak di peringkat awal usia.

Tidak perlu pergi jauh dengan melihat apa

yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu, seperti rumah percuma kepada yang benar-benar tidak berke-mampuan, pemberian atap bagi rumah yang bocor, pembiayaan rawatan kepada pesakit kronik se hingga lampin dan susu turut dibekalkan

- KHAZAN CHE MATPengerusi Jawatankuasa

Agama dan Penerangan Negeri

MASJID Hadhari (kiri) dan Masjid Kayu Seberang Jerteh, kedua-duanya di Jertih, Besut merupakan antara institusi masjid yang terus ditingkatkan bagi mengangkat syiar Islam dan turut dikembangkan sebagai pusat komuniti.