di mana ada gula di situ ada semut

4
Di mana ada gula, di situ ada semut’ menjadi amalan hidup kebanyakan orang dan mereka mengabaikan peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”. Apakah pendapat anda tentang peribahasa ini? Di manakah semut berada? Semut berada di mana-mana sahaja, tetapi yang pasti, di mana ada gula, maka di situ ada semut. Semut mempunyai daya hidu yang kuat terhadap benda-benda manis dan dengan ini, di mana-mana sahaja ada gula, maka di situ kita akan mendapati semut. Apabila melihat keadaaan ini, maka orang tua-tua mencipta peribahasa “di mana ada gula, di situ ada semut”. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa ini? Peribahasa ini bermaksud, di mana-mana sahaja ada kemewahan, maka tempat itu akan menjadi tumpuan umum untuk mendapatkan rezeki. Hal ini dapat kita lihat pada masa pembukaan Melaka dahulu. Hang Mahmud yang tinggal di Sungai Duyung membuat keputusan untuk berpindah ke bandar Melaka kerana di situ ada banyak rezeki. Dengan itu, beliau berpindah ke Melaka dan membuka keai di sana. Seterusnya, apabila Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan, maka pedagang-pedagang dari negeri-negeri lain seperti India, China, Jawa, Arab, Parsi, Portugis, dan lain-lain datang ke Melaka untuk berniaga. Malah, Melaka menjadi rebutan pedagang-pedagang asing sehingga ada yang sanggup untuk menakluki Melaka. Hal yang sama juga berlaku di Pulau Langkawi. Apabila pulau ini

Upload: niraindera-shanmugam

Post on 30-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

fikseef

TRANSCRIPT

Page 1: Di Mana Ada Gula Di Situ Ada Semut

“ Di mana ada gula, di situ ada semut’ menjadi amalan hidup

kebanyakan orang dan mereka mengabaikan peribahasa

“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,

lebih baik di negeri sendiri”. Apakah pendapat anda tentang

peribahasa ini?

Di manakah semut berada? Semut berada di mana-mana sahaja, tetapi

yang pasti, di mana ada gula, maka di situ ada semut. Semut

mempunyai daya hidu yang kuat terhadap benda-benda manis dan

dengan ini, di mana-mana sahaja ada gula, maka di situ kita akan

mendapati semut. Apabila melihat keadaaan ini, maka orang tua-tua

mencipta peribahasa “di mana ada gula, di situ ada semut”. Apakah

yang dimaksudkan dengan peribahasa ini? Peribahasa ini bermaksud,

di mana-mana sahaja ada kemewahan, maka tempat itu akan menjadi

tumpuan umum untuk mendapatkan rezeki.

Hal ini dapat kita lihat pada masa pembukaan Melaka dahulu.

Hang Mahmud yang tinggal di Sungai Duyung membuat keputusan

untuk berpindah ke bandar Melaka kerana di situ ada banyak rezeki.

Dengan itu, beliau berpindah ke Melaka dan membuka keai di sana.

Seterusnya, apabila Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan,

maka pedagang-pedagang dari negeri-negeri lain seperti India, China,

Jawa, Arab, Parsi, Portugis, dan lain-lain datang ke Melaka untuk

berniaga. Malah, Melaka menjadi rebutan pedagang-pedagang asing

sehingga ada yang sanggup untuk menakluki Melaka. Hal yang sama

juga berlaku di Pulau Langkawi. Apabila pulau ini menjadi pulau bebas

cukai, maka semua peniaga tertumpu di pulau tersebut untuk mencari

rezeki dan menjalankan pelbagai jenis perniagaan seperti mendirikan

hotel, kedai peralatan elektrik, kedai pinggan mangkuk, restoran, dan

sebagainya.

Di negara kita, pembangunan yang dilaksanakan tidak seimbang

antara di bandar dengan di luar bandar atau di desa. pembangunan

banyak ditumpukan di bandar-bandar. Jadi, secara tidak langsung,

Page 2: Di Mana Ada Gula Di Situ Ada Semut

banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan terdapat di bandar

berbanding dengan di luar bandar. Hal ini telah menyebabkan belia-

belia dari desa berhijrah ke bandar dan menyebabkan bandar menjadi

semakin sesak. Kesesakan di banda-bandar bukan sahaja kerana

kesesakan lalu lintas, tetapi kesesakan penempatan penduduk. Kini,

bandar-bandar baru seperti Bayan Lepas, Nilai, Puchong, Sungai Buluh,

Sungai Petani, Kulim dan sebagainya yang dahulunya tidak

berkembang menjadi semakin sesak sekarang kerana banyak peluang

pekerjaan dan perniagaan seperti peribahasa “di mana ada semut, di

situ ada gula.”

Semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, banyak peluang

pekerjaan terdapat di Malaysia, terutamanya dalam sektor

perladangan, pembinaan, dan perindusatrian. Hal ini disebabkan oleh

perkembangan ekonomi yang begitu memberangsangkan dan banyak

projek raksasa dijalankan, kilang didirikan, gedung perniagaan dan

bangunan didirikan. Semua projek yang dilaksanakan ini memerlukan

guna tenaga yang banyak. Oleh sebab kekurangan tenaga kerja

tempatan dalam tiga sektor yang dinyatakan tadi, maka buruh asing

dari Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina dan lain-lain dibawa

masuk untuk bekerja di sini. Selain itu, tidak kurang pula warganegara

asing yanag menyeledup ke negara ini secara haram untuk

mendapatkan pekerjaan. Hal ini dilakukan oleh mereka kerana peluang

pekerjaan dan peluang untuk hidup mewah terdapat di negara ini. Jadi,

mereka sanggup meredah lautan untuk datang ke sini dan

mengabaikan peribahasa yang berbunyi “hujan emas di negeri orang,

hujan batu di negeri sendiri”. Dengan itu, Malaysia boleh dianggap

sebagai gula dan pendataang asing itu boleh diibaratkan seperti

semut.

Akhirnya, pelabur asing bertumpu ke negara-negara yang

menyediakan banyak peluang perniagaan, manakala pelabur Malaysia

pula pergi melabur di negara-negara lain yang boleh memberi

pendapatan yang lumayan kepada mereka. Tujuan pelbur adalah

Page 3: Di Mana Ada Gula Di Situ Ada Semut

mengaut keuntungan daripada modal dan usaha yang dilaburkan oleh

mereka. Jadi, mereka akan melabur di negara-negara yang menjamin

keuntungan. Malaysia mempunyai banyak sumber alam yang boleh

diterokai dan terdapat banyak tenaga buruh yang mahir dan separuh

mahir yang murah. Jadi, pelabur dari negara-negara maju seperti

Jepun, Korea, Britain, dan lain-lain datang ke Malaysia untuk membuka

ladang, mendirikan kilang, mendirikan hotel, dan sebagainya yang

menjamin keuntungan. Manakala, pelabur Malaysia pula tertumpu ke

negara-negara yang baru membangun seperti Vietnam, Bosnia, dan

negara-negara di Afrika. Semua ini dilaksanakan seperti peribahasa “di

mana ada gula, di situ ada semut”.

Sebagai menyimpul perbincangan ini, saya bersetuju dengan

peribahasa “di mana ada gula, di situ ada semut” yang telah diterima

pakai semenjak dahulu lagi. Semua orang mahu hidup mewah, mahu

hidup senang, dan berpegang pada peribahasa “siapa dahulu, dai

dapat”. Dengan itu, masing-masing berlumba-lumba untuk

mendapatkan kemewahan seperti semut yang berlumba-lumba untuk

mendapatkan gula.