dewan rakyat parlimen ketiga belas penggal · pdf filepetaling jaya utara. ... tahniah di atas...

89
2016 Bil. 30 Selasa 18 Oktober 2016 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Upload: ngomien

Post on 02-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

______________________________________________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2016

Bil. 30 Selasa 18 Oktober 2016

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Page 2: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

______________________________________________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2016

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 5) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 (Halaman 25) Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 (Halaman 63)

Page 3: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P.

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] - UMNO

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N. [Kuala Krau] - UMNO

MENTERI

1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Orang Kaya Indera Shah Bandar, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S. (Pekan) – UMNO

2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, S.S.A.P., D.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., P.P.T., P.J.K., J.P., S.P.M.P., S.J.M.K. [Bagan Datok] - UMNO

3. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai, D.G.S.M., S.S.A.P., D.I.M.P., S.M.P. [Bentong] – MCA

4. “ Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, P.J.N., K.M.N., P.J.K. [Segamat] - MIC

5. “ Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, A.M.P., D.P.M.P., S.M.W [Telok Intan] – GERAKAN

6. “ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, S.S.A.P, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. [Padang Rengas] - UMNO

7. “ Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, S.P.M.P, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.J., D.S.A.P., P.N.B.S., D.G.S.M [Sembrong] – UMNO

8. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed [Jeli] - UMNO

9. “ Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, P.G.D.K., A.S.D.K., J.P. [Kota Marudu] – PBS

10. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek [Kemaman] – UMNO

11. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, S.S.A.P., D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. [Bera] – UMNO

12. “ Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah bin Haji Aman, S.S.A.P., D.I.M.P., P.G.D.K., A.S.D.K., J.P. [Kimanis] - UMNO

13. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, P.S.A.T., D.I.M.P., D.S.N.S., D.S.D.K., P.A.T., J.S.M., K.A.T., K.M.N., A.M.K., P.J.M. [Jerai] - UMNO

14. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, P.S.M., S.S.A.P., S.P.D.K., P.G.D.K., J.P. [Pensiangan] - PBRS

15. “ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau, J.S.M., P.G.D.K., J.P., A.D.K. [Tuaran] – UPKO

16. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu anak Belaun, P.P.D., P.B.S. [Selangau] – PRS

17. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, P.G.B.K., P.B.S., P.P.B. [Batang Lupar] - PBB

Page 4: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

ii DR 18.10.2016

18. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., A.B.S.

[Petrajaya] - PBB

19. “ Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, P.J.N., J.B.S., K.M.N. [Serian] - SUPP

20. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, S.S.A.P., D.G.S.M., S.I.M.P., S.J.M.K., D.M.S.M., P.J.N., D.S.D.K., D.S.A.P., K.M.N., D.I.M.P. [Putrajaya] - UMNO

21. “ Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, S.S.M.Z., D.P.M.T., P.J.K. [Besut] - UMNO

22. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] - UMNO

23. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan – Senator

24. “ Menteri Belia dan Sukan, Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] - UMNO

25. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, D.I.M.P., A.D.K. [Kota Belud] – UMNO

26. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hajah Nancy binti Shukri, K.M.N., P.G.B.K. [Batang Sadong] - PBB

27. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, D.M.S.M. [Ayer Hitam] - MCA

28. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, S.P.M.P., D.P.M.P., D.P.T.J., K.M.N., A.M.P., P.P.T., J.P. [Larut] - UMNO

29. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S., J.B.S., J.S.M. [Santubong] - PBB

30. “ Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid [Padang Terap] – UMNO

31. “ Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak – Senator

32. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, D.P.M.K. [Pengerang] – UMNO

33. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, S.P.M.P., D.P.M.P., P.M.P. [Tanjong Malim] – MCA

34. “ Menteri Kewangan II, Datuk Johari bin Abdul Ghani, P.J.N., D.S.I.S. [Titiwangsa] - UMNO

35. “ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Haji Noh bin Omar, P.S.M, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P., [Tanjong Karang] - UMNO

TIMBALAN MENTERI

1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Saravanan A/L Murugan [Tapah] – MIC

2. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, A.D.K., A.S.D.K., J.P., P.G.D.K. [Papar] – UMNO

3. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Razali bin Ibrahim, D.I.M.P., P.K.C. [Muar] - UMNO

4. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, D.M.S.M., P.J.K. [Pontian] – UMNO

5. “ Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit, P.S.B.S., P.P.B., P.P.S., P.P.D. [Mambong] – PBB

Page 5: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 iii

6. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Lee Chee Leong – Senator

7. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong, D.P.S.M. [Labis] – MCA

8. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun [Beaufort] – UMNO

9. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya [Balik Pulau] – UMNO

10. “ Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah binti Mohd. Sadique, P.J.N., P.I.S. [Tenggara] – UMNO

11. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi, P.J.N., A.M.N., P.I.S. [Sri Gading] – UMNO

12. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan – Senator

13. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, D.P.M.P., D.M.S.M., K.M.N., A.M.P., J.P. [Pasir Salak] – UMNO

14. “ Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri, K.M.N., P.P.N. [Ledang] – UMNO

15. “ Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, K.M.N., P.J.K., P.M.W. [Hulu Selangor] – MIC

16. “ Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani bin Johari, D.S.M.Z., D.I.M.P. [Hulu Terengganu] – UMNO

17. “ Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, P.G.D.K., A.S.D.K., A.D.K., J.P. [Tawau] – PBS

18. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, , S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C., D.I.M.P. [Maran] – UMNO

19. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, D.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., P.P.T., P.J.K., J.P., P.B.S., A.B.S. [Kapit] – PBB

20. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, D.M.S.M. [Tangga Batu] – UMNO

21. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun – Senator

22. “ Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum, S.I.M.P., D.S.D.K., D.M.S.M., J.P., D.I.M.P., D.S.M., A.M.K., B.K.M., P.J.K. [Kubang Pasu] – UMNO

23. “ Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, D.S.M., B.C.M., A.N.S., P.J.K., P.B.B., D.M.S.M [Masjid Tanah] – UMNO

24. “ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, P.G.D.K. [Pulai] – UMNO

25. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki – Senator

26. “ Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan Chong Sin Woon – Senator

27. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Reezal Merican, D.I.M.P., S.S.A.P. [Kepala Batas] – UMNO

28. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, P.J.N. [Machang] – UMNO

Page 6: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

iv DR 18.10.2016

29. Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tuan Masir Anak Kujat, P.P.B. [Sri

Aman] – PRS

30. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tuan Nogeh anak Gumbek [Mas Gading] – SPDP

31. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy – Senator

32. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Othman bin Aziz, D.S.D.K., B.K.M., A.S.K. [Jerlun] – UMNO

33. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Henry Sum Agong, P.B.S., P.S.B.S. [Lawas] – PBB

34. “ Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur, P.G.D.K. [Silam] – UMNO

AHLI-AHLI (BN)

1. Yang Berhormat Datuk Aaron Ago anak Dagang, P.J.N. [Kanowit] - PRS

2. “ Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir, D.S.M.S. [Kulim-Bandar Baharu] - UMNO

3. “ Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, D.M.S.M, S.S.A.P, P.J.N., D.P.M.K. [Mersing] - UMNO

4. “ Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, P.J.N., D.I.M.P., J.P., S.P.D.K. [Baling] - UMNO

5. “ Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh, P.G.D.K., J.P. [Kalabakan] – UMNO

6. “ Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, S.S.A.P., D.I.M.P., P.K.C. [Paya Besar] - UMNO

7. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad, D.I.M.P., S.M.P., A.M.P. [Lipis] – UMNO

8. “ Datuk Abdul Rahim bin Bakri, D.M.S.M., A.S.D.K. [Kudat] - UMNO

9. “ Datuk Haji Abdul Wahab bin Haji Dolah, J.B.K., P.G.B.K [Igan] - PBB

10. “ Dato’ Ahmad Fauzi Zahari, D.P.T.J. [Setiawangsa] - UMNO

11. “ Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., P.J.K., D.G.S.M. [Jasin] – UMNO

12. “ Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, S.P.M.P., D.P.M.P., A.M.P., P.P.T., J.P. [Tambun] – UMNO

13. “ Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang, J.B.K., P.B.S., A.B.S. [Sibuti] - PBB

14. “ Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] – UMNO

15. “ Datuk Amar Douglas Uggah Embas, P.G.B.K., P.B.S., A.M.N., A.B.S. [Betong] – PBB

16. “ Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa, P.S.M., S.P.D.K., D.G.S.M., S.I.M.P. [Ketereh] - UMNO

17. “ Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] - UMNO

18. “ Tuan Anyi Ngau [Baram] – SPDP

19. “ Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar] - UMNO

20. “ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.S.D.K., A.D.K. [Kinabatangan] – UMNO

21. “ Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, A.M.N., P.S.K. [Setiu] - UMNO

22. “ Datuk Dr. Ewon Ebin, P.G.D.K [Ranau] - UPKO

Page 7: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 v

23. Yang Berhormat Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang] - PBB

24. “ Dato’ Hasbullah bin Osman, D.P.M.P., A.M.P., J.P. [Gerik] – UMNO

25. “ Dato’ Hasan bin Arifin, D.S.A.P. [Rompin] – UMNO

26. “ Dato’ Sri Hasan bin Malek, D.S.N.S., D.M.S.M., D.S.M., J.P., K.M.N., A.M.N., P.M.C., P.J.K., B.K.C., D.S.A.P [Kuala Pilah] - UMNO

27. “ Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, D.I.M.P [Tanah Merah] - UMNO

28. “ Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim, S.S.A.P., D.I.M.P., J.M.N., K.M.N., B.C.M., P.B.B., P.J.P., J.P. [Kuala Selangor] - UMNO

29. “ Prof. Dr. Ismail bin Daut [Merbok] - UMNO

30. “ Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.M.N., J.P., S.P.D.K., S.S.A.P., P.N.B.S., P.G.D.K. [Keningau] - PBS

31. “ Datuk Joseph Salang anak Gandum, D.S.P.N., A.M.N. [Julau] - PRS

32. “ Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar] - UMNO

33. “ Datuk Juslie bin Haji Ajirol, P.G.D.K., A.S.D.K. [Libaran] - UMNO

34. “ Datuk Koh Nai Kwong, D.M.S.M., D.S.M., B.C.M., P.J.K. [Alor Gajah] - MCA

35. “ Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] - MCA

36. “ Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam] - GERAKAN

37. “ Datuk Linda Tsen Thau Lin, J.M.N. [Batu Sapi] - PBS

38. “ Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik] -UMNO

39. “ Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh, P.G.D.K., J.S.M., A.D.K., B.S.K. [Putatan] – UPKO

40. “ Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid [Kuala Kangsar] - UMNO

41. “ Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh, P.J.K., K.M.N. [Sabak Bernam] - UMNO

42. “ Tan Sri Mohd. Isa bin Abdul Samad, S.U.M.W., S.P.N.S., P.S.M., D.S.N.S., P.M.C. [Jempol] – UMNO

43. “ Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan, D.P.M.P., A.M.P., P.P.T. [Parit] - UMNO

44. “ Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, P.N.B.S., P.G.B.K., J.B.S. [Mukah] – PBB

45. “ Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad, D.S.D.K., A.M.K., B.K.M. [Langkawi] - UMNO

46. “ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] - UMNO

47. “ Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid, D.P.S.M. [Kota Tinggi] - UMNO

48. “ Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis] - PBB

49. “ Dato’ Noraini binti Ahmad, D.S.A.P., D.M.S.M. [Parit Sulong] - UMNO

50. “ Puan Hajah Normala binti Abdul Samad, A.M.N. [Pasir Gudang] - UMNO

51. “ Dato’ Wira Othman bin Abdul, D.G.M.K., D.S.S.A., S.D.K,. A.M.K. [Pendang] - UMNO

52. “ Datuk Seri Palanivel A/L K. Govindasamy, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. [Cameron Highlands] – MIC

53. “ Datuk Raime Unggi, P.G.D.K. [Tenom] - UMNO

54. “ Datuk Rozman bin Isli, K.M.W, P.P.N [Labuan] - UMNO

55. “ Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] - PBB

Page 8: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

vi DR 18.10.2016

56. Yang Berhormat Datuk Sapawi bin Haji Ahmad, P.G.D.K., A.S.D.K., J.P. [Sipitang] -

UMNO

57. “ Datuk Shabudin bin Yahaya, P.J.K. [Tasek Gelugor] - UMNO

58. “ Ir. Shaharuddin bin Ismail, P.M.P., P.J.K. [Kangar] - UMNO

59. “ Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad, P.S.M., S.U.M.W. [Johor Bahru] - UMNO

60. ” Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. [Lenggong] - UMNO

61. “ Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, D.G.S.M., D.S.A.P., D.S.N.S. [Tampin] - UMNO

62. “ Tengku Razaleigh Hamzah, D.K., S.P.M.K., P.S.M., S.S.A.P., S.P.M.S. [Gua Musang] - UMNO

63. “ Dato’ Seri Tiong King Sing, S.S.S.A., D.S.S.A., J.P. [Bintulu] - SPDP

64. “ Datuk Wilson Ugak anak Kumbong, P.J.N. [Hulu Rajang] - PRS

65. “ Dato’ Sri Wee Jeck Seng, S.S.A.P., D.M.S.M. [Tanjong Piai] - MCA

66. “ Datuk William @ Nyallau anak Badak, P.B.B., P.P.S. [Lubok Antu] - PRS

67. “ Tan Sri William Mawan Ikom, P.S.M., P.N.B.S., P.G.B.K., A.M.N., P.B.S [Saratok] - SPDP

68. “ Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, D.M.S.M., S.M.P. [Padang Besar] - UMNO

69. “ Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail, A.N.S., P.M.C., P.J.K. [Jelebu] – UMNO

AHLI-AHLI (PKR)

1. Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]

2. “ Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]

3. “ Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]

4. “ Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.M.P., P.P.N. [Indera Mahkota]

5. “ Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan]

6. “ Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]

7. “ Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Star]

8. “ Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]

9. “ Dato’ Johari bin Abdul, D.S.D.K. [Sungai Petani]

10. “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, D.S.N.S., B.C.M. [Tumpat]

11. “ Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas, D.S.S.A. [Telok Kemang]

12. “ Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]

13. “ Dato’ Mansor bin Othman [Nibong Tebal]

14. “ Dr. Michael Teo Yu Keng [Miri]

15. “ Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid, P.A.T., P.C.M., S.M.S., A.C.M., A.M.S., K.M.N., K.A.T., P.P.A., P.P.P. [Lumut]

16. “ Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]

17. “ Datuk Mohd Idris bin Jusi, A.M.N., A.M.S., D.S.M., D.M.S.M. [Batu Pahat]

18. “ Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]

19. “ Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan [Padang Serai]

Page 9: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 vii

20. Yang Berhormat Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai]

21. “ Tuan R. Sivarasa [Subang]

22. “ Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]

23. “ Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]

24. “ Dato’ Dr. Tan Kee Kwong, D.M.P.M. [Wangsa Maju]

25. “ Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, D.P.P.N. [Permatang Pauh]

26. “ Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]

27. “ Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]

28. “ Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]

AHLI-AHLI (DAP)

1. Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang]

2. “ Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]

3. “ Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]

4. “ Tuan Er Teck Hwa [Bakri]

5. “ Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]

6. “ Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]

7. “ Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin]

8. “ Tuan Ko Chung Sen [Kampar]

9. “ Tuan Liew Chin Tong [Kluang]

10. “ Tuan Lim Guan Eng [Bagan]

11. “ Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]

12. “ Tuan Lim Lip Eng [Segambut]

13. “ Tuan Loke Siew Fook [Seremban]

14. “ Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]

15. “ Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz [Raub]

16. “ Tuan Ng Wei Aik [Tanjong]

17. “ Tuan Nga Kor Ming [Taiping]

18. “ Dato’ Ngeh Koo Ham, D.P.M.P. [Beruas]

19. “ Dr. Ong Kian Ming [Serdang]

20. “ Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]

21. “ Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]

22. “ Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan]

23. “ Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]

24. “ Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor]

25. “ Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]

26. “ Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]

27. “ Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]

28. “ Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur]

Page 10: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

viii DR 18.10.2016

29. Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai [Cheras]

30. “ Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]

31. “ Tuan Teo Kok Seong [Rasah]

32. “ Puan Teo Nie Ching [Kulai]

33. “ Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]

34. “ Tuan Wong Ling Biu [Sarikei]

35. “ Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]

36. “ Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]

37. “ Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]

AHLI-AHLI (PAS)

1. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]

2. “ Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian]

3. “ Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok]

4. “ Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

5. “ Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]

6. “ Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]

7. “ Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar, D.S.D.K. [Pokok Sena]

8. “ Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali, D.M.P. [Kuala Nerus]

9. “ Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]

10. “ Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad, D.J.M.K [Pasir Puteh]

11. “ Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]

12. “ Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]

13. “ Dato’ Takiyuddin bin Hassan, D.J.M.K., J.P. [Kota Bharu]

14. “ Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun]

AHLI-AHLI (AMANAH)

1. Yang Berhormat Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]

2. “ Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]

3. “ Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]

4. “ Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar]

5. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, D.P.M.T [Kuala Terengganu]

6. “ Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]

PSM

1. Yang Berhormat Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]

Page 11: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 ix

AHLI-AHLI (BEBAS)

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P. [Bandar Tun Razak]

2. “ Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM)

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. [Pagoh]

WARISAN

1. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K., D.S.A.P., D.M.S.M., J.P. [Semporna]

Page 12: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

x DR 18.10.2016

DEWAN RAKYAT

Ketua Pentadbir Parlimen

Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme binti Hamzah

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Lavinia A/P Vyveganathan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan

Rosna binti Bujairomi

Nor Hamizah binti Haji Hassan Noraidah binti Manaf

Siti Norlina binti Ahmad

Suriyani binti Mohd. Noh Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli

Sherliza Maya binti Talkah Nurul Atikah binti Basrudin Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed

Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim

Hizamihatim Maggisa bin Juarah

Page 13: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT KETIGA

Selasa, 18 Oktober 2016

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 24A. Tempoh masa untuk setiap pertanyaan dan pertanyaan tambahan serta jawapan oleh Yang Berhormat Menteri yang berhubung dengan perkara yang dibangkitkan tersebut dihadkan kepada 10 minit sahaja berdasarkan Peraturan Mesyuarat 24A(5).

Masa yang diperuntukkan kepada Yang Berhormat untuk mengemukakan pertanyaan adalah dihadkan kepada satu minit, diikuti Yang Berhormat Menteri akan menjawab pertanyaan asal tersebut dalam tempoh tiga minit. Ini akan disusuli dengan pertanyaan tambahan yang pertama yang akan dikemukakan dalam tempoh 30 saat. Seterusnya Yang Berhormat Menteri akan menjawab dalam tempoh masa dua minit tiga puluh saat.

Begitu juga untuk pertanyaan tambahan yang kedua. Masa yang diperuntukkan untuk Yang Berhormat mengemukakan pertanyaan adalah 30 saat disusuli oleh Yang Berhormat Menteri akan menjawab dalam tempoh dua minit tiga puluh saat berikutnya. Sebelah kanan dan kiri petunjuk masa.

JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejauh mana keselamatan negara di semua pintu sempadan dengan negara jiran dan di lapangan terbang di seluruh negara, dan apakah kemudahan terkini yang diguna pakai bagi mengesan serta mencegah daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan Yang di-Pertua, hari ini dalam sejarah. Walaupun kita kadang-kadang tidak perlu sebarang modal untuk berada di satu kedudukan.

Tuan Yang di-Pertua, KDN sentiasa prihatin dalam menangani isu kedaulatan dan keselamatan negara. Bagi menjaga keselamatan negara, KDN telah menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Ianya dilakukan dengan menggabungkan pelbagai jabatan di bawahnya, antaranya ialah PDRM, Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan beberapa agensi lain yang diperlukan.

Kami juga telah mengadakan kolaborasi dengan pelbagai negara yang persempadanan dengan kita termasuk mendirikan pagar.

Ketiganya, kita juga bertukar maklumat di kalangan negara-negara ASEAN.

Keempatnya, kita juga telah menubuhkan Unit Risikan. Bagi Sabah kita telah menubuhkan ESSCOM sebagaimana yang diketahui. Oleh kerana kita mempunyai beberapa agensi yang terlibat, maka langkah-langkah ini dilakukan dengan sebaik-baiknya bagi menentukan keselamatan.

Page 14: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

2 DR 18.10.2016

Untuk makluman juga, bagi lapangan terbang- mulai 1 April yang lalu, kita telah

mendapat satu petanda bahawa lapangan terbang kita telah berada di tahap jingga. Ertinya kita perlu berhati-hati dan mesyuarat penyelarasan telah dilakukan untuk menentukan kesiapsiagaan di lapangan terbang. Kita menjadikan pengkhususan kepada kawasan ini kepada kawasan landside dan kawasan kargo sebagai kawasan yang juga penting. Di samping itu juga kita telah menubuhkan Jawatankuasa Sasaran Penting di samping kita telah melakukan tindakan kerjasama dengan ATM dalam beberapa operasi yang telah ditentukan. Tuan Yang di-Pertua, dua minit setengah.

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, apakah cabaran atau kekangan dalam kita menyelaras semua agensi dan jabatan yang berkaitan dalam soal keselamatan di pintu sempadan ini. Dari segi cabaran dan halangan dalam menyelaras semua agensi dan jabatan. Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, dahulunya kita berfikiran dalam silo. Akan tetapi sejak adanya Strategi Lautan Biru-Kebangsaan kita telah menggabungkan pelbagai kementerian dan jabatan dan agensi untuk berada dalam sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya juga mengambil bahagian yang aktif dalam mengadakan penyelarasan antara agensi berkenaan. Hasilnya, segala kekangan telah dapat kita atasi dengan sebaik-baiknya dan pada hemat saya kaedah ini harus diteruskan. Beberapa negara belajar dengan negara kita, alhamdulillah, daripada kejayaan penyelarasannya dan mengeluarkan daripada kepompong silo yang ada selama ini di kalangan agensi-agensi kerajaan.

■1010

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya, kenapa pencerobohan yang kerap kali berlaku yang dibuat oleh lanun-lanun di persempadanan Sabah masih belum lagi dapat diambil- mengatasi masalah tersebut.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Terdapat beberapa kekangan kerana kita mempunyai kejauhan pesisiran pantai di Sabah sahaja sejauh 1,700 kilometer. Kita tahu bahawa biarpun kita mempunyai aset, anggota dan juga sistem maklumat tertentu tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada kemungkinan kebocoran maklumat berlaku. Kita sedang melakukan risikan jika ada individu yang berada dalam agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan melakukan sebarang kebocoran maklumat, pasti tindakan akan dilakukan. Kita tidak mahu pencerobohan dilakukan pada negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat kerana juga turut prihatin terhadap permasalahan ini.

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa.

Pertamanya, tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesungguhan dan keberanian untuk menggerakkan transformasi Parlimen yang julung kali diadakan pada hari ini yang mana hari ini merupakan sejarah dalam negara kita... [Tepuk] Soalan saya nombor 2.

2. Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan adakah proses persempadanan yang sedang dijalankan kini dilaksanakan sepenuhnya dengan mengikut undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya, proses persempadanan yang sedang dijalankan kini dilaksanakan sepenuhnya mengikut undang-undang.

Untuk makluman Yang Berhormat, urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya adalah berlandaskan kepada prinsip-prinsip dan tatacara per sempadan berdasarkan bidang kuasa SPR yang diperuntukkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, prinsip-prinsip per sempadan adalah seperti berikut:

Page 15: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 3

(i) kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih keluar mengundi

semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri;

(ii) mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh diambil dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera dan perlu bagi pendaftaran dan pengundian;

(iii) jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesebuah negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan; dan

(iv) mengekalkan hubungan masyarakat setempat.

Terima kasih.

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan jelas yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Namun demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut. Sekiranya proses persempadanan semula ini dilaksanakan sepenuhnya mengikut undang-undang seperti mana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, mengapakah wujud pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa proses persempadanan yang dilaksanakan adalah bermotifkan politik, seolah-olah SPR telah menjadi kuda tunggangan kepada pihak Barisan Nasional. Terima kasih.

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi proses urusan kajian semula per sempadan yang dilakukan, tempoh satu bulan telah ditetapkan bagi pihak-pihak yang telah terkesan untuk membuat bantahan kepada SPR daripada 15 September 2016 hingga 14 Oktober 2016. Dalam proses tersebut, segala bantahan yang diterima akan dipertimbangkan oleh SPR berdasarkan kepada prinsip-prinsip per sempadan yang telah saya nyatakan tadi. SPR juga mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan tempatan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, semasa mengendalikan siasatan tempatan selaras dengan peruntukan seksyen 6, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan untuk membolehkan SPR berjumpa dengan pembantah bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai bantahan-bantahan yang telah dikemukakan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, semalam SPR mengeluarkan kenyataan media, terdapat 836 bantahan oleh mereka yang disenaraikan. Tuan Yang di-Pertua, memang pembangkang ini double standard. Kalau SPR ini tidak adil dan tidak saksama, takkan mereka boleh memerintah Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Ini masalah SPR, dia tidak faham. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagaimanakah kerajaan mengatakan bahawa kawasan yang disempadankan sebelum itu merupakan satu bilangan pemilih yang seimbang apabila banyak prinsip ‘seorang pemilih, satu undi’ itu tidak ditepati. Contoh di dalam Selangor sendiri, kawasan PJ Utara diperbesarkan menjadi Damansara, 150,000 orang pengundi. Di Kuala Selangor, berapa pengundi? Tidak sampai 50,000. Satu undi di Kuala Selangor, tiga undi di Petaling Jaya Utara. Apakah ini menunjukkan bahawa satu kawasan yang seimbang? Terima kasih.

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said: Kalau masa pun dia tidak faham, macam mana dia nak baca Perlembagaan. Ini masalah pembangkang... [Dewan riuh]

Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Saya tuduh apabila ada bukti.

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya hendak bercakap tentang apa yang dibawa itu boleh dibawa sebagai mereka yang membantah, 836 bantahan, tunggulah SPR panggil, ceritalah SPR fasal kawasan. Masalah dia ini, belum apa-apa dia dah lari dulu. Ini masalah dia. Belum tahu berlari, dia nak merangkak, bila merangkak, dia nak berlari. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih. Bertenang Ahli Yang Berhormat, masa tidak mengizinkan untuk kita. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai, bermula dari sekarang 30 saat.

Page 16: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

4 DR 18.10.2016

Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, mungkin satu hari nanti kita dapat juga Prime Minister’s Question Time, insya-Allah. Soalan saya nombor 3. Terima kasih.

3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) senarai jumlah permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun 2014 hingga 2016; dan

(b) perancangan kerajaan melaksanakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan dan pendapatan penerima BR1M.

Menteri Kewangan II [Datuk Johari bin Abdul Ghani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2014, sebanyak 8.1 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia telah diterima, di mana 6.959 juta permohonan telah diluluskan, manakala baki 1.153 permohonan tidak berjaya. Daripada jumlah yang berjaya, Selangor adalah merupakan penerima tertinggi iaitu sebanyak 987,757, dan diikuti oleh Johor 848,000 dan juga Sarawak 699,000 penerima.

Pada tahun 2015, sebanyak 8.259 juta pemohon BR1M diterima, di mana 7.437 permohonan diluluskan, manakala baki 821,000 permohonan tidak berjaya. Daripada jumlah yang berjaya, Selangor adalah penerima tertinggi pada tahun 2016, diikuti oleh Johor dan juga Sarawak. Pada tahun 2016, sebanyak 8.3 juta pemohon BR1M telah diterima, di mana 7.280 juta permohonan diluluskan, manakala baki 1.82 juta permohonan tidak berjaya. Daripada jumlah tersebut, Selangor merupakan negeri penerima tertinggi, diikuti dengan Johor dan juga Sarawak.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum tentang keadaan ini dan kita telah menekankan dua perkara iaitu kita ingin meningkatkan program-program kemahiran di kalangan penerima-penerima BR1M, termasuklah kemahiran-kemahiran di bawah institusi-institusi yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat, GiatMARA dan juga latihan-latihan perindustrian dan pusat latihan teknologi tinggi di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia dan Kementerian Sumber Manusia seperti program latihan di bawah Kementerian Pendidikan dan juga kolej komuniti.

Di samping itu juga, kerajaan mengadakan insentif-insentif untuk menjadi peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan kecil di mana bantuan kewangan diberi melalui AIMS– Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, MARA dan juga melalui kerajaan-kerajaan negeri, membantu mereka untuk menjadi usahawan ataupun peniaga-peniaga kecil. Terima kasih.

Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya dalam soalan susulan ingin menanyakan, bila masa kita rujuk kepada pengumuman Tan Sri Irwan Serigar. Cara saya memahami adalah gandingan antara latihan berserta dengan bantuan. Sekarang sudah dilaksanakan program food stamps, di mana Lembaga Zakat Johor contohnya, memastikan anak-anak diwajibkan ke sekolah sebelum mendapat bantuan. Adakah kerajaan akan mengambil kira dalam keadaan semasa kini untuk memperhalusi pelaksanaan ini?

■1020

Datuk Johari bin Abdul Ghani: Terima kasih Yang Berhormat. Itu merupakan salah satu cadangan yang baik yang mana setiap bantuan yang kerajaan beri sepatutnya kita link kepada penerima ini. Dia kena melakukan sesuatu iaitu kita memastikan bahawa mereka mesti diprasyaratkan iaitu anak-anak mereka kena pergi sekolah, sebagai contoh. Perkara ini sedang diteliti oleh kerajaan kerana kita hendak menetapkan perkara ini kemungkinan besar sebahagian daripada program-program ini memerlukan kewangan yang begitu cepat dan kita hendak melihat syarat-syarat yang dikenakan ini tidak membebankan untuk mereka yang hendak menerima bantuan tersebut.

Kedua, soalan Yang Berhormat tadi adalah adakah kita boleh mempertimbangkan untuk memberi bantuan ini melalui food stamp. Boleh, tetapi dia ada banyak administrative problem di mana kita kena mengenal pasti banyak kedai-kedai di seluruh Malaysia untuk penerima-penerima ini mengambil barang-barang mereka.

Page 17: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 5

Akan tetapi ada kalanya terdapat juga penerima-penerima ini telah dibantu oleh

anak-anak mereka dari segi pemakanan, makan atau supply telah diberi oleh anak-anak dan keluarga mereka. Cuma mereka hendakkan duit-duit yang kita beri sebagai BR1M ini untuk membayar bil-bil elektrik mereka ataupun air mereka.

Jadi inilah menyebabkan kita merasakan kalau kita memberi food stamp, kita end up ada di kalangan di antara penerima ini yang dapat food stamp ini nanti sebab dia tidak mahu makanan tersebut, dia terpaksa pergi ke kedai, ambil duit dan diskaun daripada dia punya food stamp. Ini yang berlaku contoh kepada pelajar-pelajar kita - sebahagian. Saya bukan cerita semua, tetapi ada sebahagian kecil daripada pelajar-pelajar kita yang memerlukan duit sangat, dia dapat book voucher RM250, pergi kek kedai buku ambil RM200, RM50 kedai buku ambil margin. Jadi kita hendak elakkan perkara ini. Dia kena ada pros and cons.

Saya setuju food stamp ini merupakan ini salah satu daripada strategi yang bagus untuk kita nak membantu orang-orang miskin tetapi kita juga kena mengambil kira infrastruktur yang ada dalam negara kita terutama di Sabah dan Sarawak. Kemungkinan besar banyak kedai-kedai atau retail shop yang available limited dan barang yang mereka carry dalam kedai itu juga limited. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin Yang Berhormat Menteri menyatakan sumber-sumber kewangan kerajaan bagi memberi BR1M kepada rakyat kerana banyak sangat fitnah yang dibawa oleh pihak pembangkang kepada pihak kerajaan. Terima kasih... [Dewan riuh]

Datuk Johari bin Abdul Ghani: Sumber pendapatan yang diguna oleh kerajaan untuk membayar BR1M ini ialah datang daripada Consolidated Fund iaitu akaun yang disatukan. Akaun yang disatukan ini adalah yang mana akaun ini menerima pendapatan kerajaan daripada corporate tax, daripada personal tax, kemudian daripada GST yang kita collect melalui Kastam, melalui duti yang kita collect daripada import-import duti yang kita dapat. Kemudian kita dapat juga income daripada dividen yang diberi oleh Petronas. Kita dapat juga income daripada royalti yang dibayar oleh pihak Petronas dan juga petroleum income tax, PITA yang dibayar oleh Petronas. Jadi inilah income yang dimasukkan dalam akaun yang disatukan, kemudian duit ini dikeluarkan untuk bayar BR1M sebanyak RM5.9 bilion pada tahun lepas. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamat sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Tahniah, tahniah, tahniah!... [Tepuk] Sesungguhnya Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh dan begitu juga Menteri-Menteri boleh kalau kita mahu untuk mengehadkan hujah kita itu pada masa yang telah ditetapkan. Boleh. Jadi mulai daripada sekarang, elakkan berbunga-bunga itu walaupun dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan.

[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [Lipis] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah status kenderaan jenazah yang diguna pakai di masjid-masjid. Adakah ia dikategorikan sebagai Kenderaan Perdagangan yang mana cukai jalan dan insuran yang ditetapkan membebankan pihak pengurusan masjid.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kenderaan jenazah didaftarkan di bawah kategori kenderaan barangan-mayat dengan kod kegunaan BM di dalam sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kenderaan ini tertakluk kepada fi lesen kenderaan motor ataupun cukai jalan seperti yang ditetapkan di bawah Jadual Keempat Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959 sebagaimana kenderaan-kenderaan barangan lain yang berdaftar di Malaysia.

Page 18: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

6 DR 18.10.2016

Namun begitu, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan melalui peruntukan Kaedah

16(1)(c) Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959 mempunyai kuasa untuk memberi pengurangan atau pengecualian fi cukai jalan kepada mana-mana kenderaan bermotor tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Kenderaan jenazah yang dimiliki oleh masjid atau badan keagamaan yang lain yang tidak bermotifkan keuntungan merupakan salah satu daripada jenis kenderaan yang boleh dipertimbangkan untuk diberi pengurangan atau pengecualian fi cukai jalan. Dalam hubungan ini, pihak kementerian akan memberi pengurangan atau pengecualian setelah menerima permohonan daripada pihak yang terbabit.

Mengikut seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kesemua kenderaan kecuali kenderaan milik kerajaan diwajibkan untuk memiliki perlindungan insurans. Walau bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk memberikan pengurangan atau pengecualian bayaran insurans kerana perkara ini ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Pertamanya saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Menteri yang telah memberi jawapan yang cukup baik sekali kerana masih ada rayuan, dan terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak memberi sumbangan van-van jenazah di peringkat kampung-kampung khususnya Bank Rakyat dan GLC yang lain dalam hal ini.

Saya hendak bertanya kepada Menteri, walaupun ada rayuan, bolehkah dihapuskan terus kenderaan perdagangan tersebut? Memandangkan kalau di bawah status perdagangan, pemandunya hendaklah menggunakan lesen perdagangan. Maknanya kalau di peringkat kampung, yang menguruskan hal-hal van jenazah ini sudah pasti tidak mempunyai lesen pemandu perdagangan dan agak menyukarkan pihak pengurusan di masjid tersebut. Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Mengenai lesen pemanduan, ia memang tertakluk kepada kenderaan perdagangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab pandangan telah diberikan oleh pihak Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian akan mengkaji mengenai cadangan yang telah dibangkitkan tadi. Terima kasih.

2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Kewangan menyatakan, sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat.

Menteri Kewangan II [Datuk Johari bin Abdul Ghani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan atau memansuhkan pelaksanaan GST yang telah dilaksanakan mulai 1 April 2015. Ini adalah kerana pelaksanaan GST adalah bertujuan untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan efisien.

Struktur GST yang dilaksanakan telah mengambil kira kedudukan semasa sosioekonomi rakyat Malaysia demi memastikan impak pelaksanaan GST adalah pada tahap minimum kepada rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah. Hasrat dan objektif tersebut adalah jelas yang mana berbagai-bagai barangan yang dikenakan GST pada kadar sifar sementara perkhidmatan asas dikecualikan daripada GST. Ini termasuklah barang-barang makanan asas seperti beras, sayur, daging, tepung, gula dan minyak masak, buah-buahan dan sebanyak lebih kurang 9,000 ubat-ubatan dikenakan GST pada kadar sifar.

■1030

Bekalan elektrik pada 300 unit pertama untuk kegunaan domestik dan juga bekalan air untuk kegunaan domestik dikenakan GST pada kadar sifar juga. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan awam, kesihatan dan pendidikan serta pembelian rumah kediaman juga dikecualikan daripada GST. Kerajaan telah menetapkan supaya penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG juga diberi pelepasan GST. Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai pakej bantuan pelaksanaan GST untuk memastikan impak yang minimum kepada rakyat termasuk pemberian BR1M. Di samping itu, kerajaan juga telah mengurangkan kadar cukai individu iaitu sebanyak 1 peratus hingga 3 peratus. Sekian.

Page 19: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 7

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan saya, GST merupakan anugerah oleh kerajaan khususnya terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan, tanpa dinafikan. Namun di sana ada efek seperti Yang Berhormat sebut yang kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi masih ada sungutan-sungutan. Nilai mata wang ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara. Sungutan itu banyak. Sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkesanan daripada langkah-langkah itu atau kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada. Terima kasih.

Datuk Johari bin Abdul Ghani: Terima kasih. Saya memang bersetuju. Pada permulaan pelaksanaan GST ini, kita dapat lihat peningkatan sebahagian daripada produk ataupun barang-barang keperluan itu mendadak begitu tinggi. Di antara sebabnya adalah kerana seperti mana Yang Berhormat tahu, waktu kita implement sistem SST ini, dia banyak leakages. Banyak peniaga yang tidak membayar SST. Ini adalah kerana sistem itu tidak cekap.

Akan tetapi apabila selepas 58 tahun kita menggunakan sistem SST ini dan bila kita mengubah sistem itu kepada sistem GST, sudah tentu terdapat sistem ini memberi sedikit peningkatan daripada segi harga disebabkan peniaga-peniaga yang kebanyakan daripada mereka yang dulu tidak bayar SST ataupun bayar hanya separuh sahaja SST, hari ini terpaksa bayar secara penuhnya GST kerana mereka tidak boleh lari daripada pembayaran ini kerana dia ada cross reference di antara satu peniaga dengan peniaga yang lain.

Oleh kerana itu, sebahagian daripada mereka ini, margin mereka telah tertekan. Oleh kerana tertekan, mereka biasa buat keuntungan mungkin 10 peratus ke 15 peratus in the past atau yang lepas tetapi oleh kerana ada GST ini, maka dia juga akan merasakan bahawa profit mereka tertekan. Bila tertekan turun, maka dia naikkan harga mereka dengan mengambil kira GST yang hendak dibayar kepada kerajaan yang sebelum ini mungkin mereka tidak bayar.

Jadi apa yang berlaku, Kementerian KPDNKK telah menjalankan penguatkuasaan kepada semua peniaga ini yang kalau kita dapati mereka menaikkan harga sewenang-wenangnya dan kita juga dapat lihat pada ketika itu Yang Berhormat, sebahagian daripada barang-barang yang saya sebut tadi ini sepatutnya tidak perlu dikenakan GST. Oleh kerana peniaga-peniaga ini adalah mereka baru menggunakan sistem GST ini maka mereka tidak tahu sebahagian daripada produk-produk itu tak perlu kena GST.

Jadi sekarang ini kita telah dapat lihat pada mula kita introduce GST ini, kita punya inflation jadi sampai 3.4 peratus ke 3.5 peratus tetapi hari ini kita tengok inflation kita telah sampai tahap seperti biasa yang kita lihat iaitu lebih kurang sekitar 2 peratus. Jadi ini merupakan salah satu daripada strategi penguatkuasaan yang perlu kita buat.

Kedua, kita juga dapat lihat banyak barang yang dibawa masuk dari luar negara ke negara kita, dulu barang-barang ini terlepas daripada pembayaran SST tetapi hari ini kalau mereka boleh lepas pun bayar GST ini Yang Berhormat, mereka tak boleh, dia kena declare. Sebab kalau dia tak declare, bila dia jual barang ini nanti, dia tak buat input claim maka kastam akan check kenapa dia tak buat input claim. Jadi kalau dia tak buat input claim, jadi bila kastam tanya, dia mengatakan bahawa barang ini dibeli di luar negara dan dekat situ baru kastam boleh trace makna dia tidak bayar GST waktu dia bawa masuk barang tersebut.

Jadi ini merupakan sistem yang kita guna pakai dan saya percaya, bagi lagi setahun atau dua, kita akan nampak sistem ini akan very efficient untuk negara kita. Terima kasih.

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perancangan untuk mewujudkan GST ini sejak tahun 1992. Hanya pada tahun 2004 sahaja kerajaan telah menubuhkan satu pasukan kajian untuk menyelidik secara keseluruhan tentang GST.

Akan tetapi pelaksanaannya hanya kita buat pada tahun 2015 setelah kita mengambil kira daripada segala sudut. Jadi pertanyaan saya kepada Yang Berhormat tetapi sebelum itu, matlamat kita untuk memperkenalkan GST ini adalah untuk menjana pulangan kerajaan dan bagi mengimbangi pergantungan kita kepada hasil petroleum.

Page 20: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

8 DR 18.10.2016

Jadi soalan saya, memandangkan sekarang penurunan ekonomi negara dan juga

kita dapat lihat bahawa penurunan yang cukup mendadak, permintaan daripada barangan yang di kilang, setakat manakah sebenarnya penurunan pendapatan GST kita pada tahun ini dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan tiada black money kerana seperti yang disebut oleh Menteri tadi, kenaikan yang cukup mendadak daripada syarikat-syarikat yang menyertai GST. Terima kasih.

Datuk Johari bin Abdul Ghani: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pertanyaan Yang Berhormat, pada sembilan bulan pertama waktu kita melancarkan GST ini iaitu setakat 31 Disember 2015, kerajaan berjaya mengutip RM27.93 bilion dalam masa sembilan bulan. Pada tahun 2016, setakat 10 Oktober 2016, kerajaan mengutip RM29.34 bilion.

Jadi saya hendak beritahu Yang Berhormat bahawa kalau kita tengok daripada segi implementation GST ini, waktu kita implement pada ketika itu kalau kita tengok dalam Asian Region, the only country yang tak buat GST atau tak pakai sistem GST ini adalah Malaysia dengan Myanmar. Kita minus lah Brunei because dia too small. Myanmar dengan kita, the rest of the countries apply. Jadi saya cuma hendak bacakan daripada GST rate yang dikenakan oleh negara-negara ASEAN seperti:

NEGARA KADAR GST (peratus / %)

Filipina 12

Indonesia 10

Vietnam 10

Cambodia 10

Laos 10

Thailand 7

Singapura 7

Malaysia 6

Di samping itu, untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun kita caj 6 peratus GST ini, kalau kita lihat jumlah barang-barang yang kita kenakan GST sifar dan juga exempt GST ini, kalau kita ambil amaunnya dan kita tolak GST yang kita kutip kalau kita gross up dan kita net, sebenarnya kita sebenarnya efektif GST kita adalah 3.6 peratus bukan 6 peratus. Oleh kerana kita dah bagi exemption ini, kalau kita ambil semua produk ini, kalau kita buat effective rate, dia 3.6 peratus tetapi hari ini kita pakai 6 peratus kerana kita banyak bagi exemption ataupun sifar GST kepada banyak barang kita di luar sana. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan kutipan GST ini, saya ada menerima rungutan daripada kontraktor yang mana mereka memberitahu saya bahawa mereka terpaksa membayar GST atas invois yang mereka keluarkan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu selepas invois itu dikeluarkan walaupun bayaran untuk kontrak itu mereka belum terima dan mereka mengatakan bahawa ini menjadi satu bebanan dan lebih-lebih lagi bagi kontraktor-kontraktor bumiputera yang banyak terlibat dengan kontrak-kontrak kerajaan.

■1040

Bayaran daripada kerajaan tidak dapat lagi, tetapi GST sebanyak 6 peratus sudah kena bayar. Saya minta... [Disampuk] Ya? Adakah benar, saya yakin ia benar kerana kalau tidak, takkan mereka datang jumpa dan buat aduan dengan saya. Saya hendak minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri buat kajian semula. Buat potongan 6 peratus GST itu apabila buat bayaran. Kalau tidak, tindakan ini akan membunuh kontraktor-kontraktor bumiputera. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh respons.

Datuk Johari bin Abdul Ghani: Terima kasih Yang Berhormat. Soal pembayaran GST ini, pertama saya hendak beritahu bahawa ikut sistem kastam kita ialah kalau kita mempunyai pendapatan sebanyak RM5 juta ke bawah, kita submit kita punya claim setiap tiga bulan. Kalau kita punya pendapatan lebih RM5 juta setahun, kita submit claim kita tiap-tiap bulan. Kalau bawah RM5 juta, tiga bulan, kita submit setiap tiga bulan sekali tetapi kalau lebih daripada RM5 juta, sebulan sekali.

Page 21: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 9

Pembayaran GST ini, kalau Yang Berhormat beritahu tadi, ada kontraktor-kontraktor

yang tidak terima bayaran daripada kerajaan, kemudian dia terpaksa bayar GST, tolong bagi saya nama kontraktor itu dan projek apa dia buat sebab saya hendak selesaikan masalah dia. Oleh sebab saya hendak be specific sekarang ini sebab kita sudah implement GST ini sudah masuk satu tahun lebih, hendak masuk dua tahun. Sekarang ini kita hendak spesifik. Ada kes-kes untuk makluman Yang Berhormat, saya hendak beritahu, ada orang datang jumpa dan buat claim mengatakan bahawa dia tidak dapat claim. Input claim dia tidak dapat, lambat. Saya hendak bacakan di sini. Ini adalah fakta-fakta yang very basic sebagai seorang peniaga tidak fulfil.

Contoh, salah hantar return. Jadi don’t expect kastam hendak buat dia punya return. Kemudian declare maklumat GST dalam ruangan yang salah. This is a basic. Dia tidak buat. Kita tidak buat kerja dia. Kemudian, menuntut input tax credit ke atas perkara yang tidak dibenarkan. Dia hendak buat juga. Kemudian maklumat bank yang tidak tepat. Bank pun tidak tepat. Kemudian tuntutan input tax credit tidak ikut formula yang ditetapkan. Dia ada formula bila hendak input. Contohnya, you’re developer. Commission you boleh claim input.

Residential, you tidak boleh. Kemudian tuntutan palsu atau ragu seperti amaun tuntutan terlalu besar berbanding dengan jualan. Jadi inilah benda-benda yang- it is not a straight forward sebab kita ada kes-kes, contoh orang buat claim sebanyak RM100 juta input tax. Jadi kalau bayar tanpa check, masalah. Akan tetapi kalau orang itu genuine business, dia tidak ada masalah berdepan dengan kerajaan dari segi soal tax ini. Saya ready untuk tolong. Mana-mana peniaga yang ada masalah spesifik, kena spesifik. Saya akan tengok perkara ini. Terima kasih.

3. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, jumlah penerima insentif diskaun pinjaman pelajaran MARA bersempena ulang tahun ke-50 serta implikasi kewangan yang terlibat di bawah insentif ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Alexander Nanta Linggi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan nombor tiga, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat sedia maklum, MARA menawarkan pemberian insentif iaitu diskaun kepada peminjam pinjaman pelajaran MARA sempena sambutan 50 tahun MARA- anniversary, mulai 25 Mac 2016 hingga 31 Disember 2016 ini. Setakat 11 Oktober ini, seramai 4,030 orang peminjam telah menerima pemberian insentif ataupun diskaun pinjaman pelajaran MARA dengan jumlah bayaran balik sebanyak RM28,920,000. Jumlah insentif yang telah diberikan adalah sebanyak RM17,820,000. Sekian, terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Kita tahu MARA merupakan antara badan yang telah banyak membantu terutamanya kepada pelajar-pelajar dan juga bumiputera terutama dalam hal berkaitan dengan pendidikan. Tadi disebut insentif yang telah diberikan. Lebih kurang dalam RM17 juta telah diberikan kepada para pelajar ini.

Soalan saya, apakah langkah yang diambil oleh pihak MARA bagi memastikan tidak berlaku apa-apa masalah berkaitan dengan pembayaran dan pembiayaannya kepada pelajar tajaannya sama ada pinjaman mahupun biasiswa memandangkan keadaan ekonomi semasa yang kita lihat masih tidak menentu beberapa tahun kebelakangan ini. Sejauh mana penguatkuasaan yang dilaksanakan kepada mereka yang gagal melunaskan pinjaman daripada MARA ini? Terima kasih.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, MARA menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran pelbagai peringkat pengajian bagi melahirkan lebih ramai graduan yang memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan ke arah negara maju dan negara berpendapatan tinggi. Itu memang objektif MARA untuk membantu. Pelajar yang layak menerima kemudahan skim ini perlu membuat bayaran balik pinjaman pelajaran bagi membolehkan generasi yang seterusnya menikmati kemudahan yang sama.

Jadi, pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak MARA bagi membolehkan pelajar menjelaskan pinjaman pelajaran terutamanya ialah mengadakan program kesedaran graduan ataupun awareness program dan engagement ke peringkat negeri dan daerah.

Page 22: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

10 DR 18.10.2016

Selain itu mengadakan engagement kepada Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan

IPTS, perjumpaan dengan pelajar tahun akhir yang mendapat kemudahan pinjaman pelajaran MARA bagi penerangan keperluan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA. Ini langkah-langkah yang kita ambil. Mengadakan kolaborasi dengan alumni IPMA dan IPTS bagi pengesanan graduan melalui alamat tempat kerja terkini bekas pelajar tajaan MARA untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman pelajaran. Ini SOP kita yang sedia ada. Bagi memastikan tidak berlaku apa-apa masalah pembiayaan kepada pelajar tajaan MARA.

Kementerian melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyusun dasar dan strategi baru penajaan bermula tahun 2016 ini selaras dengan keadaan ekonomi semasa. Pada tahun ini, MARA masih meneruskan penghantaran pelajar-pelajar tajaannya untuk melanjutkan pengajian di luar negara untuk bidang kursus Sains, Teknologi, Engineering, Matematik yang kita kata STEM melalui program pelajar cemerlang.

Program ini dikhususkan kepada pelajar lepasan SPM 2015 bagi mengikuti pengajian di peringkat persediaan seperti International Baccalaureate, Advance A-Level ataupun MARA American Degree Preparatory Program sebelum melanjutkan pengajian dalam peringkat ijazah pertama di universiti terkemuka luar negara seperti universiti yang tersenarai dalam top 100 QS World University Ranking.

Namun, penghantaran kumpulan pelajar tersebut lebih tertumpu kepada negara-negara yang mempunyai kos pengajian serta kos sara hidup yang lebih rendah tanpa menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran seperti negara India, Australia dan New Zealand sebab kemampuan kita dan keadaan ekonomi sekarang.

Langkah-langkah bagaimana hendak menjamin dan memastikan bayaran balik itu, apakah langkah-langkahnya, kita tidak hendak mengambil langkah yang punitif. Kita lebih menggalakkan mereka tampil ke depan, bekerjasama dan membayar dengan sukarela. Oleh sebab itu kita memberikan mereka ini diskaun.

■1050

Jadi, kita belum sampai ke tahap yang agak terlalu tegas sebab MARA ini hendak membantu pelajar-pelajar. Sekian, terima kasih.

Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Menteri, setelah 50 tahun MARA memberikan pembiayaan kepada para pelajar, adakah Menteri rasa sudah sampai masanya fokus MARA lebih kepada kursus-kursus yang berbentuk vokasional, teknikal, yang lebih economics, farmasi ataupun perubatan dan mengurangkan pinjaman kepada social sciences. Maksud saya di sini ialah supaya para pelajar bumiputera khususnya, dia akan ada mindset kalau dia nak pinjam dengan MARA, dia mesti jadi pelajar-pelajar yang lebih technical-based. Jadi, ini sekali gus akan menjadikan MARA mengeluarkan pelajar-pelajar bumiputera yang lebih technical-based daripada social-based, actual science-based. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Sesungguhnya memang sebegitulah sebab sebenarnya tadi saya telah sebut kursus-kursus yang kita hantar pelajar-pelajar itu tidak ada pun social science. Pure science, technology, engineering dan mathematics yang kita panggil STEM. Jadi, kita memang mengkhusus kepada teknikal dan juga sekarang kita menekankan kepada TVET. Kita ada pelbagai program dan kita ada kerjasama dengan negara-negara lain seperti mana dengan negara Germany. Kita ada German-Malaysia Institute (GMI) dan juga dengan negara Jepun dan Perancis. Jadi, program kita memang tidak kepada social sciences, ya. Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada mereka yang gagal membayar pinjaman MARA tadi. Dalam bilangan yang saya tidak tahu, berapa sebenarnya yang gagal membayar balik pinjaman ini? Adakah ia sebenarnya memberikan impak kepada pemberian pinjaman baru MARA? Saya ingin bertanya status terkini, adakah Program TANJAK mencapai sasaran penubuhannya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Sememangnya ada implikasi, financial implication, implikasi kewangan kalau mereka ini tidak membayar. Ini sudah tentulah. Bila mereka tidak membayar, kita tidak dapat pungutan balik, jadi, sudah tentulah kita tidak dapat jikalau tidak ada suntikan daripada kerajaan untuk menampung keperluan daripada segi kewangan.

Page 23: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 11

Jadi, kita tidak boleh hendak menghantar lebih ramai lagi pada masa depan pelajar-

pelajar ke luar negara. Itu impak yang sebenarnya.

Jadi, kita ada program sekarang untuk kita melihat semula strategi. Kita perlu melihat semula strategi kerana kalau kita berterusan dengan program menghantar pelajar-pelajar cemerlang kita ke luar negara dengan program ataupun kaedah yang kita buat selama ini, memang kita tidak dapat. Jadi kita hendak juga sekarang ada strategi baru yang mana sehingga daripada tahun satu sehingga ke peringkat diploma, pelajar-pelajar kita mungkin akan kita tempatkan di negara sendiri, Malaysia kerana kita hendak juga membantu dalam kita hendak meningkatkan ataupun meletakkan Malaysia sebagai satu hub, education hub di rantau ini. Jadi kita hantar pelajar-pelajar ini yang mungkin dalam tahun terakhir, final year kepada universiti-universiti yang terkemuka di dunia. Jadi, ini satu kaedah baru.

Juga kita ada satu universiti, UniKL yang 100 peratus kepunyaan MARA. Di sana ada 24,000 penuntut tajaan MARA. Ini adalah langkah-langkah yang kita ambil dan kita akan buat strategi barulah supaya daripada segi kewangan ataupun beban kita tidak menjejaskan opportunity ataupun peluang-peluang untuk pelajar-pelajar baru nanti. Sekian, terima kasih.

4. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, jumlah peruntukan sebenar yang disalurkan kepada Projek Pan-Borneo Highway pada tahun 2016, adakah kos sekarang sudah naik dari anggaran, jelaskan dan bagaimana kerajaan mengatasi masalah kenaikan kos ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama-sama enam soalan yang lain iaitu soalan daripada Ahli Yang Berhormat Sarikei yang dijadualkan pada 24 Oktober 2016; dua soalan daripada Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching iaitu masing-masing pada 31 Oktober 2016, dan 15 November; Ahli Yang Berhormat Kalabakan pada 9 November; Ahli Yang Berhormat Bintulu pada 14 November; dan Ahli Yang Berhormat Stampin pada 15 November 2016, kerana ia menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan-Borneo. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek Lebuhraya Pan-Borneo telah dibahagikan kepada 12 pakej di negeri Sarawak dan 35 pakej lagi di negeri Sabah. Keseluruhan pakej yang terlibat ini dirancang akan siap pada akhir tahun 2021.

Mengenai status kemajuan semasa untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Lebuhraya Pan-Borneo di negeri Sarawak iaitu Fasa 1, sehingga 1 Oktober 2016, semua pakej terlibat telah selesai di tender. Daripada jumlah tersebut, empat pakej kini sedang dalam peringkat pembinaan iaitu projek kick-off daripada persimpangan Nyabau ke Bakun sepanjang 43 kilometer, kemajuan semasa 11 peratus.

Pakej 1 dari Telok Melano ke Sematan iaitu sepanjang 33 kilometer, kemajuan semasa 11 peratus. Pakej kedua, dari Serian ke Pantu, sepanjang 75 kilometer, kemajuan semasa 1 peratus dan pakej 7, dari Bintangor ke Sungai Kua sepanjang 76 kilometer, kemajuan semasa 1 peratus. Manakala pakej-pakej lain Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, ia baru sahaja di award dan pembinaan fizikal dijangka akan dimulakan dalam tempoh masa terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk Lebuhraya Pan-Borneo di negeri Sabah iaitu Fasa 1 pula, setakat ini dua projek kick-off fasa pertama telah dimulakan iaitu dari Donggongon ke Papar, sepanjang 11 kilometer, kemajuan semasa 10 peratus dan Tawau ke Semporna sepanjang lima kilometer, kemajuan semasa sebanyak 5 peratus. Manakala pakej-pakej lain fasa pertama Lebuhraya Pan-Borneo Sabah sedang melalui proses makmal pengurusan nilai dan dijangka akan di tender secara berperingkat mulai akhir tahun ini. Ia tidak termasuk satu pakej projek kick-off lain iaitu membina jalan pintasan Lahad Datu yang kini sedang menunggu kelulusan rundingan harga daripada Kementerian Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kaedah pelaksanaan projek Lebuhraya Pan-Borneo, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin sedia maklum, projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan melalui model rakan pelaksanaan projek atau PDP iaitu Project Delivery Partner, dengan izin.

Page 24: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

12 DR 18.10.2016

PDP ini berperanan sebagai pengurus projek, sebagaimana kaedah model

pelaksanaan projek MRT Lembah Klang iaitu sebagai one-stop accountabilities centre, dengan izin, yang akan bertanggungjawab memastikan projek dapat disiapkan mengikut kos, kualiti, piawaian dan spesifikasi serta tempoh pembinaan yang dipersetujui kerajaan. Oleh itu, sebarang kenaikan kos projek jika ia berlaku, adalah di bawah tanggungjawab pihak PDP.

Berdasarkan kontrak perjanjian PDP, harga kontrak untuk projek Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak Fasa 1 ialah sebanyak RM16.488 bilion. Manakala kadar fi atau yuran PDP yang ditetapkan ialah sebanyak 5.5 peratus daripada jumlah kontrak sebenar, selepas keseluruhan pakej ditender dan tertakluk nilai had maksimum RM16.488 bilion. ■1100

Jika nilai kontrak kerja sebenar melebihi had tersebut, penalti ataupun pemotongan kadar fi akan dikenakan berdasarkan kepada formula penalti tertentu dalam perjanjian.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pelantikan juru perunding projek pula, setakat ini pihak PDP Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak telah melantik 71 juru perunding tempatan atau 95 peratus daripada jumlah keseluruhan juru perunding yang terlibat. Manakala untuk Lebuhraya Pan-Borneo Sabah pula sebahagian besar daripada juru perunding akan dilantik sebaik sahaja pakej-pakej yang terlibat dalam makmal pengurusan nilai selesai diaward kepada pihak kontraktor bermula pada akhir tahun ini.

Sebagaimana di Sarawak, keutamaan juga diberikan kepada juru perunding tempatan. Bagi membantu kerajaan memantau isu-isu teknikal yang berkaitan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan-Borneo, jurutera pemeriksa bebas ataupun Independent Consulting Engineer atau singkatannya ICE telah dan akan dilantik di negeri-negeri berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai sumber kewangan untuk membiayai pelaksanaan Projek Pan-Borneo pula, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembiayaan projek Lebuhraya Pan Borneo akan ditanggung oleh Kerajaan Pusat sepenuhnya melalui kombinasi daripada peruntukan bajet Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu sebanyak RM5 bilion untuk setiap negeri. Manakala bakinya akan dibiayai menerusi penerbitan bon atau sukuk oleh DanaInfra Nasional Berhad iaitu anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi maksud mentadbir perbelanjaan Lebuhraya Pan-Borneo ini pula, kerajaan telah menubuhkan akaun amanah khas di setiap negeri yang terlibat di mana wakil daripada Kerajaan Pusat juga dilantik menjadi sebahagian daripada jawatankuasa akaun amanah khas berkenaan.

Sehubungan itu aliran tunai atau cash flow, dengan izin, untuk perbelanjaan projek ini disediakan berdasarkan nilai kemajuan kerja semasa di tapak. Bagi tahun 2016 ini, sebanyak RM800 juta telah dan akan disalurkan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu RM300 juta untuk Lebuhraya Pan-Borneo Sabah dan RM500 juta bagi Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak. Manakala pada tahun 2017 pula, anggaran peruntukan yang dijangka akan dapat dibelanjakan ialah sebanyak RM1 bilion untuk setiap negeri yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan Ahli Yang Berhormat Sarikei iaitu sama ada Simpang Bulatan Sarikei akan dipindahkan ke kawasan Kim Sam, Sarikei? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ia merujuk kepada skop pakej 6 Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak iaitu dari Sungai Awik ke Bintangor yang baru sahaja diaward pada bulan September 2016 lalu. Berdasarkan kepada design brief dalam pelan induk iaitu master plan, dengan izin, Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak, satu persimpangan yang baru akan dibina dengan jarak lebih kurang satu kilometer dari bulatan Sarikei yang sedia ada tetapi bukan terletak di kawasan persimpangan Kim Sam.

Keputusan ini mengambil kira faktor keselamatan pengguna sebagaimana penetapan dalam arahan teknik jalan JKR untuk reka bentuk jalan dengan kelajuan 100 kilometer per jam.

Akhir sekali Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching memohon maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak fasa 1. Ini termasuklah maklumat berkaitan skop pembahagian pakej, nama kontraktor dan juga status kemajuan semasa untuk pakej terlibat.

Page 25: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 13

Untuk menjawab soalan itu, bagi maksud menjimatkan masa perjalanan Dewan

maklumat secara bertulis dalam bentuk jadual akan diberikan kepada Ahli Yang Berhormat sebaik sahaja selesai sesi soal jawab lisan ini. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Ya soalan tambahan. Mengikut Ketua Menteri Sarawak, peruntukan untuk membina Pan Borneo Highway ini adalah wang yang digunakan adalah daripada sebahagian bajet pembangunan Sarawak tahunan daripada Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri. Adakah ini benar? Kalau ini benar, bermaksud projek Pan-Borneo Highway ini bukanlah satu projek individu yang baru untuk negeri Sarawak. Boleh Menteri jelaskan?

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Sebenarnya Ahli Yang Berhormat, untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan, peruntukan pembangunan iaitu development expenditure (DE) di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas merupakan jumlah iaitu RM5 bilion yang saya sebutkan tadi dan pledge yang telah diberikan adalah sebanyak RM1 bilion. Jadi ini merupakan peruntukan pembangunan Yang Berhormat.

Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Adakah itu sebahagian daripada bajet pembangunan tahunan untuk Sarawak?

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Tidak. Tidak sebahagian daripada- ini adalah peruntukan yang berbeza daripada bajet tahunan kepada negeri.

Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Akan tetapi mengapa Ketua Menteri Sarawak cakap sedemikian? Bolehkah Menteri jelaskan?

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Jawapan saya Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu RM1 bilion setiap tahun untuk tempoh lima tahun sebanyak RM5 bilion Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan saya bukan tanya nilai. Akan tetapi hari ini you jawab nilai. Soalan saya cerita lain. Saya pun tidak tahu macam mana nak tanya soalan. Bolehkah saya tanya soalan yang luar daripada asal, bolehkah Tuan Yang di-Pertua?

Saya tanya konsultan semua. Dia cerita lain. Apa spesifikasi semua. Saya harap kementerian kalau tak ada jawapan, jangan jawab saya punya soalan kongkalikung. Macam entertain sama saya sahaja. Saya tanya soalan lain, jawab lain.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bintulu telah saya jawab di mana saya telah menyatakan tentang pelantikan juru perunding projek konsultan Itu bermakna konsultan Yang Berhormat. Setakat ini pihak PDP Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak telah melantik 71 juruperunding ataupun konsultan tempatan Yang Berhormat bersamaan 95 peratus daripada jumlah penuh perunding yang bakal dilantik. 71 orang juruperunding Yang Berhormat bersamaan dengan 95 peratus konsultan telah dilantik untuk Projek Pan-Borneo ini.

Saya juga telah menyatakan mengenai status pelaksanaan projek yang awal tadi iaitu untuk status kemajuan semasa bagi negeri Sarawak Yang Berhormat sehingga 1 Oktober 2016, semua pakej yang ditawarkan telah selesai ditender. Daripada jumlah tersebut Yang Berhormat, daripada jumlah keseluruhan empat pakej kini sedang dalam peringkat pembinaan melalui projek kick-off seperti yang saya sebutkan tadi iaitu persimpangan Nyabau ke Bakun sepanjang 43 kilometer kemajuan semasanya 11 peratus. Pakej 1 dari Teluk Kemanga ke Sematan sepanjang 33 kilometer kemajuan semasa adalah 11 peratus.

Manakala pakej 2 dari Serian ke Pantu Yang Berhormat sepanjang 75 kilometer, kemajuan semasanya adalah 1 peratus dan pakej 7 dari Bintangor ke Sungai Kuah sepanjang 76 kilometer, kemajuan semasanya adalah 1 peratus. Manakala pakej yang lain di bawah Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak baru sahaja diaward dan pembinaan fizikalnya dijangka akan dimulakan dalam tempoh masa terdekat Yang Berhormat. Itu jawapan saya.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya:

(a) apakah status kemajuan Projek Pembangunan Lebuhraya Pan-Borneo yang berbagai yang menjadi pemangkin ekonomi negeri Sarawak dan

Page 26: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

14 DR 18.10.2016

(b) apakah pembiayaan kementerian dalam melantik juru runding

projek dan apakah agensi yang bertanggungjawab dalam pemantauan dan penilaian Projek Lebuhraya Pan-Borneo?

■1110

Ada berbezakan? Saya mahu tanya, apa tanggungjawab konsultan, tidak jawab. Sekarang saya mahu soal Tuan Yang di-Pertua, konsultan cuma hanya lukis sahaja kah ataupun termasuk dia punya supervision? Tidak beritahu. Sekarang masalah dalam melaksanakan safety tidak ada orang ambil tahu, orang tidak peduli. Kalau malam sudah berapa kali accident sana, siapa bertanggungjawab? Konsultan, kontraktor, pengarah kah ataupun Kementerian Kerja Raya, siapa tanggungjawab? Signal semua tidak ada Tuan Yang di-Pertua.

Kita buat direction pergi kiri dan kanan, tidak ada orang tahu, hingga last minute sampai junction sudah jatuh. Sudah masuk longkang. Akan tetapi pegawai-pegawai di bawah Kementerian Kerja Raya, hantu pun tidak ada di bawah jadi supervision. So, siapa bertanggungjawab? Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh jawab, kalau tidak boleh, mari kita sama-sama turun padang kita tengok.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: …Jangan beri kerja kepada dia ya.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bintulu seperti yang saya nyatakan tadi di dalam jawapan saya bahawasanya kerajaan telah melantik PDP iaitu rakan pelaksana projek. Dalam bahasa Inggerisnya project delivery partner yang berperanan sebagai pengurus projek, Tuan Yang di-Pertua yang memastikan bahawa mereka ini...

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tuan Yang di-Pertua, ulang balik, ulang balik tidak guna, saya mahu tanya dia what is the responsibility for the Consultant?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bintulu

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Cerita PDP buat apa, bila kita tanya PDP, PDP cakap konsultan, bila kita tanya konsultan cerita lain, buat apa.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab, belum siap pun. Sila, sila.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Ya, PDP ini berperanan sebagai one stop accountability maksudnya dia menyelaras, memantau, mengurus projek yang dilaksanakan oleh konsultan dan juga kontraktor yang telah dilantik, Yang Berhormat. Secara general nya, secara umumnya itu tanggungjawab PDP dan PDP juga bertanggungjawab untuk memastikan projek di bawah Lebuhraya Pan Borneo ini disiapkan mengikut kualiti dan piawaian yang telah...

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tuan Yang di-Pertua, kalau PDP macam mana datang mesyuarat, bila tanya kita tanya soalan, rakyat bising dia diam sahaja. Dia kata bukan saya punya tanggungjawab.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Cukuplah Tuan Yang di-Pertua, Minister status dia tidak faham.

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: So, hari ini kita Dewan yang mulia ini dapat jawapan lain. Mana satu betul? So, saya mahu jawab kepada rakyat juga.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bincang di luarlah, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat Bintulu mahu minta kerja boleh kah?

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Peranan PDP ini Tuan Yang di-Pertua adalah untuk memastikan Projek Lebuhraya Pan-Borneo dilaksanakan mengikut kualiti, piawaian yang telah ditetapkan dan mengikut tempoh masa dan kos yang telah ditetapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Raime Unggi, Tenom.

Page 27: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 15

5. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, perancangan strategik kementerian bagi mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus tenaga kerja berkemahiran menjelang tahun 2020.

Menteri Sumber Manusia [Dato' Sri Richard Riot anak Jaem]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya dari Tenom. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengenal pasti aspek pembangunan modal insan sebagai salah satu teras strategik Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan mengunjurkan bahawa pekerja berkemahiran tinggi akan membentuk 35 peratus daripada jumlah tenaga kerja menjelang tahun 2020. Di bawah teras ini kerajaan telah menetapkan supaya Technical Vocational Education Training (TVET) diperkukuhkan dan dimartabatkan bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pasaran buruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya bidang fokus TVET ini menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui jabatan dan agensi di bawahnya bagi menjana, mengekalkan dan memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dirancangkan. Antaranya Tuan Yang di-Pertua:

(i) melaksanakan program latihan berteraskan Sistem Latihan Dual Negara (SLDN) yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran atau National Skills Department secara kerjasama antara institusi-institusi latihan dan pihak industri bagi melahirkan tenaga kerja tempatan berkemahiran berdasarkan keperluan industri khususnya dalam pekerjaan berintensif teknologi automasi dan pengetahuan;

(ii) memperkukuhkan tadbir urus TVET untuk pengurusan yang lebih baik melalui pemantapan kerangka kelayakan nasional sektor TVET sedia ada akan diperkukuhkan melalui sistem akreditasi tunggal yang akan digunakan oleh MQA atau Malaysian Qualifying Accreditation dan JPK bagi penyelarasan dan pemantauan TVET yang lebih baik;

(iii) memperluaskan akses pendidikan dan latihan dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional TVET menerusi program-program latihan yang ditawarkan oleh Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan teknikal, menyumbang secara significant kepada kemahiran peserta;

(iv) peningkatan pembiayaan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelatih dan pekerja untuk mengikuti latihan untuk peningkatan kelayakan;

(v) memberi tumpuan kepada pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana latihan dan kursus akan dijalankan bukan sahaja melibatkan Kementerian Sumber Manusia tetapi melibatkan juga kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga agensi-agensi kerajaan berkaitan melibatkan rangkaian perkhidmatan seperti penyedia latihan atau training providers, pinjaman, akreditasi latihan dan pemadanan penempatan pekerjaan; dan

(vi) mengadakan kerjasama dengan pihak industri bagi mewujudkan latihan berdasarkan keperluan kemahiran dalam pasaran pekerjaan mengikut teknologi terkini.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Page 28: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

16 DR 18.10.2016

Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih

di atas jawapan oleh Menteri tadi. Saya ingin mengemukakan soalan tambahan iaitu seiring dengan hasrat bagi mencapai seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu lebih 35 peratus tenaga berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020, apakah ataupun bagaimanakah kerajaan akan memastikan keutamaan kerjaya dalam bidang-bidang ini diberikan kepada pekerja tempatan berbanding dengan pekerja ataupun pekerja daripada negara luar ataupun pekerja warga asing. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

■1120

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Terima kasih rakan saya dari Tenom. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja tempatan. We give priority to the locals. Walau bagaimanapun, pekerja-pekerja yang kita panggil sebagai legal workers, documented workers yang berada di negara ini sejumlah 1.9 juta orang, adalah mereka-mereka yang tidak mempunyai kelayakan seperti yang mana ditawarkan oleh ILP-ILP dan institusi-institusi latihan yang kita sediakan. Mereka adalah pekerja-pekerja buruh yang bekerja di ladang, yang bekerja di pembinaan dan manufacturing. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Temerloh.

Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebentar tadi telah dijelaskan kepada kita bagaimana perancangan kerajaan untuk capai 35 peratus tenaga berkemahiran menjelang tahun 2020 dan ditekankan bahawa kerajaan memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja tempatan.

Akan tetapi persoalan yang berbangkit mutakhir ini ialah masih tidak selesai tentang kebanjiran pekerja-pekerja asing yang tentu sahaja memberi impak kepada pasaran buruh di negara kita. Kalau saya lihat tiga tahun terakhir pada tahun 2013, dua juta pekerja asing yang berdaftar yang mana ini menepati 17 peratus daripada jumlah guna tenaga di Malaysia dalam sektor pembuatan, pembinaan, dan pertanian. Itu tak termasuk dengan pendatang tanpa izin.

Jadi, bagaimana sebenarnya pihak kerajaan untuk capai 35 peratus itu kalau sekiranya masih dilihat banyak bergantung pada pekerja-pekerja asing ataupun memang 35 peratus berkemahiran tinggi itu termasuk dengan pekerja-pekerja asing, maka tidak benarlah keutamaan kerajaan diberikan kepada tenaga tempatan. Mohon penjelasan.

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya masih tegas, masih tegas dengan pendirian kerajaan bahawa keutamaan akan diberi kepada rakyat tempatan, anak Malaysia. Akan tetapi apa yang terjadi ialah satu, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, walaupun kita tidak mengiktiraf statistik-statistik itu, kita anggarkan bahawa bagi setiap 10 pekerja yang documented atau legal itu, tujuh adalah pendatang asing tanpa izin, illegal workers.

Walaupun demikian, Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, apa yang berlaku ialah mungkin ada saluran-saluran yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Seperti sebagai contoh, mungkin si majikan itu mengambil pekerja-pekerja melalui agensi-agensi yang tidak diiktiraf. Maka oleh yang demikian, itulah antara sebab-sebab mengapa kita mempunyai lambakan pekerja asing di negara kita ini. Akan tetapi saya harus tegas di sini bahawa kita tegas dengan pendirian kita bahawa kita akan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan dan skalanya atau maksimumnya adalah tidak lebih dari 15 peratus dari pekerja-pekerja di seluruh negara, terdiri daripada pekerja asing. Sekian, terima kasih.

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Tuan Yang di-Pertua, minta lagi satu soalan.

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Boleh, sila.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya hendak minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa daripada 10 orang pekerja yang documented, tujuh orang daripadanya adalah yang tanpa izin. Maknanya, 70 peratus daripada pekerja, workforce kita daripada luar adalah illegal. Ya, betul Yang Berhormat Menteri? Okey, baik. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang keutamaan patut diberikan kepada pekerja tempatan.

Page 29: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 17

Akan tetapi apakah langkah kerajaan sekarang ini kepada majikan-majikan yang

tidak mahu mengambil pekerja tempatan, terutamanya di premis-premis perniagaan, supermarket, hypermarket. Ini bukan kerja berkemahiran tinggi. Ini adalah pekerja biasa. Akan tetapi alasan daripada rakyat tempatan bahawa majikan-majikan enggan mengambil mereka. Mungkin ini disebabkan oleh tangga gaji yang rendah yang menyebabkan orang-orang kita tidak mahu bekerja.

Jadi bagaimana?Adakah gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Adakah ia dikuatkuasakan untuk majikan-majikan termasuk supermarket, hypermarket dan gedung-gedung perniagaan yang besar-besar? Terima kasih.

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Tidak dapat dinafikan bahawa majikan-majikan kalau kita pergi shopping mall, kalau kita pergi tempat-tempat warung, restoran dan sebagainya, terdapat pekerja-pekerja asing yang sepatutnya tidak berada di situ.

Akan tetapi mengenai soalan, kalau saya dapat tangkap soalan itu, dalam mana mungkin oleh sebab majikan menggaji mereka dengan memberi gaji yang lebih rendah. Harus diingatkan di sini Tuan Yang di-Pertua, mengikut International Labour Organization Convention (ILO) dalam mana kita kena pergi dan menghadiri mesyuarat conference itu pada tiap-tiap tahun. Bukan tiap dua tahun tetapi tiap-tiap tahun, dalam mana ia telah menyebutkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi dari segi apa jua bidang, termasuk gaji di antara pekerja tempatan dengan pekerja-pekerja foreign workers.

Jadi oleh yang demikian, soalan itu Tuan Yang di-Pertua, dari Yang Berhormat Kota Raja tidak tepat kerana tidak boleh ada diskriminasi, termasuk dari segi gaji. Akan tetapi mungkin apa yang terjadi ialah majikan-majikan ini mengambil pekerja yang tidak berdaftar atau undocumented workers. Saya harap itu dapat memberi penjelasan kepada Yang Berhormat Kota Raja. Terima kasih.

6. Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta Menteri Kesihatan menyatakan, secara terperinci status pembinaan tempat meletak kereta bertingkat di Hospital Umum Sarawak (HUS) serta projek-projek yang berkaitan secara Public-Private Partnership- BLMT. Senaraikan jangka masa siap bagi setiap projek tersebut serta syarikat yang terlibat.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Tuan Julian dari Stampin. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah soalan yang spesifik untuk Hospital Umum Sarawak. Projek menaik taraf Hospital Umum Sarawak secara built, lease, maintain dan transfer atau BLMT, telah diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 22 November 2013.

Projek ini akan dilaksanakan oleh ‘Syarikat Asaljuru Vida Sdn. Berhad’. melibatkan skop pembinaan blok pusat rawatan harian, makmal patologi, bank darah, dua kompleks tempat letak kereta dan juga sebuah medi-hotel. Kementerian Kesihatan bersama dengan Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, kini dalam proses memuktamadkan terma-terma kontrak perjanjian dan business model serta isu pembiayaan dan pembayaran yang dijangka akan dapat diselesaikan segera. Saya maksud “segera”- maksudnya di sini, kebetulan pada hari ini projek ini dibincang dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi UKAS yang dipengerusikan oleh KSN, Tuan Yang di-Pertua.

Proses pembinaan pula akan bermula pada pertengahan Jun 2017 dan akan mengambil masa selama tiga tahun sebelum kesemua fasiliti yang dibina beroperasi dan dapat digunakan oleh penduduk setempat Sarawak, khasnya yang di kawasan Kuching, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Kerja pembinaan tempat meletak kereta bertingkat serta projek yang berkenaan adalah janji yang dikeluarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak 10 tahun dahulu dan juga pernah digunakan sebagai suatu janji manis semasa pilihan raya. Akan tetapi selepas berlalunya lima pilihan raya umum serta negeri, tiada jejak projek itu akan dimulakan.

Page 30: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

18 DR 18.10.2016

■1130

Jadi soalan saya, projek ini bukan lagi pasal janji yang tidak terjadi-jadi, maka adalah projek yang kritikal bagi rakyat Sarawak yang sepatutnya, dengan izin, completed yesterday. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri memberi pengesahan yang kukuh, adakah projek ini akan dilaksanakan atau tidak?

Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang saya terima dalam Parlimen selama ini adalah seperti berikut. Projek akan dimulakan pada Jun 2014- tak terjadi, Julai 2015- tak terjadi dan ditangguhkan lagi ke tahun 2016- tidak terjadi juga dan tahun 2017 akan menjelang dan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri katakan pada tahun 2017. Selepas itu, jawapan yang saya terima adalah tidak tentu arah seolah-olah ia tidak akan dilaksanakan dalam masa yang secepat mungkin.

Maka saya minta Kerajaan Persekutuan supaya memberi bantuan dengan segera dari segi kewangan mahupun pelaksanaan bagi menamatkan kesengsaraan yang dihadapi oleh Sarawakian selama ini. Saya juga minta jasa baik Yang Berhormat Menteri supaya boleh membuat lawatan bersama saya serta wakil rakyat di Sarawak, tak kisah dari pihak mana pun, ke Hospital Umum Sarawak demi memahami situasi sebenar di Hospital Umum Sarawak. Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan panjang. Minggu lepas saya baru pergi melawat Hospital Umum Sarawak. Saya sudah tengok semua keadaan. Memang cukup sesak. Termasuk saya melawat Bahagian Kecemasan, memang saya ingat saya sudah melawat banyak hospital, yang ini yang paling sesak.

Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin]: Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Memang katil di wad pun sesak. Kadang-kadang ada kalanya pesakit terpaksa tinggal duduk di bahagian emergency beberapa lama, kadang-kadang sehari, dua hari, barulah dapat masuk ke wad. Memang keadaan cukup mendesak. Ini saya tahu.

Masalahnya, Tuan Yang di-Pertua, saya bagi tahu tadi bahawa kita, Kabinet telah meluluskan projek ini pada hujung tahun 2013. Masalahnya bukan masalah pihak kerajaan, masalah pihak pemaju iaitu Asaljuru tadi dan juga mereka tukar- mula-mula hendak buat term loan, kemudian tidak jadi term loan, hendak buat sukuk. Jadi ini melambatkan perjanjian. Akan tetapi saya sudah sebut tadi bahawa projek ini sekarang, hari ini, pagi ini telah dibincang oleh Jawatankuasa Tertinggi UKAS yang dipengerusikan oleh KSN dan saya yakin dapat diselesaikan masalah perjanjian antara syarikat dengan pihak kerajaan. Makna term bagaimana bayaran balik dan sebagainya.

Jadi saya ingat sekali ini muktamad, Yang Berhormat Stampin. Memang kita janji kita akan mulakan projek ini pada pertengahan tahun depan dan construction time itu lebih kurang tiga tahun dan lepas itu mendapat- dan kita akan bayar balik kepada syarikat itu selama 17 tahun ya. Ada perjanjian dia, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Ini soalan spesifik.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya, spesifik Kuching.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah, saya dimaklumkan bahawa kos untuk pembinaan ini, untuk naik taraf Hospital Umum Sarawak yang meliputi satu day care block, satu lab block, satu tempat letak kereta bertingkat dan juga satu low cost hotel, kos yang dianggarkan adalah lebih kurang RM375 juta. Ini amat memeranjatkan kerana sekarang satu projek hospital baru yang dibina di Petrajaya untuk 300 bed, 300 katil, kosnya hanya lebih kurang RM300 juta lebih. Satu KPJ, private hospital yang dibina di Kuching, lebih kurang 300 katil, juga tidak sampai RM200 juta.

Apa sebabnya kos untuk multi-level car park, untuk day care block, lab facilities itu akan menelan perbelanjaan yang begitu banyak- RM375 juta? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjustifikasikan kos begitu tinggi dan apa sebabnya ini untuk menaik taraf perkhidmatan hospital, perkhidmatan perubatan kepada orang ramai, apa sebabnya kerajaan hendak memasukkan satu pelan untuk membina low cost hotel di sana?

Page 31: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 19

Bukankah low cost hotel ini biarkan kepada pihak private untuk menjalankan? Ini not

the business of the government to do low cost hotel. Ini bukan your core business. Adakah ini melambatkan pelaksanaan projek menaik taraf fasiliti Hospital Umum Sarawak kerana apa yang perlu disegerakan adalah multilevel car park di hospital itu, bukan hendak low cost hotel atau day care block or the lab services. Apakah jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Tuan Yang di-Pertua, dalam projek ini Tuan Yang di-Pertua, kita memanggil ada tiga syarikat yang berminat dalam projek ini dan melalui swift challenge. Makna kita melihat dari kos dia, akhirnya- swift challenge makna kita hendak tengok dari segi kos dan didapati yang boleh diterima oleh kerajaan ialah yang Asaljuru ini dengan kos bukan RM370 tapi RM350 juta.

Juga, Tuan Yang di-Pertua, dalam pembinaan apa-apa fasiliti oleh kerajaan, kita ikut specs yang telah ditetapkan oleh pihak JKR. Memang pihak JKR dia dalam hal ini, specs kita memang lebih tinggi daripada hospital-hospital swasta. Dia punya...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Hospital Petrajaya pun ditetapkan oleh JKR. Ini hospital kerajaan juga.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Ya, memang ditetapkan oleh JKR. Jadi semuanya- jadi kosnya Tuan Yang di-Pertua, saya bagi sedikit gambaran. Sekarang ini kos telah meningkat. Dulu kos per katil hospital ialah RM1.5 juta satu katil. Makna kalau hospital 350 katil, kos pembinaan termasuk dengan equipment ialah RM450 juta. Sekarang ini kos sudah meningkat. Baru-baru ini saya melihat kos tiap-tiap hospital yang telah dibina, yang baru-baru ini sangat tinggi. Ada yang RM1.6 juta dengan equipment, ada yang RM1.8 juta, ada yang hampir RM2 juta satu katil. Hospital Lawas, saya pun pergi melawat, kos hampir RM3 juta satu katil.

Tapi kalau dalam hal ini, kita tidak berdasarkan katil tapi berdasarkan specs yang telah ditetapkan oleh JKR dan memang telah didapati kosnya adalah yang boleh diterima iaitu RM351 juta yang melibatkan pembinaan tadi, day care center- ini penting ya kerana pesakit yang tidak perlu masuk hospital, dia akan buat treatment dia di day care center ini. Bank darah, makmal patologi dan car park dan juga bilik hotel. Car park dan bilik hotel, Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk kita off set bayaran yang kita kena bayar balik kepada kontraktor, kepada pemaju. Makna, pendapatan daripada car park dan juga bilik hotel ini digunakan untuk off set. Kalau tidak, kita kena bayar lebih lagi daripada yang telah pun dipersetujui. Ini cara dia supaya kita hendak menjimatkan kos kerajaan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Soalan tambahan boleh, Tuan Yang di-Pertua? Isu yang lebih kurang sama tapi kawasan berlainan. Semenanjung dan Sarawak, berlainan sikit.

Tuan Yang di-Pertua: Spesifik ini untuk Sarawak, itu sebab saya kasi Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Stampin tadi. Minta maaf Yang Berhormat Bakri. Lain cerita saya akan bagi peluang lagi.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Okey, terima kasih.

7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah keberhasilan Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG) dalam usaha meringankan beban guru-guru di sekolah dan adakah pihak Kementerian bercadang akan memperluaskan program tersebut ke seluruh negara.

■1140

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2016 inisiatif National-Blue Ocean Strategy ataupun N-BOS, dengan izin, Repositioning of Teachers’ Core Duties di bawah subinisiatif mengurangkan beban kerja pentadbiran guru juga dikenali sebagai Program Pemantapan Profesion Guru (PPG). Seramai 860 pembantu guru telah dilantik secara pekerja sambilan harian (PSH) di sekolah-sekolah terlibat seluruh negeri Melaka dan Kedah sehingga Disember 2016.

Page 32: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

20 DR 18.10.2016

Secara keseluruhannya pelaksanaan PPG telah berjaya mengurangkan beban

tugas guru dalam skop kerja perkeranian dan teknikal ICT. Pengurangan beban tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru ini, telah dapat mengembalikan kefungsian dan profesionalisme guru. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dan peluasan PPG bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggunakan kaedah terbaik bagi mengatasi isu bebanan tugas dan tanggungjawab guru. Ini termasuklah pengisian jawatan kosong di sekolah, mengkaji keperluan jawatan guru dan anggota pelaksana, mengurangkan dan memudahkan tugasan kemasukan data ataupun pelaporan, memperhalus kaedah pengoperasian pengurusan sekolah yang lebih mengutamakan keberhasilan pembelajaran murid serta mengurangkan beban aktiviti bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian bercadang untuk mengadakan satu syarat kelayakan tertentu dan juga latihan yang tertentu supaya tugas dan tanggungjawab mereka ini lebih berkesan bagi membantu guru. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan peruntukan bagi memperluaskan lagi program ini. Terima kasih.

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat Jerantut dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk soalan pertama Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia memang menggunakan peraturan-peraturan yang sedia berkuat kuasa berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3, Tahun 2011 iaitu Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat.

Kriteria pemilihan pembantu ini adalah berdasarkan kepada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia berdasarkan dengan syarat-syarat pelantikan seperti lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat kepujian dan selebihnya. Ini merupakan syarat-syarat yang ditetapkan oleh biasa dan kita akan memastikan pengambilan ini akan terus berdasarkan kepada syarat-syarat pelantikan yang sedia ada.

Soalan kedua pula Yang Berhormat, memang hasrat kita untuk meneruskan projek PPH ini kerana ia telah pun berjaya melihat projek ini berjaya dan guru-guru memang menerima baik. Seperti mana yang saya katakan sebentar tadi kekangan kewangan merupakan di antara masalah kita dan kita telah pun mencadangkan supaya ia dilaksanakan dan harap kita mendapat peruntukan yang secukupnya untuk meneruskan projek ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

8. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah status terkini terhadap proses perdamaian nasional yang telah dibentangkan sejak beberapa tahun yang lalu dan apakah pencapaian yang telah dicapai atas proses perdamaian tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Hajah Nancy binti Shukri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab lanjut soalan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan terma yang tepat untuk digunakan dalam soalan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Beliau menggunakan terma perdamaian nasional. Akan tetapi terma yang lebih tepat digunakan adalah penyatuan nasional ya. Saya percaya maksudnya sama dengan apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan Yang di-Pertua, konsep penyatuan nasional merupakan ilham yang terbit dari hati nurani Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita untuk menambah baik hubungan di kalangan rakyat berbilang kaum dan latar belakang di negara ini, serta beliau telah menzahirkannya dengan jelas bahawa itulah hala tuju negara yang akan dicapai dalam jangka masa panjang dan pendek. Untuk mencapai penyatuan nasional ini perlu melalui pelbagai peringkat dan proses kerana ia tidak boleh direalisasikan dalam masa yang singkat.

Page 33: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 21

Pelaksanaan konsep penyatuan nasional terbahagi kepada dua peringkat iaitu

peringkat dasar melalui penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara ataupun MKPN di mana fokusnya untuk merintis jalan ke arah mencari penyelesaian ke atas masalah polarisasi kaum secara inklusif. Manakala peringkat kedua melibatkan pelaksanaan program-program berbentuk gerakan sosial di peringkat akar umbi ataupun, dengan izin, social grassroots movement yang tertumpu kepada perkhidmatan untuk rakyat.

Setakat ini Tuan Yang di-Pertua kerajaan melalui penubuhan Majlis Konsultasi Negara atau dengan izin, National Unity Consultative Council (NUCC) telah pun mengenal pasti isu-isu input, idea serta cadangan dari pelbagai pihak melalui 18 siri sanggar bicara dan 20 pendampingan awam di peringkat akar umbi di seluruh negara sehingga terhasilnya blueprint iaitu Pelan Perpaduan Kesepaduan dan Penyatupaduan Negara yang mengandungi sembilan hasil ataupun outcome dengan izin, dan 16 cadangan dan dihasilkan dengan tujuan untuk memupuk perpaduan dan mempertahankan kesepaduan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia dalam mewujudkan satu penyatuan nasional.

Gerakan di peringkat akar umbi pula dilaksanakan melalui pendekatan dengan izin, engage and educate untuk mewujudkan sikap saling hormat-menghormati, persefahaman, membina jaringan kerjasama sebagai asas untuk mewujudkan ikatan sosial ataupun social bonding, dengan izin, bagi mewujudkan perpaduan negara melalui program-program seperti berikut:

(i) penubuhan Skuad Uniti bagi menyelesaikan masalah komuniti melalui mediasi dan bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan dan malapetaka di kalangan penduduk setempat;

(ii) program Demi Negara yang menekankan kepada penghayatan Rukun Negara sebagai asas perpaduan nasional melalui Program My Rukun Negara dan Program Silang Budaya di 1,781 Tabika Perpaduan, 6,068 Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah dan di 150 Sekretariat Rukun Negara di peringkat IPTA dan IPTS;

(iii) pewujudan pusat mediasi komuniti dengan seramai 1,028 orang mediator komuniti yang bertauliah dalam kalangan pemimpin masyarakat dan pegawai JPNIN telah ditempatkan di seluruh negara bagi menangani dan menyelesaikan kes-kes konflik dan pertelingkahan antara kaum ataupun sesama kaum melalui pendekatan win-win solution dengan izin, di komuniti setempat;

(iv) program pertambahan dalam bilangan penubuhan kawasan rukun tetangga di seluruh negara iaitu sebanyak 7,684 kawasan telah membuka ruang bagi penyampaian pelbagai program kemasyarakatan kepada kumpulan sasaran yang terlibat; dan

(v) pelaksanaan kebanyakan program dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan ataupun N-BOS seperti Program Rondaan Awam Polis dan Angkatan Tentera (RAPAT), Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan Program Komuniti Ekonomi Rukun Tetangga dan Integrasi Nasional (KENAL) bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

Program-program ini dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dengan mengambil kira keperluan masyarakat di peringkat akar umbi. Sekian, terima kasih.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menerima dengan hati yang baik dasar-dasar bernas kerajaan. Akan tetapi nampaknya persepsi itu bukan dari akar umbi di kalangan rakyat di negara ini.

■1150

Mereka berpendapat bahawa apa yang dibuat oleh Kerajaan selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan Penyatuan Nasional there is no real serious initiative dalam perkara ini. Nampaknya apa yang dibuat hanya dengan Barisan Nasional dengan PAS. Only on the Hudud Bills. Selain daripada itu tidak ada apa-apa.

Page 34: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

22 DR 18.10.2016

Adakah kerajaan- saya ingin bertanya, adakah Kerajaan sedar bahawa ini adalah

perkara yang menjadi masalah yang utama di negara ini? Selepas Pilihanraya Umum Ketiga Belas, kerajaan menyatakan Race Relation Act akan dikaji mungkin akan diimplementasi, Race Relation Act yang ada beberapa negara yang multiracial society. Akan tetapi tidak ada, tidak ada inisiatif sedemikian dan kerap kali persepsi- the truth is ramai di antara ahli-ahli politik Barisan Nasional yang dulu menggunakan perkataan-perkataan hasutan tidak ada tindakan terhadap mereka...

Seorang Ahli: Ya, betul. [Tepuk]

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Sebelah sini sedikit sahaja kita sudah kena tangkap, Twitter oleh IGP “Tangkap sama dia! Segerakan untuk menyelesaikan perkara ini”. All of these shows there is no unity at all. Jadi soalan saya yang tetap ialah adakah Yang Berhormat setuju memandangkan kita telah gagal dalam perkara ini, lepas empat tahun, lepas tujuh tahun menjadi Perdana Menteri, adakah Kerajaan sedar dan setuju untuk membuat satu all party conference di Parlimen? Semua Ahli Parlimen terlibat dalam perkara tersebut. Are you willing and daring to take the challenge? Thank you.

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya suka soalan itu. Oleh sebab apa yang saya nyatakan tadi telah ditubuhkan juga Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (NUCC) di mana keahliannya bukan hanya di kalangan orang yang menyokong kerajaan malah ada daripada pembangkang duduk di dalam NUCC tersebut. Kalau dikatakan kerajaan tidak serius maka kita tidak menubuhkan NUCC tersebut dengan membawa seramai-ramai yang boleh daripada peringkat akar umbi untuk menyertainya.

Saya dalam Kabinet, jadi saya melihat sendiri nama-nama dan terfikir juga saya kenapa nama- tetapi saya tidak- apabila saya terfikir, saya merasa bangga kerana saya berada di dalam sebuah negara di mana kita tidak hanya mengambil orang yang nyata menyokong kerajaan. Ramai yang ada di dalam itu, saya tidak mahu menyebut nama di sini adalah tidak baik, tetapi saya menyedarinya. Malah ada juga yang berjumpa dengan saya apabila isu Harmony Bill diwujudkan.

Di sini saya hendak nyatakan dalam NUCC tersebut saya hendak katakan dari segi the way forward, dengan izin, apa yang berlaku ialah lahirnya sebuah unity blueprint okey. Unity blueprint ini telah disediakan dan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga dipersetujui serta turut dibentangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri pada 11 Oktober 2015. Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak hanya melibatkan negeri-negeri kerajaan. Ia juga melibatkan negeri-negeri di bawah negeri yang dipegang oleh pembangkang. Melainkan Ketua Menterinya ataupun Menteri Besarnya tidak hadir, itu saya tidak tahu. Akan tetapi memang dibentangkan dalam mesyuarat Menteri-menteri Besar.

Malah yang menjadi ahli dalam NUCC tersebut pun seharusnya, dengan izin, mereka seharusnya tahu juga apa yang dikemukakan dalam NUCC untuk dibentangkan. Kajian komprehensif yang merangkumi program-program yang spesifik dan konkrit serta merentasi kementerian, jabatan dan agensi berkaitan telah dilaksanakan oleh pihak Institut Kajian Etnik iaitu KITA, UKM. Ini adalah cuma satu daripada agensi ataupun badan yang menjalankan kajian ini. Pelan tindakan telah siap dan akan di bentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat.

Ingin saya kongsikan di sini apabila ia dibentangkan kepada kita di Kabinet, kita minta ia supaya diperhalusi supaya kita mudah untuk menyampaikannya kepada rakyat. Jadi kita tidak memikir rakyat ini orang yang menyokong kerajaan sahaja, Yang Berhormat. Kita terpaksa berlaku adil yang mana we have to be transparent, dengan izin. Saya percaya apa yang telah dilakukan oleh NUCC ini yang merangkumi ahli-ahli yang bukan hanya dari golongan mereka yang menyokong kerajaan...

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: All party parliamentary conference?

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Itu, itu Yang Berhormat, Yang Berhormat tanya ini saya akan cadangkan dengan soalan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ini kita akan kemukakan kepada kementerian ya. Saya sebenarnya acting hari ini. Actor bagi pihak Menteri yang bertanggungjawab. Anyway, thank you for your proposal, dengan izin. Mungkin kementerian boleh mengambil kira perkara ini. Saya percaya itu mencukupi untuk dijawab setakat ini. Terima kasih.

Seorang Ahli: Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat Gelang Patah.

Page 35: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 23

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan]: [Bangun]

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] : [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim,[Kuala Selangor]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya hendak ucapkan banyak terima kasih dan syabas di atas segala bentuk inisiatif yang digerakkan terutamanya dalam proses Perdamaian Nasional ataupun Penyatuan Nasional yang digerakkan oleh pihak kerajaan.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kaedah yang terbaik khususnya dalam proses penyatuan ataupun perdamaian nasional ini terutama sekali dalam menangani soal-soal polarisasi kaum yang saya lihat menjadi persepsi yang sangat negatif terutamanya di kalangan rakyat Malaysia? Apakah cukup dengan blueprint dan tindakan-tindakan tersebut tanpa menggunakan penguatkuasaan undang-undang? Hal ini kerana saya lihat wujud segelintir individu menggunakan perhimpunan sebagai satu usaha seakan-akan untuk menggagalkan proses penyatuan nasional ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin hendak kongsikan di sini sebelum ini saya menjaga hal-hal perundangan. Kita telah membawa program-program seperti ini walaupun saya bukan Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan tetapi saya juga concern, dengan izin. Jadi sebab itu saya mengadakan program-program engagement dengan rakyat dan antara programnya kita adakan di Sarawak.

Apa yang paling terharu apabila saya mendengar daripada orang-orang dari Sarawak, bukan kerana saya dari Sarawak but this is the fact yang kita terima. Mereka menyatakan kita tidak perlu undang-undang terutamanya macam apabila masa itu kita sebut kita hendak memperkenalkan National Harmony Day, dengan izin, dan menghapuskan Akta Hasutan 1948. Namun apabila setelah Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan pindaan pada April 2015, akta yang dicadangkan ini perlu dikaji semula kerana agak sukar untuk kita- to put it in writing, dengan izin ataupun to express it in writing perasaan gembira, penyatuan you know. Oleh sebab itu kita meminta supaya badan ini, blueprint ini diperhalusi.

Setakat ini kita hanya menunggu Yang Berhormat ya, tidak semestinya dengan adanya undang-undang kita boleh bersatu padu. Jadi sebab itu untuk menjawab secara terperinci soalan Yang Berhormat tadi saya hendak menjelaskan di sini tetapi apa yang dikatakan di sini adalah telah dinyatakan di dalam blueprint dan perlu dibentangkan dahulu kepada Kabinet. Jadi kalau saya mendahului Kabinet adalah tidak bersesuaian. Namun apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebenarnya telah diambil kira di bawah pelan tindakan yang diperhalusi oleh badan ini iaitu KITA dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Insya-Allah pada masa yang mana ia telah dipersetujui nanti rakyat akan dimaklumkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Gelang Patah.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Beberapa Ahli: Mic, mic.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa masalah perpaduan negara lebih teruk hari ini dibandingkan dengan masa lampau dan kenapa itu? Tadi Yang Berhormat ada sebut mengenai kelab-kelab Rukun Negara. Adakah bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan kenapa dalam Malaysia sungguhpun Rukun Negara menjadi satu asas perpaduan, tidak diterima oleh semua lapisan. Seperti di Indonesia yang mana Panca Setia diterima oleh semua pihak sebagai suatu asas untuk membina negara. Apabila kita mengunjungi dan lawat Indonesia baru-baru ini, sarjana-sarjana dan pemimpin-pemimpin, tokoh-tokoh Islam dengan terang berkata bahawa negara Islam tidak sesuai untuk satu masyarakat majmuk tetapi dalam Malaysia ada Ahli-ahli Parlimen tidak terima Rukun Negara.

■1200

Adakah benar? Adakah Ahli-ahli Parlimen tidak terima Rukun Negara? Adakah semua Ahli Parlimen rela berdiri berkata bahawa mereka menerima Rukun Negara? Saya percaya ada Ahli Parlimen tak terpaksa terima... [Dewan riuh] Bagaimana boleh ada satu asas perpaduan negara.

Page 36: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

24 DR 18.10.2016

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Yang Berhormat boleh terima tak? Okey, terima kasih atas soalan tersebut.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Apa yang saya tahu Tan Sri tidak menerima Rukun Negara. Yang Berhormat Gelang Patah sendirilah.

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Yang Berhormat sendiri terima tak Rukun Negara? Yang Berhormat sendiri terima tak Rukun Negara, terima?

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Saya terima, beginilah. Akan tetapi ada Ahli Parlimen yang tak terima.

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Inilah Yang Berhormat, apa yang Yang Berhormat nyatakan...

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Tak boleh jawab. Tak boleh jawab.

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Apa Yang Berhormat katakan itu adalah satu andaian. Satu andaian.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Bukan andaian. Adakah semua Ahli Parlimen berani berdiri berkata terima Rukun Negara?... [Dewan riuh]

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima, terimalah. Yang tak terima Yang Berhormat Gelang Patah sahaja.

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Yang Berhormat terima atau tak terima Rukun Negara? Jadi Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sejak lahir lagi kita sudah terima!

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Yang Berhormat, itu adalah satu andaian.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Biar Menteri jawablah.

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Itu adalah satu andaian, adalah tidak baik. Kalau sifat begini yang kita bawa ke sini, inilah di antara yang boleh trigger masalah-masalah perpaduan di sini. Terima kasih... [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Kenapa saya tak boleh buat satu pendirian, pengisytiharan?

Datuk Hajah Nancy binti Shukri: Yang Berhormat, saya rasa semuanya menerima Rukun Negara, melainkan pihak yang sebelah itu ada yang... [Dewan riuh]

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan]: Sangkaan jahat itu. Macam mana boleh cakap macam itu.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Page 37: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 25

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN PEGUAM BELA (SABAH)

(PINDAAN) 2016

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [17 Oktober 2016]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Beruas, sila sambung hujah.

12.02 tgh.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya meneruskan dengan perbahasan saya berkenaan dengan akta untuk meminda Ordinan Peguam Bela Sabah. Semalam saya sudah menyatakan bahawa adalah begitu penting bahawa rakyat mesti ada keyakinan kepada kerjaya ataupun profesion guaman. Ini kerana itu merupakan satu institusi yang membolehkan masyarakat kita meneruskan transaksi dan hubungan antara satu dengan yang lain secara licin.

Semalam saya sudah menyatakan bahawa begitu pentingnya integriti seseorang peguam itu supaya rakyat akan ada keyakinan kepada kerjaya ataupun profesion guaman. Institusi guaman ini jugalah seperti institusi kewangan. Tidak boleh ada mana-mana kepincangan, tidak boleh ada mana-mana unsur ketidakjujuran ataupun penipuan yang berlaku. Kita kalau ada mana-mana peguam yang melarikan wang anak guam atau menipu orang, keyakinan kepada kerjaya ataupun profesion guaman itu akan terjejas.

Kita sudah jelas bahawa kalau mana-mana ada wang yang hilang daripada mana-mana institusi kewangan dan wang client ataupun customer itu hilang, orang akan takut untuk menyimpan wang dengan institusi kewangan. Begitulah pentingnya integriti peguam dan saya berharap dalam menjana ataupun melatih peguam-peguam baru, isu ini, tentang integriti guaman ini mesti diajar dan ditekankan sebelum mereka menjadi graduan mana-mana institusi undang-undang di Malaysia.

Semalam saya sudah nyatakan betapa pentingnya sistem insurans firma-firma peguam supaya orang ramai juga ada keyakinan kepada firma peguam kerana jikalau berlakunya kehilangan wang kerana kelalaian ataupun kerana ketidakjujuran mana-mana partner ataupun ahli kongsi sesebuah firma itu, wang mereka tidak hilang. Akan tetapi saya sudah timbulkan satu masalah ialah bahawa banyak syarikat insurans tidak membayar kerugian yang dialami oleh anak-anak guaman berkenaan jika firma berkenaan tidak memberi notis kepada syarikat firma dalam masa yang ditentukan dalam polisi insurans.

Katakan kalau kemungkinan tuntutan pampasan sudah muncul dan dalam polisi insurans dikatakan mesti memberi notis kepada syarikat insurans dalam satu bulan. Kalau itu tidak dibuat, syarikat insurans akan validate ataupun akan mengatakan kerana kegagalan syarikat ataupun firma insurans itu memberi notis, mereka pun tidak akan membayar. Kita tahu bahawa dalam apa yang berlaku secara harian, biasanya apabila berlaku sesuatu kehilangan wang oleh kerana kelalaian ataupun kerana penipuan, firma-firma berkenaan akan cuba menyelesaikannya sendiri dan mereka hanya akan memberi notis kepada syarikat insurans apabila kita nampak tidak ada jalan lain ataupun tuntutan melalui mahkamah ataupun saman akan dikeluarkan. Akan tetapi itu akan terlambat.

Cadangan saya ialah bahawa satu undang-undang digubal untuk memastikan semua syarikat insurans mesti menanggung kerugian yang dialami oleh mana-mana anak guam atau mana-mana pihak melalui firma peguam. Selagi tuntutan anak guam atau orang berkenaan itu masih hidup ataupun masih boleh dituntut di mahkamah. Pada kebiasaannya hak untuk menuntut terhadap firma dalam mana-mana kes sivil adalah 6 tahun seperti yang ditentukan oleh Akta Had Masa atau Limitation Act 1953.

Page 38: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

26 DR 18.10.2016

Ini untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai apabila berurusan dengan

mana-mana firma peguam supaya mereka tahu kalaupun firma itu firma kecil tetapi oleh sebab ada insurans, mana-mana kerugian yang berlaku ini akan mereka dapat balik daripada syarikat insurans. Jadi, harap undang-undang ini dapat digubal.

Akhir sekali, satu lagi perkara yang boleh meyakinkan keyakinan rakyat kepada kerjaya guaman ialah Badan Peguam Malaysia itu sendiri. Kita tahu bahawa kita ada Badan Peguam di Semenanjung Malaysia yang mengawal selia semua aktiviti guaman oleh firma-firma berkenaan. Akan tetapi, saya difahamkan di Sabah dan Sarawak belum ada kuasa yang sama yang diberikan kepada badan guaman di Sabah dan Sarawak seperti di Semenanjung Malaysia. Saya mengalu-alukan pindaan yang sedang dibuat ini di mana Badan Peguam Sabah akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan Sijil Annual kepada peguam-peguam mereka seperti yang diamalkan di Semenanjung Malaysia ini.

Jadi saya berharap semua pihak akan menghormati Badan Peguam Malaysia supaya atau Majlis Peguam Malaysia supaya mereka senantiasa kita kata bebas daripada apa-apa jenis tekanan ataupun campur tangan. Kita tidak mahu apa-apa campur tangan daripada segi politik, agama ataupun perkauman yang meresap ataupun masuk kepada badan guaman ini. Ini kerana adalah penting supaya unsur-unsur politik, agama dan perkauman ini biasanya subjektif akan menyebabkan badan guaman Malaysia ini tidak lagi dengan izin, bebas atau independent untuk membuat apa-apa keputusan. Oleh yang demikian, saya berharap suara hendak menubuhkan sebuah lagi badan yang kedua bagi saya ada unsur politik, agama dan juga perkauman yang terlibat dalam cadangan itu, kita mesti memastikan ia tidak berlaku.

■1210

Saya hendak bagi satu misalan sebelum habis ucapan saya, kenapa mana-mana usul agama, politik atau perkauman ini boleh menjejaskan integriti ataupun pandangan orang terhadap sesuatu badan atau negara. Kita tahu di Malaysia, kita ada dengan izin satu yang mengamalkan Islamic index tentang pentadbiran negara kita telah mengumumkan bahawa kerajaan yang sekarang ini dikatakan mentadbir dengan cemerlang, mendapat lebih daripada 80 peratus markah, itu termasuk ini A daripada segi kalau di sekolah, kita panggil ini pentadbiran A.

Akan tetapi malangnya pentadbiran A ini yang dikatakan mengikut Islamic index ini telah diisytiharkan, Malaysia telah diisytiharkan negara yang terbanyak rasuah, juara rasuah di seluruh dunia. Ini memang menjejaskan nama baik Islam. Sesuatu Islamic index ini ia subjektif kerana orang yang pergi Mekah ini ramai yang di bawah pentadbiran kerajaan sendiri. Jadi saya berharap indeks ini mestilah menggunakan indeks objektif supaya agama itu tidak tercemar.

Kita tahu bahawa Department of Justice telah mengatakan ada pentadbiran negara Malaysia sekarang ini adalah merupakan satu pentadbiran kleptocracy, ini pertama sekali saya mengenali perkataan itu apabila Department of Justice mengumumkan agensi kleptocracy ia menyita harta-harta 1MDB. Kleptocracy ini maksudnya negara kita ini satu pentadbiran pencuri. Bagaimanakah kita boleh memberikan di bawah indeks islamik ini A untuk pentadbiran sedemikian?

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya nyatakan...

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Boleh saya mencelah.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...Mengeluh...

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Boleh mencelah? Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beruas yang telah mengambil peluang untuk membela nama Islam dalam contoh yang diberikan. Di mana kita mendapati bahawa banyak kali nama Islam itu tercemar atas kepentingan politik golongan-golongan yang tertentu. Atas sebab itu saya menyokong kenyataan beliau supaya jangan diperalatkan Islam. Kalau hendak katakan ini badan peguam Islam 100 peratus yang lain bukan, ini pandangan golongan tertentu. Begitu juga dengan Islamic Index yang digunakan. Ia merupakan satu indeks yang tidak diiktiraf dan hanya diperalatkan. Kita berharap...

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Badan peguam yang hendak di...

Page 39: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 27

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Badan peguam...

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Peraturan, peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, peraturan mesyuarat.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Peraturan 36(1). Dari semalam saya tengok tersasar jauh.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Jelas dalam 36(1), seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk- sekarang inilah akta induk hendak dipinda.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini perbahasan dasar Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: ...Dalam peraturan 3- ini saya punya floor okey. Peraturan 36(1) jelas hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja, jelas dan dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara yang melibatkan akta induk. Even akta induk pun kita tidak boleh bercakap apa lagi hal-hal lain, faham? Yang Berhormat Shah Alam ini asyik bercakap sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Memang benar 36(1) mengehadkan perbahasan ketika meminda rang undang-undang untuk tumpu kepada perkara-perkara yang dipinda sahaja. Saya sebenarnya ingin melihat tadi bahawa Yang Berhormat Beruas sudah hampir tamat perbahasan. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Shah Alam bangun memang tergelincir sedikit dan sebagai Speaker pun memang kita selalu mengingatkan Ahli-ahli Dewan untuk patuh kepada perkara 36(1) tetapi tidak perlulah diingatkan setiap kali, masing-masing kita untuk mengingat Peraturan Mesyuarat 36(1) ini.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, terima kasih. Sebelum itu..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Hendak lagi?

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sedikit saja, saya...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tak boleh bangun Yang Berhormat Kapar, dia tengah mencelah tetapi celahan mesti pendek mengikut peraturan mesyuarat.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sudah hendak tutup juga. Tadi saya pun hendak tutup, saya hendak kata saya sokong apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Beruas bahawa badan peguam yang ditubuhkan jangan dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan politik hendak mengguna nama Islam seolah-olah dia saja yang Islam ataupun hendak menggunakan nama kaum. Saya sokong, saya rasa Yang Berhormat Setiu ada peluang hendak jadi speaker tambahanlah insya-Allah, Terima kasih.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang Berhormat Shah Alam..

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: [Menyampuk] Jangan! Rosak Parlimen nanti. Tolonglah bagi alasan yang baik.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya kata ada peluang... [Dewan riuh] Semua orang... [Dewan riuh]

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Tarik balik, sangkaan jahat.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: All MP’s has chances.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Duduklah dahulu Yang Berhormat. Ya habiskanlah Yang Berhormat Beruas.

Seorang Ahli: Dipertimbangkan.

Page 40: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

28 DR 18.10.2016

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak lari daripada tajuk

kerana di bawah seksyen 13 hendak dipinda itu jelas berkenaan dengan law society di Sabah iaitu berkenaan dengan badan guaman. Di Semenanjung pun sama dikatakan law society. Jadi maksud saya satu sahaja, kita jangan menjejaskan atau menghakis independence ataupun kebebasan badan guaman kerana itu penting supaya rakyat ada keyakinan kepada peguam-peguam yang di bawah jagaan ataupun di bawah kawal selia badan guaman.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Hendak tanya.

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Boleh Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sedikit sahaja kerana perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Beruas tadi adalah penting berkaitan dengan kebebasan badan peguam dan kita sedang membicarakan tentang satu Ordinan Peguam Bela Sabah yang tentunya akan menyentuh tentang Sabah law society, dengan izin.

Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Beruas dan minta satu penjelasan yang dibangkitkan tadi ialah ada beberapa cadangan daripada pelbagai pihak yang menyatakan perlunya satu badan peguam alternatif. Tidak cukup sekadar itu ada juga cadangan untuk mencadangkan agar kerajaan melantik dua orang ahli Badan Peguam Malaysia sebagai ahli Majlis Peguam untuk mewakili kerajaan kononnya untuk melaporkan kepada kerajaan, menjadi mata, telinga kerajaan. Jadi saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat Beruas, apakah intipan ini munasabah dalam usaha untuk mempertahankan kebebasan Badan Peguam, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun. Hendak bagi Yang Berhormat? Ya.

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ini ialah berkenaan dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil dan juga saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Beruas berkenaan dengan involvement ataupun penglibatan ahli ataupun wakil-wakil government, kerajaan di dalam Badan Peguam. Dinyatakan baru-baru ini saya difahamkan bahawa ada cadangan untuk pindaan kepada Legal Profession Act bahawa Bar Council akan diwakili oleh kerajaan dengan dua orang wakil. Now soalan saya kepada Yang Berhormat Beruas adalah adakah cadangan tersebut yang diberi justifikasi oleh Menteri undang-undang bahawa ini adalah perlu. Adakah ini satu perkara yang menunjukkan bahawa the legal profession is clearly being, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, interfered unnecessarily by the executive.

■1220

Seperti banyak contoh yang kita boleh lihat sekarang kita mempunyai the National Security Council Act (NSC) di mana the executive sekarang ini mempunyai banyak kuasa seperti boleh mengisytiharkan darurat di beberapa buah kawasan yang tertentu. Why is the government being given so much leeway in the exercise or the administration of the legal profession? Adakah Yang Berhormat Beruas berpandangan bahawa ini merupakan satu interference yang langsung tidak munasabah yang sepatutnya dibantah sama sekali? Apakah pandangan Yang Berhormat Beruas?

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Katil dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya memang bersetuju dengan kedua-dua pandangan bahawa tidak boleh ada campur tangan pihak eksekutif dalam badan guaman ini. Kita sudah nampak di negara kita ini satu demi satu institusi sudah dicerobohi oleh pihak eksekutif termasuk juga institusi kehakiman. Di mana saya sendiri nampak di negeri Perak di mana apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak, keesokan harinya boleh dapat satu perintah daripada seorang sahaja hakim di Mahkamah Rayuan untuk menanggungkan ataupun stay order bahawa Dato' Seri Nizar masih Menteri Besar negeri Perak.

Kita menjadi mangsa tetapi itu tidak penting. Apa yang pentingnya ialah rakyatnya sudah kehilangan keyakinan kepada institusi kehakiman kita. Kalau itulah cara kita memperalatkan institusi negara kita, negara kita itu akan hancur tidak lama lagi. Oleh yang demikian, pentingnya kita Ahli Parlimen di sini yang sayangkan Malaysia yang tercinta ini, kita mesti pastikan institusi yang sedia ada ini termasuk institusi guaman Malaysia sama ada dari Sarawak, Sabah ataupun di Semenanjung Malaysia. Kita mesti pastikan ia bebas daripada apa-apa jenis ancaman ataupun pencerobohan dari mana-mana pihak.

Page 41: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 29

Oleh demikian, saya berharap bil yang hendak dibawa untuk meminda, dengan izin,

Legal Profession Act hendak masukkan wakil kerajaan pula kepada badan guaman di Semenanjung Malaysia, Majlis Bar Council ini dapat ditarik balik dengan segera. Harap pihak Barisan Nasional pun sokong pandangan saya. Oleh hal demikian, marilah kita sama-sama kita memastikan rakyat ada keyakinan kepada kerjaya atau profesion guaman di Malaysia kita ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kinabatangan.

12.23 tgh.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya selaku wakil rakyat dari Sabah memang mengalu-alukan pindaan Ordinan Peguam Bela Sabah Sebab saya melihat bahawa di Sabah ini macam terlalu teraniaya, teranak tiri daripada proses undang-undang sebegini. Kita tidak dibenarkan mewujudkan sebuah organisasi yang diiktiraf cuma dibenarkan menyelia sebagai sebuah badan kebajikan, sukarela. Setelah di analisa 20 tahun lebih kurang, jadi sudah tibasatu cadangan yang lebih komprehensif lebih praktikal untuk menjayakan bagaimana penyelarasan peguam-peguam bela di Sabah ini dapat diatur dan disusun dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang menunggu ordinan akta seumpama ini untuk kita luluskan di Dewan Rakyat ini sebab kesian banyak anak-anak muda kita yang berlatar belakangkan peguam bela yang keluar daripada pembelajaran peguam, saya tengok mereka menjadi penganggur. Ada yang masuk kampung, keluar kampung menjadi peguam yang tidak bertauliah yang tidak ada hala tuju dan tidak ada sasaran.

Jadi saya juga mungkin perlu mengingatkan Bar Council kita dan termasuk SLS apabila diwujudkan di Sabah. Kalau boleh saya bagi cadangan agar badan peguam berunding dengan institusi pengajian tinggi dan menentukan berapa sebenarnya peguam yang hendak kita keluarkan dalam negara kita, di seluruh Malaysia. Berapa ribu satu tahun kita hendak? Sebab kita tidak mahu peguam-peguam keluar lebih banyak daripada mereka mendapat peluang pekerjaan. Hendak buka pejabat guaman sendiri tidak mampu sebab ia memerlukan kewangan.

Jadi oleh kerana itu- lainlah dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gelugor seorang peguam yang ‘terer’, yang hebat, yang terkenal. Kalau yang lain-lain itu habislah tidak mampu. Yang Berhormat Bukit Gelugor ini, saya mengikuti perkembangan dia walaupun saya berjauhan. Dia memang kalau ada kes-kes tertentu panggil dia, 95 peratus pasti menang punya. Ya, Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, ini P.M. 36(1) boleh apply kah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Untuk kebaikan. Tiada niat jahat [Ketawa]

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Untuk kebaikan, untuk membantu para peguam.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Soal…

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Boleh saya just hendak ucapkan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak, dia tengah mencelah Yang Berhormat.

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor]: ...Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan, itu satu perkara yang jarang berlaku.

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Tuan Yang di-Pertua.

Page 42: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

30 DR 18.10.2016

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Itu yang saya katakan

tadi, Yang Berhormat Kinabatangan tadi tolong promosi Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Seorang peguam yang terkenal, iaitu ‘terkenal’ mencelah dengan orang yang ada hak untuk bercakap, apa punya peraturan mesyuarat seorang lawyer. Saya minta maaflah sahabat saya, lain kali belajar sikit ya, walaupun baru.

Okey, soal SLA yang terkenal di negeri Sabah SLA atau Sabah Law Association, kalau saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu, dia menyatakan Persatuan Undang-undang Sabah. Jadi adakah ini undang-undang Sabah ada persatuan? Kalau bagi saya it should be Sabah Lawyers Association. Saya ini orang kampung, sama juga dengan sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan.

Mungkin ini dapat mengelirukan rakyat di kampung-kampung. Adakah undang-undang ada persatuan? Kalau yang saya tahu hanya lawyer, orang kampung kata lawyer yang ada persatuan. Macam orang yang banyak cakap ini, kalau di Sabah istilah kampung sebut loyar buruk, loyar buruk macam Yang Berhormat Shah Alam. Jadi bersetujukah Yang Berhormat Kinabatangan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Putatan, macam mana dengan Lembaga Kemajuan Ikan?

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: “Lembaga Kemajuan” itu patut diubah juga. Bukan ikan yang maju, nelayan patut dimajukan bukan ikan [Ketawa] Ini ambil perhatian- terutama MOA ya, ambil perhatian. Saya punya sahabat daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, nanti bukan ikan yang dimajukan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya ingin tanya. Yang Berhormat Ipoh Barat menyatakan kalau buang batu memang jatuh di atas kepala peguam. Jadi saya tanyakan, golongan graduan-graduan kita yang berlambak, orang lawyer tidak ada CLP terpaksa cari makan. Masuk kampung keluar kampung cari siapa yang mahu jual tanah terutama pemilik-pemilik tanah bumiputera di kampung-kampung. Ini terpedaya kerana cakap temberang supaya dapat duit banyak, tiba-tiba dijualnya kepada orang bukan layak membeli tanah native title di negeri Sabah.

Jadi saya minta pendapat apa yang berlaku sebenarnya, keadaan yang mana pertubuhan kita anggap sebagai pertubuhan yang cukup mantap untuk menyelaraskan dan mengurus tadbir para guaman kita di Sabah. Mohon penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Daripada awal Yang Berhormat Putatan saya telah jelaskan bahawa kita memang menunggu, sudah 20 tahun kita menunggu supaya akta ini dibawa ke Parlimen tetapi selepas 20 tahun baru dia dibawa sebab itu kita melahirkan- kita memang amat mengalu-alukan supaya akta ini diubah.

■1230

Oleh sebab tidak logik badan-badan profesional seperti peguam tidak ada badan yang terurus betul di Sabah. Kita ada arkitek punya society. Kita ada engineer punya society tetapi when it comes to peguam, kita dibagi sebagai persatuan yang sukarela. Jadi, bermakna apa-apa latar belakang profesional pun boleh masuk. Jadi, sudah tiba masanya rakyat Sabah diberikan satu pengiktirafan sebagai untuk mengurus badan peguam mereka yang sendiri.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Subang bangun Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sikit-sikit Yang Berhormat.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Okey. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan, saya hendak bertanya sedikit, daripada perbahasan Yang Berhormat Kinabatangan tadi saya fahamkan begini. Bahawa Yang Berhormat Kinabatangan berpendapat ada terlalu ramai peguam sekarang di Sabah dan Yang Berhormat Putatan pun macam setuju ya. Akan tetapi dengan itu Yang Berhormat Kinabatangan salahkan persatuan peguam bela, Sabah Law Association lah, dengan izin. Salahkan mereka. Katakan itulah salah dia. Ini yang saya ingin betulkan dan minta pandangan Yang Berhormat Kinabatangan.

Page 43: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 31

Oleh sebab jumlah peguam ini bukan ditentukan di peringkat itu. Jumlah peguam ini

ditentukan oleh berapa banyak universiti-universiti, kolej-kolej yang dibenarkan berfungsi berjalan dan menerima mahasiswa-mahasiswa yang ingin belajar bidang undang-undang. Itu bukan dikawal oleh persatuan Sabah Law Association ataupun Majlis Peguam di peringkat Persekutuan, kedua-duanya badan bebas, yang tidak ada kena mengena antara satu sama lain. Apa yang menentukan, satu, mana institusi yang layak ialah qualifying board, itu di bawah Federal, Persekutuan. Satu lagi, siapa yang beri tauliah kepada universiti, pada kolej-kolej yang semua, yang menjalankan ijazah dan memberi ijazah kepada semua student ini adalah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Jadi, di bawah Kerajaan Barisan Nasional.

Jadi, kalau Yang Berhormat Kinabatangan ada masalah, kena tuntut dari sana. Kerajaan yang bawa ini. Kita tidak boleh salah badan macam Bar Council ataupun di peringkat Sabah, Persatuan Undang-undang Sabah. Itu yang saya minta pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat sebentar. Tunggu dahulu. Sebetulnya Yang Berhormat Subang mungkin terlepas apa ini pendengaran. Saya tidak marah, yang saya katakan mungkin perlu ada satu strategi seperti Blue Ocean Strategy ataupun Strategi Gelombang Biru di antara Bar Council dengan mana-mana pertubuhan peguam dengan institusi pengajian tinggi. Iaitu selaraskan berapa jumlah peguam yang kita hendak di negara kita. Supaya dapat membantu mereka ini apabila keluar nanti mereka berpasaran.

Jangan macam kata Yang Berhormat Putatan tadi, keluar, mereka masuk kampung, menipu orang kampung. Jadi loyar buruk. Dalam Malaysia ini sebetulnya ada kalau saya kategorikan ada empat kategori peguam. Macam ini Yang Berhormat Bukit Gelugor, dia first class. Dia saya bagi memang first class. Ini memang tidak dapat dinafikan. Ini dunia mengiktiraf. Macam Yang Berhormat Beruas, saya tengok dia second class. Yang Berhormat Bukit Katil, dia third class. Yang Berhormat Shah Alam, no class! Ini realiti.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Bintulu.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, kita berbahas habis-habisan. Saya dengar semalam sampai sekarang memang macam nampak semua kesalahan kerajaan. Saya cuma minta pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, kita ada sedar ke tidak. Ini mahasiswa mahasiswi, bila dia belajar course peguam ini, sebelum dia keluar universiti, ada pembangkang sudah masuk itu universiti kasi huru-hara segelintir punya, orang kepala sudah jadi gila. Jadi kongkalikung sebelum keluar universiti.

Sudah keluar universiti, masuk mahkamah, mintak called to the Bar. Bila called to the Bar, sudah kongkalikung terus daftar mahu cari mengadakan pejabat. Bila ada pejabat-pejabat, tidak ada meniaga. Itulah macam Yang Berhormat Putatan tadi, masuk kampung satu dunia, kongkalikung sama kampung punya. Kampung kepala pening. Termasuklah pengundi-pengundi pun kasi pening semua.

Dua, ini Bar Council kita boleh nampak, hari kali mesyuarat, bergaduh habis-habisan. Kalau ini Bar Council sendiri tidak boleh ubah suai, macam mana negara kita ada kepala betul punya, the correct right head… [Dewan ketawa] Ini Tuan Yang di-Pertua, kita pronunciation ada kurang sedikit. Janganlah sangka jahat. Ini kepala mesti fikiran baik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Jauh kurang dengar. Sebutan mesti tepat Yang Berhormat.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Okey. Terima kasih. Kepala mesti berfikiran yang baik. Kalau kepala kongkalikung punya, itu generasi muda keluar punya, diajar segelintir punya dalam politik pun macam-macam, gila-gila. Macam mana negara boleh selamat? Negara tidak dapat aman macam sekarang zamanlah. Pembangkang mahu ambil ini jadi dia punya modal. Minta generasi muda kongkalikung sama semua seluruh negara kita. So, macam mana kita Bar Council sendiri mahu pandang balik tengok. Semua orang duduk dalam profesional. Macam mana dia orang tidak boleh fikir yang terbaik.

Page 44: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

32 DR 18.10.2016

Paling mustahak kita tengok Bar Council, semua veteran, senior punya, semua

terlepas tidak mahu campur Bar Council. Saya rasa ini bermasalah. Tiga, Yang Berhormat Kinabatangan setuju tidak kalau generasi muda keluar, baru dapat Bar Council, called to the Bar, mestilah mahu ikut mana-mana pejabat peguam. Sekurang-kurangnya ada 10 tahun baru boleh keluar buat dia punya pejabat sendiri. Pasal dia baru dapat pengalaman. Baru dapat meniaga. Kalau dia go for their own office. Kita negara baru aman sedikit. Baru dia faham sedikit. Setuju atau tidak Yang Berhormat Kinabatangan?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sebahagian daripada Yang Berhormat Bintulu saya setuju tetapi yang salah sebut itu saya tidak setuju [Ketawa] Jadi, memang betul. Oleh sebab itu apabila kerajaan mencadangkan dua orang wakil duduk di Bar Council. Bar Council sudah bising. Kenapakah berlaku? Sedangkan dunia-dunia lain tidak berlaku. Oleh sebab Bar Council selama ini bukan lagi profesional dilihat. Mereka bermain politik dalam Bar Council itu sendiri, kuat main politik. Di antara mereka pun memang cantas mencantas antara satu sama lain. Jadi, kerajaan melihat demi untuk kepentingan masa depan kumpulan profesional guaman ini, maka perlu ada wakil kerajaan. Ini pun sebetulnya kita akan lihatlah dan kita akan pertimbangkan. Sebab kita tidak juga mahu dilihat ada spy dalam pertubuhan yang sebegini besar.

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: [Bangun]

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, dua orang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Putatan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Bukit Gelugor dahululah, baru Yang Berhormat Putatan.

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. This berkenaan saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Baru sahaja Yang Berhormat Kinabatangan bersentuh berkenaan dengan dua orang wakil kerajaan dalam legal profession ataupun Bar Council dan mengikut Yang Berhormat Kinabatangan ini adalah demi, saya quote atau pun hampir quote apa yang dikatakan, “...Sebab Bar Council sekarang sudah tidak profesional...”.

Itu satu persepsi Tuan Yang di-Pertua, yang kita harus mengelakkan. Ini langsung bercanggah dengan penjelasan Menteri undang-undang dan juga Peguam Negara himself yang mengatakan adalah perlu untuk wakil kerajaan itu menjadi wakil dalam Bar Council. Oleh sebab ini akan enhance-kan, dengan izin, it will enhance the good relationship between the Bar Council and the government. Itu pendirian rasmi kerajaan melalui Peguam Negara dan juga Menteri Undang-undang yang hadir hari ini.

■1240

Jadi, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi bahawa wakil-wakil tersebut adalah perlu sebab Bar Council itu adalah sudah unprofessional, itu persepsi yang bercanggah daripada pendirian rasmi kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jadi apakah perlunya kita- kenapa kita perlu buang wakil tersebut, Yang Berhormat Kinabatangan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan, saya rasa balik kepada P.M. 36(1), perkara-perkara yang dipinda dalam rang undang-undang Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ya, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Sebagai seorang wakil rakyat, kita lebih mementingkan kepentingan rakyat dan tidak semestinya kita melihat kepentingan golongan-golongan yang tertentu, Tuan Yang di-Pertua. Bukan kita tidak menghormati golongan guaman di negara kita, memang kita hormati, tetapi kalau kita melihat guaman-guaman di negara ini turun padang, turun di jalan raya berdemonstrasi, apa kata, Yang Berhormat Kinabatangan, persepsi daripada rakyat? Ini adalah...

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]

Page 45: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 33

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Shah Alam

duduk dulu. Ikut peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Shah Alam. Ini floor saya, Yang Berhormat Shah Alam. Belajar ya... [Disampuk] Jadi ini seorang pengamal undang-undang yang tersenior menjadi ketua Bersih...

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Apakah salahnya? Tidak salah.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Jadi saya mengharapkan para peguam ini boleh dilihat sebagai golongan yang dihormati oleh rakyat. Setuju atau tidak, Yang Berhormat Kinabatangan?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh saya jawab kedua-dua ini dulu, kemudian baru Yang Berhormat Shah Alam? Sebab nanti terlupa.

Ada hubung kaitnya Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Putatan iaitu bagaimana penglibatan Bar Council itu sendiri dalam pergolakan politik negara. Memang benar, sebab itu rata-rata sama ada persepsi ini apabila dipersepsikan oleh masyarakat, ia akan dibincangkan. Apabila terbincang, maka ia dijadikan sebagai satu perbincangan di mana-mana.

Oleh sebab itu saya melihat sebagai Bar Council yang profesional, harus tegas dengan organisasi mereka. Boleh berpolitik tetapi jangan libatkan Bar Council itu sendiri iaitu atas pendirian peribadi mereka. Kerajaan melihat apabila dibiarkan pergolakan ini berlaku, maka sudah tentu kerajaan sebagai badan yang diiktiraf oleh kerajaan tetapi membelakangkan kerajaan mungkin sesuatu yang luar biasa. Oleh sebab itu dicadangkan wakil itu dua orang. Sedangkan pada saya, wakil ini tidak perlu sebab Bar Council ini ia ada relation dengan kerajaan, boleh melaporkan apa pergolakan yang berlaku sendiri.

Jadi itulah antara lain, Yang Berhormat Putatan, seharusnya badan profesional di mana-mana juga mereka harus bersifat profesional dan jangan meletakkan diri mereka di jalan raya. Jalan raya ini tidak baik, banyak berlaku kejadian buruk di jalan raya. Kena langgar kereta di jalan raya, mati putus badan di jalan raya. Jadi letak badan kita ini dalam satu tahap yang tinggi. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Nombor satu, grading yang dilakukan oleh orang yang tidak ada kelas, kita pun tidak kisahlah ya.

Kedua, berhubung dengan persoalan profesionalisme ini, saya ingin menyatakan walaupun saya bukan peguam tetapi apabila seseorang itu seorang peguam dan dia melihat kerajaan telah tersimpang dan menyeleweng daripada aspek-aspek perundangan negara itu sendiri, maka sebagai seorang profesional, dia mesti bersuara. Ini tuntutan profesionalismenya. Dia tidak boleh mendiamkan diri apabila ada campur tangan eksekutif dalam persoalan keputusan mahkamah seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Beruas. Dia tidak boleh mendiamkan diri apabila dia melihat bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persempadanan baru yang bercanggah dengan panduan-panduan yang nyata yang terdapat di dalam Perlembagaan sendiri. Maka sebagai seorang peguam, dia sebagai seorang profesional, dia mesti menyuarakan pandangan profesionalnya. Kerajaan kalau kerajaan profesional, jawab hujah dengan mudah...

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Okey.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Jangan jawab hujah dengan menyebarkan satu persepsi negatif kononnya Bar Council ini tidak profesional. Sedangkan kerajaan sendiri yang tidak profesional.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kerajaan sendiri yang tidak profesional...

Page 46: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

34 DR 18.10.2016

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, terima kasih Yang Berhormat

Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Yang tidak mahu ikut undang-undang, terpaksa Bar Council, terpaksa peguam-peguam, terpaksa mantan Presiden Bar Council bersuara dan turun ke jalan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil floor yang saya beri kepada Yang Berhormat Shah Alam sebab dia menyalahgunakan kuasa.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tak ada salah...

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Cerita tidak betullah.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tak ada salah dari sudut profesionalisme seorang peguam untuk turun ke jalan raya. Hak turun ke jalan raya adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan untuk seluruh rakyat...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini semua hujah, bukan bertanya.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Sama ada peguam ataupun tidak peguam ya.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Okey, duduk. Duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Kinabatangan, kalau hendak berhujah hendak kata tidak profesional, nyatakan di mana. Yang tidak profesional itu macam mana? Tuan Yang di-Pertua, yang tidak profesional ini macam terima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi. Itu tidak profesional, itu tidak profesional... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang simpan ratusan juta dalam kabinet di rumah, itu tidak profesional. Akan tetapi kalau peguam dia bangun, dia bersuara, dia berhujah dari sudut undang-undang...

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Mana betul.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Itu profesional kelas nombor satu. Dan turun ke jalan menuntut kerajaan patuh kepada undang-undang... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, cukup Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Itu profesional yang nombor satu. Minta maaflah, Yang Berhormat Kinabatangan. Baik, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat Kinabatangan, sekali lagi saya minta untuk tumpu kepada pindaan-pindaan yang dibuat dalam rang undang-undang.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, saya nak gulung, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Yang Berhormat Kinabatangan, itu Yang Berhormat Shah Alam, apa kita mahu beri naik taraf Bar Council itu semua, macam mana mahu baiki, dia tidak setuju. Macam dia profesional. Akan tetapi saya mahu tanya Yang Berhormat Kinabatangan, dia kerja dulu pergi orang punya tempat pekerja bekerja, itu site semua pergi ‘pow’ itu semua macam mana?

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, apakah punya tuduhan macam ini? Kalau betullah tuduhan itu, bawalah, buatlah laporan dekat SPRM. Buatlah laporan, janganlah tuduhan-tuduhan macam ini tidak habis-habis. Dia tidak ada bahan, tidak ada point, tidak ada modal. Kongkalikung... [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Okey, saya tidak hendak komenlah Yang Berhormat Bintulu punya- Yang Berhormat Shah Alam pandai-pandailah sendiri.

Page 47: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 35

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat,

balik kepada pindaan, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, saya memang fokus saya untuk pindaan ordinan ini iaitu memang saya tidak mahu jawablah Yang Berhormat Shah Alam, sebab kalau kita jawab, dia lagi mahu cakap lagi. Biar dia bercakap di luar [Ketawa]

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Dia punya cerita bukan betul.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi oleh sebab itu, saya mengesyorkan supaya Dewan ini mempertimbangkan ordinan pindaan ini untuk mempermudahkan organisasi profesional perguaman di Sabah menyelaras anak-anak didik mereka, peguam-peguam di Sabah khususnya dalam menghadapi situasi yang makin mencabar dari semasa ke semasa.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong agar ordinan ini dapat diterima. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang.

12.48 tgh.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya juga berterima kasih kerana diberikan peluang untuk berbahas mengenai rang undang-undang berkaitan dengan Ordinan Peguam Bela (Sabah) ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, apabila kita bercakap tentang rang undang-undang ini, bercakap tentang law ini- it starts from legal education. Saya berasa amat kecewa kerana masih ada lagi universiti-universiti di negara kita ini yang menawarkan kursus undang-undang yang tidak dapat diiktiraf oleh kerajaan. Seperti mana yang dibangkitkan- saya sudah bangkit banyak kali dan juga semalam sudah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ketua Pembangkang tentang contohnya USIM yang menyediakan kos undang-undang yang tidak diiktiraf oleh Bar Council yang menyebabkan mereka tidak boleh praktis.

Ini sebab, apabila kita ambil ijazah undang-undang ini, sudah tentu antara lain kita berjuang untuk menjadi seorang peguam. Itulah hasrat ibu bapa. Dan dia boleh praktis bukan hanya di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Jadi kalau kita menyediakan satu course yang tidak diiktiraf, ia akan menyebabkan mungkin mereka tidak layak untuk menjadi ahli kepada peguam. Untuk membuat chambering pun mereka mungkin tidak layak.

■1250

Jadi saya harap kerajaan dapat mengambil satu pendirian yang tegas supaya mana-mana universiti yang hendak menyediakan satu kursus undang-undang agar dapat menyediakan satu kursus yang dapat diiktiraf oleh kerajaan. Itu yang pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar hujah-hujah daripada sebelah sana, saya mendapati bahawa saya macam dengar Donald Trump bercakaplah. Ia mungkin lantang tetapi tidak ada isi. Ya, kalau kita tengok Hillary Clinton bercakap dan sebagai seorang peguam nampak bercakap dengan nada yang begitu baik dan juga poin-poin yang begitu baik. Akan tetapi apabila dengar daripada Barisan Nasional ini, kita macam dengar Donald Trump beretorik, sama sahaja. Tidak ada beza... [Tepuk] Minta maaf ya, saya tak, saya bukan- saya cakap ini benda realiti.

Tentang ordinan ini, bagi saya, saya menyokong daripada segi kita ada satu ordinan untuk memastikan bahawa peguam-peguam ini kalau mereka ada melakukan misconduct ya, Tuan Yang di-Pertua, dia akan diambil tindakan. Persoalan yang saya ingin kemukakan, bagaimana dengan misconduct yang dilakukan sebelum ini sebab saya berasa hairan kerana kenapa baru sekarang ordinan seperti ini diadakan sedangkan profesion guaman di Sabah telah lama ada di Sabah. Jadi seolah-olah rakyat yang mungkin ditipu oleh peguam tidak ada satu venue untuk mereka mengemukakan aduan itu. Itu yang kedua. Jadi saya tanya, adakah akta ini juga terpakai secara retrospektif, secara ke belakang supaya kita dapat mengambil juga tindakan kepada peguam-peguam yang mungkin ada masalah daripada segi terlibat dengan misconduct dan sebagainya. Itu yang kedua.

Page 48: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

36 DR 18.10.2016

Ketiga, saya juga mengucapkan tahniah kerana walaupun ordinan ini telah

dibentangkan di sini, tidak ada satu pun dalam ordinan ini memasukkan bahawa ada wakil kerajaan akan dimasukkan dalam law society. Ini satu kejayaan. Jadi saya harap hasrat kerajaan untuk memasukkan wakil kerajaan, dua orang peguam mewakili kerajaan dalam legal profession ini, dalam Bar Council itu dihentikanlah. Janganlah kacau. Saya rasa Bar Council ini telah memainkan peranannya dengan begitu baik dan mereka telah bercakap, telah mendidik rakyat dengan undang-undang. Mereka mengadakan contohnya roadshow berkaitan dengan constitution dan sebagainya. Ini kita patut jadikan tabik pada Bar Council bukan kita makin hendak cengkam, hendak pengaruhi, hendak control Bar Council. Cukuplah kita sudah control rakyat Malaysia ini dengan pelbagai undang-undang yang draconian. Janganlah kita hendak control juga peguam.

Oleh sebab Bar Council ini mereka peguam-peguam yang boleh berfikir secara independent. Mereka tidak perlu ada lagi wakil kerajaan. Wakil kerajaan menyibuk sahaja dalam itu. Tidak perlu ada pun. Mereka sudah cukuplah kerajaan ini, mereka tidak ada kerja lain dah. Buat apa hendak kacau Bar Council. Saya rasa Bar Council mereka memberikan kenyataan tentang undang-undang setelah mereka mengkaji dari pelbagai sudut. Sebenarnya mereka bukan suka-suka hendak buat kenyataan sebab apa yang ditakrif itu boleh terdedah kepada implikasi-implikasi undang-undang-undang.

Jadi saya harap pihak kerajaan seharusnya bersikap lebih terbuka daripada segi menerima kritikan-kritikan daripada Bar Council ini. Mungkin kalau kita terbuka, kita masih menerima, dia mungkin memberikan kebaikan kepada kerajaan sendiri. Contohnya mereka fokus kepada kes Anwar Ibrahim, sebagai contoh. Sebab mereka melihat perbicaraan itu, tidak payah cakap Bar Council lah, even budak-budak sekolah pun tengok perbicaraan Anwar Ibrahim itu mereka tidak boleh terima dengan keadilan yang sebegitu, yang memalukan bukan sahaja Malaysia tetapi memalukan seluruh dunia.

Jadi tidak payah nak marah Bar Council lah, kita tengok budak sekolah. Anak saya sekolah pun dia tengok...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Beruas bangun, Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya? Silakan Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingin dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Sepang. Memang di bawah Legal Profession Act, section 42, objektif utama dan pertama dalam seksyen ini, dengan izin, saya baca dalam bahasa Inggeris, “The purpose of the Malaysian Bar shall be to uphold the cause of justice without regard of its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour”.

Betulkah Yang Berhormat Sepang bahawa apa tindakan yang telah dilakukan oleh Malaysian Bar ini adalah demi keadilan? Selagi ia untuk keadilan, ia di bawah skop dan tanggungjawab yang dibebankan atas Malaysian Bar ini untuk laksanakan kerana undang-undang memerlukan Malaysian Bar to uphold the cause of justice. Jadi boleh bagi pandangan, adakah apa mereka buat ini memang dalam skop dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh undang-undang?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya setuju dengan apa jua Yang Berhormat Beruas. Sebenarnya mereka bukan sahaja menjalankan amanah tetapi mereka juga menjalankan tugas without fear and favour. Jangan kita membuat satu kesimpulan seolah-olah Bar Council ini hanya kritik kerajaan sahaja. Mereka juga mengkritik para pembangkang. Perbezaannya, pembangkang boleh menerima dengan terbuka kritikan Bar Council, kerajaan tidak boleh terima dengan terbuka. Itu sahaja bezanya. Kita dikritik. Kerajaan Selangor dikritik, kerajaan Pakatan dikritik Bar Council, ada setengah Ahli Parlimen juga dikritik oleh Bar Council tetapi kita bersedia menerima. Bagi kita, mereka ini golongan profesional yang bercakap atas dasar profesionalisme juga.

Kita tidak ada hasad dengki dan marah pada mereka. Jadi saya harap kerajaan bersikap terbuka daripada segi menerima kritikan ini. Cukuplah dah cengkam rakyat di bawah ini, janganlah hendak cengkam juga para peguam. Sebab kita kena ingat the first three Prime Ministers dari Malaysia ini, daripada UMNO juga peguam.

Page 49: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 37

Apabila kita cuba hendak cengkam peguam ini, seolah-olah kita undermined the

three Prime Ministers yang juga berkelulusan undang-undang ini. Jadi saya harap ada satu perubahan daripada segi paradigma daripada kerajaan supaya mereka tidak bermusuh dengan Bar Council ini. Ya, silakan Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Baik, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya tertarik dengan perbahasan mengenai usaha untuk mencengkam walaupun belum masuk dalam isu ini tetapi disebut. Saya merasakan oleh kerana kemungkinan kerajaan sendiri tidak boleh terima teguran-teguran. Dia pun sedar bahawa apa yang dia buat pun tidak berapa betul, maka hendak cengkam dan hendak halang daripada teguran-teguran itu dibuat atas nama Bar Council dan sebagainya, atas nama Majlis Peguam yang mempunyai satu kedudukan yang begitu baik dan dihormati.

Maka cadangan untuk meletakkan dua orang wakil dalam Majlis Peguam itu merupakan satu tindakan politik, campur tangan politik, kepentingan politik yang akan menjejaskan profesionalisme yang kononnya tidak ada sekarang ini. Maka dia guna hujah tidak ada profesionalisme tetapi tindakan dia sebenarnya itulah yang akan mewujudkan keadaan yang mana profesionalisme yang sebenarnya tidak dapat dihayati dan dilaksanakan. Apakah pandangan Yang Berhormat Sepang?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Walaupun beliau bukan seorang yang berkelulusan undang-undang, tetapi nampak ada class lah berbanding dengan Ahli Parlimen yang saya...

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: ‘Class’ apa? Cakap sedikitlah Yang Berhormat Sepang.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya?

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Minta sedikit.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini nampak sahaja jurusan undang-undang tetapi tidak ada class ini.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: You lagi tidak ada class.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan pada Yang Berhormat Setiu?

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang Berhormat Sepang ini memang macam itulah. Dia hendak kalau yang dia cakap itu, orang dengar semua.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya, sila jalan, sila jalan.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Itu yang macam-macam berlaku pada dia itu. Tak, sekarang ini, Yang Berhormat Sepang bercerita pasal wakil daripada kerajaan dalam Bar Council. Akan tetapi dalam pindaan kita pada hari ini, dalam Board itu, ada tidak wakil daripada kerajaan? Yang saya nampak dalam Board ini hanya bekas hakim, seorang sebagai chairman, tetapi yang lain-lain semua daripada presiden, naib presiden dan enam orang lagi peguam-peguam.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Yang Berhormat Setiu, saya faham.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Itulah, belum habis lagi, sudah hendak faham dah. Sebenarnya maknanya kita bercerita pasal pindaan hari ini, pindaan-pindaan kepada rang undang-undang yang hari ini. Kenapakah kita hendak pergi melilau jauh sangat?

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Ini peringkat dasar. Allah. Tak faham-faham.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Ini, masalah dasar kena faham 36(1) juga. Peraturan kena faham. Masalah peraturan, dia langgar semua, dia hendak langgar ini. Undang-undang hendak langgar. Cakap hendak menegakkan undang-undang, keadilan.

Page 50: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

38 DR 18.10.2016

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, dia...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ini undang-undang pindaan, Yang Berhormat. Undang-undang pindaan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, terima kasih.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Akan tetapi di Parlimen, langsung tak nak ikut peraturan. Ini masalah besar terutama daripada yang inilah ya.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, terima kasih Yang Berhormat Setiu. Itu yang saya hairan. Kalau betul nak sangat masukkan wakil kerajaan, masukkan dekat sini kalau hendak sangat. Akan tetapi ini tak nak masuk, tiba-tiba Bar Council hendak masuk. Makna menunjukkan sudah ada perkiraan politik. Sebab apa? Bar Council ini bertanggungjawab pada Peninsular, sudah tentulah BN takut kalah di Peninsular ini sebab itulah mereka hendak juga wakil kerajaan masuk Peninsular.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, beralih kepada pindaan, Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ha, yang ini nampak ada, ada ini. Kalau betul- Yang Berhormat Setiu kena fahamlah, baca rang undang-undang ini, baca juga surat khabar, baca juga kenyataan akhbar daripada Menteri, daripada semua orang.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Sekarang kita kena bahas rang undang-undang. Kenapakah tak tengok rang undang-undang? Saya pun tahu tentang rang undang-undang. Masalahnya Yang Berhormat Sepang sudah melilau jauh. Tidak mengikut apa yang sepatutnya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, memang betul. Sebentar Yang Berhormat. Saya rasa isu dua orang wakil dalam Bar Council tidak terlibat dalam pindaan.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Tidak timbul. Ini yang saya cakap Yang Berhormat Sepang tidak faham.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: So, sebab itu saya tegur, balik kepada pindaan-pindaan yang disebut dalam rang undang-undang ini. Setakat itu sahaja perbahasannya, Yang Berhormat.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Ha, dalam undang-undang tidak sebut langsung.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akui memang tidak secara langsung apa ini dimasukkan ke dalam ini tetapi dia adalah relevan kerana dia adalah berkait. Sebab isunya adalah independence. Kalau kita hendak...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sebab itu kita ada 36(1), dia cakap. Pindaan-pindaan sahaja yang boleh dibahas.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Betul. Saya kata 36(1) itu, jangan daripada yang literal sahaja. Tuan Yang di-Pertua, jangan baca yang literal sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tak payahlah Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Masalah macam Yang Berhormat Setiu ini dia baca undang-undang itu literal. Yang undang-undang ini mesti must be read literally cooperative, yang banyak kaedah... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak payah buat judgement kepada orang, Yang Berhormat.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Apakah yang literal? Kalau you baca undang-undang, apakah yang literal dalam 36(1)? Apakah yang literal dalam 36(1)? Apakah yang kamu faham 36(1)?... [Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: We must understand how to read the law lah. Come on lah. Apalah.

Page 51: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 39

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, panjang lagi Yang

Berhormat? Kita sambung petang Yang Berhormat. Sudah habis.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Sebab kamu hendak bermain politik. Inilah masalah dia.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Dah, dah.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Betul-betullah kalau berbahas. Jangan mengata orang. Kalau kita sendiri pun tak bagus, jangan cakap orang lain tak bagus, memburukkan orang lain.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Persoalannya ialah independence of any law society, Bar Council, shouldn’t be compromised. Itu isunya. The government has to support not to interfere. We oppose any form of interference, subtle atau pun direct, tidak ada. Ini kita memang tidak boleh terima. Bagi kita, kalau kerajaan tidak bersedia untuk memasukkan wakil kerajaan dalam law society ini, kenapakah ada cadangan untuk memasukkan dalam Bar Council? Itu persoalannya.

Ini menunjukkan bahawa ada perkiraan politik di sini. Saya rasa Bar Council kah atau pun sama ada law society kah, kita seharusnya respect tugas mereka. Mereka ini bukan buat kerja berdasarkan suka, apa kata orang, apa sahaja yang mereka hendak buat, mereka buat. Mereka juga tertakluk kepada undang-undang. There is a governing law yang control mereka. Jadi kita tidak perlu takut mereka tersasar daripada landasan mereka kerana mereka ada undang-undang yang mengawal mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Jadi isu saya ialah saya setuju secara prinsip bahawa kita perlu ada satu law society yang kita empower dia, supaya dia boleh ada kuasa untuk mengambil tindakan disiplin kepada peguam-peguam yang terlibat dalam kes-kes yang misconduct dan sebagainya.

Akan tetapi dalam masa yang sama saya juga harap supaya I have agreed Tuan Yang di-Pertua, supaya satu hari nanti peguam-peguam di Malaysia ini kita boleh practice di mana-mana sahaja dekat Malaysia ini tanpa mengira di Sabah ke atau di Sarawak seperti mana peguam Sabah boleh practice di Semenanjung. Kita juga harap kita bukan sekadar terima sebagai ad hoc sahaja. Sekarang ini, pindaan ini seolah-olah foreign firm dan foreign lawyer lebih diberikan keutamaan daripada lawyer di Semenanjung.

Kalau kita sebagai peguam, saya hanya boleh appear hanya dekat Labuan sahaja tetapi Sabah dan Sarawak saya kena dapat special apa yang dipanggil special ad hoc punya admission. Seolah-olah kita ini bukan rakyat Malaysia. Jadi kita harap kalau kita boleh terima foreign lawyers, foreign firms, kenapa kita tak boleh terima peguam-peguam Semenanjung? Saya bukan mengatakan- memanglah dia punya matlamatnya ialah is rice bowl lah tentang pendapatan tetapi...

Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Yang Berhormat Sepang, sedikit?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sorry, sorry.

Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Okey.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Jadi bagi saya, saya secara prinsip, saya haraplah mesti ada satu tindakan secara gradual untuk memastikan peguam-peguam di Malaysia ini boleh practice di mana sahaja supaya kita dapat juga share experience peguam Semenanjung ini di Sabah dan Sarawak.

Akan tetapi secara- saya juga akuilah yang sebenarnya Sabah Sarawak ini walaupun mereka agak banyak juga dianaktirikan dibandingkan dengan Semenanjung, tetapi sebenarnya daripada segi legal lah ya, daripada segi mahkamah dan sebagainya, mereka lebih advanced.

Page 52: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

40 DR 18.10.2016

Mereka lebih IT friendly. Pengalaman saya appear depan hakim di Sabah dan

Sarawak ini, mereka lebih up to date dan mereka lebih nampak berani, lebih independent. Oleh sebab itu dalam kes contohnya sebutan semula, ada hakim di Sabah dan Sarawak itu ada yang berani buat keputusan, challenge keputusan SPR.

Akan tetapi saya lihat di Semenanjung ini, hakim-hakim lebih rasa tertekan sebab sekiranya mereka buat keputusan yang mungkin baik, yang mungkin mematuhi undang-undang dan peraturan, human rights, mereka mungkin tidak naik pangkat seperti Hakim Dato’ Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang buat keputusan condemn ISA. Lepas itu tidak naik pangkat berapa lama.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Habiskan Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, saya rasa itu sahaja. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. saya menyokong secara prinsip tetapi saya harap ada perubahan-perubahan yang lebih baik lah supaya peguam ini dapat kita jadikan sebagai satu profesion dan juga dapat meng-empower lagi law society itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang]

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

■1430

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ada yang minat lagi? Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor, Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim, sila.

2.33 ptg.

Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela Sabah (Pindaan) 2016 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat daripada segi statistik pengamal undang-undang di Malaysia, saya mendapati ia meningkat dari tahun ke tahun.

Setakat 7 Mac 2016 di Malaysia mempunyai seramai 16,414 orang pengamal undang-undang yang berdaftar berbanding 15,896 orang pada tahun 2015. Peningkatan ini menunjukkan bahawa profesion guaman ini masih menjadi pilihan utama khususnya di kalangan generasi muda. Ini kerana masih ramai rakyat Malaysia yang berhasrat dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang.

Di Malaysia sahaja saya mendapati lebih daripada tujuh buah institusi pengajian tinggi khususnya yang memberikan pengajaran ataupun Fakulti Undang-undang di negara kita. Saya lihat apabila bercakap tentang soal lambakan, sudah tentunya ia juga menimbulkan kebimbangan terutama bagaimana standard piawai yang harus diketengahkan di kalangan pengamal-pengamal undang-undang yang lebih senior untuk memastikan standard itu dapat diterjemahkan bagi setiap kurikulum yang diajar khususnya di institusi-institusi pengajian tinggi yang memberikan pengajaran undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, bila melihat tentang peguam ataupun pengamal undang-undang, peguam dilihat sebagai pemegang amanah kepada anak guamnya. Para peguam berperanan dalam menasihati anak guam, dalam pelbagai urusan perundangan termasuklah prosiding perceraian, jual beli hartanah, pengambilan anak angkat, kontrak, isu-isu cap dagang, prosiding jenayah dan juga prosiding sivil.

Page 53: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 41

Para peguam juga adalah orang yang berperanan dalam mendraf dokumen-

dokumen undang-undang, menjadi perunding kepada kontrak bagi anak guam dan juga mewakili anak guamnya untuk menghadiri prosiding mahkamah.

Namun demikian, seiring dengan peningkatan jumlah pengamal undang-undang pada hari ini, etika perguaman juga harus dititikberatkan khususnya di kalangan peguam-peguam. Saban hari media melaporkan pelbagai kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan pengamal undang-undang ini termasuk juga peguam.

Pada 3 Mac 2016 yang lalu media telah melaporkan seorang peguam telah didakwa atas kesalahan pecah amanah melibatkan kes penipuan sebanyak RM9 juta. Pada kes yang lain pada tahun 2015 seorang peguam telah didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang tunai bernilai RM73,450 bagi kegunaan peribadi. Sebagai golongan yang sentiasa diamanahkan dengan pelbagai kepentingan sewajarnya peguam menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Hal ini amat membimbangkan dan perlu dikekang habis-habisan untuk mengekalkan keyakinan orang awam terhadap peguam-peguam di Malaysia.

Di sini saya ingin mencadangkan tentang bagaimana untuk mempertingkatkan lagi tahap integriti di kalangan peguam dan pengamal undang-undang. Tentunya satu modul kesedaran mengenai integriti ini boleh diwujudkan di mana pihak pengamal undang-undang boleh mendapatkan pandangan-pandangan khususnya daripada segi saya bagi contoh SPRM ataupun Institut Integriti, bagaimana untuk mempertingkatkan lagi soal integriti terutamanya di kalangan penuntut-penuntut dan juga mereka yang diberikan peluang untuk berlatih dalam kamar selama sembilan bulan itu. Ini sebagai contoh untuk memastikan bahawa nilai-nilai etika itu dapat diterjemahkan khususnya apabila peguam-peguam ini berada di lapangan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga sudah maklum bahawa sesi ataupun daripada segi profesion guaman di Sabah hanya peguam yang bermastautin di Sabah atau yang mempunyai kelayakan sahaja yang boleh menjalankan amalan guaman di negeri Sabah ini. Dalam melahirkan pengamal undang-undang yang beretika di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan juga di Sarawak para pelatih dalam kamar khususnya perlu diberikan pendedahan yang menyeluruh kepada ilmu kepeguaman. Hal ini merangkumi etika berpakaian ke mahkamah, menghadiri kes-kes di mahkamah, dalam keadaan yang lebih bersedia dan peka terhadap budi bahasa dan adab ketika berada di dalam mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu bagi mengatasi masalah ini saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, mungkin sudah sampai masanya sebuah akademi undang-undang atau institusi pengajian tinggi perlu mewujudkan modul yang bersamaan bagi elemen persediaan untuk menjadi seorang peguam. Pendedahan sebenar seorang peguam ini harus sepatutnya diberikan kepada pelajar undang-undang sebelum mereka menamatkan pengajian. Di samping soal piawaian standard sebelum mereka berada di lapangan tetapi juga persediaan untuk menjadi seorang peguam ini juga harus diterjemahkan lebih awal lagi sewaktu mereka menuntut di institusi pengajian tinggi awam.

■1440

Tidak dapat dinafikan juga, semua pelajar yang berhasrat untuk menjadi peguam perlu menghabiskan latihan dalam kamar selama sembilan bulan atau 12 bulan. Namun begitu, tempoh latihan tersebut adalah sangat singkat bagi saya, tidak mencukupi dan tiada penempatan khusus misalnya perkara-perkara yang perlu dikuasai kepada pelatih-pelatih ini. Justeru itu pada hemat saya, dengan adanya akademi undang-undang ini, ini perlu untuk mendedahkan para pelajar dengan semua bidang amalan undang-undang secara keseluruhannya sebelum mereka menjalani latihan dalam kamar.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu...

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun]

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Sila Yang Berhormat Bagan Serai.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila.

Page 54: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

42 DR 18.10.2016

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya mendengar dengan teliti perbahasan awal Yang Berhormat Kuala Selangor menceritakan tentang apa yang dah jadi pada peguam-peguam sekarang ini. Dah cerita peguam-peguam menyalahgunakan wang, peguam-peguam macam menipulah kalau begitu.

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Dulu kita tidak dengar cerita peguam-peguam macam ini. Dulu-dulu masa saya ingat peguam-peguam ini orang yang kita percaya. Jadi sejauh mana kebolehpercayaan kita pada peguam-peguam. Dalam Dewan ini pun ramai peguam, lebih ramai daripada doktor. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor, apakah yang kerajaan patut buat? Kenapakah peguam sekarang jadi begini? Peguam sekarang dah jadi begini, salah guna duit, peguam pula kita tidak boleh percaya. Kita jumpa peguam, kita percaya pada peguam, rupanya dialah kepala untuk curi duit berjuta-juta. Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai sudah tentunya menimbulkan satu perkara yang harus difikirkan secara bersama. Bukan hanya jangan disabitkan kepada institusi atau profesion peguam semata-mata tetapi profesion-profesion lain juga harus menjadi kajian yang harus diberikan keutamaan.

Pada hemat saya, bila menyebut tentang isu-isu yang saya bangkitkan sebentar tadi. Soal etika ini yang harus kita pertingkatkan, soal integriti ini juga harus dijadikan penekanan kerana pada hemat saya, dengan sebagaimana yang dinyatakan lambakan demi lambakan kerana minat generasi muda. Apabila mereka melihat bagaimana golongan yang lebih senior beraksi sama ada di mahkamah ataupun dalam filem-filem yang mereka tonton, minat itu datang untuk menjadi peguam. Jadi sudah tentunya bila adanya minat perlu dicampurkan dan juga disusuli dengan soal etika khususnya dalam menjadi seorang peguam yang mempunyai profesion yang diangkat khususnya di kalangan rakyat.

Jadi sebab itu dalam hemat saya, sudah tentu sudah sampai masanya bukan hanya dari segi akademi ini juga dijadikan teras tetapi modul yang boleh digabungjalinkan sama ada dengan Institut Integriti Negara ataupun dengan pihak SPRM boleh gabungkan untuk memberikan lebih pemahaman supaya kita tidak mahu nanti pada masa akan datang bila setiap undang-undang yang dilakukan ataupun undang-undang yang diperkenalkan akan wujud ketirisan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya ingin mencadangkan dengan adanya Akademi Undang-undang ini diletakkan khususnya di bawah Lembaga Kelayakan Profesion Perundangan yang mana pada hemat saya lembaga ini telah mempunyai pelbagai komposisi yang mana dipengerusikan oleh Peguam Negara dan ada juga di kalangan ahlinya bukan hanya dari segi Majlis Peguam tetapi juga dari segi dekan-dekan fakulti-fakulti undang-undang yang ada. Sudah tentu dengan adanya akademi ini boleh dijadikan sebagai satu teras untuk kita melatih khususnya generasi muda terutama sekali mereka yang menjadi penuntut di universiti ataupun di kolej-kolej yang memberikan pengajian perundangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, apabila merujuk kepada Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela Sabah (Pindaan) 2016 ini, saya melihat cadangan-cadangan pindaan yang telah dibentangkan adalah suatu penambahbaikan kepada Ordinan Peguam Bela Sabah yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua boleh merujuk kepada pindaan-pindaan tersebut. Saya merujuk kepada fasal 6 dalam rang undang-undang tersebut telah menyatakan secara spesifik mengenai kelayakan penerimaan seseorang yang berhasrat untuk mengamal undang-undang. Hal ini dijelaskan dengan terperinci bahawa para pelatih dalam kamar perlu memilih master atau pengajarnya yang telah beramal selama tujuh tahun. Ini merupakan satu penambahbaikan dalam memberikan peluang kepada para pelatih dalam kamar ini untuk menimba ilmu dengan pengamal undang-undang yang lebih berpengalaman.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut melihat cadangan pindaan seperti dinyatakan dalam fasal 7 suatu penambahbaikan yang sangat relevan dengan keadaan semasa dalam rang undang-undang ini. Pindaan ini akan membenarkan para pelatih dalam kamar untuk hadir ke mahkamah bagi menjalankan tindakan guaman atau perkara-perkara di hadapan pegawai-pegawai kehakiman yang disenaraikan.

Page 55: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 43

Pindaan ini juga akan membuka ruang kepada para pelatih dalam kamar untuk

belajar dunia guaman yang sebenar dan akan membantu para pelatih untuk memahami etika sebagai seorang peguam di mahkamah. Harus diingatkan untuk menjadi seorang pengamal undang-undang yang beretika, proses pembelajaran tidak hanya tertakluk kepada pemerhatian atau observation, dengan izin, semata-mata namun lebih baik para pelatih diberikan ruang dan peluang bagi mereka didedahkan dengan menghadiri dan menjalankan tindakan atau sebutan dengan sendirinya.

Selain daripada itu, para pelatih juga akan mendapat pendedahan dan mereka akan lebih yakin dan berani untuk tampil di hadapan mahkamah selepas tamat tempoh latihan kelak. Selain daripada itu, saya juga turut menyokong fasal 10 yang dinyatakan dalam rang undang-undang yang memperuntukkan penubuhan Pertubuhan Undang-undang Sabah atau, dengan izin, Sabah Law Society untuk menjadi wakil dan badan kawal selia untuk profesion guaman di Sabah.

Sebelum ini, Persatuan Peguam di Sabah adalah hanya nama Persatuan Undang-undang Sabah atau Sabah Law Association (SLA) yang mana ia tidak mengawal selia pengeluar pengeluaran sijil tahunan atau annual certificate, dengan izin, para peguam di negeri Sabah. Pindaan ini juga akan membenarkan pertubuhan undang-undang ini untuk mengeluarkan sijil tahunan kepada pengamal undang-undang dan untuk membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia pengeluaran sijil tahunan para peguam seperti dinyatakan dalam seksyen baru 7C.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Putatan, sila.

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada Persatuan Tatana Sabah yang melihat di atas yang diketuai oleh Tan Sri Wincus Agam di atas... [Tepuk]

Yang Berhormat sahabat saya Kuala Selangor, terima kasih kerana menyokong...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang sebelah kanan saya tidak dialu-alukan?

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Juga pihak peguam-peguam dari negeri Sabah... [Tepuk] Yang diketuai oleh Datuk Stephen Foo.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang di atas?

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang di atas itu, semua saudara yang datang ke sini, selamat menyambut hari jadi Parlimen. Hari ini ...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Menyampuk]

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Bandar Kuching diam-diamlah. Yang Berhormat Rasah hari jadi, hari jadi Yang Berhormat Rasah.

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ya, Yang Berhormat Rasah punya hari jadi... [Dewan riuh] Selamat hari jadi Yang Berhormat Rasah [Tepuk] Ya, itu Yang Berhormat Bandar Kuching, kucing meow-meow boleh.

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya amat bersetuju dengan syarahan Yang Berhormat Kuala Selangor soal dengan pindaan pertubuhan undang-undang di negeri Sabah. Saya melihat perkara yang diutarakan oleh Yang Berhormat tadi itu amat tepat sekali. Saya ingin minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat, soal badan yang diwujudkan untuk membantu graduan-graduan dalam bidang undang-undang yang tidak dapat pekerjaan langsung dan juga sukar untuk diserap kepada firma-firma guaman. Jadi adakah satu cadangan Yang Berhormat sebagai orang muda yang handsome dapat membantu lambakan graduan-graduan kita ini. Minta sedikit pendapat daripada Yang Berhormat Kuala Selangor.

■1450

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ini orang muda yang baru dapat Dato’ Sri dan PhD. Tahniah... [Tepuk]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Tuan “haji” sekali.

Page 56: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

44 DR 18.10.2016

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ha! “Tuan

Haji” sekali.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan atas pujian tersebut. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Yang Berhormat Rasah dan saya hendak memberikan pandangan saya tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan sebentar tadi.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan di awal perbahasan saya kerana saban hari jumlah pengamal undang-undang meningkat dengan drastik dan apabila melihat tentang peningkatan ini, bagi saya tiada isu yang mana setiap graduan yang tamat menuntut undang-undang di mana-mana institusi untuk tidak mendapat pekerjaan. Kebanyakannya mendapat pekerjaan cuma bagaimana ia harus diterjemahkan apabila ia seiring dengan lambakan tersebut dan juga seiring dengan soal kod piawaian ataupun standard yang telah dinyatakan oleh beberapa orang Ahli Parlimen.

Sehubungan dengan itu, saya melihat mungkin sudah sampai masanya kerana di peringkat institusi yang tertinggi iaitu Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang yang mana lembaga ini bertujuan untuk memastikan daripada segi kurikulum dan kualiti dalam setiap institusi pengajaran ataupun ilmu undang-undang itu harus memenuhi piawaian yang ditetapkan. Apabila menjurus kepada bakal-bakal graduan, pada hemat saya sudah tentunya cadangan yang saya utarakan iaitu untuk mewujudkan sebuah akademi undang-undang diletakkan di bawah Lembaga Kelayakan supaya ia boleh menggabungkan semua institusi yang ada di bawah satu bumbung dan menggunakan kurikulum yang sama yang mana kurikulum ini juga harus mendapat pandangan daripada pengamal-pengamal undang-undang yang lebih senior dan berpengalaman.

Di samping juga pandangan daripada pihak kehakiman dan di samping itu juga mendapatkan pandangan daripada golongan-golongan teknokrat ataupun korporat bagi memastikan persediaan kepada bakal-bakal graduan ini benar-benar cukup apabila mereka berada atau menjadi pelatih di bawah seliaan pengamal undang-undang yang jauh lebih senior. Ia kerana pada hemat saya, tidak perlu dibina bangunan tetapi menggabungkan yang mana daripada segi model itu digabungkan di bawah satu bumbung, yang mana Lembaga Kelayakan memantau sendiri daripada segi kualiti pengajaran, kurikulum yang bersesuaian dan di samping itu juga bagaimana pendedahan dapat diberikan selama tempoh mungkin sembilan bulan ataupun setahun bila akademi ini dapat diwujudkan.

Jadi ini pandangan saya kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan kerana bagi saya ia harus digerakkan kerana minat generasi muda semakin hari semakin meningkat kepada amalan untuk menjadi seorang peguam di negara kita. Saya lihat lebih-lebih lagi generasi muda kali ini kalau saya lihat di UiTM sebagai contohnya tempat yang mana saya pernah mengajar di Fakulti Undang-undang, rata-ratanya minat itu semakin bertambah di kalangan generasi perempuan, generasi wanita kerana bila saya tanya mereka kenapa minat belajar undang-undang, mereka kata ini ilmu yang boleh mereka gunakan apabila mereka berkahwin nanti. Saya pun tak dapat penjelasan lebih banyak lagi tetapi ini antara poin yang dibangkitkan untuk mereka buat persediaan kerana dalam dunia yang penuh bermaklumat ini, mereka ada eagerness itu, dengan izin, untuk menjadi seorang pengamal undang-undang.

Jadi saya lihat ini satu perkembangan yang positif, sebagai contoh di universiti-universiti yang ada dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Bila merujuk kepada fasal 19, ini saya lihat antara satu fasal yang sangat relevan kerana ia menggariskan secara terperinci mengenai kesalahan dan hukuman tatatertib. Hal ini akan menjadikan profesion peguam akan sentiasa dipandang baik oleh masyarakat sekelilingnya dan kerana saya lihat ini sangat penting, saya ingin mencadangkan kerana sudah sampai masanya bila merujuk tentang soal integriti sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai sebentar tadi.

Pada mereka yang melakukan kesalahan, tidak cukup hanya ditarik balik lesen ataupun sijil tahunan mereka tetapi perlu diuar-uarkan sama ada di khalayak umum atau pun diuar-uarkan di mana-mana tempat yang bersesuaian sebagai satu pengajaran agar ia tidak akan berlaku pada mana-mana pihak yang lain. Mungkin dalam website ataupun dalam laman media boleh dipaparkan mereka yang mengamalkan kesalahan ini supaya ia akan menjadi satu pengajaran juga kepada mereka yang menjadi pengamal undang-undang khususnya peguam pada masa akan datang.

Page 57: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 45

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan. Dengan

adanya pindaan rang undang-undang atau rang undang-undang ini, saya ingin bertanya sama ada bolehkah pengamal undang-undang atau peguam yang mempunyai syarikat guaman di Semenanjung boleh membuka syarikat guamannya di Sabah nanti kerana ini ada beberapa persoalan yang telah diminta kepada saya untuk memanjangkannya di Parlimen. Ini kerana sebagai contoh, sekiranya apabila individu-individu ini ingin membuka cawangannya di Sabah, adakah dengan pindaan rang undang-undang ini membenarkan nanti? Jadi ini saya hendak minta pihak kerajaan dapat membantu khususnya dapat memberikan penjelasan tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya saya melihat cadangan-cadangan pindaan ini satu penambahbaikan kepada ordinan yang sedia ada. Saya turut yakin penubuhan Sabah Law Society ini akan menggalas tanggungjawab mereka untuk sentiasa memastikan dan mempertingkatkan kualiti profesion perundangan di Sabah. Sebelum saya akhiri, saya terdengar juga di pihak pembangkang mengatakan bahawa tentang kerisauan mereka tentang mungkin- saya tidak lihat lagi tentang cadangan ini tetapi kerisauan mereka tentang bagaimana benarkah atau wujudkah untuk diletakkan dua orang wakil daripada kerajaan ke dalam Majlis Peguam.

Di sini saya hendak bertanya juga kerana bagi hemat saya, sudah sampai masanya apabila merujuk tentang lambakan profesion atau pengamal undang-undang di Malaysia, sudah tentunya wakil-wakil yang mempunyai ruang dan peluang untuk mereka bekerjasama. Sebagai contoh mungkin wakil daripada dekan-dekan fakulti undang-undang dijadikan wakil untuk masuk dalam Majlis Peguam supaya akhirnya nanti setiap ilmu yang berkaitan tentang meningkatkan lagi kualiti pengajaran, kualiti kurikulum dalam universiti dapat sentiasa dipertingkatkan daripada semasa ke semasa. Setidaknya nanti setiap apa yang dinyatakan khususnya daripada mereka yang lebih senior dalam profesion ini dapat diterjemahkan balik oleh mereka yang menjadi tenaga pengajar khususnya di institusi-institusi pendidikan yang ada dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya optimis bahawa pindaan akta ini akan memberikan kesan yang positif pada jangka masa yang panjang. Akhir kata, saya menyokong penuh cadangan pindaan Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Setiu. Selepas Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Subang. Sila.

2.57 ptg.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan bercakap banyak, hanya satu, dua sahaja yang saya hendak sentuh.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dua sahaja?

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Tiga, mahu tiga? Lima saya bagi. Pertama, saya ingin menyentuh pada tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa. Kalau mengikut bawah seksyen 1 ini, dia kata akta ini bolehlah dinamakan Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016. Jadi saya tak pasti kita hendak akta ke kita hendak ordinan sekarang dalam pindaan rang undang-undang ini sebab kita faham bahawa kalau akta itu dibuat oleh Parlimen, dibahas, digubal, semua pindaan semua dibuat oleh Parlimen. Kalau ordinan itu dibuat di Dewan Undangan Negeri. Jadi saya tak pasti sama ada hendak dikekalkan sebagai akta ordinan ataupun Akta Peguam Bela sebab dipinda di Parlimen. Ini kena pihak Menteri menjawablah macam mana.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Boleh dapat penjelasan? Kalau setahu saya, ordinan digunakan sebelum kita merdeka.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Sebelum dan...

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kalau di negeri, kita gunakan enakmen. Jadi mungkin kalau hendak pakai akta ini, mungkin dapat penjelasanlah. Setahu saya, ordinan merujuk kepada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen sebelum merdeka.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Betul. Ordinan sebelum merdeka, betul.

Page 58: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

46 DR 18.10.2016

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Untuk negeri, enakmen.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Dibuat di negeri, tidak dibuat di Parlimen.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kalau di Parlimen ordinan juga, di negeri kita guna enakmen.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Tapi yang ini, Ordinan Peguam Bela (Sabah) dibuat di Dewan Undangan Negeri... [Dewan riuh]

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Mana ada sebut Parlimen. Kalau…

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Setiu, ini pindaan kepada ordinan bukan mewujudkan akta baru.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Betul tapi kalau ikut dalam akta, makna ‘akta’ itu dia kata sebarang undang-undang yang digubal, dipinda, dibahas dan diwartakan sebagai undang-undang yang diguna pakai di negara Malaysia yang dibuat oleh Dewan Rakyat iaitu Parlimen.

■1500

Akan tetapi kalau ikut ordinan, perkara yang sama sebarang undang-undang yang digubal, dipinda, di bahas dan diwartakan sebagai undang-undang yang diguna pakai, yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri sebelum merdeka.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Apa...?

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yes. Itu yang sebenarnya, ordinan. Mana ada ordinan yang melibatkan negeri Sabah. Akan tetapi tak apa itu biar Menteri menjawablah. Kemudian pindaan kepada seksyen 4, Admission of Advocates. Dalam seksyen 6(b), seksyen 4 Ordinan dipinda dia kata, (b) itu dalam subseksyen 1(a) dengan menggantikan perkataan, “has been a Magistrate of the First Class”, ditukar kepada “have served in the Judicial and Legal Service”. Ini satu pindaan yang baik.

Oleh sebab kalau pegawai undang-undang yang joint service biasanya tak semestinya dia sebagai Majistret. Ada yang DPP atau sebagai draft di bahagian drafting dan sebagainya. Jadi, kalau tidak dipinda ini, tidak memberi keadilanlah kepada pegawai kehakiman dan perundangan. Cuma yang saya masalah, saya tak berapa nak pasti dengan ‘C’ tu, dalam perenggan (1B)(b) dengan menggantikan perkataan “five” dengan perkataan “seven”. Dia merujuk kepada pegawai itu atau merujuk kepada apa? Sebab saya tak berapa nak- saya tak ada yang asal. Kalau nak merujuk kepada yang pegawai, sekarang dah dipinda. Hanya satu tahun bertugas boleh dah menjadi peguam. Akan tetapi kalau rujuk kepada master, itu memang dah ada daripada awal, dalam Legal Profession Act sendiri pun sudah ada.

Jadi, itu kepastian. Jadi, ini pun saya minta jawapanlah yang “lima” kepada “tujuh” itu merujuk kepada siapa. Juga dalam seksyen baru 4A iaitu, ”Ordinan dipinda dengan memasukkan selepas...”, ini saya rasa dulu tak ada, sekarang dah diadakan, saya rasa merujuk kepada seksyen 36(ii) dalam Legal Profession Act sebab penggunaan ayat tu saya rasa exactly macam yang dalam Akta Profesion Undang-undang itu...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Setiu, lebih baik fasal demi fasal dalam bentuk Jawatankuasa ya.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Seksyen baru 4A?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, kita bincang dalam Jawatankuasa. Fasal demi fasal kita bincang, bahas dalam Jawatankuasa.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Saya rasa boleh, sekarang pun boleh, tiada masalah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Lebih elok kita bincang dalam Jawatankuasa.

Page 59: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 47

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Oh, tak apa, kalau hendak Jawatankuasa pun saya boleh teruskan hujah saya semasa Jawatankuasa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Saya tak akan lari daripada 36(i) tulah, tak macam setengah-setengah ni lah, asyik melilau. Dasar, dasar tapi melilau jauh. Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Subang.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya ingin dapat kepastian, selepas Yang Berhormat Subang ada yang berminat lagi? Tak ada ya? Saya tanya ada yang minat lagi ke? Saya tahulah kalau yang tak ada minat selepas Subang, saya tahu Menteri kena jawab. Jadi, saya tanya dulu. Tak ada ya? Selepas Yang Berhormat Subang, tak ada ya? Sila Yang Berhormat Subang. Minta Yang Berhormat Menteri bersedia. Ya, sila.

3.06 ptg.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang dalam perbahasan dalam Rang Undang-undang DR. 5/2016. Suatu akta untuk meminda Ordinan Peguam Bela Sabah. Walaupun saya bukan seorang peguam bela berkaitan dengan amalan guaman di Sabah, saya rasa rang undang-undang ini ada bangkitkan beberapa isu yang umum dan penting dan wajar dibahas di peringkat yang boleh diterima pakai di peringkat kebangsaan.

Mulanya, saya ingin menyatakan bahawa saya menyokong penuh usaha ini untuk meminda Ordinan Peguam Bela Sabah, dalam bahasa Malaysia yang dalam bahasa istilah bahasa Inggeris ialah Advocates Ordinance (Sabah). Saya rasa dengan kehadiran wakil-wakil dari Sabah Law Society. Nama baru ya. Memang inilah, pindaan ini hasrat juga daripada golongan peguam-peguam kita di Sabah. Apa yang saya lihat dalam pindaan-pindaan yang dicadangkan di sini, memang ini adalah pindaan yang timely, dengan izin, yang perlu pada masa sekarang.

Pindaan ini bagi saya akan menaikkan taraf ordinan ini dan membawa kepada tahap Akta Profesion Undang-undang yang diterima pakai di Semenanjung Malaysia, or the Legal Profession Act yang sudah melalui beberapa pindaan dan sudah sampai kepada satu tahap yang cukup matang. Cukup menyeluruh. So bagi saya, saya nampak beberapa pindaan di sini untuk menaikkan peruntukkan untuk menambah baikkan status peruntukan berkaitan latihan pelatih-pelatih dalam Kamar. Peruntukan-peruntukan untuk disiplin dan peguam-peguam, memang semua ini perlu. Inilah masa untuk kita bagi sokongan yang wajar.

Di sini saya melihat, saya nak balik pada isu yang disebut pada permulaan oleh Yang Berhormat Setiu tadi, istilah ordinan ini, ini fahaman saya lah, lepas itu mungkin kita boleh buat kajian sedikit. Kalau kita melihat tahun asal Advocates Ordinance (Sabah) was promulgated atau digubalkan, tahun dia ialah 1953. Oleh sebab itu istilah ordinance dipakai, bukan dibuat di peringkat negeri, itu fahaman saya lah. Akan tetapi terpakai di Sabah. Akan tetapi kita akan siasat itu. Oleh sebab pindaan telah dibawa balik kepada Dewan Rakyat sebab kita yang ada kuasa untuk meminda undang-undang ini. Kalau dibuat di peringkat negeri Sabah, mereka boleh pinda, tak perlu rujuk balik di sini. Akan tetapi ini dibawa balik kepada Dewan Rakyat.

Baik, yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, kita melihat satu prinsip yang sangat penting, kita melihat dalam bab 13A ordinan ini. Di dalam ini dirujuk di bawah seksyen 21, di mana kita sebut di sini, saya baca, dengan izin, dalam bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris, “The objects and powers of the Law Society shall be…” saya tumpu pada (a), “to uphold the cause of justice without regard to its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour.” Ini sangat penting, peruntukan sedemikian yang sama, hampir semua perkataan yang sama adalah juga dalam Legal Profession Act yang terpakai di Semenanjung. Saya yakin juga adalah dalam akta yang serupanya yang dipakai untuk peguam-peguam di Sarawak.

Page 60: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

48 DR 18.10.2016

■1510

Satu, saya ingin menerangkan di sini, Tuan Yang di-Pertua, supaya kita faham, ini kadang-kadang ramai orang keliru, mereka lihat kepada Bar Council di sini, Majlis Peguam dan mereka ingat Bar Council ini ada bidang kuasa kepada seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bukan. Susunan peguam-peguam dan badan-badan yang mengawal peguam-peguam, bagi saya, mencerminkan semangat perjanjian Malaysia pada asal di mana kita melihat the State of Malaya atau Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak sebagai equal partners, dengan izin, ahli kongsi yang sama. Three partnerships, in partnership. Tiga entitilah. Dan itulah semangatnya. Bukan Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang ke-13 dan 14 macam itu. Bukan. Tiga buah negeri, tiga buah entiti yang... [Disampuk] Tiga wilayah. Terima kasih. Tiga buah wilayah yang sama statusnya. Itu dicerminkan dalam susunan badan-badan yang menjaga atau di mana peguam-peguam terlibat.

Jadi, susulan daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, kita dapati untuk di Semenanjung, kita ada Majlis Peguam. Of course, Majlis Peguam memang mewakili golongan peguam yang terbesar dan sekarang di Semenanjung, jumlah peguam telah sampai kepada 17,000 lebih peguam hanya di Semenanjung sahaja dan saya rasa, saya difahamkan di Lembah Klang sahaja mungkin 6,000 atau 7,000 peguam daripada jumlah itu.

Untuk Sarawak- macam Sabah, Sabah kita ada The Sabah Law Society dan Sarawak kita ada The Sarawak Advocated Association kalau saya tidak silap. Dua-dua ini badan-badan yang bebas macam Majlis Peguam dan kedua-dua undang-undang tubuh dia sendiri. Semua ketiga-tiga ini badan-badan berkanun, statutory bodies. Ini bukan NGO yang biasa. Ini bukan persatuan yang didaftarkan dengan pendaftar ROS, pendaftar pertubuhan, bukan. Mereka dilahirkan, ditubuhkan melalui akta parlimen dan itulah statusnya, statutory bodies, dengan izin. So untuk Sarawak, kita ada satu badan yang bebas untuk peguam-peguam di sana dan di Sabah begitu juga.

Akan tetapi apa yang memang penting dan saya nampak usaha itu di dalam pindaan ini, adalah penting juga kita ada persamaan dalam peruntukan-peruntukan yang penting di dalam ketiga-tiga undang-undang ini dan di sini saya nampak itu. Kita tidak perlu peruntukan yang identical atau sama semua tetapi semangatnya mesti ada dan peruntukan yang penting mesti ada.

So itulah susunan di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak yang sudah ada, sudah lama peguam-peguam sudah mula beramal di Malaysia. Sebelum merdeka, sudah berpuluh-puluh tahun. Akan tetapi memang kita mesti dari semasa ke semasa, undang-undang kita mesti dikaji semula, disemak semula supaya kita memantapkan kedudukan undang-undang itu agar sesuai dengan keperluan terkini yang saya nampak itu yang sekarang dibuat dengan pindaan ini dan dalam masa yang sama, prinsip kebebasan atau independence, dengan izin, kebebasan, kewibawaan institusi peguam itu mesti dijaga, mesti dipertahankan dan mesti diiktiraf oleh kerajaan. Ini satu prinsip yang sangat penting yang diiktiraf sebagai satu universal prinsipal di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sistem politik, banyak negara yang demokratik yang mengamalkan sistem demokrasi, kita ada pengasingan kuasa. Kita ada badan yang membuat undang-undang seperti kita di Dewan Rakyat, kita ada pihak eksekutif dan kita ada badan kehakiman yang kita selalu sebut kebebasan badan kehakiman itu sangat penting dan kita setuju. Bila badan kehakiman tidak dilihat independent, itu menjatuhkan maruah negara itu dan imej negara itu tercemar kalau badan kehakiman tidak dinampak boleh bertindak secara bebas dan dikongkong di bawah eksekutif.

Prinsip yang sangat berkait rapat dengan prinsip kebebasan badan kehakiman ialah prinsip kebebasan peguam atau badan yang mewakili peguam. Kalau peguam-peguam tidak bebas atau independent, itu ada impak yang langsung atau direct juga kepada badan kehakiman. You cannot have, dengan izin, the independent judiciary without an independent bar. Kita perlu peguam-peguam yang boleh berani dengan lantang menyuarakan hak anak guam mereka di mana-mana forum di mana mereka diberi hak itu iaitu di mahkamah dan tribunal dan sebagainya.

Page 61: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 49

Oleh sebab itu, adalah wajar dalam rang undang-undang ini kita melihat peruntukan

yang- klausa yang saya baca tadi, to uphold the cause of justice without regard to its own interests or that of its office members uninfluenced by fear or favour. Ini secara langsung mencerminkan prinsip itu- kebebasan badan-badan yang mewakili peguam yang diuruskan oleh peguam yang ditubuhkan di bawah undang-undang.

Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, kita diberitahu dan saya minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan tentang isu ini. Ini setelah diumumkan oleh Majlis Peguam bahawa kerajaan sekarang bercadang untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 atau The Legal Profession Act yang terpakai di Semenanjung dan ada ura-ura tetapi kita belum tahu lagi, ada ura-ura pindaan itu akan dibawa ke mesyuarat ini tetapi kita belum lihat pindaan-pindaan yang disebut ini, yang diuar-uarkan atau ada khabar angin yang disebut. Akan tetapi Majlis Peguam telah buat pendirian yang rasmi dan setelah diberitahu pengisian pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang, Majlis Peguam menganggap pindaan-pindaan ini sebagai satu ancaman terhadap kebebasan Badan Peguam Malaysia. A direct threat on the independence of the Bar of Malaysia.

Ini yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Macam mana kita ada pendirian yang jauh berbeza antara pendekatan kita kepada The Sabah Law Society, dengan izin, dengan Majlis Peguam di Semenanjung? Kenapa untuk The Sabah Law Society dan Sarawak kita boleh kekalkan prinsip yang dulu, daripada undang-undang yang asal, kita kekalkan itu tetapi di sini kita mahu buat pindaan-pindaan yang ancam kebebasan peguam-peguam di Semenanjung? Apakah peguam-peguam di Semenanjung telah buat? Apakah dosa mereka yang besar yang mereka telah lakukan?... [Disampuk] Ini yang kita hendak dengar daripada Yang Berhormat Menteri. Apa sudah jadi, baru-baru ini, dosa besar yang telah dilakukan yang telah menimbulkan masalah ini?

Adakah ini sebab Badan Peguam telah buat satu kes di mahkamah baru-baru ini untuk menuntut satu deklarasi untuk mengisytiharkan sebagai terbatal dan tidak boleh pakai keputusan Peguam Negara bila Peguam Negara mengisytiharkan tiada kes terhadap Perdana Menteri berkaitan dengan 1MDB? Memang, itu fakta ya. Majlis Peguam telah fail satu kes di mahkamah. Ini kerana mereka anggap pengumuman oleh Peguam Negara kita, Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai satu pengumuman yang...

Seorang Ahli: Luar biasa.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Luar biasa? Itu terlalu polite. Boleh dikata karut oleh kita. Nonsense sebab tidak berasas.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tidak payah jauh sangatlah.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Okey, itu mungkin un-lawyerly languages, tak apa. Akan tetapi di Parlimen boleh terima, bukan?... [Disampuk] Tak logiklah. Keputusan yang tidak logik, keputusan yang tidak berasas, keputusan yang bercanggah dengan keterangan yang nyata telah diketahui oleh seluruh dunia yang dipakai oleh Department of Justice bila mereka masuk kes di Amerika Syarikat untuk merampas balik semua harta benda, kemewahan... [Disampuk] Ya, milik kita, milik rakyat Malaysia sebab duit kita yang dipinjam daripada beberapa buah bank tempatan dan bank berasingan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Subang.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: ...Duit itu yang digunakan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya faham itu. Sudah banyak. Sentuh isu lain.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: So itulah kes yang difailkan oleh Majlis Peguam, Tuan Yang di-Pertua.

■1520

So, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah pindaan yang akan dicadangkan yang kita dengarlah yang Majlis Peguam telah umumkan, yang ramai telah tahu apakah pindaan ini sekarang dicadangkan oleh kerajaan sebab Majlis Peguam membuat cabaran itu di mahkamah yang mencabarkan keputusan ini. Baik kita minta pengesahan itu.

Page 62: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

50 DR 18.10.2016

Kalau itu bukan dosa yang dilakukan oleh Majlis Peguam, apakah lagi dosa yang

dibuat? Kita nak tahu. Apakah salah terbesar ini? Buktikan kepada kitalah sebab ini impak Tuan Yang di-Pertua, ini penting sebab saya difahamkan sebab tindakan ini oleh kerajaan sebab ramai dah dapat tahulah kerajaan UMNO Barisan Nasional akan mencadangkan pindaan ini.

Hampir 20 sudah, 20 mungkin lebih baik banyak badan peguam daripada negara-negara lain telah keluarkan pendirian dan statements kutuk tindakan ini. Kutuk tindakan ini sebagai satu tindakan yang mengancam kebebasan Majlis Peguam atau badan peguam yang mewakili 17,000 orang peguam di Malaysia ini. Ini tidak baik untuk imej negara kita. Tadi Yang Berhormat Beruas sudah kata kita sudah dikenal-kenal sekarang sebagai negara kleptokrasi. Kleptokrasi itu negara yang diperintah oleh pencuri. Orang yang curi harta rakyat memerintah negara ini. Itu maksud kleptokrasi. Itulah istilah yang digunakan sekarang di seluruh dunia dan baru-baru ini, Peguam Negara dari Switzerland telah gunakan istilah skim 1MDB ini adalah lebih kurang sebagai satu ponzi scheme... [Disampuk] Ponzi scheme- P-O-N-Z-I...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ya Yang Berhormat Subang, tadi...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Speaker pun telah mengingatkan Peraturan 36(1). Balik kepada tajuk.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, memang ini antara tajuk.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tidak ada kaitannya.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: So, saya nak bertanya daripada Yang Berhormat Menteri, adakah ini soalan yang pokok? Kenapakah kita cadangkan pindaan ini? Adakah sebab ada berkaitan dengan kes yang dibawa oleh Majlis Peguam terhadap Peguam Negara apabila Peguam Negara mengumumkan tiada apa-apa kes terhadap Perdana Menteri berkaitan dengan duit RM2.6 bilionkah, atau apa-apalah, apa-apa jumlah ini? So, pendirian Peguam Negara adalah Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi di Department of Justice di Amerika Syarikat mereka kata, USD1 bilion lebih telah di- bukan, USD3 bilion, sorry. USD3 bilion telah dicuri. “Curi” itu bukan perkataan saya Tuan Yang di-Pertua. Perkataan “curi”- “stolen”, telah digunakan berkali-kali oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Puan Loretta Lynch apabila dia umumkan tindakan ini. Stolen from the people of Malaysia, dengan izin. Itulah istilah yang dipakai. Bukan istilah Yang Berhormat Subang, ya.

Saya nak balik kepada pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan. Kemudian di sini kita nampak pecahan besar di antara apa...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, nampak juga Yang Berhormat Subang. Sempat juga Yang Berhormat Subang mengaitkan perkara yang lain dalam...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya berbalik kepada- kita merujuk direct pada isu ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan dan saya harap Menteri boleh perjelaskan dan betulkan saya kalau saya salah. Saya tak mahu pergi semua ya pindaan. Saya nak tumpu sahaja kepada dua, tiga yang jelas. Kita boleh nampaklah, kita tak perlu dapat ijazah undang-undang untuk faham. Semua boleh faham. Impaknya adalah untuk mengancam kebebasan badan peguam. Satu ialah cadangan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang, the Legal Profession Act, dengan izin, supaya kerajaan boleh ada kuasa untuk melantik dua orang ahli Badan peguam Malaysia sebagai anggota badan itu untuk mewakili kerajaan.

Apakah makna ini? Inilah badan profesional yang dipilih oleh peguam mereka sendiri melalui proses pemilihan mereka sendiri dan itulah sistem yang telah kita ada berdekad ya sebelum kemerdekaan selepas itu dan sekarang dalam bentuk undang-undang yang telah dimantapkan. Apakah sebab kerajaan nak masuk dalam sana dan duduk dalam sana? Apakah kepentingan kerajaan untuk masuk ke dalam satu badan yang tak kena-mengena dengan kita, dengan kerajaanlah?

Page 63: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 51

Kita ada banyak badan profesional. Kita ada badan profesional untuk doctors,

perubatan, untuk architects, untuk accountants, kita tak nampak kerajaan masuk macam itu, di sana. Jadi, apakah dosa besar yang dilakukan oleh peguam-peguam supaya kerajaan terlalu ghairah sekarang untuk nak masuk dalam mesyuarat itu dan duduk dalam mesyuarat itu? Saya harap kita dengar satu penjelasan.

Akan tetapi daripada segi pandangan dunia, bukan sahaja Majlis Peguam Malaysia, daripada segi pandangan dunia, mereka melihat ini dengan terang-terang ialah satu usaha untuk mengancam, mengugut badan peguam ini dan mengancam kebebasan mereka, the independence of the bar. Ini sangat serius. This is the institutional threat, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan sekali lagi saya sebut, imej dan reputasi institusi kita telah macam rosak di seluruh dunia, sekarang kita tambah ini juga. Jadi, saya ingin- saya haraplah kerajaan mengambil ini secara serius dan saya harap apa-apa niat yang asal untuk yang lahirkan usaha untuk bawa pindaan ini kita tarik baliklah ya. Tak payah, kita dah rosakkan institusi, banyak institusi dalam negara kita, jangan kita buat kerosakan yang- jangan kita tambah lagi ya.

Satu lagi yang saya nak sebut Tuan Yang di-Pertua, di mana saya nampak, saya difahamkan, pindaan yang akan dicadangkan oleh kerajaan berkaitan dengan Akta Profesion Undang-undang adalah berkaitan dengan kuorum mesyuarat. Kadang-kadang kita lihat kuorum mesyuarat ini semacam perkara yang tak penting tetapi sememangnya ia sangat penting. Apa yang dicadangkan sekarang ialah ini, kuorum untuk Mesyuarat Agung untuk Badan Peguam di Malaysia sekarang ialah 500 orang peguam. So, kita perlu kumpulkan 500 peguam baru mesyuarat itu sah dan boleh dijalankan sebagai mesyuarat agung.

Sekarang, pindaan yang telah dicadangkan untuk naik kuorum itu kepada- okey, ini formulanya ya 25 peratus daripada jumlah peguam keseluruhannya, bayangkan 17,000 kali 25 peratus atau 4,000 atau mana-mana yang lebih rendah. 4,000! Jadi tak boleh kurang daripada 4,000 lah sebab kita 25 peratus daripada 17,000 adalah lebih daripada 4,000. Bayangkan macam mana nak kumpulkan 4,000 orang dalam satu bilik di mana-mana hotel. Mungkin kita kena pergi ke Dataran Merdeka dan buat di tengah jalan rayalah. Itulah cadangan yang dibuat oleh kerajaan.

Cadangan ini jelas tak masuk akal. Tujuannya apa? Untuk menjadikan lebih susahkah untuk peguam menjalankan Mesyuarat Agung. Itu pun tak bertanggungjawab. Kita bandingkan dengan apa pindaan yang ada di sini untuk Sabah Law Society dan kita boleh nampak perbezaan yang besar. Oleh sebab untuk Sabah Law Society, saya baca daripada- ada di sini, saya baca, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dengan bahasa Inggeris, “The quorum for a general meeting of the Law Society shall be fifty ordinary members of the Law Society or twenty-five percent of the number of ordinary members of the Law Society personally present, whichever figure is the lower”.

Ini amat munasabah. 50 orang cukup sebab Sabah mungkin- saya kurang pasti berapa orang peguam kita ada di Sabah, beberapa ribulah, bukan 10,000 ya saya yakin, tak sampai 17,000, mungkin beberapa ribu. So, 50 adalah memang munasabah. Kenapa kita boleh cadangkan undang-undang yang munasabah untuk Sabah tetapi untuk Semenanjung, kita buat cadangan untuk meminda naik kuorum ke tahap yang tak masuk akal.

So, saya minta Menteri tolonglah ya buat penjelasan dan saya rasa, saya yakin dengan Yang Berhormat Menteri pun boleh terima pindaan yang akan dicadangkan ini memang tidak bermanfaat juga kepada kerajaan dan kepada Majlis Peguam dan untuk peguam-peguam. Saya yakin Yang Berhormat Menteri sudah berpengalaman, dia terlibat dahulu dalam amalan guaman sebagai peguam dan dia faham sistem kita dan kita mesti terima bahawa prinsip kebebasan peguam ini penting juga bukan sahaja pada peguam.

■1530

Penting untuk kerajaan dan akhirnya penting bagi negara, bagi rakyat as an institution, kita kena kekalkan prinsip kebebasan peguam-peguam. Jangan kita bawa pindaan-pindaan yang akan menyusahkan mereka, ganggu mereka dan dilihat sebagai ancaman atau gangguan kepada kebebasan mereka.

Satu lagi pindaan Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebut di mana kita boleh lihat dengan jelas niat kerajaan dengan pindaan ini yang telah menarik perhatian yang buruk daripada seluruh dunia.

Page 64: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

52 DR 18.10.2016

Saya difahamkan ada pindaan yang akan dicadangkan di mana Menteri yang

dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal undang-undang akan diberi kuasa untuk menentukan kaedah dan peraturan proses pemilihan Badan Peguam Malaysia.

Ini terang-terang campur tangan dalam urusan dalaman badan profesional itu. Setakat ini cara kita uruskan diri sendiri, peguam-peguam uruskan diri sendiri daripada struktur badan mereka, cara ditentukan oleh mereka. Kalau mereka hendak pinda, mereka akan bincang, mereka akan dapat satu muafakat or consensus, mereka akan cadangkan kepada kerajaan untuk gubal pindaan. Akan tetapi di sini tiba-tiba kita hendak terbalikkan itu dan bagi kuasa kepada kerajaan melalui Menteri.

Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Yang Berhormat Subang.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, silakan Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya sila.

Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Dengan melafazkan statement yang sedemikian Yang Berhormat Subang, adakah pada anggapan Yang Berhormat Subang bahawa nampaknya Bar Council atau Majlis Peguam tidak mature. Dia mesti dipandu, diajar, ditunjuk. Saya dimaklumkan peguam-peguam yang ada di Malaysia ini diiktiraf di seluruh dunia khususnya negara Komanwel.

Adakah dengan pindaan ini akan berlaku, maknanya ini mengesahkan bahawa peguam-peguam yang kita ada ini tidak mature, dia perlukan panduan. Apa pandangan Yang Berhormat Subang tentang itu. Terima kasih.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Sama ada peguam, peguam ialah matang ataupun kurang matang itu saya rasa itu kita serah kepada, dengan izin, the court of public opinion. Saya rasa public opinion akan menentukan itu. Ini saya boleh sebut, saya kena declare interest saya. Dahulu saya pun terlibat dalam Majlis Peguam sehingga tahun 1997 sayalah anggota Majlis Peguam, of the Bar Council untuk dua tiga tahun.

Akan tetapi saya rasa saya boleh sebut daripada pandangan-pandangan yang diterima di seluruh dunia beberapa dekad ini Majlis Peguam kita dari Malaysia diberi kehormatan yang agak tinggi seluruh dunia sebagai sebuah badan yang mewakili peguam, badan peguam yang bertindak bebas dengan istilah tanpa fear dan favor dan untuk menjaga bukan sahaja kepentingan mereka, kepentingan negara. Majlis Peguam telah mengutarakan pendirian mereka atas isu-isu kepentingan negara bila ada ketidakadilan yang nyata beberapa kes yang penting dan khususnya yang terlibat melibatkan badan kehakiman, mereka bersuara. Keberanian itu yang telah menarik kehormatan dan pengiktirafan itu seluruh dunia.

Mereka melihat badan peguam ini tidak boleh diugut untuk berdiam diri, tidak boleh. Akan tetapi usaha pindaan-pindaan macam ini akan memberi imej yang sebaliknya. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab untuk hal undang-undang boleh menasihatkan Jemaah Menteri dan semua yang terlibat termasuk Perdana Menteri sendiri bahawa saya rasa tidak perlulah lagi meneruskan dengan cadangan ini yang belum sampai ke Dewan ini. Lebih baik kita tarik balik dan kekalkan undang-undang yang sedia ada, Akta Profesion Undang-undang yang sedia ada.

Kalaulah kerajaan ada apa-apa cadangan, duduk bincanglah dengan Bar Council. Akan tetapi secara prinsip kerajaan kena mengiktiraf leave the lawyers alone. Mereka boleh uruskan badan dia sendiri, tidak ada masalah seperti mana doktor-doktor kita buat, arkitek kita buat, akauntan kita buat. These are professionals. Let the professionals alone and do not disturb, dengan izin the independence of the profession.

Jadi kita balik pada perbezaan yang ketara. Kita memang tadi saya sebut saya sokong penuh apa-apa pindaan yang dibuat di sini untuk di Sabah Ordinance- Advocates Ordinance sebagai pindaan yang baik, yang perlu untuk naik taraf dan menambah baik- sebagai penambahbaikan yang bagus untuk undang-undang Sabah yang sedia ada untuk kebaikan bukan sahaja peguam-peguam di sana, untuk kebaikan kepentingan awam dan kita sokong ia dengan penuh.

Page 65: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 53

Akan tetapi kita buat dengan sebaliknya dengan di Semenanjung Malaysia dan ini

memberi gambaran bahawa ada niat yang sebaliknya berkaitan dengan peguam-peguam di sini. Kita harap ini akan dikaji semula sebelum reaksi bukan sahaja daripada Majlis Peguam dan peguam-peguam di Semenanjung dan seluruh negara, jadi lebih tegas dan imej negara kita akan jatuh lebih lagi. Imej negara kita sekarang di dalam dan di luar negara sudah jadi lebih teruk sangat. Isu 1MDB masih berterusan dan kita tidak boleh nafikan.

Saya tidak buat soalan sekarang. Saya menerangkan isu ini dan kita tidak boleh dihalang menceritakan isu ini. Baru-baru ini, baru sahaja semalam keluar lagi bahawa apabila Perdana Menteri berjumpa dengan Presiden Obama, sekarang baru didedahkan bahawa seorang lobbyist saya terlupa nama dia yang uruskan lawatan itu telah dibayar beberapa juta USD dan duit itu adalah daripada dana 1MDB.

Bayangkan, duit kita yang kita pinjam atas nama negara, nama rakyat Malaysia, kita pinjam duit itu dan kita pakai duit itu untuk bayar seorang lobbyist di Amerika supaya Perdana Menteri boleh jumpa dengan Presiden Obama. Ini yang didedahkan sekali lagi antara penyelewengan yang banyak berlaku dengan duit 1MDB. Kita kena faham, kita nak pinjam RM42 bilion menggunakan 1MDB atas nama pinjaman ini akan dijamin oleh Kerajaan Malaysia, iaitu rakyat Malaysia akan bayar balik dengan bunga sekarang sudah naik lebih daripada RM50 bilion.

Akan tetapi sebahagian besar USD7 bilion atau RM28 bilion telah diselewengkan. Itu bukan Yang Berhormat Subang cakap Tuan Yang di-Pertua. Kita buka Laporan Ketua Audit Negara, kita boleh dapat angka itu. Tan Sri Ambrin Buang yang sebut, bukan Subang yang sebut. Akan tetapi kita tidak bolehlah baca sebab itu di overseas. Akan tetapi kita sudah baca di internet yang dikatakan adalah laporan itu. USD7 bilion telah dicuri daripada duit itu.

Jadi rakyat Malaysia sekarang- duit itu sudah dicuri digunakan untuk membuat filem di Hollywood, membeli harta mewah di Amerika dan macam-macam di seluruh dunia tetapi akhirnya rakyat Malaysia mesti bayar balik itu. Berapa generasi akan menanggung hutang itu dan bayar? Padahal duit itu sepatutnya digunakan. Duit yang kita akan gunakan untuk bayar balik hutang itu sepatutnya digunakan untuk membina hospital, membela Bumiputera, kebajikan seluruh rakyat Malaysia termasuk bumiputera, membina sekolah, universiti, hospital, kebajikan rakyat semua kita tidak boleh buat. Kita akan bayar, bayar dan terus bayar beberapa generasi sebab pencurian ini yang dilakukan oleh kleptokrat ini. Itu kita kena bincang.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhirlah dengan merayu kepada Yang Berhormat Menteri kita sokong penuh pindaan ini tetapi saya harap pindaan-pindaan yang dicadangkan, yang kita dengar dicadangkan oleh kerajaan yang mungkin akan dibawa pada mesyuarat ini atau mesyuarat akan datang saya harap keputusan itu akan dikaji semula dan pindaan itu akan ditarik balik. Sekian terima kasih.

■1540

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada yang berminat lagi? Tidak ada. Yang Berhormat Menteri sudah bagi nota dekat saya, dia minta izin ke bilik air sekejap kerana hendak menjawab, bersiap sedia untuk menjawab. Yang Berhormat Subang. Sudah sampai sudah. Sudah, dia minta izin. Hantar nota ke saya, jadi kita fahamlah bukan. Sila Yang Berhormat Menteri.

3.41 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela Sabah (Pindaan) 2016 iaitu Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Subang.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak isu yang dibangkitkan yang tidak menyentuh secara langsung pindaan pada rang undang-undang pada hari ini. Walau bagaimanapun, saya akan cuba menjawab beberapa isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Page 66: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

54 DR 18.10.2016

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan telah mencadangkan mengenai kolaborasi profesion undang-undang dengan profesion yang lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, wujud kolaborasi pada masa kini antara para peguam dengan profesion yang lain seperti di dalam bidang sukan, latihan dalam bidang mediasi mahkamah bergerak, bengkel undang-undang alam sekitar dan dengan pihak mahkamah dan juga NGO. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan akan terus mengambil maklum akan saranan Ahli Yang Berhormat dan kolaborasi bersama dengan profesion-profesion yang lain akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Putatan juga telah cadangkan supaya fi dan caj oleh peguam diselaraskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi peguam bela di Sabah, terdapat skala fi minimum untuk non-contentious work, dengan izin, bagi seorang peguam seperti conveyancing, Surat Cara Pinjaman, dan lain-lain sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang profesion guaman. Manakala bagi contentious work yang melibatkan mahkamah atau timbang tara, tiada skala fi ditetapkan. Ini adalah kerana kos akan ditetapkan mengikut kerumitan dan complexity sesuatu kes.

Seterusnya Yang Berhormat Penampang pula telah bertanya sama ada Jawatankuasa Pemilihan atau Select Committee, dengan izin, akan mengambil kira isu-isu imigresen. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peguam asing yang memasuki Sabah untuk menjalankan amalan di Sabah tetap perlu mematuhi peruntukan dan prosedur berkaitan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Imigresen di Sabah.

Yang Berhormat Penampang juga mencadangkan agar perkataan “professional representatives”, dengan izin, ditakrifkan supaya “personal representatives” tidak merangkumi ahli keluarga peguam bela. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara asasnya peruntukan 16C adalah bertujuan untuk memperuntukkan bahawa wakil diri bagi peguam bela yang telah mati adalah bertanggungan bagi perbuatan peguam bela berkenaan. “Personal representatives” yang dimaksudkan bagi seksyen 16C merujuk kepada pentadbir bagi harta pusaka bagi peguam bela berkenaan yang telah menerima surat kuasa mentadbir.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Penampang juga bertanya mengapa jumlah wang yang perlu dibayar oleh peguam bela kepada compensation fund tidak dinyatakan dalam rang undang-undang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut subseksyen 16E(13) Pertubuhan Undang-undang Sabah mempunyai kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan compensation fund. Maka jumlah wang yang perlu dibayar tidak ditetapkan secara spesifik dalam rang undang-undang, sebaliknya kuasa telah diperuntukkan agar ia ditetapkan dalam kaedah-kaedah.

Yang Berhormat Bukit Gelugor telah bertanya mengenai mengapa tiada Hakim Mahkamah Persekutuan yang berbangsa India setelah persaraan Datuk Seri Gopal Sri Ram. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keanggotaan hakim mengikut bangsa perlu dilihat secara keseluruhan meliputi semua peringkat iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Tinggi. Kedudukan keanggotaan hakim di semua peringkat mahkamah tersebut pada 18 Oktober 2016 adalah seramai 96 orang. Daripada jumlah tersebut, 63 orang berbangsa Melayu, 8 orang bumiputera Sabah dan Sarawak, 16 orang berbangsa Cina, 8 orang berbangsa India serta lain-lain bangsa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pemilihan hakim-hakim oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berasaskan kriteria pemilihan seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] seperti berikut:

(i) integriti, kompetensi dan pengalaman;

(ii) objektif, tidak berat sebelah, adil dan peribadi moral yang baik;

(iii) ketegasan kebolehan membuat penghakiman tepat pada masa-masanya dan kemahiran yang baik dalam penulisan undang-undang;

(iv) kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik; dan

(v) kesihatan fizikal dan juga mental.

Page 67: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 55

Dalam hubungan ini, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sentiasa memberi

perhatian untuk menggalakkan kepelbagaian kepakaran dan pengetahuan undang-undang dalam kehakiman.

Yang Berhormat Ipoh Barat pula turut bertanya mengenai apakah kriteria yang digunakan oleh kerajaan untuk melanjutkan kontrak perkhidmatan seorang hakim.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelanjutan perkhidmatan seorang hakim atasan mengikut Fasal 125(1), Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa tertakluk kepada peruntukan Fasal 2 hingga 5 iaitu seseorang Hakim Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur 66 tahun atau sehingga sesuatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur 66 tahun. Pelanjutan perkhidmatan hakim hanya diberikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan untuk menyelesaikan kes-kes yang masih belum dilupuskan di kedua-dua mahkamah tersebut.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga membangkitkan isu berhubung dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan atau YBGK. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan kewangan yang diterima untuk pelaksanaan program YBGK pada tahun 2011 adalah sebanyak RM5 juta sebagai dana pelancaran, manakala RM10 juta diperuntukkan untuk tahun 2012 dan sebanyak RM20 juta bagi tahun 2013. Sehingga 30 September 2016, jumlah keseluruhan tuntutan bayaran peguam panel berdaftar adalah sebanyak RM7,064,685.20. Tuntutan bayaran tertunggak yang masih belum diselesaikan di peringkat semakan disebabkan dokumen-dokumen sokongan yang kurang lengkap seperti ketiadaan nombor kes, ketiadaan surat pengesahan temu duga klien dari Jabatan Penjara Malaysia dan ketiadaan salinan surat pertuduhan serta memerlukan penjelasan lanjut daripada peguam panel yang menuntut.

YBGK telah memohon agar peguam panel yang terlibat mengemukakan dokumen-dokumen sokongan tersebut dan bayaran peguam panel akan dijelaskan sebaik sahaja dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dikemukakan. Terdapat juga keadaan jumlah tuntutan bayaran peguam-peguam panel yang tidak diluluskan kerana beberapa situasi seperti kemukakan tuntutan palsu, tuntutan lewat lebih daripada tiga bulan dan maklumat nombor kad pengenalan Orang Kena Tuduh yang tidak tepat.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga telah mencadangkan supaya lebih banyak Mahkamah Majistret didirikan di luar bandar di Sabah. Setakat ini, kes-kes di luar bandar negeri Sabah didengar melalui persidangan litar di bilik-bilik bicara sedia ada dan menerusi persidangan bilik mahkamah bergerak. Dengan jumlah kes sedia ada dan berdasarkan keadaan semasa ini, fasiliti ini adalah memadai.

Seterusnya Yang Berhormat Ipoh Barat juga mencadangkan supaya Mahkamah Persekutuan juga bersidang di negeri lain selain dari Putrajaya seperti yang pernah diamalkan sebelum ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada masa ini Mahkamah Persekutuan adalah bersidang di luar Putrajaya. Pada tahun 2016, Mahkamah Persekutuan telah bersidang di Kota Kinabalu, Kuching dan Kuantan. Persidangan di luar Putrajaya dibuat dari semasa ke semasa bergantung kepada kesesuaian dan keperluan mengambil kira faktor kemudahan kepada orang awam.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga telah mencadangkan supaya peperiksaan kelayakan yang sama diambil oleh setiap graduan undang-undang. Untuk makluman Yang Berhormat, pertanyaan ini juga berkaitan dengan pindaan Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] yang bakal dilaksanakan.

■1550

Saya dan Jabatan Peguam Negara telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Majlis Peguam bagi membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan pindaan terhadap Akta 166 ini. Dalam perbincangan terakhir antara pihak saya dan Majlis Peguam Malaysia, satu pelan tindakan telah dicadangkan oleh Majlis Peguam Malaysia bagi menambah baik dan memodenkan profesion undang-undang dalam negara ini. Perkara ini..

Page 68: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

56 DR 18.10.2016

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ini Yang

Berhormat Subang hendak dengar ini. Jawapan daripada ucapan Yang Berhormat Subang.

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said: Perkara ini akan diangkat kepada Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat dan hanya setelah Jemaah Menteri bersetuju ke atas cadangan ini daripada segi dasar, maka satu Jawatankuasa Khas akan diwujudkan untuk merealisasikan pelan tindakan yang dicadangkan itu.

Secara keseluruhannya, terdapat 13 cadangan yang telah dikemukakan oleh Majlis Peguam Malaysia di mana cadangan ini termasuk apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat iaitu kursus umum peguam atau common bar course. Selain itu juga dicadangkan kursus piawaian etika dan profesion bagi pelatih, dengan izin, chambering student, tugas bantuan guaman bagi pelatih, nama firma guaman, amalan kumpulan, kaedah profesion undang-undang, publisiti dan lain-lain.

Jawatankuasa kerja yang dicadangkan akan menyebabkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Syarie dan sebagainya. Perkara-perkara yang telah dicadangkan dalam mesyuarat hari ini adalah untuk memastikan satu pindaan yang menyeluruh dan holistik dapat dilakukan pada Akta Profesion Undang-undang 1976. Ia juga selaras dengan perkembangan semasa sekali gus memberi nafas baru kepada profesion perundangan dalam negara agar lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kerajaan sentiasa peka dan responsif terhadap isu-isu yang dibawa oleh Yang Berhormat sekalian terhadap isu-isu berhadapan dengan pengamal undang-undang dalam negara ini. Saya juga ingin menyatakan di sini...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Subang bangun.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. So, saya ucapkan terima kasih kepada penjelasan ringkas tadi tentang status cadangan-cadangan ini tetapi saya hendak minta pengesahan yang saya sebut tiga pindaan yang khusus. Boleh saya dapat pengesahan, memang tiga pindaan itu ada dalam senarainya yang 13 atau empat yang disebut tadi, tiga pindaan yang saya sebut sebagai contoh ada dalam senarai cadangan kerajaan? Boleh saya minta pengesahan spesifik itu?

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sebenarnya seperti yang Yang Berhormat tahu saya Menteri yang baru yang disebut sebagai de facto law Minister di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mana antara tugas utama saya mengkaji semula apa yang telah diperbincangkan sebelum ini. Saya boleh memberikan kepastian bahawa sebagai pengamal undang-undang yang telah- saya menjadi member of the Bar daripada tahun1990 ya Yang Berhormat Subang.

Yang Berhormat Subang sendiri sebagai senior saya tahu bahawa antara isu yang sama-sama dilihat sebagai isu yang amat tidak boleh diterima oleh para peguam ialah sudah tentu apa yang disebut tadi iaitu government intervention. Saya secara peribadi, saya jawab Tuan Yang di-Pertua, secara peribadi saya berpendapat perkara yang sama. Sepatutnya badan profesional dalam negara, tak kisahlah badan peguam atau pun mungkin kedoktoran kah, engineering dan sebagainya, pandangan saya secara peribadi memang tidak perlu dan tidak wajar diwujudkan direct government intervention.

Selalunya badan-badan profesional dalam negara mesti dikawal selia oleh ahli-ahlinya sendiri. That should be good practice Yang Berhormat Subang dan juga Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk] Ini kerana kelebihan di piawai oleh ahli-ahli profesional itulah yang akan membawa badan profesional itu kepada tahap yang lebih tinggi. Itu sebabnya antara tugas saya, pertama ialah berjumpa dengan Majlis Peguam adalah menyebut tentang bread-and-butter-issue yang mana lebih besar isu yang kita perlu kaji. Sebagai contoh yang berlaku hari ini pada tahun depan kemasukan TPPA dalam segi pindaan undang-undang. Keduanya, kita juga boleh melihat tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang common bar exam sebab kita memang, saya telah bertemu dengan beberapa orang hakim, Tuan Yang di-Pertua.

Page 69: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 57

Antara isu yang paling menyerlah ialah isu bahasa Inggeris di mana peguam-

peguam pada hari ini dikatakan banyak tidak fasih dalam bahasa Inggeris dan kadang-kadang menyebabkan pembacaan dan juga kesimpulan yang dibuat itu, pentafsiran itu dalam pelbagai bentuk. Itu sebabnya daripada universiti IPTA, IPTS yang menawarkan kursus dan juga mereka yang graduan dari luar negara, banyak negara di luar sana mempunyai satu common bar exam supaya semua orang melalui sistem kemasukan yang sama supaya kita dapat melihat satu tahap nilai profesionalisme daripada segi kualiti yang begitu baik.

Sama ada kuantiti yang begitu banyak ataupun tidak yang disebut oleh sahabat-sahabat Yang Berhormat bagi saya satu isu yang agak subjektif. Kadang-kadang orang itu mungkin pengalaman dia menjadi peguam itu dia mungkin lebih pada satu atau dua, tiga tahun tetapi mungkin dia lebih baik dan lebih hebat daripada peguam yang sudah mempunyai pengalaman 20 tahun. Walau bagaimanapun, Majlis Peguam telah berjumpa dengan saya dan membincangkan bahawa the way forward, dengan izin, dalam profesion ini dalam isu bread and butter sudah tentu mesti meletakkan the common bar exam sebagai antara kriteria yang utama untuk memberikan kelayakan profesional kepada mereka yang mahu menjadi peguam.

Negara-negara lain Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang hendak menjadi peguam bukan satu degree sahaja, dia kena ada double degree. Contohnya Australia, dengan izin, yang berlaku di Amerika Syarikat. Dia tidak hanya ada LLB terus boleh jadi peguam. Dia kena ada dua degree supaya memastikan adanya kematangan mereka yang mahu menawarkan diri menjadi peguam. Itu sebabnya dalam isu government intervention yang disebut oleh sahabat-sahabat, sebenarnya saya tak perlu jawab sebab hari ini Ordinan Peguam Bela Sabah, bukannya pindaan kepada Legal Profession Act.

Akan tetapi sebagai Menteri yang baru dan juga bertanggungjawab sebagai de facto law Minister, saya boleh mengatakan pandangan peribadi saya, tidak perlu adanya direct government intervention. Sebab kalau ini dilakukan, nanti kita akan melihat satu keadaan yang agak tidak selesa bagi golongan profesional dalam negara kita, bukan sahaja dalam bidang guaman tetapi dalam bidang-bidang yang lain. Silakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Just berkenaan dengan apa yang telah pun diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri, adakah apa yang dinyatakan oleh Menteri itu terjumlah kepada satu jaminan bahawa kerajaan tidak akan membuat apa-apa proposal ataupun cadangan untuk mengemukakan dua orang wakil di dalam badan peguam. Is that an assurance? Can we take it as an assurance from the government dengan izin, at this stage since we are having a reply from the Minister. Terima kasih.

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya, I stated earlier, dengan izin, this is my personal opinion dan saya adalah Menteri baru yang bertanggungjawab. Saya telah berjumpa secara rasmi dua kali dengan Majlis Peguam untuk menilai semula isu-isu yang dibawa oleh mereka. Sudah tentunya saya bertanggungjawab untuk membawa pandangan mereka ke Mesyuarat Kabinet yang akan saya bawa sekali dengan 13 cadangan pindaan mereka.

The Bar Council, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the Bar Council has brought forward full 13 points exchange plan which is beyond government intervention and, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the Bar is concerned about the bread-and-butter-issues seperti yang saya sebut.

Kita tengok antara isu-isu yang dibawa yang perlu dibincangkan secara menyeluruh dalam peringkat dasar kursus umum peguam, kursus piawaian etika profesion, tugas bantuan guaman, kaedah-kaedah fi bersyarat, nama firma guaman, keistimewaan profesion undang-undang, melarang peguam untuk kembali menjalankan amalan liberalisasi, amalan kumpulan, kaedah-kaedah profesion undang-undang publisiti, perkongsian liabiliti terhad, kelayakan untuk menjalankan amalan, fitness to practice dan juga Putrajaya-Labuan.

Sebenarnya ini perkara yang dibawa perbincangan oleh Majlis Peguam yang akan saya bawa dan bertanggungjawab ke dalam Mesyuarat Kabinet to inform the Cabinet regarding the 13 suggested by the Bar Council. Saya tidak boleh memberi jaminan.

Page 70: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

58 DR 18.10.2016

I cannot give you guarantee now as of now today which is at 3.59. I can’t guarantee

that because I have got to get the consensus of the Cabinet Ministers. Akan tetapi sebagai mantan peguam bela dan peguam cara dan juga peguam syariah, as a formal advocate and Syariah practitioner, personally saya percaya and I believe on the ground, cannot be a direct intervention. My personal opinion. It will be recorded in the Hansard but I am guided by the consensus, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

■1600

So, yang seterusnya Yang Berhormat Beruas telah mencadangkan supaya sesuatu undang-undang digubal untuk memperuntukkan insurans bagi anak guam yang peguamnya telah mismanage, dengan izin, kes anak guam tersebut.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat dan cadangan tersebut merupakan sesuatu isu dasar yang memerlukan kajian yang lebih teliti. Walau bagaimanapun, mengikut seksyen baru 16D, Pertubuhan Undang-undang Sabah dengan persetujuan Peguam Besar Negeri Sabah boleh membuat kaedah-kaedah untuk peguam bela berhubung dengan tanggungan rugi profesional sekiranya berlaku professional negligence dan lain-lain.

Tambahan itu, Kumpulan Wang Pampasan atau Compensation Fund diperuntukkan sebagai relief dalam hal-hal tertentu dan kaedah-kaedah berhubung dengan Kumpulan Wang Pampasan ini boleh dibuat oleh Pertubuhan Undang-undang Sabah. Perkara ini telah diperuntukkan dalam seksyen baru 16E rang undang-undang.

Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor telah membangkitkan isu pelantikan dua orang ahli Bar Malaysia oleh Menteri sebagai Ahli Majlis Peguam. Saya telah menjawab tersebut.

Point seterusnya, Yang Berhormat Sepang juga turut menyatakan hasrat supaya peguam di Malaysia boleh menjalankan amalan di mana-mana negeri di dalam Malaysia. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, setakat menjalankan amalan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada peguam bela dan peguam cara daripada Semenanjung Malaysia yang tidak dibenarkan menjalankan amalan di Sabah. Walau bagaimanapun, sekatan tersebut adalah tidak mutlak. Mengikut subseksyen 2(2) Ordinan Peguam Bela (Sabah), jika seseorang peguam bela dan peguam cara daripada Semenanjung Malaysia atau peguam bela daripada Sarawak boleh menunjukkan syarat bermastautin selama lima tahun di Sabah atau dilahirkan di Sabah atau berdomisil di Sabah, maka orang itu boleh dibenarkan untuk menjalankan amalan di Sabah, Sabah connections, dengan izin. Tertakluk kepada kelayakan profesional yang biasa.

Sebagai tambahan, seorang peguam bela dan peguam cara daripada Semenanjung Malaysia atau peguam bela dari Sarawak boleh memohon untuk memasukkan secara ad-hoc di bawah perenggan 10C, Ordinan Peguam Bela Sabah yang memperuntukkan bahawa kebenaran boleh diberikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak bagi seseorang peguam bela dan peguam cara yang mengendalikan kes-kes yang spesifik di Sabah, di mana terdapat keperluan untuk kepakaran beliau.

Yang Berhormat Setiu pula bertanya kenapa rang undang-undang dinamakan Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016? Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Ordinan Peguam Bela (Sabah), Bab 2. Setelah rang undang-undang ini diluluskan, ia akan menjadi Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) iaitu akta yang meminda ordinan ini. Semasa pembentukan Malaysia, Ordinan Peguam Bela (Sabah), Bab 2 telah dimodifikasi dan diisytiharkan sebagai Undang-undang Persekutuan. Melalui Modification of Laws, Declaration of Federal Present Law (Sabah) Order 1965. Memandangkan ordinan ini undang-undang Persekutuan, apa-apa pindaan kepada ordinan ini hendaklah diluluskan oleh Parlimen.

Yang Berhormat Kuala Selangor pula bertanya jika firma guaman di Semenanjung boleh membuka cawangan di Sabah selepas rang undang-undang ini diluluskan.

Di bawah subseksyen 7F(4), rang undang-undang ini, seorang peguam bela Sabah hanya boleh mengemukakan untuk pendaftaran nama firma, nama atau tanda namanya sendiri, nama atau tanda nama peguam bela yang menjadi atau yang telah menjadi pekongsinya dan nama peguam bela sebelumnya yang mana nama baik mereka telah diperolehi olehnya atau oleh pekongsinya.

Page 71: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 59

Yang Berhormat Kuala Selangor juga mencadangkan supaya Akademi Undang-

undang ditubuhkan untuk melatih peguam-peguam menjadi peguam yang berintegriti dan beretika. Rang Undang-undang Akademi Undang-undang pernah digubal dahulu untuk menubuhkan Akademi Undang-undang yang akan berfungsi sebagai pusat kecemerlangan undang-undang. Rang undang-undang ini telah dibaca untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada 25 Mac 2002 tetapi telah ditarik balik untuk diperkemas. Selanjutnya, rang undang-undang ini telah dibaca untuk kali pertama sekali lagi pada 11 November 2003 tetapi telah ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiganya. Rang undang-undang tersebut telah luput dengan pembubaran Parlimen pada tahun 2004. Buat masa ini tiada cadangan untuk membentangkannya semula rang undang-undang tersebut.

Walau bagaimanapun kerajaan akan meneliti cadangan ini dan keperluannya. Yang Berhormat, akhir sekali Yang Berhormat Kuala Selangor juga mencadangkan nama peguam bela di uar-uarkan atau diumumkan untuk pengetahuan orang ramai sekiranya peguam bela turut didapati bersalah atas salah laku ataupun misconduct. Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk mengumumkan nama peguam bela yang didapati bersalah atas salah laku atau misconduct adalah baik dan akan dilaksanakan secara pentadbiran.

Bagi mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016. Sesungguhnya pihak kami akan meneliti setiap cadangan dan kritikan yang telah dikemukakan dan mana-mana pertanyaan yang tidak sempat saya bentangkan akan saya jawab secara bertulis. Sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Fasal-fasal 1 hingga 9 -

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Setiu.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Untuk perbahasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Fasal 1 hingga 9.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Ya. Saya merujuk sekali lagi kepada Fasal 6. Oleh sebab saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak menjawab tadi fasal maksud “five” ditukar, “lima” kepada “tujuh” tahun itu merujuk kepada siapa itu belum dijawab lagi. Sama ada kepada pegawai perundangan dan kehakiman ataupun kepada master yang dimaksudkan. Kepada Fasal 7, seksyen baru 4A. Ini adalah satu amendment yang cukup baik pada saya walaupun diambil secara cedok daripada Akta Profesion Undang-undang. Akan tetapi yang pentingnya sekurang-kurang pelajar itu dapat short call dalam masa tiga bulan dan juga selepas tiga bulan, dapat hadir ke mahkamah.

Akan tetapi masalahnya dalam 4A itu, yang boleh bagi perintah itu Chief Judge saja. Sedangkan dalam LPA disebut hakim-hakim. Bermakna, hakim yang bukan Chief Judge boleh bagi perintah atas permohonan ya. Jadi, di sini saya minta penerangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Page 72: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

60 DR 18.10.2016

Saya cadangkan kita boleh pinda kepada hakim-hakimlah. Dalam 4A juga ia kata,

Chief Judge boleh atas permohonan itu membuat perintah. Akan tetapi dalam 4A(2), ia macam ada satu paksaan pula kepada Chief Judge ini untuk membagi perintah. Sebab dalam yang atas itu sudah kita kata boleh tapi yang (2) itu pula “hendaklah”. Yang mana satukah sebenarnya? Dalam keadaan mana? Ia pun sebutlah, adalah disebut ya. Kalau ia fikirkan fair and reasonable, itu ia kata “hendaklah” pula.

Jadi, saya rasa kuasa budi bicara ini sepatut diberi kepada pihak mahkamah ya. Jadi, di sini saya rasa pun patut dipinda juga ini. Saya rasakan ini satu pindaan yang baik kerana sekurang-kurang pelajar-pelajar yang diberi masa dalam tiga bulan untuk short call tadi, dia boleh belajar pergi ke mahkamah, appear walaupun dalam masa tiga bulan itu hanya hadir untuk sebutan dan sebagainya tapi sekurang-kurang boleh belajar prosedur dan decorum sekali.

■1610

Sebab, saya lihat perkara ini sudah lama dibuat di Semenanjung. Dahulu kalau tidak silap, Yang Berhormat Puchong lah- Yang Berhormat Puchong ada? Yang Berhormat Puchong masa dalam sebagai pupil itu, dia pelajar itu, memang masa dia hadir di depan- saya tak pernah. Pernah kah? Memang dia punya caranya memang cukup hebatlah. Dia appear himself lah, nak katanya. Akan tetapi apabila datang ke Parlimen lain nampaknya. Entah macam mana di Parlimen dia berbeza. Begitu juga dengan Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang tidak ada ya. Sama juga, pernah hadir depan saya, masa itu macam masih rasa hormat-menghormati. Cukup hormat masa itu ya.

Seorang Ahli: Sekarang ini politik.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Akan tetapi Yang Berhormat Kapar tidak ada ya? Yang Berhormat Kapar tidak pernah hadir depan saya, jadi saya tidak tahu perangai dia macam mana masa itu. Maksud saya, ini bukan saya hendak mengata siapa-siapalah tetapi sebagai latihan dan harapannya akan berterusan. Maknanya dulu-dulu memang tidak ada agaknya ya? Di Sabah memang tidak ada latihan macam ini ya?... [Disampuk] Ini tebal ini. Banyak lagi yang hendak di…

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Fasal 9 sahaja tahu.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Fasal 9 sahaja ya.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, 1 hingga 9.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Fasal 9 belum sampai lagi.

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Sabar, sabar.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Belum sampai lagi. Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Fasal 9 sudah sampai. Fasal 1 hingga 9. Belum ada ya? Ya, Yang Berhormat Menteri.

4.12 ptg.

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said: Terima kasih Tuan Pengerusi. Daripada pindaan pada seksyen 4(c), ‘tujuh’ yang dirujuk adalah pada master dan bukan pupil. Itu yang penerangan dia. Dan kepada pindaan pada 4A, cuma Chief Judge yang boleh membuat perintah yang dipohon.

[Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

Fasal 10 [Pindaan] -

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Page 73: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 61

4.13 ptg.

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said: Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 10 rang undang-undang dipinda dengan menggantikan subseksyen 7F(4) yang dicadangkan dengan subseksyen yang berikut. Dengan izin:

“(4) An advocate shall not submit to the Law Society for registration a firm name that is not –

(a) his own name or initials of his name;

(b) the names or initials of the names of advocates who are or were his partners;

(c) the names or initials of the names of his predecessors whose goodwill he has, or his partners have, acquired; or

(d) any combination of the names or initial of the names specified in paragraphs (a), (b) and (c).”

Pindaan yang dicadangkan kepada fasal 10 rang undang-undang ini bertujuan bagi memperuntukkan bahawa seseorang peguam bela tidak boleh mengemukakan kepada Pertubuhan Undang-undang Sabah bagi pendaftaran nama firma yang bukan tanda namanya sendiri, nama peguam bela yang menjadi atau yang menjadi pekongsinya dan nama peguam bela sebelumnya yang nama baik mereka telah diperoleh olehnya atau oleh pekongsinya.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas. Ada yang minat? Tiada?

[Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Fasal 10 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Fasal-fasal 11 hingga 18 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

Fasal 19 [Pindaan] -

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Menteri.

4.15 ptg.

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said: Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 19 rang undang-undang ini dipinda dalam seksyen 12J yang dicadangkan dengan memasukkan selepas subseksyen (4), subseksyen yang berikut:

“(5) The Law Society in consultation with the Chief Judge and the State Attorney General may make rules relating to the administration and maintenance of the Discipline Fund.”

Page 74: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

62 DR 18.10.2016

Pindaan yang dicadangkan kepada fasal 19 rang undang-undang bertujuan untuk

memasukkan subseksyen baru 12J(5) ke dalam Ordinan untuk memberi Pertubuhan Undang-undang Sabah setelah berunding dengan Hakim Besar dan Peguam Besar Negeri, kuasa untuk membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan pentadbiran dan penyelenggaraan Kumpulan Wang Tatatertib.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Fasal 19 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Fasal-fasal 20 hingga 26 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

Fasal 27 [Pindaan]-

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Menteri.

4.17 ptg.

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said: Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 27 rang undang-undang ini dipinda dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“Dengan menggantikan perkataan “Chief Judge with the concurrence of the State Attorney General” dengan perkataan “Law Society in consultation with the Chief Judge and the State Attorney General”.”

Pindaan yang dicadangkan kepada fasal 27 rang undang-undang bertujuan untuk meminda fasal 27 rang undang-undang ini bagi memperuntukkan bahawa Pertubuhan Undang-undang Sabah boleh setelah berunding dengan Hakim Besar dan Peguam Besar Negeri membuat kaedah-kaedah bagi menjalankan peruntukan Ordinan ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Fasal 27 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Page 75: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 63

[Fasal-fasal 28 hingga 31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

[Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang Undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

■1620

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG BANK PELABURAN INFRASTRUKTUR ASIA 2016

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Kewangan II [Datuk Johari bin Abdul Ghani]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur 2016 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, permintaan bagi pembiayaan projek infrastruktur di rantau Asia dan Pasifik adalah amat tinggi sejajar dengan pembangunan pesat yang dialami oleh kebanyakan negara di rantau ini. Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, negara-negara di rantau Asia perlu memastikan pelaburan yang berterusan dalam sektor infrastruktur. Infrastruktur moden dan menyeluruh akan berupaya menarik pelaburan dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Namun demikian terdapat jurang diantara keperluan dan penawaran pembiayaan infrastruktur di rantau ini. Dana awam negara serantau adalah terhad dalam membiayai program pembangunan infrastruktur manakala dana daripada sektor swasta tidak berupaya memenuhi keperluan serta terikat dengan syarat komersial dan keperluan perundangan berhubung kecairan. Melihat kepada jurang pembiayaan ini kerajaan Republik Rakyat China semasa APEC Economic Leaders’ Meeting di Bali, Indonesia pada tahun 2013 telah mencadangkan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Tuan Yang di-Pertua, AIIB merupakan sebuah bank pembangunan pelbagai hala antarabangsa yang baharu ditubuhkan pada 25 Disember 2015. Selain menyokong pembangunan ekonomi yang mampan melalui pelaburan dalam infrastruktur di rantau Asia AIIB turut menggalakkan kerjasama serantau bagi mengatasi cabaran pembangunan dengan melengkapi peranan yang dimainkan oleh institusi pembangunan pelbagai hala dan serantau yang lain.

AIIB mempunyai modal permulaan sebanyak USD100 bilion dengan satu juta saham. Modal berbayar awal bernilai USD20 bilion. Negara serantau akan memegang 75 peratus daripada saham modal manakala baki 25 peratus dipegang oleh negara bukan serantau. AIIB akan memperolehi sumber dana daripada sumbangan modal ahli serta daripada pasaran modal. Sumber-sumber dana akan digunakan untuk memberi pinjaman pembiayaan bersama melabur dalam ekuiti dan jaminan kepada pinjaman untuk pembangunan ekonomi serta menyediakan khidmat nasihat teknikal. AIIB diurus tadbir berdasarkan kepada prinsip perbankan yang kukuh setanding dengan amalan terbaik bank pembangunan pelbagai hala yang lain di samping memastikan operasinya mematuhi dasar yang dipersetujui oleh Lembaga Gabenor.

Struktur tadbir urus AIIB adalah sama dengan organisasi antarabangsa yang lain. Ia terdiri daripada Lembaga Gabenor, Lembaga Pengarah, Presiden dan kakitangan. Setiap negara anggota akan diwakili di dalam Lembaga Gabenor. Tuan Yang di-Pertua, bertitik tolak daripada keadaan ini, Malaysia wajar mengekalkan komitmen dan keprihatinan terhadap usaha antarabangsa dalam kerjasama membantu negara jiran di rantau Asia dan Pasifik. Oleh yang demikian Malaysia bersama-sama 56 buah negara pengasas yang lain telah menandatangani artikel penubuhan AOA berkaitan penubuhan AIIB pada 21 Ogos 2015.

Page 76: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

64 DR 18.10.2016

Malaysia telah menyatakan komitmen untuk melanggan sebanyak 1,095 unit saham

modal dengan nilai USD109.5 juta. Malaysia akan menjelaskan modal berbayar sejumlah USD21.9 juta iaitu 20 peratus daripada jumlah modal dilanggan dalam lima ansuran untuk tempoh lima tahun. Bayaran ansuran pertama perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari setelah dokumen ratifikasi diserahkan kepada AIIB. Semua negara ahli pengasas AIIB yang telah menandatangani AOA perlu melengkapkan proses ratifikasi sebelum 31 Disember 2016.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur 2016 merupakan suatu akta penting yang perlu digubal bagi membolehkan Malaysia mengemukakan instrumen ratifikasi dan seterusnya membolehkan bayaran langganan dapat dibuat sebagai prasyarat menjadi ahli penuh kepada AIIB. RUU yang akan dibentangkan ini mempunyai sembilan seksyen. Antara perkara-perkara penting yang terkandung di dalam RUU ini adalah:

(i) kuasa untuk memohon beli syer saham modal bank. Fasa ini memberi kuasa kepada menteri untuk memohon beli syer saham modal dibenarkan AIIB yang asal dan apa-apa pertambahan kepadanya bagi pihak kerajaan;

(ii) jumlah wang yang dikenakan dibayar kepada bank hendaklah dipertanggungkan kepada kumpulan wang disatukan. Fasal ini menjelaskan bahawa semua jumlah yang dikena bayar kepada bank bagi maksud langganan saham modal perlu dibuat melalui perbelanjaan tanggungan;

(iii) penerimaan. Fasal ini memperuntukkan bahawa semua jumlah yang diterima oleh apa pun bagi pihak Kerajaan daripada bank hendaklah dibayar di dalam kumpulan wang disatukan;

(iv) kuasa untuk membuat peraturan-peraturan. Fasal ini memperuntukkan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukkan akta yang dicadangkan; dan

(v) pengecualian cukai. AIIB akan menikmati pengecualian cukai dan duti ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan operasinya. Pengecualian ini antara lainnya meliputi:

(a) cukai ke atas aset, hartanah, pendapatan dan operasi urus niaga AIIB menurut AOA;

(b) cukai ke atas ataupun berkenaan gaji. Emolumen dan perbelanjaan yang dibayar kepada pegawai rasmi yang ditentukan; dan

(c) cukai ke atas obligasi ataupun sekuriti yang dikeluarkan ataupun dijamin oleh AIIB termasuk apa-apa dividen atau faedah baginya yang dipegang oleh sesiapa pun.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya mengambil kira komitmen Malaysia dalam menyokong objektif penubuhan AIIB, penggubalan rang undang-undang ini amat penting bagi membolehkan instrumen ratifikasi disempurnakan sebelum 31 Disember 2016 dan seterusnya bayaran langganan saham modal dapat dibuat pada waktunya.

Selain daripada itu, komitmen ini penting bagi memastikan kepentingan strategik Malaysia di rantau ini terpelihara khususnya berkaitan dengan hubungan dua hala dan pelbagai hala Malaysia dengan negara-negara di rantau Asia. Malaysia juga akan memperlihatkan komitmen dan keprihatinan terhadap usaha antarabangsa dalam kerjasama ekonomi. Ia turut mencerminkan niat murni Malaysia dalam membantu negara jiran di rantau Asia dan Pasifik selaras dengan dasar kerjasama selatan-selatan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ada sesiapa yang menyokong?

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.

Page 77: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 65

Timbalan Yang di-Pertua:Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji

Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menguatkuasakan suatu perjanjian antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Bank Pelaburan Infrastruktur Asia dan untuk membolehkan kerajaan Malaysia menjadi anggotanya dan untuk membuat peruntukkan bagi perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

4.29 ptg.

Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Ya, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan saya tentang rang undang-undang ini adalah pendek sahaja sebab- let’s get straight to the pointlah seperti apa yang diadvised oleh Tuan Yang di-Pertua pagi ini.

■1630

Isi kandungan rang undang-undang ini sudah pun ditandatangani iaitu perjanjian untuk AIIB pada 21 Ogos 2015. Maka pada hari ini Dewan yang mulia ini hanya melakukan satu proses ratifikasi perjanjian. Pada dasarnya saya hendak terangkan dengan jelas bahawa saya menyokong rang undang-undang ini. Oleh demikian, perbahasan saya ini pendek sahaja. Saya ingin memberi satu, dua perspektif tentang badan baharu ini Asian Infrastructure Investment Bank dan selepas itu saya cuma ada dua soalan kepada Yang Berhormat Menteri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan memberi perspektif saya, ekonomi dunia ketiga ataupun what we call the third world dengan izin dan negara-negara yang kurang maju yang sedang membangun sebenarnya banyak dikawal oleh badan kewangan seperti World Bank dan juga Asian Development Bank. Kedua-dua institusi ini adalah berdasarkan konsep economics iaitu neo-liberal economics dan World Bank adalah di bawah kawalan Amerika Syarikat walaupun ia ada pemegang saham lain. Akan tetapi sebenarnya Amerika Syarikat that calls the shots dan Asian Development Bank pula di bawah kawalan Jepun dan juga Amerika Syarikat. Kedua-dua mempunyai lebih kurang 15 peratus saham ekuiti.

Jadi dalam struktur dunia sekarang sekiranya sebuah negara yang ingin mendapat pinjaman untuk membangunkan negara mereka, the poor developing country needs to borrow, dengan izin, ia sebenarnya perlu kowtow ataupun tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat dan juga Jepun. Akan tetapi lebih kepada Amerika Syarikat sebab peranan Jepun di Asian Development Bank sebenarnya kita semua tahu adalah satu front kepada kuasa besar iaitu kuasa Amerika Syarikat.

Jadi perspektif saya senang. Apabila negara China yang sekarang menjadi a rising super power menimbulkan satu Asian Infrastructure Investment Bank kita sudah lihat reaksi daripada Jepun dan juga Amerika Syarikat adalah menolak konsep ini dan tidak memberi sokongan langsung kepada badan baru ini. Perkara ini menjadi berita hangat apabila negara Britain menyokong pula AIIB menyokong negara China untuk membangunkan bank ini. Tindakan ini telah pun telah dimarahi oleh Amerika Syarikat.

Jadi apa yang jelas ialah apa yang kita sedang bahaskan di dalam Dewan yang mulia ini ialah isu penubuhan bank ini bukannya satu perkara yang kecil, tetapi menimbulkan dan mempunyai implikasi-implikasi geopolitik yang ketara. Bagi saya, pandangan saya ialah jelas dan simple, tidak rumit. Sekiranya negara kecil atau developing country memerlukan pinjaman pembangunan dan mereka dapat memilih satu atau satu lagi pilihan antara hendak pinjam daripada Amerika Syarikat atau hendak pinjam daripada negara China, adanya pilihan ini adalah satu development yang baik, dengan izin. Having an additional option for a third world country to borrow either from America or from China is a good thing.

Ini kerana sekurang-kurangnya dengan izin, there will no longer bean American monopoly for development funding and also, AIIB will inject in competition into the development funding system.

Page 78: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

66 DR 18.10.2016

Dengan adanya pilihan kedua, dengan tidak adanya monopoli, negara kecil boleh

dapat terma pinjaman yang terbaik dan tidak perlu lagi tunduk ke mana-mana pihak yang maha kuasa. Oleh itu saya mengalu-alukan penubuhan AIIB ini.

Akan tetapi Dewan yang mulia ini perlu juga berhati-hati. Kita perlu memastikan AIIB juga tidak digunakan oleh negara China untuk tujuan politik negara China. Dengan izin, while I welcome the formation of AIIB, I caution Parliament today that we have to be careful not to allow China as the main promoter of AIIB to extract undue geopolitical influence on its borrowers.

Saya menimbulkan perkara ini kerana pada 20 April 2016 tahun ini, di dalam satu artikel daripada magazine yang kita boleh kata reputable ‘The Diplomat’, mereka mengatakan bahawa pinjaman pertama oleh AIIB adalah kepada empat negara iaitu Pakistan, Tajikistan, Uzbekistan dan Kazakhstan, the four stans.

Seorang Ahli: ‘Malaysiastans’?

Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: ‘Malaysiastans’ tidak ada. [Ketawa] Malaysia ialah- Hindustan ada. Keempat-empat negara pinjaman yang meminjam daripada AIIB tersebut adalah negara yang kuat menyokong konsep geopolitik China iaitu konsep One Belt, One Road ataupun apa yang dipanggil OBOR. Jadi kita perlu faham bahawa there is no free lunch, dengan izin. Maknanya kita kena, walaupun kita welcome satu badan baru yang memberi competition kepada World Bank dan juga pada ADB, kita perlu faham there is no free lunch in the world of investment.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah perspektif yang saya hendak kongsikan dengan Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bukit Katil bangun, Yang Berhormat.

Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Okey boleh.

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Boleh Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana Ahli Parlimen Kelana Jaya tadi membawa dua isu yang saya fikir penting untuk Dewan pertimbangkan selain daripada free lunch dan free dinner. Pertama tadi soal kowtow di dalam mukadimah Yang Berhormat Kelana Jaya membangkitkan tentang dua bank yang agak signifikan iaitu World Bank dan juga Asian Development Bank yang mana peringatan Yang Berhormat Kelana Jaya itu adakah kita perlu kowtow kepada Amerika, memulakan konsep yang sama di dalam konteks bagi Bank Pelaburan Infrastruktur Asia ini apakah kebimbangan Yang Berhormat Kelana Jaya itu merujuk kepada persoalan ini.

Apabila berlaku pertembungan antara nasional interest dan juga kepentingan geopolitik dalam konteks ini kalau kita menyokong maka seolah-olah kita harus memberikan sedikit weightage, dengan izin, kepada interest China dan ini tentunya kalau kita terperangkap dalam permainan geopolitik ini, ini tentunya tidak memberikan kita sebarang kelebihan ataupun advantage.

Itu yang pertama, kedua soal yang disebut tadi berkaitan isu yang membabitkan pada saya yang saya faham ialah the way forward. Antara perkara yang dibangkitkan di dalam perbahasan Yang Berhormat Kelana Jaya ialah soal bagaimana kita hendak navigate, dengan izin, interest kepentingan yang timbul ini.

Ini kerana kalau di peringkat awal kita menyaksikan bahawa empat negara ini yang cenderung kepada ‘One Belt, One Road’ diberikan kelebihan dari segi pinjaman dan sebagainya, how do we navigate the interest supaya kita tidak terperangkap juga dalam permainan, dengan izin, Dewan politik China ini. Terima kasih.

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Okey.

Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Oh, okey silakan.

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Saya just nak add up apa yang Yang Berhormat Kelana Jaya beritahu tentang pinjaman yang telah dikeluarkan sebanyak USD509 juta yang mana Pakistan – USD100 million; Tajikistan – USD27.5 million; Bangladesh – USD165 million; Indonesia – USD216.5 million makeup to USD 509 million. Akan tetapi all these USD509 million loan, AIIB went alone. Hanya di Bangladesh sebanyak USD165 million di tiga negara lain AIIB co-finance dengan World Bank dan ADB.

Page 79: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 67

Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil dan

juga Yang Berhormat Setiawangsa. Pertama tentang isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil, how do we navigate the issue. Sekiranya kita ada option untuk pinjam daripada World Bank atau pinjam daripada ADB ataupun daripada AIIB ini adalah satu sistem di mana kita boleh ask them, boleh tanya mereka untuk beri kadar yang terbaik the best borrowing rate. Jadi dengan adanya pilihan, kita boleh control isu tentang undue geopolitical influence. Jadi ada kebaikannya kita consider geopolitical influence tetapi ada lebih baiknya kita treat it as commercial interest.

Tentang apa yang ditimbulkan oleh rakan baik saya daripada Yang Berhormat Setiawangsa memang benar, fokus dia di Pakistan adalah bersama dengan World Bank.

■1640

Ini menunjukkan bahawa walaupun AIIB wujud, ia boleh bekerjasama dengan World Bank dalam satu projek. Maknanya walaupun pada permulaannya nampak tidak ada competition ataupun adanya co-cooperation di antara World Bank dengan AIIB, ini menimbulkan satu situasi yang lebih baik untuk semua peminjam. I think, saya haraplah tetapi dalam artikel diplomat, mereka memang berkata adakah ini akan berubah dalam dua tahun lagi, lima tahun lagi, dalam satu dekad lagi. Pada pendapat saya, apabila isu geopolitik South China Sea berterusan, ketegangan di antara World Bank dan juga Asian Development Bank bersama dengan AIIB akan juga naik pada tahap yang sama.

Jadi, itu adalah kerisauan yang ketara dan saya rasa sebagai negara yang tidak ada partisanship dengan isu geopolitik antara Amerika Syarikat dan juga China, baiknya kita memahami. Saya mintalah dalam penjagaan Menteri kita yang baik ini, bagi fokus kepada isu ini dan cuba sedaya upaya jangan terperangkap dalam isu geopolitik. Cuba melihat AIIB ini sebagai satu cadangan yang baik untuk memastikan commercial terms yang terbaik untuk peminjam sama ada kita ataupun Bangladesh ataupun Pakistan.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perspektif saya untuk isu ini, tetapi saya ada dua soalan pendek kepada Menteri. Soalan pertama saya, tadi Menteri sudah cakap, menjelaskan bahawa Malaysia akan mengambil semua USD109 juta, investment itu dan bayar lebih kurang USD20 juta setahun untuk lima tahun. Soalan saya, apakah tahap return of investment (ROI) yang bakal Malaysia dapat di dalam pelaburan ke dalam ekuiti AIIB?

Soalan kedua saya, adakah pelaburan ini akan bermakna negara kita mungkin diperlukan untuk menjamin apa-apa bon daripada capital markets yang mungkin dikeluarkan oleh AIIB? Dengan izin, I want to know, will our investment, Malaysian investment in AIIB, USD109.5 million, will it expose us to be guarantors to future AIIB bonds?

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kedua-dua soalan saya diberikan jawapan terperinci oleh Menteri. Bagi saya, saya sudah cakap pada permulaan, saya sokong rang undang-undang ini. Akan tetapi seperti Menteri, saya juga seorang ahli korporat, bekas ahli korporat. Kita perlu membuat satu analisis ROI dan juga risiko sebelum kita melabur beratus-ratus juta di dalam AIIB. Itu sahaja perbahasan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Jasin.

4.43 ptg

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk mengambil bahagian. Pertama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah dapat membentangkan satu rang undang-undang yang cukup bertepatan sekali. Ini membuktikan kesungguhan kerajaan kita, terutamanya daripada segi masa dan juga keperluan kita dalam usaha kita untuk terus memajukan negara kita. Prasarana adalah perkara yang penting dalam aspek pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak kita menandatangani perjanjian TPPA, Malaysia dilihat terlalu berpaksikan kepada US dan juga barat, walaupun pada hakikatnya kita amat berhati-hati dan bersahabat dengan semua negara. Jelas AIIB ini adalah satu bukti bahawa Malaysia sebenarnya kerajaan yang proaktif dalam dasar luar kita. Penyertaan kita dalam AIIB ini adalah satu keputusan yang cukup seiring dengan strategi diplomasi kita bagi menghadapi dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China, yakni hedging atau balancing.

Page 80: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

68 DR 18.10.2016

Tuan Yang di-Pertua, AIIB ini adalah satu manifestasi kesungguhan Malaysia untuk

menjadi sebahagian daripada masyarakat antarabangsa yang proaktif dan juga bertanggungjawab. AIIB ini adalah tanda bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan bebas untuk menentukan masa depan sendiri. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya dasar luar Malaysia akan berubah kerana dalam TPPA kita sudah mengasingkan China? Adakah AIIB ini bermakna kita kembali kepada China? Itu yang pertama.

Keduanya, Malaysia adalah satu-satunya negara founder member dan kita di antara negara yang paling terawal sekali menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan China. Dalam 57 buah negara yang menyertai perjanjian ini yang telah ditandatangani pada Ogos 2005, 47 buah negara telah pun selesai ratifikasi. Malaysia adalah di antara negara yang terkemudian, sembilan buah negara terkemudian.

Saya maklum bahawa apa juga keputusan untuk investment, kalau mengikut daripada perundangan Malaysia, kita mesti mendapatkan keputusan dan juga approval daripada Parlimen kerana kita akan menggunakan Consolidated Fund. Saya hendak tanya Menteri, adakah Malaysia boleh menggunakan wang daripada Khazanah yang mempunyai dana yang besar? Ini kerana kita mahu membuktikan kepada China bahawa kita benar-benar bersungguh-sungguh dan membuktikan kepada dunia bahawa penubuhan AIIB ini adalah satu perkara yang cukup bermanfaat kepada negara dan negara-negara sahabat yang menyertai.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya, AIIB ini yang pembiayaan bakal ditawarkan kepada negara-negara AIIB sangat besar jumlahnya dan juga paid-up capital sehingga USD70 bilion. Jadi soalan saya, kita Malaysia ini mempunyai Bank Islam dan kita menjadi pelopornya dan cukup terkenal di seluruh dunia. Adakah pihak kerajaan akan menggunakan kerusi yang akan diperuntukkan dalam AIIB ini untuk kita mempromosikan kewangan Islam sebagai kaedah untuk kita menjana modal bagi kita laburkan dan apa-apa yang sesuai berasaskan kepada konsep syariah. Ini sebenarnya boleh memberikan faedah yang banyak kepada negara kita.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan daripada Chapter I, Article 3, Membership Articles of Agreement AIIB, keahlian AIIB dibuka kepada ahli-ahli Bank Dunia dan Asian Development Bank. Kedua-duanya, Malaysia sebenarnya memegang saham dan menyertainya. Ini bermakna Amerika dan Jepun boleh memilih untuk menganggotai AIIB di masa depan. Adakah kedua-dua negara ini akan merasakan bahawa dengan penyertaan Malaysia, kita sudah beralih kepada China? Dasar kita bersahabat dengan semua negara. Kita tidak mahu menyentuh perasaan masing-masing, tetapi kita mempunyai pilihan kita sendiri. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita ada pilihan kita.

Jadi bagaimanapun, kita hendak tahu sama ada modal berbayar kita ini dari semasa ke semasa kita boleh tambah? Saya tahu Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai ekuiti yang terkecil. Akan tetapi bagaimanapun, saya yakin dengan kesungguhan Malaysia. Sebelum kita bawa ke Parlimen ini, sudah kah kita membuat survey supaya kita benar-benar faham bahawa pelaburan kita ini adalah satu perkara yang cukup menguntungkan bagi masa depan negara kita.

Seterusnya, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam telah melancarkan Laporan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan kita berhasrat untuk membina satu landasan kereta api yang baru sejauh 600 kilometer yang menghubungkan antara Pantai Barat dan juga Pantai Timur Semenanjung. Projek ini adalah satu projek yang berimpak tinggi. Jadi soalan saya, berdasarkan Chapter I, Article 1, purpose of AIIB Articles of agreement, dengan izin, the purposes of bank shall be; one, fosters sustainable equipment development, create wealth and improvement of infrastructure connectivity in Asia. Soalan saya, adakah cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini benar-benar menepati kriteria AIIB yang membolehkan negara kita selaku ahli dalam AIIB ini untuk kita memohon dana dari bank tersebut?

■1650

Dan bukankah dengan kita menyertai AIIB ini ia membolehkan kita memohon pinjaman AIIB seperti kita menyertai Bank Dunia dan juga IDB.

Page 81: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 69

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita dapat melihat kesungguhan kita ini kita telah

nyatakan setelah kita menandatangani tetapi setelah kita bersetuju nanti kita mempunyai masa yang cukup singkat dari sekarang. Kenapa kita mengambil masa yang panjang untuk membentangkannya tetapi setelah kita meluluskan nanti kita dikenakan bayaran setelah kita register ratifikasi.

Jadi saya hendak tahu dari Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya exit clause kita kalau kita dapati bahawa penyertaan kita ini tidak menguntungkan negara kita. Apakah boleh kita keluarkan balik ekuiti-ekuiti kita yang kita telah laburkan dalam itu dan pelaburan kita yang kita bayar sebanyak lima kali adakah berdasarkan daripada tukaran yang telah ditentukan atau tukaran semasa kerana tukaran kita ini tukaran kita dalam bentuk US Dollar. Jadi kita hendak tahu sama ada ia telah ditetapkan ataupun berdasarkan kepada masa kita membayarnya. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua saya sebenarnya…

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin kerana memberikan peluang.

Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Jasin tadi tentang pengumuman Yang Amat Berhormat Pekan mengenai pelan transformasi pengangkutan awam darat. Merujuk kepada persoalan yang dilontar kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pinjaman ialah kalau boleh dibenarkan pinjaman melalui bank pelaburan ini.

Cuma saya ingin tanya Yang Berhormat Jasin, apakah Yang Berhormat tahu dan sedar bahawa ini dari segi persepsinya ataupun dari segi faktanya kita lihat bank ini is a China-led bank, dengan izin. Tentunya bila Yang Berhormat sebut tentang exit clause saya membayangkan bahawa bank yang dicadangkan ini kebimbangannya ialah bukan sekadar diberikan pinjaman. Contohlah, kita ingin laksanakan project connectivity, dengan izin, maka kita minta dengan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia. Mereka bukan sekadar sahaja memberi pinjaman tetapi mereka juga impose term and condition bahawa mesti menggunakan syarikat-syarikat daripada China untuk membuat projek ini dan pada saya tentunya membahayakan atau memberikan risiko kepada kita kerana dia tidak ada sense of competition.

Jadi adakah Yang Berhormat memaksudkan itu ataupun ada kepentingan lain bagi maksud exit clause yang dibangkitkan tadi? Terima kasih.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Ya, Tuan Yang di-Pertua dalam apa-apa perjanjian exit clause mestilah minta dengan izin di spelled out dalam agreement sama ada apabila kita membuat sesuatu keputusan yang bahawa pelaburan kita tidak menguntungkan. Kita boleh minta balik modal kita dengan pasaran semasa kerana setiap pelaburan itu ada keuntungan atau kerugian. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya sebenarnya…

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Kalau exit clause ada dekat AIIB ini saya wonder whether the same clause exist di ADB yang juga kita member dan World Bank yang juga kita member.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Keahlian kita dalam World Bank dan juga Asian Development Bank adalah dalam satu masa yang cukup panjang dan kita yakin apa juga pelaburan yang telah kita buat bukan sahaja mendapat keuntungan bahkan kalau kita ada exit clause di situ akan memberikan pulangan yang baik kepada kita. Jadi saya bersetuju dengan pendapat daripada sahabat saya dari Setiawangsa, kita kalau boleh dapat melihat supaya exit clause itu dapat memberikan keuntungan kepada kita.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya kita dapat lihat penguasaan China sekarang pada hari ketika ini cukup menyerlah sekali. Di negara kita semua projek mega, kita namakan apa sahaja projek MRT, fast train, Bandar Malaysia, semuanya dikuasai oleh China. Kekuatan mereka bukan sahaja dari segi kewangan bahkan dari segi teknikal. Jadi kebimbangan kami adakah dengan penyertaan kita dalam AIIB ini nanti mungkin akan melibatkan gandakan lagi penyertaan mereka dalam banyak projek mega yang kita akan laku dalam negara kita.

Page 82: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

70 DR 18.10.2016

Keduanya, adakah dengan penubuhan AIIB nanti mereka juga akan menubuhkan

syarikat ataupun pejabat mereka di Malaysia kerana kita bimbang bahawa ia akan menjadi saingan kepada bank-bank tempatan. Ini memang kebimbangan dan kalau boleh janganlah terjadi terutamanya dalam kita mempromosikan Bank Islam yang menjadi kebanggaan kita pada ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Saya menyokong sepenuhnya cadangan Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Serdang.

4.56 ptg.

Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana beri saya peluang untuk membahaskan isu ini. Seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya saya pun setuju, penyertaan Malaysia sebagai ahli pengasas kepada AIIB oleh kerana ia akan beri lebih peluang dari segi competition dan juga persaingan untuk mendapatkan pinjaman dengan kadar yang wajar dan juga syarat yang saya harap adalah wajar juga.

Akan tetapi saya ada tiga soalan yang saya hendak bangkitkan kepada Menteri untuk menjawab. Pertama ialah seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi hanya ada 57 negeri pengasas tetapi hanya ada sembilan lagi negeri yang belum lagi meratifikasikan perjanjian untuk menjadi ahli kepada AIIB. Malaysia adalah salah satu negara dengan Brazil, Iran, Kuwait, Philippine, Portugal, South Africa, Spain, dan juga Uzbekistan.

Jadi soalan pertama saya ialah kenapa Malaysia mengambil masa begitu lama memandangkan bahawa ada banyak majoriti negara telah menandatangani dan juga meratifikasikan perjanjian untuk menjadi ahli AIIB. Ini kerana apabila saya check laman web AIIB ini Malaysia memang tidak ada perwakilan dari segi board of governors ataupun board of directors dan pada masa yang sama projek untuk memberi pinjaman telah diluluskan dan ada juga banyak lebih lagi projek yang telah dicadangkan untuk mendapatkan pinjaman. Jadi adakah Malaysia lose out dari segi penyertaan ratifikasi yang lewat. Itu adalah soalan yang pertama.

Soalan yang kedua ialah seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Saya memang bimbang bahawa pinjaman yang diberi oleh AIIB ini ada kemungkinan bahawa ia akan ditambah syarat. Saya rasa ini bukan sesuatu yang baru apabila negara-negara maju seperti negara Jepun sebelum ini telah memberi macam conditional aid. Mereka juga meletakkan syarat supaya apa-apa projek yang diberikan oleh mungkin bank dari Jepun, ada syarat di mana syarikat dari Jepun mesti terlibat.

Jadi untuk projek mega yang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin saya memberi contoh dualah iaitu pertama ialah projek Bandar 1Malaysia dan juga high speed rail. Saya tahu bahawa Dewan yang mulia ini juga tahu bahawa China Railway Engineering Company (CREC) telah mengambil majoriti stake dalam Bandar 1Malaysia dan Bandar 1Malaysia juga merupakan starting dan end point kepada high speed rail project ke Singapura.

Ada banyak negara yang ada minat untuk menyertai dan mendapatkan kontrak high speed rail termasuk syarikat daripada negara Jepun, South Korea, Germany, France dan juga China. Adakah apa-apa prosedur dalam syarat lending, pinjaman oleh AIIB ini yang boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu supaya meletakkan tekanan kepada negara-negara yang mendapatkan pinjaman ini untuk memberikan kontrak-kontrak tertentu kepada syarikat daripada negara China.

■1700

Saya rasa high speed rail itu memang adalah satu sasaran. Sasaran yang kedua ialah East-Coast Rail Link yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi. Saya juga ada baca laporan, di mana ada pihak tertentu yang kata kemungkinan Projek East-Coast Rail Link ini diberikan kepada negara China dan sebagai satu payback untuk bail out IPIC di bawah 1MDB ini.

Page 83: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 71

Saya rasa ini adalah sesuatu perkara yang serius yang perlu diambil kira oleh

negara Malaysia kerana independence kami, kemerdekaan kita sebagai sebuah negara tidak di terjejas oleh penyertaan Malaysia di AIIB ini.

Terakhir sekali, saya hendak buat satu cadangan. Cadangan saya ialah seperti berikut. Untuk semua negara yang telah meratifikasikan perjanjian untuk menjadi ahli AIIB ini, mereka diwakilI oleh Menteri Kewangan ataupun equivalent dalam Board of Governance. Cadangan saya ialah bahawa Malaysia tidak meletakkan Menteri Kewangan sebagai wakil Malaysia oleh sebab ada potensi untuk conflict of interest seperti mana yang saya telah bangkitkan tadi isu memberikan kontrak yang mungkin melibatkan 1MDB either indirectly atau directly.

Cadangan saya ialah supaya Malaysia menamakan wakil Malaysia sebagai Gabenor Bank Negara iaitu Datuk Muhammad Ibrahim supaya conflict of interest ini tidak timbul dan supaya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan iaitu Yang Amat Berhormat Pekan tidak melibatkan diri langsung dalam AIIB. Terima kasih.

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: [Bangun]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bagan Serai.

5.02 ptg.

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Berucap dalam bahasa Arab] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana berjaya membawakan bill ini ke dalam Dewan yang mulia ini. Malaysia telah mengikuti perkembangan ini tentang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia ataupun lepas ini saya sebut sebagai AIIB sejak Oktober 2014 dan telah dimaktubkan pada 25 Disember 2015.

Jadi, pewujudan ini adalah untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur dalam sesebuah negara, khususnya negara berpendapatan rendah, yang miskin, yang memerlukan dana. Tujuan pembangunan bank pelbagai hala atau multilateral development bank ini adalah menyediakan dana kepada projek-projek di rantau Asia khususnya dan AIIB adalah antara yang terkini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyingkap sejarah sebenarnya. Kita lihat sebelum ini telah wujud World Bank sejak 1998 dan Asian Development Bank (ADB) sejak 1996, Islamic Development Bank sejak 1974 dan kini AIIB 2016. Malaysia telah terlibat dengan semua bank pembangunan ini yang mana sejarahnya ataupun tujuan asalnya ataupun nawaitunya adalah untuk membantu mereka-mereka yang tidak mampu, negara yang berpendapatan rendah. Jadi, poverty reduction and development, dengan izin. Ini tujuan-tujuan asalnya dan hari ini kita lihat AIIB adalah infrastructure investment, dengan izin, untuk membina infrastruktur.

Pada hakikatnya, pada pendapat saya, dengan nawaitu yang ingin membantu ini kepada negara-negara yang miskin dan yang memerlukan ini adalah satu niat yang baik, satu tujuan yang baik untuk memberikan kebaikan kepada ramai orang. Malah, kalau saya fikirkan Tuan Yang di-Pertua, bagus di wujudkan pelaburan infrastruktur, malah patut kita buat di Asian Health Investment Bank. Kita namakan AHIB, ini pendapat saya. Ataupun Asian Education Investment Bank. Oleh sebab apa, negara banyak.

Hari ini kita lihat di negara kita pun, bab-bab pendidikan, bab-bab bangunan sekolah, bab-bab universiti, bab-bab macam-macam, memerlukan dana. Kalau kita lihat hari ini di hospital-hospital, hospital yang tidak cukup kelengkapan, hospital yang buruk, hospital yang tidak ada tempat parking yang cukup, memerlukan dana. Ini pada hakikatnya. Pada asasnya, pada hakikatnya.

Page 84: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

72 DR 18.10.2016

Walaupun saya tidak nafikan daripada perbahasan yang saya dengar tadi, beberapa

orang yang telah berbahas tadi. Dengan jelas dan nyata, menyatakan kebimbangan-kebimbangan yang mana memang perlu wujud. Malah ada yang menyatakan AIIB adalah saingan kepada IMF, kepada Bank Dunia, saingan kepada Bank Pembangunan Asia (ADB) yang di control oleh Japan dan USA. World Bank yang di control oleh US. Jadi, kebimbangan takut kita di control. Kebimbangan yang merisaukan begini.

Sebenarnya, Malaysia adalah negara - Malaysia is a small open economic country. Kita adalah negara dagang. Kita adalah negara yang akan berjaya, yang akan maju dengan perdagangan. Kita adalah negara yang kecil, yang terbuka untuk perdagangan. Kita telah memeterai beberapa TP, TPPA dan kita juga akan buat ARSET. Kita juga ada ASEAN-China. Akan tetapi apabila berhadapan dengan kuasa-kuasa besar seperti US dan China, kita seolah-olah macam takut. Kebimbangan penunjuk, sebab apa? Ada undang-undangnya. Bukan kita sign membabi buta. Kita ada undang-undangnya, kita ada ratifikasinya, kita ada pakar-pakar perdagangan kita untuk menentukan kita ini di mana. Malah, TPPA begitu lama sekali dan telah dibahaskan di Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, pada hakikat awalnya saya hendak terangkan, di sebalik kita kata ketakutan US control, ketakutan China kuasa besar baru yang akan control, apa yang tidak ada di Malaysia? Hari ini kita dengar tadi, saya dengar tadi. Kita bimbang dengan keadaan geopolitik ini. MRT kita, high speed rail kita, bridges kita, banyak dah. Apa yang tidak ada lagi di Malaysia ini? Apa yang Amerika tidak tolong di Malaysia ini? Apa yang China tidak datang untuk bantu di Malaysia ini? Apa yang akan datang ini, dengan Bandar Malaysia dan sebagainya, China. Maknanya, kita memikirkan banyak lagi projek-projek PFI dengan China.

Sebab pada hakikatnya, yang kaya menolong yang miskin. Jadi, saya dapat lihat daripada bank pembangunan yang wujud. Memang ada business, memang ada keuntungan, memang akan ada yang menuntut tetapi hakikatnya orang yang tidak ada duit, dibantu dengan dana untuk memperbaiki negaranya. Ini yang Malaysia akan lalui. Dalam langkah-langkah kita naik menuju negara maju, ini yang kita lalui sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sekijang bangun.

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Kita masuk TPPA. Silakan Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya melihat isi kandungan ucapan daripada Yang Berhormat Bagan Serai tadi melihat tentang apabila kita mula melaksanakan rang undang-undang ini nanti. Apabila kita bersetuju, maksudnya Malaysia ini nanti akan di datangi oleh syarikat-syarikat yang kita tahu datang daripada negara-negara seperti yang tersenarai di dalam ini. Mereka akan mula memberikan pelaburan ke dalam negara kita.

Adakah Yang Berhormat setuju selepas ini nanti, maksudnya negara kita akan mula didatangi oleh syarikat-syarikat besar, terutamanya dari China, daripada India, daripada negara-negara besar untuk melabur dan melihat potensi-potensi yang ada dalam negara untuk memberikan kesan yang baik, terutamanya kepada ekonomi. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Ini yang saya cuba hendak gambarkan sebagai win-win situation. Sebagai win-win situation. Mereka datang ini melabur cari peluang. Kita terlibat dalam FDI sebab kita hendak tempat kita- bila datang pelaburan, akan datang peluang pekerjaan, akan datang pembangunan, ada undang-undang untuk sekat. Memang kita patut ada kebimbangan tetapi pada hakikatnya saya melihat ini adalah satu perkara kebaikan.

■1710

Saya hendak ulang TPPA tadi. TPPA ini kita terbuka dan terdedah. Akan tetapi tahukah kita bahawa dengan perjanjian TPPA ini, kita punya kuasa ataupun tebaran pasaran barangan kita akan pergi ke merata tempat. Bukan sahaja kepada China dan US tetapi juga kepada Amerika Latin. Kita sebagai negara yang kecil dan terbuka dalam perdagangan- hari ini kita lihat pertumbuhan perdagangan dunia menurun 2.9 peratus. Pertumbuhan perdagangan dunia menurun 2.9 peratus. Apa-apa di antara tiga peratus ke bawah dikatakan red alert. Kita akan melangkah ke satu lagi episod kelembapan ekonomi dunia yang akan menggugat juga Malaysia.

Page 85: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 73

Jadi kalau China jatuh, kalau China merudum, kalau China muram, Malaysia

lingkup. Atau macam mana? Jadi itu sebab ada TPPA umpamanya. Itu sebab dengan US, itu sebab dengan China.

Saya percaya dasar Kerajaan Malaysia tidak bermusuh dengan sesiapa tetapi melalui rakan dagangan yang luas. Akan tetapi sebab itu pada mukadimah ini saya hendak nyatakan lagi bahawa pada dasarnya AIIB memang bagus kerana membantu yang susah dan di samping itu, seperti perbahasan yang saya dengar pada awal-awal tadi ialah kita patut berhati-hati. Apa yang tidak berhati-hati?

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Kalau Yang Berhormat Sekijang hendak tolong saya, terima kasih, tetapi saya kena bimbang dengan Yang Berhormat Sekijang. Tolong ada apa? Ada udang di sebalik batu? Ataupun Yang Berhormat Sekijang hendak tolong tanpa bayaran apa-apa, bagaimana? Umpamanya contoh, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebut pelancaran AIIB sebagai satu usaha meninggikan skala pembiayaan untuk pengguna mampan bagi global economic governance. Menurut Bank Pembangunan Asia, Asia memerlukan RM800 bilion setiap tahun untuk jalan raya, pelabuhan, loji jana kuasa dan sebagainya. Ini perkara-perkara yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat AIIB ini mempunyai tiga peringkat tadbir urus - lembaga pengelola, lembaga pengarah dan eksekutif- yang mana modus operandi yang cuba diterapkan adalah lean, clean and green. Very straight forward, very lean. Maknanya pengurusan cekap dan berkemahiran tinggi, experts in the field. Experts in the field, bukan sebarang orang. Macam kita kata TPPA hancur Malaysia, no. Experts in the field. Mereka telah buat kerja, telah buat homework. Ada orang yang tidak tahu tetapi cerita benda-benda yang menakut-nakutkan rakyat umpamanya. “Clean” bermaksud sifar rasuah. Ini penting. Kalau ada unsur-unsur tidak ada integriti, jadilah macam cerita peguam yang kita sembang pagi tadi. Tidak ada integriti. Orang yang patut kita percaya sudah tidak boleh percaya. Tidak ada integriti, rasuah. Juga “green” bermaksud di sini institusi-institusi ini dibina dengan asas hormat dan melindungi alam sekitar. Very important. Ini yang terjadi pada dunia hari ini. Climate changes, sea level rising, macam-macam lagi keadaan. Temperature rise dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara ini terlibat sebenarnya. Kita lihat Malaysia memperkukuhkan hubungan diplomatik. AIIB diterajui, led by China dengan peratusan melebihi 20 peratus. Kita merupakan rakan dagangan terbesar negara China sejak tahun 2009 dan juga kita mempunyai hubungan baik ASEAN-China yakni melengkapkan bank pembangunan pelbagai hala yang lain, melengkapi yang lain. It’s complementary sebenarnya, sebab apa yang ada tidak cukup. Kalau cukup, tidak perlu lagi. Jadi dengan ada ini, satu complement kepada bank-bank pembangunan yang ada.

Terdapat sembilan fasal dan satu jadual dalam rang undang-undang ini. Saya ingin menyentuh fasal 6 iaitu jumlah wang yang dikenakan dibayar kepada bank hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan. Di sinilah melihatkan kepentingannya perkara ini dibawa ke Parlimen dan dibahaskan supaya ia dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam AIIB, Malaysia hanya memegang saham sebanyak 0.11 peratus dan dikategorikan dalam grup satu bersama Thailand, Philippines, Bangladesh, Nepal and Maldives. Proses ratifikasi perlu diselesaikan sebelum 31 Disember. Setakat ini, 48 buah negara telah selesai dan sembilan buah negara yang belum selesai dengan AOA ini adalah Malaysia. Saya hendak bertanya kementerian ini, kenapa lambat ini? Kenapa lambat? Why kita ini yang terhujung? Kenapa kita yang terhujung? Apa masalahnya awal-awal lagi dalam ratifikasi ini?

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Tuan Yang di-Pertua...

Page 86: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

74 DR 18.10.2016

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya ingin membawa beberapa persoalan dan kebimbangan yang bermain di fikiran saya. Pertama...

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]:Seorang Ahli: Bimbang juga? Tadi kata tak bimbang?

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Tadi kita bimbang, soal pula. Sekarang ini bimbang sendiri? Ini apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Biarkan dia, Yang Berhormat.

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Saya curiga, macam mana tadi tidak bimbang tiba-tiba bimbang?... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Dia curiga.

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Ini floor siapa ini? Duduklah.

Seorang Ahli: Yang Berhormat Kapar kacaulah.

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Kapar tak kacau, Kapar curiga. Tadi tidak bimbang, tiba-tiba bimbang. Apa ini?

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Tadi tidak ada dalam teks. Ini ada dalam teks [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, teruskan Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hairan juga...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Jangan terganggu ya.

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Lawyers di sebelah sana saya hairan melihat mereka.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Despite of our agreement, dengan izin, bukan? We have the worriedness. Tadi saya bagi contoh kalau Yang Berhormat Sekijang hendak tolong saya, terima kasih, tetapi saya bimbang juga, adakah udang di sebalik batu?... [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada peratusan syer yang dipegang oleh Malaysia yang amat kecil dan seolah-olah ia tidak memberi begitu banyak impak kepada negara, ini kebimbangan. Bila kita kecil, kenapa kecil? Adakah kita tidak mampu? Adakah kita tidak dibenarkan? Kebimbangan yang ada yang patut kita worry macam saya sebut tadi adalah apabila China memegang peratusan syer yang terbesar.

Jadi melihat negara China akan terikat kepada sesuatu yang dilakukan. Sama juga, itulah kebimbangan yang dibawa dulu. Apabila kita cerita pasal TPPA, semua orang kata Amerika control. Itu yang kita bimbang dulu. Ini kebimbangan yang kita ada, kerisauan yang kita ada tetapi seperti yang saya nyatakan di awal perbahasan, kita ada pakar-pakar kita, kita ada specialist kita, kita ada mereka yang bertanggungjawab bertungkus-lumus fikir tentang perkara ini untuk menjayakan triti ini. Kita bukan bimbang. Kita risau sahaja dengan geopolitik dengan segala-galanya yang lain, dengan control dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Malaysia menunjukkan keinginan untuk menyertai AIIB ini, sejumlah wang harus dibayar kepada bank secara berperingkat, kita dengar tadi. Pertanyaan saya, sejauh manakah pulangan yang bakal diterima oleh negara menerusi pelaburan ini? Ini perlukan penerangan. Dan Malaysia tergolong dalam kumpulan konstitusi satu bersama negara-negara yang telah dinyatakan sebelum ini memerlukan sekurang-kurangnya enam peratus untuk menjadi konstitusi.

Page 87: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 75

Persoalannya, Malaysia hanya menyumbang sebanyak 0.49 peratus dalam

kumpulan tersebut. Kebimbangannya adalah Malaysia tidak mempunyai lebih suara, voice dan kuasa dalam menentukan sesuatu dasar ataupun keputusan yang mungkin akan dibuat. Akhirnya, sejauh manakah penglibatan negara dalam perkara ini mampu memberi impak yang tinggi serta memberi kesan yang positif kepada pembangunan infrastruktur dan sosial?

an menyokong Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia ini dan merasakan ini adalah satu complement kepada bank-bank pembangunan yang ada yang akan memberi bantuan yang lebih dan insya-Allah, pada pendapat saya, dengan kemasukan kuasa-kuasa besar untuk membantu kita, kita akan jadi lebih berjaya dan boleh mencapai negara maju yang akan datang. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan juga yang berkecuali. Apabila kita menganggotai Bank Dunia (ADB), kita tetap dengan dasar luar kita yang tersendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat. Setujukah Yang Berhormat Bagan Serai, apabila Malaysia juga menganggotai AIIB sebagai sebuah negara yang berdaulat, dasar luar kita juga adalah dasar luar yang proaktif dan juga bebas? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor ini memang orang yang berfikiran jauh. Negara kita memang begitu. Seperti yang saya sebut tadi, kita adalah negara yang kredit, kita negara perdagangan, kita akan maju dengan perdagangan. Kita tidak boleh berharap pada komoditi yang tidak tentu dan tidak stabil. ■1720

Jadi apabila kita berdepan dengan kuasa-kuasa besar itu tadi dan treaty yang besar ini, kita adalah negara yang berdaulat yang juga mempunyai dasar-dasar luar yang bebas sebenarnya, yang kita tidak terikat dengan mana-mana, yang antaranya kita tidak mencampuri hal ehwal negara luar. Kita buat business dengan orang lain semua. Jadi saya ucapkan terima kasih, satu pandangan yang baik daripada Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bayan Baru.

5.20 ptg.

Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahaskan Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016. Secara dasarnya, saya jugalah seperti Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, menyokong usaha kerajaan untuk menyertai AIIB kerana kita tahu bahawa the political- the world politics has changed dan sekarang dengan the rise of China, kita tahu bahawa China sekarang adalah satu kuasa politik dan ekonomi yang cukup besar dan merupakan ekonomi yang kedua terbesar di dunia. Itulah sebab AIIB ini mempunyai konteks ekonomi dan juga konteks politik, geopolitik dan juga konteks komersial.

Kita perlu sebagai negara, perlu mempertimbangkan pertimbangan ini. Kita tidak boleh biarkan semuanya kita sokong tetapi kita tidak ada penyelesaian kalau masalah-masalah timbul. Jadi tadi Yang Berhormat Bagan Serai kata dia sokong semua tetapi dia juga ada kebimbangan. Sama dengan kita, kita menyokong tetapi kita pun ada kebimbangan, ya. Jadi di sini saya ingin menyatakan sokongan tetapi kebimbangan saya adalah dalam empat kategori. Nombor satu adalah kedaulatan negara, kedua adalah commercial interest, ketiga adalah hubungan Malaysia dengan multilateral relationship dengan kuasa-kuasa dunia. Keempat adalah transparency dan governance.

Saya mulakan dengan kedaulatan iaitu sovereignty dulu. Sebab kita tahu bahawa dengan tujuan China untuk menubuhkan AIIB, mereka mempunyai pelbagai objektif mereka. Nombor satu adalah safeguard their national interest. Kedua adalah untuk membuka pasaran yang lebih besar dan mereka juga ingin have an influence dalam political dan geopolitik di seluruh dunia.

Page 88: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

76 DR 18.10.2016

Jadi apabila mereka mempunyai objektif-objektif macam ini, apabila kita menyertai,

tentulah kita terpaksa bermain atau we have to know their game dan kita perlu safeguard our interest.

Kita ingin dari segi kedaulatan, kita perlu ingatkan kembali tentang peristiwa Asian financial crisis tahun 1998 di mana apabila negara-negara seperti Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand dan sebagainya tergugat besar dalam Asian financial crisis. Kita mempunyai masalah, what do we called cash flow dan negara kita terpaksa meminjam duit. Di Korea dan juga Indonesia, mereka terpaksa meminjam duit daripada World Bank dan juga IMF. Pada masa itu kalau kita ingat bahawa Korea telah meminjam duit daripada IMF dan apabila mereka masuk ke Indonesia juga, mereka mempunyai satu- they want to control the government policy dan sebagainya. Apabila dia meminjam duit, dia kata you have to do this reform, this reform and reform.

The same thing dengan Brazil yang baru-baru ini juga, IMF juga masuk dengan memberi pelbagai terms and conditions kepada kerajaan mereka. Saya tidak pertikaikan kerana ada sesetengah terms dan conditions itu baik. We have to admit. Sebab dia ada the experts seperti tadi Yang Berhormat Bagan Serai kata, they have the best experts in the field. So mereka akan look at it from the bigger perspective bahawa apa masalah negara tersebut? Kenapa ekonomi mereka jatuh? Kenapa mereka kena audit their crisis? Kerana ada masalah 1MDB kah dan sebagainya.

So, apabila mereka masuk, mereka membawa kepakaran tersebut. Pada masa yang sama kita pun ada sesetengah dasar dan juga kedaulatan negara yang perlu kita pertimbangkan. Jadi dengan isu sovereignty ini okey, apabila AIIB ini masuk atau pada akan datang, kalau kita menghadapi masalah, financial crisis, adakah kita juga terpaksa terima terms and conditions IMF tersebut? Saya tahu bahawa tahun 1998, negara kita tidak. Negara kita, we have a different- now we close down our financial system daripada monetary system, kita tidak biar wang Malaysia ke mengalir ke luar dan sebagainya, eventually kita menyelesaikan masalah itu sendiri, secara sendiri. Okey? Korea dengan Indonesia mereka menggunakan IMF, what we called IMF solutions.

Akhirnya kita 20 tahun sejak 1998, kita nampak bahawa kejayaan kedua-dua dasar tersebut walaupun berbeza, ada yang berjaya, ada yang tidak berapa berjaya. Contohnya Malaysia pada permulaan, we stabilized our financial market, we stabilized our money, okay, exchange rate dan walaupun kita short term, kita boleh survived. Akan tetapi in the long term, pertumbuhan tidak lagi menumbuh dengan baik. Akan tetapi IMF walaupun pada masa yang singkat, beberapa tahun mereka suffer dengan pelbagai remedy yang cukup pahit tetapi secara long term, tengok apa yang berlaku kepada Korea.

They reformed the economy. They reformed their global market. They reformed their financial market, better transparency dan sehinggakan kerajaan menjadi lebih baik dan good governance. Jadi mereka menjadi kuasa Asia. Dalam tahun 1998, mereka almost bankrupt tetapi dalam kurang 20 tahun daripada tahun 1998, mereka menjadi kuasa Asia yang begitu besar dengan pelbagai syarikat seperti Samsung dan sebagainya. Kita tahu bahawa - jadi ini adalah isu yang perlu kita fikirkan apabila in future, kalau kita mahu mendapatkan pinjaman daripada AIIB untuk projek-projek di Malaysia.

Dari segi kedaulatan, saya pun khuatir bahawa apabila China memberi financial assistance kepada Malaysia, tentunya dia ada national interest. Dia akan menjadikan leverage kepada Malaysia. Contohnya yang berlaku kepada Laut China Selatan. Kalau China mempunyai substantial loan kepada Malaysia, apa yang dia akan cakap kepada Malaysia apabila kita ada masalah dengan Spratly Island dan sebagainya, dia akan kata, “Brother, let’s discuss, you know. I have a lot of money invested in your country, bolehkah kita berbincang dengan cara baik?” So, you, Malaysia tidak boleh ambil satu pendekatan yang lebih berprinsip atau lebih stronger position dari segi...

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terikat.

Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Terikat, betul, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Kita terikat dengan pelbagai terms and conditions, dengan kontrak, duit yang diberikan daripada China. Jadi kita terpaksa soften our stand dan pada akhirnya kita mungkin terpaksa surrender our sovereignty. Jadi ini adalah isu sovereignty.

Page 89: DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL · PDF filePetaling Jaya Utara. ... Tahniah di atas soalan Ministers’ Question Time, ... yang berjaya dan gagal, mengikut negeri dari tahun

DR 18.10.2016 77

Isu kedua adalah isu commercial interest. Kita tahu bahawa China sekarang adalah

the biggest trading partner dengan Malaysia juga antara yang terbesar. Dengan Chinese company ini, mereka mempunyai strategi yang driven by the state di mana kerajaan membuka pasaran di negara-negara lain menggunakan kuasa kerajaan, menggunakan dengan state-linked company- GLC okey, dan juga pelbagai company yang secara satu pasukan menembusi pasaran di serata dunia. Kita tahu bahawa di Afrika, apabila Chinese company masuk, dia melombong di sana dan sebagainya dan dia masuk dengan cara yang dengan kerajaan, dengan syarikat yang government-linked company dengan syarikat lain masuk ke China. Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Sedikit lagi. Ada 15 minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Masa 15 minit sambung esoklah ya?

Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Okey, boleh. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 19 Oktober 2016.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]