dewan negara parlimen keempat belas penggal … fileramli]: terima kasih tuan yang di-pertua....

99
Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 13 Selasa 4 Disember 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (2018 2020) (Halaman 31)

Upload: buihanh

Post on 08-Jul-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Naskhah belum semak

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT KEDUA

Bil. 13 Selasa 4 Disember 2018

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL:

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (2018 – 2020) (Halaman 31)

DN 4.12.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT KEDUA

Selasa, 4 Disember 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan, apakah kaedah yang bakal dilaksanakan kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md.

Ramli]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, soalannya berkenaan dengan program-program untuk

rakyat Malaysia ini memasuki bidang keusahawanan dan bagaimana kementerian

mempermudah proses tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan telah melancarkan

Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF) pada 22 November lalu yang menggariskan

beberapa sasaran dan objektif strategik untuk dilaksanakan. Antara sasaran utama adalah

untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK sehingga 41 peratus daripada yang ada

sekarang 37 peratus dan mewujudkan 50,000 usahawan baru setahun. Satu sasaran yang

tinggi tetapi insya-Allah dapat kita capai.

Bagi mencapai sasaran tersebut, kementerian akan mengukuh dan memperkemaskan

sistem pembiayaan bagi memastikan akses kepada pembiayaan boleh dikecapi oleh semua

golongan khususnya dan termasuk B40. Belia-belia, usahawan wanita, usahawan sosial,

siswazah-siswazah baru dan mereka yang terlibat dengan program yang setaraf. Ekosistem

pembiayaan akan turut dilengkapkan dengan sumber pembiayaan alternatif selain daripada

sumber kerajaan seperti crowdfunding, Leading Entrepreneur Accelerator Platform (LEAP)

dan juga pasaran access, certainty and efficiency (ACE).

DN 4.12.2018 2

Usahawan-usahawan dalam industri baru seperti buluh dan ukiran juga akan diberi

penekanan. Di samping itu, kementerian akan turut memberi fokus kepada industri yang

mempunyai pertumbuhan tinggi seperti automatif, peranti perubatan, kereta api dan tenaga

boleh diperbaharui ataupun renewable energy, dengan izin. Untuk memudahkan urusan

usahawan-usahawan baru ini, kementerian telah mewujudkan pusat sehenti keusahawanan

berkonsepkan pusat fizikal dan juga secara atas talian yang dijadikan platform penyebaran

maklumat kepada usahawan. Selain berfungsi untuk mengumpulkan maklum balas dan pusat

penyimpanan data, pusat sehenti keusahawanan ini juga berperanan sebagai pusat rujukan

setempat yang menawarkan khidmat nasihat perniagaan kepada usahawan-usahawan

khususnya yang baru.

Justeru, usahawan yang berhasrat untuk memulakan perniagaan boleh mendapatkan

pelbagai maklumat relevan di pusat-pusat ini yang telah pun dilancarkan di ibu-ibu negeri di

seluruh negara kecuali beberapa yang sedang dalam proses pembinaan. Program latihan dan

bimbingan keusahawanan juga dilihat sebagai peranan yang sangat penting untuk

memastikan kejayaan usahawan-usahawan baru ini dalam sesebuah perniagaan. Maka,

program-program latihan dan bimbingan usahawan melalui agensi di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan akan diteruskan serta diberi penambahbaikan agar usahawan baru

dilengkapkan dengan ilmu keusahawanan yang optimum.

Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, di Kementerian Pembangunan Usahawan kita

ada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang telah disebut sebagai agensi utama atau

lead agency, dengan izin, kepada urusan-urusan latihan keusahawanan ini. Ertinya dia akan

mengumpulkan dan mengambil tanggungjawab latihan yang kini dijalankan oleh berbagai-

bagai agensi di dalam kementerian.

Termasuk juga dalam urusan ini Tuan Yang di-Pertua, ialah Maktab Koperasi Malaysia

(MKM) yang insya-Allah akan menjadi pusat latihan kecemerlangan ataupun institusi

kecemerlangan koperasi Malaysia dan ini adalah dalam proses menaik taraf institusi tersebut.

Program yang disediakan ini tidak tertumpu hanya kepada usahawan-usahawan sahaja

malah juga untuk golongan-golongan yang terlibat dan berminat seperti pelajar dan graduan

yang teringin untuk menceburi bidang keusahawanan ini. Kita menggalakkan dan mengalu-

alukan.

Tuan Yang di-Pertua, ada sikit lagi. Berdasarkan kepada laporan dalam Pelan

Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) yang diterbitkan oleh SME Corp. Malaysia pada tahun

ini, tahun 2018, ada sejumlah 151 program pembangunan keusahawanan dan PKS

dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi melibatkan dana bernilai lebih RM12

bilion yang memberi manfaat kepada lebih 600,000 PKS. Ini dalam tempoh 2009 hingga 2018.

DN 4.12.2018 3 Dari jumlah 151 ini, 37 program pembangunan PKS adalah untuk membantu PKS di kalangan

setaraf yang baru nak bermula dengan jumlah dana sebanyak RM1.71 bilion.

Antara contoh yang saya ingin sebutkan ialah skim pembiayaan oleh Credit Guarantee

Corporation (CGC), Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp.

Malaysia dan juga Pembangunan Usahawan oleh MARA sebagai menggambarkan bahawa

usaha pembinaan usahawan ini tidak hanya terletak di bawah kementerian ini apatah lagi

kementerian ini pun kementerian yang baru.

■1010

Jadi di MARA ada, di CGC ada di bawah Kementerian Kewangan dan juga di bawah

kementerian kami. Contoh yang saya bawa tadi, TUBE menggalakkan generasi muda

menceburi bidang perniagaan menerusi program belia bumiputera yang berminat dalam

menjalankan perniagaan akan dipimpin, dilatih, dipersiapkan dengan latihan berbentuk fizikal

dan didedahkan maklumat asas berkenaan perniagaan.

Kemudian mereka akan diminta untuk mendaftarkan syarikat masing-masing dan

diberikan peruntukan awal untuk memulakan perniagaan, dibimbing, di monitor setahun, dua

tahun, dipertingkatkan lagi. Sehingga kini, program ini telah disertai oleh 4,422 belia dengan

4,381 daripadanya, 99 peratus telah mendaftar dengan SSM dan memulakan operasi

perniagaan. Bantuan sebanyak RM15,000 seorang peserta ini Tuan Yang di-Pertua, hari ini

mereka secara berkumpulan telah mengumpulkan RM88.13 juta jualan dan mewujudkan

sejumlah 6,664 pekerjaan baru.

Selain itu, terdapat juga inisiatif lain dilaksanakan untuk membantu usahawan baru

seperti yang digariskan di bawah Pelan Induk PKS 2012/2020 iaitu Program Berimpak Tinggi

I di bawah SME Corp, Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan, business made easy

lah, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Mereka menyediakan platform Portal MalaysiaBiz yang

menyediakan maklumat mengenai tatacara dan cara untuk mendaftar perniagaan dan senarai

pelesenan bagi memudahkan rujukan.

Sebagai panduan juga Tuan Yang di-Pertua kepada usahawan yang terbaru, Kit

Panduan Perniagaan Permulaan telah diterbitkan oleh SME Corp. Antara panduan

dikongsikan termasuk cara mendaftarkan perniagaan, kaedah pemasaran yang berkesan dan

bagaimana menguruskan kewangan. Kalau ada yang berminat untuk meningkatkan lagi

perniagaan mereka nanti, ada pelbagai program yang kita buat bukan hanya oleh kementerian

tetapi oleh MATRADE misalnya untuk membawa hasil perniagaan mereka ke luar negara.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu jawapan awal. Terima kasih.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Yang Berhormat Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri dan tahniah juga kepada Menteri dan tahniah

DN 4.12.2018 4 kepada kerajaan kerana mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang

saya kira yang sudah terpadam agak sekian lama.

Soalan tambahan saya, kalau kita mengamati hari ini, graduan-graduan yang tamat

pengajiannya, mereka lebih berminat untuk menceburkan diri mereka dalam keusahawanan.

Jadi saya hendak tanya kementerian, merujuk kepada perkara ini, apakah inisiatif, galakan

yang sedang atau bakal dilaksanakan oleh kerajaan bagi mempromosi, menggalakkan

mereka menceburi bidang perniagaan. Adakah kerajaan menyediakan geran ataupun

pinjaman permulaan untuk mereka mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri dah

jawab yang perkara nombor satu, yang geran.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Geran tanah ya [Ketawa] Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Yahaya atas soalan ini.

Memang kita dalam usaha untuk menjadikan keusahawanan ini sebagai pilihan utama kepada

graduan, bukannya pilihan terakhir bila tak dapat kerja kerajaan atau swasta, carilah bidang-

bidang keusahawanan. Bila baru nak mula meniaga, dapat pula tawaran kerja, tinggalkan pula

kerja itu kerana lebih secure, lebih terjamin misalnya. Kita hendak jadikan bidang

keusahawanan ini sebagai pilihan utama.

Jadi sebab itu kita sebelum ini ada satu skim latihan untuk graduan yang tidak dapat

pekerjaan iaitu SL1M – Skim Latihan 1Malaysia yang menempatkan graduan ini di syarikat-

syarikat besar dan ditanggung oleh syarikat ini untuk tempoh setahun. Kemudian sama ada

mereka ini terpilih untuk bekerja dengan syarikat ataupun bebas untuk melakukan apa juga

pekerjaan. Kita akan memperbaiki skim ini bukan sekadar penjenamaan sahaja tetapi content

yang kita berharap skim latihan ini akan benar-benar menjuruskan graduan ini kepada

keusahawanan, membimbing mereka, dibimbing oleh syarikat berkenaan.

Apabila tamat tempoh itu, kita akan sambut mereka di luar sebagai usahawan-

usahawan baru. Tentulah dalam hal ini, dalam bab kedua soalan tadi, sama ada, ada

disediakan pembiayaan melalui geran ataupun pinjaman, memang ada. Pinjaman untuk

usahawan-usahawan yang baru bermula ini memang sedia ada. Yang kecilnya seperti

TEKUN Nasional yang menyediakan pinjaman daripada RM1,000 sampailah ke RM100,000

bergantung pada proposal ataupun hasrat perniagaan mereka dan penelitian kemungkinan-

kemungkinan ataupun due diligence yang kita buat terhadap pemohon.

Kita juga ada pembiayaan-pembiayaan lain di dalam kementerian ini seperti SKM

sendiri ada gerannya. Kita ada Bank Rakyat, kita ada SME Bank yang menyediakan pinjaman-

pinjaman. Kita juga sedang menghubungkan usahawan ini dengan Credit Guarantee

Corporation (CGC) mana-mana yang tidak dapat geran yang mereka minta. Selainnya, kita

DN 4.12.2018 5 juga sedang menyusun dengan beberapa syarikat-syarikat NGO’s yang menyediakan

bantuan-bantuan kewangan, pinjaman-pinjaman dan juga investment daripada syarikat-

syarikat ini selain daripada sudah tampil beberapa syarikat yang berminat untuk membantu

dalam crowd funding kepada usahawan-usahawan ini.

Jadi kalau kita dapat senarai pemohon-pemohon ini yang memerlukan bantuan, kita

akan agihkan ataupun kita halakan mereka kepada pihak pembiaya ini. Jadi kita hendak

pastikan mana-mana yang betul berminat itu, mereka boleh dapat berniaga. Boleh ya

Senator? Itu yang saya hendak jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang

di-Pertua. Saya tertarik dengan Yang Berhormat mengatakan ada subjek baru untuk

usahawan-usahawan kita iaitu buluh dan ukiran. Saya melihat buluh dan ukiran ini kalau kita

pergi ke Bali, Indonesia dan sebagainya kita tengok memang buluh, kayu ukiran ini menjadi

satu business yang cukup baik, dengan izin. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri kalau kita

tengok di Malaysia juga kalau kita pergi kedai-kedai perabot, buluh dan ukiran daripada China

ini masuk dengan begitu banyak. Buluh itu boleh kata lebih baik daripada buluh yang ada di

tempat kita dengan selumbarnya. Selumbar itu pun dia boleh tiru.

Jadi Yang Berhormat, bagaimana kita hendak menyekat buluh-buluh sintetik yang

datang daripada negara China ini supaya tidak bersaing dengan kita dan bagaimana kita

hendak mempromosikan mereka ini. Adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan

supermarket-supermarket besar ini supaya mereka ini adakan satu seksyen untuk barang-

barang dalam negeri. Kita tengok tidak ada lagi.

Akan tetapi kalau kita pergi ke negeri-negeri China, mereka juga ada seksyen khusus

untuk barangan dalam negeri mereka. Jadi Yang Berhormat, apakah Kementerian

Pembangunan Usahawan akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain supaya

diwujudkan satu seksyen dalam supermarket besar ini supaya dapat membantu usahawan-

usahawan kecil kita dan juga saya minta kalau boleh Yang Berhormat adakan satu sistem

supaya mereka ini membayar kepada kita.

Saya tahu, saya berpengalaman, saya mempunyai syarikat syampu tetapi kadang-

kadang sampai enam bulan tidak dapat bayaran. Macam mana kita hendak survive kalau

enam bulan tidak dapat bayaran. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat berhubung

perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ini dalam bidang kuasa Yang

Berhormat Menteri kah?

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Kita dalam satu kerajaan ini, kita

bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian ya.

Tuan Yang di-Pertua: Ada Cabinet Committee-lah?

DN 4.12.2018 6

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Ya, ya kita ada, insya-Allah. Terima kasih

kepada Yang Berhormat Senator. Memang saya sebut secara khusus tadi perabot dan ukiran

kayu, khususnya kayu ya. Kita dimaklumkan di Indonesia bukan di Bali ya, di Japra, di Jawa

Tengah. Memang satu region, satu daerah, satu kabupaten itu, tidak adalah lain businessnya

melainkan ukiran. Mereka ada pakar pengukir, ada yang tukang kumpul kayu, ada yang

tukang timbang jual kayu.

◼1020

Semuanya hidup dalam konteks industri tersebut. Menteri kita pun sudah melawat ke

sana atas arahan ataupun permintaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh kerana

ini merupakan salah satu bidang yang kita rasa Malaysia sepatutnya kembali ke arah itu

kerana kita juga terkenal di Terengganu, misalnya. Ukiran-ukiran ini antara perkara yang

hebat di sana dan kita hendak bangunkan semula. Untuk tujuan itu, kita kekurangan pengukir

Yang Berhormat. Pengukirnya tidak ada. Jadi, kalau kita hendak bawa daripada Indonesia itu,

Indonesia akan kata, ‘Kami pun tidak cukup’. Jadi, kemungkinan kita akan menghantar

pengukir kita ke sana untuk menjalani latihan dan balik melaksanakan program tersebut.

Buluh khususnya, memang menjadi salah satu sasaran industri usahawan kita yang

baharu. Saya rasa tidak ada bahan sintetik boleh melawan buluh yang natural. Jadi, kalau

daripada China itu, seperti yang disebutkan tadi adalah buluh-buluh yang direka rupa buluh,

sampaikan ‘selembap’- apa? Saya pun tidak berapa faham tentang buluh ini ya...

Seorang Ahli: Selumbar.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Selumbar, kalau selumbar saya faham

ya. Kalau itu pun mereka boleh tiru memang hebatlah tetapi tidak boleh menyaingi yang asli.

Jadi, kita akan pastikan industri ini berkembang dengan berbagai-bagai dorongan dan

bantuan serta usaha daripada kementerian. Pemasarannya, seperti yang disebutkan oleh

Yang Berhormat Senator tadi menjadi satu punca sama ada industri ini akan berjaya ataupun

tidak. Kita memang bercadang untuk meningkatkan sampai ke bidang eksport tetapi kalau

pasaran dalam negara kita tidak berjalan dengan baik orang hendak ambil di luar negara pun

agak payah.

Oleh demikian, kita bersetuju atas cadangan Yang Berhormat Senator tadi supaya

tempat jualan disediakan dalam negara, terutamanya di pasaraya-pasaraya yang besar.

Masalah antara pemasar kita dengan pasar raya ini, saya rasa Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pasti boleh melihat masalah-masalah ini dan

selesaikannya supaya tidak menjadi halangan ataupun rencatan kepada usaha-usaha untuk

kita memajukan barangan kita dalam pasaran kita sendiri.

Jadi, rest assured, dengan izin, cadangan-cadangan tadi akan kita terima pakai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

DN 4.12.2018 7

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Datuk Razali?

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bila sebut pasal buluh ini,

saya rasa terpanggil. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jadi soalan saya, apakah

langkah kerajaan sama ada jangka pendek atau jangka panjang, untuk membina usahawan

tulen dan juga menghapuskan usahawan ali baba? Terima kasih.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator,

melentur buluh biar dari rebungnya, kadang-kadang hendak melentur anak kita pun dengan

buluh. Saya dahulu berbirat juga belakang kerana buluh ini. Jadi, memang ini satu industri

yang mempunyai masa depan yang baik. Saya dimaklumkan di Sabah ada pokok buluh yang

sebesar satu pemeluk, pokok buluh. Kita tengok kecil sahaja. Jadi, saya pun belum tengoklah,

ini maklumat daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Jadi, potensi itu cukup baik dan kita hendakkan memang usahawan yang betul-betul

berminat yang dilatih, yang dibimbing, yang dibantu, dalam setiap aspek. Oleh kerana ini

bukan industri baharu tetapi diperbaharui sahaja. Jadi, tentulah seolah-olah macam industri

baharu yang memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan. Dalam Konvensyen Usahawan

Bumiputera yang dilaksanakan oleh MEA beberapa ketika dahulu, Perdana Menteri cukup

tidak bersetuju kalau ada usahawan-usahawan ali baba ini yang menguasai industri-industri

kita.

Dia mahukan yang betul-betul anak tempatan yang melaksanakan. Jadi, kita

mengambil semangat daripada saranan Perdana Menteri itu untuk memastikan bahawa

usahawan-usahawan yang benar-benar berminat terlibat dalam industri ini dan bukan mereka

yang menjadi front kepada mana-mana pihak. Insya-Allah benda ini dalam perhatian

kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan soalan akhir.

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat

Timbalan Menteri, saya tengok sekarang ini ramai usahawan-usahawan kita yang macam

cendawan tumbuh tetapi ramai juga gulung tikar. Kita bimbang juga pembiayaan yang

diberikan oleh TEKUN ini memang banyak yang default payment, dengan izin. Soalan saya,

apakah kriteria kementerian ataupun kelayakan seseorang itu untuk layak memohon geran

dan juga menyertai latihan-latihan yang diberikan oleh kerajaan? Supaya kita tidak mahu

geran kita sediakan berjuta Ringgit tetapi akhirnya kita tidak dapat melahirkan usahawan-

usahawan yang benar-benar berjaya untuk pembangunan, khususnya di perusahaan kecil

dan sederhana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator,

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang isu non-performing financing (NPF) di bawah

DN 4.12.2018 8 TEKUN ini cukup berat dengan kadar NPF-nya sampai 40 lebih peratus. Kalau bank biasa itu

sudah gulung tikar, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi oleh sebab ini satu agensi kerajaan dan

memang ada peranannya, maka TEKUN terus wujud untuk memberikan pinjaman.

Pada belanjawan kali ini ia disediakan RM100 juta, jauh lebih rendah daripada RM500

juta tahun sebelumnya. Akan tetapi kita dimaklumkan TEKUN akan menggunakan dana

dalaman mereka sebanyak RM250 juta untuk menjadikan ia lebih kurang RM350 juta.

Walaupun kecil daripada tahun lepas, dengan cadangan daripada Yang Berhormat Senator

tadi supaya kita berhati-hati dalam pemberian dan memilih penerima dengan baik melalui

kriteria-kriteria yang jelas, yang telus. Bukan TEKUN ini dijadikan sebagai tempat pemberian

pinjaman yang tidak menentu. Pernah dikatakan sebagai ATM kepada pihak tertentu, mohon

sahaja RM5,000 pemohon dapat lebih kurang dalam RM3,500, yang lain sangkut di mana-

manalah.

Jadi, bila hendak meniaganya? Tidak cukup modal, maka bayar pun tidak. Jadi, ada

hampir lebih RM500 juta pinjaman tertunggak TEKUN. Ini yang kita hendak cuba perbaiki

dengan meletakan kriteria peminjaman tidak lagi political, tidak ada lagi sokongan daripada

orang-orang politik untuk setiap peminjam, pinjaman diluluskan di pihak nasional. Satu

kaedah yang telah direka bentuk oleh TEKUN untuk memastikan bayaran balik ialah

mengumpulkan peminjam dalam kumpulan-kumpulan lima orang dipanggil Teman TEKUN.

Jadi, setiap peminjam akan bertanggungjawab kepada kumpulan tersebut, seorang

tidak bayar, empat lagi kena bayar. Dalam hal ini, mereka akan berfikir panjang sebelum

hendak default, dengan izin. Jadi dengan sebab itu, dengan beberapa contoh yang dibuat ini,

kadar bayaran balik peminjam Teman TEKUN ini dikatakan sangat cemerlang.

Jadi, itu satu kaedah supaya walaupun jumlah wang yang disediakan nanti kurang

daripada yang lepas tetapi keberkesanannya lebih baik. Semua peminjam kita pastikan

melalui proses, latihan cara mengendalikan kewangan. Jangan semua wang itu dianggap

sebagai untung, kos dia tidak kira. Jadi, bila tiba masa hendak bayar balik, tidak mampu.

Pinjaman tersebut walaupun dikenakan faedah tetapi saya rasa kalau perniagaan kita maju,

tidak akan sangkut bayaran balik.

Jadi, kita harap pihak Yang Berhormat Senator sendiri, kita ada cadangan 50,000

usahawan baharu ini macam mana kita hendak dapat, melainkan kita kembali kepada

kawasan-kawasan kita memastikan jumlah ini dapat dan kita latih, kita bina, biar mereka

menjadi usahawan yang berjaya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cukup Yang

Berhormat, minta maaflah Yang Berhormat, lain kali. Silakan Yang Berhormat Dr. Mohd Nor

bin Haji Monutty.

DN 4.12.2018 9

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya

mengemukakan soalan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Persatuan Kebajikan dan

Pendidikan Kaum India Port Dickson ke Dewan Negara ini... [Dewan Tepuk] Mudah-mudahan

lawatan ini akan memberikan manfaat kepada tetamu yang hadir pada hari ini.

2. Dato' Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta Perdana Menteri menyatakan, apakah perancangan untuk mempromosi idea-idea ulama' kontemporari seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ahmad ar-Raysuniy dan Sheikh Abdullah bin Bayah di masjid-masjid terutamanya dalam kuliah-kuliah supaya pemikiran Islam Rahmatan lil 'alamin dan wasatiyyah dapat diperkasakan dalam masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa]:

Sebelum saya menjawab Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyediakan pantun pada

pagi ini supaya kita segar pagi-pagi ini.

■1030

Di pagi hari jangan terkilan; Soalan dua saya menggalas; Terima kasih atas soalan; Akan dijawab dengan ikhlas.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa: Cukuplah itu ini bukan berbalas pantun.

Terima kasih, hakikatnya itu satu soalan yang saya kira amat relevan dalam kita

membawa Malaysia baharu di mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita ada satu

gagasan yang kita perkenalkan iaitu gagasan Islam sebagai rahmatan lil’alamin. Islam

sebagai rahmatan itu membawa maksud the compassionate Islam yang very inclusive, very

progressive dan juga membawa citra kita sebagai rakyat Malaysia.

Gagasan rahmatan ini disertai dengan Maqasid Syariah yang merupakan tumpuan

yang lebih utama bagi kita mencapai keadilan dan menyediakan infra yang membolehkan

syariat itu dilihat sebagai adil, ia menjadi tumpuan kita.

Yang ketiga ialah Model Malaysia. Kita tidak akan melihat modul lain dalam konteks

aplikasi melainkan apa yang sesuai di negara kita yang berbilang kaum dan berbilang bangsa.

Saya mulakan dengan tiga teras ini bagi menjawab soalan Yang Berhormat kerana

siapa sahaja yang boleh membantu kita kepada tiga teras ini maka kita alu-alukan untuk

membantu supaya tiga teras ini iaitu Islam Rahmatan dan juga Maqasid serta Model Malaysia

ini dapat dibangunkan. Oleh kerana itu soalan yang diajukan, tiga tokoh Tuan Yang di-Pertua,

iaitu Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Ahmad Raysuni yang baru saja dilantik sebagai

DN 4.12.2018 10 Pengerusi Ittihad Ulama' Alami, World Council Scholars, dan yang ketiga ialah Syeikh

Abdullah bin Bayyah.

Tiga- tiga tokoh ini sesuai dengan cara kita membawa idea-idea ini walaupun tidak

100 percent tapi kerana sebahagian besar daripada pemikiran yang ada dalam tokoh-tokoh

ini sesuai dengan gagasan ini maka kita alu-alukan pemikiran-pemikiran mereka yang kini

sudah sedia ada terjemahan-terjemahan buku-buku mereka ini. Apa yang kita buat untuk

menyampaikan tiga teras yang saya sebutkan ini dengan bantuan tokoh-tokoh besar ini, ialah

dengan menjadikan kuliah-kuliah penggajian di masjid dan surau di seluruh Malaysia.

Ini yang selalu saya sebut kalau ada ustaz-ustaz di tempat tuan-tuan yang mengajar

di masjid tetapi tidak membawa kepada ciri-ciri dan citra ini maka ini akan melembapkan

usaha-usaha kita sebab saya tahu ada ustaz-ustaz di masjid mengajar tapi ikut selera dia

Tuan Yang di-Pertua, sedangkan kerajaan ada ia punya kerangka, acuan yang kita hendak

bawa.

Saya bagi ingatan kepada ustaz-ustaz ini bahawa mereka boleh bercakap tapi di

masjid adalah tempat di mana kita menyampaikan dengan penuh hikmah, tidak ada

permusuhan. Tidak ada kebencian-kebencian tetapi masjid adalah satu ruang untuk kita

membina sebuah masyarakat berbilang kaum dan bangsa khususnya bagi umat Islam

memahami realiti kepelbagaian yang kita hidup di dalam Malaysia yang kita cintai ini.

Oleh sebab itu kita ada satu teras yang jelas kalau ada ustaz-ustaz ini kita akan bagi

nasihat pada dia dan jika masih lagi menggunakan platform kuliah untuk bukan membawa

mesej Islam yang tiga tadi tapi membawa permusuhan maka kita tidak teragak-agak untuk

mengambil tindakan yang penuh dengan hikmah.

Kedua, khutbah-khutbah. Di JAWI sendiri di bawah Jabatan Perdana Menteri,

Bahagian Hal Ehwal Islam dan di JAKIM kita menyediakan teks-teks khutbah yang pergi ke

arah itu supaya ia satu platform di mana para pengunjung akan dapat maklumat tentang

dasar-dasar baru yang kita perkenalkan ini.

Ketiga, kita juga menyediakan kursus-kursus jangka pendek yang melibatkan imam-

imam masjid. Kita tahu bahawa peranan imam bukan sekadar mengimamkan masjid tetapi

mereka adalah pemimpin-pemimpin yang berupaya membawa dasar-dasar yang boleh

menyatukan dan membina sebuah masyarakat yang harmonis.

Keempat, kita menerapkan KPI dalam pengurusan masjid insya-Allah tahun 2019,

tahun depan kita akan menerapkan teras tiga tadi Rahmatan lil’alamin, Maqasid Syariah dan

Model Malaysia dalam KPI pengurusan masjid yang kita namakan konsep rahmah.

Kelima, pelaksanaan program yang kita menjemput tokoh-tokoh besar dari luar

negara. Paling hampir yang telah sampai ke meja saya ialah permohonan untuk Syeikh

Abdullah bin Bayyah hadir ke Malaysia.

DN 4.12.2018 11

Saya mengalu-alukan dan cuba untuk facilitated, dengan izin, kehadiran beliau bagi

memanfaatkan rakyat Malaysia dan pimpinannya agar memahami apa yang kita maksudkan

dengan tiga teras yang besar yang menjadi naratif bagi kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Kita sentiasa komited dengan idea-idea yang progresif, idea-idea yang inklusif dan kita akan

terus membawa gagasan Rahmatan lil’alamin ini bagi kebaikan bukan saja untuk orang Islam

tapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri

di atas penjelasan yang baik dan saya hendak tambah satu cadangan kalau diizinkan Tuan

Yang di-Pertua iaitu oleh kerana nama Syeikh Abdullah bin Bayyah tadi telah disebut yang

telah memberikan komitmen untuk berada di tanah air, saya hendak mencadangkan supaya

Syeikh Abdullah bin Bayyah dan juga Syeikh Raysuni mungkin Syeikh Al-Qaradhawi

walaupun beliau sedikit uzur untuk mengadakan sidang meja bulat dengan para mufti, Ketua-

ketua Hakim Syarie, Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh negara kerana isu-isu Islam yang

kita lihat dalam sosial media terlampau banyak dan menimbulkan kekeliruan kepada

masyarakat awam.

Maka yang demikian secara khusus kelompok yang terpilih ini hendaklah

dimanfaatkan waktu keberadaan Syeikh Abdullah bin Bayyah itu untuk mengadakan satu

sidang meja bulat yang serius bagi membincangkan isu-isu termasuklah dalam perkara-

perkara yang berkaitan dengan ke ‘Malaysiaan’, Islam yang bercitra ke ‘Malaysiaan’ supaya

masyarakat dapat menerima khususnya tentang hubungan di antara masyarakat Islam dan

bukan Islam. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa: Soalan yang...

Tuan Yang di-Pertua: Ini bukan soalan...

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa: Komen-komen atau pandangan yang diajukan

oleh Yang Berhormat tadi memang termasuk dalam program kita apabila ada tokoh-tokoh

besar seperti ini datang ia bukan sekadar bagi ceramah tetapi juga kita pastikan ada pihak-

pihak yang berkepentingan seperti para mufti, begitu juga Ahli Kabinet Muslim and Non

Muslim agar mereka juga mendapat faedah daripada round table discussion ini.

Begitu juga dengan tokoh-tokoh agama yang lain, kita akan buat satu round table yang

lebih fokus untuk membawa mesej ini dan boleh soal jawab bagi mereka jelas bahawa tiga

teras yang kita bawa ini adalah sebenarnya membawa kebaikan untuk negara kita. Sudah

tentu saya terima itu dengan hati yang terbuka untuk dijadikan sebahagian daripada program

yang akan kita rancang. Terima kasih.

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah kita tengok di negara kita sekarang ini

DN 4.12.2018 12 peranan masjid itu tidak begitu serius dalam usaha membangun masyarakat dan juga

membina peribadi Muslim, rumah tangga Islam dan masyarakat Islam dan juga negara Islam.

Saya rasa sudah sampai masanya pihak kerajaan menjadikan masjid sebagai institusi

terbuka umat Islam dengan kurikulum kan khutbah masjid dan juga pengajian-pengajian

masjid itu mesti ada kokurikulumnya supaya ia lebih berkesan dan dapat dinilai dari semasa

ke semasa.

■1040

Kita lihat bahawa kehadiran hari Jumaat merupakan kehadiran yang wajib, tidak

seperti kuliah Maghrib dan lain-lainnya. Akan tetapi kita lihat khutbah sebagai media yang

terbiar, yang tidak dijaga dengan baik, daripada segi sukatannya ataupun sebagainya. Umat

Islam pun tidak dibina oleh khutbah-khutbah dan pengajian-pengajian masjid, illahma’Rahim

Allah- kecuali orang yang dirahmati oleh Allah. Apa pandangan Yang Berhormat supaya kita

jadikan masjid ini sebagai universiti terbuka umat Islam dan sekali gus dikurikulumkan

pengajian-pengajian itu supaya ia dapat memberi kesan yang lebih daripada apa yang ada

sekarang ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri, untuk di

kurikulumkan khutbah.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa: Terima kasih. Jadi, menunjukkan keprihatinan

tajuk ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, masjid hari ini, pada tahun 2019 apabila kita

memulakan pelan strategik dan pelaksanaannya, kita jadikan institusi masjid sebagai salah

satu kluster. Kita ada 12 kluster. Antara 12 itu ialah, satunya ialah masjid sebagai teras

strategik. Sudah tentu apa yang diajukan oleh Yang Berhormat tadi termasuk di dalam teras

strategik. Antara lain ialah melahirkan masjid sebagai tempat yang bukan sekadar memberi

ilmu, tetapi dia menjadi satu tempat yang mengembalikan kepada masyarakat sekeliling itu

dengan kebaikan-kebaikan yang ada, termasuk di dalamnya ialah konsep universiti terbuka.

Untuk melakukan demikian Yang Berhormat, pastinya kita memerlukan kurikulum. Oleh sebab

itu saya ada sedikit masalah di sini Yang Berhormat ialah apabila kita bercakap tentang masjid

Tuan Yang di-Pertua, ia adalah kuasa negeri. Kita ada masalah antara state dengan federal.

Kalau Kelantanlah contoh, sebab Yang Berhormat daripada Kelantan. Saya tidak

boleh sangat campur tangan untuk suruh buat begini, buat begitu, sebab Kelantan ada dia

punya cara tersendiri. Akan tetapi apa yang kita boleh buat ialah kita boleh menyelaraskan.

Dengan teras yang saya sebut ada 12 kluster yang akan menjadi teras strategik 2019, kita

akan cuba untuk meyakinkan bahawa salah satu teras itu adalah masjid, bagaimana kita boleh

membina masjid seperti yang dihasratkan.

DN 4.12.2018 13

Kedua, saya juga ada masalah apabila masjid-masjid ini menjadi platform untuk

membawa dendangan-dendangan politik. This is my problem Tuan Yang di-Pertua. A

mosque, dengan izin, should be apolitical. Masjid mesti bebas daripada politik, yang hadir di

masjid itu ada pengikut ini, yang masjid ini hadir di masjid ada pengikut ini. Kalau imam-imam

dan khatib serta tenaga pengkuliah menjadikan masjid sebagai platform, dendangan-

dendangan politik, inilah masalahnya. Ia tidak membina ke arah yang dihasratkan oleh Yang

Berhormat tadi iaitu membina masyarakat yang berkurikulum, membina- hatta tajuk-tajuk

Islam itu mesti ada kurikulum dia, apa yang kita hendak sampaikan. Akan tetapi kalau masjid-

masjid dijadikan platform yang subur untuk menyampaikan perkara-perkara yang kadang-

kadang lebih banyak fitnah daripada kenyataan, ini sudah tentulah sukar untuk kita mencapai

hasrat yang diinginkan itu.

Jadi dengan harapan kita supaya masjid itu bebas dan betul-betul memainkan

peranan... [Menyebut sepotong ayat Al-Quran] Seperti yng kita baca itu, sesungguhnya orang

yang memakmurkan rumah Allah ialah mereka yang beriman dengan beriman dengan Allah,

hari akhirat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat... [Menyebut sepotong Ayat Al-Quran]

Mereka tidak takut melainkan Allah, maka... [Menyebut sepotong ayat Al-Quran] Maka orang-

orang yang inilah yang akan diberi petunjuk. Akan tetapi kalau masjid dijadikan platform untuk

menyerang pihak-pihak tertentu di atas mimbar dan membawa perkara-perkara fitnah, ada

para imam kadang-kadang lebih daripada Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

Para pengkuliah ini lebih daripada Yang Berhormat Menteri, dia tahu lebih daripada kita.

Kadang-kadang dasar yang dia sebut itu tidak ada kena mengena dengan dia pun dan tidak

betul pun.

Akan tetapi apakan daya, ada yang atas mimbar ajak orang hadir dalam himpunan

ICERD ini contohnya. This is political. Tidak boleh kita jadikan masjid sebagai satu tempat

untuk kita bawa idea-idea politik yang lebih kepada kepartian, bukan politik dalam maksud

dasar dan sebagainya. Oleh sebab itulah hasrat Yang Berhormat khususnya daripada

Kelantan saya sambut dengan hati yang gembira agar sama-sama kita bina platform masjid

ini sebagai satu center of excellency, dan juga sebagai satu institusi universiti terbuka.

Sekian, terima kasih.

Puan Raj Munni binti Sabu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan politik kepartian

tadi. Bila Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa jangan bawa laras politik di dalam

masjid, adakah ini satu percubaan untuk memisahkan agama dengan politik dan di

penghujung penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi ada menyebut tentang politik kepartian.

Apakah beza sebenarnya politik kepartian yang ada di dalam negara kita ini telah boleh

dijatuhkan hukuman sebagai tidak Islamic antara mana-mana parti yang mungkin dituduh

DN 4.12.2018 14 sebagai tidak cukup Islam dan mungkin juga terkeluar daripada akidah Islamnya. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ini sudah keluar sikitlah. Akan tetapi

secara ringkas. Ini nanti akan jadi politik.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa: Ya lah, Tuan Yang di-Pertua, dia bagi bola

tanggung dekat saya Tuan Yang di-Pertua. Jadi- saya sampai kehilangan pantun, habis, saya

tidak ada modal sudah.

Apa yang saya maksudkan tadi Yang Berhormat, bila saya kata masjid perlu bebas

daripada politik, khususnya kepartian ialah menjadikan masjid sebagai platform untuk

menyampaikan hasrat-hasrat politik kepartian. Ini yang saya kata tadi, adanya the danger,

dengan izin, untuk being decisive iaitu memecahkan masjid yang sifatnya apolitical. Masjid

sifatnya itu bebas daripada politik, itu satu maksud saya. Dia bukan membawa satu fahaman

dengan kenyataan itu seolah-olah politik dengan Islam ini tidak boleh disatukan. Oleh sebab

bagi saya Islam itu beyond politics. Islam is beyond, any religion is beyond what ever we think,

dengan izin. Setiap agama itu menjangkau apa yang kita faham daripada kepartian, mungkin

sebab faith, ialah tentang satu kepercayaan.

Oleh itu kita tidak boleh samakan politik dengan agama sekali itu seolah-olah macam

agama itu sama level dengan politik. Akan tetapi politik sebahagian daripada tuntutan agama

seperti menegakkan keadilan, itu adalah tuntutan agama... [Menyebut sepotong ayat Al-

Quran] Jangan kamu kerana dia bukan kalangan kamu, kamu mengharamkan keadilan

kepadanya, berlaku adillah, sesungguhnya ia hampir kepada takwa. So justice in religion is

beyond of justice of what we understood in politics, dengan izin, Yang Berhormat. Oleh sebab

itu saya kata tadi, tidak ada satu kontradiksi bila saya kata, masjid perlu bebas daripada politik,

dengan- politik dengan agama, tidak boleh kita kata sama. Oleh sebab agama itu jauh lebih

penting dan lebih besar maknanya dan semua kegiatan politik bernaung di bawah apa prinsip-

prinsip yang kita perjuangkan dalam agama.

Contohnya, dalam agama kita, kita melarang untuk membenci antara satu sama lain,

dengan kata lain, perkauman. Kalau orang kata, adakah dalam Islam ini anti perkauman. Ada,

tetapi dalam bahasa Al-Quran iaitu kami jadikan kamu berbagai kaum, berbagai bangsa dan

keturunan, litaarafu, supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain. Bukan supaya

kamu jadi lebih tinggi daripada yang lain. Itu adalah politik.

Akan tetapi dalam bahasa dan larasnya yang apolitical. Itu maksud saya Tuan Yang

di-Pertua dan saya boleh ceramah panjang lagi seperti dalam sebuah universiti. Akan tetapi

oleh kerana masa tidak mengizinkan, itu sahaja yang saya dapat kongsi bahawa Islam

menjangkau daripada apa yang kita faham, di bawah kepartian ataupun sekadar hanya politik.

Sekian Tuan Yang di-Pertua.

DN 4.12.2018 15

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang

Berhormat Haji Abidullah bin Salleh.

■1050

3. Datuk Haji Abidullah bin Salleh minta Menteri Luar Negeri menyatakan, usaha-usaha ke arah mengembalikan Malaysia sebagai 'harimau Asia' di pentas dunia dan memainkan peranan penting menyuarakan ketidakadilan oleh kuasa-kuasa besar dunia serta konflik kemanusiaan yang tidak berkesudahan seperti isu pelarian Rohingya dan Palestin.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahi Rahmani

Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya

mengucapkan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat

Senator di atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, persoalan mengenai

usaha-usaha mengembalikan Malaysia sebagai ‘harimau Asia’ telah banyak kali dibangkitkan

di pelbagai forum. Oleh kerana itu merupakan matlamat serta cabaran yang jelas dilontarkan

oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan mengambil kira keadaan ekonomi

negara semasa. Ia bukanlah satu retorik politik semata-mata. Ia merupakan satu iltizam yang

jelas di pihak Kerajaan Pakatan Harapan yang ingin memacu semula ekonomi Malaysia ke

landasan yang sebenar dengan menggemblengkan segala potensi yang ada.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengetuai pelbagai usaha baik

di peringkat dalam negeri mahupun di pentas antarabangsa untuk mempromosikan Malaysia

sebagai satu pusat kegiatan ekonomi yang menguntungkan. Beliau sentiasa dibantu oleh

barisan Menteri yang berdedikasi yang sama-sama menyokong aspirasi serta agenda besar

untuk memakmurkan ekonomi Malaysia.

Mutakhir ini, kita dapat melihat bagaimana usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat

ini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Sebagai contoh, Christine Lagarde yang

merupakan Ketua Pengarah Eksekutif International Monetary Funds (IMF) sendiri telah

berminat untuk mendengar penerangan secara terus daripada Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri tentang pengalaman Malaysia di dalam memulihkan ekonomi negara

sewaktu kedua-duanya bertemu di Singapura baru-baru ini.

Begitu juga dengan Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan yang turut berminat untuk

mendapatkan penjelasan langsung daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

mengenai hal yang sama sewaktu lawatan beliau ke Malaysia pada 21 dan 22 November

2018 yang lalu.

Mungkin contoh ketiga yang dapat dikemukakan dalam sesi bertemu pelabur tempatan

di forum anjuran Malaysia-Japan Economic Association sewaktu Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri berkunjung ke Tokyo pada awal November yang lalu, di mana para pelabur

DN 4.12.2018 16 Jepun telah berminat untuk mendengar secara langsung inisiatif yang sedang dijalankan oleh

kerajaan serta peluang pelaburan yang boleh diterokai oleh mereka.

Kesemua ini merupakan manifestasi yang jelas dipihak kerajaan yang ingin

memulihkan ekonomi negara dan memacukan semula untuk menjadi Harimau Asia seperti

suatu waktu dahulu. Di pihak Kementerian Luar Negeri pula, kita semestinya menyokong

usaha yang sedang dan telah dilaksanakan melalui sumber-sumber sedia dengan

memanfaatkan 106 buah pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di seluruh dunia. Kesemua

pejabat perwakilan diplomatik yang dirujuk itu berupaya memainkan peranan untuk

menyokong ekonomik diplomasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, sewaktu China-ASEAN Expo ke-15 baru-baru ini, Consulate General

Malaysia di Nanning telah memainkan peranannya yang tersendiri bersama-sama dengan

agensi peneraju seperti MATRADE. Lebih 1,000 pengusaha IKS dari Malaysia telah

mengambil bahagian di dalam expo selama empat hari itu. Kolaborasi yang dijelmakan itu

adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang menagih setiap kementerian serta agensi

kerajaan untuk bekerjasama secara bersepadu di dalam menjayakan sesuatu inisiatif. Soalan

cabang yang kedua kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk

Haji Abidullah adalah mengenai peranan Malaysia di dalam menyuarakan ketidakadilan oleh

kuasa-kuasa besar serta konflik kemanusiaan di Myanmar dan Palestin. Jawapan kepada

persoalan tersebut sebenarnya terkandung jelas di dalam ucapan oleh Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di

New York pada 28 September 2018.

Secara sepintas lalunya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyuarakan

dengan lantang kelemahan yang dapat disaksikan di dalam order dunia ketika ini, termasuklah

pembaharuan yang perlu dilakukan di pejabat PBB. Terutamanya mengenai penggunaan

kuasa veto oleh Majlis Keselamatan PBB yang telah lapuk. Malaysia telah mencadangkan

agar penggunaan kuasa veto dikawal berdasarkan formula tertentu bagi mentransformasikan

PBB supaya lebih telus.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyentuh isu kemanusiaan dan

peperangan yang berlanjutan di wilayah Rakhine dan Palestin serta menempelak sikap talam

dua muka oleh kuasa-kuasa besar di dalam menangani isu yang berlaku di kedua-dua tempat

tersebut. Begitu juga sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di Singapura baru-baru ini,

beliau telah sekali lagi menempek Kerajaan Myanmar secara jelas kerana cuba

mempertahankan isu masyarakat Rohingya yang jelas tidak boleh dipertahankan.

Selaku sebuah negara yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat, kedaulatan

undang-undang serta akauntabiliti, Malaysia menyokong sepenuhnya sebarang langkah

untuk membawa penjenayah-penjenayah yang telah menyalahi prinsip-prinsip keadilan

DN 4.12.2018 17 antarabangsa ke muka pengadilan. Mengenai isu soal keselamatan di perairan Laut China

Selatan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyarankan agar perairan di rantau ini

dijadikan satu wilayah keamanan, persahabatan dan perdagangan, seterusnya diangkat

sebagai satu doktrin baru untuk rantau ini. Saranan tersebut boleh ditafsirkan sebagai satu

peringatan yang jelas dan ditujukan kepada dua kuasa besar dunia ketika ini iaitu Amerika

Syarikat dan China yang kelihatan berlumba-lumba untuk meluaskan pengaruh mereka di

rantau Asia Tenggara. Jadi, itu jawapan saya pagi ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan

tambahan Yang Berhormat.

Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih

kepada sahabat lama saya ini, Dato' Haji Marzuki ini. Tahniah menjadi Timbalan Menteri

sekarang.

Jadi, soalan tambahan tadi, penjelasan panjang lebar, masuk, pusing satu dunia.

Okey, soalan tambahan saya, kalau boleh, jawab. Kalau tidak ada, soalan bertulis boleh,

kerana ini number- masalah numbering...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat tanyalah. Nanti dia akan

jawab.

Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Soalan tambahan. Berapakah kos yang telah

dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia yang telah disalurkan kepada kem-kem pelarian

Rohingya yang telah ditindas setakat hari ini?

Soalan kedua, apakah pelan jangka masa panjang pihak kerajaan bagi memastikan

mereka yang ditindas mendapat pembelaan? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat ini secara bertulislah Yang Berhormat.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Senator.

Saya hendak menjawab sedikitlah, saya rasa tidak perlu juga kita menulis kalau mungkin

jawapan saya boleh...

Tuan Yang di-Pertua: Diterima...

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: ...Diterima. Setakat hari ini, kita kena sedia maklum

Rohingya ini adalah satu perkara kemanusiaan yang mana banyak negara yang juga

menyalurkan bantuan, termasuk perubatan, makanan. Akan tetapi bagi status Malaysia, kita

dengan jelas bahawa kita memainkan peranan yang cukup besar di Cox's Bazaar iaitu sebuah

penempatan pelarian yang mana Malaysia juga telah membina sebuah hospital. Di mana kita

telah membelanjakan hampir RM1 juta kalau tidak salah saya, setiap bulan perbelanjaan ini

yang mana untuk menampung kos perubatan.

DN 4.12.2018 18

Dalam masa yang sama juga, Mercy Malaysia memainkan peranan yang cukup besar

di Rakhine yang mana itu adalah satu-satunya daripada mercy yang dibenarkan untuk masuk

ke dalam kawasan Rakhine. Maka, itulah sedikit sebanyak sumbangan yang Malaysia telah

lakukan dan banyak lagi NGO-NGO yang telah memainkan peranan. Jadi, saya harap Yang

Berhormat Senator boleh faham sebab jumlahnya very specific untuk saya hendak bagikan.

Ini pun dia tidak sebut fasal harga, ia sebut apa yang kita sudah bagi. Jadi tadi Yang

Berhormat tanya, bab soalan jumlah harga. Jadi saya rasa itulah sedikit sebanyak yang dapat

saya sampaikan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

■1100

4. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta Menteri Pendidikan menyatakan, mengenai perlaksanaan pendidikan inklusif kepada pelajar-pelajar OKU terutama sekali dari aspek pembelajaran bersama (shared learning).

Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia mengamalkan prinsip

pendemokrasian pendidikan dan pendidikan untuk semua atau education for all yang

melibatkan murid sekolah dan peringkat pendidikan tinggi. KPM akan meneruskan

penambahbaikan pelaksanaan Zero Reject Policy bagi memastikan semua murid

berkeperluan khas (MBK) ataupun disebutkan oleh Yang Berhormat Senator sebagai OKU

tadi mendapat pendidikan.

Mereka mempunyai hak yang sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam

persekitaran pembelajaran tanpa halangan. Pelaksanaan Zero Reject Policy itu akan berkuat

kuasa pada tahun 2019 ke tahun-tahun akan datang. Kita berharap dengan polisi ini

dikuatkuasakan bahawa tiada lagi pelajar-pelajar berkeperluan khas atau MBK akan ditolak

daripada mengikuti pelajaran mereka di sekolah arus perdana.

KPM melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) secara holistik dengan

penglibatan semua pihak pada peringkat sekolah hingga ke peringkat komuniti. Dalam

pelaksanaan PPI, guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran akan bekerjasama untuk

merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PDP) menggunakan kaedah

seperti co-teacing, team teaching dan collaborative teaching dan lain-lain strategi yang sesuai

mengikut tahap keupayaan murid dengan merujuk kepada panduan pelaksanaan pedagogi

inklusif.

PDP secara bersama-sama ini boleh dilaksanakan melalui sokongan kepada murid

berkeperluan khas mengikut keperluan individu murid bagi membantu mereka mencapai

potensi yang optimum. Kita bila sebut tentang murid berkeperluan khas, sering kali kita melihat

kepada kelemahan mereka ataupun kekurangan tanpa kita melihat kepada kelebihan yang

sebenarnya wujud pada diri mereka jikalau diberikan peluang.

DN 4.12.2018 19

Izinkan saya memetik kata-kata Debra Ruh sebagai founder kepada TechAccess iaitu

syarikat infotech di Amerika yang bertujuan mencipta alat-alat teknologi membantu golongan

berkelainan upaya ini. Beliau mengatakan, “The only disability is when people cannot see

human potential” dengan izin, yang bermaksud satu-satunya kekurangan bukanlah pada

orang yang berkeperluan khas ataupun berkelainan upaya tetapi satu-satunya kekurangan

ialah apabila manusia tidak boleh melihat potensi pada setiap manusia yang lain.

Kita tahu bahawa murid-murid berkeperluan khas dan manusia berkeperluan khas

yang lain, mereka mempunyai banyak kelebihan dan jikalau diberikan peluang, kadang-

kadang mereka akan lebih daripada mereka yang berkeadaan normal.

Bagi sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), guru arus

perdana akan dibantu oleh guru pendamping untuk menjalankan PDP dalam bilik darjah.

Selain daripada itu, rakan inklusif turut dipilih untuk membantu MBK belajar dan perkongsian

pembelajaran berlaku dari semasa ke semasa. Cuma kadang-kadang stigma di kalangan

anak-anak kita, di kalangan komuniti yang masih rasa janggal untuk bergaul dan ini sering

kita titipkan kepada para guru untuk mereka menanamkan di dalam jiwa anak-anak supaya

bersikap terbuka. Menerima dan melihat semua orang adalah sama dan melihat bahawa kita

satu sama lain saling memerlukan.

Bagi sekolah yang tiada PPKI pula, guru arus perdana yang mengajar di dalam kelas

inklusif diberikan pendedahan dalam mengendalikan murid berkeperluan khas oleh Jabatan

Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), jurulatih utama pusat, jurulatih utama

negeri atau guru pendidikan khas di sekolah berhampiran. KPM akan meneruskan latihan

kepada guru prasekolah bagi memastikan mereka dilengkapkan kemahiran pengesanan

perkembangan awal kanak-kanak atau early screening. Ini amat-amat diperlukan supaya di

peringkat awal lagi guru-guru dapat memastikan jikalau adanya anak-anak murid yang

memerlukan keperluan-keperluan khas terutamanya mereka yang datang daripada golongan

sukar untuk belajar, dengan izin, learning disabilities.

Kita tidak mahu bila sudah masuk ke sekolah di peringkat ke atas, baru dikenal pasti

masalah mereka. Kalau boleh dari awal lagi dikenal pasti dan itu sedang berlaku dan akan

dilakukan secara intensif bermula tahun hadapan.

Perkara-perkara ini akan dibuat pemantapan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan bagi

Murid Berkeperluan Khas yang sedang digubal oleh Kementerian Pendidikan yang mana ia

merangka tindakan intervensi komprehensif bagi golongan murid berkeperluan khas di dalam

bidang pendidikan. Kita berharap bahawa pelan ini akan memberi masa depan dan harapan

yang baru kepada murid-murid berkeperluan khas dan juga kepada ibu bapa mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, International Islamic University (UIA) telah

melancarkan Disability Inclusion Policy pada 15 November 2018 yang lalu yang mana

DN 4.12.2018 20 Kementerian Pendidikan telah melihat ia sebagai satu contoh polisi yang patut ditiru dan

diamalkan di universiti-universiti awam yang lain dan begitu juga di universiti-universiti swasta.

Sekarang ini proses libat urus dengan semua pihak universiti untuk mereka menerima polisi

seumpamanya dan dilaksanakan di semua universiti kita.

Harapan kita menjelang tahun-tahun ke hadapan, universiti-universiti kita sama ada

universiti-universiti awam ataupun universiti-universiti swasta akan menjadi lebih mesra

kepada golongan berkeperluan khas atau golongan berkelainan upaya. Satu hadiah Kerajaan

Pakatan Harapan bagi masyarakat berkeperluan khas.

Di samping itu juga, lima universiti awam telah mempunyai unit khas OKU masing-

masing iaitu UIA, UTM, USM, UUM dan juga UM. Langkah ini juga akan diteruskan oleh

universiti awam yang lain. Di samping itu, KPM telah meluluskan kertas cadangan daripada

pihak Universiti Malaya bagi membangunkan sistem penarafan bagi meningkatkan kualiti

pengajaran dan accessibility berdasarkan indikator holistik yang dinamakan sebagai MyU-

OKU ke arah mewujudkan persekitaran inklusif OKU seterusnya pelaksanaan penarafan

persekitaran inklusif OKU di semua universiti awam. Sistem penarafan ini akan dilaksanakan

pada awal tahun 2019 juga.

Selain itu, KPM juga turut membuka laluan khas kepada pelajar-pelajar berkeperluan

khas untuk menyambung pengajian di universiti awam yang mana melalui laluan khas ini,

mereka akan diberikan ruang untuk mudah masuk ke universiti awam walau bagaimanapun

keadaan mereka tertakluk dengan pelajar-pelajar OKU tersebut memohon program

berkenaan dan memenuhi syarat kemasukan. Sungguhpun demikian, mereka mestilah

memenuhi syarat-syarat kemasukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya ingat jawapan Yang Berhormat Menteri

itu sudah panjang lebar dan terperinci.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Saya nak tambah sikit bagi manusiawi

sahaja. Terperinci dan demokratik. Saya nak bagi manusiawi sikit sahaja. Bolehkah?

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, silakan.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat

Menteri Pendidikan atas satu gagasan yang sangat baik. Saya ucapkan tahniah. Cuma saya

nak tanya, di dalam rangka pelan pendidikan untuk kelompok yang istimewa ini, anak-anak

syurga ini. Soalan saya, ada ataupun tidak perancangan untuk meminda ataupun

mencadangkan. Perundangan-perundangan yang khusus contohnya seperti di Amerika itu

adanya Ideas. Ideas ini penting untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri. Dia bukan

sahaja memberi framework tetapi juga memberi ruang untuk aspek-aspek pelaksanaan,

penguatkuasaan dan sebagainya.

DN 4.12.2018 21

Jadi sekiranya ia boleh dipertimbangkan untuk perancangan pelan tadi seperti yang

dinyatakan, saya juga mencadangkan selain daripada aspek perundangan tersebut kerana

dia ada IEP, saya juga mencadangkan sebab anak-anak istimewa ini untuk pengetahuan Ahli-

ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, mahal. Kadang-kadang dia ada masalah

perubatan, dia ada masalah pendidikan, kadang-kadang masalah kebajikan. Saya ingin

mencadangkan juga kepada Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan juga dengan izin,

impact fund for disable untuk memastikan access to education. Kalau kita bina framework

tetapi tidak pastikan akses sebab dana mahal, jadi mungkin Yang Berhormat Menteri

mempertimbangkan. Itu sahaja penjelasan sekiranya boleh membantu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Itu cadangan, Yang Berhormat Menteri.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Berkaitan dengan

cadangan tersebut, kami mengambil cakna dan saya akan meminta Bahagian Pendidikan

Khas untuk berhubung dengan Yang Berhormat Senator Tuan Yusmadi daripada semasa ke

semasa untuk mendapatkan info dan bukan sahaja daripada Yang Berhormat Senator Tuan

Yusmadi. Buat pengetahuan Dewan yang mulia, Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian

Pendidikan juga telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan semua pemegang taruh

atau, dengan izin, stakeholders daripada kalangan NGO, individu, ahli akademik daripada

semasa ke semasa untuk membuat penambahbaikan.

■1110

Adapun berkaitan dengan perundangan, ya kami akan melihat beberapa keperluan ke

arah tersebut. Akan tetapi ianya perlu dibincangkan bersama dengan beberapa kementerian

yang terbabit, antaranya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan

Kebajikan. Antaranya juga- bila berkaitan dengan dana dan sebagainya, dengan Kementerian

Hal Ehwal Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, kita sentiasa

terbuka untuk semua cadangan dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat

Senator. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, hendak buat cadangan ini biar dalam perbahasan. Dalam masa soal jawab lisan

ini soalan. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad bin Mustafa.

5. Tuan Haji Muhamad bin Mustafa minta Menteri Kesihatan menyatakan, secara terperinci pelaksanaan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) yang melibatkan golongan B40 berumur 50 tahun ke atas.

DN 4.12.2018 22

Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang

Berhormat Senator.

Skim Peduli Kesihatan (PEKA) untuk golongan bawah 40, ataupun bottom 40 (B40)

adalah satu nama untuk Skim Peduli Sihat peringkat Nasional seperti yang dijanjikan dalam

Manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Keempat belas yang lalu. Namun ia telah di

transformasi dengan penambahbaikan konsep dan fasal-fasal atau pendekatannya. Skim ini

dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat kumpulan B40 seperti yang saya

sebutkan bagi merealisasikan agenda kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah.

PEKA B40 dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan di mana untuk Belanjawan 2019

sebanyak RM100 juta telah pun diperuntukkan sebagai permulaan pelaksanaan yang akan

berlanjutan secara berfasa untuk merangkumi semua rakyat dalam kelompok segmen B40

seperti yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019. Untuk peringkat

permulaan, skim ini akan dinikmati oleh kumpulan B40 yang berumur 50 tahun dan ke atas

dalam projek perintis yang dilancarkan pada tahun 2019 awal tahun ini.

Yang pentingnya dalam perangkaan skim ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat

Senator, ialah falsafah dan konsepnya itu berteraskan dan bersendikan pencegahan-

prevention, dengan izin, dengan menekankan kepentingan, persoalan saringan- screening,

dengan izin, dengan juga langkah-langkah yang selainnya. Skim ini dilatari oleh pola

peningkatan antara lainnya kekerapan NCD- prevalence NCD’s, yang tinggi bagi kumpulan

B40, juga yang disaring ataupun yang dikenal pasti adalah kesihatan mental.

Ketiga, akibat daripada rawatan kanser yang tidak disusuli oleh pesakit. Lalu skim ini

diberikan insentif untuk mereka melanjutkan rawatan mereka.

Keempat, bantuan alat perubatan dan ketiga bagi membolehkan mereka mengikuti

dan menyusuli rawatan mereka. Dalam erti kata diberikan belanjawan untuk pengangkutan

mereka kerana ada yang tergendala tidak boleh menyusuli rawatan kerana tidak punyai

keupayaan untuk mendapat pengangkutan ataupun membiayai kos pengangkutan.

Fokus utama manfaat skim ini Tuan Yang di-Pertua, PEKA B40 ini adalah saringan

seperti mana yang saya telah sebutkan. Saringan untuk mengenal pasti dan sekali gus

pencegahan penyakit tidak berjangkit, dengan izin, non-communicable diseases (NCD’s)

termasuklah diabetes, kencing manis, darah tinggi, hyperlipidemia, lemak dan juga kolesterol

dan juga sekali gus kami telah memasukkan saringan kesihatan mental dan juga kanser yang

dapat dikesan melalui physical examination seperti payudara dan kanser prostat untuk lelaki.

Di samping saringan kesihatan telah saya sebutkan, kita berikan bantuan kesihatan, bantuan

tambang pengangkutan untuk mendapat rawatan di hospital Kementerian Kesihatan dan

insentif melengkapkan rawatan kanser.

DN 4.12.2018 23

PEKA B40 ini akan dilaksanakan seluruhnya oleh Kementerian Kesihatan dan fasiliti-

fasiliti kesihatan kami bersekali dengan juga penglibatan General Practitioner (GP) di pihak

swasta yang akan melibatkan klinik-klinik swasta kerana sekali gus akan dapat decongest,

dengan izin, mengurangkan kesesakan klinik dan juga hospital kami.

Tuan Yang di-Pertua, itu sebagai permulaan kerana yang pentingnya hari ini

penekanan dan konsep dan falsafah pencegahan adalah sangat penting kerana ia adalah

sangat munasabah dari sudut mengurangkan kos curative care, dengan izin. Ini kerana

andainya kalau kita telah mencegah lebih awal seperti mana yang ditekankan oleh Ketua

Pengarah, Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr. Tedros, tiga strategi yang mereka

gunakan hari ini untuk menangani NCD’s yang kian meningkat adalah pertama prevention,

kedua prevention, dan ketiga prevention, dengan izin- pencegahan, pencegahan dan

pencegahan.

Jadi sebab itu kita dapati negara seperti hari ini saya difahamkan negara seperti

Singapura, melakukan saringan ke atas seluruh warganya. Hari ini pengumuman yang

terakhir, Singapura adalah negara yang paling sihat daripada 149 negara yang dinilai baru-

baru ini.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menekankan persoalan saringan adalah sangat

penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Muhamad bin Mustafa: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan

tambahan saya ialah kenapa kerajaan mengehadkan PEKA ini kepada golongan B40 sahaja

sedangkan penyakit tidak mengira usia. Kalau boleh usianya itu diberi sedikit kelonggaran.

Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly bin Ahmad: Ya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang

Berhormat Senator. Saya sangat memahami akan kepentingan untuk bukan sahaja

mengehadkan kepada golongan B40 kerana yang dilakukan sedemikian adalah hanya kerana

persoalan kewangan, kekurangan dana. Kita adalah sebuah negara yang sebenarnya

mengurus kewangan atau health financing, dengan izin, melalui seluruhnya daripada apa

yang dikatakan Wang Yang Disatukan. It is from our tax, it is a tax-based health financing

system di negara ini.

Lalu segala-galanya adalah ditanggung oleh kerajaan. Justeru kerana itu, konsep yang

dibawa dalam ekonomi adalah konsep kos melepas. Maksudnya semuanya penting. Akan

tetapi yang mana yang lebih dipentingkan kerana golongan yang tidak berpendapatan rendah

ini. Ia konsep opportunity cost. Apabila ada perkara ‘A’, ‘B’ dan ‘C’ mahu digunakan dengan

RM100 juta itu, golongan manakah yang perlu kami buat penentuan.

Lalu kita mengambil sikap khususnya kerana ia adalah skim pembiayaan seluruhnya

dengan tidak ada aspek insurans, premium dan sebagainya. Lalu penekanan itu adalah

DN 4.12.2018 24 melindungi golongan bawah 40 ini, Tuan Yang di-Pertua kerana merekalah yang selayaknya

diberikan pengutamaan.

Namun kalau kita punya dana, memang mungkin saja, bahkan dapat kita rentas semua

segmen Yang Berhormat Senator. Akan tetapi itulah sekadar yang kita mampu RM100 juta

untuk permulaan. Insya-Allah akan dapat kita pertingkatkan dalam sesi akan datang. Kita

mengharapkan sedikit bantuan lebih untuk kami dapat saring seramai- dengan RM100 juta itu

kita akan dapat saring 273,313 orang. Dengan RM300 juta, kita akan dapat saring lebih

kurang 800,000 penerima. Lalu segala-galanya ditentukan oleh dana. Terima kasih Yang

Berhormat Senator dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Kepada golongan yang tidak berkeupayaan. Ini Menteri ada

datang, tidak ada soalan tambahan lagi? Tadi bangun Yang Berhormat, ya silakan. Yang

Berhormat kena bangun.

Dr. Nuing Jeluing: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun ada kemukakan

soalan yang berkaitan dengan insurans ini.

◼1120

Akan tetapi tidak tersenarai dalam list soalan hari ini. Oleh sebab itu saya minta izin

bercakap sedikit pagi ini. Apa yang saya hendak tanya ialah apa beza insurans ini yang saya

difahamkan ditanggung oleh kerajaan untuk kumpulan B40 ini? Adakah kumpulan B40 ini

perlu membayar premium untuk insurans ini?

Kedua, adakah kerajaan berhasrat untuk menginsuranskan rakyat yang lain atau

health insurance financing? Kalau ada hasrat begitu, bilakah itu dilaksanakan? Sekian, terima

kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Senator,

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin soalan ini sudah pun berlegar buat beberapa

lama dalam mutakhir ini. Persoalan penting adalah apakah kita akan beredar daripada apa

yang saya sebutkan tadi sebagai pembiayaan melalui cukai ataupun tax-based health

financing kepada satu yang lebih bersifat insurans. Sama ada bentuknya social health

insurance (SHI), dengan izin, ataupun apa juga pendekatan model insurans yang lain?

Ini sebenarnya dalam pemerhatian kami di Kementerian Kesihatan Malaysia. Sedikit

waktu lagi setelah kita laksanakan perkara B40 ini, saya yakin dalam tahun depan ini kita akan

mulakan perbincangan yang akan pastinya kita gemblengkan seluruh pemegang taruh-

stakeholders, dan ramai lagi pihak-pihak lain. Pastinya Kementerian Kewangan, Bank Negara

dan agensi yang lain.

Oleh kerana persoalan ini adalah persoalan yang besar. Dalam erti kata pembiayaan

insurans untuk sekeruh rakyat rentas semua, bukan sahaja B40. Oleh kerana B40 ini sudah

diurus dengan skim ini. Akan tetapi yang ditanyakan adalah sama ada golongan M40 dan top

DN 4.12.2018 25 20 juga ia akan diletak di dalam satu kerangka insurans skim yang belum lagi kita dapat lihat

apakah modelity ataupun model dan pendekatan mekanisme itu. Ya Yang Berhormat Senator,

ia adalah satu yang kami sedang perhatikan. Ia memakan sedikit waktu untuk kita rumuskan

secara lebih konkrit dan muktamad. Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih Tuan

Pengerusi.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, silakan Tuan Ismail bin

Yusop.

6. Tuan Ismail bin Yusop minta Perdana Menteri menyatakan, apakah komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan pendidikan pilihan raya seawal umur 13 tahun memandangkan ada cadangan untuk menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin

Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat

Senator Tuan Ismail bin Yusop di atas soalan nombor 6. Maaf, saya tidak ada pantun untuk

hendak balas.

Tuan Yang di-Pertua, soalan beliau ada berkaitan dengan apakah komitmen

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan pendidikan pilihan raya seawal umur 13

tahun? Memandangkan ada cadangan untuk menurunkan umur layak mengundi kepada 18

tahun.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, tentang komitmen

untuk kerajaan menurunkan tahap umur kepada 16 tahun. Itu memang satu persetujuan, telah

pun di persetujui dan akan dilaksanakan, insya-Allah.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, di negara ASEAN ini hanya dua buah

negara lagi yang belum lagi turunkan ke 18 tahun iaitu Malaysia dan Singapura, negara

ASEAN lain semua sudah turun ke 18 tahun.

Jadi, kerajaan memang komitedlah. Tentang isu pendidikan ini, Tuan Yang di-Pertua

dan juga Yang Berhormat Senator. Memang sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat

Senator lah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu komitedlah memastikan sebarang

perubahan polisi dalam negara kita ini mesti bermula daripada pendidikan di peringkat sekolah

lagi. Ini beliau sendiri yang tegaskan dalam banyak pertemuan-pertemuan di luar dan juga

dalam Parlimen ini iaitu segala polisi yang kita hendak buat mesti ada pendidikan dan

pendidikan itu mesti bermula pada peringkat sekolah lagi. Itu memang komitmen Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri, saya boleh bagi jaminan itulah.

DN 4.12.2018 26

Dalam konteks pendidikan pilihan raya ini, SPR telah pun di amanahkan untuk

menjalankan peranan untuk mendidik rakyat. Untuk tujuan itu, SPR telah pun menubuhkan

Akademi Pilihan Raya (APR). APR juga telah memperkenalkan Program Pendidikan

Pengundi, di mana ia merupakan program yang memberikan pendedahan awal, kefahaman

terhadap proses sebenar mengenai pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, di samping

menjawab isu-isu berkaitan pilihan raya. Program ini telah dilaksanakan pada tahun 2017 dan

diteruskan pada tahun-tahun yang berikutnya.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, bahawa isu generasi awal ini agak

tidak peka terhadap hak mengundi ini ia adalah satu isu yang boleh dikatakan universal. Di

Australia, saya hendak beritahu sebagai contoh, Yang Berhormat Senator. Walaupun mereka

mewajibkan undi, compulsory voting tetapi di sana pun mereka bergelut dengan masalah yang

sama. Dalam salah satu artikel yang saya baca, lebih kurang 400,000 pengundi muda ini

walaupun mereka layak tetapi tidak mendaftar dalam daftar pemilih yang menyebabkan

mereka tidak dapat mengundi.

Jadi, ini masalah yang memang di hadapi oleh semua negara yang hendak

merendahkan. Ia berpunca daripada antaranya ialah kurangnya pendidikan di peringkat

sekolah. Jadi, pada tahun 2017 dengan persetujuan dan kerjasama strategik bersama

Kementerian Pendidikan Malaysia, Program Pendidikan Pengundi telah pun memberi

tumpuan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi yang meliputi universiti awam dan

swasta, politeknik, kolej komuniti, dan institut pendidikan guru (IPG).

Selain itu, APR juga menjalankan kerjasama strategik bersama Kementerian

Kesihatan Malaysia melalui Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Hasilnya sebanyak 102 Program Pendidikan Pengundi telah pun diadakan dengan

penyertaan 31,355 orang pelajar yang berumur antara 18-26 tahun.

Berdasarkan daripada pencapaian dan maklum balas positif yang diterima daripada

penganjuran Program Pendidikan Pengundi di institut pengajian tinggi pada tahun 2017, SPR

juga telah mencadangkan untuk meluaskan program ini kepada pelajar-pelajar sekolah

menengah. Sehubungan dengan itu, sebagai projek perintis untuk Program Pendidikan

Pengundi di peringkat sekolah menengah, SPR telah bekerjasama dengan Majlis Amanah

Rakyat (MARA) pada tahun 2018 bagi menganjurkan Program Pendidikan Pengundi di semua

Maktab Rendah Mara (MRSM).

Sehingga 15 Oktober 2018, APR telah berjaya menganjurkan Program Pendidikan

Pengundi di 23 buah MRSM yang melibatkan pelajar yang berusia 13 hingga 17 tahun dengan

jumlah penyertaan seramai 3,873 orang pelajar.

DN 4.12.2018 27

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, yang memberikan taklimat ini kebanyakan

pelajar universiti. Mereka ditrained oleh SPR dan mereka pergi ke universiti. Oleh sebab kalau

kita hantar orang-orang tua ini budak-budak tidak suka.

Ini realiti. So Yang Berhormat Senator, kalau hendak mohon beri penerangan pun

boleh tetapi Yang Berhormat Senator kena pastikan jadi orang muda sedikitlah. Selaras

dengan SPR untuk mendekati lebih ramai golongan muda, termasuk pelajar-pelajar sekolah,

SPR telah memperkenalkan Program APR Associate Trainer (AAT).

Melalui program tersebut, SPR telah melatih lebih ramai penceramah dan jurulatih

yang mampu bersama-sama dengan APR bagi menyampaikan maklumat tentang proses

pilihan raya di Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakat umum di negara.

Setakat ini, APR mempunyai seramai 633 orang AAT dari universiti awam seluruh negara

yang telah menjalani proses saringan yang dijalankan oleh pihak APR.

■1150

Daripada jumlah tersebut seramai 218 orang AAT telah mengikuti latihan intensif oleh

APR pada bulan Ogos 2018 dan diberikan peluang untuk menyampaikan taklimat pendidikan

mengundi pelajar MRSM. Tuan Yang di-Pertua, agak panjang lagi saya rasa saya akan bagi

jawapan bertulis nanti...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih, panjang sangat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri sudah cakap, Yang Berhormat tua...

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Ismail bin Yusop: Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya membangkitkan

soalan nombor enam ini kerana sebagaimana yang kita semua maklum Tuan Yang di-Pertua

dan Yang Berhormat Menteri, mengundi ini adalah hak setiap rakyat yang layak dan ia suatu

yang termaktub dalam Perlembagaan, is a constitutional right, hak kewarganegaraan. Sudah

tentu yang kita hendak ialah mereka yang keluar mengundi ini benar-benar memahami dan

menghayati hak dan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas untuk memilih

kerajaan. Sebagaimana yang disebut tadi umpamanya di Australia, kita lihat sampai 400,000

tidak keluar mengundi dan kita menurunkan had umur ke 18 tahun, ia akan menimbulkan

masalah yang sama juga.

Jadi soalan tambahan saya ialah sama ada SPR, ada tidak membuat sebarang kajian

berkenaan dengan pandangan ataupun persepsi masyarakat di bawah berkaitan dengan

menurunkan had umur ke 18 tahun ini? Itu tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

DN 4.12.2018 28

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat

Senator. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, tentang 18 tahun ini kerajaan melalui

Kabinet telah memberikan tugas ini kepada Kementerian Belia dan Sukan. Mereka

bekerjasama dengan SPR dan ada jawatankuasa dan ini memang telah dilakukan, mereka

telah membuat kajian dan sebagainya. Jadi yang itu, Yang Berhormat Senator tidak perlu

risau sebab memang kita buat kajian.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan hari ini dan juga kerajaan yang

sebelum ini pun apabila mereka hendak membuat satu benda memang mereka akan

membuat kajian. Jadi saya harap Yang Berhormat Senator tidak perlu risau tentang itu. Saya

rasa kita tidak akan berpatah ke belakang lagi, kita akan terus pergi ke depan daripada 18

tahun ini sebab kita rasa sudah sampai masanya kita melibatkan seberapa ramai rakyat yang

boleh untuk memastikan mereka terlibat dalam memilih kerajaan sebab untuk makluman

Yang Berhormat Senator, kerajaan ini mesti ada legitimacy.

Kita tidak mahu nanti kerajaan hanya dikuasai oleh orang-orang yang “orang-orang

tua” sahaja yang mewakili mereka sedangkan rakyat juga mesti harus terlibat dalam memilih.

Oleh sebab itu kita mengharapkan supaya pelajar-pelajar ini diberikan pendidikan supaya

mereka tahu tentang hak ini dan apabila mereka memilih, mereka juga boleh terlibat dalam

apa yang dipanggil participatory democracy. Jadi, saya harap Yang Berhormat Senator tidak

perlu risau tentang adakah berusia 18 tahun ini ada masalah, jangan risau, itu serahkan

kepada kami dan kami akan buat yang terbaik, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Masa sudah habis untuk Jawab Lisan tetapi saya

tengok Menteri daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat ada bersama kita. Soalan terakhirlah. Silakan Yang Berhormat Senator

7. Datuk Rabiyah binti Ali minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, langkah-langkah yang dirancang bagi menambah jumlah taska-taska milik kerajaan di seluruh negara agar bebanan kos jagaan anak-anak kumpulan B40 ini ditangani dengan lebih menyeluruh dan meliputi semua kumpulan masyarakat sama ada yang bekerja di sektor awam mahupun swasta.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan

Hannah Yeoh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab secara ringkas kerana masa

sudah habis.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar tentang keperluan perkhidmatan taska dan

sentiasa bersedia untuk membantu golongan B40 dengan menyediakan beberapa inisiatif

kepada rakyat sama ada golongan yang menubuhkan taska atau golongan yang memerlukan

perkhidmatan taska.

DN 4.12.2018 29

Jadi jumlah taska yang kita ada sekarang ini adalah 4,402 yang merangkumi taska

institusi, taska kerajaan, taska swasta, taska komuniti dan taska di rumah. Jumlah besar

4,402. Akan tetapi yang berdaftar ini kita anggarkan kita hanya mempunyai 10 peratus

daripada jumlah taska yang di luar. Saya pernah menjawab di Dewan ini bahawa kita

mempunyai masalah dengan pendaftaran kerana ada ramai yang berusaha untuk

mendapatkan kelulusan tetapi tersangkut di peringkat PBT kerana tidak dapat mendapat

kelulusan jiran kerana selalunya jiran akan membuat aduan kerana kanak-kanak bising,

masalah tempat letak kereta di luar rumah apabila mereka datang untuk pick up anak.

Jadi kita sedang menggalakkan lebih banyak pendaftaran, kita mempunyai program

Jom Daftar semua itu yang kita turun padang untuk membantu pengusaha-pengusaha taska.

Akan tetapi bagi menjawab soalan spesifik bagi langkah-langkah yang sedang dirancang

untuk membantu mereka yang kita lihat adalah untuk menubuhkan lebih banyak lagi taska di

tempat kerja untuk menjadikan ia selamat untuk ibu bapa menghantar anak ke taska yang

terletak berhampiran dengan tempat kerja, di mana mereka boleh memantau anak tersebut

dan boleh meluangkan masa semasa waktu tengah hari ataupun kalau ada masa lebihan

selepas kerja, mereka boleh pantau.

Jadi dalam bajet untuk tahun depan, kementerian ini telah diberikan tanggungjawab

menguruskan peruntukan RM10 juta yang masih sekarang dibahaskan di dalam Dewan

Rakyat dan jika lulus, RM10 juta ini akan digunakan untuk membina 50 buah taska yang baru

di bangunan kerajaan bagi menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja sektor awam.

Mekanisme permohonan ini masih sedang diselaraskan di peringkat kementerian dan fokus

kita pada tahun depan adalah untuk menggalakkan agensi kerajaan dahulu untuk

menyediakan taska di tempat kerja.

Selepas kita berjaya menubuhkan taska di tempat kerja di agensi kerajaan baru kita

mempunyai autoriti untuk keluar beritahu sektor swasta bagaimana mereka harus mencontohi

kita. Akan tetapi kalau kerajaan gagal untuk melaksanakan ini di agensi kerajaan, kita akan

ditertawakan oleh pihak di luar sana. Jadi fokus kita tahun depan, kita akan menggalakkan

lebih banyak dan RM10 juta ini kita anggarkan satu taska akan mendapat lebih kurang

RM200,000 untuk penubuhan dan agensi-agensi kerajaan sebenarnya sudah datang

berurusan dengan kementerian kita untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagaimana

untuk menubuhkan taska ini.

Kita juga telah menjalankan satu program pemutihan sekarang bermula di Putrajaya

di mana anggota penguat kuasa telah turun ke setiap jalan untuk cek rumah-rumah dan

apartmen di Putrajaya untuk kita lihat sendiri berapa ramai yang belum berdaftar, berapa yang

berdaftar dan apakah masalah mereka supaya kita boleh bantu dahulu yang di Putrajaya.

DN 4.12.2018 30 Selepas kita ada sampling ini, kita boleh memperluaskan di seluruh Malaysia. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Rabiyah binti Ali: Soalan tambahan saya. Kebanyakan taska di bandar dan

juga di desa ini yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha swasta atau NGO boleh tidak

dikategorikan sebagai taska yang bukan bertaraf komersial. Akan tetapi oleh sebab rata-rata

yurannya rendah antara RM170 dan RM200, yuran dikutip ini tidak mampulah kadang-kadang

untuk hendak membayar pembantu. Lagi pula ketetapan gaji minimum mereka adalah

RM1,050.

Apabila dikatakan tadi bajet itu telah diperuntukkan untuk tambahan adalah RM10 juta

meliputi swasta terutama ditumpukan kepada kerajaan. Soalan saya, bagaimana kerajaan

membantu taska-taska tersebut yang diusahakan secara kecil-kecilan ini untuk mendapatkan

peralatan di taska, gaji dan pembantu taska dan pengusaha ini dibantu untuk utilities dan juga

bantuan makanan kanak-kanak agar pembesaran kanak-kanak ini tidak terencat. Kekangan

dalam operasi taska swasta dapat diatasi demi kebaikan anak-anak kecil di negara kita.

Sekian, terima kasih.

Puan Hannah Yeoh: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya jelaskan yang kita

ada data sekarang adalah lebih kurang 10 peratus daripada jumlah di luar. Kita sentiasa

berhubung dengan persatuan pengasuh berdaftar dan ECCE Council atau Early Child Care

and Education Council, dan membincangkan bagaimana kita boleh menyelaraskan

pendaftaran untuk yang menjaga atau mengawal selia pengasuh yang menjaga kurang

daripada tiga orang kanak-kanak di rumah. Buat masa sekarang, pendaftaran kalau mereka

menjaga lebih daripada empat orang kanak-kanak hingga sembilan orang kanak-kanak, itu

adalah taska di rumah dan memerlukan pendaftaran.

Kalau melebihi sembilan orang, 10 anak pula di bawah taska institusi. Kalau di tempat

kerja kerajaan, mereka dikecualikan di agensi kerajaan. Akan tetapi untuk swasta, mereka

juga perlu mendapatkan pendaftaran bersama JKM untuk kita mengawal selia mereka. Apa

yang kita lihat sekarang, yang kita sedang mula berbincang dengan syarikat-syarikat utiliti

untuk tengok bagaimana, kalau mereka datang berdaftar dengan JKM mungkin JKM boleh

membantu mereka mengurangkan bil electricity ataupun bil air dan kita sedang dalam

perbincangan dengan syarikat-syarikat utiliti untuk membantu.

Kita juga melalui mesyuarat berkala bersama kerajaan negeri dan Exco wanita negeri,

kita juga mendorong ataupun kita menggalakkan kerajaan negeri untuk memberi insentif

untuk menggalakkan pendaftaran melalui sama ada pengecualian cukai taksiran ataupun

cukai tanah. Kalau semua boleh collectively, memberikan insentif untuk menggalakkan

pendaftaran, saya percaya golongan kanak-kanak akan berada dalam satu environment yang

lebih sihat lagi dan selamat.

DN 4.12.2018 31 ■1140

Jadi baru-baru ini kerajaan negeri Sarawak juga telah mengumumkan bahawa taska

berdaftar dengan JKM, mereka akan turunkan geran RM5 ribu. Ini satu usaha yang kita

galakkan kerana duit ini akan pulang kepada semua taska berdaftar. Saya juga baca dalam

surat khabar dan RM5 ribu geran itu boleh digunakan untuk penyediaan makanan yang lebih

berkhasiat.

Akan tetapi memang kita memang sedang review dengan taska-taska yang lain seperti

Taska Perpaduan, Jabatan Perpaduan untuk tengok bajet yang disediakan untuk setiap

kanak-kanak ini harus memadai. Saya difahamkan ada bajet setiap orang masih kekal RM2

satu sarapan ataupun satu lunch meal-lah. Jadi memang tidak cukup dan saya galakkan

semua pihak untuk bekerjasama. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan selesai.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2018 – 2020)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang

ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa Dewan ini,

menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD. 22 Tahun 2018; dan

DN 4.12.2018 32

bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.” [3 Disember 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Sambung perbahasan. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan

Manolan bin Mohamad.

11.41 pagi

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi

peluang kepada saya dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia

Kesebelas.

KSP Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan satu dokumen Pelan

Pembangunan Negara yang sangat baik untuk memakmurkan negara dan masyarakat.

Tindakan pelan jangka panjang ini mesti dilaksanakan tanpa kita menoleh ke belakang.

Walaupun kita sedia maklum bahawa negara kita memiliki hutang yang banyak.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebentar.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun kita

sedia maklum bahawa negara kita memiliki hutang yang banyak iaitu lebih daripada RM1

trilion, sebagai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, ini adalah masa yang terbaik untuk

melaksanakan janji-janji di dalam manifesto atau lebih dikenali sebagai Buku Harapan. Kita

sedia maklum banyak manifesto, janji-janji dalam manifesto yang telah dilaksanakan seperti

memansuhkan GST. Rancangan Malaysia Kesebelas sehingga tahun 2020 berbaki dua tahun

sahaja lagi untuk dilaksanakan. Ia merangkumi enam tonggak utama, satu jangka masa yang

mencabar di mana rakyat mahu melihat adakah kerajaan boleh memenuhi enam tonggak

tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kakitangan kerajaan harus diberi pemahaman dan pengetahuan

berkenaan tugas dan tanggungjawab yang diberikan terutamanya kakitangan sokongan

kerana kita dapat banyak aduan dan rintihan rakyat berkenaan beberapa kakitangan awam

yang tidak mesra pelanggan dan, dengan izin, not knowlegdeable. Kadang-kadang kalau kita

pergi ke JPJ sebagai contoh atau Jabatan Imigresen, kaunter-kaunter ini banyak tetapi banyak

yang kosong, tidak ada teller. Jadi ini memberi imej yang tidak baik kepada kerajaan yang

baru dan ini menyebabkan kita dapat aduan yang banyak daripada rakyat.

DN 4.12.2018 33

Untuk mereformasikan tadbir urus yang cekap dan amanah, gejala rasuah juga di

kalangan kakitangan awam wajib diperangi habis-habisan dan pihak kerajaan mesti

mengurangkan juga birokrasi di kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan. Ini

bagi memudahkan urusan yang dilakukan oleh rakyat. Apabila birokrasi ini terlalu banyak,

Tuan Yang di-Pertua, rakyat kadang-kadang merasa fed up, dengan izin, untuk berurusan.

Kadang-kadang mereka menghantar aduan ataupun permohonan kepada jabatan-jabatan

kerajaan tetapi banyak aduan-aduan dan juga permohonan mereka tidak dibalas oleh agensi-

agensi kerajaan dan juga pihak kementerian.

Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah SOP yang diberikan di setiap

kementerian ini untuk membalas surat-surat yang dihantar oleh rakyat berkenaan dengan

apa-apa aduan.

Selain itu, saya juga- adakah pihak Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk

merombak beberapa jabatan yang sebelum ini peratusan rasuah yang paling tinggi iaitu

Jabatan Imigresen di mana dengan rombakan beberapa jawatan-jawatan di dalam Jabatan

Imigresen ini, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar rasuah dan juga beberapa

isu di dalam Jabatan Imigresen.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pusat dan kerajaan negeri mesti bekerjasama di dalam

hal-hal yang berkaitan isu rakyat khususnya berkenaan dengan isu tanah dan juga dengan

Jabatan Perhilitan dan juga Jabatan Perhutanan. Seperti yang kita sedia maklum, Jabatan

Perhutanan dan juga Jabatan Perhilitan ini bukan semua dikuasai atau dijaga oleh Federal

iaitu daripada Persekutuan tetapi banyak juga jabatan tersebut yang dikuasai oleh kerajaan

negeri.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kurangnya kerjasama di antara jabatan-jabatan ini,

khususnya berkenaan dengan isu tanah di peringkat negeri, kita berharap supaya kerajaan

pusat dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya isu-isu yang melibatkan tanah

orang Asli boleh diselesaikan. Ini kerana banyak penempatan orang Asli yang tidak

diwartakan ataupun digazet.

Saya mencadangkan pihak pusat dan kerajaan negeri mesti mencari formula untuk

menyelesaikan isu ini. Ini kerana banyak terdapat tanah-tanah orang Asli yang sukar untuk

diwartakan kerana tidak ada kerjasama di antara kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia pada masa

sekarang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dan hal ehwal tanah ini diurus oleh

pentadbir tanah negeri dan ini mengundang pencerobohan tanah-tanah adat orang Asli.

■1150

Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan

rakyat, pada tahun lepas kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk Program

DN 4.12.2018 34 Pembangunan Orang Asli. Akan tetapi pendapatan isi rumah Orang Asli masih tidak

menunjukkan peningkatan yang positif. Di mana kuasa beli mereka semakin menurun dengan

peningkatan harga barang dan jauh sekali untuk membuat tabungan.

Tuan Yang di-Pertua, reformasi agenda pemerkasaan bumiputera harus diberi

perhatian dan perlu melibatkan masyarakat Orang Asli. Kita tidak mahu dan kita tidak ingin

melihat hanya bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak saja.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, bagaimanakah untuk meningkatkan

pendapatan masyarakat Orang Asli di luar bandar ini? Walaupun kita tahu banyak inisiatif

kerajaan iaitu pada tahun 2018 iaitu tahun ini, sebanyak RM110 juta untuk pembangunan.

Mereka telah menyalurkan bantuan perniagaan tanaman semula komersial iaitu tanaman

getah dan juga kelapa sawit yang dikendalikan oleh FELDA dan juga RISDA. Akan tetapi

pendapatan purata masyarakat Orang Asli di luar bandar ini sekitar RM300 ke RM400 sahaja

sebulan dan kadang-kadang lebih rendah daripada RM300, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, khususnya Jabatan Perdana Menteri.

Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyelenggarakan atau mengelolakan pengurusan

tanah-tanah komersial yang diusahakan oleh FELCRA dan RISDA ini benar-benar boleh

melepaskan kadar kemiskinan tegar dan miskin masyarakat Orang Asli ini? Oleh sebab kita

tengok dasar itu baik tetapi impaknya, kesannya kepada Orang Asli itu tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun langkah kerajaan untuk mengurangkan

jurang golongan miskin dan kaya tidak melihat komposisi kaum, ia sangat bertepatan dan

amat berkesan sekiranya dilaksanakan secara jujur dan ikhlas. Saya yakin yang akhirnya

akan dirasai oleh masyarakat Orang Asli yang berada di dalam kelompok miskin tegar dan

miskin ini. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum untuk memiliki dan mendiami rumah yang

selesa dan sempurna, setiap orang itu sangat penting. Akan tetapi masyarakat Orang Asli

tidak boleh, tidak mampu untuk memiliki rumah yang selesa untuk berteduh. Orang Asli juga

tidak boleh memohon itu Rumah Mesra Rakyat yang ditawarkan oleh kerajaan.

Ini kerana tanah-tanah Orang Asli ini mereka tidak mempunyai geran rumah. Mereka

tinggal di atas tanah-tanah adat dan setengah itu telah diwartakan dan ada juga penempatan-

penempatan Orang Asli ini yang tidak diwartakan. Maka itu, apabila tanah ini tidak bergeran,

mereka tidak boleh memohon Rumah Mesra Rakyat ini. Walaupun kita sedia maklum ada

juga Orang Asli yang mampu untuk membayar bayaran bulanan tersebut sekiranya diberikan.

Bayaran rumah mampu milik ini bergantung kepada jenis rumah tersebut dan ada yang

bayaran bulanan sekitar RM150, RM200 dan RM300 tapi malangnya Orang Asli tidak boleh

memohon.

Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mereka melihat perkara ini

dengan lebih mendalam lagi. Orang Asli tidak boleh bergantung terhadap bantuan Perumahan

DN 4.12.2018 35 Rakyat Termiskin (PPRT) sebab jumlah Orang Asli semakin meningkat tetapi kos untuk

memberi rumah PPRT ini tinggi dan Orang Asli semakin meningkat. Maka itu, saya cadangkan

Orang Asli diberi pelepasan untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat ini. Di mana kerajaan

mungkin boleh menjadi sebagai penjamin dengan memasukkan beberapa syarat-syarat

tertentu di dalam perjanjian antara pembeli dan juga pemaju.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin kerajaan akan dapat menggunakan segala

peruntukan yang disalurkan untuk pembangunan dan kemajuan Orang Asli secara optimum

dengan mengurangkan kadar ketirisan dan kebocoran iaitu rasuah di dalam perbelanjaan

yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Perbelanjaan yang diberikan oleh kerajaan

sebelum ini agar besar tetapi saya belum tengok dan belum nampak kesannya dari segi

pembangunan Orang Asli, khususnya pembangunan dari segi ekonomi, pendidikan

masyarakat Orang Asli.

Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah yang boleh

diambil untuk mengelakkan sesuatu projek pembangunan di perkampungan Orang Asli ini

digunakan sepenuhnya dengan mengambil kira objektif asal sesuatu pembangunan tersebut?

Adakah tercapai ataupun tidak? Tuan Yang di-Pertua, bagi mengurangkan jurang

pembangunan antara bandar dan luar bandar, kegiatan ekonomi harus di bawa ke desa dan

kampung.

Kita tidak boleh bertumpu di bandar-bandar ataupun di semi urban, dengan izin.

Syarikat-syarikat swasta ataupun GLC kerajaan ini sepatutnya boleh dibuka di luar bandar

untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda, khususnya di bandar-bandar kecil

dan tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar seperti di Selangor, di Kuala Lumpur, Pulau

Pinang dan Johor Bahru. Pusat-pusat latihan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli,

sebagai contoh ada satu pusat dulu dipanggil Pusat GIATMARA di Damansara Damai.

Sekarang dipanggil Pusat Latihan Damansara Damai iaitu yang beroperasi tahun 2004, yang

menyediakan kursus-kursus automotif dan sebagainya.

■1200

Ramai juga graduan-graduan, pelajar-pelajar yang tamat daripada pusat latihan ini

tetapi saya tengok ramai yang graduate tetapi akhirnya apabila mereka balik ke kampung

masing-masing, mereka tidak mampu untuk membuka perniagaan sendiri ataupun bekerja di

tempat-tempat yang bersesuaian dengan kursus yang mereka ambil. Jadi saya tengok di sini,

mereka lebih hanya menamatkan pengajian sahaja tetapi tidak ada engagement dengan

beberapa syarikat swasta ataupun kerajaan apabila mereka menamatkan pelajaran di pusat

latihan tersebut. Pihak kerajaan seharusnya mesti mencari ataupun menawarkan kursus-

kursus yang melahirkan tenaga kerja yang dikehendaki oleh pasaran kerja pada masa

sekarang.

DN 4.12.2018 36

Tuan Yang di-Pertua, pada 16 dan 17 November yang lepas, seorang pelapor

daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Mr. Leo Heller telah melawat ke Gua Musang.

Beliau berpendapat bahawa masyarakat Orang Asli tidak mendapat bekalan air bersih untuk

digunakan seharian. Ini secara langsung mempengaruhi aspek kesihatan masyarakat Orang

Asli. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah Kementerian Luar Bandar untuk

mempercepatkan ataupun menyelesaikan masalah air di Gua Musang ini.

Saya juga mendapat aduan dari mereka mengenai masalah bekalan air bersih di Kuala

Betis, Gua Musang ini. Mereka ada hantar WhatsApp kepada saya, ada menelefon saya.

Penduduk di Kuala Betis, Gua Musang ini sekitar 3,000 hingga 4,000 orang tetapi mereka

tidak ada air yang bersih. Mereka menggunakan sungai. Sungai pun tercemar. Baru-baru ini,

pada 1 November ada pergi ke Kuala Betis. Tengok sungainya memang sangat kotor. Macam

teh tarik pekat. Jadi bagi saya, bekalan air bersih ini adalah satu keperluan dan adalah salah

satu hak asasi manusia.

Kanak-kanak berhak untuk mendapat bekalan air yang bersih untuk diminum. Ia

terkandung di dalam United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) dengan

izin iaitu artikel 24(2)(c) yang mana Malaysia sendiri telah meratifikasikan konvensyen ini.

Maka itu, saya juga mohon kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk melihat isu air khususnya

penduduk Orang Asli Temiar di Gua Musang ini diambil serius kerana kebergantungan air

bersih ini pada masa sekarang adalah melalui sungai sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, setiap orang ingin menikmati persekitaran yang hijau. Sebagai

negara yang terletak di Garisan Khatulistiwa, Malaysia sebenarnya sangat kaya dengan

keindahan dan keunikan alam semula jadi. Kawasan tadahan air sangat penting untuk kitaran

alam semula jadi tetapi malangnya seperti yang saya sebutkan tadi, saya pergi ke Gua

Musang, air Sungai Nenggiri di Kuala Betis ini sangat tercemar, ia berpunca daripada

pembalakan yang tidak terkawal. Kalau kita tengok air Sungai Nenggiri ini walaupun di

pedalaman, di kawasan hutan, banyak hutan, di kawasan bukit tetapi saya tengok air Sungai

Gombak dan juga air Sungai Klang lebih jernih daripada Air Sungai Nenggiri ini.

Tuan Yang di-Pertua, memperkasakan ekonomi masyarakat luar bandar harus

menjadi keutamaan kerajaan. Pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana bukan

hanya diberikan kepada individu-individu atau syarikat-syarikat tertentu yang berkepentingan

sahaja tetapi perlu diberi keutamaan kepada individu-individu atau syarikat yang benar-benar

serius dalam memperkasakan ekonomi setempat.

Sebelum ini, kita tahu banyak juga program seperti yang kita dengar daripada

Kementerian Pembangunan Usahawan tadi yang dilahirkan oleh kerajaan khususnya

perusahaan kecil dan sederhana di kawasan desa tetapi banyak yang gulung tikar. Maka itu

ramai sekarang ini di desa-desa, di kampung, di kawasan FELDA yang berhijrah ke bandar,

DN 4.12.2018 37 lebih-lebih lagi sekarang ini harga komoditi seperti kelapa sawit dan juga getah sangat rendah.

Ini memberi kesan yang tidak baik di antara kawasan bandar dan juga luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkasakan ekonomi luar bandar, PKS ini tidak

tertumpu kepada sektor pembuatan sahaja tetapi dia mesti melibatkan sektor pertanian yang

boleh dikembangkan dan dibuat secara komersial. Seperti baru-baru ini telah diadakan MAHA

2018 yang dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia tetapi manfaatnya kepada golongan

petani dan pekebun kecil di desa saya belum nampak. Maka itu saya ingin bertanya kepada

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, apakah perancangan pihak kementerian untuk

menjadikan pertanian ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada warga desa dan

kampung.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya percaya kerajaan boleh melaksanakan enam

tonggak utama yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada

pagi semalam dengan kerjasama semua pihak iaitu pihak kerajaan dan juga rakyat. Masalah

dan isu rakyat ini kita tidak boleh menyerahkan kepada kaum itu sahaja. Contohnya isu Orang

Asli, Orang Asli sahaja nak selesaikan. Isu Melayu, orang Melayu sahaja nak selesaikan.

Begitu juga dengan Cina dan India tetapi kita harus melihat isu rakyat itu, permasalahan itu

adalah wajib kita bantu bersama.

Akhir sekali, saya menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Kesebelas yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 18 Oktober 2018 di dalam Dewan

Rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1210

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin

Mohamad, dan saya nampak Yang Berhormat benar-benar buat homework, ceritakan apakah

kehendak Orang Asli kita ya. Terima kasih dan tahniah.

Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen.

12.10 tgh.

Dato’ Ong Chong Swen: Salam sejahtera dan salam negara-ku Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbahas

RMKe-11 review ataupun ulasan Rancangan Malaysia Kesebelas Anggaran Perbelanjaan

Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal RMKe-11 secara keseluruhannya

adalah baik. Kebanyakan sasaran telah dicapai, malah ada yang prestasi lebih baik dari

sasaran. Namun perhatian perlu diberikan kepada pembangunan dan kesejahteraan keluarga

dan kanak-kanak termasuk golongan warga emas. Antara perkara yang disebut dalam kajian

RMKe-11 itu sendiri adalah:

DN 4.12.2018 38

(i) Indeks Kesejahteraan Keluarga 2016 yang mengukur dan melaporkan

tahap kesejahteraan keluarga mencatat skor sederhana iaitu 7.33

daripada 10;

(ii) akses yang kurang kepada fasiliti dan kemudahan asas di kawasan

perumahan, isu berkaitan persekitaran kediaman dan impak negatif

teknologi komunikasi terhadap hubungan kekeluargaan;

(iii) malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak iaitu kurang berat badan atau

berat badan berlebihan dan obesiti masih menjadi kebimbangan;

(iv) kadar pertumbuhan tahunan bagi penyertaan wanita dalam pasaran

tenaga kerja meningkat secara perlahan ke arah mencapai sasaran 59

peratus;

(v) kurang komitmen dan sumber dalam kalangan majikan bagi

menyediakan persekitaran pekerjaan yang baik terutama sistem aturan

kerja fleksibel dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak;

(vi) pelbagai insentif sokongan sosial telah dilaksanakan melalui pusat

aktiviti warga emas serta program, dengan izin, Beautiful Life for Senior

dan khidmat bantu di rumah dalam menggalakkan gaya hidup berdikari,

produktif dan bermakna dalam kalangan warga emas. Walau

bagaimanapun insentif tersebut masih belum memadai dalam

memenuhi keperluan yang semakin meningkat daripada populasi yang

semakin menua; dan

(vii) penyertaan OKU dalam pasaran tenaga kerja masih rendah dengan

anggaran 4,000 pekerja sahaja dalam sektor awam dan swasta. Hal ini

disebabkan oleh ketidakmampuan majikan untuk menyediakan

persekitaran yang mesra OKU di tempat kerja dan persepsi negatif oleh

majikan terhadap kemampuan OKU untuk melaksanakan tugas yang

diberikan. Di samping itu, terdapat juga OKU yang menghadapi

kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran pekerjaan.

Setakat memberi peruntukan di bawah bajet tidak memadai bagi menyelesaikan

semua masalah ini. Polisi dan intervensi perlu dilaksanakan untuk memperkasakan golongan

wanita, warga emas, OKU dan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan wanita perlu diutamakan. Mengendap atau

stalking patut dijadikan satu kesalahan di bawah undang-undang. Pada masa sekarang,

stalking sekiranya dilaporkan, tiada tindakan boleh dibuat kerana tiada peruntukan dalam

mana-mana akta. NGO wanita telah menyeru kepada kerajaan untuk mengambil perkara ini

dengan serius. Kajian mereka mendapati bahawa ramai wanita di hendap hingga ke tempat

DN 4.12.2018 39 kerja oleh lelaki seperti bekas suami dan sebagainya. Mangsa-mangsa ini dibunuh atau

dicederakan selepas banyak kali di hendap.

Kesalahan stalking kerap dikaitkan dengan keganasan rumah tangga dan jenayah lain

termasuk pembunuhan. Contoh kes yang berlaku pada tahun lepas, 2017 di mana seorang

lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum dia menembak pula dirinya di sebuah firma

guaman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Sebelum itu lelaki tersebut telah mengganggu

bekas isterinya di tempat kerja sejak bercerai. Mangsa terpaksa menukar tempat kerjanya

dan pernah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya. Namun begitu, undang-undang

negara kita setakat ini tidak dapat menangani isu stalking sebelum keadaan tersebut menjadi

teruk.

Mereka yang menakutkan, stalking dalam konteks ini adalah jenis orang yang boleh

memberi ancaman kepada mangsa seperti golongan wanita yang selalu kerja di luar dan

masanya, malam sampai pagi seperti juruaudit, wartawan dan lain-lain. Sekiranya masalah

ini tidak ditangani, kehidupan mangsa akan terjejas. Walaupun mangsa tidak dicederakan

secara fizikal, pengalaman tersebut boleh meninggalkan kesan emosi dan mental yang

mendalam. Maka saya menyeru kepada kerajaan untuk menggubal undang-undang yang

khususnya untuk menangani masalah stalking ini.

Tuan Yang di-Pertua, pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak adalah satu isu yang

penting. Pada zaman ini, kebanyakan ibu dan bapa bekerja, jadi masa mereka amat terhad.

Keinginan untuk mengambil shortcut bagi memberi makanan kepada kanak-kanak, amatlah

tinggi. Juga ramai ibu dan bapa cenderung membeli makanan yang tidak begitu nutrisi kerana

kos sara hidup tinggi.

◼1220

Zaman ini juga berbeza, dahulu kanak-kanak boleh keluar bermain, sekarang ramai

yang takut kerana bermacam-macam-macam masalah dan bahaya. Bermakna, kurang

secara fizikal. Lama-lama selalu duduk dalam rumah main internet. Kerajaan pernah

melaksanakan kempen makan sihat di sekolah dan sebagainya. Saya bercadang pada masa

ini kerajaan melancarkan kempen makan sihat melalui media sosial dengan menghasilkan

video masakan yang sihat dan mudah disiapkan. Video masakan menarik di platform media

sosial amat popular sekarang.

Kerajaan juga perlu menyediakan lebih tempat selamat untuk kanak-kanak dan remaja

bermain di luar secara fizikal. Kemudahan untuk golongan ibu perlu diadakan. Masalah yang

dihadapi golongan ibu adalah kos penjagaan swasta tinggi serta kekurangan kemudahan

penjagaan kanak-kanak dekat tempat kerja. Persekitaran yang selamat dan tertutup untuk ibu

menyusu juga, contohnya bilik laktasi tidak disediakan di semua bangunan pejabat.

DN 4.12.2018 40

Ini menjadi halangan kepada golongan ibu untuk terus bekerja. Sepatutnya bangunan

yang baharu wajib memiliki kemudahan untuk semua golongan orang, tidak kira ibu atau bapa,

OKU dan warga emas. Ini patut dijadikan satu kehendak atau, dengan izin, requirement

apabila membuat perancangan untuk bangunan-bangunan.

Kerajaan juga perlu memberi insentif dan mencari penyelesaian supaya para ibu tidak

perlu bergantung kepada kerja di pejabat semata-mata. Pada zaman moden ini, kita boleh

kerja di mana-mana dengan kemudahan internet. Kita tidak harus mengehadkan para ibu

kepada bekerja seperti bidang perniagaan makanan, jahitan sahaja.

Ini kerana ramai wanita sekarang mempunyai pencapaian pendidikan tinggi atau

mungkin juga mempunyai cita-cita yang berbeza dari bidang yang sebelum ini dikaitkan

dengan golongan wanita. Sekarang juga wujud internet apps, di mana individu boleh

mendapat pendapatan. Contohnya, memberi tuisyen dengan internet, dengan izin, editing

work sama ada bentuk tulisan atau bidang seni, dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, golongan OKU menghadapi banyak halangan. Kita ada jalan

dan kaki lima di kebanyakan tempat tidak boleh diakses oleh golongan OKU. Jalan yang tidak

seragam dan pelbagai masalah menjadi halangan kepada mereka yang bergantung kepada

kerusi roda serta, dengan izin, tactile indicator untuk golongan rabun atau buta.

Maka, mereka hanya terhad kepada pejabat atau tempat kerja yang mereka boleh

sampai dengan selamat. Untuk orang yang bukan OKU juga ada kalanya susah berjalan kaki

kerana keadaan kurang memuaskan di beberapa tempat. Lubang, sampah, halangan seperti

pokok, tiang lampu, kedai atau gerai di kaki lima dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan

adalah satu kajian menyeluruh untuk review segala jalan dan kaki lima di bandar dan

memperbetulkan semua masalah.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya berharap kerajaan akan memberi

perhatian yang lebih mendalam serta membuat pindaan perintah atau menggubal undang-

undang baharu yang berkaitan dengan isu-isu yang disebut tadi supaya kehidupan golongan-

golongan ini lebih terjamin. Saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong ulasan

Rancangan Malaysia Ke-11, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong

Swen, itu ucapan yang baik dan berisi, terima kasih.

Sekarang saya menjemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie

Lasimbang.

12.27 tgh.

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Terima kasih, selamat tengah hari dan salam damai

sejahtera kepada semua dalam Dewan yang mulia ini.

DN 4.12.2018 41

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang untuk membahaskan

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang

Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Dewan yang mulia ini kelmarin.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dan penuh yakin usul Separuh Penggal

Rancangan Malaysia Kesebelas ini beri harapan besar kepada rakyat Sabah. Terutamanya

dalam merancakkan pembangunan luar bandar, apatah lagi pelan terakhir untuk

merealisasikan Wawasan 2020. Saya mulakan perbahasan saya ini dengan menyambut baik

enam tonggak untuk mempergiat daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Saya melihat keenam-enam tonggak ini sebagai satu usaha untuk memastikan pembangunan

ekonomi negara dilihat secara holistik dan menyeluruh.

Saya menyambut baik tonggak pertama iaitu Mereformasi Tadbir Urus Ke Arah

Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Perkhidmatan Awam. Oleh kerana ini penting untuk

mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi pentadbiran negara yang sebelum ini

dinodai dengan pelbagai skandal yang telah membawa kepada masalah kewangan yang

menghantui negara kita pada masa ini. Reformasi tadbir urus juga penting untuk memastikan

ketelusan dan kecekapan dalam operasi kerajaan untuk memenuhi harapan rakyat yang agak

tinggi.

Saya juga menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan semula Akta Parlimen

1963 kerana ia boleh memastikan Parlimen lebih bebas dan mempunyai autonomi dan

melaksanakan tugas-tugasnya dalam proses penggubalan undang-undang di negara kita.

Saya ingin bertanya, apakah mekanisme yang diambil untuk memastikan proses reformasi ini

dijalankan secara inklusif, melibatkan semua pihak khasnya perwakilan daripada Sabah dan

Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam penubuhan Persekutuan Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga gembira kerana kerajaan melalui pembentangan

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas menyatakan tonggak kedua iaitu

Memperkukuh Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat.

Dalam tonggak kedua ini, kerajaan akan mempertingkatkan usaha untuk memperkasa

kumpulan minoriti, khasnya orang asal negara ini melalui strategi A3 yang memperakui

bahawa kumpulan orang asal masih lagi tidak mendapat akses sepenuhnya kepada

perkhidmatan asas seperti jalan raya, air, elektrik, dan telekomunikasi. Keadaan ini

menjadikan mereka terus ketinggalan dalam arus pembangunan.

Dalam rekod terdapat sekurang-kurangnya 2,820 buah kampung di luar bandar yang

masih belum mendapat bekalan elektrik dan air dan terdapat ratusan lagi kampung yang

memerlukan perhubungan jalan raya.

DN 4.12.2018 42 ■1230

Saya menyambut baik usaha yang telah diberikan dalam pengukuran kawasan tanah

adat Orang Asal di Sabah. Ini kerana tanah adalah kehidupan bagi Orang Asal malah ia

adalah segala-galanya bagi komuniti ini. Dalam laporan penuh Kajian Separuh Penggal ini,

ada menyatakan sejumlah 76,366 hektar tanah adat atau NCR telah diberikan hak milik di

Sabah.

Akan tetapi saya ingin meminta penjelasan, apakah mekanisme yang telah digunakan

untuk proses pengukuran ini dan bagaimana pemilihan kawasan ini diukur? Saya ingin

menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa terdapat sedikit masalah berhubung

pengukuran kawasan khasnya yang melibatkan pengeluaran geran komunal di Sabah kerana

ia melibatkan proses yang tidak telus. Ia menyebabkan konflik yang perlu ditangani dengan

baik melalui proses yang lebih telus.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik saranan untuk meningkatkan

kapasiti kesihatan awam dan memperkukuh sistem penyampaian penjagaan kesihatan. Saya

ingin menyentuh tentang kekurangan doktor-doktor yang berkhidmat di Sabah dan yang

bukan saja tidak mencapai piawaian dari segi nisbah yang ditetapkan tetapi juga seimbang

dibandingkan dengan wilayah yang lain di Malaysia.

Berdasarkan prestasi kebangsaan, seorang doktor di Malaysia melayani 600 orang

pesakit, berbeza pula di Sabah seorang doktor melayani 1,200 orang pesakit. Berdasarkan

nisbah kebangsaan dan nisbah negeri yang dinyatakan adalah jelas bahawa negeri Sabah

separuh ketinggalan jauh berbanding dengan nisbah kebangsaan. Oleh itu, Kerajaan

Persekutuan perlu memikirkan langkah-langkah yang terbaik dan segera bagi mengatasi

masalah ini.

Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan sebuah hospital universiti

di Sabah yang bertempat di UMS ataupun Universiti Malaysia Sabah. Sejajar dengan

meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di Sabah, saya mohon agar Kerajaan

Persekutuan dapat memberikan bajet tambahan untuk hospital di Universiti Malaysia Sabah

yang sedang dibina bagi menjadikannya sebuah hospital pengajar yang berteknologi tinggi

dan memanfaatkan teknologi digital selaras dengan IR 4.0 ataupun Industrial Revolution 4.0,

dengan izin. Bajet tambahan ini membolehkan ia menjadi sebuah smart hospital dan

mempunyai model pengurusan ataupun business modelnya yang lebih mampan supaya ia

tidak membebankan kerajaan pada jangka masa yang panjang.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya ingin bawa dalam perbahasan

saya adalah aspek pembangunan ekonomi. Selepas Kerajaan Pakatan Harapan memerintah

lebih enam bulan lalu, tidak dinafikan keadaan ekonomi tidak stabil dan tidak menentu kesan

kepimpinan kerajaan yang lalu. Rakyat memahami akan situasi ini apatah lagi

DN 4.12.2018 43 pengambilalihan kuasa daripada tampuk pimpinan yang lama mempunyai cabaran yang

begitu hebat.

Kalau dilihat kepada ekonomi makro memanglah disifatkan sebagai baik apatah lagi

Kerajaan Pusat sendiri menaruh harapan dengan adanya permintaan kukuh dalam kalangan

negara serantau di Asia. Malahan permintaan swasta dijangkakan kekal menerajui

pertumbuhan ekonomi dengan pelaburan swasta berkembang 5.7 peratus setahun.

Soalannya sekarang, rakyat ingin tahu bagaimana dan apakah bentuk program yang

memulihkan keadaan dan pembangunan ekonomi negara pada jangka masa pendek dan

jangka masa sederhana.

Saya melihat pemulihan ekonomi secara drastik perlu ada upaya rakyat supaya ia

dapat dirasai. Soal pemulihan ekonomi adalah penting bagi rakyat. Perlu kita ketahui bahawa

ketidaksamaan di peringkat negeri dan tahap pendapatan rendah dalam kalangan isi rumah

berpendapatan 40 peratus rendah ataupun B40 masih berterusan dan amat ketara. Walaupun

kadar inflasi secara relatif adalah rendah namun kos sara hidup semakin meningkat dan terus

membebankan isi rumah B40. Ketidakseimbangan prasarana luar bandar masih jauh ataupun

jurang yang lebar dan perkara-perkara sebegini memang membimbangkan dan

mendatangkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat sendiri khasnya daripada

pendalaman Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kerana dalam Kajian Separuh Penggal ini,

Kerajaan Pusat sentiasa mengutamakan pembangunan wilayah dan memastikan tidak ada

mana-mana negeri tertinggal jauh di belakang. Perkara yang sama adalah teras utama dalam

memastikan ada usaha-usaha untuk memperkukuhkan pembangunan ekonomi wilayah.

Namun begitu, saya percaya bahawa salah satu aspek penting dalam membawa

keseimbangan pembangunan antara wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

adalah aspek perkapalan.

Walau bagaimanapun, kita ada satu dasar yang dipanggil Dasar Kabotaj yang serba

sedikit mengekang pergerakan import eksport di pelabuhan-pelabuhan Sabah, Sarawak. Oleh

itu, saya ingin bertanya apakah kerajaan akan memansuhkan Dasar Kabotaj ini dan apakah

pelan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf ataupun bekerjasama dengan agensi

pelabuhan negeri Sabah untuk memastikan sistem dan juga pengurusan perkapalan ini dapat

diperbaiki.

Saya ingin tahu juga setakat mana sebenarnya penyelarasan antara negeri bagi

penyediaan infrastruktur dioptimumkan terutamanya di Sabah. Saya faham kerajaan akan

memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan umpamanya

rangkaian jalan raya akan diperluaskan dengan membina dan menaik taraf 1,500 kilometer

lagi jalan luar bandar. Selain itu juga, memperluas akses bekalan air bersih, terawat yang

DN 4.12.2018 44 meliputi sasaran 60,000 tambahan rumah, meluaskan akses bekalan elektrik kepada sasaran

41,160 tambahan isi rumah.

Kerajaan Pakatan Harapan perlu mewujudkan satu mekanisme dalam memastikan

projek yang mana perlu diutamakan, dipentingkan dan difokuskan secara terarah. Sebagai

contohnya, masih banyak jalan raya yang perlu diturap dan di baik pulih. Kerajaan Pusat perlu

mempercepatkan pembaikan dan naik taraf jalan raya yang menghubungkan beberapa

pekan-pekan keci. Saya ambil contoh Pekan Pagalungan dan juga di Pensiangan.

Baru-baru ini saya balik dari pekan kecil ini dan keadaan jalan raya itu amat teruk dan

berbahaya apatah lagi pada musim tengkujuh. Jalan ini jalan tanah liat dan sangat licin.

Pernah berlaku kes di mana beberapa kemalangan dan apa yang sedihnya juga

mengorbankan nyawa. Jadi saya minta supaya jalan-jalan utama seperti ini haruslah diberikan

keutamaan dan memastikan bahawa ia dijalankan dengan baik dan mempunyai standard

piawaian yang mematuhi piawaian yang sewajarnya.

Sebenarnya rakyat Sabah sudah lama menantikan pembaikan dan menaiktarafkan

jalan raya. Kita juga perlu antara lainnya memerlukan kompleks sukan yang baharu. Saya

bertugas di kawasan pendalaman dan salah satu daerah ini adalah Pekan Sook dan pekan

ini belum ada kompleks sukannya sendiri. Jadi apabila sukan-sukan sekolah ataupun rakyat

di sana mahu beriadah, mereka perlu menggunakan padang yang tidak berapa baik.

Sekolah-sekolah daif di Sabah juga memerlukan perhatian khasnya untuk memastikan

bahawa infrastruktur ini dapat diperbaiki dengan segera. Saya telah melawat dalam masa

bulan yang lalu dan telah melawat banyak sekolah hasil daripada jemputan daripada PIBG

sekolah, guru-guru besar. Antara lainnya mereka telah mengutarakan bahawa rumah-rumah

guru pun sudah usang dan kebanyakan rumah guru ini telah dibina oleh PIBG dengan

kerjasama masyarakat kampung di sana.

Malang sekali kawasan ini adalah kampung-kampung yang mempunyai ramai

penduduk. Saya memerlukan- bukan sahaja kita melihat kepada bangunan sekolah itu sendiri

tetapi juga rumah-rumah guru, kita juga perlu menjaga kebajikan guru-guru khasnya yang

bertugas di kawasan luar bandar yang terpencil ini. Namun begitu masih ada juga beberapa

aspek selain sekolah-sekolah daif. Kita juga melihat bahawa dalam era moden in kita juga

memerlukan infrastruktur digital yang perlu dipertingkatkan.

■1240

Di Sabah sebenarnya masih banyak kawasan khasnya di kawasan pedalaman tidak

mempunyai liputan rangkaian telefon mudah alih dan juga 3G. Ini serba sedikit membantutkan

usaha untuk meningkatkan pembangunan dari segi era digital ini. Saya mengharapkan

bahawa menara-menara telekomunikasi baru adalah dipertingkatkan dan inilah kita mahu

harapkan supaya bukan saja terdapat talian telekomunikasi tetapi kita mahu memastikan

DN 4.12.2018 45 bahawa ia mempunyai penyelenggaraan yang cukup. Kalau dilihat secara statistik, dinyatakan

sebab capaian jalur lebar sudah mencapai 81.8 peratus di seluruh negara dan Sabah

mencapai 51 peratus sahaja.

Walaupun dalam 51 peratus ini, saya dapati bahawa masih banyak kawasan yang

walaupun mempunyai capaian tetapi dia punya line ataupun kadar kelajuan itu sangat

perlahan, macam kura-kura. Kalau kita mahu download satu gambar, perlu masa yang begitu

lama.

Jadi bukan saja coverage tidak laju, ia juga bertompok-tompok. Macam di sini ada, di

sana tiada. Sekejap ada, sekejap tiada. Saya pernah tanya orang kampung yang saya telah

lawati dan dapati bahawa bila saya tanya kenapa tidak ada line, orang kampung bilang habis

diesel. Saya pun hairan kenapa pula, apa kena mengena line dengan diesel. Baru saya faham

bahawa sebenarnya semua menara-menara ini sebenarnya memerlukan diesel untuk

menjana elektrik. Jadi, oleh itu saya hairan kenapa kita belum mencari alternatif untuk bekalan

elektrik untuk memastikan tower ataupun menara-menara telekomunikasi ini mendapat

bekalan yang sewajarnya.

So saya berharap pihak kementerian dan juga MCMC mencari teknologi yang lebih

sesuai, mampan untuk membekalkan dan memastikan menara-menara ini khasnya di

kawasan yang terpencil terus dapat beroperasi walau macam mana pun keadaan cuaca dan

sebagainya. Salah satu daripada opsyen ini adalah menggunakan teknologi seperti solar

power ataupun menggunakan teknologi renewable energy. Saya berharap bahawa pihak

kementerian juga akan dapat memastikan capaian ini dipertingkatkan dan juga kualiti

connection ataupun perkhidmatan internet ini dapat dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, kemakmuran rakyat Sabah sekarang perlu dijaga dengan

seelok-eloknya. Saya percaya permasalahan jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih,

program perumahan rakyat termiskin seperti PPRT dan pembangunan ekonomi setempat

dapat dijana dengan baik dalam tempoh yang akan datang ini. Kesedaran rakyat berkaitan

secara langsung dengan kesejahteraan hidup.

Dalam sebuah negara, kesejahteraan hidup merupakan aspek yang semakin diberi

penekanan dalam mengukur kejayaan sesebuah dasar. Usaha itu pasti akan lebih berjaya

apabila Jawatankuasa Khas Kabinet yang ditubuhkan untuk mengkaji semula dan melakukan

pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963. Umpamanya agihan pendapatan

petroleum dan gas di Sabah perlu lebih adil dan lebih baik kerana itu adalah punca sumber

pendapatan yang paling realistik dalam keadaan ekonomi sekarang.

Meskipun Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju berasaskan perindustrian

menjelang tahun 2020, namun sektor pertanian harus tidak boleh dinafikan sumbangannya

DN 4.12.2018 46 terhadap ekonomi negara, sama ada dari sudut pendapatan negara secara keseluruhan

mahupun dari sudut peluang pekerjaan.

Justeru kajian tentang golongan petani amat penting terutama berkaitan aspek

kesejahteraan hidup mereka memandangkan pentingnya kesejahteraan hidup itu sebagai

syarat menjadi sebuah negara maju. Sebelum Malaysia diiktiraf sebagai negara maju, perlu

terlebih dahulu setiap negeri mencapai taraf negeri maju seperti Sabah mempunyai

kepelbagaian sumber alam, boleh memberikan kekayaan pendapatan negeri. Kesejahteraan

rakyat ini selain berkaitan dengan peluang untuk terus hidup dan kepuasan dalam memenuhi

keperluan psikologi, kualiti hidup juga merangkumi kepuasan terhadap emosi seperti berpuas

hati dengan kebebasan, keadilan dan peluang untuk seseorang individu membesar dan

berkembang dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri, ada

menyebut mengenai meningkatkan kuasa beli rakyat. Ini ada satu elemen yang diberikan

perhatian dan saya percaya dalam tempoh dua tahun terakhir, Rancangan Malaysia

Kesebelas, ia merangkumi Bajet 2019 dan Bajet 2020 bagi menyediakan strategi tertentu

bagaimana adanya usaha untuk meningkatkan kuasa beli rakyat. Sudah tentu Bajet 2019

perlu mempunyai dasar, meningkatkan lagi kuasa beli golongan berpendapatan sederhana.

Saya syorkan kerajaan Pakatan Harapan menaikkan pengecualian cukai ke atas

simpanan dan beberapa barangan makanan, pengurangan cukai import beberapa barangan

pengguna serta mengurangkan kadar cukai jalan bagi kenderaan penumpang berenjin diesel.

Untuk pengetahuan, kenderaan, khasnya kenderaan pacuan empat roda ini yang

menggunakan enjin diesel banyak digunakan di Sabah terutamanya di luar bandar di Sabah.

Oleh sebab itu kerajaan perlu lihat mempunyai inovasi dan pembaharuan yang memberikan

kesan positif kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan kemampanan

alam sekitar melalui pertumbuhan ekonomi hijau. Ini adalah selaras dengan Sustainable

Development Goals, dengan izin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana Malaysia

adalah salah sebuah negara yang komited dalam Agenda 2030 Pembangunan Mampan.

Alam sekitar adalah satu khazanah yang penting telah dikurniakan oleh Tuhan kepada kita.

Namun sejak kebelakangan ini, kita semakin dikejutkan dengan insiden-insiden yang berlaku

seperti tanah runtuh, banjir kilat, kebakaran hutan dan banyak lagi bencana yang

menyebabkan kerosakan harta benda dan juga kematian.

Jika diteliti dengan lebih dekat, kejadian-kejadian ini sebenarnya dapat dicegah kerana

kebanyakannya yang berlaku akibat pembangunan yang tidak terkawal dan penguatkuasaan

yang lemah. Oleh itu saya menyambut baik usaha untuk meningkatkan kapasiti dan

pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.

DN 4.12.2018 47

Selain itu usaha untuk meningkatkan langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim

harus dipergiat bukan sahaja kerana komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Paris, tetapi juga

meningkatkan kesejahteraan rakyat. Saya difahamkan bahawa jika trend perubahan iklim ini

terus berlaku dan tidak dibendung, lama-kelamaan kita akan berdepan dengan kekurangan

air kerana insiden kemarau yang berpanjangan akan lebih kerap berlaku.

Namun begitu saya amat risau dengan kadar non-revenue water, dengan izin, di

Sabah yang kini pada kadar 55 peratus. Ini bermaksud lebih separuh dari air yang keluar dari

loji rawatan air akan hilang begitu saja. Kebanyakan penyebab kehilangan air ini adalah

kerana paip pecah dan kes-kes kecurian air. Ini menyebabkan bekalan air tidak mencukupi

khasnya semasa musim kemarau. Ini memaksa kerajaan untuk membina lebih banyak

empangan untuk memenuhi keperluan air terawat.

Akan tetapi pada masa yang sama akan menyebabkan kerosakan alam sekitar akibat

pembinaan empangan tersebut. Saya ingin bertanya, apakah strategi yang diambil oleh

kerajaan untuk mengurangkan kadar non-revenue water ini dan berapakah untuk

memperbaiki sistem-sistem agihan air terawat.

Apabila menyentuh isu pembekalan air, perkara yang sama juga berlaku bagi

pembekalan elektrik. Malang sekali di Sabah, kita mempunyai kadar gangguan elektrik yang

paling tinggi. Ini diukur berdasarkan kadar Saidi dan kadar Saidi di Sabah pada masa ini

adalah pada kadar 289 minit. Maksudnya setiap orang akan secara purata mendapat

gangguan selama 289 minit dalam setiap orang di Sabah dan ini adalah tertinggi di Malaysia.

Saya menerima baik usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar Saidi ini dengan

meningkatkan penjanaan elektrik di Sabah. Walau bagaimanapun, saya berpendapat

meningkatkan kadar penjanaan elektrik ini tidak cukup.

■1250

Ini kerana kebanyakan kes gangguan bekalan elektrik ini adalah kerana masalah pada

sistem pengagihan kepada pengguna, khasnya pada talian 33kv dan juga 11kv yang mana

sudah uzur. Saya ingin bertanya, apakah tindakan dan juga berapakah peruntukan yang

diperuntukkan untuk menaik taraf sistem-sistem agihan ini supaya kadar SAIDI dapat

dikurangkan.

Tuan Yang di-Pertua, penjanaan elektrik dari sistem tenaga boleh diperbaharui

ataupun renewable energy seperti tenaga solar, hidro, biojisim dan biogas adalah satu pilihan

yang tepat. Oleh kerana ini bukan saja lebih mesra alam tapi ia juga memastikan kita tidak

bergantung bahan api fosil seperti arang batu yang diimport dari luar. Saya sebagai pengamal

dan pembangun teknologi ini menyokong penuh cadangan ini. Teknologi hijau juga mampu

membuka banyak peluang pekerjaan dalam industri tenaga hijau.

DN 4.12.2018 48

Dalam membangunkan teknologi ini sudah tentu kita memerlukan kepakaran dalam

bidang ini, termasuklah menjalankan research and development (R&D), dengan izin, untuk

menghasilkan teknologi kitar sendiri.

Oleh itu, saya ingin bertanya, adakah kerajaan menyediakan pusat latihan khusus

untuk melatih anak-anak muda kita untuk menjadi tenaga kerja kompeten dalam teknologi ini?

Saya juga ingin tahu berapakah peruntukan untuk R&D dalam membangunkan teknologi hijau

di Malaysia?

Akhir sekali, saya ingin menyentuh berkenaan dengan lima strategi dalam

mempercepatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak. Dalam lima strategi ini, saya tertarik

dengan strategi kelima iaitu meningkatkan pembangunan tanah adat. Saya ingin menyentuh

perkara ini kerana isu tanah adat di Sabah dan Sarawak mempunyai banyak masalah. Oleh

kerana kawasan tanah adat orang asal di Sabah dan Sarawak terlibat dalam banyak kes-kes

pertikaian tanah antara masyarakat dan juga syarikat-syarikat pembalakan ataupun

perladangan.

Di Sarawak saja saya difahamkan terdapat lebih 200 kes yang membabitkan

pertikaian tanah adat (NCR) ini yang masih menunggu perbicaraan di mahkamah. Di Sabah

banyak kes-kes baru telah difailkan akibat pertikaian tanah akibat pengeluaran geran

communal.

Saya ingin menyarankan dan bertanya di sini, adakah tindakan kerajaan ini untuk

memastikan bahawa konflik-konflik seperti tanah ini dapat di atasi pada masa yang terdekat

ini? Apa yang saya telah nyatakan di sana tadi tentang kes-kes ini pernah dan telah dilaporkan

oleh SUHAKAM melalui satu Laporan Inkuiri Nasional yang telah disediakan beberapa tahun

lalu. Dalam laporan ini, SUHAKAM telah memberi beberapa syor-syor untuk menyelesaikan

permasalahan ini. Antaranya adalah untuk menubuhkan sebuah atau satu tribunal tanah adat

untuk membuat pengadilan terhadap pertikaian-pertikaian hak tanah adat dengan lebih cepat

dan konsisten berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang lalu.

Saya ingin bertanya, jika kerajaan serius dalam mengambil saranan SUHAKAM ini

dan menubuhkan tribunal tanah ini? Saya juga ingin mencadangkan untuk kerajaan

mempertimbangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Kebangsaan Orang Asal Malaysia

untuk membolehkan permasalahan yang dihadapi oleh golongan-golongan minoriti dapat

diambil perhatian sewajarnya.

Untuk mencapai pembangunan yang adil dan inklusif, ia haruslah merangkumi juga

golongan minoriti di negara ini, khasnya orang asal. Dengan adanya suruhanjaya ini saya fikir

ia mampu membantu dalam merapatkan jurang pembangunan antara luar bandar, antara

majoriti dan minoriti dan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Tuan Yang di-

DN 4.12.2018 49 Pertua, dengan kata-kata ini, saya mohon menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan

Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018 hingga 2020. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang

Berhormat Tuan Adrian Banie Lasimbang, di Sabah ya. Ucapan yang baik dan penuh berisi

ya. Sekarang kita jemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook. Silakan.

12.54 tgh.

Tuan Aknan a/l Ehtook: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, selamat

tengah hari, sudah petang sudah pun, kepada rakan-rakan Yang Berhormat semua.

Saya cuba mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini kerana saya melihat

RMKe-11 menjadi tonggak kepada- sebagai kapal besar untuk kita belayar. Tidak kiralah

kapal dulu ada yang tiris, ada yang bocor dan sebagainya. Saya rasa patut kita gunakan kapal

inilah untuk menuju ke hadapan, yang mana ada tiris, yang mana bocor, kita tampal-

tampalkanlah dan supaya kita boleh sampai apa yang hendak kita capai. Terima kasih dan

tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.

Tahniah dan terima kasih juga kepada pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Hal

Ehwal Ekonomi yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Kajian Semula RMKe-11 ini dalam

masa yang agak singkat. Oleh kerana apabila berubah kerajaan, haluan kapal telah diarahkan

tempat lain, mereka terpaksalah bertungkus-lumus untuk menyediakan supaya Rancangan

Malaysia Kesebelas ini selari dengan apa yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan

Harapan semasa pilihan raya yang lalu.

Saya nampak keseluruhannya RMK ini, sekiranya ingin berjaya kita perlu dibuat

secara bermuafakat, secara saksama, secara adil dan dibuat dengan ikhlas. Jangan ada

agenda-agenda yang tersendiri, di mana tumpuan kepada sektor ini saja sedangkan sektor

lain tidak diberi tumpuan.

Akan tetapi bila di cakap tidak ada perbezaan, namun apabila dilaksanakan ia

menampakkan ketidakikhlasan. Itu saya rasa jangan kita buat, kalau tidak nanti pelan kita

cantik setakat mana pun ia tidak akan berjaya kerana akan disabotaj oleh orang ramai sendiri

kerana mereka mengatakan bahawa ini cuma pelan untuk menunjuk-nunjuk saja. Dibuatnya

lain, pelannya lain. Kita tidak mahu benda itu berlaku.

Untuk itu, pertama sekali saya apabila bercakap dengan kawan-kawan, kita sudah ada

kerajaan. Dulu masa sebelum pilihan raya, yang berkempen menggunakan percakapan untuk

menjual. Setelah tamat pilihan raya, sekarang ini kerajaan telah ada, sudah tiba masanya

untuk menunjukkan apa yang kita boleh buat melalui tangan, bukan lagi percakapan.

Gunakanlah apa yang kita boleh buat, tunjukkan kebolehan kita, retorik daripada segi

percakapan “Kita akan, kita akan” itu kita hentikan. Kita buat dan perbuatan kita itulah

DN 4.12.2018 50 menjadikan bukti bahawa apa yang kita buat ini betul, benar. Ia akan menjadi saksi untuk

kerajaan yang memerintah sekarang ini sama ada akan digunakan oleh rakyat untuk menilai

bila tiba masa pilihan raya yang akan datang.

Itu yang sangat penting. Jadi, janganlah jadi kerajaan hanya kepada pengundi PH

sahaja. Jadilah kerajaan kepada semua rakyat Malaysia kerana kerajaan sekarang ini adalah

Kerajaan Malaysia, bukan kerajaan kepada pengundi-pengundi PH sahaja. Dengan cara itu,

saya rasa tidak mustahil untuk rakyat mendapat faedah dan seterusnya menilai kebolehan

kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai mana yang dijanjikan. Dalam KSP

RMKe-11 ini kita ada enam tonggak. Saya hendak menyentuh satu tonggak dulu. Saya tidak

pasti sempat atau tidak, sudah dekat pukul 1.

Tonggak pertama ialah Reformasi Tadbir Urus. Ini sangat penting kerana kita dapati

bahawa rata-rata rakyat tidak berpuas hati dengan apa yang dibuat oleh kerajaan. Ada

perkhidmatan yang tidak sampai kepada rakyat, rakyat tidak tahu apa yang kerajaan hendak

buat, rakyat tidak respons kepada kerajaan buat. Jadi, timbul ada jurang antara apa yang

dikehendaki oleh rakyat dan apa yang dibuat oleh kerajaan. Kadang-kadang rakyat

mengatakan bahawa jabatan kerajaan ataupun kementerian ataupun kerajaan sendiri syok

sendiri, dibuatnya bukan apa yang dikehendaki.

Jadi di situ, disebabkan oleh kurangnya interaksi antara kerajaan dengan rakyat. Jadi,

saya mengharapkan bahawa apabila kita luluskan pelan ini, gunakan pelan ini untuk

sampaikan kepada rakyat, beritahu rakyat bahawa inilah apa kita akan lakukan. Gunakan

peluang tersebut untuk mendapat maklum balas kepada pelan ini dan juga digunakan maklum

balas tersebut untuk tujuan membuat perancangan untuk RMKe-12.

Oleh kerana kita difahamkan bahawa perancangan ataupun penulisan RMKe-12 akan

dimulakan tidak lama lagi kerana ia memerlukan masa. Jadi, gunakan maklumat tersebut

untuk memperbaiki pelan kita yang akan datang. Salah satu cara untuk kita berbuat demikian,

sekiranya tidak ada halangan, saya ingin mencadangkan supaya setiap Wakil Rakyat

mengadakan dialog dengan pengundi-pengundinya. Kita adakan KPI untuk Wakil Rakyat

jadikan sebagai sasaran RMK ini bahawa setiap wakil rakyat di kawasan masing-masing

adakan dialog sekurang-kurangnya satu kali atau dua kali setahun untuk memberikan

maklumat kepada rakyat dan juga mendapat maklum balas daripada rakyat untuk memberi

perkhidmatan yang terbaik kepada kawasan masing-masing.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kita sambung lepas tengah hari ya.

Tuan Aknan Ehtook: Baik.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi, terima kasih banyak Yang Berhormat dan pukul 1.

Sekarang saya tangguhkan hingga pukul 2.30 karang. Terima kasih banyak.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1 tengah hari]

DN 4.12.2018 51

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Sambung perbahasan. Silakan, Yang Berhormat.

2.32 ptg.

Tuan Aknan A/L Ehtook: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya berhenti

sebelum makan tengah hari tadi, saya sebut tentang cadangan saya agar dijadikan satu

sasaran di bawah RMKe-11 ini supaya sesi dialog dengan Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat

yang lain dijadikan sebagai sasaran RMK di mana sekurang-kurangnya satu kali setahun atau

dua kali setahun Ahli Parlimen kawasan-kawasan berkenaan perlu melaksanakan sesi dialog

dengan rakyat tempat masing-masing. Di situlah mereka dapat berinteraksi. Rakyat dapat

meluahkan apa yang diperlukan, apa yang masih kurang, cadangan yang boleh mereka bawa

ke Parlimen atau bawa kepada kerajaan bagi pihak rakyat di tempat mereka.

Selain daripada itu, di bawah tonggak pertama juga, saya ingin menarik perhatian

kerajaan tentang jabatan-jabatan kerajaan di mana kalau kita nak bercakap tentang

ketelusan, tentang kebolehan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kalau kita

pergi ke kementerian tertentu, pertama sekali kita masuk ke lobi, ada sesetengah tempat

menggunakan RELA sebagai receptionist. Kita tanya RELA nak pergi sini, nak ke mana?

Kadang-kadang ada RELA yang lama itu dia tahu. Ada yang tidak tahu, encik naik liflah, encik

tanya di atas. Ada tempat pula gunakan pegawai sementara kerana pegawai tetapnya bekerja

di dalam. Masalahnya ialah apabila kita tanya, mereka kurang pasti apa di mana tempat yang

perlu kita tuju.

Jadi ini front office, kementerian ini sudah menjadi punca pertama sekali, orang

memberi cemuhan tentang sesuatu jabatan, pegawai yang hadap kita pun tidak tahu, macam

mana kita nak beri. Kadang-kadang dihantar kita ke tempat yang salah, kita turun balik. Sekali

lagi kita seolah-olah macam orang kata bercakap dalam hatilah, tetapi dalam bahasa

sebenarnya menyumpah. Kita nak elak itu.

Jadi saya mencadangkan sekiranya tidak ada halangan dari segi kewangan dan

sebagainya, carilah pegawai yang berkebolehan. Pakaiannya bersesuaian sebagai front desk

officer, tidak perlu pakai pelik-pelik sangat tetapi sesuai dengan itu dan yang penting ialah

pengetahuan tentang fungsi dan juga bahagian-bahagian di kementerian berkenaan supaya

orang datang nanti senang nak tunjuk arah. Orang tidak perlu naik turun tangga untuk mencari

tempat yang diperlukan.

DN 4.12.2018 52

Satu perkara lagi tentang RMK ini. Sering kali dokumen cantik ini dibuat, dicetak dan

diedarkan di kalangan jabatan kerajaan dan sebagainya untuk panduan. Jadi kadang-kadang

kita kata sesetengah itu bila sudah siap cetak, letak dalam almari dan tinggal di situlah

sehingga RMK yang seterusnya. Kemudian dicetak juga yang baru dengan warna lain. Saya

tidak pasti setakat mana dirujuk. Itu di jabatan apatah lagi orang-orang di kampung. Mereka

tidak tahu menahu tentang RMK ini. Saya mencadangkan supaya apa yang ditulis di sini

dalam bentuk apa juga sekali pun dimaklumkan kepada orang ramai supaya mereka tahu apa

yang kerajaan nak buat dan supaya mereka boleh memberi input, cadangan projek dan

sebagainya untuk kepentingan mereka.

Saya cadangkan begini kerana kadang-kadang bila kita buat ini dan pegawai kerajaan

atau jabatan itu sendiri yang merancang projek dan projek yang dirancang itu tidak memenuhi

keperluan penduduk setempat. Jadi projek-projek syok sendiri. Contoh yang paling klasik kita

dapati ialah apabila kita ada jabatan yang mencadangkan supaya disediakan anak lembu

untuk diberikan kepada penduduk setempat, satu kampung. Akan tetapi dia tidak dapat

maklumat tentang sama ada penduduk kampung tersebut bersedia atau tidak untuk membela

lembu. Ada atau tidak ilmu tentang membela lembu. Nanti lembu di hantar, lembu entah ke

mana, projek tak jalan.

Akan tetapi dari segi KPI kementerian, jalan. Menyediakan anak lembu sebanyak 500

ekor kepada penduduk ini tetapi outcomenya tidak ada. Lembu itu separuh jalan, sudah

dimakan ular. Itu yang menjadi masalah. Jadi kalau dokumen ini dikongsi bersama orang

ramai, mungkin input yang datang itu lebih berharga kepada jabatan untuk mereka bentuk

ataupun mencadangkan projek yang lebih bersesuaian.

Saya nak pergi ke tonggak kedua tentang pembangunan secara inklusif. Dalam

dokumen ini, disebut tentang kumpulan minoriti tetapi sayangnya yang disebut cuma Orang

Asli dan juga anak negeri Sabah dan juga bumiputera Sarawak. Saya tercari-cari mana

perkataan Siam, tidak ada. Saya harap adalah, sebab ejaannya tidak susah- S-I-A-M sahaja.

Ini kumpulan minoriti yang perlu juga perhatian daripada kerajaan. Bukan kita nak demand

lebih-lebih tetapi kalau kita gunakan perkataan inclusivity, includelah semua, masukkanlah

semua. Bukan setakat Siam tetapi yang lain-lain itu, Portugiskah atau apakah semua,

masukkanlah supaya semua orang rakyat Malaysia. Inilah negara kita. Nak halau ke mana

pun tidak ada tempat nak pergi.

Dia kata orang Siam pergi Thailand, tidak. Thailand itu bukan negara saya, bukan

negara orang Siam. Itu negara Thai. Pergi sana pun saya kena pakai pasport macam Yang

Berhormat semua juga. Cuma yang boleh cakap Siam, itu pun tidak tentu dapat murah harga

barangnya, kan?

DN 4.12.2018 53

Jadi kalau itu dimasukkan, sekurang-kurangnya berilah perhatian untuk masyarakat

Siam ini daripada segi- kerana mereka masih lagi kurang. Duduk di kampung-kampung di

Kedah, di Kelantan dan sebagainya. Pendidikan pun masih lagi memerlukan perhatian apatah

lagi peluang-peluang berniaga kerana masyarakat Siam kebanyakannya adalah berasakan

pertanian. Jadi ilmu perniagaan itu, ilmu berniaga, budaya berniaga itu masih lagi agak jauh

daripada sebilangan besar mereka. Bukan kata mereka tidak ada yang berniaga, ada, tetapi

kebanyakannya kurang. Jadi berilah peluang kepada mereka untuk berniaga dan sebagainya.

Kalau di sebelah Kedah, ramai yang tanam padi dan menoreh getah. Sekarang ini

harga getah pun teruk. Saya pun sudah tidak larat dengar mereka kecam macam-macam.

Nak beli ikan kembung pun tidak lepas, nak beli susu pun tidak lepas sebab getah murah.

Nak bancuh teh dengan susu getah pun tidak boleh makan, dia kata.

■1440

Jadi isu ini bukan setakat tahun ini, dah berpuluh-puluh tahun. Saya tidak tahu apa

nak cakap lagi, bila kita tanya kementerian daripada Menteri dulu-dulu sampai Menteri yang

baru-baru ini, jawapannya lebih kurang sama, hari itu pun dah jawab kan. Saya jamin bahawa

kalau ditanya lagi sesi akan datang, jawapannya tidak jauh beza daripada itu. Persoalan

sekarang ialah...

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian sama, Menteri lain [Ketawa]

Tuan Aknan a/l Ehtook: Akan tetapi saya tidak tahu sama ada jawapan itu dibuat

oleh Menteri ataupun dibuat oleh pegawai tetapi keluarnya lebih kurang samalah. Jadi saya

hendak sarankan, saya pun tidak tahu macam mana nak buat tetapi carilah jalan sesuai

kerana untuk mengelak daripada kita dimalukan oleh orang ramai bahawa kementerian tidak

ada idea, Menteri tidak ada idea, benda yang sama juga berlaku, tahun depan pun akan sama

juga. So, adakah kita nak suruh mereka tanam benda lain selain daripada getah kerana getah

tak naik-naik. Kalau tak tanam getah, nak tanam apa lagi? Itu masalahnya.

Saya harap carilah pendekatan yang bersesuaian. Dulu kita pernah ceritakan,

dimaklumkan tentang menggunakan getah untuk buat jalan raya. Kalau kita tengok jalan raya

di Malaysia ini panjang, saya rasa banyak kilogram getah boleh digunakan. Mengapa tidak

dilakukan? Adakah itu tidak boleh dilakukan sedangkan saya difahamkan kajian telah dibuat,

cuma pelaksanaan sahaja yang belum dilaksanakan sepenuhnya.

Menyebut tentang inclusivity ini juga, saya hendak cadangkan sesuatu di mana kalau

kita tengok sekarang ini kerajaan memperkenalkan MPKK. Apabila saya pergi ke kampung-

kampung, mereka sebelum ini kita ada JKKK dengan elaun RM900, bila kita jumpa mereka,

mereka kata tolonglah cari orang lain, saya tak larat dah. Dengan elaun RM900 ini, tak larat

nak dengar bini berleter, gajinya tak seberapa tetapi tinggal rumah kerap sangat kerana

macam-macam aktiviti. Jadi sekarang ini dengan MPKK, elaunnya dengar kata teruk dari yang

DN 4.12.2018 54 dulu. Jadi saya rasa mungkin agak sukar untuk mereka mengambil tugas ini. Jadi kalau tidak

ada MPKK, saya tidak tahu siapa yang akan memimpin kampung berkenaan.

Untuk memudahkan tetapi bukannya menyelesaikan masalah ini, untuk memudahkan

pentadbiran di MPKK itu, ada mencadangkan supaya mereka memilih sesama sendiri, bukan

dilantik daripada atas, mereka memilih sesama sendiri. Jadi dengan pemilihan tersebut, orang

yang akan dilantik itu bersedia menawarkan diri. Jadi dia ada komitmen untuk melaksanakan

sesuatu di kampung tersebut. Kemudian, mereka akan memilih orang yang mereka percaya.

Mereka memilih orang yang mereka hormati.

Jadi tidak timbullah macam dulu kita dapati bahawa ada JKKK yang meminggirkan

sebahagian anak buahnya kerana berbeza fahaman politik. Ada yang dapat lebih, ada yang

dapat kurang, ada yang tidak langsung. Saya tidak mereka cerita ini, saya ada pengalaman

sendiri semasa bekerja di pejabat daerah di Hulu Perak dulu. Ada di mana makcik yang sudah

uzur tidak dapat bantuan, maklumat tidak sampai ke pejabat kebajikan. Bila disiasat, oh!

Rupa-rupanya dia pacak bendera lain di rumahnya. Itu yang menjadi masalah.

Jadi kalau mereka lantik sendiri, saya rasa mereka akan cari orang yang

bertanggungjawab kepada semua anak-anak buah di kampung. Jadi salah satu sasaran yang

saya rasa sesuai untuk dimasukkan dalam RMKe-11 ialah pelantikan MPKK secara pemilihan

dan pemilihan tersebut dibuat oleh orang kampung sendiri. Kita ada penghulu, kita ada

pejabat daerah yang boleh menolong menguruskan pemilihan tersebut, bukannya kompleks

macam pilihan raya pun. It is a show of hand pun boleh, dengan izin, ataupun cara lain tetapi

mereka bertanggungjawab untuk memilih ketua mereka sendiri.

Saya hendak pergi juga kepada tonggak ketiga iaitu pembangunan wilayah yang

seimbang. Di sini sudah tentunya melibatkan perbezaan antara bandar dan luar bandar. Rata-

rata, orang Siam kebanyakannya di luar bandar, yang menjadi masalah kepada mereka ialah

pertama sekali dari segi liputan telefon. Ada setengah tempat itu okey, setengah tempat tak

okey. Jadi kalau macam saya ini, saya pakai, saya tak nak promotelah, ada satu syarikat.

Kalau pergi kampung saya tak boleh, syarikat ini tak boleh pakai, syarikat ini boleh bandar

sahaja. Jadi di kampung saya itu kena pakai syarikat lain.

Jadi persoalannya, mengapa jadi sedemikian sedangkan saya rasa MCMC ataupun

SKMM patut ada sesuatu tindakan yang memastikan bahawa setiap syarikat telefon yang

beroperasi di Malaysia ini meliputi segenap inci negara kita, tidak payahlah sampai ke Gunung

Tahan pun tak apa tetapi di mana ada penduduk, patut ada liputan. Ini kerana kita bagi

kebebasan kepada orang ramai untuk memilih, bukannya terhad. Jadi syarikat mana yang

ada servis, perlu ada liputan yang sesuai. Jadi, jadikanlah sebagai satu sasaran mereka ini

supaya selain daripada membina tiang menara telekomunikasi, pastikan bahawa setiap

syarikat itu memberi perkhidmatan yang terbaik.

DN 4.12.2018 55

Perkara kedua tentang pembangunan wilayah ini ialah tentang isu air. Ini pun tak

habis-habis, saya dah banyak kali sebut. Air ini saya hendak rujuk kepada kampung-kampung

orang Siamlah. Di Kelantan pun banyak masalah air. Saya rasa bukan setakat orang Siam

saja tak dapat air, orang bukan Siam pun tak dapat air juga. Di Perlis pun sama, di Kedah pun

sama. Saya hendak mintalah ataupun dicadangkan di sini bahawa Kerajaan Pusat perlu

membuat sesuatu.

Mereka yang kalau kampung saya di belah Tumpat sana pun rakyat Malaysia, kalau

Kampung Belukar Lenga di Perlis pun rakyat Malaysia. Jadi mereka perlukan air, buatlah

sesuatu. Jadikan sebagai sebahagian daripada sasaran di sini. Katakanlah dalam masa

tempoh beberapa tahun, bekalan air tidak terputus ataupun tempoh putusnya bekalan air itu

ada hadnya. Macam tadi Yang Berhormat Adrian kata tentang putus elektrik berapa jam. So,

ini pun perlu disasarkan supaya ada sedikit ruang untuk syarikat air memperbaiki

perkhidmatannya.

Satu lagi yang saya hendak sebut tentang pembangunan wilayah ini ialah tentang

banjir yang kritikal di Kelantan. Sekarang ini taklah lagi tetapi saya rasa susah hendak predict.

Banjir saya tak nak ganggu sebab itu kejadian alam. Apa yang saya hendak sebut di sini ialah

tentang bagaimana kita menguruskan diri kita supaya tidak terkesan teruk sangat akibat

banjir. Air sungai kita tidak boleh halang, hujan turun tak boleh halang tetapi kita boleh halang

air daripada masuk rumah.

Contoh yang saya hendak sebutkan di sini ialah di Kampung Mentua di sempadan

antara Kelantan dengan Thailand. Kampung itu di pinggir sungai. Setiap tahun ia akan banjir.

Jadi apa yang akan berlaku ialah JPS akan membina benteng sama tinggi dengan sebelah

Thailand. Jadi supaya air itu daripada Sungai Golok, daripada Perak ini turun terus ke laut

tanpa masuk ke kampung. Apa yang berlaku ialah benteng tersebut dibina atas tanah-tanah

orang, pengambilan dibuat, okey itu tidak ada masalah.

Akan tetapi ada tanah yang tidak diambil tetapi kedudukannya di belah dalam daripada

benteng tersebut. Jadi bila air turun banjir nanti, kampung-kampung tersebut, rumah-rumah

tersebut, tanah-tanah tersebut akan ditelenggami air, jadi macam takungan tetapi tanah

mereka tidak diambil. Jadi mereka perlu menanggung sendiri kerugian tersebut.

Jadi, saya berbincang dengan orang kampung, mereka kata itulah yang dibuat oleh

jabatan kerajaan untuk mengelak banjir tetapi tidak mahu mengambil kira kepentingan harta

benda mereka. Jadi saya hendak sarankan di sini supaya dalam apa jua pelaksanaan projek-

projek di bawah RMKe-11 ini ataupun projek-projek lain dan juga projek yang saya sebut tadi,

tolonglah gunakan aspek sosial juga dalam menimbangkan kerana kalau katakanlah, dengan

izin, economically viable, buatlah supaya socially acceptable juga. Barulah projek itu akan

DN 4.12.2018 56 mendatangkan kebaikan kepada semua, memberi kesan kepada rakyat dan juga memberi

outcome yang baik kepada kementerian berkenaan.

Saya hendak sentuh pula sekarang ini dari segi tonggak keempat iaitu modal insan.

Dalam dokumen ini ada semua dari segi teknikal, TVET dan sebagainya ada.

■ 1450

Cuma saya hendak bangkit dalam satu perkara tentang kelebihan masyarakat Siam

di Kelantan, Kedah dan di Perlis. Mereka ada ruang untuk belajar bahasa Thai. Jadi ini adalah

satu kemahiran tambahan kepada mereka, ramai yang dapat pekerjaan kerana kebolehan

berbahasa Thai. Masyarakat Malaysia memerlukan pekerja yang boleh berbahasa Thai.

Akan tetapi, sayangnya kemahiran tersebut tidak dapat diperkembangkan kerana

sekolah-sekolah, kelas-kelas bahasa Thai yang dibuat di wat-wat di Kelantan, Kedah dan

Perlis ini, tidak mendapat sumbangan kewangan yang secara berterusan daripada kerajaan.

Akan tetapi yang ada cuma mengikut budi bicara. Saya hendak cadangkan supaya kerajaan

jadikan sekolah bahasa Thai ini sebagai satu aset kepada negara kita. Kebolehan berbahasa,

kemahiran ini aset kepada pekerja, aset kepada negara dan menjadi aset kepada syarikat.

Berilah bantuan secara tetap kepada sekolah-sekolah bahasa Thai ini. Ada 65 wat semua

yang menganjurkannya dan pelajarnya saya jangkakan lebih daripada 4,000 orang pada

setiap masa.

Jadi mereka akan keluar mendapat sijil tertentu dan mereka boleh gunakan sijil

tersebut untuk mendapat pekerjaan berdasarkan kemahiran mereka itulah. Jadi sijil itu bukan

penentu tetapi itu asas untuk mereka. Jadi bantulah supaya kemahiran ini dapat dipergunakan

untuk mereka mencari pekerjaan.

Untuk tonggak yang kelima iaitu, tentang alam sekitar. Isunya tidaklah kritikal tetapi

apabila di Eropah tempoh hari, mereka membangkitkan tentang isu kelapa sawit yang

mengeluarkan karbon yang tinggi bila ditanam, pencemaran alam sekitar, penebangan hutan

dan sebagainya menyebabkan kita susah hendak jual minyak sawit kita. Jadi untuk tujuan ini

saya rasa eloklah kalau di bawah RMK ini ataupun RMK yang akan datang, tengoklah perkara

ini supaya benda ini tidak menjadi penghalang untuk kita menjual produk-produk kita.

Kalau pihak pengguna masih lagi mengguna isu yang sama, kita akan terus

menghadapi masalah. Mereka yang pergi membuat promosi minyak sawit di luar negara itu

akan menghadapi masalah berdepan dengan orang yang hendak beli kerana kita kata minyak

sawit kita dikeluarkan secara lestari tetapi mereka ada maklumat menunjukkan bahawa kita

tidak buat apa yang kita cakap. Jadi mereka dengan mudah sahaja menolak untuk membeli

minyak sawit kita. Akhirnya kita ada banyak stok minyak sawit, harga jatuh dan yang susah

ialah petani-petani atau pekebun-pekebun kecil.

DN 4.12.2018 57

Kalau itu hari di Sabah Sarawak, yang ada gambar berderet pickup bawa- menunggu

di depan kilang untuk membeli buat sawit. Jadi bila menunggu macam itu harga akan jatuh.

Lagi lama dia tunggu buah itu, akan lagi rosak dan harga lagi rendah. Jadi benda ini berulang

setiap tahun bukan setakat tahun ini tetapi ia akan berlaku lagi tahun hadapan dan setahun

selanjutnya. Maka jadikanlah alam sekitar sebagai satu benda yang perlu kita jaga bukan

setakat hutan dan sungai tetapi apa yang kita buat dalam alam sekitar yang memberi kesan

secara ekonomi kepada kita.

Untuk tonggak yang ke enam, iaitu pertumbuhan ekonomi. Saya dapat rungutan

daripada rakan-rakan di lapangan, mengatakan bahawa- sebelum itu saya hendak sebut

dahulu tentang Amanah Ikhtiar Malaysia. Itu satu sumber pembiayaan yang baik kepada

mereka yang memerlukan makro kredit, mereka yang layak akan memohon mendapat

pinjaman dan menjalankan perniagaan. Akan tetapi rungutan mereka ialah kadar faedah

ataupun kadar keuntungan yang dikenakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Bagi mereka 10

peratus itu terlalu tinggi. Jadi saya hendak mintalah sebagai di bawah tonggak enam ini, kita

lihat macam mana boleh kita bantu orang kampung.

Amanah Ikhtiar perlu hidup, dengan duit dan sebagainya. Akan tetapi masa yang

sama, kita perlu bantu mereka mungkin kita boleh gunakan kadar faedah yang, dengan izin,

gradual di mana mereka yang pinjam pada tahun pertama mungkin dikenakan 10 peratus,

yang mana yang sudah pinjam bertahun-tahun mungkin peratusnya dikurangkan sedikit. Ia

macam orang beli insurans kereta yang ada NCD. Orang yang tiada accident, lama, rekod

bagus, kadar insurans lebih murah sedikit. Jadi mungkin lebih menarik pada mereka untuk

terus menggunakan perkhidmatan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Ini kerana mereka ini tidak ada peluang, tidak ada dokumen untuk memohon daripada

bank. Kalau pergi pinjam bank RM10,000 kadang-kadang minta geran tanah harganya

RM50,000 kan? Jadi, sudah di cagar di bank susah. Jadi inilah sumber terbaik. Jadi

gunakanlah, design lah, reka bentuklah pinjaman yang sesuai untuk memudahkan semua

pihak. AIM pun boleh terus hidup, orang kampung pun boleh menikmati kemudahan yang

disediakan.

Jadi, secara umumnya, apa yang saya sebutkan tadi adalah untuk memastikan

bahawa RMK11 ini kita buat bukan untuk syok sendiri tetapi dibuat demi kepentingan orang

kampung, dengan tidak kampung pun sekali guslah. Ini kerana sebagaimana saya pernah

sebutkan juga bahawa kerajaan sekarang ini ialah kerajaan Malaysia, bagilah perkhidmatan

yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia. Jangan pilih tempat, jangan pilih kawasan,

jangan pilih bulu, jangan pilih warna kulit dan sebagainya. Daripada Perlis sampailah ke

Sabah Sarawak, tadbirlah negara dengan terbaik. Saya rasa dengan cara itu rakyat akan

DN 4.12.2018 58 amat berterima kasih dan terima kasih rakyat itu ia akan translate dalam bentuk yang

bersesuaian.

Akan tetapi kalau mereka tidak berterima kasih, mereka juga akan translate dalam

bentuk yang bersesuaian mengikut kesesuaian mereka. Jadi pilih mana yang terbaiklah. Ingat

bahawa negara kita ini, orang kata walaupun negara kita, tetapi sebenarnya bukan kita punya.

Anak cucu kita yang punya. Jadi kalau kita buat yang terbaik, anak cucu kita datang selepas

kita sudah tiada, mereka akan berterima kasih, mereka akan terhutang budi dengan kita.

Dengan cara itu kita akan dianggap sebagai kerajaan ataupun pentadbir yang

bertanggungjawab menjaga negara, memindahkan hasil negara kepada anak cucu kita

dengan cara terbaik.

Jadi dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peluang yang diberikan

kepada saya untuk berbahas. Saya berharap cadangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh

kerajaan. Bukan kata apa yang saya cadang ini bagus semua Akan tetapi gunakanlah, pergi

lah buat SWOT analysis dan sebagainya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada negara

sekian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator, sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Nga Hock Cheh, silakan.

Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang mengambil

bahagian dalam bahas Kajian Separuh Penggal RMK11. Saya masih ingat nasihat Tuan Yang

di-Pertua dan saya akan cuba sedaya upaya mengguna bahasa jika ada mana tempat jem

harap ..

Tuan Yang di-Pertua: Boleh. Boleh Yang Berhormat Senator.

Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua memberi ruang yang lebih luas dan

keizinan bagi saya meneruskan dengan suis channel [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator.

Tuan Nga Hock Cheh: Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil

kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelantikan beberapa hakim ke Mahkamah

Persekutuan dan juga kepada Mahkamah Rayuan, di antara mereka ialah Hakim Datuk Nallini

Pathmanathan, beliau merupakan seorang wanita dari kaum India yang pertama dilantik ke

Mahkamah Persekutuan... [Dewan Tepuk] Juga dari kesemua empat hakim yang dilantik ke

Mahkamah Persekutuan dan lima ke Mahkamah Rayuan, enam ialah dari kaum wanita.

■1500

Syabas, maju terus maju kaum wanita... [Dewan tepuk] Balik kepada ucapan oleh

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Ucapan beliau memang berwawasan. Untuk

memperkukuhkan asas enam tonggak itu, saya cadang memetik kebijaksanaan dua orang

yang bersejarah di dunia.

DN 4.12.2018 59

Salah seorang daripada orang bijaksana ialah seorang raja- Raja Sulaiman. Beliau

telah menyatakan seperti berikut, “Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut

menerimanya ketika engkau mampu melakukannya.” Ini in the English version, “Do not withold

good from those to whom it is due where it is in your power of your hands to do so.” Ini tercatat

di Amsal, Bab 3, Ayat 27 (of proverbs Chapter 3, Verse 27).

Satu lagi ajaran yang memang baik berbunyi seperti berikut, “Kasihilah sesama

manusia sebagai mana kamu mengasihi diri mu sendiri.” “You shall love your neighbours as

yourself’” tercatat di dalam Matthews, Bab 22, Ayat 39 (of Matthews 22, Verse 39) and ini

ajaran diberi oleh Isa, atau Jesus dipanggil oleh orang lain.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tambah ini dua bahan kepada cadangan kerajaan,

enam tonggak yang dicadangkan akan menerima asas yang memang kukuh. Sekiranya kita

buat demikian seperti Raja Sulaiman mengajar, masalah yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat di atas orang-orang pembohong ke sijil kerakyatan tidak akan terjadi.

Sekiranya kita sayang jiran kita, manusia seperti kita sayang kita sendiri, kita tentu

akan membuat sesuatu yang boleh membantu pihak yang itu, bukan untuk kasi dia susah.

So, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang guna

bahasa. Bahasa adalah untuk komunikasi dan menuntut pengetahuan which is basically for

communication and for acquisition of knowledge. Kalau seorang takut bayang sendiri, dia

tentu akan dibayangi, he who is afraid of his shadow will be overshadowed. We live, dengan

izin, in a country with diverse races, culture, languages. This is a showcase to the world. Kita,

we should encourage the rich culture that we have, instead of trying to be obstructive.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Carry on.

Tuan Nga Hock Cheh: Affirmative action atau patut untuk membantu lapisan

masyarakat yang miskin yang memerlukan bantuan yang demikian. Akan tetapi affirmative

action tidak boleh dijadikan deprative action kepada mana-mana pihak. In other words, what

I am saying is, we can have affirmative action, but it should not be allowed to degenerate into

deprative action to obstruct any sector or community in this country, then it would not be

helpful. Just as the earlier teaching says, love your neighbour as you love yourself. Having

said that Tuan Yang di-Pertua, kita juga nampak kerajaan ada menggalakkan kegunaan

bahasa Inggeris.

Akan tetapi kalau kita menggalak murid-murid belajar bahasa Inggeris, tidak boleh

digunakan dengan lebih luas, terutama di Dewan yang mulia ini. Itu ada satu situasi yang tidak

cukup memuaskan and biar saya bagi satu contoh. Itu membuat demikian ada seperti

menggalak seorang lelaki bernikah dengan belahan jiwanya. Akan tetapi selepas mereka

sudah bernikah, mereka dilarang bersetubuh, itu tentu tidak memuaskan.

DN 4.12.2018 60

Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai orang yang sudah berkahwin, kita tahu. So, we

must give opportunity for the people who learn the language to express themselves. Important

thing is, the ideas that he wants to communicate, the proposal that he want to make, dapat

dinyatakan dengan jelas dan tepat. So, I crave indulge maybe I- allow me to say a few words

in English to make very clear what I have in mind.

Tuan Yang di-Pertua, the time has come for too long language has be made a political

football. If foresight has been made a prisoner of political expediency, it is high time for

hindsight to come in redemptive rescue. Otherwise, we will be made prisoners of very

communal thinking in this country, we should unhelpful to the process of nation building. Tuan

Yang di-Pertua, we have reached a stage in nation building...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, on the language, was the question of the

usage, dengan izin. Was is addressed to me or the Minister?

Tuan Nga Hock Cheh: For both, Tuan Yang di-Pertua… [Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Baik, sit down one-minute Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, I will just give in it English lah, dengan izin. Apa yang paling-

I’m sorry, I must talk in Malay lah. I’m getting excited by you, Yang Berhormat.

You know, kita ada Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan and then, kita ada

sekolah Cina, sekolah-sekolah Tamil, kita ada sekolah vernakular dan sebagainya. Now,

kalau kita hendak cakap fasal kegunaan bahasa Inggeris, kalau kita cakap kita mansuhkan

sekolah Cina dan sekolah Tamil, ini is very sensitive tapi ia wujud juga. So, kita gunakan

Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Kalau kita benarkan bahasa Inggeris yang tidak

ada kena mengena dengan rumpun negara ini pun, nanti kita kena benarkan bahasa Cina

dan bahasa Tamil, yang mana kita hendak menampakkan Bahasa Kebangsaan?

So, oleh kerana itu kita telah- kerajaan dan juga rakyat telah menggunakan Bahasa

Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Bukan kita hendak meminggirkan bahasa Inggeris

yang digunakan di seluruh dunia. Apa yang kita hendak memartabatkan Bahasa Malaysia

adalah macam negara Indonesia. Orang Indonesia pun pakai bahasa Indonesia.

■1510

Akan tetapi dekat Malaysia ini berbanding dengan Singapura pun ada lain, dia berjalan

sebagai sebuah negara rakyat mereka berbanding dengan kita pula. Macam kita, kita cakap

banyak bahasa dan oleh kerana itu kerajaan telah membuat keputusan, kerajaan lama kah,

kerajaan baharu sama. Ini adalah bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bukan kita

hendak pinggirkan bahasa Inggeris Yang Berhormat. So, but we need, dengan izin, we need

to have a uniform language, say that’s why be used.

Akan tetapi untuk Yang Berhormat, kalau saya sudah beri keizinan, kalau sudah

macam Yang Berhormat cakap itu sudah sangkut, boleh pakai bahasa Inggeris. Akan tetapi

DN 4.12.2018 61 kalau hendak buat keputusan bahawa kita boleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai satu

bahasa komunikasi di dalam Dewan yang mulia ini, saya minta maaflah Yang Berhormat, saya

tidak boleh membenarkan sebagai bahasa yang formal yang boleh digunakan dalam Dewan

ini. Saya harap Yang Berhormat faham dan setuju dengan petua saya. Terima kasih.

Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan

mempertikaikan apa Tuan Yang di-Pertua telah menasihatkan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan. Dengan izin, you may

continue.

Tuan Nga Hock Cheh: Thank you very much.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia baharu is now born and to

make Malaysia baharu a reality, we require a new mindset. It is said that no the new wine

needs, the new wineskin. You cannot put a new wine into old wineskin, otherwise old wineskin

was burst. Dalam bahasa, it read something like this. Tiada sesiapa menuangkan air anggur

baru ke dalam kirbat kulit yang lama, kalau dilakukan, kirbat itu akan pecah, air anggur itu

akan terbuang dan kirbat itu pun rosak. Air anggur yang baharu mesti dituangkan dalam kirbat

kulit yang baharu dan kedua-dua selamat.

That is wisdom in least. Semalam kita dengar satu ucapan daripada seorang Yang

Berhormat, saya dari Penang. He gave a very brave speech which is a very wise and tiada

bau perkauman dalam ucapan. Saya diberi faham beliau tidak ada satu skrip yang bertulis

apa Yang Berhormat itu berbahas, datang dari hatinya.

This is a very rational leader and good future and we have more people of such mindset

and thinking, then it will all go well for the nation and the process of nation building and tanah

tumpah darah kita ini mesti menjadi makmur, sentosa dan harmoni.

Sorry, I was asked to do one job just now, let me do it first before I forget. Tuan Yang

di-Pertua, saya memohon mengalu-alukan tetamu daripada Pusat Khidmat Rakyat, Kawasan

Parlimen Batu Pahat... [Tepuk]

Just let me continue, I just want to say a little bit more. The process of cooperation that

is needed among the various races in this country may be liken to this very simple example.

If A and B goes out fishing and they both work diligently and help each other to fill each

other’s boat with fish, very soon both boats to be full of fish. However, if only A is working very

hard to catch the fish and B easiest waiting for opportunity to take the fish that is already on

the boat of A to fill his own boat with fish, then there will be a lot dispute, disharmony between

the two and the two boats were remained not fulfill with the fishes from the sea. There is so

many fishes in the sea waiting to be caught and instead the two boatman a quarrelling- A and

B between themselves.

DN 4.12.2018 62 We must avoid any planning in our country that were create this sort of disharmony.

We must rise above and said, “Come let’s help each other to fill each other boat with full of

fish” And only that were have for their family. Their neighbors also enjoy the same prosperity,

they come from such a spirit and attitude.

Just wind it up, I want to take this opportunity to say that only first of this month I

tendered the Tan Sri Tan Chee Khoon memorial lecture and three people receive the integrity

award. Mereka ialah Yang Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Yang Berhormat

Lim Kit Siang dan Mendiang Karpal Singh. These are people with principles, and people with

integrity. The very ingredient that the country is entire need. I’m sure Yang Berhormat Lim

Hui Ying will be very proud of his father’s DNA and we hope will continue not only with her but

also with the MOF and also DNA of the late Mr. Karpal Singh in the person of Yang Berhormat

Gobind Singh and the other son of his were also serving the nation.

These are the people who deserve to be enter into the whole of frame for integrity and

principle. Of course, we are also having leaders that probably we have put them in the different

hall for who what they have cause to the country. Maybe I’ll just end with that and the

memandangkan pagi-pagi dengar banyak pantun, saya pun mahu ingin cuba karangkan

sepatah dua, Tuan Yang di-Pertua.

Harapkan pagar, pagar makan padi; Harapkan BN barang harga naik tinggi;

Ekonomi merosot kerana kleptokrasi; Kais pagi hanya cukup makan pagi.

Nasib baik...

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan sikit.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak payah.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, biar dia habiskan pantun dulu.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Pantun tidak betul Yang Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Sekarang SST pun lagi naik barang.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila duduk.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Mana boleh cakap macam itu.

Tuan Yang di-Pertua: Nantilah, itu pantun dia Yang Berhormat. Biar dia habis pantun.

Tuan Nga Hock Cheh: Saya sambung.

DN 4.12.2018 63 Nasib baik PR14 Pakatan Harapan sudah menang;

Rezeki rakyat mulai menjadi lebih senang; Harapan negara bertambah cemerlang;

Hidup rakyat tidak akan lagi membanting tulang. Sekian, terima kasih. Saya menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat

Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat,

Dewan kita ini lain dari Dewan Rakyat. Kita sudah beberapa kali saya sudah cakap, kalau itu

pantun, kalau hendak izinkan pantun, kita kena izinkan pantun. Pantun itu betul, tidak betul,

bila Yang Berhormat berbahas, cuba betulkan saja Yang Berhormat.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa, tidak apa, terima kasih Yang Berhormat.

Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun.

■1520

3.20 ptg.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang

Berhormat Senator, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Senator

Tuan Nga kerana berpantun dalam Bahasa Kebangsaan tadi. Saya tertunggu-tunggu juga

kalau pantunnya dalam bahasa Inggeris tetapi dalam Bahasa Kebangsaan, saya ucapkan

tahniah, sedap pantunnya berbunyi tetapi saya juga ada hendak balas apa yang disebutkan

dalam pantun tersebut tetapi bukanlah dalam pantun, tetapi dalam perbahasan saya satu

persatu…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tujukan pada saya Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Baik Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua,

izinkan saya pada petang ini untuk menyentuh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan

Rakyat baru-baru ini dan juga telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

ataupun Menteri Hal Ehwal Ekonomi kita di Dewan Negara semalam.

Antara inti pati penting yang disebutkan oleh beberapa rujukan sebelum ini antaranya

penanda aras ekonomi negara seperti pengurangan had perbelanjaan pembangunan dari

RM260 bilion kepada RM220 bilion. Pendapatan per kapita yang disasarkan sebanyak

USD11,700 menjelang tahun 2020 di bawah paras minimum bagi sebuah negara yang

diklasifikasikan sebagai berpendapatan tinggi termasuk juga beberapa lagi unjuran serta

perubahan penanda aras yang telah digariskan sebelum-sebelum ini.

Antara inti pati yang telah dibentangkan. Jadi kalau dilihat secara kasar, Kajian

Separuh Penggal ini tidaklah membawa sebarang perubahan drastik dan sasaran yang telah

DN 4.12.2018 64 ditetapkan. Ia dilihat realistik namun saya percaya ia mempunyai kelompangan yang besar

dari segi hala tujunya. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan apa yang saya

maksudkan dengan kelompangan tersebut. Ke manakah kita? Rancangan Malaysia

Kesebelas sepatutnya memberikan gambaran besar akan pelan kerajaan dalam membentuk

ekonomi negara.

Dari Rancangan Malaysia Kesebelas inilah dasar-dasar digubal di peringkat

kementerian dan agensi-agensi kerajaan akan turut serta menyesuaikan pelan perancangan

tahunan mereka bagi menjayakan hasrat dan hala tuju yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, katakanlah- minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya ada menerima

permintaan iaitu untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada Parlimen Setiawangsa.

Kita berilah tepukan meja kepada mereka, selamat datang ke Dewan Negara... [Tepuk] Saya

sambung Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh katakanlah kerajaan menetapkan bahawa

Malaysia akan memacu industri pembuatan dan pengilangan dunia dengan memberi tumpuan

terhadap industri berat.

Maka kementerian-kementerian serta agensi-agensi kerajaan akan membentuk dasar

mereka bagi mencapai hasrat ini sebagaimana yang telah kita pernah lihat sebelum ini pada

era 90-an penumpuan telah diberikan dalam industri pembuatan melalui penubuhan syarikat

kereta nasional, kilang keluli dan besi melalui PERWAJA dan usaha menarik minat syarikat

dan pelabur luar untuk membuka kilang mereka di Malaysia.

Namun dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas kelihatan

kabur akan hala tuju kerajaan dalam membentuk ekonomi negara. Memanglah bagus untuk

kita menyasarkan fiskal defisit pada kadar tertentu atau meletakkan siling ke atas

perbelanjaan. Namun bagi para pelabur serta komuniti perniagaan, mereka tahu apakah

wawasan yang dibawa oleh kerajaan.

Adakah kita bakal menjadi hab untuk teknologi hijau di Asia Tengara ataupun adakah

kita akan kembali ke era industri gergasi dengan pengenalan semula syarikat kereta nasional

yang baru? Adakah industri pembinaan masih lagi menjadi tulang belakang kepada

pertumbuhan ekonomi negara dengan penerusan projek-projek infrastruktur seperti ECRL

dan HSR?

Kerajaan Pakatan Harapan yang mempunyai reputasi dan berslogankan Wawasan

2020 ini, kali ini kelihatan agak kabur akan perjalanan ekonomi kita yang akan membuatkan

para pelabur khususnya dari luar akan berasa khuatir dan mungkin takut untuk masuk ke

dalam pasaran negara.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengumumkan pada fakta dan

statistik yang telah kita peroleh dalam tempoh lima minggu sebelum ini berbilion dana asing

telah keluar daripada Bursa Malaysia. Minggu lalu sahaja pada hari Selasa Ahli-ahli Yang

DN 4.12.2018 65 Berhormat, pada hari Selasa on one single day or in single day, dengan izin, lebih daripada

RM270 juta telah keluar daripada Bursa Malaysia hasil penjualan saham oleh pelabur asing.

Bahkan minggu sudah telah diumumkan dana yang keluar daripada Bursa Malaysia yang

direkodkan pada bulan Oktober berjumlah lebih RM1.1 bilion dalam satu bulan sahaja.

Apakah perancangan jitu untuk kos sara hidup? Tuan Yang di-Pertua, tidak guna kita

mencapai kadar pendapatan tertentu sekiranya kos sara hidup itu terus meningkat. Realiti

pada hari ini nilai Ringgit berlegar dalam paras 4.2 kepada USD1 yang memberi kesan yang

amat ketara kepada harga barang. Ini saya hendak menjawab sedikit isu yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat Senator Tuan Nga iaitu kos bahan-bahan mentah dan barangan yang

diimport telah meningkat kerana tukaran wang asing ataupun nilai Ringgit kita telah jatuh.

Akan tetapi ia juga memberi tekanan kepada harga barangan dalam negara apabila pengilang

dan peniaga dilihat lebih cenderung untuk menghantar produk mereka ke luar negara

berbanding dengan pasaran tempatan.

Harus ada satu perancangan jelas khususnya daripada Kementerian Kewangan atau

Menteri ekonomi dalam mengukuhkan Ringgit. Saya kira adalah lebih baik dan lebih jitu

sekiranya perancangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini,

kerajaan boleh menetapkan sasaran ataupun langkah-langkah jelas bagi mengukuhkan

ringgit. Kita dengar dengan bangga dan gah, kerajaan telah menguar-uarkan janji-janji yang

telah ditunaikan ataupun telah dijanjikan sewaktu pilihan raya yang lalu antaranya untuk

menghapuskan GST dan telah dihapuskan pun GST. Bagi saya ini bukanlah satu kejayaan

sebenarnya walaupun yang dilaungkan ialah pemansuhan GST itu akan...

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan...

Tuan Khairul Azwan bin Harun: ...Mengurangkan...

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Boleh?

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Sekejap, penghapusan GST itu akan mengurangkan

kos sara hidup di mana harga barang juga akan turun tetapi malangnya ia tidaklah seperti

yang digambarkan sebelum ini. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: …Terima kasih sahabat saya. Saya

hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Senator. Dalam laporan East Asia and

Pacific Economy Update, edisi Oktober 2018, Bank Dunia melaporkan ekonomi Malaysia

dijangka berkembang lebih perlahan daripada yang dijangkakan berikutan pembatalan

beberapa projek infrastructure mega selain didorong oleh prospek perdagangan dan eksport

yang lembap.

DN 4.12.2018 66

Keduanya, mohon juga pandangan Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan

rantau Pasifik iaitu Sudhir Shetty berkata Malaysia akan berdepan pertumbuhan lebih

perlahan dalam tempoh tiga tahun akan datang disebabkan pengurangan eksport dan

pelaburan awam sehingga tahun 2020. So, apa komen Yang Berhormat? Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua.

▪ 1530

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih

Yang Berhormat Datuk Abbas.

Ya, saya setujulah dengan pandangan dan juga perkara yang telah dibangkitkan.

Kalau pandangan daripada penganalisis-penganalisis antarabangsa termasuk juga institusi-

institusi yang disebutkan tadi, maka apa yang saya nak bangkitkan dalam perbahasan saya

pada petang ini Tuan Yang di-Pertua adalah kerajaan kena benar-benar melihat dalam Kajian

Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini, apakah strategi-strategi yang boleh

menjamin bahawa prospek ekonomi negara kita ini akan berubah ataupun kita boleh

menangkis daripada ia terus merudum.

Kita setujulah bahkan dalam banyak laporan sama ada dalam negara ataupun luar

negara, memang menunjukkan trend ekonomi itu mengucup. Mungkin barangkali dasar-dasar

fiskal kita termasuk juga dasar-dasar monetari kita yang bakal dibuat ataupun telah dibuat

oleh kerajaan pada hari ini tidak sesuai untuk- saya fikir menangkis ataupun menangani

permasalahan kelembapan ekonomi dalam dunia waktu ini. Saya nak sambung, Tuan Yang

di-Pertua.

Jadi, saya sebut tadi kita telah dengar janji-janji sebelum ini. Maka saya nak nyatakan

kalau sebelum ini memang kedengaran apabila disebut sekiranya GST itu tiada dan SST itu

diperkenalkan nanti, harga barang akan turun. Malangnya yang saya dapat lihat dan kita

semua sedia tahu, yang turun itu bukan harga barang, Tuan Yang di-Pertua. Yang turun ini

harga sawit dan harga getah. Hari ini harga sawit Ahli-ahli Yang Berhormat tahu berapa satu

tan?

Sebanyak RM1,839 satu tan berbanding pada bulan Mei yang lalu berada pada kadar

RM2,396. Pada hari ini, harga sawit RM1,830 satu tan. Getah, Tuan Yang di-Pertua, turun

juga. Pada Mei yang lalu, harga getah adalah pada RM4.87 sekilogram. Pada hari ini, Tuan

Yang di-Pertua, hanya pada RM3.80 sen per kilogram. Jadi betullah yang turun tetapi harga

sawit dan harga getah.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Minta penjelasan.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Boleh, Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan.

DN 4.12.2018 67

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Ini

berkenaan dengan harga, bukan isu apa yang naik, apa yang turun cuma I nak fokus kepada

kelapa sawit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat nak bagi- bukan penjelasan

dari dia.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Minta. Minta penjelasan. Ini back ground

sedikit apa yang saya nak tanya. Saya cakap saya cuma nak fokus kepada harga minyak

kelapa sawit sahaja. Adakah maksud Yang Berhormat penurunan itu disebabkan oleh polisi-

polisi kerajaan? Ini kerana kefahaman saya, saya bukan pakar ekonomi tetapi kefahaman

saya, salah satu sebab penurunan harga minyak kelapa sawit ialah excessive soya bean crop

di US. Cuma I nak tahu sama ada saya punya kefahaman itu betul atau tidak betul.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun bukan

pakar ekonomi di sini, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan. Akan tetapi yang saya

faham, dengan sedikit ilmu ekonomi yang ada, Malaysia ini merupakan negara kedua terbesar

sebagai pengeluar sawit di dunia. Pertama, Indonesia. Kita yang nombor dua. Pada tahun

2016, kita mengeluarkan lebih 20 juta tan metrik minyak sawit. Besar itu. Kalau Indonesia,

pada sekitar lebih 30 juta tan metrik.

Jadi saya pun faham kita punyai tekanan juga daripada kebanyakan negara Eropah

yang tidak mahukan minyak sawit kita diguna pakai. Akan tetapi saya nak nyatakan.

Sebenarnya pengguna minyak sawit yang terbesar di dunia ini adalah China dan India. Tidak

ada kena mengena pun dengan benua Eropah. Kita pun tahu, antara pedagang minyak sawit

terbesar di dunia ini adalah tidak lain dan tidak bukan bekas Ahli Majlis Penasihat Kerajaan

iaitu Tan Sri Robert Kuok.

Saya pernah bangkitkan perkara ini sebelum ini. Mungkin kerajaan boleh melakukan

sedikit intervensi. Kalau beliau merupakan antara pedagang terbesar minyak sawit di dunia,

kalau kita nak bandingkan Tuan Yang di-Pertua, dengan OPEC. Negara pengeluar minyak

dunia pun boleh mempengaruhi harga pasaran minyak dunia seperti Saudi Arabia dan

Amerika Syarikat sendiri. Kenapa tidak kita sebagai negara kedua terbesar di dunia sebagai

pengeluar minyak sawit mempunyai peranan untuk membuat sedikit intervensi. Jadi saya nak

teruskan, Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengalu-alukan langkah kerajaan dalam memperkenalkan skim subsidi RM50

dan RM100 bagi penggunaan pengangkutan awam. Ini saya fikir satu langkah yang baik yang

boleh kita sama-sama puji. Akan tetapi saya tidak pastilah sama ada ia dapat membantu

golongan pertengahan dan B40 yang bukan berada dalam kawasan bandar, Tuan Yang di-

Pertua. Saya ini walaupun bukan Ahli Parlimen tetapi kampung saya adalah di luar bandar

DN 4.12.2018 68 iaitu di Pasir Salak. Saya bukan Ahli Parlimen Pasir Salak. Ahli Parlimen Pasir Salak ialah

Ketua Bahagian saya. Saya Timbalan Ketua Bahagian Pasir Salak sahaja.

Jadi saya juga mewakili orang kampung saya di Parlimen Pasir Salak. Mereka ini sama

ada di Pasir Salak kah, di Kelantan kah, di Terengganu kah, di Kedah kah, sampailah ke

Sabah dan Sarawak, sebenarnya tidak dapat pun nak menikmati kemudahan awam seperti

MRT dan LRT ataupun sistem bas Rapid. Mereka ini tidak dapat merasa pun sebenarnya

melainkan kalau datang ke Kuala Lumpur lah akan subsidi pengangkutan awam ini.

Pada masa yang sama, yang saya telah bangkitkan tadi, dengan harga getah yang

jatuh, harga sawit pun terus jatuh. Sejak kerajaan baharu mengambil alih, bantuan-bantuan

seperti BR1M dikurangkan, pelbagai bentuk subsidi terus untuk nelayan, petani dipotong dan

bermacam-macam lagi. Saya fahamlah sama ada Menteri Hal Ehwal Ekonomi kah atau

Menteri Kewangan kah datang daripada kawasan bandar. Mungkin tidak dapat ataupun tidak

rasa sangatlah.

Saya minta janganlah dilupakan kepada penduduk luar bandar yang sebenarnya telah

banyak berkorban untuk membantu memajukan infrastruktur yang ada di kawasan bandar

dan kota. Wajar dalam semakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini dilihat semula, diteliti

semula akan nasib penduduk luar bandar khususnya yang tidak lagi mendapat pelbagai

bantuan sebagaimana yang telah disediakan oleh kerajaan.

Maka saya nak bangkitkan juga. Mungkin boleh dijawab oleh Menteri ataupun

kementerian yang berkaitan. Bantuan-bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pun

saya ada dapat maklumat. Mungkin Yang Berhormat juga ada maklumat ini yang mana

sebelum ini telah dapat tiap-tiap bulan. Ini sudah tujuh bulan tidak terima bantuan bulanan

JKM ini.

Ini saya bercakap ini bukan orang yang ada memberi maklumat tidak tepat. Ini

memang betul orang-orang susah. Ada yang dengan izin Tuan Yang di-Pertua, blind couple,

yang tiada anak. Kedua-dua suami isteri ini buta. Sebelum ini dapat tiap-tiap bulan sebanyak

RM250 daripada JKM. Selepas Pilihanraya Umum Ke-14, tiba-tiba putus tidak dapat.

Datuk Razali bin Idris: [Bangun]

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Sekejap. Saya pun tertanya-tanya jugalah. Kenapa

tidak tiba lagi bantuan langsung daripada JKM ini. Silakan, Yang Berhormat Senator Datuk

Razali.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma nak minta

penjelasan. Seperti mana Yang Berhormat cakap tadi berkenaan dengan bantuan JKM. Ada

orang yang tidak dapat bantuan JKM. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua, saya minta senarai

nama daripada Yang Berhormat, supaya kita dapat lihat siapa sebenarnya yang tidak dapat.

DN 4.12.2018 69

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih. Sebenarnya ada senarai itu. Di

kawasan saya sendiri pun, beratus-ratus bahkan ada juga daripada kawasan lain terutamanya

kawasan-kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat Barisan Nasional. Kita pun tidak tahu.

Tenggelam punca juga tiba-tiba stop langsung bantuan JKM. Jadi saya tidak pasti. Mungkin

saya nak lihat kembali dalam bajet. Mungkin pada mungkin depan kita ada Perbahasan

Belanjawan 2019. Mungkin kita boleh perhebatkan lagi perbahasan kita kerana saya nak lihat

dengan teliti. Saya difahamkan ada pertambahan tetapi tidak dapat…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Razali boleh tolong kot.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Senarai ada.

Datuk Razali bin Idris: Saya minta senarai, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Ada. Ada, ada. Saya sudah jawab tadi ada. Senarai

ada.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Sekejap, sekejap. Sekejap, Yang Berhormat. Yang Berhormat

minta senarai untuk menolong kah?

■1540

Datuk Razali bin Idris: Senarai bagi kat saya, saya hendak tengok senarai.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih banyak-banyak Datuk Razali.

Ikhlaskah ni? Ikhlas?

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Dia nak tolonglah itu.

Datuk Razali bin Idris: Apa pula ikhlas tak ikhlas? Yang Berhormat mendakwa tujuh

bulan.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti sekejap. Saya pun tak...

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Kalau macam itu Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Nanti, Ahli Yang Berhormat nanti sekejap. Yang Berhormat,

Yang Berhormat minta itu untuk apa?

Datuk Razali bin Idris: Oleh sebab saya rasa tidak pernah berlaku.

Tuan Yang di-Pertua: Okey.

Datuk Razali bin Idris: Tak pernah berlaku. Jadi, saya hendak minta benda itu, biar

jelas di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dalam ini kita bukan mahkamah untuk bagi

keterangan. Bila Yang Berhormat memberitahu, dia memberitahu kepada Menteri. Kalau

Yang Berhormat nak tolong, itu terpulang kepada Yang Berhormat. Akan tetapi kalau nak

minta secara- dia kena beri itu, tidak ada. Kalau dia cakap itu adalah rintihan ataupun

tohmahan, biar Menteri yang bagi jawapan. Kita jangan gaduh sesama kita.

DN 4.12.2018 70

Datuk Razali bin Idris: Bukan bergaduh Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah. Akan

tetapi saya rasa macam tohmahan saja, itu saja maksud saya.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Ini bukan Pasir Salak saja Tuan Yang

di-Pertua, di Batu pun ramai Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Tak apa, tak apa, ini berapa orang cakap ini?

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Nanti saya bagi list ke Yang Berhormat

Razali, dia tolonglah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya ini tak ada pengalaman macam di

Dewan Rakyat. So, tolong seseorang saja bercakap. Sekarang dia dah minta itu, kalau

boleh...

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang

mendoakan Yang Berhormat Datuk Razali dapat jadi Menteri di JKM ini fasal very proaktif,

terima kasih ya. Jadi, di mana saya tadi? Okey.

Sampailah ke Sabah dan Sarawak, itu dah sebut Tuan Yang di-Pertua. Jadi, untuk

sistem percukaian negara, saya hendak sebut juga di sini. Untuk memacu ekonomi negara,

seterusnya menjayakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, kita perlukan bahan bakar dan

bahan bakar yang dimaksudkan ini ialah pendapatan kepada kerajaan. Jangan fikir minyak

pula, ini pendapatan kepada kerajaan. Amat sukar melainkan kita mempunyai jumlah

petroleum seperti Saudi Arabia ataupun mempunyai simpanan hasil bumi yang banyak untuk

kita mencapai status negara berpendapatan tinggi sekiranya kita bergantung harap semata-

mata kepada sistem percukaian lapuk dan tidak transparent seperti SST. Jadi, kereta hendak

bergerak ini nak kena ada minyaklah, Yang Berhormat Datuk Ghani.

Antara kesilapan terbesar yang saya fikir telah dibuat ialah apabila kerajaan

menghapuskan GST dengan alasan kerana terikat dengan janji-janji manis Pilihan Raya

Keempat belas yang dibuat. Saya ingat lagi pada persidangan yang lepas, Menteri Kewangan

apabila saya mencelah bertanya, dia kata kita kena buat juga.

Walaupun kita tahu GST ini lebih transparent, lebih berkesan daripada SST tetapi kena

buat juga kerana kita dah janji. Nanti tak nak rakyat fikir kita ini ada ‘udang di sebalik batu’.

Jadi disebut, boleh check dalam Hansard, saya ingat lagi. Jadi, saya fikir akhirnya seperti

mana yang kita lihat pada hari ini, berlakulah kelompangan pendapatan yang begitu besar

sehinggakan terpaksa ambil additional RM30 bilion untuk menampung Belanjawan 2019 pada

tahun hadapan daripada Petronas. Saya tak nak pergi panjang lebarlah, minggu depan kita

ada lagi perbahasan mengenai belanjawan.

DN 4.12.2018 71

Saya masih terkilan hanya kerana hendak menyelamatkan air muka atas sebab janji

politik, kita perlu membayar harga yang begitu tinggi. Sehinggakan kita terpaksa

mengurangkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, mengurangkan biasiswa serta

menghapuskan program antaranya MyBrain serta meningkatkan fiskal negara kerana mahu

mengisi kelompangan yang saya sebut tadilah.

Ini dah jadi macam cerita Robinhood tetapi reverse Robinhood. Robinhood ambil

daripada orang kaya, bantu orang miskin. Ini tidak, yang mana yang orang miskin dapat dulu,

ditarik balik untuk tampung subsidi yang melibatkan orang kaya. Jadi, ia punya cerita itu

reverse Robinhood.

Jadi kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya masih banyak lagi yang mahu

disentuh. Namun, kerana kesuntukan masa ini, saya minta izin untuk menyimpulkan

pandangan saya ini mengenai isu yang telah saya bangkitkan. Rancangan Malaysia

Kesebelas adalah pelan dan peta yang menentukan perjalanan ekonomi negara untuk

tempoh lima tahun. Rancangan Malaysia Kesebelas tinggal lagi dua tahun, tamat tahun 2020.

Maka, ianya mestilah bersifat jelas dalam menentukan hala tuju ekonomi negara kerana ia

bakal menterjemahkan falsafah ekonomi negara kepada pelabur luar dan juga dalam.

Namun, dalam kita mengejar sasaran-sasaran ekonomi ini, kita juga jangan lupakan

akan kesejahteraan ekonomi domestik, khususnya kepada golongan yang memerlukan. Oleh

itu, saya menekankan kepada keperluan untuk para penjaga ekonomi negara ini dalam

mengukuhkan nilai Ringgit secara serius.

Seterusnya, merangka dasar bagi membantu semua golongan rakyat dan tidak terlalu

tertumpu pada hanya pengundi-pengundi mereka di kawasan-kawasan bandar sahaja. Akhir

sekali, saya mengingatkan bahawa dalam mengejar sasaran untuk menjadi negara maju,

maka haruslah kita memperbetulkan sistem percukaian kita. Walaupun ianya pahit dan

barangkali membawa tindak balas politik, namun dalam mentadbir negara kadang-kadang

kita perlu melakukan perkara yang betul tetapi tidak popular. Bulat air kerana pembetung,

bulat manusia kerana bermuafakat.

Saya mendoakan agar perancangan kerajaan ini akan berjaya. Walaupun kita di pihak

pembangkang, kita masih lagi bermuafakat demi kebaikan negara. Kita tetap akan

bermuafakat demi kebaikan negara. Walaupun berbeza parti, akhirnya kita semua adalah

rakyat Malaysia dan kejayaan di pihak kerajaan adalah juga kejayaan dan kesejahteraan buat

rakyat Malaysia keseluruhannya.

Namun, sebagai seorang Ahli Dewan Negara yang berperanan untuk menjadi semak

dan imbang, check and balance kepada kerajaan, saya pohon untuk beberapa perkara

tersebut dilihat semula, diperbaiki dan diperbetulkan. Bukan sahaja buat orang kampung saya

di Pasir Salak tetapi untuk seluruh lapisan masyarakat di luar dan di dalam bandar yang

DN 4.12.2018 72 menyokong kerajaan ataupun tidak menyokong kerajaan agar semakan semula Rancangan

Malaysia Kesebelas ini benar-benar satu perancangan yang jelas dan mampu membawa

kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Silakan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad.

3.47 ptg.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Assalammualaikum warahmatullaahi

wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua

kerana membenarkan saya untuk turut serta dalam perbahasan pembentangan Kajian

Separuh Penggal RMKe-11.

Tuan Yang di-Pertua, tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Hal

Ehwal Ekonomi dan para pegawai EPU di atas pembentangan Kajian Separuh Penggal

RMKe-11 yang mana memberikan keutamaan dan penekanan baru bagi memacu negara dan

rakyat ke arah yang lebih cemerlang. Apa yang saya harapkan mewakili rakyat negeri

Kelantan khususnya, enam tonggak yang dirancang ini mampu untuk merealisasikan

pembangunan sosioekonomi yang disemak semula agar kepentingan kumpulan B40 dan M40

terus dipelihara demi mendepani cabaran global dan persekitaran dunia mengikut aspirasi

Kerajaan Pakatan Harapan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan Agenda 2030 untuk mencapai pembangunan

mampan, tumpuan dan keutamaan perlu diberikan ke atas kadar kemiskinan relatif yang

membelenggu masyarakat luar bandar dan kumpulan B40 di bandar agar mereka ini tidak

terperangkap dalam keadaan semasa yang memeritkan rakyat.

Justeru, kerajaan perlu memastikan bantuan sara hidup rakyat dan mekanisme

kawalan harga barangan keperluan asas perlu dirancang dengan teliti agar kenaikan harga

barangan pengguna tidak meningkat mendadak seperti membebankan rakyat. Saya hendak

menyentuh sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Nga tadi mengenai barangan. Apa

yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bila BN memerintah, barang naik, bila Kerajaan

Pakatan Harapan, barang turun.

■1550

Saya rasa itu tidak berapa betul saya ini seorang wanita, seorang tukang masak. Di

rumah sayalah yang memasak, yang beli barang pun saya, saya tahu semua harga. Harga

telur contohnya harga telur Gred C bulan November RM10.60, bulan Disember sebulan dari

bulan November RM12.40. Semua barang saya tahu semua tidak boleh tipu, saya yang beli

barang sendiri... [Dewan Ketawa]

DN 4.12.2018 73

Tuan Yang di-Pertua, justeru saya ingin mendapat penjelasan dari Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, apakah dengan penstrukturan harga

minya petroleum yang bakal dilaksanakan pada tahun 2019 tidak memberi impak kepada

kenaikan kos barangan pengguna terutama di kawasan luar bandar dan wilayah terpencil

seperti di negeri Pantai Timur Sabah dan Sarawak? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan

daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tentang bagaimanakah cara terbaik

penentu ukuran pendapatan per kapita dan pendapatan isi rumah diselidiki agar sasaran

kerajaan membantu golongan B40 ini lebih bersasar.

Perolehan data yang tepat ini amat penting agar perancangan yang bakal

dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020, mampu memberi impak terhadap kebolehupayaan

kumpulan isi rumah meningkatkan mobiliti sosial mereka. Justeru saya mohon penjelasan

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Jabatan Statistik tentang bagaimanakah data tinjauan

serta bancian semula profil isi rumah ini diperoleh dengan tepat dan seiring dengan

perancangan kerajaan dalam Kajian Separuh Penggal ini dan dijadikan ukuran dalam agenda

2030.

Tuan Yang di-Pertua, masalah harga komoditi sawit dan getah serta intensif bantuan

berarah yang perlu diberikan kepada pekebun kecil dan pengusaha kecil komoditi ini perlu

diberikan perhatian. Keadaan pasaran global yang lemah dan trend penurunan harga minyak

sawit mentah sejak Mei 2018 memerlukan langkah yang lebih proaktif kerajaan menangani

harga pasaran komoditi ini.

Justeru saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Perusahaan Utama

tentang bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh institusi MPOB untuk memastikan

lonjakan harga komoditi sawit ini ditingkatkan melalui sokongan pasaran tempatan terutama

menaikkan penggunaan B10, biodiesel di sektor awam dan swasta pada tahun 2019.

Bagaimanakah JKR, PBT dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat

meningkatkan total industrial volume penggunaan getah asli dalam teknologi pembikinan jalan

raya melalui teknologi Cold Mix Asphalt (CMA) sebagai bahan adunan tambahan yang jauh

lebih berkualiti tinggi dan meminimumkan kos selenggaraan jalan raya. Apakah strategi

kerajaan membantu pekebun kecil mendapatkan persijilan MSPO akan benar-benar

membantu harga komoditi sawit dilonjakkan? Dan bagaimana pula Bantuan Musim Tengkujuh

kepada pekebun kecil getah dikaji semula agar kesusahan mereka pada ketika ini diberi

perhatian sewajarnya.

Yang Berhormat Tuan Khairul Azwan telah sebut tadi harga getah hari ini RM3.80 per

kilo sekarang, jadi musim tengkujuh ini adalah musim yang paling susah bagi golongan

penoreh Tuan Yang di-Pertua. Di mana pun dalam dunia ini dalam dunia ini, tidak ada penoreh

yang boleh menoreh dalam musim hujan, musim tengkujuh. Kalau adalah orang yang

DN 4.12.2018 74 mengatakan boleh menoreh dalam musim tengkujuh orang itu memang jahillah tentang

menoreh tidak tahu apa-apalah tentang menoreh ini.

Saya tahu sebab saya ini duduk di kawasan orang menoreh, saya ini orang kampung

Tuan Yang di-Pertua. Orang kampung di Kelantan. Tuan Yang di-Pertua bolehlah pergi rumah

saya, saya duduk kampung... [Disampuk] Maka saya cadangkan supaya golongan ini diberi

Bantuan Musim Tengkujuh. Kalau dahulu dapat RM200 bulan November, Disember dan bulan

Januari dapat RM200, RM200 semua RM600, sekarang ini orang datang rumah saya Tuan

Yang di-Pertua minta duit tiada duit. Orang kampung datang hendak makan pun tidak dapat

saya tahu, saya semua sudah dapat merasai denyut nadi memang betul-betul tidak ada wang.

Jadi mereka ini sejak dari dahulu mengharapkan bantuan kerajaan, jadilah sebuah

kerajaan tempat rakyat marhaen berlindung. Ibarat pohon rendang Tuan Yang di-Pertua,

daunnya tempat berteduh, batangnya tempat bersandar, dan akarnya tempat bersila. Hilang

habis sudah ya... [Dewan Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat jangan emosi Yang Berhormat. Saya ini- yang

pasal getah, Yang Berhormat pasal getah ini saya pun faham sebab saya ini orang India...

[Dewan Ketawa]

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan

pertumbuhan ekonomi di seluruh negeri berjalan dengan sekata dan sama rata, Kerajaan

Persekutuan perlu menambah baik hubungan antara kerajaan negeri, pihak berkuasa

tempatan (PBT) dengan Kerajaan Persekutuan. Justeru kerajaan perlu memastikan segala

usaha ini direformasi segera agar imbangan pertumbuhan ekonomi dicapai.

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagaimanakah isu

pemberian tunai hasil petroleum negeri Kelantan diselesaikan segera? Saya rasa Yang

Berhormat Puan Asmak pun setuju dengan cadangan saya. Bolehkah Kementerian Hal Ehwal

Ekonomi memberikan unjuran angka dan anggaran nilai bayaran tunai ini serta tunggakannya

selaras dengan hasil pengeluaran yang dilakukan PETRONAS atau syarikat usaha sama

Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) di utara Semenanjung Malaysia yakni

luar pantai Kelantan. Saya mohon juga bilakah tarikh spesifik agihan bayaran tunai ini dapat

dimuktamadkan.

Bagaimanakah kerajaan memulihkan pelaburan asing atau tempatan di Hab Halal

Kelantan agar pelaburan pembinaan infrastruktur oleh ECR di Lubok Jong Pasir Mas

dimanfaatkan segera dan tidak menjadi projek gajah putih. Apakah komitmen Kerajaan

Persekutuan dalam perancangan agenda 2030 untuk memastikan pembangunan jaringan

pengangkutan dan jalan raya di sektor ekonomi Pantai Timur terus diberikan perhatian? Dan

Kementerian Kerja Raya memastikan jalan-jalan persekutuan antara negeri-negeri di Pantai

Timur dinaiktarafkan bagi memenuhi keperluan rakyat Pantai Timur?

DN 4.12.2018 75

Apakah perancangan Kerajaan Pakatan Harapan dalam memastikan pembangunan

sosioekonomi terutamanya sektor pelancongan diperkasakan di Pantai Timur agar golongan

B40 dapat meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan sektor modal insan amat perlu dititikberatkan dan

kualiti pendidikan TVET serta pendidikan sepanjang hayat mesti di perkasa segera agar kualiti

pekerja dan kadar pampasan pekerja terus meningkat. Masalah pengiktirafan TVET

terutamanya lepasan Kolej Komuniti dan Koleh Vokasional perlu ditangani segera. Untuk itu

saya ingin penjelasan dari Kementerian Pendidikan tentang apakah status kajian TVET yang

dipengerusikan Yang Berhormat Nurul Izzah, Parlimen Permatang Pauh? Dan apakah

kemajuan Jawatankuasa ini? Saya ingin mendapatkan penjelasan dari JPA tentang

pengiktirafan gaji permulaan bagi lulusan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Vokasional

Malaysia?

■1600

Apakah kini penjawat awam yang baru dilantik ke perkhidmatan awam dan badan

berkanun bagi lepasan sijil koleh komuniti dan kolej vokasional menikmati mata gaji yang lebih

tinggi dari kelulusan SPM? Saya ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan bagaimana

pengiktirafan MQA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran dahulunya dikenali sebagai Majlis

Latihan Vokasional Kebangsaan di selaraskan agar lepasan institusi TVET dapat meneruskan

pengajian di peringkat ijazah sarjana di IPTA dan mekanisme transfer credit tidak

membebankan lepasan TVET serta mereka ini tidak mengulang balik subjek-subjek yang

telah mereka pelajari di kolej komuniti dan kolej vokasional.

Tuan Yang di-Pertua, ancaman kestabilan dan ketenteraman awam yang dicetuskan

oleh beberapa kelompok minoriti dalam negara amat membimbangkan. Kementerian Dalam

Negeri perlu memastikan sebarang ancaman yang melibatkan provokasi kestabilan dan

keharmonian kaum perlu dipelihara. Kejadian dan tragedi Kuil Sri Maha Mariamman Seafield

menunjukkan betapa perlu kerajaan membendung sebarang provokasi terhadap kaum

dipelihara terutamanya melibatkan penularan berita-berita tidak benar dan berbentuk hasutan.

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri

Dalam Negeri dan SKMM, bagaimanakah SOP yang dikuatkuasakan PDRM apabila

berdepan dengan orang awam yang berhimpun secara haram dan mengancam ketenteraman

awam di kaji dan dipertingkatkan terutama bagi mendepani persekitaran internet of things

ataupun IOT yang menyebabkan sesuatu berita atau peristiwa rusuhan dan suasana tidak

tenteram di satu tempat diambil tindakan segera dan orang awam yang menggugat

ketenteraman ini diambil tindakan sewajarnya melalui peruntukan kanun keseksaan.

Bagaimanakah fungsi yang boleh dimainkan oleh SKMM dalam membantu PDRM

dalam mengawal tularan dan hantaran berita mengenai rusuhan dan kejadian provokasi yang

DN 4.12.2018 76 mengancam keselamatan orang awam dapat dikawal dengan cepat atau secara real time di

media sosial di Malaysia. Apakah langkah yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri dalam menangani sikap dan integriti anggota pentadbiran kerajaan yang

memberikan komen negatif, bersikap prejudis serta menyalahkan PDRM atau agensi kerajaan

apabila berlakunya suatu kejadian rusuhan, provokasi yang menjejaskan keharmonian awam

dan hasutan dalam persekitaran isu-isu semasa yang melanda Malaysia kini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik reformasi Kerajaan Persekutuan dengan

menambah baik tadbir urus kerajaan dan agensi serta tumpuan keutamaan integriti dan

akauntabiliti ditingkatkan di kalangan anggota pentadbiran atau penjawat awam di kalangan

gred utama Turus dan JUSA serta kumpulan pelaksana.

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, bagaimanakah kriteria yang diformulasikan dalam kaedah yang diguna

pakai SPRM dalam menentu ukur pengisytiharan harta di kalangan anggota pentadbiran, Ahli

Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara serta penjawat awam gred utama, Turus, KSU, KSN, KPN

dan JUSA agar kerangka pengisytiharan harta benar-benar memanfaatkan ketelusan individu

terbabit dan akauntabilitinya kepada rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, melalui pemerhatian saya terutama di negeri-negeri Pantai

Timur, isu lambakan tanah pertanian terbiar masih belum lagi dimuktamadkan melalui

perancangan teliti dan dasar pertanian yang komprehensif. Isu perkembangan sektor tani

terutamanya sektor tani yang menghasilkan tanaman makanan seperti sayuran dan buah-

buahan tempatan perlu diberikan penekanan khusus dalam tahun 2019, 2020 dan Agenda

2030 agar kebergantungan negara terhadap import sayuran dan buah-buahan dikurangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Seminit Yang Berhormat.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, teruskan.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Ya Tuan Yang di-Pertua, saya sambung.

Bagaimanakah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberikan penekanan

kerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan tanah-tanah terbiar pertanian milik

rakyat. Apakah perancangan dan komitmen yang dimainkan oleh MARDI agar hasil kajian

benih teknologi dan ciptaan pertanian dikomersialkan demi kemajuan sektor pertanian

negara?

DN 4.12.2018 77

Bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh jabatan pertanian, MARDI dan

IPTA yang menawarkan kursus pertanian agar memberikan latihan dan tunjuk ajar secara

agresif terhadap orang awam bagi memastikan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan dapat

dibuat oleh setiap isu rumah di desa dan di bandar. Dengan inisiatif ini kos sara hidup rakyat

boleh dikawal dan diminimumkan.

Tuan Yang di-Pertua, tumpuan khusus juga perlu dibuat terhadap industri perikanan

negara. Kegagalan kerajaan dalam merealisasikan pertumbuhan sektor perikanan apabila

Konsortium Perikanan Nasional Berhad di terajui oleh Oilcorp Berhad dan Jabatan Perikanan

pada tahun 2005 yang dilancarkan. Pada masa kini, kita sudah tidak mendengar lagi

mengenai konsortium ini.

Soalan saya, apakah status konsortium ini dan berapakah hutang atau liabiliti yang

dialami oleh Konsortium Perikanan Nasional Berhad sehingga 2018 ini? Bagaimana kerajaan

menangani recovery kerugian kerajaan dalam konsortium ini dan apakah sasaran terkini

bilangan vessel dan lesen nelayan tempatan bagi aktiviti laut dalam dan jumlah pendaratan

yang direkodkan pada tahun ini serta unjurannya pada 2019 dan 2020?

Sehingga kini, berapakah bilangan vessel negara asing dan nelayan asing yang

bekerja dengan syarikat tempatan dan apakah sasaran kerajaan untuk memastikan 100

peratus nelayan tempatan menceburi aktiviti laut dalam tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, Kabinet telah bersetuju untuk memansuhkan semua jenis

hukuman mati bagi semua kesalahan dalam siri perundangan negara. Kita amat gusar kerana

dengan pemansuhan ini aktiviti jenayah semakin menular dan gagal dikawal. Justeru, saya

mohon penjelasan dari kerajaan statistik terkini banduan akhir yang dijatuhkan hukuman mati

mengikut kes sabitan meliputi bilangan warganegara mengikut kaum dan bilangan warga

asing mengikut negara-negara asal banduan sabitan ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu penderaan kanak-kanak dan keselamatan mereka semasa

berada di bawah jagaan taska ataupun pengasuh memerlukan sokongan dan komitmen

kerajaan sewajarnya. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, saya mendapat maklum

balas dari orang awam menyeru kerajaan menubuhkan lebih banyak taska milik kerajaan

dibina demi kemudahan masyarakat terutamanya golongan B40.

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat merangkap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, apakah

kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat kajian bagi keperluan untuk

menubuhkan taska di suatu komuniti mengikut lokaliti penduduk seperti Parlimen, DUN dan

PDM? Berapakah kakitangan taska dan orang awam yang diberikan latihan dan pengiktirafan

untuk mengendalikan operasi taska?

DN 4.12.2018 78 ■1610

Tuan Yang di-Pertua, banjir kilat yang akhir-akhir kini semakin kerap berlaku dan amat

memerlukan komitmen Kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah lebih

komprehensif agar mala petaka banjir kilat tidak mengancam nyawa orang awam. Kerajaan

Persekutuan tidak boleh meletakkan tanggungjawab untuk menyediakan infrastruktur

perparitan dan sistem saliran di bahu kerajaan tempatan sahaja. Ia memerlukan bajet yang

besar untuk menaik taraf kemudahan perparitan dan saliran ekoran pertambahan penduduk

dan bilangan rumah.

Oleh itu saya mohon penjelasan, apakah perancangan kerajaan dalam memastikan

PBT diberikan bantuan khas kewangan dalam menaik taraf kemudahan perparitan dan saliran

yang boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bagaimana cara yang paling realistik dalam membangunkan sistem bersepadu dalam

pengurusan risiko bencana alam banjir dengan mengintegrasikan data ramalan cuaca dan

hebahan amaran kepada orang awam melalui media sosial digital.

Akhir sudah. Tuan Yang di-Pertua, episod kemalangan maut yang melibatkan

kenderaan komersial dan kenderaan berat amat membimbangkan masyarakat. Seluruh

rangkaian lebuh raya, jalan raya persekutuan, jalan negeri terdedah kepada kemalangan maut

yang berganda bilangannya apabila melibatkan kenderaan komersial dan kenderaan berat.

Untuk itu saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan,

Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga Menteri

Kerja Raya atau KPKT tentang bagaimanakah kita dapat pastikan pengguna kenderaan berat

tidak memandu secara melulu, mematuhi had kelajuan dan laluan yang dikhaskan sahaja

apabila memandu kenderaan berat, ataupun komersial.

Saya juga ingin mendapat komitmen kerajaan bagaimana bentuk hukuman yang lebih

berat ke atas pemandu-pemandu yang mengakibatkan kes-kes kemalangan maut agar jalan

raya dan lebuh raya kita tidak menjadi medan penamatan nyawa orang awam. Bagaimanakah

Kementerian Kerja Raya dan kerjasama PBT agar operasi kendalian kenderaan berat

diharamkan dan beroperasi semasa waktu puncak ketika pelajar sekolah, warga kerja dan

orang awam pergi balik ke tempat kerja?

Tuan Yang di-Pertua, bagi membendung kejadian kemalangan di lebuh raya berlaku

pada waktu malam, kerajaan perlu memastikan kemudahan lampu jalan di laluan kritikal dan

berisiko terjadinya kemalangan jalan raya di pasang secepat mungkin dan diberi keutamaan

dalam tahun 2019 dan 2020. Justeru saya ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya

dan Lembaga Lebuh Raya, apakah kerajaan sedar bahawa di laluan kilometer 39 hingga 41,

Lebuhraya KL-Karak, lokasi penurunan cerun tinggi dan naik bukit selepas kawasan Rehat

DN 4.12.2018 79 dan Rawat Genting-Sempah, masih tidak mempunyai kemudahan lampu jalan raya semenjak

lebuh raya ini dibuka kepada orang.

Justeru saya mohon kepastian apakah kekangan utama syarikat konsesi dan apakah

masalah yang dihadapi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sehinggakan kompelin pengguna

Pantai Timur yang memohon kerajaan menangani masalah ketiadaan lampu di kilometer 39

hingga 41 ini ditangani segera. Saya mohon kementerian mengambil maklum masalah ini dan

harapannya Yang Berhormat Menteri KKR, yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh dapat

memberi perhatian kepada isu ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, ucapan perbahasan ini, saya juga, Yang

Berhormat Datuk Razali ada, saya juga Yang Berhormat Datuk mempunyai masalah yang

sama dengan Yang Berhormat Tuan Azwan tadi. Ada di tempat saya tidak dapat menerima,

senarai itu akan saya berikan kepada Yang Berhormat Datuk. Nanti saya balik ke Kelantan,

saya ambil dan saya beri. Okey.

Akhir kata saya mohon menyokong pembentangan Kajian Separuh Penggal ini.

Harapan saya agar tumpuan dan penekanan baru kerajaan bakal memanfaatkan rakyat jelata

semua. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator

Datin Rahimah Haji Mahamad. Ucapannya dia tulis, ada guideline dia, teratur, kemas

nampaknya. Terima kasih dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah

binti Ali.

4.15 ptg.

Datuk Rabiyah binti Ali: Assalamualaikum warahmatullahi taalahi wabarakatuh

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam.

Datuk Rabiyah binti Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana

memberikan keizinan kepada saya untuk membahaskan pembentangan Kajian Separuh

Penggal, Rancangan Malaysia Yang Kedua. Saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana

pembentangan Kajian Separuh Penggal ini rancangan yang lebih utama dan juga penekanan

baru akan dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020 bersesuaian dengan hala tuju kerajaan

Pakatan Harapan.

Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan dalam reformasikan sistem pentadbiran

negara amat kita alu-alukan. Justeru cadangan kerajaan untuk mewujudkan semula Akta

Perkhidmatan Parlimen 1963 bagi menempatkan beberapa agensi seperti Jabatan Audit

Negara, SPRM, EAIC, SPA, SPP, Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan beberapa agensi lain

amatlah dialu-alukan. Soalan saya kepada kerajaan, bagaimanakah kerangka migrasi dalam

menempatkan tadbir urus beberapa agensi yang kritikal ini di bawah perkhidmatan Parlimen

DN 4.12.2018 80 serta bagaimana kerajaan benar-benar pasti bahawa transformasi akan sedia wujud tanpa

campur tangan eksklusif ke atas agensi-agensi kerajaan.

Bagaimana pula pindaan perundangan yang perlu dibuat ke atas beberapa

perkhidmatan seperti EAIC, SPRM dan Suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan agensi ini

merupakan atas kuasa Perdana Menteri. Apakah dengan komitmen meletakkan agensi ini di

bawah pentadbiran Parlimen dan beberapa peruntukan perundangan akan segera dipinda

bagi menyesuaikan transisi transformasi.

Tuan Yang di-Pertua, sasaran kerajaan untuk menjadikan negara berada dalam

keadaan lebih selamat dan tenteram memerlukan KDN dan Polis Diraja Malaysia berusaha

lebih keras memastikan jenayah terancang dikenal pasti secara total dan juga

penguatkuasaan ke atas aktiviti melibatkan kongsi gelap, perjudian, maksiat akan ditangani

dengan amat cekap. Fokus kerajaan dalam keutamaan dan penekanan baru yang

menyasarkan 60 peratus persepsi selamat dan hanya 342 kes jenayah bagi setiap 100 ribu

populasi memerlukan hubungan erat PDRM dan komuniti bagi membanteras segala bentuk

jenayah.

Soalan saya, berapakah bilangan kes-kes pembanterasan premis-premis judi online

dan juga judi haram yang diserbu dan diambil tindakan penutupan sehingga November 2018.

Bagaimana pula Polis dan juga kerjasama erat PBT membuat kawal selia yang amat tegas

terhadap operasi kedai urut, SPA dan juga salon kecantikan agar kegiatan menawarkan seks

haram dapat dibendung di seluruh negara. Berapakah serbuan dan siasatan dibuat ke atas

premis-premis di seluruh negara? Bagaimana pula pemantauan yang dibuat di premis-premis

hiburan seperti bar, kelab malam dan juga pusat karaoke yang mana sering melanggar had

masa operasi dan dengan ini merupakan venue wajib berlaku penagihan dadah statik di

kalangan pengunjungnya.

Bagaimana pula aktiviti risikan jenayah dan integriti pasukan kerana kejadian kes-kes

pegawai kanan polis melindungi kegiatan jenayah terancang ini sering terjadi dan apakah

komitmen KDN dalam memastikan kecurigaan masyarakat terhadap PDRM ini dapat

dibendung sepenuhnya.

■1620

Tuan Yang di-Pertua, masalah lumba haram dan membawa kereta secara melulu oleh

pemandu-pemandu kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dari negara Singapore

menjadikan satu ancaman yang sukar untuk kita selesaikan. Malah, Lebuhraya PLUS Johor

Bahru-Melaka menjadi litar pengujian kenderaan berkuasa tinggi ini hampir setiap minggu.

Justeru, saya berpandangan kerajaan perlu membuat satu tindakan yang amat tegas

dan memastikan aktiviti lumba haram ini, konvoi-konvoi kenderaan mewah yang

mendatangkan risiko kepada pengguna tempatan ini ditangani dengan cekap oleh Jabatan

DN 4.12.2018 81 Pengangkutan Jalan dan PDRM. Satu pindaan perundangan perlu dibuat bagi membendung

lebuh raya di Malaysia dan tidak dijadikan litar lumba oleh warga Singapura kerana ianya

amat menjejaskan keselamatan orang awam.

Soalan saya, apakah kerajaan dapat meningkatkan kawalan terhadap kenderaan yang

didapati melakukan kegiatan lumba haram ini di tengah hari masuk ke Malaysia? Sistem

jumlah kompaun saman trafik ke atas kenderaan warga asing ini dinaikkan ke satu jumlah

yang maksimum dan kenderaan ini tidak akan dibenarkan meninggalkan CIQ selagi saman

tidak dijelaskan.

Untuk tujuan ini, kerajaan perlu memastikan semua saman melibatkan kenderaan

asing direkodkan secara real time dan pemandu serta kenderaan yang memiliki saman trafik

dikehendaki menjelaskan kompaun sebelum meninggalkan CIQ di seluruh negara. Saya ingin

menzahirkan ucapan setinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan kerana

mengambil langkah proaktif menambahkan pewartaan kawasan-kawasan larangan merokok

di seluruh negara. Kementerian Kewangan juga telah menaikkan cukai tembakau bagi

memastikan harga rokok yang dijual di pasaran lebih tinggi bagi membendung aktiviti

merokok. Masalah yang masih belum diselesaikan kini hanya rokok haram. Aktiviti

penyeludupan dan pengedaran rokok haram ini semakin menjadi-jadi dan dilihat seperti sukar

untuk dikawal kerana individu penguat kuasa sendiri pun membeli rokok-rokok haram ini.

Justeru, saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, bagaimana Kastam dan

PDRM dan agensi penguatkuasaan lain melakukan lebih usaha membanteras penyeludupan

dan pengedaran rokok-rokok haram atau lari cukai. Bagaimana KPDNHEP membasmi

pengedaran rokok-rokok haram di seluruh kedai-kedai runcit dan serba guna agar aktiviti

pengedaran rokok haram ini dapat dibendung sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh kerajaan melalui Kementerian

Kewangan untuk meliberalisasikan skim perolehan kerajaan dengan melipat gandakan

pendekatan secara tender terbuka dan tidak lagi mengamalkan tender terhad ataupun

rundingan terus. Soalan saya kepada Kementerian Kewangan, apakah kerajaan bersedia

melalui kerangka tender terbuka yang dilaksanakan melalui skim perolehan kerajaan, sistem

e-perolehan, berupaya menangani kapasiti bidaan syarikat yang mungkin di luar capaian dan

kapasiti sistem.

Bagaimanakah kerajaan menangani isu jenayah siber dan integriti ke atas sistem e-

perolehan kerana sistem ini dikendalikan oleh pihak konsesi luar? Jadi, bagaimana kerajaan

dapat pastikan suatu bidaan yang dibuat dalam sistem e-perolehan yang tidak tiris?

Tuan Yang di-Pertua, kawal selia berasaskan intensive IVR dan juga

ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) bagi bekalan tenaga elektrik di

Semenanjung Malaysia merupakan kaedah baharu bagi memastikan pengguna terus

DN 4.12.2018 82 menghargai kecekapan penjimatan tenaga. ICPT bermula dengan tempoh kawal selia

pertama bagi tempoh Januari 2015 hingga Disember 2017 dan kini berada dalam fasa kawal

selia kedua.

Untuk tempoh tiga tahun bagi bermula dari tahun 2018 hingga 2020. Soalan saya

kepada Suruhanjaya Tenaga, apakah akan berlaku kenaikan asas elektrik bagi tahun 2019

berdasarkan prestasi semasa harga pasaran bahan api yang diunjurkan pada tahun 2019?

Bagaimana kerajaan menangani kejatuhan nilai Ringgit berbanding USD bagi mengimbangi

kos perolehan bahan api seperti arang batu dan gas agar kadar tarif elektrik ini tidak

membebankan pengguna domestik dan pengguna komersial?

Pada tahun 2019, kerajaan menyasarkan liputan bekalan tenaga elektrik akan

mencapai tahap 99 peratus pemasangan di seluruh negara. Ini bakal mengurangkan jurang

kehidupan bandar dan luar bandar, terutamanya bagi merancakkan pembangunan di Sabah

dan Sarawak. Dalam memastikan bekalan tenaga elektrik ke sasaran hampir 41,160-volt

menjelang 2020, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan.

Bagaimanakah perancangan kerajaan dalam menyasarkan peningkatan saranan

tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga? Bagaimana pemain industri bekalan

elektrik tenaga boleh diperbaharui dapat membida projek tenaga solar pada tahun 2019

hingga 2020?

Bagaimanakah intensif kerajaan kepada pengguna dalam menggalakkan penggunaan

teknologi solar hybrid agar bil elektrik isi rumah dapat diminimumkan kepada tahun 2019

hingga 2020 di seluruh negara? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah mewartakan

pelaksanaan standard mandatori mengenai harga capaian MASP dan penurunan harga jalur

lebar talian di seluruh negara pada 2 Oktober 2018.

Saya mendapat rungutan dari orang awam, Telekom Malaysia masih lagi tidak dapat

memuktamadkan pertikaian pengguna ke atas kadar harga langganan Streamyx di kawasan

luar bandar yang mana harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan pakej UniFi Telekom

Malaysia. Disebabkan infrastruktur fiber optic yang masih lagi belum meliputi semua kawasan

di luar bandar, kos jalur lebar ini tinggi dan pematuhan Telekom Malaysia kepada MASP ini

tertangguh.

Soalan saya, bagaimanakah SKMM dan kerajaan menangani masalah ini secara

holistik agar sentiasa menang-menang di kalangan pengguna Streamyx Telekom Malaysia

dapat dikurangkan beban bil jalur lebar mereka? Bagaimana pula kerajaan mengambil

langkah yang paling efektif kerana pelaksanaan MASP ini telah menggugat nilai pasaran

syarikat telekomunikasi yang mana saham TM dan Axiata milik kerajaan terjejas ekoran

pelaksanaan MASP ini. Tuan Yang di-Pertua, bermula tahun 2019, Kementerian Pendidikan

telah memansuhkan peperiksaan Tahap Satu iaitu pelajar Darjah 1, 2 dan 3. Ini kerana Yang

DN 4.12.2018 83 Berhormat Menteri Pendidikan akan mengumumkan skim pentafsiran baru bagi menguji

pelajar Tahap Satu ini.

Soalan saya, sejauh manakah persediaan kementerian untuk menangani isu yang

mungkin berbangkit dari keputusan memansuhkan peperiksaan Tahap Satu? Bagaimana

mekanisme pentafsiran baru yang bakal dilaksanakan agar prestasi akademik pelajar tidak

terjejas dan guru tidak terkeliru? Apakah kerajaan perlu mengambil kira kesan migrasi

pemansuhan ini ke atas prestasi akademik pelajar Tahap Dua? Bagaimana kerajaan

memastikan pelajar tidak terkesan apabila menduduki peperiksaan UPSR? Bagaimana pula

latihan ke atas guru-guru yang mana keputusan pemansuhan ini akan membebankan guru

untuk menyesuaikan dasar baru ini dalam perkhidmatan mereka?

Tuan Yang di-Pertua, aspek pembangunan usahawan desa perlu diperkukuhkan agar

belia-belia desa tidak berhijrah ke bandar dan masalah sosial atau permintaan terhadap skim

perumahan mampu milik di bandar utama tidak menjadi masalah besar kepada kerajaan.

Justeru, Kementerian Pembangunan Usahawan dan MITI perlu menerokai agenda

pembangunan usahawan belia dan desa agar ia mampu meningkatkan daya maju sektor

ekonomi negara.

Soalan saya kepada kerajaan, bagaimana Suruhanjaya Koperasi Malaysia dapat

menggalakkan belia menubuhkan koperasi peruncitan? Kedai harga patut di setiap daerah

dan MITI, melalui pelbagai agensi membantu koperasi-koperasi belia ini mendapatkan

bekalan produk dari pengilang pada kadar harga lebih rendah. Ini akan manfaatkan penduduk

luar bandar mendapatkan barang pengguna dengan harga patut.

Bagaimanakah agensi seperti MARA, PUNB dan bank komersial dapat memberikan

pinjaman mudah memulakan perniagaan kepada golongan belia agar isu menangani

kemampuan menyediakan cagaran atau jaminan dan collateral dapat diminimumkan semasa

permohonan pinjaman dibuat.

▪ 1630

Bagaimana kerajaan melalui kerangka promosi berganda di media agar dapat

membantu semua usahawan belia yang membuka koperasi, kedai harga patut di desa

menikmati sokongan pengiklanan strategik bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kegiatan seni dan budaya di seluruh desa dan daerah di seluruh

negara perlu diberikan perhatian sewajar peruntukan bagi membangunkan kegiatan seni dan

budaya perlu disynergykan agar pementasan seni persembahan budaya dan aktiviti seni

mengisi kalender pelancongan negara serta menjana pendapatan peniaga desa apabila

kegiatan seni dan budaya menjadi tarikan pengunjung.

Soalan saya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, bagaimana

kerajaan menumpukan perhatian bagi memastikan aktiviti-aktiviti seni dan budaya ini

DN 4.12.2018 84 dilaksanakan secara agresif dan venue persembahan di setiap daerah dimasukkan dalam

kalendar pelancongan kebangsaan agar ia menjana pendapatan masyarakat desa.

Bagaimanakah dapat penggiat seni ini diberikan intensif agar penglibatan penggiat seni dapat

membuat persembahan seni dan budaya agar menarik pelancong asing yang lebih ramai

datang ke Malaysia menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, pada November 2018, Yang Berhormat Menteri di Jabatan

Perdana Menteri mengumumkan bahawa JAKIM telah mengkaji secara serius pelaksanaan

sekatan bank terhadap bekas suami yang gagal menjelaskan dan culas memberikan nafkah

wajib kepada anak-anak dan bekas isteri. Pemurnian ketetapan perundangan ini amat perlu

kerana pada hari ini kes-kes penceraian naik dengan mendadak.

Soalan saya, apakah perkembangan terkini kajian dan intensif JAKIM bagi

melaksanakan cadangan sekatan bank kepada suami culas? Bagaimana kerjasama yang

perlu dilakukan dengan Majlis Agama Negeri agar tindakan yang sama ini dipanjangkan di

seluruh negeri agar keseragaman hukuman ini akan membela nasib anak-anak dan bekas

isteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong pembentangan Kajian Separuh

Penggal RMKe-11 ini dan setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi saya ucapkan kepada Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri, barisan anggota Kabinet dan pegawai-pegawai dan

pegawai pelaksana kerana bertungkus-lumus menjayakan semua program yang telah dan

bakal dilaksanakan. Semoga usaha dan bakti semua pihak dirahmati Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti

Ali. Perbahasan yang baik. Point-point ada. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat

Senator Datuk Ng Chiang Chin. Dipersilakan.

4.33 ptg.

Datuk Ng Chiang Chin: Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam perpaduan,

salam Negaraku Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan

Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) ini.

Sebelum saya memulakan perbahasan, saya melahirkan perasaan bersyukur saya

terhadap Tuhan kerana diberi peluang untuk berbahas dalam Pembentangan RMKe-11 ini.

Ini kerana saya pernah bahas semasa Pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas pada

tahun 2015. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk berbahas pada Pembentangan

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas pada hari ini.

DN 4.12.2018 85

Perdana Menteri kita pada Khamis, 18 Oktober yang lalu telah membentangkan di

Dewan Rakyat menggariskan enam teras untuk pembangunan negara. Enam teras strategik

dan enam pemacu perubahan yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

RMKe-11 ini merupakan tunjang utama negara kerana ia merupakan langkah terakhir kita

dalam menuju cita-cita, aspirasi dan harapan rakyat iaitu menuju Wawasan 2020. Ia sudah

bukan menjadi wawasan tetapi satu kenyataan yang realiti dan untuk pengetahuan Ahli-ahli

Dewan, penggal saya juga akan berakhir pada tahun 2020. Untuk perbahasan saya kali ini,

saya tidak akan berbahas panjang cuma akan menyentuh beberapa perkara sahaja.

Pertama sekali, saya ingin menyentuh mengenai janji Pakatan Harapan mengenai

royalti minyak kepada Kelantan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan

kesediaan dan kerajaan sanggup menolong dan membantu untuk pembangunan Kelantan.

Saya berharap perkara ini dapat menjadi realiti. Ini kerana rakyat Kelantan memang

dahagakan kemajuan dan pembangunan setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh Kementerian Dalam Negeri

mengenai aspek keselamatan negara. Ini kerana sekiranya negara kita tidak aman, maka

kemajuan dan pembangunan tidak akan mudah dicapai dan yang menjadi hanya rakyat biasa.

Ini berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Ketua Polis baru-baru ini bahawa

terdapat satu trend di kalangan anggota muda yang suka bersara lebih awal. Tidak ramai

anggota polis sanggup berkhidmat lama dan memilih untuk bersara lebih awal. Pada

pandangan saya, ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya faktor tekanan kerja,

faktor keselamatan dan kita tidak boleh nafikan faktor pandangan masyarakat mengenai

kerjaya anggota polis juga mempengaruhi anggota polis muda.

Selain daripada faktor yang baharu saya sebut tadi, sebab lain kenapa anggota muda

memilih untuk bersara awal kerana mereka menerima tawaran lebih menarik di sektor swasta.

Ada yang menjadi pegawai peribadi kepada tokoh-tokoh korporat dan orang kenamaan di

mana mereka menggunakan segala latihan dan kecekapan semasa berkhidmat sebagai

anggota polis di sektor swasta.

Perkara ini sebenarnya hanya merugikan pasukan anggota polis kerana pegawai

baharu harus diambil dan harus menjalani latihan mengikut tempoh yang ditetapkan dan

baharu bertugas di lapangan. Soalan saya kepada kementerian, adakah kementerian

menyedari mengenai perkara ini?

Dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam menyelesaikan

masalah ini sebelum menjadi parah kepada perkhidmatan anggota polis. Saya juga ingin

bertanya mengenai pengambilan anggota polis. Apakah kaedah yang digunakan oleh

kementerian dalam menjalankan promosi untuk menarik minat masyarakat bukan Melayu

menyertai anggota polis?

DN 4.12.2018 86

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebagai negara membangun akan merasai penduduk

yang mencapai usia tua dalam masa terdekat dan bilangan mereka semakin meningkat.

Kelajuan Malaysia mencapai status negara tua adalah lebih pesat berbanding negara maju.

Ini mungkin berlaku disebabkan perkembangan teknologi perubatan yang canggih. Warga

emas di Malaysia akan berganda daripada tujuh peratus kepada 14 peratus dalam masa 28

tahun sahaja berbanding negara Sweden yang telah mengambil masa selama 112 tahun

untuk perubahan yang sama menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2007.

Sehubungan itu, Malaysia tidak mampu duduk diam dan harus bangkit untuk

menangani isu-isu berkaitan penduduk warga tua. Mengikut kaji selidik oleh PBB pada tahun

2009, Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur

60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. Ini bermakna Malaysia

akan menjadi negara tua menjelang Rancangan Malaysia Ke-14. Menyedari hakikat ini,

kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal untuk menangani isu penuaan dan

penduduk dengan penggubalan Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995.

■1640

Dasar Warga Emas Negara mengiktiraf warga emas sebagai warganegara yang terdiri

daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, mempunyai hak untuk menikmati

kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Persekitaran dalaman dan luaran yang mesra warga emas harus disediakan malah

dipertingkatkan bagi membolehkan warga emas berfungsi dengan baik. Persekitaran yang

membolehkan- dan membantu dapat mengurangkan ketidakupayaan yang dialami individu

dan akan menggalakkan penglibatan warga emas dalam masyarakat. Aspek ini juga

mengambil kira penggunaan teknologi bagi membantu warga emas hidup berdikari.

Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai langkah yang diambil oleh

kerajaan dalam memperkasakan Dasar Warga Emas Negara untuk mengurus warga emas

ini. Ini kerana penyediaan harus dilakukan bagi menyediakan infrastruktur kemudahan dan

perkhidmatan bagi warga emas ini di masa hadapan. Sekali lagi saya ingin bertanya apakah

langkah-langkah kerajaan mengenai isu ini?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Isu yang

saya ingin sentuh ialah mengenai liputan 3G dan 4G di Kelantan. Adakah kementerian sedar

walaupun di kawasan bandar dan juga di kawasan luar bandar, masih terdapat blind spot area

dengan izin, di mana tiada access internet di kawasan tersebut. Ini menimbulkan keresahan

dan kesusahan kepada pengguna internet sama ada kemudahan internet di rumah atau

premis perniagaan. Soalan saya, adakah pihak kementerian akan mengkaji dan meneliti

masalah ini dan mencari jalan penyelesaian dengan segera kerana ia bukan sahaja akan

DN 4.12.2018 87 mengganggu sistem telekomunikasi malah segala perkara yang berkaitan dengan komunikasi

seperti perniagaan dan perhubungan akan terjejas.

Saya juga ingin bertanya mengenai liputan MYTV di Kelantan dan juga negeri-negeri

di pantai timur. Saya difahamkan syarikat pengendali sedang menghadapi masalah dengan

pihak Telekom Malaysia. Terdapat juga aduan bahawa liputan MYTV tidak meluas di kawasan

luar bandar di Kelantan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian mengenai

isu yang saya bawa tadi?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani mengenai pembangunan pertanian di negara kita. Sebelum itu, izinkan

saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana berjaya menganjurkan MAHA baru-

baru ini. Sambutan dari rakyat amat tinggi walaupun ada beberapa perkara harus diperbaiki

dari segi penganjuran MAHA tetapi hasrat kementerian untuk menggalakkan usaha tani di

kalangan orang muda tercapai. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai apakah

pencapaian terkini dalam bidang research and development (R&D) bagi menarik ramai orang

muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Saya difahamkan bahawa kementerian ini ada dasar sumber rezeki baru (SRB).

Adakah dasar ini masih wujud di kementerian? Sekiranya ada, apakah perkembangan,

kemajuan dan sambutan orang ramai dari dasar ini? Seterusnya saya ingin bertanya

berapakah jumlah dana yang sedia untuk sumber rezeki baru (SRB) dan berapakah telah

disalurkan kepada petani untuk menggalakkan mereka menceburkan diri dalam bidang

pertanian dan berapa bilangan petani yang terhasil dalam program ini?

Tuan Yang di-Pertua, kementerian terakhir yang saya ingin sentuh ialah Kementerian

Pendidikan. Tiada siapa boleh nafikan bahawa pendidikan merupakan teras penting dalam

pembangunan modal insan untuk menjadi negara maju. Pendidikan boleh ditakrifkan sebagai

sebahagian dari teras ketiga dari enam pelan strategik RMKe-11. Pendidikan berkait rapat

dengan pembangunan, tanpa pendidikan yang baik pasti negara akan kecundang. Semua

rakyat mahukan akses atau peluang untuk mendapat pendidikan yang sempurna sama ada

masyarakat di bandar dan di luar bandar.

Semua inginkan pendidikan yang terbaik. Tumpuan saya sekarang ini ialah mereka

yang berada di luar bandar, masyarakat kampung terutamanya di Kelantan dan kawasan

pedalaman Sabah dan Sarawak. Soalan saya, apakah langkah proaktif kerajaan supaya tiada

rakyat Malaysia akan terpinggir terutama masyarakat di luar bandar Sabah dan Sarawak dari

arus pendidikan negara? Adakah kementerian ada menyediakan latihan dan persiapan

kepada guru-guru yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah di luar bandar. Apakah langkah-

langkah kementerian bagi menangkis tanggapan rakyat bahawa mutu pendidikan kita masih

di tahap yang rendah dan tidak setanding dengan negara maju yang lain.

DN 4.12.2018 88

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas ini saya lihat sebagai suatu

langkah yang positif dalam usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bersama

jentera kerajaan untuk membawa Malaysia ke taraf sebuah negara maju menjelang 2020.

Ketika ini saya sedih melihat apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini, dengan

berlakunya sedikit kekacauan politik dan baru-baru ini isu kaum yang boleh menjejaskan

hubungan kaum di negara ini.

Kita harus memupuk nilai murni dan semangat perpaduan kerana masyarakat

Malaysia memang dipandang tinggi di dunia. Ini kerana masyarakat kita merupakan

masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan budaya. Marilah kita sama-sama memelihara

semua ini. Saya anggap ini semua sebagai ujian kepada kita semua sama ada kita akan

hadapi dengan semangat yang kental dan bijaksana atau hanya mengambil kesempatan yang

ada yang boleh memusnahkan kita semua.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya akhiri

ucapan saya, saya ingin memetik kata-kata ucapan dari sahabat saya semalam ialah Yang

Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi. Beliau ada menyebut mengenai untuk menjadi

sebuah kerajaan yang kuat, kerajaan tersebut harus terbuka menerima kritikan sama ada

dalam parti kerajaan itu sendiri atau parti pembangkang.

Dari kritikan itu, maka kita semua boleh ambil pengajaran dan iktibar supaya kerajaan

dapat membuat polisi-polisi dan dasar untuk rakyat. Antaranya, menyediakan peluang

pekerjaan, membantu golongan petani, memelihara alam sekitar, menyediakan sumber air

yang bersih, menyediakan pendidikan bermutu untuk anak-anak kita, kemudahan kesihatan

yang baik dan membekalkan makanan yang secukup untuk rakyat Malaysia. Dengan ini kita

semua boleh ambil peranan dan membina negara yang maju, aman dan sentosa.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya menyokong sepenuhnya

pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang kita jemput pula

Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas. Dipersilakan.

4.48 ptg.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana telah

memberi kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh

Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Pembentangan Kajian Separuh Penggal

DN 4.12.2018 89 Rancangan Malaysia Kesebelas telah menjadi perbincangan yang hangat dalam kalangan

penganalisis dan orang awam atas beberapa sebab.

Pertama, rakyat ingin mengetahui di manakah kita berada pada ketika ini. Adakah

sasaran yang ingin dicapai masih lagi relevan di dalam keadaan ekonomi semasa.

1650

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang perlu saya sentuh ialah berhubung dengan hutang

negara yang dimomokkan mencecah RM1 trilion. Namun begitu dalam laporan Kajian

Separuh Penggal RMK-11 mengesahkan bahawa nisbah hutang kepada KDNK menyusut

kepada 50.8 peratus dan bukannya naik. Anehnya dalam dokumen berkenaan tidak terdapat

angka RM1 trilion.

Ini bermaksud Tuan Yang di-Pertua, bahawa hutang sebenar kerajaan ialah RM686

bilion berakhir tahun 2017 seperti yang terdapat dalam dokumen tersebut, serta diakui oleh

Laporan Bank Dunia baru-baru ini. Dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini iaitu pada

tahun 2011- 2017, kadar pertumbuhan Malaysia mengatasi ekonomi empat harimau ekonomi

di Rantau ASEAN iaitu Korea, Taiwan, Singapura, dan Hong Kong.

Oleh itu, jika hendak dikatakan Malaysia bakal muflis, maka ia adalah satu ciptaan dan

andaian yang salah sama sekali. Ciptaan ini semata-mata untuk mencapai matlamat politik

pihak-pihak tertentu. Jika benar hutang negara satu trilion yang meliputi liabiliti luar jangka

dan pembayaran pajakan, saya mohon kerajaan untuk membentang secara terperinci senarai

hutang-hutang tersebut, kadar faedah dan tempoh penyelesaiannya. Di samping itu, Tuan

Yang di-Pertua, saya juga mohon kerajaan untuk membentangkan secara terperinci hutang-

hutang lama yang melibatkan syarikat gergasi kerajaan seperti MAS, PERWAJA, Proton, dan

PETRONAS.

Projek-projek negara seperti IPP, LRT, Cyberjaya Multi Koridor, dan FKFZ, dan Bank

Negara serta bank tempatan seperti Bank Bumiputera pada waktu era pentadbiran Perdana

Menteri yang ada pada hari ini yang didapati banyak berlaku penyelewengan dan ketirisan.

Tuan Yang di-Pertua, sungguh pun demikian semenjak teraju pemerintahan kerajaan berada

di bawah Pakatan Harapan, hutang negara dalam suku ketiga tahun 2018 sahaja telah

melonjak sebanyak RM731,134 bilion, daripada RM886 bilion pada akhir 2017.

Ini adalah susulan tindakan kurang bijak kerajaan memansuhkan kutipan cukai GST

dan menggantikan dengan cukai SST, yang menyebabkan pendapatan kerajaan menyusut

sehingga menjejaskan banyak program kesejahteraan rakyat seperti BR1M dan bantuan

kepada para petani, nelayan, dan peneroka serta para pelajar. Ini membuktikan bahawa

Kerajaan Pakatan Harapan tidak berupaya menguruskan kewangan negara dengan baik.

Dalam Laporan Bajet 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, defisit fiskal telah kembali

meningkat kepada 3.7 peratus daripada 2.8 peratus yang dijangkakan bagi tahun 2018.Defisit

DN 4.12.2018 90 ini dijangka terus kekal tinggi pada tahun 2019 sebanyak 3.4 peratus dan pada tahun 2020

sebanyak tiga peratus. Apa yang membimbangkan kita dengan kadar perdagangan negara

yang semakin menyusut berikutan lebihan dagangan antarabangsa jatuh dengan banyak iaitu

paling rendah bagi tempoh 45 bulan, keadaan ini boleh mengakibatkan Malaysia berhadapan

dengan defisit yang berganda.

Bank Dunia juga menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.7 peratus

pada tahun 2019 dan 4.6 peratus pada tahun 2020 berbanding prestasi luar biasa 5.9 peratus

yang dicatat pada tahun 2017. Bank Dunia juga menyatakan, sebagai sebuah ekonomi yang

sangat terbuka, Malaysia akan terus berdepan risiko berikutan ketidakpastian dan dalam

persekitaran luaran.

Dengan terhapusnya cukai GST, Tuan Yang di-Pertua kerajaan kekurangan

pendapatan untuk program-program pembangunan yang diperlukan untuk kesejahteraan

rakyat. Kita patut bersyukur kerana semasa krisis kejatuhan harga minyak dan komoditi pada

tahun 2016- 2017, hasil perolehan GST telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara.

Saya bimbang dengan perkembangan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada

suasana ekonomi global yang semakin malap, krisis ekonomi dunia yang melibatkan perang

perdagangan antara China dan Amerika Syarikat telah menampakkan kesan kepada

Malaysia, ditambah dengan keadaan politik negara yang kurang stabil boleh melemahkan

usaha untuk mencapai matlamat RMK-11.

Bagi mengukur pendapatan negara dalam Bajet 2019, kerajaan telah menggunakan

formula penetapan harga minyak mentah kepada USD70 satu tong. Kebanyakan para

penganalisis berpendapat bahawa kaedah penetapan ini sangat tidak sesuai kerana harga

minyak global sentiasa sahaja berubah-ubah dari masa ke semasa.

Namun begitu, harga minyak dunia sekarang telah berubah. Harga minyak telah pun

menyusut kepada USD58 setong berdasarkan harga pada bulan November 2018. Maknanya

pendapatan negara telah menyusut. Keadaan ini akan menyebabkan defisit akan meningkat

lebih daripada 3.7 peratus bagi tahun ini dan kedudukan defisit mungkin akan terus meningkat

pada tahun hadapan memandangkan ekonomi global yang dijangka bertambah lembap.

Semasa kejatuhan harga minyak yang teruk, pada tahun 2016 dan 2017, ini saya

ulang balik kah ini?... Berjaya menyelamatkan ekonomi negara melalui pendapatan GST.

Tuan Yang di-Pertua amat mendukacitakan, walaupun harga minyak kembali stabil

berbanding tahun 2016, pendapatan Kerajaan Persekutuan telah merosot. Sebagai contoh

pendapatan bulan Jun 2018 hanya berjumlah RM14.1 bilion berbanding RM20.9 bilion pada

tahun 2018. Kemerosotan ini adalah disebabkan langkah mensifarkan cukai GST. Keadaan

bertambah teruk kerana kerajaan tidak menjangkakan peningkatan mendadak tuntutan balik

GST yang perlu dibayar sebaik disifarkan.

DN 4.12.2018 91

Dengan pemansuhan GST, kerajaan terpaksa kehilangan hasil pendapatan RM44

bilion berbanding SST cuma berupaya mengutip sebanyak RM21 bilion bagi tahun 2018. Itu

sebabnya hutang kerajaan telah membengkak kepada RM731,134 bilion, dalam tempoh tujuh

bulan sahaja. Akibatnya defisit fiskal 2018 telah kembali meningkat kepada 3.7 peratus iaitu

lebih tinggi berbanding unjuran sebelum ini.

■1700

Apa yang membimbangkan, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan risiko

terhadap penarafan kredit negara kepada negatif yang pada waktu ini pada A3 seperti mana

yang diunjurkan oleh badan penarafan Moody’s dan A- oleh badan penarafan Fitch. Oleh itu,

saya ingin tahu apakah langkah pendapatan baharu jangka panjang yang dirancang kerajaan

untuk menangani pemansuhan GST?

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi langkah yang kurang bijak kerajaan adalah

menggunakan wang PETRONAS sebanyak RM30 bilion untuk membayar balik tuntutan

kembali cukai GST dan cukai pendapatan yang berjumlah RM37 bilion. Langkah ini sangat-

sangat membahayakan kewangan negara. Oleh kerana jika berlaku krisis ekonomi, negara

akan berhadapan dengan kedudukan kewangan yang sukar untuk menguruskan negara.

Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah rasionalnya kerajaan membuat

pinjaman kewangan daripada Kerajaan Jepun? Menurut Perdana Menteri, kerajaan memohon

pinjaman dalam mata wang Yen untuk menyelesaikan hutang negara. Persoalannya,

mengapa kerajaan tidak mahu membuat pinjaman dari dalam negara kerana ia selamat dan

kurang berisiko. Apa yang menghairankan, hampir semua hutang kerajaan adalah dalam

Ringgit dan hanya dua peratus daripada RM686 bilion hutang kerajaan sebelum ini dalam

mata wang asing, termasuk Yen. Tun Mahathir dipetik sebagai berkata, telah meminta Jepun

memberikan kredit Yen kepada Malaysia dengan kadar faedah yang dibayar balik lebih 40

tahun. Langkah kerajaan ini boleh mendatangkan risiko untuk negara muflis lebih tinggi

apabila kita meminjam dalam mata wang asing seperti Yen kerana terdedah kepada naik turun

kadar tukaran mata wang Ringgit - Yen dan juga kadar faedah negara Jepun.

Negara tidak akan muflis apabila meminjam dalam mata wang sendiri kerana

pengeluaran Ringgit dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Jadi, tidak timbul isu negara akan

muflis dengan 98 peratus daripada hutang kerajaan didominasi dalam Ringgit. Buat waktu ini,

negara masih terhutang berbilion-bilion Ringgit kepada negara Jepun, yang mana hutang-

hutang bilateral ini dibuat pada tahun 90-an untuk projek khusus seperti projek pembangunan

luar bandar, pembinaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Projek Empangan Bris,

projek pembangunan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan banyak lagi.

Apa yang menjadi persoalan lebih besar ialah kerana kerajaan membuat pinjaman

daripada Jepun untuk membayar hutang dan bukannya untuk pembangunan. Seterusnya,

DN 4.12.2018 92 saya ingin penjelasan kerajaan. Apakah rasional di sebalik daripada tindakan kerajaan

menjual aset-aset bernilai tinggi, Khazanah Nasional GLC seperti mana yang berlaku

terhadap IHH Berhad iaitu kumpulan hospital kedua terbesar di dunia?

Saya berasa sangat janggal dengan tindakan kerajaan menjual IHH Berhad kepada

syarikat Mitsui, Jepun dengan harga RM8.4 bilion yang menjadikan pemegang saham

terbesar syarikat tersebut. Saya ingin tahu kenapa kerajaan menjual aset kepada orang asing

yang terbukti sebuah syarikat yang telah berjaya memberi keuntungan kepada kerajaan?

Tuan Yang di-Pertua, saya turut berasa kecewa kerana tindakan Kerajaan PH ini telah

menyebabkan negara kehilangan peluang untuk membina dan memiliki sebuah syarikat

multinasional bertaraf global. Saya juga difahamkan kerajaan juga berhasrat untuk menjual

25 peratus saham dalam PETRONAS yang boleh memberi dana sebanyak RM200 bilion

kepada kerajaan. Oleh itu, saya minta penjelasan kerajaan, adakah maklumat ini benar

ataupun salah? Jika benar, ia amat mendukacitakan kerana aset kerajaan bakal dijual kepada

pihak lain dan mungkin kepada orang asing dan kroni-kroni pihak tertentu.

Kalau IHH Berhad terlepas kepada orang asing dan begitu juga mungkin terjadi

kepada aset-aset lain kerajaan. Adakah ini dapat disamakan dengan dakwaan Pakatan

Harapan sebelum ini bahawa negara bakal dijajah oleh rakyat asing? Saya mohon

pencerahan. Bagi mengelakkan kerugian besar kepada negara dan rakyat Malaysia, saya

berpendapat telah tiba masanya kerajaan mewujudkan satu dasar berhubung penjualan aset

kerajaan ini perlu bagi memastikan aset-aset menjaga kepentingan hak bumiputera dan

rakyat Malaysia, pemilikan-pemilikan oleh rakyat asing boleh menyebabkan keistimewaan

untuk kaum bumiputera dan rakyat Malaysia terhakis.

Di samping itu, bagi mengelakkan daripada aset-aset ini dijual kepada kroni-kroni

pihak tertentu, saya juga tertarik dalam usaha kerajaan untuk memerangi rasuah. Pada tahun

2010 dan 2011, Kerajaan Barisan Nasional telah mencadangkan sistem dana politik yang

telus tetapi ditolak oleh pembangkang di waktu itu. Pada masa itu, kerajaan hendak

simpankan dalam rekod semua transaksi dana politik secara sistematik supaya tidak ada

rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya tetapi telah ditolak oleh parti pembangkang.

Jadi hari ini, saya cadangkan- saya ada cadangan baru, kita hendak tengok- jadi, hari

ini ada cadangan baru pula, kita hendak tengok apa cadangan baru ini? Akan tetapi prinsipnya

telah dimulakan oleh kerajaan yang terdahulu tetapi telah ditolak oleh pembangkang pada

masa itu.

Bagi bersikap adil, saya menyeru kerajaan supaya penyiasatan terperinci dilakukan

terhadap tabung kewangan semua parti-parti politik bagi memastikan tiada berlaku unsur

rasuah dan kemasukan dana politik dari agensi negara asing ke dalam negara. Saya bimbang

Tuan Yang di-Pertua, terhadap perakuan yang dibuat oleh International Republican Institute

DN 4.12.2018 93 (IRI). Sebuah badan pemikir berpangkalan di Washington, bahawa mereka telah menyalurkan

dana politik kepada parti-parti politik. Pendedahan ini membuktikan bahawa pihak asing telah

berjaya campur tangan dalam hal ehwal negara kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meluahkan rasa kecewa kerana laporan

ini langsung tidak menyentuh janji Pakatan Harapan. Dalam manifesto Pilihanraya Umum Ke-

14 yang lalu, sebaliknya ia sekadar lanjutan daripada usaha yang dimulakan oleh Kerajaan

Barisan Nasional yang terdahulu. Dalam laporan tersebut tidak dinyatakan pelaksanaan

penghapusan tol, penghapusan PTPTN, penghapusan hutang peneroka FELDA dan

sebagainya. Malah, hari ini kita dikejutkan oleh beberapa perkara yang memeranjatkan rakyat.

■1710

Soal-soal untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat di bawah sana

langsung tidak ada. Bajet yang dibentangkan tempoh hari langsung ketepikan masalah rakyat

marhaen di bawah sana. Ini yang mendukacitakan kita. Tadi sahabat-sahabat saya, rakan-

rakan saya memberitahu bukan sahaja soal masalah getah, masalah sawit, masalah nelayan,

malah yang di bandar ini juga masalah JKM tidak dibayar sepenuhnya seperti yang terdahulu.

Ini amat malang dan kita di bawah sana juga terdengar bisik-bisik daripada rakyat

keseluruhannya, mungkin ada kesilapan di mana-mana. Kita berdoa kepada Allah SWT

supaya ia kembali pulih seperti sedia kala.

Jadi harapan saya kepada RMKe-11 ini supaya ia dapat dilaksanakan dengan

sempurna dan mengambil kira masalah rakyat di bawah sana. Masalah rakyat yang cukup

terseksa hari ini, masalah rakyat yang tidak cukup untuk menampung keluarga mereka. Saya

difahamkan pekebun kecil getah mendapat pendapatan lebih kurang RM8 sehari hari ini. Apa

yang mereka hendak makan Tuan Yang di-Pertua? Sekolah sudah hendak buka. Dulu Tuan

Yang di-Pertua, menjelang persekolahan ini kita ada RM100 untuk anak-anak baharu masuk

sekolah. Kita ada program Back To School, sekarang tidak ada, kosong.

Ramai rakyat datang jumpa kita, cikgu-cikgu pun datang jumpa kita Tuan Yang di-

Pertua. Padan muka kata, dulu pilih sangat, tanggunglah sendiri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mohon maaf, saya dengan ini menyokong

Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin

Mat Ghani. Terima kasih atas ucapan tadi dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator

Dr. Nuing Jeluing.

DN 4.12.2018 94 5.12 ptg.

Dr. Nuing Jeluing: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi saya laluan

untuk berbahas petang ini, stand by punya candidate. Saya akan mengehadkan bahas saya

kepada Kajian Separuh Penggal sahaja ya. Isu yang kita bahas dalam tiga hari ini. Saya

menerima baik laporan baik Kajian Separuh Penggal yang di bentang oleh Yang Berhormat

Menteri Hal Ehwal Ekonomi kelmarin.

Dalam tempoh kajian semula 2016 sampai 2017, ekonomi negara dikatakan mencatat

pertumbuhan purata sebanyak 5.1 percent setahun iaitu dalam sasaran asal antara lima

percent hingga enam percent. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2016

adalah sebanyak 4.2 percent dan tahun 2017, 5.9 percent. Itu juga memuaskan. Namun

beberapa sasaran tidak tercapai. Bagi tempoh 2018 sampai 2020, keutamaan dan penekanan

baharu perlu diperkenalkan untuk memastikan sasaran dapat dicapai dalam rancangan

RMKe-11.

Ada beberapa penekanan baharu yang menggembirakan iaitu seperti mengasingkan

peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Suruhanjaya seperti SPRM dan SPR

bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen. Ini cadangan yang menggembirakan.

Mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan seperti Perdana Menteri, Menteri Besar dan

Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja adalah langkah yang kita semua patut sokong demi

kepentingan negara. Saya berharap pelaksanaan cadangan ini disegerakan.

Walau bagaimanapun, saya minta penjelasan dari kementerian berkenaan iaitu

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, langkah-langkah penekanan baharu seperti berikut.

Tonggak kedua iaitu keutamaan pertama meningkatkan inklusiviti ke arah masyarakat yang

saksama. untuk memperkasakan kumpulan minoriti bagi suku-suku kaum Sarawak dan

Sabah, saya minta makluman yang terperinci mengenai program pendidikan, latihan,

kemahiran dan keusahawanan yang dirancang dalam tahun 2018 sampai 2020? So saya

minta kementerian memberi makluman yang terperinci mengenai program-program ini.

Di bawah tonggak kedua juga, keutamaan kedua, meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sebanyak 200 ribu rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh 2018 sampai 2020. Dari

jumlah ini saya bertanya berapakah unit akan dibina di Sarawak? Berapakah sebenarnya

harga rumah yang dikatakan rumah mampu milik ini? Oleh sebab dahulu bila dikatakan rumah

rakyat itu murah, tapi bila sudah siap, ia berharga sampai RM300 ribu satu unit. So saya harap

kali ini tidak berlaku yang sama.

Di bawah tonggak ketiga, menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang

dalam strategi C5, meningkatkan pembangunan tanah adat. Pengukuran dan pemetaan hak

tanah adat akan dilaksanakan bagi membolehkan tanah adat dibangunkan.

DN 4.12.2018 95

Akan tetapi saya keliru sikit dengan hasrat ini sebab tiada peruntukan dalam Bajet

2019 untuk perkara ini. So, bagaimana hendak melaksanakan kerja pengukuran dan

pemetaan kalau tiada bajet? Di tahun-tahun yang lepas, sebanyak RM30 juta setiap tahun

diperuntukkan untuk Sarawak untuk tujuan ini.

So, saya minta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau Kementerian Kewangan

memberi penjelasan mengapa tidak ada peruntukan untuk tahun akan datang atau tahun

2019? Berkenaan dengan kemudahan kesihatan, Hospital Umum Miri akan di naik taraf. Saya

ucapkan terima kasih atas cadangan ini tetapi yang penting juga membina satu lagi poliklinik

atau pusat kesihatan untuk Bandaraya Miri. Saya rasa lebih penting dari naik taraf Hospital

Miri ini sebab dua poliklinik yang sedia ada di Bandaraya Miri adalah terlalu sesak tiap-tiap

hari dan tidak mencukupi untuk rakyat di Bandaraya Miri.

■1720

Mengenai sekolah daif yang sudah disentuh oleh rakan saya kelmarin tapi saya juga

mahu bercakap sikit dengan masalah ini, sekarang ikut statistik yang sedia ada di kerajaan

Sarawak ada 1,020 buah sekolah yang daif di seluruh Sarawak. Dari jumlah ini 415 buah

memerlukan perhatian segera sebab 415 buah sekolah ini di senaraikan di bawah kategori 3

yang bermakna lebih dari 75 percent bangunan sekolah tidak boleh diguna pakai. Category 3

means 75 percent of the school building cannot be used, tidak boleh digunakan dengan izin.

Saya minta agar peruntukan untuk Sarawak ditambah untuk membaik pulih sekolah-

sekolah yang daif ini. Sebagai comparison, sebagai contoh Bajet 2018 iaitu tahun ini, RM2.5

bilion sudah diberi untuk sekolah daif dan dari jumlah itu RM1 bilion untuk Sarawak. Dalam

tahun ini, tahun 2018, 116 buah sekolah telah di baik pulih yang menelan belanja RM416.5

million iaitu dari RM500 million yang diperuntukkan untuk tahun 2018, yang saya ingin tanya

ialah di manakah baki RM500 million yang diperuntukkan untuk tahun 2019 atau tahun depan.

Ini kerana kalau kita tengok bajet untuk 2019 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat hanya

RM100 million saja diperuntukkan untuk tahun 2019, untuk masalah ini.

Mengenai gaji bulanan minimum yang sudah dikatakan RM1,500 sebulan. Saya

merasa ini tidak mencukupi memandangkan harga barang yang sudah naik dan mata wang

ringgit yang sudah turun. Saya cadangkan mengapa tidak naikkan gaji bulanan minimum itu

ke RM1,500 selaras dengan janji Manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya yang ke-14.

So, saya berharap Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mendengar saya punya cadangan dalam

beberapa perkara yang saya sudah sentuh. Dengan ini saya mohon menyokong Kajian

Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing,

terima kasih banyak-banyak. Sekarang akhirnya kita menjemput Yang Berhormat Datuk

Abidullah Salleh. Ada? Tidak ada? Yang Berhormat Datuk Abidullah Salleh ada?

DN 4.12.2018 96

5.24 ptg.

Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita

masa pun sudah ini- kita sambung esoklah. Ada tinggal lagi lima minit saja, hendak sambung-

sambung, sampai esok. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tadi dia ada?

Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Cukuplah, dia buat pantun okeylah.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi saya bagi peluang sebanyak mungkin ya, bagi

pendapat dan pandangan ya.

5.25 ptg.

Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Okey, kalau sambung saya sambung lagi lima minit.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk saya bahas

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa inti pati yang hendak saya kemukakan pada

bahas tentang Kajian Separuh Penggal iaitu yang pertama isu pelabur luar. Saya melihat

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini sebagai pemangkin yang mampu

merangsang keyakinan para pelabur khususnya pelabur asing. Saya sebenarnya

menjangkakan akan ada dasar serta insentif baharu khususnya dalam usaha melonjakkan

pelaburan langsung asing iaitu FDI bagi memastikan Malaysia terus kekal menarik sebagai

destinasi pelaburan global.

Pada masa yang sama saya turut menjangkakan perubahan dasar kerajaan terdahulu

yang lebih menumpukan kepada industri berintensif buruh serta pembangunan projek-projek

mega. Namun saya bimbang melihat perkembangan semasa hari ini di mana para pelabur

luar khabarnya mengambil sikap, dengan izin, wait and see. Mereka takut hendak melabur

lagi di negara kita. Sebelum membuat pelaburan dalam negara kita- juga pelaburan sedia ada

khabarnya semakin menguncup dan ada yang berura-ura memindahkan pelaburan mereka

ke negara-negara jiran yang khabarnya menawarkan insentif yang lebih menarik.

Benar kah dakwaan ini? Diharap Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan dalam

jawapan Yang Berhormat Menteri kelak. Seterusnya, saya hendak menyentuh tentang isu ke

arah Wawasan 2020. RMKe-11 yang dilancarkan pada 21 Mei 2015, merupakan pelan

pembangunan lima tahun Malaysia dalam usaha mencapai sasaran Wawasan 2020. Soalan

saya, masih kah kerajaan sekarang meletakkan wawasan 2020 yang tinggal setahun saja lagi

sebagai target untuk mencapai impian Malaysia sebagai sebuah negara maju dan

berpendapatan tinggi? Soalan kedua saya, bersedia kah kita dari segi infra, pelaburan, gaya

DN 4.12.2018 97 hidup, mentaliti serta faktor-faktor mikro dan makro ekonomi bagi mencapai impian tersebut?

Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri.

Ketiga, saya hendak sentuh tentang penempatan perumahan. Saya ingin mengambil

kesempatan dalam Dewan ini untuk bertanyakan tentang permasalahan perumahan. Saya

sedar bahawa kerajaan hari ini mempunyai inisiatif bagi menyediakan penempatan yang

selesa kepada rakyat terutamanya kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Kerajaan terdahulu menyasarkan pembinaan 606 ribu unit rumah untuk isi rumah

berpendapatan rendah dan sederhana pada 2020. Pencapaian separuh penggal ialah

sebanyak 139,239 unit sudah terbina, kira-kira hanya 23 peratus saja.

Walaupun tidak mencapai separuh dari sasaran, kerajaan dahulu sudah berusaha

sehabis baik namun terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi seperti penyediaan

rumah mampu milik yang tidak sesuai dengan golongan sasar kerana harga yang terlalu

tinggi, kerenah daripada kerajaan negeri, tapak ataupun tanah yang terhad, ketidaklayakan

golongan sasar ini untuk membuat pinjaman dan lain-lain lagi.

Saya setuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan baharu untuk

memperkasakan penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan

rendah dan sederhana seperti penubuhan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara dan

meningkatkan penawaran rumah mampu milik di atas tanah wakaf dan Baitulmal. Kejap lagi,

saya pendekkan.

Persoalannya mengapakah kajian ini mengecilkan sasaran penyediaan rumah mampu

milik daripada 606,000 unit kepada hanya 200,000 unit rumah untuk seisi rumah

berpendapatan rendah dan sederhana iaitu pengurangan sebanyak 466,000 iaitu anggaran

77 peratus unit daripada sasaran asal. Akhir sekali, kerajaan sepatutnya menambah

pembinaan bilangan rumah mampu milik terutamanya penyediaan rumah mampu milik yang

mesra keluarga, selesa dan bertepatan dengan pendapatan isi rumah di samping

meningkatkan penyelesaian untuk meningkatkan kebolehmilikan rumah tersebut oleh

golongan sasar seperti Skim MyDeposit dan Skim Rumah Pertamaku.

Jadi setakat itu saja, nanti lagi panjang, ada lagi. Jadi terima kasih, saya menyokong

RMKe-11, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat dan saya baru-baru ini

dijemput oleh rakan-rakan seperjuangan, dia kata “Datuk Seri saya pun takut hendak

berniaga, ada risiko. Takut juga hendak masuk politik ada risiko dan juga saya pun ada angan-

angan hendak tambah lagi satu, takut ada risiko”. Dia kata. Jadi saya beritahu dia, “Dato’ ingat

apa kata pantun orang Melayu...”

DN 4.12.2018 98

Budak-budak bermain tombak; Tombak diikat dengan rantai; Kalau takut dilambung ombak; Jangan berumah di tepi pantai.

Itu saya kata, yang pentingnya Yang Berhormat kita hendak buat perkhidmatan, buat

jasa, hendak buat budi. Budi dan jasa kita pada negara kita, budi kita, jasa kita. Bak kata

orang tua-tua.

Cincin emas cincin suasa; Si pakai gadis dari seberang; Buatlah jasa sepanjang masa; Nama baik dikenang orang... [Dewan tepuk]

Itu dia tadi, jadi Ahli Yang Berhormat terima kasih banyak atas kerjasama Ahli Yang

Berhormat sekalian dengan tekun dan waspada.

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10

pagi, hari Rabu, 5 Disember 2018. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]