assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan … · 2020. 1. 13. · salam...

6
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam Perpaduan, Tuan/ Puan, Dengan hormatnya dikemukakan laporan media pada tarikh 13 Januari 2020 (Isnin) untuk makluman warga PERPADUAN. BERITA / ARTIKEL : BIL TARIKH TAJUK BERITA AKHBAR M/S KATEGORI 1 11 Jan 2020 (Sabtu) Cara menangani isu perkauman Sinar Harian 8 Makluman 2 11 Jan 2020 (Sabtu) Elak polarisasi kaum, politik negatif Sinar Harian 4 Makluman 3 12 Jan 2020 (Ahad) Erat hubungan semakin rapuh Sinar Harian 6 Makluman 4 13 Jan 2020 (Isnin) Kerajaan perlu ambil tindakan demi perpaduan Malaysia Sinar Harian 41 Makluman 5 13 Jan 2020 (Isnin) Keharmonian kaum diutamakan Sinar Harian 4 Makluman 6 13 Jan 2020 (Isnin) Media perlu banyakkan laporan menjurus kearah perpaduan kaum Sinar Harian 2 Makluman 2. SINOPSIS : 1. 11 Jan 2019 (Sabtu), Sinar Harian ms 8: Menghormati satu sama lain merupakan azimat utama dalam membanteras sentimen perkauman dalam Negara. Semua orang perlu sedar Malaysia sebuah Negara berbilang kaum dan tidak seharusnya ada satu kaum yang dominan. Sebagaimana pentingnya ekonomi begitu jugalah pentingnya perpaduan kerana jika ekonomi jatuh malah perpaduan juga ikut sama jatuh.

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Salam Sejahtera Dan Salam Perpaduan,

    Tuan/ Puan,

    Dengan hormatnya dikemukakan laporan media pada tarikh 13 Januari 2020 (Isnin) untuk

    makluman warga PERPADUAN.

    BERITA / ARTIKEL :

    BIL TARIKH TAJUK BERITA AKHBAR M/S KATEGORI

    1 11 Jan 2020 (Sabtu) Cara menangani isu perkauman Sinar Harian 8 Makluman

    2 11 Jan 2020 (Sabtu) Elak polarisasi kaum, politik negatif

    Sinar Harian 4 Makluman

    3 12 Jan 2020 (Ahad) Erat hubungan semakin rapuh Sinar Harian 6 Makluman

    4 13 Jan 2020 (Isnin) Kerajaan perlu ambil tindakan demi perpaduan Malaysia

    Sinar Harian 41 Makluman

    5 13 Jan 2020 (Isnin) Keharmonian kaum diutamakan Sinar Harian 4 Makluman

    6 13 Jan 2020 (Isnin) Media perlu banyakkan laporan menjurus kearah perpaduan kaum

    Sinar Harian 2 Makluman

    2. SINOPSIS :

    1. 11 Jan 2019 (Sabtu), Sinar Harian ms 8:

    Menghormati satu sama lain merupakan azimat utama dalam membanteras sentimen

    perkauman dalam Negara. Semua orang perlu sedar Malaysia sebuah Negara berbilang

    kaum dan tidak seharusnya ada satu kaum yang dominan. Sebagaimana pentingnya

    ekonomi begitu jugalah pentingnya perpaduan kerana jika ekonomi jatuh malah

    perpaduan juga ikut sama jatuh.

  • 2. 11 Jan 2019 (Sabtu), Sinar Harian ms 4:

    Polarisasi perkauman dan politik berlebihan boleh mengancam hubungan harmoni

    pelbagai kaum di Malaysia sekiranya ia tidak dibendung dengan segera. Dua faktor itu

    juga membawa kepada perselisihan faham akibat kurangnya pemahaman dan sikap

    saling menghormati.Apa yang paling diperlukan sekarang untuk meneutralkan politik

    kebencian ialah pembina jambatan etnik dan bukanya wira etnik. Pemimpin terutamanya

    diperingkat nasional perlu menjadi contoh kepada rakyat dan bukannya sebaliknya.

  • 3. 12 Jan 2019 (Ahad), Sinar Harian ms 6:

    Kempen Uninstall Hatred : Reboot Malaysia & Global harmony adalah untuk

    menyatupadukan etnik dinegara ini mendapatkan sokongan padu pemimpin

    terutamanya bukan melayu. Semua pihak seharusnya tidak memainkan isu perkauman

    dan agama berikutan hubungan kaum kini semakin parah.

  • 4. 13 Jan 2019 (Isnin), Sinar Harian ms 41:

    Menjadi tanggungjawab kerajaan pemerintah dalam memastikan keharmonian kaum

    dinegara ini terjamin.Ingatlah semua sekali sesuatu kaum bertelagah dengan kaum lain

    maka akibatnya sangat buruk sehingga sukar dibendung dab bagaikan tidak mampu

    untuk diubati lagi.

    5. 13 Jan 2019 (Isnin), Sinar Harian ms 4:

    Isu keharmonian kaum merupakan keutamaan kerajaan namum diakui bukan satu

    perkara mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Menteri kewangan, Lim Guan Eng

    berkata sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip demokrasi dan terbuka

    pihaknya bersedia menerima dan memberi ruang kepada semua untuk menyatakan

    pandangan masing-masing.

  • 6. 13 Jan 2019 (Isnin), Sinar Harian ms 2:

    Media di negara ini disarankan memperbanyakkan lagi program dan berita yang

    menjurus kearah pemupukan perpaduan kaum. Laporan dan berita yang positif dapat

    meningkatkan perpaduan dan seterusnya memupuk hubungan baik diantara kaum

    dinegara ini. Media hendaklah memainkan peranan lebih efektif dalam memberi

    kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya kita bersatu padu dalam perkara-perkara

    yang melibatkan kepentingan bersama.

  • "Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"

    MOHD FAISAL BIN SALEH

    Bahagian Korporat

    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

    Jabatan Perdana Menteri