deviasi dalam sukan

15
DEVIASI DALAM SUKAN

Upload: syuk-ri

Post on 07-Feb-2016

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota psikososial sukan

TRANSCRIPT

Page 1: DEVIASI DALAM SUKAN

DEVIASI DALAM SUKAN

Page 2: DEVIASI DALAM SUKAN

DEVIASI DALAM SUKAN

Page 3: DEVIASI DALAM SUKAN

DEVIASI DALAM SUKAN

• Penyelewengan, penyimpangan terhadap norma-norma dan nilai-nilai sukan

• Penyelewengan berlaku samada di dalam sukan mahupun di luar acara sukan

• Penyelewengan tidak tertakluk kepada satu pihak semata-mata

Page 4: DEVIASI DALAM SUKAN

DEFINISI DEVIASI

• Deviasi– Penyelewengan, penyimpangan terhadap norma-

norma dan nilai kemasyarakatan

• Sebarang penyimpangan adalah tingkah laku yang dianggap oleh sebahagian besar masyarakat sebagai sesuatu yang tercela dan di luar batas toleransi

• Deviasi berlaku apabila manusia mempunyai kecenderungan untuk mencapai cita-citanya dengan mengabaikan nilai sosio-budaya persekitaran

Page 5: DEVIASI DALAM SUKAN

• Perilaku yang menyimpang akan terjadi apabila individu mempunyai kecenderungan untuk menggunakan cara lain daripada kaedah sedia ada tanpa mementingkan nilai dan etika kesukanan

• Berlakunya deviasi menandakan bahawa struktur sosial akan mengalami perubahan – Sindiket judi

– Skandal seks

– Komplot pemberian kewarganegaraan

– Penyelewengan maklumat media

Dan sebagainya

• Apabila berlaku penyimpangan dalam institusi sukan, biasanya ianya sukar diterima tetapi apabila terbiasa dan mula merasakan manfaat maka penyimpangan itu akan diterima

Page 6: DEVIASI DALAM SUKAN

Dapat membina keselesaan terhadap mana-mana kelompok yang terlibat

Norma sedia ada tidak akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi lagi

Dengan memberi pemusatan terhadap agen deviasi, sesuatu kelompok dapat menjadi lebih kuat daripada sebelumnya

Sebarang peyimpangan adalah katalisator menuju perubahan

FUNGSI DEVIASI

Page 7: DEVIASI DALAM SUKAN

SEMASA ACARA SUKAN

Rasuah

Perjudian

Penipuan

Pergaduhan

Pengambilan bahan terlarang

DI LUAR ACARA SUKANPerebutan kuasa pentadbiranPenahanan jenayahSkandal seks

SETIAP INDIVIDU

BERPELUANG

UNTUK

MELAKUKAN

DEVIASI DALAM

SUKAN

Page 8: DEVIASI DALAM SUKAN

ATLET

JURULATIH

PENGURUS PASUKAN

HAKIM DAN PEGAWAI

KAKITANGAN PENGANJUR

MEDIA

PENONTON

KELUARGA

LAIN-LAIN

SETIAP INDIVIDU

BERPELUANG

UNTUK

MELAKUKAN

DEVIASI DALAM

SUKAN

Page 9: DEVIASI DALAM SUKAN

DEVIASI DALAM SUKAN – RASUAH

• Telah lama wujud dalam bidang sukan• Punca –

– Aktiviti perjudian di mana pengurus, pengadil dan atlet diberi wang supaya mempengaruhi perlawanan demi kepentingan mereka yang berjudi

– Atlet menerima rasuah kerana isu bayaran gaji yang tidak berpatutan, tertunggak atau gagal dijelaskan majikan

IMPAK RASUAH TERHADAP SUKAN– Penurunan prestasi atlet– Kehilangan peminat terhadap bidang sukan tersebut– Penarikan diri penaja dalam menaja sukan– Mencalarkan imej negara

Page 10: DEVIASI DALAM SUKAN

DEVIASI DALAM SUKAN – PENYALAHGUNAAN DADAH

• Dadah biasanya digunakan untuk mempertingkatkan prestasi untuk memberi kelebihan kepada atlet ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan

• Penggunaan dadah adalah tidak beretika dan berbahaya dari segi kesihatan

• Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara yang tidak tulen

Page 11: DEVIASI DALAM SUKAN

DEVIASI YANG BERLAKU DI ARENA

SUKAN NEGARA DAN ANTARABANGSA

Kerajaan India melancarkan siasatan besar-besaran terhadap pembongkaran di atas satu skandal membabitkan penyelewengan lebih RM6 bilion yang dipercayai didalangi Ketua Penganjur bersama beberapa kroninya dalam Sukan Komanwel yang berlangsung di New Delhi

Kes Kementerian Belia dan Sukan yang membeli peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (KKBN) pada tahun 2007 didapati telah membeli dengan harga yang begitu mahal jika dibandingkan dengan harga pasaran

Isu Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) (Asia), isu kontrak jurulatih yang ditamatkan dan terbaru isu latihan atlet di Pusat Latihan Ranau yang dianggap tindakan tidak logik menyebabkan KOAM seakan-akan lebih gemar mencari publisiti murahan daripada menjalankan peranannya untuk meningkatkan imej sukan olahraga negara

Pada tahun 1990-an, ramai pemain bola sepak Liga Perdana bola sepak dikenalpasti menerima rasuah. Ramai pemain yang didenda dan digantung daripada beraksi dalam liga

Atlet lumba basikal trek kebangsaan, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi disahkan positif menggunakan dadah 'anabolic steroid' semasa menyertai kejohanan Mini Olimpik oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS)

Pemain tenis Ukraine, Alexandr Dolgopolov dipanggil oleh Unit Integriti Tenis (TIU) dan skuad anti-rasuah kerana disyaki melakukan salah laku rasuah

Page 12: DEVIASI DALAM SUKAN

RENUNGKAN BERSAMA

• Hala tuju bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini menampakkan peningkatan yang positif.

• Walaupun maruah sebagai Harimau Malaya berjaya dikembalikan, namun tarafnya belum berjaya menandingi kegemilangan yang pernah dikecapi semasa zaman Mokhtar Dahari.

• Dalam hal ini, FAM sememangnya bertanggungjawab penuh dalam pengurusan bola sepak Malaysia.

• Oleh itu, segala perkara yang dilakukan oleh FAM samada pro mahupun kontra, ianya perlu berhadapan dengan seluruh peminat bola sepak Malaysia.

Page 13: DEVIASI DALAM SUKAN

Berikut merupakan senarai perkara yang dilakukan oleh FAM yang menjadi persoalan sehingga sekarang belum ada jawapannya :• Pucuk pimpinan yang sudah tidak dapat menyumbangkan

idea pembangunan bolasepak masih kekal dalam FAM. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin kanan yang hanya pandai membodek. Mereka ini hanya pandai berpolitik sebaliknya kurang berpengetahuan dalam bidang bolasepak

• Menyingkirkan Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil dari terlibat dalam kepimpinan FAM. Inilah sifat ‘tunjuk pandai’ yang ditunjukkan oleh kepimpinan FAM. Allahyarham merupakan pejuang sebenar dalam pembangunan bolasepak Malaysia terutamanya pasukan Kedah

• FAM tidak mempunyai pendirian yang teguh di dalam satu-satu ketetapan. Lihat saja, apa dah terjadi pada LIGA MALAYSIA. Sejak era Liga semi-pro lagi telah berlaku macam-macam pertukaran format dalam Liga Malaysia. Terkini adalah tiadanya pemain import untuk namun diadakan kembali pada liga musim depan.

Page 14: DEVIASI DALAM SUKAN

• Sebenarnya, terdapat banyak kebaikan yang dilakukan oleh FAM namun sekiranya kelemahan ini tidak dihiraukan, ianya boleh melemahkan pembangunan bola sepak Malaysia suatu hari nanti.

• Renung-renungkan. Fikirkan sekiranya anda adalah peminat Harimau Malaya.

Page 15: DEVIASI DALAM SUKAN

SEKIAN