desa cattle

3
Desa Cattle (Ladang Lembu Mosilou) Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia Ladang berkenaan mempunyai keluasan 199 hektar dan daripada jumlah itu, 133 hektar sudah ditanam rumput padang seperti Kikuyu, Narok Setaria dan kekacang (white clover). Sektor penternakan lembu tenusu di Sabah bukan baru, sebaliknya wujud hampir tiga dekad lalu menerusi pembukaan ladang tenusu di dataran Mesilau berhampiran kaki Gunung Kinabalu pada 1980.Tidak keterlaluan jika ladang lembu tenusu itu dirumus sebagai ladang yang mempunyai produk `dua dalam satu’ iaitu pengeluar susu segar di Sabah yang berupaya membantu meningkatkan ekonomi, selain menjadi destinasi lawatan pelajar dan pelancong. --------------------------------------------------------------------------- --------------------------

Upload: rain-lee-rou-yu

Post on 12-Jul-2016

21 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bhsa melyu

TRANSCRIPT

Page 1: Desa Cattle

Desa Cattle (Ladang Lembu Mosilou)Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia

 Ladang berkenaan mempunyai keluasan 199 hektar dan daripada jumlah itu, 133 hektar sudah ditanam rumput padang seperti Kikuyu, Narok Setaria dan kekacang (white clover).

   Sektor penternakan lembu tenusu di Sabah bukan baru, sebaliknya wujud hampir tiga dekad lalu menerusi pembukaan ladang tenusu di dataran Mesilau berhampiran kaki Gunung Kinabalu pada 1980.Tidak keterlaluan jika ladang lembu tenusu itu dirumus sebagai ladang yang mempunyai produk `dua dalam satu’ iaitu pengeluar susu segar di Sabah yang berupaya membantu meningkatkan ekonomi, selain menjadi destinasi lawatan pelajar dan pelancong.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kundasang

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.

Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini.

Kundasang

Geografi

Status Daerah

Asal nama N/A

Negara  Malaysia

Negeri  Sabah

Daerah Daerah Ranau

Mukim

Keluasan N/A

Page 2: Desa Cattle

Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai,Bajau, Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator, Timor,Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay bagi member keselesaan kepada kepada pelancong.

Pecahan kampung[sunting | sunting sumber]

ktor pertanian merupakan salah satu sub sektor ekonomi yang diberi tumpuan dalam hala tuju pembangunan dan kemajuan Negeri Sabah bagi meningkatkan kekuatan dan kestabilan ekonomi negeri. Bidang pertanian khususnya tanaman sayur-sayuran tanah tinggi mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan jika diusahakan secara komersil. Kundasang merupakan salah satu pengeluar hasil pertanian sayur-sayuran tanah tinggi yang terbesar di Sabah selain menjadi kawasan tumpuan pelancong. Sama seperti penduduk di perkampungan sekitar Kundasang, penduduk di Kampung Mohimboyon turut mengusahakan pertanian sayur-sayuran tanah tinggi secara komersil. Antara sayur-sayuran yang diusahakan ialah sawi, kubis, tomato, kacang buncis, brokoli, bunga kubis dan banyak lagi. Tanaman diusahakan di kawasan lereng bukit dan sekitar kampung. Golongan petani di Kampung Mohimboyon biasanya memasarkan hasil pertanian mereka di Pekan Kundasang hingga ke Ranau dan turut dijual kepada pemborong.

Walaupun golongan petani di sini mampu meraih pendapatan lumayan tetapi mereka juga berhadapan dengan masalah lambakan sayur dan kejatuhan harga sayur tanah tinggi Kundasang. Kenaikan harga input pertanian turut memburukkan lagi keadaan serta menjejaskan pendapatan para petani. Pembukaan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Kundasang sebagai tempat pengumpulan hasil-hasil pertanian golongan petani di kawasan ini sebelum dipasarkan melegakan para petani. Selain itu, para petani di Kundasang juga disarankan oleh FAMA agar menyertai Program Ladang Kontrak (PLK) bagi memastikan tidak berlaku lambakan sayuran sehingga menyebabkan kejatuhan harga sayuran di pasaran.

Lambakan sayur tidak hanya berlaku di Kundasang tetapi juga berlaku di banyak tempat termasuk Cameron Highland. Fenomena ini berlaku disebabkan pengeluaran sayuran berlebihan dan penanaman yang tidak mengikut perancangan. Selain itu, faktor kemasukan sayur-sayuran dari negara luar juga turut menjejaskan pengeluaran sayur tempatan sehingga berlakunya lambakan. Menerusi PLK juga para petani akan mendapat jaminan pasaran, menikmati harga lantai (floor price) iaitu harga minimum belian FAMA pada musim berlakunya lambakan bagi mengelakkan petani mengalami kerugian. Jenis sayur tanah tinggi Kundasang yang sesuai bagi PLK FAMA seperti kubis dan tomato manakala halia, ubi keledek, labu manis, cili merah dan terung panjang sesuai ditanam di sekitar Daerah Ranau yang memiliki kawasan tanah rendah. (Kemas kini: 30 Mac 2010)

 

<< Sblm - Kemudian >>