derhaka si tanggang
DESCRIPTION
syair Si TanggangTRANSCRIPT
DERHAKA SI TANGGANG
Masihkah Si Tanggang berderhaka sama ibunya
hingga tak terteran si air mata melimpah
tebing kesabaran.
Masihkah si tanggang berlagak nakhoda kaya
Asal muasal dari kampong papa kedana
Merantau mengais rezeki di negeri orang
Pulang ssegak bergaya di buritan kapal
Mendonggak dagu memandang hina buruknya laku ibu.
Masihkah Si Tanggang menolak
Hantaran kuih yang dibawa Si ibunya
Berdayung ke muara rindu
Ingin mendakap anakanda tercinta
Kudapan selama Ini membesarkan hingga dewasa
Diludah dijijiki kerana itu makanan orang bawah-bawahan
.
Masihkah cerita Si Tanggang
Tidak menyedarkan anak
Akan perkenaan doa si ibu terseksa terniaya
Tak sanggup lagi beranakkan kandungan
Mencaci menghina kerana
Segala kemewahan sementara
Menjadi sanjungan isteri cantik menjadi pujian pujaan
Ibu tua yang buruk dipijak disepak selayaknya.
Masihkah ada anak yang lahir hari Ini
Berangang- angan mahu menjadi Si Tanggang
Hingga sangup mengagunkan kemewahan
Hingga sanggup bertukar dengan batu
Membuang kasih sayang ibu di lautan
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku tidak punya nak seperti itu
Kau tunjukkanlah kekuasaan-Mu sampai nanti
Dia tahu langit itu tinggi atau rendah.
Andai Si Tanggang diberi
Peluang hidup sekali lagi
Apakah yang akan dilakukanya
Untuk menebus kembali kederhakaannya
Pada si Ibu yang mithali