deraf akhir dalaman uim sahaja - uim.edu.my · pengetahuan, ke arah transformasi dunia global...

31
DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA Pekeliling Pendaftar 3/2015 1

Upload: trankien

Post on 12-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

Pekeliling Pendaftar 3/2015

1

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

A. PENDAHULUAN

A1. Sumber Manusia adalah aset terpenting di UIM. Semua kakitangan (personel) berperanan dan berpotensi menjayakan Visi UIM iaitu memartabatkan penggabungan Kebijaksanaan dan Ilmu Pengetahuan, ke arah transformasi dunia global secara inovatif.

A2. Pejabat Pendaftar UIM sebagai Pemudahcara sumber manusia mendokong Misi universiti dengan perancangan menjana intelektualisme dalaman menerusi transformasi dan inovasi. Bahagian Sumber Manusia (BSM) di Pejabat Pendaftar bertanggungjawab memenuhi keperluan asas, pembangunan kemahiran, peningkatan kerjaya dan penerapan nilai di kalangan personel yang berada dalam perkhidmatan.

A3. Tatacara (SOP) ini disediakan sebagai modul rujukan untuk setiap personel tentang dasar, prosidur dan garispanduan sebagai seorang anggota sumber manusia yang beramanah, bertanggungjawab dan berhikmah dalam melaksanakan tugasan di UIM.

2

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

B. TAKRIFAN DAN SINGKATAN

B1. Personel merujuk kepada anggota/ kakitangan UIM yang berkhidmat samada bertaraf Percubaan (Probation), Secara Tetap, Sementara atau Kontrak. Perkhidmatan yang diberi kepada UIM atas kapasiti separuh masa, Kontrak Perolehan Perkhidmatan dengan mana­mana syarikat atau sebagai Penuntut Praktikal (Intern Student) tidak ditakrif sebagai Personel.

SINGKATAN PENERANGAN BSM Bahagian Sumber Manusia LPU Lembaga Pengarah Universiti Islam Malaysia JPU Jawatankuasa Pengurusan Universiti Islam Malaysia SOP Buku dasar dan tatacara SM ini UIM Universiti Islam Malaysia SM/ HR Sumber Manusia (Human Resources) PPend. Pejabat Pendaftar JK Jawatankuasa KWSP/ EPF Kumpulan Wang Simpanan Pekerja JD Bidang Tugas (Job Description) PCB / LHDN Potongan Cukai Berjadual PERKESO Perkhidmatan Keselamatan Sosial HRDF Tabung Pembangunan Sumber Manusia LZS Lembaga Zakat Selangor HRDF Tabung Pembangunan Sumber Manusia SPUIM Skim Penggajian UIM (nota ­ bukan untuk edaran)

Jadual 1 Glosari Singkatan

3

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

C. GARISPANDUAN UMUM

C1. SOP ini digunapakai sehingga kemaskini seterusnya. Buku SOP diberi kepada semua personel UIM yang baru menjadi warga UIM.

C2. Semua keputusan bersabit garispanduan yang terkandung dalam SOP ini secara umum atau khusus, adalah budibicara dan hak mutlak pengurusan UIM. Mana ­ mana seksyen dalam tatacara ini boleh diatasi atau digantikan oleh keputusan JK Pengurusan Universiti.

C3. SOP ini harus dibaca bersama Pekeliling Pendaftar BIL. 1/2014 – PANDUAN CUTI. Rujuk memo cuti umum yang digunapakai oleh UIM untuk menentukan jadual cuti umum setiap tahun.

C4. UIM mempunyai akaun majikan bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO. UIM juga mencarum dalam HRDF untuk peningkatan kemahiran.

C5. Selain SOP ini, personel pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (pind. 2012), Akta Kerja 1955 (pind. 2012), Perlembagaan UIM, Statut, Akta, Peraturan, Pekeliling dan lain­lain peraturan yang berkuatkuasa di UIM.

C6. SOP ini disusun berasaskan carta aliran Pengurusan Sumber Manusia bagi memudahkan rujukan. Aliran sumber manusia setelah proses permohonan adalah:

4

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

1. Temuduga 2. Lapordiri 3. Bertugas 4. Penggajian dan Elaun 5. Tuntutan Bayaran 6. Peningkatan Kemahiran 7. Cuti 8. Pertukaran/ Pemangkuan & Tanggung Kerja 9. Penilaian Prestasi 10.Kenaikan Pangkat 11.Tatatertib 12.Pemberhentian / perletakan Jawatan/ Persaraan

5

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

C7. Sebarang pertanyaan dan cadangan harus dikemukakan kepada

Bahagian Sumber Manusia di alamat emel [email protected] atau telefon (EXT. 365).

6

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

1. TEMUDUGA

1.1. Pengambilan personel selalunya mengambil masa 2 minggu hingga 8 minggu bermula daripada tarikh tutup iklan, bergantung kepada sambutan kepada kekosongan jawatan yang diterima.

1.2. Proses pengambilan personel dibuat dengan koordinasi antara BSM dan bahagian berkaitan. Rajah di bawah menunjukkan carta aliran proses pengambilan di UIM.

7

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

2. LAPOR DIRI

2.1. Bakal personel yang menerima surat tawaran bekerja perlu melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat tawaran tersebut. Sebarang perubahan tarikh melapor diri mesti dibuat secara bertulis serta mendapat kelulusan Pendaftar UIM terlebih dahulu. Jika tidak, surat tawaran tersebut akan terbatal dengan sendirinya.

2.2. Bakal personel juga mestilah bebas dari sebarang ikatan perjanjian mengenai perjawatan, biasiswa atau sebagainya dengan pihak yang lain daripada Universiti ini. Sekiranya ada perkara yang berbangkit mengenainya, maka bakal personel hendaklah menguruskannya terlebih dahulu dengan tidak melibatkan UIM.

2.3. Personel baru perlu mengisi borang maklumat peribadi dengan memberikan maklumat beserta dokumen sokongan yang betul, termasuk maklumat akaun bank, KWSP, PERKESO, LHDN dan anggota keluarga untuk tujuan penggajian dan lain ­ lain. Jika maklumat yang diberikan didapati tidak tepat, tindakan tatatertib boleh diambil pada bila­bila masa.

2.4. Setiap personel baru perlu membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dalam tempoh yang ditetapkan dengan panel yang dilantik dalam surat tawaran.

2.5. Personel baru akan diperuntukkan:

Ruang pejabat Alatulis biasa PC atau laptop Pekeliling Pendaftar termasuk SOP ini

Buku Rekod Prestasi

Senarai Bidang Tugas (JD) (jika sedia ada)

Kad Akses (Name Tag) Alamat Emel dan Kata Laluan

Pencetak (untuk pegawai gred tertentu sahaja)

8

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

2.6. Personel baru dalam perjawatan yang belum mempunyai JD perlu menyediakannya sendiri dalamasa 5 hari bekerja mengikut format yang betul untuk kelulusan Ketua Jabatan.

2.7. Deraf Indeks Prestasi Utama (KPI) perlu disediakan oleh personel selepas melapor diri dalam tempoh yang ditentukan untuk dipersetujui oleh Pendaftar atau Ketua Jabatan. KPI akan dijadikan asas penilaian prestasi yang berlaku pada setiap hujung tahun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Dasar Sumber Manusia UIM (Pekeliling Pendaftar 2/2015).

2.8 Personel baru, samada bertaraf Tetap atau Kontrak perlu menjalani kursus induksi yang akan ditetapkan oleh pengurusan.

9

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

3. BERTUGAS

3.1. Waktu rasmi bekerja di UIM adalah 9.00 pagi ­ 5.30 petang Isnin ­ Jumaat. Waktu rehat tengahari adalah 1.00 tengahari – 2.00 tengahari, manakala pada hari Jumaat waktu rehat tengahari adalah 12.15 tengahari – 2.45 petang.

3.1.1. Personel perlu menggunakan sistem kedatangan yang akan merakam waktu masuk dan pulang (i­attend).

3.1.2. Personel Tetap dan Kontrak yang berdasarkan surat lantikan perlu mengikut waktu rasmi bekerja di atas, mesti merakamkan sekurang­kurangnya 8 jam 30 minit setiap hari dari waktu masuk sebelum 9.00 pagi hingga keluar selepas 5.30 petang (sekiranya kurang perlu mendapat pelepasan dari ketua jabatan).

3.1.3. Personel dalam jawatan tertinggi / profesor yang diberi keanjalan jam bekerja mingguan atau harian pula perlu datang bekerja pada setiap hari dalam minggu tersebut, sekurang­kurangnya 5 jam sehari atau mengikut surat lantikan.

3.2. Personel yang bertugas melebihi masa boleh diberi pelepasan keluar pejabat (time off) tidak melebihi 3 jam. Rujuk C.3 dalam Pekeliling Pendaftar Bil. 1/2014.

3.3. Personel yang tidak berada pada waktu dan tempat yang sepatutnya tanpa sebab munasabah, boleh diambil tindakan tatatertib. Sila rujuk bab Tatatertib dalam SOP ini.

3.4. Personel bertaraf Tetap, dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 6 bulan hingga 12 bulan. Pengesahan jawatan ditawarkan apabila skor penilaian prestasi melebihi 70 peratus.

10

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

3.5. Tempoh percubaan personel yang mendapat skor penilaian prestasi bersamaan atau kurang dari 70 peratus boleh dilanjutkan. Sekiranya skor penilaian prestasi kurang dari 50 peratus, tempoh percubaan kemungkinan tidak dilanjutkan.

3.6. Sepanjang perkhidmatan dengan UIM, personel dikehendaki menjalankan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh pengurusan atasan dari masa ke masa serta boleh diarahkan oleh Pendaftar bertugas di mana­mana bahagian di Universiti ini. Penilaian prestasi dibuat setiap hujung tahun.

11

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

4. PENGGAJIAN DAN ELAUN TETAP

4.1. Kadar upah bulanan adalah mengikut skim penggajian (SPUIM) yang terkini.

4.2. Gaji untuk semua personel didepositkan ke dalam akaun bank personel pada sekitar 25hb setiap bulan. Bayaran boleh diawalkan dalam kes­kes tertentu seperti perayaan dan sebagainya.

4.3. Gaji bersih adalah gaji bulanan ditolak caruman KWSP, potongan PCB, Lembaga Zakat Selangor (LZS), potongan PERKESO dan potongan­potongan lain yang dijelaskan di pelbagai seksyen dalam SOP ini serta mana­mana pekeliling Pendaftar. Gaji bersih tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun. Sebarang penambahan potongan gaji hendaklah dimaklumkan kepada Bahagian Kewangan sebulan sebelum tarikh gaji dimasukkan ke akaun bank.

12

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

4.3.1. Jadual KWSP dan PERKESO ­ Sila rujuk jadual di bawah:

KATEGORI KWSP PERKESO

Warga Malaysia

Wajib Wajib

Bukan Warganegara

Wajib Tak Wajib

Had Umur Sehingga 75 Tahun

60 tahun ke bawah ­ Caruman Jenis Pertama (skim bencana pekerjaan dan skim keilatan) Lebih 60 tahun DAN belum pernah mencarum, boleh untuk tidak mencarum (personel perlu memaklum secara rasmi kepada BSM sekiranya ingin dikecualikan).

Kadar Caruman Majikan

13% ­ personel di bawah umur 60 tahun (12% untuk gaji lebih RM5000 sebulan) 6.5% ­ 60 ­75 tahun (6% untuk gaji lebih RM5000 sebulan) RM5.00 ­ personel bukan warga

Caruman maksima gaji lebih RM2,900 ­ RM51.65 Jadual caruman ­ Rujuk Website Perkeso

Kadar Caruman Pekerja

11% ­ personel bawah 60 tahun 5.5% ­ 60 ­ 75 tahun

Caruman maksima gaji lebih RM2,900 ­ RM14.75 Jadual caruman ­ Rujuk website Perkeso

4.3.2. Jadual PCB ­ Sila rujuk website LHDN.

13

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

4.5. Kenaikan gaji tahunan mengikut kadar yang ditetapkan akan diberi pada setiap genap 12 bulan perkhidmatan serta mengikut gred dan tangga gaji semasa.

4.6. Selain gaji, UIM membayar sejumlah imbuhan dan bantuan secara bulanan kepada personel tertentu, berdasarkan faktor­faktor yang diputuskan wajar.

4.7. Jenis dan jumlah imbuhan yang diterima biasanya disenaraikan dalam surat tawaran dan diabsahkan dalam pekeliling dari masa ke masa. Imbuhan dan bantuan bulanan terdiri daripada:

Jenis Kelayakan (Gred)

ITP ­ Imbuhan Tetap Perumahan Semua Personel

ITK ­ Imbuhan Tetap Keraian UD1 ­ UD4 / UA1 ­ UA3

UP1 ­ UP3 / UJ1 ­ UJ3

ITGH/ITJU ­ Imbuhan Tetap

Gred Khas Jawatan Utama

UD1 ­ UD4 / UA1 ­ UA3

ITKU ­ Imbuhan Tetap Khidmat

Universiti

UP1 ­ UP16 / UJ1 ­ UJ16

BPR – Bayaran Pembantu

Rumah

UD1 ­ UD4 / UA1 ­ UA3

BSH – Bantuan Sara Hidup UP1 ­ UP16 / UJ1 ­ UJ16

Elaun Petrol Semua Personel

Elaun Telefon Semua Personel

Elaun Pemandu UD1 ­ UD4 / UA1 ­ UA3

Elaun Kenderaan UD1 ­ UD4 / UA1 ­ UA3

Bayaran Menyelenggara Rumah

(BBMR) ­ sekali dalam setahun

UD1 ­ UD4 / UA1 ­ UA3

14

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

5. ELAUN PELBAGAI DAN TUNTUTAN LAIN

5.1. SOP Perjalanan Rasmi Luar Kawasan Cyberjaya

15

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

5.2. Tuntutan Elaun Bertugas Luar Kawasan

5.2.1. Personel yang ditugaskan menghadiri program rasmi seperti mesyuarat, acara, pembentangan, atau kursus di luar Cyberjaya (melebihi lingkungan 100km), layak menuntut elaun bertugas luar kawasan bermalam (overnite). Personel yang diberi makan/ minum dan tempat tinggal oleh pihak penganjur, hanya layak membuat tuntutan maksima satu perempat sahaja daripada elaun yang tertera di jadual.

LOKASI UD1 ­ UD4 / UA1 ­ UA3

UP1 ­ UP5/ UJ1 ­ UJ5

UP6 ­ UP16 / UJ6 ­ UJ16

Semenanjung M’sia

RM150.00 RM125.00 RM100.00

Sabah/ Sarawak

RM200.00 RM175.00 RM150.00

Jadual kelayakan elaun tugasan dalam negara

RANTAU/ NEGARA

UD1 ­ UD4/ UA1 ­ UA3

UP1 ­ UP5/ UJ1 ­ UJ5

UP6 ­ UP16/ UJ6 ­ UJ16

EROPAH/ A.S./ AUSTRALIA

RM400.00 RM350.00 RM300.00

JEPUN/ KOREA/ CHINA/ TAIWAN/ AMERIKA SELATAN

RM350.00 RM300.00 RM250.00

ASIA BARAT/ AFRIKA/ ASEAN

RM300.00 RM250.00 RM200.00

Jadual kelayakan elaun tugasan luarnegara.

16

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

5.2.2. Untuk formula kiraan bilangan bermalam perjalanan udara

adalah seperti berikut:

i). Hari mendarat di lapangan terbang TOLAK hari berlepas (jika masa mendarat sebelum 10 malam)

ii). Hari mendarat di lapangan terbang TOLAK hari berlepas CAMPUR 1 (jika mendarat selepas 10 malam)

5.2.3. Untuk Formula kiraan bilangan bermalam perjalanan darat adalah seperti berikut:

i). Hari program berakhir TOLAK hari program bermula (jika bermula selepas 10 pagi dan berakhir sebelum atau pada 6 petang)

ii). Hari program berakhir TOLAK hari program bermula CAMPUR 1 (jika berakhir selepas 6 petang DAN / ATAU bermula sebelum 10 pagi)

5.3. Tuntutan Mileage (Batuan)

Personel yang ditugaskan menghadiri mesyuarat atau pembentangan atau berkursus di luar kawasan menggunakan kenderaan sendiri, layak menuntut elaun mileage dengan jarak pergi ­ balik yang sebenar (dalam kilometer).

5.3.1. Kenderaan 4 roda;

i). Pegawai Eksekutif = RM0.80 / KM

ii). Pegawai Sokongan = RM0.60 / KM

5.3.2. Kenderaan 2 atau 3 roda = RM0.40 / km.

5.3.3. Tuntutan beresit seperti tambang teksi, bas, parking, tol

perlu disertakan resit yang jelas.

5.4. Kelayakan Kelas Penerbangan.

17

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

GRED DOMESTIK ANTARABANGSA

UD1 Kelas Pertama Kelas Pertama

UD2 ­ UD4/ UA1 ­ UA3 Bisnes Bisnes

UP1 Ekonomi Bisnes

Lain ­ lain Ekonomi Ekonomi

5.5. Kelayakan Bilik Penginapan

GRED DALAM NEGARA

ELAUN GANTI HOTEL

LUAR NEGARA

UD1 Suite RM300.00 Suite

UD2 ­ UD4/ UA1 ­ UA3

Junior Suite RM200.00 Junior Suite

UP1 Deluxe RM150.00 Deluxe

UP2 ­ UP5 Superior RM100.00 Standard / Superior

Lain ­ lain Twin Sharing RM80.00 Twin Sharing

5.6. Tuntutan Perubatan

5.6.1. UIM menyediakan Kad Insuran Hospitalisi (Perubatan) kepada setiap personel.

5.6.2. Had penggunaan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Syarikat Insuran. Mana ­ mana perkhidmatan yang tidak termasuk dalam terma mesti diselesaikan oleh personel.

5.6.3. Untuk rawatan pesakit luar yang bukan panel, personel boleh membuat tuntutan perubatan pesakit luar untuk diri dan

18

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

keluarga yang berdaftar dengan BSM sahaja. Jumlah tuntutan perubatan adalah sebulan gaji pokok untuk setiap tahun termasuk klinik panel.

5.6.4. Personel boleh menuntut bayaran pergigian sebanyak RM400.00 dalam setahun setiap orang dengan bukti resit bayaran.

5.7. Tuntutan Lebih­Masa (Overtime)

5.7.1. Tuntutan lebih­masa adalah diperuntukkan kepada personel bukan eksekutif sahaja (Gred UP6 / UJ6 ke bawah).

5.7.2. Tuntutan dibuat secara bulanan menggunakan borang tuntutan yang disahkan oleh Pendaftar dan hendaklah tidak melebihi 30 peratus gaji pokok bulanan. Pembayaran akan dikreditkan bersama gaji bulanan seterusnya.

5.7.3. Tuntutan lebih masa yang (lapuk) telah menjangkau 3 bulan dari tarikh permohonan adalah tidak diterima.

5.8. Tuntutan Pembelian Tunai Pendahuluan

5.8.1. Personel yang menggunakan wang sendiri untuk pembelian runcit bagi pihak universiti, boleh membuat tuntutan menggunakan borang yang disediakan dan diluluskan oleh Pendaftar.

5.8.2. Setiap tuntutan hendaklah dibuat beserta resit asal yang tertulis dengan jelas nilai sebenar pembelian.

5.8.3. Pembelian dengan suci hati boleh diterima dengan kelulusan Pendaftar.

19

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

6. PENINGKATAN KEMAHIRAN

6.1. Kursus Berbayar

6.1.2. UIM hanya mengiktiraf pendaftaran personel untuk kursus ­ kursus dengan syarikat pembekal kursus terutama yang berdaftar dengan HRDF sahaja.

6.1.2. Untuk kursus ­ kursus di luar negara, kadar yang diluluskan adalah bergantung kepada yuran yang dikenakan.

6.1.3. Kos kursus di bawah RM20 000.00 perlu mendapatkan kelulusan Pendaftar manakala kursus melebihi RM20 000.00 perlu mendapatkan kelulusan Presiden, samada jumlah tersebut adalah untuk individu atau kumpulan.

6.2. “Job Attachment”

6.2.1. Personel boleh dihantar untuk menjalani “Job Attachment’ atau “Job Exchange” di organisasi lain samada di dalam atau di luar negara untuk tempoh tertentu;

i). Personel Akademik ­ tidak lebih 12 bulan.

ii). Personel Bukan Akademik ­ tidak lebih 6 bulan.

6.2.2. Dalam tempoh “Job Attachment” tersebut, gaji dan elaun dibayar penuh.

20

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

6.3. Jadual Ikatan (Bonding Period)

6.3.1. Untuk kursus berbayar di luar negara, atau kursus dalam negara serta “Job Attachment” (sekiranya berkenaan) yang kosnya melebihi RM5 ribu termasuk yuran dan perjalanan, personel akan diikat bertugas untuk tempoh tertentu mengikut jadual di bawah. Tempoh akan bermula selepas tarikh tamat kursus.

KOS Bawah

RM10,000 10,001­25,000 25,001­50,000 50,001 ke atas

TEMPOH IKATAN

6 bulan 1 tahun 2 tahun 3­5 tahun

6.3.2. Sekiranya personel meletak jawatan dalam tempoh ikatan, UIM akan meminta dikembalikan semua kos kursus atau ‘Job Attachment’ tersebut.

21

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

7. PANDUAN CUTI Rujuk Pekeliling 1/2014.

22

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

8. PERTUKARAN, PEMANGKUAN & TANGGUNG KERJA

8.1. Personel boleh diarahkan tukar jawatan, memangku dan menanggung kerja pada bila­bila masa oleh Presiden atau Pendaftar, tanpa melihat kepada latarbelakang atau bidang.

8.2. Setiap pertukaran, pemangkuan atau penanggungan kerja mesti diluluskan oleh Presiden dan Pendaftar;

i). Gred UD2 ­ UD4/ UA1 ­ UA3/ UP1 ­ UP5/ UJ1 ­ UJ5 ­ Presiden

ii). Gred UP6 ­ UP16/ UJ6 ­ UJ16 ­ Pendaftar

8.3. Pertukaran

8.3.1 Pertukaran mungkin memerlukan personel untuk dihantar menjalani latihan semula.

8.4. Penanggungan Kerja

8.4.1 Penanggungan kerja boleh dibuat seperti berikut:=

i). Oleh personel yang mempunyai pengalaman sekurang ­

kurangnya setahun dalam kerja yang hendak ditanggung

tersebut.

ii). Untuk jawatan yang telah pernah diisi.

iii). Untuk jawatan yang lebih tinggi, sama pangkat atau lebih rendah yang bukan di bawah seliaan personel tersebut.

8.4.2. Elaun tanggung kerja adalah seperti berikut:

<Gaji asas mengikut Gred / 30 hari x 0.25 x Bil.hari rasmi menanggungkerja>

Sepanjang penanggungan kerja, tiada imbuhan tambahan akan dibayar.

23

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

8.4.3. Penanggungan kerja mesti mencapai prestasi yang diperlukan. Personel juga wajib bekerja tanpa mengambil cuti rehat, cuti sakit dan lain­lain selama 28 hari berturut­turut (termasuk kiraan cuti am dan cuti mingguan).

8.4.4. Selepas tamat tempoh dalam perkara 8.4.3, sekiranya personel mengambil cuti berturut ­ turut melebihi 14 hari (termasuk cuti sakit dan cuti umum), elaun tanggungan akan terhenti dengan serta­merta.

8.5. Pemangkuan

8.5.1 Syarat syarat pemangkuan adalah seperti berikut:­

i) pengalaman 1 tahun

ii) kekosongan jawatan pernah diisi sebelum ini

iii) pemangkuan tidak boleh melebihi tempoh 6 bulan.

iii) untuk jawatan yang lebih tinggi sahaja.

8.5.2. Elaun pemangkuan adalah seperti berikut:

<Gaji asas mengikut Gred / 30 hari x 0.10 x Bil.hari rasmi memangku>

Sepanjang penanggungan kerja, tiada imbuhan tambahan akan dibayar.

8.5.3. Pemangkuan mesti mencapai prestasi yang diperlukan. Personel juga wajib bekerja tanpa mengambil cuti rehat, cuti sakit dan lain­lain selama 28 hari berturut­turut (termasuk kiraan cuti am dan cuti mingguan).

8.5.4 Personel yang memangku akan mendapat pertimbangan lebih tinggi untuk kenaikan pangkat di masa akan datang.

24

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

9. PENILAIAN PRESTASI (BUKAN AKADEMIK)

9.1. Prestasi personel dinilai secara berkala menggunakan kaedah Indeks Prestasi Utama (Key Performance Index).

9.2. Untuk penilaian tahunan, personel perlu mengemukakan laporan pencapaian prestasi untuk penilaian oleh Panel penilai (penilai 1, penilai 2 dan penilai 3) selewat ­ lewatnya 15 Disember tahun semasa. Format penilaian disediakan oleh Bahagian Sumber Manusia.

9.3. Semua KPI yang telah dipersetujui pada awal perkhidmatan atau awal tahun semasa seperti di para 2.7 mesti dilaporkan.

9.4. Skor pencapaian setiap KPI adalah seperti berikut:

Pencapaian Tahap Sasaran Skor

100% dan ke atas 10

85% ­ 99% 9

70% ­ 84% 8

60­69 7

50­59 6

40­49 5

10­39% 4

1­9 3

Tiada Laporan 0

9.5. Purata skor adalah skor yang dicampurkan dan setelah itu dibahagi dengan bilangan KPI yang ditanggung oleh personel pada tahun semasa. Purata skor menjadi asas penilaian ‘SKOR ALTITUD’ sepertimana dalam Buku Dasar Sumber Manusia UIM para 7.3.1.

25

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

9.6. Salah satu KPI Wajib (KW) untuk semua personel bukan akademik adalah seperti berikut:

Template KW adalah seperti tertera di bawah.

KW: Peratus Tugasan (cth laporan) yang diselesaikan Tepat Pada Masa yang diberikan oleh atau yang dipersetujui dengan Ketua/ Penyelia/ ‘team leader’ projek.

26

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

10. KENAIKAN PANGKAT

10.1. Kenaikan pangkat dibuat dengan kelulusan Presiden, dengan mengambilkira skor penilaian prestasi tahun sebelumnya dan lain ­ lain.

10.2. Personel boleh memohon untuk mengisi jawatan yang kosong samada pangkat setaraf atau lebih tinggi. Jika ada kekosongan jawatan, UIM akan cuba mengisi secara dalaman terlebih dahulu. Namun, sekiranya tiada personel dalaman yang dianggap sesuai, maka SM akan mengiklankan jawatan tersebut.

27

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

11. TATATERTIB

11.1. Pejabat Pendaftar berhasrat memudahcara Sumber Manusia secara mendidik. Tindakan tatatertib ke atas personel adalah sebagai pilihan terakhir untuk UIM, dan dibuat berdasarkan peruntukan yang ada.

11.2. Setelah Bahagian Sumber Manusia menerima laporan, atau maklumat mengenai, atau mengesyaki salah laku seseorang personel daripada Ketua Jabatan/ Bahagian/ personel yang dipercayai tahap severiti atau keseriusan laporan tersebut akan ditentukan oleh Bahagian Sumber Manusia.

28

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

SEVERITI NASIHAT AMARAN AWAL

TUNJUK SEBAB (AMARAN AKHIR)

TURUN (GRED / GAJI)

GANTUNG KERJA

BUANG

Rendah

Sederhana

Tinggi

TAHAP HURAIAN

Rendah Bercakap kasar, kata kesat/lucah/mencarut, bohong, dusta, banyak hutang, bertelagah (di luar waktu pejabat), lambat datang kerja, mengaibkan personel UIM lain di hadapan pihak yang tidak berkaitan, mengumpat, memfitnah, masalah disiplin, engkar arahan ketua, berpakaian menjolok mata, menggangu rakan sekerja, melayari internet (sosial) kecuali untuk urusan rasmi dan lain ­ lain yang ditentukan oleh pihak Pengurusan Universiti.

Sederhana Ponteng kerja, mengaibkan UIM, tidak menjaga reputasi UIM, bergaduh, bertumbuk, berkelahi, melakukan kerja lain / berniaga (di dalam waktu pejabat), ditahan pihak berkuasa, melayari laman­laman terlarang, pengulangan saveriti ‘rendah’ dan lain ­ lain yang ditentukan oleh pihak Pengurusan Universiti.

Tinggi Dituduh /disabitkan jenayah di dalam atau luar waktu pejabat, dituduh / disabit gangguan seksual dalam pejabat, pengulangan saveriti ‘sederhana’, melanggar ikatan dengan UIM, saman sesama personel/ UIM dan lain ­ lain yang ditentukan oleh Presiden.

29

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

11.3. Sekiranya saveriti ditentukan sebagai ‘Sederhana’ atau ‘Tinggi’, satu JK Tatatertib akan ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut dan mengemukakan laporan kepada Pendaftar.

11.4. Segala cadangan JK Tatatertib dalam laporan tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat JK Pengurusan atau Lembaga Pengarah. Personel boleh merayu, namun keputusan JPU atau LPU adalah muktamad.

11.5. Semua maklumat berkaitan tatatertib dicatitkan dan kekal dalam rekod peribadi personel.

11.6. Personel yang melakukan kesalahan boleh diturunkan tangga gaji atau turun gred setelah diputuskan oleh JK Tatatertib.

11.7. Personel yang berhasrat mengemukakan tuntutan sivil atau saman terhadap mana ­ mana personel lain atau Universiti Islam Malaysia perlu meletakkan jawatan sebelum meneruskan hasrat tersebut.

30

DERAF AKHIR DALAMAN UIM SAHAJA

12. PEMBERHENTIAN/ PERLETAKAN JAWATAN/ PERSARAAN

12.1. Personel yang hendak meletak jawatan perlu memberi notis 30 hari kepada Ketua Jabatan/ Presiden dan salinan kepada Pejabat Pendaftar (Bahagian Sumber Manusia).

12.2. Personel boleh memberi notis lebih singkat dengan syarat mendapat kelulusan Presiden dan membayar sebulan gaji penuh.

12.3. Bahagian SM akan mengeluarkan nota kepada personel dengan surat pengesahan beserta tarikh akhir perkhidmatan dan perkara­perkara lain yang perlu diselesaikan.

12.4. UIM boleh memberi notis pemberhentian bagi pegawai Tetap sekurang ­ kurangnya 30 hari dan pegawai kontrak mengikut terma dan kontrak.

12.5. Personel yang telah diberi surat oleh UIM perlu melaksanakan serahtugas kepada pengganti atau personel lain yang dikenalpasti oleh Ketua Jabatan. Personel juga perlu memulangkan semua peralatan dan dokumen di dalam simpanannya.

12.6. Sekiranya terdapat Cuti Rehat yang masih berbaki, personel boleh melunaskannya dengan mengisi borang cuti dan mendapat kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu.

12.7. Gaji akhir akan dikeluarkan setelah Bahagian Kewangan membuat ‘adjustment’ (jika perlu), tidak lebih 30 hari dari tarikh akhir perkhidmatan.

31