demam kepialu dan tifoid

Upload: luqman-hakim

Post on 14-Jul-2015

155 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LEPTOSPIROSIS

OBJEKTIF

1) Mengenalpasti agen penyakit leptospirosis dan agen penyakit demam kepialu. 2) Mengetahui bagaimana agen boleh menginfeksi manusia. 3) Mengetahui kesan atau simptom yang timbul. 4) Mempelajari cara pencegahan dan rawatan bagi penyakit tersebut.

LEPTOSPIROSIS

PENGENALAN Leptospirosis bukanlah suatu penyakit yang baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang ditemui. Penyakit ini telah dijumpai oleh seorang saintis bernama Fletcher.W pada tahun 1925 di Malaysia. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan. Leptospirosis ini boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ia juga mungkin berlaku dengan pegambilan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit semasa melakukan aktiviti seperti berkhemah di dalam hutan, berenang di sungai dan sebagainya. Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain bagi penyakit jarang berlaku. Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih boleh mengjangkiti manusia lain melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan selepas jangkitan.

PUNCA-PUNCA Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Genus Leptospira sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan DNA. Leptospirosis kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum yang menjangkiti manusia. Leptospirosis boleh menjangkiti manusia melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa. Antara haiwan yang menjadi reservoir kepada bakteria ini tikus, lembu, khinzir dan anjing. Bakteria ini boleh memasuki darah manusia melalui luka, kulit melecet, dan melalui mata, hidung dan mulut. Bukan itu sahaja, bakteria ini juga boleh disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan air,makanan atau tanah yang tercemar dengan kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Di malaysia, banyak kes leptospiros berlaku disebabkan dedahan kepada air yg tercemar. Banyak kes yang berlaku dari tempat rekreasi seperti air terjun, sungai, taman rekreasi yang mempunyai kolam atau tasik, dan jeram. Mereka telah menggunakan air di kawasan terbabit seperti berenang, menyelam, mencuci anggota badan, dan sebagainya. Selalunya bakteria leptospira ini berada di air yang tenang dimana kadar aliran air nya tidak deras, oleh itu bakteria tersebut boleh mendiami kawasan tersebut dan tidak di bawa arus.

SIMPTOM-SIMPTOM

Antara tanda-tanda orang yg dijangkiti leptospirosis adalah demam panas, sakit-sakit sendi, muntah, cirit-birit, mata merah dan sakit kepala. Setelah beberapa hari terinfeksi, ruam, demam kuning dan mata sensitiv pada cahaya mula menyarang selepas tanda-tanda awal mula beransur reda. Penglihatan pesakit pula mula kabur dan simptom ini berlanjutan selama beberapa hari dan boleh berpanjangan selama berminggu-minggu. Pesakit biasanya beransur pulih selepas lima hari, oleh itu tidak mustahil pada kebanyakkan masa ia salah didiagnosiskan sebagai demam panas, selesema, atau petanda biasa yang lain. Leptospirosis boleh menjadi kronik sekiranya tidak mendapat rawatan. Ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal, sakit kuning dan pendarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis dan pendarahan paru-paru juga boleh berlaku. Akhirnya boleh mendapat maut sekiranya tidak mendapat rawatan dan tiada langkah penjagaan.

CARA PENCEGAHAN

Untuk mencegahnya ada beberapa langkah yang boleh diambil. Antaranya menutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum memulakan aktiviti di tempat yang berpotensi kepada dedahan bakteria ini. Pakaian perlindungan diri seperti sarung tangan, pelindung mata, apron dan but perlu dipakai apabila berpotensi untuk terdedah dengan urin haiwan tersebut. Selepas membuat kerja, tangan dan diri perlulah dibersihkan. Tidak dibenarkan untuk merokok dan makan ketika berhampiran dengan haiwan yang mungkin dijangkiti. Aktiviti rekreasi juga seperti berenang perlu dielakkan di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan. Kebersihan di sekitar kawasan perlu dijaga dengan sebaik mungkin bagi mengawal kehadiran tikus dan haiwan-haiwan yang berpotensi menyebabkan penyakit. Sampah sarap mestilah dibuang dengan rapi dan sisa makanan tidak bersepah-sepah bagi mengelakkan kehadiran tikus. Sebelum makan atau minum makanan daripada tin, basuh tin tersebut dahulu bagi mengelakkan bakteria yang terlekat pada tin tersebut. Pastikan haiwan peliharaan mendapat vaksin dan dirujuk kepada klinik veterinar bagi menghindarkan haiwan peliharaan dijangkiti leptospirosis.

RAWATAN

Kebiasaannya leptospirosis dirawat dengan antibiotik sepeti doxycycline atau penicillin. Kaedah diagnostik akan mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi parah jika terus menunggu. Oleh itu antibiotik diperlukan sebelum mengesahkan pesakit dengan leptospirosis. Rawatan antibiotik merupakan kaedah yang paling berkesan sekiranya rawtan di lakukan pada peringkat awal.

DEMAM KEPIALU / TIFOID

OBJEKTIF 1) mengetahui agen penyakit demam kepialu. 2) Mengetahui bagaimana agen boleh menginfeksi manusia. 3) Mengetahui kesan atau simptom yang timbul. 4) Mempelajari cara pencegahan dan rawatan bagi penyakit tersebut.

DEMAM KEPIALU / TIFOID

PENGENALAN Demam kepialu adalah sejenis penyakit yang mengancam nyawa disebabkan oleh bakteria Salmonella thypi. Ia sering ditemui di negara yang membangun. Individu yang dijangkiti, bakteria tersebut akan dibawa dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman ketika penyediaan dan boleh menjangkiti orang lain. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan, sebanyak 16 juta kes demam kepialu berlaku saban tahun. Kira-kira 600,000 daripadanya meragut nyawa. Demam kepialu boleh dicegah melalui pemvaksinan dan biasanya boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik bagi mengurangkan tempoh kesakitan serta mengurangkan gejala-gejalanya.

PUNCA-PUNCA

Seperti yang dinyatakan, penyakit demam kepialu ini disebabkan bakteria Salmonella typhi (S.typhi). S.typhi hanya berda dalam tubuh manusia. Individu yang menghidap penyakit ini akan membawa bakteria di dalam salur darah dan salur pencernaan. Ada juga sebilangan kecil pesakit yang pulih daripada penyakit ini tetapi terus menerus membawa bakteria dalam badannya. Pesakit ini dinamakan pembawa. S.typhi juga dikeluarkan bersama-sama najis apabila kedua-dua pesakit dan pembawa membuang air besar. Seseorang itu boleh jatuh sakit jika memakan makanan yang dikendalikan oleh orang yag mengeluarkan S.typhi ataupun sisa kumbahan yang tercemar dengan S.typhi masuk ke dalam salur air yang digunakan untuk membersihkan makanan ataupun untuk minum. Demam kepialu sering dijumpai di tempat-tempat dimana masyarakat sekelilingnya tidak menjaga kebersihan dan tidak gemar membasuh tangan. Apabila bakteria S.typhi memasuki badan, ia akan membahagi dan merebak ke daam salur darah dan badan akan bertindak balas akhirnya menunjukkan gejala seperti demam. Antara makanan yang biasa dikaitkan dengan demam kepialu adalah makanan yang bercengkerang seperti etok, kerang, kepah, kupang, lala, dan tiram, makanan dari susu mentah dan cendol.sayuran mentah seperti ulam dan salad juga sering dikaitkan dengan demam kepialu.

SIMPTOM-SIMPTOM

Gejala bagi demam kepialu biasanya muncul selepas 1 2 minggu dan juga boleh berlaku 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan. Antara gejala yang dihadapi adalah demam berterusan dan berpanjangan dimana suhunya melebihi 400C. Cirit birit, sembelit dan sakit perut juga akan dialamai oleh pesakit. Selain itu individu yang diserang S.typhi akan mengalami kurang selera makan, badan menjadi penat dan letih, batuk tanpa kahak, denyutan jantung menjadi perlahan (bradycardia), ruam dan bengkak di limpa dan di hati. Sekiranya tiada rawatan awal dengan secukupnya di berikan maka boleh menyebabkan kematian. Individu yang tiada simptom atau sudah sembuh dari demam kepialu, boleh menjadai agen pembawa bakteria S.typhi.

CARA PENCEGAHAN

Jika didapati seseorang itu mengesyaki diserang demam kepialu, segeralah berjumpa dengan doktor . Mereka yang diberikan antibiotik lazimnya akan mula menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh dua hingga tiga hari. Kematian jarang berlaku jika pesakit mendapatkan rawatan. Antara langkah pencegahan yang perlu dipatuhi adalah basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas keluar dari tandas sebelum menyediakan makanan. Selain itu makanlah hanya maknaan yang telah dimasak. Elakkan makanan dan minuman yang berisiko tinggi seperti sayur mentah, buah-buahan, makanan dari penjaja dan ais semasa berlakunya wabak tifoid dengan meluas. Kebersihan juga perlu dijaga dengan rapi dan sistem pembuangan tinja najis perlu bersih terutama selepas banjir. Gunkanlah air yang bersih smesa menyediakan makanan.

RAWATAN

Dapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu. Vaksin ini dapat melindungi jangkitan dalam 70%-90%. Ia boleh didapati dengan suntikan ataupun pil untuk dimakan. Vaksin ini akan berkesan selepas seminggu menerima vaksin. Individu yang perlu mendapatkan vaksin ini ialah pengendali makanan terutama pemilik kedai mkaan, penjaja, pemilik kantin, gerai dan semua pekerjanya yang mengendalikan makanan. Selain itu, sekiranya ada individu yang ingin melancong ke negara-negara yang dilaporkan ada penyakit demam kepialu, perlu mendapatkan vaksin sebelum masuk ke negara tersebut.

KESIMPULAN

Penyakit leptospirosis dan demam kepialu ini merupakan penyakit yang berbahaya jika tidak mendapat rawatan awal. Rawatan wal ini adalah bertujuan bagi mengesan kehadiran bakteria dan merupakan langkah pencegahannya. Sekiranya kedua-dua penyakit ini tidak dirawat dan dicegah dengan segera, pesakit boleh membawa maut. Oleh itu sekiranya sesiapa yang sudah mengalami tanda-tanda yang telah disenaraikan tadi, segera pergi ke klinik ataupun hospital bagi langkah berjaga-jaga.

RUJUKAN

1. http://eprints.ums.edu.my/383/ 2. http://www.harian-metro-online.com/resort-tercemar-virus-kencing-tikus-ditutup 3. http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/376-bahayapenyakit-leptospirosis-kencing-tikus 4. http://www.izieherb.net/demamkepialutifoid.htm

5. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/454-demam-kepialu-atau-tifoid.html 6. http://myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/01dewasa0102primeyears02/01keselamatan-mutu-makanan0102food-safety02/01penyakit-bawaan-makanan-aair0102food-a-water-borne-disease02/01demam-kepialu0102typhoid-fever02/609

LAMPIRAN

haiwan yang bermain di dalam air ddikhuatiri akan membuang urin ke dalamnya.

Tikus juga merupakan salah satu pembawa penyakit leptospirosis.

tanda larangan mengenai penyakit leptospirosis di kawasan air

bakteria salmonella typhi

suntikan vaksin yang diberikan

basuh tangan selepas keluar dari tandas

kes tifoid Mary yang popular dahulu.