definisi usahawan dan keusahawanan

5
Definisi usahawan dan keusahawanan Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba.manakala dalam bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarya berasal dari perkataan ‘usaha’. Menurut kamus dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan keusahawanan. Schumpeter (1934) dalam Dollinger (1995) mendefinsikan keusahawanan sebagai syarikat yang melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran baru dan organisasi berbentuk baru. Manakala Cole (1969) mendefinisikan keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan Di samping itu, Kuratko & Hodgetts (1992) telah menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan usahawan. Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur is one who undertakes to organize, manage and assume the risks of busness” selain daripada itu, Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah satu fenomena yang baru, usahawan telahpun muncul dan wujud di sepanjang perjalanan sejarah, tetapi konsep dan pelaksanaanya pada masa lalu dan sekarang adalah berbeza dari segi penciptaan dan penerokaan. Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang- peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara imaginative, kreatif dan inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan: “Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one who sees the future that no one else has seen and. If this

Upload: latyp

Post on 10-Jun-2015

22.460 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Usahawan Dan Keusahawanan

Definisi usahawan dan keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba.manakala dalam bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarya berasal dari perkataan ‘usaha’. Menurut kamus dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan keusahawanan. Schumpeter (1934) dalam Dollinger (1995) mendefinsikan keusahawanan sebagai syarikat yang melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran baru dan organisasi berbentuk baru. Manakala Cole (1969) mendefinisikan keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan

Di samping itu, Kuratko & Hodgetts (1992) telah menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan usahawan. Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur is one who undertakes to organize, manage and assume the risks of busness” selain daripada itu, Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah satu fenomena yang baru, usahawan telahpun muncul dan wujud di sepanjang perjalanan sejarah, tetapi konsep dan pelaksanaanya pada masa lalu dan sekarang adalah berbeza dari segi penciptaan dan penerokaan.

Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara imaginative, kreatif dan inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:

“Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one who sees the future that no one else has seen and. If this perception is correct, bring about a reordering of resources to produce greater consumer satisfaction and technological efficiency”.

Seterusnya, Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) telah memberi definisi yang lebih berani dengan menyatakan keusahawanan sebagai kesediaan individu untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa yang ada dalam kawalanya. Hasil daripada pelbagai definisi yang telah diberikan menjurus Dollinger (1995) untuk mendefinisikan keusahawanan sebagai pembentukan syarikat ekonomi yang inovatif bagi tujuan keuntungan atau perkembangan serta kesediaan untuk berhadapan dengan risiko dan ketidakpastiaan. Definisi-definisi yang telah diberikan di atas mendapati keusahawanan mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha pembentukan, perubahan dan pembangunan bagi mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan denganya.

Page 2: Definisi Usahawan Dan Keusahawanan

Daripada keterangan di atas dapatlah difahami bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Yang membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi, pengambilan risiko dengan kesungguhan

Definisi Keusahawanan Mengikut Ahli Ekonomi

Richard Cantillon dalam Hisrich & Peter (1998), telah melihat usahawan sebagai individu yang bersedia untuk memikul risiko dan amat berbeza daripada mereka yang hanya menawarkan modal dengan mengharapkan pulangan tetap. Usahawan juga dilihat sebagai berbeza daripada kapitalis yang menawarkan modal tetapi pada masa yang sama mengeksploit pihak yang menggunakan modal mereka. Sebaliknya, Cantiilon melihat usahawan sebagai agen yang membeli alat-alat pengeluaran bagi menghasilkan produkyang boleh dipasarkan. Walau bagaimanapun, semasa membuat pembelian, usahawan tidak pasti akan harga yang bakal diterimanya di mana terdapatnya unsur unsur risiko dan juga spekulasi. Segala-galanya bergantung kepada kebolehan yang dimiliki oleh usahawan. Manakala bagi J. B. Say dalam Hisrich & Peter (1998) telah meluaskan idea yang dinyatakan oleh Cantillon di mana J. B. Say telah mengasingkan konsep keuntungan bagi usahawan daripada keuntungan modal.

Alfred Marshall yang merupakan seorang ahli ekonomi yang berbangsa Inggeris telahpun menghuraikan secara jelas mengenai keusahawanan di dalam bukunya yang berjudul 'The Principle of Economies' pada tahun 1946 (Dollinger, 1995). Beliau menerangkan mengenai ahli perniagaan dan juga bagaimana sesuatu perniagaan berkembang melalui proses masa iaitu dari sebuah syarikatperniagaan runcit hingga menjadi syarikat besar yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan. Di sini Marshall menerangkan tentang hayat sesebuah perniagaan yang terlalu bergantung kepada dengan syarikat induk akan hilang apabila pemiliknya meninggal dunia. Ketiadaan pemilik akan menimbulkan soal pengganti bagi meneruskan perniagaan dan juga soal perebutan dan pembahagian harta di antara warisnya. Proses hayat sesebuah perniagaan dari awal pembangunannya hinggalah ke peringkat luput dianggap sebagai satu proses evolusi oleh Marshall.

Keusahawanan Menurut Perspektif Sosiologi

Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tidak boleh dipandang ringan kerana mereka telah memperkayakan ilmu keusahawanan terutamanya dari segi teori dan model yang dikemukakan. Salah seorang ahli sosiologi bernama Max Weber (1958) telah menghuraikan bahawa keusahawanan terdiri daripada elemen keagamaan yang dijadikan landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Beliau mengatakan bahawa kejayaan golongan Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh ajaran yang terdapat dalam agama Protestant. Beliau cuba menunjukkan bahawa kejayaan golongan ini adalah disebabkan oleh pegangan yang kuat kepada agama menjadi dorongan utama kepada golongan Protestant untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi. Weber teiah menulis dengan panjang lebar mengenai model keusahawanandi dalam yang bertajuk bukunya 'The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism'.

Page 3: Definisi Usahawan Dan Keusahawanan

Sementara itu, Gibbs (1972) yang merupakan seorang tokoh akademik telah mengemukakan satu mode! keusahawanan yang dipanggil model pembangunan sosial. Model ini menyatakan proses yang dilalui serta perhubungan sosial yang dilakukan oleh seseorang memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Langkah yang diambil akan memberi kesan yang berbeza pada individu yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kerana ia bergantung kepada kesungguhan, personaliti dan persiapan yang dilakukan sebelum menceburi bidang ini.

Keusahawanan Menurut Perspektif Psikologi

Model Psikodinamik yang diutarakan oleh De Vries dalam Dollinger (1995) menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang semasa kecilnya tidak berpeluang untuk mendapat kemudahan-kemudahan tertentu menyebabkan dalam keadaan yang tertekan ini mendorongnya untuk memberontak dengan mencari satu alternatif bagi mengubah kehidupan mereka. Bagi golongan inikeusahawanan merupakan bidang yang penting untuk mengubah kehidupan masa depan yang lebih terjamin.

Keusahawanan dari perspektif Islam

Islam merupakan satu cara hidup yang mengiktiraf keusahawanan sebagai salah satu daripada cabang ibadat sehingga bersedia mengakui bahawa 90% daripada sumber rezeki datangnya daripada hasil perniagaan. Sejarah keusahawanan Islam telah bermula sejak awal kejadian manusia di mana dua orang anak bapa segala manusia iaitu Nabi Adam Alaihissalam telah mempefopori dua bidang utama keusahawanan iaitu Habil mempelopori bidang pertanian dan Qabil mempelopori bidang ternakan, Sejarah Islam juga telah membuktikan kebanyakan nabi yang diutuskan oleh Allah (SWT) telah mencebur din dalam bidang keusahawanan sama ada bidang pertanian, ternakan, pertukangan dan perniagaan yang bukan setakat dalam negara tetapi sehingga ke penngkat antarabangsa.