p3117 keusahawanan unit0 · 2018-08-20 · mcgraw-hill international edition, singapore, (sixth...

157
P3117 Keusahawanan ( i ) MODUL P 3117 KEUSAHAWANAN GRID KURIKULUM Grid kurikulum ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. TOPIK UNIT Pengenalan kepada Keusahawanan. 1 Isu Keusahawanan 2 3 Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan 4 5 Rancangan Perniagaan 6 7 Milikan Perniagaan 8 9 Khidmat Sokongan 10 UNIT 1 : Pengenalan kepada Keusahawanan (1 jam) 1.1 Definisi usahawan dan keusahawanan 1.2 Perbezaan konsep usahawan dan peniaga 1.3 Kompetensi usahawan berjaya UNIT 2 : Isu Keusahawanan (2 jam) 2.1 Klasifikasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 2.2 Etika perniagaan 2.3 Tanggungjawab sosial usahawan kepada pelanggan, kakitangan, pembekal, pesaing, masyarakat dan negara. 2.4 Peranan dan kepentingan usahawan kepada diri, masyarakat dan negara UNIT 3 : Isu Keusahawanan: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (1 jam) 3.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 3.2 Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam keusahawanan UNIT 4 : Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan : Sumber dan Proses ( 1 jam ) 4.1 Sumber idea perniagaan. 4.2 Proses menjana dan mengenalpasti idea perniagaan. UNIT 5 : Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan : Pemilihan Idea ( 2 jam ) 5.1 Mengkaji dan memilih idea perniagaan. http://modul2poli.blogspot.com/

Upload: duongdang

Post on 03-Jul-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 Keusahawanan ( i )

MODUL P 3117 KEUSAHAWANAN

GRID KURIKULUM Grid kurikulum ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

TOPIK UNIT Pengenalan kepada Keusahawanan. 1Isu Keusahawanan 2 3Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan 4 5Rancangan Perniagaan 6 7Milikan Perniagaan 8 9Khidmat Sokongan 10

UNIT 1 : Pengenalan kepada Keusahawanan (1 jam) 1.1 Definisi usahawan dan keusahawanan 1.2 Perbezaan konsep usahawan dan peniaga 1.3 Kompetensi usahawan berjaya UNIT 2 : Isu Keusahawanan (2 jam) 2.1 Klasifikasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 2.2 Etika perniagaan 2.3 Tanggungjawab sosial usahawan kepada pelanggan, kakitangan, pembekal, pesaing,

masyarakat dan negara. 2.4 Peranan dan kepentingan usahawan kepada diri, masyarakat dan negara UNIT 3 : Isu Keusahawanan: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (1 jam) 3.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 3.2 Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam keusahawanan UNIT 4 : Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan : Sumber dan Proses ( 1 jam ) 4.1 Sumber idea perniagaan. 4.2 Proses menjana dan mengenalpasti idea perniagaan. UNIT 5 : Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan : Pemilihan Idea ( 2 jam ) 5.1 Mengkaji dan memilih idea perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 2: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 Keusahawanan ( ii )

UNIT 6 : Rancangan Perniagaan: Pengenalan ( 1 jam ) 6.1 Maksud Rancangan Perniagaan 6.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan. 6.3 Ciri-ciri Rancangan Perniagaan yang baik UNIT 7 : Rancangan Perniagaan: Format ( 2 jam ) 7.1 Penyataan misi dalam Rancangan Perniagaan 7.2 Format dan kandungan Rancangan Perniagaan. UNIT 8 : Milikan Perniagaan: Faktor dan Tatacara ( 1 jam ) 8.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi milikan perniagaan. 8.2 Tatacara memulakan perniagaan dari segi perundangan. UNIT 9 : Milikan Perniagaan: Alternatif ( 2 jam ) 9.1 Alternatif memulakan perniagaan. 9.2 Kelebihan dan kelemahan setiap alternatif UNIT 10 : Khidmat Sokongan ( 2 jam ) 10.1 Khidmat sokongan dan agensi yang terlibat:-

10.1.1 Kewangan 10.1.2 Latihan pengurusan dan keusahawanan 10.1.3 Teknologi

10.1.4 Lokasi dan ruang niaga 10.1.5 Pemasaran 10.1.6 Penyelidikan dan mengenalpasti projek 10.1.7 Maklumat

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 3: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 Keusahawanan ( iii )

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL 1. Modul ini dibahagikan kepada 10 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama. 2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada kod subjek, unit dan halaman

Contoh :-

P3117 / Unit 1 / 7

Kod Subjek Unit Halaman

3. Pada permulaan unit, objektif am dan objektif khusus dinyatakan. 4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut:

OBJEKTIF Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.

INPUT Input mengandungi maklumat yang akan dipelajari.

AKTIVITI Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI Penilian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 4: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 Keusahawanan ( iv )

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan. 6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya dan

yakin dengan pencapaian anda. PERNYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar kursus sijil dan diploma di Jabatan Perdagangan. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau bimbingan daripada pensyarah. PRA-SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam mata pelajaran Pengurusan Perniagaan, Perakaunan Awalan dan Pemasaran I di semester sebelumnya di Politeknik. OBJEKTIF AM Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :- • memahami konsep usahawan dan keusahawanan. • didedahkan kepada isu-isu keusahawanan semasa di Malaysia • mengetahui kaedah yang sistematik bagi mendapatkan idea yang kreatif serta memilih

perniagaan yang sesuai. • mengetahui perlaksanaan dan kawalan perniagaan serta penyediaan rancangan

perniagaan • membuat pemilihan milikan perniagaan yang sesuai dan mengetahui tatacara

penubuhan perniagaan • mengetahui bantuan-bantuan dan khidmat sokongan keusahawanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 5: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 Keusahawanan ( v )

RUJUKAN 1. Jain, P.C (Ed.), (1998) Handbook for New Entrepreneurs, Entrepreneurs

Development Institute of India, Delhi Oxford University Press. 2. Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDEC),1998 Keusahawanan,

MEDEC Institut Teknologi Shah Alam. 3. Kao, W.Y. dan Tan, W. L., (2001) Entrepreneursip and Enterprise 4. Developmant in Asia, Prentice Hall, Singapore. 5. Kaplan, J. M. (2001) Getting Started in Enterpeneurship, John Wiley & Sons, Inc.

United States of America. 6. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, (1999) Panduan

Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur.

7. Bank Pembangunan Malaysia Berhad, (1998) Menyediakan Rancangan Perniagaan, Kuala Lumpur.

8. Steinhoff, D. dan Burgess, J.F, Small Business Management Fundamentals, McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993.

9. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias, (1998) Keusahawanan dan Motivasi Diri, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

10. Mohd. Salleh Hj. Din, Abu Bakar Hj. Hamed, Abd. Isa Ismail, Aini Hayati Mohamed, Hanissah Abd. Razak dan Salniza Md. Salleh, (1997) Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kuala Lumpur.

11. Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : Satu Penilaian, Prentice Hall, Malaysia.

12. Mohd.Khairuddin Hashim dan Syed Azizi Wafa, (2002) Small and Medium Sized Enterprises in Malaysia: Development Issues, Prentice Hall, Malaysia.

SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR

Tajuk Modul : _________________________ Kod Modul : _____________

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 6: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 Keusahawanan ( vi )

Nama Pelajar : _______________________ No. Pendaftaran: ____________ Kursus : ____________________________________ Nama Penulis Modul : ______________________________ Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.

4 Sangat setuju 3 Setuju 2 Tidak setuju 1 Sangat tidak setuju Arahan : Tandakan √ pada ruangan skor yang dipilih.

Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA

A. FORMAT 1 2 3 4 1 Susun atur muka surat adalah menarik. 2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.

3 Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan input.

4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.

5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami.

6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami. 7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas. B. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4

8 Saya faham semua objektif dengan jelas. 9 Saya faham pada idea yang disampaikan.

10 Cara persembahan idea adalah menarik. 11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.

12 Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini.

13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab. 14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri. 15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya. 16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami. 17 Gaya penulisan menarik. 18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah. 19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini. 20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.

BIODATA PENULIS MODUL P3117 KEUSAHAWANAN

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 7: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 Keusahawanan ( vii )

Nama : MAHZAM BEE BT. IBRAHIM Alamat : Jabatan Perdangangan Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak. Telefon : 05-5471390(Pejabat) e-mail : [email protected] Kelulusan : MSc in Entrepreneurial Studies(Stirling,UK) Jawatan : Pensyarah Nama : SHAMSURI BT. MIOR KHALID Alamat : Jabatan Perdangangan Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak. Telefon : 05-5471390(Pejabat) e-mail : surisha11.Yahoo.Com. Kelulusan : Bacct(Hons) (UUM) Diploma Pendidikan,UKM Jawatan : Pensyarah Nama : RUSLIN BT. OHN@ADBULLAH Alamat : Jabatan Perdangangan Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak. Telefon : 05-5471390(Pejabat) e-mail : [email protected] Kelulusan : BBA. Hons (UIAM) Diploma Pendidikan, IPDA Jawatan : Pensyarah

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 8: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 Keusahawanan ( viii )

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PP 33111177

KEUSAHAWANAN

Mahzam Bee bt. Ibrahim ( PUO ) Shamsuri bt. Mior Khalid (PUO) Ruslin bt Ohn @ Abdullah ( PUO )

.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 9: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 1

Keusahawanan 1/23

UNIT 2 : ISU KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mendedahkan pelajar kepada isu-isu

keusahawanan semasa di Malaysia.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Mengklasifikasikan Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ).

Mengenalpasti dan mengaplikasi etika perniagaan.

Mengenalpasti tanggungjawab sosial dalam keusahawanan

terhadap : pelanggan, kakitangan, pembekal, pesaing,

masyarakat dan negara.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 10: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 2

Keusahawanan 2/23

2.0 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA ( IKS )

Pengenalan

Industri Kecil dan Sederhana merupakan sejenis perindustrian yang bertaraf

tempatan. Ia bertanggungjawab dalam membekalkan peralatan dan komponen

kepada syarikat besar tempatan dan juga kepada syarikat multinasional di

peringkat antarabangsa. Ia memainkan peranan sebagai tulang belakang kepada

pembangunan ekonomi negara dan juga sebagai tapak untuk mengasah bakat

keusahawanan yang dimiliki oleh seseorang.

Definisi Industri Kecil dan Sederhana ( IKS )

Terdapat pelbagai definisi yang diberi mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu

jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah pekerja yang diupah, saiz aset tetap,

modal, jualan dan sebagainya. Sesebuah negara menggunakan saiz piawai dan

kriteria yang berbeza sebagai pengukur dan pentafsiran IKS. Mengikut Lembaga

Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendefinisikan Industri Kecil dan

Sederhana sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30%

daripada jumlah ekuiti tempatan dan jumlah aset pelaburan tetap yang tidak

melebihi S$8 juta ( bagi sektor pengeluaran ) dan mempunyai bilangan pekerja

sepenuh masa yang tidak melebihi 50 orang pekerja ( bagi sektor industri

perniagaan atau perkhidmatan ).

Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk

membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana ( Small and Medium Industries

Development Corporation @ SMIDEC ). Menurutnya, IKS dalam sektor

perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan

tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 11: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 3

Keusahawanan 3/23

Jadual 2.1 : Bilangan pekerja dan nilai jualan IKS

Industri

Bil.Pekerja Tetap ( orang )

Nilai Jualan Tahunan (RM)

IKS 150 RM25 juta

Sederhana 51-150 RM10 – RM25 juta

Kecil 50 RM10 juta

Sumber : SMIDEC

Manakala menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

di dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinisikan IKS dari sudut

jumlah modal seperti berikut :-

Jadual 2.2 :- Jumlah modal IKS

Industri Jumlah modal (RM)

Kecil Kurang daripada RM500,000

Sederhana RM500,000 hingga RM2.5 juta

Sumber : MITI

Peranan dan sumbangan IKS penting kepada negara. Di antara peranan IKS

adalah :-

• Menjadi teras kepada proses perindustrian negara

• Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor

perindustrian

• Meningkatkan daya saing negara

Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dalam mencapai

Wawasan 2020

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 12: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 4

Keusahawanan 4/23

AKTIVITI 2a.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

2a – 1 Apakah yang dimaksudkan dengan Industri Kecil dan Sederhana?

……………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………..

2a – 2 Berdasarkan kepada definisi yang diberi oleh Perbadanan Pembangunan IKS,

syarat minima bilangan pekerja dan nilai jualan tahunan bagi perniagaan adalah :-

Industri

Bil.Pekerja Tetap ( orang )

Nilai Jualan Tahunan (RM)

IKS

Sederhana Kecil

2a – 3 Layari laman web www.smidec.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang

Industri Kecil dan Sederhana.

Laman web lain yang berkaitan dengan IKSadalah www.mara.gov.my dan

www.bpmb.globalden.com.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 13: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 5

Keusahawanan 5/23

MAKLUM BALAS 2a

2a - 1. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermaksud:-

• perniagaan yang mempunyai pekerja tetap seramai 150 orang.

• perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan RM 25 juta

• entiti perniagaan dengan modal berbayar tidak kurang daripada RM 2.5 juta.

2a – 2

Industri

Bil.Pekerja Tetap ( orang )

Nilai Jualan Tahunan (RM)

IKS 150 RM25 juta

Sederhana 51-150 RM10 – RM25 juta

Kecil 50 RM10 juta

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 14: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 6

Keusahawanan 6/23

2.1 ETIKA PERNIAGAAN

Pengenalan

Etika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘ethic’ yang bermakna sikap

dan adat yang menentukan tingkahlaku manusia. Etika menurut Velasquez M.G

ialah suatu aktiviti yang mengkaji standard moral seseorang atau masyarakat dan

persoalan bagaimana standard tersebut diamalkan atau digunakan dalam

kehidupan dan sama ada standard tersebut baik atau tidak baik. Manakala dalam

kebanyakan kamus mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip yang mengawal

tingkahlaku individu atau kumpulan.

Secara kesimpulannya boleh dikatakan etika sebagai kajian ke atas nilai dan

moral yang dilaksanakan dalam sesebuah masyarakat dan juga tentang baik atau

tidak baik nilai tersebut. Prinsip etika perlu dihormati, disanjungi dan

dipertahankan oleh setiap usahawan. Etika mencakupi tanggungjawab sosial

kerana etika memberi satu kerangka yang menyeluruh. Nilai etika merupakan

suatu yang subjektif dan bergantung kepada tanggapan masyarakat terhadapnya.

Maksud Etika Perniagaan

Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral dan standard kelakuan perniagaan

yang dapat diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan

satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di

dalam operasi perniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai,

pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai

contoh, seorang usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang

jujur dan amanah.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 15: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 7

Keusahawanan 7/23

Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia ( EAPM ) telah

dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini

merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para

peniaga supaya mereka mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini

diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terdapatnya

peningkatan berbagai amalan perniagaan yang tidak sihat supaya perkhidmatan

yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalam pasaran.

Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan

dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka

mematuhi Akta dan Undang-Undang tempatan. Selain daripada peraturan dan

akta perniagaan, keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan

kepercayaan dalam dunia perniagaan. Keputusan perniagaan yang tidak beretika

bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan

perniagaan hari kelak.

Contoh keadaan perniagaan yang tidak beretika adalah seperti sesetengah

penjual yang mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang

berlainan. Ini biasa berlaku di pasar malam atau kedai runcit. Ini dikatakan

kurang beretika dan dilarang oleh undang-undang.

Terdapat 5 amalan perniagaan yang bertanggungjawab di Malaysia. Antaranya:

i. Golongan usahawan harus mengenal dan menerima hak-hak pengguna.

ii. Tugas memastikan etika perniagaan yang jujur dan wajar adalah

bertanggungjawab utama golongan usahawan.

iii. Sebarang pernyataan lisan atau tuduhan yang tidak benar, mengelirukan, menipu

atau yang memburuk-burukkan saingannya secara palsu atau tawaran jualan

barangan atau perkhidmatan yang tidak jujur dan seharusnya dikeluarkan.

iv. Pernyataan yang mengelirukan atau butir-butir maklumat amat penting yang

ditinggalkan atau dikaburkan adalah tidak dibenarkan.

v. Semua amalan perniagaan hendaklah mematuhi prinsip persaingan yang adil,

khususnya dari segi syarat-syarat, pengiklanan, cara pengedaran dan penjualan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 16: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 8

Keusahawanan 8/23

Seorang usahawan yang beretika tidak bermakna Ia seorang yang lemah atau

menjadi mangsa masyarakat. Tetapi ianya akan menyebabkan usahawan menjadi

seorang yang tabah dan mematuhi nilai dan kepercayaan yang kukuh.

Penghayatan terhadap isu-isu etika merupakan satu tanggungjawab sosial yang

akan mengukuhkan kedudukan perniagaan dari segi kewangan, meningkatkan

kesetiaan pelanggan dan sokongan masyarakat terhadap perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 17: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 9

Keusahawanan 9/23

AKTIVITI 2b.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

2b - 1. Berikan definisi etika perniagaan.

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 18: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 10

Keusahawanan 10/23

MAKLUM BALAS 2b

2b - 1. Definisi etika perniagaan :-

• merujuk kepada prinsip-prinsip moral dan standard kelakuan perniagaan yang

dapat diterima oleh komuniti usahawan dan dunia perniagaan.

• ia memfokus kepada standard dan peraturan yang menjaga kelakuan individu

atau kumpulan.

• menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mereka

mempunyai tanggungjawab moral dan sosial.

• diadakan untuk menyesuaikan firma dengan nilai dan jangkaan masyarakat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 19: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 11

Keusahawanan 11/23

2.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM KEUSAHAWANAN TERHADAP

PELANGGAN, KAKITANGAN, PEMBEKAL, PESAING,

MASYARAKAT DAN NEGARA.

Pengenalan

Persoalan yang selalu dikemukakan kepada kita ialah “Apakah

sumbangan anda kepada negara”. Salah satu cara kita boleh menyumbang

kepada negara ialah dengan menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.

Usahawan memikul tanggungjawab sosial yang penting untuk memastikan

kemakmuran negara dan kejayaan perniagaan. Di samping itu usahawan juga

memainkan peranan yang penting kepada pelanggan dan masyarakat.

Tanggungjawab sosial dalam keusahawanan terhadap:

PELANGGAN

a) Dapat memenuhi citarasa, keperluan dan kehendak mengikut permintaan

pelanggan.

b) Memberi perkhidmatan yang baik, cekap, jujur serta layanan yang memuaskan

hati pelanggan.

c) Menyediakan kemudahan sampingan seperti pengangkutan barangan yang

ditempah oleh pelanggan.

d) Memberi diskaun niaga kepada pelanggan yang membeli barangan secara pukal.

e) Kemudahan belian kredit kepada pelanggan yang mempunyai pendapatan yang

sederhana.

f) Menerima komen dan cadangan dari pelanggan dengan hati yang terbuka bagi

memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan lagi mutu keluaran.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 20: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 12

Keusahawanan 12/23

KAKITANGAN

a) Sentiasa menjaga kebajikan kakitangan

b) Memberi gaji yang secukupnya

c) Tidak menindas dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kakitangan

d) Mengadakan kursus dan latihan kepada kakitangan

e) Memberi ganjaran seperti bonus, elaun dan kemudahan am seperti cuti khas, cuti

sakit dan lain-lain lagi.

f) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja yang berdedikasi dan

beretika.

PEMBEKAL

a) Mengeratkan hubungan baik dengan pembekal (muhibbah)

b) Menjelaskan hutang kepada pembekal pada tempoh yang ditetapkan.

c) Berkongsi pendapat, pengalaman dan menghasilkan idea-idea baru yang

berkaitan dengan perniagaan.

d) Mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan daripada pelanggan.

PESAING

a) Mengamalkan persaingan secara sihat.

b) Berkongsi pendapat antara satu sama lain iaitu bagaimana cara untuk

menyediakan atau memberi perkhidmatan yang terbaik.

c) Bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan atau mencipta barang

yang boleh memberi faedah dan membuat pembaharuan atau pengubahsuaian

produk yang sedia ada bagi menarik perhatian pelanggan.

d) Dengan mengamalkan persaingan yang sihat antara usahawan dengan pesaing

maka akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang

memerlukan pekerjaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 21: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 13

Keusahawanan 13/23

MASYARAKAT

a) Memenuhi kehendak masyarakat yang keinginannya tidak terhad.

b) Mencipta sesuatu yang baru dan ubahsuai sesuatu produk yang sedia ada.

c) Mempelbagaikan pilihan masyarakat, melalui penghasilan pelbagai produk

secara kreatif dan inovatif.

d) Mengeluarkan barangan yang berkualiti dan bermutu tinggi kepada masyarakat.

e) Sentiasa peka kepada permintaan atau kehendak masyarakat terhadap sesuatu

produk.

NEGARA

a) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk

b) Membantu meninggikan taraf hidup penduduk

c) Mewujudkan lebih banyak kemudahan infrastruktur kepada penduduk

d) Meningkatkan taraf ekonomi dan menambahkan pendapatan negara.

e) Mempelbagaikan ekonomi negara agar tidak bergantung kepada suatu sektor

ekonomi sahaja.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 22: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 14

Keusahawanan 14/23

AKTIVITI 2c.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya

2c - 1. Terangkan secara terperinci peranan yang dimainkan oleh usahawan dalam

membangunkan ekonomi negara.

2c- 2 Bagaimana usahawan dan pesaing boleh bekerjasama dalam dunia perniagaan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 23: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 15

Keusahawanan 15/23

MAKLUM BALAS 2c

2c - 1. Usahawan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dan kemakmuran

negara datang daripada sumbangan para usahawan. Usahawan dapat

mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat melalui pembukaan kilang-

kilang atau mengembangkan perniagaan mereka. Dengan ini, negara dapat

mengurangkan masalah pengangguran dalam membantu pertumbuhan ekonomi

melalui penggunaan tenaga manusia dengan sepenuhnya.

Disamping itu, usahawan dapat memenuhi kehendak dan keperluan asas

penduduk tempatan dengan mengeluarkan barangan dan mengeksportkannya ke

luar negara, contohnya bijih timah, kelapa sawit dan makanan ke luar negara

untuk memperolehi pertukaran mata wang asing. Bagi usahawan yang kreatif

dan inovatif akan mengeluarkan barangan atau memperkenalkan ciptaan baru

bagi memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Masyarakat juga dapat

menikmati kemudahan-kemudahan hasil daripada pengubahsuaian barangan

lama kepada bentuk yang lebih praktikal oleh usahawan yang inovatif

Usahawan juga membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan

memajukan negara. Peluang pekerjaan yang banyak membolehkan masyarakat

menggunakan pendapatan yang diperolehi untuk memenuhi keperluan dan

kehendak mereka. Usahawan yang membuka kilang-kilang dapat meninggikan

taraf hidup masyarakat yang tinggal disekitarnya dengan menyediakan

kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan telefon awam. Peranan-peranan

yang diberikan di atas menunjukkan usahawan memainkan peranan yang besar

dalam pembangunan ekonomi negara. Sumbangan usahawan adalah berbagai

bentuk dan membawa kemajuan kepada negara secara keseluruhannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 24: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 16

Keusahawanan 16/23

2c - 2. Dalam dunia perniagaan, usahawan dan pesaing merupakan dua pihak

yang saling berkaitan serta akan menentukan sama ada perniagaan itu

berkembang atau sebaliknya. Persaingan yang sihat antara usahawan akan

mewujudkan semangat keusahawanan diantara kedua-dua pihak bagi

memaksimakan keuntungan disamping dapat berkongsi pendapat untuk

menyediakan atau memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Pesaing dan usahawan juga boleh bekerjasama untuk menghasilkan atau

mencipta produk yang boleh memberikan faedah serta membuat pembaharuan

atau pengubahsuaian produk yang sedia ada itu bagi menarik perhatian

pelanggan dengan berobjektifkan keuntungan. Kedua-dua pihak ini boleh

bekerjasama untuk mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat

terutama sekali individu yang menganggur. Dengan ini, usahawan dan pesaing

dapat bergabung tenaga untuk menstabilkan ekonomi negara agar lebih kukuh.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 25: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 17

Keusahawanan 17/23

2.3 PERANAN DAN KEPENTINGAN USAHAWAN KEPADA DIRI,

MASYARAKAT DAN NEGARA

PELUANG UNTUK MENGAWAL NASIB SENDIRI

Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang

bergelar usahawan. Ushawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan

peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam

hidup ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalannya seorang

usahawan yang memerlukan tambahan modal untuk membesarkan

perniagaannya ia boleh berkerja lebih masa atau menjual barang

dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang

banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai-bagai cara dapat

dilakukan oleh beliau oleh itu ia dapat mengawal nasibnya sendiri.

PELUANG UNTUK MENCAPAI POTENSI YANG SEBENAR

Untuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang usahawan harus

menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki

untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai

hasratnya. Di sini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya sendiri.

Tercapai atau tidak matlamatnya selalunya tidak begitu penting setelah

ia berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila

segala potensi yang ada telah digunakan.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 26: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 18

Keusahawanan 18/23

PELUANG UNTUK MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN

Mendapat untung sememangnya salah satu matlamat seorang usahawaan dalam

menjalankan perniagaan. Pulangan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang

gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan

kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaan nya.

PELUANG UNTUK MENYUMBANG KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Anda telah mempelajari peranan yang telah dimain untuk oleh usahawan terhadap

masyarat dan negara dalam input yang lepas. Walau bagaimanapun perlu diingatkan

sekali lagi peranan usahawan terhadap masyarakat dan negara amat

besar. Seorang usahawan yang berjaya akan menjadi contoh kepada

masyarakat dan ia juga dapat mengharumkan nama negara kerana

usaha–usaha murni yang telah ditunjukkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 27: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 19

Keusahawanan 19/23

AKTIVITI 2d.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya

2d. 1 Sekiranya anda seorang usahawan nyatakan peranan yang boleh anda mainkan

untuk diri anda, masyarakat dan negara.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 28: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 20

Keusahawanan 20/23

MAKLUM BALAS 2d

2d.1 Peranan yang boleh dimainkan oleh anda terhadap diri, masyarakat dan negara

ialah

• Dapat mengawal nasib sendiri

• Dapat mencapai atau menggunakan potensi diri yang maksimun

• Dapat memperoleh keuntungan

• Dapat menjadi contoh kepada masyarakat

• Dapat memberi peluang-peluang pekerjaan

• Dapat menawarkan pelbagai produk

• Dapat mengharumkan nama negara dengan kejayaan yang dicipta.

• Dapat mnebantu negara meningkatkan taraf ekonomi penduduk dan negara.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 29: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 21

Keusahawanan 21/23

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.

Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak

jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada

masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA.

Sila isikan perkataan dalamtempat kosong di bawah:-

1. Etika bermaksud pengajian tentang moral dan___________.

2. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja yang berdedikasi dan

beretika adalah salah satu tanggungjawab sosial usahawan kepada

______________

3. _______________ merujuk kepada daya pemikiran untuk mencipta sesuatu yang

baru

4. Usahawan hendaklah sanggup dan berani menghadapi sebarang ________

perniagaan untuk memperolehi keuntungan.

5. ______________ adalah nilai sesuatu barangan dalam dunia perniagaan.

6. Usahawan dapat membantu mengurangkan masalah __________ di Malaysia.

7. ______________ ujuan utama seseorang usahawan dalam jangka masa panjang.

8. IKS adalah ringkasan bagi _____________________

9. Usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang usahawan

______________ dan _____________.

10. Terdapat berapa amalan etika pernigaan yang bertanggungjawab di

Malaysia.________.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 30: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 22

Keusahawanan 22/23

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan bagi silang kata adalah seperti berikut :-

1. NILAI

2. KAKITANGAN

3. INOVATIF

4. RISIKO

5. HARGA

6. PENGANGGURAN

7. UNTUNG.

8. INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

9. JUJUR , AMANAH

10.LIMA

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 31: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 2 / 23

Keusahawanan 23/23

TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 2. Sekarang anda boleh pergi ke unit 3 pula.

FAKTA PENTING :-

1. Industri Kecil dan Sederhana ialah Syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

2. Etika perniagaan : Prinsip-prinsip moral dan standard kelakuan perniagaan yang dapat diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan

3. Syarikat Industri Kecil dan Sederhana boleh

dikenalpasti melalui jenis keluarannya, bentuk organisasi, jumlah modal, lokasi, ciri umum pekerja dan teknologi yang digunakan.

4. Usahawan mempunyai tanggungjawab social terhadap

pelanggan, kakitangan, pembekal, pesaing, masyarakat dan Negara.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 32: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 1

Keusahawanan 1 / 14

UNIT 3 : ISU KEUSAHAWANAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar mengetahui kemudahan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam

keusahawanan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam

keusahawanan (ICT)

Mengaplikasikan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

dalam keusahawanan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 33: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 2

Keusahawanan 2 / 14

3.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pengenalan

Cuba anda jawab persoalan-persoalan di bawah ini:

Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi? Adakah

usahawan perlukan teknologi ini? Dan bagaimanakah kemudahan teknologi

maklumat boleh digunakan oleh usahawan?

Maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT

(Information and Communication Technology) adalah satu set komponen yang

saling berhubungan yang boleh mengumpul, memproses, menyimpan dan

mengagihkan maklumat.

Dalam ICT, terdapat tiga aktiviti iaitu input, pemprosesan dan output. Input

adalah data mentah dari dalam atau persekitaran organisasi. Pemprosesan berlaku

apabila input mentah ini ditukar ke bentuk yang lebih bermakna kepada organisasi

dan output ialah apabila data yang diproses dipindahkan kepada manusia atau

individu lain yang memerlukannya.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 34: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 3

Keusahawanan 3 / 14

Kepentingan ICT kepada usahawan

Berikut adalah beberapa kepentingan ICT kepada usahawan

• ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Ini hanya

berlaku sekiranya syarikat membangunkan laman webnya dalam internet yang

boleh dilayari oleh berjuta orang dari seluruh pelusuk dunia.

• Melalui ICT, syarikat dapat ‘dilawati’ untuk masa yang panjang; iaitu 24 jam

sehari dan 7 hari seminggu untuk sepanjang tahun, tanpa sebarang masalah

perbezaan zon masa.

• ICT dapat memberi gambaran dan imej syarikat yang kukuh (well-established)

kerana pelanggan dapat berkomunikasi dengan syarikat tanpa perlu melihat

lokasi fizikal syarikat. Imej syarikat yang kukuh ini penting untuk mendapat

keyakinan pelanggan berurusan dengan syarikat.

• Syarikat dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos mengurus seperti

bayaran bil telefon, kos perjalanan dan lain-lain kos pengurusan dapat

dikurangkan kerana penggunaan kemudahan internet jauh lebih rendah daripada

kos perbelanjaan secara tradisional.

• ICT dapat membantu usahawan menyebarkan maklumat perniagaan untuk

kegunaan organisasi dan pihak luar seperti pelanggan dan orang ramai dengan

lebih berkesan dan perbelanjaan yang lebih murah dan pantas daripada kaedah

tradisional.

• Syarikat dapat menjimatkan ruang menyimpan fail. Dengan menyimpan

maklumat syarikat dalam sistem maklumat secara sistematik, ruang simpanan fail

di pejabat dapat dikurangkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 35: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 4

Keusahawanan 4 / 14

Aktiviti 3a

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

3a - 1 Terangkan maksud teknologi maklumat dan komunikasi.

…………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………... …………………………………………………………………………………..

.

3a - 2. Bincangkan kepentingan ICT kepada usahawan masa kini.

………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………..

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 36: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 5

Keusahawanan 5 / 14

MAKLUM BALAS 3a

3a - 1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and

Communication Technology) adalah satu set komponen yang saling

berhubungan yang boleh mengumpul, memproses, menyimpan dan

mengagihkan maklumat.

3a - 2 Kepentingan ICT kepada usahawan masa kini ialah :-

a) Dapat menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia.

b) Syarikat dapat ‘dilawati’ sepanjang masa; iaitu 24 jam sehari dan 7 hari

seminggu sepanjang tahun.

c) Memberi gambaran dan imej syarikat yang kukuh (well-established)

d) Menjimatkan pelbagai kos pengurusan.

e) Membantu menyebarkan maklumat perniagaan untuk kakitangan

dalam syarikat dan pihak luar

f) Dapat menjimatkan ruang menyimpan fail

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 37: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 6

Keusahawanan 6 / 14

3.2 Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Terdapat beberapa kemudahan yang tersedia dalam ICT. Usahawan boleh

menggunakan kemudahan-kemudahan ini bagi membantu perniagaan dalam era

globalisasi sekarang.

3.2.1 Internet

Internet merupakan satu rangkaian antarabangsa yang menghubungi lebih 20 juta

orang dari 100 buah negara di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai lebuhraya

maklumat. Internet adalah satu sistem komunikasi yang murah dan menyediakan

pelbagai jenis komunikasi untuk berhubung dengan ramai orang di seluruh

pelusuk dunia. Kadar bayaran adalah murah dan mengambil masa yang singkat

berbanding dengan komunikasi secara tradisional.

Melalui internet, usahawan boleh mendapat banyak jenis kemudahan. Di

antaranya ialah mel elektronik atau “e-mail”, forum “on-line”, perbualan

(chatting) dan tawaran maklumat melalui katolog perpustakaan. Mel elektronik

berfungsi seperti mel biasa, iaitu komunikasi secara bersurat dari seorang individu

kepada seorang individu lain atau beberapa individu lain. Walaupun begitu,

kelebihan ketara mel elektronik ialah maklumat yang disampaikan melaluinya

mengambil masa yang amat singkat dan kadar bayaram yang murah berbanding

dengan mel biasa. Di samping itu ianya lebih terjamin dapat sampai kepada

penerima.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 38: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 7

Keusahawanan 7 / 14

Forum “on-line” membolehkan seseorang membahas sesuatu isu dengan

seseorang lain dari seluruh dunia manakala usahawan boleh menggunakan

perbualan atau “chatting” untuk perbualan interaktif secara langsung dengan

seseorang lain dari seluruh dunia.

3.2.2 Mel Elektronik

• Untuk memasar dan menjual produk dan perkhidmatan syarikat

Pemasaran dan penjualan produk syarikat masa kini boleh dijalankan melalui

laman web perniagaan dalam internet. Syarikat boleh menyampaikan maklumat

tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat

melalui laman web yang dibangunkan terlebih dahulu oleh

syarikat dan boleh dihubungi melalui mel elektronik atau

e-mail . Syarikat General Electric sebagai contoh,

mendapati laman webnya telah dihubungi lebih kurang

12,000 kali sebulan bertanyakan tentang produk GEC.

Usahawan perlu melihat ini sebagai satu media yang amat

baik untuk memasarkan produk atau perkhidmatan syarikat sekiranya produk atau

perkhidmatan yang ditawarkan sesuai untuk pasaran dunia. Lebih luas kawasan

geografi pelanggan, maka lebih sesuai dan berkesan produk dan perkhidmatan

dipasarkan melalui laman web. Contohnya syarikat dalam industri pelancongan

yang mempunyai asas pelanggan dari seluruh pelusuk dunia.

Penjualan produk pula boleh dilakukan secara perdagangan elektronik atau

e-dagang. Perkhidmatan internet yang lebih murah daripada perbelanjaan

komunikasi secara tradisional akan dapat menjimatkan perbelanjaan

berkomunikasi syarikat seperti bil telefon dan faksimili selain daripada ianya

lebih selamat kepada kedua-dua pihak. Bayangkan betapa mudahnya pelanggan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 39: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 8

Keusahawanan 8 / 14

boleh membuat tempahan tiket penerbangan atau tempahan tiket ke pertandingan

bola sepak dunia dan sebagainya.

• Untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan kakitangan dalam

syarikat (intranet)

Komunikasi merupakan aktiviti penting dalam mana-mana organisasi. Bagi

sebuah syarikat besar, komunikasi di antara pengurusan dengan staf di semua

lokasi akan menjadi lebih berkesan dan menjimatkan perbelanjaan dengan

penggunaan mel elektronik. Kaedah berkomunikasi ini akan menjadi lebih perlu

dalam era globalisasi khususnya untuk tujuan penyelarasan apabila terdapat

kakitangan yang bertugas di kawasan-kawasan yang terpencil di mana sistem

pengangkutan dan komunikasi amat berkurangan.

Maklumat yang terkini dan tepat amat diperlukan oleh usahawan. Fungsi internet

seterusnya ialah menyediakan katalog perpustakaan yang “on-line” untuk

pengguna mendapatkan maklumat dari pengkalan data yang disediakan oleh

badan korporat, kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Melalui internet,

syarikat boleh menyimpan, mendapatkan kembali, membentuk dan

mempamerkan maklumat dengan menggunakan “server”. Syarikat boleh

menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa untuk mendapat manfaat

kepada syarikat. Sebagai contoh lama web dilayari untuk mendapat maklumat

tentang prosidur dan peraturan menubuhkan perniagaan di luar negara. Usahawan

juga boleh menyebarkan maklumat produk atau perniagaannya dalam web untuk

dilayari oleh sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Usahawan yang bijak akan menggunakan kemudahan ini kerana maklumat

syarikat boleh disampaikan kepada berjuta orang di seluruh dunia. Selain daripada

itu usahawan juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat untuk keperluan dan

kepentingan syarikat dengan hanya melayari web pada bila-bila masa tanpa perlu

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 40: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 9

Keusahawanan 9 / 14

keluar dari rumah atau pejabat. Mereka juga boleh muat turun maklumat

(download) untuk bacaan dan kegunaan pada masa lain. Ia memerlukan masa

yang panjang dan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan maklumat secara

tradisional.

3.2.3 Perisian Komputer

Perisian komputer merujuk kepada arahan-arahan terperinci yang mengawal

operasi sesuatu sistem yang digunakan oleh komputer. Terdapat pelbagai perisian

dalam pasaran yang telah disediakan bagi membantu memudahkan tugas-tugas

pengurusan perniagaan. Di antara perisian ini adalah:

• Sistem Perakaunan Berkomputer

• Sistem Maklumat Sumber Manusia

(HRIS)

• “Payroll and wages”

• CAD/ CAM ( computer aided design/

computer aided manufacturing )

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 41: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 10

Keusahawanan 10 / 14

Aktiviti 3b Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Jelaskan kepada bapa anda, seorang usahawan, yang memiliki resort pelancongan

di Pulau Redang, Pulau Duyung dan Pulau Ketam, bagaimana ia dapat

menggunakan kemudahan ICT untuk keperluan perniagaannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 42: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 11

Keusahawanan 11 / 14

MAKLUM BALAS 3b

Jawapan anda hendaklah sekurang-kurangnya menjelaskan perkara-perkara berikut:

a) Untuk berkomunikasi dengan pelanggan

Bapa perlu bangunkan laman web yang menarik dan menjelaskan produk dan

aktiviti-aktivi menarik yang ditawarkan oleh resort-resort ini. Sediakan ruang

untuk bakal pelanggan berkomunikasi melalui mel elektronik yang sentiasa

dikemaskini.

b) Untuk berkomunikasi dengan kakitangan dan sesama kakitangan berkomunikasi

sesama mereka dari lokasi yang berbeza

Bapanya boleh berkomunikasi secara mel elektronik. Komunikasi ini dapat

menjimatkan perbelanjaan dan lebih pantas daripada mel biasa.

c) Untuk mendapatkan maklumat untuk kemajuan perniagaan

Maklumat boleh diperolehi dengan melayari laman web organisasi kerajaan,

syarikat-syarikat atau lain-lain yang terdapat dalam internet.

d) Untuk kemudahan dan memperkemaskan maklumat dan data-data syarikat. Bapa

boleh mendapatkan perisian-perisian yang sesuai dengan keperluannya seperti

perakaunan, HRIS, CAD/CAM dan lain-lain perisian yang boleh didapati di

pasaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 43: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 12

Keusahawanan 12 / 14

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam Penilaian Kendiri ini dan semak semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. SEMOGA BERJAYA Soalan

Anda dikehendaki melayari laman web w.w.w.yahoo.com untuk melaksanakan

perkara-perkara berikut:

a) dapatkan maklumat tentang cara pendaftaran perniagaan di Malaysia

b) dapatkan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan di Malaysia.

c) dapatkan maklumat tentang pembelian suatu produk atau perkhidmatan melalui

internet

d) dapatkan maklumat tentang jenis-jenis produk yang ditawarkan oleh sesebuah

syarikat melalui laman web

PENILAIAN KENDIRI

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 44: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 13

Keusahawanan 13 / 14

Adakah anda telah cuba menjawab soalan kendiri ? Sila semak jawapan anda:

a) anda perlu layari laman web Pendaftar Syarikat Malaysia

b) anda perlu layari laman web MITI atau sebarang organisasi perniagaan di

Malaysia

c) anda perlu layari laman web seperti Smart Shop dan lain-lain yang sesuai

d) anda perlu layari laman web mana-mana syarikat.

MAKLUM BALAS

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 45: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 3 / 14

Keusahawanan 14 / 14

TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 3.

Sekarang anda boleh pergi ke unit 4 pula.

FAKTA PENTING :- 1. Teknologi maklumat dan komunikasi banyak

membantu usahawan masa kini dalam memajukan

perniagaan

2. Contoh alat-alat komunikasi ICT adalah internet, mel

elektronik dan lain-lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 46: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 1

Keusahawanan 1/17

UNIT 4 : PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN:

SUMBER DAN PROSES

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar mengetahui kaedah yang

sistematik bagi mendapatkan idea yang kreatif

serta memilih perniagaan yang sesuai.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

mengenalpasti sumber-sumber idea perniagaan:

mengenalpasti proses untuk menjana dan mengenalpasti

idea perniagaan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 47: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 2

Keusahawanan 2/17

4.1 Pengenalan

Unit ini membincang sumber idea untuk suatu perniagaan dan proses menana, dan

mengenalpasti idea perniagaan.

Tahukah anda bagaimana kita boleh dapatkan idea perniagaan?

Sebelum suatu perniagaan beroperasi, pemilik perlu menentukan apakah produk atau

perkhidmatan yang akan dijual kepada pelanggan. Tanpa ada tawaran produk atau

perkhidmatan, perniagaan tidak mungkin wujud. Produk atau perkhidmatan yang telah

dipilih ini adalah idea perniagaan.

Andaikan anda seorang bakal usahawan. Cuba jawab soalan-soalan berikut:

• Apakah produk atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pelanggan?

• Adakah produk atau perkhidmatan ini boleh mendatangkan keuntungan?

Jika anda ingin menjadi seorang usahawan, anda hendaklah sentiasa berwaspada terhadap

produk-produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan

pelanggan. Setiap orang yang menceburi bidang perniagaan pasti inginkan keuntungan.

Oleh itu, setiap bakal usahawan mestilah dapat mengenalpasti dan memilih idea

perniagaan yang mampu mencapai hasrat ini, iaitu mendapat keuntungan.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 48: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 3

Keusahawanan 3/17

4.2 Sumber idea perniagaan

Sebenarnya idea perniagaan boleh didapati dari pelbagai sumber dan boleh lahir pada

bila-bila masa. Ada orang mendapat idea secara tidak dirancang seperti semasa membaca

surat khabar atau majalah. Ada yang mendapat idea semasa melakukan hobi, contohnya

semasa berkebun, melancong, berbual, dan sebagainya. Walau bagaimanapun idea

perniagaan boleh juga didapati melalui usaha-usaha yang sistematik seperti mendapatkan

maklumat daripada sumber primer dan sumber sekunder.

4.2.1 Sumber primer

Sumber primer adalah maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan

tertentu. Suatu tinjauan dibuat dengan mengumpul maklumat daripada sejumlah

responden yang dipilih dan kemudian merumuskan jawapan-jawapan yang diterima

daripada responden ini.

Tinjauan boleh dijalankan secara formal dan tak formal. Contoh tinjauan yang formal

adalah menemubual sejumlah penduduk di sesuatu kawasan. Tinjauan boleh juga

dilakukan dengan mendapatkan orang ramai menjawab soalselidik

berhubung dengan sesuatu perkara. Melalui tinjauan sedemikian,

seseorang mungkin memperolehi maklumat tentang peluang

memulakan satu perusahaan baru di kawasan yang ditinjau.

Maklumat daripada tinjauan yang tak formal diperolehi dengan lebih mudah jika

dibandingkan dengan tinjauan formal. Sebagai contoh, idea perniagaan boleh ditinjau

melalui perbualan dengan rakan atau ahli keluarga.

Terdapat dua kaedah untuk mendapatkan idea perniagaan melalui sumber primer, iaitu

kaedah pemerhatian dan kaedah soalselidik. Soalselidik diberi kepada responden secara

bertulis atau secara lisan, iaitu temubual telefon atau temubual secara bersemuka.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 49: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 4

Keusahawanan 4/17

4.2.2 Sumber sekunder

Sumber sekunder terdiri daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sedia

ada akibat daripada lain-lain tinjauan atau rekod yang telah dibuat untuk kegunaan pihak

lain. Terdapat ratusan sumber sekunder dalam pasaran yang boleh dirujuk bagi

mengenalpasti idea perniagaan.

Idea perniagaan daripada sumber ini boleh diperolehi dengan

merujuk rekod-rekod dalaman syarikat, badan-badan kerajaan dan

lain-lain sumber luar seperti kajian perpustakaan, internet dan

sebagainya. Contoh bahan-bahan yang boleh dirujuk di

perpustakaan adalah buku, penerbitan perniagaan, jurnal, majalah,

kajian-kajian ilmiah dan lain-lain. Dalam era ICT , teknologi maklumat dan komunikasi,

internet menjadi semakin penting untuk dirujuk bagi mendapatkan idea perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 50: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 5

Keusahawanan 5/17

AKTIVITI 4a.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

4a.1 Namakan sumber-sumber utama untuk mendapat idea perniagaan?

a) …………………..

b) ……………………

4a.2 Berikan kaedah-kaedah untuk mencari idea perniagaan melalui sumber-sumber di

atas.

a)………………………………………………………………………………

b)……………………………………………………………………………..

4a.3 Cadangkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti samada

idea perniagaan anda boleh dijalankan.

…………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………….

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 51: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 6

Keusahawanan 6/17

MAKLUM BALAS 4a

4a.1 a) sumber primer

b) sumber sekunder

4a.2 a) sumber primer- pemerhatian

soalselidik

b) sumber sekunder - sumber dalaman syarikat atau badan kerajaan rujukan di

perpustakaan dan melayari internet

4a.3 a) sumber primer

- soalselidik untuk mendapatkan peratus responden yang perlukan produk atau

perkhidmatan. Peratus yang perlukan mestilah lebih besar daripada yang tidak

memerlukan.

- pemerhatian terhadap sambutan masyarakat terhadap produk atau

perkhidmatan serupa yang sudah ada dalam pasaran.

b) sumber sekunder

- kajian perpustakaan untuk mendapatkan maklumat demografi penduduk,

peraturan dan perundangan berhubung dengan idea perniagaan yang dirancang.

- Layari internet untuk mendapat maklumat terkini berhubung dengan idea

perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 52: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 7

Keusahawanan 7/17

4.3 Proses menjana dan mengenalpasti idea perniagaan.

Idea perniagaan boleh dijana dan dikenalpasti melalui langkah-langkah berikut:

• Melihat persekitaran

• Melihat kemampuan diri

• Mengenalpasti nilai masyarakat

Unit ini akan hanya membincang langkah pertama iaitu melihat persekitaran, langkah

seterusnya akan diterangkan dalam Unit 5.

4.3.1 Persekitaran

Idea perniagaan boleh dijana dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak manusia

dalam kehidupan seharian. Keperluan dan kehendak terdiri daripada produk dan

perkhidmatan.

Keperluan adalah perkara-perkara asas yang mesti dimiliki dan digunakan oleh anggota

masyarakat. Contohnya makanan, pakaian dan tempat perlindungan. Kehendak pula

adalah keinginan manusia terhadap sesuatu yang lebih sempurna daripada keperluan dan

boleh memberi kepuasan kepada seseorang individu atau masyarakat. Kehendak biasanya

dipengaruhi oleh budaya, tahap pendidikan, keperibadian dan kemampuan individu atau

masyarakat. Sebagai contoh, setiap orang perlukan rumah untuk tempat tinggal, tetapi

pemaju-pemaju perumahan menyediakan pelbagai jenis rumah di negara ini kerana

adanya kehendak pelanggan yang berbeza. Biasanya orang yang berpendapatan tinggi

berkehendakkan rumah mewah di kawasan yang eksklusif. Ada pula orang-orang yang

hendakkan rumah jenis sederhana dan ada permintaan terhadap rumah murah kerana

kemampuan yang berbeza.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 53: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 8

Keusahawanan 8/17

Oleh kerana kehendak dan keperluan manusia adalah berbagai dan tidak terhad, maka

banyaklah idea perniagaan boleh dijana.

Idea perniagaan boleh dijana dengan melihat faktor-faktor persekitaran seperti berikut:

• struktur penduduk, pendapatan dan citarasa

• data import dan eksport

• sumber tempatan dan penemuan teknologi

• rantaian industri

• undang-undang dan peraturan kerajaan

• rancangan pembangunan kerajaan dan swasta

• masalah sosial setempat

• media massa dan media elektronik

Struktur penduduk, pendapatan dan citarasa

Maklumat tentang struktur penduduk, pendapatan dan citarasa di sesuatu kawasan dapat

membantu seseorang mengenalpasti idea perniagaan. Ini disebabkan oleh kehendak dan

keperluan adalah berbeza apabila struktur, tingkat pendapatan dan citarasa berubah.

Contohnya ada kehendak-kehendak dan keperluan golongan remaja berbeza daripada

kehendak dan keperluan kanak-kanak atau orang tua dalam banyak perkara.

Tingkat pendapatan seseorang mempengaruhi kuasa belinya. Jika tingkat pendapatan

meningkat, pengguna menjadi lebih mampu kerana kuasa beli meningkat.

Dengan ini idea perniagaan perlu sesuai dengan tingkat pendapatan yang

telah meningkat.

Citarasa penduduk berubah dari semasa ke semasa. Contohnya, masyarakat di

Malaysia semakin gemar makan di luar seperti di restoran berbanding dengan

makan di rumah dan citarasa remaja Malaysia terhadap makanan segera

semakin meningkat. Maklumat tentang perkara ini boleh membantu seseorang

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 54: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 9

Keusahawanan 9/17

mendapatkan idea perniagaan yang sesuai dengan struktur penduduk, tingkat pendapatan

dan citarasa masyarakat.

Data import dan eksport

Corak permintaan terhadap import dan eksport boleh memberi maklumat tentang

peluang perniagaan. Permintaan terhadap sesuatu barang import yang meningkat dari

tahun ke tahun menunjukkan adanya peluang untuk menawarkan barang ini sebagai

gantian import. Jika jumlah eksport sesuatu barang meningkat dari semasa ke semasa,

maka produk atau perkhidmatan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di luar

negara dan bakal usahawan mempunyai peluang menawarkannya untuk eksport.

Sumber tempatan dan penemuan teknologi

Bakal usahawan boleh merujuk kepada sumber tempatan yang samada masih belum

diterokai atau masih banyak boleh diusahakan bagi mengenalpasti idea perniagaan. Idea

perniagaan dapat dikenalpasti dengan meninjau sumber tempatan yang ada. Contohnya

tanah liat yang terdapat di sesuatu kawasan boleh diusahakan untuk menghasilkan produk

seperti pasu bunga, seramik dan sebagainya. Air terjun dan keindahan alam semulajadi di

sesuatu kawasan adalah sumber tempatan yang boleh diterokai untuk mengenalpasti idea

perniagaan Di samping itu, penemuan teknologi terbaru boleh dianalisis untuk membantu

memajukan sumber tempatan..

Rantaian industri

Bakal usahawan boleh merujuk kepada industri-industri yang ada untuk mengenalpasti

sesuatu perniagaan dengan meninjau keperluan input-input daripada industri lain atau

industri yang sama terhadap output. Ini mewujudkan interaksi atau rantaian industri.

kehendak dan keperluan huluan dan hiliran industri-industri tersebut. Sebagai contoh bagi

industri pelancongan di Malaysia, beberapa produk atau perkhidmatan boleh dijadikan

input dan pelengkap kepada industri ini seperti perhotelan, pengangkutan, restoran dan

lain-lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 55: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 10

Keusahawanan 10/17

Undang-undang dan peraturan kerajaan.

Bakal usahawan boleh mengenalpasti idea perniagaan dengan merujuk kepada undang-

undang dan peraturan yang sedia ada. Contohnya; penguatkuasaan penggunaan topi

keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal menyebabkan meningkatnya

permintaan untuk topi keledar dan ia adalah satu idea perniagaan; iaitu samada

mengeluarkan atau memasarkan topi keledar.

Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta

Program pembangunan kerajaan dan swasta secara tidak langsung menawarkan banyak

peluang perniagaan kepada bakal usahawan. Peluang boleh tinjau dalam usaha membantu

merealisasikan rancangan pembangunan berkenaan. Seseorang boleh mencari peluang

perniagaan daripada rancangan-rancangan ini. Contohnya pembangunan kompleks

kerajaan di Putera Jaya memungkinkan pelbagai produk dan perkhidmatan diperlukan

untuk membangunkan projek tersebut. Selain daripada itu, dengan terlaksananya

kompleks tersebut, wujud pelbagai kehendak dan keperluan masyarakat di kawasan ini

yang boleh dijadikan idea perniagaan.

.

Masalah sosial setempat

Masalah sosial di sesuatu kawasan boleh menyebabkan wujudnya peluang perniagaan

sekiranya produk atau perkhidmatan yang bakal ditawarkan itu boleh mengurangkan

atau menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Contohnya tempat penjagaan

kanak-kanak untuk ibu-ibu yang bekerja boleh menyelesaikan masalah dan ini adalah

suatu idea perniagaan yang baik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 56: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 11

Keusahawanan 11/17

Media massa dan media elektronik

Pengiklanan dan maklumat-maklumat dalam surat khabar, majalah dan internet adalah

sumber yang boleh dirujuk untuk mendapatkan idea perniagaan. Contohnya pengiklanan

sebuah syarikat yang memerlukan wakil jualan adalah satu peluang

perniagaan. Melalui media masa, idea perniagaan boleh tercetus dengan

melihat contoh-contoh perniagaan yang dijalankan di tempat lain.

Maklumat tentang keperluan bahan mentah oleh sebuah syarikat adalah

peluang perniagaan ynag boleh diusahakan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 57: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 12

Keusahawanan 12/17

AKTIVITI 4b.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

4b.1 Nyatakan langkah-langkah yang sistematik untuk menjana idea perniagaan.

……………….………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

4b.2 Senaraikan faktor-faktor persekitaran yang boleh dilihat untuk

mengenalpasti idea untuk perniagaan baru.

…………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………...

4b.3 Bagaimanakah boleh anda mengenalpasti idea perniagaan melalui:

a) rancangan pembangunan kerajaan dan swasta

b) media massa dan media elektronik

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 58: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 13

Keusahawanan 13/17

MAKLUM BALAS 4b

4b.1.

• melihat persekitaran

• melihat kemampuan diri

• mengenalpasti nilai masyarakat

4b.2

• Struktur penduduk, pendapatan dan citarasa

• Data import dan eksport

• Sumber tempatan dan penemuan teknologi

• Rantaian industri

• Undang-undang dan peraturan kerajaan

• Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta

• Masalah sosial setempat

• Media massa dan media elektronik

4b.3 a) Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta

• Meninjau produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh program-

program pembangunan ini

• Meneliti kehendak dan keperluan masyarakat yang akan berada di

kawasan pembangunan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 59: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 14

Keusahawanan 14/17

b) Media massa dan media elektronik

• Rujuk iklan-iklan dalam surat khabar, majalah dan internet sama ada

dari tempatan atau luar negara bagi mengenalpasti produk atau

perkhidmatan yang diperlukan

• Rujuk media cetak dan media elektronik untuk mengenalpasti produk

atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 60: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 15

Keusahawanan 15/17

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.

Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak

jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada

masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA

1. Anda mendapat maklumat tentang pembangunan rangkaian Kolej Komuniti

di seluruh negara mulai tahun 2001. Senaraikan idea-idea perniagaan yang

sesuai dijalankan untuk projek tersebut.

2. Pilih satu daripada senarai di atas dan berikan kaedah pengumpulan maklumat

bagi mengukuhkan alasan mewujudkan perniagaan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 61: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 16

Keusahawanan 16/17

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

1. Senarai idea perniagaan

- cadangan perniagaan untuk membangunkan projek

- membekalkan bahan binaan

- menyediakan kemudahan infrastruktur

- membekalkan keperluan

- untuk keperluan kolej komuniti

- membekal alat-tulis

- perabot dan kelengkapan

- penyelenggaraan

- lain-lain yang sesuai

2. Kaedah pengumpulan maklumat

Sumber primer – soalselidik, temubual, pemerhatian

Sumber sekunder- maklumat daripada laporan ekonomi, kementerian-kementerian yang

terlibat seperti kementerian pendidikan, kementerian kewangan dll.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 62: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 4 / 17

Keusahawanan 17/17

TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 4. Sekarang anda boleh pergi ke unit 5 pula.

FAKTA PENTING :-

1. Sumber idea perniagaan terdiri daripada sumber

primer dan sumber sekunder 2. Idea perniagaan dijana dengan mengenalpasti

kehendak dan keperluan masyarakat, melihat persekitaran, diri dan nilai masyarakat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 63: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 1

Keusahawanan 1/17

UNIT 5 : PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN: PEMILIHAN IDEA

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar memilih idea perniagaan yang paling sesuai dengan diri

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Menyenarai dan memilih keserasian idea perniagaan dengan

diri

Mengenal pasti daya kemungkinan idea di peringkat awal

Memilih idea perniagaan yang paling sesuai

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 64: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 2

Keusahawanan 2/17

5.0 Pengenalan

Dalam memilih peluang-peluang perniagaan, anda harus membuat satu penilaian kendiri sebelum membuat komitmen. Penilaian kendiri ini perlulah berdasarkan kepada pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan kewangan dan minat.

5.1 Memilih idea perniagaan

5.1.1 Menilai keserasian idea dengan diri: pengalaman, pengetahuan dan kemahiran, modal dan minat

a) Pengalaman yang dimiliki

Biasanya, seseorang usahawan itu menjalankan perniagaan yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan pengalaman kerjaya. Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah yang mempunyai pengalaman luas mengenai pendidikan awal kanak-kanak meletakkan jawatan dan menceburi dalam bidang yang hampir sama dengan kerjayanya yang sebelum ini, iaitu membuka sebuah taman asuhan kanak-kanak. Begitu juga dengan seorang tukang masak yang mempunyai kemahiran dalam masak memasak, boleh membuka sebuah kedai makan.

b) Pengetahuan Selalunya pengalaman yang dimiliki seseorang tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan. Usahawan perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan terutama dalam apa yang perlu dilakukan untuk perniagaan yang diceburi. Misalnya seorang pakar masakan, apabila membuka sebuah restoran, ia bukan sahaja perlu mengetahui tentang cara penyediaan makanan, tetapi juga cara menguruskan perniagaan, menyediakan akaun, mengatur jadual pekerja serta mengendali pelanggan. Walaupun diketahui ia boleh mengupah pekerja lain melakukan kerja untuk ia tetapi adalah lebih baik jika usahawan itu melakukan sendiri supaya ia dapat mengetahui segala perjalanan perniagaannya dan dengan itu tidak mudah ditipu.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 65: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 3

Keusahawanan 3/17

c) Kemahiran Selain dari pengalaman dan pengetahuan diri, ia mestilah kemahiran atau cekapan melakukan kerja dalam bidang yang dipilih. Kemahiran ini selalunya lahir dari pengalaman dan pengetahuan. Kelebihan ini adalah sesuatu yang sukar dimiliki. Contohnya, tukang ukir yang mahir dapat menghasilkan ciptaannya dalam tempoh yang singkat dan bermutu tinggi. Kemahiran merupakan aset yang sangat penting kerana tidak semua orang memiliki kelebihan ini.

d) Kemampuan modal

Kemampuan modal seseorang usahawan menentukan sebesar mana

perniagaan itu boleh dijalankan. Dalam erti kata lain, perniagaan yang hendak dibuka perlulah sesuai dengan kemampuan kewangan yang ada. Sekiranya seseorang itu mempunyai impian untuk membuka perniagaan besar dan memerlukan modal yang berjumlah jutaan ringgit, mungkin keinginan itu terpaksa dipendamkan dahulu sekiranya ketiadaan modal yang mencukupi. Oleh itu modal adalah perkara-perkara asas yang perlu difikirkan sebelum

meneruskan idea untuk membuka sesebuah perniagaan. Walau bagaimanapun sekiranya kemampuan modal itu terhad, seseorang bolehlah

membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menggunakan sumber modal yang sedia ada. Dia mestilah bersabar dan terus berusaha dengan lebih lagi demi cita-citanya. Ramai usahawan yang berjaya bermula dari usaha secara kecil-kecilan. Usaha yang begini selalunya lebih berhasil kerana berpeluang melihat kelemahan dan kelebihan yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan tersebut. Ketiadaan modal yang mencukupi bukanlah penghalang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 66: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 4

Keusahawanan 4/17

e) Minat Ramai usahawan terutamanya golongan muda, mula menceburi dalam dunia perniagaan disebabkan oleh minat. Minat adalah sesuatu perkara yang harus diambil kira secara serius kerana minat dapat memberi keyakinan dan rasa tanggungjawab yang lebih ke atas perniagaan yang akan dimajukan. Oleh kerana minat, seseorang itu akan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kerjanya. Ia akan berkerja lebih masa semata-mata kerana minat.

5.1.2 Menilai penerimaan masyarakat

Keserasian idea dengan nilai masyarakat setempat perlu diberi perhatian yang serius sebelum memulakan operasi perniagaan. Peluang perniagaan perlu diselaraskan supaya tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat. Contohnya, disko dan tempat perjudian yang dibuka di kampung Melayu adalah bertentangan dengan nilai masyarakat Melayu yang beragama Islam. Idea ini tidak sesuai dijalankan walupun ia sah dari segi undang-undang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 67: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 5

Keusahawanan 5/17

AKTIVITI 5a.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

5.a.1 Anda perlu memilih perniagaan yang dicadangkan berdasarkan keserasian idea perniagaan dengan diri anda. Anda perlu menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’. JENIS PERNIAGAAN

PENGALAMAN

PENGETAHUAN

KEMAHIRAN

KEMAMPUAN MODAL RM_________

MINAT

JUMLAH KELEBIHAN

YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK

A)

B)

C)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 68: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 6

Keusahawanan 6/17

MAKLUM BALAS 5a

5.a.1 Latihan yang mudah ini bertujuan untuk membantu anda menentukan perniagaan yang akan anda ceburi. Sekiranya jawapan anda lebih banyak ‘tidak’ maka anda perlulah menimbang semula idea perniagaan anda dan jika anda menjawab lebih banyak ‘ya’, anda boleh meneruskan kajian tentang perniagaan anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 69: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 7

Keusahawanan 7/17

5.2. Menilai daya Kemungkinan idea di peringkat di peringkat awal: aspek undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko. Selepas penilaian idea bersesuaian dengan diri, maka perlulah anda melihat dari sudut lain pula. Sudut yang perlu dibincangkan kali ini ialah dari aspek undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko.

5.2.1 Undang-undang

Idea-idea yang dicadangkan perlulah sah di sisi undang-undang. Adakalanya sesebuah perniagaan itu dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi, tetapi ianya tidak sah di sisi undang-undang. Contohnya dalam penjualan CD cetak rompak. Walaupun perniagaan ini boleh mengaut untung dengan cepat dan banyak tetapi ianya salah di sisi undang-undang. Pemilik kedai sentiasa tidak tenang semasa membuka perniagaan tersebut kerana khuatir Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri akan datang ke kedai mereka dan merampas aset-aset syarikat tersebut. Sekiranya rampasan dilakukan, pemilik akan mengalami kerugian maka perniagaan terpaksa ditutup. Bukan itu sahaja, pemilik kedai akan didenda dan dikenakan hukuman. Implikasi dari perniagaan yang tidak sah ini ialah ianya tidak dapat didaftarkan dan seterusnya tidak

layak memohon bantuan kewangan dari mana-mana institusi kewangan. Perniagaan yang begini

sememangnya tidak ada jalan penyelesaian. Oleh itu anda perlu memastikan perniagaan anda sah disisi

undang-undang sekiranya ingin melihat kejayaan.

5.2.2 Pesaing

Faktor pesaing perlulah difikirkan juga oleh usahawan dalam menentukan jenis perniagaan yang hendak diceburi. Sekiranya anda memilih idea perniagaan yang masih belum dimonopolikan oleh orang lain, ini akan menyebabkan perniagaan boleh dikawal dan dimajukan oleh pengusaha. Contohnya sistem televisyen seperti Astro adalah perniagaan permonopolian yang mana tiada peniaga lain boleh membuat perniagaan begini sewenang-wenangnya

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 70: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 8

Keusahawanan 8/17

sebelum mendapat kelulusan. Selain dari sistem televisyen, sistem pengangkutan seperti LRT, komuter dan lain-lain dimonopolikan oleh syarikat-syarikat yang besar. Jika anda memilih untuk membuka perniagaan yang berdaya saing, anda perlulah membuat kajian yang lebih lagi, dengan mencari kelebihan perniagaan yang anda boleh berikan supaya anda dapat bersaing di pasaran bebas.

5.2.3 Risiko

Usaha yang seterusnya adalah untuk mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dengan mengambil kira peratusan kejayaan dan kegagalan

daripada kajian–kajian terperinci yang dilakukan. Berdasarkan kepada kajian ini,

usahawan boleh mempertimbangkan atau membuat keputusan samada untuk meneruskan perniagaan tersebut atau

sebaliknya. Risiko yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan biasanya berdasarkan kepada

beberapa faktor utama di antaranya adalah:

Susah atau senang untuk memasuki sesuatu bidang perniagaan Besar atau kecil modal yang akan dilaburkan

Banyak atau sidikit kadar keuntungan yang akan diperolehi

Mampukah melakukanya dengan sumber tenaga yang ada

Adakah produk ini berpotensi untuk menembusi pasaran

Pada amnya terdapat dua jenis risiko yang besar dan perlu diberikan perhatian sebelum dan semasa menjalankan perniagaan.

a) Risiko perniagaan

Risiko yang boleh dipindahkan kepada pihak lain seperti pihak insurans. Contohnya kerugian akibat daripada kebakaran dan kecederaan pekerja.

Risiko yang boleh dikawal oleh usahawan tetapi tidak

100% seperti kualiti barang dan kerosakan jentera.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 71: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 9

Keusahawanan 9/17

Risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan seperti kemelesetan ekonomi, bencana alam dan kejatuhan nilai matawang.

b) Risiko kewangan

Tahap kecairan wang tunai. Jika tahap kecairan wang tunai tinggi, ini bermakna peluang untuk membuat keuntungan adalah rendah. Sebaliknya, perniagaan akan menghadapi masalah dalam pembayaran hutang jangka pendek jika tahap kecairan wang tunai rendah.

Pinjaman. Kadangkala pinjaman adalah perlu untuk meningkatkan saiz perniagaan dengan cepat. Jika usahawan ingin membuat pinjaman maka ia perlu sanggup dan mampu untuk membayar hutang beserta faedahnya sekali.

Kredit. Sekiranya pelanggan atau penghutang

tidak membayar kredit yang telah diberikan maka ia merupakan satu belanja hutang lapuk kepada perniagaan. Oleh itu berhati-hati dalam memberikan hutang.

Tukaran wang asing . Risikonya tinggi kerana nilai mata

wang tidak tetap dan boleh berubah-ubah pada bila-bila masa. Risiko ini akan dihadapi lebih-lebih lagi kepada usahawan yang menjalankan perniagaan import dan eksport.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 72: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 10

Keusahawanan 10/17

5.2.4 Keperluan Modal

Dalam usaha mencari modal untuk melancarkan sesebuah perniagaan, seseorang usahawan akan menghadapi banyak masalah sepertimana pemilik-pemilik kedai kecil. Modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu urusniaga merupakan modal yang berisiko tinggi kerana para pelabur dalam urusniaga tidak pasti keadaan yang akan dihadapi. Banyak urusniaga gagal kerana menghadapi masalah kekurangan modal. Pelabur mungkin akan mengalami kerugian atau kehilangan modal jika perniagaan ini mengalami kegagalan. Tetapi sekiranya perniagaan ini berjaya, mereka akan menerima ganjaran yang besar. Terdapat tiga jenis modal asal yang diperlukan dalam urusniaga iaitu modal tetap, modal kerja, dan modal tumbuh.

a) Modal tetap

Modal tetap ialah modal yang digunakan untuk membeli aset-aset tetap. Aset ini digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan. Misalnya bangunan, tanah, peralatan yang tidak ditukarkan ke dalam wang tunai pada operasi perniagaan biasa.

b) Modal kerja

Modal kerja merupakan tabung sementara urusniaga. Ia adalah modal yang akan digunakan untuk menbiayai operasi normal jangka pendek. Modal kerja biasanya digunakan untuk membeli inventori, membayar bil-bil dan juga digunakan semasa kecemasan.

c) Modal tumbuhan

Modal tumbuhan adalah berbeza dari modal kerja. Ia tidak berkaitan dengan keadaan turun naik urusniaga. Modal ini diperlukan apabila sesuatu urusniaga yang berkembang atau mengubah arah tujunya

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 73: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 11

Keusahawanan 11/17

AKTIVITI 5b.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

5.b.1 Menilai ciri-ciri keusahawan pada diri anda

Perwatakan anda Soalan Ya Tidak 1) Adakah anda suka menjadi ketua? ____ ____ 2) Adakah anda membuat keputusan sendiri? ____ ____ 3) Adakah anda suka kepada persaingan? ____ ____ 4) Adakah anda mempunyai kekuatan untuk mengurus kerja ____ ____

dengan sendiri dan berdisiplin? ____ ____ 5) Adakah anda seorang perancang yang baik? ____ ____ 6) Adakah anda mempunyai hubungan komunikasi yang baik

dengan semua orang? ____ ____

Keadaan diri anda

Soalan 7) Adakah anda sanggup berkerja 10-15 jam sehari? ____ ____ 8) Adakah anda sanggup meninggalkan perkerjaan anda yang lebih terjamin? ____ ____ 9) Adakah keluarga anda memberi sokongan yang

padu kepada anda? ____ ____ 10) Adakah anda bersedia untuk menanggung kerugian? ____ ____

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 74: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 12

Keusahawanan 12/17

Kemahiran dan pengalaman Soalan

11) Adakah anda mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam mengendalikan perniagaan tersebut? ____ ____

12) Adakah anda boleh menilai keupayaan dan kemahiran pekerja-pekerja anda? ____ ____

13) Adakah anda mempunyai pengalaman sebagai seorang pengurus atau penyelia? ____ ____

14) Adakah anda pernah berkerja dalam bidang yang sama dengan perniagan yang bakal anda buka?

15) Adakah anda pernah memasuki mana-mana sekolah pengurusan perniagaan? ____ ____

16) Bolehkah anda menangguhkan cadangan membuka perniagaan sehingga anda mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang cukup ? ____ ____

Kajian Anda Soalan

17) Adakah perniagaan anda sah di sisi undang-undang? ____ ____ 18) Adakah masyarakat di sekitar perniagaan anda bersetuju dengan pembukaan perniagaan anda? ____ ____ 19) Sanggupkah anda mengalami kerugian? ____ ____ 20) Adakah anda mempunyai modal yang mencukupi? ____ ____ 21) Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi,

Ada atau tidak pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur dalam perniagaan anda? ____ ____

22) Sudahkah pelabur-pelabur dalam perniagaan anda mengetahui risiko yang akan ditanggung oleh mereka? ____ ____

5b.2 Kemukakan idea perniagaan anda di dalam kelas dan bincangkan idea anda

bersama-sama rakan yang memilih bidang perniagaan yang sama. Anda diminta merujuk kepada kaedah-kaedah yang telah dipelajari dalam bab ini. Antara perkara-perkara yang perlu dilihat adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan modal, dan minat. Selain dari itu anda juga diminta menilai penerimaan masyarakat dan daya kemungkinan idea di peringkat awal dari aspek undang-undang, pesaingan, keperluan modal dan risiko.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 75: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 13

Keusahawanan 13/17

MAKLUM BALAS 5b

5b.1 Sekiranya jawapan ‘ya’anda melebihi dari 12 soalan, anda seharusnya meneruskan kajian anda terhadap perniagaan yang telah dipilih. Sekiranya jawapan ‘tidak’ anda melebihi dari separuh anda mungkin perlu memikirkan semula idea tersebut. Walau bagaimanapun pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran boleh diperolehi dari masa ke semasa. Penilaian ini hanyalah sebagai panduan dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 76: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 14

Keusahawanan 14/17

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.

Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak

jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada

masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA

Kajian Kes Sofiah sukakan kerjanya di sebuah kolej tempatan, tetapi ia menghadapi dua masalah. Pertama, memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran adalah sesuatu yang menarik tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi. Kedua ia berkerja dengan Irfan, seorang usahawan yang berjaya di mana boleh melakukan dua kerja serentak dengan jayanya

Suatu hari ketika membaca suratkhabar, Sofiah tertarik dengan satu iklan berkenaan perniagaan francais berkaitan dengan mendidik kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun untuk mengeja dan menulis dengan menggunakan komputer. Iklan itu menyatakan ia hanya perlu

membawa sebuah komputer ke tadika atau pusat jagaan kanan-kanak sebagai alat bantuan mengajar. Sistem ini memerlukan beliau mencari ibubapa yang berminat menghantar anak mereka untuk

belajar selama 30 minit dua kali seminggu. Sofiah percaya sistem ini dapat membantu anaknya Karina untuk belajar. Oleh itu ia menghubungi syarikat berkenaan. Dalam beberapa hari, Sofiah menerima jawapan daripada syarikat. Semakin dibaca semakin menarik. Beliau cuba mententeramkan diri supaya ia dapat berfikir secara rasional. Sebagai pelaburan awal ia memerlukan RM12 000 dan beliau mempunyai jumlah mencukupi. Sekiranya dipersetujui, Sofiah akan diberi maklumat tambahan untuk mengendalikan perniagaan. Selepas beberapa perbincangan, Sofiah diberi dua kawasan yang strategik untuk menjalankan perniagaannya. Ia juga akan menerima bahan mengajar dan maklumat mengenai cara pengajaran. Beliau diberikan latihan mengenai untuk cara mengajar, bagaimana untuk menarik ibubapa menerima program ini. Oleh kerana Sofiah memerlukan modal tambahan, ia bercadang meminjam daripada syarikat francais tersebut. Walau bagaimanapun bapa saudaranya, bersetuju untuk meminjamkan RM25 000 dengan 9 % faedah dan perlu dibayar dalam masa lima tahun.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 77: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 15

Keusahawanan 15/17

Soalan: 1. Adakah Sofiah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan? Apakah

alasan anda?

2. Bagaimanakah cara untuk menasihati Sofiah berkenaan dengan peluang perniagaan ini?

3. Adakah anda fikir ia akan berjaya?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 78: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 16

Keusahawanan 16/17

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah cuba menjawab soalan penilaian kendiri ?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

1. Ya. Sofiah seorang yang berpandangan jauh, mempunyai keyakinan diri, rajin, berani mengambil risiko, bertanggungjawab dan suka besaing. 2 Anda boleh menasihati Sofiah untuk membuat penilaian kendiri dengan merujuk kepada: pengalaman, pengetahuan kemahiran, kemampuan modal dan minat yang ia ada. Anda boleh juga menerangkan tapisan awal seperti merujuk kepada faktor perundangan, pesaing, keperluan modal dan risiko yang akan dihadapi olehnya. 3. Memandangkan kepada sifat-sifat yang telah ditunjukkan oleh Sofiah, saya berkeyakinan penuh beliau boleh menjadi seorang usahawan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 79: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 5 / 17

Keusahawanan 17/17

TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 5. Sekarang anda boleh pergi ke unit 6 pula.

FAKTA PENTING :-

1. Idea perniagaan perlu sesuai dengan diri dan nilai

masyarakat 2. Usahawan perlu menilai idea dari aspek undang-

undang, pesaing, keperluan modal dan risiko.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 80: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 1

UNIT 6 : RANCANGAN PERNIAGAAN: PENGENALAN

OBJEKTIF

Objektif Am : Membolehkan pelajar mengetahui perlaksanaan dan

kawalan perniagaan serta penyediaan Rancangan

Perniagaan.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Menjelaskan maksud Rancangan Perniagaan.

Mengenalpasti kepentingan Rancangan Perniagaan.

Menjelaskan ciri-ciri Rancangan Perniagaan yang baik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 81: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 2

6.0 Pengenalan

Cuba baca dan teliti maklumat yang dibentangkan di bawah ini;

Apabila Pengarah Urusan sebuah syarikat perisian komputer baru di Bandaraya Ipoh

mengunjungi seorang juru bank untuk memohon pembiayaan modal sebanyak

RM500 000, ia menyerahkan Rancangan Perniagaan syarikatnya untuk diteliti oleh

juru bank tersebut. Dalam satu keadaan yang lain pula, semasa pengerusi sebuah

kilang kad plastik ingin membentuk satu set matlamat lima tahun untuk syarikatnya,

dia telah terlebih dahulu merujuk kepada ramalan kedudukan kewangan dalam

Rancangan Perniagaan syarikatnya dan dalam keadaan yang ketiga pula, sebelum

pasukan pengurusan sebuah syarikat dari Pulau Pinang cuba menarik minat pelabur

asing menanam modal dalam projek perniagaan mereka, mereka telah memastikan

bahawa Rancangan Perniagaan yang bakal ditunjukkan kepada bakal pelabur ini

adalah yang terbaik.

Dalam ketiga-tiga keadaan di atas, pihak-pihak yang mewakili perniagaan masing-

masing sedar akan kepentingan Rancangan Perniagaan dalam usaha mencapai

sesuatu tujuan samada untuk mendapatkan pembiayaan modal, menetapkan matlamat

perniagaan atau untuk menarik minat pelabur-pelabur menanam modal untuk projek

perniagaan

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 82: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 3

Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis di antara 25 hingga 40 muka

surat yang menerangkan tentang:

• Perniagaan atau projek yang akan dijalankan; hala tuju perniagaan dan

bagaimana ia akan berkembang secara menyeluruh

• Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada

masa hadapan untuk membangunkan perniagaan serta

• Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara perlaksanaan strategi

perniagaan.

Sesetengah pihak menggunakan nama-nama lain untuk Rancangan Perniagaan. Di

antaranya adalah pelan induk perniagaan, kertas kerja, kertas projek atau prospektus.

Rancangan Perniagaan merupakan peta yang akan menentukan arah tuju syarikat dan

strategi bagaimana kejayaan dicapai oleh usahawan.

6.1 MAKSUD RANCANGAN PERNIAGAAN

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 83: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 4

AKTIVITI 6a.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

6a - 1 Terangkan maksud Rancangan Perniagaan kepada seorang rakan anda yang

belum pernah melihatnya.

Rancangan Perniagaan adalah …………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………

….………………………………………………………………………………

…………..………………………………………………………………………

……………………..……………………………………………………………

……………………………..…………………………………..………………

………………………………………

6a.2 Apakah maklumat-maklumat yang boleh didapati dalam Rancangan

Perniagaan?

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 84: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 5

MAKLUM BALAS 6a

6a.1 Maksud Rancangan Perniagaan:-

sebuah dokumen bertulis yang memberi keterangan berkenaan perniagaan atau

projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.

6a.2 Maklumat dalam Rancangan Perniagaan

Perniagaan secara keseluruhan, hala tujunya dan bagaimana ia akan

berkembang

• Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada

masa hadapan untuk membangunkan perniagaan

• Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara perlaksanaan strategi

perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 85: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 6

6.2 KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Pada bahagian awal unit ini, kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak

perniagaan telah pun dikenalpasti. Walau bagaimanapun, Rancangan Perniagaan

bukan sahaja penting kepada pihak-pihak seperti di dalam contoh tersebut tetapi ia

juga amat penting kepada pihak-pihak lain sama ada dari dalam perniagaan mahu pun

pihak-pihak yang berkepentingan di luar perniagaan.

6.2.1 Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Usahawan

Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai idea

perniagaan atau projek perniagaannya dengan teliti, secara objektif dan

kritis.

Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau

tidak

Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan pengagihan

sumber perniagaan dengan baik dan berkesan

Menyedarkan usahawan akan masalah-masalah yang mungkin timbul

dalam melaksanakan projek perniagaan.

Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian

Membuat ramalan-ramalan jualan, perbelanjaan dan aliran wang tunai

perniagaan

Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan

jangkaan perniagaan

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 86: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 7

Menilai prestasi perniagaan

Merancang pembangunan produk baru

Menjadikan asas cadangan bagi pemohonan pembiayaan

6.2.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Pihak Luar

Juru bank atau pegawai bank

Untuk menilai potensi cadangan projek berhubung dengan permohonan

pembiayaan perniagaan

Pembekal

Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan kedudukan kewangan

perniagaan bagi tujuan menilai sama ada akan memberi kemudahan kredit

atau tidak

Kakitangan

Untuk memahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan

mereka melakukan kerja-kerja seperti yang diharapkan oleh perniagaan dan

bagi meyakinkan pekerja untuk terus bekerja dengan perniagaan

Pelanggan

Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawarkan produk atau

perkhidmatan yang lebih selamat dan menyakinkan jika proses pembuatannya

terjamin dari segi keselamatan dan kesihatannya.

Pelabur

Untuk menilai maklumat perniagaan dan memberi keyakinan yang tinggi

kepada bakal pelabur atau pelabur untuk membuat pelaburan dengannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 87: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 8

AKTIVITI 6b.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

6b-1 Nyatakan 5 kepentingan Rancangan Perniagaan kepada usahawan.

i…………………………………………………………………………………

ii…………………………………………………………………………………

iii…………………………………………………………………………………

iv…………………………………………………………………………………

v…………………………………………………………………………………

6b-2 Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak-pihak berikut:

i. Juru bank / Institisi Kewangan

………………………………………………….…………………………………. .……………………………………………………….…………………………… ii. Kakitangan perniagaan

.……………………………………………………………………….…………… ……...……………………………………………………………………………. ii. Pembekal:

………….………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………. iv. Pelanggan:

……………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………….

v. Pelabur

.………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………….

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 88: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 9

6b-1 Kepentingan Rancangan Perniagaan kepada Usahawan:

• Memberi peluang untuk melihat dan menilai idea perniagan atau

projek perniagaan dengan teliti, objektif dan kritis.

• Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau

tidak

• Membantu membuat anggaran keperluan dan pengagihan sumber

perniagaan dengan baik dan berkesan

• Menyedarkan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam

melaksanakan projek perniagaan.

• Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian

• Membantu dalam membuat ramalan-ramalan jualan, perbelanjaan dan aliran

tunai perniagaan

• Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan

jangkaan perniagaan.

• Menilai prestasi perniagaan.

• Merancang pembangunan produk baru

• Menjadikan asas cadangan bagi sesuatu pembiayaan

MAKLUM BALAS 6b

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 89: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 10

6b-2 Kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak-pihak berikut ialah :-

i. Jurubank:

Untuk menilai potensi cadangan projek sebelum membuat keputusan meluluskan

permohonan pembiayaan oleh usahawan atau tidak

ii. Kakitangan:

Untuk mereka fahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan mereka

melakukan kerja-kerja yang diharapkan oleh perniagaan dan bagi meyakinkan mereka

untuk terus bekerja dengan perniagaan.

iii. Pembekal

Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan kedudukan perniagaan bagi

tujuan sama ada boleh memberi kemudahan kredit atau pun tidak

iv. Pelanggan

Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawarkan produk atau

perkhidmatan seperti yang dikehendaki atau tidak

v. Pelabur

Untuk menilai maklumat perniagaan samada sesuai membuat pelaburan bagi

mendapat keuntungan atau sebaliknya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 90: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 11

6.3 CIRI ASAS RANCANGAN PERNIAGAAN YANG BAIK

Setiap Rancangan Perniagaan yang baik perlu mematuhi syarat asas berikut:

• Fakta dan maklumat yang digunakan adalah benar dan terkini, yang diperolehi

daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti rekod dan data dalaman

perniagaan, statistik kerajaan, data penyelidikan pemasaran dan lain-lain.

• Maklumat atau data yang dikumpul dianalisis secara terperinci dan berasas

• Maklumat dan data-data yang berubah dari semasa ke semasa diubahsuai dan

dikemaskini.

• Mempunyai satu set penyata kewangan: proforma aliran tunai,akaun penamat

• Memberi fokus kepada keperluan pengguna. Penyediaan Rancangan Perniagaan

hendaklah mengambil kira tujuan ianya disediakan, contohnya untuk memohon

pinjaman bank, untuk mendapatkan sesuatu tender dan sebagainya.

• Mempamerkan penyelarasan semua fungsi atau aktiviti perniagaan.. Contohnya jika

ramalan pendapatan perniagaan adalah RM1 juta, maka bahagian pemasaran,

pengeluaran, kewangan, sumber manusia dan lain-lain aktiviti perniagaan bertindak

sebagai ‘satu pasukan’ bagi mendapatkan sebanyak RM1 juta.

• Menunjukkan keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan atau pengurus terbabit

• Mempunyai pelan tindakan (action plan) yang jelas dan boleh dilaksanakan.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 91: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 12

AKTIVITI 6c.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya

Sediakan senarai semak untuk membantu anda menghasilkan Rancangan Perniagaan

yang baik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 92: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 13

MAKLUM BALAS 6c

Senarai semak Rancangan Perniagaan

Tandakan ( / ) di dalam ruang yang disediakan di bahagian kanan jadual ini.

1. Menggunakan fakta dan maklumat yang benar dan terkini

2. Data dianalisis secara terperinci dan berasas

3. Pengubahsuain data dan maklumat yang berubah

4. Menyediakan satu set penyata kewangan:Proforma aliran tunai dan

akaun penamat.

5. Fokus kepada keperluan pengguna

6. Ada penyelarasan semua fungsi syarikat

7. Keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan dipamerkan

8. Rancangan tindakan (action plan) jelas dan boleh dilaksanakan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 93: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 14

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam Penilaian Kendiri ini

dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah yang

timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA Nyatakan sama ada kenyataan-kenyataan berikut Benar (B) atau Salah (S):

_______ 1. Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan

kedudukan untung dan rugi perniagaan.

_______ 2. Rancangan Perniagaan disediakan hanya apabila pinjaman bank diperlukan

_______ 3. Rancangan Perniagaan mengandungi maklumat perniagaan secara menyeluruh.

_______ 4. Kakitangan syarikat perlukan Rancangan Perniagaan sebagai panduan

menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh majikan.

_______ 5. Semasa menyediakan Rancangan Perniagaan, penulis mestilah mengambil kira

siapa yang akan menggunakannya.

_______ 6. Bakal pelabur perlu menyemak Rancangan Perniagaan sebagai usaha supaya tidak

tersalah membuat pelaburan mereka.

_______ 7. Pengusaha sebuah perniagaan kedai runcit tidak perlu menyediakan Rancangan

Perniagaan.

_______ 8. Rancangan Perniagaan disediakan untuk perniagaan besar yang pendapatan

tahunannya melebihi RM1 juta.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 94: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 15

_______ 9. Salah satu daripada kepentingan Rancangan Perniagaan kepada usahawan adalah

ia dijadikan sebagai rujukan dalam membuat keputusan dan mengurus perniagaan.

_______ 10. Rancangan Perniagaan dapat menjamin kejayaan perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 95: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 16

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

Sila semak jawapan anda:

Kenyataan yang Betul No. 3, 4, 5, 6, dan 9

Kenyataan yang Salah No 1, 2, 7, 8 dan 10

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 96: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 6 / 17

TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 6. Sekarang anda boleh pergi ke unit 7 pula.

FAKTA PENTING :- 1. Rancangan Perniagaan adalah penting dalam usaha mencapai sesuatu tujuan sama ada untuk mendapatkan pembiayaan modal, menetapkan matlamat perniagaan atau bagi menarik minat pelabur-pelabur menanam modal untuk projek perniagaan 2. Ia juga amat penting kepada pihak-pihak lain sama ada dari dalam perniagaan mahu pun pihak-pihak yang berkepentingan di luar perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 97: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 1

Keusahawanan 1 /21

UNIT 7 :RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar mengetahui

kepentingan penyataan misi dan penyediaan

Rancangan Perniagaan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Menerangkan kepentingan penyataan misi dan membinanya

dalam Rancangan Perniagaan.

Menerangkan format dan kandungan Rancangan Perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 98: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 2

Keusahawanan 2 /21

7.1 Pengenalan

Sebelum orang-orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka

membuat perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih

terperinci perancangan dibuat.

Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan

dengan itu memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus

kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak

mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran sumber dan

masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah. Penyataan

misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam

pasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 99: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 3

Keusahawanan 3 /21

Penyataan Misi

Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :-

Alasan perniagaan diwujudkan

Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

Klien atau pelanggan perniagaan

Kawasan geografi pemasaran

Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :-

Syarikat Waja Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan

memasarkan sistem penghawa dingin yang unik untuk bangunan-bangunan

kediaman dan komersial. Ia menggunakan teknologi angkasa lepas yang

dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenaga elektrik. Sasaran pelanggan

syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan bangunan

komersial dan lain-lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 100: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 4

Keusahawanan 4 /21

Aktiviti 7a

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

7a. 1 Nyatakan samada kenyataan berikut Betul (B) atau Salah (S).

i. ……….. Penyataan misi diperlukan oleh perniagaan yang baru

sahaja.

ii. ……….. Penyataan misi membantu operasi fokus kepada

matlamat perniagaan.

iii. ……….. Penyataan misi dapat mengurangkan pembaziran

sumber perniagaan.

iv. ……….. Penyataan misi membuat penentuan kedudukan

perniagaan dalam pasaran dan ke arah mana ingin

dituju.

7a. 2 Tuliskan satu penyataan misi untuk sebuah butik pakaian wanita bagi

pelanggan yang berpendapatan sederhana dan tinggi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 101: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 5

Keusahawanan 5 /21

MAKLUM BALAS 7a

7a - 1

i. ……S….. Penyataan misi diperlukan oleh perniagaan yang baru

sahaja.

ii. ……B….. Penyataan misi membantu operasi memberi fokus

kepada matlamat perniagaan.

iii. ……B….. Penyataan misi dapat mengurangkan pembaziran

sumber perniagaan.

iv. ……B….. Penyataan misi membuat penentuan kedudukan

perniagaan dalam pasaran dan ke arah mana ingin

dituju.

7a - 2 Contoh: Butik Shan mendapat keuntungan dengan memberi perkhidmatan

menjahit dan menghias pakaian eksklusif wanita, mengikut corak fesyen

terkini untuk pakaian ke pejabat dan ke majlis formal. Sasaran pelanggan

butik ini adalah wanita yang berpendapatan sederhana dan tinggi dan isteri-

isteri orang-orang kenamaan dan lain-lain di sekitar kawasan Kuala Lumpur

dan Petaling Jaya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 102: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 6

Keusahawanan 6 /21

7.2 Format Rancangan Perniagaan

Suatu Rancangan Perniagaan ditulis untuk sesuatu tujuan seperti yang

diterangkan dalam Unit 6. Perbezaan tujuan menulis Rancangan Perniagaan

mengakibatkan kepada kelainan dalam format satu Rancangan Perniagaan

daripada yang lain. Di antaranya, institusi kewangan mempunyai format

rancangan perniagaan mereka tersendiri. Namun demikian, isi kandungannya

tetap sama, cuma bezanya mungkin dari segi persembahannya.

Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara-perkara berikut:-

i. Isi kandungan

ii. Ringkasan Eksekutif atau Abstrak

iii. Pengenalan

iv. Tujuan

v. Latar belakang perniagaan

vi. Latar belakang pemilik

vii. Latar belakang projek

viii. Rancangan Organisasi

ix. Rancangan Pemasaran

x. Rancangan Pengeluaran atau Operasi

xi. Rancangan Kewangan

xii. Jadual Perlaksanaan Projek

xiii. Rumusan

xiv. Lampiran / Dokumen Sokongan

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 103: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 7

Keusahawanan 7 /21

7.2.1 Penerangan Kandungan Rancangan Perniagaan

i. Isi Kandungan

menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama muka surat.

ii. Ringkasan Eksekutif/ Abstrak

menonjolkan perkara-perkara penting dalam rancangan perniagaan.

ianya hendaklah dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneliti

kandungan rancangan perniagaan yang telah disediakan.

iii. Pengenalan

menyatakan jenis perniagaan.

lokasi perniagaan

tarikh perniagaan dijalankan

latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat

perlu disokong dengan fakta-fakta yang sebenar dan realistik)

iv. Tujuan

Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan.

Contohnya untuk memohon sejumlah pembiayaan modal atau tapak

perniagaan dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd. dan sebagainya.

v. Latar Belakang Perniagaan

Memberikan maklumat-maklumat berikut:-

nama perniagaan

alamat perniagaan

alamat surat menyurat (jika berlainan)

nombor telefon

bentuk perniagaan

kegiatan utama

tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 104: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 8

Keusahawanan 8 /21

nombor pendaftaran perniagaan

modal permulaan

nama bank

nombor akaun bank

vi. Latar Belakang Pemilik

Maklumat-maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah

dinyatakan:-

Nama penuh

Nombor kad pengenalan

Umur

Jantina

Alamat tetap

Nombor telefon

Taraf perkahwinan

Kursus yang pernah dihadiri

Kemahiran

Pengalaman

Pekerjaan sekarang

Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)

vii. Latar Belakang Projek

Nyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan seperti:-

Kedudukan fizikal projek

Bangunan (jenis struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 105: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 9

Keusahawanan 9 /21

viii. Rancangan Organisasi/ Pentadbiran

Menyatakan misi dan objektif organisasi

Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi.

Jadual Jawatan dan bilangan tenaga pekerja.

Contoh:

Bil. Jawatan Bil.Pekerja

1. Pengurus Besar 1

2. Kerani 3

3 Jurujual 10

Jadual Huraian Tugas.

Contoh:

Jawatan Tanggungjawab utama

Pengurus Kewangan 1. Menyediakan Belanjawan Tahunan

perniagaan.

2. Menyediakan Laporan Kewangan

perniagaan

3. Mengawal dan mengurus penggunaan

sumber perniagaan.

4. Menyelaras lejar personal di bahagian

kewangan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 106: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 10

Keusahawanan 10 /21

Jadual Imbuhan Balas Jasa pekerja.

Contoh:

Jawatan Bil Gaji

bulanan

KWSP PERKESO Jumlah

Pengurus

Besar

1 RM5000 RM650 RM100 RM5750

Pengurus

Kewangan

1 RM2500 RM325 RM50 RM2875

Jumlah RM8625

Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat

Contoh:

Jenis Bil. Harga (RM)

Komputer 2 8000

Pencetak 2 1000

Mesin fotostat 1 5000

Jumlah 14000

Senarai Perbelanjaan Pentadbiran

Contoh:

Perkara Perbelanjaan

Harta

Perbelanjaan

Bulanan

Lain-lain

perbelanjaan

Gaji dan Imbuhan

Balas Jasa

RM8625

Perabot dan Keperluan

Pejabat

RM14000

Sewa RM2000

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 107: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 11

Keusahawanan 11 /21

ix. Rancangan Pemasaran

Penerangan produk /perkhidmatan yang ditawarkan dengan

mengaitkannya dengan kehendak dan keperluan pengguna.

Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan.

Saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia atau

kedua-duanya sekali.

Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status

kekuatan serta kelemahan mereka dan nyatakan bahagian syer pasaran

yang dicadangkan dan pesaing-pesaing utama.

Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan dan

ramalan jualan tahunan untuk tahun ke 2 dan ke 3. Nyatakan bentuk

jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya sekali.

Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang

diramalkan. Contoh strategi barangan, strategi harga, strategi promosi

dan stratgei edaran.

Butiran perbelanjaan pemasaran.

Contoh:

Perkara Perbelanjaan

Harta (RM)

Perbelanjaan

Bulanan (RM)

Lain-lain

Belanja (RM)

Kenderaan RMxxxx

Promosi RM xxxx

Insurans RM xxx

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 108: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 12

Keusahawanan 12 /21

x. Rancangan Pengeluaran/Operasi

Bahagian ini hanya perlu disediakan bagi perniagaan berbentuk pemprosesan

atau pengeluaran.

Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses

Unit pengeluaran atau jam operasi perniagaan dengan berpandukan

ramalan jualan dalam Rancangan Pemasaran.

Keperluan bahan bulanan dalam satu jadual.

Contoh :

Jenis Bahan Kuantiti

digunakan

Stok

simpanan

Harga seunit

(RM)

Jumlah belian

(RM)

Pasir 10000 tan 500 tan RM xxx RM xxxx

Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama dan

anggaran belian tahunan bahan untuk tahun ke 2 dan ke 3.

Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta imbuhan

mereka.

Contoh:-

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah

Operator

pengeluaran

20 RM xxx RM xx RM xx RM xx

Senarai mesin dan peralatan dalam jadual seperti berikut:

Jenis Pembekal Harga seunit Bil. Jumlah harga

Mesin jahit Kedai Heong RM xx 3 RM xxx

Lakaran susun atur ruang operasi dan nyatakan faktor-faktor utama

yang diambil kira dalam merancang susun atur tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 109: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 13

Keusahawanan 13 /21

Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi.

Overhed operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik,

telefon dan lain-lain yang menjadi penggerak operasi.

Senarai semua butir perbelanjaan operasi dalam satu jadual.

Contoh:

Perkara Perbelanjaan

Harta

Perbelanjaan

Bulanan

Perbelanjaan lain

Mesin RM xxx

Gaji RM xxx

xi. Rancangan Kewangan

Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat

kewangan yang terkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan

Operasi. Maklumat ini perlu untuk :

Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah

keseluruhan kos yang akan terlibat dalam memulakan projek.

Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi

membiayai perlaksanaan projek tersebut. Dengan itu perlulah

disediakan Sumber Pembiayaan Projek.

Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan

menyediakan Proforma Aliran Wang Tunai.

Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh

perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung Rugi.

Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada

akhir tahun perakaunan dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-

Kira.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 110: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 14

Keusahawanan 14 /21

Menyediakan Jadual Susutnilai Aset Tetap, Jadual Bayaran Balik

Pinjaman (jika ada) dan Jadual Bayaran Ansuran Sewa Beli (jika

ada).

xii. Jadual Perlaksanaan Projek

Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat-peringkat kejadian yang

akan berlaku terhadap perniagaan apabila perniagaan dilaksanakan. Pada

kebiasaannya ia menunjukkan kemajuan operasi daripada peringkat idea

kepada kenyataan. Jadual ini dipersembahkan dengan menggunakan carta

yang akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti-aktiviti yang akan

dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula kaitan di antara

aktiviti-aktiviti.

xiii. Rumusan

Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak-pihak tertentu mengapakah

projek ini perlu diteruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu

diluluskan dan sebagainya.

xiv. Lampiran Dokumen Sokongan

Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen-dokumen bagi menyokong sesuatu

kenyataan yang dinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan.

Contohnya seperti Memorandum dan Tatacara Persatuan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 111: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 15

Keusahawanan 15 /21

Aktiviti 7b

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

7b - 1 Nyatakan tujuan disediakan perkara berikut di dalam Rancangan

Perniagaan.

i. Ringkasan Eksekutif/Abstrak

……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………

ii. Jadual Perlaksanaan Projek

……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………

iii. Proforma Untung Rugi Perniagaan

……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 112: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 16

Keusahawanan 16 /21

MAKLUM BALAS 7b

7b - 1

i. Ringkasan Eksekutif mengandungi perkara-perkara penting dalam

rancangan perniagaan. Ianya mestilah dapat menimbulkan minat pembaca

untuk meneliti kandungan Rancangan Perniagaan tersebut.

ii Jadual Perlaksanaan Projek disediakan untuk menunjukkan peringkat-

peringkat kejadian yang akan berlaku terhadap perniagaan apabila perniagaan

dilaksanakan.

iii. Proforma Untung Rugi Perniagaan disediakan untuk mengetahui

untung rugi perniagaan pada akhir tahun kewangan perniagaan tersebut.

Untung/Rugi akan diperolehi dengan membandingkan jumlah penerimaan

dengan jumlah perbelanjaan perniagaan itu.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 113: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 17

Keusahawanan 17 /21

Penilaian Kendiri

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam

penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas

yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang

dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA.

Kajian kes

En.Adib bercadang untuk membuka perniagaan lukisan khat. Lokasi tapak projek

yang dicadangkan ialah di Jalan Puteri Hang Li Po, Melaka. Kawasan ini

mempunyai banyak kemudahan seperti pasaraya, bank, pejabat pos dan terletak

berhampiran dengan kawasan pelancongan.

Perniagaan ini akan diuruskan oleh En.Adib sendiri yang bertindak sebagai

Pengurus Besar syarikat sambil dibantu oleh isterinya, Puan Jasni yang bertindak

sebagai Pengurus Pentadbiran. Syarikat ini mempunyai bahagian pemasaran,

pentadbiran dan operasi.

Sebagai Pengurus Besar syarikat, ia akan menerima gaji permulaan sebanyak

RM1 500 sebulan. Isterinya pula menerima gaji sebanyak RM1 200 sebulan.

En.Adib perlu menyumbang 13% daripada gaji tetap tahunan sebagai KWSP.

Untuk membantu kerja-kerja perkeranian dan perakaunan, En.Adib bercadang

untuk mengambil seorang lulusan politeknik di dalam bidang perakaunan dengan

gaji permulaan sebanyak RM600 sebulan. Dianggarkan belanja bulanan telefon

untuk kegunaan pentadbiran perniagaan ialah RM200.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 114: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 18

Keusahawanan 18 /21

En.Adib akan memerlukan perabot dan peralatan pejabat dan anggaran kos belian

aset-aset tetap itu disenaraikan seperti berikut:

Butir-butir Unit Kos seunit (RM) Jumlah kos

o Meja berlaci

o Kerusi

o Mesin taip

o Almari fail

o Peti keselamatan

o Pendingin hawa

2

6

1

2

1

1

250

50

500

150

1000

1000

500

300

500

300

1000

1000

En.Adib akan membawa masuk komputer peribadinya yang bernilai RM4000.

SOALAN:-

i. Cadangkan satu carta organisasi yang sesuai untuk Adib Sdn.Bhd.

ii. Senaraikan perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain

perbelanjaan untuk bahagian pentadbiran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 115: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 19

Keusahawanan 19 /21

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

Cadangan jawapan soalan:-

Pengurus Besar (En.Adib)

Bhg.Pentadbiran ( Pn.Jasni )

Bhg.Pemasaran (En.Adib)

Bhg. Operasi (En.Adib)

Kerani Pentadbiran

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 116: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 20

Keusahawanan 20 /21

ii. Jadual Perbelanjaan Bahagian Pentadbiran.

Butir-butir Perbelanjaan

Harta

Perbelanjaan

Bulanan

Lain-lain

Perbelanjaan.

Gaji - Pengurus Besar

- Pengurus Pentadbiran

- Kerani

KWSP (13%)

Telefon

Peralatan pejabat

Komputer

RM3600

RM4000

RM1500

RM1200

RM600

RM429

RM200

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 117: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 7 / 21

Keusahawanan 21 /21

TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 7. Sekarang anda boleh pergi ke unit 8

pula.

FAKTA PENTING :-

1. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan.

2. Isi kandungan Rancangan Perniagaan terdiri

daripada isi kandungan, ringkasan eksekutif, pengenalan, tujuan, latar belakang perniagaan, latar belakang pemilik, latar belakang projek, rancangan organisasi, rancangan pemasaran, rancangan operasi, rancangan kewangan, jadual perlaksanaan projek, rumusan dan lampiran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 118: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 1

Keusahawanan 1 /14

UNIT 8 : MILIKAN PERNIAGAAN: FAKTOR DAN TATACARA

8.1 Pengenalan

Setelah anda berjaya mengenalpasti dan memilih idea perniagaan yang sesuai

dilaksanakan, anda perlu pula membuat satu lagi keputusan penting iaitu

menentukan bagaimana perniagaan ini akan distruktur mengikut perundangan yang

sedia ada di Malaysia. Anda mestilah berfikir dengan mendalam dan membuat

perancangan rapi sebelum memilih jenis struktur dan milikan perniagaan yang

terbaik untuk perniagaan yang bakal dijalankan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilikan Perniagaan

Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara berikut perlu diteliti;

• Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?

• Apakah implikasi setiap jenis milikan perniagaan?

• Apakah keperluan tatacara perundangan?

• Apakah pengaruh setiap jenis milikan?

• Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?

• Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik?

Dalam memilih sesuatu milikan perniagaan, seorang usahawan atau bakal

usahawan perlu ingat bahawa tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang

“terbaik”. Apa yang dianggap “terbaik” bergantung kepada keperluan seseorang

pemilik atau bakal pemilik perniagaan yang berkenaan.

Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi menentukan bentuk

yang terbaik untuk perniagaan anda.

• Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa

had

• Berapakah keperluan modal untuk memulakan permiagaan dan untuk masa

hadapan?

• Setakat manakah anda berkehendakkan tahap kawalan dalam proses membuat

keputusan perniagaan anda kehendaki? Adakah anda sanggup berkongsi idea

dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang boleh membantu

membangun dan menjayakan perniagaan?

• Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting? Apakah sumber

pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?

• Sekiranya perniagaan gagal, sejauh manakah anda sanggup bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap hutang-hutang yang ditinggalkan oleh perniagaan?

• Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak berkemampuan

atau meninggal dunia?

• Siapakah yang akan mendapat manfaat tunggal atau yang paling besar

daripada hasil kejayaan perniagaan? Sanggupkah anda mengambil semua

risiko dan dengan itu mengaut semua keuntungan jika berjaya?

• Bolehkan anda mematuhi peraturan dan prosidur birokrasi berkaitan dengan

pemilikan perniagaan?

• Apakah reaksi anda terhadap peraturan kerajaan dan keperluan-keperluan

dokumentasi?

Jawapan anda kepada persoalan-persoalan di atas perlu dirujuk kepada tiga jenis

milikan perniagaan iaitu milikan tunggal, perkongsian dan syarikat sendirian

berhad. Anda hendaklah mengambil kira faktor-faktor kelebihan dan kekurangan

setiap jenis milikan perniagaan ini.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 119: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 2

Keusahawanan 2 /14

8.2 Jenis-jenis Milikan Perniagaan dan Ciri-cirinya.

8.2.1 Pengenalan

Rahmah seorang agen insurans ingin berhenti kerja dan menceburkan diri dalam

bidang perniagaan. Persoalan yang timbul padanya ialah apakah jenis perniagaan

yang wajar dia tubuhkan yang dapat menjanjikan pulangan yang lumayan. Tiada

siapa pun, termasuk usahawan

boleh memberitahu seseorang ( yang ingin menyertai bidang perniagaan ) jenis

perniagaan apakah yang patut disertainya. Seorang bapa yang berjaya sebagai

usahawan pun tidak boleh menyuruh anak-anaknya memilih bidang yang

disertainya kecuali anak itu benar-benar berminat atau terpaksa. Beberapa persoalan

perlu difikirkan oleh Rahmah sebelum dia memilih jenis perniagaan yang dia ingin

tubuhkan. Dia mesti mengetahui jenis milikan perniagaan yang ada serta kelebihan

dan kelemahan setiap jenis.

Milikan perniagaan di Malaysia dapat dikategorikan kepada 4 jenis

( Rajah 8.1 ) iaitu:-

i. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

( Pindaan 1978 ) dan kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

ii. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965

iii. perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948

iv. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan Enakmen Kerajaan

Negeri.

Bagi tujuan ini, hanya perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965 sahaja yang akan dibincangkan. Ini adalah

kerana kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia adalah berbentuk

sedemikian.

8.2.2 Jenis perniagaan

Jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan ialah :-

Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad iaitu Syarikat Sendirian Berhad

dan Syarikat Awam Berhad.

Rajah 8.1 : Milikan Perniagaan di Malaysia

Perkongsian

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)

Dan

Kaedah-Kaedah Pendaftaran

Perniagaan 1957

Milikan tunggal I

Syarikat Berhad dengan Saham

Syari

Sya

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 120: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 3

Keusahawanan 3 /14

8.2.2.1 8.2.2.2 Milikan Tunggal

Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentakrifkan perniagaan tunggal

sebagai sebuah perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi

kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia

lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan. Berikut adalah ciri-ciri

sebuah perniagaan tunggal :-

Bil. Ciri-ciri Huraian

1. Milikan Perniagaan tunggal dimiliki dan dikendalikan oleh seorang sahaja.

2. Penubuhan Perniagaan ini ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan

1956 (Pindaan 1978).

3. Pendaftaran Perniagaan ini paling mudah didaftarkan.

4. Modal Ia memerlukan modal yang kecil.

5. Agihan Keuntungan dan kerugian Pemilik akan memiliki dan menanggung semua keuntu

kerugian yang diperolehi dari perniagaannya.

6. Hayat perniagaan Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Pembubaran akan be

berlaku bencana ke atas pemilik.

Contoh milikan tunggal adalah seperti perniagaan tukang jahit, salon kecantikan, kedai runcit

dan kedai dobi.

Kelebihan Perniagaan Tunggal

1. Perniagaan bentuk ini mudah diuruskan kerana semua keputusan boleh

dibuat dengan cepat oleh pemilik. Dia tidak perlu berunding dengan

pihak lain.

2. Proses penubuhan dan pembubarannya adalah mudah.

3. Keuntungan perniagaan akan menjadi hak pemilik secara

keseluruhannya.

4. Perniagaan ini tidak tertakluk kepada peraturan dan perundangan

kerajaan. Sebagai contoh penyata kewangan perniagaan yang dihantar

kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak perlu diaudit dan diterbitkan

dalam akhbar.

Kekurangan Perniagaan Tunggal

IIAkta Syarikat 1965

IIIAkta Koperasi 1948

Syarikat Berhad dengan Jaminan

Syarikat Tidak Berhad

Syarikat Asing

IVAkta Parlimen atau Enakmen

Kerajaan Negeri

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 121: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 4

Keusahawanan 4 /14

1. Modal perniagaan adalah terhad iaitu setakat yang termampu oleh

pemilik perniagaan.

2. Tanggungan perniagaan tidak terhad kepada modal yang telah

dilaburkan dalam perniagaan. Harta peribadi boleh diguna untuk

membayar balik tanggungan yang ada.

3. Perkembangan perniagaan terhad kepada keupayaan pemilik.

4. Hayat perniagaan bergantung kepada usia dan kecekapan pemilik.

8.2.2.3 Perniagaan Perkongsian.

Menurut seksyen 3, Akta Perkongsian, mentakrifkan perkongsian sebagai

perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan

bersama bagi mendapatkan keuntungan.

Bil. Ciri-ciri Huraian

1.

Milikan

Perniagaan ini dimiliki oleh lebih daripada seorang dan tidak melebihi

20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk

profesional seperti khidmat guaman, akauntan dan arkitek,

keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.

2.

Penubuhan

Ianya mestilah didaftarkan menurut Akta Pendaftaran Perniagaan

1956. Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi perkara-perkara

yang tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1961. Selain dar

untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kekelir

perselisihan faham, antara rakan kongsi adalah baik jika

Surat Ikatan Perkongsian atau Kontrak Perjanjian.

3.

Pendaftaran

Penubuhan perniagaan adalah mudah dan ringkas.

4.

Modal

Rakan kongsi menjalankan perniagaan bersama dan berkong

Jumlah sumbangan modal oleh rakan kongsi ditentukan berd

perbincangan antara mereka.

5

Agihan Keuntungan dan Kerugian

Perniagaan.

Berdasarkan kepada Akta Perkongsian 1961, semua keuntu

kerugian yang diperolehi oleh mereka mesti dibahagikan se

rata diantara rakan kongsi. Selain daripada itu, nisbahn

ditentukan melalui persetujuan antara rakan kongsi.

6

Hayat perniagaan

Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Ianya boleh dibubarkan

seorang rakan kongsi meninggal dunia, bersara, ata

mahkamah atau tamat sesuatu kontrak.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 122: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 5

Keusahawanan 5 /14

Kelebihan Perniagaan Perkongsian

1. Mudah ditubuhkan.

2. Lebih mudah mendapat pembiayaan kredit.

3. Sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal.

4. Risiko perniagaan disebarkan.

5. Beban cukai pendapatan adalah rendah.

6. Pembahagian kerja dan pengkhususan diwujudkan.

7. Liabiliti terhad bagi pekongsi berhad. ( mengikut jumlah modal rakan

kongsi)

Kekurangan Perniagaan Perkongsian

1. Tindakan seseorang pekongsi boleh melibatkan semua pekongsi.

2. Modal masih terhad.

3. Kewujudan pekongsian tidak kekal.

4. Liabiliti adalah tidak terhad.

5. Mudah berlakunya perselisihan antara rakan kongsi.

6. Mudah berlaku salah guna kuasa.

8.2.2.3 Syarikat Berhad

Syarikat Berhad yang dibincangkan di sini ialah Syarikat Berhad menurut saham.

Ianya terdiri daripada dua jenis iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam

Berhad.

Syarikat Sendirian Berhad

Bil. Ciri-ciri Huraian

1.

Milikan

Syarikat ini boleh dibentuk oleh 2 orang dan maksimum se

orang sahaja.

2.

Penubuhan

Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi perkara-perk

tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat mesti men

perkataan “Sdn.Bhd” atau “Sendirian Berhad” di pe

namanya.

3.

Pendaftaran

Penubuhan perniagaan adalah lebih sukar jika dibandingka

perniagaan lain. Prosedur penubuhan mestilah mematuhi

perkara yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Ia m

nama asing di atas namanya sendiri.

4.

Modal

Modal yang terkumpul bagi Syarikat Sdn.Bhd adalah lebih

dibandingkan dengan jenis perniagaan lain. Modal dikumpul

pernerbitan saham. Syarikat dilarang membuat pelawaa

orang ramai untuk mohon beli sebarang saham.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 123: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 6

Keusahawanan 6 /14

Bil. Ciri-ciri Huraian

5

Agihan keuntungan dan kerugian

Segala keuntungan syarikat adalah hak milik syarikat. Pemegang

saham akan memperolehi agihan keuntungan syarikat menerusi

pembayaran dividen

6.

Hayat perniagaan

Jangkahayat perniagaan ini lebih terjamin. Ianya tidak bergantung

kepada ahli-ahli di mana perniagaan akan tetap wujud walaupun

berlaku perubahan ataupun kematian ahli.

Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad

1. Mudah mendapatkan sumber kewangan melalui pertukaran hakmilik

saham atau dari institusi kewangan.

2. Semua pemegang saham dilindungi undang-undang.

3. Pemegang saham tidak dibebankan dengan pengurusan perniagaan.

Tanggungan ahli-ahli syarikat adalah terhad kepada modal syarikat yang

disumbangkan.

4. Jangkahayat perniagaan tidak bergantung kepada usia ahli-ahlinya.

5. Mempunyai potensi yang lebih luas untuk berkembang.

6. Syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya kerana ianya

merupakan entiti yang berasingan.

Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad

1. Saham syarikat tidak boleh dijualbeli di pasaran saham.

2. Syarikat tertakluk kepada cukai perniagaan syarikat.

3. Penyata Kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah yang

dilantik dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.

4. Orang ramai boleh mengetahui hal ehwal kewangan syarikat.

5. Kos penubuhan yang tinggi.

6. Syarikat ini perlu mematuhi semua peruntukan dalam Akta Syarikat

1965.

Syarikat Awam Berhad

Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat

Sendirian Berhad. Perbezaannya ialah dari segi pemilikan perniagaan. Tidak ada

hadnya bagi mereka yang ingin menjadi ahli atau pemegang saham bagi syarikat

jenis ini. Menurut peruntukan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat

Awam Berhad mesti ditulis nama “Berhad”. Pemegang saham bebas menjual dan

membeli saham di pasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa.

Perkara-perkara lain seperti penubuhan, pendaftaran syarikat, agihan keuntungan

dan jangkahayat perniagaan adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 124: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 7

Keusahawanan 7 /14

Kelebihan Syarikat Awam Berhad.

1. Mudah mengumpul modal yang banyak menerusi penerbitan saham

kepada orang ramai.

2. Kewujudan perniagaan adalah lebih kekal.

3. Saham-saham syarikat mudah dipindah milik.

4. Aktiviti perniagaan boleh dijalankan secara besar-besaran. (ekonomi

bidangan)

5. Liabiliti yang ditanggung oleh ahli adalah terhad.

Kekurangan Syarikat Awam Berhad

1. Penubuhan syarikat awam berhad adalah lebih rumit dan mahal.

2. Pengurusan perniagaannya adalah lebih rumit. Ini adalah kerana ianya

dikawal ketat oleh undang-undang.

3. Milikan dan pengurusan adalah terpisah.

4. Hal ehwal syarikat terdedah kepadapengetahuan umum.

5. Menanggung cukai yang tinggi.

Aktiviti 8b

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8b-1 Sesuaikan penyataan di bawah :-

8b- 2 Nyatakan samada penyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S).

a. …………. Bagi perkongsian bank, broker saham atau

institusi

kewangan bilangan pekongsi tidak boleh melebihi 10 orang.

b. …………. Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang

saham menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal

yang dilaburkannya sahaja.

c. …………. Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan

membuat keputusan bersendirian.

Penyataan Jenis Perniagaan

a. Tertakluk kepada Akta Syarikat Perniagaan Tung b. Modal terhad Perkongsian

c. Ahli 2 hingga 20 orang Syarikat Sendiria

Berhad. d. Dimiliki oleh orang persendirian. Syarikat Awam

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 125: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 8

Keusahawanan 8 /14

d. …………. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad

mempunyai liabiliti yang tidak terhad.

MAKLUM BALAS 8b

8b- 1

8b – 2 Nyatakan samada pernyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S).

a. …S………. Bagi perkongsian bank, broker saham atau institusi kewangan,

bilangan pekoingsi tidak boleh melebihi 10 orang.

b. …B………. Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang saham

menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal yang

dilaburkannya sahaja.

c. ……B……. Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan membuat

keputusan bersendirian.

d. ……S……. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad mempunyai

liabiliti yang tidak terhad.

8.3 Prosedur Pendaftaran Perniagaan

Terdapat prosedur-prosedur tertentu untuk mendaftar perniagaan-perniagaan di

Malaysia.

8.3.1 Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian

Pertama: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1)

Borang Carian Nama Perniagaan

Borang ini dikemukakan sebagai permohonan meluluskan nama dan

jenis perniagaan yang dikemukakan.

Pemohon hendaklah memilih nama perniagaan yang sesuai

Nama yang dipilih perlulah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau

Inggeris dan memenuhi keperluan Pendaftar Perniagaan

Larangan dikenakan ke atas penggunaan nama-nama yang

menggunakan perkataan “Kebangsaan”, “ASEAN”, “DiRaja” dan

sebagainya. Contoh nama perniagaan tunggal: Restoran

Halimah, Perabot Zamani Enterprise atau Kedai Gambar Setia

Contoh nama perniagaan Perkongsian: Tan dan Rakan-Rakan

INPUT

Pernyataan Jenis Perniagaan

a. Tertakluk kepada Akta Syarikat Perniagaan Tunggal b. Saham tidak mudah dijualbeli. Perkongsian

c. Ahli 2 hingga 20 orang Syarikat Sendirian Berhad. d. Dimiliki oleh orang persendirian. Syarikat Awam Berhad.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 126: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 9

Keusahawanan 9 /14

Kedua: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A

Untuk Mendaftarkan Perniagaan

Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat-maklumat dan

butir-butir peribadi

Untuk perniagaan perkongsian, maklumat semua rakan kongsi

perlu diisi.

Ketiga: Untuk mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D

Kebiasaannya, sijil akuan pendaftaran dikeluarkan dalam masa tujuh hari

selepas Borang A dihantar. Sijil ini perlu dipamer di alamat perniagaan.

Kegagalan berbuat demikian membolehkan pemilik perniagaan didenda.

Permohonan perlu dibuat untuk memperbaharui sijil ini setiap tahun dengan

menggunakan Borang D.

Perubahan maklumat dalam perniagaan – Borang B (P.NA 2)

Bagi pemilik yang ingin mengubah sebarang maklumat dalam Borang A seperti

nama, alamat dan jenis perniagaan, ia hendaklah mengisi Borang B (P.NA 2) dan

memaklumkan dalam tempoh tujuh hari ianya berlaku.

8.3.2 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

Pertama: Membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran mengguna nama

perniagaan yang dicadangkan – Borang 13A

Permohonan perlu dibuat untuk mencadangkan nama syarikat dengan menggunakan

Borang 13A dalam dua salinan kepada Pendaftar Syarikat.

Nama yang dicadangkan mestilah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau

Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan ‘Sendirian Berhad’.

Kedua: Menyediakan dokumen-dokumen penubuhan berikut sebaik sahaja nama

syarikat diluluskan oleh Pendaftar Syarikat- dokumen ini hendaklah

dikemukakan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh kelulusan nama.

1. Tataujud Syarikat - Dokumen yang memaklumkan berkenaan

aktiviti syarikat serta kuasa dan batasannya.

2. Tataurusan Syarikat- Dokumen yang menggariskan polisi pengurusan

dalaman serta hak dan tanggungjawab Lembaga

Pengarah

3. Borang 6 - Perakuan Berkanun pematuhan segala peraturan

4. Borang 24 - Borang pecahan saham yang diperuntukkan

5. Borang 44 - Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan

6. Borang 48A - Perakuan Berkanun sebelum perlantikan menjadi

seorang pengarah atau penaja.

7. Borang 49 - Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan

Setiausaha Syarikat

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 127: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 10

Keusahawanan 10 /14

8. Borang 9 - Sijil Akaun Perbadanan

Pemohon hendaklah membuat bayaran pendaftaran- jumlah bayaran ini

bergantung kepada Modal Saham yang dibenarkan

Aktiviti 8c

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8c-1 Jelaskan prosedur untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal

…………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. ……………………………………………………………..

8c-2 Sila nyatakan keperluan borang berikut :-

i. Borang P.N.A 1: ………………………………… ………………………………… …………………………………

ii.Borang D …………………………………

………………………………… …………………………………

iii.Borang 13A ………………………………… ………………………………… ………………………………

8c – 3 Bilakah Sijil Pendaftaran perniagaan milikan tunggal perlu

diperbaharui?

………………………………………………………………….

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 128: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 11

Keusahawanan 11 /14

MAKLUM BALAS 8c

8c-1 Prosedur mendaftar perniagaan milikan tunggal:-

Langkah I : Mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1)

Borang Carian Nama Perniagaan.

Langkah II : Mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A

Mendaftarkan Perniagaan .

Langkah III: Mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D

Langkah IV : Pendaftaran perubahan-perubahan maklumat dalam

perniagaan – Borang B (P.NA 2)

8c-2 i. Borang P.N.A 1: Borang carian nama perniagaan.

ii.Borang D : Borang untuk mendapat Sijil Akuan Perdaftaran.

iii.Borang 13A : Borang untuk mendapatkan kebenaran mengguna nama

perniagaan yang dicadangkan.

8c.3 setahun sekali.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 129: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 12

Keusahawanan 12 /14

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam

penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas

yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang

dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA.

Soalan :

En.Tajuddin bercadang untuk memulakan perusahaan memproses makanan untuk

ternakan ayam. Ia telah menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya

sebagai Eksekutif Pemasaran sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan bantuan rakan

karibnya En. Hassan, seorang pegawai di Kementerian Pembangunan Usahawan,

En.Tajuddin mendapati perusahaan yang ingin diceburi ini memerlukan modal

permulaan sebanyak RM200 000. Jumlah ini lebih tinggi daripada wang

simpanannya. Ia memerlukan sekurang-kurangnya RM120 000. En.Tajuddin yang

arif tentang industri makanan ayam ini mempunyai perancangan untuk meluaskan

pasaran makanan ke seluruh negara. Walau bagaimanapun, sekiranya perniagaan ini

menghadapi kegagalan, En.Tajuddin tidak sanggup untuk menanggung keseluruhan

hutang perniagaan ini.

En.Tajuddin telah meminta nasihat rakan karibnya untuk mencadangkan jenis

milikan perniagaan yang sesuai dipilih.

Soalan:

1. Cadangkan jenis milikan perniagaan yang sesuai kepada En.Tajuddin.

Beri alasan anda.

2. Apakah kelebihan dan kekurangan menubuhkan perniagaan jenis

perkongsian untuk perniagaan En.Tajuddin.

3. Sekiranya En.Tajuddin membuat keputusan untuk menubuhkan Syarikat

Sendirian Berhad dalam perusahaan ini, jelaskan tatacara untuk

pendaftaran syarikat ini.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 130: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 13

Keusahawanan 13 /14

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

1. En.Tajuddin boleh menubuhkan perniagaan berbentuk Syarikat Sendirian Berhad.

Alasan:-

a. Membantu mengumpul modal perniagaan melalui pelaburan saham.

Modal ini dapat ditambahkan dari masa ke semasa.

b. Liabiliti perniagaan tidak perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemegang

saham.

c. Dapat menarik minat pekerja atau kakitangan yang berkemahiran kerana

hayat perusahaan ini lebih terjamin.

2. Kelebihan penubuhan perniagaan perkongsian:-

a. Asas sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal.

b. Tugas dan tanggungjawab mengurus perniagaan dapat dikongsi dengan

rakan kongsi.

c. Dapat gabung kepakaran, idea dan kemahiran pekongsi.

d. Lebih murah untuk didaftarkan.

Kekurangan penubuhan perniagaan perkongsian:-

a. Liabiliti perniagaan tidak terhad.

b. Hayat perniagaan bergantung kepada semangat kerjasama di antara

pekongsi.

c. Boleh berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.

d. Kurang keyakinan pekerja berkualiti dalam perusahaan ini.

3. Tatacara untuk mendaftar Syarikat Sdn.Bhd. :-

a. Membuat permohonan bagi mendapat kebenaran mengguna nama yang

dicadang dengan menggunakan Borang 13A.

b. Menyedia dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran

syarikat.

Tataujud Syarikat - 2 salinan

Tataurusan Syarikat - 2 salinan

Surat Akuan Berkanun mengenai pematuhan segala peraturan

(Borang 6) – 2 salinan

Borang pecahan saham yang diperuntukkan ( Borang 24 ) – 2

salinan.

Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan (Borang 44)

Akaun Berkanun sebelum perlantikan menjadi Pengasas atau

Pengarah (Borang 48A)

Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan Setiausaha

Syarikat (Borang 49)

Bayaran pendaftaran

Sijil Akaun Perbadanan (Borang 9)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 131: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 8 / 14

Keusahawanan 14 /14

TAHNIAH !

Anda telah tamat mempelajari Unit 8. Sekarang anda boleh pergi ke unit 9 pula

FAKTA PENTING :-

1. Tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang terbaik. Ianya bergantung kepada keperluan seorang pemilik atau bakal pemilik.

2. Jenis milikan perniagaan di Malaysia tertakluk kepada Peruntukan Akta-Akta.

3. Pendaftaran perniagaan perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 132: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 1

Keusahawanan 1 / 14

UNIT 9 : MILIKAN PERNIAGAAN : ALTERNATIF

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar membuat pemilihan milikan

perniagaan yang sesuai.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Mengenalpasti alternatif memulakan perniagaan.

Menubuhkan perniagaan baru. Membeli perniagaan yang sudah wujud. Menjalankan perniagaan francais.

Menentukan kelebihan dan kekurangan setiap alternatif.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 133: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 2

Keusahawanan 2 / 14

9.0 Pengenalan Ahmad adalah seorang jurutera yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah dia boleh memulakan perniagaannya. Adakah dia mesti memulakan perniagaan semuanya dari awal atau membeli perniagaan yang sudah wujud atau secara francais. Semua persoalan ini mesti difikirkan dengan teliti kerana setiap tindakan yang hendak diambil perlu diberi pertimbangan sebelum membuat keputusan. 9.1 Alternatif Memulakan Perniagaan Seseorang yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan boleh memilih sama ada :-

i. Menubuhkan perniagaan yang baru ii. Membeli perniagaan yang sudah wujud. iii. Menjalankan perniagaan francais.

9.2 Menubuhkan perniagaan yang baru. Seseorang boleh memulakan perniagaannya sendiri dengan mengenalpasti peluang perniagaan yang terdapat disekelilingnya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, seseorang itu harus mempunyai minat, kebolehan, modal, pengalaman dan pengetahuan. Ini adalah penting kerana dia akan membuat semua tugas sendiri. Semua perkara bermula dari mencari modal, lokasi, pelanggan, pembekal, bangunan, barangan dan lain-lain lagi perlulah dilakukan oleh usahawan tersebut. 9.2.1 Kebaikan menubuhkan perniagaan yang baru.

a. Bebas membuat keputusan sendiri iaitu dari segi memilih lokasi, jenis produk atau perkhidmatan yang akan dipasarkan, mengupah pekerja, memilih pembekal dan lain-lain lagi.

b. Mempunyai peluang untuk membuat pilihan kemudahan fizikal iaitu sama ada mencari dan memilih kemudahan fizikal yang memenuhi cita rasa atau membina bangunan sendiri.

c. Mempunyai kebebasan untuk memilih lokasi yang strategik untuk memulakan perniagaan.

d. Mempunyai peluang untuk membangunkan imej perniagaan kerana dapat mengetahui perasaan dan citarasa pelanggan apabila berurusniaga secara bersemuka dengan mereka.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 134: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 3

Keusahawanan 3 / 14

9.2.2 Kelemahan menubuhkan perniagaan yang baru. a. Usahawan perlu berusaha lebih untuk mencari dan menarik pelanggan untuk

berurusniaga dengan mereka. b. Suatu usaha yang mengambil masa yang lama. Ini adalah kerana banyak

aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan dari peringkat awal seperti mencari lokasi yang strategik, memasang mesin, mencari pembekal, mengupah dan melatih pekerja dan sebagainya .

c. Perniagaan baru tidak mempunyai sebarang rekod perniagaan. Usahawan hanya boleh membuat andaian mengenai jualan, perbelanjaan dan keuntungan.

9.3 Membeli perniagaan yang sudah wujud Cara lain bagi seseorang yang hendak menceburkan diri dalam perniagaan adalah dengan membeli perniagaan yang sudah wujud. Dengan kata lain, pengambilalihan perniagaan boleh dilakukan. Pengambilalihan adalah cara yang paling mudah dan ringkas untuk memulakan perniagaan. Ini adalah kerana perniagaan itu sudah mempunyai rangkaian pelanggan, struktur pentadbiran dan jaringan pembekal. Dengan cara ini, perniagaan boleh dimulakan dengan lebih cepat, mudah dan murah. Pengambilalihan boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu dengan membeli perniagaan yang sudah wujud dan mewarisi perniagaan keluarga. Pada peringkat awal, mengambil alih perniagaan yang sedia ada dapat mengelakkan banyak rintangan yang dihadapi oleh usahawan baru. Namun demikian, risikonya tetap wujud.

9.3.1 Kebaikan membeli perniagaan yang sudah wujud.

a. Perniagaan ini mempunyai pelanggan yang sedia ada iaitu yang sudah biasa membeli produk atau perkhidmatan dari perniagaan tersebut.

b. Perniagaan mempunyai rekod yang terbukti menunjukkan jumlah jualan, perbelanjaan dan keuntungan dari rekod perniagaan yang lepas.

c. Perhubungan sudah diwujudkan antara pihak bank dan pembekal. Ini dapat menjimatkan masa usahawan.

d. Usahawan tidak perlu melatih pekerja kerana perniagaan tersebut mempunyai pekerja yang terlatih mengenai produk, perkhidmatan dan pelanggan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 135: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 4

Keusahawanan 4 / 14

9.3.2 Kelemahan membeli perniagaan yang sudah wujud a. Perniagaan yang diambil alih mungkin mempunyai reputasi yang buruk di

kalangan pelanggan dan pembekal. Oleh kerana itu, usahawan yang baru perlu berusaha keras untuk menaikkan nama dan reputasi perniagaan tersebut.

b. Usahawan yang mengambilalih perniagaan yang sedia ada mungkin terpaksa mengubahsuaikan bangunan, membaiki atau menggantikan peralatan. Pemeriksaan kemudahan fizikal perniagaan perlu dilakukan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 136: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 5

Keusahawanan 5 / 14

AKTIVITI 9a.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

9a – 1 Nyatakan 3 cara bagaimana seseorang boleh menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.

i. ………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………….

iii. ………………………………………………………………….

9a – 2 Huraikan perbezaannya antara menubuhkan perniagaan yang baru dengan

membeli perniagaan yang sudah wujud.

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 137: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 6

Keusahawanan 6 / 14

MAKLUM BALAS 9a

9a – 1 3 cara bagaimana seseorang boleh menceburkan diri dalam dunia

keusahawanan.

i. menubuhkan perniagaan baru

ii. membeli perniagaan yang sudah wujud.

iii. Menjalankan perniagaan francais.

9a – 2 Perbezaannya antara menubuhkan perniagaan yang baru dengan membeli

perniagaan yang sudah wujud.

Kelebihan menubuhkan perniagaan baru :-

i. Bebas membuat keputusan sendiri. ii. Mempunyai peluang untuk membuat pilihan kemudahan fizikal.

iii. Mempunyai kebebasan untuk memilih lokasi yang strategik untuk memulakan perniagaan.

iv. Mempunyai peluang untuk membangunkan imej perniagaan

Kelemahan membeli perniagaan yang sudah wujud:-

i. Perniagaan yang diambil alih mungkin mempunyai reputasi yang buruk di kalangan pelanggan dan pembekal.

ii. Usahawan yang mengambilalih perniagaan yang sedia ada mungkin terpaksa mengubahsuaikan bangunan, membaiki atau menggantikan peralatan. Pemeriksaan kemudahan fizikal perniagaan perlu dilakukan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 138: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 7

Keusahawanan 7 / 14

9.4 Menjalankan perniagaan francais Berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh bagi Persatuan Francais Malaysia (Akta penubuhan 1966 ), mendefinisikan francais sebagai suatu perniagaan pengedaran secara bersistem yang menggunakan jenama yang sama dan dengan kaedah pengurusan yang seragam dan tersusun berlandaskan satu format perniagaan. Fry ( 1993 ) pula menyatakan francais sebagai satu sistem perniagaan yang memberi hak kepada individu atau pengedar setempat untuk memasarkan perkhidmatan atau produk. Semua syarikat francais di Malaysia mesti mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Francais 1998. Terdapat dua pihak yang terlibat dalam perniagaan francais iaitu francaisor dan francaisi. Francaisor ialah pemberi francais yang memiliki dan mengeluarkan sesuatu produk. Manakala francaisi ialah penerima francaisor yang menjual produk berlandaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh francaisor. Definisi di atas menjelaskan bahawa perniagaan francais melibatkan dua pihak yang diikat dengan kontrak yang telah dipersetujui bersama. Satu perjanjian mengenai syarat francais akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Sistem operasi serta segala hal berkaitan penubuhan dan pengurusan perniagaan akan diberikan oleh francaisor kepada francaisi.. Francaisor akan memberi kebenaran atau hak kepada francaisi yang secara relatifnya bersaiz lebih kecil bagi menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang telah ditentukan dalam satu jangka masa dan tempat tertentu untuk proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud. Daripada urusniaga ini, francaisor akan menerima royalti daripada francaisi Terdapat dua bentuk struktur perniagaan francais iaitu :-

i. Francais yang dibawa masuk dari luar negara.

Merujuk kepada rajah 9.1, struktur ini membabitkan perniagaan milik asing yang melibatkan tiga pihak iaitu pengeluar francais, pemegang francais ( bagi sesuatu negara ) dan penerima francais. Bantuan dalam penyediaan produk akan diberi oleh pengeluar francais kepada pemegang francais yang dilantik di Malaysia. Kemudian, ia akan melantik pula wakil yang dikenali sebagai penerima francais untuk membuka cawangan francais ini. Contoh perniagaan francais dari luar negara ialah McDonald, Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken dan lain-lain lagi.

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 139: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 8

Keusahawanan 8 / 14

Rajah 9.1 : Struktur francais luar negara

Pemilik francais ( luar negara )

Francaisor ( dalam negara ) Francaisi Francaisi Francaisi

ii. Francais tempatan.

Rajah 9.2 : Strktur francais tempatan

Francaisor ( tempatan ) Francaisi Francaisi Francaisi

Francais tempatan ( rajah 9.2 ) ini hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu pemegang francais dan penerima francaisor. Contoh perniagaan milik tempatan ialah Pusat Servis EON, Habib Jewels, Merry Brown dan Kedai Buku Popular. Secara kesimpulannya pelbagai peluang telah disediakan oleh perniagaan francais kepada usahawan yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Perniagaan ini lebih mudah dibentuk dan dijalankan kerana penggunaan teknik pemasaran, imej, populariti, pengetahuan dan reputasi yang telah stabil dan teruji oleh francaisor. Ia merupakan salah satu cara bagi francaisor mengembangkan perniagaan yang mana tidak mungkin ia mampu untuk melakukannya sendiri kerana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Manakala bagi pihak francaisi, ia akan mendapat hak untuk menjual produk syarikat francaisor atau mengeluarkan produk dengan menggunakan tanda dagang atau paten yang telah dicipta, diperkenal dan dibangunkan oleh francaisor.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 140: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 9

Keusahawanan 9 / 14

9.4.1 Kebaikan menjalankan perniagaan francais

a. Latihan pengurusan disediakan oleh francaisor dan ini membantu mengatasi masalah kekurangan pengalaman pihak francaisi.

b. Bantuan kewangan dan panduan untuk memperolehi pinjaman daripada bank boleh didapati dari francaisor.

c. Francaisor akan sentiasa memberi bantuan walaupun perniagaan telah diwujudkan.

d. Francaisi tidak perlu berusaha lebih untuk mendirikan reputasinya kerana pelanggan telahpun biasa dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

9.4.2 Kelemahan menjalankan perniagaan francais a. Sebarang tindakan yang dibuat oleh francaisi akan menjejaskan nama baik

francais. b. Francaisi mempunyai kawalan terhad dalam perniagaannya. Beberapa

keputusan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan awal daripada francaisor. Contohnya masa dan hari perniagaan serta produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Berdasarkan pada rekod yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menunjukkan sehingga tahun 2000, terdapat 82 jenis perniagaan francais dan 604 francaisi di negara ini. Daripada keseluruhan produk francais yang diniagakan, 53% daripadanya terdiri daripada produk tempatan dan 47% pula merupakan produk luarnegeri. Semua syarikat francais di Malaysia tertakluk kepada Akta Francais 1998 yang telah dikuatkuasakan mulai 8 Oktober 2000. Untuk mendapat maklumat tambahan mengenai francais, anda boleh melayari laman web seperti www.kpun.gov.my dan www.mara.gov.my

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 141: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 10

Keusahawanan 10 / 14

AKTIVITI 9b.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

9b - 1 Apakah yang dimaksudkan dengan perjanjian francais.

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

9b - 2 Huraikan perbezaannya antara francais yang dibawa masuk dari luarnegara

dengan francais tempatan.

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 142: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 11

Keusahawanan 11 / 14

MAKLUM BALAS 9b

9b – 1 Perjanjian francais ialah perjanjian antara pemilik francais dengan penerima

francais. Francaisi akan dibenarkan untuk menjual barang-barang francais

dengan sokongan francaisor dengan syarat-syarat tertentu. Francaisi perlu

membayar royalti kepada francaisor. Latihan, imej, jenama, sistem operasi serta

segala hal berkaitan pengurusan perniagaan akan diberikan oleh francaisor

kepada francaisi.

9b – 2 Francais yang dibawa dari luar negara melibatkan 3 pihak iaitu pengeluar francais,

pemegang francais ( bagi sesebuah negara ) dan penerima francais. Pemegang

francais akan mengurus dan mengawal semua perniagaan francais di negara

mereka. Manakala francais tempatan melibatkan francaisor dan francaisi yang

berada di negara sendiri sahaja.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 143: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 12

Keusahawanan 12 / 14

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.

Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak

jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada

masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA.

Habibah ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Dia berminat untuk

mengambilalih perniagaan Kedai Roti dan Kek yang berada di kawasan tempat

tinggalnya. Persoalan yang timbul ialah adakah wajar dia mengambil alih perniagaan

tersebut atau memulakan perniagaan itu dari awal.

Habibah telah berjumpa dengan anda. Anda sebagai seorang yang mempunyai

pengetahuan mengenai keusahawanan perlu menasihatkannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 144: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 13

Keusahawanan 13 / 14

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh Habibah sebelum dia membuat keputusan

samada untuk mengambil alih perniagaan Kedai Roti dan Kek atau memulakan perniagaan

sendiri.

Kelebihan mengambil alih perniagaan :-

i. Pelanggan, pembekal, kemudahan fizikal dan nama baik telah sedia ada bagi

perniagaan tersebut.

ii. Pekerja telah sedia ada dan tidak perlu memberi latihan kepada mereka.

iii. Nama baik perniagaan telah wujud di kalangan penduduk setempat dan Habibah

hanya perlu meneruskan perniagaan tersebut dari tangan pemilik lamanya.

Kelemahan memulakan perniagaan sendiri :-

i. Melibatkan banyak kerja bermula dari proses penubuhan sehinggalah kepada

mencari pelanggan.

ii. Habibah perlu berusaha keras untuk memperkenalkan perniagaannya kepada orang

ramai dalam mewujudkan nama baik ( goodwill ) perniagaannya.

iii. Perlu memikirkan lokasi yang strategik dan kemudahan fizikal bagi perniagaannya.

Dicadangkan kepada Habibah agar dia memgambil alih perniagaan Kedai Roti dan Kek daripada

memulakannya perniagaan itu sendiri.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 145: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P 3117 / Unit 9 / 14

Keusahawanan 14 / 14

TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 9. Sekarang anda boleh pergi ke unit 10 pula.

FAKTA PENTING :-

1. Seseorang bakal usahawan boleh memulakan perniagaan dengan cara menubuhkan perniagaan itu sendiri atau membeli perniagaan yang sedia ada atau perniagaan francais.

2. Perniagaan francais melibatkan francaisor dan

francaisi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 146: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 1

Keusahawanan 1 / 12

UNIT 10 : KHIDMAT SOKONGAN

OBJEKTIF

Objektif Am : Membolehkan pelajar mengetahui bantuan-bantuan dan khidmat sokongan keusahawanan.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Mengenalpasti khidmat sokongan keusahawanan dan agensi terlibat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 147: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 2

Keusahawanan 2 / 12

10.0 PENGENALAN KEPADA KHIDMAT SOKONGAN Tahukah anda bidang keusahawanan telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara?. Oleh itu Kerajaan Malaysia memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha memastikan industri keusahawanan ini terus berdaya maju, mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa serta boleh bertindak sebagai industri sokongan kepada industri besar negara ini. Dengan pengetahuan tentang khidmat sokongan ianya akan membantu pemilik menjalankan perniagaan dengan lancar. Kemudahan sokongan atau sistem sokongan ialah Terdapat tujuh bentuk kemudahan sokongan keusahawanan yang akan dibincangkan dalan modul ini iaitu:

10.1.1 Kewangan 10.1.2 Latihan pengurusan dan keusahawanan 10.1.3 Teknologi 10.1.4 Lokasi dan ruang niaga 10.1.5 Pemasaran 10.1.6 Penyelidikan dan mengenalpasti projek 10.1.7 Maklumat

10.1.1 Kewangan Bantuan kewangan disediakan oleh institusi kewangan yang bertujuan memberi pinjaman kepada usahawan untuk melaksanakan sesuatu perniagaan. Kemudahan ini meliputi pembinaan tapak kilang, pembelian peralatan pejabat, pembelian mesin dan juga untuk digunakan sebagai modal pusingan. Antara institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kewangan ini ialah bank perdagangan, bank-bank saudagar dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

INPUT

kemudahan kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam membantu melaksanakan dan mengembangkan enterprais

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 148: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 3

Keusahawanan 3 / 12

Rajah 10.1 Jenis Pembiayaan dan Agensi-agensi yang terlibat JENIS PEMBIAYAAN AGENSI

Perniagaan Am, Pertanian dan Perindustrian

MIDF MARA Bank Pembangunan Malaysia Bank Industri Malaysia Bank Pertanian Malaysia

Pembiayaan Semula Kredit Syarikat Jaminan semula kredit Eksport Berhad. Bank-bank perdagangan Agensi Kewangan

Berbagai Skim Jaminan Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad

Program Pembangunan Luar Bandar

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Tabung Usahawan Baru Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui: Maybank Berhad

10.1.2 Latihan Pengurusan dan Keusahawanan

Program ini bertujuan untuk melatih usahawan supaya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diceburi serta berpengetahuan dalam bidang pengurusan. Program ini juga memberi semangat dan galakan dalam usaha meningkatkan golongan usahawan.

Antara agensi-agensi yang terlibat ialah

• MEDEC ( Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia ) • ICDU(Unit pelarasan dan Perlaksanaan, Jabatan

Perdana Menteri) • MARA ( Majlis Amanah Rakyat ) • PDPN (Pusat Daya Pengeluaran Negara) • MARDI(Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) • SIRIM(Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) • dan pihak institusi kewangan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 149: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 4

Keusahawanan 4 / 12

10.1.3 Teknologi Usahawan boleh menambahkan pengetahuan teknikal mereka yang sedia ada dengan mengikuti kursus pendidikan yang disediakan. Selain dari itu, mereka akan dapat mempelajari berkenaan teknologi yang terkini terutama di dalam bidang pembuatan dan pengurusan.Teknologi ini biasanya di sampaikan oleh tenaga pengajar mahir dan terlatih dengan menggunakan peralatan-peralatan moden dari dalam dan luar negara. Pemindahan teknologi moden ini sangat penting dalam usaha mewujudkan budaya saing selaras dengan perkembangan ekonomi negara kita. Antara agensi yang terlibat ialah

• SIRIM ( Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia ) • MARA • MARDI • PORIM(Institut Minyak Kelapa Sawit Malaysia) • FRIM(Institut Penyelidikan Hutan Malaysia) • JKJ(Jabatan Kilang dan Jentera) • Jabatan Perkhidmatan Haiwan • Kementerian Pendidikan Pusat Latihan Belia Dusun Tua • Institusi Pengajian Tinggi.

10.1.4 Lokasi dan ruang niaga Agensi yang terlibat dalam menyediakan lokasi dan ruang niaga untuk para usahawan adalah seperti

• MARA • UDA • PKEN ( Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri )

Agensi-agensi ini memberi perkhidmatan penyediaan tapak

lokasi perniagaan bersesuaian dengan corak perniagaan atau pun perusahaan yang akan dimajukan. Kemudahan ini dapat membantu usahawan di dalam mengurangkan masalah ruang niaga dan tapak industri di kawasan strategik dan berdaya maju.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 150: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 5

Keusahawanan 5 / 12

10.1.5 Pemasaran Pemasaran ialah apa sahaja usaha yang dijalankan bagi melariskan dan meningkatkan barangan jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam perusahaan. Agensi berkenaan akan memberi khidmat sokongan kepada usahawan dalam mengedar, mempromosi dan memasar barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan di dalam dan luar negeri. Antara agensi yang terlibat adalah seperti:-

• FAMA • PERNAS EDAR • MATRADE ( Pusat Perdagangan Luar Malaysia ) • MITI ( Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa)

10.1.6 Penyelidikan dan Mengenalpasti Projek Terdapat beberapa agensi yang membantu usahawan dalam menjalankan penyelidikan dan kajian. Penyelidikan dan kajian dilakukan termasuklah kajian kemungkinan projek, kajian pemasaran serta penyelidikan berkaitan dengan teknologi.

Antara agensi yang terlibat ialah:- • MARDI • SIRIM. • Institutsi Pengajian Tinggi

10.1.7 Maklumat Bantuan maklumat ditawarkan kepada usahawan dalam bentuk peluang-peluang perniagaan, perangkaan, penemuan-penemuan baru, teknologi, penyelidikan dan sebagainya. Kebanyakan jabatan atau agensi mempunyai pusat sumber atau perpustakaan yang mengandungi koleksi maklumat untuk kegunaan awam. Antara agensi yang menyediakan kemudahan ialah :-

• MITI • MARDI ( Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ) • SIRIM • MIDA ( Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ) • FRIM

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 151: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 6

Keusahawanan 6 / 12

AKTIVITI 10a. Ujikan Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

10a.1 Lengkapkan rajah di bawah dengan menyatakan bentuk-bentuk sokongan yang terdapat di Malaysia.

10a.2. Namakan agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta yang sesuai di ruangan kosong yang disediakan.

i. En. Daud ingin menambah ilmu pengetahuannya dalam bidang pengurusan perniagaan

--------------------------------------------------------------------------------------------- ii. Usahawan boleh memohon pembiayaan kewangan daripada siapa?

---------------------------------------------------------------------------------------------

iii. Tapak dan ruang niaga disediakan oleh siapa ?

--------------------------------------------------------------------------------------------

U S AH A W A N

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 152: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 7

Keusahawanan 7 / 12

10a.3 Sekiranya anda seorang usahawan, adakah anda memerlukan khidmat sokongan yang

ditawarkan ? Sekiranya anda memerlukannya terangkan bagaimana skim ini dapat membantu anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 153: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 8

Keusahawanan 8 / 12

MAKLUM BALAS 10a 10a.1

10a.2

i. MEDEC, Kementerian Pembangunan Usahawan. ii. MIDF, MARA, Bank Perdagangan iii. MARA, UDA.

10a.3 Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan sokongan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan pihak swasta anda diminta melayari laman web pihak-pihak berikut: Bantuan teknikal:

• MIMOS – Institut Sistem Mikroelektrik Malaysia • JKJ – Jabatan Kilang dan Jentera • SIRIM – Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia

Bantuan maklumat

• MITI – Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa • ICDU – Unit Pelarasan dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri • MATRADE – Pusat Perdagangan Luar Malaysia

TEKNOLOGI K E W A N G A N

P E M A S A R A N

U S AH A W A N

L A T I H A N

PENYELIDIKAN

M A K L U M A T

LOKASI I

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 154: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 9

Keusahawanan 9 / 12

Bantuan Latihan dan Pengurusan • MARA – Majlis Amanah Rakyat • MATRADE – Pusat Perdagangan Luar Malaysia • MIDA – Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

Bantuan Kewangan

• MIDF – Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia • BPMB – Bank Pembangunan Malaysia • CGC – Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad

Bantuan infrastruktur

• KPU – Kementerian Pembangunan Usahawan • MARDI – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Perindustrian Malaysia • KPLB – Kementerian Pembangunan Luar Bandar

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 155: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 10

Keusahawanan 10 / 12

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang

dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA.

En.Awang mempunyai minat untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawan. Dia mempunyai modal yang mencukupi untuk menubuhkan perniagaan tetapi memerlukan bantuan dan sokongan dalam memajukan lagi perniagaannya itu. En. Awang telah bertemu dengan anda untuk mendapatkan nasihat berkaitan dari agensi manakah yang dia boleh memohon bantuan. Sila nasihatkan En. Awang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 156: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 11

Keusahawanan 11 / 12

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri ? Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

En. Awang boleh mendapatkan bantuan dan kemudahan sokongan dari pelbagai agensi.

i. Bantuan pemasaran – MITI, MATRADE atau MARA ii. Bantuan infrastruktur – SIRIM, MARDI, MARA, PKEN. iii. Bantuan Maklumat – MITI, MATRDAE, MARDI, MIDA, SIRIM iv. Bantuan latihan pengurusan dan keusahawanan – MEDEC, v. Bantuan teknologi – SIRIM, MARA vi. Lokasi dan ruang niaga – MARA, UDA

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 157: P3117 Keusahawanan UNIT0 · 2018-08-20 · McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993. ... Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : ... kriteria

P3117 / Unit 10 / 12

Keusahawanan 12 / 12

TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari modul ini.

FAKTA PENTING :-

1. Khidmat sokongan ialah kemudahan kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam membantu melaksanakan dan mengembangkan enterprais

2. Bantuan sokongan yang disediakan adalah dari segi kewangan, latihan, teknologi, lokasi , pemasaran, penyelidikan dan maklumat.

http://modul2poli.blogspot.com/