borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan...

24
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 ) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Catatan : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : CIRI DAN GAYA PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR PUSAT KOKURIKULUM KEUSAHAWANAN UTM SESI PENGAJIAN : 2009/2010 Saya NURUL HIDAYAH BINTI ADNAN______ _ mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : BT 4 BLOCK G SAWAH SEMPADAN, TANJONG KARANG, DR HJ MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN SELANGOR. NAMA PENYELIA Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh : 23 APRIL 2010

Upload: phamthuan

Post on 14-Jul-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 )

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Catatan : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : CIRI DAN GAYA PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN DALAMKALANGAN PELAJAR PUSAT KOKURIKULUMKEUSAHAWANAN UTM

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya NURUL HIDAYAH BINTI ADNAN______ _

mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √)

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972 )

TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan )

√ TIDAK TERHADDisahkan oleh

____________________________ _____________________________( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

Alamat Tetap :BT 4 BLOCK G SAWAH SEMPADAN,TANJONG KARANG, DR HJ MOHD ANUAR ABDUL RAHMANSELANGOR. NAMA PENYELIA

Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh : 23 APRIL 2010

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) “

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : DR. HJ. MOHD ANUAR B. ABDUL RAHMAN

Tarikh : APRIL 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

i

CIRI DAN GAYA PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN

PELAJAR PUSAT KOKURIKULUM KEUSAHAWANAN UTM

NURUL HIDAYAH BINTI ADNAN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...............................................

Nama Penulis : Nurul Hidayah Adnan

Tarikh : 23 April 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan Bondaku,,

Adnan b. Garau

Marsida bt. Mokhtar

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik

perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini

telah ku tunaikan jua.

Buat kekanda dan adinda-adindaku,

Mohd Ammin b. Adnan

Nurul Syuhadah bt Adnan

Nurul Farahin bt Adnan

Dan buat tunang tersayang yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat

Mohamad Nor Azlan Darno

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan dan doronganmu

tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang

Maha Mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala

kekhilafan yang lalu.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi

semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini bagi

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kemahiran Hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Dr. Hj. Mohd Anuar Bin Abdul Rahman yang telah banyak memberi

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,

rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan

mendapat keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan mengenalpasti tahap ciri keusahawanan dan gaya

pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar kursus Kokurikulum Keusahawanan

UTM. Kajian juga bertujuan melihat perbezaan ciri keusahawanan dan gaya pemikiran

keusahawanan berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan pelajar, di samping melihat

hubungan kedua-dua pembolehubah tersebut. Kajian ini menggunakan soal selidik yang

mengandungi 52 item sebagai instrumen kajian. Nilai Alpha Cronbach

kebolehpercayaan soal selidik bagi ciri keusahawanan 0.96 dan gaya pemikiran

keusahawanan 0.963. Responden kajian ini terdiri daripada 85 orang pelajar yang sedang

mengikuti Kokurikulum Keusahawanan. Hasil kajian mendapati ciri keusahawanan dan

gaya pemikiran keusahawanan pelajar pada tahap tinggi. Manakala tidak terdapat

perbezaan ciri keusahawanan dan gaya pemikiran keusahawanan berdasarkan jantina.

Sebaliknya terdapat perbezaan ciri keusahawanan dan gaya pemikiran keusahawanan

berdasarkan bidang pengkhususan. Hasil kajian juga mendapati terdapatnya hubungan

yang positif kuat di antara ciri keusahawanan dan gaya pemikiran keusahawana dalam

kalangan pelajar. Oleh yang demikian kajian mencadangkan supaya pihak Pusat

Kokurikulum membanyakkan aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti-aktiviti yang

dapat membina keyakinan diri pelajar untuk menjadi usahawan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

vi

ABSTRACT

The aims of this descriptive study are to identify the level of entrepreneur

characteristic and thinking style among UTM students in Co-curriculum entrepreneur

course. This study is also to identify the differences between entrepreneur characteristic

and thinking style based on gender and student specialization. The study will also look

into the relationship between both of the variables. The study which has 52 items used

questionnaire as instrument. The Alpha Cronbach reliability of the questionnaire show

the entrepreneur characteristic reliability is 0.96 and thinking style is 0.963. The

respondent in this study were 85 students from the entrepreneur Co-curriculum class.

The results of the study showed that the level of entrepreneur characteristic and thinking

style are high. Meanwhile there are no differences between genders in entrepreneur

characteristic and thinking style. On the other hand, there are differences in entrepreneur

characteristic and thinking style among students based on specialization. Therefore it is

recommended to the Co-curriculum unit to increase more problem solving and of self

confidence activities among students as the preparation for them to become an

entrepreneur.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB

TAJUK

PENGESAHAN

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SANARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1

3

6

7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

viii

2

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Rasional Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Skop Kajian

1.10 Kerangka Kajian

1.11 Definisi Kajian

1.11.1 Keusahawanan

1.11.2 Ciri-Ciri Keusahawanan

1.11.3 Gaya Pemikiran Keusahawanan

1.11.4 Pelajar UTM

1.12 Penutup

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Usahawan Dan Keusahawanan

2.3 Ciri-Ciri Keusahawanan

2.4 Gaya Pemikiran Keusahawanan

2.4.1 Kreatif Dan Inovatif

2.4.2 Pembentukan Organisasi Mengurus Dan

Menanggung Risiko

2.4.3 Peminpin Dan Mempunyai Gaya Kepimpinan

2.9 Kajian Lepas

2.9.1 Kajian Dalam Negara

2.9.2 Kajian Luar

2.10 Penutup

7

8

8

9

10

9

11

12

11

13

13

14

15

16

20

21

21

22

22

23

23

24

26

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

ix

3

4

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Populasi Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Analisis Data

3.9 Penutup

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Data Bahagian A: Latar Belakang Responden

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Dan Hipotesis Kajian

4.3.1 Tahap Ciri-ciri Keusahawanan Yang Di Miliki

Pelajar

4.3.2 Tahap Gaya Pemikiran Keusahawanan Yang Di

Miliki Pelajar

4.3.3 Perbezaan Ciri Keusahawanan Berdasarkan Jantina

4.3.4 Perbezaan Gaya Pemikiran Keusahawanan

Berdasarkan Jantina

4.3.5 Perbezaan Ciri Keusahawanan Berdasarkan Bidang

Pengkhususan

27

28

28

29

29

32

33

36

36

39

39

46

53

53

54

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

x

5

4.3.6 Perbezaan Gaya Pemikiran Keusahawanan

Berdasarkan Bidang Pengkhususan

4.3.7 Hubungan Di Antara Ciri Keusahawanan Dengan

Gaya Pemikiran Keusahawanan

4.4 Penutup

RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan

5.3.1 Ciri Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar

Subjek Keusahawanan Ko-Kurikulum

5.3.2 Gaya Pemikiran Keusahawanan Dalam Kalangan

Pelajar Subjek Keusahawanan Ko-Kurikulum

5.3.3 Hubungan Ciri Keusahawanan Dengan Gaya

Pemikiran Keusahawanan

5.4 Cadangan Tindakan

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Penutup

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

55

56

57

58

59

61

61

65

68

69

70

71

72

82

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

1.1

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

TAJUK

Pertumbuhan KDNK

Item-Item Soalan Ciri-ciri Keusahawanan Serta Cara

Pemarkatan

Item-iten Soalan Gaya Pemikiran Keusahawanan Serta

Cara Pemarkatan

Kaedah Penganalisaan Data Berdasarkan Kepada

Persoalan Kajian

Tahap Pengukuran Min

Jadual Klasifikasi Kekuatan Kolerasi

Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Taburan Responden Berdasarkan Bangsa

Taburan Responden Beradsarkan Agama

Taburan Responden Berdasarkan Bidang Pengkhususan

Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu Bapa

Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Berniaga

Analisis Keseluruhan Ciri-ciri Keusahawanan Pelajar

Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Ciri Berorentasikan Matlamat

Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Ciri Membuat Perancangan

Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Ciri Keyakinan Diri

HALAMAN

2

31

32

34

34

35

37

37

38

38

38

39

40

41

42

43

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

xii

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

4.19

4.20

Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Ciri Menyelesaikan Masalah

Analisis Keseluruhan Gaya Pemikiran Keusahawanan

Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Gaya Pemikiran Kreatif dan Inovatif

Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min

BagiGaya Pemikiran Pembentukan Organisasi

Mengurus Dan Menanggung Risiko

Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Gaya Pemikiran Pemimpin dan Mempunyai Gaya

Kepimpinan

Analisis Ujian-t Terhadap Ciri-ciri Keusahawanan

Berdasarkan Jantina

Analisis Ujian-t Terhadap Gaya Pemikiran

Keusahawanan Berdasarkan Jantina

Analisis Ujian-t Terhadap Ciri-ciri Keusahawanan

Berdasarkan Bidang Pengkhususan

Analisis Ujian-t Terhadap Gaya Pemikiran Berdasarkan

Bidang Pengkhususan

Nilai Kolerasi Ciri Keusahawanan Dengan Gaya

Pemikiran Keusahawanan

45

46

48

50

52

53

54

54

54

56

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

1.1

PERKARA

Kerangka Konsep Kajian

MUKA SURAT

11

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

A

PERKARA

Borang Soal Selidik

MUKA SURAT

82

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini bidang keusahawanan bukan lagi menjadi suatu bidang yang

asing bagi masyarakat kita. Menurut laporan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia,

aktiviti perniagaan yang didaftarkan di pejabat pendaftaran perniagaan sepanjang tahun

2001 menunjukkan bahawa daripada sebelas jenis usaha niaga, perniagaan makanan dan

minuman mencatatkan statistik pendaftaran tertinggi bagi sepanjang tahun. Menurut

Zafir dan Fazilah (2003) pula, jenis-jenis usahawan yang telah dibangunkan ialah

usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais.

Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara

keseluruhan usahawan perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Tiada

siapa yang dapat menjamin bahawa sesuatu perniagaan itu pasti akan memberikan

pulangan yang memberangsangkan sepanjang masa. Usahawan seharusnya berani

menerima cabaran dan sentiasa berusaha untuk menghadapi kemungkinan dan mengurus

risiko cabaran ke arah kejayaan. Dalam cabaran dunia perniagaan bukan mudah untuk

mencapai kejayaan, namun tidak pula mustahil untuk memperolehi kecemerlangan.

Dewan Ekonomi (Mei, 2001) melaporkan usahawan perlu terlebih dahulu mengenal diri

sendiri, kemahiran yang dimiliki dan juga gabungan ilmu pengetahuan bagi membentuk

formula membuat keputusan yang bijak ke arah mencipta kejayaan peniagaannya.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

2

Oleh yang demikian seorang usahawan perlu memiliki wawasan yang selaras

dengan keupayaan dan kemahiran yang dimiliki.

Dewan Ekonomi (Mac, 2001) melaporkan sejak 43 tahun yang lalu formula

pembangunan negara Malaysia telah bermula. Asas formula pimpinan terulung negara

melibatkan evolusi sejarah pembinaan negara yang unik, termasuk keupayaan berdaya

saing, pelopor ekonomi dunia dan mapan menangani arus globalisasi. Berdasarkan

Jadual 1.1 menunjukkan negara Malaysia berpotensi mengalami pertumbuhan ekonomi

terpantas di Asia menerusi faktor kekuatan permintaan domestik dan pertambahan

secara berterusan eksport negara. (G.K Goh, Sept. 2000)

Jadual 1.1 : Pertumbuhan KDNK (%)

Negara 1999 2000 2020*

Malaysia 5.6 8.7 9.8

Singapura 5.4 8.8 9.0

Thailand 4.2 5.5 6.0

Filipina 3.3 3.5 5.0

Indonesia 0.3 3.9 4.0

Nota:*anggaran. Sumber:( G.K Goh, Sept, 2001 ) singapura

Dalam mengekalkan dan merangsang terus pertumbuhan ekonomi pelbagai

usaha telah dijalankan seperti meningkatkan pelaburan domestik dan perdagangan

serantau telah memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk menembusi pasaran

antarabangsa. Dalam hal ini terbukti peranan yang dimainkan oleh bidang keusahwanan

adalah faktor-faktor penting dalam memajukan dan membangunkan masyarakat dan

negara (Khaairuddin, 1996). Menurut Siti Nobayah (1997) pula bidang perniagaan

adalah sebuah bidang yang mulia. Oleh itu seorang usahawan adalah bertuah kerana

memilih bidang perniagaan.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

3

Bidang keusahawanan pada hari ini semakin mencabar dan tercabar. Jumlah

usahawan bertambah dan berkembang dengan pesat menjadikan persaingan dunia

perniagaan semakin sengit. Seorang usahawan yang berjaya tidak takut dengan

persaingan Dewan Ekonomi (Februari, 2000). Oleh itu, semangat untuk menjadi seorang

usahawan yang berjaya haruslah diterapkan didalam diri pelajar supaya berani dan

mampu menceburi bidang keusahawanan dan bukan hanya mengharapkan makan gaji

semata-mata.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang keusahawanan penting dibangunkan untuk menuju status negara maju

menjelang tahun 2020. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (1999) melaporkan

sebanyak 60 peratus sumber tenaga di negara ini amat diperlukan dan seharusnya perlu

dibangunkan bagi memenuhi keperluan ssosio-ekonomi negara. Berdasarkan kandungan

yang terdapat di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 menyatakan

berkaitan dengan penyusunan semula ekonomi dan membasmi kemiskinan. Penyusunan

semula ekonomi adalah lebih kepada untuk menyeimbangkan peratusan penglibatan

rakyat negara ini ke dalam bidang perniagaan mengikut bangsa. Oleh itu, jelas sekali di

sini bahawa betapa pentingnya bidang keusahawanan dan mempunyai skop yang luas

(Faridah, 2002).

Dalam perkembangan dunia global ini peranan usahawan dan bidang

keusahawanan adalah menjadi semakin penting. Selari dengan kefahaman Islam aktiviti

keusahawanan adalah ibadah fardu kifayah yang dilaksanakan mengikut syarak dan nilai

murni. Menurut Ab. Aziz (2000), setiap manusia berpeluang untuk menjadi usahawan,

mereka hanya perlu tahu mengembangkan ciri inovasi, kreativiti, berani menanggung

risiko dengan kesungguhan bekerja bagi membangunkan dan memaksimumkan potensi

diri denagn memanfaatkan peluang yang ada. Selain itu terdapat tiga dimensi yang boleh

dijadikan asas untuk menilai ciri-ciri keusahawanan di dalam diri seseorang usahawan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

4

iaitu dari segi kemahiran, nilai dan pengetahuan. Usahawan yang ingin berjaya mestilah

sentiasa berusaha bersungguh untuk berjaya (Zaharuddin,1995).

Dalam Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan pendekatan

yang dilakukan untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa di

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang adalah dengan melaksanakan

pembangunan kemahiran keusahawanan. Semua mahasiswa pengajian diploma di UiTM

Pulau Pinang diwajibkan mengambil kursus Keusahawanan (Fairus, 2008). Ini adalah

jelas sekali pentingnya penerapan ciri dan seterusnya memupuk gaya pemikiran

keusahawanan di kalangan mahasiswa. Perkaitan mahasiswa dalam bidang

keusahawanan jelas dapat dilihat apabila mereka banyak melaksanakan program-

program yang berbentuk keusahawanan. Menurut Mutakhir (1997), Universiti Utara

Malaysia (UUM) contohnya, telah mengiktiraf program-program berbentuk keusahawan

sebagai aktiviti ko-kurikulum yang diberi kredit. Ini terbukti menunujukkan bahawa

golongan mahasiswa berpotensi mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan gaya pemikiran

keusahawanan yang tinggi.

Pihak universiti telah menganjurkan pelbagai program-program yang

berunsurkan keusahawanan. Ini selari dengan falsafah UTM bahawa graduan yang

berminat dalam bidang perniagaan haruslah memperolehi pendedahan kepada kemahiran

dan pengetahuan yang mencukupi berkaitan bidang keusahawanan dan perniagaan bagi

menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia perniagaan luar . Selain itu dengan menceburi

bidang keusahawan juga dapat menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan

mahasiswa. Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

(PMUKM), Sarfarizal Md Saad, berkata usahawan adalah seseorang yang memiliki sifat

kreatif dan inovatif kerana ia akan membawa kepada penciptaan barangan baru dalam

dunia pasaran. Mahasiswa yang mahu menceburi bidang berkenaan perlu lebih agresif

dan berdaya saing. Menurutnya juga, mahasiswa juga perlu memiliki imej kendiri yang

baik dan positif. Imej kendiri yang positif seperti yakin, berani dan jujur perlu ada dalam

diri usahawan muda kerana tanpanya, kita akan menjadi lemah, begitu juga dengan

orang keliling. Mahasiswa perlu mencabar potensi dan sikap serta membuang segala

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

5

sifat negatif. Dengan menyingkirkan semua sikap negatif itu, ia akan memberi kesan

baik terhadap perniagaan dijalankan. Di samping itu, bidang keusahawanan memang

mempunyai potensi cerah jika dilakukan secara serius. Jika mahu berjaya, mahasiswa

perlu membuang mentaliti bergelar ‘pegawai’ kerana ia hanya merugikan diri sendiri.

Namun begitu dalam apa juga bidang yang diceburi, tidak semua orang akan

berjaya. Begitu juga dengan bidang keusahawanan, ada sesetengah usahawan akan

berjaya dan ada juga yang akan menghadapi kegagalan. Cita-cita untuk menjadi

usahawan berjaya adalah impian setiap individu yang menceburi bidang perniagaan.

Oleh itu, berbagai cabaran harus di tempuhi sebelum mengecap kejayaan yang

diimpikan. Walaupun fakta menunjukkan peningkatan bilangan usahawan semakin

meningkat di Malaysia, namun tidak kurang juga ada yang menghadapi kegagalan.

Setiap individu akan menghadapi cabaran yang berbeza-beza, bergantung kepada jenis

perniagaan, jenis usahawan, saiz perniagaan, tempat, masa dan lain-lain lagi.

Umumnya cabaran yang harus dilalui oleh seseorang usahawan boleh

dibahagikan kepada diri, keluarga dan alam sekitar (Yep Putih, 1985). Kajian dan temu

bual yang dijalankan ke atas individu-individu yang telah berjaya dan cemerlang dalam

perniagaan kebanyakkannya menunjukkan mereka ini pernah mengalami kegagalan

dalam perniagaan sekurang-kurangnya sekali, sebelum mereka bangkit kembali untuk

memulakan semula perniagaan mereka. Menurut Osborne (1995), ramai usahawan gagal

dan 90% perniagaan yang dimulakan di USA telah ditutup dalam jangka masa 10 tahun.

Salah satu faktor yang boleh membawa kegagalan dalam bidang keusahawanan

ialah sikap seseorang dan sikap seseorang boleh dikategorikan sebagai disiplin kerja,

etika dan juga rasa tanggungjawab. Oleh sebab usahawan bekerja sendiri, sesetengah

orang tidak dapat mendisiplinkan diri sendiri. Bekerja sesuka hati, tidak menepati masa

untuk sesuatu temu janji, tidak memenuhi janji, tidak membayar hutang adalah antara

sikap negatif usahawan yang tidak berdisiplin, tidak beretika dan tidak

bertanggungjawab.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

6

Banyak kajian menunjukkan ramai usahawan bumiputera gagal kerana

kekurangan ilmu pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang yang diceburi. Di

antaranya berkaitan dengan kekurangan pengalaman dalam pengurusan, kelemahan

pengurusan kewangan, kelemahan pengurusan aliran tunai, kelemahan pengawalan

perniagaan, kesilapan pemilihan tempat perniagaan, perbelanjaan tidak terkawal, kurang

komitmen, perbelanjaan yang melebihi kemampuan serta hilang fokus. Itu di antara

sebab-sebab mengapa ramai usahawan bumiputera gagal dalam bidang keusahawanan.

Menurut Suiabah, Azlah, Hishamuddin, Rozeyta, Syaharizatul dan Rosilla (2004)

walaupun pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan dalam bentuk kewangan dan

kemudahan peralatan tetapi masih ramai usahawan yang gagal dalam bidang

keusahawanan. Oleh itu, bantuan kerajaan bukanlah jaminan terhadap kejayaan

seseorang usahawan sebaliknya sikap dan nilai diri merupakan faktor utama yang

menyumbang kepada kejayaan (Usahawan Sukses, Mei-Jun 2000).

Usaha kerajaan yang semakin rancak untuk melahir dan memajukan usahawan

selaras dengan pelbagai inisiatif berkaitan bidang keusahawanan yang di jalankan di

institusi pengajian tinggi. Kerajaan mengharapkan pelajar lepasan universiti mampu

untuk menjadi usahawan. Keadaan ini telah mendorong penyelidik dijalankan menjurus

kepada bidang keusahawanan.

1.3 Pernyataan Masalah

Pelbagai usaha dan galakkan kerajaan telah di jalankan khususnya di institusi

pengajian tinggi untuk melahirkan usahawan. Maka, terbukti perkembangan bidang

keusahawan yang positif adalah yang di harapkan oleh kerajaan. Oleh itu, UTM telah

menyahut seruan kerajaan, terdapat pelbagai usaha yang di lakukan untuk melahirkan

usahawan. Salah satunya adalah dengan mewujudkan kelab keusahawanan sebagai salah

satu pilihan subjek di Pusat Kokurikulm untuk pelajar-pelajar UTM dan telah lama

wujud tetapi tidak ramai keluaran pelajar UTM yang menjadi usahawan.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

7

Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan dan

gaya pemikiran keusahawanan pelajar UTM mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan

gaya pemikiran keusahawanan. Justeru itu, kajian ini akan mengkaji dengan lebih

mendalam dan terperinci mengenai ciri-ciri dan gaya pemikiran keusahawanan yang

dimilik oleh pelajar yang mengikuti kursus keusahawanan di Pusat Kokurikulum di

UTM Skudai.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

i) Mengenalpasti tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar.

ii) Mengetahui tahap gaya pemikiran keusahawanan di kalangan pelajar.

iii) Melihat perbezaan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar

berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.

iv) Melihat perbezaan gaya pemikiran keusahawanan yang dimiliki oleh

pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.

v) Melihat hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan gaya pemikiran

keusahawanan.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais. Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara keseluruhan

8

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumbalas beberapa

persoalan seperti yang berikut:

i) Apakah tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar?

ii) Apakah tahap gaya pemikiran keusahawanan yang dimiliki pelajar?

iii) Adakah terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh

pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan?

iv) Adakah terdapat perbezaan gaya pemikiran keusahawanan yang dimiliki

oleh pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan?

v) Adakah terdapat hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan gaya

pemikiran keusahawanan?