definisi sukan rekreasi

Upload: narmatha-mani-maran

Post on 05-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kjojok;k';p/

TRANSCRIPT

DEFINISI SUKAN REKREASIMengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman et.al (1985) pula berpendapat bahawa sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

KONSEP SUKAN REKREASI

MATLAMAT DAN TUJUAN SUKAN REKREASISukan rekreasi menggalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya adalah untuk mencari kesejahteraan. Ia dilakukan atas pilihan sendiri dan boleh menjadi aktiviti individu meskipun biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti sukan rekreasi disusun atur dalam bentuk pertandingandan persembahanatau dalam bentuk tanpadirancang. Maklumat asas tentang sukan rekreasi penting untuk mengerti ketepatan identitinya dan membantu komunikasi yang konsisten tentangnya di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para professional.Matlamatnya, memberi perkhidmatan dari segi pengelolaan, pengurusan sukan dan khidmat nasihat dalam melaksanakan aktivitisukan rekreasi. Selain itu, meningkatkan prestasi sukan sebagai method utama ke arah kecemerlangan sukan. Mengurus serta menyelenggara kemudahan dan peralatan sukan rekreasi. Ia juga bermatlamat untuk membina masyarakat pelajar dan staf yang sihat, cergas, bertanggungjawab dan berwibawa. Meningkatkan kadar kebolehpercayaan yang tinggi daripada pengguna melaluipenyediaan perkhidmatan dan pengurusan yang bersistematik danefisien. Manakala objektifnya adalah untuk menggalakkan penyertaan ramaidalam sukan rekreasi, menerapkan unsur-unsur gayahidup sihat melalui sukandan rekreasi, mengalakkan penggunaan kemudahan bersukan secara optima. Selainitu, mewujudkan suasana harmoni, muhibah dan bertimbang rasa melalui jalinan kemesraan di kalangan peserta sukan serta mempertingkatkan prestasi sukan dengan lebih berkesan dan cemerlang.

KEPENTINGAN SUKAN REKREASIKepentingannya, boleh membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segifizikal dan mental, iaitu bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal.Sukanmerupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorangmemperolehi keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup dan keperluan asas manusia. Kepentingannya juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai untuk menggalakkan pergaulan dan mengeratkan perhubungan sosial.Kepentingan sukan kepada individu, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal, pembentukan sahsiah yang murni, kepercayaan serta berdikari dan pendirianyang positif, kekurangan stres, semangat bergaul dan bersahabat antara individu, peningkatan kemahiran melalui latihan danpersaingan serta peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu.Kepentingan sukan terhadap masyarakat ialah menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat, membina masyarakat yang sihat, menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk, mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan,rekreasi dan pelancongan.Kepentingan sukan rekreasi di peringkat antarabangsa adalah untuk mengeratkan hubungan muhibah dan persefahaman antara sebuah negara dengan negara lain ke arah keamanan serta mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa.

JENIS-JENIS SUKAN REKREASIAntara jenis sukan ialah bola sepak, bola jarring, ragbi, sepak takraw, bola tampar, badminton, ping pong, tennis, hoki, sofbol, squash, renang, trek dan padang, bowling, bola keranjang, bola baling, memanah, bowling, catur dan lai-lain.Manakala jenis rekreasi ialah sukan air, aktiviti lasak, wall climbing, aerobic dan lain-lain lagi.

KONSERVASIPerkhemahan kerap diadakan di sekolah-sekolah atas sebab-sebab tertentu. Kesedaran tentang alam sekitar boleh diterapkan kepada murid-murid melalui perkhemahan.Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini. Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perludidedahkan kepada semua orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal inikeranaisualamsekitarsememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid melalui sukan rekreasi, Kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius. Selain itu, pendidikan konservasidalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangatuntuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya. Pendek kata, pendidikan konservasi dalam sukanrekreasisememangnya sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasiyang akandatangsupayamerekajuga turutmemainkanperanandalam menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling kitadipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau