definisi permainan

8
Permainan Good (1973), dalam ‘Dictionary of Education’ memberi definisi istilah permainan sebagai “any pleasurable activity on for its own sake, without reference to ulterior purpose or future satisfactions”. Ini bermakna beliau melihat permainan itu sebagai aktiviti yang menyeronokan yang dilakukan semata- mata bertujuan untuk tujuannya sendiri tanpa tujuan lain atau kepuasan di masa akan datang. Seterusnya Good menambah bahawa permainan kanak-kanak merupakan aktiviti kanak-kanak bagi tujuan memberi keseronokan dan kegembiraan sama ada yang berlaku secara spontan atau dirancangkan. Aktiviti-aktiviti itu pula, menurut beliau berkaitan dengan perkembangan budi pekertinya. Mack (1975), dalam bukunya yang berjudul ‘Early Childhood”. Development and Education’ pula mendefinasikan permainan sebagai suatu “aktiviti di mana kanak-kanak membiasakan dirinya dengan persekitarannya” Menurut Mock lagi, permainan juga di ertikan sebagai pekerjaan kanak-kanak. Bagaimanapun ia berbeza daripada pekerjaan orang dewasa yang mempunyai tujuan tertentu. Permainan, kata beliau “is an end in

Upload: matt-apitt

Post on 23-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Permainan

Permainan

Good (1973), dalam ‘Dictionary of Education’ memberi definisi istilah

permainan sebagai “any pleasurable activity on for its own sake, without reference to

ulterior purpose or future satisfactions”. Ini bermakna beliau melihat permainan itu

sebagai aktiviti yang menyeronokan yang dilakukan semata-mata bertujuan untuk

tujuannya sendiri tanpa tujuan lain atau kepuasan di masa akan datang. Seterusnya

Good menambah bahawa permainan kanak-kanak merupakan aktiviti kanak-kanak

bagi tujuan memberi keseronokan dan kegembiraan sama ada yang berlaku secara

spontan atau dirancangkan.

Aktiviti-aktiviti itu pula, menurut beliau berkaitan dengan perkembangan budi

pekertinya. Mack (1975), dalam bukunya yang berjudul ‘Early Childhood”.

Development and Education’ pula mendefinasikan permainan sebagai suatu “aktiviti

di mana kanak-kanak membiasakan dirinya dengan persekitarannya” Menurut Mock

lagi, permainan juga di ertikan sebagai pekerjaan kanak-kanak. Bagaimanapun ia

berbeza daripada pekerjaan orang dewasa yang mempunyai tujuan tertentu.

Permainan, kata beliau “is an end in itself”. Kanak-kanak bermain semata-mata untuk

keseronokannya

Kesimpulannya, permainan merupakan aktiviti-aktiviti yang menimbulkan

keseronokan dan kegembiraan yang berlaku dalam keadaan bersahaja. Dalam

konteks kajian ini, perkataan ‘permainan’ digunakan dengan membawa maksud

segala aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak yang dirancangkan oleh guru di

dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Aktiviti-aktiviti yang di maksudkan itu

merupakan aktiviti-aktiviti yang memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada

kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti hendaklah berlaku dalam situasi yang bersahaja, sama

Page 2: Definisi Permainan

ada secara kumpulan, berpasangan dan bersendirian. Aktiviti ini juga mungkin

berstruktur atau tidak.

1.5.2 Jenis Permainan

Kamus Dewan (1970), mendefinasikan perkataan ‘jenis’ sebagai golongan

benda-benda yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa. Dengan

demikian, dalam kajian ini frasa ‘jenis berjenis’ digunakan sebagaikan maksud

permainan-permainan dari golongan yang sama yang dimainkan oleh kanak-kanak di

pelbagai jenis prasekolah. Seterusnya dalam konteks kajian ini, jenis permainan di

pelbagai prasekolah itu di lihat dari beberapa segi iaitu dari segi;

i. Kepelbagaian jenis aktiviti permainan yang dijalankan iaitu

berdasarkan kelompok-kelompok yang telah di tetapkan di atas.

ii. Penglibatan dan pemilihan aktiviti permainan mengikut pilihan murid.

iii. 2.2. Definisi Permainan

iv. Frost dan Kissinger (1976), melaporkan bahawa sejak tahun 1930,

ramai penulis telah menerokai tajuk permainan. Dalam buku mereka

yang berjudul ‘The Young Child and the Educative Process’, mereka

memetik definisi permainan yang telah di kemukakan oleh Valentine

pada tahun 1942. Menurut mereka, Valentine telah mendefinisi

permainan sebagai ‘mana-mana aktiviti yang dijalankan semata-mata

untuk tujuannya yang tersendiri’. Mereka juga menjelaskan bahawa

definisi Valentine itu tidak menafikan bahawa permainan boleh juga

menuju kearah suatu matlamat atau akhiran yang mana ianya

merupakan sebahagian daripada ciri yang menarik minat terhadap

permainan itu. Contoh yang diberi oleh Valentine, menurut Frost and

Page 3: Definisi Permainan

Kissinger (1976), ialah permainan pasir, di mana Valentine

menjelaskan bahawa aktiviti membina mahligai pasir menjadi lebih

bermakna kerana terhasilnya ‘mahligai’. Teori recaptulation

(Gulick,1898) yang menyatakan bahawa permainan mewakili

pengulangan biologi dalam persejarahan manusia.

v. Frank (1952), telah mendefinisikan permainan sebagai “cara kanak-

kanak belajar sesuatu yang tidak diajarkan kepadanya. Permainan

merupakan cara kanak-kanak meneroka dan membiasakan dirinya

dengan alam sebenar, ruang dan masa, perkara-perkara atau barang-

barang, haiwan, bentuk-bentuk binaan dan manusia. Permainan boleh

jadi memuaskan serta menyeronokkan dan hal seperti yang seperti itu

merupakan nilai-nilai yang baik untuk kanak-kanak”.

vi. Fetter (1997), pula mengkaji perbezaan umur dan jantina dalam

kebolehan sosial semasa permainan sosiodramatik di prasekolah. Umur

dan jantina mempengaruhi kebolehan social semasa permainan

sosiodramatik. Kesan jantina terhadap tingkah laku bermain juga dikaji

oleh Son (1996). Beliau mendapati kanak-kanak lelaki lebih suka

bermain dengan bongkah, sedangkan kanak-kanak perempuan lebih

berminat dalam bidang dramatik.

vii. Daripada pemerhatiannya tentang kanak-kanak, Piaget dilaporkan

pernah menyatakan bahawa melalui permainan, kanak-kanak

mengeluarkan semula apa yang telah terlintas dalam fikirannya atau

mengeluarkan semula apa yang telah menyeronokkannya atau sesuatu

yang membolehkan kanak-kanak menjadikan dirinya lebih menyeluruh

sebagai sebahagian daripada persekitarannya.

Page 4: Definisi Permainan

viii. Scarfe (1966), melihat permainan sebagai satu proses pendidikan. Di

waktu kanak-kanak meneroka dan mengkaji, perhubungan alam

dengan dirinya terbina. Scarfe juga berpendapat bahawa “melalui

permainan kanak-kanak belajar bagaimana belajar. Dia juga menemui

bagaimana dapat bermesra dengan alam dan menyesuaikan diri

dengan tugas-tugas hidup untuk menguasai kecekapan motor”. Dengan

kata lain kanak-kanak itu belajar mendapatkan kepercayaan diri dan

semasa bermain, seorang kanak-kanak itu sentiasa mempelajari sesuatu

yang baru.

ix. Menurut Friedrich Froebal (1782-1852), main merupakan suatu

ekspresi paling tinggi perkembangan manusia pada peringkat kanak-

kanak, iaitu ekspresi bebas terkandung dalam roh seorang kanak-

kanak. Froebal menekankan pada kepentingan main, perkembangan-

perkembangan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa, muzik dan

ekspresi kendiri sebagai dasar pendidikan awal kanak-kanak.

x. Seorang pendidik, Susan Isacs (1978), pula berpendapat bahawa

permainan adalah satu cara semulajadi kanak-kanak mendapat

pendidikan dengan sendirinya. Katanya lagi permainan adalah satu

kerja bagi kanak-kanak. Melalui permainan seseorang kanak-kanak

menjalani pertumbuhan dan pembesaran. Permainan dan kelakuan

yang betul boleh di sifatkan tanda kesihatan fikiran. Pendapat ini

bertepatan jika diberi kepada kanak-kanak prasekolah yang baru

mula mengenali alam pembelajaran.

xi. Stanley Hall (1983), seorang ahli psikologi Amerika, berpendapat

bahawa permainan adalah ulangan dari cara dan taraf penghidupan

Page 5: Definisi Permainan

manusia dari zaman dahulu kala sehingga ke hari ini. Buhter (Jurnal

Pendidikan, 1992), juga seorang ahli psikologi barat menyatakan

“permainan adalah latihan untuk melepaskan emosi, perasaan tertekan,

serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pelajaran

mungkin tidak berkesan jika terlalu cepat diberikan sebelum kanak-

kanak bersedia menerimanya”. Maka eloklah pelajaran peringkat awal

diberi dalam bentuk permainan.