definisi kaunseling soalan 1

9
DEFINISI KAUNSELING Perkataan Kaunseling mempunyai pelbagai maksud mengikut pandangkan dari segi setiap individu. Kaunseling menurut kamus bermaksud nasihat dan pertukaran mental. Daripada perkataan latin ‘consillium’ , kaunseling bermaksud ‘dengan’ atau‘bersama’ ditambah dengan ‘ambil’ . Bahasa Anglo-Saxon ‘sellan’ bermaksud ‘wujud’ atau ‘menghantar’ . Kaunseling telah digunakan untuk melambangkan satu ciri prosedur termasuk memberi nasihat, galakan, maklumat dan interprestasi uian. Kaunseling boleh dide!nisikan sebagai suatu interaksi yang berlaku antara dua orang individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di dalam ‘setting’ pro"esional dan dimula serta dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkah laku klien. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. #a dialankan oleh kaunselor pro"esional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanang hayat berlandaskan $tika Kaunseling. . %enurut &uraidah '())*+, istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam pro"esion kaunseling untuk menggambarkan satu enis proses menolong yang khas. amai ahli psikologiberpendapat kaunseling menekankan kepada perancangkan yang lebih rasional,menyelasaikan masalah, membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi tekanan yang dihadapi oleh seorang yang normal di dalam kehidupan seharian. Kaunseling memakan masa yang lebih singkat berbanding dengan psikoterapi. erdapat beberapa tokoh memberi maksud dan de!nisi kaunseling. %enurut $nglish,A. . '*/01+, kaunseling ialah satu proses dimana kaunselor menolong kaunselee membuat interpretasi "akta berkaitan pemilihan, perancangan atau penyesuaian yang perlu di buat. 2ahn,%.$. 3 %c4ean, %.S. '*/00+ pula mengatakan baha5a kaunseling ialah proses

Upload: szuhady-penie

Post on 01-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

wacaaa..

TRANSCRIPT

DEFINISI KAUNSELINGPerkataan Kaunseling mempunyai pelbagai maksud mengikut pandangkan dari segi setiap individu. Kaunseling menurut kamus bermaksud nasihat dan pertukaran mental. Daripada perkataan latin consillium, kaunseling bermaksud dengan atau bersama ditambah dengan ambil. Bahasa Anglo-Saxon sellan bermaksud wujud atau menghantar. Kaunseling telah digunakan untuk melambangkan satu ciri prosedur termasuk memberi nasihat, galakan, maklumat dan interprestasi ujian.Kaunseling boleh didefinisikan sebagai suatu interaksi yang berlaku antara dua orang individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di dalam setting profesional dan dimula serta dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkah laku klien. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. . Menurut Zuraidah (2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam profesion kaunseling untuk menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas.Ramai ahli psikologi berpendapat kaunseling menekankan kepada perancangkan yang lebih rasional, menyelasaikan masalah, membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi tekanan yang dihadapi oleh seorang yang normal di dalam kehidupan seharian. Kaunseling memakan masa yang lebih singkat berbanding dengan psikoterapi. Terdapat beberapa tokoh memberi maksud dan definisi kaunseling.Menurut English,A.C. (1958), kaunseling ialah satu proses dimana kaunselor menolong kaunselee membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan, perancangan atau penyesuaian yang perlu di buat. Hahn,M.E. & McLean, M.S. (1955) pula mengatakan bahawa kaunseling ialah proses melibatkan hubungan interpersonal seorang terapis dengan seorang atau lebih daripada seorang klien yang mana terapis menggunakan kaedah psikologi beasaskan kepada pengetahuan sistematik tentang personaliti manusia dalam usaha untuk memperbaiki kesihatan mental klien.Selain itu juga, Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien. Berdasarkan pendapat Blocher,D.H (1966) pula, beliau mengatakan bahawa kaunseling ialah menolong individu sedar tentang diri sendiri dan cara ia bertindak balas kepada pengaruh tingkah laku di persekitaran. Seterusnya menolong dan menetapkan makna kepada tinkah laku dan mengembang serta menjelaskan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku akan datang. Patterson,C., (1959) menyatakan kaunseling proses melibatkan hubungan interpersonal seorang terapis dengan seorang atau lebih daripada seorang klien yang mana terapis menggunakan kaedah psikologi beasaskan kepada pengetahuan sistematik tentang personaliti manusia dalam usaha untuk memperbaiki kesihatan mental klien. James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.Menurut Muhd Mansur Abdullah (1993), beliau menyatakan bahawa kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.Berdasarkan beberapa definisi di atas, saya menyimpulkan bahawa kaunseling ini merupakan satu proses memberi implikasi bahawa kaunseling bukan satu peristiwa sahaja tetapi melibatkan tindakan dan praktik yang berturutan dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan. Kaunseling ini adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Persamaan dan Perbezaan antara Kaunseling dan Psikoterapi .Kaunseling dan Psikoterapi ini merupakan satu proses untuk membantu klien dalam menangani dan berkongsi masalah bersama dengan seseorang yang profesional. Kedua-dua pendekatan psikologi yang teraputik ini melibatkan interaksi yang resipokal dan dinamik antara terapis dan klien untuk manghasilkan kesan teraputik kerana pengaruh kedua-dua individu terlibat, budaya, ekosistem dan persekitaran. Rickey (1995) menyatakan satu masalah yang sering dihadapi oleh pengamal kaunseling iaitu dalam membezakan antara kaunseling dan psikoterapi.Beliau menegaskan usaha dalam membezakan kedua-dua aspek ini belum dijumpai yang mendapat kelulusan secara universal.Sesetengah pengamal berpendapat bahawa adalah tidak perlu dibezakan kerana penggunaan terma ini boleh digunakan secara sinonimnya.Ini adalah kerana kaunselor-kaunselor yang terlatih juga biasanya dilatih sebagai psikoterapi.Walau bagaimanapun, menurut Rickey (1995), perbezaan antara psikoterapi dan kaunseling yang dibuat adalah samar dan tidak jelas. Cottone dalam Rickey (1995) membezakan kedua-dua faktor ini dari aspek sejarah, jenis klien, seting tempat, perbezaan matlamat dan keseriusan yang dihadapi oleh klien. Perbezaan ini kelihatan samar kerana program-program di hospital juga menyediakan perkhidmatan kaunseling seperti jugaterapi di mana individu-individu yang terlatih dalam bidang kaunseling juga diambil bekerja dalamseting psikologi dan psikiatri. Dalam kata lain kaunselor juga menyediakan perkhidmatan seperti prikoterapis dan psikoterapis juga menyediakan perkhidmatan kaunseling. Walau bagaimanapun dalam menyediakan perkhidmatan yang sama, kaunseling dan psikoterapi adalah berbeza.Kaedah AmalanDari segi perlaksanaannya, Mahmood Nazar Mohamed (2001) menjelaskan bidang psikoterapi menggunakan teknik yang dikenali sebagai hipnoterapi bagi tujuan membantu pesakit mengenali dan memahami masalah yang menyebabkan kecelaruan jiwa yang sedang mereka alami seperti yang dicadangkan oleh Klienhauz (1985) iaitu hipnoterapi ialah sejenis alat yang boleh menolong psikoterapis. Harper dan Parloff dalam Ab Alim Abd Rahim (1994) menyatakan sekarang terdapat lebih kurang 130 pendekatan psikoterapi yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Kesemua pendekatan mempunyai kriteria sebagai asas proses psikoterapi. Terdapat empat kriteria iaitu diterima, meluaskan konsep kendiri, mempelajari tingkah laku yang baru dan mengalami perasaan.Mahmood Nazar Mohamed (2001), pakar psikiatri sering menggunakan dadah dan ubat-ubatan untuk merawat dan meredakan penyakit mental di samping menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut dengan menggunakan kaedahpsikoterapi. Ab Alim Abd Rahim (1994) proses psikoterapi melibatkan beberapa perkara penting dengan menggunakan model pendekatan iaitu Psikoanalisis, Tingkah Laku, Kemanusiaan, Kewujudan dan Antara Perseorangan. Psikoterapi melibatkan seorang atau lebih ahli terapi juga melibatkan seorang atau lebih yang ditolong.Kaedah psikoterapi yang digunakan merupakan kaedah psikologi bagi membantu mengatasi tingkah laku bilazim dan jarang digunakan untuk masalah harian.Kaunseling pula mempunyai beberapa jenis pendekatan iaitu pendekatan krisis, pemulihan, pencegahan dan perkembangan.Kaunseling juga melihat dan menitikberatkan kepada bidang psikososial, kognitif, afektif, fizikal, seksual, vokasional dan kerjaya. Dalam menjalankan sesi kaunseling terdapat juga beberapa proses, teknik dan kemahiran yang digunakan berdasarkan kepada teori-teori yang diperkenalkan oleh pelopor-pelopor barat. Antara teori-teori yang digunakan dalam kaunseling adalah teori Psikoanalitik, teori Gestalt, teori Realiti, teori Adler dan lain-lain lagi.Dalam sesi kaunseling terdapat beberapa proses iaitu satu urutan peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa dan berkembang dari satu peringkat ke satu peringkat sehingga mencapai matlamat kaunseling itu sendiri. Abdul Ghani Sulaiman (2003) kaunseling merupakan proses berkongsi daripada segi intelek dan emosi di antara kaunselor dan klien. Aspek kemahiran juga amat dipentingkkan dalam menjalankan sesi kaunseling. Untuk menjayakan proses kaunseling kaunselor perlu mengetahuidan mempunyai kemahiran kaunseling yang dikendalikan. Sapora Sipon et al (2003) kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh kaunselor adalah seperti kemahiran menyoal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran memparafrasa, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran membina hubungan, kemahiran meneroka, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling.Rickey (1995) terma bimbingan masih digunakan kepada asas perkhidmatan menolong yang terhad walaupun ia memberi fokus seakan sama dengan kaunseling. Berdasarkan kepada konsep yang digunakan dalam pelbagai aktiviti, bimbingan adalah ke arah mendidik terutamanya kepada pelajar terutama dalam memilih kerjaya.Bimbingan juga merupakan satu elemen daripada aktiviti kaunseling dalam membantu individu seperti kaunseling kelompok, konsultasi dengan pihak pentadbir dan guru dan juga kaunseling keluarga.MatlamatRickey (1995) menyatakan dalam konteks yang kontinum matlamat psikoterapi adalah lebih kepada melibatkan keseluruhan perubahan ke atas struktur peribadi klien, manakala matlamat kaunseling adalah tepat dan terbatas, lebih terarah kepada perkembangan, lebih berkaitan dengan situasi segera dan lebih mengutamakan dalam membantu individu agar berfungsi dan menjalankan peranan dengan sebaiknya.Byrne dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan matlamat kaunseling bagi kaunselor adalah untuk menggunakan kemahiran teknikalnya dengan berasaskan penghargaan terhadap individu, tanpa mengira pendidikan, kecerdasan, warna kulit atau latar belakang individu tersebut. Untuk membantu pihak yang dikaunsel mencapai kesedaran tentang dirinya serta mengekalkan kesedaran tersebut supaya dia menjadi orang yang bertanggung jawab terhadap dirinya dan ini dapat meningkatkan perhatian terhadap kesejahteraan orang lain, dan membantu pihak yang dikaunsel menggunakan dengan sepenuhnya potensi dirinya yang selaras dengan cara hidupnya dan batas etika masyarakatnya.Klien dan TempatRickey (1995) menyatakan dari aspek profesional berhubung dengan klien pula adalah psikoterapis berhubung dengan klien yang neurotik atau psikotik manakala kaunselor berhubung dengan individu yang normal. Seting tempat juga berbeza kerana psikoterapis lebih tepat berada di hospital manakala kaunselor bekerja dalam seting pendidikan dan organisasi-organisasi lain.Perbezaan dan persamaan antara psikoterapi, kaunseling Aspek perbezaan dan persamaanPsikoterapiKaunseling

Jenis pekerjaanPsikoterapis, Terapis, Seorang yang profesional dan terlatih dalam bidang berkenaanKaunselor, seorang yang profesional dan terlatih dalam bidang berkenaan

Kaedah menolongMerawat pesakit menggunakan kaedah psikologi disamping ubat-ubatan, klien yang menghadapi masalah yang serius, berlandaskan etika, mempunyai proses, teori sebagai garis panduan pelaksanaan, menggunakan kemahiran-kemahiran kaunselingMenolong klien mengenal diri, klien yang normal dan tidak memerlukan ubat-ubatan, berlandaskan etika, mempunyai proses, teori sebagai garis panduan perlaksanaan, menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling

Psikoterapi ialah dimana orang berinteraksi dan berusaha untuk mencapai pemahaman antara satu dengan lain, dengan matlamat yang spesifik iaitu mencapai sesuatu yang khusus. Terapis berkebolehan menyusun semula keperluan pesakit.Kaunseling akan digunakan untuk pendidikan, menyokong, bersituasi, menyelasai masalah, kesedaran secara sedar, penekanan kepada orang normal, berfokus masa kini. Manakala psikoterapi akan digunakan untuk menyokong (lebih fokus) membina semula, analitik, berfokus masa lalu, penekanan mendalam, penekanan kepada orang neurotik atau masalah yang serius. Berdasarkan jadual di bawah, tujuan dan matlamat kaunseling dapat dilihat dengan lebih jelas dari segi persamaan dan perbezaan kedua-dua pendekatan psikologi yang teraputik tersebut.

KAUNSELINGPSIKOTERAPI

a. Pendidikanb. Menyokongc. Bersituasid. Menyelasai masalahe. Kesedaran secara sedarf. Penekanan kepada orang normalg. Berfokus masa kinia. Menyokong (lebih fokus)b. Membina semulac. Analitikd. Berfokus masa lalue. Penekanan mendalamf. Penekanan kepada orangneurotik atau masalah yang serius

KAUNSELINGPSIKOTERAPI

Jangka pendek Jangka panjang

Modifikasi tingkahlaku Pembinaan semula personaliti

Isu luaran Isu mendalam

Di sini dan masa kiniMasa lalu

pencegahanPemulihan

Tahap sedarTahap tidak sedar

Fokus kepada cadangkanKlien untuk berubahFokus kepada perkembanganKebolehan klien untuk berubah.

Petterson (1980) telah memberikan pendapat tentang kedua-dua istilah yang penting ini di dalam perkidmatan menolong. Antaranya ialah : a. Sukar membezakan yang mana teori kaunseling dan yang mana teori psiokoterapi. Tidak jelas tentang perbazaan signifikan kedua-duanya.b. Definisi kaunseling di dalam banyak kes boleh di terima sebagai definisi psikoterapi dan sebaliknya.c. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses melibatkan hubungkan istimewa antara seorang yang memerlukan pertolongan masalah psikoterapi dan seorang yang dilatih untuk memberikan pertolongan.d. Bentuk pertolongan dan proses tidak menunjukkan banyak perbezaan.e. Dari segi teknik melaksanakan kaunseling dan psikoterapi(individu dan kelompok) tidak banyak perbezaannya.f. Psikoterapi berfokus kepada konflik interpersonal yang memberikan kesakitan dan ketidakselesaan kepada pesakit (marks, 19)